editorial ketua editor · 2016-02-03 · aluan pelajar yang diadakan untuk mengalu-alukan ... ketua...

16

Upload: truongcong

Post on 14-Jul-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Editorial Ketua Editor · 2016-02-03 · Aluan Pelajar yang diadakan untuk mengalu-alukan ... Ketua Editor “Manusia yang ... Mutiara Kata Penasihat Prof Dr Khairuddin Ab Hamid
Page 2: Editorial Ketua Editor · 2016-02-03 · Aluan Pelajar yang diadakan untuk mengalu-alukan ... Ketua Editor “Manusia yang ... Mutiara Kata Penasihat Prof Dr Khairuddin Ab Hamid

EditorialSyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, UNIMAS sekali lagi akan meraikan para mahasiswa yang akan bergraduat pada tahun 2009. Syukur kerana segala usaha yang telah dijalankan terus membuahkan hasil.

Pada edisi khas Persada Konvo ini, kami berkesempatan menemuramah orang yang paling rapat dengan isu pelajar iaitu Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman yang merupakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal-Pelajar dan Alumni). Di sini kami paprkan harapan dan pelbagai usaha yang beliau usahakan serta amanat beliau untuk pelajar UNIMAS.

Di sini kami himpunkan suasana disepanjang Minggu Aluan Pelajar yang diadakan untuk mengalu-alukan pelajar-pelajar baru ke UNIMAS bagi sesi akademik 2009/2010. Turut dipaparkan pelbagai anugerah yang diperolehi oleh pelajar-pelajar UNIMAS dalam pelbagai aktiviti yang termasuk aktiviti penyelidikan dan sukan. Semoga semangat untuk mencapai kecermelangan dalam apa jua yang diceburi akan senantiasa dijunjung demi kemajuan masyarakat, bangsa dan negara.

Akhir sekali, tanhiah! dan syabas! kepada bakal graduan UNIMAS 2009. Kami doakan semoga anda semua akan terus beroleh kejayaan di masa akan datang.

WacanaKetua Editor

“Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat”~ Umar Al-Khattab ~

“Kekayaan sebenar yang dimiliki oleh Negara bukanlah terdiri daripada produk utama Negara seperti bijih timah, getah,

emas dan minyak, tetapi rakyatnya yang berpelajaran tinggi dan berilmu pengetahuan.”

~ Aminuddin Baki ~

“Jika Anda ingin menawan hati seseorang supaya menuruti kehendak anda, yakinkan kepadanya dahulu bahawa anda

adalah sahabat karibnya.”~ Abraham Lincoln ~

Mutiara Kata

PenasihatProf Dr Khairuddin Ab HamidProf Dr Fatimah binti Abang

Prof Dr Peter SonganProf Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman

Encik Ahmad bin Katang

Ketua editorResni Mona

EditorRabiah Bujang

Penolong EditorNorinda K. Su’ut

Erwandi Bujang Senawi

PerekaHaidher Ahmad

JurufotoHj Bujang Mohamad

EdaranRoderick Rojis

PenerbitBahagian Penerbitan

Aras 5Bangunan CAUH

Universiti Malaysia Sarawak

2

Page 3: Editorial Ketua Editor · 2016-02-03 · Aluan Pelajar yang diadakan untuk mengalu-alukan ... Ketua Editor “Manusia yang ... Mutiara Kata Penasihat Prof Dr Khairuddin Ab Hamid

EditorialSyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, UNIMAS sekali lagi akan meraikan para mahasiswa yang akan bergraduat pada tahun 2009. Syukur kerana segala usaha yang telah dijalankan terus membuahkan hasil.

Pada edisi khas Persada Konvo ini, kami berkesempatan menemuramah orang yang paling rapat dengan isu pelajar iaitu Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman yang merupakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal-Pelajar dan Alumni). Di sini kami paprkan harapan dan pelbagai usaha yang beliau usahakan serta amanat beliau untuk pelajar UNIMAS.

Di sini kami himpunkan suasana disepanjang Minggu Aluan Pelajar yang diadakan untuk mengalu-alukan pelajar-pelajar baru ke UNIMAS bagi sesi akademik 2009/2010. Turut dipaparkan pelbagai anugerah yang diperolehi oleh pelajar-pelajar UNIMAS dalam pelbagai aktiviti yang termasuk aktiviti penyelidikan dan sukan. Semoga semangat untuk mencapai kecermelangan dalam apa jua yang diceburi akan senantiasa dijunjung demi kemajuan masyarakat, bangsa dan negara.

Akhir sekali, tanhiah! dan syabas! kepada bakal graduan UNIMAS 2009. Kami doakan semoga anda semua akan terus beroleh kejayaan di masa akan datang.

WacanaKetua Editor

“Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat”~ Umar Al-Khattab ~

“Kekayaan sebenar yang dimiliki oleh Negara bukanlah terdiri daripada produk utama Negara seperti bijih timah, getah,

emas dan minyak, tetapi rakyatnya yang berpelajaran tinggi dan berilmu pengetahuan.”

~ Aminuddin Baki ~

“Jika Anda ingin menawan hati seseorang supaya menuruti kehendak anda, yakinkan kepadanya dahulu bahawa anda

adalah sahabat karibnya.”~ Abraham Lincoln ~

Mutiara Kata

PenasihatProf Dr Khairuddin Ab HamidProf Dr Fatimah binti Abang

Prof Dr Peter SonganProf Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman

Encik Ahmad bin Katang

Ketua editorResni Mona

EditorRabiah Bujang

Penolong EditorNorinda K. Su’ut

Erwandi Bujang Senawi

PerekaHaidher Ahmad

JurufotoHj Bujang Mohamad

EdaranRoderick Rojis

PenerbitBahagian Penerbitan

Aras 5Bangunan CAUH

Universiti Malaysia Sarawak

3

Sejarah Kelahiran UNIMASBenih yang akhirnya akan berkembang menjadi sebuah universiti yang berdiri segak pada hari ini mula ditanam pada Oktober 1992. Ini berlaku bila Menteri Pendidikan pada waktu itu, Tan Sri Datuk Amar Dr Sulaiman Daud mengumumkan perlantikan Dato’ Dr Zawawi Ismail sebagai Naib Canselor UNIMAS yang pertama.

Pejabat pertama UNIMAS kemudiannya dibuka di Pusat Bandar Damansara, Selangor. Di sini universiti ini bercambah dengan lebih-kurang enam kakitangan yang terdiri daripada kakitangan pentadbir dan akademik yang datang daripada pelbagai latarbelakang dan organisasi.

Tidak lama selepas itu, sebuah banglo lama, Rumah Setia, di Jalan Reservoir, Kuching, Sarawak, telah dijadikan pejabat pentadbiran UNIMAS. Bermula di sini, perancangan seterusnya dibuat untuk mengambil dan melatih ahli-ahli fakulti, merancang kurikulum, dan juga merancang penubuhan struktur-struktur fisikal untuk menampung pelajar dan kakitangan yang akan datang.

Kampus sementara telah dibina dengan pantas untuk pengambilan pelajar-pelajar yang pertama bagi sesi 1993/1994. Hanya empat bulan daripada tarikh pembinaan, kampus sementara tersebut telah siap dibina dan masih berdiri megah pada hari ini dan kini dikenali sebagai Kampus Timur, UNIMAS.

Bersempena dengan sambutan ulang-tahun Hari Kebangsaan yang ke-36, Kampus Timur ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, iaitu Tun Dr Mahathir Muhamad. Ini diikuti dengan pelancaran logo UNIMAS yang menandakan percambahan sebuah institusi pendidikan yang baru yang akan bersama-sama memacu pembangunan bangsa dan negara.

Lebih-kurang 6 tahun kemudian, iaitu pada tahun 1999, kerja-kerja pembersihan tapak bagi pembangunan kampus tetap bermula bersebelahan kampus Timur dikawasan seluas 1040 hektar dan seterusnya kerja-kerja pembinaan telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud pada 13 Mei 2002. Projek pembinaan ini melibatkan 2 fasa iaitu Fasa 1 dan 2.

Empat (4) tahun kemudian, fasa pertama Kampus Barat (juga dikenali sebagai Kampus Barat UNIMAS) mula menerima penghuninya pada awal tahun 2006 dengan dimulakan oleh perpustakaan (Pusat Khidmat Maklumat Akademik), fakulti-fakulti, institut-institut, pusat-pusat dan bahagian-bahagian yang lain. Perasmian kampus ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Dan kini UNIMAS sedang memasuki Fasa Ke-2 pembinaan Kampus Barat.

Page 4: Editorial Ketua Editor · 2016-02-03 · Aluan Pelajar yang diadakan untuk mengalu-alukan ... Ketua Editor “Manusia yang ... Mutiara Kata Penasihat Prof Dr Khairuddin Ab Hamid

4

pelajar dalam penyediaan sesuatu kertas kerja yang berkualiti. Kaedah dan pendekatan secara langsung ini diyakini akan dapat dijadikan sebagai sebahagian daripada persediaan asas bagi golongan mahasiswa UNIMAS untuk keluar di alam pekerjaan nanti. Aktiviti mentor-mentee di peringkat fakulti akan terus disokong dan diperkasakan. Dari aspek kebolehan mahasiswa untuk berhujah dan berkomunikasi pula aktiviti yang melibatkan pertandingan debat dan pidato di kalangan kolej pelajar sedang dalam perancangan manakala usaha untuk menghidupkan semula “speakers corner” akan diberikan perhatian khusus. Perbincangan secara terbuka dengan kepimpinan pelajar dan kolej serta kepimpinan kelab dan persatuan bagi memperkemaskan struktur dan mengenalpasti kelemahan untuk diatasi bersama adalah di antara pendekatan yang terus menjadi amalan dalam pentadbiran beliau.

Selain itu, menurut Prof Madya Mohd Fadzil lagi, beliau juga turut mengambil pendekatan dengan memperluaskan lagi istilah atau tafsiran “pemimpin” tidak seharusnya terikat kepada hanya Majlis Pewakilan Pelajar sahaja apabila melibatkan UNIMAS. Ini bermakna, setiap pemimpin mahasiswa di pelbagai lapisan diberikan peluang sama-rata bagi menyerlahkan bakat kepimpinan yang mereka ada. Melalui pendekatan ini, ketua atau pengerusi sesebuah persatuan atau kolej turut diberikan peluang untuk menghadiri mana-mana persidangan atau lawatan yang melibatkan aktiviti pelajar samada di dalam atau di luar kampus. Pendekatan ini juga dilihat berupaya menyatupadukan pemimpin pelajar di berbagai peringkat dan lapisan. Dengan yang demikian semangat bekerja dalam satu kumpulan yang kukuh akan dapat

Timbalan Naib Canselor( Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

Tanggungjawab terhadap pelbagai isu yang menyentuh akan hal ehwal dan kebajikan pelajar UNIMAS sebenarnya tidak pernah lekang dari minda beliau. Tanpa mengira masa dan ketika, tugas tetap dilaksanakan dengan penuh dedikasi. Pernah menjawat jawatan sebagai Dekan Pusat Pemajuan Pelajar dan Dekan di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS sebelum ini, beliau mempunyai pengalaman yang amat luas dalam mengendalikan hal-hal berkaitan pelajar. Kini, selaku Timbalan Naib Canselor (HEP&A) UNIMAS sejak 1 September 2008 yang lalu, segala perancangan dan halatuju telah pun disusun untuk disasarkan ke arah meningkatkan serta menerapkan tahap kesarjanaan yang tinggi di kalangan mahasiswa di universiti ini.

Wartawan Bahagian Penerbitan telah berkesempatan menemui Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman baru-baru ini bagi mengupas beberapa perkara yang ingin beliau sampaikan dan dikongsi bersama kita.

Lingkungan kesarjanaan mahasiswaMenurut beliau, pada tahun ini di samping melihat aspek kebajikan pelajar, penekanan akan lebih tertumpu kepada usaha untuk meningkatkan tahap kemahiran insaniah yang melibatkan aspek kesarjanaan, kepimpinan, ketrampilan dan budaya keusahawanan di kalangan mahasiswa sebagai nilai tambah di sepanjang tempoh pengajian mereka di UNIMAS.

Nilai intelektual yang tinggi akan diperkukuhkan lagi bagi memastikan para mahasiswa memiliki tahap kematangan berfikir, mengambil tindakan yang rasional serta bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan.

Sebagai contoh, dalam memupuk pelajar untuk menggarap kualiti-kualiti yang disebutkan di atas, kertas-kertas kerja atau proposal mahasiswa bagi menjalankan aktiviti yang dimajukan ke pejabat beliau akan diteliti dan diperhalusi terlebih dahulu secara peribadi bagi memastikan aktiviti yang dicadangkan mempunyai nilai dan kualiti sepertimana yang diharapkan. Disamping itu juga mahasiswa dibimbing dan diasuh berhubung kaedah penyediaan proposal yang berkualiti dan mengenalpasti kelemahan dan ketelitian yang perlu diambil berat oleh

diterapkan di kalangan pelajar UNIMAS.

Dari kaca mata beliau, peranan kolej kediaman pelajar dalam menyemarakkan aktiviti aktiviti yang berteraskan kesarjanaan, kebajikan, khidmat masyarakat dan sebagainya adalah amat mustahak. Menyedari kepentingannya, penglibatan kolej kediaman pelajar akan terus dipermantapkan dan aktiviti yang dianjurkan akan diberikan sokongan. Beliau percaya, penglibatan kolej adalah antara satu kaedah atau mekanisma yang terbaik dalam mencungkil serta mengasuh bakat-bakat kepimpinan dan ketrampilan di kalangan pelajar.

Bagi Prof Madya Mohd Fadzil, dalam apa juga lapangan dan aktiviti yang diceburi kejayaan hanya akan dapat dicapai melalui perancangan dan latihan serta usaha yang gigih. Justeru pendekatan beliau dalam masa yang terdekat ini adalah untuk mengembeling dan mengenalpasti seberapa banyak pakar yang dapat untuk membimbing kelab dan persatuan agar ianya akan lebih menyerlah dan sebagai persediaan dalam menyertai pertandingan di peringkat IPT. Dengan kata lain, beliau mengambil pendekatan untuk lebih menumpukan kepada aspek latihan dan bimbingan sebelum UNIMAS keluar bertanding sebagai juara dalam pertandingan yang disertai.

Penampilan dan sahsiah diriDalam hal ini, Prof Madya Mohd Fadzil menekankan bahawa di peringkat sekolah kanak-kanak sebenarnya telah dilatih dan dididik untuk sentiasa mengamalkan aspek kebersihan, disiplin dan tatacara berpakaian yang kemas. Justeru di peringkat IPTA pula inilah masanya yang amat sesuai untuk melatih para mahasiswa bagi mempertingkatlan lagi asas penampilan diri mereka. Bagi beliau kekemasan berpakaian seharusnya tidak disamaertikan dengan jenama pakaian. Biar apa jenama sekalipun, sekiranya tiada kekemasan maka keterampilan diri dianggap kurang dari aspek berkenaan. Penampilan diri yang sempurna adalah amat penting bagi persediaan dalam menghadapi dunia pekerjaan yang akan datang. Oleh yang demikian, beliau amat berharap agar para mahasiswa UNIMAS sentiasa memberikan keutamaan terhadap aspek kekemasan diri. Tambah beliau lagi, mahasiswa sebenarnya perlu peka bahawa penampilan diri yang sempurna seharusnya diterap dan

TemuramahBersama

Page 5: Editorial Ketua Editor · 2016-02-03 · Aluan Pelajar yang diadakan untuk mengalu-alukan ... Ketua Editor “Manusia yang ... Mutiara Kata Penasihat Prof Dr Khairuddin Ab Hamid

dan menaruh harapan yang amat tinggi untuk melancarkan juga Radio Kampus ini dalam masa yang terdekat.

Sebelum mengakhiri sesi bual bicara beliau pada petang tersebut, Prof Madya Mohd Fadzil sempat menyampaikan beberapa amanat, pesanan dan harapan beliau yang sangat tinggi kepada mahasiswa UNIMAS. Beliau berhasrat untuk melahirkan mahasiswa yang bersifat holistik, mempunyai nilai-nilai etika peribadi yang tinggi, memiliki tahap kesarjanaan yang unggul serta berbudi pekerti yang mulia dan sentiasa bertaqwa.

Beliau mengalakkan mahasiswa bersuara dan beliau akan sentiasa bersedia untuk mendengar segala permasalahan atau cadangan membina yang dibangkitkan. Walaubagaimanapun, beliau amat tegas dalam memastikan adab dan sopan santun dalam menyuarakan apa-apa juga permasalahan dan pandangan sentiasa diamalkan agar mahasiswa tidak membelakangkan adat dan budaya orang timur yakni berhujahlah dan sampaikanlah apa juga isu dengan berasaskan fakta yang benar dan sahih dengan penuh berhemah. Mereka juga harus mampu untuk menerima pandangan balas dan penjelasan dari pihak lain dengan mengutamakan kepentingan umum dan bukannya bersifat individu.

Beliau turut menekankan bahawa para mahasiswa merupakan di kalangan lapisan masyarakat yang mudah dipengaruhi oleh elemen-elemen yang tidak sihat. Oleh yang demikian, mahasiswa seharusnya dilatih untuk lebih bijak memilih dan membezakan antara emosi dan realiti agar segala keputusan dan pertimbangan dapat dibuat dalam suasana dan situasi yang amat kondusif dan rasional.

Satu perkara utama yang amat beliau utamakan dan tidak dapat berkompromi di dalam pentadbirannya adalah sifat dan sikap melengah-lengahkan kerja. “Sikap sebegini hanya akan merugikan dan menyusahkan semua pihak. Organisasi tidak akan produktif dan efisyen sekiranya sikap individu sedemikian tidak dibendung dan ditangani segera” ujar beliau dengan penuh serius.

Kepada graduan-graduan Konvokesyen Unimas Ke-13 ini, beliau mengucapkan syabas dan tahniah. Harapan beliau agar kesemua mahasiswa yang bergraduat pada kali ini akan melibatkan diri sebagai ahli alumni UNIMAS yang aktif dan terus menyumbang kepada pembangunan UNIMAS dalam apa jua bentuk agar kejayaan akan diterus dicapai di universiti kebanggaan kita ini.

dididik secara berterusan dengan lebih serius terutamanya sewaktu mereka di alam pengajian tinggi kerana ianya adalah asas atau pra-latihan kepada penampilan diri yang sempurna di alam pekerjaan nanti.

Dari satu sudut yang lain, menurut Prof Madya Mohd Fadzil lagi, beliau mengakui dan sedar akan pandangan dan pendirian sekelompok individu yang berpandangan bahawa isu keterampilan di Institusi Pengajian Tinggi Awam terutamanya yang melibatkan tatacara etika berpakaian merupakan sesuatu yang remeh dan seharusnya diberikan kelonggaran. Namun pada pendapat beliau, pendiriannya agak berbeza dalam konteks ini. Bagi beliau istilah mendidik merangkumi pelbagai aspek termasuklah mendidik mahasiswa untuk menyesuaikan diri dengan tatacara berpakaian mengikut situasi dan tempat. Jika tidak, tidak hairanlah jika mahasiswa kelihatan berada di ruang Canselori atau ruang-ruang lain yang tertentu dengan samada berselipar getah atau dalam kes-kes tertentu berseluar pendek ujar beliau lagi. Budi bahasa dan tatacara berurusan juga merupakan antara aspek yang sering ditekankan oleh beliau dalam mendidik mahasiswa di UNIMAS. Tidak ada nilainya ilmu dan kelulusan yang tinggi tanpa ada sifat mulia dan budibahasa yang baik apabila berurusan dengan orang lain. Maka sekali lagi budaya mendidik ini akan terus diterapkan terhadap golongan mahasiswa di UNIMAS.

Penerapan nilai-nilai keusahawananBagi menjadikan seseorang mahasiswa itu bersifat versatile, Prof Madya Mohd Fadzil berpendapat tumpuan kepada aktiviti yang bersifat akademik sahaja adalah tidak memadai. Nilai-nilai lain contohnya nilai keusahawanan harus diterapkan di dalam diri mahasiswa. Ini adalah merupakan salah satu persediaan bagi masa depan seseorang mahasiswa. Atas dasar inilah beberapa program dan aktiviti telah dirancang dan diadakan bagi menanam minat mahasiswa ke arah pembudayaan keusahawanan. Sebagai contoh beberapa siri kursus keusahawanan dan latihan asas serta lanjutan telah dilaksanakan sebagai platform kepada mahasiswa untuk mengambil langkah menceburi bidang ini disamping memupuk minat mereka dalam bidang keusahawanan. Selain itu, sebagai galakan kepada pelajar secara langsung, beliau telah mengilhamkan dan merealisasikan projek Bazaar Siswa yang diadakan di dalam kampus setiap dua minggu di kolej-kolej kediaman pelajar mulai semester lalu. Sambutan yang telah diberikan oleh pelajar amat menggalakkan dan hasilnya berkemungkinan Bazar Siswa ini akan

diadakan lebih kerap lagi. Selain itu, beliau juga telah meneruskan cadangan untuk mewujudkan gerai-gerai jualan dalam bentuk kiosk yang akan ditempatkan di sekitar kawasan kampus di mana keseluruhan kiosk- kiosk tersebut akan diberikan kepada mahasiswa melalui kelab keusahawanan untuk menjalankan perniagaan mereka.

Program keceriaan kampusPersekitaran pembelajaran yang ceria merupakan salah satu aspek yang perlu diberi penekanan dalam usaha untuk meningkatkan keselesaan di kalangan mahasiswa. Proses pembelajaran bukanlah memakan masa sehari dua, namun ia adalah berpanjangan. Oleh itu, pelbagai aktiviti telah dirancang dalam usaha merancakkan dan menyemarakkan lagi suasana kemeriahan dan keceriaan di sekitar kampus. Antara langkah yang telah diambil adalah melalui pengagihan sejumlah peruntukkan khas kepada pengetua-pengetua kolej. Melalui kaedah ini, setiap pengetua kolej akan merancang dan melaksanakan sendiri aktiviti masing-masing mengikut peruntukkan yang telah disediakan di samping aktiviti-aktiviti besar yang dijalankan di peringkat UNIMAS. Pendekatan ini dilihat berupaya untuk menghidupkan aktiviti kampus secara berterusan.

Sebagai individu yang amat menitikberatkan aspek keceriaan, beliau telah mengusulkan beberapa pendekatan dalam memastikan keceriaan kampus. Beberapa kemudahan sedia ada telah ditambah lagi dengan pembelian 10 buah “akuabike” untuk kemudahan pelajar beriadah di tasik kampus barat. Begitu juga dengan kemudahan-kemudahan asas yang lain yang akan disediakan secara berterusan dari masa ke semasa. Pihak kolej juga telah disarankan untuk mengadakan perhimpunan bulanan bersama pelajar serta membudayakan aktiviti gotong royong bagi menceriakan lagi persekitaran kolej masing-masing.

Selain itu, beliau masih menyimpan hasrat yang amat tinggi untuk mewujudkan Radio Kampus di UNIMAS. Beberapa sesi perbincangan dan persediaan telah diadakan bagi tujuan berkenaan. Prof Madya Mohd Fadzil yakin, melalui Radio Kampus, banyak manfaat yang akan diperolehi oleh mahasiswa dan UNIMAS sendiri. Selain mengenengahkan bakat dan menggilap kemampuan mahasiswa untuk berkomunikasi, Radio Kampus juga diyakini akan dapat mendekatkan seluruh warga kampus melalui pelbagai aktiviti melalui sesi bicara ilmu, ceramah motivasi dan santai hiburan yang dirancang melalui siaran radio berkenaan. Beliau berazam

Timbalan Naib Canselor( Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

5

Page 6: Editorial Ketua Editor · 2016-02-03 · Aluan Pelajar yang diadakan untuk mengalu-alukan ... Ketua Editor “Manusia yang ... Mutiara Kata Penasihat Prof Dr Khairuddin Ab Hamid

Green Week 2009

Pada 15-19 Jun 2009, UNIMAS telah mengadakan Green Week 2009 (Minggu Hijau) untuk menekankan tentang tenaga hijau dan penggunaan semula tenaga. Green Week 2009 telah dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, dengan disokong oleh dua pusat Kecermelangan di UNIMAS iaitu Centre of Excellence for Rural Informatics dan Centre of Excellence for Renewable Energy. Minggu tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Sarawak.

Tujuan Green Week 2009 diadakan adalah untuk mendedahkan masyarakat kepada faedah tenaga hijau dan menggalakkan penggunaannya di Malaysia. Disamping itu, ianya juga bertujuan untuk membina kesedaran tentang teknologi hijau dan penggunaan tenaga secara bijak. Sehubungan dengan itu, seminar dan dua bengkel telah diadakan di sepanjang minggu tersebut.

6

Page 7: Editorial Ketua Editor · 2016-02-03 · Aluan Pelajar yang diadakan untuk mengalu-alukan ... Ketua Editor “Manusia yang ... Mutiara Kata Penasihat Prof Dr Khairuddin Ab Hamid

7

“Semoga usaha murni yang dilaksanakan ini akan terus meletakkan perpaduan negara sebagai agenda utama negara ke arah mencapai wawasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Itulah antara petikan yang telah disampaikan oleh Ybhg Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Saifuddin Abdullah dalam teks ucapan beliau sempena dengan Majlis Pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2009 Antara Institut Pengajian Tinggi yang telah diadakan di Universiti Malaysia Sarawak bermula 12 hingga 16 Jun 2009 tempohari. Pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2009 antara Institut Pengajian Tinggi di Malaysia merupakan yang kelima dianjurkan dan Universiti Malaysia Sarawak telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah pada kali ini. Pertandingan kali ini melibatkan seramai seratus tiga puluh orang peserta dari IPTA dan IPTS seluruh negara. Objektif utama pertandingan adalah untuk menjana keupayaan berfikir mahasiswa secara kritis dan analitis serta mampu mengutarakan idea dan hujah yang bernas tentang isu-isu perpaduan negara dan integrasi nasional. Selain itu, ia dapat menyemai serta memperkukuhkan perpaduan patriotisme dan jati diri di kalangan mahasiswa.

Majlis perasmian Debat Perpaduan ini telah disempurnakan oleh Ybhg Prof Dr Khairuddin Ab Hamid, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak. Dalam ucapan perasmian beliau, Ybhg Naib Canselor mengucapkan ribuan terimakasih khususnya kepada Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia atau MADUM dan semua IPT yang mengambil bahagian serta semua pihak yang memberikan komitmen yang tinggi dan usaha yang penuh dedikasi bagi menjayakan penganjuran ini.

Aturcara kemuncak kepada aturcara ini adalah Majlis Pertandingan Akhir yang telah diadakan pada 16 jun 2009. Keputusan pertandingan telah menyaksikan kedudukan johan telah dirangkul oleh peserta daripada Universiti Teknologi Mara.Manakala Naib Johan telah dimenangi oleh peserta daripada Universiti Malaya.Pemenang peringkat separuh akhir pula dimenangi oleh Universiti Putra Malaysia dan Universiti Multimedia. Kategori pembahas terbaik pula jatuh kepada Khairul Nizam Bakeri, pembahas daripada Universiti Teknologi Mara.

Syabas kepada semua pemenang!!!!!!!!

Debat Perpaduan

Page 8: Editorial Ketua Editor · 2016-02-03 · Aluan Pelajar yang diadakan untuk mengalu-alukan ... Ketua Editor “Manusia yang ... Mutiara Kata Penasihat Prof Dr Khairuddin Ab Hamid

8

Satu semangat satu harapanBak kata pepatah

‘tinggal emak tinggal saudara, kerana UNIMAS kami turutkan’.

Tahniah dan syabas kepada setiap pelajar baru yang telah mendaftar masuk di Universiti Malaysia Sarawak.Dengan satu harapan dan semangat juang yang tinggi, maka kini bermulalah satu diari baru dalam hidup setiap individu yang bergelar mahasiswa di sini.

Page 9: Editorial Ketua Editor · 2016-02-03 · Aluan Pelajar yang diadakan untuk mengalu-alukan ... Ketua Editor “Manusia yang ... Mutiara Kata Penasihat Prof Dr Khairuddin Ab Hamid

Sepertimana lazimnya di tahun yang lepas, Unimas sekali lagi meraikan Minggu Aluan Pelajar (MAP) sesi 2009/2010 selama seminggu bermula 27 Jun hingga 3 Julai yang lepas. Acara kemuncak bersempena dengan MAP tersebut ialah Majlis Ikrar Pelajar (MIP) yang telah diadakan pada 2 Julai 2009 bertempat di Dataran Universiti, Kampus Barat. Pada majlis MIP ini para siswa dan siswi baru akan melafazkan janji dan ikrar akan mematuhi segala Akta, Perlembagaan, Statut dan Peraturan Universiti serta beriltizam untuk mengambil manfaat dari segala peluang yang terdapat di Unimas bagi mencapai kecemerlangan di samping sedaya upaya menjaga imej dan nama baik universiti. Majlis perasmian MIP pada malam tersebut telah disempurnakan oleh Ybhg Tan Sri

Di sekitar Majlis Ikrar Pelajar danMalam Rumpun Budaya Pelajar Baru UNIMAS

Datuk Amar Hj Bujang Mohd Nor selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Unimas. Turut hadir ialah Ybhg Prof Dr Khairuddin Ab Hamid, Naib Canselor Unimas.

Dalam aturcara yang berkesinambungan pula iaitu pada 3 Julai 2009, Majlis Malam Rumpun Budaya juga telah diadakan dan dirasmikan oleh Ybhg Prof Dr Khairuddin Ab Hamid. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pengarah, Dekan dan Pegawai Universiti yang lain. Antara matlamat utama acara Majlis Rumpun Budaya ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk sikap mengenal, mencintai dan menghayati budaya pelbagai kaum di Malaysia, mewujudkan semangat kerjasama di kalangan siswa siswi serta menyediakan landasan untuk mereka meluaskan pergaulan dan

komunikassi di antara satu sama lain.

Dalam ucapan perasmian Ybhg Naib Canselor Unimas pada malam tersebut, beliau telah menjelaskan bahawa persefahaman, muafakat serta solidariti yang telah dipamerkan menerusi penganjuran Malam Rumpun Budaya akan membawa rahmat dan terus diperkukuhkan lagi untuk memperkasa hubungan baik yang telah sedia ada. Bagi pelajar-pelajar baru pula, majlis sebegini akan menjadi platform untuk mecungkil bakat dan kebolehan mereka dalam bidang seni serta mengenali berbagai budaya tempatan dan luar Sarawak.Di akhir ucapan beliau semasa majlis perasmian, Ybhg Naib Canselor sekali lagi mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru ke Unimas.

9

Page 10: Editorial Ketua Editor · 2016-02-03 · Aluan Pelajar yang diadakan untuk mengalu-alukan ... Ketua Editor “Manusia yang ... Mutiara Kata Penasihat Prof Dr Khairuddin Ab Hamid

10

LAPORAN PERTANDINGAN PENYELIDIKAN & INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN (NRIC) 2009

Pertandingan Penyelidikan & Inovasi Peringkat Kebangsaan 2009 (NRIC 2009) telah diadakan di Dewan Utama Pelajar, USM pada 15 – 18 Mei 2009. Sebanyak 159 produk penyelidikan daripada 19 institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta telah menyertai pertandingan tersebut.

Pertandingan itu terbuka kepada enam cabang penyelidikan sains utama iaitu sains kehidupan, sains perubatan dan kesihatan, sains asasi, kejuruteraan dan teknologi, teknologi maklumat (IT) dan komunikasi serta transformasi sosial dan seni kreatif.

UNIMAS juga tidak terkecuali untuk menghantar penyertaan mereka yang terdiri daripada beberapa orang pelajar tahun akhir dari Fakulti Kejuruteraan(FK) dan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia(FSKPM). Penyertaan UNIMAS kali ini telah menyaksikan para pelajar UNIMAS berjaya meraih 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa.

Senarai pemenang dan pingat yang telah diperolehi oleh pelajar UNIMAS adalah seperti berikut;

Pencapaian pelajar:

Nama Pelajar

Norliza bt Aslan Joe

Chai Le KeanChew Chee YoungOui Wei Wei

Lai Chee Keung

Kuan Yee Chiang

Kee Mee Lee

Fakulti

FK

FSKPM

FK

FK

FK

Pingat yang dimenangi

Emas

Emas

Perak

Gangsa

Gangsa

Nama Projek

Hydrodynamic Analysis of The Proposed Flood Bypass Channel of Kuching City

Augmented Reality 3D Airplane Shooting Game

Design and Fabrication of Finger Rehabilitation Device for Stroke Patient

Underwater Sensor Network for Monitoring Process

Wireless Sensor Network for Monitoring Swift Habitat/Birdnest

Page 11: Editorial Ketua Editor · 2016-02-03 · Aluan Pelajar yang diadakan untuk mengalu-alukan ... Ketua Editor “Manusia yang ... Mutiara Kata Penasihat Prof Dr Khairuddin Ab Hamid

11

Rua

ngan

Suk

an:

Pencapaian Pelajar Unimas Dalam Sukan

Bil.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

Nama Pelajar

Nangku ak. Ngendang

Muhammad Akbar bin Busman

Lister Lanius George

Norlida binti Harun

Rosdi Jaapar

Effendi b. Saharani

Pencapaian Dalam Sukan (kategori)

KayakAnugerah Olahragawati Universiti ( MASUM 2009 )

Boling PadangAnugerah Olahragawan Universiti ( MASUM 2009)

OlahragaTempat ke-3 400meter lari berpagar Grand Prix Olahraga MASUM 2009Olahragawan Sukan Olahraga Antara Kolej-Kolej Kediaman

OlahragaOlahragawati Sukan Olahraga Antara Kolej-Kolej Kediaman Unimas

Olahraga Pingat Emas 10 KM Jalan Kaki Sukan Olahraga MASUM 20082Pingat Gangsa 10 KM Grand Prix Olahraga MASUM 2009

Silat Olahraga Pingat Gangsa Kelas D ( 60 – 65 KG) Karnival Sukan MASUM 2009

Dengan tujuan untuk mengeratkan tali silaturrahim di antara staf, Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan Fakulti Kejuruteraan telah mengadakan Kejohanan Boling Piala Pusingan Dekan bertempat di Pusat Boling UNIMAS pada 20 Jun 2009.

Sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai peringkat staf amat dikagumi oleh YBhg Dekan dan beliau turut sudi merasmikan dan sekaligus menyertai kejohanan tersebut. Sepuluh buah pasukan telah mengambil bahagian dan keputusan adalah seperti berikut:

Kejohanan Boling Piala Pusingan Dekan Fakulti Kejuruteraan

Johan

Naib Johan

Ke-3

Haji Affandi OthmanNur Shafini HamdanSaiful EdiRozaini Ahmad

Asrani LitKasumawati LiasAde Syahida Wani MarzukiMohd Faizrizwan Mohd Sabri

Azaman JajolLarry Silas TirauSiti Fazillah MohammadZaidi Suhai

Page 12: Editorial Ketua Editor · 2016-02-03 · Aluan Pelajar yang diadakan untuk mengalu-alukan ... Ketua Editor “Manusia yang ... Mutiara Kata Penasihat Prof Dr Khairuddin Ab Hamid

12

Norliza bt Aslan Joe

Pemenang Anugerah Canselor

2009

KiKy Kirina bt abdillah

Ng EE LEE

Anugerah Pendidikan DiRaja

Anugerah Canselor Anugerah Pro-Canselor

Anugerah Khas Senat

ANUGERAH KHAS SENAT

Nickson Chong Fatt Ming

ANUGERAH KHAS SENAT

Sze Jeeu Fong

ANUGERAH KHAS SENAT

Lim Swee Hoon

Anugerah Pendidikan DiRaja

Penerima Anugerah Akademik Konvokesyen 2009

Biodata senarai penerima anugerah Khas

Page 13: Editorial Ketua Editor · 2016-02-03 · Aluan Pelajar yang diadakan untuk mengalu-alukan ... Ketua Editor “Manusia yang ... Mutiara Kata Penasihat Prof Dr Khairuddin Ab Hamid

13

Anugerah Akademik Fakulti

Penerima Zamalah Penyelidikan Naib Canselor bagiTahun 2009

AnugerahHadiah Pingat Emas Dalam Bidang Obstetrik Ginekologi

Anugerah Tan Sri Datuk Amar Dr Sulaiman Haji Daud bagi Kecemerlangan Dalam Bidang Surgeri

Anugerah Puan Sri Datin Amar Naimah Hj Hasbi bagi Kecemelangan Dalam Bidang Perubatan

Anugerah Advanced Medical Optics bagi Kecemerlangan Dalam Bidang Oftalmologi

Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Kesihatan Awam

Anugerah Kecemerlangan Dalam Bidang Geriatrik (Perubatan)

Anugerah Kecemerlangan Dalam Bidang Geriatrik (Kejururawatan)

Anugerah Yayasan Perubatan Kenyalang Bagi Pelajar Terbaik Dalam Bidang Perubatan Keluarga

Anugerah Yayasan Perubatan Kenyalang bagi Pelajar Terbaik Dalam Bidang Pediatrik

Hadiah Buku Profesor Madya Dr Mohd Amin B Haji Ahmad Shariff Bagi Bidang Psikiatri

Anugerah Yayasan Perubatan Kenyalang bagi Pelajar Terbaik Keseluruhan

Anugerah Pelajar Terbaik Program Kejururawatan

Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (Bidang Penyelidikan Kanser Genetik)

Anugerah Harta Intelek 2009 (Hadiah Saguhati)

The Graduate Chemistry Award 2009

Best Student 2009 for Sun Microsystem Award

FakultiPerubatan danSains Kesihatan

Seni Seni Gunaan & Kreatif

Sains & Teknologi Sumber

Sains Komputer & Teknologi Maklumat

PenerimaNadia binti Othman

Rashid bin Othman

Boo Yang Liang

Suria Prakash a/l MurthyMohd Dasril Anas

Felix Kho Swee Then

Liau Swee Min

Vivian Keling Bilong

Liew Zhong Hong

Khoo Su Ann

Chin Chien Yi

Lim Kien Chien

Bong Lee Ping

Tang Sang Nee

Mohd Nur Syaikhul Al Hafiz Salleh

Cornellia binti Murek

Jacqueline Lau Siew Siong

Nageshwaran Nunusamy

Ng Ee Lee

Peggy Loh Yee Wey

Tok Swee Lian

Bil. Fakulti

1. Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP)2. Fakulti Kejuruteraan (FK)3. Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS)4. Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS)5. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) 6. Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK)7. Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK)8. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM)9. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM)10 Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM)

Nama Pelajar

Arunnan Bala SubramaniamTing Sie ChunLiyana Binti IsmailNikson Chong Fatt MingKhatijah Binti Abdullah @ Katherine ak BahaMohd Tajulhadis Ab. HalimSyaryfah Fazidawaty Binti Wan BusrahOui Wei Wei Nur Hafizah Bt. Abd AzizLee Wei Jian

Page 14: Editorial Ketua Editor · 2016-02-03 · Aluan Pelajar yang diadakan untuk mengalu-alukan ... Ketua Editor “Manusia yang ... Mutiara Kata Penasihat Prof Dr Khairuddin Ab Hamid

14

Statistik Graduan Unimas (2001 - 2009)

Graduan 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008

Prasiswazah 742 973 894 1225 1251 1144 1430 1591

Seni Gunaan dan Kreatif 59 103 69 145 124 103 190 194 Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia 87 126 113 195 301 257 331 351

Ekonomi dan Perniagaan 60 48 83 108 171 168 257 251

Kejuruteraan 95 125 40 132 155 155 91 99 Sains Komputer dan Teknologi Maklumat 92 146 140 177 69 75 106 75

Perubatan 39 38 26 39 52 115 87 66

Kejururawatan 31 35 31 33 37 3 16

Sains dan Teknologi Sumber 80 142 128 166 177 156 245 265

Sains Sosial 184 180 218 230 165 115 120 148

Pengajian Bahasa 15 30 46

Pascasiswazah 46 103 83 78 94 99 134 126

Seni Gunaan dan Kreatif - 1 - - - 1 1 3

Ekonomi dan Perniagaan - 48 31 16 38 47 65 52

Kejuruteraan 3 3 1 6 2 4 3 11

Pembangunan Sumber Manusia 34 8 12 21 11 10 14 25

Teknologi Maklumat 1 4 6 2 6 9 1 7 Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti 2 2 - 1 2 2 2 -

Perubatan 3 1 2 1 - 4 2 7

Sains dan Teknologi Sumber 1 19 14 21 16 17 35 18

Sains Sosial - 12 14 9 19 4 9 1 Institut Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan Alam Sekitar 2 3 2 1 - 1 2 2

Institut Rekabentuk dan Aplikasi Ergonomik

1

-

Institut Pengajian Asia Timur 1 1 -

20091682

190

400

282165

109

197

110

3

2

3

829

4

-

-

1

22

2216

95

244Tumpuan cokmar UNIMAS, adalah pada sebentuk permata bertatahkan emas lapan segi meruncing ke atas sebagai lambang tertubuhnya universiti awam yang ke-8 di Malaysia. Ia juga mencerminkan iltizam universiti terhadap keilmuan yang tinggi dan meningkatkan kualiti budaya bangsa. Kalimah “Bismillah” dan surah “al-Alaq” mencerminkan konsep Islam sebagai agama rasmi negara. Ini diikuti lambang 14 negeri di Malaysia dan lambang Kerajaan Persekutuan yang mewakili sebuah negara beraja yang teguh, stabil, dan makmur sebagai penaung kepada UNIMAS.

Permukaan cokmar ini diukir secara halus bermotifkan corak tenunan UNIMAS yang mencerminkan sifat kecemerlangan dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan kesarjanaan.

KO

NV

OK

ES

YE

N2

00

9

Jubah Akademik UNIMAS dibuat oleh pengusaha tempatan: biru bagi prasiswazah, merah bagi pascasiswazah. Bahagian hadapan lapel jubah bertenunkan songket. Corak yang terdapat pada lapel songket ialah gabungan beberapa elemen etnik tempatan untuk menghasilkan corak UNIMAS yang unik.

Bunga pecah lapan mencerminkan UNIMAS sebagai universiti awam yang kelapan ditubuhkan di negara ini. Bunga ini menandakan UNIMAS sentiasa subur dan dinamis. Tumbuhnya dari satu rumpun membawa erti bahawa bahagian-bahagian UNIMAS sentiasa bersepadu dan berganding bahu, bekerjasama ke arah mencapai misi korporat UNIMAS.

Bunga pecah lapan itu dipagari di setiap sisinya oleh dua tingkat corak pucuk rebung. Tingkat pertama melambangkan masyarakat dan industri tempatan yang menentukan kerelevanan UNIMAS. Manakala tingkat kedua melambangkan dunia luar antarabangsa yang universiti harus peka dengan segala perkembangannya untuk memastikan UNIMAS sebagai sebuah institusi global yang mementingkan kualiti tinggi dan kecemerlangan.

Gubahan di atas diiringi pula oleh elemen ukiran tempatan yang melambangkan bahawa UNIMAS sebuah universiti berbudaya dan kewujudannya dicorakkan oleh nilai-nilai murni dan ketimuran.

Rangkaian bentuk huruf ‘S’ di sepanjang kiri kanan lapel menandakan UNIMAS sebuah universiti gelombang baru yang sentiasa luwes sifatnya dan bersedia menangani perubahan yang tidak terduga. Bentuk huruf itu juga, menunjukkan lokasi UNIMAS di negeri Sarawak, sebuah negeri yang dinamis pembangunannya, dan UNIMAS mengambil manfaat daripada kekayaan dan kekuatan lokasi ini.

Taburan tiga warna korporat UNIMAS – biru, kuning emas dan merah pada bunga-bunga pecah lapan, melambangkan kecemerlangan dalam ketiga-tiga urusan teras universiti: pengajaran-pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.

Permata emas tersebut diapung oleh empat sangga berukir awan larat yang bersalut emas melambangkan pendidikan untuk keterampilan, beriltizam memupuk budaya pembelajaran, mengaplikasi kepakaran dan memikul tanggungjawab serta bertanggungperi.

Tiga bahagian pergelangan emas yang tersemat kemas dan erat pada cokmar tersebut mewakili fakulti, institut dan pusat yang menawarkan pelbagai bidang pengajaran dan pembelajaran di UNIMAS. Ukiran lima lilitan yang beralun, melambangkan paradigma baru universiti gelombang kelima yang bersifat strategik dan inovatif yang menjamin mutu dan amalan intelek yang maksimum.

14

Page 15: Editorial Ketua Editor · 2016-02-03 · Aluan Pelajar yang diadakan untuk mengalu-alukan ... Ketua Editor “Manusia yang ... Mutiara Kata Penasihat Prof Dr Khairuddin Ab Hamid

Tumpuan cokmar UNIMAS, adalah pada sebentuk permata bertatahkan emas lapan segi meruncing ke atas sebagai lambang tertubuhnya universiti awam yang ke-8 di Malaysia. Ia juga mencerminkan iltizam universiti terhadap keilmuan yang tinggi dan meningkatkan kualiti budaya bangsa. Kalimah “Bismillah” dan surah “al-Alaq” mencerminkan konsep Islam sebagai agama rasmi negara. Ini diikuti lambang 14 negeri di Malaysia dan lambang Kerajaan Persekutuan yang mewakili sebuah negara beraja yang teguh, stabil, dan makmur sebagai penaung kepada UNIMAS.

Permukaan cokmar ini diukir secara halus bermotifkan corak tenunan UNIMAS yang mencerminkan sifat kecemerlangan dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan kesarjanaan.

KO

NV

OK

ES

YE

N2

00

9

Jubah Akademik UNIMAS dibuat oleh pengusaha tempatan: biru bagi prasiswazah, merah bagi pascasiswazah. Bahagian hadapan lapel jubah bertenunkan songket. Corak yang terdapat pada lapel songket ialah gabungan beberapa elemen etnik tempatan untuk menghasilkan corak UNIMAS yang unik.

Bunga pecah lapan mencerminkan UNIMAS sebagai universiti awam yang kelapan ditubuhkan di negara ini. Bunga ini menandakan UNIMAS sentiasa subur dan dinamis. Tumbuhnya dari satu rumpun membawa erti bahawa bahagian-bahagian UNIMAS sentiasa bersepadu dan berganding bahu, bekerjasama ke arah mencapai misi korporat UNIMAS.

Bunga pecah lapan itu dipagari di setiap sisinya oleh dua tingkat corak pucuk rebung. Tingkat pertama melambangkan masyarakat dan industri tempatan yang menentukan kerelevanan UNIMAS. Manakala tingkat kedua melambangkan dunia luar antarabangsa yang universiti harus peka dengan segala perkembangannya untuk memastikan UNIMAS sebagai sebuah institusi global yang mementingkan kualiti tinggi dan kecemerlangan.

Gubahan di atas diiringi pula oleh elemen ukiran tempatan yang melambangkan bahawa UNIMAS sebuah universiti berbudaya dan kewujudannya dicorakkan oleh nilai-nilai murni dan ketimuran.

Rangkaian bentuk huruf ‘S’ di sepanjang kiri kanan lapel menandakan UNIMAS sebuah universiti gelombang baru yang sentiasa luwes sifatnya dan bersedia menangani perubahan yang tidak terduga. Bentuk huruf itu juga, menunjukkan lokasi UNIMAS di negeri Sarawak, sebuah negeri yang dinamis pembangunannya, dan UNIMAS mengambil manfaat daripada kekayaan dan kekuatan lokasi ini.

Taburan tiga warna korporat UNIMAS – biru, kuning emas dan merah pada bunga-bunga pecah lapan, melambangkan kecemerlangan dalam ketiga-tiga urusan teras universiti: pengajaran-pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.

Permata emas tersebut diapung oleh empat sangga berukir awan larat yang bersalut emas melambangkan pendidikan untuk keterampilan, beriltizam memupuk budaya pembelajaran, mengaplikasi kepakaran dan memikul tanggungjawab serta bertanggungperi.

Tiga bahagian pergelangan emas yang tersemat kemas dan erat pada cokmar tersebut mewakili fakulti, institut dan pusat yang menawarkan pelbagai bidang pengajaran dan pembelajaran di UNIMAS. Ukiran lima lilitan yang beralun, melambangkan paradigma baru universiti gelombang kelima yang bersifat strategik dan inovatif yang menjamin mutu dan amalan intelek yang maksimum.

15

Page 16: Editorial Ketua Editor · 2016-02-03 · Aluan Pelajar yang diadakan untuk mengalu-alukan ... Ketua Editor “Manusia yang ... Mutiara Kata Penasihat Prof Dr Khairuddin Ab Hamid

UNIMAS GemilangTerciptalah Suatu Sejarah

Wujudmu di Persada NegaraDi Bumi Kenyalang Bertuah

Kebanggaan Nusa dan Bangsa

Berinovasi dan BerwawasanBerilmu Berpandangan JauhInilah Hasrat dan Harapan

Kamilah Pendukung Warisan

Teguh Terunggul NamamuUnimasku yang GemilangDengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di SiniBerbangga…..

Berbudaya, Bersifat SezamanBersatu Hati Mencurah Bakti

Jasamu, Tiada BandinganKau Disanjung dan Dihormati

Wajahmu Takkan Kami LupakanSentiasa Terpahat di Ingatan

Menjadi Lipatan SejarahSegar Mekar Dalam Kenangan

Teguh Terunggul NamamuUnimasku yang GemilangDengan Penuh Keikhlasan

Kami Wargamu di SiniBerbangga…..

Unimas Gemilang

Lagu & Lirik: Prof Madya Mohd Fadzil Abdul Rahman

Bahagian PenerbitanAras 5, Bangunan CAUH,Universiti Malaysia Sarawak,94300 Kota samarahan, SarawakTel: 082-581163,1157, 1162

www.unimas.my