hak isteri

Upload: nanur-syahmih-adam

Post on 06-Jul-2015

285 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tajuk : Hak Isteri Dalam Perkahwinan Siri 5 1. Apakah hak anda sebagai seorang isteri? Seseorang isteri itu adalah berhak kepada : i) Nafkah ii) Kasih sayang dari suami iii) Hak untuk mendapatkan keadilan 2. Apakah yang dimaksudkan dengan nafkah? Nafkah ialah perbelanjaan yang wajib dikeluarkan oleh suami terhadap isteri. 3. Apakah nafkah-nafkah yang wajib ke atas suami terhadap isterinya? Nafkah itu adalah seperti : i) Makan dan minum; ii) Pakaian; iii) Tempat tinggal; iv) Perubatan; dan v) Pembantu rumah sekiranya perlu 4. Bilakah nafkah ini boleh dituntut? Nafkah boleh dituntut pada bila-bila masa semasa perkahwinan masih berlangsung. 5. Berapakah kadar nafkah? Kebiasaannya kadar nafkah adalah berdasarkan kepada kemampuan dan kedudukan kewangan suami. 6. Bagaimanakah hak nafkah seorang isteri itu boleh gugur? Hak nafkah seorang isteri itu boleh gugur jika dia nusyuz atau enggan menurut perintah suami. 7. Apakah yang dimaksudkan dengan nusyuz? Nusyuz ialah keengganan isteri untuk menurut kemahuan dan perintah suami seperti menjauhkan diri daripada suami, meninggalkan rumah suami atau enggan berpindah bersama suami tanpa sebab yang sah mengikut Hukum Syara'. 8. Bilakah tempoh penerimaan nafkah akan tamat? Tempoh penerimaan nafkah akan tamat apabila pemberi (suami) atau penerima nafkah (isteri) meninggal dunia atau isteri telah didapati nusyuz. 9. Adakah seseorang isteri itu berhak untuk menerima nafkah sekiranya dia tidak lagi menjadi nusyuz ? Ya, seseorang isteri itu adalah berhak untuk menerima nafkahnya sebaik sahaja si isteri itu tidak lagi nusyuz.

10. Apakah yang dimaksudkan sebagai nafkah tertunggak? Nafkah tertunggak ialah nafkah yang tidak dibayar atau tidak diberi oleh suami bermula dari tarikh perkahwinan mereka atau bermula dari tarikh tertentu sepanjang perkahwinan mereka. 11. Bolehkah isteri menuntut tunggakan nafkah? Ya, isteri boleh menuntut tunggakan nafkah mengikut peruntukan undang-undang keluarga Islam.

Hak Isteri Yang Perlu Dipenuhi SuamiOleh: Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas [3]. JANGAN ENGKAU MEMUKUL WAJAHNYA Di antara hak yang harus dipenuhi seorang suami kepada isterinya ialah tidak memukul wajah isterinya, meskipun terjadi perselisihan yang sangat dahsyat, misalnya kerana si isteri telah berbuat derhaka kepada suaminya. Memukul wajah si isteri adalah haram hukumnya. Sebagaimana firman Allah Azza wa Jalla. Ertinya : Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) ke atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuanperempuan yang shalihah adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka). Perempuanperempuan yang kamu khuatiri akan nusyuz[1], hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (berpisah ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Maha Tinggi, Mahabesar. (An-Nisaa : 34) Di dalam ayat ini, Allah membolehkan seorang suami memukul isterinya. Akan tetapi ada hal yang perlu diperhatikan dengan bersungguh-sungguh. Keizinan untuk memukul adalah harus memenuhi kaedah-kaedah sebagai berikut, iaitu: 1. Setelah dinasihati, dipisahkan tempat tidurnya, namun tetap tidak mahu kembali kepada syariat Islam. 2. Tidak dibenarkan memukul wajahnya. 3. Tidak boleh memukul dengan pukulan yang menimbulkan bekas atau membahayakan isterinya. Pukulannya pula pukulan yang tidak melukai, sebagaimana sabda Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam:

Ertinya : Dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai.[2] Pada zaman Nabi shallallaahu alaihi wa sallam, ada sebahagian Shahabat yang memukul isterinya, kemudian Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam melarangnya. Namun Umar bin al-Khaththab radhiyallaahu anhu mengadukan atas bertambah beraninya wanita-wanita yang nusyuz (derhaka kepada suaminya), sehingga Rasul memberikan rukhshah untuk memukul mereka. Para wanita berkumpul dan mengeluh dengan hal ini, kemudian Rasul shallallaahu alaihi wa sallam bersabda, Ertinya : Sesungguhnya mereka itu (yang suka memukul isterinya) bukan orang yang baik di antara kamu.[3] Dari Abdullah bin Jamah bahawasanya dia telah mendengar Nabi shallallaahu alaihi wa sallam bersabda, Ertinya : Bagaimana mungkin seseorang di antara kalian sengaja memukul isterinya sebagaimana dia memukul hambanya, lalu dia menyetubuhinya di malam harinya?[4] Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam juga menyebutkan tentang lelaki yang baik, iaitu yang baik kepada isteri-isterinya. Beliau shallallaahu alaihi wa sallam bersabda, Ertinya : Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya dan aku adalah yang paling baik kepada isteriku[5] Ertinya : Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya.[6] [4]. JANGANLAH SEKALI-KALI ENGKAU MENGHINA ISTERI Contoh ucapan yang dimaksudKAN adalah Semoga Allah menghinamu atau Kamu dari keturunan yang hina atau yang selainnya yang menyakitkan hati si isteri. Seorang suami telah memilih isterinya sebagai pendamping hidupnya, maka kewajipan dia untuk mendidik isterinya dengan baik. Setiap manusia tidak ada yang sempurna. Oleh itu kekurangan di dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang normal sahaja terjadi di dalam kehidupan sehari-hari. Kadang-kala isteri memiliki kekurangan di dalam satu sisi, dan suami pun memiliki kekurangan dari sisi yang lain. Tidak selayaknya melimpahkan tumpuan kesalahan tersebut seluruhnya kepada si isteri. Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam bersabda:

Ertinya : Tidak boleh seorang mukmin menghina seorang mukminah. Jika dia membenci satu akhlak darinya maka dia redha darinya (dari sisi) yang lain.[7] Seorang suami, sebagai kepala rumah tangga berkewajipan untuk membimbing dan mendidik isteri dengan sabar sehingga dapat menjadi isteri yang shalihah dan dapat melayani suaminya dengan penuh keredhaan. Islam mengajarkan kepada ummatnya untuk memanjatkan doa kepada Allah Azza wa Jalla atas kebaikan tabiat isterinya dengan memegang ubun-ubunnya seusai aqad nikah sambil membaca: Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiatnya yang dia bawa. Dan aku berlindung dari kehinaannya dan kehinaan tabiat yang dibawanya.[8] Apabila isteri kita salah, keliru atau melawan, maka nasihatilah dengan cara yang baik. Tidak boleh menjelek-jelekkannya, dan doakanlah agar Allah memperbaikinya dan menjadikannya isteri yang shalihah. [5]. TIDAK BOLEH ENGKAU MEMISAHKANNYA, KECUALI DI DALAM RUMAH Jika seorang suami dalam keadaan marah kepada isterinya atau terjadi ketidakharmonian di antara keduanya, maka seorang suami tidak berhak untuk mengusir si isteri dari rumahnya. Islam menganjurkan untuk meninggalkan mereka di dalam rumah, di tempat tidurnya dengan tujuan untuk mendidiknya. Si suami harus tetap bergaul dengan baik terhadap isterinya, seperti yang termaktub di dalam kitab suci Al-Quran yang mulia, Allah Taala berfirman: Ertinya : Dan janganlah kamu keluarkan mereka dari rumahnya dan janganlah (diizinkan) keluar kecuali jika mereka mengerjakan perbuatan keji yang jelas. (AthThalaq : 1) Juga firman-Nya. Ertinya : Dan bergaullah dengan mereka menurut cara yang patut. Jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya. (An-Nisaa : 19) Pernikahan adalah ikatan yang kukuh, tidak selayaknya hanya kerana masalah yang kecil dan remeh lalu bercerai-berai. Bahkan di dalam masalah-masalah yang sangat besar pun, kita diperintahkan untuk bersabar menghadapinya, serta saling nasihat-menasihati. Akan menjadi sangat sulit bagi orang tua (suami dan isteri) untuk membimbing dan mendidik keturunannya agar menjadi anak yang shalih apabila si suami berpisah dengan isterinya. Sedangkan anak yang shalih merupakan salah satu aset yang sangat berharga, baik untuk kehidupan kedua orang tuanya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Bahkan kata-kata yang mengandungi perceraian (thalaq) harus dijauhkan dengan sejauhjauhnya meskipun si suami dalam keadaan marah yang sangat, baik diutarakan dengan bersungguh-sungguh mahupun sekedar bergurau. Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam bersabda tentang kalimat thalaq ini: Ertinya : Tiga hal yang apabila diucapkan bersungguh-sungguh akan terjadi, mainmainnya (pun) terjadi, iaitu nikah, thalaq, dan ruju.[9] Seseorang ketika dalam keadaan marah, cenderung untuk mengeluarkan kata-kata yang kotor, perkataan yang jelek, dusta, mencaci maki, mengungkit-ungkit keburukan lawan bicara, menyanjung-nyanjung dirinya dan mengeluarkan kalimat yang mengandungi kekufuran atau yang lainnya. Untuk itu, ketika kita dalam keadaan marah, Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam memerintahkan kita untuk mengucapkan perkataan yang baik, atau kalau tidak mampu maka dianjurkan untuk diam, baginda shallallaahu alaihi wa sallam bersabda: Ertinya : Apabila seseorang dari kalian marah, hendaklah ia diam.[10] (Disalin dari buku Bingkisan Istimewa Menuju Keluarga Sakinah, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Putaka A-Taqwa Bogor Jawa Barat, Cet Ke II Dzul Qadah 1427H/Desember 2006) Sumber http://almanhaj.or.id di edit oleh Abu Usamah [2] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 1218 (147)), dari Shahabat Jabir bin Abdillah radhiyallaahu anhuma. [3] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 2146), Ibnu Majah (no. 1985), Ibnu Hibban (no. 1316 -al-Mawaarid) dan al-Hakim (II/188), dari Sahabat Iyas bin Abdillah bin Abi Dzubab radhiyallaahu anhu. Hadits ini dishahihkan oleh al-Hakim dan disetujui oleh adz-Dzahabi. [4] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 4942), Muslim (no. 2855) dan atTirmidzi (no. 2401). [5] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh ath-Thahawi dalam al-Musykilul Atsar (VI/343, no. 2523), Ibnu Majah (no. 1977), dari Ibnu Abbas radhiyallaahu anhuma. Hadits ini diriwayatkan pula oleh Ibnu Hibban (no. 1312 -al-Mawaarid) dan at-Tirmidzi (no. 3895), dari Aisyah radhiyallaahu anha. [6] Hadits shahih lighairihi: Diriwayatkan oleh Ahmad (II/250 dan 472), at-Tirmidzi (no. 1162) dan Ibnu Hibban (no. 1311 -al-Mawaarid), dari Abu Hurairah radhiyallaahu anhu. Lihat Silsilah ash-Shahiihah (no. 284).

[7] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 1469), dari Abu Hurairah radhiyallaahu anhu. [8] Hadits hasan: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 2160), Ibnu Majah (no. 1918), alHakim (II/185), al-Baihaqi (VII/148), dan al-Hakim menshahihkannya, dari Abdullah bin Amr radhiyallaahu anhuma. Lihat Aadabuz Zifaaf (hal. 92-93). [9] Hadits hasan: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 2194), at-Tirmidzi (no. 1184), Ibnu Majah (no. 2039), al-Hakim (II/198) dan Ibnul Jarud (no. 712) dari Abu Hurairah radhiyallaahu anhu. Lihat Irwaa-ul Ghaliil (no. 1826). [10] Hadits shahih lighairihi: Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad (no. 245 dan 1320), Ahmad (I/239, 283, 365), dari Ibnu Abbas radhiyallaahu anhuma, lihat Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah (no. 1375).

Hak-Hak Isteri Yang Harus Ditunaikan Suami Anam Wednesday, 27 June 2007 Allah SWT berfirman, Dan diantara, tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu, supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa-rasa kasih dan sayang. (ArRuum :21). Kasih sayang yang terdapat diantara pasangan suami-isteri hampir tidak didapati di antara dua orang yang bersahabat. Allah SWT menyukai pasangan suami-isteri dengan rasa cinta dan kasih sayang yang berkesinambungan, karena itu Dia telah mensyariatkan kepada mereka sejumlah hak dan kewajiban yang kalau dilaksanakan dengan baik akan mampu memelihara sikap mawaddah dari kepunahan dan penelantaran. Allah SWT berfirman, Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang maruf. (Al-Baqarah : 228). Penggalan ayat diatas walaupun singkat tetapi mengandung mana yang tidak mungkin dijabarkan secara terperinci dengan tuntas melainkan memerlukan halaman yang amat tebal. Ia menjadi kaidah kuliyah (kaidah yang bersifat umum), yang menyatakan, bahwa kaum wanita sama dengan kaum laki-laki dalam segala hak, kecuali satu yang ditegaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya, Akan tetapi para suami, mempunyai tingkatan satu kelebihan daripada isterinya. (Al-Baqarah :228).

Kita harus berusaha mengerti dengan baik hak-hak para isteri dan kewajiban-kewajiban mereka yang tinggal di tengah-tengah masyarakat, wajib memahami cara mereka bergaul dan berinteraksi dengan para suaminya di tengah-tengah keluarga suaminya dan harus juga mengetahui kebiasaan masyarakat, yaitu bahwa mereka lambat laun akan mengikuti agama, aqidah, sopan santun dan tradisi suaminya. Jadi, ini semuanya sebagai mizan (neraca) bagi seorang suami yang dengannya ia bisa mengukur sajauh mana ketulusan muamalah dirinya kepada isterinya dalam segala aspek kehidupan dan berbagai macam keadaan. Oleh sebab itu maka apabila ia bersikukuh menuntut isterinya agar melaksanakan tugas-tugas keseharian, maka hendaklah ia memikul kewajiban yang sama yang harus ditunaikan untuk isterinya dengan sempurna. Oleh sebab itu Ibnu Abbas r.a. pernah menyatakan, Sesungguhnya aku benar-benar akan berhias untuk isteriku sebagaimana berdandan untukku. (Tafsir Ibnu Jarir II:453). Jadi seorang Muslim yang haq sejati patut memahami dengan benar hak-hak isterinya yang menjadi tanggung jawab dirinya sebagaimana yang Allah SWT tegaskan, Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang denga kewajibannya menurut cara yang maruf. (Al-Baqarah : 228). Dan sebagaimana yang disabdakan Nabi saw., Ketahuilah sesungguhnya kalian mempunyai hak yang harus ditunaikan oleh isteri kalian, dan isteri kalian pun memiliki hak yang wajib kalian tunaikan. (Hasan: Shahih Ibnu Majah no:1501, Tirmidzi II:315 no:1173, dan Ibnu Majah I:594 no:1851). Seorang Muslim wai (yang sadar) senantiasa berusaha keras menunaikan hak-hak isterinya tanpa memperhatikan apakah hak dirinya yang harus ditunaikan oleh isterinya sudah terpenuhi secara sempurna atau belum, karena ia sangat menginginkan untuk mengembangsuburkan mawaddah warahmah antara mereka berdua, dia juga berusaha dengan gigih menutup peluang bagi syaitan yang selalu hendak menyuruh perselisihan antara mereka berdua. Dan (karena) termasuk nasihat dalam agama, di sini penulis akan mengemukakan hak-hak isteri yang harus ditunaikan oleh suami kemudian hak-hak suami yang wajib dilaksanakan

oleh isteri agar para suami dapat mengambil pelajaran sehingga mereka saling menasihati dalam hak dan saling berwasiat dalam/dengan kesabaran. (Rasulullah saw. bersabda), Sesungguhnya para isteri kalian mempunyai hak yang wajib kalian tunaikan.

a.

Hendaknya suami bergaul dengan isteri dengan cara yang maruf. Allah SWT berfirman, Dan bergaullah dengan mereka secara maruf. (AnNisaa:19) Yaitu dengan memberi makan kepada isterinya bila ia makan, memberi pakaian kepada isterinya bila ia mengenakan pakaian dan mendidiknya dengan apa-apa yang Allah perintahkan untuk mendidiknya bila ia harus khawatir isterinya melenceng dari tuntunan dan bimbingan Allah Taala, dengan cara menasihatinya dengan mauizah hasanah (peringatan yang baik), tanpa mencela, mencaci dan menjelekkannya. Bila dia bisa taat kembali (maka cukuplah) dan jika tidak maka pisah ranjanglah, mudah-mudahan dia taat kembali. Jika tidak, maka pukullah selain wajahnya dengan pukulan yang tidak membahayakan. Berdasarkan firman Allah SWT, Dan wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya. Maka, nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka, Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (An-Nisaa). Dan, sabda Nabi saw ketika beliau ditanya, Apa hak seorang isteri yang harus ditunaikan oleh suaminya? Maka jawab Beliau, Engkau memberi dia makan bila engkau makan, engkau memberi dia pakaian bila engkau mengenakan pakaian, dan janganlah engkau memukul wajahnya, mencelanya dan jangan (pula) berpisah ranjang dengannya, kecuali masih di dalam rumah. (Shahih:

Shahih Ibnu Majah no:1500, Aunul Mabud VI:180 no:2128 dan Ibnu Majah I:593 no:1890). Salah satu indikator kesempurnaan akhlak dan berkembangnya iman adalah seorang amat sangat lembut, dan sayang; kepada keluarganya, sebagaimana yang disebutkan Nabi saw.. Nabi saw. bersabda, Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya di antara mereka dan orang yang terbaik di antara kalian ialah yang terbaik kepada keluarganya. (Hasan Shahih; Shahih Tirmidzi no:928 dan Tirmidzi II:315 no:1172). Sikap memuliakan dan menghoramti isteri merupakan pertanda kepribadian yang sempurna, dan merendahkan isteri merupakan indikator pribadi yang hina, dan tercela. Di antara bentuk memuliakan isteri ialah bersikap lemah lembut dan bercanda dengannya demi meneladani Rasulullah saw.. Beliau bersikap lemah lembut kepada Aisyah ra dan berlomba dengannya sampai-sampai Aisyah mengatakan, Rasulullah saw mengajakku berlomba (lari), lalu saya mengalahkan beliau. Beberapa waktu kemudian ketika aku gemuk, lalu Beliau mengajakku (lagi) berlomba (lari), lalu Beliau mengalahkanku. Kemudian Beliau bersabda, (Kemenanganku) ini (kekalahanku) yang lalu, (Shahih: Adabuz Zifas hal.200, dan Aunul Mabud VII:243 no:2561). Sungguh Nabi saw. menganggap hiburan sebagai sesuatu yang bathil kecuali hiburan dengan keluarga. Rasulullah saw. bersabda, Segala sesuatu yang dijadikan bahan hiburan oleh anak cucu Adam adalah bathil kecuali tiga hal: (pertama) melepaskan anak dengan keluarga, (kedua) melatih kudanya, dan (ketiga) bersenda gurau dengan keluarga; karena ketiga hal itu termasuk yang haq. (Shahih: Shahihul Jamius Shaghir no:4534, Nasai dalam asy-Syarah II: 74, ath-Thabrani dalam al-Mujamul Kabir II: 89 no.1 dan Abu Naim dalam Ahadits Abil Qasim al-Asham XVIII:17).

b. Di antara hak yang harus ditunaikan oleh suami, ialah hendaknya ia sabar dan tabah dalam menyikapi perbuatan isterinya, yang tidak berkenan di hatinya dan hendaknya ia memaafkan kekeliruan-kekeliruannya. Nabi saw. bersabda, Seorang mungkin tidak boleh membenci isterinya jika ia membenci sebagian perilakunya, niscaya ia menyenangi sebagian yang lain. (Shahih: Muslim II:1091 no:469 dan Adabuz Zifas hal.199). Rasulullah saw. bersabda, Terimalah wasiatku yaitu agar berbuat baik kepada wanita karena sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Kalau engkau memaksa meluruskannya, berarti engkau mematahkannya, dan jika engkau biarkan maka ia akan tetap bengkok, karena itu berwasiatlah yang baik kepada kaum wanita. (Muttafaqun alaih: Fathul Bari IX:253 no:5186 Muslim II:1091 no:060 dan 1468). Sebagian ulama salaf berkata: Ketahuilah bahwa tidak termasuk akhlak yang baik kepada isteri sekedar menghilangkan gangguan yang menimpa dia, bahkan juga harus siap menanggung hal-hal yang menyakitkan yang datang darinya serta wajib bersikap lemah lembut dan bijak terhadap sikap gegabah dan amarahnya demi mengikuti Rasulullah saw di mana para isteri beliau menyulut emosinya dan pernah pula seorang di antara mereka tidak menyapa beliau sehari semalam. (Lihat Mukhtashar Minhajul Qashidin hal. 78-79). c. Di antara hak isteri yang harus ditunaikan oleh suaminya ialah sang suami harus memeliharanya dan menjaganya dari segala sesuatu yang bisa mengkoyak-koyak kemuliaannya dan yang bisa mencemarkan harga dirinya serta yang dapat menghancurkan kehormatannya. Dia harus tegas melarang isterinya dari membuka wajah dan tabarruj (berdandan) untuk memperlihatkan kecantikannya (kepada yang lain) dan dia harus mencegah isterinya agar tidak sampai melakukan ikhtilath (berbaur) dengan selain mahramnya dari kalangan laki-laki. Sebagaimana dia juga harus melindunginya, dan memeliharanya secara total dan mengayominya

secara sempurna. Dia tidak memberi peluang kepadanya untuk merusak perangai atau agamanya, dan tidak juga memberi kesempatan kepadanya untuk menyimpang dari tuntunan Allah dan Rasul-Nya untuk berbuat maksiat, karena dia selama pengayom dan yang berperan sebagai penanggung jawabnya dia memikul beban harus memelihara dan menjaganya. Allah SWT berfirman, Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita. (An-Nisaa:34). Dan Nabi saw. Bersabda, Dan suami itu menjadi pemimpin di tengah keluarganya dan dia akan dimintai pertanggungjawaban perihal mereka yang dipimpinnya. (Muttafaqun alaih: Fathur Bari II:380 no:893 dan Muslim III:1459 no:1829). d. Diantara hak isteri yang harus dilaksanakan oleh suami ialah sang suami harus mengajarkan masalah-masalah agamanya yang amat mendasar dan sangat dibutuhkan atau dia mengizinkannya untuk hadir di majlis ilmu; karena ia selaku isteri amat butuh untuk meningkatkan kualitas pengalaman agamanya dan untuk membersihkan jiwanya yang tidak kalah pentingnya daripada kebutuhan akan sandang serta pangan dan papan yang harus dia sediakan untuk isterinya. Allah SWT berfirman, Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. (At-Tahrim:6). Isteri adalah bagian dari keluarga, dan kiat menyelamatkannya dari jilatan api neraka hanyalah dengan iman yang tulus dan amal shalih. Amal shalih adalah amal yang dipotong oleh ilmu dan pengetahuan sehingga isteri mampu melaksanakan segala amal (dengan benar dan ikhlas) sesuai dengan tuntunan syari). e. Diantara hak isteri yang wajib dilaksanakan oleh suaminya ialah dia harus menyuruh sang isteri melaksanakan agama Allah dan memelihara shalat. Allah SWT berfirman, Dan perintahkanlah kepada keluargamu menegakkan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. (Thaha:132).

f.

Diantara hak isteri yang harus ditunaikan oleh suami ialah dia harus mengizinkan isterinya yang hendak keluar dari rumah bila memang sangat diperlukan, misalnya ia hendak pergi menunaikan shalat jamaah di masjid, atau hendak silaturrahmi ke rumah keluarga, kerabat, atau tetangga dekatnya dengan syarat ia tetap mengenakan jilbab, dan dia harus tegas mencegah isterinya dari tabarruj (berdandan menor) ketika keluar rumah dan dari menampakkan wajah atau bagian tubuhnya yang lain yang tidak boleh dilihat, sebagaimana dia harus tegas mencegahnya dari memakai wangi-wangian perfume dan semisalnya dan dia wajib memberi peringatan keras kepadanya supaya jangan sampai ia ikhtilath (berbaur) dengan laki-laki (yang bukan mahramnya) dan jabat tangan dengan mereka, sebagaimana dia harus memberi peringatan keras kepadanya agar tidak menonton TV dan supaya tidak mendengar lagu-lagu.

g.

Diantara hak isteri yang mesti dilaksanakan suaminya adalah dia tidak boleh sekali-kali menyebarkan rahasianya dan tidak perlu menyampaikan aibnya kepada siapapun, karena suami adalah sebagai orang yang dipercayakan secara penuh terhadapnya dan dia dituntut supaya membimbing dan melindunginya. Di antara sekian banyak rahasia yang amat sangat bersifat pribadi ialah membuka, kartu mengenai ihwal hubungan di atas ranjang. Oleh sebab itu Nabi saw memberi peringatan keras agar kita tidak membeberkannya kepada orang siapapun: Dari Asma binti Yazid ra bahwa ia pernah di sisi Rasulullah saw. sedangkan para sabahat laki-laki dan perempuan pada duduk-duduk, lalu beliau bersabda, Barangkali ada, seorang laki-laki (diantara kalian), yang menceritakan (kepada orang lain) apa yang dialaminya dengan isterinya, dan mungkin ada seorang wanita yang membeberkan (kepada orang lain) apa yang dialaminya dengan suaminya? Maka para sabahat diam seribu kata. Kemudian saya (Asma) menjawab, Betul, ya Rasulullah! Kaum wanita benar-benar telah melakukannya dan kaum laki-lakipun benar-benar telah melaksanakannya. Maka sabda Beliau, Kalau begitu janganlah kamu sekalian melakukannya (lagi); karena sesungguhnya perbuatan itu hanyalah seperti syaitan laki-laki yang bertemu

dengan syaitan perempuan di tengah jalan lalu bersetubuh, sementara orangorang pada menyaksikannya. (Shahih: Adabuz Zifaf hal.72). h. Di antara sekian banyak hak isteri yang wajib ditunaikan oleh suaminya adalah dia harus bermusyawarah dengan isterinya dalam beberapa urusan terutama persoalanpersoalan yang secara khusus menyangkut mereka berdua dan anak-anaknya demi mengikuti (contoh) Rasulullah saw, di mana beliau biasa berembuk dengan segenap isterinya lalu melaksanakan saran dan masukan yang baik dari mereka sebagai misal pada waktu perang Hudaibiyah, setelah selesai menulis isi perjanjian, (terjadilah kisah sebagai berikut, pent.). Kemudian Rasulullah saw bersabda kepada para sahabatnya, Bangunlah lalu sembelihlah (binatang hadyu) kemudian cuku rambut kalian! Sungguh tak seorangpun di antara mereka bangun hingga Beliau mengucapkan perintah tersebut tiga kali. Tatkala tak seorangpun di antara para sahabat yang beranjak dari tempat duduknya, maka Rasulullah saw. masuk menemui Ummu Salamah ra, kemudian Beliau menyampaikan sikap para sabahatnya itu kepada Ummu Salamah maka ia berkata, Ya Nabiyullah (wahai nabi Allah) apakah engkau menyukai sikap itu? Keluarlah namun janganlah engkau berbicara dengan seorangpun di antara mereka hingga engkau menyembelih binatang hadyu dan memanggil tukang cukurmu lalu mencukurmu dan menyembelih binatang hadyu. Maka kemudian Rasulullah saw. keluar menemui para sahabat, dan tidak mengajak bicara dengan seorangpun di antara mereka sebelum Beliau melaksanakan saran itu. Kemudian tatkala para sabahat melihat beliau mencukur dan memotong hadyu, mereka pada bangun, lalu menyembelih binatang hadyu dan sebagian di antara mereka menggunting rambut sebagian yang lain hingga (seolah-olah) hampir saja sebagian di antara mereka membunuh sebagian yang lain karena: jengkel. (Shahih: Fathul Bari V:239 no:2731 danm 2732). Begitulah Allah SWT telah menjadikan kebaikan yang besar bagi Rasulullah saw. dalam melaksanakan saran dan masukan dari Ummu Salamah. Realita ini berbeda jauh dengan kebiasaan buruk yang terus terjadi yang mencegah kita dari mengajak

kaum wanita musyawarah dan mewanti-wanti kita supaya berembuk dengan mereka. Sehingga terbentuk semacam ungkapan, Musyawarah dengan seorang wanita, bila ia memberi manfaat, akan mengakibatkan kehancuran selama setahun; dan bila tidak memberi manfaat maka menyebabkan kehancuran sepanjang umur. i. Di antara isteri yang wajib dilaksanakan oleh suami ialah dia harus segera pulang boleh begadang isterinya seusai shalat isya di masjid. Dia tidak boleh begadang di luar rumah sampai akhir malam, sebab yang demikian ini dapat menyebabkan sang isteri tidak bisa tidur malam dan membuatnya gelisah. Bila tidak, hal itu akan menimbulkan rasa was-was dan bimbang apalagi jika sering begadang hingga larut malam di luar rumah. Bahkan termasuk juga hak isteri yang mesti dilaksanakan oleh suaminya yaitu dia tidak boleh begadang di waktu malam di dalam rumah, jauh dari isterinya walaupun dia mengerjakan shalat malam, hingga dia menunaikan hak isterinya. Oleh sebab itu, Nabi saw menegur Abdullah bin Amr yang begadang dan menjauhi isterinya dan bersabda kepada, Sesungguhnya isterimua mempunyai hak yang mesti kamu tunaikan! (Muttafaqun alaih: Fathul Bari IV: 217-218 no:1875, Muslim II:813 no:182/1159 dan Nasai IV:211). j. Di antara sekian banyak hak isteri yang harus dilaksanakan oleh sang suami adalah dia berbuat harus adil dan proporsional terhadap isteri pertama dan kedua, bila dia berpoligami. Dia harus bersikap adil dan proporsional kepada mereka berdua dalam pembagian makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, dan giliran. Tidak boleh dia bersikap pilih kasih, atau curang dan bertindak lalim dalam masalah-masalah ini, karena Allah swt telah mengharamkan tindakan sewenangwenang ini. Nabi saw bersabda, Barangsiapa memiliki dua isteri, lalu dia mengutamakan salah satu dari keduanya. Tanpa memperhatikan yang lain, niscaya dia akan datang pada hari kiamat (kelak) sedangkan separoh anggota tubuhnya miring. (Shahih: Irwa-ul Ghalil no:2017, Shahih Ibnu Majah no:1603, Aunul Mabud VI:171 no:2119, Tirmidzi II:304 no:1150, Nasai VII:63, dan Ibnu Majah I:633

no:1969, dengan redaksi yang mirip). Saudara-saudara sesama Muslim, ini adalah hak-hak isteri kita yang harus anda tunaikan, maka anda wajib berusaha dengan sungguh-sungguh untuk merealisasikan hak-hak ini bagi mereka dan tidak boleh meremehkannya, karena kalau anda berhasil menunaikan hak-hak itu dengan serius maka hal itu termasuk faktor-faktor yang membuat kita merasa bahagia hidup di tengah-tengah rumah tangga, dan terkategori sebab yang menjadikan bahtera rumah tangga bergerak secara berkesinambungan, selamat dan terbebas dari aneka ragam problem yang membuat anda hidup gelisah, dan merasa hilang ketenangan kedamaian, mawaddah dan rahmah. Dan penulis mengingatkan kepada para isteri akan pentingnya sikap menundukkan pandangan dari melihat (setiap) kekurangan para suami mereka (dalam menunaikan) hakhak mereka, dan hendaknya mereka menghadapi setiap kekurangan para suami tersebut dengan tetap bersungguh-sungguh dalam berkhidmah (berbakti) kepada mereka sehingga dengan demikian diharapkan hanay zaujiyah (kehidupan rumah tangga) yang bahagia dan sejahtera akan terus berkesinambungan. Sumber: Diadaptasi dari 'Abdul 'Azhim bin Badawi al-Khalafi, Al-Wajiz Fi Fiqhis Sunnah Wal Kitabil 'Aziz, atau Al-Wajiz Ensiklopedi Fikih Islam dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah Ash-Shahihah, terj. Ma'ruf Abdul Jalil (Pustaka As-Sunnah), hlm. 581 -- 594.

Islam lindungi hak isteri TIADA lafaz paling keramat dari lidah seorang lelaki yang bergelar suami, kecuali talak, bahkan dilihat dari satu sudut ia adalah hak eksklusif kaum Adam terhadap kaum Hawa. TIADA lafaz paling keramat dari lidah seorang lelaki yang bergelar suami, kecuali talak, bahkan dilihat dari satu sudut ia adalah hak eksklusif kaum Adam terhadap kaum Hawa. Ada benarnya, kerana dalam Islam lafaz talak atau cerai yang keluar dari bibir si isteri tidak diambil kira, walaupun dia melafazkannya berulang kali dengan bersungguhsungguh, sekali gus menunjukkan kuasa talak hak suami.

Firman Allah bermaksud: "Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya dan hitunglah masa idah itu (dengan betul) serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu..." (al-Quran, surah al-Talaq-65: 1) Walaupun begitu, seorang suami harus berwaspada. Sabda Nabi bermaksud: "Allah tidak menjadi sesuatu yang halal, yang lebih dibenci olehNya dari talak." Dan lagi: "Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak." (Riwayat Abu Dawud) Seorang suami tidak wajar mempermainkan perkataan cerai kerana sekali ia terlepas dari mulut, mereka mungkin menyesal seumur hidup. Rasulullah bersabda: "Tiga perkara menjadi serius walaupun dalam keadaan main-main atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba." Tetapi, sejauh mana lafaz cerai menjadi hak eksklusif suami? Apakah hak untuk berpisah bagi si isteri terkunci rapat? Jika benar, bukankah ia menzalimi isteri dan tidakkah undang-undang Islam ini menganiayai wanita! Pensyarah Kanan Institut Islam Toronto, Kanada, Sheikh Ahmad Kutty, berkata dalam Islam, lelaki dan wanita mempunyai hak. Menurutnya, ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Dan isteri-isteri itu ada hak yang sama seperti kewajibannya secara yang sepatutnya..." (al-Quran, surah al- Baqarah: 228) "Hak ini termasuk hak untuk dilayan secara adil dan baik dalam semua keadaan, keduaduanya dalam kes perkahwinan dan perpisahan," katanya, dalam satu ruangan soal jawab hukum di laman sesawang. Sebagaimana lelaki mempunyai hak untuk membubarkan perkahwinan, wanita juga ada hak berbuat demikian, lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan konflik yang mengakibatkan kekecewaan dan kesengsaraan. Katanya, Allah memerintahkan lelaki berbuat baik terhadap wanita sepanjang waktu dan sebarang perlakuan tidak adil, menjadikan isteri tahanan penjara dalam perkahwinan. "...maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan baik, atau lepaskan mereka dengan baik..." (al-Quran, surah al-Baqarah: 231) "Dengan penjelasan penting al-Quran ini, Islam mengajar kita apabila seorang suami melanggar prinsip terbabit, isteri mempunyai hak mengambil apa-apa tindakan undang-

undang bagi membubarkan perkahwinan. "Ia adalah hak yang diberikan Islam kepadanya dan keputusan mahkamah dalam kes ini benar-benar berdasarkan Islam, bagi dirinya hanya bertindak dalam usaha untuk menghindari penganiayaan dan kecederaan dirinya," katanya. Beliau berkata, prinsip perundangan Islam menjelaskan, perlindungan mesti diambil bagi mengelak kecederaan dan kerosakan." Justeru, katanya, jika seorang isteri itu tidak mendapat keselesaan daripada suaminya, dia berhak meminta cerai. Ulama terkemuka, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dalam bukunya, Halal dan Haram dalam Islam, berkata wanita yang tidak tahan tinggal dengan suaminya ada hak untuk membebaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan, dengan mengembalikan mas kahwin (mahar) kepada suaminya. Pemberian dari isteri itu katanya, sama ada lebih atau kurang nilainya bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak. Bagaimanapun, katanya, seorang suami itu sepatutnya tidak meminta lebih daripada yang diberikannya kepada isteri. "Dan tidak halal bagi kamu mengambil balik sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan hukum Allah, maka tidaklah berdosa (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar hukum Allah, maka mereka itulah orang yang zalim." (al-Quran, surah alBaqarah: 229) Bagaimanapun, menurut al-Qaradhawi, adalah tidak dibenarkan bagi wanita untuk mendapat cerai dari suami kecuali dia diberikan layanan yang teruk atau dalam keadaan itu dia mempunyai sebab munasabah. Katanya, Nabi bersabda, maksudnya: "Sekiranya mana-mana wanita meminta cerai dari suaminya tanpa sebab yang kukuh, terhalang haruman syurga darinya."(Hadis riwayat Abu Daud) Dari penjelasan ini, nyata sekali nasib seorang isteri masih terbela di dalam Islam dan dia mempunyai hak untuk bercerai apabila dirasakan perkahwinan sudah tidak memberikan nikmat kepadanya. Perceraian itu boleh dituntut di Mahkamah Syariah, sama ada dengan cara fasakh (pembubaran perkahwinan) atau tebus talak (cerai yang diucapkan oleh suami dengan pembayaran dari pihak isteri kepada suaminya).

Dalam undang-undang keluarga Islam, perceraian boleh juga berlaku melalui talak taklik, pertukaran agama dan li'an.

Hak isteri selepas berkahwin dan apabila diceraikanHarta Sepencarian March 14th, 2007PERCERAIAN adalah perbuatan halal yang sangat dimurkai oleh Allah SWT kerana ia membawa kepada pelbagai implikasi dalam masyarakat. Untuk menjamin kedudukan wanita, Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri telah memberi beberapa hak kepada wanita untuk menuntut keadilan akibat daripada perceraian.

Ekoran daripada perceraian biasa (bukan fasakh, khuluk dan taklik), isteri berhak menuntut perkara berikut: Tempat tinggal

Isteri yang diceraikan berhak mendapat tempat tinggal daripada bekas suaminya ketika dalam edah. Nafkah

Nafkah bukan saja boleh dituntut ketika perkahwinan, ia juga boleh dituntut selepas berlaku perceraian iaitu semasa dalam edah. Termasuk dalam erti nafkah ialah makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Muakah

Di samping nafkah, isteri juga berhak menuntut mutaah iaitu pemberian sagu hati oleh suami kepada bekas isteri yang diceraikan tanpa sebab. Harta sepencarian

Harta Sepencarian ialah harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.

Cara membuat tuntutan ialah seorang perempuan atau lelaki yang telah bercerai boleh membuat permohonan kepada Mahkamah Syariah untuk mendapatkan sesuatu keputusan terhadap bekas suaminya atau isterinya tentang pembahagian harta sepencarian.

Untuk memudahkan mendapat hak-hak tersebut, adalah lebih baik menggunakan peguam. Bagi mereka yang tidak mampu menggunakan khidmat peguam, bolehlah membuat permohonan kepada Biro Bantuan Guaman. Semua permohonan hendaklah dibuat kepada Pendaftar Mahkamah Syariah. Hadhanah

Hadhanah ialah penjagaan kanak-kanak dalam peringkat umur tertentu dan belum mumaiyyiz sesudah berlaku perceraian antara kedua-dua ibu bapa mereka.

a) Hak penjagaan Umumnya apabila berlaku perceraian, hak penjagaan kanak-kanak diberikan kepada ibu sesuai dengan sifatnya sebagai seorang ibu yang pengasih, penyayang, lemah lembut, penyabar dan sebagainya. Walaupun begitu, ia tertakluk kepada beberapa syarat yang telah digariskan oleh Islam yang wajib dipenuhi. b) Kelayakan menjadi penjaga Tidak semua orang berhak atau layak menjadi penjaga kepada kanak-kanak kecuali setelah memenuhi kriteria-kriteria berikut: i. Beragama Islam. ii. Baligh dan sempurna akal. iii. Mampu dan boleh dipercayai dalam menjalankan tugas penjagaan dan pendidikan yang sempurna. iv. Beramanah dan bermoral tinggi. v. Mempunyai pertalian darah dengan kanak-kanak. vi. Mempunyai tempat tinggal yang tetap sama ada miliknya sendiri atau rumah yang disewa. vii. Tinggal di tempat kanak-kanak yang dipeliharanya. viii. Sekiranya yang mengendalikan penjagaan itu adalah ibunya sendiri, maka disyaratkan dia belum lagi berkahwin dengan lelaki lain selain dari bapa bayi tersebut. Kelayakan di atas adalah sepertimana yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri. c) Hilang kelayakan

Hak penjagaan seseorang perempuan itu akan hilang jika: i. Perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kanak-kanak itu. ii. Perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka. iii. Perempuan itu menukar permastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu. iv. Perempuan itu murtad. v. Perempuan itu mencuaikan atau menganiayai kanak-kanak itu. d) Had masa Had penjagaan kanak-kanak akan tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun bagi lelaki dan sembilan tahun bagi perempuan. Walau bagaimanapun, Mahkamah atas permohonan penjaga boleh membenarkannya menjaga kanak-kanak itu sehingga mencapai umur sembilan tahun bagi lelaki dan sebelas tahun bagi perempuan. Apabila tamat tempoh tersebut, hak penjagaan berpindah kepada bapa. Seterusnya jika kanak-kanak itu telah mencapai umur mumaiyiz maka ia boleh memilih untuk tinggal sama ada dengan ibu atau bapanya. e) Penjagaan anak tak sah taraf (anak luar nikah) Penjagaan kanak-kanak tak sah taraf adalah hanya oleh ibu dan saudara mara ibu. f) Upah mengendalikan hadhanah Apabila yang melaksanakan tugas hadhanah itu adalah ibu kanak-kanak itu, maka setelah tamat masa eddahnya dan dia tidak lagi mendapat apa-apa nafkah daripada bekas suaminya, maka pada saat itu dia berhak mendapat upah (bayaran) penjagaan anaknya. Ini kerana dia telah melaksanakan satu tugas bagi pihak bapa anaknya ataupun wali anaknya. Jika yang mengendalikan urusan hadhanah itu seorang perempuan asing (bukan ibunya sendiri), maka dia berhak mendapat upah atas pelbagai khidmatnya terhadap kanak-kanak tersebut kecuali jika dia redha atau rela memberikan khidmatnya secara percuma. Bayaran hadhanah dikira dari permulaan hari dia melaksanakan tugasnya. Bayaran ini tidak akan gugur atau luput sama sekali kecuali dengan menjelaskannya atau menghalalkannya sahaja.

Orang yang bertanggungjawab membayar upah hadhanah ialah orang yang bertanggungjawab menanggung nafkah anak tersebut kerana perbelanjaan hadhanah dikira sebahagian daripada nafkah dan ia merupakan suatu perkara wajib ke atas seseorang bapa ataupun penjaganya. g) Tambahan Di samping perceraian biasa terdapat 3 cara lain untuk membatalkan perkahwinan bagi mengimbangi keadilan terhadap hak wanita iaitu: 1. Fasakh Pada keseluruhannya semua negeri di Malaysia telah mempunyai peruntukan UndangUndang tentang perceraian melalui fasakh. Isteri berhak mendapat perintah Mahkamah Syariah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh nikah atas salah satu alasan-alasan berikut: i. Suami tidak diketahui tempat tinggalnya selama tempoh lebih dari satu tahun. ii. Suami cuai atau tidak memberi nafkah selama tempoh tiga bulan. iii. Suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih. iv. Suami tidak memberi nafkah batin selama tempoh satu tahun. v. Suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan. vi. Suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan berjangkit. vii. Suami menganiayai isteri antara lain: a. berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji menurut hukum syarak. b. Cuba memaksa isteri hidup secara lucah. c. Melupuskan harta isteri atau melarang isteri daripada menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta. d. Menghalang isteri dari menunaikan atau menjalankan kewajipan dan amalan agama. viii. Suami sengaja enggan menyetubuhi isteri sehingga berlalu tempoh masa empat bulan. 2. Khulu (tebus talak)

Khulu adalah perceraian melalui permohonan daripada pihak isteri yang disertai dengan iwad (bayaran tertentu). Isteri harus meminta talak dengan membayar kepada suaminya sesuatu benda yang berharga sebagai ganti. Kadar atau jumlahnya tertakluk kepada kedua-dua belah pihak. Setelah kedua-dua belah pihak bersetuju tentang jumlah bayarannya, maka Mahkamah akan mengarahkan suami supaya melafazkan perceraian. Talak seperti ini dinamakan Bain Sughra iaitu perceraian yang tidak boleh dirujuk lagi kecuali dengan akad dan mas kahwin yang baru. 3. Taklik Menurut semua undang-undang Keluarga Islam di Malaysia, seorang wanita yang telah berkahwin boleh memohon cerai taklik. Taklik diertikan sebagai lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut hukum syarak. Seorang perempuan berhak memohon kepada Mahkamah mendapat perceraian kepada mahkamah mendapat perceraian menurut syarat-syarat surat perakuan taklik yang telah dibuat selepas akad nikah. Rencana sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) BAGAIMANAKAH seseorang isteri itu dianggap nusyuz dan bolehkah dikatakan nusyuz bagi isteri yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri seperti digariskan Islam? Apakah hukum dan hak bagi isteri nusyuz? Bolehkah dia menuntut apa-apa sekiranya berlaku perceraian, seperti harta sepencarian, hak untuk menjaga anak dan nafkah selepas perceraian? Bolehkah isteri menuntut harta seperti tanah, rumah atau apa-apa harta yang dibeli dalam perkahwinan bawah nama isteri, sekiranya mahkamah menjatuhkan seseorang isteri itu nusyuz atau diserahkan kepada suami?

FAR, Selangor.

NUSYUZ bermaksud derhaka, iaitu enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suami, iaitu antara lain: (a) Apabila menjauhkan dirinya dari suaminya. (b) Apabila dia meninggalkan rumah suaminya.

(c) Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak." (Ahmad Ibrahim, 1999: 75) Sekiranya perkara ini berlaku, suami hendaklah terlebih dahulu mengambil tindakan dengan menasihati isterinya secara baik, jika tidak berjaya suami memulaukan isteri di tempat tidur atau tidur berasingan dan seterusnya kalau isteri masih berdegil dipukul dengan berpada. (al-Quran, an-Nisa', 4: 34) Hakim boleh menjatuhkan hukuman nusyuz kepada isteri apabila suami bertindak sedemikian dan terbukti isteri bersalah. Hukum isteri nusyuz ialah dia tidak berhak mendapat nafkah sebagaimana kebiasaan. Apabila isteri bertaubat haknya akan dikembalikan. Sekiranya berlaku perceraian, isteri tetap mendapat hak yang lain seperti muta'ah, pembahagian harta sepencarian sewaktu perkahwinan dan hak penjagaan anak mengikut ketetapan hukum syarak. Harta yang dibeli atas nama isteri boleh dituntut suami sebagai sebahagian harta sepencarian.