nurul amira md yusop rencana kestabilan jaringan perhubungan

12
7/29/2019 NURUL AMIRA MD YUSOP Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan http://slidepdf.com/reader/full/nurul-amira-md-yusop-rencana-kestabilan-jaringan-perhubungan 1/12 RENCANA KESTABILAN JARINGAN PERHUBUNGAN PENGANGKUTAN Pembangunan merupakan satu proses yang berterusan, melalui satu perancangan untuk memperbaiki kehidupan masyarakat dalam pelbagai aspek. Satu aspek yang penting dalam pembangunan tersebut ialah pengangkutan. Hampir seluruh kehidupan manusia tidak terlepas daripada keperluan pengangkutan. Pengangkutan berkembang seiring dengan kemajuan kehidupan dan budaya manusia. Sistem pengangkutan merupakan salah satu faktor penggerak utama dalam pembangunan negara yang secara langsungnya dapat meningkatkan kualiti hidup sosial. Jaringan pengangkutan yang berkualiti dan berkesan boleh menjamin kelancaran sistem pengangkutan itu sendiri. Pembangunan jaringan jalan raya, lebuh raya, jambatan dan terowong yang semakin baik membolehkan penduduk mudah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Jaringan pengangkutan bermaksud sistem laluan yang menghubungkan tempat-tempat dalam sesebuah negara dan juga dengan negara lain. Terdapat pelbagai jaringan pengangkutan pada hari ini. Antaranya jalan raya, landasan kereta api, sungai, dan udara. SEJARAH PERKEMBANGAN Pengangkutan darat terbahagi kepada dua iaitu jalan raya dan jalan kereta api. Jalan raya adalah antara medium pengangkutan yang paling penting di Malaysia. Jaringan jalan raya yang terdapat di Malaysia adalah sepanjang 66 445 km. Pada umumnya, jaringan jalan raya dan lebuh raya adalah lebih padat dan tertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak. Sistem pengangkutan darat di Malaysia berkembang secara berperingkat. Jaringan pengangkutan ini berkait rapat dengan keadaan muka bumi. Pada zaman dahulu, manusia hanya berjalan kaki untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menguruskan kehidupan seharian. Mereka akan membuat laluan sendiri untuk ke sungai dan tempat-tempat lain. Akhirnya akan ada laluan yang terbentuk dan laluan itu dikenali sebagai jalan denai. Laluan ini bukan hanya dilalui oleh pejalan kaki, tetapi juga oleh binatang. Binatang itu digunakan untuk mengangkut manusia dan juga barangan.

Upload: pismpsainsjan10

Post on 14-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NURUL AMIRA MD YUSOP  Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

7/29/2019 NURUL AMIRA MD YUSOP Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

http://slidepdf.com/reader/full/nurul-amira-md-yusop-rencana-kestabilan-jaringan-perhubungan 1/12

RENCANA KESTABILAN JARINGAN PERHUBUNGAN PENGANGKUTAN

Pembangunan merupakan satu proses yang berterusan, melalui satu

perancangan untuk memperbaiki kehidupan masyarakat dalam pelbagai aspek. Satu

aspek yang penting dalam pembangunan tersebut ialah pengangkutan. Hampir seluruh

kehidupan manusia tidak terlepas daripada keperluan pengangkutan. Pengangkutan

berkembang seiring dengan kemajuan kehidupan dan budaya manusia. Sistem

pengangkutan merupakan salah satu faktor penggerak utama dalam pembangunan

negara yang secara langsungnya dapat meningkatkan kualiti hidup sosial. Jaringan

pengangkutan yang berkualiti dan berkesan boleh menjamin kelancaran sistem

pengangkutan itu sendiri. Pembangunan jaringan jalan raya, lebuh raya, jambatan danterowong yang semakin baik membolehkan penduduk mudah untuk bergerak dari satu

tempat ke tempat yang lain. Jaringan pengangkutan bermaksud sistem laluan yang

menghubungkan tempat-tempat dalam sesebuah negara dan juga dengan negara lain.

Terdapat pelbagai jaringan pengangkutan pada hari ini. Antaranya jalan raya, landasan

kereta api, sungai, dan udara.

SEJARAH PERKEMBANGAN

Pengangkutan darat terbahagi kepada dua iaitu jalan raya dan jalan kereta api.

Jalan raya adalah antara medium pengangkutan yang paling penting di Malaysia.

Jaringan jalan raya yang terdapat di Malaysia adalah sepanjang 66 445 km. Pada

umumnya, jaringan jalan raya dan lebuh raya adalah lebih padat dan tertumpu di pantai

barat Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak.

Sistem pengangkutan darat di Malaysia berkembang secara berperingkat.

Jaringan pengangkutan ini berkait rapat dengan keadaan muka bumi. Pada zaman

dahulu, manusia hanya berjalan kaki untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain

untuk menguruskan kehidupan seharian. Mereka akan membuat laluan sendiri untuk ke

sungai dan tempat-tempat lain. Akhirnya akan ada laluan yang terbentuk dan laluan itu

dikenali sebagai jalan denai. Laluan ini bukan hanya dilalui oleh pejalan kaki, tetapi juga

oleh binatang. Binatang itu digunakan untuk mengangkut manusia dan juga barangan.

Page 2: NURUL AMIRA MD YUSOP  Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

7/29/2019 NURUL AMIRA MD YUSOP Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

http://slidepdf.com/reader/full/nurul-amira-md-yusop-rencana-kestabilan-jaringan-perhubungan 2/12

 Antara binatang yang menjadi pengangkutan pada masa dahulu adalah lembu, kerbau

dan kuda.

Tanah Melayu mula membangun apabila berkembangnya kegiatan ekonomi.

Kerja-kerja penambahbaikan jalan darat dilakukan bermula tahun 1870an. Bermula

pada masa itu, jalan denai menjadi jalan yang penting. Selain itu, apabila kawasan

lombong bijih timah dibuka, lebih banyak kenderaan diperlukan untuk membawa hasil

dari lombong ke stesen kereta api dan pemilik ladang serta lombong berusaha

membaiki jalan raya di ladang-ladang mereka.

Pada masa kini, kerajaan telah meningkatkan taraf jalan raya yang sedia ada.

Contohnya, Lebuh Raya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur denganKlang dinaikkan taraf menjadi tiga lorong daripada dua lorong. Jalan raya juga dibina

untuk menghubungkan kawasan berikut iaitu penanaman getah, kelapa sawit

,perlombongan bijih timah, kawasan perindustrian dan juga pelabuhan. Di semenanjung

malaysia, jalan raya dan lebuh raya dibina untuk di dataran pantai barat dan pantai

timur. Kemajuan teknologi juga membolehkan pembinaan lebuh raya di kawasan tanah

tinggi seperti di Cameron Highland, Genting Highland dan juga di kawasan banjaran.

Jaringan pengangkutan ditingkatkan lagi dengan adanya Jambatan Pulau Pinang yang

menghubungkan tanah besar Semenanjung Malaysia dengan Pulau Pinang. Selain itu,

Lebuh Raya Persekutuan dibina bagi memendekkan masa perjalanan antara Kuala

Lumpur dengan Klang dan Pelabuhan Klang. Lebuh raya bertingkat dan lingkaran

bertingkat dibina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Terowong juga dibina

untuk memendekkan masa perjalanan.

Page 3: NURUL AMIRA MD YUSOP  Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

7/29/2019 NURUL AMIRA MD YUSOP Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

http://slidepdf.com/reader/full/nurul-amira-md-yusop-rencana-kestabilan-jaringan-perhubungan 3/12

Jaringan pengangkutan yang lain adalah jalan kereta api. Sistem pengangkutan

kereta api di Semenanjung Malaysia terus berkembang menjadi satu jaringan yang

menghubungkan setiap bandar utama di seluruh negara. Di Semenanjung Malaysia,

landasan kereta apinya ialah sepanjang 1811 km.Di Sabah , landasan kereta api ialah

sepanjang 138 km dan di Sarawak perkhidmatan kereta api tidak dimajukan. Stesen

Kereta Api yang pertama dibina di Gemas. Terdapat juga perkembangan bagi jalan

kereta api berlaku. Pada zaman penjajah, jalan kereta api dibina bertujuan untuk

mengangkat bijih timah dari kawasan perlombongan dan pelabuhan. Stesen kereta api

di Gemas, Negeri Sembilan merupakan stesen persimpangan kereta api pantai barat

dan pantai timur.

Perkembangan jaringan perhubungan bagi jalan kereta api juga telah berlaku.

Semakin banyak stesen yang dibuka dan terdapat juga kereta api laju yang dibuat pada

masa kini. Kerja membaik pulih dan menaik taraf landasan kereta api rel juga

dijalankan, Koc- koc yang lama digantikan dengan koc yang baru. Tambahan pula,

perkhidmatan rel bersepadu yang terdiri daripada komuter dan transit aliran ringan

seperti STAR-LRT, PUTERA-LRT,KL-MONOREL dan ERL.

Page 4: NURUL AMIRA MD YUSOP  Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

7/29/2019 NURUL AMIRA MD YUSOP Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

http://slidepdf.com/reader/full/nurul-amira-md-yusop-rencana-kestabilan-jaringan-perhubungan 4/12

 

KL- monorail ERL 

Jenis jaringan pengangkutan seterusnya adalah pengangkutan air. Terdapat tiga

 jenis pengangkutan air iaitu pengangkutan di sepanjang sungai, persisiran pinggir laut

dan jalan pelayaran melintasi laut. Di Sabah dan Sarawak pengangkutan sungai masih

penting sebagai sistem pengangkutan kerana kekurangan pengangkutan darat, kosnya

yang murah, dapat digunakan sepanjang tahun dan banyak penempatan terletak

berhampiran sungai. Hal ini berlainan dengan pengangkutan sungai di Semenanjung

Malaysia kerana keadaan sungai yang pendek, cetek dan sempit menyebabkan kapal

tidak sesuai digunakan. Selain pengangkutan sungai, pengangkutan laut juga penting di

negara Malaysia. Negara kita mempunyai jaringan jalan laut yang menghubungkan

pelabuhan tempatan (pelabuhan utama) dengan pelabuhan-pelabuhan utama di

negara-negara lain seperti Pelabuhan Yokohama (Jepun) dan Pelabuhan New York

(Amerika Syarikat). Pengangkutan persisiran pantai juga penting bagi penduduk yang

tinggal di pinggir pantai khasnya untuk mengangkut barangan pukal seperti hasil

pertanian dan kayu balak dari pelabuhan kecil ke pelabuhan utama. Tambahan pula,

kerajaan juga melengkapkan pelabuhan dengan kemudahan kontena dan membaiki

kapal.

Malaysia mempunyai laluan udara yang menghubungkan bandar-bandar utama

dalam negara dan bandar utama dengan ibu kota lain di dunia. Perkhidmatan

pengangkutan udara juga merupakan pengangkutan utama yang menghubungkan

Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Di negara Malaysia, terdapat

Page 5: NURUL AMIRA MD YUSOP  Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

7/29/2019 NURUL AMIRA MD YUSOP Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

http://slidepdf.com/reader/full/nurul-amira-md-yusop-rencana-kestabilan-jaringan-perhubungan 5/12

lapangan terbang antarabangsa dan lapangan terbang domestik. Terdapat dua jenis

penerbangan yang dijalankan iaitu penerbangan domestik dan penerbangan

antarabangsa. Perkhidmatan penerbangan ini membolehkan pergerakan penumpang

antara negara kita dengan negara luar. Pengangkutan udara penting untuk mengangkut

barangan import seperti ubat-ubatan dan barangan elektronik. Barangan seperti

komponen komputer, bunga, dan buah-buahan dieksport melalui udara juga kerana

barangan ini mudah rosak dan perlu dihantar dengan segera. Bagi mencapai hasrat ini,

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dibangunkan

menjadi pusat penerbangan serantau. Selain itu, kebanyakan negeri juga telah

mempunyai lapangan terbang sendiri untuk pengangkutan domestik.

Pada zaman dahulu, jaringan pengangkutan adalah terhad dan banyak

penduduk bergantung pada pengangkutan air. Sejarah telah membuktikan bahawa

proses perbandaran telah banyak membawa kesan positif kepada pembangunan

negara. Oleh itu, jaringan pengangkutan juga akan berkembang selaras dengan

pembangunan yang berlaku. Kini, Malaysia mengamalkan sistem pengangkutan jalan

raya yang lebih moden dan berteknologi tinggi di bawah `Sistem Lebuh Raya Malaysia’

melalui pengawasan Lembaga Lebuh Raya Malaysia. Justeru itu proses perbandaran di

Malaysia semakin pesat membangun yang bertindak sebagai penggerak ekonomi

negara. Antara yang utama termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Timur-

Barat, Johor-Karak, Johor- Air Hitam, Lebuh Raya Pan-Borneo dan Lebuh Raya Pantai

Barat, Johor.  Dengan ini pada keseluruhannya rangkaian lebuh raya di Malaysia

mempunyai pengaruh dan pertalian dengan bandar-bandar yang sedang meningkat

proses perbandaran. Antaranya termasuk bandar Jitra, Sungai Petani, Taiping, Kuala

Kangsar, Kota Tinggi dan Segamat, Johor.

Proses ini dijangka berterusan dan akan menggalakkan lagi pertumbuhan

bandar-bandar kecil di seluruh negara dalam tempoh jangka panjang. Pembangunan

 jaringan perhubungan ini haruslah dilakukan secara lestari dan tidak mengganggu alam

sekitar. Agama Islam menekankan umatnya untuk menjaga hubungan dengan Allah,

manusia dan juga alam sekitar. Perkara ini menunjukkan bahawa pembangunan tanpa

memudaratkan alam sekitar yang harus dijalankan pada masa kini. Tambahan pula,

Page 6: NURUL AMIRA MD YUSOP  Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

7/29/2019 NURUL AMIRA MD YUSOP Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

http://slidepdf.com/reader/full/nurul-amira-md-yusop-rencana-kestabilan-jaringan-perhubungan 6/12

sekiranya alam dirosakkan, manusia sendiri yang akan menerima kesannya. Selain itu,

pembinaan lebuh raya, jalan raya dan jalan kereta api haruslah dilakukan pada struktur 

tanah yang sesuai. Hal ini kerana bukan semua bukit bukau dan gunung ganang boleh

ditarah untuk pembinaan kerana Allah telah menciptakan gunung dan bukit sebagai

pasak bumi semula jadi.

Selain itu, secara tidak langsung nilai mencintai alam sekitar dan mensyukuri

ciptaan tuhan dapat diaplikasikan. Apabila manusia tidak membuat aktiviti yang

berbahaya kepada alam sekitar, nilai ini akan dapat dilihat. Sesungguhnya alam ini

amat penting kepada semua hidupan sama ada manusia, haiwan dan tumbuhan untuk

hidup. Oleh itu, apa-apa pembinaan haruslah dilakukan secara terancang supaya alam

sekitar dan flora fauna terpelihara.

Pada masa kini, pembangunan di Malaysia semakin hari berlaku semakin pesat.

Kawasan pedalaman juga tidak terkecuali untuk dibangunkan. Orang asli dan kaum

peribumi yang kebiasaannya mendiami kawasan pedalaman dan kurang terdedah

kepada pembangunan semasa. Oleh yang demikian, cara hidup dan budaya mereka

mungkin akan terganggu apabila kawasan tempat tinggal mereka dibangunkan.

Masalah ini dapat diatasi dengan menerangkan secara baik kepentingan projek yang

dijalankan. Sekiranya projek tersebut menyebabkan kawasan tempat tinggal mereka

diambil, kerajaan atau pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan tempat tinggal

baru yang lebih selesa.

KEPENTINGAN ISU 

Pembangunan dan Pengangkutan di Iskandar Malaysia

Wilayah Pembangunan Iskandar atau dikenali sebagai Iskandar Malaysia

terletak di Johor, kawasan paling pesat membangun di selatan Semenanjung Malaysiadi mana kehidupan, hiburan, alam persekitaran dan perniagaan bergabung untuk

membentuk metropolis yang progresif dan berdaya maju. Wilayah ini meliputi kawasan

seluas 2,217 km persegi (221,634 hektar) dan terletak di bandar raya Johor Bahru.

Pembangunan Iskandar Malaysia menunjukkan kepentingan jaringan sistem

pengangkutan di Malaysia.

Page 7: NURUL AMIRA MD YUSOP  Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

7/29/2019 NURUL AMIRA MD YUSOP Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

http://slidepdf.com/reader/full/nurul-amira-md-yusop-rencana-kestabilan-jaringan-perhubungan 7/12

 

 Antara kesan positif yang dapat dilihat melalui pembangunan koridor ialah sistem

 jalan raya yang semakin bersistematik. Dapat dilihat perbezaan pada waktu kini dan

dahulu adalah amat berbeza dari segi sistem pengurusan infrastrukturnya. Sistem

pengangkutan yang semakin baik ini adalah salah satu cara berkesan dalam

menghubungkan satu wilayah dengan wilayah yang lain. Oleh yang demikian, kawasan-

kawasan terpencil dapat dimajukan apabila jaringan jalan raya diperbaiki.

Dalam hal ini, sesebuah pembangunan yang dilaksanakan berkait rapat dengan

kepentingan sistem pengangkutan. Pengangkutan berfungsi sebagai medium untuk

memindahkan bahan-bahan pembinaan di wilayah tersebut serta menghubungkan

masyarakat dengan kawasan tersebut. Iskandar Malaysia mempunyai sistem jalan raya

yang meluas. Selain itu, beberapa rangkaian jalan utama telah pun dicadangkan seperti

Eastern Dispersal Link (EDL), Johor Bahru Coastal Road dan Johor Baru Middle Ring

Road. Tambahan pelaksanaan program menaik taraf dan membaik pulih jalan raya

yang relevan dan penting telah dicadangkan untuk membanyakkan jalan raya di mana

kegiatan ekonomi akan meningkat di kawasan tersebut. Lebuh raya utama juga sedang

dinaik taraf untuk melancarkan aliran trafik daripada kawasan yang sesak serta

menyediakan laluan penghubung untuk menerajui pembangunan kawasan tersebut.

LEGOLAND Malaysia antara tarikan utama yang terdapat di Iskandar Malaysia.

Setiap medium pengangkutan mempunyai fungsi yang tersendiri. Jalan kereta api

pula dibina untuk mengangkut barangan dan penumpang. Perkhidmatan kereta api

Page 8: NURUL AMIRA MD YUSOP  Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

7/29/2019 NURUL AMIRA MD YUSOP Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

http://slidepdf.com/reader/full/nurul-amira-md-yusop-rencana-kestabilan-jaringan-perhubungan 8/12

 juga dapat meningkatkan hubungan dengan kawasan pedalaman dan memudahkan

usaha membangunkan ekonomi kawasan berkenaan. Landasan berkembar elektrik

dibina antara bandar Rawang dan Ipoh. Kereta api kargo menyediakan perkhidmatan

pengangkutan barang dan membantu meningkatkan urusan perniagaan dan

perdagangan. Untuk perjalanan jarak jauh, perkhidmatan kereta api penumpang yang

disediakan adalah seperti perkhidmatan antara bandar, utara-selatan dan pantai timur.

Perkhidmatan kereta api ‘Ekspres Antarabangsa’ menghubungkan Bangkok, Kuala

Lumpur dan Singapura. Perkhidmatan ini telah menggalakkan industri pelancongan di

negara kita. Perkhidmatan rel bersepadu diperkenalkan di Lembah Klang kerana

keperluan terhadap pengangkutan penumpang adalah tinggi. Perkhidmatan ini amat

penting kerana dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Bandar Raya Kuala

Lumpur, memendekkan masa perjalanan, menyediakan sistem pengangkutan awam

yang lebih cekap dan mengurangkan masalah pencemaran udara.

Perkembangan jalan raya pula menyebabkan tahap ketersampaian penduduk

semakin tinggi. Hal ini bermakna manusia boleh mengunjungi kawasan  – kawasan yang

sebelum ini sukar untuk dilawat seperti kawasan pedalaman. Selain itu, penerokaan

sumber bumi juga dapat dilakukan dengan mudah apabila adanya jalan raya. Bahan-

bahan mentah yang digunakan untuk perindustrian juga mudah diangkut ke kilang

daripada kebun atau ladang apabila jalan raya yang baik dibangunkan.

Pengangkutan udara yang semakin berkembang dengan kehadiran pelbagai

syarikat penerbangan pada masa kini. Pengangkutan ini adalah yang paling

menjimatkan masa, dan sesuai untuk barangan yang mudah rosak, dan perlu dihantar 

dengan segera seperti barangan elektronik, ubatan , bunga dan buah- buahan. Sektor 

pelancongan negara juga dapat berkembang pesat dengan adanya jaringan

perhubungan udara. Penduduk Malaysia kini boleh terbang pergi ke negara-negara luar 

yang sangat jauh. Kewujudan syarikat tambang murah contohnya boleh menggalakkan

lagi perkara ini terjadi. Kawasan pedalaman Sabah Sarawak juga boleh dihubungkan

dengan kawasan lain dengan adanya jaringan perhubungan ini kerana pengangkutan

darat terhad.

Page 9: NURUL AMIRA MD YUSOP  Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

7/29/2019 NURUL AMIRA MD YUSOP Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

http://slidepdf.com/reader/full/nurul-amira-md-yusop-rencana-kestabilan-jaringan-perhubungan 9/12

Jaringan perhubungan pengangkutan di kawasan air juga mempunyai kepentingan

kepada kehidupan manusia. Laluan ini digunkan untuk mengangkut barang pukal

seperti hasil pertanian,dan kayu balak dari pelabuhan utama. Hasil tangkapan ikan juga

dapat dibawa ke pelabuhan oleh nelayan menggunakan medium perhubungan sungai

atau laut.

KESAN PERKEMBANGAN JARINGAN PENGANGKUTAN KEPADA PENDUDUK.

Perkembangan jaringan perhubungan yang pesat pada masa kini juga memberi

kesan yang kurang elok kepada masyarakat jika tidak dibangunkan dengan baik.

Sebagai contoh, pada 7 Jun 2013, telah berlaku kejadian runtuh di jambatan Pulau

Pinang kedua. Kejadian itu berlaku apabila sebahagian rangka utama susur masuk ke

Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 50 meter dari arah Batu Maung yang dalampembinaan runtuh. Empat dipercayai maut manakala tiga cedera akibat kerana

kenderaan terperangkap apabila sisa jambatan seberat 200 tan itu runtuh di atas Lebuh

Raya Tun Dr Lim Chong Eu.

Kejadian yang tragik ini berlaku pada jam 7.15 malam itu yang mana jalan

kedua-dua arah dikatakan sibuk dengan kenderaan berikutan waktu pulang bekerja.

Kesan seterusnya yang terjadi Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM4.3 bilion ini

mungkin disiapkan lebih lambat daripada yang dijadualkan susulan kejadian tanjakanruntuh Khamis lalu, namun Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), berkata mereka akan

berusaha untuk menyiapkan projek mengikut jadual yang telah ditetapkan .

Pengarah Pembinaan JKSB, Mohd Ashari Alias, berkata pihaknya kehilangan

masa kerja berikutan pemberhentian kerja-kerja pembinaan selepas lokasi kejadian

diserah kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) untuk tujuan

siasatan. Kerja-kerja siasatan itu dijangka mengambil masa sebulan dan kami hanya

boleh menyambung semula kerja selepas siasatan selesai, katanya ketika dihubungi

Bernama, di sini hari ini. 

Jambatan sepanjang 24 kilometer dengan 16.9 km daripadanya berada di atas

permukaan air dijadual siap pada September ini, namun kini mungkin lewat selama dua

bulan kepada November. Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun kejadian itu

Page 10: NURUL AMIRA MD YUSOP  Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

7/29/2019 NURUL AMIRA MD YUSOP Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

http://slidepdf.com/reader/full/nurul-amira-md-yusop-rencana-kestabilan-jaringan-perhubungan 10/12

membabitkan Tanjakan Dua yang menghubungkan Batu Maung ke jambatan, namun

kerja di tiga lagi tanjakan turut dihentikan. Jelas beliau tiga lagi tanjakan ialah Tanjakan

Satu yang menghubungkan jambatan dengan George Town, Tanjakan Tiga (jambatan

ke Batu Maung) dan Tanjakan Empat (George Town ke jambatan).

PUNCA MASALAH 

Kejadian runtuhan jambatan mungkin disebabkan oleh kecuaian manusia ,

keadaan persekitaran itu sendiri dan juga kelemahan pengurusan risiko. Punca sebenar 

masalah ini berlaku masih lagi disiasat dengan mendalam oleh pihak yang berkaitan

seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh).Kecuaian manusia boleh

berlaku semasa kerja-kerja pemasangan struktur jambatan. Manakala keadaan

persekitaran seperti keadaan tanah yang lembut juga boleh mempengaruhi struktur 

binaan yang masih belum kukuh.

CADANGAN DALAM MENYELESAIKAN MASALAH ISU

Pengurusan risiko sesuatu projek perlu turut diteliti untuk mencegah kejadian

seperti penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh semalam. Ini

kerana runtuhan itu melibatkan risiko nyawa pengguna jalan raya di kawasan

perindustrian Bayan Lepas iaitu sebuah laluan yang sibuk dengan ribuan orang

berulang alik ke tempat kerja.

Terdapat persoalan yang perlu dijawab oleh kontraktor yang dilantik untuk

melaksanakan projek ini iaitu kenapa laluan jalan raya itu tidak ditutup atau

dilencongkan ke kawasan yang jauh dari tapak binaan dan kenapa orang awam harus

lalu di bawah tapak konkrit jambatan itu dibina?

Menurut Pakar Kejuruteraan dan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan UniversitiSains Malaysia (USM) Prof Ahmad Farhan Ahmad Sadullah mengatakan setiap projek

pembinaan seharusnya mengambil kira dan mengkaji secara mendalam pengurusan

risiko yang melibatkan orang awam, risiko projek dan pekerja.

Page 11: NURUL AMIRA MD YUSOP  Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

7/29/2019 NURUL AMIRA MD YUSOP Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

http://slidepdf.com/reader/full/nurul-amira-md-yusop-rencana-kestabilan-jaringan-perhubungan 11/12

Dalam artikel berita pada 7 Jun 2013, beliau memberitahu tiga perkara utama

yang harus diteliti secara mendalam ketika melaksanakan sesuatu projek pembinaan

iaitu aspek teknikal, persekitaran dan aspek pengurusan risiko. Namun begitu, punca

sebenar kejadian runtuhan ini masih belum diketahui. Walau apa punca runtuhan itu,

perkara penting ialah keselamatan nyawa awam perlu diutamakan.

Selain daripada penekanan pada pengurusan risiko, orang awam juga harus

mengambil inisiatif sendiri dengan cuba untuk berhati-hati semasa melalui kawasan

pembinaan dan jika mampu mengelak daripada perlu melalui jalan itu. Pihak kontraktor 

 juga seharusnya menutup kawasan pembinaan sekiranya sesuatu struktur baru sahaja

dipasang.

PERANAN KERAJAAN DAN MASYARAKAT

Jaringan perhubungan yang dibina memberikan kepentingan yang meluas

kepada penggunanya. Namun begitu, mungkin juga akan terjadi beberapa perkara yang

boleh memberikan kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar. Oleh itu, kerajaan

dan masyarakat haruslah memainkan peranan masing-masing secara berkesan.

Kerajaan haruslah memastikan sesuatu projek yang dijalankan memberi kesan

yang baik kepada komuniti dan aspek keselamatan haruslah dititik beratkan. Hal ini

penting untuk mengelakkan kemalangan yang teruk berlaku. Selain itu, untuk projek

kerajaan, kontraktor yang dilantik untuk melakukan projek itu haruslah terdiri daripada

kontraktor yang berkelayakan dan lebih baik jika pernah mempunyai pengalaman

menguruskan projek yang serupa. Hal ini perlu supaya kontraktor tersebut akan dapat

menangani masalah yang timbul dengan baik. Pemantauan secara berkala oleh pihak

kerajaan terhadap projek yang dijalankan juga perlu dikuatkuasakan untuk memastikan

projek itu tidak memberi kesan yang buruk.

Masyarakat pula boleh memainkan peranan terhadap isu yang berlaku mengenai

hal ini dengan mengambil tahu lokasi-lokasi pembangunan yang sedang dijalankan.

Kita harus mempunyai kesedaran kendiri untuk mengelakkan diri daripada kawasan-

kawasan pembinaan yang boleh mendatangkan malang kepada kita. Selain itu,

Page 12: NURUL AMIRA MD YUSOP  Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

7/29/2019 NURUL AMIRA MD YUSOP Rencana Kestabilan Jaringan Perhubungan

http://slidepdf.com/reader/full/nurul-amira-md-yusop-rencana-kestabilan-jaringan-perhubungan 12/12

masyarakat juga harus memberi kerjasama dan sokongan kepada pihak kerajaan dan

kontraktor yang menjalankan projek untuk kesejahteraan masyarakat itu sendiri.

KESIMPULAN

Pembangunan jaringan perhubungan adalah diperlukan untuk kemudahan

manusia sendiri dan kemajuan sesebuah negara. Namun begitu, pembangunan

tersebut haruslah dijalankan secara terancang untuk memastikan tiada kesan buruk

bakal berlaku kepada masyarakat dan alam sekitar.