[novel] duka hati seorang isteri

4
"Maafkan abang, sayang." Remuk hati seorang isteri dikala suami yang selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui akan hubungan terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak kuduga... inikah balasan yang kuterima atas setiap bibit cintaku padamu suami? Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir. Kehangatan air mataku meneyelinap kedalam diri. Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama sepuluh tahun ini. Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang menoleh kembali. Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak bersisa lagi. Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita yang bergelar isteri.. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu abang. Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang sedekad waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita bersama. Di saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam? Ingatkah abang akan janjimu ketika abang terselamat dari maut? Ketika Abang mengenggam jari Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk bersama sayang. Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu kecapi lagi.. Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk rawatan lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti padamu, Abang. Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi buatmu. Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang ikhlas menjaga makan minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita. Mungkin ada waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab isteri. Sayang sedar ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai toleransimu. Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2 perkaran yang sentiasamembuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang bahagia. Dan kerana itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun. Tapi Sayang silap abang. Rupanya kasihmu layu juga. Sekali lagi air mataku gugur. Kurenung surat permohonan abang untuk menikah lagi. Kutatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas kugengam. Memang dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami adalah seperkara sayang takuti. Sayang takut bila isteri abang dua ..kasih abang satu. Dan Sayang takut jika kasih yang satu itu bukan milik Sayang lagi. Abang malam ini abang mengaku akan hubungan yang selama ini

Upload: azan90

Post on 30-May-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/14/2019 [NOVEL] Duka Hati Seorang Isteri

http://slidepdf.com/reader/full/novel-duka-hati-seorang-isteri 1/4

"Maafkan abang, sayang." Remuk hati seorang isteri dikala suami yang selama 10

tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui akan hubungan

terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak kuduga... inikah

balasan yang kuterima atas

setiap bibit cintaku padamu suami? Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir.

Kehangatan air mataku meneyelinap kedalam diri.

Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku melangkah

keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama sepuluh tahun ini.

Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang menoleh kembali.

Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak bersisa lagi.

Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita yang

bergelar isteri.. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu abang. Hanya

kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang sedekad waktu ini. Abang

lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita bersama. Di saat adik-adik abang

memerlukan wang untuk perbelanjaan sekolah, kita suami isteri menguis saki baki

simpanan yang ada untuk membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan

yang nyaris meragut nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam?

Ingatkah abang akan janjimu ketika abang terselamat dari maut? Ketika Abang

mengenggam jari Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi

peluang kedua untuk bersama sayang.

Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini abang tahu

nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu kecapi lagi.. Selama

2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk rawatan lanjutan. Selama itu ,

Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti padamu, Abang. Namun semuanyasudah tidak bermakna lagi buatmu.

Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang ikhlas menjaga makan

minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita. Mungkin ada

waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab isteri. Sayang sedar

ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai toleransimu.

Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2 perkaran yang

sentiasamembuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang bahagia. Dan

kerana itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun. Tapi Sayang

silap abang. Rupanya kasihmu layu juga.

Sekali lagi air mataku gugur. Kurenung surat permohonan abang untuk menikah

lagi. Kutatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas kugengam. Memang

dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami adalah seperkara sayang

takuti. Sayang takut bila isteri abang dua ..kasih abang satu. Dan Sayang takut jika

kasih yang satu itu bukan

milik Sayang lagi. Abang malam ini abang mengaku akan hubungan yang selama ini

8/14/2019 [NOVEL] Duka Hati Seorang Isteri

http://slidepdf.com/reader/full/novel-duka-hati-seorang-isteri 2/4

tidak sayang ragui. Sayang ikhlas dengan bantuan abang.. Sayang bangga kerana

punya suami sepertimu abang. Suami yang bukan sahaja penyayang malah seoarng

lelaki yang mudah simpati pada orang yang memerlukan. Dan dikala Farah yang

waktu itu datang menangis-nangis kerana sudah tidak betah hidup terseksa

bersama suaminya,kita bantu Farah dan anak-anaknya.

Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di Universiti

dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak-beranak di rumah sewa kita. Kita

bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat Abang makan gaji. Dan Anak-

anak Farah Sayang jaga di waktu siang. Mungkin kerana ketidakhadiaran cahaya

mata dalam kamus hidup kita, Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak

sendiri. Selama 3 bulan itu

Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat menjalani

kehidupan seorang ibu. Di waktu Farah rasa terancam dengan ugutan suaminya,

Sayang bangga abang berani melindungi Farah dan anak-anak. Betapa di kala itu,

abang bagaikan wira dahulukala. Di saat Farah merasai hidupnya musnah dirobek

suaminya, Sayang beri Farah Harapan. Sayang tiupkan semangat. Segala-galanya

demi nilai satu persahabatan. Tapi cermin persahabatan itu remuk berderai. Malah

hati seorang wanita ini lebih terluka bila wanita yang menjadi dalang cinta kami

adalah Farah.

Sampai hatimu Farah, madu yang kami beri tapi racun yang kau balas.. Rupanya

kasih sayang yang kucurahkan pada anak-anakmu kau balas dengan belaian manja

pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah? Kata orang bertepuk sebelah tangan tak

akan berbunyi. Mungkin salahnya datang dari suamiku tapi tak bolehkah kau

fikirkan akan nilai persahabatan kita? Dan kerana persahabatan itu tak mampukah

kau menolak suamiku jauh dari hidupmu? Tidak pernaha dalam sekelumit akuwaktu, kupinta darimu untuk melayan suamiku sebegitu rupa.Tidak Farah! Tidak.

 Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Prosesceraimu masih belum sampai jauh

talak. Kau masih isteri orang Farah.

Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang kusut itu diperkemaskan.

 Tiada apa yang mampu kuucapakan lagi. Kukutip permohonan suamiku dari atas

katil. Perlahan aku melangkah keluar dari bilikku. Di kala itu kulihat suami sedang

leka dibuai perasaan. Di atas Sofa empuk itu, Suamiku cuba memikirkan

keserabutan hidup. Kuhampiri suamiku. Di kala itu pandangan kami bertemu. Jika

semalam, pasti ada gelora asmaracinta bila pandangan kita bertaut tapi malam ini.......pertama kali sayang rasakan

pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang. Lembut Suamiku

menarikku kesisi..

"Abang... Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang. Berterus-teranglah

walaupun ianya paling pahit untuk diterima. Apa yang abanag cari pada Farah?

8/14/2019 [NOVEL] Duka Hati Seorang Isteri

http://slidepdf.com/reader/full/novel-duka-hati-seorang-isteri 3/4

Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?"

Sakit hati ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tidak dapat ku bayangkan

kekecewaan yang melanda. Perlahan kuamati suamiku. Abang walaupun

hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya kehilanganmu.

"Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan Sayang kerana

membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan Abang simpati

pada Farah yang tak memiliki bahagia." Dalam saat-saat sebegini Farah masih

dihatimu.

"Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku?"

"Abang lelaki punya keinginan ... punya kemahuan..." Walaupun payah, Abang

masih memenangi dirimu.. Abang.. Abang.. Aku mengeleng sendirian. Sayang

semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah makin murah untuk menagalir.

 Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat sepertidahulu.

"Bagaimana halal dan Haram Abang?" Aku masih cuba berlaku tenang. Aku

kalau boleh mahu Suamiku sedar keterlanjuran yang berlaku. Suamiku terdiam. Dia

semakin resah.

"Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu bertanggungjawab

atas keterlanjuran kami." Mudah sungguh Abang membina alasan. Indah sungguh

takrifan bertanggungjawab dan taubatmu. Aku tersenyum sendirian.

"Abang masih belum jawab soalan Sayang. ? Apa yang membuatkan Farah lebihbernilai dalam hidup Abang sekarang?" Antara dengar dengan tidak aku cuba

mendapatkan kepastian.

"Farah.. Farah.." Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada nada-nada ketidakpastian

pada raut wajahnya. Lembut kugenggam tangan suamiku.

"Abang Sayang cuma mahukan kejujuranmu. ." Dengan isyarat mata aku cuba

memberi keberanian pada suamiku untuk berlaku jujur denganku.

"Sayang.. Farah mampu menjadiakan Abang...AYAH. ." Dan aku cuma tersenyummendengar alasan suamiku. Seperti yang telah kuduga. Luruh hatiku mendengar

alasannya. Dulu janjimu lain Abang tapi kini..

"Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang menolak. Abang kata biar

susah senang kita sehidup semati..hanya ajal memisahkan kita. Tak akan ada dua

atau tiga dalam diri Abang.."

8/14/2019 [NOVEL] Duka Hati Seorang Isteri

http://slidepdf.com/reader/full/novel-duka-hati-seorang-isteri 4/4

"Sayang... itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang sepi Sayang tanpa

Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang berkebolehan mendapatkan

anak." Aku semakin sakit mendengarnya. Abang hina kecacatan hidup ini. Abang

ungkit kekurangan diri ini.

"Kalau anak yang abang mahu, Nikahlah Farah. Gauli farah setelah Farah Halalbuatmu." Segera aku bangkit dari duduku. Dengan kekuatan yang masih berbaki,

ku pandang suamiku sebagai pandangan terakhir. Hati ku sudah terluka abang.

Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu Sayang tapi.. yang tak

mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah buat Abang dikala Sayang

sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini Abang. Biarlah kisah cinta kita

terkubur disini. Kuhulur salam terakhir buat suamiku. Kukucup suamiku dan

kubisikkan padanya...

"Tapi Abang Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca

mata Sayang. Bebaskan Sayang..." Tersentak suamiku.

"Nanti Sayang..." Suamiku menarikku hampir padanya.

"Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah Farah kebahagian yang

ingin Abang berikan. Jadilah Abang Ayah sepertimana yang Abang impikan. Cuma..

Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi bila Sayang fikirkan hanya

kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan Sayang. Hanya kerana 3 bulan

pertemuan Abang musnahkan kepercayaan sayang dan Hanya kerana 3 bulan

simpati Abang buang halal haram satu hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak

Sayang ada ayah seperti itu..Maafkan Sayang,Abang. "

Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku. Tiada tolehan kedua

buatnya. Tiada lagi simpati buatnya. Yang ada cuma ....janin berusia 2 bulan yang

menjadi lambang kasih kita. Itulah kebesaran tuhan Abang.

Assalamualaikum suamiku.