obesiti 1

Upload: zulfazakmalhusna-ibnu-mai

Post on 02-Nov-2015

95 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rjk

TRANSCRIPT

Masalah Obesiti Pelajar Sekolah : Kenapa Sekolah Perlu Bertanggungjawab?April 22, 2011 Emi 3,794 views 2 CommentsAssalamualaikum dan selamat pagi semua.Baru-baru ini kecoh tentang masalah obesiti di kalangan pelajar sekolah.Yang menjadi kambing hitam dalam permasalahan ini adalah pihak sekolah.Kenapa pihak sekolah selalu dipertanggungjawabkan bila berlsaya masalah kepada pelajar.Bila anak ponteng, salahkan sekolah.Bila anak mencuri, salahkan sekolah.Sekarang bila anak gemuk juga disalahkan sekolah.Adakah anak-anak habiskan masa diorang 100% di sekolah dan adakah tanggungjawab mendidik anak-anak di letakkan di bahu guru sahaja?

Yang saya paling tidak paham kenapa masalah obisiti dikaitkan dengan sekolah? Cuba mereka kaji, berapa peratus pelajar sekolah akan makan di kantin sekolah waktu rehat?saya rasa tidak sampai 60% pelajar akan makan di kantin sekolah. Masa saya zaman sekolah dulu, saya tidak suka makan di kantin sekolah disebabkan ramai orang dan masa rehat yang amat terhad. Jadi tidak ramailah yang makan di kantin sekolah, jadi mengapa sekolah di persalahkan bila pelajar gemuk?Dalam berita Buletin Utama semalam menyatakan ibu bapa memberi belanja sekolah dari RM5 hingga RM20 sehari.Yang RM20 itu mungkin ibu bapa sibuk bekerja jadi mereka bagi duit belanja lebih kepada anak mereka untuk membeli makan tengah hari.Makananan di kantin sekolah banyak mana kuantitinya?Sepinggan nasi lemak tidak sampai secawan nasi dan banyak mana santan yang digunakan untuk peniaga yang mengejar keuntungan. Kita kena fikir apa yang anak-anak makan selepas waktu sekolah. RM20 lebih dari cukup untuk pelajar itu makan fast food seperti McD,KFC dan sebagainya. Kalau tidak makan fast food, balik rumah makan sampai dua pinggan nasi yang dimasak oleh ibu.

Untuk selesaikan masalah, kita kena cari akarnya.Sepatutnya ibu bapa dan sekolah dipertangungjawab untuk menjaga pemakanan pelajar.Jangan hanya menunding jari kepada pihak sekolah kerana saya rasa pelajar banyak makan di rumah berbanding di sekolah.Mengenai cadangan untuk melantik pakar pemakanan di setiap sekolah, saya rasa tidak perlu sebab yang paling utama ialah menyemak semula subjek pendidikan jasmani dan kesihatan (PJK). Sebab saya lihat sesetengah guru ambil mudah tentang subjek ini seperti contoh bila tiba waktu subjek PJK, guru akan ambil bola dan bagi pelajar mereka untuk main dan selepas itu guru tersebut akan duduk bilik guru untuk bersembang atau baca surat khabar untuk sementara menunggu waktu subjek PJK tamat. Adakah guru tersebut pasti semua pelajar beliau akan bersukan? Saya rasa tidak.Zaman sekarang berapa ramai pelajar yang berjalan kaki atau menunggang basikal ke sekolah?Saya rasa tidak sampai 30%, oleh itu senaman pagi sudah tidak wujud dalam rutin harian seorang pelajar.Jadi kita perlu berharap dengan subjek PJK yang hanya diadakan seminggu sekali tersebut.Kalau subjek PJK tersebut tidak digunakan sepenuhnya, memang rugi. Sepatutnya masa PJK tersebut guru boleh mengajar cara pemakanan dan melakukan aktiviti sukan, jadi tidak perlu mengganggu masa pembelajaran pelajar untuk membuat taklimat kesihatan.

Obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia

Kementerian kesihatan akan melancarkan garis panduan makanan sihat yang dijangka diedarkan pada bulan hadapan.Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata, garis panduan itu wajib dipatuhi oleh pengendali kantin dan kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kontrak mereka ditamatkan Kementerian Pelajaran.Senarai makanan dalam garis panduan itu meliputi kira-kira 70 makanan utama, telah siap dan akan dibentang dalam mesyuarat bersama dengan Kementerian Pelajaran sedikit masa lagi.

Menurut beliau lagi,berdasarkan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menunjukkan kira-kira 86.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman di kantin sekolah, maka adalah perlu kantin sekolah menyediakan makanan yang sihat. Ini kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah.

Kajian UKM itu juga menunjukkan bahawa kegemaran pelajar adalah nasi lemak, mee goreng dan nasi ayam manakala makanan segera paling digemari adalah burger, ayam goreng dan pizza.Beliau berkata, walaupun obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berumur enam hingga 12 tahun telah meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007 mengikut kajian, namun keadaan belum sampai ke tahap tidak terkawal.

Katanya, peningkatan ini berkemungkinan besar disebabkan oleh amalan pemakanan tidak sihat dan kurangnya aktiviti fizikal yang mana kajian itu juga menunjukkan 76 peratus kanak-kanak menjalani kehidupan yang tidak aktif iaitu menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.Kanak-kanak sering disogokkan dengan iklanmakanan fast-food,snack di television yang mempunyai tinggi lemak dan gula.Iklan-iklan ini akan menarik minat kanak-kanak untuk membelinya dah ditambah lagi dengan gaya hidup yang tidak aktif,ia akanmendatangkankemudharatan kepada mereka kelak.Kajian UKM juga menunjukkan bahawa hanya 70 peratus kanak-kanak sekolah rendah mengambil sarapan pagi setiap hari sementara 10 peratus kanak-kanak langsung tidak pernah mengambil sarapan. Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata lagipematuhan garis panduan terbaru itu dapat memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah kesihatan mereka seperti berat badan berlebihan.Masalah obesiti atau kegemukan di kalangan kanak-kanak semakin serius apabila dianggarkan 40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa keluarga makan di luar terutama pada waktu malam.

Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Prof Dr Zulkifli Ismail, berkata masalah itu lebih ketara terutama di kawasan Pantai Barat seperti di Lembah Klang yang sudah menjadi kebiasaan dengan cara hidup sedemikian.Gaya hidup yang lebih kepada bersenang-lenang seperti bermain komputer, menonton, bermain video, penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi juga menyumbang kepada obesiti, katanya. Tambahan pula,Prof Zulkifli berkata, kanak-kanak yang mengalami obesiti biasanya membesar sebagai orang dewasa yang gemuk dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung serta barah.

Maka,diharapkan garis panduan makanan sihat itu dapat membantu kanak-kanak mengambil makanan yang sihat ketika di sekolah dan keluarga juga harus memainkan peranan dengan menukarcorak pemakanandengan mengamalkan pemakanan seimbang dan luangkan masa untuk aktiviti-aktiviti yang fizikal dan sukan.

Memanjakan anak-anak dengan memberi makanan yang tidak sihat mungkin akan membuat anak- anak gembira namun ibu bapa sebenarnya memberi risiko yang tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit.Tambahan pula,kos perubatan yang tinggi dan kadang kala ia tidak mampu untuk mengubati penyakit tersebut.Jadi Cegah sebelum terlambat.

15 jenis makanan dilarang dijual di kantin sekolah

Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan tidak sihat yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan.

Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan seperti nasi goreng,mee sup,ketiow suptermasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata cadangan itu terkandung dalam draf garis panduan penjualan makanan di kantin sekolah yang diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu.

Beliau berkata, cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Larangan penjualan makanan tidak sihat sejajar dengan usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak. Ia langkah mencegah peringkat awal, katanya kepada Berita Harian semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan, peraturan itu adalah langkah proaktif kerajaan bagi menangani peningkatan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar dengan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008 menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak mengalami obesiti. Kajian universiti sama juga menunjukkan, 88.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman yang disajikan di kantin sekolah, sekali gus meningkatkan lagi hasrat kerajaan untuk memastikan makanan sihat dijual di sekolah.

Turut dicadangkan ialah supaya Indeks Jisim Badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar. Pakar pemakanan UKM, Prof Dr Mohd Ismail Mohd Noor, berkata amalan merekodkan BMI diamalkan negara maju seperti Amerika Syarikat seawal kanak-kanak berusia dua tahun bagi membolehkan mereka dibimbing dengan amalan pemakanan dan aktiviti fizikal sihat.

Usaha ini setidak-tidaknya menunjukkan bahawa kerajaan berusaha dalam mengurangkan gejala diabetes dan obesitidan pemakanan yang tidak sihat di kalangan pelajar.Kini giliran ibu bapa pula,memastikan pemakanan yang seimbang di rumah. Selain itu,penjaja-penjaja di luar sekolah juga patut dipantau agar mereka juga turut mematuhi larangan tersebut.http://admya.blogspot.com/2011/04/obesiti-di-kalangan-kanak-kanak-di.html

'Banyak kerja perlu dibuat atasi masalah obesiti pelajar'Kurikulum sekolah pentingkan akademik, abai kesihatan

SEMINGGU dua ini, kecoh dengan isu murid di negara kita terlebih gemuk atau dalam bahasa ilmiahnya, obesiti. Jari menuding ke banyak arah; kantin, nasi lemak dan makanan ringan antara yang dipersalah. Tidak terkecuali peniaga kecil di luar sekolah. Rentetannya, pelbagai pendapat dan cadangan diluah supaya kegemukan murid tidak berterusan jadi masalah. Wartawan Berita Minggu, ROHANIZA IDRIS dan HAZIRAH CHE SAB menemu bual Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO), Prof Dr Ismail Mohd Noor yang juga profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan untuk berkongsi pandangan mereka. Ismail Mohd Noor

SESUAI dengan nama persatuan ini, apakah MASO pernah membuat kajian mengenai masalah obesiti murid?

MASO secara umumnya tidak terbabit secara langsung dalam penyelidikan, tetapi ahli kami yang berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerap menyumbang data kajian mereka kepada MASO. Contohnya, kajian UKM dan Nestle yang saya buat menunjukkan trend obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun meningkat di antara 2001/2002 hingga 2007/2008. Mengikut kajian itu, pada 2001/2002, sebanyak 11 peratus murid sekolah rendah mengalami masalah berat berlebihan, manakala 9.7 peratus dikategorikan obesiti. Keseluruhan kajian mendapati 20.7 peratus atau seorang daripada lima murid mengalami berlebihan berat badan. Kajian pada 2007/2008 (di kawasan sama selepas enam hingga tujuh tahun) menunjukkan masalah berat badan berlebihan meningkat kepada 12.8 peratus dan obesiti meningkat 13.7 peratus atau kepada 26.5 peratus atau seorang daripada empat murid mengalami masalah berlebihan berat badan. Kajian antarabangsa pada 2001/2002 menunjukkan berat badan berlebihan di kalangan murid di Malaysia adalah 16 peratus termasuk dalam kategori tinggi berbanding kebanyakan negara di rantau Pasifik.

Apakah punca obesiti dan jika dipecahkan mengikut bangsa, siapakah paling ramai mengalami masalah ini?Obesiti berpunca daripada pelbagai faktor termasuk genetik. Secara umum ia membabitkan pengambilan makanan berlebihan dan aktiviti fizikal yang rendah atau kurang. Faktor persekitaran juga mempengaruhi keseimbangan tenaga (kalori). Ia dapat dilihat melalui pilihan dan jumlah makanan yang diambil. Malaysia mewah dengan makanan dan banyak pilihan termasuk makanan segera, makanan ringan dengan harga murah tetapi mengandungi kalori, lemak dan gula tinggi selain pelbagai saiz hidangan daripada kecil hingga besar. Pilihan dan jumlah aktiviti fizikal kanak-kanak turut mempengaruhi, tempat riadah tidak cukup malah kebanyakan kanak-kanak kini bergerak guna kenderaan. Menonton televisyen atau komputer pula antara dua hingga empat jam, selain didedahkan pelbagai alat elektronik yang menjimatkan tenaga. Perbandingan data 2002 dan 2008 mengikut etnik mendapati kanak-kanak India peningkatan paling tinggi obesiti tetapi secara keseluruhan Cina dan Melayu lebih tinggi daripada India. Murid Melayu obes meningkat daripada 19.1 peratus pada 2002 kepada 26.1 peratus enam tahun kemudian, peningkatan 7.1 peratus; Cina pula daripada 25.6 peratus kepada 27.6 peratus, manakala murid India daripada 16.9 peratus kepada 26.1 peratus. Jelas jumlah murid India obes meningkat lebih besar berbanding Melayu, manakala kadar obesiti murid Cina hanya dua peratus, membuktikan mereka melakukan sesuatu yang betul dalam aspek pemakanan. Tiada data perbandingan kadar obesiti di kalangan kanak-kanak mengikut taraf kehidupan keluarga tetapi perbandingan kawasan bandar dan luar bandar dalam kajian sama mendapati wujud peningkatan. Di bandar, berat badan berlebihan bertambah daripada 22.4 peratus kepada 28.1 peratus, manakala di luar bandar meningkat daripada 17.6 peratus kepada 24.2 peratus. Kesimpulannya kedua-dua kawasan menunjukkan peningkatan, namun kadar peningkatan di luar bandar lebih tinggi.

Boleh dikatakan masalah ini disebabkan gaya pemakanan sejak kecil, sikap ibu bapa yang ikut kemahuan anak, pengaruh iklan atau mudahnya makanan ringan diperoleh?

Bergantung kepada keadaan, banyak faktor peningkatan kadar obesiti kanak-kanak di negara ini. Ibu bapa dan penjaga perlu bertanggungjawab kepada pengambilan makanan anak kerana ia berkait rapat dengan tahap kesihatan dan pembesaran mereka. Namun perubahan persekitaran sosial termasuk faktor kesibukan ibu bapa bekerja yang tidak memantau pemakanan anak menyebabkan masalah kesihatan dan berat berlebihan. Kita tidak boleh menyalahkan ibu bapa saja kerana ini tidak menyelesaikan masalah. Kita juga harus melihat perspektif lebih luas termasuk industri makanan yang menjadikan kanak-kanak sasaran pemasaran dengan menampilkan iklan serta label makanan yang menarik golongan itu. Pengaruh iklan kepada kanak-kanak sudah banyak dikaji dan banyak negara mengharamkan kempen atau pengiklanan pemasaran makanan untuk mereka. Di Malaysia pula, kadar pertumbuhan dan pembukaan cawangan baru restoran makanan segera tumbuh seperti cendawan lepas hujan dan harga makanan terendah di dunia. Lebih hebat kini ada pula sistem pesanan dan penghantaran makanan terus ke pintu rumah. Aspek pemakanan kanak-kanak perlu diberi perhatian sejak mereka dalam kandungan lagi. Kajian mendapati pertambahan berat badan sebelum dan ketika ibu mengandung dua faktor penting menentukan obesiti kanak-kanak begitu juga berat badan bayi ketika dilahirkan. Kajian antarabangsa juga mendapati kadar obesiti kanak-kanak yang diberi susu ibu kurang 22 peratus berbanding bayi diberi susu formula. Ada juga kajian di negara membangun mendapati masalah obesiti membabitkan bayi bawah satu tahun, namun tidak dapat dipastikan sama ada ada kajian itu turut membabitkan Malaysia.

Kajian terhadap kanak-kanak lima hingga enam tahun yang dipilih secara rawak dari 72 tadika persendirian di Lembah Klang mendapati purata masalah berat badan berlebihan kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah 9.7 peratus dan 9.2 peratus. Makanan sebenarnya sangat penting untuk proses pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. Jadi, kita perlu lihat tingkah laku dan tanda menyebabkan mereka mengambil makanan berlebihan, kita juga perlu melihat saiz hidangan, minat mereka terhadap makanan berlemak dan minuman manis, makanan ringan dan tabiat makan sambil menonton televisyen. Corak aktiviti seharian kanak-kanak juga perlu dilihat. Peringkat prasekolah atau tadika adalah tahun penting mencegah obesiti kerana ia tempoh pembangunan jaringan lemak yang biasanya dari usia tiga hingga tujuh tahun. Jika peningkatan indeks jisim badan (BMI) bermula sebelum usia empat hingga enam tahun, kajian menunjukkan mereka berisiko tinggi obes apabila dewasa. Kajian juga menunjukkan tabiat menonton televisyen di kalangan kanak-kanak berisiko menyebabkan peningkatan berat badan, namun bergantung kepada faktor sosiodemografi kanak-kanak itu.

Apakah perlu program atau subjek khusus di sekolah bagi mengatasi masalah ini?

Kurikulum sekolah hanya menitikberatkan pencapaian akademik, tidak peka keadaan kesihatan kanak-kanak. Kurikulum aspek pemakanan perlu dimulakan pada peringkat prasekolah atau tadika lagi untuk membimbing mereka mengenai jenis makanan yang sesuai bagi setiap peringkat umur. Penentuan BMI untuk murid baru diperkenalkan di negara kita, sedangkan di Amerika Syarikat (AS) mula pada umur dua tahun lagi. Panduan yang sesuai untuk kanak-kanak adalah memasukkan kegiatan fizikal dalam aktiviti harian mengikut umur. Tiada masa tidak harus jadi alasan. Berjalan atau berbasikal ke sekolah, menjalankan aktiviti fizikal pada waktu rehat di sekolah, naik tangga daripada naik eskalator atau lif, menyertai aktiviti sukan adalah panduan sesuai untuk kanak-kanak. Sekolah juga perlu mengadakan program untuk semua dan tekanan perlu diberi kepada keseronokan daripada persaingan atau kemenangan.

Kerajaan sudah melarang jualan makanan ringan dan minuman bergas, manakala nasi lemak dihadkan di sekolah. Adakah ia dapat mencegah obesiti murid?

Masalah kualiti makanan di kantin sekolah sudah dititikberatkan dan perlu sokongan semua pihak termasuk ibu bapa. Obesiti disebabkan pelbagai punca, sukar hendak menuding jari kepada satu-satu jenis makanan. Kita mesti ada pilihan sesuai dan kanak-kanak perlu dididik memilih makanan berkhasiat. Cara sesuai ialah membuat label makanan mengikut kandungan nutrien atau khasiatnya. Seperti lampu isyarat juga iaitu merah perlu dihindarkan, jingga kurangkan dan hijau disarankan. Bagi larangan jualan minuman bergas dan bergula seperti sirap, ia langkah baik namun sekolah mesti ada mesin air sebagai alternatif. Pada pendapat saya, langkah diambil sekarang adalah permulaan baik tetapi realitinya masih banyak perlu dibuat jika kerajaan mahu menangani masalah ini.

Mohamad Ali Hassan

SEBAGAI persatuan mewakili ibu bapa dan guru, apakah cara yang paling bernas pada pandangan Datuk untuk mengatasi obesiti murid sekolah ini?

Satu pendekatan menyeluruh perlu diambil, tidak boleh hanya bertumpu kepada satu pihak kerana ia memerlukan semua pihak mengambil tindakan seiring. Dalam hal ini, perlu juga kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama sekolah, ibu bapa, pengetua atau guru besar, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat. Golongan ini perlu menyambut baik usaha menangani masalah kesihatan terutama obesiti pelajar. Satu lagi perkara yang perlu diperhatikan ialah pelaksanaan peraturan dan undang-undang. Tidak cukup mengeluarkan panduan yang perlu diikuti pengusaha kantin, tetapi pelaksanaannya tidak dijalankan. Kita dapat melihat keberkesanan peraturan itu apabila pelaksanaannya diambil berat oleh pihak bertanggungjawab yang mengawasi dan memantau keadaan supaya ia tidak hanya tinggal panduan.

Kerajaan perlu tegas dengan pengusaha kantin dan senarai hitam mereka yang tidak mematuhi panduan makanan menyihatkan. Pastikan juga pengusaha kantin beroperasi di satu sekolah kerana aduan diterima menunjukkan ada pengusaha beroperasi di dua atau tiga sekolah menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan makanan sihat kerana operasi yang besar. Bagi saya nasi lemak bukan isunya, tetapi jumlah dan kualiti nasi lemak itu sendiri. Jika diambil sedikit dan diseimbangkan dengan pengambilan sayur dan protein, ia tidak mengapa.

Mungkin Datuk mempunyai pendapat lain bagi memastikan apa juga yang mahu dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini mencapai tujuannya?

Satu lagi perkara yang perlu diperhalusi dan difikirkan sedalam-dalamnya ialah merekodkan BMI (Indeks Jisim Tubuh) murid. Satu perbincangan meja bulat perlu diadakan untuk tujuan ini. Perkara pertama harus dilihat adakah guru bersedia dengan tugas itu sedangkan ia membebankan tugas sedia ada. Kerajaan juga perlu mengambil kira sama ada guru, pelajar, ibu bapa serta penjaga faham dengan konsep BMI kerana jika tidak, ia tiada maknanya. Perlu juga melihat keperluan tindakan susulan jika rekod BMI pelajar menunjukkan peningkatan dan apakah tindakan susulan kepada masalah ini. Paling saya bimbang unsur ini disalah guna dan memberi kesan kepada pelajar apabila mereka memasuki bidang pekerjaan. Jika rekod menunjukkan peningkatan BMI secara konsisten, industri selalunya keberatan mengambil golongan itu bekerja kerana masalah kesihatan yang dikaitkan dengan obesiti.

Untuk menjayakan program ini, pastikan pengusaha kantin memahami konsep menjual makanan dan minuman menyihatkan serta yang lebih penting, halal untuk pelajar Islam. Tinjauan mengejutkan wajar kerap dibuat di kantin, luar sekolah dan terhadap bas atau van yang menjual makanan ringan kepada pelajar. Tindakan seperti menggantung lesen boleh diambil terhadap yang ingkar. Saya pasti matlamat menyediakan makanan menyihatkan kepada pelajar boleh dicapai jika kementerian membuat penilaian dan mengkategorikan makanan dijual dengan tiga, dua atau satu bintang.

Ibu bapa dan guru perlu kerap datang dan merasa makanan yang dijual kepada pelajar, beri teguran membina kepada pengusaha kantin untuk lebih bertanggungjawab dalam penyediaan makanan. Saya rasa enam bulan sekali lakukan tinjauan mengejut ke kantin adalah memadai. Kerajaan boleh meniru sekolah swasta yang bekerjasama dengan pakar pemakanan menyediakan menu harian.

Apakah lagi peranan yang boleh dimainkan ibu bapa dan PIBG dalam menangani isu ini?

Ingin saya tegaskan ibu bapa tidak boleh lepas tangan dalam isu ini. Mereka perlu memastikan khasiat pemakanan anak. Ibu bapa wajar bertanyakan anak apakah yang dimakan di kantin. Pengambilan makanan seimbang disertai senaman membantu kecerdasan otak. Jadi pantau pemakanan anak dan galakkan mereka sertai pergerakan fizikal. Saya juga syorkan ibu bapa mendidik anak mengambil makanan mengikut piramid makanan. PIBG boleh melanggan majalah kesihatan mengenai pemakanan sihat dan letakkannya di sekolah. PIBG juga perlu memasukkan aspek keselamatan makanan dan kesihatan fizikal sebagai agenda mesyuarat yang dibentangkan setiap kali mesyuarat serta memikirkan tindakan bersesuaian dengan semua masalah berbangkit mengenai isu pemakanan pelajar.

Jika perlu wujudkan jawatankuasa tetap dan bekerjasama dengan wakil tiga kementerian tadi untuk pantau dan buat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa. Menjadi tanggungjawab PIBG untuk membawa chef terkenal berceramah di sekolah bagi mempromosi dan menghebahkan kepentingan makanan seimbang khususnya makanan tempatan. Kita perlu ada kesedaran buah-buahan tempatan lebih baik berbanding import. Boleh juga jemput pakar pemakanan membincangkan cara terbaik menyediakan makanan.

Bagaimana dengan PIBGN, apakah sudah ada langkah diambil berhubung isu sama?

PIBGN sudah membuat panduan mengenai program pemakanan sihat dan akan mengadakan siri jelajah dengan kerjasama hak kementerian untuk mempromosikannya. Kita khuatir jika langkah segera tidak diambil, generasi akan datang berdepan fobia empat G iaitu Gemuk, Gedempol, Gendut dan Gondol yang berpunca daripada makanan. Soal sudah terlambat untuk kerajaan bertindak dalam isu ini tidak timbul kerana apa yang lebih penting apabila timbul kesedaran, teruskan program.http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Banyakkerjaperludibuatatasimasalahobesitipelajar_/Article/

ISU: Obesiti di Kalangan Pelajar SekolahPosted by Helmi Suhaimi On Saturday, August 13, 2011 Baru-baru ini ramai yang memperkatakan berkenaan dengan isu obesiti di kalangan pelajar sekolah. Berdasarkan kenyataan media punca utama obesiti adalah makanan yang berlebihan lemak seperti makanan segera (KFC, MacDonald, Pizza, dll), malah makanan yang dijual di kantin sekolah seperti nasi lemak juga dikatakan antara puncanya.

Saya tidak nafikan antara punca obesiti adalah makanan namun punca utama pada saya adalah cara hidup. Maksud saya adalah cara hidup pelajar-pelajar hari ini terlalu mudah dan boleh dikatakan 'membosankan'. Perbezaan yang ketara adalah hari ini dan hari semalam. Cuba kita kenangkan kembali cara hidup pelajar-pelajar (kanak-kanak) abad lepas; kehidupan yang penuh dengan keseronokan sebenar.

Hari ini kemudahan teknologi contohnya PS3, internet, astro, menyebabkan kanak-kanak lebih selesa berada di rumah. Segala permainan dan hiburan seakan-akan menjadikan anak-anak statik di satu tempat sahaja. Tiada pergerakan aktif dilakukan.

Jika dahulu kita perhatikan tiada masalah oboseti diperkatakan dikalangan kanak-kanak. Semuanya ketika itu sibuk bermain permainan yang bukan sahaja memerlukan pergerakan fizikal yang aktif malah bercampur gaul dengan rakan-rakan, berfikir mencambah minda (kreatif) dan bergerak aktif. Aktiviti itu dilakukan sebaik sahaja selesai waktu persekolahan (malah ketika waktu sekolah pun ada). Contoh permainan adalah guli, baling selipar, tembak-tembak (senapang dibuat sendiri), pondok-pondok, gasing, ceper, getah, cop tiang, batu seremban dan banyak lagi.

Mungkin perlu dikembalikan kegemilangan permainan-permainan tradisi yang semakin lama semakin dilupakan ini. Dengan ini juga sedikit sebanyak akan mengubah cara kehidupan kepada kehidupan yang lebih aktif dan cergas. Malah mereka pasti akan menjadi lebih kreatif dan inovatif serta mempunyai kemahiran berkawan (antara kemahiran paling penting). Zaman kanak-kanak perlu diraikan dengan sebaik-baiknya. Mungkin juga ini cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah obesiti. Catuan makanan berlemak tidak menyelesaikan masalah.http://helmisuhaimi.blogspot.com/2011/08/isu-obesiti-di-kalangan-pelajar-sekolah.html

GEJALA OBESITI DI KALANGAN MURID SEKOLAHPosted by cikguazis in May 14, 2011 In: Dakwah|Maklumat Semasa Comment!

Pemakanan yang tidak seimbang perlu dikawal.Obesiti adalah masalah kegemukan yang telah melanda murid-murid sekolah dewasa ini.Daripada gejala ini telah mengakibatkan murid -murid tersebut terdedah kepada pelbagai penyakit terutamanya penyakit diabetes. Langkah Kementerian Kesihatan meminta guru memasukkan indeks jisim badan (BMI) dalam kad laporan prestasi pelajar dilihat wajar untuk melahirkan sumber manusia yang bukan sahaja terampil dari segiintelek dan juga rohani, bahkan pelajar tersebut mempunyai berat badan yang idea.Kementerian Kesihatan mempunyai pegawai terlatih dalm pemakanan dan kumpulan ini sepatutnya masuk ke sekolah untuk menyampaikan ceramah mengenai makanan berkhasiat, mengambil BMI pelajar atau merujuk pelajar yang obes ke klinik Kesihatan berdekatan.Kita tidak boleh mengharapkan guru melakukan tugas ini kerana ini tugas tambahan kepada mereka sedangkan guru sudah banyak dibebankan dengan tugas-tugas akedemik, kokurikulum dan sukan serta kerjaa-kerja perkeranian.NUTP menerima banyak rungutan daripada guru seluruh negara mengenai tugas baru itu selepas pengumuman dilakukan Kementerian Kesihatan, Datuk seri Liow Tiong Lai baru-baru ini. Selain mengharap guru menambahkan kegiatan fizikal seperti senaman di sekolah, ibu bapa juga perlu memainkan peranan mengawal pemakanan untuk anak dan membawa mereka ke padang atau taman permainan.Gaya hidup masyarakat sama ada di bandar, pinggir bandar atau luar bandar yang berubah kerana ibu dan bapa bekerja dan pulang lewat menyebabkan tugas menyediakan makanan untuk anak ke sekolah dilakukan oleh orang gaji atau penjaga. Orang gaji biasanya tidak terlatih dalam aspek pemakanan sihat dan merekaa memasak apa sahaja masakan mentah yang ad di dalam peti sejuk. Ibu bapa pula lebih suka membeli makanan segera samada yang sudak dimasak atau mentah untuk anak mereka kerana mudah dan cepat untuk disediakan.http://cikguwati.blog.com/2011/05/14/gejala-obesiti-di-kalangan-murid-sekolah/

1. DEFINISI OBESITISecara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun didalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadiapabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggudan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalahkesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangkahayat penghidapnya juga semakin pendek.PUNCA & CARA MENGATASI MASALAH OBESITIMenurut kamus DBP, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna kegemukan yangdisebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesitimenimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darahtinggi.Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat men ikmatikehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah semestinyamembataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibatperasaan malu dan rendah diri. Hasil kajian yang pernah diterbitkan dalam MediaPermata di Brunei menunjukkan bahawa peratusan penduduk obes di negara ini adalahyang tertinggi di Asia.Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hdup yang tidak sihat sepertitidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi danterlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak sepertimenggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalambadan. Untukmengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklahmakan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kitajuga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan danmemasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus.Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi puncaberlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidakmelakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badankita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk.Oleh itu, kita mestimelakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit.Antarasenaman yang boleh dilakukan oleh mereka yang malas atau sukar melakukanpergerakan ialah berjalan kaki pantas, berenang, atau bermain badminton.senaman inidapat mengelakkan kecederaan.Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalambungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera sepertiKFC, Mcdonald, Ayamku, dan Pizza Hut digemari ramai penduduk Brunei terutamamereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memasak 2. makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yang disediakan oleh restoranmakanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa pengambilanmakanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat danmengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi.Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara burukyang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihatdan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, caramemasak, dan lebih kerap bersenam.Membuang lemak dalam badan bukan perkaramudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.Minda: Mengatasi kegemukanMASALAH kegemukan atau obesiti bukan perkara yang boleh dianggap remeh keranadisifatkan sebagai virus yang semakin menular dalam masyarakat, sementelah pula iaboleh mengundang pelbagai penyakit, sekali gus memberi tekanan emosi danmenimbulkan kegelisahan.Kanak-kanak bersaiz badan besar ketika kecil dikatakan comel dan montel, tetapihakikatnya apabila mereka meningkat usia dan tidak diberi pemantauan daripada aspekpemakanan akan menjadikan ia diselubungi penyakit.Fakta berkenaan wujud kebenarannya apabila baru-baru ini kita dikejutkan dengankenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa seramai 16.2 juta atau60 peratus rakyat di negara ini dikesan mengalami masalah kegemukan seawal usiakanak-kanak.Persoalan berkaitan obesiti bukan saja membimbangkan remaja, malah orang dewasaturut berdepan nasib sama.Ia tidak seharusnya diambil mudah, sebaliknya perlu diatasi dengan cara terbaiktermasuk melakukan diet bersesuaian.Pengamalan diet juga berbeza dan tidak boleh dilakukan secara membuta-tuli tanpanasihat doktor, terutama pakar pemakanan kerana mampu mengundang keadaan lebihburuk atau penyakit anoreksia yang banyak dialami wanita.Apabila kegemukan dialami seseorang, persepsi terhadap dirinya juga berubah,termasuk hilang daya tarikan, malah menjadi bahan cemuhan di kalangan rakanberikutan saiz badan lebih besar dan mungkin juga tabiat pemakanan dilihat melampau. 3. Kebiasaannya, seseorang bersaiz badan besar sebegini sering disebabkan amalanpemakanan kurang sihat, tetapi terdapat faktor lain seperti genetik dan keturunan,sekali gus menyebabkan obesiti bersarang pada dirinya.Menurut Liow, daripada 16.2 juta rakyat berkenaan, 8.1 juta daripadanya atau 30peratus mengalami masalah berat badan, manakala 30 peratus lagi mengalamimasalah kegemukan berlebihan.Masalah berat badan dan obesiti ini menyebabkan penyakit kronik seperti jantung,darah tinggi, barah buah pinggang dan diabetes. Penyakit ini boleh dicegah darisemasa ke semasa, tetapi kita dapati trend penyakit ini semakin meningkat.Masalah ini disebabkan gaya hidup rakyat dan kita tiada pilihan melainkan perlumengadakan pelbagai kempen dan program kesedaran bagi membolehkan rakyatmempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengelak penyakit kronik berkenaan,katanya.Nasib dialami seorang lelaki dikenali sebagai M Balagi, 43, dari Bandar Baru Air Itam,Georgetown, Pulau Pinang seperti dilaporkan media baru-baru ini mampu membukamata.Balagi yang mengalami masalah berat badan mencecah 300 kilogram (kg) mendakwamakan nasi dengan sayur sebagai sarapan, diikuti nasi bersama lauk (tengah hari), roti(minum petang) dan capati serta tosai (malam) setiap hari.Dia memberi alasan masalah berkenaan bermula apabila dibuang kerja sebagaipengawal keselamatan menyebabkan dia mengalami kemurungan selain selera makanbertambah berikutan bekas majikannya didakwa gagal melunaskan sejumlahpampasan.Pada ketika itu, berat badannya sekadar 126kg, tetapi disebabkan dilanda masalah,berat badannya meningkat 174kg dan akhirnya, Balagi terpaksa diangkat 10 lelakiuntuk dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Oktober lalu selepas terjatuh dirumahnya.Difahamkan, dia menerima rawatan lanjut dan berat badannya mulai menurun selepasdidedahkan dengan amalan pemakanan sihat sepanjang berada di HPP. 4. Saya merayu mana-mana doktor pakar yang sanggup membantu untuk mengurangkanberat badan saya kerana saya tidak ingin meneruskan hidup begini selain perlumenolong ibu saya yang tua, katanya.Apa yang berlaku itu adalah sebahagian daripada rona kehidupan dan usahaKementerian Kesihatan menempatkan 300 pakar pemakanan di klinik kesihatankerajaan bagi memberi khidmat kaunseling kepada rakyat yang berdepan masalahkegemukan atau obesiti adalah langkah terbaik.Dalam merealisasikan usaha berkenaan, 51 pakar pemakanan akan ditempatkan diklinik kesihatan terpilih, termasuk Klinik 1Malaysia tahun ini.Ia diharap mampu mengubah cara hidup rakyat untuk menjalani kehidupan lebih sihat,terutama mengenai cara pengambilan makanan.Malah, penubuhan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (MCOM) membabitkan 13pertubuhan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menangani masalahkegemukan adalah langkah proaktif dalam memastikan keadaan ini mampu ditanganidengan baik serta meningkatkan kesedaran.MCOM juga memberi jaminan kepada Kementerian Kesihatan bahawa majlis itu akanbekerja rapat dengan kerajaan dalam usaha menjayakan misi penjagaan kesihatan dinegara ini.Pertubuhan itu buat permulaan akan menumpukan kepada empat bidang iaitupenyelidikan dalam mencegah kegemukan dan obesiti, melobi mengenai kebimbangankegemukan dan obesiti dalam polisi serta undang-undang yang akan dipinda kerajaan.Berdasarkan kajian pakar kesihatan mendapati masalah obesiti dipengaruhi pelbagaisebab antaranya faktor genetik, pemakanan berlebihan atau melampau, kurangbersukan, emosi dan faktor persekitaran.Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi ke generasi kerana jika ibu bapagemuk, mereka cenderung memiliki anak-anak yang memiliki saiz badan sama.Mereka yang terdiri daripada golongan gemuk ini sentiasa berada dalam keadaan lapar 5. atau bersifat responsif terhadap makanan menyebabkan sukar untuk keluar daripadaperangkap kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasiyang kuat untuk mengurangkan berat badan.Kurang aktif bersukan juga mampu menjadi penyumbang kepada kegemukan. Jadi,aktiviti sukan sangat penting dalam penurunan berat badan, bukan saja kerana dapatmembakar kalori, malah membantu mengatur fungsi metabolisme secara normal.Faktor emosi memainkan peranan kerana jika terganggu, kebiasaannya keseluruhanhidup kita akan terganggu, sekali gus mempengaruhi kadar pemakanan keranadianggap satu cara terbaik meredakan tekanan.Risikonya, apabila seseorang berdepan isu kegemukan atau obesiti, mereka akanmenghadapi pelbagai masalah seperti penyakit kardioviskular (berkaitan jantung), strok,tekanan darah tinggi dan diabetes yang dianggap musuh manusia.Bagaimanapun, mereka yang dibelenggu masalah berkenaan tidak harus cepatberputus asa kerana banyak kaedah atau cara bersesuaian untuk menanganinya. Apayang penting, seseorang itu perlu menjaga kesihatan untuk menjamin kehidupan lebihsihat. Pakar pemakanan, Dr Che Ridzuan Hashim Rozaini berkata, terdapat lima petuamengekalkan kesihatan sempurna iaitu menerusi pengambilan makanan seimbang,minum air secukupnya, melakukan riadah, tidak merokok dan cukup rehat.Menurutnya, pemakanan sihat penting bagi menentukan sejauh mana tahap kesihatansama ada pada tahap memuaskan atau sebaliknya dan pengambilan makananseimbang perlu diamalkan mengikut diet piramid makanan.Jangan mengambil makanan berlemak kerana boleh menyebabkan kegemukan atauobesiti. Ia akan meningkatkan risiko serangan penyakit jantung, darah tinggi dankencing manis.Minum air cukup iaitu sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air kosong sehari.Air penting untuk melancarkan peredaran darah dan membersihkan kotoran dalambadan, katanya.Beliau berkata, bersenam adalah aktiviti paling penting dalam mengekalkan kesihatankerana ia membuatkan kita cergas dan sihat, selain menurunkan berat badan sertamerendahkan kandungan lemak di samping mampu menguat dan menyihatkan jantung. 6. Selain itu, kita juga boleh melakukan aktiviti lain membabitkan pergerakan anggotafizikal seperti berjalan kaki, mengemas rumah dan menaiki tangga menggantikanpenggunaan lif.Elakkan merokok kerana berisiko tinggi diserang penyakit kronik seperti sakit jantung,angin ahmar dan kanser paru-paru.Walaupun terlalu sibuk pastikan anda mengambil rehat mencukupi dengan tidur lapanjam sehari. Rehat yang cukup mengurangkan tekanan selain mengembalikan semulatenaga yang hilang, katanya.Ironinya, masalah kegemukan atau obesiti ada kaitan dengan pelbagai perkara dansemua ini perlu ditangani dengan bijak, tetapi tegas dan berhemah.

REMAJA Malaysia berisiko obes jika berterusan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. - Gambar hiasan

PADA bulan April tahun 2011, kerajaan menguatkuasakan larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat di kantin sekolah bagi membendung risiko obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Langkah itu dilakukan berikutan Malaysia dilaporkan sebagai negara yang menghadapi masalah obesiti paling tinggi di Asia Tenggara dan berada di tangga keenam di Asia.

Menyedari hakikat itu, syarikat pengeluar makanan terkemuka, Nestle (Malaysia) Berhad baru-baru ini menganjurkan forum obesiti untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalah obesiti selain membincangkan kaedah-kaedah untuk menangani masalah tersebut.

Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Peter R.Vogt berkata, forum tersebut adalah inisiatif pihaknya untuk memberi kesedaran mengenai penyakit itu.

Nestle telah memulakan beberapa inisiatif dengan menyediakan pendidikan mengenai pemakanan dan cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Salah satu program yang dijalankan ialah program Healthy Kids Nestle iaitu usaha untuk mendidik kanak-kanak ke arah pemakanan dan gaya hidup sihat serta menangani cabaran kekurangan khasiat dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak, katanya pada forum obesiti di Kuala Lumpur.

Menurut Peter, pada tahun 2007 pihaknya bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menjalankan satu kajian susulan mengenai status pemakanan berkhasiat dan tabiat pemakanan dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah bagi menentukan perubahan.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2001 mendapati berlaku peningkatan sebanyak 12% dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan, ujarnya.

Pada majlis tersebut, peserta forum berpeluang berinteraksi dengan panel Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Persatuan Dietitian Malaysia (MDA) dan Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).

Naib Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO), Profesor Dr. Norimah A. Karim berkata, kajian yang dijalankan bersama Nestle berhubung status pemakanan dan tabiat makan pelajar sekolah rendah di Malaysia pada tahun 2007 hingga 2008 menunjukkan satu daripada tiga pelajar sekolah rendah ke sekolah mengabaikan sarapan pagi.

Menurutnya, banyak faktor boleh dikaitkan dengan kegemukan. Antaranya termasuklah pengambilan makanan berlebihan dan kurang melakukan aktiviti kecergasan.

Makan seimbang

Kajian yang dijalankan ke atas lebih 11,000 murid sekolah rendah menunjukkan, kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Bahkan, kajian mendedahkan golongan tersebut lebih kerap makan makanan segera dan ringan. Mereka juga gemar menonton televisyen, bermain permainan kanak-kanak dan video turut menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti, ujarnya.

Sehubungan itu, untuk menggalakkan kanak-kanak mengamalkan cara hidup sihat mereka perlu dididik melalui corak pemakanan yang seimbang.

Dalam konteks ini, usaha menangani obesiti bukan sahaja terletak di tangan pihak sekolah tetapi juga ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa. Sepatutnya ibu bapa memberi galakan kepada anak-anak untuk mengamalkan gaya hidup sihat sejak kecil. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak mereka memilih makanan yang sihat, nasihat Dr. Norimah.

Sementara itu, Dr. Chin Yit Siew daripada Bahagian Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang membentangkan kajian mengenai risiko obesiti dan kecelaruan pemakanan dalam kalangan remaja di negara ini turut bersependapat dengan Dr. Norimah.

Katanya, golongan itu terdedah dengan risiko obesiti kerana mengabaikan pengambilan makanan dan makan mengikut hawa nafsu.

Pendek kata, remaja Malaysia sememangnya berisiko obes kerana mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, jelasnya.

Pengarah Bahagian Pemakanan, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, Rokiah Don pula berharap pengeluar makanan perlu lebih bertanggungjawab dalam memasarkan produk-produk mereka.

Mereka perlu peka dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Sebarang iklan yang keluarkan oleh syarikat makanan di televisyen perlu mematuhi akta berkenaan supaya masyarakat kita tidak disajikan dengan makanan yang tidak berkhasiat, jelasnya.

Lihat Kenyataan Akhbar > Kenyataan Akhbar Y.B. Menteri Kesihatan MalaysiaTajukMesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan Ke 9

PeneranganKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA Mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan ke 9 telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Disember 2010. Majlis yang dianggotai oleh 48 ahli dari pelbagai agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan (NGOs) dan persatuan telah membincangkan pelbagai isu keselamatan makanan negara.Di antara pencapaian penting yang telah dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah dinaiktaraf kepada sebuah Program berkuatkuasa pada 1 Julai 2010 selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri. Ini merupakan komitmen kerajaan di peringkat tertinggi dalam memastikan aspek keselamatan makanan rakyat adalah terjamin di samping meningkatkan keyakinan negara pengimport yang produk makanan dari Malaysia adalah selamat dan berkualiti. Jemaah Menteri juga telah bersetuju BKKM sebagai agensi tunggal yang bertanggungjawab ke atas keselamatan makanan negara dalam memastikan keselamatan makanan terjamin sepenuhnya serta menjaga reputasi negara di peringkat antarabangsa.Pelan Tindakan Keselamatan Makanan Kebangsaan 2010-2020 sedang dilaksanakan oleh semua stakeholders termasuk NGOs. Secara umum, objektif am pelan tindakan ini adalah untuk memperkukuhkan kawalan di sepanjang rantaian pengeluaran makanan bagi memastikan keselamatan makanan di pasaran tempatan, import dan eksport adalah terjamin.Bagi peringkat pengilangan makanan pula, BKKM telah melaksanakan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M) yang berjaya dilancarkan pada 8 November 2010 untuk membantu pihak industri terutamanya Enterprise Kecil dan Sederhana (EKS) mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. SK1M ini bertujuan untuk mentransformasi industri makanan terutamanya EKS supaya dapat meningkatkan tahap pematuhan dengan mengamalkan sistem jaminan keselamatan makanan. Ianya juga boleh dijadikan batu loncatan bagi industri EKS meneroka pasaran eksport di masa hadapan.BKKM juga melaporkan pendaftaran premis makanan sedang giat dijalankan seperti mana yang diwajibkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan sehingga 5 Disember 2010, sebanyak 7014 premis telah berdaftar dengan KKM. KKM sekali lagi menggesa supaya pemilik premis makanan mendaftar segera dan tidak menunggu hingga ke saat akhir.Semua 82 buah kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara telah melaksanakan sistem penilaian KENDIRI yang telah diperkenalkan oleh BKKM. KENDIRI ialah program pemeriksaan sendiri (self inspection) dapur secara berterusan oleh pihak pengurusan kem PLKN dengan memberi tumpuan kepada faktor risiko kemungkinan sesuatu pencemaran makanan itu berlaku.Mesyuarat juga telah dimaklumkan sehingga 15 November 2010, terdapat 125 Sekolah Latihan Pengendali Makanan di seluruh negara dengan tenaga pengajar seramai 301 orang. Di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, setiap pengendali makanan diwajibkan menjalani latihan tersebut sekali seumur hidup. Adalah menjadi kesalahan di bawah peraturan tersebut sekiranya ia tidak dipatuhi dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM10,000. Oleh itu, pihak KKM menyeru majikan pengendali makanan supaya memastikan pekerja mereka telah menghadiri latihan tersebut.Di antara isu penting yang dilaporkan semasa mesyuarat adalah Akta Makanan Haiwan 2009 telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2010 oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA). Sehingga kini, 12 cadangan draf peraturan-peraturan di bawah Akta Makanan Haiwan 2009 sedang dimuktamadkan. Dijangkakan awal tahun 2011, peraturan-peraturan ini dapat diwartakan dan dapat dikuatkuasakan.Isu penyembelihan ayam itik di pasar awam juga telah dibincangkan di mana Garis Panduan Pusat Penyembelihan Ayam/Itik dan Lain-lain Unggas telah disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sehingga kini, 58% (349) daripada 605 pasar di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan telah memberhentikan aktiviti penyembelihan ayam itik di pasar-pasar. Ini adalah bagi mengelakkan risiko penyakit zoonotik seperti Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) dan Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS).Mesyuarat juga turut dimaklumkan draf Peraturan-Peraturan Perikanan Darat (Akuakultur) sedang disediakan dan penting dalam mengawal ternakan akuakultur di peringkat ladang.Masalah berlebihan berat badan dan obesiti kian hangat dibincangkan di peringkat global. Dunia sedang dilanda pandemik obesiti. Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 400 juta orang dewasa adalah obes di seluruh dunia pada tahun 2005. Jika sesuatu tidak dilakukan, angka ini dijangka meningkat kepada 700 juta pada 2015. Laporan WHO 2010 menyatakan Malaysia berada di tangga keenam di antara negara-negara Asia yang mempunyai jumlah penduduk dewasa obes tertinggi. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaaan (NHMS) III 2006 melaporkan 60% (7.4 juta) orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun ke atas, mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) sama atau lebih daripada 23 (BMI 23).Prevalen berlebihan berat badan dan obesiti turut meningkat di kalangan kanak-kanak sekolah rendah dengan peningkatan daripada 20.7% pada 2001 ke 26.5% pada 2007. Di samping itu, masalah kekurangan mikronutrien seperti anemia dan kekurangan iodin masih wujud dalam masyarakat. Masalah pemakanan di Malaysia terutamanya obesiti, perlu ditangani segera bagi mengelaknya menjadi bertambah serius dan seterusnya mengurangkan produktiviti rakyat yang akan menjejas ekonomi negara.Pada tahun ini, KKM telah melakukan semakan semula ke atas Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) 2006 2015 bersama dengan wakil-wakil dari pelbagai kementerian dan agensi. Semakan ini bertujuan untuk memantap dan mengukuhkan pelaksanaan strategi dan aktiviti pemakanan melalui pendekatan multisektoral. Usaha ini akan memperkasakan rakyat di semua peringkat mengamalkan makan secara sihat di samping meningkatkan aktiviti fizikal.Bulan Pemakanan Malaysia diadakan pada bulan April setiap tahun semenjak 2002 dengan tujuan mempromosi amalan makan secara sihat dan gaya hidup aktif di kalangan masyarakat. Bulan ini dianjurkan oleh badan-badan profesional iaitu Persatuan Pemakanan Malaysia (Nutrition Society of Malaysia), Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (Malaysian Association on Study of Obesity) dan Persatuan Dietitian Malaysia (Malaysia Dietetian Association) dengan usahasama KKM. Pada tahun 2011, Bulan Pemakanan Malaysia akan memberi fokus kepada kanak-kanak yang berumur di antara 7 hingga 12 tahun. Tema yang dipilih adalah Kanak-kanak Sihat, Negara Lebih Sihat - Mulakan Awal. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dijangka mendapat sambutan daripada pihak sekolah dan ibu bapa. Oleh itu, pihak KKM berharap aktiviti sambutan Bulan Pemakanan Malaysia pada tahun 2011 turut mendapat sokongan daripada semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia serta industri makanan dan minuman.Mesyuarat juga telah membincangkan empat (4) kertas kerja berkaitan isu keselamatan makanan dan telah bersetuju ke atas perkara berikut:(i) Model Kolaborasi Kebangsaan bagi Keselamatan Makanan akan digunapakai di sektor makanan bagi memastikan keselamatan makanan di sepanjang rantaian pengeluaran makanan. Model kolaborasi ini adalah berdasarkan kepada model di mana BKKM sebagai Central Competent Authority dan Competent Authorities yang lain telah berjaya memulihkan pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke negara EU dalam tempoh yang singkat.(ii) Kawalan ke atas Antimicrobial resistant organisms (AMR) atau superbug dalam keselamatan makanan akan diperkukuhkan untuk melindungi kesihatan pengguna. AMR adalah mikroorganisma yang terbentuk disebabkan oleh penggunaan jangka panjang atau salahguna agen antimikrobial dalam perubatan veterinar yang mempunyai rintangan terhadap beberapa antibiotik. (iii) BKKM dengan sokongan agensi berkaitan akan terus menerajui aktiviti keselamatan makanan di peringkat antarabangsa seperti Codex Alimentarius Commission, badan subsidiari di bawah Food and Agriculture Organization (FAO)/World Health Organization (WHO) yang menetapkan standard makanan antarabangsa; International Food Safety Authorities Network (INFOSAN), badan subsidiari WHO yang bertanggungjawab ke atas jaringan penyebaran maklumat berkaitan isu-isu keselamatan makanan di peringkat antarabangsa; FAO; WHO;danASEAN.DATO SRI LIOW TIONG LAI MENTERI KESIHATAN MALAYSIA