Download - OKU Dan Peluang Pekerjaan
OKU dan Peluang Pekerjaan
Pemilihan kerjaya adalah perkara penting bagi seseorang individu. Pemilihan kerjaya
yang tepat dapat menentukan corak kehidupan serta taraf hidup seseorang. Golongan OKU
juga memerlukan pekerjaan dan faedah daripada pekerjaan sama seperti orang lain bagi
memenuhi keperluan dalam kehidupan mereka. Namun begitu, terdapat pandangan dan sikap
prejudis sesetengah masyarakat berkaitan golongan OKU dan menyebabkan mereka dilayan
seperti golongan kelas kedua atau golongan minoriti.
Kesusahan bagi mendapatkan kerja lebih tertumpu kepada golongan orang kurang
upaya ini atau juga dikenali dengan istilah orang kelainan upaya. Bagi mereka faktor
kecacatan bukanlah satu penghalang untuk mereka mencari pekerjaan yang sesuai dengan
kelulusan mereka. Pada zaman kini, semakin banyak graduan oku yang mendapat keputusan
yang cemerlang tetapi mereka sukar untuk mencari kerja.
Mengapakah pekara ini terjadi? Adakah majikan lebih mementingkan graduan yang
sempurna sifat dari segi fizikal . Bagaimana pula dengan golongan yang mempunyai
kekurangan dari segi fizikal dan bukannya ilmu. Golongan OKU pada era ini atau zaman
serba moden ini kebanyakannya sudah celik IT dan sudah berpendidikan . Tetapi mereka
diabaikan dalam sektor pekerjaan.
Mungkin terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan mereka sukar untuk
mendapat pekerjaan antaranya mungkin dari segi kemudahan dalam sistem pengangkutan.
Mereka mungkin susah untuk ke tempat kerja disebabkan faktor ini. Selain itu mungkin juga
mereka gagal menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran ruang kerja atau pejabat
yang tidak berapa sesuai dengan keadaan fizikal mereka . Seterusnya mungkin menghadapi
kesukaran untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Seperti mana yang telah diketahui, peluang pekerjaan bagi golongan oku adalah amat
terhad sekali. Walaupun Dasar 1% jawatan untuk golongan OKU telah dilaksanakan tetapi
apakah kesannya terhadap golongan tersebut. Malah, 1% untuk warga oku di sektor kerajaan
pun tidak diisi sepenuhnya. malah, ada golongan OKU yang layak untuk sesuatu jawatan,
tetapi diberikan pada orang lain.Graduan OKU juga amat sukar untuk mendapat peluang
pekerjaan walaupun mereka punyai kelayakan. Inikah yang dikatakan masyarakat
penyayang? masyarakat penyayang yang dibentuk oleh acuan manakah ini? Negara kita ini
dipenuhi oleh warga asing untuk mencari pekerjaan walhal ada di antara pekerjaan itu dapat
dilakukan oleh golongan oku itu dengan lebih baik lagi. Tetapi, ianya diberikan kepada warga
asing.
Mungkin juga disebabkan oleh faktor tidak mempunyai pendidikan asas dalam bidang
– bidang tertentu menyebabkan mereka tidak berkeupayaan dalam melaksanakan sesuatu
pekerjaan .Contohnya dalam bidang kesetiausahaan, pekara asas dalam bidang tersebut perlu
ada kerana jika tiada asas ini menyukarkan proses pekerjaan Walaupun begitu masih ada
pekerjaan yang tidak memerlukan banyak pengetahuan asas seperti kerja – kerja kraftangan
dan membungkus makanan.
Selain itu juga, mereka boleh melakukan kerja melalui penggunaan teknologi yang
sedia ada seperti menjadi operator telefon di pejabat – pejabat kerajaan mahupun swasta.
Mereka yang boleh mengendalikan komputer boleh diberi tugas menaip dan membuat
laporan tertentu. Mereka juga boleh bekerja di rumah dengan mendapatkan tugasan dan
arahan melalui e-mel yang di hantar oleh majikan kepada mereka. Seterusnya mereka boleh
menghantar tugasan tersebut kembali. Cara ini lebih mudah dan tidak menyusahkan mereka
untuk ke tempat kerja.
Seterusnya, tiada persatuan khas yang dibentuk bagi membantu golongan kurang
upaya ini dalam mendapatkan pekerjaan. Walaupun banyak kita lihat di internet saluran –
saluran yang melaksanakan pengambilan pekerja tetapi bukanlah untuk golongan OKU.
Seterusnya, dalam zaman atau era teknologi komunikasi ini, maklumat tentang kekosongan
jawatan kebanyakannya dipaparkan dalam internet dan bagi OKU yang tidak begitu arif
dalam dunia siber , mereka mungkin menghadapi masalah untuk mengakses maklumat
tersebut.
Kerajaan sepatutnya lebih prihatin terhadap golongan ini bukan meminggirkan
golongan ini ke tepi, mereka telah diberi pendidikan jadi wajarlah mereka dihargai dengan
memberikan pekerjaan ataupun bantuan untuk memulakan peniagaan. Jadi mereka boleh
berdikari dan boleh berjaya dengan pekara yang mereka lakukan. Jadi kerajaan boleh
mengurangkan peruntukan bantuan kepada golongan kurang upaya ini apabila mereka sudah
mempunyai pekerjaan. Ini dapat mengelakan mereka daripada merasa rendah diri apabila
dikatakan golongan yang suka meminta sahaja tanpa melakukan sebarang kerja.
Namun begitu nilai murni yang telah ditunjukkan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah
(MPAG), Melaka dengan melancarkan skim pekerjaan sukarelawan di anggap memberi nafas
baru kepada golongan OKU di daerah tersebut. Skim yang diperkenalkan itu mampu
mengubah nasib OKU dengan memastikan mereka memperolehi pendapatan bulanan.Pekara
ini patut dicontohi oleh para majikan lain dalam memberi peluang kepada OKU mencari
pekerjaan.
Selain itu , perkhidmatan penempatan terdapat di setiap negeri bagi membantu orang-
orang yang terlatih mendapatkan pekerjaan sama ada di pasaran terbuka ataupun di bengkel
terlindung bagi mereka yang tidak berkemampuan bertanding di pasaran terbuka. Antara
contoh bengkel terlindung ialah Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani dan bengkel-
bengkel yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela.Maklumat berkaitan boleh didapatkan
daripada JKM.
Secara kesimpulannya, golongan oku yang berkeupayaan melakukan kerja tidak perlu
di pinggirkan. Mereka perlu diberi peluang dalam mengharungi suasana kerja pada zaman
yang moden ini iaitu dunia tanpa sempadan dalam era globalisasi. Penggunaan teknologi
sedikit sebanyak dapat membantu ke arah kemajuan sekaligus tidak meminggirkan golongan
tertentu.