talking points -...

21
1 TALKING POINTS YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS TAKLIMAT PEMSARAN DAN PEMBEKALAN PRODUK KE CHINA 1 APRIL 2019 (ISNIN)

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

TALKING POINTS

YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH

ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

MAJLIS TAKLIMAT PEMSARAN DAN

PEMBEKALAN PRODUK KE CHINA

1 APRIL 2019 (ISNIN)

2

3.00 PETANG

AUDITORIUM ANGKASA

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamulaikum WBT dan Salam

Sejahtera

3

Terima Kasih Pengacara Majlis

[SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA]

YBhg. Datuk/Dato’, Datin-Datin,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang

Dihormati Sekalian.

4

1. Pertamanya, marilah kita

bersama-sama mengucapkan

syukur ke hadrat ALLAH S.W.T.

yang telah memberi peluang

untuk kita berhimpun dalam

“Taklimat Menembusi Pasaran

Negara China”.

5

2. Terlebih dahulu, saya

mengalu-alukan kehadiran

semua wakil koperasi dan para

usahawan yang hadir ke majlis ini.

3. Di kesempatan ini saya

mengucapkan ribuan terima

kasih di atas jemputan untuk

6

memberikan sepatah dua kata

dalam taklimat yang dianjurkan

bersama oleh ANGKASA dan BCA

International (BCA-I). Saya

mengucapkan syabas dan

tahniah di atas

inisiatif/pendekatan yang telah

diambil oleh (BCA-I) dalam usaha

7

meningkatkan dan membawa

produk tempatan ke peringkat

antarabangsa.

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

4. ANGKASA amat berbesar

hati kerana diberi keutamaan

8

untuk menjadi sebahagian

daripada taklimat mengenai

peluang mengembangkan

perniagaan.

5. Bagi pihak ANGKASA, saya

mengucapkan terima kasih

kepada BCA International (BCA-I)

9

kerana turut menjemput rakan

perniagaan mereka dari China ke

acara hari ini. Saya ingin

mengucapkan “Selamat Datang

ke Malaysia” kepada China

Malaysia Qinzhou Industrial Park

(CM-QIP) Administrative

Committee dan juga Beijing Ruo

10

Fan Yi Neng Communication

Technology Co., Ltd.

6. Melalui Taklimat ini, besarlah

harapan kami agar anggota

koperasi dan para usahawan

mengetahui bahawa peluang

mereka untuk memperluaskan

11

perniagaan mereka sehingga ke

China dan peringkat

antarabangsa kini berada dalam

jangkauan mereka.

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

7. ANGKASA dan BCA-

International akan berganding

12

bahu dan saling bekerjasama

sebagai sebuah rakan kongsi

strategik. Selain itu, BCA

International turut menjalinkan

kerjasama dengan CM-QIP

dalam mempromosikan konsep

‘Two Countries Twin Park”.

13

8. Melalui kerjasama ini, saya

difahamkan tanah seluas 26 ekar

dikhaskan sebagai “China

Malaysia International Health

Food Industrial park” di Qinzhou

dengan Halal Centre of

Excellence (COE) untuk

14

usahawan Malaysia

menghasilkan produk di China.

9. BCA International juga

dalam perbincangan untuk

membina sebuah taman

perindustrian halal di Kuala Linggi

Melaka yang dikenali sebagai

15

Malacca International Halal Park

(MIHP) di mana sebuah kilang

Gelatin Halal yang pertama di

Asia Tenggara akan dibina di

taman perindustrian tersebut.

10. BCA International turut

menjalinkan perjanjian kerjasama

dengan CMQIP Jin Wo Digital

16

Technology Co., LTD untuk

membawa produk SME

(Perusahaan Kecil dan

Sederhana) dan koperasi

menembusi pasaran China,

Taiwan, Hong Kong dan Macau.

17

11. ANGKASA akan menjadi

sebuah pusat sehenti untuk

koperasi dan pihak BCA-

International pula akan

membantu dalam mempromosi,

mengeksport serta akan

membantu dari segi penyediaan

18

dana/kewangan kepada

mereka yang layak.

12. Kita mengharapkan

kerjasama ANGKASA dengan

BCA-International akan

membuka ruang dan peluang

bagi koperasi dan usahawan SME

19

memperkenal dan memasarkan

produk mereka di luar negara.

13. Tanpa membuang lebih

banyak masa lagi, saya

mendoakan yang terbaik untuk

semua koperasi dan usahawan

yang hadir pada hari ini dan saya

20

berharap agar mereka akan lebih

berjaya pada masa akan

datang.

Sekian, terima kasih.

21

Wabillahitaufik wal hidayah,

Assalamualaikum w.b.t.