lgmpc mengalu-alukan barisan lembaga pengarah baru · sukan bolasepak serta acara-acara terompah...

12
Berita LGMPC • 2008 1 LGMPC Mengalu-alukan Barisan Lembaga Pengarah Baru

Upload: others

Post on 24-Sep-2019

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LGMPC Mengalu-alukan Barisan Lembaga Pengarah Baru · sukan bolasepak serta acara-acara terompah gergasi, boling kelapa, isi air dalam botol, tiup belon, baling botol dengan kain,

Berita LGMPC • 2008 1

LGMPC Mengalu-alukanBarisan Lembaga Pengarah Baru

anggal 1 April 2008 adalah satu tarikh bersejarah bagi L G M P C . Beberapa muka baru

anggal 1 April 2008 adalah satu tarikh bersejarah bagi L G M P C . Beberapa muka baru

anggal 1 April 2008 adalah satu tarikh bersejarah bagi L G M P C . Beberapa muka baru

dinamakan sebagai Ahli Lembaga dinamakan sebagai Ahli Lembaga Pengarah LGMPC. Mereka termasuk Datu Dr Michael Dosim Lunjew yang baru dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah, sementara Dato’ Hj Aliasak Hj Ambia dan Encik Oon Kim Hung sebagai Ahli.

Datu Dr Michael Dosim Lunjew adalah mantan KetuaSetiausaha Kementerian Perindustrian Perladangan dan Komoditi. Beliau adalah kelulusan B.A (Hons) dalam Kemajuan Luar Bandar dari UM, MBA dari Ohio dan Ph.D (Training Management) dari UPM. Berasal dari Sarawak,

Datu Dr Michael Dosim pernah memegang beberapa jawatan utama dalam kerajaan.

Ini termasuk Pengarah di INTAN dan Pengarah di Matrade. Beliau merupakan pegawai pertama dari Sarawak yang dilantik ke jawatan paling tinggi dalam Kementerian Persekutuan, iaitu sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Per-ladangan dan Komoditi. Dato’ Haji Aliasak Hj Ambia pula berke-lulusan Diploma Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan mendapat latihan pengirisan di Asian Institute of Management (AIM) di Manila, Filipina. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Operasi) pada tahun 1993 hingga 1996. Antara

kejayaan yang pernah dicapai beliau ialah menubuhkan Koperasi Nasional Pekebun Kecil Malaysia (NARSCO) yang mempunyai keahlian lebih 200,000 orang dimana beliau sebagai Pengerusi. Terkini, beliau adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM). Encik Oon Kim Hung berkelulusan Ijazah Perbankan dan Kewangan dari Universiti Cardiff, England, beliau merupakan seorang akauntan yang mempunyai syarikat sendiri bertempat di Senawang, Negeri Sembilan. Beliau memegang jawatan Pengarah & Pengurus Be-sar bagi Oon Corp Resources (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat membuat sarung getah yang maju. Beliau sekarang menjawat seba-gai Presiden Malaysian Rubber Glove Manufacturers’ Association(MRGMA).

Page 2: LGMPC Mengalu-alukan Barisan Lembaga Pengarah Baru · sukan bolasepak serta acara-acara terompah gergasi, boling kelapa, isi air dalam botol, tiup belon, baling botol dengan kain,

2 Berita LGMPC • 2008

Jamuan Makan Malam meraikan Ahli LembagaPengarah LGMPC

Ekoran beberapa pertukaran dalam Ahli Lembaga Pengarah LGMPC pada April 2008, satu jamuan makan malam telah diadakan bagi mengucapkanselamat datang kepada yang baru dilantik dan meluahkan ucapan terima kasih kepada yang telah tamat perkhidmatan. Majlis disempurnakan pada 7 Mei 2008 bertempat di Mandarin Oriental. Ketua Eksekutif LGMPC, Dr Habibah Sulaiman, dalam ucapan ringkasnya mengalu-alukan Ahli Lembaga baru termasuk Datu Dr Michael Dosim Lunjew yang dilantik sebagai Pengerusi serta Dato’ Hj Aliasak dan Encik Oon Kim Hung sebagai Ahli. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Arshad serta Encik Kamarulzaman yang telah tamat perkhidmatan kerana telah banyak membantu dari segi idea serta buah fikiran membina dalam usaha mengembangkan lagi perniagaan LGMPC.

Dalam ucapannya, Tan Sri Arshad meluah rasa bangganya terhadap prestasi cemerlang yang dica-pai LGMPC semenjak ditubuh. Beliau turut mendoa-kan supaya LGMPC terus meraih kecermelangan

dimasa hadapan. Encik Kamarulzaman turut sama mendoakan kesejahteraan LGMPC dalam menangani cabaran-cabaran dimasa hadapan. Majlis yang penuh bermakna itu juga menyaksikan pemberian cenderahati sebagai ucapan terima kasih kepada mereka yang tamat perkhidmatan.

Pengerusi baru, Datu Dr Michael Dosim Lunjew menyampaikan cenderahati pagi pihak LGMPC. Ramai dari kalangan pihak pengurusan LGMPC turut sama hadir pada jamuan tersebut. Semoga barisan Lembaga Pengarah baru akan terus memantapkan lagi prestasi LGMPC di masa akan datang.

“Beliau turut mendoakan supaya

LGMPC terus meraih kecermelangan

dimasa hadapan.”

Page 3: LGMPC Mengalu-alukan Barisan Lembaga Pengarah Baru · sukan bolasepak serta acara-acara terompah gergasi, boling kelapa, isi air dalam botol, tiup belon, baling botol dengan kain,

Berita LGMPC • 2008 3

Temubual dengan KetuaPegawai EksekutifSetelah lebih setahun menerajui LGMPC, Dr Habibah tidak keberatan berkongsi pendapat tentang beberapa isu berkaitan masa depan bisnes LGMPC. Beliau sempat ditemubual di pejabatnya tempoh hari dimana beliau bersetuju menjawab beberapa soalan yang telah diajukan. Berikut diturunkan petikan perbualan tersebut:

Soalan: Tahun 2007 menyaksikan pertumbuhan besar dalam pendapatan serta keuntungan lGMPC berbanding tehun sebelumnya. adakah prestasi ini dapat dikekalkan dalam tahun 2008?

Dr. HabibaH: Seperti semua sedia maklum, sungguhpun keuntungan besar yang dicapai dalam tahun 2007 banyak disumbang oleh harga getah dan minyak sawit yang naik mendadak, pencapaian yang mengkagumkan itu banyak juga didorong oleh peningkatan kecekapan pengurusan serta tahap pengeluaran hasil. Bagi tahun 2008 pula adalah dijangkakan pertumbuhan pendapatan tidaklah sehebat peningkatan yang dialami dalam 2007 memandangkan harga komoditi sudah mula menurun semenjak pertengahan tahun.

Soalan: Diantara perladangan dengan hartanah, yang mana akan menjadi tunjang utama dalam pertumbuhan bisnes lGMPC pada masa depan? adakah lGMPC akan menambahkan lagi kawasan perladangannya?

DR HABIBAH: LGMPC sebenarnya ditubuhkan bagi mengurus aset-aset perladangan serta hartanah LGM. Dari segi pertumbuhan dimasa akan datang saya tidak nampak banyak potensi menambahkan lagi kawasan perladangan. Ini adalah kerana keluasan tanah perladangan di Malaysia adalah terhad. Saya lihat sektor hartanah lebih berkemampuan menjana pertumbuhan LGMPC pada masa akan datang. Buat masa ini, masih banyak aset hartanah LGM yang belum diusahakan sepenuhnya. Oleh kerana

Puan Chan Lai Har telah bersara dari Lembaga Getah Malaysia pada 30 Jun 2008. Beliau yang pernah menyertai Lembaga Pengarah LGMPC adalah berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1972 serta ijazah Sarjana dari Universiti Harvard, USA pada tahun 1983. Pada Julai 2002, beliau dipinjamkan ke LGM sebagai Pengarah, Bahagian Ekonomi dan Perancangan Korporat dan dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Ketua Pengarah LGM (Dasar dan Operasi). Semenjak menyertai LGM Puan Chan telah banyak menyumbang idea dan tenaga bagi memantapkan lagi kemajuan R&D di LGM. Sebagai ahli Lembaga Pengarah Puan Chan telah juga membantu membangun LGMPC menjadi satu syarikat

Puan Chan Lai Har Bersara

beberapa sebab tertentu, kita belum lagi dapat membangun aset-aset tersebut secara komersial. Memandangkan terdapat beberapa bidang tanah LGM terletak di lokasi stratejik di sekitar kawasan tiga segi emas Kuala Lumpur, saya lihat potensi besar bagi LGMPC meraih pendapatan cukup lumayan jika aset-aset tersebut dapat dibangunkan secara komersial. Saya fikir kita perlu memberi perhatian serius tentang potensi tersebut.

Soalan: apakah cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh lGMPC dalam menjana pertumbuhan bisnesnya pada masa depan?

Dr HabibaH: Dari segi perladangan, saya ber-pendapat cabaran utama LGMPC adalah berkaitan harga yang kekadang tidak menentu. Bagi menangani kemungkinan berlakunya kejatuhan harga getah atau minyak sawit yang serius, kita perlu sentiasa men-cari jalan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran secara berterusan. Untuk tujuan ini kita perlu mengurus dan merancang kitaran penanaman semula umpamanya dengan lebih efisien. Pekerja-pekerja pula perlu didedahkan kepada latihan dan kursus secukupnya. Manakala untuk bisnes hartanah pula, kita perlu meniiai secara profesional potensi pembanguna hartanah milik kita dan mengambil inisiatif bersesuaian mungkin secara usahasama dengan syarikat hartanah lain.

yang maju dan berwibawa. Ekoran persaraannya dari LGM pada 30 Jun 2008, perkhidmatannya sebagai ahli Lembaga Pengarah LGMPC juga berakhir pada tarikh tersebut. Semoga Puan Chan akan terus berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Page 4: LGMPC Mengalu-alukan Barisan Lembaga Pengarah Baru · sukan bolasepak serta acara-acara terompah gergasi, boling kelapa, isi air dalam botol, tiup belon, baling botol dengan kain,

4 Berita LGMPC • 2008

Ladang Bukit Ibam BanjirLadang Bukit Ibam ditenggelami air lagi. Tidak sampai pun empat bulan, banjir sekali lagi melanda kawasan sekitar Bukit Ibam. Sebelum ini, pada November 2007, ekoran hujan lebat berlarutan beberapa hari, air dari sungai berdekatan telah melimpah tebing sekaligus membanjiri Ladang Bukit

Ibam. Dan pada Februari lepas, tanaman getah di Ladang Buikit Ibam tidak dapat ditoreh kerana ditenggelami air. Nasib baik, banjir kali ini tidak bertahan lama seperti pada bulan November lepas. Justeru pengeluaran hasil pun tidak banyak terjejas.

Page 5: LGMPC Mengalu-alukan Barisan Lembaga Pengarah Baru · sukan bolasepak serta acara-acara terompah gergasi, boling kelapa, isi air dalam botol, tiup belon, baling botol dengan kain,

Berita LGMPC • 2008 5

SAMBuTAn HArI BuruH 2008- Ladang LGM Pahang Tenggara

Sempena sambutan Hari Buruh 2008, Ladang LGM Pahang Tenggara telah menganjurkan satu perhimpunan sukaneka pada 1 Mei 2008 bertem-pat di Padang Bola di ladang tersebut. Beberapa acara meriah berjaya diadakan bagi merai hari yang penuh bermakna bagi kaum pekerja itu.. Ini termasuk sukan bolasepak serta acara-acara terompah gergasi, boling kelapa, isi air dalam botol, tiup belon, baling botol dengan kain, menolak lori dan tidak ketinggalan juga cabutan bertuah. Ramai yang hadir bagi memeriahkan lagi hari tersebut, termasuk pihak pengurusan ladang, kakitangan-kakitangan ladang dan juga tetamu jemputan terdiri dari syarikat-syarikat yang banyak berurusan dengan ladang.

Perhimpunan pada hari itu bukan sahaja berjaya me-mupuk semangat kekeluargaan antara kakitangan tetapi juga berkesan mengeratkan lagi silaturrahim dengan syarikat-syarikat yang menjadi rakan niaga ladang LGM Pahang Tenggara. Mereka yang berjaya disediakan hadiah-hadiah menarik. Keputusan acara sukaneka yang telah diadakan adalah seperti berikut:

i) bolasepak - dimenangi oleh LGMPC(P)

ii) Terompah Gergasi - dimenangi oleh Sri Sai Construction

iii) bowling kelapa - dimenangi oleh Sri Sai Construction

iv) isi air dalam botol - dimenangi oleh Sri Sai Construction

v) Tiup belon - terbuka kepada kakitangan, pekerja upahan dan kongsikong

vi) baling botol dengan kain - dimenangi oleh Sri Sai Construction

vii) Menolak lori - dimenangi oleh Pembinaan Sahabat Sepakat

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Rosli, Pengurus Ladang LGM Pahang Tenggara.

Page 6: LGMPC Mengalu-alukan Barisan Lembaga Pengarah Baru · sukan bolasepak serta acara-acara terompah gergasi, boling kelapa, isi air dalam botol, tiup belon, baling botol dengan kain,

6 Berita LGMPC • 2008

Tangki Diesel Lama di Baikpulih

Siapa kata barang lama tidak lagi berguna? Dalam era dunia berhadapan dengan isu pemanasan global, amalan mengitar semula barang lama lumrah digalak-kan. Usaha pengurusan Ladang LGM Begia mem-baikpulih tangki diesel lama patut dicontohi semua. Menurut Penolong Pengurus ladang berkenaan, En. Mohd Amin Deraman, tangki tersebut telah sedia ada semasa diambil alih oleh Perbadanan dulu, tetapi tersadai tidak diguna. Pihak pengurusan ladang mengambil inisiatif membaik pulih tangki serta mendi-rikan pagar keliling dan juga papantanda keselamatan. Tangki tersebut didapati masih elok dan boleh diguna-kan untuk menyimpan minyak diesel bagi kegunaan Backhoe dan traktor di Ladang tersebut.

Pembinaan Pagar Sempadan Baru

Dalam keadaan pasaran sekarang dimana harga minyak sawit mencecah paras harga yang tertinggi dalam sejarah, tahap keselamatan ladang perlu dit-ingkatkan. Justeru itu, ladang-ladang perlu dikawal secukupnya supaya tidak dicerobohi. Pagar sempadan yang kukuh boleh membantu mengurang-kan pencerobohan. Di Ladang LGM Begia, usaha

Kerja-kerja Membaikpulih/MenaikTaraf Jalan utama Ladang

Rangkaian jalan-jalan yang dibina di ladang memainkan peranan penting dalam menjaga kecekapan operasi ladang. Jalan-jalan yang baik membantu pengurusan ladang meningkatkan lagi produktiviti. Jalan yang rosak disebaliknya boleh melambatkan penghantaran BTS sekaligus menjejas produktiviti ladang. Kerja menaiktaraf jalan utama dan membaikpulih jalan yang rosak sedang giat dijalankan di Ladang LGM Begia. Adalah dianggarkan sebanyak 7000 metrik tan batu kasaran akan ditabur-kan dalam kerja pembaikan. Apabila siap nanti ia akan memudahkan laluan kenderaan dan lori membawa BTS dari ladang ke ram. Ini akan megurangkan BTS yang rosak.

membina pagar sempadan baru sepanjang 798 rantai sudah hampir siap. Kerja-kerja membina dirancang-kan mengikut 3 fasa. Fasa Pertama sepanjang 136 rantai dan fasa kedua sejauh 330 rantai telah berjaya disiapkan, manakala kerja untuk fasa ketiga sepa-njang 332 Rantai sedang dalam pembinaan dan di-jangka siap tidak lama lagi. Tujuan utama pembinaan tersebut adalah bagi menaiktaraf dan meningkatkan keselamatan ladang disamping dapat mengelakkan ternakan orang kampung berkeliaran di kawasan ladang.

Page 7: LGMPC Mengalu-alukan Barisan Lembaga Pengarah Baru · sukan bolasepak serta acara-acara terompah gergasi, boling kelapa, isi air dalam botol, tiup belon, baling botol dengan kain,

Berita LGMPC • 2008 7

Projek pembinaan rumah kakitangan atau kaurters kakitangan di Ladang LGM Pahang Tenggara yang dimulakan pada awal tahun 2007 telah hampir siap. Menurut Pengurus (Bangunan & Operasi),En. Zulkurnain Saaiddin, setakat bulan Jun 2008, projek yang melibatkan sebanyak 16 unit rumah kediaman tersebut telah siap hampir 90%. ”Kerja-kerja diperingkat akhir sedang giat dijalan-kan di kesemua unit kediaman termasuk kerja-kerja mengecat dan memasang jubin” ujar beliau.

Projek yang dijangka siap sebelum tahun 2009 ini turut mengalami sedikit kelewatan akibat keadaan cuaca hujan yang berterusan dan bencana banjir yang melanda kawasan ladang. En. Zulkurnain menambah bahawa kakitangan dijangka dapat menghuni kuarters

Projek Kuarters Hampir Siap

baru mereka seawal-awalnya menjelang Syawal 2009 sekiranya semua urusan berjalan lancar.

”Kami kakitangan di ladang amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Lembaga Pengarah dan pihak Pengurusan LGMPC di atas pembinaan kuarters baru ini kerana kami dapat tinggal di rumah dan kawasan yang lebih selesa. Ini akan memberi semangat kepada kami untuk terus berkhidmat dengan lebih gigih dan bersungguh-sungguh” kata En. Rashidi Abdul Majid, Ketua Pengawal Keselamatan.

Projek seterusnya adalah prohek pembinaan rumah kakitangan di Ladang LGM Begia yang dijangka dimulakan pada akhir tahun 2008.

Ini akan memberi semangat

kepada kami

untuk terus berkhidmat

dengan lebih gigih

Page 8: LGMPC Mengalu-alukan Barisan Lembaga Pengarah Baru · sukan bolasepak serta acara-acara terompah gergasi, boling kelapa, isi air dalam botol, tiup belon, baling botol dengan kain,

8 Berita LGMPC • 2008

Jamuan Awal Tahun anjuran Tea Club pada11 Jan 2008

Ketua Eksekutif,Dr Habibah Suleiman

menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pekerja-pekerjamenikmati juadah

tersedia.

Cabutanbertuah!

Setiap awal tahun sudah menjadi tradisi bagi LGMPC menganjurkan jamuan di perkarangan Ibu Pejabat. Sepert di tahun-tahun lepas AJK Tea Club diberi tugas menjalankan aktiviti tersebut. Pada tahun 2008, majlis telah diadakan pada hari Jumaat, 11 Januari.

Disamping bacaan doa memohon kesejahteraan LGMPC, majlis juga diserikan dengan program cabutan bertuah. Hadiah-hadiah nya disumbang oleh kakitangan sendiri. Penyampaian hadiah-hadiah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif, Dr Habibah Suleiman.

Page 9: LGMPC Mengalu-alukan Barisan Lembaga Pengarah Baru · sukan bolasepak serta acara-acara terompah gergasi, boling kelapa, isi air dalam botol, tiup belon, baling botol dengan kain,

Berita LGMPC • 2008 9

Hadiahlagi la!

Hadiahdiselaraskan untuk

para peserta.

Semua ada!

Pelbagai juadahyang

mengangkatselera!

Page 10: LGMPC Mengalu-alukan Barisan Lembaga Pengarah Baru · sukan bolasepak serta acara-acara terompah gergasi, boling kelapa, isi air dalam botol, tiup belon, baling botol dengan kain,

10 Berita LGMPC • 2008

Lawatan Kakitangan LGMPC keHo Chi Minh City, Vietnam

pada 16 - 18 Mei 2008

Lazimnya pada setiap tahun pihak pengurusan LGMPC akan menganjurkan Hari Keluarga seperti kebanyakan syarikat. Bagaimanapun bagi tahun 2008, LGMPC membuat satu perubahan. Sambutan Hari Keluarga digantikan dengan satu lawatan ke luar negara. Pada 16 hingga 18 Mei 2008, ia itu selama 3 hari 2 malam, kakitangan LGMPC di bawa melancong ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Bagi kakitangan yang ingin membawa ahli keluarga menyertai rombongan, mereka perlu membayar lebih bagi menampung kos ahli keluarga. Ada yang membawa keluarga bersama menyertai lawatan tersebut. Berlepas dari lapangan terbang KLIA tepat jam 5.40 petang, mereka tiba di lapangan terbang Ho Chi Minh City, yang dahulunya Saigon, lebih kurang jam 6.30 petang. Di sana mereka disambut oleh wakil agen pelancongan dan dibawa ke hotel. Penginapan disediakan di hotel Tan My Dinh 2 terletak di tengah bandar Ho Chi Minh. Pada hari pertama ada yang terkejut juga melihat

jalan raya di bandar Ho Chi Minh penuh sesak dengan motosikal. Malah bukan senang nak menyebera-ngi jalan, takut dilanggar motosikal. Lawatan padat di ikuti pada hari kedua. Banyak tempat menarik menjadi tumpuan. Ini termasuk Terowong Cu Chi yang dibina semasa peperangan Amerika-Vietnam dahulu. Terowong yang sedalam 10 meter itu digali sejauh 200km dan telah diduduki oleh seramai 60,000 orang. Tempat-tempat lain yang dilawati termasuklah Notre Dame Cathedral, Pejabat Pos Bandar, Dewan Bandar dan mungkin yang paling diminati teru-tama sekali bagi mereka yang ketagih “shopping” adalah lawatan ke Pasar Ben Thanh. Pada hari ketiganya, sebelum berlepas pulang, merekaberpeluang melawat Kilang Lacquerware dan juga istana. Semua bersetuju lawatan ke Ho Chi Minh City memang seronok. Ia satu pengalaman baru. Tahun depan mungkin pula ke Bali!

“Mereka yang ketagih

‘shopping’ adalah lawatan ke Pasar

Ben Thanh.”

Page 11: LGMPC Mengalu-alukan Barisan Lembaga Pengarah Baru · sukan bolasepak serta acara-acara terompah gergasi, boling kelapa, isi air dalam botol, tiup belon, baling botol dengan kain,

Berita LGMPC • 2008 11

Jamuan

Harijadi

Tahniah diucapkan kepada kakitangan yangmenimang cahaya mata baru:

Mohamad Khairul Hussain4 April 2008

anak kepada Mohd Azmi Hamat

Muhammad Zulfahar3 Jun 2008

anak kepada En. Rashidi b. Abd Majid

Setiap 4 bulan pihak pengurusan LGMPC menganjurkan jamuan harijadi bagi kakitangan dimana tarikh harijadi mereka jatuh pada bulan-bulan berkaitan. Sambutan harijadi bagi 4 bulan pertama tahun 2008 telah diadakan pada 22 April di

Menimang Cahaya Mata

perkarangan Ibu Pejabat LGMPC. Hadiah-hadiah untuk mereka yang diraikan diperolehi melalu dana yang dikumpulkan menerusi Tea Club LGMPC. Pada kali ini, kakitangan berikut diraikan:

Page 12: LGMPC Mengalu-alukan Barisan Lembaga Pengarah Baru · sukan bolasepak serta acara-acara terompah gergasi, boling kelapa, isi air dalam botol, tiup belon, baling botol dengan kain,

12 Berita LGMPC • 2008

Selamat Hari Jadi (Kakitangan)Memang sudah menjadi tradisi di LGMPC meraikan htarijadi kakitangannya. Setiap 4 bulan pihakpengurusan LGMPC menganjurkan jamuan harijadi bagi kakitangan dimana tarikh harijadi mereka

jatuh pada bulan-bulan berkaitan. Sambutan harijadi bagi 4 bulan pertama tahun 2008 telah diadakan pada 22 April di perkaravngan Ibu Pejabat LGMPC. Hadiah-hadiah untuk mereka

yang diraikan diperolehi melalu dana yang dikumpulkan menerusi Tea Club LGMPC.

Pada kali ini, kakitangan berikut diraikan:

Hj Mohd Rusli Mohd Yusof 5 JanuariThoraisami nathan 14 JanuariK. Sreedharam 22 JanuariMohd azmi Hamat 23 JanuariSom Pon a/l ai Ting 26 Januariahmad Fuzi Bakar 12 FebruaiDollah Mamat 17 Februarinor aiza abdul aziz 19 FebruariIsmail ahmad 7 MacMohd Saad abd Rahman 11 MacRosli Kassim 13 Macabdullah Sani Samsuri 14 MacMat Ariffin Ibrahim 17 Macab Ghani Talib 5 aprilCaroliza Mohd Ridzal 10 aprilMd Piah Isa 14 aprilMasilamany a/l Ir 19 aprilRamli abu Bakar 13 Mei Mohd Yusof Ismael 20 Mei Mohd amin Deraman 23 Mei Zulkurnain Saaiddin 25 Mei Iskandar Zulkarnain Hussin 15 JunShahriman abdul Samad 15 Jun

Pelajar PraktikalBeberapa tahun kebelakangan ini, LGMPC telah beberapa kali menerima pelajar praktikal. Cik Siti Amirah Zailani dan Cik Maryam Khushairi telah menyertai LGMPC sebagai pelajar praktikal dari 30 Disember 2007 hingga 3 Mei 2008. Mereka ditempatkan di bahagian Hartanah. Cik Norlatipah Ishak pula ditempatkan di Bahagian Admin & HR dari 2 Jun hingga 30 Ogos 2008.

Kakitangan BaruBeberapa tahun kebelakangan ini, LGMPC telah beberapa kali menerima pelajar praktikal. Cik Siti Amirah Zailani dan Cik Maryam Khushairi telah menyertai LGMPC sebagai pelajar praktikal dari 30 Disember 2007 hingga 3 Mei 2008. Mereka ditempatkan di bahagian Hartanah. Cik Norlatipah Ishak pula ditempatkan di Bahagian Admin & HR dari 2 Jun hingga 30 Ogos 2008.