novel 6.20 tingatan 3.docx

18
novel 6.20 Nota daripada BPK Tema Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan ‘black metal’ yang telah dilakukan oleh Jerry. PERSOALAN i. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak- anaknya. Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu- tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya. ii. Konflik dalam keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu dengan Sukma. Ibu beranggapan Sukma mengalami tekanan

Upload: jay

Post on 06-Dec-2015

246 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: novel 6.20 tingatan 3.docx

novel 6.20

Nota daripada BPKTema

Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan ‘black metal’ yang telah dilakukan oleh Jerry.

PERSOALAN

i. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya.Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya.

ii. Konflik dalam keluarga.Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu dengan Sukma. Ibu beranggapan Sukma mengalami tekanan perasaan dan telah membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan masalahnya.

iii. Tanggungjawab seorang sahabat.Contoh: Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam.

iv. Berani menegakkan kebenaranContoh: Sukma,Teja dan Rafi berusaha mencari lebih banyak bahan bukti dan maklumat berkaitan kelab WX2. Sukma

Page 2: novel 6.20 tingatan 3.docx

sanggup pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui keadaan sebenar kelab tersebut.

v. Menunaikan ketaatan terhadap perintah Tuhan.Contoh: Tuan Haji Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing

vi. Prihatin terhadap masalah orang lain.Contoh: Tuan Haji Syaqir berusaha mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan merawat penyakit kulit Ehsan.

vii. Remaja yang mudah terpengaruh.Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran barat.

NILAI

i.Nilai kasih sayangContoh: Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan.

ii. Nilai prihatinContoh: Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.

iii. Nilai setiakawanSukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.

Page 3: novel 6.20 tingatan 3.docx

iv. Nilai tanggungjawabContoh: Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan kumpulan walaupun dia dibelenggui dengan pelbagai persoalan tetamu misteri.v. Nilai saling menghormati

Contoh; Ibu Sukma menyuruhnya menyediakan minuman kepada kawan-kawan Sukma ketika mereka berkunjung ke rumahnya.

vi. Nilai kejujuranContoh; Reny berterus-terang kepada Sukma bahawa dia mengenali Sukma daripada Iskandar dan mempunyai hubungan yang lebih daripada seorang kawan dengan Iskandar.

vii. Nilai pengorbananContoh: Jerry sanggup memberi maklumat kepada pihak polis walaupun nyawanya terancam.

viii. Nilai patriotikContoh: Sukma dan Kak Ros saling membantu untuk membanteras ahli kumpulan WX2 yang akan menggugat keamanan negara.

ix. Nilai keimanan/ketaaatanContoh: Sukma dan Hj Syaqir taat menunaikan kewajipan solat sebagai umat Islam.

x. Nilai kecintaan Contoh: Sukma, Reny dan Kumpulan Waris Cinta melibatkan diri dalam seni tarian tradisi walaupun mereka merupakan golongan remaja.

xi. Nilai kerjasama

Page 4: novel 6.20 tingatan 3.docx

Contoh: Sukma, Rafiq, Iskandar, Jerry dan Kak Ros saling bekerjasama untuk membanteras ahli kumpulan WX2.

PENGAJARAN

i. Kita hendaklah menghormati golongan yang lebih tua daripada kitaContoh: Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui tetamu-tetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya.

ii. Kita tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir luar Contoh: Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran barat meskipun rakan-rakannya sendiri telah terlibat dengan kumpulan WX2.

iii. Seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap setiakawanContoh: Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.

iv. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik terhadap tanah air sendiriContoh: Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu meskipun dia dibesarkan di luar negara.v. Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan amanahContoh; Tuan Haji Syaqir bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi jawatankuasa di kampungnya.

vi. Kita hendaklah menunaikan kewajipan sebagai umat IslamContoh: Haji Syaqir dan Sukma tidak culas menunaikan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam.

Page 5: novel 6.20 tingatan 3.docx

vii. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.

viii. Rakyat hendaklah sanggup berkorban demi kedaulatan negaraContoh: Ibu Sukma sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan golongan muda daripada terus terjerumus dalam pemikiran barat yang menggugat keamanan negara.

LATARLatar Masa

i. 6:20 pagi Contoh: Sukma melihat seorang wanita tua, kanak-kanak dan seorang pemuda yang tidak dikenali di hadapan rumahnya.

ii. PetangContoh: Aim mengejutkan Sukma daripada tidur kerana hari sudah petang.

iii. Senja Contoh: Sukma masih berjalan mundar- mandir di selatan kelab, senja hampir berlabuh.

iv. MalamContoh: Ibu menghadiri Majlis Makan Malam Bollywood

LATAR TEMPAT

i. Banglo Taman Megah Contoh: Rumah kediaman Tuan Haji Syaqir bersama-sama keluarganya. 

Page 6: novel 6.20 tingatan 3.docx

ii. Di Dewan KuliahContoh:Profesor Darul sedang menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajarnya. 

iii. Balkoni kamar Contoh: Perbualan antara ibu dengan Sukma. 

iv. Rumah Ehsan Contoh: Sukma dan ayahnya menziarahi Ehsan yang baru menjalani pembedahan jantung. 

v. Kafe Flora Contoh: Kumpulan Waris Cinta mengadakan persembahan tarian tradisi dari Sarawak yang diketuai oleh Erman. 

vi. Di pintu pagar rumah Contoh: Aim datang menemui Sukma dan menyatakan bahawa dia lapar. Dewan peperiksaan Contoh: Sukma bersama-sama beberapa teman sekuliahnya menduduki ujian.

vii. Tempat rehat Contoh: Sukma, Teja dan Rafiq mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan kerja kumpulan mereka. 

viii. Kelab WX2 Contoh: Sukma berada di Kelab WX2 untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut. ix. Warung Pak Alias Contoh: Sukma dan Reny minum teh tarik di warung yang terletak di seberang jalan. 

x. Rumah Aim 

Page 7: novel 6.20 tingatan 3.docx

Contoh: Nenek menceritakan hubungannya dengan ibu Sukma. 

xi. Rumah Tuk Siak Contoh:Sukma dan Rafiq bertemu dengan Abang Aim. 

xii. Kawasan tanah perkuburan Contoh: Nenek mengajak Sukma pergi ke kubur anak lelakinya iaitu bapa Aim yang telah meninggal dunia dua tahun lepas. xiii. Bangunan biru di hujung daerah Contoh: Tempat ahli-ahli WX2 berkumpul dan pihak polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap mereka.

xiv. Hospital Contoh: Ibu Sukma (Puan Delia) masih koma di hospital akibat terkena tembakan ahli.

LATAR MASYARAKAT

i. Masyarakat pelajar universiti. Contoh: Sukma, Teja, Rafiq, Jerry dan Alvin merupakan penuntut dalam Jurusan Sains dan Falsafah di institusi pengajian tinggi awam. ii. Masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda.Contoh: Puan Delia ibu kepada Sukma menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut. iii. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan.Contoh: Tuan Haji Syaqir menunaikan solat Asar selepas pulang dari kerja. iv. Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam perjuangan

Page 8: novel 6.20 tingatan 3.docx

Contoh: Beberapa jenis suntikan turut digunakan yang boleh membuatkan para pengikut bertindak ganas.v. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim. vi. Masyarakat yang berdikari. Contoh: Nenek Aim bekerja di pasar malam dan pasar basah setiap hari, berjual buah untuk menyara kehidupan. vii. Masyarakat yang mudah terpengaruh oleh golongan pemikiran Barat.Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran Barat.

WATAK & PERWATAKANWatak Utama NUR SUKMA BT HJ SYAQIRi. Anak perempuan tunggal pasangan Tuan Haji Syaqir dan Puan Delia yang berusia 19 tahun.ii. Penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di sebuah institusi pengajian tinggi awam.iii. Seorang guru tarian zapin (Pada masa lapang, Sukma mengajar budak-budak berumur lima hingga dua belas tahun di kawasan perumahan tempat tinggalnya)iv. Seorang yang bersimpati terhadap orang lain (Sukma berasa simpati kepada wanita tua yang berada di luar pagar rumahnya).v. Seorang yang taat kepada perintah ibu (Sukma menurut perintah ibunya yang melarangnya daripada berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri yang berada di luar rumahnya).

Page 9: novel 6.20 tingatan 3.docx

vi. Seorang yang merendah diri (Sukma memohon maaf kepada ibunya setelah dia berlaku kasar terhadap ibunya).vii. Seorang yang taat kepada perintah Tuhan (Walaupun sibuk dengan urusan harian, Sukma tetap menunaikan solat setiap waktu).viii. Seorang yang berani (Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut).ix. Seorang yang memiliki sifat setiakawan (Sukma sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baiknya iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pengaruh pemikiran barat).x. Seorang yang degil (Sukma tidak mahu mendengar arahan ayahnya supaya menunggu di dalam kereta ketika operasi dijalankan).xi. Seorang yang baik hati (Sukma mengambil makanan untuk Aim yang lapar ketika Aim datang ke rumahnya).xii. Seorang yang gigih berusaha (Sukma tidak berputus asa untuk mencari bukti dan maklumat berkaitan Kelab WX2).xiii. Seorang yang prejudis (Sukma berburuk sangka terhadap tingkah laku ibunya).

WATAK SAMPINGAN1.       Puan Delia

- Ibu Sukma dan isteri Haji Syakir- Seorang yang berdisiplin, amanah, baik hati dan cantik.

           Seorang yang berhati-hatiCth: Ibu Sukma melarang Sukma daripada berjumpa dengan wanita tua, kanak-kanak dan isteri muda di hadapan pagar rumahnya. 

           Menghormati tetamuCth: Puan Delia menyuruh Sukma menyediakan kuih dan air kepada Rafiq.

           PenyayangCth: Ibu Sukma menghadiahi Sukma sebuah buku kerana

Page 10: novel 6.20 tingatan 3.docx

risau akan diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan. 

            Penghidap penyakit darah tinggiCth: Doktor menasihati Puan Delia agar berehat di rumah.

           Seorang perisikCth: Puan Delia menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut.

2.       Tuan Haji Syakir         Seorang yang bertanggungjawab

Cth: Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pengerusi jawatankuasa kampung dengan penuh amanah.

         Bersikap prihatinCth: Beliau berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.

          Taat akan perintah TuhanCth: Walaupun sibuk akan urusan harian, beliau tetap menunaikan solat pada setiap waktu.

         Berjasa kepada rakyatCth: Beliau dihormati oleh masyarakat sekeliling kerana jasanya terhadap mereka.

          Seorang yang tidak emosionalCth: Beliau sentiasa tenang dalam menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku antara Sukma dan Puan Delia.

          Bertolak ansurCth: Beliau tidak memarahi Sukma apabila mengetahui bahawa Sukma pergi ke kelab WX2 seorang diri.

          Pandai memujukCth: Beliau menyuruh Sukma agar memohon maaf kepada ibunya dengan segera setelah Sukma berlaku kasar dengan ibunya.

Page 11: novel 6.20 tingatan 3.docx

3.                     ISKANDAR. Sahabat Sukma di sekolah menengah. Gemar memberontak ddan pesimistik. Seorang lelaki yang ego. Tertarik akan Sukma. Bertaubat dengan kesalahan yang telah dilakukan. Boleh bekerjasama dalam mengatasi kumpulan WX2

4.                     Kak ros

. Jiran keluarga Sukma

. Seorang Inspektor polis

. Berusia dalam lingkungan 30-an

. Seorang yang cekal dan tabah

. Hidup bersendirian tanpa ibu bapanya

. Berani menjalankan tugas

5.                     Rafiq. Berasal dari Washington. Pelajar cemerlang dari Amerika. Pelajar baharu di universiti Sukma. Berperwatakan sederhana. Lelaki yang menyenangkan dan berwajah ceria. Ikut ayahnya berpindah ke Malaysia. Bersemangat setia kawan. Tertarik akan Sukma. Baik hati. Mudah dibawa berbincang. Bersikap rendah diri

6.                     Teja. Mahasiswa di institut pengajian tinggi awam. Teman karib kepada Sukma sejak berusia 13 tahun. Sedikit nakal dan gila-gila bahasa. Sahabat yang prihatin akan masalah yang dihadapi oleh sahabatnya

Page 12: novel 6.20 tingatan 3.docx

. Taat akan kedua-dua ibu bapanya

7.                     Remy. Berketurunan Iban. Seorang penari daripada Kumpulan Waris Cinta. Mahir segala jenis tarian tradisional. Tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi. Menimba ilmu hanya daripada pembacaan. Lemah-lembut, berbudi bahasa dan terlibat dengan kumpulan WX2

8.                     Jerry. Berusia 19 tahun dan sahabat kepada Sukma. Ayahnya pernah bekerja dengan ayah Sukma. Taat akan perintah kedua-dua ibu bapanya. Hidupnya diatur oleh kedua-dua ibu bapanya. Seorang pemuda yang ingin mencari kebebasan. Baik, boleh dipercayai, tidak pernah menyusahkan keluarga dan terlibat dengan kumpulan WX2

9.                     Wanita Tua. Wanita tua yang berdikari. Sayang akan cucunya. Bidan kepada Sukma. Pernah mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Sukma. Ada seorang anak lelaki yang sudah meninggal dunia. Menjual buah di pasar untuk menyara kehidupannya. Tabah membesarkan anak seorang diri. Berperanan penting dalam mempengaruhi pandangan Sukma terhadap ibunya

10.                 Abang Aim. Kurus badannya, melengkung, berkulit gelap dan lemah. Penghidap Aids dan bekas kumpulan WX2. Pernah bekerja dengan ayah Rafiq di ladang

Page 13: novel 6.20 tingatan 3.docx

. Tinggal di belakang rumah Tok Siak

. Menceritakan pergerakan WX2 yang menggunakan pati 1 dan dadah untuk mempengaruhipengikut mereka

11.                 Aim Kecil. Anak yatim piatu yang berusia 5 tahun. Tinggal bersama dengan neneknya sejak berumur 2 tahun. Matang walaupun masih kecil. Mendengar kata dan sayang akan neneknya

12.                 Su Ani. Ibu saudara Teja. Pemilik kafe flora. Berkahwin dengan Su Rawi. Pemurah dan baik hati. Mesra dengan kanak-kanak

13.                 Pak Rashid. Pemandu kepada ayah Sukma selama 6 tahun. Berpakaian kemas, berbaju kemeja putih dan berseluar hitam. Pandai menyimpan rahsia. Prihatin akan diri Sukma. Baik hati

14.                 Erman

. Ketua kumpulan Waris Cinta

. Kumpulan penari tradisional Sarawak- Seorang yang peramaha