buku panduan sesi pendaftaran pelajar baharu …sila lengkapkan semua borang pendaftaran yang...

15
DISEMBER BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU Sesi POLITEKNIK BALIK PULAU DIS 2019 HARI PENDAFTARAN versi 1.7 (AHAD) DISEMBER 2019

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DISEMBER BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Sesi

POLITEKNIK BALIK PULAU

DIS 2019

HARI PENDAFTARAN

versi 1.7

(AHAD)

DISEMBER 2019

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tahniah diucapkan kepada semua calon pelajar baharu kerana berjaya mendapat tempat pengajian di Politeknik Balik Pulau (PBU), Pulau Pinang. Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu ini mengandungi arahan lengkap penyediaan dokumen, pemakaian dan persiapan untuk hari pendaftaran. Sila lengkapkan semua borang pendaftaran yang disertakan. Akhir kata, kami mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu dan mengharapkan agar perjalanan bersama keluarga ke politeknik ini nanti lancar dan selamat. Sekian, terima kasih. Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang Tel : 04-868 9000

MAKLUMAT AM PBU

Latar Belakang

1 Februari2007

Penubuhan PBU beroperasi di Politeknik Seberang Perai

Sesi Julai 2008 Kampus berpindah ke Bangunan

Ideal Avenue, Bayan Lepas

Sesi Julai 2007 Ambilan pertama 30 pelajar, Sijil Teknologi Maklumat (SIT). November 2013 Beroperasi di kampus tetap di Balik Pulau

Jabatan Akademik

Jabatan Teknologi

Maklumat & Komunikasi

Diploma

Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)

Jabatan Matematik,

Sains & Komputer

( Jabatan Sokongan )

Jabatan Pengajian Am

( Jabatan Sokongan )

PBU telah mendapat persijilan kualiti dokumen MS ISO 21001:2018 dan

pengiktirafan MQA 01

Pelan Lokasi

Imbas kod QR untuk panduan ke Politeknik Balik Pulau. Koordinat : 5.345616, 100.215190 Waze : Politeknik Balik Pulau Google Maps : Politeknik Balik Pulau

Baca maklumat pendaftaran berikut dengan teliti. Sila ambil tindakan sewajarnya agar proses pendaftaran dapat berjalan dengan lancar. Calon pelajar tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara tersebut di bawah tidak dipatuhi atau mengemukakan maklumat palsu.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga berhak menarik balik tawaran tempat pengajian di PBU sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke politeknik.

Lengkapkan semua borang pendaftaran sebelum diserahkan kepada PBU semasa hari pendaftaran.

Dokumen Pendaftaran

Borang HEP 1 hingga 6 perlu dimuat turun di laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my

Borang HEP 1 Borang Maklumat Peribadi Pelajar Borang HEP 2 Laporan Pemeriksaan Doktor (Pemeriksaan Perubatan dicop dan ditandatangani oleh Doktor Perubatan Kerajaan/Swasta yang SAH. Pihak kami TIDAK menanggung sebarang kos pemeriksaan tersebut. Filem X-Ray TIDAK PERLU disertakan) Borang HEP 3 Kebenaran IbuBapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan

Borang HEP 4 Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung Borang HEP 5 Akuan Pelajar / Akuan Ibubapa / Penjaga Borang HEP 6 Aku Janji Pelajar • Dokumen-dokumen lain yang perlu

dibawa di Lampiran B

Semua dokumen berikut MESTI DITANDATANGANI pelajar, ibubapa/penjaga dan saksi*.

Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Guru Besar / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Kaum

Bayaran Pendaftaran Semua pelajar baharu perlu menjelaskan bayaran seperti berikut:-

YURAN

PENGAJIAN

YURAN

ASRAMA

YURAN

PENDAFTARAN

RM 200 RM 360 RM 600

(BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Nama Akaun

POLITEKNIK KPT

Kaedah Bayaran Cash Deposit Machine

(CDM) Rujuk lampiran A

(BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Nama Akaun

POLITEKNIK KPT

Kaedah Bayaran Cash Deposit Machine

(CDM) Rujuk lampiran A

(BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Nama Akaun KOPERASI

POLITEKNIK BALIK PULAU BERHAD

Kaedah Bayaran Cash Deposit

Machine (CDM) Rujuk lampiran A

Bayaran yuran pengajian untuk 1 semester

Bayaran penginapan asrama untuk 1 semester

Bayaran untuk baju sukan, yuran Sukan Politeknik, koperasi, bayaran ko-kurikulum, peperiksaan, insuran kemalangan berkelompok dan lain-lain.

Sila bawa resit asal dan 2 salinan pembayaran Yuran Pengajian (RM200.00), Yuran Asrama (RM360.00) dan Yuran Pelbagai (RM600.00) semasa hari pendaftaran di Politeknik Balik Pulau

Penginapan PBU MEWAJIBKAN penginapan di asrama untuk pelajar baharu. Sila berhubung dengan penyelia asrama untuk mengetahui status bilik.

Bantuan Kewangan PBU TIDAK MENJAMIN sebarang bentuk bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar. Tawaran biasiswa/pinjaman adalah di luar bidang kuasa politeknik. Adalah menjadi tangungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alat pembelajaran, buku dan lain-lain. Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat dan seterusnya (sekiranya layak) memohon biasiswa/pinjaman dari Yayasan Negeri masing-masing sebelum mendaftar diri di PBU. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran melanjutkan pelajaran ke politeknik untuk tujuan tersebut.

PINJAMAN PTPTN

Pelajar baharu dikehendaki melaksanakan perkara-perkara i hingga iii di bawah bagi tujuan permohonan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). i. Membuka Akaun Bank Islam (BIMB). ii. Anda digalakkan membuka akaun Skim Simpanan

Pendidikan Nasional (SSPN). iii. Beli NO. PIN PTPTN di mana-mana cawangan Bank

Simpanan Nasional (BSN) bagi tujuan Permohonan On-Line PTPTN.

LAIN-LAIN PINJAMAN

1. Baitulmal Negeri 2. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

(BKNS) 3. Biasiswa Sukan KPM 4. Dermasiswa KPM (OKU / PPK) 5. Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak 6. Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri

Johor 7. FELDA 8. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) 9. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 10. Kerajaan Negeri Perak 11. Kerajaan Negeri Pulau Pinang 12. Kerajaan Negeri Selangor 13. Kuok Foundation Berhad

14. Lembaga Biasiswa Negeri Kedah 15. Lembaga Zakat Negeri 16. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu

Perak Darul Ridzuan (MAIP) 17. MARA 18. Tabung Kumpulan Wang Biasiswa

Negeri Selangor 19. Yayasan Felcra 20. Yayasan Kelantan Darulnaim 21. Yayasan Negeri Melaka 22. Yayasan Negeri Sarawak 23. Yayasan Negeri Sembilan 24. Yayasan Pahang 25. Yayasan Pelajaran Johor 26. Yayasan Terengganu

HARI PENDAFTARAN

Rupadiri Semasa Hari Pendaftaran Semua pelajar PBU adalah tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran

(Tatatertib), 1976 (Akta 174) dan pindaan-pindaannya serta semua kaedah, peraturan dan arahan-arahan bertulis berhubung dengan tatatertib sebagai seorang pelajar politeknik.

Oleh yang demikian, semasa mendaftar semua pelajar hendaklah memastikan rupa diri berada dalam keadaan kemas, bersih dan sopan serta mematuhi etika rupa diri semasa hari pendaftaran sebagaimana berikut:-

( Pelajar yang tidak mematuhi peraturan pakaian dan rupa diri seperti yang dinyatakan di atas TIDAK akan dibenarkan untuk mendaftar )

Rambut Pelajar Lelaki • Berambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan

atau mengikut potongan fesyen rambut tertentu. Belakang tidak menyentuh paras kolar baju, paras tepi tidak menyentuh paras atas telinga dan paras depan tidak menyentuh paras dahi.

Pakaian Pelajar Lelaki

• Baju kemeja lengan panjang berwarna PUTIH.

• Tali leher HITAM – Tidak mempunyai corak atau gambar (Plain)

• Seluar panjang jenis ‘slack’ berwarna HITAM – seluar jeans dan denim tidak dibenarkan.

• Bertali pinggang biasa berwarna hitam – pastikan tidak mempunyai corak atau kepala tali pinggang yang berbentuk keterlaluan dan tidak wajar.

Kasut Pelajar Lelaki • Berwarna GELAP dan bertutup penuh. • Memakai stoking dengan sempurna. • Kasut sukan tidak dibenarkan.

Rambut Pelajar Perempuan (Bukan Islam)

• Kemas • Tidak diwarnakan • Tidak berfesyen

Pakaian Pelajar Perempuan

• Tudung HITAM (Islam) • Baju kurung PUTIH (Islam & bukan

Islam) • Baju kemeja PUTIH dipadankan dengan

kain atau seluar slack HITAM (Pilihan pakaian untuk bukan Islam).

• Sopan dan tidak menjolok mata Kasut Pelajar Perempuan

• Berwarna GELAP dan bertutup penuh. • Memakai stoking dengan sempurna. • Kasut bertumit tinggi dan kasut sukan

tidak dibenarkan.

Peraturan Tambahan Mengenai Pemakaian • Sebarang bentuk perhiasan seperti rantai gelang dan subang adalah tidak dibenarkan

sama sekali. • Pelajar TIDAK DIBENARKAN memakai topi, baju ‘T’ tanpa kolar, seluar jeans, seluar

pendek dan seluar sukan semasa mendaftar.

• Pelajar lelaki muslim DIWAJIBKAN membawa baju melayu lengkap (bersampin dan bersongkok) untuk majlis rasmi politeknik.

• Etika pakaian hari perkuliahan biasa adalah seperti gambar di bawah :-

• Perkuliahan hari ISNIN, semua pelajar DIWAJIBKAN memakai pakaian lengkap seperti Hari Pendaftaran (putih dan hitam).

Carta Alir Semasa Hari Pendaftaran

Tarikh Lapor Diri Rasmi Semua calon pelajar perlu melapor diri pada :

Tarikh : 1 DISEMBER 2019 (AHAD) Lokasi : PEJABAT KAMSIS Masa : 8.30 pagi

P

KETIBAAN CALON PELAJAR

Parkir kereta di Pusat Islam, Politeknik Balik Pulau

PELAJAR LELAKI

Kaunter Pendaftaran, Kamsis Lelaki 8.30 pagi

PELAJAR PEREMPUAN

Kaunter Pendaftaran, Kamsis Perempuan 8.30 pagi

TAKLIMAT WARIS

Dewan Kuliah Utama 10.30 pagi

BERSURAI

Program Minggu Suai Kenal bermula. 2.00 petang

LAMPIRAN A

Kaedah Bayaran Yuran Bayaran Cash Deposit Machine BANK ISLAM :

YURAN PENGAJIAN RM 200.00 - Screen shot paparan mesin CDM BIMB

YURAN ASRAMA RM 360.00 - Screen shot paparan mesin CDM BIMB

YURAN PENDAFTARAN RM 600.00 – Rujuk laman web www.heppbu.com

LAMPIRAN B

Senarai Semak Dokumen PENGEPOSAN

Sila sediakan dokumen berikut mengikut susunan yang dinyatakan :-

BIL PERKARA

1. Borang Jawapan Tawaran (BJT-JPP)

2. Salinan surat tawaran yang disahkan

3.

Salinan kad pengenalan yang disahkan

4.

Salinan keputusan SPM yang disahkan (Kemukakan semua slip keputusan SPM yang pernah diduduki)

5. Salinan sijil berhenti sekolah yang disahkan

Semua dokumen salinan perlu DISAHKAN oleh pegawai berkelayakan (Rujuk Surat Tawaran)

Poskan ke alamat berikut dengan kadar segera :- PENGARAH POLITEKNIK BALIK PULAU PINANG NIRAI MUKIM 6 11000 BALIK PULAU PULAU PINANG (U/P : JABATAN HAL EHWAL PELAJAR) TEL : 04-868 9000, 019-4224778 (WHATSAPP SAHAJA)

Senarai Semak Dokumen Perlu Dibawa Pada HARI PENDAFTARAN

Sila rujuk senarai semak terkini di laman web https://heppbu.com/panduan-pendaftaran/senarai-semak/

Nota tambahan : Selesai sesi pendaftaran, pelajar akan mengikuti program Minggu Suai Kenal 1-5 Disember

2019 (Ahad – Khamis). Sila bawa segala pakaian dan keperluan peribadi secukupnya.

Aktiviti bersama Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah pada 6 Disember 2019 (Jumaat)

Sesi perkuliahan bermula 9 Disember 2019 (Isnin).

SELAMAT MENDAFTAR

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK BALIK PULAU

Pinang Nirai Mukim 6 11000 Balik Pulau

Pulau Pinang Tel : 04-868 9000

Web JHEP : www.heppbu.com