notis mesyuarat agung tahunan yang ke-24ptdalumni.org/wp-content/uploads/2017/01/2013.pdf ·...

40

Upload: votuong

Post on 02-Mar-2019

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

515, PESIARAN SULTAN SALAHUDDIN, 50480 KUALA LUMPUR Tel: 603-2693 0336/2698 4266 Fax: 603-2691 7827

email: [email protected] laman web: ptdalumni.org

Rujukan: PTDA.01/03 Bertarikh Pada: 16 Mei 2014 KEPADA SEMUA AHLI PTD ALUMNI

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE-24

Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan yang

Ke-24, Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD Alumni) akan diadakan pada

tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 10hb Jun, 2014 (Selasa)

Jam : 3.00 petang

Tempat : Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA),

Bukit Kiara,

Off Jalan Damansara,

50768 Kuala Lumpur.

AGENDA

1. Melantik Pengerusi Mesyuarat.

2. Melantik dua (2) orang Setiausaha Mesyuarat.

3. Ucapan Dasar Presiden.

4. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang Ke-23 yang telah diadakan

pada 11 Jun, 2013.

5. Membentang dan menerima Laporan Kemajuan Tahunan.

6. Membentang, menerima dan meluluskan Laporan Penyata Kira-Kira yang telah

diaudit.

7. Pindaan Perlembagaan.

8. Membincang usul-usul (yang telah dihantar kepada Urusetia sekurang-kurangnya

seminggu sebelum Mesyuarat Agung dijalankan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa

Kerja).

9. Ucapan Penangguhan.

Sekian harap maklum.

Yang benar.

DATU DR. MICHAEL D. LUNJEW Setiausaha Kehormat.

2

Nota:

Sila sahkan kehadiran melalui telefon/SMS kepada Dato’ Azhar Abu Bakar telefon no. 013-

3374266 atau Datu Dr. Michael D. Lunjew telefon no. 012-3071951 atau melaui e-

mel:[email protected].

Proksi

Mengikut peraturan Bab VIII, fasal 10(d), kehadiran dalam Mesyuarat Agung Tahunan boleh

dilakukan sendiri atau secara proksi bertulis oleh ahli. Seorang ahli tidak boleh memegang

lebih daripada satu (1) proksi.

Borang proksi adalah disertakan. Sila kembalikan borang proksi yang telah diisi kepada

Setiausaha Kehormat di alamat seperti di Borang Proksi.

3

Setiausaha Kehormat, Persatuan PTD Alumni, Rumah Kelab PPTD, 515, Persiaran Sultan Sallahuddin, 50480 Kuala Lumpur. e-mail: [email protected]

BORANG MENGESAHKAN KEHADIRAN, MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE-24,

PERSATUAN PTD ALUMNI

Saya ________________________________________________________________________ sebagai ahli Persatuan di atas, dengan ini mengesahkan bahawa saya akan hadir /tidak akan hadir di Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24. ___________________________ Tandatangan Tarikh: _____________________ Nota: Sila poskan kepada alamat Persatuan PTD Alumni seperti di atas sebelum 3 hb Jun, 2014 atau email [email protected].

4

Setiausaha Kehormat, Persatuan PTD Alumni, Rumah Kelab PPTD, 515, Persiaran Sultan Sallahuddin, 50480 Kuala Lumpur. e-mail: [email protected]

BORANG PROKSI, MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE-24,

PERSATUAN PTD ALUMNI

Saya ________________________________________________________________________ sebagai ahli Persatuan di atas, dengan ini melantik: ____________________________________________________________________________ sebagai proksi saya untuk mengundi bagi pihak saya di Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24. ___________________________ Tandatangan Tarikh: _____________________ Nota: Pembawa proksi perlulah menyerahkan borang proksi semasa mendaftar sebelum Mesyuarat bermula atau poskan supaya sampai kepada Setiausaha Kehormat seperti beralamat di atas sebelum 2 hb Jun, 2014 atau email kepada [email protected].

5

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

(PTD ALUMNI)

MINIT MESYUARAT AGUNG YANG KE DUA PULUH TIGA, PERSATUAN ALUMNI

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK YANG TELAH DIADAKAN PADA 11 JUN 2013,

JAM 03:00 PETANG, BERTEMPAT DI KELAB GOLF PERKHIDMATAN AWAM,

KUALA LUMPUR.

Yang Hadir:

1. Tan Sri Dato' Sri Sallehuddin Mohamed (44)

2. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid (180)

3. Tan Sri Dato' Sabaruddin Chik (18)

4. Tan Sri Arshad Ayub (8)

5. Tan Sri Dato Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh (278)

6. Tan Sri Haji Abdul Rashid Abd. Rahman (338)

7. Tan Sri Dato' Sri Dr. Haji Mohd Nasir Mohd Ashraf (483)

8. Datuk Muhammad Feisol Haji Hassan (4)

9. Dato' Abdul Rahman Abas (106)

10. Datuk Sri Harun Ariffin (112)

11. Datuk Wan Awang Wan Yaakob (176)

12. Datin Fauziah Mohd Ramly (371)

13. Dato' Khalid Haji Ismail (145)

14. Datuk Wira Jahaya Mat (306)

15. Tuan Haji Azmil Haji Mohd Daud (64)

16. Datu Dr. Michael D. Lunjew (414)

17. Datuk Dr. Mohd Tap Salleh (390)

18. Datuk Merlyn Kasimir (327)

19. Puan Ainon Haji Kuntom (363)

20. Dato' Dr. Mohd Shahari Ahmad Jabar (478)

21. Dato' Haji Ahmad Hassan Osman (150)

22. Datin Paduka Nurhayati Mohamed (308)

23. Dato' Seri Dr. Ishak Bin Yeop Mohamad Shar (467)

24. Dato' Haji Ahmad Haji IsmaiI (335)

25. Encik Subramani Narayanan (439)

26. Datuk Ahmad Zabri Ibrahim (149)

6

27. Encik Abu Hanifah Haji Hussain (39)

28. Dato' Baharuddin Musa (7)

29. Datuk Azizan Ayob (279)

30. Dato Halimah Sulaiman (419)

31. Datin Huzaimah Mohd Yusof (446)

32. Dato' Azmeer Rashid (226)

33. Dato' Kamaruddin Mahmood (137)

34. Puan Mary A.Fernandez (372)

35. Dato' Abdullah Haji Mohd Salleh (322)

36. Tuan Haji Wan Hassan Haji Wan Teh (133)

37. Dato' Sirajuddin Haji Salleh (463)

38. Datin Shamsiah Haji Mohamad (413)

39. Dato' Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid (305)

40. Dato' Abdullah Kassim (490)

41. Encik Mahat Bahari (423)

42. Tuan Haji Zainuddin Ahmad (491)

43. Datuk Dr. Abdullah Abdul Rahman (191)

44. Encik Mohd Halmi Abdullah (333)

45. Puan Lee Meng Foon (505)

46. Dato' Azhar Abu Bakar (486)

Proksi:

1. Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong (14)

2. Tan Sri Datuk Dr. Hadenan Jalil (222)

3. Dato' Noh Haji Abdullah (172)

1. MELANTIK PENGERUSI MESYUARAT

1.1. Mesyuarat telah bersetuju dengan sebulat suara untuk melantik Tan Sri

Sallehuddin Mohamed sebagai Pengerusi Mesyuarat Agung Ke-23 diatas

cadangan Datuk Muhamad Feisol Haji Hassan dengan disokong oleh Datuk

Ahmad Zabri Ibrahim.

7

2. MELANTIK SETIAUSAHA BERSAMA MESYUARAT

2.1. Mesyuarat telah bersetuju dengan sebulat suara bagi melantik Datu Dr.

Michael D. Lunjew dan Dato' Azhar Abu Bakar sebagai Setiausaha Bersama

Mesyuarat diatas cadangan Datuk Muhamad Feisol Haji Hassan dengan

disokong oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Haji Mohd Nasir Mohd Ashraf.

3. UCAPAN DASAR PRESIDEN

3.1. Presiden mengalu-alukan semua ahli dan mengucapkan terima kasih diatas

sokongan dan kehadiran di Mesyuarat Agung kali ini. Presiden telah

mengalu-alukan kehadiran dan sokongan YBhg Dato' Abdul Rahman Abas

yang bersemangat untuk hadir, walaupun kurang upaya. SeterusnyaPresiden

telah memaklumkan bahawa Mesyuarat kali ini mendapat bilangan korum

yang dikehendaki.

3.2. Presiden telah menarik perhatian bahawa terdapat sedikit pembaharuan pada

Laporan Tahunan Persatuan bagi Tahun 2012 yang dibentangkan di

Mesyuarat kali ini. Laporan tersebut telah memuatkan lebih banyak maklumat

melalui gambar daripada tulisan.

3.3. Seterusnya, Presiden juga menarik perhatian ahli-ahli bahawa pada 19 April

2014, tahun hadapan, Persatuan Alumni PTD akan genap berusia 25 tahun

penubuhannya. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Kerja telah

merancang serta menyusun beberapa program dan aktiviti bagi menyambut

Ulang Tahun Ke-25 Persatuan Alumni PTD. Di antara yang telah disusun

adalah:

i. Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-25 PTD Alumni pada hari

Sabtu, 19 April 2014 bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur;

ii. Penerbitan Buku PTD Alumni mengenai sumbangan dan peranan

Pegawai Tadbir & Diplomatik dalam pembinaan dan pembangunan

8

negara berjudul “Loyalty with Integrity, Service to the Nation”, dan

akan dilancarkan semasa Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-25;

iii. Mengadakan Pameran Bergerak di beberapa bandar utama pada

tahun 2014 mengenai PTD dengan tema “PTD: Pride of the Nation –

Driving Transformation”, dengan kerjasama Jabatan Arkib Negara

dan UiTM; dan

iv. PTD Alumni International Conference pada bulan September 2014

dengan tema “Transformation of the Public Service in Malaysia – a

New Paradigm: from Development Administration to Transformational

Leadership”

3.4. Disamping itu, Presiden juga telah memaklumkan bahawa bagi memainkan

peranan dan sumbangan PTD Alumni dalam perkembangan semasa, satu

Forum Tertutup PTD Alumni telah diadakan pada 9 dan 10 Mei 2013 yang

lalu bertempat di INTAN Bukit Kiara. Tema Forum ini adalah "Hala Tuju

Perkhidmatan Awam bagi 5 Tahun Akan Datang." Hasil daripada Forum ini,

PTD Alumni telah mengemukakan satu Memorandum kepada YAB Dato' Sri

Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Presiden

mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli yang

terlibat.

3.5. Selain daripada itu, Presiden juga telah memaklumkan juga bahawa PTD

Alumni sedang bekerjasama dengan Syarikat Air Johor untuk menjalankan

satu kajian kes mengenai penswastaan syarikat berkenaan dengan tujuan

mengeluarkan satu Coffee-table book. Ketika ini, kajian ini telahpun

selesai dan di peringkat penulisan. Syarikat Air Johor akan menanggung

keseluruhan kos kajian ini sehingga selesai buku berkenaan dicetak.

3.6. Seterusnya, Presiden telah menarik perhatian ahli-ahli mengenai peranan

dan sumbangan Persatuan terhadap pembangunan negara. Kebanyakan

Pertubuhan Bukan Kerajaan di negara ini lebih berminat atau tertumpu

kepada memenuhi kepentingan ahli-ahli persatuan sendiri dan bukan

memperjuangkan kepentingan awam, khususnya, Perkhidmatan Awam.

Sebaliknya, PTD Alumni berhasrat mengisi kekosongan peranan ini kerana

9

PTD Alumni mempunyai ahli-ahli yang berkepakaran dan berpengalaman

luas bagi memainkan peranan dan memberi sumbangan terhadap

pembangunan negara. Bagi tujuan ini, Presiden berharap agar semua ahli

PTD Alumni bekerjasama serta membantu ke arah mencapai tujuan ini.

3.7. Presiden merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada INTAN Bukit Kiara yang telah banyak membantu Persatuan dalam

beberapa aktiviti yang dijalankan, terutamanya dengan menawarkan

bangunan chalet sebagai pejabat Persatuan dan membenarkan penggunaan

Bilik Mesyuarat di Bangunan IMATEC sebagai tempat Persatuan

menjalankan mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja serta lain-lain

mesyuarat. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak Institut

Diplomasi & Hubungan Antarabanga (IDFR) yang telah bekerjasama dan

membantu Persatuan melaksanakan beberapa aktivitinya.

3.8. Akhirnya, sekali lagi Presiden mengucapkan terima kasih kepada semua ahli

yang hadir di Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Yang Ke 23 ini.

4. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG KE 22

4.1. Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara meluluskan Minit Mesyuarat Agung

ke 22 tanpa sebarang pindaan diatas cadangan Datuk Muhamad Feisol Haji

Hassan dan disokong oleh Dato’ Sirajuddin Haji Salleh.

5. MENERIMA DAN MELULUSKAN LAPORAN KEMAJUAN TAHUNAN

5.1. Tan Sri Presiden telah membentangkan Laporan Kemajuan Tahunan 2012

sepertimana yang terkandung di muka surat 13 hingga muka surat 31.

Seterusnya, beliau menarik perhatian ahli-ahli terhadap beberapa aktiviti

Persatuan yang telah dapat dijalankan sepanjang tahun 2012, seperti Majlis

Tahlil dan Berbuka Puasa, Majlis Hari Raya, Majlis Makan Malam dan

beberapa siri pertandingan golf.

10

5.2. Tan Sri Dato Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, semasa membahaskan

Laporan Tahunan ini telah mengucapkan syabas dan tahniah di atas

Kenyataan Akhbar yang telah dibuat oleh Presiden terhadap isu "Memanggil

Perkhidmat Awam Sebagai 'monyet' oleh Derek Fernandez, seorang ahli

kaunselor MBPJ”. Beliau berpendapat bahawa sewajarlah PTD Alumni

mengambil tindakan sedemikian. Di samping itu, beliau berharap agar PTD

Alumni dapat bertindak lebih berkesan lagi dalam menangani isu-isu seperti

ini dengan menyebarkannya melalui media baru, seperti 'facebook', 'twitter'

atau pun 'blog'. Ini adalah kerana pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat

tidak dapat berbuat sedemikian memandangkan mereka mempunyai

kedudukan yang agak terikat.

5.3. Dato' Sirajuddin Haji Salleh telah menyokong saranan yang telah dibuat oleh

Tan Sri Dato Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh dengan berharap agar

PTD Alumni dapat memainkan peranan sedemikian dengan lebih kerap dan

berkesan.

5.4. Datuk Ahmad Zabri Ibrahim semasa membahaskan Laporan ini, telah

meminta penjelasan samada Derek Fernandez tersebut telah menarik balik

kenyataan beliau atau tidak. Ahli-ahli telah dimaklumkan bahawa Derek

Fernandez telah menafikan beliau membuat kenyataan sedemikian dan

menganggap pihak media telah membuat tanggapan dan laporan yang salah.

5.5. Dato' Baharuddin Musa pula telah memohon penjelasan mengenai berapa

peratuskah bekas pegawai-pegawai PTD yang telah menjadi ahli PTD

Alumni. Beliau seterusnya menyarankan agar mereka yang masih belum

menjadi ahli supaya dapat ditarik minat mereka untuk menjadi ahli. Presiden

telah memaklumkan bahawa usaha-usaha bagi menarik minat bekas

pegawai-pegawai PTD ini untuk menyertai ahli PTD Alumni memang sentiasa

dijalankan dari semasa ke semasa.

5.6. Datin Fauziah Mohd Ramly pula dalam perbahasan beliau berpendapat

bahawa PTD Alumni memang banyak menjalankan program dan aktivitinya.

Namun, program dan aktiviti ini kurang publisiti dan ini menyebabkan ramai

yang bukan ahli tidak tahu. Sehubungan dengan itu, beliau menyarankan

11

agar PTD Alumni dapat meningkatkan publisiti ini melalui media baru seperti

'facebook' dan 'blog'.

5.7. Tan Sri Presiden telah mengucapkan terima kasih kepada semua pandangan

dan cadangan yang telah dikemukakan dan menyatakan bahawa

Jawatankuasa Kerja akan meneliti serta mengambil tindakan yang

sewajarnya terhadap semua pandangan dan cadangan daripada ahli-ahli.

5.8. Laporan Tahunan Bagi Tahun Berakhir Disember 2012, sepertimana di muka

surat 13 hingga 31 telah diterima serta diluluskan oleh ahli sebulat suara di

atas cadangan Tan Sri Dato' Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh dan

disokong oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Haji Mohd Nasir Mohd Ashraf.

6. MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KIRA-KIRA TAHUNAN 2011

6.1. Bendahari telah membentangkan Penyata Kira-Kira Tahunan 2012

sepertimana di muka surat 32 hingga 37. Penerimaan Persatuan di sepanjang

tempoh berkenaan adalah sebanyak RM227,756.68, berbanding hanya

sebanyak RM95,574.47 pada tempoh Tahun Kewangan 2011. Peningkatan

yang ketara ini adalah kerana hasil dari Penerimaan sebanyak RM143,150.00

daripada Majlis Makan Malam PTD Alumni 2012. Manakala, Pembayaran

Persatuan pula menunjukkan peningkatan dari hanya RM124,076.33 pada

Tahun 2011 kepada RM250,544.22 bagi tempoh sepanjang Tahun 2012.

Namun, Pendapatan bagi tempoh Tahun 2012 telah berkurangan daripada

(RM28,501.86) kepada hanya (RM22,787.54). Keterangan yang lebih lanjut

mengenai setiap Penerimaan dan Perbelanjaan adalah yang dinyatakan pada

setiap Nota 1 hingga Nota 9.

6.2. Datuk Ahmad Zabri Ibrahim meminta penjelasan mengenai Dividen Simpanan

Tetap bagi tahun 2012 yang kurang daripada tahun sebelumnya. Bendahari

telah menjelaskan bahawa pelaburan sebelum tahun 2012 sebahagian

besarnya dilaburkan di Maybank Islamic yang mana Persatuan menerima

dividen yang dikreditkan ke Akaun Semasa pada setiap bulan. Sebaliknya,

pada tahun 2012, sebahagian besar pelaburan simpnan tetap berkenaan

telah dipindahkan ke Bank Rakyat. Dividen hasil dari pelaburan ini diterima

12

setahun sekali dan amaun tersebut tidak dikreditkan ke Akaun Semasa

seperti di tahun-tahun yang lalu. Sebaliknya dividen berkenaan dilaburkan

kembali sebagai tambahan pelaburan pokok.

6.3. Dato’ Sirajuddin Haji Salleh memohon penjelasan samada Persatuan dapat

memberikan sedikit subsidi kepada aktiviti-aktiviti seperti Pertandingan Golf,

memandangkan Persatuan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Bendahari telah menjelaskan bahawa kewangan Persatuan digunakan untuk

membiayai aktiviti-aktiviti seperti Forum, Seminar dan Ceramah bagi manfaat

ahli. Manakala, aktiviti-aktiviti seperti Pertandingan Golf dan Majlis Makan

Malam Tahunan dianggap sebagai aktiviti-aktiviti yang “self-financing”.

6.4 Tan Sri Arshad Ayub meminta penjelasan sama ada Akaun Akan Terima

sebanyak RM10,000.00 untuk sumbangan Tajaan Meja Makan Malam PTD

Alumni 2012 telah diterima atau belum. Bendahari telah mengesahkan

bahawa cek sebanyak RM10,000.00 tersebut telah diterima dan dikreditkan

pada 17 April 2013.

6.5. Dato’ Kamaruddin Mahmood memohon penjelasan mengenai perbelanjaan

“Lencana untuk Sports Jacket PTD Alumni” sebanyak RM3,000.00.

Bendahari telah menjelaskan bahawa bekalan stok telah diterima dan akan

dijual kepada ahli yang berminat.

6.6. Penyata Kira-Kira Tahunan 2012 telah diterima serta diluluskan oleh ahli

sebulat suara diatas cadangan Datuk Ahmad Zabri Ibrahim dan disokong

oleh Dato’ Baharuddin Musa.

7. MEMBINCANGKAN USUL-USUL YANG TELAH DITERIMA TERDAHULU

7.1. Tiada usul yang telah diterima terdahulu dari Mesyuarat Agung ini.

8. CADANGAN PINDAAN DAN PERLEMBAGAAN BARU

13

8.1. Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa makluman kepada semua ahli

mengenai Cadangan Pindaan dan Perlembagaan Baru ini telah dinyatakan

dalam Notis Mesyuarat Agung Ke-23 bertarikh pada 15 Mei 2013. Namun,

Kertas Makluman bagi menerangkan secara terperinci bagi setiap pindaan

dan Cadangan Perlembagaan Baru ini tidak sempat untuk disediakan.

8.2. Sehubungan dengan ini, YBhg Tan Sri Presiden telah mencadangkan agar

perkara ini ditangguh ke suatu Mesyuarat Agung Luarbiasa yang akan

diadakan khusus bagi membincangkan perkara ini. Sementara itu, mesyuarat

telah bersetuju sebulat suara dengan cadangan oleh Dato' Seri Dr. Ishak Bin

Yeop Mohamad Shar untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Khas bagi

meneliti serta membuat perakuan terhadap objektif pindaan dibuat dan

cadangan-cadangan pindaan, agar ianya dapat menjadikan PTD Alumni lebih

menarik untuk disertai.

8.3. Mesyuarat telah bersetuju untuk ahli-ahli berikut menganggotai

Jawatankuasa Khas ini yang terdiri daripada:

Pengerusi: - Tan Sri Dato' Sri Sallehuddin Mohamed

Ahli-Ahli: - i. Tan Sri Haji Abdul Rashid Abd. Rahman;

ii. Dato' Seri Dr. Ishak Bin Yeop Mohamad Shar;

iii. Dato' Sirajuddin Haji Salleh; dan

iv. Datin Huzaimah Mohd Yusof.

9. PEMILIHAN DAN PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KERJA SESI 2013/2014

9.1. Mesyuarat telah bersetuju dengan sebulat suara terhadap cadangan oleh

Datuk Muhamad Feisol Haji Hassan dan Tan Sri Dato Paduka Raja Wan

Mahmood Pawanteh serta disokong oleh Datuk Ahmad Zabri Ibrahim dan

Datin Shamsiah Mohamad, untuk mengekalkan Penyandang jawatan-jawatan

sedia ada bagi Tahun 2011/2012 seperti berikut:

i. Presiden - Tan Sri Dato' Sri Sallehuddin Mohamed

ii. Timbalan Presiden - Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid

iii. Naib Presiden - Tan Sri Datuk Dr. Hadenan Jalil

14

iv. Naib Presiden - Datuk Dr. Abdullah Abdul Rahman

v. Bendahari - Datuk Khalid Haji Ismail

vi. Ahli Jawatankuasa - Puan Ainon Haji Kuntom

vii. Ahli Jawatankuasa - Datuk Wira Jahaya Mat

viii. Ahli Jawatankuasa - Datuk Merlyn Kasimir

ix. Ahli Jawatankuasa - Datuk Dr. Mohd Tap Salleh

9.2. Empat orang lagi ahli jawatankuasa kerja akan dilantik kemudian termasuk

seorang Setiausaha Kehormat oleh Presiden mengikut kuasa yang diberikan

oleh Perlembagaan Persatuan.

10. UCAPAN PENANGGUHAN

10.1. Pengerusi telah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir

dan, seterusnya, menangguhkan Mesyuarat Agung yang ke 23 pada jam 5:00

petang.

Disediakan oleh:

Datu' Dr. Michael D. Lunjew Dato' Azhar Abu Bakar Setiausaha Bersama Mesyuarat Setiausaha Bersama Mesyuarat Disahkan oleh: Tan Sri Dato' Sri Sallehuddin Mohamed Pengerusi Mesyuarat

15

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

(PTD ALUMNI)

Bilangan Pendaftaran: PPM/WP/1302/88

LAPORAN TAHUNAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013

1. PENDAHULUAN

1.1 Jawatankuasa Kerja Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD

Alumni) dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan mengenai

kegiatan-kegiatan yang telah dilaksanakan oleh Persatuan bagi tempoh dari

01hb. Januari sehingga 31hb. Disember 2013.

2. JAWATANKUASA KERJA

2.1. Jawatankuasa Kerja telah dilantik bagi tempoh selama dua tahun dalam

Mesyuarat Agung yang ke-23 pada 11hb. Jun 2013 jam 3:00 Petang dan

empat ahli yang dilantik atas kuasa Presiden adalah seperti berikut:

Presiden Tan Sri Dato’ Sri Sallehuddin Mohamed

Timbalan Presiden Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid

Naib Presiden Tan Sri Dato’ Dr. Hadenan Jalil

Naib Presiden Datuk Dr. Abdullah Abdul Rahman

Bendahari Dato’ Khalid Haji Ismail

Setiausaha Kehormat Datu Dr. Michael D. Lunjew

Ahli Jawatankuasa Datuk Wira Jahaya Mat

Hajjah Ainon Haji Kuntom

Datuk Merlyn Kasimir

Datuk Dr. Moh Tap Salleh

Dato’ Abdul Majit Ahmad Khan

Datuk Dr. Mohamad Ghazali Bin Md

Noor (sehingga Februari 2013)

Puan Lee Meng Foon (Mulai Mac 2013)

Tan Sri Dato' Sri Dr. Haji Mohd Nasir Bin

Mohd Ashraf (Mulai Disember 2013)

3. PEMERIKSA KIRA-KIRA

3.1 Dua orang Pemeriksan Kira-Kira Persatuan ialah:

Datuk Muhd Feisol Haji Hassan

Tuan Haji Azmil Haji Mohd Daud

16

AHLI JAWATANKUASA KERJA PTD ALUMNI 2013 - 2015 BERSAMA TETAMU TERHORMAT DI MAJLIS MAKAN MALAM JUBLI PERAK PTD ALUMNI 2014

MESYUARAT AGUNG PTD ALUMNI KE-23 PADA 11 JUN 2013

4. MESYUARAT

4.1 Jawatankuasa Kerja telah bermesyuarat sebanyak sepuluh (10) kali di

sepanjang tahun 2013. Mesyuarat telah dijalankan di Bilik Mesyuarat

IMATEC, Tingkat 2 Bangunan IMATEC, Kampus INTAN Bukit Kiara dan

sekali (1) di Bilik Lembaga, Hotel Concord, Kuala Lumpur.

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA DI INTAN & CONCORD

17

5. KEAHLIAN

5.1 Jumlah Ahli Berdaftar pada 31

Disember 2013 ialah seramai

468 orang, iaitu pertambahan

seramai 11 orang atau 2.4% di

sepanjang Tahun 2013.

Disamping itu, seramai 2 orang

Ahli telah meninggal dunia.

5.2 Semua Ahli digalakkan agar

mengemaskini alamat, No.

Telefon Mudahalih dan email

dengan memaklumkan kepada

Setiausaha Pengurusan. Maklu-

mat No. Telefon Mudahalih dan

email yang kemaskini adalah

amat penting untuk memperce-

patkan penyampaian maklumat

dan berita.

BILANGAN KEAHLIAN PTD ALUMNI 1989 - 2013

6. SIRI SYARAHAN/FORUM PTD ALUMNI

6.1 PTD Alumni telah terus menyusun aktiviti di bawah Program Siri

Syarahan/Forum pada Tahun 2013 untuk menyampaikan kepada ahli-ahli

mengenai perkembangan isu-isu politik, sosial, ekonomi dan perkhidmatan

awam semasa.

6.2 Forum "Middle East Revisited: Geo Strategic Implications, Democratic

Transformation Challenge and Economic Potentials (Case of Egypt)."

i. Forum ini telah diadakan pada 31 Januari 2013 jam 8:00 pagi

bertempat di Institute of Diplomatic and Foreign Policy (IDFR), dan

dianjurkan dengan kerjasama IDFR, IDB Alumni Malaysia Chapter

dan USC Alumni.

ii. Tiga orang "Speakers" telah dijemput hadir untuk menyampaikan

syarahan mereka, iaitu: Dr. Azmi Hassan dari Institute of GeoSpatial

and Perdana School, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Farish

Noor dari S. Rajaratnam School of International Studies, Nanyang

Technological University, Singapore dan Dr. Ali Soliman, Bekas

CEO/MD Islamic Corporation of the Development of Private Sector,

IDB Group.

18

iii. T.Y.T Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaacob, Yang di-

Pertua Negeri Melaka telah hadir bersama lebih dari 50 orang ahli

PTD Alumni

Forum "Middle East Revisited: Geo Strategic Implications, Democratic TransformationChallenge and

Economic Potentials (Case of Egypt)" 31 Januari 2013 di IDFR

6.3 Forum "China Leadership Transition 2013"

i. Siri Syarahan PTD Alumni bertajuk "China Leadership Transition

2013”, dengan kerjasama INTAN telah diadakan pada 27 Mac 2013

jam 10:00 pagi bertempat di Bilik Banquet, Bangunan IMATEC,

INTAN Kampus Bukit Kiara. Syarahan ini telah disampaikan oleh Dr.

Ngeow Chow Bing, Pensyarah Kanan, Institut Pengajian China,

Universiti Malaya. Seramai 70 orang telah menghadiri siri syarahan

ini.

19

Forum "China Leadership Transition 2013” 27 March 2013 di INTAN

6.4 Forum Tertutup PTD Alumni

i. PTD Alumni berpendapat bahawa sebagai tindakan susulan sebaik

sahaja selesai Pilihananraya Umum ke-13, satu Forum Tertutup wajar

diadakan bagi mendapatkan makluman serta pandangan dari ahli-ahli

PTD Alumni mengenai “Hala Tuju Perkhidmatan Awam bagi 5

Tahun Akan Datang” untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri.

ii. Diantara objektif utama Forum ini adalah:

a. PTD Alumni dapat memainkan peranan yang bermakna dalam

membantu Kerajaan memastikan Perkhidmatan Awam yang

baik dan berprestasi tinggi; dan

b. Dapat menarik perhatian dan memberi cadangan mengenai

isu-isu utama dan cabaran yang harus ditangani bagi

meningkatkan prestasi Perkhidmatan Awam bagi tempoh 5

Tahun ke hadapan.

iii. Forum Tertutup ini telah diadakan selama 2

hari, iaitu pada 9 dan 10 Mei 2013

bertempat di Bilik Banquet, Bangunan

IMATEC, INTAN Bukit Kiara dengan dihadiri

oleh kira-kira 40 orang ahli PTD Alumni.

iv. Sebuah Memorandum hasil daripada

perbincangan dan saranan ahli-ahli Forum

Tertutup telah diperhalusi oleh sebuah

Jawatankuasa Kecil yang diketaui oleh Tan Sri

Nuraizah Abdul Hamid, Timbalan Presiden dan

dikemukakan YAB Perdana Menteri dengan

salinan kepada YBhg KSN.

20

Forum Tertutup "Hala Tuju Perkhidmatan Awam Bagi 5 Tahun Akan Datang"

9 & 10 Mei 2013 di INTAN

7. SUMBANGAN

7.1 Sumbangan Derma Tabung Wira Lahad Datu

Sebagai tanda perihatin ahli-ahli PTD

Alumni terhadap trajedi yang melanda

masyarakat dan negara, Derma wang

tunai sebanyak RM10,000.00 telah

disumbangkan kepada Tabung Wira

Lahad Datu Media Prima. Penyampaian

Cek Sumbangan ini telah disampaikan

oleh YBhg Tan Sri Dr. Hadenan A. Jalil,

Naib Presiden PTD Alumni di suatu majlis khas di Sri Pentas pada 28 Mac

2013.

YBhg Tan Sri Dr. Hadenan A. Jalil, Naib Presiden

Menyampaikan Sumbangan Tabung Wira Lahad

Datu

21

8. MAJLIS TAHLIL & BERBUKA PUASA

8.1 Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa Tahun 2013 (1434 Hijrah) telah diadakan pada Hari

Selasa, 23 Julai 2013 jam 6.00 petang bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam

(KGPA). Seramai lebih daripada 60 orang ahli dan tetamu telah hadir. Pada tahun

ini, berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, majlis dimulakan dengan Tazkirah

yang disampaikan oleh Tuan Sheikh Afeefuddin Al-Jailani, seorang penceramah

antarabangsa. Maklum balas dari ahli-ahli yang hadir, aktiviti Tazkirah ini amat baik

sekali dan wajar diteruskan di masa-masa hadapan.

Majlis Tahlil & Berbuka Puasa, 23 Julai 2013 di KGPA

22

9. MALAM MERDEKA RAYA 2013

9.1 Pada Tahun ini Majlis Hari Raya Aidil Fitri 1434 telah disambut bersama

dengan Perayaan Sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-56 dan

dinamakan sebagai "Malam Merdeka Raya." Majlis ini telah diadakan pada

27 Ogos 2013 jam 8:00 malam bertempat di Royal Lake Club, Kuala Lumpur

dengan dihadiri oleh seramai lebih daripada 120 orang ahli dan tetamu.

YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ali Bin Hamsa dan isteri, YBhg Datin Sri Rohani

Abdullah bersama, YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Bin Zainal, Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam dan isteri YBhg Puan Sri Asmahan Binti

Ismail antara tetamu undangan yang turut hadir.

Malam Merdeka Raya 2013, 27 Ogos 2013 di Royal Lake Club, Kuala Lumpur

23

24

10. SESI PERCAMBAHAN FIKIRAN JAWATANKUASA KERJA PTD ALUMNI

10.1. Satu sesi percambahan Fikiran dikalangan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PTD

Alumni dengan diketuai oleh YBhg Tan Sri Presiden sendiri telah diadakan

pada 22 Oktober 2013 jam 10:30 pagi bertempat di Bilik Lembaga, Hotel

Concorde, Kuala Lumpur. Diantara tujuan sesi ini adalah:

a. bagaimana menjadikan PTD Alumni lebih berkesan;

b. bagaimana medapatkan maklum balas dari pihak Kerajaan terhadap

perakuan-perakuan dari PTD Alumni yang dikemukakan;

c. bagaimana dapat diwujudkan "feedback system" terhadap perakuan-

perakuan tersebut; dan

d. bagaimana dapat menggalakkan pesara-pesara PTD untuk berminat

dan ingin turut menyertai PTD Alumni.

10.2. Diantara rumusan yang telah dicapai hasil sesi percambahan fikiran ini ialah:

i. PTD Alumni wajar meningkatkan aktiviti-aktiviti yang selaras dengan

usaha ke arah "Image Building - Caring Organization" dan

menwujudkan hubungan silatulrahim di kalangan ahli-ahli PTD Alumni

dengan lebih erat;

ii. Melaksanakan "rebranding" PTD Alumni melalui:

a. Pindaan Perlembagaan untuk dijadikan lebih menarik untuk

disertai dan lebih berkesan;

b. Menilai semula atau "review" profil PTD Alumni dengan

memberikan penjelasan terhadap objektif PTD Alumni;

c. Mencipta Logo baru;

d. Publisiti yang meluas dan berkesan melalui media dan

internet;

e. Menwujudkan saluran-saluran untuk mendapatkan maklum

balas seperti mengadakan "informal gethering" dan makan

tengah hari;

f. Memilik bangunan sendiri;

g. Membantu kebajikan ahli-ahli; dan

h. Mengenalpasti beberapa syarikat untuk dibantu oleh PTD

Alumni dalam perkara-perkara tertentu, seperti kerjasama

yang pernah dilaksanakan dengan Syarikat Air Johor

Sesi

"Brainstorming"

AJK PTD

Alumni, 22

Oktober 2013,

Hotel

Concorde,

Kuala Lumpur

25

11. LAWATAN SOSIAL KE YANGON, MYANMAR

11.1 Buat pertama kalinya PTD Alumni telah mengadakan satu Lawatan Sosial ke

Yangon, Myanmar pada 1 hingga 4 November 2013. Seramai 22 orang ahli

dan isteri telah turut menyertai lawatan ini dengan diketuai oleh Presiden

YBhg Tan Sri Dato’ Sri Sallehuddin Mohamed. Pemilihan Yangon sebagai

destinasi lawatan adalah berdasarkan kepada:

i. Meninjau perkembangan semasa di Myanmar;

ii. Menjalin hubungan dalam Perkhidmatan Awam antara dua negara;

iii. Meninjau peluang mewujudkan jaringan kerja di negara ini;

iv. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan dalam Perkhidmatan

Awam; dan

v. Memberi peluang kepada ahli yang tidak berkesempatan berkunjung

ke Myanmar semasa masih berkhidmat.

11.2 Antara atur cara lawatan, termasuklah “reception dinner” yang dihoskan oleh

Chargé d’Affaires, pertemuan dengan “Malaysian Business Community”,

lawatan ke Yangon Islamic Centre, kunjungan ke Myanmar Public Service,

membeli-belah, “city tour” dan golf di Pun Hliang. Ketibaan di Yangon

International Airport disambut oleh Chargé d'Affaires Malaysia Tuan

Mohammad Al-Hafiz Mohd Nadzir

26

11.3 Pihak MAS telah menawarkan kadar tambang dengan harga yang istimewa

bagi perjalanan Kelas Ekonomi dengan hanya sebanyak RM492.00.

Manakala, penerbangan KUL - YGN hanya mengambil masa selama 2 jam

20 minit. Lawatan ini telah diusahakan oleh YBhg Dato’ Abdul Majit Ahmad

Khan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur. Pada keseluruhannya,

semua ahli lawatan berasa amat gembira dengan lawatan ini dan “looking

forward for the next trips”

27

12. TAKLIMAT TPPA OLEH MITI

12.1 Satu Majlis Taklimat mengenai Trans Pacific Partnership Agreement (TPP)

telah diadakan pada Hari Khamis, 14 November 2013 jam dari 9:30 hingga

11:30 pagi bertempat di Dewan Delima, Tingkat 6, Blok 10, MITI, Jalan Duta.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik J.Jayasiri, Pengarah Kanan

Perdagangan Multilateral dan Perundingan, yang juga merupakan "Chief

Negotiator" Malaysia. Tujuan taklimat ini adalah bagi menyampaikan

perkembangan isu TPPA yang sedang hangat diperkatakan oleh masyarakat

kini.

28

Taklimat Mengenai TPPA oleh MITI, 14 November 2013 di MITI, Jalan Duta

13. PERTANDINGAN GOLF

13.1 Pertandingan Golf Piala Tun Haniff - Tan Sri Sallehuddin 2013

i. Pertandingan Golf Piala Tun Haniff - Tan Sri Sri Sallehuddin diantara

Pasukan PTDC Alumni dengan Pasukan Bekas Pegawai Polis telah

diadakan pada 16 Mei 2013 di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah,

Shah Alam. Seramai 63 orang ahli PTD Alumni telah menyertai

Pasukan PTD Alumni dan Pasukan PTD Alumni telah berjaya

memenangi Pertandingan ini.

29

13.2 Pertandingan Golf Tahunan PTD Alumni 2013

1. Pertandingan Golf 3 Penjuru di antara PTD Alumni, Pesara Pegawai

PDRM dan Pesara Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (Rafoc) yang

pada mula dijadualkan pada akhir tahun 2013 telah tidak dapat

diadakan, memandangkan pihak Rafoc telah menarik diri. Oleh itu,

sebagai gantinya satu Pertandingan Golf Tahunan PTD Alumni telah

diadakan pada 28 November 2013 bertempat di Kelab Golf

Perkhidmatan Awam (KGPA).

Pertandingan Golf Piala Tun Haniff - Tan Sri Sallehuddin 2013, 16 Mei 2013 di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Pertandingan Golf Tahunan PTD Alumni 2013, 28 November 2013 KGPA

30

14. MELAWAT AHLI YANG UZUR

14.1 Presiden dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kerja telah mengadakan

lawatan ahli yang uzur dan sedang dirawat di Hospital. Pada 8 November

2013, kumpulan ini telah melawat Tan Sri Rozhan Kuntom di Institut Jantung

Negara.

15. AHLI YANG MENINGGAL DUNIA

15.1 Disepanjang tahun 2013, serama 2 orang ahli telah kembali ke Ramahtullah,

dan mereka, ialah:

i. Allahyarham Tun Haji Syed Zahiruddin Syed Hassan, Ahli No: 128

dan telah meninggal pada 20 April 2013; dan

ii Allahyarham Datuk Wan Puteh Wan M. Saman, Ahli No: 52 dan telah meninggal pada 20 Julai 2013.

15.2 Ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan semoga roh mereka aman

damai serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin

31

16. JAMUAN PENGHARGAAN PRESIDEN DI AKHIR TAHUN

16.1 Sebagai tanda penghargaan

dan ucapan terima kasih

kepada Ahli Jawatankuasa

Kerja dan beberapa orang ahli

PTD Alumni yang banyak

membantu dalam menjayakan

program dan aktiviti PTD

Alumni, Presiden telah

mengadakan satu Majlis

Penghargaan dan Ucapan

Terima Kasih pada 23 Disember 2013 jam 8 malam bertempat di Hotel

Concorde, Kuala Lumpur.

Bagi Pihak Jawatankuasa Kerja PTD Alumni TAN SRI DATO' SRI SALLEHUDDIN MOHAMED PRESIDEN 16 Mei, 2014

32

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK ( PTD ALUMNI )

LAPORAN JURUAUDIT

Kami telah mengaudit Kunci Kira-Kira tersebut dan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan

berkenaan dengan Akaun Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik bagi Tahun

Berakhir pada 31Hb. Disember 2013.

Mengikut pendapat kami, Kunci Kira-Kira dan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan

bersama dengan catatan-catatan kepada kira-kira itu adalah mengikut peraturan betul untuk

menunjukkan keadaan yang benar dan pemandangan sederhana mengenai Akaun

Persatuan tersebut mengikut maklumat-maklumat dan penerangan-penerangan yang

diberikan kepada kami dan seperti yang ditunjukkan dalam buku kira-kira.

DATUK MUHD FEISOL HAJI HASSAN HAJI AZMIL HAJI DAUD

Juruaudit Dalam PTD Alumni Juruaudit Dalam PTD Alumni

Bertarikh: 12 Mei 2014 Bertarikh: 12 Mei 2014

33

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

PENYATA KIRA-KIRA TAHUNAN 2013

PENYATA PENERIMAAN DAN PERBAYARAN UNTUK TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013

2012 2013

NOTA (RM) (RM)

Yuran Pendaftaran Ahli 1 2,500.00 1,100.00

Pelaburan Mudharabah di Maybank yang Ditamatkan 2 38,565.66 121,883.49

Dividen Pelaburan Mudharabah di Maybank

2,491.02 3,397.34

Sumbangan Makan Malam PTD Alumni 2012 - Tourism Malaysia

143,150.00 10,000.00

Majlis Tahlil & Berbuka Puasa PTD Alumni 1434

4 7,180.00

Hari Raya/Malam Merdeka Raya 2013

5 5,750.00 6,450.00

Pertandingan Golf

6 35,300.00 21,640.00

Lawatan PTD Alumni Ke Yangon

7 59,560.34

Peruntukan Akaun Amanah Perbendaharaan Malaysia - Pameran PTD Alumni

500,000.00

Sumbangan Dari Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia

5,000.00

JUMLAH PENERIMAAN 227,756.68 736,211.17

Perbelanjaan Pengurusan Pejabat

10,870.25 8,128.71

Honorarium Setiausaha Pengurusan Januari Hingga Disember 2013

28,422.50 30,000.00

Perkhidmatan Reka Bentuk Semula Laman Web dan Sewa Tapak

1,800.00 1,800.00

Perkhidmatan Juru Gambar & Album Gambar

550.00 1,600.00

Percetakan Kad Selamat Hari Raya 1434

472.50

Perkhidmatan Juru Perunding - PTD Alumni International Conference 2013

5,000.00 36,000.00

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-23 PTD Alumni

8,040.00 8,350.00

Sumbangan Derma Kepada Badan Kebajikan

10,000.00 10,000.00

Majlis Tahlil & Berbuka Puasa PTD Alumni 1434

4 4,489.90 6,901.20

Malam Merdeka Raya 2013

5 9,780.00 14,604.45

Pertandingan Golf 6 26,723.00 37,041.05

Lawatan PTD Alumni Ke Yangon

7 61,313.65

Penerbitan Buku PTD Alumni

8 17,400.00 68,755.50

Forum/Siri Syarahan 9 15,653.20

Majlis Makan Malam Penghargaan Presiden

10,690.70 2,850.00

Cenderahati Untuk Lawatan Pesakit

981.50 413.40

Buku Cek/Cukai Stamp/Cek Yang Dikembalikan

467.00 15.00

Majlis Makan Malam Tahunan PTD Alumni

115,329.37

JUMLAH PERBELANJAAN 250,544.22 303,898.66

Lebihan / (Kekurangan) Penerimaan atas Pembayaran (22,787.54) 432,312.51

34

Nota Kepada Akaun

RM RM Nota 1 Yuran Pendaftaran Ahli 1,100.00 Mohiyaddin Che' Jan No. Ahli: 503 100.00 Ahmad Pharmy Abd. Rahman No. Ahli: 504 100.00 Puan Lee Meng Foon No. Ahli: 505 100.00 Datuk Noriyah Ahmad No. Ahli: 506 100.00 Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Aseh Hj. Che Mat No. Ahli: 507 100.00 Encik Abdul Kabur bin Mohamed Ibrahim Ahli No. 508 100.00 Dr. Ranjit Singh Malhi Ahli No. 509 100.00 Encik Abdullah Ab. Rahim Ahli No. 510 100.00 Tan Sri Razali Ismail Ahli No. 511 100.00 Datin Khatijah Binti Abdul Samad Ahli No. 512 100.00 Dr. Aminudin Abdul Karim Ahli No. 513 100.00

Nota 2 Pelaburan Mudharabah di Maybank yang Ditamatkan 121,883.49 Serial No. 001020 Tamat Pada 25.03.2013 42,772.16 Serial No. 001059 Tamat Pada 25.03.2013 34,000.00 Serial No. 001718 Tamat Pada 08.10.2013 45,111.33

Nota 3 Perbelanjaan Pengurusan Pejabat 8,128.71

Perbelanjaan Kertas & Alat Tulis Pejabat 2,503.48 Perbelanjaan Setem Pos & SMS Blast 4,601.73 Perbelanjaan Makan Minuman Semasa Mesyuarat 543.50 Perkhidmatan Membaiki "Motherboard" Komputer 480.00

Nota 4 Majlis Tahlil & Berbuka Puasa PTD Alumni 1434 Sumbangan Ahli 7,180.00 Sumbangan Dari Ahli 5,830.00

Sumbangan untuk Saguhati Penceramah - Dato' Abdul Majit Ahmad Khan

500.00

Sumbangan untuk Pembelian Sejadah - Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid

750.00

Sumbangan untuk Pembelian Buku Surah Yassin - Hajah Ainon Kuntom

100.00

Perbelanjaan 6,901.20 Sajian Makanan - Azam Pandan Sdn. Bhd. - KGPA 4,620.00

Penceramah Tazkiran - Syeikh Afeefuddin Al-Jailani - (RM500.00 Sumbangan Dato' Abdul Majit)

1,000.00

Saguhati Imam Solat (RM150.00 X 2 Orang) 300.00 Saguhati Petugas PPTD (RM50.00 X 2 Orang) 100.00 PVC Backdrop 6' X 4' 31.20 Pendahuluan Pembelian Sejadah 750.00 Pendahuluan Pembelian Surah Yassin 100.00

Lebihan (Kekurangan) Terimaan Daripada Perbelanjaan 278.80

35

Nota 5 Malam Merdeka Raya 2013 Sumbangan Ahli 6,450.00 Perbelanjaan 14,604.45 Sajian Makanan, Sewa Dewan, Backdrop Dll. 10,954.60 Persembahan Hiburan dan Muzik 3,000.00 Bunting Signage & Hiasan Merdeka 152.00 Bendera Tangan 94.05 Saguhati Pembantu Sekretariat PPTD 200.00 Jambangan Bunga Hiasan Meja 50.00 Hadiah-Hadiah 153.80

Lebihan (Kekurangan) Terimaan Daripada Perbelanjaan (8,154.45)

Nota 6 Pertandingan Golf Terimaan dari Yuran Penyertaan & Sumbangan 21,640.00 Pertandingan Piala Tun Hanif -Tan Sri Sallehuddin 2013 12,470.00 Pertandingan Golf PTD Alumni 2013 9,170.00 Perbelanjaan 37,041.05 Pertandingan Piala Tun Hanif -Tan Sri Sallehuddin 2013 11,488.90 Pertandingan Golf PTD Alumni 2013 10,829.00 Pertandingan Golf PTD Alumni vs PPTD 2012 10,423.15 Perbelanjaan Golf PTD Alumni vs Rafoc 2013 4,300.00

Lebihan (Kekurangan) Terimaan Daripada Perbelanjaan (15,401.05)

Nota 7 Lawatan PTD Alumni Ke Yangon

Terimaan Bayaran Dari Ahli 59,560.34 Tan Sri Dato' Sallehuddin Mohamed 3,643.20 Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid 4,758.40 Tan Sri Datuk Dr. Hadenan A. Jalil 6,780.00 Datu Dr. Michael D. Lunjew 3,643.20 Puan Hajjah Ainon Kuntom 3,250.00 Dato' Abdul Majit Ahmad Khan 5,127.98 Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim 3,643.20 Tan Sri Dr. Muhammad Rais Abdul Karim 5,127.98 Tan Sri Dato' Sri Dr. Mohd Nasir Bin Mohd Ashraf 4,758.40 Encik Saadun Mat Sabari 3,503.20 Perbelanjaan 61,313.65

Bayaran Tempahan Tiket Penerbangan Kuala Lumpur - Yangon (22 Orang X RM492.00)

10,824.00

Bayaran Permohonan Visa untuk 17 Orang (RM140 X 17 Orang)

2,380.00

Bayaran Tambahan Penalty Tiket Dato' Ishak Hj Muhamed (RM150 X 2 Orang)

300.00

STEVIN GROUPS - Bayaran Untuk Urusan 'Ground Handling" Lawatan Sosial PTD Alumni ke Yangon (USD14,778.00 X RM3.175)

46,801.71

Perbezaan Kadar Pertukaran Yang Perlu Dibayar Balik 794.54 Hadiah & Cenderahati Untuk Kedutaan Malaysia 213.40

Lebihan (Kekurangan) Terimaan Daripada Perbelanjaan (1,753.31) Tanggungan PTD Alumni Untuk Setiausaha Pengurusan 1,539.91

Lebihan/(Kekurangan) Sebenar Terimaan Dari Perbelanjaan

(213.40)

36

Nota 8 Penerbitan Buku PTD Alumni 68,755.50

Bayaran 20% & 40% Kepada Arion Concepts (Penulis) 53,585.50 Perolehan Gambar-Gambar Dari NSTP 15,170.00

Nota 9 Forum/Siri Syarahan 15,653.20

Forum "Middle East Revisited" di IDFR 10,890.00 Lecture Series "China Leadership Transition 2013" 2,400.00

Forum Tertutup PTD Alumni - "Hala Tuju Strategik Perkhidmatan Awam"

2,363.20

2012

(RM) 2013 (RM)

Penyata 1 Tunai dan Pelaburan Tetap 2,290,852.21 2,687,842.26 Tunai di Akaun Semasa 37,770.58 471,183.09 Pelaburan Tetap Di Maybank Islamic, Bangsar

Baru 121,883.49 0.00

Pelaburan Tetap Di Bank Rakyat Cawangan Bangsar

2,131,198.14 2,216,659.17

Penyata 2 Pelaburan Am Pada 31 Disember 2013 Pelaburan Am Mudharabah Di Maybank

Islamic Bangsar 121,883.49 0.00

Serial No. 001020 DiTamat Pada 25.03.2013 42,772.16 Serial No. 001059 DiTamat Pada 25.03.2013 34,000.00 Serial No. 001718 DiTamat Pada 25.10.20108 45,111.33 Dividen Tahunan 3,882.14 3,397.34 3,882.14 Serial No. 001020 1,275.84 1,614.33 1,275.84 Serial No. 001059 0.00 0.00 0.00 Serial No. 001718 2,606.30 1,783.01 2,606.30 Pelaburan Am Di Bank Rakyat Cawangan

Bangsar 2,131,198.14 2,216,659.17

No. Sijil 10646062 51,945.55 54,028.57 51,945.55 54,028.57 No. Sijil 10646073 1,039,042.74 1,080,708.35 208,041.97 216,384.45 No. Sijil 10753750 208,041.97 216,384.45 208,041.97 216,384.45 No. Sijil 10753756 208,041.97 216,384.45 208,041.97 216,384.45 No. Sijil 10753757 208,041.97 216,384.45 208,041.97 216,384.45 No. Sijil 10753758 208,041.97 216,384.45 208,041.97 216,384.45 No. Sijil 10753759 208,041.97 216,384.45 Dividen Tahunan 81,198.14 85,461.03 No. Sijil 10646062 1,945.55 2,083.02 No. Sijil 10646073 39,042.74 41,665.61 No. Sijil 10753750 8,041.97 8,342.48 No. Sijil 10753756 8,041.97 8,342.48 No. Sijil 10753757 8,041.97 8,342.48 No. Sijil 10753758 8,041.97 8,342.48 No. Sijil 10753759 8,041.97 8,342.48

37

Penyata 3 Akaun Khairat Sumbangan Dari Ahli untuk Tujuan Khas

Khairat sahaja dan Belum Pernah digunakan sehingga kini

2,400.00 2,400.00

Penyata 4 Akaun Buku "Service Par Excellence" Baki Pada Akhir Tahun 10,223.69 10,223.69

Penyata 5 Peruntukan Akaun Amanah Perbendaharaan Malaysia - Pameran PTD Alumni

500,000.00

Disediakan oleh: DATO' KHALID HAJI ISMAIL BENDAHARI KEHORMAT