penyata rasmi parlimen dewan negara filepengumuman tuan yang di-pertua: - mengalu-alukan ahli baru...

78
Bil. 5 Isnin 15 Mei 2006 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA

Upload: hoangkien

Post on 17-Aug-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

Bil. 5 Isnin 15 Mei 2006

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KETIGA

MESYUARAT PERTAMA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2006

K A N D U N G A N MENGANGKAT SUMPAH:

- Y.B. Tuan Ismail bin Kasim (Halaman 1) PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman 2) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) USUL: Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Halaman 19)

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh,

P.S.M., S.P.M.P. (Dilantik)

2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Ir. Wong Foon Meng, D.P.M.T. (Dilantik)

3. “ Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman (Dilantik)

4. “ Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah (Dilantik)

5. “ Datuk Armani binti Haji Mahiruddin (Sabah)

6. “ Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad (Dilantik)

7. “ Tuan Ahmad bin Husin (Perlis)

8. “ Datuk Chew Vun Ming (Dilantik)

9. “ Tuan Chiam Yong Tee (Perak)

10. “ Dato’ Dr. Chin Fook Weng (Pulau Pinang)

11. “ Tuan Chiw Tiang Chai (Dilantik)

12. “ Datin Naomi Chong Set Mui (Dilantik)

13. “ Tuan Chua Kim Chuan (Kedah)

14. “ Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Ahmad Raffae (Dilantik)

15. “ Dato Sri Empiang Jabu (Sarawak)

16. “ Tuan Fatanah bin Datuk Haji Ahmad (Dilantik)

17. “ Dato’ Hamzah bin Zainudin (Perak)

18. “ Ir. Hiang A Li (Pahang)

19. “ Tuan Hii Tiong Kuoh (Dilantik)

20. “ Dato’ Haji Idris bin Haji Buang (Sarawak)

21. “ Dato’ Ikhwan Salim bin Dato’ Sujak (Selangor)

22. “ Tuan Ismail Kasim (Perlis)

23. “ Datuk Dr. Jins Shamsudin (Dilantik)

24. “ Datuk Kalakau bin Untol (Sabah)

25. “ Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok (Dilantik)

26. “ Tuan Krishnan a/l Tan Sri Dato’ N.S. Maniam (Dilantik)

27. “ Tuan Lee Chee Keong (Negeri Sembilan)

28. “ Datuk Dr. Lee Chong Meng (Dilantik)

29. “ Tuan Lee Sing Chooi (W. Persekutuan KL)

30. “ Dato’ Sri Mohd. Effendi bin Norwawi [Dilantik] – Menteri Di JPM

31. “ Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi (Johor)

32. “ Dato’ Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani (Dilantik)

33. “ Tuan M. Munusamy (Dilantik)

34. “ Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir (Dilantik)

35. “ Datuk M. Ratnam (Dilantik)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

ii DN.15.5.2006

36. Yang Berhormat Tuan M. Saravanan (Dilantik)

37. “ Che Puan Sri Kelana D’Raja Datin (Dr.) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya (Dilantik)

38. “ Puan Nordiana binti Datuk Haji Shafie [Terengganu]

39. “ Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn (Dilantik)

40. “ Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop (Dilantik) - Menteri Kewangan Kedua

41. “ Dato’ Dr. Norraesah binti Mohamad (Dilantik)

42. “ Dato’ Omar bin Faudzar (Pulau Pinang)

43. “ Tuan Osman bin Bungsu (Dilantik)

44. “ Dr. Raja Ram a/l K. Nadayson (Dilantik)

45. “ Dato’ Rhina Bhar (Dilantik)

46. “ Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid (W. Persekutuan KL)

47. “ Datuk Haji Roslan bin Awang Chik (Dilantik)

48. “ Datuk Soon Tian Szu [Melaka]

49. “ Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed (Dilantik)

50. “ Puan Hajah Samsiah binti Samsudin (Negeri Sembilan)

51. “ Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain

52. “ Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Kelantan)

53. “ Puan Hajah Siti Rokiah binti Mohd. Zabidin

54. “ Puan Siw Chun a/p Eam (Perlis)

55. “ Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee (Dilantik)

56. “ Tuan Haji Tajul Urus bin Haji Mat Zain (Dilantik)

57. “ Tuan Tan Bon You (Dilantik)

58. “ Tuan Tay Puay Chuan (Johor)

59. “ Dato’ Dr. Vijayaratnam a/l S. Seevaratnam (Dilantik)

60. “ Puan Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor (Dilantik)

61. “ Dato’ Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh (Terengganu)

62. “ Tuan Wan Nordin bin Che Murat (Perlis)

63. “ Puan Hajah Wan Ramlah binti Ahmad (Dilantik)

64. “ Puan Wan Ubaidah binti Omar (Kelantan)

65. “ Tuan Wilson Sagamani a/l Paul Devasagayam (Selangor)

66. “ Datuk Yaakob bin Haji Mohammad (Kedah)

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 iii

DEWAN NEGARA

Setiausaha Dewan Negara

Datuk Zamani bin Haji Sulaiman

Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Dewan) Roosme binti Hamzah

PETUGAS-PETUGAS

PENERBITAN PENYATA RASMI Azhari bin Hamzah

Supiah binti Dewak

Hajah Kamisah binti Sayuti Abd. Talip bin Hasim Hadzirah binti Ibrahim

Saadiah binti Jamaludin Jamilah Intan binti Haji Bohari

Hairan bin Mohtar Nurziana binti Ismail Marzila binti Muslim

Habibunisah binti Mohd. Azir Aisyah binti Razki

Nur Liyana binti Ahmad Yoogeswari a/p Muniandy Zatul Hijanah binti Yahya Nurul Asma binti Zulkepli Suriyani binti Mohd. Noh

Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Mohd. Hanafi bin Abdul Mutalib

Hajah Paizah binti Haji Salehuddin

Azmir bin Mohd. Salleh Nur Azilah binti Ahmad Ibrahim

Norasmawati binti Mohamed Nor Zaidazuriani binti Mohd. Zamli

Nor Hamizah binti Hassan Azanariah binti Mohd. Yunan

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Isnin, 15 Mei 2006

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

MENGANGKAT SUMPAH

Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat sumpah:

- Yang Berhormat Tuan Ismail bin Kasim.

PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA

MENGALU-ALUKAN AHLI BARU

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan tahniah sambil mengalu-alukan pelantikan semula Yang Berhormat Tuan Ismail bin Kasim sebagai Ahli Dewan Negara. Sebagaimana yang dilafazkan dalam Sumpah sebentar tadi, sebaik sumbangan yang boleh Yang Berhormat berikan kepada negara bermula dari saat Yang Berhormat berazam untuk memahami, menghayati, mendukung dan mempertahankan Perlembagaan.

Sepanjang tiga tahun yang Yang Berhormat telah berkhidmat dalam penggal pertama, Yang Berhormat telah dapat menyaksikan betapa Ahli Dewan Negara boleh memainkan peranan, membantu supaya Dewan Negara lebih relevan kepada sistem pemerintahan negara khususnya dalam menyerlahkan prinsip akauntabiliti pemerintah. Selamat mendukung tugas.

PERUTUSAN DARIPADA DEWAN RAKYAT

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Dewan Rakyat yang meminta Dewan Negara mempersetujukan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Saya menjemput Setiausaha membacakan Perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan]

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

2 DN.15.5.2006

“11 Mei 2006

Perutusan Daripada Dewan Rakyat Kepada Dewan Negara

Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara,

Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang yang berikut dan meminta Dewan Negara mempersetujukannya:

1. Rang Undang-undang Industri Perkhidmatan Air 2006;

2. Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006;

3. Rang Undang-undang Paten (Pindaan) 2006;

4. Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2006;

5. Rang Undang-undang Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006;

6. Rang Undang-undang Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006;

7. Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) 2005; dan

8. Rang Undang-undang Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006.

Yang ikhlas,

t.t

YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT”.

URUSAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang yang tersebut di dalam perutusan itu dibacakan kali yang kedua dan ketiganya di Mesyuarat ini.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah. Ahli-ahli Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua akan mempengerusikan sidang seterusnya. Ini adalah bagi membolehkan beliau lebih mampu menangani keseluruhan perjalanan Dewan.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok minta Perdana Menteri menyatakan, apakah pihak kerajaan telah bercadang untuk mengkaji semula skim perjawatan di sektor awam di negara ini memandangkan pada masa ini masih wujud kelemahan-kelemahan tertentu di kalangan anggota perkhidmatan awam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman]: Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya skim-skim perkhidmatan diwujudkan bagi menetapkan peraturan-peraturan bagi mengawal pelantikan ke dalam perkhidmatan awam

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 3

untuk menentukan corak, kualiti dan kemajuan kerjaya agar ia dapat mencapai matlamat dan hasrat perkhidmatan awam dalam konteks pembangunan negara.

Bagi tujuan tersebut, kerajaan sentiasa melaksanakan kajian ke atas skim-skim perkhidmatan yang berkuat kuasa selaras dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Kajian-kajian yang dilaksanakan meliputi penggubalan skim-skim perkhidmatan baru dan penambahbaikan ke atas skim-skim perkhidmatan yang berkuat kuasa. Sebagai contoh, sepanjang tahun 2005 sahaja sebanyak 23 Pekeliling Perkhidmatan dan satu Surat Pekeliling Perkhidmatan telah dikeluarkan bagi memaklumkan mengenai pelaksanaan skim-skim perkhidmatan baru dan perubahan kepada skim perkhidmatan sedia ada.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Chua Kim Chuan, lepas itu Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng.

Tuan Chua Kim Chuan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sering kali berlaku kekecewaan di kalangan anggota perkhidmatan awam kerana peluang kenaikan pangkat telah terhad oleh sebab pegawai yang telah bersara disambung perkhidmatannya secara kontrak dalam jawatan yang sama. Contohnya seorang pegawai tinggi umpamanya Ketua Pengarah disambung perkhidmatannya. Beratus-ratus pegawai di bawahnya akan berasa kecewa...

Timbalan Yang di-Pertua: Soalan Yang Berhormat.

Tuan Chua Kim Chuan: Soalan tambahan saya, adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula amalan sistem penyambungan perkhidmatan secara kontrak ini? Terima kasih.

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, dari segi dasarnya memang kerajaan tidak berhasrat untuk melanjutkan perkhidmatan pegawai-pegawai yang sudah tamat tempoh perkhidmatannya ataupun sampai kepada peringkat persaraan tetapi oleh kerana sesuatu sebab keperluan jawatan-jawatan tertentu, maka pihak kerajaan mengambil tindakan untuk melanjutkan sebahagian kecil yang mana perkhidmatan mereka sangat diperlukan kepada sesuatu agensi atau jabatan kerajaan tertentu.

Timbalan Yang di-Pertua: Dato' Dr. Chin Fook Weng.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu daripada kelemahan dalam sektor awam ialah kakitangannya tidak menggambarkan corak demografi di negara kita. Apakah tindakan dan hasrat kerajaan untuk membetulkan keadaan ini? Terima kasih.

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang bertanya. Sebenarnya dari segi amalan tentang pewujudan sesuatu jawatan itu mempunyai kriteria-kriteria yang tertentu. Dia tidaklah semestinya berdasarkan kepada demokrasi sahaja tetapi berdasarkan kepada keperluan-keperluan lain seperti jumlah ataupun volum sesuatu tugas di sesuatu tempat ataupun keperluan sesuatu jawatan, walaupun berada jauh daripada pusat perkhidmatan yang berkenaan, tetapi oleh kerana keperluannya, maka ia juga diwujudkan atas sebab-sebab yang tertentu dan begitu juga beberapa kriteria-kriteria lain yang mesti dilihat sewaktu kajian sesuatu jawatan itu hendak diwujudkan.

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan Lee Sing Chooi.

Tuan Lee Seing Chooi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Organisasi yang efektif dan efisien itu adalah organisasi yang strukturnya tidak berlapis-lapis dan juga tenaga kerjanya itu dioptimumkan. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan bertujuan mengkaji melaksanakan projek perintis supaya menjadikan organisasi yang disebutkan tadi efektif dan efisien itu supaya setiap pegawai kerajaan itu self-efficient, dan juga produktivitinya setanding dengan pihak swasta, supaya dengan ini skim gaji kerajaan itu dapat dipertingkatkan? Terima kasih.

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita maklum, di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, bahawa kerajaan telah pun

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

4 DN.15.5.2006

memberi satu fokus yang lebih mantap kepada, pertamanya tentang struktur ataupun organisasi jabatan-jabatan yang ada sekarang. Melalui MAMPU dan juga JPA, kita memang sentiasa melihat dari segi struktur dan organisasi ini sama ada ia boleh memberi kesan yang baik kepada perkhidmatan dan ini sentiasa dilakukan.

Macam sewaktu saya menjawab soalan yang lepas, di mana kerajaan juga sentiasa menubuhkan sesuatu jawatankuasa untuk memastikan supaya pelaksanaan ataupun sistem penyampaian kepada rakyat lebih cekap lagi, seperti kita mengadakan flying squad dan sebagainya, lepas itu dalam waktu yang sama kita melihat indeks, sama ada apa yang kita laksanakan itu mencapai matlamat yang kita hasratkan dari segi peratus yang kita kehendaki supaya perubahan organisasi ini sentiasa berlaku secara berterusan.

2. Tuan Chiw Tiang Chai minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan, bilakah rangkaian sistem jalur lebar telekomunikasi akan dapat dilaksanakan di kawasan-kawasan luar bandar dalam usaha untuk menggalakkan pertumbuhan kawasan-kawasan industri baru di luar bandar.

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi [Dato’ Shaziman bin Abu Mansor]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato Sri Empiang Jabu pada 16 Mei 2006, memandangkan ia berkisar mengenai perkara yang sama.

Tuan Yang di-Pertua: Bersetuju.

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian amat peka mengenai keperluan menyediakan rangkaian jalur lebar telekomunikasi secara menyeluruh ke seluruh negara, baik di bandar, mahupun di luar bandar dan di Sarawak.

Berdasarkan keperluan tersebut, pelan jalur lebar negara telah diperkenalkan pada akhir tahun 2004 yang merupakan satu strategi untuk meningkatkan penyediaan infrastruktur internet berkapasiti tinggi atau jalur lebar di negara ini. Tumpuan utama pelan tersebut adalah untuk mewujudkan paras kritikal, critical mass dengan kadar panitera isi rumah bagi jalur lebar sebanyak 23% pada tahun 2006 dan 50% pada tahun 2008.

Sehingga akhir tahun 2005, kadar penembusan jalur lebar isi rumah ialah sebanyak 8.5%. Di bawah pelan tersebut, usaha akan ditumpukan kepada dua inisiatif utama iaitu:

(i) penglibatan kerajaan bagi menghubungkan komuniti terpilih untuk menggalakkan permintaan antara komuniti tersebut yang menyediakan kemudahan internet ialah jabatan-jabatan kerajaan, sekolah, universiti dan institusi penyelidikan, hospital dan klinik, perpustakaan dan pusat internet komuniti; dan

(ii) penglibatan sektor swasta bagi menawarkan perkhidmatan internet.

Antara strateginya ialah memperkenalkan rangka kerja regulatory yang bersesuaian dan menyediakan insentif-insentif kewangan sebagai rangsangan untuk menggalakkan penyediaan infrastruktur jalur lebar oleh pihak swasta. Dalam hubungan ini antara tindakan yang sedang diambil oleh kementerian ialah meminda peraturan-peraturan komunikasi dan multimedia, pemberian perkhidmatan sejagat 2002 bagi membolehkan penyediaan infrastruktur jalur lebar dibiayai oleh dana perkhidmatan sejagat, universal service provision fund (USP). Dengan pindaan peraturan tersebut, penyediaan infrastruktur jalur lebar di kawasan luar bandar akan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat. Terima kasih.

Dato’ Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Di kawasan-kawasan yang sudah disediakan perkhidmatan ini, bolehkah kita diberitahu apakah sambutan daripada mereka itu, adakah keseluruhan kemudahan itu diguna pakai dengan sepenuhnya ataupun sebahagian-sebahagian sahaja. Terima kasih.

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 5

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk pengetahuan Dewan, setakat ini sambutan yang diterima di kawasan-kawasan yang disediakan perkhidmatan broad band ini adalah cukup menggalakkan. Malah ada terdapat kawasan-kawasan yang mana mereka terpaksa menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan ini kerana permintaan yang begitu tinggi dan pada masa yang sama adalah menjadi aspirasi kerajaan untuk memastikan semua kawasan di negara ini mendapat liputan yang meluas di dalam perkhidmatan broad band ini, maka kerajaan telah memperkenalkan strategi SCMS yang telah diumumkan oleh Menteri, baru-baru ini.

3. Tuan Osman bin Bungsu minta Perdana Menteri menyatakan, statistik rakyat miskin dan miskin tegar di bandar dan luar bandar. Apakah kriteria yang diguna pakai bagi menentukan keluarga isi rumah (KIR) miskin atau miskin tegar serta langkah-langkah drastik yang akan diambil untuk membantu golongan ini dalam RMK-9.

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya kadar kemiskinan keseluruhan di Malaysia adalah rendah iaitu 5.7%, manakala kemiskinan tegar pula ialah 1.2% pada tahun 2004. Walau bagaimanapun, kadar kemiskinan keseluruhan di luar bandar adalah lebih tinggi iaitu 11.9% melibatkan kira-kira 220 ribu isi rumah, berbanding dengan 2.5% di bandar dengan 91,600 isi rumah. Kadar kemiskinan tegar pula ialah 2.9% di luar bandar dengan 14,100 isi rumah dan 0.4% di bandar melibatkan 53,200 isi rumah.

Kriteria yang diguna pakai dalam menentukan keluarga isi rumah miskin dan miskin tegar adalah berasaskan kepada pendapatan garis kemiskinan (PGK). PGK mempunyai dua komponen utama iaitu:

(i) komponen makanan atau PGK makanan; dan

(ii) komponen bukan makanan.

PGK makanan dikira berasaskan kepada keperluan minimum pemakanan yang seimbang bagi setiap isi rumah. Manakala komponen bukan makanan pula mengambil kira keperluan bukan makanan bagi isi rumah berasaskan kepada corak perbelanjaan isi rumah berpendapatan rendah. Isi rumah yang mempunyai jumlah pendapatan bulanan kurang daripada PGK didefinisikan sebagai isi rumah miskin. Manakala, isi rumah yang mempunyai jumlah pendapatan bulanan kurang daripada PGK makanan didefinisikan sebagai miskin tegar.

Tuan Yang di-Pertua, di antara langkah drastik yang akan diambil untuk menangani kemiskinan luar bandar dan bandar di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan adalah seperti berikut:

(i) memantapkan pelaksanaan program bagi kumpulan sasar khusus untuk mengurangkan kemiskinan dan membasmi sepenuhnya kemiskinan tegar menjelang 2010 dengan memberi tumpuan utama kepada negeri-negeri yang mempunyai bilangan isi rumah miskin dan miskin tegar yang tinggi;

(ii) memperkemaskan mekanisme pemantauan di semua peringkat terutamanya di peringkat negeri dan daerah bagi meningkatkan impak program dan projek kemiskinan yang dilaksanakan serta meminimumkan kebocoran; dan

(iii) mewujudkan dan memperkemaskan pangkalan maklumat kemiskinan luar bandar dan bandar bagi membantu proses perancangan dan pelaksanaan program.

Tuan Osman bin Bungsu: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, berdasarkan ucapan Perdana Menteri semasa membentangkan RMK-9 yang lalu, ada menyatakan bahawa terdapat program komprehensif untuk meningkatkan kualiti hidup

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

6 DN.15.5.2006

dan modal insan di kalangan golongan miskin tegar di luar bandar, khususnya di kalangan masyarakat Orang Asli. Soalan saya, apakah jenis atau aktiviti untuk melaksanakan program komprehensif ini?

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, dari segi keseluruhannya, memang kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kesembilan telah menetapkan iaitu kerajaan memang berhasrat bersungguh-sungguh untuk mengurangkan kemiskinan dan menghapuskan terus kemiskinan tegar. Sebab itu dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, semuanya dijuruskan ke arah program-program yang khusus termasuk kepada Orang Asli, kerajaan juga menetapkan program secara komprehensif iaitu mempunyai komponen-komponen seperti berikut, khusus untuk Orang Asli:

(i) penempatan semula - di mana akan ditetapkan lokasi-lokasi yang sesuai kepada Orang Asli, kemudian membina rumah dan juga infrastruktur yang diperlukan oleh mereka;

(ii) untuk pembangunan ekonomi – apabila ada rumah ada infrastruktur mereka mesti dibangunkan dari segi ekonomi mereka dan sebab itu kerajaan mengarahkan projek-projek tertentu kepada mereka khususnya oleh kerana Orang Asli minat dalam projek-projek pertanian akan dibangunkan melalui projek-projek pertanian. Ini termasuk projek-projek yang dilaksanakan oleh FELCRA, yang pengerusinya ada di sini dan juga agensi-agensi kerajaan yang lain;

(iii) seperti yang disebut oleh Yang Berhormat iaitu pembangunan modal insan. Ini penting. Selain daripada itu di kalangan kelompok-kelompok ini mempunyai mereka yang berminat untuk meneruskan pelajaran, latihan kepada mereka memastikan bahawa apabila mereka mencebur dalam sesuatu bidang ekonomi mereka mempunyai kemahiran.

Sudah tentu, Yang Berhormat, modal diperlukan dalam hal ini, khusus diberi kepada Orang Asli dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan hanya melalui jabatan yang khusus dan aktiviti yang khusus kepada Orang Asli, kerajaan telah memperuntukkan lebih kurang RM300 juta. Itu kita tidak masuk lagi rancangan-rancangan aktiviti di dalam agensi-agensi yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua: Daripada wakil masyarakat Orang Asli tadi, kita dengar sedikit daripada wakil masyarakat Siam di Malaysia. Silakan wakilnya di Dewan Negara, Yang Berhormat Puan Siw Chun.

Puan Siw Chun a/p Eam: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, memang kita telah sedar bahawa kerajaan memang mengambil berat mengenai isu kemiskinan pada peringkat negeri dan nasional, malah telah dijadikan agenda utama dalam setiap rancangan lima tahun negara. Dan, soalan tambahan saya, apakah keberkesanannya setelah kerajaan memperuntukkan RM349 bilion untuk tujuan tersebut dan apakah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) masih berfungsi pada ketika ini? Terima kasih.

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita semua maklum, kalau dahulu, sebagai contoh, ini menunjukkan bahawa bagaimana seriusnya kerajaan, kalau dahulu PGK hanya tetapkan ikut Semenanjung berapa, Sarawak berapa, Sabah berapa tetapi bagi Rancangan Malaysia Kesembilan ini, kerajaan lebih fokus hinggakan kita tentukan bahawa PGK ini mengikut negeri. Umpamanya negeri mana yang perlu PGK lebih tinggi, negeri mana yang perlu PGKnya lebih rendah. Jadi, ini menunjukkan bahawa kerajaan sekarang fokus kepada kemiskinan ini.

Namun begitu, bagi menjawab soalan Yang Berhormat tadi di mana kerajaan akan terutama sekali meneruskan program-program yang lalu, yang kita buat ataupun aktivitinya untuk mereka yang miskin, ini termasuklah program-program secara berkelompok sama ada di bandar atau di luar bandar, bumiputera, Sabah, Sarawak ataupun Orang Asli. Dan,

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 7

begitu juga Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), Program Pembangunan Bersepadu untuk komuniti bandar tetap diteruskan, Amanah Ikhtiar terus dipertingkatkan.

Kemudian, begitu juga, kerajaan akan meneruskan Program Bina Upaya. Ini satu program yang kita katakan, kita juruskan kepada mereka yang terlibat iaitu orang-orang miskin yang terlibat secara langsung mesti kita bangunkan diri mereka untuk memastikan apabila mereka terkeluar daripada paras kemiskinan ini, mereka boleh terus berada di luar daripada paras tersebut supaya tidak melambakkan lagi ataupun menambahkan lagi orang-orang yang miskin.

Timbalan Yang di-Pertua: Maknanya jelas banyak sekali program-program yang telah pun dilaksanakan untuk membantu golongan-golongan miskin. Terima kasih, Yang Berhormat.

4. Tuan Dr. Haji Mohd. Puad bin Zakarshi minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, faedah-faedah perjanjian perdagangan bebas bersama Jepun di bawah FTA di mana Malaysia dibenarkan mengeksport buah-buahan dan sayur-sayuran ke Jepun tanpa cukai sedangkan Jepun pula dibenarkan mengeksport kereta tanpa cukai ke Malaysia. Apakah kesannya kepada negara dari segi jangka masa panjang.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Tuan Ng Lip Yong]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersama dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Puan Wan Ubaidah binti Omar yang perlu dijawab pada, hari Khamis, 18 Mei; dan Yang Berhormat Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff yang perlu dijawab pada 18 Mei juga; dan juga satu lagi daripada Yang Berhormat Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff yang perlu dijawab pada 29 Mei; serta satu lagi soalan daripada Yang Berhormat Tuan Tan Bon You yang perlu dijawab pada 1 Jun kerana kelima-lima soalan ini berkaitan.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya persetujui.

Tuan Ng Lip Yong: Terima kasih. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, saya ingin menjelaskan bahawa kajian kos dan faedah kawasan perdagangan bebas atau dengan izin, Free Trade Area (FTA), sememangnya dilakukan sebelum kerajaan membuat keputusan untuk mengadakan sesuatu rundingan. Kajian ini disediakan berdasarkan konsultasi dan maklum balas daripada semua kementerian atau jabatan dan sektor swasta termasuk badan-badan bukan kerajaan.

Kajian meliputi aspek-aspek seperti kos dan faedah daripada liberalisasi, perdagangan, barangan, perkhidmatan, pelaburan serta kerjasama ekonomi dan teknikal. Hasil kajian ini dibincangkan di mesyuarat Jemaah Menteri yang akan memutuskan sama ada rundingan FTA patut dimulakan atau sebaliknya. Jemaah Menteri juga sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan hasil rundingan secara berterusan dan akan mengambil keputusan muktamad sama ada untuk menandatangani perjanjian FTA. Proses ini dilaksanakan untuk semua rundingan FTA, termasuk FTA dengan Jepun dan Amerika Syarikat.

Tuan Yang di-Pertua, Perjanjian Perkongsian Ekonomi Jepun dan Malaysia, iaitu Japan-Malaysian Economic Partnership Agreement atau JMEPA] yang ditandatangani pada 13 Disember 2005 merupakan satu perjanjian yang komprehensif dan elemen-elemen utama terdiri dari:

(i) liberalisasi pasaran bagi barangan pertanian dan industri dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun;

(ii) fasiliti perdagangan dan pelaburan dengan memperbaiki suasana perniagaan, melicinkan prosedur kastam dan bantuan untuk memenuhi peraturan dan piawaian teknikal;

(iii) liberalisasi sektor perkhidmatan secara berperingkat;

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

8 DN.15.5.2006

(iv) pembinaan keupayaan (capacity building) dan pertukaran maklumat dalam hak harta intelek; dan

(v) kerjasama ekonomi dan bantuan teknikal dalam banyak bidang.

Antara faedah awal yang akan diraih adalah menghapuskan tarif serta-merta bagi produk-produk yang mempunyai kepentingan eksport bagi kedua-dua negara. Bagi Malaysia, ini meliputi eksport produk-produk pertanian. Manakala import dari Jepun adalah produk-produk automotif kenderaan terurai, dengan izin, completely knocked down (CKD).

Walau bagaimanapun, bagi lain-lain produk automotif ia adalah tertakluk kepada jadual pengurangan dan penghapusan di antara lima hingga sepuluh peratus. Bagi alat ganti dan komponen dan kenderaan jenis dengan izin, completely build up (CBU) yang melebihi kapasiti 2000 c.c ke atas, Malaysia akan hanya menghapuskan tarif pada tahun 2010. Manakala bagi kenderaan CBU kurang dari 2000 c.c tarif akan dimansuhkan pada tahun 2015.

Berhubung FTA dengan Amerika Syarikat, ingin dijelaskan bahawa tiada sebarang perjanjian agreement to negotiate ditandatangani. Pada 8 Mac 2006, Malaysia dan Amerika Syarikat hanya mengumumkan pelancaran rundingan perjanjian kawasan perdagangan bebas atau free trade area, rundingan akan bermula pada pertengahan bulan Jun tahun 2006. Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memuktamadkan rundingan sehinggalah semula kepentingan dan keperluan negara diambil kira dalam rundingan FTA dengan Amerika Syarikat kelak.

Tuan Yang di-Pertua, kajian kos faedah yang telah dijalankan untuk FTA dengan Amerika Syarikat menunjukkan antara lain, Malaysia akan dapat meningkatkan daya saing produk-produk di pasaran negara berkenaan. Potensi untuk memperluaskan eksport dapat memudah dan menangani halangan-halangan bukan tarif (non-tariff barrier) bagi eksport barang Malaysia melalui program kerjasama termasuk peraturan, pengiktirafan bersama. Produk-produk yang berpotensi untuk mendapat manfaat meliputi bunga segar, sarung tangan getah asli dan barangan buatan termasuk alat ganti kenderaan dan elektronik.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tidakkah Yang Berhormat bercadang untuk memberi laluan kepada soalan tambahan?

Tuan Ng Lip Yong: Saya ringkaskan sahaja sebab ada lima soalan yang saya kumpulkan. Mengekalkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif bagi pelabur-pelabur dari Amerika Syarikat.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan negara-negara yang telah menandatangani FTA dengan Amerika Syarikat, adalah diperhatikan bahawa pada amnya negara-negara ini telah mengalami peningkatan dalam jumlah perdagangan dan pelaburan jika dibandingkan dengan sebelum FTA ditandatangani. Secara umumnya perjanjian FTA bertujuan mendapatkan akses pasaran yang lebih baik bagi barangan-barangan Malaysia termasuk barangan pertanian. Kerajaan sentiasa mengambil kira kepentingan syarikat tempatan, khususnya produk dan sektor yang mendatangkan kesan yang negatif.

Dalam perkara ini fleksibiliti dari segi tempoh masa yang panjang bagi membuka pasaran barangan dan pelaburan tidak diambil kira. Ini membolehkan syarikat tempatan meningkatkan daya saing dan mendapat faedah daripada proses liberalisasi melalui FTA. Sekian, terima kasih.

Tuan Dr. Haji Mohd. Puad bin Zakarshi: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah, apakah kerajaan menganggap Jepun ini sebagai rakan perdagangan yang jujur khususnya dalam pemindahan teknologi automotif dalam pembuatan enjin, bukan setakat hendak pasang tayar, spare part dan sebagainya dan kenapa ini tidak dimasukkan di dalam perjanjian FTA bersama dengan Jepun ini?

Tuan Ng Lip Yong: Terima kasih, Yang Berhormat. Perjanjian dengan Jepun lebih lebar dari FTA. Ini termasuk kerjasama teknikal dan sebagainya. Salah satu aspek bantuan teknikal yang kita dapat di Jepun adalah, kita akan menghantar orang-orang dari negara

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 9

kita untuk latihan atau training, di negara Jepun. Berkenaan dengan enjin, saya tidak ada maklumat di sini dan saya akan berikan secara bertulis. Sekian.

Puan Wan Ubaidah binti Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah saya ingin tahu berapakah nilai sayur-sayuran dan buah-buahan negara yang dieksport ke negara Jepun berbanding dengan nilai kereta, sama ada kereta CKD yang diimport dan apakah kesan FTA dengan Jepun itu khususnya ke atas syarikat Proton?

Tuan Ng Lip Yong: Terima kasih Yang Berhormat. Bolehkah saya berikan jawapan secara bertulis. Walaupun saya ada sedikit angka di sini, tetapi ini adalah untuk jumlah perdagangan. Malaysia dan Jepun, perdagangan dua hala, jumlah perdagangan bagi tahun 2005 adalah sebanyak RM113 bilion. Jepun adalah merupakan rakan dagang yang ketiga terbesar selepas Asian dan Amerika Syarikat tetapi kalau hendak detail saya boleh berikan secara bertulis.

Tuan Chiam Yong Tee: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan eksport buah-buahan ke negara Jepun, saya pernah dengar ada aduan yang mengatakan negara Jepun itu mengenakan syarat yang sangat ketat ke atas import buah-buahan ke negaranya berbanding dengan negara yang lain. Ini mengakibatkan pengeksport-pengeksport Malaysia yang mengeksport buah-buahan ke negara Jepun itu menanggung kerugian yang tinggi. Berkaitan dengan isu ini, pernahkah kementerian memulakan rundingan dengan negara Jepun supaya melonggarkan syarat ataupun memberikan bantuan kepada pengeksport buah-buahan tempatan berkaitan dengan syarat yang begitu ketat itu?

Tuan Ng Lip Yong: Terima kasih, Yang Berhormat. Ini adalah tujuan FTA atau EPA yang kita ada dengan negara Jepun. Kalau kita tengok nilai-nilai eksport produk pertanian yang diberikan penghapusan tarif serta-merta oleh Malaysia ke Jepun pada tahun 2005, sayur-sayuran dan buah-buahan tropika berjumlah 15.1 juta dan perikanan pula berjumlah 200 juta. Berkenaan dengan syarat-syarat itu, apabila kita ada perundingan dengan pihak Jepun termasuk kita mengatasi halangan-halangan perdagangan dua hala. Kalau masih ada halangan, kita akan follow-up dan akan mencari cara macam mana kita boleh mengatasi masalah-masalah itu. Saya minta supaya Yang Berhormat berikan detail kepada saya supaya kita boleh follow up.

[Soalan No. 5 - Y.B. Tuan M. Munusamy tidak hadir]

6. Che Puan Sri Kelana D’Raja Datin (Dr.) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, berapakah kos peruntukan untuk pembangunan wanita dalam RMK-9 di negara ini. Apakah bentuk program yang difikirkan bakal mencorakkan aktiviti pembangunan wanita terutama di negeri Kelantan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Tuan Yang di-Pertua, berikutan pencapaian cemerlang yang ditunjukkan oleh golongan wanita, khususnya terhadap pembangunan sosial dan ekonomi negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, usaha akan ditumpukan kepada penyediaan persekitaran yang kondusif bagi memastikan potential dan keberkesanan golongan dapat dipertingkatkan. Justeru itu usaha bagi memperkasa golongan wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut mengambil kira aspek pembangunan fizikal dan sosial di dalam rancangan pelaksanaannya. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, di RMK-9, Jabatan Pembangunan Wanita telah di peruntukan sejumlah RM8,349,331 juta bagi tujuan program pembangunan fizikal.

Manakala bagi menjalankan program penyelidikan sains sosial mengenai wanita JPW telah diperuntukkan sejumlah RM2.5 juta bagi tujuan tersebut. Sejajar dengan pengiktirafan kerajaan terhadap golongan wanita bentuk program yang bakal dilaksanakan

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

10 DN.15.5.2006

oleh kementerian bagi mencorakkan aktiviti pembangunan wanita termasuk di negeri Kelantan adalah menjurus kepada penghapusan segala bentuk kekangan terhadap pembangunan wanita khususnya di dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Usaha akan diteluskan untuk memperlengkapkan golongan wanita dengan pendidikan dan latihan kemahiran bagi menjadikan mereka berdaya saing dan mampu menggunakan potensi diri mereka untuk menghadapi cabaran era globalisasi. Justeru, penekanan diberikan terhadap penyediaan access yang lebih baik kepada pendidikan dan program meningkatkan kemahiran bagi golongan wanita. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dipersilakan Yang Berhormat Datin Paduka Nor Hayati. Selepas itu Yang Berhormat Dato’ Rhina Bhar.

Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah apakah pembinaan Rumah Nur bagi setiap Parlimen yang pernah dicadangkan pada satu masa dahulu akan dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesembilan

Datin Paduka Chew Mei Fun: Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan 8 buah Dewan Nur akan dibina termasuk Dewan Nur Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Dewan Nur Kepala Batas, Pulau Pinang, Dewan Nur Ipoh Barat, Perak, Dewan Nur Muar, Johor, Dewan Nur Jempol, Negeri Sembilan, Dewan Nur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dewan Nur Sabah. Yang satu lagi Pusat Latihan Kemahiran Wanita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Dato’ Rhina Bar.

Dato’ Rhina Bar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah adakah apa-apa rancangan untuk mengatasi masalah glass ceiling di kerajaan dan di swasta di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Puan Chew Mei Fun: Mengenai apa itu?

Dato’ Rhina Bar: Adakah apa-apa rancangan untuk mengatasi masalah the glass ceiling, dengan izin.

Datin Paduka Chew Mei Fun: Ceiling apa itu, 30% atau apa?

Dato’ Rhina Bar: Kalau wanita tidak boleh pergi atas promotion ada kurang walaupun ada merit tetapi dia tidak dapat, pasal dia wanita.

Datin Paduka Chew Mei Fun: Okey. Kerajaan telah pun ada satu dasar supaya di peringkat membuat keputusan kita ada satu matlamat untuk dicapai iaitu 30% dan untuk mengatasi masalah-masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, kami dengan adanya dasar ini dan dengan adanya focal point di semua kementerian kita akan dapat mengatasi kerana focal point ini memainkan peranan di dalam kementerian supaya kementerian ambil kira dari segi wanita bila mereka mempromosikan kakitangan-kakitangan kerajaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Dato’ Dr. Norraesah. Bagi peluang kepada semua wanita.

Dato’ Dr. Norraesah bt Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah apakah semua kementerian sudah menerima pakai dan sudah melaksanakan pertubuhan apa yang dikatakan Jawatankuasa ‘Gender Focal Point’ ini. Dan apakah kesannya yang sudah pun kita dapat lihat buat ketika ini. Terima kasih.

Datin Paduka Chew Mei Fun: Setakat ini hampir semua kementerian telah pun melantik seorang pegawai kanan jadi sebagai focal point di kementerian itu dan focal point ini mereka memainkan peranan yang saya telah sebut tadi dan bukan sahaja dari segi memastikan promosi kaum wanita ke jawatan yang lebih tinggi dan juga memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan atau dirancang oleh kementerian-kementerian dapat ambil kira dari segi atau pandangan kaum wanita. Melalui focal point ini juga kita akan mengadakan kursus-kursus kepada semua focal point ini dan kita akan berbincang dengan mereka. Salah satu program yang telah kita laksanakan ialah kita telah melalui 5 kementerian, kita telah menjalankan analisis dalam gender budgeting. Melalui gender budgeting kita akan

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 11

memastikan semua dasar yang digubal oleh kerajaan kita dapat mementingkan wanita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Wira Syed Ali Tan Sri Syed Abbas Alhabshee.

7. Datuk Wira Syed Ali Tan Sri Syed Abbas Alhabshee minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyatakan, apakah pihak kerajaan ada memperuntukkan geran pembiayaan bagi penghasilan manuskrip atau pengkajian seni, budaya dan warisan sejarah dan setakat ini berapa banyak jumlah penghasilannya.

Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan [Dato' Wong Kam Hoong]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak ada menyediakan peruntukan berbentuk geran untuk penghasilan manuskrip. Walau bagaimanapun, keperluan untuk menghasilkan manuskrip ada disediakan peruntukan tahunan kepada Perpustakaan Negara Malaysia iaitu sebanyak RM150 ribu dari peruntukan Belanja Mengurus dan sebanyak RM150 ribu lagi dari peruntukan Pembangunan di bawah Aktiviti Pembangunan Koleksi Malaysia. Penghasilan manuskrip ini dibuat secara pembelian dengan pihak-pihak tertentu. Harga bagi setiap manuskrip adalah di antara RM2 ribu hingga RM30 ribu bergantung kepada kandungan dan jenis-jenis manuskrip.

Semenjak skim ini diwujudkan iaitu mulai tahun 1992 sehingga kini pihak Perpustakaan Negara Malaysia telah menghasilkan 12 jilid jurnal filologi Melayu dan sebuah buku Kajian Para Sarjana daripada manuskrip terpilih. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Ismail bin Kassim.

Tuan Ismail bin Kasim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah berapakah jumlah manuskrip yang masih lagi terdapat di luar negara dan apakah tajuk-tajuk buku yang diterbitkan hasil dari kajian yang telah dibuat selama ini. Terima kasih.

Dato' Wong Kam Hoong: Tuan Yang di-Pertua, bahagian pertama iaitu tentang bilangan manuskrip yang dipegang oleh Perpustakaan Negara Malaysia bilangan itu saya tidak ada di tangan saya tetapi di dalam manuskrip ini kita menghasilkan 10 buah buku iaitu saya akan namakan tajuk-tajuk buku ini iaitu:

(1) Syair Siti Zubaidah Perang China: Perspektif Sejarah, 1994;

(2) Syair-syair Melayu Riau, 1995;

(3) Hikayat Ahmat Muhammad, 1996;

(4) Akayet Inra Patra, 1997;

(5) Syair Madhi: Citra Melayu Nusantara, 1997;

(6) Undang-undang Minangkabau: Wacana Intelektual dan Warna Ideologi, 1997;

(7) Akayet Dowa-Mano, 1998;

(8) Hikayat Indera Quraisyin: Satu Kajian, 1998;

(9) Petua Membina Rumah Melayu: Dari sudut Etnis Antropologi, 2000; dan

(10) Warisan Manuskrip Melayu (Buku Bergambar), 2002.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Datuk Dr. Jins Shamsuddin.

Datuk Dr. Jins Shamsudin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan saya ialah adakah kerajaan bercadang untuk

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

12 DN.15.5.2006

menambah lagi peruntukan bagi mengkaji bidang-bidang yang masih dan perlu dikaji untuk dikenal pasti oleh kementerian bagi memastikan semua bidang-bidang warisan sejarah untuk disenaraikan di bawah Pesuruhjaya Warisan Kebangsaan. Terima kasih.

Dato' Wong Kam Hoong: Setakat ini kita hanya ada peruntukan untuk pengkajian manuskrip sahaja maka pengkajian seni, budaya dan warisan masih belum ada lagi tetapi dengan kewujudan Akta Warisan Kebudayaan 2005 maka kita akan minta lebih peruntukan untuk pengkajian tentang seni, budaya dan warisan. Terima kasih.

8. Dato’ Omar bin Faudzar minta Menteri Kewangan menyatakan, peratus wang EPF yang telah dilaburkan di dalam syarikat-syarikat GLC’s iaitu Government Link Company, dari tahun 2000 hingga 2005.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin]: Tuan Yang di-Pertua, minta maaf. Ingatkan ada soalan tambahan lagi tadi. Tentang pelaburan EPF atau KWSP dalam syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan GLC’s, jumlah syarikat-syarikat tersebut adalah 15 buah GLC di mana KWSP mempunyai pelaburan dan juga yang mengeluarkan pinjaman. Jumlah pelaburan di dalam ekuiti syarikat-syarikat 15 ini adalah sejumlah RM16 bilion dan jumlah pinjaman yang diberikan kepada syarikat-syarikat ini ialah RM5.2 bilion. Jadi jumlah kesemuanya adalah RM21.2 bilion. Berbanding dengan jumlah keseluruhan aset atau dana KWSP iaitu RM264 bilion. Pendedahan RM21.2 bilion ini merupakan 8% daripada jumlah aset KWSP. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Dato’ Omar.

Dato’ Omar bin Faudzar: Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin bertanya sebab syarikat-syarikat GLC ini banyak yang mendapat investors daripada luar seperti Temasek, Park May dan sebagainya sebab kemudahan-kemudahan yang diberi oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat GLC dan juga tender-tender yang diberi. Kenapa EPF tidak begitu berminat dengan syarikat-syarikat ini dan membiarkan syarikat asing mengambil alih ataupun mengambil ekuiti di dalam syarikat-syarikat GLC.

Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: Saya rasa untuk menyatakan bahawa EPF tidak berminat itu mungkin tidak tepat kerana EPF sudah pun melabur dalam 15 buah GLC. Dari segi 15 ini yang merupakan syarikat-syarikat yang besar memang pelaburan EPF tertakluk kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan. Pulangan pada pencarum adalah salah satu pertimbangan yang penting. Jadi segala pelaburan adalah dibuat berdasarkan kepada potensi syarikat tersebut, kemampuan untuk memberi pulangan dan juga kalau syarikat-syarikat yang masih tidak disenaraikan maka peluang untuk mendapatkan pulangan yang baik melalui satu yang dinamakan exit scheme sama ada melalui penyenaraian ataupun penjualan yang boleh menguntungkan.

Jadi saya tidak nampak bahawa EPF tidak mempunyai minat, pertamanya. Keduanya, apa-apa pelaburan yang dibuat ataupun pertimbangan untuk melaburkan mestilah berdasarkan kepada kriteria-kriteria dan potensi untuk mendapatkan pulangan yang baik, untuk memastikan bahawa pulangan juga adalah baik kepada semua pencarum. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dr. Fuad.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah berapakah jumlah yang dilaburkan oleh EPF dalam MBSB dan apa tindakan EPF kerana MBSB ini sentiasa rugi tidak pernah untung pun. Terima kasih.

Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: MBSB ini adalah merupakan sebuah anak syarikat milik sebahagian besarnya oleh EPF iaitu 63% dan ini adalah sesuatu sedang diambil perhatian oleh EPF untuk memastikan syarikat ini akan kembali pulih dan memberi pulangan di masa akan datang.

Timbalan Yang di-Pertua: Dengar daripada salah seorang ahli ekonomi Dato’ Dr. Norraesah.

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 13

Dato' Dr. Norraesah binti Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Sungguhpun, jumlah pendedahan dari segi relatif dan peratusan adalah kecil tetapi dari segi volume adalah amat besar RM21.2 bilion. Pernahkah EPF setakat ini mengadakan satu analisa yang menunjukkan bahawa pulangan kepada jumlah pelaburan yang dibuat dalam 15 syarikat ini adalah lebih berkesan, lebih tinggi daripada sekiranya ia dilaburkan dengan secara konvensional. Umpamanya, melabur di dalam bon. Terima kasih.

Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: Memang EPF mempunyai penasihat-penasihat dan juga ahli panel pelaburan yang terdiri daripada pakar-pakar di dalam negara kita. Memang kita tidak dapat melabur seperti di masa-masa dahulu dalam Malaysian Government Securities (MGS) atau bon kerajaan kerana itulah yang biasanya dibuat oleh EPF pada suatu masa dahulu. Bahkan ada akta yang memerlukan EPF melabur sejumlah keseluruhannya 75% asetnya dalam MGS atau government bon tetapi pada hari ini, pengeluaran bon oleh kerajaan sudah tidak lagi seperti sebelumnya iaitu EPF kalaupun mahu melabur dalam bon, terutamanya bon kerajaan, ini tidak dapat kerana kerajaan tidak keluarkan bon sejumlah yang dahulu.

Bahkan EPF perlu mendapat kelulusan khusus daripada Menteri Kewangan supaya ianya tidak terikat dengan peraturan akta 75% supaya tidak ada bon dalam pasaran. Sekarang ini pemegangan dalam bon MGS ini hanya lebih kurang 40% sahaja. Jadi tidak timbul soal EPF tidak ingin melabur dalam bon tetapi ianya sudah berubah. Keadaan pasaran sudah berubah. Jadi oleh itu, EPF perlu juga melabur dalam instrumen-instrumen ataupun alat-alat pelaburan yang lain seperti saham-saham.

Perlu juga diingatkan bahawa pelaburan, umpamanya dalam simpanan, deposit dan sebagainya tidak memberi pulangan yang baik kerana kadar faedah sejak kebelakangan ini adalah cukup rendah. Jadi ini semua perlu dipertimbangkan oleh EPF supaya bukan sahaja pelaburan oleh EPF ini agak menjamin selamat, secure untuk jangka panjang tetapi juga pelaburan yang boleh menghasilkan pulangan yang agak munasabah supaya kadar pulangan yang diberikan kepada pencarum, yang berjumlah lebih 11 juta orang yang merupakan pencarum kepada EPF hari ini, dapat diberikan pada kadar yang terbaik. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Tuan Wilson Sagamani a/l Paul Devasagayam.

9. Tuan Wilson Sagamani a/l Paul Devasagayam minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan:

(a) sama ada kementerian dan pihak Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) telah bersetuju dengan kadar pendapatan minimum kepada para nelayan; dan

(b) adakah kementerian sedang menggalakkan para nelayan untuk menambahkan pendapatan mereka dengan menceburkan diri dalam kerja-kerja sampingan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Datuk Mah Siew Keong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

(a) Setakat ini, tidak ada satu ketetapan tentang pendapatan minimum kepada nelayan. Pembahagian pendapatan nelayan pada masa ini berdasarkan kepada pembahagian ‘panggu’ di antara pemilik bot, tekong dan awak-awak.

Walau bagaimanapun,

(b) Kementerian melalui LKIM memang sentiasa menggalakkan para nelayan menggambarkan pendapatan mereka melalui kerja-kerja sampingan seperti menceburi bidang pemprosesan makanan, kraf tangan, agro-tourism seperti sports fishing,

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

14 DN.15.5.2006

homestay dan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan industri perikanan.

Terima kasih.

Datuk Dr. Lee Chong Meng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Mengikut pengalaman negara-negara jiran yang aktif di dalam bidang tangkapan ikan besar. Untuk menambah pendapatan para nelayan di Malaysia, adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa tangkapan ikan-ikan besar hanya boleh dibuat di dalam lautan yang dalam, deep sea fishing dengan izin. Jadi, adakah kementerian melalui LKIM menolong para nelayan untuk membeli bot-bot atau menyewa bot-bot untuk tangkapan ikan besar di South Asia atau lautan yang lain dan juga adakah latihan diberikan kepada para nelayan tentang bot yang besar. Inilah penting untuk menggalakkan para nelayan untuk menambahkan pendapatan mereka. Sekian, terima kasih.

Dato' Mah Siew Keong: Terima kasih Yang Berhormat. Saya memang setuju kerana pada masa kini di kawasan pantai, kita sudah sampai ke tahap di mana tangkapan melebihi supply. Jika ini diteruskan dalam masa tidak lama lagi di kawasan pantai ya, tidak akan ada bekalan ikan lagi. Oleh itu, saya setuju bahawa kita sekarang sedang menggalakkan nelayan kita pergi ke luar sedikit, ke deep sea fishing. Pada masa ini, kementerian ada satu skim transformasi di mana kita menggalakkan penggabungan bot-bot kecil di kalangan nelayan. Misalnya empat, lima bot kecil LKIM iaitu agensi kementerian akan beli bot-bot kecil itu dengan satu harga yang berpatutan dan kita tolong nelayan ini untuk membeli satu bot yang lebih besar dan selepas itu kita beri latihan supaya mereka dapat keluar laut yang lebih dalam. Ini adalah beberapa aktiviti dan juga melalui Bank Pertanian, kita sekarang ada skim seperti 3F dan untuk menggalakkan pengusaha dan nelayan-nelayan mengadakan bot yang lebih besar untuk ke laut dalam. Terima kasih.

Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir: [Bangun]

Dato' Dr. Chin Fook Weng: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir dan selepas itu Dato' Dr. Chin Fook Weng.

Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kenapakah nelayan-nelayan kita kurang berminat untuk menangkap ikan di laut dalam? Padahal, kita tahu di laut dalam, pendapatan adalah lebih lumayan lagi. Terima kasih.

Dato' Mah Siew Keong: Seperti yang tadi saya beritahu, bahawa untuk menangkap ikan di laut dalam, kita perlu bot-bot tangkapan yang lebih mahal. Kita akui bahawa dari segi ini, kewangan adalah satu masalah. Oleh itu, kementerian sekarang sedang mengkaji tindakan-tindakan yang perlu diambil supaya pengusaha itu, kita dapat kewangan dan finance untuk melabur dalam bot-bot besar. Terima kasih.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, daripada beberapa tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk membantu para nelayan mendapatkan pendapatan yang lebih baik ialah dengan bantuan diesel tetapi dari segi pemasaran tangkapan itu, apakah tindakan yang telah diambil supaya harga untuk tangkapan itu boleh lebih tinggi dan juga peranan orang tengah itu dikurangkan dalam hal ini. Terima kasih.

Dato' Mah Siew Keong: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya LKIM telah mengambil banyak tindakan dari segi pemasaran tetapi sekarang saya hendak membangkitkan satu isu sahaja iaitu di negara kita, hampir 90% tangkapan ikan adalah dijual secara segar. Di negara jiran, ia berlainan. Hampir 7% hingga 8% ikan dijual sebagai diproses. Apabila ikan dijual sebagai diproses, ia boleh tahan lebih lama dan ia ada value added. So, dari segi ini, sekarang kementerian kita fokus untuk menolong nelayan dalam perusahaan pemprosesan dan juga kementerian juga telah mengadakan banyak kursus untuk menggalakkan pengusaha supaya kita ada factories berdekatan dengan kawasan mengumpul ikan supaya meningkatkan ikan yang diproses untuk penjualan. Saya yakin dalam lima tahun, angka ikan yang diproses akan meningkat dan ini akan memberi lebih faedah dari segi harga untuk nelayan-nelayan kita.

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 15

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Puan Hajah Wan Hazani binti Wan Nor.

10. Puan Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd. Nor minta Menteri Pelajaran menyatakan, apakah kajian implikasi terhadap penempatan guru-guru berijazah sebagai Guru Penolong Kanan di sekolah rendah kebangsaan di mana Guru Besar pula bukan guru berijazah. Kenapakah tidak dilantik guru berijazah DG41 di sekolah-sekolah kebangsaan yang berpengalaman sebagai Guru Besar.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran [Puan Komala Devi]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia memang memberi perhatian terhadap penempatan guru-guru berijazah di sekolah-sekolah rendah. Sehingga 31 Januari 2006, seramai 18,669 guru berijazah telah ditempatkan di sekolah rendah. Sehingga kini, seramai 156 Guru Besar DG41 telah menyandang jawatan tersebut secara khas untuk penyandang atau KUP. Mereka ini terdiri daripada kalangan yang memang sedia menyandang jawatan Guru Besar sebelum dilantik ke gred DG41 setelah memperoleh Ijazah Pertama.

Setakat ini, Kementerian Pelajaran tidak menerima sebarang rungutan terhadap penempatan guru-guru berijazah di sekolah rendah meskipun guru besar bukan di kalangan guru berijazah. Mereka dapat melaksanakan tugas dalam keadaan yang harmoni kerana mereka memahami tugas dan peranan masing-masing. Usaha-usaha menempatkan guru-guru berijazah di sekolah rendah berupaya memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran serta memberi faedah kepada murid-murid.

Malah, hubungan yang profesional yang terjalin antara guru besar dan guru-guru sangat penting bagi memastikan usaha-usaha memartabatkan profesion perguruan ini adalah tanggungjawab semua. Kesedaran para guru untuk bertugas berdasarkan tanggungjawab yang diamanahkan berupaya mengekang perasaan tidak puas hati mereka terhadap perbezaan yang wujud di kalangan mereka. Untuk Ahli Yang Berhormat, tidak semua guru berijazah layak untuk dilantik sebagai Guru Besar kerana guru-guru tersebut perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Wan Nordin bin Che Murat.

Tuan Wan Nordin bin Che Murat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah keluhan yang dikeluarkan oleh graduan-graduan daripada UPSI beberapa hari ini, yang ada kaitan dengan soalan yang dibangkitkan. Apakah rancangan kerajaan bagi menyelesaikan masalah graduan-graduan UPSI yang menganggur? Terima kasih.

Puan Komala Devi: Tuan Yang di-Pertua, soalan itu adalah luar daripada tajuk soalan iaitu....

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat boleh memilih untuk tidak menjawab, kerana tidak ada maklumat-maklumat.

Puan Komala Devi: Saya memerlukan notis. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Puan Hajah Samsiah binti Samsudin.

11. Puan Hajah Samsiah binti Samsudin minta Perdana Menteri menyatakan, bagaimana perkara sepasang suami isteri yang terpaksa diakadkan semula boleh berlaku seperti yang terjadi kepada pasangan Zanariah dan Muhamad Nazirul Azman dari Muar. Bagaimanakah cara bagi mengelakkan perkara ini dari berlaku lagi demi menjaga kesucian agama Islam itu sendiri.

Dato’ Haji Abdul Rahman Suliman: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menjawab bagi pihak menteri yang berkenaan, yang memaklumkan kepada saya, tidak dapat hadir.

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

16 DN.15.5.2006

Tuan Yang di-Pertua, terdapat pasangan suami isteri yang diakadnikahkan semula apabila berlaku perkara berikut:

(i) akad nikah tidak menepati atau memenuhi lima Rukun Nikah yang ditetapkan oleh syarak; dan

(ii) tidak mengikut tertib susunan wali yang ditetapkan oleh syarak.

Dalam kes Zanariah Abdullah dan Muhamad Nazirul Azman dinikahkan semula kerana maklumat tentang wali tidak dinyatakan dengan benar serta tidak mengikut tertib susunan wali. Yang kedua, bagi mengelakkan perkara ini dari terus berlaku, perkara-perkara berikut akan diberi perhatian. Yang pertama, pemohon hendaklah:

(i) mengambil maklum tentang perkara-perkara yang menjadi keperluan bagi menentukan atau memberi kesan kepada sah dan batal sesuatu akad nikah; dan

(ii) memberi maklumat sebenar berkenaan status wali kepada Penolong Pendaftar semasa membuat pengesahan borang permohonan nikah.

Pentadbiran Nikah Cerai dan Rujuk perlu:

(i) memaklumkan kepada pemohon mengenai perkara-perkara yang diperlukan semasa mendapatkan pengesahan borang permohonan nikah; dan

(ii) menyemak dan mengenal pasti status serta susunan tertib wali semasa membuat pengesahan borang permohonan nikah oleh pemohon.

Pihak berkuasa agama negeri-negeri perlu:

(i) membuat penaziran terhadap penyampaian maklumat dan pengetahuan berkaitan perkara-perkara sah dan batal akad nikah yang terdapat dalam modul kursus pra perkahwinan;

(ii) menyelia terhadap keberkesanan penyampaian fasilitator kursus pra perkahwinan; dan

(iii) meningkatkan kursus intensif kepada Penolong Pendaftar.

Semua perkara yang disebut itu akan diselaraskan oleh JAKIM dengan Jabatan Agama Islam negeri-negeri menerusi jawatankuasa tertentu yang diadakan secara berkala supaya penambahbaikan sentiasa dibuat dari masa ke semasa serta memastikan kes seumpama itu tidak berulang.

Puan Hajah Samsiah Samsudin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah, jika dalam kebersamaan itu pasangan ini dikurniakan zuriat, apakah taraf anak ini dan bolehkah ia mewarisi harta pusaka kedua ibu bapanya, terima kasih.

Dato’ Haji Abdul Raman Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua, saya cubalah jawab dan saya harap jawapan saya ini menepati hukum agama. Seperti mana yang kita maklum, kalau perkara ini berlaku, maka anak ini kita panggil Watib Subaha ertinya anak ini sah dari segi hukum tetapi ini adalah masalah pentadbiran dan ia hanya perlu disahkan semula untuk tujuan itu. Jadi hak sebagai anak untuk mendapat harta pusaka dan sebagainya semua adalah sah.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Begitulah hebatnya anggota pentadbiran kita. Bukan sahaja terpaksa mengetahui kerja-kerja di bidang kuasa kita, tetapi kena juga tahu kerja-kerja di bidang kuasa anggota pentadbiran yang lain, terima kasih Yang Berhormat... [Tepuk]

Silakan Yang Berhormat Tuan Tan Bon You.

Seorang Ahli: [Bangun]

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 17

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat boleh kemukakan soalan tambahan kepada perkara-perkara lain ataupun kepada anggota pentadbiran yang berkenaan apabila berbahas nanti, silakan Yang Berhormat bagi Tuan Tan Bon You.

12. Tuan Tan Bon You minta Menteri Penerangan menyatakan, rasional di sebalik arahan memaksa Radio Ai FM memainkan sekurang-kurangnya sebuah lagu Melayu dalam setiap jam. Adakah kementerian bersedia menghadapi risiko kehilangan pendengar di kalangan orang Cina dan menyebabkan informasi penting dari kerajaan tidak dapat disampaikan kepada mereka.

Timbalan Menteri Penerangan [Tuan Chia Kwang Chye]: Tuan Yang di-Pertua, salah satu objektif Jabatan Penyiaran Malaysia atau Radio RTM adalah membantu mewujudkan perpaduan dan keharmonian bangsa melalui pendekatan penggunaan Bahasa Malaysia di kalangan masyarakat berbilang kaum. Siaran lagu-lagu patriotik Bahasa Malaysia di stesen Ai FM merupakan salah satu strategik bagi mewujudkan semangat jati dan patriotism di kalangan masyarakat berbilang kaum.

Kajian AC Nelson tidak menunjukkan penyiaran satu lagu patriotik bahasa Malaysia sekali dalam setiap jam di stesen radio bukan bahasa Malaysia menyebabkan pendengar akan beralih ke stesen radio yang lain. Ini adalah berdasarkan pada kajian AC Nelson trip 1 2005 pendengar Ai FM adalah seramai 450 ribu pendengar-pendengar seminggu dan trip kedua 2005 meningkatkan kepada 658 ribu pendengar seminggu. Ini bermakna peralihan pendengar dari satu stesen ke stesen yang lain akan dipengaruhi penyiaran lagu asing daripada bahasa penghantar radio berkenaan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya Yang Berhormat Tuan Tan Bon You.

Tuan Tan Bon You: Terima kasih atas jawapan tadi daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri itu. Adakah kementerian bercadang untuk memainkan lagu-lagu patriotik dalam bahasa Mandarin supaya mesej dan unsur-unsur tersebut dapat disalurkan kepada pendengar secara lebih berkesan.

Tuan Chia Kwang Chye: Tuan Yang di-Pertua, selain daripada lagu-lagu patriotik dalam bahasa Malaysia juga ada rancangan untuk mengaji bahawa sebagai satu penambahan lagu-lagu patriotik dalam bahasa lain boleh dikajikan dan memang ada rancangan untuk mengadakan lagu-lagu lain di mana kita dapat mengemukakan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia dan stesen nasional ataupun Nasional FM ada lagu-lagu patriotik dalam bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa Malaysia juga adalah dalam banyak program. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Datuk Yaakob bin Haji Mohammad.

Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya daripada jawapan yang telah dinyatakan tadi, ternyata dengan adanya satu lagu Melayu dalam program tersebut telah menambahkan minat untuk pendengar-pendengar dalam saluran tersebut. Apakah pandangan Yang Berhormat kalau kita tambah lagu satu Melayu dalam saluran tersebut. Mungkin fakta ini akan lebih bertambah bagi pendengar-pendengar bagi saluran tersebut terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Menguatkan lagi ke patriotismenya.

Tuan Chia Kwang Chye: Saya tidak dengar.

Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Yang Berhormat telah menyatakan dengan adanya tambahan satu lagu Melayu dari fakta yang dinyatakan menunjukkan pendengar telah pun bertambah. Dengan wujudnya semangat jati diri dan mengukuhkan semangat perpaduan, kemungkinan kita boleh tambah satu lagi lagu Melayu di dalam program tersebut, mungkin fakta tersebut boleh meningkatkan lagi para pendengar, apa pandangan Yang Berhormat, terima kasih.

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

18 DN.15.5.2006

Tuan Chia Kwang Chye: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan di sini bahawa lagu-lagu dalam beberapa bahasa ada di semua stesen. Seperti mana apa yang dikatakan tadi, sebagai satu contoh, Nasional FM adalah dalam bahasa Malaysia, tetapi ada lagu-lagu lain-lain bahasa yang bercorak patriotisme ada bermain dalam stesen itu dan dalam stesen saya pun ada bahasa lain iaitu bahasa patriotisme. Jadi setakat ini tidak ada, kita belum ada maklum balas sama ada kalau pada masa hendak datang itu, sama ada satu lagu boleh meningkat kerana strip ini adalah setengah tahun. Jadi sekarang kita belum dapat maklum balas tetapi baru kita dapat maklum balas daripada kajian AC Nelson barulah kita adakan satu keputusan.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Chia Kwang Chye: Ini yang besar sekali Yang Berhormat. Bukan sahaja lagu-lagu patriotik dalam bahasa yang berkenaan dapat memupuk semangat patriotisme, lain-lain isi kandungan yang kita boleh mengadakan yang juga boleh membawa. Jadi ada satu pendekatan di mana apakah cara yang baik sekali dapat kita sampaikan mesej ini supaya memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat, terima kasih.

13. Dato’ Haji Muhamad bin Haji Abdul Ghani minta Menteri Pertahanan menyatakan, apakah kementerian bercadang untuk menubuhkan cawangan pusat latihan PERHEBAT di setiap negeri bagi membolehkan anggota tentera yang bakal berhenti dapat menjalani latihan peralihan di negeri masing-masing di samping memberikan perkhidmatan bimbingan susulan dan pemantauan yang lebih efektif terhadap hasil pencapaian dari program-program latihan yang telah dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pertahanan [Dato’ Zainal Abidin bin Zin]: Tuan Yang di-Pertua, dan Yang Berhormat Senator pada masa ini kementerian tidak berhasrat untuk menubuhkan cawangan pusat latihan PERHEBAT di setiap negeri kerana ia menimbulkan kos overhead yang tinggi dan tidak kos efektif. Walau bagaimanapun, sebagai alternatif anggota tentera yang ingin menjalani latihan peralihan di tempat pilihan masing-masing, masih boleh berbuat demikian dengan menjalani latihan di Pusat Giat Mara dan Institut Perindustrian atau lain-lain pusat latihan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh negara kita. Dari segi pemantauan dan perkhidmatan bimbingan susulan, PERHEBAT sedang giat menjalani aktiviti ini melalui pejabat-pejabat cawangan yang sedia ada di seluruh negara.

Timbalan Yang di-Pertua: Datuk Yaakob bin Haji Mohammad.

Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Minta penjelasan, apakah menyebabkan bakal-bakal pesara tidak mengikuti kursus peralihan daripada PERHEBAT, setiap anggota ATM yang akan bersara dan mengapa tidak mewajibkan bakal pesara kursus peralihan dengan PERHEBAT kerana bagi mereka yang kursus luar daripada PERHEBAT kurang berkesan, terima kasih.

Dato’ Zainal Abidin bin Zin: Tuan Yang di-Pertua, dan Yang Berhormat Senator dalam memberi peluang pekerjaan dan kursus professionals atau semi-professional dengan izin, yang diberikan oleh tentera Malaysia kepada anggota-anggotanya adalah terbuka tetapi sebagai badan yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan kursus-kursus dan latihan sebelum bersara ini PERHEBAT menjalankannya dan menawarkan pilihan ini kepada anggota-anggota tentera yang akan bersara. Dalam masa yang sama, kita memberi peluang kepada anggota tentera yang ingin menjalani mengikuti kursus-kursus profesional dan semi profesional termasuk pentadbiran melalui agensi-agensi bukan kerajaan yang boleh memberi peluang kepada pilihan mereka. Interest ataupun keinginan anggota ingin memilih adalah terbuka dan peluang mereka untuk menyertai setalah lepasan kursus ini itu mengikut kesempatan ataupun pengalaman yang mereka ingin teroka adventure.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir.

Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, dalam setahun berapa ramaikan tentera yang berhenti daripada ATM dan jumlah yang mengikuti latihan di PERHEBAT, terima kasih.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 19

Dato’ Zainal Abidin bin Zin: Tuan Yang di-Pertua, anggota tentera kita ada keseluruhannya 120 ribu ke 130 ribu tetapi seperti yang diketahui soalan awal Kementerian Pertahanan tentang perjawatan, ada anggota-anggota yang ingin meneruskan walaupun sampai kepada tarikh tamat perkhidmatan, sambungan setahu dua tahun. Ada anggota tentera yang memohon berhenti dalam perkhidmatan mereka lebih awal.

Persoalan untuk mengetahui berapa ramai itu perlukan satu data yang terperinci. Saya pohon notis tetapi, saya yakin bahawa umpamanya dalam tahun 2005, seramai 2,601 orang anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan daripada 120 ribu - 130 ribu. Daripada saya ini, Yang Berhormat jangan menganggapkan apabila peserta 2,000 orang berhenti tamat perkhidmatan maka berkurang bilangan ini berlaku pada saat itu. Dalam masa yang sama kita membuat pengambilan juga, recruitment untuk mengekalkan bilangan yang berkenaan.

Sungguhpun demikian bilangan yang telah mengikuti kursus ialah seramai 775 orang sahaja. Ini atas minat dia, ada anggota yang berhenti tidak mengikuti kursus peralihan, ada anggota yang tahu hendak berhenti tidak mahu mengikuti kursus peralihan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk pertanyaan bagi jawab lisan telah pun cukup.

[Masa bagi Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan telah tamat]

USUL

USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN

SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen yang Kesebelas.” [11 Mei 2006]

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya minta Yang Berhormat Puan Sri Kelana D’Raja Datin (Dr.) Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad Nik Azizah binti Haji Nik Yahya menyambung perbahasan.

11.28 pagi.

Che Puan Sri Kelana D’Raja Datin (Dr.) Datuk Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sambung ucapan saya. Pada hari Khamis yang lalu saya sebut tentang rumah-rumah urut. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, ‘urut’ dalam pengertian perubatan ialah kaedah sistematik dan manipulasi saintifik terhadap tisu tubuh badan dengan menggunakan tangan ke atas sistem otot, urut dan pengaliran darah. Mengikut sejarah, pengurutan begitu popular di Negeri China sejak lebih 3,000 tahun dahulu. Ahli fizik Greek, Hippocrates kemudian menggunakan sebahagian kaedah ini untuk

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

20 DN.15.5.2006

merawat terkehel dan terseliuh. Pada awal abad ke-19, seorang doktor di Stockholm, Sweden mengubah suai sistem pengurut untuk merawat kecederaan membabitkan sendi dan otot.

Selepas itu ramai yang memperluaskan cara rawatan melalui mengurut untuk merawat kecacatan radang sendi dan memperbetulkan otot lumpuh. Mengurut juga digunakan untuk meringankan kesakitan dan mengurangkan bengkak, melegakan otot dan mempercepatkan proses penyembuhan. Begitu pun mengurut tidak boleh menghalang kehilangan kekuatan otot atau mengurangkan kadar lemak badan. Tuan Yang di-Pertua menurut pakar perubatan ada 6666 urat yang semuanya berkait dengan tubuh badan manusia lantaran itu mengurut memerlukan kepakaran luar biasa dan pengalaman yang luas kerana sebarang kesilapan boleh memudaratkan. Pada hari ini dalam konteks dunia moden istilah mengurut itu sudah diperluaskan. Mengurut tidak lagi membawa gambaran tukang urut tradisional atau wanita genit yang sentiasa menanti anda dengan senyuman meleret di rumah-rumah urut.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tentang urut ini banyaklah kebaikannya tetapi saya hendak teruskan akhir-akhir ini spa dan rumah urut tumbuh bagai cendawan di negara kita. Asalnya dalam permohonan premis ini bertujuan untuk memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Bagaimanapun kebanyakannya wujud sebagai premis perkhidmatan penjagaan kesihatan hanya atas nama sahaja. Pusat-pusat tersebut akhirnya disalahgunakan untuk tujuan maksiat...

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Yang Berhormat mohon laluan. Saya hendak tanyalah.

Tuan Yang di-Pertua: Sila duduk Yang Berhormat kalau Yang Berhormat beri laluan Yang Berhormat duduk. Tidak mahu beri laluan?

Che Puan Sri Kelana D’Raja Datin (Dr.) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya: Biar saya teruskan dahulu Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, antara lokasi spa yang menawarkan perkhidmatan ini ialah di hotel-hotel mewah dan juga hotel...

Tuan Yang di-Pertua: Jadi di masa depan tidak usah tunggu saya sebut apa-apalah. Kalau Yang Berhormat itu tengok tidak mahu duduk itu makna dia tidak mahu beri laluan.

Che Puan Sri Kelana D’Raja Datin (Dr.) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya: Dan di hotel-hotel mewah dan juga murah di sekitar Lembah Klang dan di bandar-bandar besar. Malah sekarang ini pun bandar atau pekan kecil juga tidak terkecuali di samping terdapat spa yang terletak bersebelahan pusat membeli-belah. Jika satu ketika dulu kita banyak mendengar tentang penglibatan pelacur asing maka jangan terkejut kerana ketika ini gadis remaja Melayu juga menjadi juara dan mendahului senarai carta teratas ‘kupu-kupu malam’ yang terlaris. Jadi sekarang Yang Berhormat hendak memberi laluan?

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Mohon laluan Yang Berhormat.

Che Puan Sri Kelana D’Raja Datin (Dr.) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya: Sila.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Yang Berhormat terima kasih. Saya mendapati seolah-olah Yang Berhormat menyatakan isu ini seperti Yang Berhormat telah melakukan satu kajian termasuklah tentang jumlah urat dan sebagainya. Saya hendak tahu, saya tengok kadang-kadang ada iklan perkhidmatan tukang urut lelaki untuk lelaki. Maksudnya dia mengurut hanya untuk lelaki dan mungkin maksudnya ada lelaki yang hendakkan tukang urut lelaki sahaja tetapi apakah Yang Berhormat ada membuat kajian apakah tukang urut lelaki untuk lelaki ini matlamatnya kerana hendak jaga aurat ataupun sebenarnya ada tujuan lain lelaki dengan lelaki ini?

Che Puan Sri Kelana D’Raja Datin (Dr.) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya: Tuan Yang di-Pertua, saya ada juga buat kajian tentang jumlah lelaki gay ini, spa pesta seks gay. Baru-baru ini lelaki gay dikesan membuat aktiviti mereka dengan menjadikan

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 21

rumah urut dan pusat spa mewah sebagai lokasi untuk mengadakan pesta seks beramai-ramai. Saya percaya kalau yang betul-betul hendak urut itu memanglah tetapi yang kita tahu di bandar-bandar besar ini terutama sekali campuran anak-anak muda ini inilah dia Yang Berhormat. Jadi ada jugalah boleh dikatakan pusat spa pesta seks gay ini. Memang ada berlaku dan ada disiar dalam akhbar.

Tuan Yang di-Pertua, jika kita lihat pada garis panduan lokasi bagi permohonan lesen rumah urut di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ia tidak diluluskan sekiranya lokasi perniagaan itu rumah kedai, kompleks bangunan pejabat dan kompleks perdagangan.

Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Lihat sahaja di dataran rumah kedai pasti ada di celah-celah deretan itu tertera nama pusat kesihatan spa atau urut tradisional. Saya sememangnya prihatin tentang perkara ini kerana ramai yang menjadi tukang urut juga adalah di kalangan remaja Melayu yang masih mentah. Bagaimanakah mereka boleh terjebak di dalam aktiviti ini? Adakah ibu bapa mereka tidak mengetahui ataupun tahu tetapi tidak mengizinkan, mungkin juga mereka tidak memaklumkan pekerjaan yang sebenar kepada ibu bapa walaupun setiap bulan mereka mengirim wang ke kampung. Saya hairan bagaimana ia wujud dengan banyaknya seolah-olah tanpa kawalan malah ada hotel-hotel ternama juga menyediakan perkhidmatan spa. Baru-baru ini serbuan polis di salah sebuah hotel terkemuka di Subang membuktikan yang kegiatan ini wujud di tempat-tempat eksklusif.

Mungkin juga sudah lama wujud di sana. Sampai masanya peraturannya lebih jelas dan penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh dilaksanakan bagi menyekat pusat-pusat maksiat daripada dijadikan pusat maksiat. Tentulah kita tidak mahu konsep Islam Hadhari menjadi bahan ketawa dan senyuman sinis para pelancong khususnya. Tuan Yang di-Pertua, saya baru-baru ini ada sebut wanita akuarium dan wanita akuarium seperti di Bangkok, di Hong Kong dan di Amsterdam yang sememangnya terkenal malah tidak perlu pergi jauh kerana negara ini juga mempunyai wanita akuarium. Tidak kiralah kegiatan itu sememangnya menjurus kepada aktiviti pelacuran ataupun spa, pusat menjaga kesihatan, pusat refleksologi, urut kaki dan rumah urut.

Biasanya wanita-wanita akuarium itu hanya berpakaian lebih sedikit daripada bikini. Tuan Yang di-Pertua, lengkap dengan nombor, nombor plat ‘C’ untuk wanita Cina, ‘F’ bagi Filipina, ‘V’ bagi wanita dari Vietnam, ‘T’ bagi wanita Thailand dan ‘I’ wanita Indonesia. Terperanjatkah ini dengar, tidak ya? Bagi wanita dari Eropah Timur pula ia disediakan atas permintaan dan tidak berbaris, cara mudah pelanggan akan duduk dan dijamu pula dengan teh Cina sambil meneliti wanita mana yang dikehendaki. Malah bukan seorang sahaja dipilih tetapi lebih daripada itu asalkan mampu membayarnya. Seperti kewujudan rumah urut ini gadis Melayu yang menjadi tukang urut, memperoleh banyak kewangan pendapatan yang boleh mencecah antara RM3,000 hingga RM5,000....

Puan Siw Chun a/p Eam: Tuan Yang di-Pertua saya hendak minta laluan.

Che Puan Sri Kelana D’Raja Datin (Dr.) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya: Ya, sila.

Puan Siw Chun a/p Eam: Terima kasih Yang Berhormat kakanda saya kerana memberi laluan. Saya cuma bingung sedikit mengenai dengan akuarium wanita ini di mana yang saya tahu akuarium ikan untuk ikan hiasan dan Yang Berhormat dalam kenyataan Yang Berhormat menyatakan bahawa tentang nombor, tentang pelekat ‘T’, ‘P’, di manakah itu Yang Berhormat? Kalau boleh saya tengok Yang Berhormat Dato’ Ali pun tengok di manakah ia? Di mana itu Yang Berhormat boleh tidak cerita dalam ini. Terima kasih.

Che Puan Sri Kelana D’Raja Datin (Dr.) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini ada juga keluar berita dalam akhbar, Kuala Lumpur, polis menahan sembilan wanita dipercayai pelacur warga Cina yang mengadakan tarian bogel di sebuah hotel murah dalam serbuan bandar di Damansara. Ketika serbuan pagi kumpulan wanita berasingan di antara 17 hingga 25 tahun di sebuah bilik kaca di dewan hotel berkenaan, sambil dikelilingi oleh kira-kira 40 orang pelanggan. Berdasarkan intipan dan maklumat awal, pelacur itu dikatakan hanya memakai nombor

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

22 DN.15.5.2006

pada badan bagi memudahkan pelanggan memilih mereka. Setiap pelanggan dikenakan bayaran antara RM400 hingga RM580 bagi setiap pelacur yang mereka langgan. Ini dia ceritanya.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ucapan Yang Berhormat menjurus kepada sesuatu yang diungkapkan dalam bahasa Inggeris dengan kata-kata the oldest profession, bermakna fenomena ini lama, ianya meluas dan ianya bukan sekadar dicetuskan oleh perniagaan-perniagaan urut. Jadi apa pandangan Yang Berhormat?

Che Puan Sri Kelana D’Raja Datin (Dr.) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya: Itulah Tuan Yang di-Pertua yang saya sebut begini kerana saya harap negara kita ini dapat kita, sekurang-kurangnya dapat kita pertahankan supaya tidak merebak pekerjaan sebegini terutama sekali kepada anak-anak muda. Yang saya katakan tadi sampai masanya peraturan yang lebih jelas dan penguatkuasaannya yang bersungguh-sungguh dilaksanakan bagi menyekat pusat-pusat maksiat daripada dijadikan pusat maksiat. Tentulah kita tidak mahu konsep Islam Hadhari menjadi bahan ketawa dan senyuman sinis para pelancong khususnya dari negara-negara Islam.

Tuan Yang di-Pertua sebelum saya sudahi ucapan ini saya mohon izin...

Tuan Yang di-Pertua: Adakah Yang Berhormat hendak sudahi ucapan kerana gangguan terlalu banyak?

Che Puan Sri Kelana D’Raja Datin (Dr.) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya: Silakan Datuk.

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak tahu, adakah Yang Berhormat membuat satu kajian ataupun baca dalam surat khabar, ada satu lagi kegiatan urut yang sungguh popular di Kuala Lumpur ini iaitu yang dipanggil urut batin. Urut batin ini bermakna urut alat kelamin yang menggunakan gadis-gadis luar bandar yang tidak...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat-Yang Berhormat sebentar. Setakat yang saya faham dia ada yang zahir, ada yang batin? Macam mana kita urut yang tidak wujud secara fizikal? Urut batin.

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Itu urut pakai jauh daripada jauh, yang ini yang urut nampak. Menggunakan perkhidmatan gadis Melayu di luar bandar yang tidak ada kelulusan terutama kelulusan ataupun kepakaran mengenai urut. Kelulusan SPM memang tidak ada, SRP memang tidak ada tetapi terjebak kerana pendapatannya yang sungguh lumayan. Saya difahamkan satu bulan mereka beroleh pendapatan RM6,000, jadi tawaran itu siapa pun tidak akan tolak. Jadi yang saya tahu wujudnya bukan kawasan bandar, pusat bandar Kuala Lumpur.

Mereka menggunakan kawasan-kawasan di pinggir bandar seperti di Cheras, tempat Dato’ Syed Ali. Tempat saya di Kepong, kena cakap di luarlah... [Ketawa] Menggunakan khidmat gadis-gadis urut yang belasan tahun, yang keluar SPM, tetapi tak lulus SPM, yang lepas SPM. Mereka ini sukar dikesan oleh pihak yang berkuasa. Kalau pihak berkuasa tahu pun, dia tutup sebelah mata, sebab dia pun kadang-kadang penguat kuasa ini pun nak tumpang sekaki. Jadi, macam mana kita nak katakan, kita nak menegakkan prinsip Islam Hadhari? Sedangkan orang yang menjalankan penguatkuasaan itu pun bersubahat dan masih lagi berleluasa. Terdapat lima ribu, difahamkan lima ribu gadis Melayu yang bekerja sebagai gadis urut di Kuala Lumpur. Apa pandangan Yang Berhormat?

Tuan Yang di-Pertua: Adakah ini tak ada kaitan dengan kenaikan harga getah secara tiba-tiba?

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Oh, ini sebelum kenaikan harga getah lagi.... [Ketawa]

Che Puan Sri Kelana D’Raja Datin (Dr) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini adalah dari rumah. Mulai dari rumah, kita kena beri

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 23

pengajaran, pelajaran agama lebih di rumah. Dengan itu, dapatlah mengurangkan kegiatan yang dijalankan oleh muda-mudi ini.

Tuan Yang di-Pertua, memang saya sedar tentang apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Datuk tadi, tetapi saya keluarkan ini hanya semata-mata untuk mengurangkan apa yang telah berlaku buat masa ini dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya sudahi, izinkan saya menyampaikan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua kaum ibu. Semoga tahun ini akan membawa kejayaan yang lebih gemilang kepada semua kaum ibu di negara ini, negara Malaysia yang tercinta ini.

Kita memerlukan beribu askar untuk menjaga sebuah negara, tetapi seorang wanita diperlukan untuk membina sebuah keluarga. Seorang wanita, yang bergelar ibu sebagai pemimpin, sebagai pendidik, pengasuh bersifat penyayang dan bersifat pengasih. Itulah keistimewaan seorang wanita yang bergelar ibu yang boleh menggegarkan dunia. Selamat Hari Ibu untuk semua. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, di Pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen Kesebelas, pada 13 Mac 2006. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Tuan Lee, ya.

11.48 pagi.

Tuan Lee Chee Keong: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana peluang diberi kepada saya untuk sama-sama berbahas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada perkara yang telah disentuh oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, iaitu mengenai produk-produk halal Malaysia. Semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita menyentuh bahawa kita harus memperluaskan pasaran produk-produk halal kita keluar negara.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bilangan umat Islam di Malaysia hanya mencapai lebih kurang 18 juta orang. Tetapi di seluruh dunia, bilangan umat Islam mencapai 1.8 bilion orang. Ini bererti, umat Islam di Malaysia hanya 1 percent daripada jumlah besar umat Islam di seluruh dunia.

Jadi, hasrat kerajaan untuk memperluaskan pasaran produk-produk halal kita ke seluruh dunia, iaitu 99 percent umat Islam di seluruh dunia, dengan izin, saya rasa memang satu usaha yang baik, yang harus kita sama-sama jayakan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ada dua, tiga kali peluang jamuan bersama-sama dengan wakil-wakil daripada negeri China yang beragama Islam. Mereka ini datang daripada daerah Xi Jiang dengan izin, dengan Ling Hsia. Jadi kumpulan peniaga Islam daripada negeri China ini mengatakan bahawa mereka cukup berminat untuk sama-sama dengan peniaga Malaysia mengimport, mengeksport produk-produk halal.

Saya pernah tengok animal feed atau makanan lembu dalam bentuk ketulan dibawa oleh mereka macam kuih baulu kita. Jadi, lembu kalau makan ketulan makanan macam kuih baulu itu, saya rasa lebih gemuk, lebih cantik, lebih handsome.

Jadi saya ingin mencadangkan bahawa usaha kita untuk sama-sama mengeksport, mengimport produk-produk halal ini, boleh kita lakukan antara kerajaan dengan kerajaan, ‘G to G’, dengan izin. Memandangkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini, jumlah peruntukan yang telah dirancang, yang telah diluluskan untuk bidang pertanian, meningkat 46.5% dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Jadi, saya rasa ini memang satu usaha yang baik. Kalau boleh, kita buat ‘G to G’ antara Malaysia dengan mungkin Indonesia yang mempunyai lebih kurang 1 bilion umat Islam dan di negara China, lebih kurang 28 juta umat Islam.

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

24 DN.15.5.2006

Saya ingin cadangkan juga, usaha sama boleh kita lakukan antara pihak-pihak swasta. Antara Malaysia dengan negara-negara Islam yang lain. Contohnya, di Malaysia kita ada dengan izin, Islamic Chamber of Commerce, yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tengku Ahmad Rithauddeen. Jadi, badan-badan swasta begini memang, pada saya, harus memainkan peranan yang penting dalam memperluaskan pasaran untuk produk-produk halal kita. There is a ninety nine percent market out there, dengan izin. Jadi saya berharaplah, kalau kita menghadapi masalah bahasa misalnya, nak pergi ke negeri China, MCA bersedia membantu. Kami ada pakar-pakar bahasa ikut sama pergi menjual produk-produk halal Malaysia.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Yang Berhormat, minta laluan Yang Berhormat.

Tuan Lee Chee Keong: Ya.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Saya tertarik dengan..

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat nak beri laluan?

Tuan Lee Chee Keong: Ya, ya.

Tuan Yang di-Pertua: Sila duduk.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat tadi, yang saya rasa adalah satu penghujahan baru sebenarnya yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan khususnya yang mahu menjadikan Malaysia ini sebagai Hab Halal, sebab saya juga berkesempatan pergi ke tempat yang disebut oleh Yang Berhormat itu, di Shenyang itu, dan sempat melawat Universiti Farmaseutikal di Shenyang. Saya terkejut, kerana di Shenyang ini, mereka ada satu universiti yang dipanggil sebagai Universiti Farmaseutikal dan dalam perjumpaan dengan profesor, pengkaji-pengkaji yang mengeluarkan herbs ataupun herba-herba daripada tradisional yang ada di Shenyang itu.

Mereka menyatakan bahawa, sebenarnya mereka lebih suka jika sekiranya Malaysia dapat membantu, iaitu membawa pakar-pakar halal daripada Malaysia ini, membuat kajian terhadap herba mereka ini. Sama ada halal atau tidak halal, dan diberikan label “Halal” untuk dieksport ke negara-negara, khususnya di Timur Tengah yang memerlukan perubatan herba yang datang daripada China. Cuma mereka takut nak guna ini, sebab takut, halal tak halal, itu sahaja.

Saya rasa apa yang Yang Berhormat sebut itu tadi, sama dengan apa yang dibangkitkan oleh profesor-profesor ini yang sepatutnya, peniaga-peniaga kita bekerjasama pergi ke sana mencari barang-barang yang amat berkesan dari segi perubatan herba ini. Saya fikir, ini adalah yang baik dan saya ingin bertanya Yang Berhormat, apa pandangan Yang Berhormat tentang apa yang disebut oleh profesor tadi, iaitu maksudnya dibawa pakar-pakar ini, memberikan labeling “Halal” terhadap produk-produk mereka. Apakah ini baik untuk negara kita juga?

Tuan Lee Chee Keong: Terima kasih Yang Berhormat. Memang itu satu cara yang baik. Satu usaha sama yang harus kita capai antara dua buah negara. Untuk maklumat Yang Berhormat, produk-produk halal di negara China dengan ajaran Islam negara China, telah bertapak sejak beribu tahun yang lepas. Jadi kajian yang mereka jalankan, memang lebih canggih daripada kita. Jadi kalau kita boleh membantu memasarkan produk-produk mereka ke Timur Tengah, alangkah itu satu cara yang baik. Itulah saya katakan, sama ada ‘G to G’ atau antara pihak swasta dengan pihak swasta daripada kedua-dua buah negara. Terima kasih Yang Berhormat.

Perkara yang kedua, ingin saya tarik perhatian.....

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, seruan Yang Berhormat itu, lebih berkehendakkan pengusaha Malaysia menjadi pengeluar atau pembiaya atau pemasar. Yang mana terpenting?

Tuan Lee Chee Keong: Pada pandangan saya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pengeluar, mereka. Sebab ladangnya luas, lembunya lebih besar, hasilnya lebih

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 25

canggih. Yang boleh kita buat di sini ialah, kita tolong pasarkan produk-produk mereka. Iaitu salah satu bentuk usaha sama yang boleh kita lakukan, baik dengan negara China atau dengan Indonesia.

Tuan Yang di-Pertua: Itu kesimpulan yang saya nak cungkil daripada Yang Berhormat.

Tuan Lee Chee Keong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perkara yang kedua, yang saya bangkitkan pada pagi ini ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah sentuh bahawa rakyat perlu meningkatkan keutuhan, kewibawaan diri dan integriti untuk mencapai matlamat cemerlang, gemilang dan terbilang. Dalam aspek ini, pada sayalah, kita menghadapi beberapa masalah sikap kakitangan kerajaan yang saya tidak nampak mereka ini menyokong dasar-dasar kerajaan. Lebih kurang 10 hari yang lepas, di KLIA.

Ahli-ahli Yang Berhormat, KLIA ini pintu gerbang masuk ke Malaysia. KLIA ini, memberi imej atau impression pertama kepada pelancong atau pendatang. Jadi, kalau pegawai-pegawai kerajaan di KLIA ini tak bersikap positif, maka usaha kita sama ada dalam bidang pelancongan atau bidang-bidang yang lain akan menjadi sia-sia sahaja. Sepuluh hari yang lepas, mengikut akhbar, seorang pegawai Imigresen, terang-terang memberitahu kepada pelancong yang menjejak tapak kaki pertama di KLIA. Pegawai ini mengatakan, “We don’t welcome you”. Secara terus-terang dengan izin, perkara ini keluar dalam surat khabar. Saya tidak tahu sama ada kementerian berkenaan, mengambil tindakan terhadap kakitangan begini, atau membiarkan perkara begini berleluasa sehingga usaha memajukan pelancongan di Malaysia sia-sia. Berjuta-juta ringgit kita laburkan, akan menjadi sia-sia sahaja.

Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Tuan Yang di-Pertua, mohon laluan.

Tuan Lee Chee Keong: Ya.

Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Senator. Saya ingin mendapat sedikit penjelasan tentang kenyataan ataupun statement Yang Berhormat nyatakan tadi, iaitu mengatakan bahawa pegawai kerajaan tidak menyokong dasar kerajaan.

Sama ada Yang Berhormat ingin membuat sedikit pembetulan kalau dikatakan sebilangan kecil yang tidak menyokong dasar kerajaan kerana implikasi, khasnya daripada statement tersebut boleh menimbulkan rasa kurang senang di pihak perkhidmatan awam. Terima kasih.

Tuan Lee Chee Keong: Terima kasih Yang Berhormat. Memang tujuan saya tidak bermaksud semua kakitangan kerajaan. Contoh yang saya ambil dan saya cakap tadi adalah seorang sahaja. Jadi segelintir kakitangan kerajaan yang tidak mematuhi polisi atau dasar-dasar kerajaan, ini yang kita khuatir.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut jawapan-jawapan yang diberi oleh Kementerian Pelancongan minggu lepas, antara tahun 2003 hingga 2005 terdapat 50 juta orang pelancong. Puratanya seorang pelancong membelanjakan RM3,000 di Malaysia – makan, minum, penginapan dan sebagainya. Maka kalilah dengan 50 juta, berapa banyak keuntungan kita dalam bidang pelancongan yang dianggap sebagai satu industri yang tidak berasap. Jadi kalaulah kita dapati ada pegawai-pegawai imigresen di KLIA atau mungkin juga ada pegawai-pegawai polis yang mengambil kesempatan, saya rasa inilah bak kata orang “Sebab nila setitik rosaklah susu sebelanga”. Jenis-jenis kaunter...

Tuan Yang di-Pertua: Cerita Yang Berhormat tadi itu adakah ia satu cerita mengenai delivery system?

Tuan Lee Chee Keong: Memang betul. Saya cuma bimbang nila setitik ini merosakkan dasar kerajaan, merosakkan dasar Rancangan Malaysia kita.

Berkenaan dengan kaunter-kaunter servis yang saya sentuh tadi, begitu juga bak kata Timbalan Menteri Penerangan tadi, kita dapati stesen radio kerajaan ada 450 ribu

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

26 DN.15.5.2006

orang pendengar satu minggu tetapi mengikut stesen radio swasta, mereka claim, dengan izin, bahawa pendengar mereka 1.6 juta orang. Sekali lagi kita balik kepada sikap kita kenapa stesen-stesen swasta ini boleh mencapai 1.6 juta orang pendengar satu minggu, malahan kita sendiri, stesen kerajaan cuma 450 ribu. Jadi saya rasa kadang-kadang ini kita harus berbalik kepada dasarnya, kepada sikap kakitangan kerajaan kita.

Tuan Yang di-Pertua, perkara nombor tiga yang ingin saya bangkitkan ialah yang juga telah disentuh oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah peranan yang dimainkan oleh pendidikan tinggi di Malaysia. Secara umumnya pendidikan ini kita boleh lihat dalam dua jenis atau dua kategori iaitu IPTA dengan IPTS.

Tuan Yang di-Pertua: Istilah rasmi ia pendidikan tinggi atau pengajian tinggi?

Tuan Lee Chee Keong: Kalau kementerian itu pengajian tinggi. Kalau IPTA itu pendidikan tinggi – Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta. Daripada pandangan saya IPTA memang memainkan peranan utama dalam mewujudkan dan menyediakan modal insan untuk job market, dengan izin, atau pasaran pekerjaan kita, tetapi pada pandangan saya, kalau graduan-graduan daripada IPTA kita sudah berjaya mendapat sarjana muda tetapi masih memerlukan latihan tambahan, ini menunjukkan bahawa kurikulum yang telah kita sediakan dalam IPTA kita harus ditinjau semula.

Saya rasa kurikulum yang kita ajar di IPTA-IPTA kita tidak berfokuskan kemahiran yang mencukupi atau job based, dengan izin, graduan-graduan kita kurang berkeyakinan. Itu lagi satu kelemahan dan kurang daya saing. Jadi saya cadangkan kepada semua IPTA-IPTA kita supaya kita merombak semula kurikulum yang kita sediakan, latihan kemahiran yang kita berikan kepada undergraduates kita, dengan izin, supaya muda-mudi kita lulus daripada IPTA sanggup menghadapi cabaran globalisasi, sanggup menghadapi job market, dengan izin, yang di hadapan mereka.

Satu lagi kategori...

Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Minta laluan, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Lee Chee Keong: Sila.

Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya. Saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat berkaitan dengan saranan Yang Berhormat tadi tentang IPTA dan rombakan dari segi kurikulumnya. Bagaimana pula tentang kurikulum di pihak IPTS dan juga pelajar-pelajar kita yang menuntut di luar negara? Adakah yang datang dari luar negara itu mempunyai kurikulum yang lebih baik daripada IPTA kita dan adakah IPTS kita telah pun mempunyai tahap yang sesuai, tidak perlu rombakan, setaraf dengan IPTA, apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

Tuan Lee Chee Keong: Terima kasih Yang Berhormat. Saya belum sampai ke bahagian IPTS tetapi pada pandangan saya, secara umumnya kurikulum yang diusahakan oleh IPTS lebih berkesan kerana IPTS ini komersial. Kalau dia punya kurikulum tidak berjaya atau tidak berkesan, maka IPTS itu akan menghadapi nasib yang kurang baik.

Tuan Yang di-Pertua, banyak juga masalah yang dihadapi oleh IPTS-IPTS di negara kita yang berjumlah lebih kurang 500 buah tetapi setakat yang saya tahu, tidak banyak peluang untuk IPTS-IPTS meluahkan rasa hati mereka atau masalah mereka. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan beberapa perkara yang dihadapi oleh IPTS-IPTS di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, kita dapati bahawa semua IPTS atau kurikulum yang dibuat dan dijalankan oleh IPTS mesti mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi atau Unit Lembaga Akreditasi Negara (LAN) tetapi kita selalu menghadapi masalah kelewatan satu program, satu cadangan atau satu proposal program disampaikan kepada Kementerian Pengajian Tinggi mengambil masa berbulan-bulan. Pada waktu berbulan-bulan, kurikulum itu sudah taken over by event, sudah tidak laku lagi program itu.

Jadi apa yang IPTS hadapi sekarang ini ialah kelewatan kelulusan kurikulum-kurikulum yang dicadangkan oleh mereka kepada Kementerian Pengajian Tinggi, itu satu.

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 27

Mereka juga menghadapi kelewatan dari segi kelulusan visa oleh Pejabat Imigresen. Kadang-kadang menunggu sampai dua, tiga bulan walaupun imigresen telah berjanji beberapa kali, kita luluskan dalam dua minggu. Dua minggu demi dua minggu, tidak juga dapat visa. Jadi satu masalah utama ialah kelewatan menunggu kelulusan sama ada Kementerian Pengajian Tinggi atau daripada imigresen atau daripada pihak polis.

Kita dapati juga satu lagi masalah yang dihadapi oleh IPTS ialah ketidakselarasan antara jabatan dengan jabatan. Ingin saya beri satu contoh iaitu pejabat imigresen mengeluarkan satu kad berwarna hijau bernama identity card untuk semua pelajar asing. Kata imigresen, “Bawa kad ini tidak payah bawa pasport. Ini menunjukkan awak sebagai pelajar asing.”, tetapi kerap kali pelajar-pelajar asing ditangkap oleh polis, mereka tunjuk kad hijau, ini imigresen punya, polis kata, “Ha, itu lain. Saya mahu tengok pasport sahaja.” Pasport itu adalah dokumen sah, traveling document, dengan izin.

Jadi kita nampak bahawa antara imigresen dengan polis pun tidak ngamlah, tidak ada persefahaman, tidak ada keselarasan antara dua jabatan ini. Pada saya kad hijau itu cukup untuk memberi identiti pelajar asing yang sedang menuntut di negara kita. Mengapakan kita harus memberi masalah kepada mereka yang menuntut di negara kita?

Perkara ketiga yang IPTS hadapi ialah apa kata orang, double standard. Kita dapati bahawa ada pihak tertentu mudah sahaja mendapat lesen untuk menubuhkan kolej atau lesen untuk menubuhkan universiti swasta tetapi ada pihak payah benar. Kita dapati masih ada konsep double standard dalam Kementerian Pengajian Tinggi. Jadi saya rasa kalau kita hendak menunjukkan Malaysia sebagai satu hub pengajian tinggi atau pendidikan tinggi di rantau ini, maka apa yang kita jalankan, apa yang kita luluskan haruslah transparent, dengan izin, haruslah demokratik. Itu pada pandangan saya.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin cadangkan kepada Dewan yang mulia ini iaitu Kerajaan Pusat haruslah menubuhkan satu jawatankuasa penyelaras untuk menyelesaikan beberapa masalah ketidakselarasan antara imigresen, antara Kementerian Pengajian Tinggi, antara pihak polis dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua: Tempoh hari dalam ucapan menggulung Rancangan Malaysia Kesembilan, saya rasa perkara ini disentuh, adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyebut bahawa beliau akan mempengerusikan sebuah jawatankuasa yang akan melihat perkara ini.

Tuan Lee Chee Keong: Kalau cadangan itu dilancarkan, saya ucapkan terima kasih. Kerap kali pihak-pihak tertentu mengatakan bahawa kami akan buat one-stop -enter, dengan izin, tetapi tunggu demi tunggu tidak nampak juga. Jadi saya berharaplah apa yang diusulkan oleh Yang Amat Berhormat dapat kita jalankan pada masa akan datang.

Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Tuan Yang di-Pertua, mohon laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada sahabat saya. Ini menyentuh tentang statement yang Yang Berhormat nyatakan tadi itu mengatakan ada double standard dari segi meluluskan IPTS. Saya ingin mendapat sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat iaitu kalau tidak silap saya, Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi dalam waktu yang singkat telah pun memanggil seluruh IPTS sebanyak tiga kali bagi menyelesaikan masalah-masalah yang telah pun Yang Berhormat nyatakan tadi yang saya lihat tindakan tersebut begitu hands-on oleh Yang Berhormat Menteri yang berkaitan.

Dan di sini apa pandangan Yang Berhormat tentang mungkin kita juga ingin tahu kriteria-kriteria bagi penubuhan sesebuah IPTS. Dan mungkin Yang Berhormat boleh nyatakan dari kajian Yang Berhormat, andai kata oleh kerana adanya double standard, menyebabkan wujudnya kelulusan IPTS itu tidak ada keseimbangan. Ataupun adanya IPTS yang berkaitan tetapi didalangi oleh mereka-mereka yang mengeksploitasikan antara IPTS bumiputera dan bukan bumiputera. Ataupun daripada IPTS tersebut, ternyata dan terbukti, ianya sebenarnya telah pun menampakkan IPTS bumiputera majoritinya hampir gulung tikar oleh kerana wujudnya satu persaingan yang tidak begitu sihat. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

28 DN.15.5.2006

Tuan Lee Chee Keong: Terima kasih Yang Berhormat. Setakat yang saya tahu, penubuhan sebuah IPTS bergantung kepada beberapa faktor. Salah satu daripadanya ialah hardware pembangunan IPTS itu. Bangunannya mesti mencukupi, mesti selamat, mesti diluluskan oleh pihak bomba dan sebagainya. Faktor yang kedua iaitu jumlah tenaga pengajarnya, mesti ada berapa percent nya, tenaga pengajar terdiri daripada pemegang sarjana, atau Ph.D dan sebagainya. Dia ada dia punya ratio, dia punya nisbah tertentu untuk menubuhkan sebuah IPTS.

Yang saya katakan double standard ini sebab kita lihat, tiga tahun yang lepas jumlah IPTS yang telah diluluskan oleh Kementerian adalah 700 lebih tetapi oleh kerana persaingan yang hebat, sebab ini komersial. Maka dalam tempoh dua tahun lebih, sebanyak 200 lebih buah IPTS telah sama ada diarah tutup atau gulung tikar sendiri. Jadi saya rasa pada peringkat awalnya, kenapa diluluskan IPTS-IPTS yang kurang berdaya saing atau tidak lengkap segala persediaan mereka. Dan kita nampak sekarang ini masih ada lebih kurang 500 buah IPTS yang wujud di Malaysia tetapi kebanyakannya masih berjuang untuk setakat nak hidup, survival only bukan nak cari untung.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Yang Berhormat, minta laluan Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya masih tidak dapat menangkap hujah Yang Berhormat tentang masalah IPTS ini sebab sebenarnya apa masalah IPTS ini? Apakah kerana masalah imigresen memberikan visa yang berbentuk kad hijau itu menjadi punca IPTS ini bermasalah? Ataupun double standard yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu menjadi masalah? Jadi saya kurang jelas, maksudnya apa masalah IPTS ini Yang Berhormat nak nyatakan? Kalau masalah visa lambat diluluskan mungkin ada kebenarannya.

Kalau setakat pasport hijau tadi itu, kad hijau tu, saya rasa itu bukan masalah sebenar sebab polis mempunyai tanggungjawab kerana kita dapati ramai terutamanya pelajar-pelajar daripada China yang mendapatkan visa pelajar untuk belajar di Malaysia, akhirnya mereka ini bekerja sebagai GRO dan sebagainya, menjadi pelacur dan sebagainya. Mereka tidak mendaftarkan pun di kolej yang mereka mohon tersebut. Sebab itu barangkali polis terpaksa menjalankan tugas nak tengok dia ini ada pasport apa. Kalau setakat ada kad hijau itu, mereka ini boleh manipulate bahawa mereka ini sebenarnya pelajar, mereka tidak boleh ditangkap dan sebagainya, tapi mereka buat kerja lain. Jadi perkara ini harus ada perseimbangan dari hujah tersebut.

Yang kedua soal, double standard tadi, yang ini pun saya tak begitu jelas sebenarnya. Sebab kita tahu bahawa antara masalah yang dihadapi oleh kerajaan apabila kita melakukan liberalisasi terhadap sistem pendidikan, membenarkan kewujudan kolej swasta. Maka berlaku lambakan, kolej swasta yang terlalu banyak tetapi tidak ada pelajar kerana mereka ini juga sebenarnya tidak menjaga dari segi kualiti. Yang itu yang banyak gulung tikar, tutup dan sebagainya. Jadi apa masalahnya apabila kerajaan terpaksa sekarang ini memberikan perhatian iaitu nak tubuhkan kolej swasta ini mesti ada standard tertentu yang mereka ada terutamanya dari segi pensyarahnya, bangunan dan sebagainya. Sebab kalau tidak pun nanti, bila pelajar luar negara datang, belajar di kolej tersebut, tengok kualiti tidak ada, kerajaan juga yang malu. Dan orang mempertikaikan standard pendidikan yang kita sediakan di negara kita.

Jadi saya harap Yang Berhormat dapat memberikan penjelasan yang lebih konkrit kepada permasalahan yang dihadapi oleh IPTS ini sebenarnya. Apa sebenarnya? Untuk kita nak tahu punca-puncanya yang memberi kesan kepada perkembangan IPTS untuk menarik pelajar lebih ramai daripada luar negara.

Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tambah sedikit dengan izin?... Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, bagi menyambung kepada soalan yang dibangkitkan oleh sahabat saya. Saya juga mendapat maklumat tambahan bagaimana kita statement yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi mengatakan pihak imigresen ataupun pihak Kementerian Dalam Negeri lambat memproses untuk mengeluarkan visa ataupun mengeluarkan kad hijau. Jadi di sini masalah yang wujud yang kita sedari hari ini ternyata ada bukti-bukti yang diperolehi oleh pihak KDN, Kementerian Dalam Negeri ataupun Jabatan Imigresen. Pelajar-pelajar yang telah pun mendapat visa,

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 29

yang datang telah sebagaimana yang dinyatakan telah pun menyalahgunakan visa tersebut.

Dan yang menjadi masalah kepada pihak polis dan juga pihak imigresen untuk menjejaki, mengesan setelah pelajar itu dengan menggunakan visa pelajar mendaftar kemudian menghilangkan diri. Pihak berkuasa sama ada imigresen mahupun polis, sulit sukar sekali untuk mencari pelajar-pelajar yang berkaitan walaupun dengan kerjasama pihak IPTS tetapi bukan semua kerana ada IPTS yang menggunakan kesempatan tersebut bagi tujuan memperoleh fee yang berkaitan dengan mengeluarkan visa yang berkaitan tetapi tidak mengambil berat tentang pelajar itu ke mana mereka pergi. Dan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak imigresen, polis dan KDN kerana dapat mengesan sehingga di antara kenyataan ataupun laporan yang telah kita sedar hampir 50 ribu pelajar termasuk pelancong yang telah pun masuk ke negara kita menggunakan visa termasuk visa pelajar tetapi menghilangkan diri.

Untuk mengesan pelajar-pelajar tersebut Tuan Yang di-Pertua, memang saya amat simpati dengan pihak berkuasa. Dalam jalan yang mereka terpaksa harungi untuk mengesan pelajar tersebut, sulit sekali. Dan apalah salahnya kalau kita memperketat soal pengeluaran visa semata-mata untuk mengelakkan impak yang lebih besar kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah. Setiap masalah yang akan kita salahkan ialah pihak berkuasa. Hari ini ternyata 50 ribu termasuk visa pelajar sulit untuk dikesan. Dan saya pohon Yang Berhormat sila beri penjelasan apakah perlu kita mempercepatkan soal visa pelajar ataupun menyalahkan pihak imigresen kerana melambatkan tapi mereka juga ada check and list nya dari segi meluluskan sesuatu permohonan visa pelajar. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

Tuan Lee Chee Keong: Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Dalam hujah-hujah saya tadi, saya tidak pernah mengatakan bahawa polis tidak berkuasa. Maksud saya kad hijau keluaran imigresen itu dengan lambang Malaysia sudah mencukupi memberi identiti kepada seseorang pelajar asing. Jadi kalau pihak penguat kuasa nak menahan, tengok kad hijau. Kalau masih tak puas hati suruh balik ambil pasport, tapi jangan lokap serta merta. Ini akan menjatuhkan imej Malaysia.

Dan saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga kerana kementerian telah berusaha bertungkus-lumus untuk memasarkan Malaysia sebagai satu pusat pendidikan tinggi yang berkualiti di rantau ini. Saya tahu kementerian menghantar pegawai-pegawai pergi ke Beijing, Nanjing, pergi ke Dubai, Timur Tengah dan sebagainya. Mereka merancang tiap-tiap bulan pergi ke satu, dua tempat untuk buat pemasaran. Jadi kalau usaha kita memasarkan pendidikan tinggi kita di luar negara, pelajar-pelajar asing itu datang ke mari tapi sering diganggu oleh penguat kuasa tertentu, maka ini akan membantutkan usaha kita menjadikan Malaysia sebagai satu pusat pendidikan tinggi di rantau ini.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat, mohon laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya telah mendengar tadi hujah daripada Yang Berhormat tentang IPTS ini iaitu visa. Bagi saya, apa yang dilakukan oleh imigresen ataupun polis, adakah untuk kebaikan negara kita. Saya rasa kerajaan dan Kementerian Pelancongan sendiri, kalau kita ambil sebagai IPTS ini, menggalakkan pelajar-pelajar daripada luar negara, daripada negara China ke mana, datang ke Malaysia, sebagai pelancong. Lepas itu, mereka datang dengan keluarga mereka. Saya rasa tidak ada kementerian yang mahu menyekat dan tidak mahu menyusahkan rakyat asing untuk datang ke Malaysia. Kalau mereka datang, sudah tentu mereka akan berbelanja, dan ini sebab satu pelancongan, menambahkan pendapatan negara.

Jadi saya berpendapat Yang Berhormat, visa diketatkan. Sudah tentu sahabat-sahabat Yang Berhormat tadi bercakap iaitu untuk satu-satu tujuan. Kita lihat akhbar-akhbar hari ini setiap hari, imigresen, pihak Dewan Bandaraya tiap-tiap hari buat serbuan menangkap GRO-GRO, kebanyakan dari negeri China. Dan kita tahu mereka ini menyalahgunakan visa dan juga pelancongan mereka dan lain-lain aktiviti. Sebab itu saya rasa bukanlah minat kerajaan untuk menyekat atau menyusahkan pelajar-pelajar di luar negara atau menyusahkan IPTS. IPTS juga, kerajaan atau Kementerian Pengajian Tinggi

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

30 DN.15.5.2006

terpaksa mengawasi. Kita lihat hari ini banyak IPTS telah tutup atau gulung tikar. Kerana apa? Kerana tidak dapat pinjaman daripada pihak-pihak tertentu. Jadi saya rasalah, apa yang dilakukan oleh kerajaan, adalah untuk kebaikan. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

Tuan Lee Chee Keong: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Pada pandangan saya, pihak imigresen sudah cukup ketat. Bukan sebab mereka longgar, sebab yang saya nampak sekarang ialah kurangnya tenaga kerja. Kelewatan itu disebabkan kurangnya tenaga kerja, maka lewatlah mereka meluluskan visa-visa tertentu. Bukan sebab mereka sengaja nak mengetatkan pengeluaran visa. Kemudian untuk makluman Dewan yang mulia ini, mengikut Akta Imigresen, pelajar-pelajar yang datang, kalau tak menghadiri kuliah, itu tanggungjawab IPTS. Lesen IPTS itu boleh ditarik balik. Jadi adalah menjadi tanggungjawab IPTS-IPTS tertentu memastikan pelajar-pelajar mereka, sama ada tempatan atau asing, menghadiri kuliah, tidak berkelakuan tak senonoh, tidak mengganggu orang lain dan sebagainya.

Jadi kalau pihak penguat kuasa mengesyaki sesuatu, jumpalah pentadbir IPTS, tariklah lesen mereka. Mereka akan menjalankan pemantauan yang lebih lengkap kepada pelajar-pelajar mereka. Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata itu, maka saya memohon untuk menyokong Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Bukankah Yang Berhormat Ir. Hiang A Li mohon hendak berucap?

Tuan Ir. Hiang A Li: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada mohon hendak berucapkah? Yang Berhormat tidak bangun pun. Nanti biar Yang Berhormat Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad dahulu selepas itu Yang Berhormat kena bangun baru kita panggil. Terima kasih. Selepas ini Yang Berhormat bangun ya.

12.30 tgh.

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya mengambil peluang ini untuk menjunjung kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas keprihatinan Tuanku terhadap pembangunan negara serta masalah yang menimpa rakyat jelata.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara dalam Titah Ucapan Tuanku dalam usaha kita untuk menambahbaikkan pembangunan negara yang sedia ada...

Tuan Yang di-Pertua: Ada saya sebut “Sharifah Azizah” tadi? Bukan sharifah kan. Hajah Azizah ya? Ada Sharifah..., tidak ada Sharifah?

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Tidak ada, tidak ada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ada Syedlah kalau tidak ada Sharifah.

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Tidak dapat Syed Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya kira semua usaha pihak kerajaan untuk membangunkan negara seperti yang dititahkan oleh Tuanku harus juga mendapat bantuan dari sektor swasta. Apa yang ingin saya ketengahkan dalam Dewan ini berpaksi kepada tanggungjawab sosial sektor swasta pada masyarakat dan pada negara.

Kita sedia maklum banyak syarikat di kalangan sektor swasta sudah memulakan program sebegini cuma saya rasa sudah sampai masanya kita memasyarakatkan program sebegini supaya ianya dimanfaatkan oleh semua rakyat. Program-program sebegini akan

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 31

memastikan bukan sahaja projek-projek kemasyarakatan sahaja yang mendapat fokus tetapi juga turut menyentuh bidang-bidang lain seperti alam sekitar dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, negara pada waktu ini berada di persimpangan banyak cabaran yang sedang menanti kita dan kalau kita gagal untuk menyediakan anak muda kita agar lebih mantap dari segi keperibadian mereka, nescaya kita akan gagal untuk maju dan makmur seperti yang dititahkan oleh Tuanku.

Tuan Yang di-Pertua: Tadi ada sekali lagi berbangkit perbandingan di antara swasta dan awam ini. Apa kata Yang Berhormat, ada sesetengah pihak memahami awam itu ialah makhluk yang lebih responsif kepada tekanan-tekanan sosial dan politik dan swasta itu ialah sejenis lagi makhluk yang akan lebih responsif kepada tekanan-tekanan pasaran. Apa pula kata Yang Berhormat?

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Saya setuju Tuan Yang di-Pertua. Inilah yang saya katakan peranan-peranan swasta perlu ditegaskan juga kerana sekarang kalau kita adakan isu-isu for example rasuah selalunya kita menuduh pada pihak pegawai-pegawai kerajaan sedangkan pihak swasta pun main peranan. Kadang-kadang menghulurkan sesuatu mengatakan untuk melicinkan projek-projek yang tertentu. Saya setuju itu Tuan Yang di-Pertua. Kita kena tekankan sekarang pihak swasta pun main peranan. Terima kasih.

Sudah hilang Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]

Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Tuan Yang di-Pertua, mohon laluan.

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Silakan.

Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik tentang pandangan ataupun satu hujah Tuan Yang di-Pertua tadi tentang peranan perkhidmatan awam dan juga swasta. Kalau kita lihat dari segi matlamat dan visi sasaran kerajaan yang dilaksanakan dari masa ke semasa. Yang menjadi sasaran masalahnya ialah pelaksanaan dan disasarkan pihak perkhidmatan awam bertanggungjawab tetapi dalam banyak perkara, dalam banyak isu kita kurang menonjolkan peranan pihak swasta bagi menjayakan sesuatu matlamat dasar kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua: Sedangkan hantu yang nama globalisasi ini ia hantu lebih kepada sifat pasaran atau sifat sosial dan politik. Globalisasi ini, makhluk fenomena atau hantu yang nama globalisasi ini ianya lebih rupa pasaran atau rupa sosial dan politik.

Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Boleh kita lihat sebagaimana Yang Berhormat Senator sebutkan tadi itu sebenarnya ia lebih ke arah pada pasaran, pada hantu dan Yang Berhormat nyatakan tadi saya setuju sekali yang kita tonjolkan banyak dengan pelbagai institusi untuk menangani rasuah.

Tuan Yang di-Pertua: Apa pun globalisasi ini kita katakan hantukah, jin apa pun dia, globalisasi juga. Terima tidak terima dia ada.

Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa pandangan Yang Berhormat tentang saranan ataupun pandangan yang saya nyatakan tadi. Kurangnya penglibatan pihak swasta dalam menjayakan visi kerajaan.

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Saya setuju dengan pendapat Yang Berhormat. Itu yang saya cadangkan supaya memohon pihak swasta bersama-sama dengan kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua: Kadang-kadang orang yang sama itu dia pun awam dia pun swasta. Misalnya sebagai Senator dia awam, tapi lepas itu sebagai kontraktor dia swasta. Silakan Yang Berhormat... [Tepuk]

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: [Ketawa] Tetapi Tuan Yang di-Pertua ada juga perbezaannya bila Senator jadi seorang ahli perniagaan, dia terikut-ikut disiplin parti.

Tuan Yang di-Pertua: Jadi dia hendak ikut jin mana?

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

32 DN.15.5.2006

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Jin yang baik Tuan Yang di-Pertua.

[Dewan gamat seketika dengan ketawa]

Dato' Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain: Datuk Dr. Jins Shamsudin!

Tuan Yang di-Pertua: Siapa kata Datuk Dr. Jins Shamsudin tadi?

[Dewan gamat seketika dengan ketawa]

Tuan Lee Sing Chooi: Tuan Yang di-Pertua minta laluan. Berkenaan dengan hasrat kerajaan dan hasrat Malaysia itu, saya ingat tanggungjawab pihak swasta dan pihak awam itu perlu ada usaha sama untuk satu pendekatan bersepadu atau integrity approach supaya hasrat-hasrat itu dapat dicapai dan juga di mana tanggungjawab masing-masing itu dapat dimainkan dengan lebih baik. Itu adalah satu semangat yang kita hendak bangunkan itu. Terima kasih.

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Terima kasih Yang Berhormat. Itu yang saya hendak hala tujukan tadi tapi saya belum habis berucap lagi Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, negara pada waktu ini berada di persimpangan banyak cabaran yang sedang menanti kita dan kalau kita gagal untuk menyediakan anak muda kita agar lebih mantap dari segi keperibadian mereka nescaya kita akan gagal untuk maju dan makmur seperti yang dititahkan oleh Tuanku. Usaha untuk melaksanakan tanggungjawab sosial ini mempunyai masa depan yang baik seandainya anak-anak muda kita ini terus dipupuk dengan nilai-nilai murni dalam diri dan diri berintegriti secara berterusan.

Di peringkat permulaan ini kerajaan harus memberi insentif kepada program tanggungjawab sosial korporat. Sekurang-kurangnya mungkin memberi pelepasan cukai kepada program-program yang mempunyai jangka hayat yang panjang dan bukan hanya pelepasan cukai kepada derma-derma pada majlis makan malam sahaja.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, keduanya saya rasa kita harus memberi fokus kepada agenda pendidikan negara. Kementerian Pelajaran perlu kita sama-sama memperkasakan sesuai dengan falsafah pendidikan negara dan aspirasi Rukun Negara. Masa depan negara sangat bergantung kepada para pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian. Tanpa pengorbanan guru-guru mustahil bagi negara membentuk generasi muda yang berpelajaran, berdisiplin dan berintegriti.

Para pelajar merupakan golongan yang bakal mewarisi tradisi kepimpinan negara. Pada masa akan datang hati yang ikhlas dan diri yang beretika akan sentiasa menjunjung nilai saling menghormati, bersopan santun, berbudi bahasa, bertanggungjawab baik di sekolah mahupun di rumah. Kita amat berharap, tunjuk ajar yang diperolehi dari guru-guru di sekolah dan rumah akan menjadi peringatan berguna pada semua anak-anak kita.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin meminta penjelasan tentang kedudukan perbadanan tabungan pembangunan kemahiran...

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Tuan Yang di-Pertua, mohon laluan.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, Yang Berhormat menyentuh tentang pendidikan tadi iaitu peranan guru dalam mendidik anak-anak kita supaya mereka ini lebih mempunyai disiplin dan moral yang tinggi. Yang Berhormat menyebut tentang pendidikan di rumah yang ini saya rasa adalah peranan ibu bapa tetapi sekarang ini kita melihat masalah pendidikan di rumah ini menjadi satu isu yang besar kerana kebanyakan ibu bapa khususnya kaum ibu wanita yang bekerja dan mereka tidak dapat memberikan penumpuan yang lebih khusus kepada pendidikan anak-anak di rumah ini mereka serahkan kepada pembantu rumah dan sebagainya. Ini satu masalah sebab ibu ini mempunyai peranan yang cukup penting dalam pendidikan di rumah dan mereka ini lebih mudah sebenarnya mempengaruhi pendidikan anak-anak di rumah. Masalah wanita bekerja ini bagaimana? Itu satu.

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 33

Yang kedua, sekarang ini timbul pula isu lelaki menjadi suri rumah yang sehingga saya tengok dua hari lepas ada keluar satu pandangan daripada seorang mufti yang mengatakan bahawa ini tidak mengikut hukum syarak sebenarnya tetapi bila kita tengok pandangan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat macam dia kata ini perkara yang biasa dan kementerian akan bantu lelaki yang menjadi suri rumah yang tidak bekerja. Tidakkah ini maksudnya nanti akan membawa kesan yang besar kepada pendidikan anak-anak di rumah terutama lelaki yang menjadi suri rumah sepenuh masa ini. Bagi saya, puncanya ialah kerana mereka ini malas bekerja dan tidak hendak bekerja ataupun penagih dadah dan sebagainya. Jadi apa pandangan Yang Berhormat terhadap isu ini sebab ini penting dalam soal hendak mendidik anak yang bermoral.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau kita dengar baik-baik tadi jelas bahawa guru ada yang awam ada yang swasta. Suri rumah tiada awam tiada swasta tetapi yang menarik perhatian saya dalam mahkamah semua memerlukan pembelaan dari pihak swasta. Yang membela itu semua datang dari swasta. Yang mendakwa datang dari sektor awam, yang membela datang daripada pihak swasta. Kalau kitalah yang kena tangkap kalau yang swasta ini meleset atau kurang berkemampuan bencanalah menimpa kita. Di situ kita dapat lihat bagaimana kadang-kadang kita tidak boleh kira sangat awam atau swasta. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menjawab soalan Yang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi. Seorang isteri yang bekerja pandai menjaga masa in spend our quality time dengan izin, bersama dengan keluarga. So tidak menjadi masalah.

Itu tidak menjadi masalah tentang kelemahan apabila seorang isteri itu bekerja, bukan ia meninggalkan tanggungjawabnya semata-mata. Dan seterusnya saya setuju dengan pendapat agama bahawa tanggungjawab salah di sisi agama. Tanggungjawab suami ialah untuk memberi nafkah kepada keluarga, kepada isteri dan keluarga. Tempat tinggal, makan dan minum. Nafkah zahir dan batin tetapi apakan daya, apakan daya bak kata Datuk Shahrizat fenomena sekarang. Apakan daya, isteri terpaksa menanggung suami, bukan kerana dia suka, dek isteri ini taat bin setia. Okey Yang Berhormat, setuju?

Dato’ Dr. Norraesah binti Mohamad: Tuan Yang di-Pertua..

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat, mohon laluan sikit Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Lagi dua orang mohon laluan. Yang wanita bangun dahulu, kemudian Datuk Musa.

Dato’ Dr. Norraesah binti Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi izin untuk mencelah sedikit. Pertama ialah soal nilai, soal memupuk nilai dalam anak-anak yang akan menjadi bakal pemimpin kita. Ada tiga orang yang memainkan peranan yang amat penting iaitu guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Dan saya setuju dengan Yang Berhormat Datuk Azizah Samad bahawa seorang ibu yang bekerja itu tidak semestinya membangunkan satu keluarga yang akan menjadi sesuatu yang negatif kepada masyarakat, sebab banyak sudah contoh-contoh yang menunjukkan bahawa ibu tunggal yang kesendirian itu telah membawakan kepada satu keluarga yang bukan sahaja aman tetapi amat berjaya sekali.

Jadi maknanya quality time itu adalah sesuatu yang harus difahami oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Dr. Fuad dan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang soal hantu ini. Soal hantu, soal awam dan swasta. Saya rasa dalam perbincangan kita, yang amat penting ialah tiga-tiganya ada kaitan. Apa yang kita katakan sebagai interdependent of fact and the phenomena yang memang timbal balik dan juga mempunyai impak satu ke yang lain. Interdependent. Yang awam membuat dasar untuk diguna pakai, dan the benefit dirasai dan faedahnya dilalui oleh swasta. Dan

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

34 DN.15.5.2006

swasta, oleh kerana dasar-dasar yang membangun mereka itu harus contribute balik atau pun sumbang balik kepada kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau tiada swasta tiada cukai, tiada cukai tiada duit, tiada duit tidak boleh bayar gaji?

Dato’ Dr. Norraesah binti Mohamad: Ya, tiada duit tiada pembangunan. Itulah sebab yang hantu lagi satu itu memanglah satu proses yang kita tidak dapat menahan, dia akan datang melanggar kita tetapi di sinilah apa Senator Li sebut tadi ialah satu perkara penting sekali yang harus kita pegang, interdependent antara swasta dan juga awam ini harus bersepadu dengan sekuat mungkin supaya hantu yang datang itu tidak datang melanda dengan menjahanamkan kita. Maka kita harus mempunyai dasar-dasar ataupun cara-cara yang selektif, yang menahan kemasukan mereka dengan secara menyeluruh sebab kita punya pembangunan ini tidaklah seindah dan setinggi hantu yang datang itu. Jadi di sinilah letaknya interdependent dan kekuatan yang kesepaduan di antara swasta dan juga di antara awam. Ini dia saya rasakan yang Tuan Yang di-Pertua maksudkan. Apa pandangan Datuk Azizah?

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Saya setuju pandangan Yang Berhormat itu, malahan Yang Berhormat telah tolong saya untuk menjawab soalan yang itu. Terima kasih Yang Berhormat, selalunya memang jin yang baik ini selalu fikir sama. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Datuk Musa pula.

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Ada lagi?

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat ada mengatakan bahawa isteri ini tidak pernah lari tanggungjawab. Jadi saya hendak Yang Berhormat tahu, suami juga begitu sebab suami juga bertanggungjawab tentang keluarga tetapi kalaulah ada suami yang malas seorang dua itu, janganlah kata semua suami itu perangai macam itu. Jadi saya rasa suami, ada yang isteri meninggal, sampai dia pun meninggal dia tidak kahwin, makna dia setia. Maknanya tanggungjawab suami juga pada keluarga begitu penting. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Makna lepas mati pun dia masih tanggungjawab lagi ya?

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju juga pada Yang Berhormat. Kami seorang wanita yang bernama isteri tidak pernah berburuk sangka pada suami, terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin meminta penjelasan tentang kedudukan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPTK). Kita ingin tahu apakah rancangan serta program yang telah dilaksanakan oleh badan tersebut. Kalau tabung sudah mula untuk memberi bantuan untuk membantu sumber manusia supaya berkemahiran, kita ingin tahu jumlah yang telah mendapat bantuan ini dengan statistik mengikut negeri dan kaum dan siapakah ahli-ahli lembaga tabung PTPTK ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kes pinjaman bank pula, ramai yang menjadi penjamin kerana kesian kepada kawan atau ahli keluarga yang dalam kesusahan yang memohon bantuan. Tanpa disedari, bahawa undang-undang yang ada hari ini lebih mudah untuk peminjam melarikan diri dan penjamin yang akhirnya menjadi mangsa. Kita berharap agar pihak-pihak berkepentingan seperti bank dan sebagainya memberi penumpuan untuk mencari peminjam terlebih dahulu dan jangan terlalu cepat untuk menyalahkan penjamin yang pada asalnya sebagai orang yang membantu, memberi sokongan kepada peminjam.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan masalah yang melanda ibu-ibu tunggal ini, ada juga masalah di kalangan ibu yang ditinggalkan suami. Ramai kaum wanita yang digantung tidak bertali, ramai dari mereka ini yang tidak berkemampuan untuk membayar peguam bagi menentukan status mereka, maka ramai jugalah yang sudah berpuluh tahun tidak mempunyai surat cerai rasmi. Timbul masalah susulan yang mereka ini hadapi terutama bagi mereka yang miskin dan tidak ada pekerjaan. Oleh kerana keadaan status yang tidak jelas, ramai daripada mereka ini yang hilang peluang untuk mendapat bantuan sebagai contoh, tanpa surat cerai, seorang ibu yang ditinggalkan ini, yang mungkin atas belas ihsan keluarga menumpang di rumah keluarga selama ini akan menghadapi masalah

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 35

sekiranya beliau ingin memohon bantuan untuk tinggal di rumah sewa. Kalau di Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ibu ini tidak ada bukti bahawa beliau layak untuk mendapat bantuan kerana tidak ada surat cerai. Anak-anak dari keluarga sebegini selalunya yang menjadi mangsa.

Tuan Yang di-Pertua dan ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian, dari kes-kes jenayah yang terpampang di dada-dada akhbar, kita juga terdedah dengan ancaman masalah sosial yang lebih rumit. Kes rakyat kita yang terlibat dengan penagihan dadah juga sudah semakin meningkat. Kes-kes HIV/AIDS yang dilaporkan berdasarkan sumber Kementerian Kesihatan, kes-kes penceraian dalam masyarakat pada masa ini juga semakin meningkat.

Kita tidak pasti, kita tidak pasti apa yang melanda negara kita akhir-akhir ini. Apakah ini impak daripada dasar pembangunan negara 10 tahun yang lampau? Kalau inilah timbal balas dari pembangunan yang berteraskan infrastruktur selama ini, maka sudah perlulah kita sama-sama melihat bagaimanakah kita dapat menghasilkan, oh minta maaf Yang Berhormat, tidak nampak. Silakan.

Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator telah pun membangkitkan isu status ibu-ibu tunggal. Pada pandangan kita semua, sememangnya kita amat simpati status dan kedudukan ibu-ibu tunggal yang tidak tahu ke mana hala tujunya. Mungkin apa pandangan Yang Berhormat kalau kita minta Majlis Agama Islam negeri-negeri mengeluarkan angka-angka yang menunjukkan status ibu-ibu tunggal yang tidak ketahuan statusnya untuk kita analisis dan di situ mungkin kita menjuruskan apa masalah-masalah di mahkamah yang menyebabkan status ibu-ibu tunggal ini tidak diketahui. Apa pandangan Yang Berhormat? Sekiranya setuju, kita minta angka-angka tersebut.

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Saya setuju Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Sebelum Yang Berhormat teruskan, saya ingin bertanya adakah Yang Berhormat bercadang untuk habiskan ucapan sebelum pukul satu atau Yang Berhormat bercadang untuk sambung sampai petang, selepas rehat?

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Saya boleh mempercepatkan Tuan Yang di-Pertua, tetapi kalau sahabat-sahabat banyak tanya persoalan, saya minta dilanjutkan lagilah masanya selepas rehat.

Tuan Yang di-Pertua: Jadi Yang Berhormat bercadang hendak sambung selepas pukul 2.30?

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Ya.

Tuan Yang di-Pertua: Sila teruskan. Saya bertanya semata-mata untuk memberi isyarat kepada Yang Berhormat dan Ahli supaya beliau dapat tahu, bila beliau dikehendaki bersedia untuk berucap.

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat. Saya bersetuju Yang Berhormat supaya menteri dan pihak Jabatan Perdana Menteri, mengeluarkan statistik ibu-ibu tunggal dan yang pentingnya sekarang, yang banyak ditimpa kesusahannya ibu-ibu tunggal. Saya pernah terjumpa seorang ibu yang memohon hendak menyewa rumah bandar raya. So, saya memberitahu beliau bahawa priority untuk menyewa rumah bandar raya ini adalah ibu-ibu tunggal. Jadi agak dengan perasaan malu, dia tidak menceritakan kepada saya. Saya kata prosedurnya pergi daftar dekat Dewan Bandaraya, bila dapat kad pendaftaran itu, bawa balik dekat saya dan saya akan beri surat sokongan. Setelah beberapa lama, dia menelefon saya balik, saya kata sudah bersedia kah? Sudah ada surat pendaftaran? Dia kata, dia tidak dapat mendaftar diri dia di Dewan Bandaraya. Saya kata kenapa? Sebab tidak ada status surat cerai itu, surat cerai tidak ada.

Dan saya bertanya telah berapa lama sekarang boleh ambil fasakh dan sebagainya. Rupa-rupanya telah 28 tahun. Dia seorang jururawat, masa itu bekerja. Mempunyai anak enam orang kecil-kecil, tidak mampu untuk pergi balik, pergi balik ke

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

36 DN.15.5.2006

mahkamah. Masa ketika itulah. Jadi bila cuti selalu diberi amaran, diberi amaran oleh pihak employer dia. So, dia takut hendak tinggal pekerjaan dia, dia teruskan sehingga sekarang, dia menumpang rumah kakak dia masa ketika itu dan masing-masing mempunyai anak yang kecil-kecil. Sekarang anak itu makin lama makin membesar, baru dia terasa yang dia perlu membeli rumah sendiri.

Jadi setelah 28 tahun barulah dia sekarang, saya kata pergi tuntut, pergi apa, cari. Dia tidak cari, sebab dia malu dah pada anak-anak yang makin membesar. Itu masalah dia dan saya setuju Yang Berhormat untuk minta statistik itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Mohon lalu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam....

Tuan Yang di-Pertua: Tidak boleh bisik sahaja tanya? Silakan Yang Berhormat.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Peraturan Tuan Yang di-Pertua. Dalam kes yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator Azizah tadi, apa pandangan Yang Berhormat kalau kita minta pihak DBKL, orang yang bertanggungjawab memberikan penyewaan atau pembelian rumah kepada ibu tunggal ini memberikan kelonggaran kepada mereka yang teraniaya, wanita yang teraniaya, yang digantung tidak bertali ini. Maknanya dia bawa satu surat daripada Mahkamah Syariah yang menyatakan kes dia belum selesai, belum dijatuhkan talak. Boleh tidak kita buat, kita beri satu cadangan kepada DBKL supaya melonggarkan supaya isteri-isteri yang gantung tidak bertali, sudahlah dia teraniaya oleh kaum yang...

Tuan Yang di-Pertua: Kaum yang zalim?

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Saya tidak cakap kaum apa. Makna teraniaya, ditambah pula dengan penyekatan daripada pihak kerajaan, banyak sangat syarat-syarat yang tidak membolehkan dia layak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Terima kasih Yang Berhormat, itu satu cadangan yang bernas juga. Kita mohon kepada DBKL untuk menjawabnya kemudian.

Tuan Yang di-Pertua: Ini satu perkara yang menarik. Sekarang ini status diceraikan atau tidak menentu. Mengapa tidak diwujudkan satu lagi status ‘belum selesai tetapi selama ini telah ditinggalkan’. Ada setuju?

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Setuju Tuan Yang di-Pertua. Dalam proses penceraian dan juga yang digantung tidak bertali, kita beri kelonggaran.

Tuan Yang di-Pertua: Masa sudah cukup Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh sambung apabila Dewan bersidang semula. Hadirin Yang Berhormat..

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Mesyuarat ditangguhkan sekarang. Dewan akan bersidang semula pada pukul 2.30 petang.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

2.32 ptg.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad untuk menyambung perbahasan.

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini saya telah membaca tentang Rancangan Pemulihan Perniagaan MAS. Oleh sebab ini adalah harta negara, maka kita semua rakyat Malaysia mengambil berat tentang hala tuju atau landasan yang dipilih oleh MAS. Sama ada untuk take off semula atau untuk landing, atau untuk landing terus. Kita harapkan bahawa landasan yang dipilih akan membawa Jalur Gemilang lebih tinggi di awan biru dan dapat membawa keuntungan

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 37

kepada negara yang berlipat kali ganda. Kita sedia maklum, akan masalah yang melanda MAS pada masa dahulu, tetapi dalam usaha mencari jalan keluar dari kemelut yang melanda, kita juga harus berhati-hati dengan strategi yang diambil. Terutama sekali yang menyentuh dengan sumber manusia. Saya ada beberapa persoalan yang berkait dengan landasan teras yang ke empat iaitu sumber manusia.

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa MAS telah memberhentikan hampir 6,500 pekerja dengan membayar pampasan sebulan gaji bagi pekerja baru dan sebulan setengah bagi pekerja lama. Saya mohon Menteri Pengangkutan untuk memberi penjelasan tentang sama ada perkara ini benar atau tidak. Tuan Yang di-Pertua, kalau ini benar maka MAS mungkin gagal untuk memanfaatkan bakat dan keupayaan kakitangannya seperti yang digariskan dalam buku Rancangan Pemulihan Perniagaannya. Dalam konteks ini apakah usaha yang diambil oleh MAS untuk mengenal pasti bakat dan keupayaan kakitangannya. Apakah insentif yang diberikan kepada bagi membolehkan mereka yang berhajat untuk meninggalkan MAS berbuat demikian dengan cara yang terbaik.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Yang Berhormat, minta laluan Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya bila Yang Berhormat bangkitkan tentang isu VSS, pemberhentian pekerja MAS seramai 6,500 orang. Saya setuju bahawa MAS, saya ingat lagi semasa kita mendapat taklimat daripada pengurusan MAS, dijanjikan tidak akan berlaku VSS, tetapi berlaku juga VSS dan antara puncanya ialah pekerja-pekerja yang bekerja di airport ataupun lapangan terbang yang MAS tidak akan lagi beroperasi.

Apa yang saya hairan di sini ialah, kenapa Kementerian Pengangkutan membuat keputusan iaitu banyak laluan kapal terbang MAS ini diberikan kepada AirAsia? Itu puncanya, sebenarnya. Puncanya ialah kerana Kementerian Pengangkutan menyerahkan beberapa laluan kepada AirAsia yang sebelum ini dioperasikan oleh MAS khususnya laluan domestik. Antaranya ialah Airport Senai. Airport Senai, MAS akan memberhentikan operasinya diberikan kepada AirAsia. Dan banyak lagi laluan-laluan lain. Dan keputusan ini sebenarnya bukan keputusan daripada MAS, apa yang saya faham, keputusan daripada Kementerian Pengangkutan.

Dan apabila ini berlaku, maksudnya MAS hendak buat apa dengan pekerja atau pun stafnya di airport-airport tertentu ini ataupun yang bertugas melaksanakan...., yang beroperasi laluan-laluan yang diberhentikan. Itu puncanya. Yang ini yang saya memang tidak faham dengan keputusan Kementerian Pengangkutan yang memberi lebih banyak laluan kepada AirAsia sehingga AirAsia itu seperti anak emas, disediakan lapangan terbang LCCT, iaitu lapangan terbang murah ini untuk AirAsia yang sebegitu canggih, sebegitu besar, sedangkan MAS sendiri adalah Sistem Penerbangan Nasional milik kerajaan, AirAsia ini swasta. Ini sebenarnya yang menjadi punca kenapa berlakunya pekerja-pekerja ini terpaksa diVSSkan.

Jadi apa sebenarnya pandangan Yang Berhormat tentang isu ini, iaitu tentang keputusan Kementerian Pengangkutan ini yang lebih memberikan perhatian yang lebih kepada Air Asia. Terima kasih.

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Terima kasih Yang Berhormat. Saya juga seperti Yang Berhormat, terpinga-pinga, confused sebab seperti penerangan MAS kepada kita dulu lain, itu yang saya tanya soalan, adakah MAS hendak landing ataupun take off hendak landing terus. Saya setuju dengan Yang Berhormat, saya tertarik Yang Berhormat kata, baru-baru ini bila kita semua di Johor, saya mengambil pesawat saya pergi ke golden lounge, saya terdengar pekerja-pekerja MAS, timbul kesian.

Saya kesian Tuan Yang di-Pertua, beberapa orang pekerja-pekerja MAS itu bercakap, mungkin dia tidak sedar yang kami berdiri atau duduk di sebelah mereka, “kita ini kan, susah hatilah, kita tidak tahu apa hendak jadi, sebab kita baru ambil housing loan, sekarang kita tidak tahu nasib kita, sama ada kita kena ambil di VSS kan”, tetapi yang seorang pula jawab, dia kata, “Itulah, sini ada 100 lebih pekerja tetapi yang hendak dipakai hanya 17 orang”. Bayangkan berapa orang itu akan di VSS kan. Dan kita golden lounge ini pun tidak ada lagi. Kerusi-kerusi ini semua akan dihantar ke Kuching.

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

38 DN.15.5.2006

Maka yang jawab pula, yang seorang lagi, “Kalau kita tidak ambil VSS ini sekarang, lain kali kalau ada lagi kita tidak dibayar pampasan langsung”.

Itu Yang Berhormat, marilah kita bersama-sama mohon Menteri Pengangkutan supaya datang jawab soalan-soalan ini. Sebab seperti kita tahu AirAsia telah diberi beberapa...., majoriti route yang perjalanan domestik. Dan ada masalah LCCT kita itu banyak juga complaint orang kena jalan 500 meter, for example orang nak turun datang daripada naik MAS daripada Australia, daripada Sydney hendak pergi ke Kuala Terengganu, dia terpaksa balik, sampai ke sini, check out, bawa luggage pergi LCCT 500 meter away, lepas itu check-in lagi.

Jadi kita belum bersedia yang benar, yang complaint, yang saya dengar perjalanan itu daripada KLIA itu hendak pergi LCCT itu dia open air, kalau panas, panaslah, kalau hujan, hujanlah. Dan begitu juga saya difahamkan selalu delay, AirAsia selalu delay, tetapi dia orang kata kalau KLIA banyak pemandangan lain dia orang boleh pergi walk around tetapi kalau LCCT ini dia kata agak susah sikit. Dan lagi satu complaint yang saya dengar kata LCCT ini bila AirAsia ini, ialah maklumlah tidak ada seating dia bagi, jadi orang rush, orang rush, ada seorang sahabat saya anak dia tersepit dekat pintu, tangan, minta siapa tolong, dia orang masih lagi tolak, sehinggakan budak itu cedera. Jadi itulah Yang Berhormat saya pun setuju, kita minta lah Menteri Pengangkutan untuk menjawabnya mungkin dia lebih boleh memperjelaskan kepada kita semua.

Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa dalam keadaan sebegini agak sukar untuk MAS untuk terus membiayai jumlah kakitangan yang sedia ada, tetapi apa yang kita semua berminat mengambil berat adalah cara MAS berbincang dan memaklumkan kepada kakitangannya tentang keputusan untuk terpaksa memberhentikan para pekerja ini. Adakah keputusan yang dicapai dengan kakitangan ini dipersetujui ramai.

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abas Alhabshee: Minta laluan Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat, saya amat tertarik perbincangan Yang Berhormat mengenai MAS, memang kita tahu MAS ada mengeluarkan buku tentang dengan izin, ‘Turn Around MAS’. Saya hendak tanya Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat boleh bersetuju dengan saya, Dewan yang mulia ini kita bangkitkan isu MAS dengan permulaan lukisan yang berharga RM1.5 juta, yang dikatakan sebagai korporat imej MAS, walhal kita tahu bahawa bangunan MAS yang telah disuarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai identiti penerbangan diminta berpindah ke Subang. Mereka keluar berperingkat-peringkat termasuk CEO dia, MD Eksekutif berpindah ke Subang. Saya hendak bertanya Menteri Pengangkutan ke, siapa yang bertanggung jawab, apa jadi dengan lukisan RM1.5 juta itu? Adakah telah dijual balik...., dijual ataupun masih dalam menjadi imej korporat MAS di Subang? Terima kasih.

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Terima kasih Yang Berhormat, saya ingat yang itu, saya masih ingat juga, di mana gambar itu kononnya adalah corporate made investment, so saya sendiri pun tidak dapat jawab itu Yang Berhormat, kita tunggulah Datuk Menteri jawab sama ada mereka jual painting itu atau masih lagi disimpan. Terima kasih Yang Berhormat.

Adakah keputusan yang dicapai dengan kakitangan ini dipersetujui ramai. Kita sedia maklum bahawa jumlah yang besar dari kakitangan ini bergantung hidup dengan majikan. Ramai daripada mereka terutama yang sudah lama berkhidmat, mungkin tidak ada pilihan lain, kebajikan para pekerja ini harus diberi perhatian nombor satu. Soalannya sama ada pihak pengurusan MAS mengambil kira semua ini dan menjadi majikan yang bertanggung jawab sebelum membuat keputusan untuk mengurangkan jumlah pekerja. Sekali lagi saya mohon Menteri Pengangkutan untuk memberi penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua dan ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian, kita membaca melalui laporan akhbar yang seolah-olah memberi gambaran bahawa dalam usaha memulihkan pada satu pihak dan pada pihak yang lain masyarakat dimaklumkan bahawa Air Asia yang seolah-olah mendapat habuan yang lebih banyak dari laluan domestik.

Kita sedar mungkin laluan domestik tidak begitu menguntungkan tetapi kita pohon penjelasan juga dari menteri berkenaan mengenai perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu.

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 39

Ibu, ibu adalah permata hati ku. Jasa ibu tidak boleh dibeli dan ditukar ganti dengan wang ringgit dan jasa serta pengorbanan ibu kepada kita bermula sejak kita dalam kandungannya lagi, jadi bayi, kanak-kanak, dewasa, berkahwin dan menjadi tua. Ibu adalah sebutir permata yang amat berharga sekali. Selamat menyambut Hari Ibu.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali sebagai penutup saya ingin kembali kepada permulaan ucapan ini di mana saya menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku kerana keprihatinan Tuanku kepada masalah pembangunan negara yang seimbang serta masalah rakyat jelata. Kita semua harus juga prihatin akan masalah yang melanda negara. Ini negara kita dan hanya kita yang dapat memperbaikinya. Saya dengan ini mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Tuan Ir. Hiang A Li. Ini perbahasan sulung Yang Berhormat, ya. Ucapan sulung?

Ir. Hiang A Li: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua: Okey.

Ir. Hiang A Li: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih ingin saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Usul Menjunjung Kasih dalam perbahasan Titah Tuanku di dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita sebagai rakyat Malaysia berasa bangga kerana negara kita Malaysia ini mempunyai raja iaitu Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang sentiasa memberi perhatian kepada rakyat jelata Malaysia. Ini dapat terbukti dalam Titah Ucapan Diraja dalam Istiadat Pembukaan pada Penggal Ketiga Parlimen Kesebelas pada Mac, 2006 ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Tuanku ini, Tuanku telah memberi prihatin, nasihat, teguran dan peringatan dalam bidang ekonomi sosial, pendidikan, perindustrian dan sebagainya. Kami sebagai wakil rakyat haruslah ambil peringatan Tuanku ini sebagai panduan kami apabila kami menjalankan tugas kami untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Tuanku, Tuanku harus memberi peringatan supaya kualiti hidup rakyat bertambah baik. Dengan adanya berbagai khidmat di bidang kesihatan, pendidikan dan prasarana asas dengan memberi keutamaan kepada langkah-langkah untuk meningkatkan daya saingan negara dengan negara-negara lain dalam persaingan ekonomi globalisasi dunia sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat jelata tiga bidang perlu kita perlu memberi perhatian yang cukup dan melaksanakan dengan berkesan, bersistematik dan berterusan. Pertama, inginlah saya sentuh berkenaan dengan dalam bidang kesihatan. Kesihatan rakyat ialah sangat penting kerana rakyat dengan badan sihat barulah dapat menikmati hidup yang berkualiti dan baik. Rakyat sihat negara akan jadi kuat juga. Begitu juga dapat meningkatkan saingan rakyat kita dengan negara lain. Sekiranya rakyat dengan badan sihat dan kurang menjangkiti sakit, rakyat bukan sahaja dapat mengurangkan kesihatan tetapi juga dapat menjimatkan perbelanjaan perubatan.

Dari segi kewangan, pihak kerajaan juga dapat menjimatkan perbelanjaan perubatan yang besar dan penjimatan itu bolehlah digunakan untuk program atau projek-projek lain yang dapat membawa banyak lagi faedah kepada rakyat dan negara. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Kementerian Kesihatan kerana telah berusaha untuk mempertingkatkan tahap atau kualiti kesihatan rakyat dengan mewujudkan banyak perkhidmatan yang baik dan cemerlang seperti:-

(i) program mengubah sikap dan cara hidup untuk mempunyai satu cara hidup yang sihat dan mesra;

(ii) telah membina hospital-hospital baru yang besar, yang canggih dan moden;

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

40 DN.15.5.2006

(iii) menggalakkan pakar-pakar doktor supaya kekal berkhidmat di hospital-hospital kerajaan;

(iv) menggalakkan atau meningkatkan tahap dan kualiti perkhidmatan kakitangan hospital-hospital.

Tuan Yang di-Pertua, program-program yang diwujudkan memanglah baik sekali, tetapi kami masih dapati banyak penyakit telah timbul dan banyak penyakit telah meliputi orang-orang muda walaupun penyakit-penyakit-penyakit banyak yang terlibat orang tua seperti kanser ataupun heart attack, dengan izin, itulah satu fenomena dan nampaknya membimbangkan.

Jadi, dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya percaya dengan cara hidup yang sihat, mesra kebanyakan penyakit yang saya sebutkan tadi boleh dielakkan. Pernyataan ‘prevention is better than cure’ dengan izin, atau pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Memang satu pernyataan yang baik dan perlu diamalkan oleh kita. Kita sedar bahawa bekas Menteri Kesihatan dan menteri sekarang memang telah banyak berusaha supaya mengamalkan program bagi menggubah sikap dan mind set dengan izin, dengan mengadakan program-program kesedaran, juga exercise dengan izin, senam aerobik dan program kesedaran cara hidup sihat dan mesra, makan dengan sihat dan mesra dan lain-lain.

Sejauh yang saya tahu, sambutan sangat berkurangan dari rakyat atas program atau kesedaran yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan atau swasta kerana di Majlis Perbandaran Temerloh baru-baru ini kita pun ada menganjurkan program serupa itu tetapi sambutannya memang berkurangan, saya tidak tahu..

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Yang Berhormat, minta laluan Yang Berhormat.

Ir. Hiang A Li: Ya.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Saya tertariklah bila membincangkan tentang program kesihatan ini dan kita dapati ada di negara-negara lain yang sudah pun legalized dengan izin, Tuan Yang di-Pertua perubatan alternatif ini. Menggunakan perubatan alternatif ataupun apa yang kita panggil kadang-kadang seperti perubatan tradisional yang dibenarkan sekarang ini diberikan peruntukkan dan diadakan juga di hospital-hospital dibenarkan seperti di sesetengah negeri di China iaitu di legalized kan dengan izin, perubatan alternatif ini supaya dia dapat memberi pilihan dan juga sebagai dan juga sebagai penambahan kepada perubatan moden yang ada di hospital berkenaan tetapi, di negara kita perkara ini belum berlaku.

Saya harap Kementerian Kesihatan memberikan perhatian kepada isu ini dan saya hendak bertanya kepada Yang Berhormatlah apa pandangan Yang Berhormat. Apakah ini sesuai dilaksanakan di negara kita sebab kita banyak apa yang dipanggil ‘sengsai’, bomoh-bomoh kita. Ini tidak termasuk bomoh artis dan sebagainya. Itu tidak masuklah maksud saya, tapi sebenarnya ada yang berkesan perubatan-perubatan alternatif ini. Apa pandangan Yang Berhormat.

Ir. Hiang A Li: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat terima kasihlah berikan pandangan, saya ingat pandangan itu bagus saya pun setuju tetapi saya nampak perlu kajian atau yang secara terperinci perlu diadakan sebelum satu keputusan. Ini saya pun setuju dengan Yang Berhormat minta Kementerian Kesihatan dapat mengambil langkah tentang perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, pihak Kementerian Kesihatan perlulah ambil perhatian yang serius dengan izin, atas perkara yang saya sebutkan tadi iaitu ubah sikap dan mind set dengan izin, tentang dengan ubah cara hidup kita supaya kita mengadakan satu cara hidup yang sihat dan mesra. Dan langkah-langkah yang positif, berkesan, bersistematik dan berterusan untuk menggalakkan penyertaan dari orang ramai perlu dipertingkatkan. Ini saya menyeru kepada pihak Kementerian Kesihatan supaya look into this matter, dengan izin.

Dalam hal ini, ingin saya berkongsi pengalaman program MCA iaitu ‘Live-Long Learning’ dengan izin, atau pembelajaran sepanjang hayat yang mana program

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 41

pembelajaran untuk meningkatkan pengetahuan kita dari segi berbagai bidang dan cara hidup kita. Kalau kita dapat mengamalkan life-long learning, dengan izin, saya percaya kita boleh tukar ubah sikap dan mind set kita dengan izin, supaya kita dapatkan hidup berkualiti dan juga bermesra.

Tuan Yang di-Pertua, sedia maklum pihak kerajaan telah belanja berjuta-juta ringgit untuk membina hospital-hospital baru yang besar, moden dan telah dilengkapi dengan peralatan yang moden, canggih dan most up-to-date dengan izin, akan tetapi hospital serupa ini menghadapi masalah seperti berikut:–

Pertamanya masalah kekurangan doktor dan kakitangan yang mencukupi bagi memberi perkhidmatan yang baik dan sempurna kepada rakyat. Itu kita sering dengar atau dapat aduan daripada orang awam berkenaan dengan hospital-hospital yang besar tetapi malangnya kekurangan doktor, kekurangan HA, jadi biasanya mereka kena tunggu untuk berjumpa dengan doktor, satu hingga tiga jam pun tidak dapat jumpa lagi, itulah masalah yang telah ditimbulkan di hospital-hospital besar yang baru.

Banyak peralatan yang moden, canggih yang telah dipasang di hospital-hospital besar serupa ini tidak dapat digunakan dengan sempurnanya kerana sama juga masalah kekurangan pakar, kekurangan juruteknik-juruteknik yang mahir, jadi ada juga alat-alat yang tidak pernah dipakai kerana tidak ada pakar atau tidak ada juruteknik yang mahir untuk menggunakannya, itu masalah yang kedua. Ingin saya cadangkan pihak Kementerian Kesihatan semak hal ini dengan teliti dan dirancang atau cari cara untuk mengatasi masalah ini. Saya nampak perkara ini sangatlah penting, sangatlah perlu diselesaikan dengan segera kerana jikalau tidak hospital-hospital ini akan menjadi gajah putih atau white elephant dengan izin, dalam bahasa Inggeris. Ini akan memberikan pembaziran banyak kepada kerajaan dan juga rakyat.

Program yang menggalakkan pakar dan doktor supaya kekal dalam perkhidmatan di hospital kerajaan memanglah baik dan tepat sekali. Saya nak tanya pihak Kementerian Kesihatan adakah program ini berjaya? Sekiranya berjaya berapa orang pakar dan doktor dapat digalakkan dan kekal di dalam perkhidmatan mereka di kerajaan.

Baru-baru ini pengumuman Yang Berhormat Menteri Kesihatan ialah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan terutamanya jururawat dan kakitangan hospital. Saya nampak ini suatu program yang baik dan tepat. Saya berharap pihak Kementerian Kesihatan dapat meneruskan program itu dan dilaksanakan dengan berkesan dan bersistematik supaya kita dapat mendapat perkhidmatan yang baik dan berkualiti serta berterusan dan bukan untuk program pelajaran sahaja. Itulah yang saya harapkan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua penting untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat di negara kita ialah bidang pendidikan iaitu saya nampak bidang pendidikan ialah perkara yang kita perlu diamalkan dan itu akan dijadikan perkara yang akan meningkatkan bukan sahaja kualiti hidup kita begitu juga ekonomi. Dari segi ekonomi memang dari segi ekonomi, pendidikan memang suatu perkara yang penting supaya kita tingkatkan saingan kita dengan negara lain. Dalam bidang pendidikan sistem pelajaran sekarang memang baik dan sentiasa dapat menghasilkan ramai murid yang mendapat keputusan pendidikan yang cemerlang. Ada yang mendapat 9A, 10A, 11A, tahniah saya ucapkan kepada pihak Kementerian Pelajaran.

Akan tetapi adalah juga didapati segolongan murid yang mempunyai keputusan peperiksaan yang tidak baik langsung atau mereka yang tidak berminat lagi untuk bersekolah. Mereka sentiasa diketepikan oleh pihak sekolah. Itulah masalah dia. Oleh itu, mereka tidak minat belajar di sekolah, mereka sentiasa melakukan atau terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang buruk dan yang tidak diingini di dalam dan di luar sekolah seperti merokok di kawasan sekolah atau terlibat dalam menghisap dadah atau salah guna dadah di dalam atau di luar sekolah dan membuat kekacauan termasuk pergaduhan, tumbuk menumbuk di antara satu sama lain. Ada juga sehingga menyebabkan kematian, ponteng dari kelas, bohsia, lepak atau terlibat dengan kumpulan samseng dan banyak lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya nampak inilah perkara yang sangat serius. Sekiranya kira ketepikan murid-murid atau golongan itu, apakah akan jadi apabila mereka tamat

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

42 DN.15.5.2006

sekolah atau keluar dari sekolah. Itu memang menyatakan masalah-masalah seperti Ahli-ahli Yang Berhormat telah sebutkan sebentar tadi.

Saya menyeru Kementerian Pelajaran supaya dapat meninjau semula sistem pendidikan kita. Kita bukan sahaja hendakkan murid-murid dengan keputusan akademik yang baik tetapi kita hendak all rounder, dengan izin dan juga beri perhatian kepada golongan murid-murid yang mereka memang kurang atau tidak begitu berminat untuk bersekolah, keputusan mereka tidak baik.

Tuan Chiam Yong Tee: Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua : Ya, sila.

Tuan Chiam Yong Tee: Tuan Yang di-Pertua, saya memang tertarik dengan hujah Yang Berhormat tadi berkenaan dengan gejala-gejala negatif di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Saya pernah pada suatu masa, seorang pendidikan juga dan saya nampak masalah utama salah laku di kalangan pelajar ialah masalah ponteng sekolah atau ponteng kelas.

Dari situ, saya nampak masalahnya ialah kumpulan pelajar yang ponteng sekolah biasanya mereka berada di pusat hiburan elektronik yang telah diserbu oleh pihak polis dan juga diadu oleh orang ramai beberapa kali dan diperintah tutup tetapi tidak tahu kenapa pusat-pusat ini mereka berjaya dapat lesen dan buka semula. Kalau pusat-pusat yang sebegini tidak ditutup dan tidak mengikut peraturan ataupun undang-undang yang telah ditetapkan itu, mereka telah menyalahgunakan syarat lesen mereka, membenarkan pelajar-pelajar di bawah umur yang telah ditetapkan dan juga pelajar-pelajar yang memakai pakaian sekolah menggunakan kemudahan dan juga perkhidmatan mereka pada waktu sekolah.

Ini saya nampak menimbulkan banyak masalah, yang pertama masalah disiplin di sekolah. Yang kedua kerosakan harta benda awam sebab bila mereka berkumpul itu, mereka membuat berbagai-bagai salah laku seperti merosakkan paip air awam atau pun merosakkan pondok-pondok telefon dan sebagainya. Bukan juga Pihak Berkuasa Tempatan yang juga turut bertanggungjawab atas ini. Apakah pandangan Yang Berhormat.

Tuan Ir. Hiang A Li: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Saya memang tertarik dengan pandangan Yang Berhormat berkenaan dengan murid-murid yang ponteng kelas yang biasanya berada di pusat hiburan atau pusat video. Itu memang masalah disiplin atau tatatertib di sekolah. Pusat hiburan video ada yang legal dengan izin, dan ada yang haram. Itu biasanya tempat-tempat atau pusat-pusat yang mana murid-murid yang tidak berminat bersekolah melawatinya.

Itulah satu masalah yang saya nampak Pihak Berkuasa Tempatan dengan pihak polis dan sebagainya dapat mengambil langkah-langkah bersepadu untuk mengawal pusat-pusat serupa itu.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Mohon laluan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, adakah pada Yang Berhormat pusat hiburan seperti video game ataupun pusat internet ini benar-benar membawa akibat buruk kepada pelajar kerana hari ini kita tahu kalau permainan PS2 atau play station 2, ataupun internet game ini sebenarnya ia juga boleh membantu pelajar-pelajar dalam meningkatkan dia punya prestasi atau idea mereka. Tidak semestinya pusat hiburan ini merupakan pusat yang menjadi punca masalah sosial kerana kalau kita tengok takkan pusat hiburan seperti piper, internet, play station dalam video game ini hendak dimasuki oleh orang seperti kita. Ia lebih baik untuk kanak-kanak, cuma pengehadan masa itu harus dikawal dari segi pemakaian juga harus dikawal. Terima kasih Yang Berhormat.

Ir. Hiang A Li: Terima kasih Yang Berhormat. Memang benar, pusat hiburan video sebenarnya bukan sahaja murid-murid yang terlibat. Saya dapat tahu di bandar-bandar

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 43

kecil, banyak lagi pekerja-pekerja seperti peneroka FELDA pun datang main video sehingga lupa kepada kerja. Itu merupakan suatu masalah sosial bukan sahaja kepada murid-murid tetapi memang saya nampak tidak baik untuk murid.

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya tertarik tadi iaitu murid-murid keluar semasa waktu persekolahan yang dikatakan ponteng sekolah, sebab saya terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa di Wales (England) di mana sekiranya terdapat anak-anak murid ini berkeliaran di kompleks-kompleks dan didapati ditangkap maka ibu dan bapanya dipersoalkan dan di jail. Saya hendak tahu pandangan Yang Berhormat, adakah ini akan menimbulkan masalah sekiranya undang-undang dikemukakan kepada kerajaan kita. Terima kasih.

Ir. Hiang A Li: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Saya nampak itu kalau kata keberkesanan, saya nampak itu sangat berkesan tetapi masyarakat kita sudah bersiap sedia untuk menerima itu atau tidak. Itu perlulah kita kaji. Saya ingat pihak Kementerian Pelajaran juga dengan polis boleh meninjau atau study, dengan izin perkara ini bolehlah kita dapatkan akta itu kerana saya nampak sangat berkesan sekali...

Tuan Chiam Yong Tee: Minta laluan.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Ada dua Yang Berhormat minta laluan ini. Yang Berhormat hendak bagi siapa dahulu?

Ir. Hiang A Li: Tuan Chiam Yong Tee.

Tuan Chiam Yong Tee: Saya ingin kemukakan pandangan masalah ini dari satu segi yang lain. Tadi Yang Berhormat Datuk Hajah Azizah kata, itu adalah tanggungjawab ibu bapa. Kita buatkan undang-undang supaya ibu bapa dihukum tetapi sekiranya jika pelajar itu telah pergi ke sekolah dan mereka ponteng sekolah dan keluar daripada itu, bukankah sekolah yang bertanggungjawab? Kalau ibu bapa dipersalahkan, adakah ini adil. Apakah pandangan Yang Berhormat?

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak tanya satu sahaja. Apa pandangan Yang Berhormat kerana pada suatu ketika dahulu kita ada buat cadangan yang saya rasa negeri Perlis iaitu Yang Berhormat Menteri yang bercakap bahawa kita harus membuatkan curfew kepada pelajar-pelajar di bawah umur. Maknanya had masa, tepat pukul 11.00 malam semua pelajar mesti ada dalam rumah, curfew, bagi mereka. Terima kasih.

Ir. Hiang A Li: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat telah memberikan pandangan, tanggungjawab atas prestasi murid-murid, saya percaya ialah tanggungjawab bersama iaitu sekolah dan juga ibu bapa. Sekiranya hanya ibu bapa dihukum, nampaknya tidak adil tetapi kita cuba bayangkan iaitu masa murid-murid bersama ibu bapa lebih atau di sekolah? Saya percaya murid-murid atau budak-budak bersikap baik bermula daripada keluarga. Kalau sikap mereka yang bagus, saya percaya mereka tidak akan ponteng kelas atau tidak pergi ke pusat-pusat hiburan dan sebagainya.

Yang kedua, berkenaan pusat internet itu, saya mesti dikawal oleh ibu bapa. Kalau ibu bapa ada mengawal, saya rasa tidak ada masalah. Itu sahaja yang saya nampak dan memberi jawapan jelas kepada kedua-dua Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Yang Berhormat, minta laluan sedikit Yang Berhormat. Yang Berhormat bersetujukah atau tidak supaya kaum ibu ini, wanita ini dia sepatutnya lebih berperanan dalam mendidik anak-anak dia. Jangan fikir soal kerja, profesion, karier dan sebagainya. Tadi pun sudah disebut kena pandai membahagi masa. Wanita pun dia berbangga kerana apabila disebut ibu bapa ini, perkataan ibu itu di hadapan baru bapa. Bermakna ibulah yang berperanan sebab itu dia kata, saya ada dengar hujah di kalangan Yang Berhormat sebab itu disebut ibu negara, ibu pejabat, semuanya ibu. Macamlah bapa ini tidak ada sedangkan bapa pun ada seperti ‘Bapa Pembangunan, ‘Bapa Kemerdekaan’, tidak disebut ibu kemerdekaan.

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

44 DN.15.5.2006

Saya rasa yang penting sekarang ini ialah supaya ibu ini lebih banyak yang pandai membahagi-bahagikan masa untuk mendidik anak-anak mereka di rumah. Sebab itu, tidak jadilah macam yang telah saya katakan tadi iaitu ada sampai suatu peringkat si bapa pula hendak menjadi suri rumah. Yang ini yang kita hendak panggil apa? Bagi saya sesuai panggil ‘kepala bapak’ sahaja. Apa pandangan Yang Berhormat?

Ir. Hiang A Li: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat sekarang kita bahagi tanggungjawab. Sebenarnya saya nampak kedua-dua pihak penting. Saya pernah cakap dengan kawan saya, saya kata, “Apa you buat kalau tidak berapa berjaya dalam perniagaan anda sekiranya anak-anak anda tidak berjaya juga?” Itu bermakna dia mesti balance time, dengan izin, iaitu bahagi masa supaya dapat berniaga dan pada masa yang sama spend quality time, dengan izin, dengan anak-anak kita. Itu yang lebih penting.

Puan Hajah Sharifah Azizah bingi Dato’ Syed Zain: [Bangun]

Dato’ Dr. Norraesah binti Mohamad: [Bangun]

Ir. Hiang A Li: Ya, sila.

Dato’ Dr. Norraesah binti Mohamad: Tuan Yang di-Pertua! Yang mana satu idaman kalbu... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua: Ada dua yang bangun, Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Norraesah binti Mohamad: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat kerana memberi laluan kepada saya. Kita banyak berbincang tentang nilai dan sistem nilai yang dipupuk dan ditanam kepada anak-anak, yang penting ialah institusi keluarga itu sendiri dan kemudian kesinambungannya kepada sekolah. Saya rasa ini adalah sesuatu yang tidak siapa pun dapat nafikan. Ini peranan ibu dan bapa ini, ibu bapa itu sedap penggunaan bahasanya. Bapa ibu, ganjal.

Jadi, ibu bapa itu elok sangat sudah kita pergunakan, tetapi tidak bermakna yang peranan, tanggungjawab bapa kurang ataupun di tempat yang nombor dua. Ini salah anggapan, ini hanya seronok-seronok kita berbahas, mungkin tetapi di dalam hati, rohani dan jiwa Yang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad, ia memang bermaksud kedua-duanya adalah berperanan amat penting... [Tepuk] Yang, keduanya. Hah! Tepuk Yang Berhormat.

Yang keduanya, dia kata pembahagian masa. Kita sekarang bercakap tentang multitasking, multi-skilling. Multitasking dengan multi-skilling ini, dengan izin, sudah lama dipraktikkan oleh wanita. Mengasuh, menjaga anak, bagi makan, pakaian suami, semua dia jaga, jadi sekarang ini dalam pasaran pekerjaan mudah sahaja dia membawa apa yang dipraktikkan di rumah kepada suasana pekerjaan. Jadi, ‘tuan-tuan’ dan ‘puan-puan’....

Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya pohon maaf, tersasul tadi.

Timbalan Yang di-Pertua: Jangan bersyarah.

Dato’ Dr. Norraesah binti Mohamad: Tidak, tidak. Saya hendak tanya, soalan saya kepada Yang Berhormat yang berbicara tadi ialah, tidakkah Yang Berhormat berpandangan bahawa Yang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad kita contradict dirinya sendiri. Tiga hari yang lalu dia kata tidak payah kuota untuk wanita, merit sudah ada tetapi dia pula kata peranan kita lebih pula di tempat yang satu lagi. Jadi, ini bukanlah merit dalam erti kata yang sebenarnya, merit yang selektif, apa pandangan Yang Berhormat?

Ir. Hiang A Li: Tuan Yang di-Pertua, saya pilih tidak jawab soalan itu... [Ketawa] kerana tidak kena-mengena dengan saya, ya Yang Berhormat. Tadi, saya sebut berkenaan dengan masa, time management, dengan izin, dapat kita bahagikan masa supaya untuk berniaga, untuk bekerja dan untuk keluarga bukan sahaja anak-anak, suami isteri dan juga semua ahli keluarga, kita mesti ada masa yang berkualiti. Dapatkan masa setiap hari.

Saya juga hendak berkongsi pengalaman MCA, dahulu semasa Langkawi projek, kita pernah satu hari satu jam. Maknanya setiap hari kita mesti dapat satu jam dengan anak-anak kita, terutama murid-murid, yakni yang sedang bersekolah. Tujuannya untuk bersama mereka ialah:

(i) kalau dia tidak faham kita boleh bantu;

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 45

(ii) spend quality time, dengan izin, dengan mereka.

Saya nampak itu sangat bermakna dan kalau sekiranya kita boleh rancang supaya kita ada masa dengan mereka, saya percaya mereka tidak akan fikir yang tidak baik, dia mesti dapat concentrate, dengan izin, dengan study, dengan keluarga sekali. Bermakna kalau mereka sudah ada sikap yang baik, dia pergi sekolah memang dia tidak akan bercampur dengan kegiatan-kegiatan yang buruk. Saya percaya itu perkara yang penting.

Untuk golongan-golongan yang pada masa ini telah bermasalah, saya percaya dan saya ingin mencadangkan supaya pihak sekolah, termasuk Kementerian Pelajaran untuk merancang satu program yang khas untuk mereka. Program seperti Latihan Khidmat Negara adalah satu cara yang saya nampak sesuai untuk golongan murid yang bermasalah. Kemungkinan kita tidak perlu dapatkan tempoh yang sebegitu panjang seperti Program Latihan Khidmat Negara. Kumpulkan murid-murid yang bermasalah dan berikan mereka teguran, motivasi kepada mereka dan ubah sikap mereka. Saya nampak itu satu cadangan yang baik untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Pelajaran.

Baru-baru ini MCA ada program iaitu satu pun tidak boleh dihilangkan, bermakna semua murid yang belajar kita tidak mahu langsung satu pun hilang. Itu bermakna sekurang-kurangnya kita boleh beri dia latihan supaya dia menjadi rakyat yang berguna kepada negara kita. Bermakna kita tidak mahu hilang satu pun. Walaupun keputusan akademiknya tidak bagus tetapi kita hendak mereka menjadi rakyat yang berguna, yang berfaedah kepada negara kita. Itu yang penting, iaitu kita tidak mahu hilang satu pun. Walaupun dia dari segi akademik kemungkinan dia tidak, tetapi kalau beri dia peluang untuk dilatih dalam kemahiran, kemungkinan dia boleh buat, kemungkinan mereka fasih dalam kemahiran mereka sendiri. Itulah cadangan daripada saya kepada Kementerian Pelajaran.

Sekiranya rancangan-rancangan atau program-program itu boleh dijalankan dengan berjaya, mereka semua menjadi rakyat yang berfaedah kepada negara, itu baru kata hidup yang berkualiti seperti dalam Titah Ucapan Tuanku tadi.

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya sebut berkenaan pendidikan, sekarang saya akan sebut berkenaan dengan prasarana.......

Datuk Dr. Lee Chong Meng: Minta laluan, Yang Berhormat.

Ir. Hiang A Li: Sila.

Datuk Dr. Lee Chong Meng: Terima kasih. Pandangan saya di Lorong Haji Taib, kawasan itu dahulu banyak penagih dadah dan yang terlibat ialah budak-budak kecil berumur daripada 18 hingga 25. Jadi, pandangan saya ialah gejala sosial disebabkan oleh kerana agen-agen penjual dadah itu adalah daripada Aceh, Indonesia tetapi saya nampak apabila kawan saya membuat laporan, pihak berkuasa tidak ambil tindakan yang serius. Ini kerana agen-agen penagih dadah atau penjual dadah itu menjualkan dadah itu dan meletakkan paket itu di dalam baju-baju yang tergantung di gerai penjaja di tepi jalan.

Jadi, apabila remaja termasuk budak-budak dari keluarga yang kaya mereka memandu kereta mewah dan beli. Apabila mereka membayar wang, dia hanya minta pembeli pergi ke gerai jiran yang menjual jean, “You ambil dalam poket sepeket dadah.” Laporan telah dibuat, tetapi action tidak diambil. Jadi, sekarang saya nampak bekas penjara Pudu telah ditukar kepada Balai Polis Jalan Hang Tuah. Tempat itu telah dipakai sebagai pusat serenti sementara untuk penagih-penagih dadah yang ditangkap daripada kawasan di seluruh Bukit Bintang.

Selepas tindakan yang keras telah diambil, penagih dadah yang disemak dan di ‘check’ dan didapati positive, dengan izin, telah dihantar ke pusat serenti di tempat lain. Sekarang kalau kita pergi ke Lorong Haji Taib, kita tidak nampak penagih dadah, satu pun tidak ada. Pondan sahaja yang ada.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat berbahaskah?

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

46 DN.15.5.2006

Datuk Dr. Lee Chong Meng: Saya hendak minta Yang Berhormat punya pandangan bahawa kalau tindakan yang sesuai diambil, memang gejala sosial boleh dikurangkan. Bolehkah Yang Berhormat membuat sedikit penjelasan tentang ini? Sekian, terima kasih.

Ir. Hiang A Li: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, tadi kita sebut pendidikan. Sebenarnya sekiranya kita berjaya di dalam sistem pendidikan kita yang dapat menghasilkan murid-murid atau pemuda-pemudi yang baik, masalah ini sendirinya akan diselesaikan. Itu saya percaya tetapi untuk menyelesaikan masalah Yang Berhormat iaitu ada pengedar dadah, jual dadah, remaja-remaja daripada keluarga yang kaya itu, memang saya tidak dapat berikan pandangan. Itu memang perkara saya nampak bukan dalam perbincangan kita. Okay!

Tuan Yang di-Pertua, bidang yang ketiga yang ingin saya sentuh ialah prasarana asas di negara kita. Negara kita memang mempunyai sistem pengangkutan yang baik dan bersistematik pada keseluruhannya. Seperti kita ada Lebuhraya Utara-Selatan, dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam, Lebuhraya Pantai Timur, dari Kuala Lumpur ke Kuantan sekarang dan kemudiannya akan sampai ke Kuala Terengganu dan banyak lagi sistem lebuh raya, jalan raya di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang dapat kita gunakan dan kita boleh sampai ke destinasi kita dengan cepat, tepat dan selamat. Itu baik tetapi baru-baru ini di Kuala Lumpur kita nampak kebanyakan jalan raya dan lebuh raya yang wujud sekarang menghadapi kesesakan lalu lintas setiap hari, iaitu pada masa sebelum pejabat dan selepas pejabat.

Ramai orang yang bekerja di Kuala Lumpur telah terperangkap dengan traffic jam, dengan izin, setiap hari bekerja. Itulah kualiti hidup kita memang tidak berkualiti sekiranya tiap-tiap hari dalam kesesakan lalu lintas. Dan juga, kita dapati beberapa lebuh raya, jalan raya yang penting sering menghadapi banjir kilat. Macam baru-baru ini di Cheras dan juga di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur kita, apabila hujan lebat telah mengakibatkan banjir kilat dan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk daripada biasa.

Oleh sebab kesesakan lalu lintas berlaku setiap hari, rakyat di Kuala Lumpur memang tidak akan menikmati hidup yang berkualiti. Itu memang suatu kenyataan. Saya mencadangkan kepada pihak yang berkenaan supaya dapat bertindak dan mengambil langkah-langkah yang berkesan dan berterusan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dan banjir kilat di lebuh raya di Kuala Lumpur. Penyelesaian masalah kesesakan dan banjir kilat di ibu kota negara kita, Kuala Lumpur adalah amat penting dan tepat kerana kalau tidak, ibu kota kita akan dinamakan bandar raya sesak dengan lalu lintas dan banjir kilat. Itu akan menjatuhkan imej negara kita dan memang itu akan mengancam dari segi pelancongan dan juga pelaburan daripada luar negara.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya sudahi dengan ini ingin saya memohon menyokong dan menjunjung kasih atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Tuan Wan Nordin bin Che Murat dan selepas itu saya minta Yang Berhormat Puan Siw Chun untuk bersedia.

Tuan Wan Nordin bin Che Murat: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menjunjung kasih membahaskan Usul Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen pada 13 Mac 2006.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang anggota masyarakat yang bersyukur terhadap ketentuan Allah S.W.T, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang merestui pemilihan saya untuk menduduki dalam Dewan ini. Begitu juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Shahidan Kasim, yang memungkinkan saya menjejak kaki buat kali kedua di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini juga mengucapkan selamat menyambut Hari Ibu kepada semua ibu-ibu seluruh negara kerana kita tahu betapa penting dan mustahaknya peranan ibu-ibu di dalam mendidik anak-anak generasi bangsa Malaysia

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 47

yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia dalam satu tajuk semalam, kita dapat lihat betapa menyentuh perasaan kita apabila seorang ibu yang anaknya dituduh membunuh seorang rakannya di Pusat Latihan Khidmat Negara di Kluang pergi berkunjung menziarahi ibu yang kehilangan anaknya.

Ini adalah merupakan satu perkara yang positif, kerana kita tahu bahawa kekuatan negara terletak kepada perpaduan. Oleh sebab itu perpaduan ini adalah merupakan agenda terpenting dalam hendak memastikan bahawa bangsa Malaysia ini akan terus wujud dan maju ke hadapan. Oleh itu, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usaha untuk mempositifkan elemen-elemen yang menyarankan kepada perpaduan ini harus kita tingkatkan.

Tuan Yang di-Pertua, Walau bagaimanapun, kadangkala kita terdengar soalan-soalan yang dibangkitkan sama ada di Dewan ini ataupun di Dewan Rakyat yang menjuruskan, yang kita sendiri kadang-kadang tertanya-tanya apakah betul perpaduan yang kita hendak cari. Kadang-kadang bentuk soalan yang dikemukakan lebih menjuruskan kepada perjuangan satu-satu kaum ataupun satu-satu keturunan. Walau bagaimanapun kita tidak boleh menafikan itu adalah hak perjuangan kaum-kaum tertentu tetapi apa yang kita perlu melihat natijahnya keperluan perpaduan ini hendaklah disemai di setiap jiwa masyarakat. Biarlah perpaduan ini menjadi cara hidup Malaysia supaya ia akan terus makmur dan berkekalan bagi menjamin masa depan negara yang lebih gemilang.

Tuan Yang di-Pertua, dengan perpaduan yang begitu erat, soal keselamatan akan menjadi lebih senang kita atasi. Cuma Tuan Yang di-Pertua, apabila kita berjalan di kedutaan-kedutaan di negara ibu kota, kita dapati hampir kebanyakan kedutaan-kedutaan ini dikawal rapi terutamanya Kedutaan Amerika, Kedutaan Britain dan beberapa kedutaan lain yang dikawal rapi seolah-olah menunjukkan kepada kita bahawa negara kita ini selamat tetapi cuma di kedutaan-kedutaan tertentu. Mungkin ada permintaan-permintaan dari kedutaan-kedutaan tersebut supaya kedutaan mereka dikawal rapi. Oleh sebab seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat semua tahu bahawa Amerikalah pencetus keganasan dunia, oleh itulah mereka merasa tidak selamat, mereka minta polis-polis kita kawal kedutaan mereka kerana mereka mencetuskan kekerasan di seluruh dunia.

Kita pernah dengar dahulu, beberapa dekad yang lalu bahawa bagaimana askar-askar mereka menyerang Vietnam. Selepas itu mereka tidak insaf dengan kegagalan mereka di Vietnam, mereka terus menyerang Afghanistan dan menakluki Afghanistan. Hari ini mereka telah menakluki...

Tuan Ismail bin Kasim: Mohon laluan.

Tuan Wan Nordin bin Che Murat: Silalah. Oleh sebab Yang Berhormat baru mengangkat sumpah hari ini, maka saya beri peluang.

Tuan Ismail bin Kasim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada kekanda saya Yang Berhormat Tuan Wan Nordin kerana memberi laluan kepada saya.

Apabila Yang Berhormat membangkitkan soal keselamatan, sedikit sebanyak Yang Berhormat juga telah menyentuh tentang kedaulatan dan keamanan di dalam dan di luar negeri, juga dikaitkan dengan polis dunia iaitu negara Uncle Sam itu sendiri. Cuma yang saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat ialah berhubung satu perkara yang saya rasa kadang-kadang adalah kurang adil untuk dibuat pengadilan (judgment) dengan izin Tuan Yang di-Pertua, terhadap beberapa perkara yang menyentuh soal dasar luar antara kita dengan jiran kita. Saya tidak mahu menyentuh sama ada Singapura ataupun Thailand tetapi kalau setiap kali isu yang dibangkitkan berhubung dengan dua hala dan menyentuh soal keselamatan, apa-apa persoalan sekalipun.

Macam baru-baru ini, apabila banyak siri-siri pengeboman yang dilakukan ke atas orang awam di Selatan Thailand yang menggunakan teknik telefon bimbit, Kerajaan Thailand dengan tidak ragu-ragu ataupun pihak keselamatan telah menyalahkan bahawa seolah-olah laluan keselamatan yang terdapat di sepanjang sempadan itu adalah melibatkan negara kita. Kita melihat pada setiap kali masalah yang berlaku yang melibatkan

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

48 DN.15.5.2006

masalah dalaman di negara berkenaan sama ada di kanan ataupun di kiri kita, kita sering dipersalahkan, seolah-olah hak ataupun kedaulatan kita ini semacam senang di cemar ataupun cuba diperkotak-katikkan oleh jiran-jiran kita dengan sewenang-wenangnya. Apa pandangan Yang Berhormat berhubung perkara ini?

Tuan Wan Nordin bin Che Murat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang kita akui bahawa saya sebutkan tadi, keganasan yang dicetuskan oleh Amerika, kita tidak boleh nafikan bahawa cara untuk hendak menggugat kedudukan kita adalah dengan kadang-kadang melalui negara jiran kita. Oleh sebab itu kita tahu bahawa banyak ejen CIA telah melibatkan diri dalam program-program keganasan di seluruh dunia, melatih gerila-gerila dan sebagainya untuk mencetuskan keadaan. Begitulah juga dengan apa yang berlaku di Selatan Thailand dan kenapa kita lihat Singapura begitu angkuh dengan kita.

Unsur-unsur ini, mungkin Yang Berhormat sendiri sentiasa berdepan. Sebab apa Tuan Yang di-Pertua? Saya hendak sambungkan tadi - sebab akhir-akhir ini wujud ura-ura Amerika hendak menyerang Iran dengan atas tajuk yang serupa macam mana mereka menyerang Iraq - alasan-alasan kuasa nuklear tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat, Israel yang mempunyai kuasa nuklear yang hebat daripada ini tidak pernah dipersoalkan, kenapa tidak serang Israel.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat lupa lagi bahawa Yang Berhormat berada di Dewan Negara sekarang ni.

Tuan Wan Nordin bin Che Murat: Tidak Tuan Yang di-Pertua. Saya masih di Dewan Negara, cuma kita hendak menggunakan kesempatan ini untuk menyuarakan pandangan masyarakat terhadap tindak tanduk yang dilakukan .....

Timbalan Yang di-Pertua: Maksud saya apa Yang Berhormat katakan tadi seolah-olah Yang Berhormat berceramah di kawasan luar daripada Dewan dengan menyebut “tuan-tuan dan puan-puan” tadi.

Tuan Wan Nordin bin Che Murat: Oh! Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Selalu tersasul sebab...., minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian oleh sebab itu .....

Dato’ Dr. Norraesah binti Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, mohon laluan sikit. Boleh Yang Berhormat?

Tuan Wan Nordin bin Che Murat: Silakan.

Dato’ Dr. Norraesah binti Mohamad: Soalan saya di sini Tuan Yang di-Pertua, atas apa yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Wan tadi ialah apakah impak-impak dasar luar negara, dasar Amerika Syarikat terhadap tanah air kita sendiri. Jadi itu yang relevannya kepada kita. Apa pandangan Yang Berhormat?

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzil: Sebelum jawapan saya hendak tambah sikit, boleh Yang Berhormat? Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzil: Soalan saya tadi sambung daripada itu. Tadi saya dengar rakan kita bercakap tentang jiran-jiran kita, Thailand, Indonesia dan Singapura, tadi Yang Berhormat berucap tentang Amerika. Adakah jiran-jiran kita ini mengambil kesempatan daripada hasutan Amerika sendiri untuk mengganggu-gugat kestabilan negara kita. Apa pandangan Yang Berhormat.

Tuan Wan Nordin bin Che Murat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana kata pepatah Melayu...., saya pun dah terlupa pepatahnya. Tuan Yang di-Pertua tadi mengingatkan saya bahawa kita berada di dalam Dewan Negara jadi “sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula”. Apa yang dimaksudkan oleh Dato’ Dr. Norraesah ialah impaknya terhadap - sebagai satu kuasa dunia yang besar segala tindak tanduk yang dilakukan oleh Amerika sudah pasti akan memberi kesan-kesan negatif terhadap semua negara di dunia ini. Umpamanya kenaikan harga minyak dan berbagai-bagai lagi kenaikan yang telah berlaku dan kita terpaksa kerana ini adalah pasaran terbuka. Maka, tiap-tiap perbelanjaan yang digunakan oleh Amerika pastinya akan diusahakan untuk digantikan

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 49

perbelanjaan itu maka stok minyak untuk hendak menyerang sebuah negara lagi harus dipertingkatkan. Dengan sebab itu, harga minyak melambung.

Tuan Yang di-Pertua, kita tinggalkan apa yang disebutkan tadi. Saya hendak mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Che Puan Sri Kelana D'raja Datin Dr, Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya kerana di atas kajian yang terperinci yang beliau usahakan untuk bawa ke Dewan berkenaan bagaimana gejala-gejala rumah urut yang dibangkitkan di dalam Dewan ini. Saya tidak tahu sama ada rumah urut yang dimaksudkan itu dok ada di Bukit Bintang atau tidak. Dato’ Dr. Lee Chong Meng sebab semalam beliau minta orang ramai, pusat pelancongannya adalah di Bukit Bintang tetapi saya hendak kata apa. Ramai lagi pusat pelancongan yang ada di luar bandar raya umpamanya di Perlis dapat menawarkan daya tarikan yang lebih dan of course berbeza dengan izin, Tuan Yang di-Pertua berbeza dengan apa yang ada di Bukit Bintang.

Ahli-ahli Yang Berhormat, nasib baik saya teringat Tuan Yang di-Pertua sebab semalam bila Dato’ Jins berucap, saya tahu memang Dato’ Jins ini memang ramai peminatnya di kalangan Ahli-ahli Dewan Negara oleh sebab itu yang perempuan asyik bertubi-tubi mencelah sehingga depa terlupa Tuan Yang di-Pertua duduk di depan. Oleh kerana asyik hendak mempersoalkan Dato’ Jins, mereka terlupa Tuan Yang di-Pertua di depan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya faham keadaan Tuan Yang di-Pertua.

Oleh sebab itu, kita menyarankan bahawa pusat-pusat galakan pelancongan ini perlu ditambah. Umpamanya yang bercorak berbeza, umpamanya yang ada di Perlis iaitu di Gua Kelam ialah satu gua yang paling unik di dunia tetapi promosinya kurang, daya tarikannya kurang. Kita mengharapkan Kementerian Pelancongan supaya menambahkan lagi destinasi-destinasi pelancongan yang ada di luar bandar supaya biar pelancong-pelancong datang lihat bagaimana suasana tenang, bagaimana suasana yang indah ada di kampung-kampung dan luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pak Lah dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan. Kita dapat lihat strategi-strategi yang telah diperturunkan di dalam sebuah dokumen yang begitu lengkap, yang terperinci dan meluaskan parameter atau kawasan yang perlu kita lihat terutamanya dalam mengimbangkan jurang perbezaan kemajuan antara bandar dan luar bandar. Usaha-usaha murni ini kita harap.....

Tuan Ismail bin Kasim: [Bangun]

Tuan Wan Nordin bin Che Murat: Ya, adinda silakan.

Tuan Ismail bin Kasim: Terima kasih Yang Berhormat yang saya kasihi. Mula Yang Berhormat bangkitkan tentang Rancangan Malaysia Kesembilan, saya, walaupun tadi saya hendak bangun bertanya soal pemaparan imej Kuala Lumpur itu sendiri kerana saya minta maaflah Dato’ Dr. Lee bila orang menyebut Bukit Bintang ini tanggapan negatif. Pelancong ini ada berbagai-bagai kategori. Ada yang melancong hanya melancong semata-mata, melawat tempat dan menilai keindahan. Ada yang melancong because of perempuan, sek, melancong, di mana tarikan sek. Jadi kalau sebut Bukit Bintang memang satu tanggapan. Kalau saya tanya rakan-rakan yang daripada luar negeri yang datang bila sebut Bukit Bintang dia kata tak payah pergi Thailand dah, tak payah pergi tempat-tempat happening dalam dunia lain, semua complete – all set is there dia kata. Dia kata kat sayalah, saya hanya menyampaikan.

Jadi Dato’ Dr. Lee, saya minta maaflah kalau sekiranya ini menyinggung perasaan tetapi saya hendak menarik tentang Rancangan Malaysia Kesembilan ini kurangnya berita yang dipaparkan di pihak media secara yang lebih menarik supaya orang benar-benar memahami walaupun telah dibentangkan, dibuat dalam satu panel yang cukup hebat yang terdiri dari cendekiawan tetapi biarlah.....

Dato’ Hamzah bin Zainuddin: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya hendak mencelah sikit.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya ingat biar Yang Berhormat Ismail Kasim habiskan dahulu ...

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

50 DN.15.5.2006

Tuan Ismail bin Kasim: Dalam laluan boleh ke, saya hendak tanya.

Dato’ Hamzah bin Zainuddin: Sebab Yang Berhormat hendak teruskan, saya hendak minta penjelasan sikit sahaja sebab dia mengatakan tentang imej. Boleh saya buat teguran sikit.

Tuan Ismail bin Kasim: Terima kasih, silakan kekanda.

Dato’ Hamzah bin Zainuddin: Saya minta maaf kerana soalannya timbul daripada Yang Berhormat, sahabat sendiri yang mengatakan seolah-olah ada kebenarannya di Bukit Bintang yang mempunyai imej sek. Saya rasa tak ada. Tidak betul kalau kita bercakap di sini seolah-olah kita mengaku bahawa benda itu benar. Kita sekarang ini adalah merupakan satu negara Islam dan kita mengakui bahawa apa yang Perdana Menteri bawa dalam konsep Islam Hadhari itu adalah untuk membuktikan yang nyata.

Jadi kalaupun ada benda-benda macam ini saya rasa Yang Berhormat tidak boleh mengakui walaupun ada kita baca dalam news paper, ada orang bercakap tetapi pengakuan Yang Berhormat buat itu seolah-olah benda itu betul. Kalau orang tulis pun, kalau orang tulis dalam news paper kah, bukankah Yang Berhormat sepatutnya melihat kembali dan mengkaji perkara itu secara mendalam, itu yang saya minta kerana Yang Berhormat mewakili satu kawasan yang dipimpin oleh Parti Barisan Nasional. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila habiskan Yang Berhormat. Saya minta Dato’ Lee duduk dahulu, biar Yang Berhormat Ismail Kasim habiskan.

Tuan Ismail bin Kasim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tarik balik kenyataan itu. Cuma satu saya hendak betulkan satu masa dahulu supaya tanggapan ini tidak ditimbulkan dari masa ke semasa kerana kebetulan apabila kita, Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Yang Berhormat Pak Lah ini kita hendak semuanya bersih sebenarnya, itu niat saya tetapi saya tidak dapat sampaikan kerana saya hanya mencelah dan meminta laluan.

Nanti insya-Allah kalau saya ada peluang saya akan bangkitkan perkara ini semula. Cuma saya minta supaya satu imej, katakan kalau tadi Yang Berhormat Che Puan Sri Kelana bangkitkan soal massage di Kuala Lumpur tetapi biar massage Kuala Lumpur ini dipanggil massage Malaysia massage yang benar-benar tulen macam ancient yang menjadi dengan izin, yang dilahirkan oleh negara Thailand, China, Taiwan, Vietnam dan sebagainya. Mereka ada massage tradisional yang memang diakui hebat, semua orang pergi semua orang hendak rasa.

Yang tidak ada unsur ataupun elemen yang hanky-panky, saya tidak tahu hendak menzahirkan dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, yang berlaku di sebalik upacara urut mengurut itu. Cuma apabila, saya hendak bangkitkan perkara ini, cuma saya hendak minta kalau tadi, Dato' Hamzah bangkitkan perkara ini. Adakah media boleh memaparkan benda yang seperti ini, sesuai dengan prinsip Islam Hadhari. Di sebalik kita memaparkan pemimpin kita seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Datuk Wira Syed Ali sahabat saya, minggu lepas masih diulang balik.

Di sebalik wajah pemimpin kita, ada iklan minuman keras, besar, third page. Tiap-tiap hari berulang dan berulang lagi. Masih lagi berlaku perkara ini. Di sebalik kita menyiarkan berita pemimpin kita, berita yang amat penting berhubung dengan dasar negara dan sebagainya, di sebaliknya ada iklan minuman keras yang cukup memalukan, yang dipaparkan oleh media. Adakah kita harus membenarkan perkara ini berlaku, terus-terus berlaku dan terus berlaku? Walaupun telah ditegur minggu lepas oleh sahabat saya, Yang Berhormat Datuk Wira Syed Ali. Apa pandangan Yang Berhormat berhubung perkara ini?

Timbalan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat.

Tuan Wan Nordin bin Che Murat: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu.....

Beberapa Ahli: [Bangun]

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 51

Timbalan Yang di-Pertua: ....Tetapi, kalau Yang Berhormat beri banyak laluan, Yang Berhormat tidak ada peluang untuk berucap.

Tuan Wan Nordin bin Che Murat: Nanti dahululah kalau begitu. Tuan Yang di-Pertua, Datuk Lee jangan takut Datuk Lee. Saya percaya Bukit Bintang ini, yang saya tahu lampu merah memang banyak. Simpang-simpang jalan semua ada lampu merah. Jadi, ini melawak Datuk Lee lah.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu macam mana Rancangan Malaysia Kesembilan, yang dibincangkannya, yang dibahasnya, yang ditimbulkan, yang digawatkan Dewan ini ialah mengenai isu Bukit Bintang. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi kerana tiap-tiap tahun, kita beruntung negara kita sejak daripada kepimpinan Tunku Abdul Rahman hingga ke hari ini, bahawa peruntukan yang begitu besar, lebih kurang 25% telah diperuntukkan untuk pendidikan dan pelajaran. Ini kita berbangga kerana kepimpinan negara sentiasa memperakui bahawa ilmu pendidikan ini adalah merupakan perkara yang penting dan tidak akan diabaikan. Insya-Allah, selagi Barisan Nasional memerintah negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, yang paling menarik, sebab RMK-9 ini, semuanya menarik. Yang paling menarik ialah untuk hendak mewujudkan, untuk hendak mengimbangkan jurang perbezaan pendapatan di antara penduduk-penduduk luar bandar dengan penduduk-penduduk bandar. Ini satu yang paling menarik.

Tuan Yang di-Pertua, kita percaya dan yakin dengan keikhlasan dan Perdana Menteri sendiri yang akan memantau supaya projek-projek di bawah RMK-9 ini, beliau sendiri pantau dengan mempengerusikan satu jawatankuasa untuk menilai dan mengemas kini hala tuju projek-projek RMK-9. Kita mendoakan supaya cucu kepada seorang ulama terkenal akan terus memimpin kita, ikhlas, diberi kesihatannya supaya memastikan kejayaan RMK-9.

Tuan Yang di-Pertua, kita pernah dikejutkan di media massa pada satu ketika dahulu kisah, ini saya terbaca di dalam satu akhbar yang bertajuk ‘Melayu Hina Melayu’. Saya cukup rasa sedih. Kadang-kadang dalam kita hendak membincangkan, membawa usul serta mengetengahkan beberapa pandangan, kita terlupa bahawa kadang-kadang orang Melayu dia menghina Melayu sendiri. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu memberi contoh selain daripada bagaimana serangan-serangan yang telah ditujukan kepada Dato’ Seri Rafidah Aziz pada saya suatu ketika dahulu. Semua beliau dituduh pelbagai tuduhan menyeleweng AP dan sebagainya.

Akhirnya, apa yang saya hendak sebutkan di sini, kecekalan beliau dalam menangani masalah ini. Masalah ini reda apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan kita masih memerlukan Rafidah Aziz, alhamdulillah, tetapi kita lupa di dalam kita membuat percaturan, di dalam kita menyuarakan pandangan-pandangan, pendapat-pendapat kita, kita terlupa bahawa Dato’ Seri Rafidah Aziz telah mewujudkan beberapa usahawan-usahawan bumiputera baru dalam pengagihan AP tersebut. Kenapa tidak dibangkitkan isu pengimportan gula? Kenapa dimonopoli kepada sesuatu orang?

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga saya hendak sebutkan perkara ini dengan niat baik, tidak hendak menyinggung perasaan sesiapa. Saya hendak mengambil contoh, apabila Tan Sri Dr. Hamid memilih untuk tidak meneruskan menjadi Menteri Besar, beliau dan Perdana Menteri telah memilih pengganti. Apabila Tan Sri Dr. Hamid berhenti menjadi Menteri Besar, proses peralihan kuasa di antara yang lama dan yang baru berjalan dengan begitu lancar. Malah, tidak pernah terlihat, tidak pernah terdengar yang Tan Sri Dr. Hamid ini merungut “Shahidan Kasim ini macam nu, macam ini”, tidak pernah langsung. Malah, peralihan kuasa berjalan dengan lancar dan Dato’ Seri Shahidan Kasim telah dapat menyempurnakan tugas dengan tanggungjawabnya dengan baik sekali.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut dalam Dewan pada hari ini dengan izin, ‘it takes a great man to acknowledge the doings of another great man’. Maknanya, sebagai seorang negarawan, Tan Sri Dr. Hamid membuat satu ungkapan yang saya hendak sebut dalam Dewan ini. Shahidan Kasim menjadi Menteri Besar lima tahun. Dia menjadi Menteri

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

52 DN.15.5.2006

Besar 12 tahun. Dr. Hamid kata dia jadi Menteri Besar 12 tahun, Shahidan Kasim baru jadi Menteri Besar lima tahun tetapi di dalam lima tahun Shahidan menjadi Menteri Besar, kejayaan yang dicipta olehnya melebih masa dia menjadi Menteri Besar. Ini satu admission, satu kenyataan yang dibuat oleh seorang pemimpin kepada pemimpin yang lain.

Oleh sebab itu, kita menyeru supaya Pak Lah diberi ruang seluas-luasnya. Kalau kita tidak bersetuju dengan pandangan-pandangan mereka, mungkin mereka yang hendak mengkritik, Pak Lah telefonlah. Mungkin ada hotline sendiri yang boleh memberi nasihat sebab kita tidak pernah mengkritik Pak Lah. Kita percaya dan yakin terhadap kepimpinan Pak Lah. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, apabila kita hendak mengutarakan hujah-hujah di dalam Dewan ini, biarlah kita dengan niat yang baik.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pergi ke agenda sukan. Pertamanya, kegagalan negara Malaysia tidak berjaya membawa pulang Piala Thomas kali ini walaupun awal-awal lagi kita berkeyakinan bahawa negara mungkin menjadi juara Piala Thomas pada kali ini, kerana di kalangan pemain-pemain, adalah pemain yang terbaik yang pernah kita kemukakan dan kita percaya dan yakin ......

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Sila teruskan Yang Berhormat.

Tuan Wan Nordin bin Che Murat: Terima kasih Yang Berhormat, kita amat yakin bahawa barisan-barisan pemain yang dikemukakan oleh negara di Piala Thomas tersebut pada ketika itu memungkinkan kita menjadi juara tetapi setelah berlaku kecederaan pasukan terpaksa dirombak. Cuma yang kita hendak mempersoalkan sekarang kenapa BAM mengizinkan jurulatih membawa dua orang pemain perseorangan kita untuk berlatih di tempat lain daripada tempat pemain-pemain kita berlatih.... [Batuk] Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Apakah keputusan mengizinkan jurulatih ini membawa pemain-pemain ini untuk berlatih di tempat lain itu sudah pasti atas alasan bahawa kita hendak sesuatu benda yang di luar jangka dapat dilaksanakan tetapi tuan-tuan dan puan-puan, kedua-dua pemain ini telah mengecewakan kita.

Sehinggakan pemain perseorangan utama Denmark menyatakan Hafiz Hashim bermain bukan untuk menang, tetapi untuk menunjuk kecantikan permainannya. Inilah satu perkara yang kita persoalkan. Apakah dengan membawa keluar dua orang pemain untuk dilatih di tempat yang berasingan dengan pemain-pemain lain ini dapat mewujudkan kecemerlangan tetapi nyata ia tidak seperti mana yang kita duga. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang saya hendak sebut di sini ialah saya ...

Tuan Tay Puay Chuan: Tuan Yang di-Pertua, minta laluan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat saya rasa adalah tidak adil seolah-olah Yang Berhormat hendak menyalahkan Hafiz Hashim. Jangan kita lupa bahawa dalam perlawanan menentang Korea Selatan kalau tidak silap saya, Hafiz Hashim yang menyelamatkan pasukan kita. Jadi apa pun komen yang diketengahkan oleh pasukan lawan, saya rasa kita tidak harus mengambil itu sebagai satu kenyataan yang benar Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Chiam Yong Tee: Minta izin juga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa kekalahan teruk kita di pertandingan Piala Thomas ialah kerana dua sebab yang utama. Yang satu ialah kecederaan pemain utama kita yang tidak dijangka. Yang kedua bahawa BAM menaruh keyakinan yang terlalu kuat pada persembahan singles kita. Jadi pada asalnya jangkaan BAM ialah atau negara kita ialah kita akan menang pada pertandingan perseorangan. Mungkin kita akan mengalami kekalahan di pertandingan beregu, tetapi keputusannya sebaliknya. Jadi saya rasa over confident dengan izin, ialah sebab kekalahan kita yang utama. Kita terlalu yakin sampai persediaan dan pertumpuan kita terhadap pertandingan perseorangan itu tidak cukup, apa pandangan Yang Berhormat?

Tuan Wan Nordin bin Che Murat: Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya masa-masa lapang pun saya main badminton dan apabila kita tonton pertandingan tersebut kita dapat melihat corak permainan. Dapat mengukur sekurang-kurangnya..., saya bukan pemain profesional tetapi sekurang-kurangnya kita dapat menilai pemain, apa yang kurang semangat untuk hendak

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 53

menang. Kita memang meletakkan harapan kepada acara perseorangan, tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, apabila Lee Chong Wei kalah, maka harapan kita tertumpu kepada Hafiz dan Kuan Beng Hong.

Akan tetapi cuba kita lihat permainan tersebut, bola yang boleh dimatikan dengan cepat tidak dimatikan dengan cepat. Oleh sebab itu, apabila kita membiarkan pihak lawan membalas pukulan itu dan menyebabkan kita tidak hilang untuk mendapat mata malah kalah di dalam pertandingan itu. Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita persoalkan ialah latihan kenapa dibenarkan jurulatih membawa dua orang pemain kita berlatih di tempat lain berbulan-bulan lamanya. Itu yang kita persoalkan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, minta laluan sebentar. Kita ada 84 minit lagi. Boleh saya dapat tahu berapa orang lagi Ahli Yang Berhormat yang hendak berucap?

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Jadi kemungkinan saya rasa, saya tidak dapat beri peluang kepada semua tetapi mengikuti perjalanan perbahasan. Pada hemat saya, inti sari ucapan atau perkara-perkara atau isu-isu yang hendak diketengahkan di bawah tajuk membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda dan di bawah tajuk Rancangan Malaysia Kesembilan, rasa saya tidak ada kelainan yang ketara.

Andai kata Yang Berhormat-Yang Berhormat tidak berpeluang untuk berucap perkara-perkara yang sama, cuma diolah secara berlainan, yang satu membahaskan dari segi perkara-perkara dalam jangka masa satu tahun, yang satu lagi membahaskan soal-soal strategi dan perkembangan-perkembangan jangkaan-jangkaan dalam jangka masa lima tahun. Perkara-perkaranya lebih kurang sama sahaja. Walau bagaimanapun, elok jugalah kita beralih kepada perkara-perkara yang lain daripada taktik badminton, silakan Yang Berhormat.

Tuan Wan Nordin bin Che Murat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas pandangan tersebut. Saya cuma hendak sebut satu lagi kerenah. Ini berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia. Kita hairan kenapa, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Perlis akan bertemu dengan Selangor di perlawanan akhir FA pada 20hb ini. Apa yang kita hendak bangkitkan di sini ialah, kita mengucapkan terima kasih di atas Persatuan Bola Sepak Malaysia kerana mengundang Singapura dan Brunei untuk menjadi pasukan yang sama-sama bertanding dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Cuma yang kita hendak timbulkan ialah soal apabila kita berlawan di Singapura, peraturan ini diubah, padang diguna padang sintetik, bola pula bola yang sesuai dengan padang sintetik dan pegawai-pegawai yang mengadili dan mengawasi perlawanan itu semuanya dari Singapura.

Kenapa syarat-syarat ini hendak diubahkan demi Singapura itu yang kita persoalkan sebab Yang Amat Berhormat Presiden Bola Sepak Perlis, merangkap Menteri Besar Perlis telah menyuarakan ketidakpuasan hati beliau. Saya sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis pun terpaksa menyebut perkara ini di Parlimen kenapa ada standard yang begitu? Kita mengharapkan untuk hendak memajukan bola sepak mestilah kita mempunyai standard sendiri. Tuan Yang di-Pertua terima kasih di atas pandangan Tuan Yang di-Pertua maka saya akhir sekali saya hendak kerana hendak beri ruang kepada rakan-rakan lain untuk mengambil bahagian saya hendak sebut sekali lagi permintaan.

Permintaan daripada Ahli Dewan Negara supaya peruntukan Ahli Dewan Negara ditambah. Kalau Dewan Rakyat dapat RM2 juta kita tidak mahulah minta RM2 juta kita minta RM1 juta cukup. Jadi kita minta supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi pertimbangan sebab kita mempunyai kawasan tambah macam wakil Perlis saya dengan Mat Husin, kami kena jaga keseluruhan satu Perlis. Jadi kalau setakat RM100 ribu itu hendak balik naik kapal terbang pun sudah habis. Oleh sebab itu kita minta jasa baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mempertimbangkan supaya peruntukan untuk Ahli Dewan Negara ditambahkan menjadi RM1 juta untuk tiap-tiap Ahli Dewan Negara satu penggal, macam Dewan Rakyat.

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

54 DN.15.5.2006

Dengan kata-kata itu Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengambil untuk menyatakan sokongan dan memohon supaya usul ini, mohon menyokong usul ini. Sekian Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Nasib baik saya tidak mengehadkan masa tadi kalau tidak Yang Berhormat tidak dapat menikmati tepukan. Puan Siw Chun.

4.12 ptg.

Puan Siw Chun a/p Eam: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya bagi bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajudin Putra Jamalullail, sempena dengan perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Kesebelas pada 13 Mac yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, Titah Ucapan Baginda menyentuh semua isu yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara dan berharap supaya Rancangan Malaysia Kesembilan dapat menyediakan dasar dan strategi bagi mengukuhkan asas-asas ekonomi supaya pertubuhan dapat dikekalkan dan kualiti hidup rakyat terus dipertingkatkan.

Marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana telah melindungi kita dan negara kita sepanjang masa dan juga telah menganugerahkan seorang raja yang betul-betul berjiwa rakyat. Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Ucapan Baginda apa yang menarik perhatian saya adalah baginda berharap supaya kadar kemiskinan tegar sifar menjelang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan ini. Tuan Yang di-Pertua, kemiskinan dan kemiskinan tegar telah menyebabkan banyak gejala negatif dan membawa fenomena yang amat membimbangkan kita baik di desa mahupun di kota terutamanya di kalangan pemuda-pemudi, generasi muda yang akan meneruskan kepimpinan dan menerajui negara kita.

Kerana kemiskinan, mereka terpaksa tinggal di bangsal yang hanya berbumbung tidak mempunyai lantai dan dinding. Apatah lagi kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih serta bilik air dan bilik tidur yang sempurna. Ada yang terpaksa menahan kelaparan kerana kehabisan makanan dan tidak ada duit untuk membeli. Pelajar-pelajar yang berkelayakan melanjut pengajian ke tahap yang lebih tinggi terpaksa berhenti sekolah bagi mencari kerja untuk menambahkan pendapatan bagi menyara keluarga. Apa yang menyedihkan lagi yang disebabkan oleh kemiskinan ialah gejala negatif yang dinamakan sumbang muhrim.

Kes bapa merogol anak, datuk merogol cucu dan abang merogol adik kerana tiada bilik tidur yang mencukupi. Bak kata pepatah Melayu, ”Sudah jatuh ditimpa tangga pula”. Rata-rata golongan yang dipaparkan kisah kemiskinan hidup mereka dalam akhbar mahupun dalam TV memang benar-benar mengalami kesempitan hidup. Menyedari hakikat ini saya berharap supaya pihak kerajaan terutamanya Unit Perancang Ekonomi, EPU dan Jabatan Perangkaan serta agensi pelaksana berkaitan mengambil tindakan dengan memberi tumpuan terhadap pembangunan pangkalan data untuk mengemas kini maklumat golongan miskin dan miskin tegar dalam negara kita bagi mendapat gambaran yang lebih tepat berhubung masalah kemiskinan di samping mengenal pasti tindakan bersesuaian untuk mengatasinya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu daripada pihak kerajaan, adakah kerajaan akan mengkaji semula takrif dan ukuran paras kemiskinan negara ini supaya selari dengan taraf hidup semasa rakyat kerana Pendapatan Garis Kemiskinan iaitu PGK yang digunakan ketika ini tidak relevan lagi mengikut perkembangan semasa dan apakah keberkesanannya Program Pembangunan Rakyat Termiskin, PPRT yang wujud sejak tahun 1997. Apakah bentuk bantuan yang dihulurkan kerajaan benar-benar membantu menyelesaikan masalah mereka dan boleh mengeluarkan mereka daripada gelung kemiskinan. Selama-lamanya mungkinkah sebenarnya mereka memerlukan bantuan lebih daripada wang ringgit dan barang keperluan harian.

Bagaimana dengan bantuan kemahiran, sekurang-kurangnya mereka berpeluang mendapat pekerjaan tetap dengan gaji yang lebih terjamin ataupun mereka juga boleh menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan pinjaman modal yang disediakan oleh kerajaan. Bak kata pepatah Cina, ”Jika kita beri ikan kepada seseorang, dia boleh makan

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 55

ikan sekali sahaja tetapi jika kita ajar dia memancing, dia boleh makan ikan seumur hidup”. Dalam Al-Quran dengan tegas menyatakan sesungguhnya Tuhan Yang Maha Berkuasa tidak mengubah keadaan sesuatu kaum melainkan mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka. Memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan memang menjadi tanggungjawab kita tetapi kita perlu melihat kembali bentuk bantuan yang hendak kita berikan.

Apakah ia benar-benar membantu untuk mengubah sikap mereka atau hanya menambahkan lagi pergantungan kepada bantuan yang ada. Kesimpulannya ia amatlah penting bagi pengukuran kadar kemiskinan yang tepat dan mencerminkan senario kemiskinan isi rumah yang sebenarnya. Secara tidak langsung ia dapat memperbaiki dasar pelaksanaan program pembasmian kemiskinan yang lebih efektif dan kita sedari bahawa kerajaan sangat mengambil berat mengenai isu ini pada peringkat negeri dan nasional malah ianya menjadi agenda utama dalam setiap perancangan lima tahun negara dan telah memperuntukkan RM349 bilion sepanjang tempoh tahun 1970 hinggalah 2005 untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di kawasan luar bandar, dan menerusi kesan limpahan akan dapat membasmi kemiskinan dan mencapai kadar kemiskinan sifar dalam jangka masa panjang lebih-lebih lagi menjelang 2020.

Tuan Yang di-Pertua dalam Titah Ucapan Baginda juga menyentuh isu memartabatkan kerjaya perguruan. Latihan perguruan haruslah dipertingkatkan untuk melahirkan guru yang berkualiti dan profesional kerana hanya guru yang berkualiti, komited dan sedia berkorban sahaja yang akan menghasilkan murid yang berkualiti dan rakyat yang berguna. Menyedari hakikat itu para guru haruslah mengambil inisiatif menambah nilai diri mereka sendiri dan bersedia untuk berubah demi meningkatkan mutu profesion perguruan seterusnya sistem pendidikan negara. Guru haruslah peka bukan sahaja kepada perkembangan semasa sama ada di dalam atau di luar negara dan perkembangan baru dalam bidang ilmu serta kemahiran malah harus peka juga terhadap perkembangan dunia semasa, sejajar dengan arus globalisasi serta kemajuan sains dan teknologi yang begitu pesat.

Ternyata profesion perguruan pada masa kini amat mencabar kerana sebagai pendidik profesional, tugas guru amat penting. Guru bukan sahaja bertanggungjawab melaksanakan dasar pendidikan negara dengan sempurna malah juga membentuk generasi pelapis yang cemerlang untuk menerajui negara pada masa depan. Saya yakin guru bersedia menyahut cabaran masa kini demi mengangkat martabat profesion perguruan dan seterusnya mengukuhkan lagi penyampaian perkhidmatan pendidikan negara. Harapan saya agar semua warga pendidik akan meneruskan usaha murni untuk mengukuhkan lagi sistem pendidikan negara supaya generasi muda Malaysia dapat terus menikmati pendidikan yang berkualiti serta menjadi insan yang mencintai dan menghargai ilmu pengetahuan, bersedia untuk menyumbang kepada bangsa dan negara.

Sebagai pendidik profesional, tugas guru amat penting. Guru bukan sahaja bertanggungjawab melaksanakan dasar pendidikan negara dengan sempurna, malah juga membentuk generasi pelapis yang cemerlang untuk menerajui negara pada hadapan. Saya yakin, guru bersedia menyahut cabaran masa kini demi mengangkat martabat profesion perguruan dan seterusnya mengukuhkan lagi penyampaian perkhidmatan pendidikan negara.

Harapan saya agar semua warga pendidik akan meneruskan usaha murni untuk mengukuhkan lagi sistem pendidikan negara supaya generasi muda Malaysia dapat terus menikmati pendidikan yang berkualiti serta menjadi insan yang mencintai dan menghargai ilmu pengetahuan. Bersedia untuk menyumbang kepada bangsa dan negara. Saya merakamkan penghargaan dan mengucapkan syabas kepada semua warga pendidik di atas jasa dan pengorbanan mereka selama ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Ucapan Baginda, Baginda juga menyeru supaya jurang pendidikan bandar dan luar bandar haruslah dirapatkan.

Analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), pencapaiannya cukup membanggakan setahun demi setahun tetapi,

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

56 DN.15.5.2006

apabila menganalisis secara lebih mendalam keputusan itu, didapati ketidakseimbangan ketara wujud di antara sekolah bandar dengan yang dikategorikan sebagai luar bandar dan pedalaman. Prestasi pelajar sekolah di bandar, pinggir bandar dan pekan, ternyata lebih baik berbanding pencapaian pelajar di kampung dan pedalaman terpencil.

Persoalannya ialah kenapa semua ini terjadi? Apakah puncanya? Lebih penting lagi, sampai bilakah keadaan ini akan berterusan. Persoalan ini sebenarnya tidak sukar untuk dicari jawapan. Setiap orang yang diajukan persoalan, pasti mempunyai jawapan tersendiri. Jika pegawai kerajaan ditanya, mereka sudah pasti mempunyai jawapan lengkap dengan alasan. Begitu juga dengan orang politik. Mereka cukup bijak memberikan hujah yang biasanya logik dan boleh diterima akal. Dalam sekian banyak jawapan itu pula, pasti ada kelemahan diungkit dan pihak yang dipersalahkan. Apa pun hujah perdebatan, dia tidak membawa penyelesaian. Melainkan jika digariskan tindakan serta langkah konkrit menanganinya. Kemudian disusuli pelaksanaan yang dipantau rapi sepanjang masa.

Saya bercadang supaya satu kajian yang rapi haruslah dilakukan secara menyeluruh membabitkan kelayakan akademik pendidik dan kemudahan asas sekolah di kawasan berkenaan dengan matlamat akhir adalah untuk mencari kaedah.

Tuan Yang di-Pertua: Saya nak menyumbang ke arah menaikkan imej Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat.

Ini adalah kerana kita ada Peraturan Mesyuarat 34 (1), berbunyi:

“Seorang Ahli yang hendak bercakap hendaklah bangun di tempatnya dan apabila dipanggil oleh Pengerusi maka hendaklah ia berdiri mengarahkan ucapannya kepada Pengerusi”.

Sekali-sekala pandanglah ke sini. [Ketawa] Tetapi lebih daripada itu ialah kalaupun adalah peraturan tersebut harus libat pertimbangan saya. Namun, tersirat di sini ialah supaya kita tidak paparkan satu tanggapan seolah-olah kita hanya menyuarakan pandangan orang lain yang dihantar kepada kita di atas kertas, maka kita pun jadi jurucakap si penulis ucapan. Jadi bila terdapat tanggapan kita, Yang Berhormat-Yang Berhormat ini, hanya jurucakap orang yang tulis ucapan, ia tidak memperkasakan peranan Ahli Yang Berhormat. Maka sekali-sekala, sekali lagi menoleh pandangan ke sinilah. Ini bukan teguran, tetapi untuk menyeronokkan suasana.

Puan Siw Chun a/p Eam: Terima kasih di atas pandangan Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: [Bangun]

Puan Siw Chun a/p Eam: Datuk nak buat apa pula ini?... [Ketawa] Sebenarnya saya cuma nak membuktikan bahawa ..

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat mohon laluanlah itu.

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Laluan.

Puan Siw Chun a/p Eam: Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya bukan baca apa yang ditulis oleh orang lain. Saya buat sendiri dan tulis sendiri.... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Betul! Saya katakan, kalau dengar baik-baik saya. Mengelakkan kemungkinan persepsi seolah-olah kita sampaikan pandangan orang lain dengan membaca. Saya tahu, saya memang tahu, Yang Berhormat sedia ucapan Yang Berhormat sendiri.

Puan Siw Chun a/p Eam: Saya rasa, masa pun dah tersuntuk, Tuan Yang di-Pertua.... [Ketawa].

Tuan Yang di-Pertua: Saya beri masa kecederaan.... [Ketawa]

Puan Siw Chun a/p Eam: Sila.

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Terima kasih. Saya mempunyai pandangan yang berbeza daripada Tuan Yang di-Pertua.

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 57

Tuan Yang di-Pertua: Siapa ada pandangan yang berbeza dari Tuan Yang di-Pertua, tak boleh duduk dalam sini tahu?... [Ketawa]

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Pandangan saya, saya memuji ucapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Chun, kerana walaupun Tuan Yang di-Pertua kata ada orang menulis dan bagi dia berucap, tapi saya percaya, atas usaha dia, atas komitmen dia, dia berusaha untuk mencari point-point walaupun orang menulis, tetapi itu adalah satu perkara yang amat baik. Patut kita bagi tepukan hari ini kerana dia boleh baca hadis Al-Quran kepada kita. Dia bukan Islam.

Tuan Yang di-Pertua: Maka saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 34 (6). Dia berbunyi:

“Kecuali jika dengan kebenaran Tuan Yang di-Pertua, seseorang tidak boleh membaca ucapannya tetapi boleh dibacanya cabutan-cabutan dari buku-buku atau surat-surat kerana hendak menolong hujahnya dan boleh ditengoknya peringatan-peringatan bagi mengingatkan balik apa yang hendak dicakapkannya”.

Jadi, kenalah berlakon, pandangan sini, pandang sini, seolah-olah semak istilah.

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Itu tadi isu lain... [Ketawa] Yang saya cakap tadi, isu lain. Satu lagi perkara saya cuma nak betulkan Yang Berhormat Chun. Tadi ada sebut tentang sumbang muhrim. Sebenarnya perkataan yang betul adalah sumbang mahram. Cuma mahram ini adalah berlaku sumbang antara adik perempuan dengan abang, atau ayah dengan anak perempuan. Sumbang muhrim ini, suami isteri. Suami yang boleh kahwin. Jadi tak adalah perkataan sumbang muhrim. Cuma tersilap. Mahram sebenarnya. Tak tahulah kalau Yang Berhormat lebih arif daripada saya?... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat, setelah mendengar penjelasan dari Ustaz Rizuan.

Puan Siw Chun a/p Eam: Tak mengapalah, muhrim kah muhrim kah tetapi asalkan benda itu tak elok, kalau terjadi, tapi saya rasa semua fahamkan, sumbang muhrim? Tuan Yang di-Pertua macam mana, faham tak?... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Saya tak begitu arif dengan perkara-perkara sumbang ini.

Puan Siw Chun a/p Eam: ...[Ketawa] Boleh saya sambungkan? Saya bercadang supaya satu kajian yang rapi... Saya akan pandang Tuan Yang di-Pertua, tak mengapa... [Ketawa] Haruslah dilakukan secara menyeluruh membabitkan kelayakan akademik pendidik dan kemudahan asas sekolah di kawasan berkenaan dengan matlamat akhir adalah untuk mencari kaedah terbaik untuk mempertingkatkan pencapaian pada masa hadapan supaya tidak berlakunya perbezaan ketara dalam pencapaian peperiksaan di antara pelajar sekolah bandar dengan luar bandar.

Dalam pada itu, kerajaan haruslah berusaha lebih jitu bagi menyeimbangkan prestasi akademik antara bandar dan desa yang merangkumi semua aspek. Sistem pengajaran, kemudahan pembelajaran mahupun tenaga pengajar lebih penting. Kerajaan haruslah berusaha dan memberi tumpuan khas bagi memastikan setiap sekolah mempunyai bekalan elektrik sama ada secara konvensional menerusi penyambungan bekalan biasa, pembekalan jana kuasa mahupun tenaga solar untuk menentukan kemudahan seperti komputer dan peralatan yang dibekalkan oleh pihak kementerian dapat dimanfaatkan.

Saya bangkitkan isu ini kerana ada satu kes sebenar yang diceritakan oleh seorang kawan saya, iaitu guru yang mengajar di sebuah sekolah di kawasan kampung dan desa terpencil di negeri Sabah, di mana mempunyai 10 unit komputer dengan aplikasi canggih berserta mesin pencetak laser tidak dapat digunakan kerana sekolah tersebut tiada bekalan elektrik.

Tuan Yang di-Pertua, pencapaian dalam UPSR di sekolah-sekolah rendah di kawasan pedalaman di seluruh negara adalah begitu rendah kalau dibandingkan dengan

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

58 DN.15.5.2006

sekolah-sekolah di bandar. Saya ingin menyeru supaya pihak kerajaan memandang serius terhadap perkara ini supaya anak-anak bangsa di kawasan pedalaman tidak ketinggalan dalam proses mendapat kemahiran mengenal huruf, membaca, menulis dan mengira berbanding dengan sekolah-sekolah di kawasan bandar.

Maka peranan tadika, taska, tabika ataupun prasekolah amatlah penting dalam memastikan anak-anak bangsa kita mendapat kemahiran 3M ataupun 4M. Menyedari hakikat sedemikian, saya minta supaya kerajaan memberi keutamaan dalam Belanjawan Negara untuk memperuntukkan satu jumlah kewangan yang mencukupi bagi tujuan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata sedemikian, saya turut menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Sebab kita ganggu tadikah Yang Berhormat berhenti?

Puan Siw Chun a/p Eam: Tidak. Saya memang sudah habis.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Armani, kemudian Tuan Osman bin Bongsu.

4.32 ptg.

Datuk Armani binti Haji Mahiruddin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail semasa merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Kesebelas pada 13 Mac 2006.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini adalah ucapan sulung saya sejak dilantik sebagai Ahli Dewan Negara. Dengan itu saya amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dan berterima kasih terutama kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Yang Berhormat Datuk Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan kepada semua Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah atas pelantikan saya sebagai Ahli Dewan Negara.

Bagi saya, pelantikan ini adalah satu amanah dan tanggungjawab berat yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Ianya juga adalah satu peranan baru kepada saya dalam memberikan khidmat kepada masyarakat negeri Sabah dan negara. Dalam kesempatan ini juga saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan disertai dengan ucapan jutaan terima kasih di atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang mana pada dasarnya menekankan kedaulatan, kesejahteraan dan kemakmuran negara yang kita cintai ini.

Tahniah kepada kerajaan kerana telah membuat beberapa perubahan polisi ke arah meningkatkan taraf hidup rakyat, mengatasi masalah kemiskinan, menyediakan peluang pekerjaan, memberi latihan kemahiran, mengatasi masalah pengangguran, masalah perpaduan kaum, meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam dan merapatkan integrasi antara rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidaklah berniat untuk mengupas semua Titah Ucapan Tuanku kerana sudah ramai Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dan membahaskan tajuk yang sama. Cuma saya tekankan di sini masalah yang saya anggap amat penting untuk kita tangani bersama. Bila kita bercakap tentang masalah sosial, hampir setiap hari kita dikejutkan dengan kejadian bunuh, ragut, mencuri, buli dan penagih najis dadah yang semakin menjadi-jadi dewasa ini sehinggakan ke tahap komited hingga membunuh mangsa.

Keadaan ini sememangnya amat membimbangkan kita, apatah lagi apabila memikirkan anak-anak kita yang pergi ke sekolah setiap hari mudah terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat ini kerana gejala seperti ini tidak mengira darjat – orang kaya kah, orang miskin kah, anak pemimpin kah, anak menteri kah, tempat, umur mahupun jantina. Bila-bila sahaja jika ada peluang mereka yang ada dalam keadaan terdesak

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 59

sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesan dan akibat daripada perlakuan mereka.

Peningkatan gejala penagihan dadah pada hari ini menunjukkan seolah-olah gejala ini tiada penghujungnya, di mana kita dapati banyak faktor yang mempengaruhi sehingga mereka mudah terjebak ke lembah kemusnahan ini, dan tidak dinafikan faktor-faktor perkembangan persekitaran banyak membantu mewujudkan dan mempengaruhi sikap dan perkembangan anak-anak remaja. Kita sebagai ibu bapa mestilah memainkan peranan yang penting dengan mengawasi dan memperhatikan anak-anak kita keluar rumah – siapa kawan mereka selain memberikan pendidikan agama yang cukup.

Di samping itu saya menyifatkan Program Antidadah yang dijalankan oleh kebanyakan agensi dan kementerian ketika ini tidak mempunyai arah. Apa tidaknya, kebanyakan program tertumpu kepada kumpulan sasar yang sama, iaitu golongan yang tidak menagih dadah termasuklah program besar-besaran iaitu Program Enam Jahanam. Pada masa yang sama juga usaha untuk mendekati penagih dadah didapati masih kurang dan banyak program tertumpu kepada golongan baik-baik sahaja.

Kita juga bimbang peruntukan besar kerajaan hanya akan memberi tumpuan kepada kumpulan sasar yang sama. Penagih dadah di negara ini begitu serius kerana pernah dicatatkan kanak-kanak seawal usia 12 tahun lagi sudah terlibat dengan gejala yang tidak sihat ini. Ia juga mencetuskan masalah lain apabila seramai 60 ribu daripada 280 ribu penagih dadah kini dijangkiti HIV, di mana dianggarkan 16 orang dijangkiti HIV setiap hari dan dijangka akan menjadi 4 juta dalam beberapa tahun lagi jika tidak dikawal.

Saya cadangkan kepada kementerian berkenaan agar usaha perlu dilakukan dengan menggabungkan semua jentera kerajaan bagi mendekati golongan sasar yang menagih dadah. Kalau boleh masalah penagihan dadah dijadikan agenda penting di peringkat kampung kerana ini perlu melibatkan kesemua pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO), surau, masjid dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar tingkatkan lagi kepekaan dan usaha yang sedia ada memberi motivasi, bimbingan dan program-program yang tidak putus-putus kepada remaja yang bakal mendirikan rumah tangga mahupun pasangan yang sudah berumah tangga untuk meningkatkan lagi pengetahuan mereka dalam menempuhi atau melayari alam rumah tangga.

Baru-baru ini kita telah dikejutkan oleh kes bunuh seorang ibu bersama anak-anaknya dipercayai perbuatan suaminya sendiri.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat begitu menguasai bahasa, mengapa tidak berhujah? Kalau saya tidak ganggu Yang Berhormat, nanti Puan Siw Chun tadi menganggapkan saya tidak berlaku adil... [Ketawa]

Datuk Armani binti Haji Mahiruddin: Tuan Yang di-Pertua, saya orang baru, jadi mohon pertimbangan.

Tuan Yang di-Pertua: Itu pun hujah. Ha, lawan balik... [Ketawa]

Datuk Armani binti Haji Mahiruddin: Pada minggu lalu kita dikejutkan lagi oleh satu kes bunuh seorang suri rumah, Hasmah Mohamad, 24 tahun, juga dipercayai dibunuh oleh suaminya sendiri di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampang Hiliran. Kes ini tidak pula melibatkan anak-anak mereka. Semalam ketika semua anak-anak dan keluarga menyambut Hari Ibu, tiga anak kecil yang masih belum mengerti erti kehidupan terpaksa tinggal bersama keluarga bapa saudara mereka. Kini tiada lagi kasih sayang serta belaian daripada seorang ibu yang disayangi. Seusia begitu mentah iaitu 4 tahun, 2 tahun dan 6 bulan, musibah ini amat menyentuh naluri seorang ibu yang bergelar wanita.

Persoalannya di sini apa dah jadi dengan institusi keluarga Islam di negara kita? Adakah kerana sesetengah pasangan kurang pengetahuan tentang pembinaan keluarga bahagia sehingga mengundang musibah dalam kehidupan mereka. Adakah kursus

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

60 DN.15.5.2006

perkahwinan perlu dipanjangkan merangkumi soal fardu kifayah dan lainnya termasuk mencantikkan dalaman suami isteri. Apakah slogan “Semakin hari semakin sayang” dan “Utamakan keluarga, kasih sayang membawa bahagia”, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu langsung tidak berkesan.

Bersandarkan cerita sedih anak-anak yang tidak berdosa menjadi mangsa dapatlah digambarkan di sini betapa pentingnya memupuk nilai kasih sayang suami isteri. Suami sebagai ketua keluarga, bukan sahaja menjadi role model kepada isteri dan anak-anak, juga sebagai tiang seri dalam rumah tangga. Bak kata pepatah, “rosaknya ketua keluarga bermakna rosak segala-galanya”. Ini perlu dijadikan iktibar oleh kita semua. Ketua keluarga memainkan peranan amat penting sebagai perlindungan anak isteri dunia dan akhirat tetapi malangnya suasana harmoni dalam keluarga semakin hilang, kasih sayang sudah reput, nikmat keluarga bahagia diharapkan sudah cair oleh kelakuan kelekaan nafsu. Suami sebagai ketua keluarga sudah hilang pertimbangan diri dan lupa tanggungjawab mereka sebagai pelindung, penaung dan menjaga kepentingan anak dan isteri atau keluarga.

Adalah amat penting sekali pasangan suami isteri menanamkan rasa kasih sayang yang menebal, sering bertolak ansur, memupuk kasih sayang dengan hati yang ikhlas dan membangunkan institusi keluarga dengan tekad dan harapan yang mulia. Hampiri kepada Allah dan jauhi dari perbuatan bertentangan dengan ajaran agama. Marilah kita bina bahagia dan cemerlang berdasarkan nilai keikhlasan. Jauhilah diri dari sifat-sifat kufur serta dilaknat oleh Allah. Suami, bimbinglah isteri dan anak-anak ke jalan yang benar iaitu jalan diredhai oleh Allah S.W.T.

Tuan Yang di-Pertua, dalam bidang kesihatan, Tuanku amat bangga kerana adanya berbagai prasarana peralatan perubatan dan komunikasi canggih. Beberapa program yang meningkatkan kesihatan rakyat termasuk penyelidikan penyakit kanser akan menghasilkan rawatan terbaik dengan kos yang begitu rendah. Namun cara hidup yang tidak sihat seperti tabiat merokok, pemakanan berlebihan dan kurang bersenam memudaratkan kesihatan rakyat negara ini. Sejak bertahun lamanya, negara berdepan dengan insiden peningkatan penyakit akibat gaya hidup tidak sihat. Penyelesaian paling efektif terhadap ancaman kemudaratan kesihatan bergantung kepada individu iaitu dengan mengubah gaya hidup masing-masing.

Masyarakat kini dilihat lebih banyak makan dan merokok berbanding bersenam. Tabiat tersebut adalah punca kematian setiap tahun yang berpunca daripada salah satu daripada penyakit berbahaya. Jika berterusan pada tahun 2005 sehingga 2015, dianggarkan 270 juta penduduk Asia akan mati kerana menghidap penyakit kronik itu. Kebanyakannya golongan pendapatan rendah seperti di Indonesia, Pakistan, India dan China. Tahun lalu, perangkaan menunjukkan pada setiap tahun lebih 10 ribu penduduk di negara ini mati berpunca daripada penyakit tekanan darah tinggi seperti strok, serangan jantung, penyakit buah pinggang termasuk 6 ribu kematian kerana penyakit kronik jantung, pulmonary jantung.

Seramai tiga juta pula menderita masalah kolesterol tinggi dan 2.1 juta menghidap diabetes. Malaysia tersenarai sebagai negara Asia tertinggi menghadapi masalah berat badan berlebihan iaitu 25%. Setiap hari kira-kira 100 rakyat negara ini menderita penyakit strok yang juga pembunuh ketiga dalam negara selepas kanser dan jantung. Lebih 40 ribu kes baru membabitkan penyakit kanser dikesan setiap tahun. Dianggarkan satu daripada tiga rakyat negara ini yang umur 30 tahun ke atas menghidap penyakit darah tinggi dan enam daripada setiap seratus pula mempunyai tekanan darah terkawal.

Perangkaan itu membimbangkan namun adakah sebarang penyelesaian untuk permasalahan ini? Pada saya makan secara sihat, bersenam, dan berhenti merokok ini adalah penting untuk menyediakan persekitaran yang sesuai untuk rakyat melaksanakannya. Jika dibandingkan dengan negara jiran, Malaysia jauh lebih baik dalam menangani masalah itu dengan memperkenalkan berbagai dasar terutama yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu memfokuskan pembangunan sumber manusia ini sejajar dengan tema “Bekerja Untuk Kesihatan” bagi sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2006.

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 61

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini telah diadakan konvensyen usahawan wanita di Pusat Dagangan Dunia Putra. Melalui konvensyen itu sudah dipersetujui secara sebulat suara pada tahun 2008, kita berharap agar 30% wanita terpilih sebagai pembuat dasar dalam kerajaan. Menyedari matlamat tersebut kita amat berharap agar Kementerian terbabit seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dapat merancang program-program bersesuaian untuk mengisi permintaan 30% tadi. Kita berharap desakan itu tidak hanya sekadar retorik tetapi perlu dijayakan oleh seluruh wanita di negara ini. Biar pun guna tenaga wanita di negara ini, saya difahamkan lebih 50% tetapi apalah ada pada 30% jika tidak terdapat usaha bersungguh-sungguh menjayakan hasrat tersebut.

Di Dewan yang mulia ini, kita juga ingin mempersoalkan ke arah menjayakan matlamat 30% wanita sebagai pembuat dasar dalam kerajaan. Apakah usaha yang dilakukan oleh tiga kementerian diterajui oleh menteri wanita iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Belia dan Sukan. Tidak menerima tenaga wanita di kementerian masing-masing. Kita difahamkan tiga menteri wanita berkenaan memilih setiausaha politik dan pegawai masing-masing di kalangan lelaki. Bukanlah kita mempertikaikan kemampuan dan kredibiliti kaum bapa tetapi sekadar memberikan cadangan agar tiga kementerian terbabit mengambil wanita sebagai setiausaha masing-masing. Siapa lagi kita harapkan untuk meningkatkan martabat wanita kalau bukan sesama wanita. Ini selaras dengan cita-cita dan kehendak kita agar meletakkan kaum wanita pada tahap sewajarnya tanpa membezakan soal gender.

Tuan Yang di-Pertua, sebuah negara menitik beratkan pembangunan modal insan tidak akan lengkap tanpa mempunyai integriti. Kita melihat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi memberikan penegasan cukup mendalam berkaitan integriti. Beliau mahukan kerajaan yang bersih dari rasuah, bersih dari penyalahgunaan kuasa dan bersih dari erti kata yang sebenar. Itu sebabnya kerajaan sangat mengambil berat isu rasuah dan mahukan setiap pemimpin bekerja dengan niat atau nawaitu yang betul. Dalam konteks ini, kita melihat pihak kerajaan amat mementingkan pengisian spiritual berpandu kepada nilai-nilai agama, mampu menjadikan seluruh warga Malaysia berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Ke arah menjayakan matlamat Rancangan Malaysia Kesembilan tidak akan lengkap tanpa perpaduan rakyatnya. Justeru itu, kerajaan menubuhkan Panel Penasihat Perpaduan Negara di peringkat persekutuan dan jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri akan menjayakan program-program perpaduan ke arah membentuk bangsa Malaysia yang bersatu dan harmoni. Dengan tertubuhnya panel penasihat berpanduan sebagai bukti kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, yang begitu peka dengan nilai dan matlamat bangsanya. Beliau mahukan kejayaan RMK-9 perlu digembleng secara bersungguh-sungguh di samping membina badan induk memelihara nilai perpaduan rakyat di negara ini.

Sebagai rakyat Malaysia, kita amat menyanjung tinggi usaha dilakukan oleh kerajaan dalam RMK-9 menjadikan pencetus kejayaan rakyat dan negara. Saya amat merasa kesal dan sedih dengan perbuatan sesetengah pihak yang hanya pandai mengkritik segala usaha kerajaan tanpa sama-sama memajukan negara. Sikap sedemikian sebenarnya tidak memberi sebarang faedah kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk kesenangan semua pihak.

Sesungguhnya, misi nasional yang ingin dicapai melalui RMK-9 adalah suatu matlamat besar dan memerlukan kerja keras dan sokongan keseluruhan rakyat negara ini. Malah ketika menyampaikan ucapan pembentangan RMK-9, Perdana Menteri menyebut tiga komponen negara yang diajak untuk bekerjasama bagi melaksanakan RMK-9. Tiga komponen itu ialah kerajaan sendiri, sektor swasta dan masyarakat sivil terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO).

Sebagai individu, rakyat, sememangnya sumbangan untuk menjayakan RMK-9 tidak akan dapat dilihat tetapi kesan besar adalah daripada penggemblengan untuk kumpulan-kumpulan rakyat untuk menjayakan pelaksanaannya. Tanpa pembangunan tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat. Bahkan zaman sekarang kemajuan perlu

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

62 DN.15.5.2006

diteruskan agar golongan bawahan tidak ketinggalan sebaliknya terus merebut peluang. Terlalu luas makna kemajuan dari segi pembangunan sosial, agama dan pendidikan. Tetapi paling utama meningkatkan taraf ekonomi orang kampung serta anak-anak mereka mendapat pendidikan seimbang.

Tuan Yang di-Pertua, apabila diambil kira bahawa terdapat NGO yang baik dan memiliki sumber penyelidikan yang kemas, seumpamanya mereka yang bertaraf agensi pemikir maka kritikan berbentuk membina mampu memberi manfaat. Sebaliknya kritikan songsang yang saya anggap bertaraf “simbang-simbang” dan memiliki unsur-unsur prasangka terhadap pemimpin dan kerajaan tidak akan membawa manfaat kepada negara. Sebarang kritikan positif mesti bertunjangkan kepada fakta dan dibuat secara objektif. Walaupun begitu, pada perkiraan terakhir hanya kerajaan yang memegang mandat rakyat, memikul beban tanggungjawab bagi menentukan hala tuju negara. Natijahnya, semua perkara adalah untuk kepentingan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, selain RMK-9 bakal menjadi mercu tanda gemilang untuk negara ini, dengan itu juga kita akan bersama-sama menjayakan misi dan hasrat pelaksanaan Islam Hadhari yang diperkenalkan di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri. Tidak lupa juga saya turut merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang sentiasa mengingatkan kepada kita semua tentang keikhlasan dan kejujuran bekerja bersama-sama beliau. Kami wanita berjanji akan menyokong dan terus taat setia kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kalau RMK-9 dan Islam Hadhari menjadi matlamat Perdana Menteri, maka itu juga menjadi matlamat wanita keseluruhannya, insya-Allah...

Tuan Yang di-Pertua: Sifat setia ini lebih kepada lelaki atau lebih kepada wanita?

Datuk Armani binti Haji Mahiruddin: Maaf.

Tuan Yang di-Pertua: Sifat kesetiaan lebih menebal di kalangan wanita atau di kalangan lelaki?

Datuk Armani binti Haji Mahiruddin: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa wanita dan lelaki tiada bezanya. Sifat kesetiaan, ia yang menebal sama-samalah dirasai kedua-dua pihak.

Di kesempatan ini, saya juga selaku seorang wanita ingin juga bersama-sama kawan tadi mengucapkan Selamat Hari Ibu. Ibu adalah sebutir permata yang amat berharga. Tiada doa yang paling tulus, setulus doa ibu. Tiada kasih yang paling ikhlas seikhlas kasih ibu. Selamat Hari Ibu daripada saya untuk seluruh wanita Malaysia yang bergelar ibu.

Dengan ini, saya turut menyokong Usul Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Jadi selesailah ucapan sulung. Di kalangan mereka yang Kristian mereka sebut perkataan baptism, tapi bukanlah baptism of fire. Tuan Osman bin Bungsu.

4.56 ptg.

Tuan Osman bin Bungsu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada saya turut sama-sama membahaskan Usul Titah Ucapan Diraja. Tuan Yang di-Pertua....

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ini kalau saya berseloroh tidak mengapakan? Yang Berhormat hendak membahaskan? Maka jangan baca, jangan syarah, jangan khutbah. Hujah, bahas.

Tuan Osman bin Bungsu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itulah pesanan yang bertalu-talu kepada Yang Berhormat kita, mudah-mudahan menjadi satu arah kepimpinan yang jitu kepada Yang Berhormat sekalian termasuk diri saya.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa yang tidak dapat saya panjangkan kerana ada kawan-kawan Yang Berhormat lagi yang akan membahaskan perkara ini, maka saya

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 63

hanya memfokuskan isu yang berkaitan dengan titah yang mengatakan bahawa bagi penduduk luar bandar pula kerajaan beta akan meneruskan pelbagai projek prasarana terutama di Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman dan penempatan Orang Asli. Maka ini, saya fokuskan untuk mendapatkan pandangan dan juga perhatian kerajaan kita pada masa ini.

Tuan Yang di-Pertua, masyarakat Orang Asli terdiri daripada sekarang ini berjumlah 150,000 yang mana taburan penduduknya 42% di kawasan pedalaman, 57% di kawasan pinggir dan 1% di kawasan bandar. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli tahun 2003, didapati kadar kemiskinan mencecah....

Tuan Yang di-Pertua: Boleh Yang Berhormat ulangi 40 berapa peratus pedalaman?

Tuan Osman bin Bungsu: 42% di kawasan pedalaman, 57% di kawasan pinggir....

Tuan Yang di-Pertua: Apa maksud kawasan pinggir?

Tuan Osman bin Bungsu: Maknanya di kawasan tepi bandar. Kawasan bandar tapi hampir jugalah dengan kawasan pedalaman. Begitu juga 1% di kawasan bandar.

Kajian yang dijalankan daripada jabatan tahun 2003, masih lagi menunjukkan 17,205 (55.8%) keluarga Orang Asli dalam golongan miskin dan 10,532 iaitu lebih kurang 34.2% adalah miskin tegar. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita campurkan miskin tegar dengan golongan miskin hampir 90% Orang Asli miskin tegar dan miskin yang dikira amat daif.

Walaupun kita rasa Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ini telah dipimpin oleh 10 agensi dari tahun 1954 Tuan Yang di-Pertua. Kementerian yang mengendalikan Orang Asli ialah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, tahun 1956 Kementerian Pelajaran, tahun 1959 Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, tahun 1964 Kementerian Tanah dan Galian, tahun 1970 Kementerian Pertanian dan Tanah, tahun 1974 Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri semula, tahun 1990 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, tahun 1994 Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan masyarakat dan akhirnya pada tahun 2001 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Maka saya melihat sewajarnyalah perkara-perkara ini mendapat perhatian daripada kerajaan. Walaupun penduduknya tidak ramai, 150 ribu keadaannya bertaburan tetapi kalau diberi fokus pembangunannya, saya tidak akan dapat melihatlah tahun 2020, Orang Asli miskin dan miskin tegar.

Tuan Yang di-Pertua: Bermakna ini satu perkara yang menarik, bermakna Hal Ehwal Orang Asli ini rupa-rupanya berpindah-pindah dari satu kementerian ke satu kementerian dalam sejarah negara ya?

Tuan Osman bin Bungsu: Ya, itulah yang saya melihat Tuan Yang di-Pertua, bahawa Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ini, jabatan ada tetapi kementerian tiada. Ini Kementerian Jabatan Hal Ehwal Orang Asli tiada, dipindah kepada satu kementerian ke satu kementerian.

Tuan Yang di-Pertua: Jadi melihat hakikat tersebut, apa perasaan dalam hati Orang Asli ini?

Tuan Osman bin Bungsu: Jadi itulah Tuan Yang di-Pertua, Orang Asli dia sama juga dengan masyarakat lain, dan dulu lagi cerita Si Tanggang telah diwujudkan oleh Datuk Jins Shamsudin dahulu. Jadi perasaan dia ingin juga kemajuan tetapi dengan keadaan persekitaran hidup ini yang tidak dapat diatasi, pertama disebabkan yang dinyatakan oleh pihak yang berkenaan iaitu puncanya ialah Tuan Yang di-Pertua, Orang Asli hendak maju tetapi puncanya perlu diatasi. Satu daripadanya...

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Yang Berhormat, minta laluan Yang Berhormat.

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

64 DN.15.5.2006

Tuan Yang di-Pertua: Dua sekali bangun.

Tuan Osman bin Bungsu: Boleh, silakan.

Tuan Yang di-Pertua: Dato’ Chin, kemudian Dr. Puad.

Dato’ Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, semasa saya mendengar perbahasan itu, saya telah mengkaji laporan RMK-9 itu tentang Orang Asli. Ada satu bab iaitu 16.16 khas berkenaan dengan Orang Asli. Dalam laporan itu, ada dikatakan usaha telah diambil bagi meningkatkan kualiti hidup di kalangan Orang Asli melalui program sosioekonomi termasuk penyediaan pendidikan dan latihan kemahiran, kemudahan infrastruktur, bekalan elektrik dan air. Dan ada data-data tertentu yang menyatakan pada akhir tahun 2005, sejumlah 9,350 rumah dibina di bawah program Perumahan Rakyat Termiskin dan bekalan elektrik juga disediakan kepada perkampungan Orang Asli yang meliputi 12,400 keluarga.

Dan satu lagi program iaitu Pembangunan Tanah Baru dan Penempatan Semula serta projek lain dikatakan telah memberi manfaat kepada 84,250 Orang Asli iaitu separuh daripada Orang Asli yang ada. Jadi nampaknya Tuan Yang di-Pertua, mereka lebih baik dari segi keadaan sosioekonomi kalau dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan lain.

Tuan Yang di-Pertua: Cukup ke Yang Berhormat? Cukup?

Dato’ Dr. Chin Fook Weng: Apakah pendapat Yang Berhormat tentang perkara seperti yang dilaporkan di sini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ingat? Bolehkah saya berikan laluan kepada Datuk Puad untuk Yang Berhormat jawab sekali harung? Adakah Yang Berhormat ingat apa yang dipersoalkan tadi?

Tuan Osman bin Bungsu: Ingat.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Datuk Puad.

Tuan Osman bin Bungsu: Teruskan kerana masa kita tidak mengizinkan Tuan Yang di-Pertua. Silakan.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya pada Yang Berhormatlah. Saya dapati memang masalah Orang Asli ini memang menimbulkan banyak tanda tanya sebab kadang-kadang mereka ini menjadi mangsa juga. Satu contoh daripadanya ialah dalam soal pembalakan. Baru-baru ini kita melihat Orang-Orang Asli telah mengadakan satu sekatan demonstrasi kerana pembalakan itu menyebabkan mereka macam disuruh keluar daripada kawasan tersebut. Apabila ada pembalakan, yang menjadi mangsa kadang-kadang Orang Asli. Mereka kata itu tanah nenek moyang mereka, kemudian ada pula pemimpin kata kalau hendak kata itu tanah nenek moyang, itu pun tanah nenek moyang dia juga.

Jadi bagaimana masalah-masalah seperti ini diatasi sebab saya ambil satu contoh ada kes yang menyebabkan Orang Asli terpaksa lawan di mahkamah dalam satu isu pembalakan di negeri Johor. Dan saya fikir Yang Berhormat, hendak tanya juga pandangan Yang Berhormat setuju ke Yang Berhormat sebab bila sebut Orang Asli ini, konotasinya macam negatif sedikit. Ubah sedikit nama itu, Orang Asli kepada satu istilah yang lain. Mungkin orang Nusantara kah dan sebagainya. Jangan sebut lagi Orang Aslilah supaya bila sebut Orang Asli ini macam jadi negatif.

Tuan Yang di-Pertua: Ya Yang Berhormat, di Kanada disebutkan First Nation, First Nation People. Itulah Yang Berhormat adakah Yang Berhormat ingat dua-dua perkara yang disebutkan itu?

Tuan Osman bin Bungsu: Terima kasih kepada Yang Berhormat, kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan. Saya pun dalam persoalkan menimbulkan isu ini kepada Dato’ Chin, makna isu ini ialah setelah kita buat kajian. Walaupun pada datanya kita melihat bahawa banyak kemajuan yang telah diberikan kepada Orang Asli, tetapi berdasarkan data ini kita telah melihat rumah ada tetapi kemiskinan Orang Asli itu tetap ada. Ini yang kita pertikai. Persoalan rumah kalaupun dia dapat rumah, ibarat kata dapat

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 65

rumah tetapi rumahnya tidak selesa pun jadi masalah juga. Jadi pada saya, takrif kemiskinan yang ada pada data ini ialah merupakan satu tindakan yang perlu kerajaan bagi kerana kita tidak mahu melihat dengar sahaja kata Orang Asli, seperti mana Orang Asli itu miskin, Orang Asli hina, tidak.

Saya berharap persepsi ini dapat diubah. Pada soalan Yang Berhormat Datuk Fuad, memanglah baru-baru ini pun Orang Asli menjadi berita hangat, kampung Orang Asli tidak ada elektrik, tidak ada kemudahan asas walaupun rumah telah dibina. Jadi, tentang soal pembalakan ini memang kita tahu, hak tanah seperti mana yang kita faham hak milik kerajaan. Sebab tanah itu tidak diberi hak milik, dia, orang kita duduk. Jadi, bila tempat tinggal dia dicerobohi, tempat dia cari makan dicerobohi, tentulah dia bertindak. Apabila bertindak ini, saya rasa sudah tentu ada pemimpin-pemimpin tidak berpuas hati tentang tindakan-tindakan yang dibuat oleh orang kampung kerana pertama untuk menjaga survivor hidup dia, kerana di situlah tempat kadang-kadang dia mencari makan.

Kalau kawasannya ditebang, tempat cari makan dia pun akan terancam. Yang kedua tentang kemudahan air. Kita tahu apabila keadaan pembalakan dibuat, keadaan air yang tempat dia minum akan menjadi terancam. Inilah kadang-kadang sekatan-sekatan yang dibuat ialah untuk perlindungan diri. Kadang-kadang kawasan balak ini terlepas juga. Yang kaya bukan Orang Asli, orang tertentu. Inilah yang saya rasa, perlulah kerajaan mengambil kira, pertama tentang pemberian hak milik tanah. Kita faham bahawa Orang Asli cuma negeri Pahang sahaja yang pada dasarnya telah memberi hak milik.

Sedangkan kita rakyat yang difahamkan baru-baru ini Persatuan Orang Asli Malaysia telah mengadakan perhimpunan yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri untuk menyuarakan supaya Orang Asli juga diberi hak milik tanah yang dipohon. Apabila ada pun tanah yang dipohon itu hendaklah diusahakan secara komersial supaya kita dapat melihat tanah yang dipohon, yang dibuat untuk rancangan ini betul-betul dapat meningkatkan tahap kemiskinan di kalangan Orang Asli.

Puan Siw Chun a/p Eam: Tuan Yang di-Pertua minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat, saya pun terasa sedih dan terharu apabila rakan saya hanya seorang wakil Orang Asli dan saya hanya seorang wakil orang Siam sebagai minoriti di Dewan yang mulia ini. Jadi sebagai seorang wakil Orang Asli yang hanya seorang inilah di Dewan yang mulia ini, apakah pada pandangan, pendapat Yang Berhormat, apakah harus kerajaan lakukan supaya Orang Asli boleh duduk bersama rendah, berdiri bersama tinggi dengan kaum-kaum lain yang ada di Malaysia. Terima kasih.

Tuan Osman bin Bungsu: Terima kasih Yang Berhormat, saya belum sampai lagi ke tahap itu.

Tuan Yang di-Pertua: Wakil tunggal yang tanya, wakil tunggal yang jawab. Bukan ibu tunggal ya.

Tuan Osman bin Bungsu: Jangan kita kena tinggal sudah. Tuan Yang di-Pertua, persoalan itu sungguh menarik. Saya melihat dalam Rancangan Malaysia…, kerajaan pun telah membentang Rancangan Malaysia Kesembilan, walau macam mana pun kita kena ambil kiralah, apakah punca-punca yang menyebabkan terjadinya begitu. Pada saya apa juga perancangan yang dibuat kalau kita tidak mengenali puncanya untuk ke arah membasmi kemiskinan, maka ini tidak akan berjaya.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat supaya kerajaan dapat melihat pembangunan Orang-orang Asli ini secara holistik, kita melihat kalau diberi kepada bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Luar Bandarlah yang akan membuat usaha-usaha untuk membangunkan melalui Jabatan Orang Asli. Seolah-olah kementerian lain, tidak ada berfungsi. Saya melihat potensi untuk memindahkan kemiskinan kepada sama taraf dengan bangsa-bangsa asing yang lain, dimainkan oleh semua agensi kerajaan. Kita dapat melihat agensi yang boleh memberi pandangan, bantuan, mungkin perlu diwujudkan satu jawatankuasa khas untuk membangunkan Orang Asli, di mana kita libatkan semua kementerian, umpamanya Kementerian Kemajuan Luar Bandar...

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

66 DN.15.5.2006

Tuan Yang di-Pertua: Ada pihak, ada pihak yang tidak suka istilah atau ungkapan bangsa asing itu, baik ubah menjadi rakyat Malaysia keturunan bukan bumiputera.

Tuan Osman bin Bungsu: Maksud Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua: Ada banyak pihak tidak suka dengar ungkapan bangsa asing.

Tuan Osman bin Bungsu: Pandangan itu saya tidak setuju. Saya tidak berapa faham.

Tuan Yang di-Pertua: Saya pernah lihat rakyat Malaysia keturunan bukan Melayu, bukan bumiputera, agak marah bila disebut sebagai bangsa asing. Kerana mereka kata, kita tidak asing dari bumi ini, kita pun bangsa Malaysia.

Tuan Osman bin Bungsu: Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju. Walaupun kita berlainan etnik, tetapi kita duduk dalam satu negara Malaysia, maknanya kita terpaksa berkongsi sama tentang kehidupan kita.

Tuan Yang di-Pertua: Mereka tidak suka dengar bunyi asing itu.

Tuan Osman bin Bungsu: Itu persepsi, saya rasa Tuan Yang di-Pertua, persepsi masing-masing, kerana dia melihat keadaan orang kita macam itu, jadi dia boleh membuat andaian-andaian yang difikirkan boleh menarik perhatian tetapi bagi saya, apa juga yang dikatakan hanya kita yang dapat memaparkan perkara-perkara yang benar. Benda ini akan menjadi kenyataan pada masyarakat yang dapat melihat.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambung lagi, kita boleh dapat umpamanya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi, dan banyak lagi yang boleh meningkatkan soal kualiti hidup, jati diri dan juga modal insan. Umpamanya di dalam kita tengok kebanyakan keciciran di kalangan pelajar-pelajar Orang Asli sendiri.

Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, saya melawat sebuah sekolah, ada enam orang guru satu sekolah, pelajarnya lebih kurang 75 orang, di mana bila saya datang hanya seorang cikgu sahaja yang datang, yang ada di sekolah itu. Bila saya tanya pada cikgu yang berada di sekolah, satunya guru besarnya kursus, yang kedua emaknya sakit kuat, yang ketiga isterinya sakit kuat, yang keempat gurunya mengambil minyak dekat bandar, jadi pukul 10 sudah keluar, untuk mengambil minyak diesel untuk generator kononnya.

Jadi saya berbuallah, jadi saya rasa adakah ini patut pada guru yang tinggal di situ yang berumur lebih kurang 25 tahun. Kalaulah berlaku apa hal, pelajar duduk di atas tingkat atas, terjun, macam mana cikgu boleh kawal atau tidak. Jadi jawapannya tidak. Jadi pada saya Tuan Yang di-Pertua, soal modal insan ini penting di mana Yang Berhormat Siw Chun kata tadi, kawasan pedalaman perlu diberi perhatian terutama penggunaan solar hybrid system 24 jam perlu diadakan di kampung-kampung.

Saya ucapkan terima kasih kepada Tenaga Air dan Komunikasi tahun lepas telah memperuntukkan RM20 juta untuk pembangunan kampung-kampung Orang Asli dengan membekalkan solar. Dengan cara ini, kemudahan kampung ini boleh dapat menikmati elektrik, dapat menjanakan kemudahan-kemudahan asas seperti rumah dia menyala terang waktu malam, kemudahan budak belajar dapat dan juga kemudahan di sekolah umpamanya dapat digunakan ICT yang dibekalkan.

Apa guna kalau kita ada kemudahan-kemudahan ICT komputer sedangkan elektrik kita hanya digunakan cukup terhad. Jadi maksud saya di sini, modal insan ini tidak dapat dibangunkan menyebabkan Orang Asli semakin hari kita fikir, semakin terpinggir. Jadi pada asalnya keluar surat khabar kita tidak meminggirkan Orang Asli, tetapi bukan masalah itu, tetapi dengan keadaan kemudahan yang ada, kemudahan yang ada yang menyebabkan kita rasa melihat Orang Asli perlu pembelaan.

Begitu juga dengan peruntukan-peruntukan daripada Yang Berhormat, saya difahamkan Yang Berhormat Ahli Parlimen mendapat RM2.5 juta... RM2 juta termasuk dia punya peruntukan khasnya RM500,000. Jadi RM2.5 juta kadang-kadang tidak termasuk

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 67

program itu untuk Orang Asli. Berbanding dengan saya, walaupun diperuntukkan Orang Asli, ada khususnya Jabatan Orang Asli, tetapi wakil rakyat merupakan satu daripada pencetus pemikiran dan juga membawa satu pembangunan, corak pembangunan yang lebih holistik. Maka saya berharap kerajaan dapat memastikan bahawa Ahli Parlimen kita ini dapat memfokuskan peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen untuk membuat satu projek yang baik, yang dapat dicontohi. Sebagai contoh kalau peruntukan yang diberikan kepada saya, untuk makluman Yang Berhormat pun tahu bahawa RM100,000 untuk tiga tahun, saya jelajah daripada Johor ke Perlis sampai ke Pahang, Terengganu.

Baru ini hari Sabtu dan Ahad pun saya pergi ke Pahang, walaupun ada Dewan bersidang, saya terpaksa juga tengok kawasan saya untuk meningkatkan patriotik di kalangan Orang Asli dengan karaoke kenegaraan. Kalau kita tengok, bila diajukan soalan-soalan tentang Menteri Besar, tentang pemimpin-pemimpin kita, jadi pernah tahukah penerimaan dia, tidak tahu kadang-kadang. Jadi ini kita melihat bahawa perkara ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan dalam menyampaikan perkara-perkara atau maklumat-maklumat dasar-dasar kerajaan. Saya rasa mungkin kita tidak hendak mendengar fasal kerajaan yang ada ini tidak sampai ke bawah, jadi saya berharap pada pihak yang bertanggungjawab dapat meningkatkan tahap penyampaian terutama tentang Kementerian Penerangan dapat menyampaikan perkara ini.

Yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Majlis Penasihat Perundingan Orang Asli yang mana terdiri daripada Exco-Exco Kerajaan Negeri yang ada. Dapat diaktifkan supaya pandangan-pandangan masyarakat yang ada di kalangan pandangan daripada orang bawah dapat didengar. Kita dapat melihat pandangan ini dapat dibincangkan terutama isu tanah. Kalau dibawa dalam Exco Negeri dibawa dalam perundingan negeri, saya ingat isu tanah tidak berlarutan bertahun-tahun, takkanlah Orang Asli tidak dapat diberi hak milik tanah. Ini yang diperjuangkan.

Orang FELDA pun dulu masa dalam saya melihat 17 tahun saya duduk di FELDA, daripada tidak ada tanah, dan daripada orang pencen pun datang masuk ke situ. Hendak toreh getah pun kadang bermasalah, hendak potong buah pun bermasalah, dan masalah compete kepimpinan pun bermasalah, tetapi lama-kelamaan telah disusun dengan satu program ala FELDA ini, masyarakat FELDA ini, saya rasa sudah nampak kemajuannya. Hak miliknya pun dapat dan kehidupannya, kualitinya, hidup pun bertambah, berbanding dengan kita Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Yang Berhormat, minta laluan sedikit.

Tuan Osman bin Bungsu: Kita dapatkan pembangunan kita, kebanyakannya kita serahkan kepada orang. Sedangkan peruntukan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli diberi untuk...., katakan di FELCRA, RISDA, LPP dia melihat kenapa tidak tanah yang begini banyak yang dirizabkan kepada Orang Asli tidak dibangunkan seperti FELDA. Sekurang-kurangnya kalau kita berhutang sekali pun bermakna Orang Asli bertanggungjawab untuk membayar hutang. Orang Asli bertanggungjawab untuk membayar rumah dia. Orang Asli bertanggungjawab untuk membayar dewan yang besar untuk dibuat perjumpaan dan aktiviti yang dapat dijalankan secara holistik. Itu yang saya nampak. Kita tidak mahu nanti kita memberi pembangunan secara tidak berstruktur iaitu setempat sana, setempat sini akhirnya semakin jauh, semakin jauh Orang Asli dalam keadaan ini. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya hendak tanya, saya difahamkan Orang Asli ini bila kita beri satu kawasan tanah, mereka tidak mahu berpindah terutama yang tinggal di laut atau di sungai ini apabila berlaku proses pembangunan di kawasan tersebut, diminta mereka berpindah untuk duduk di suatu tempat, mereka tidak mahu sebab mereka suka berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Sebab itulah penglibatan mereka di dalam FELCRA atau FELDA ini amat kurang. Apakah benar perkara ini dan satu lagi sebelum Yang Berhormat habis bercakap lagi jangan lupa mengucapkan Selamat Hari Ibu.

Tuan Osman bin Bungsu: Terima kasih. Untuk itu saya jawab ‘Selamat Hari Ibu’ lah. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, bahawa soalan itu tidak benar bahawa Orang Asli berpindah randah sudah tidak ada lagi zaman pindah randah tetapi saya melihat di situ

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

68 DN.15.5.2006

kalau diberi penempatan, banyak yang berlaku penempatan macam di Johor, kita ada di Sungai Layau, mulanya pun macam FELDA juga tetapi bila dipindahkan di tempat tersebut dan dipindahkan ke tempat yang agak strategik yang mana dia boleh pergi ke laut sambil-sambil dia dapat duduk setempat. Begitu juga di Tamuk, Kudong ditempatkan tetapi hak milik tidak ada. Itu yang menjadi masalah. Mereka rasa waswas dan timbul tentang persoalan dipindahkan atau berpindah.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, boleh saya gunakan sedikit masa untuk mengenal pasti mereka yang perlu diberikan keutamaan dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesembilan. Siapa yang hendak berucap selepas Yang Berhormat Tuan Osman Bungsu?

Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: [Bangun]

Tuan Ismail bin Kasim: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Kalau Yang Berhormat tidak berpeluang, saya akan beri peluang dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Tuan Ismail Kasim. Terpulanglah kepada Yang Berhormat jika Yang Berhormat hendak memberi sedikit masa.

Datuk Yaakob Bin Haji Mohammad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya agak confuse tadi sama ada perbahasan ini sudah masuk RMK-9 atau masih di bawah Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua: Masih dalam Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Datuk Yaakob Bin Haji Mohammad: Saya terkejut juga tadi, ingatkan sudah masuk dalam RMK-9. Soalan, minta pandangan Yang Berhormat, saya begitu kagum dan tertarik tentang isu-isu yang dibangkitkan tentang masalah Orang Asli dan saya minta Jabatan Orang Asli mungkin memberi pendekatan penekanan yang lebih kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator tadi.

Saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat tentang seorang bekas wakil Senator yang mewakili Orang Asli yang lepas, apakah punca yang menyebabkan beliau selepas tamat tempohnya bertanding atas tiket pembangkang menentang kerajaan. Apakah ini ada kaitan juga dengan isu-isu yang tidak kurang mendapat perhatian daripada wakil Yang Berhormat Senator wakili. Terima kasih.

Tuan Osman bin Bungsu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Persoalan bekas Senator yang lepas, saya difahamkan tidak ada kaitan dengan isu-isu Orang Asli. Itu adalah masalah peribadi yang ada kaitannya dengan kepimpinan di peringkat UMNO dahulu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat saya hanya tinggal beberapa minit ini. Saya ingin memberi peluang kepada.....

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Saya, mencelah sekejap. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Boleh saya tahukah setakat hari ini berapakah kampung ataupun kawasan-kawasan Orang Asli yang telah pun dibangunkan untuk menjadi kampung tradisi. Sebelum saya duduk Tuan Yang di-Pertua, selain kita mengucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ kita jangan lupa kepada pewaris bangsa kita atau pewaris generasi akan datang iaitu hari ini ialah Hari Belia. Terima kasih.

Tuan Lee Sing Chooi: [Bangun]

Tuan Osman bin Bungsu: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bahawa saya akan membahaskan itu di peringkat RMK-9. Untuk memberi laluan kepada kawan dan rakan saya......

Tuan Lee Sing Chooi: Minta laluan sedikit. Kita ada dengar dengan kesedihan ada kemiskinan dan kemiskinan tegar itu di kalangan Orang Asli. Selepas kita mencapai kemerdekaan hampir 50 tahun dan sekarang ini ada suatu kelompok yang begitu miskin. Saya harap pertolongan dan bantuan luar mesti diperhebat terutamanya bantuan-bantuan kerajaan supaya kemiskinan ini dapat ditangani. Terima kasih.

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 69

Tuan Osman bin Bungsu: Terima kasih Yang Berhormat kerana mungkin itu juga suatu saranan yang bermakna kepada kami anak-anak Orang Asli yang memerlukan bimbingan dan juga bantuan daripada pihak tertentu bukan sahaja daripada kerajaan mungkin juga daripada NGO datang membantu tetapi dengan niat yang betul. Jangan ada undang di sebalik mee yang mana balak ditebang, Orang Asli yang menjadi mangsa.

Kita tidak mahu yang macam itu tetapi kalau ada yang jujur, saya rasa kerajaan lebih prihatin dan membuka pintu kepada sesiapa sahaja untuk memberi bantuan pertama dari segi pembangunan modal insan dari segi pendidikan kalau boleh ini dapat diberikan perhatian kerana kita tahu pendidikan merupakan satu daripada asas pembangunan seluruh umat di dunia. Sejarah telah menentukan bahawa pendidikan merupakan satu daripada pengubah corak dunia. Saya berharap perkara ini mendapat perhatian daripada pihak-pihak tertentu dalam soal-soal membangunkan Orang Asli. Dengan ini saya turut menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat Peraturan Mesyuarat 11(5) memberi kuasa kepada saya seperti berikut:

“Tuan Yang di-Pertua boleh melanjutkan masa mesyuarat selepas 5.30 petang atau selepas apa-apa masa yang telah ditetapkan oleh Majlis Mesyuarat setakat yang tidak melebihi 15 minit untuk menamatkan perkara yang patut diselesaikan pada hari yang berkenaan juga.”

Menggunakan kuasa tersebut, saya menjemput Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn untuk berucap.

5.30 ptg.

Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: ....Tetapi kalau sudah 5.45, setengah nafas pun saya akan berhentikan jangan kata setengah ayat. Terima kasih.

Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Tidak boleh orang lain kacaulah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Bismillahi Rahmani Rahim. Selamat petang diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Terima kasih kerana saya diberi peluang terakhir pada hari ini untuk berucap bagi menyokong Usul Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Penggal Ketiga, Parlimen Kesebelas pada hari ini. Hari ini adalah hari terakhir bagi kita membahaskan Usul Titah Ucapan Diraja dan biasanya mereka yang bercakap di saat-saat akhir ini biasanya semua points telah diambil oleh rakan-rakan yang telah bercakap terlebih dahulu. Oleh yang demikian, saya juga tidak akan mengambil masa yang panjang hanya terus ke isu-isu yang saya rasakan perlu dibawa dan perlu diketahui dan perlu diambil tindakan selanjutnya.

Tuan Yang di-Pertua, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titahnya ada merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PDRM yang telah dapat menjaga keamanan negara semenjak kemerdekaan iaitu hampir separuh abad yang lalu. Oleh itu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih saya dan Ahli-ahli Dewan Negara kepada PDRM kerana menjaga keamanan negara yang tercinta ini serta membantu melonjakkan nama negara kerana kestabilan geopolitik negara di rantau Asia Tenggara ini khususnya dan dunia amnya.

Untuk itu juga, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga ada mengatakan bahawa beliau begitu prihatin dengan kebajikan PDRM dan untuk itu saya ingin mencadangkan supaya satu penubuhan lembaga tabung untuk PDRM sebagaimana Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi memastikan kebajikan ahli-ahli PDRM dan prasarananya lebih terjamin.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh mengenai sedikit soal media massa kita tahu bahawa media massa ini banyak memainkan peranan sama hendak

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

70 DN.15.5.2006

menaikkan atau menjatuhkan dan memberi efek yang baik kepada negara dan juga wakil-wakil sama ada Wakil Rakyat di Parlimen, Wakil Senat mahupun Dewan Undangan Negeri.

Saya ingin menyentuh cabaran demi cabaran bagi dunia tanpa sempadan serta kebebasan media massa dan elektronik di dalam konteks perpaduan dalam berbilang kaum di Malaysia ini. Kita mengharapkan agar pihak media massa perlu bertanggungjawab di dalam setiap laporan mereka pada setiap masa kerana sebagai sebuah negara yang merdeka, isu-isu berkaitan Islam mahupun hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu telah pun termaktub di dalam perlembagaan dan isu-isu berkaitan hendaklah dilaporkan dengan penuh kesopanan dan kesusilaan agar perpaduan berbilang kaum dapat diperteguhkan lagi.

Maka saya ingin sekali lagi mengingatkan semua yang terlibat untuk memajukan negara ini terutamanya pihak media massa dan elektronik agar tidak lupa tanggungjawab masing-masing untuk memantapkan perpaduan negara untuk mencapai Wawasan 2020 yang kita hajati di samping tidak memikirkan keuntungan semata-mata. Namun ucapan sekalung tahniah juga kita ucapkan kepada pihak media massa kerana tanpa media massa juga yang merupakan penghubung di antara orang ramai, kerajaan, pihak antarabangsa telah memainkan peranan yang besar bagi membangunkan negara Malaysia yang tercinta ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ke bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia kerana telah amat peka kepada kemahuan semasa untuk menaiktarafkan modal insan. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang untuk meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan dalam RMK-9. Memandangkan hampir separuh penduduk Malaysia di bawah umur 40 tahun, maka usaha menaik taraf modal insan ini akan menarik minat pemuda pemudi ataupun lebih kita kenali sebagai belia untuk memberi tumpuan sebagai individu yang berjaya dan patriotik.

Ini secara tidak langsung akan mengurangkan gejala sosial seperti dadah dan melepak kerana golongan muda tahu kerajaan yang ada amat prihatin kepada kehendak golongan muda. Sebagaimana yang digelar oleh kawan saya tadi bahawa hari ini ialah Hari Belia Negara dan sambutan Hari Belia Negara ini akan dibuat di Stadium Bukit Jalil pada malam ini di peringkat kebangsaan dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Belia” kepada semua para belia yang hari ini menggunakan moto “Belia Bina Bangsa”, “Belia Wawasan” dan juga “Belia Malaysia”.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Presiden Majlis Belia Malaysia iaitu dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Selangor – Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan juga Menterinya Datuk Azalina binti Othman Said yang telah banyak turun padang berkempen mengenai “Belia Benci Dadah”.

Saya menyangkal tadi ucapan daripada Yang Berhormat Dato’ Dayang Mahani bahawa kita banyak menumpukan kepada satu sasaran yang salah. Sebenarnya saya kira menghindar adalah lebih baik daripada mencegah dan...., maaf “mencegah adalah lebih baik dari mengubati”. Sebab itu kita banyak tumpukan kepada mereka yang belum didapati terlibat dengan gejala yang tidak baik ini. Kita lihat apa yang dibuat oleh Presiden MBM dan juga Menteri iaitu Yang Berhormat Datuk Azalina telah banyak mengalihkan pandangan belia-belia ini kepada aktiviti yang lain.

Umpamanya semalam di Selangor, kita ada buat Motorcross International di dalam negeri Selangor dan ini telah menarik perhatian semua pemotor yang dikatakan almost bumiputera menyertai daripada menjadi ‘mat rempit’ tetapi berlumba di tempat yang sesuai dan ada yang di antara mereka yang menjadi johan juga naib johan di kalangan international di mana peserta-peserta terdiri daripada orang-orang Australia, France dan juga London semalam.

Saya rasa ini suatu pendekatan yang baru dan saya difahamkan bahawa hanya ada tiga trek sahaja di Malaysia iaitu di Selangor ada dua dan satu lagi tempat yang saya kurang arif. Saya harap kalau boleh negeri-negeri lain juga ada inisiatif supaya trek-trek litar untuk motorcross ini diadakan di negeri-negeri lain supaya membolehkan generasi muda yang suka dan gemar bermotor ini atau lebih gemar jika dipanggil ‘mat rempit’ ini

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 71

menggunakan cara profesional dia secara terurus dan teratur dan boleh memberikan dia suatu profesional yang boleh mendatangkan kewangan juga dan kemahiran kepada mereka ini.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat, minta laluan sedikit Yang Berhormat. Bolehkah Yang Berhormat? Tuan Yang di-Pertua? Saya tertarik dengan Kementerian Belia dan Sukan......

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat belum beri laluan lagi?

Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Baiklah.

Tuan Yang di-Pertua: Hah, sudah pun beri laluan.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih saya nampak Yang Berhormat duduk Tuan Yang di-Pertua.

Saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat tadi. Kita lihat pada malam ini beribu orang belia-belia akan berkumpul di stadium. Kita nampak billboard yang banyak iaitu “Belia Benci Dadah”, berjuta-juta ringgit dan dia ada dengan kenderaan yang bermotosikal bermacam-macam ada yang daripada London atau mana, kita bawa ke mari. Kementerian Belia dan Sukan belanja berjuta-juta ringgit tetapi memberi manfaatkah kepada belia-belia di luar bandar. Kenapa persatuan belia di luar bandar tidak diberi peruntukan? Kalau kerajaan berbelanja berjuta-juta ringgit hendak tunjuk billboard dia dengan perayaan pada hari ini padahal persatuan belia di luar bandar ditinggalkan. Bagaimanakah kita akan mengatasi “Belia Benci Dadah” ini, belia-belia tidak akan membenci dadah sekiranya tidak ada peruntukan yang cukup. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat minta laluan daripada Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak pandang pun kepada Yang Berhormat.

Dato’ Musa bin Sheikh Fadzir: Biasalah, saya tidak bersetuju tentang pendapat Yang Berhormat.

Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Saya kira sebagai seorang EXCO Majlis Belia Selangor, saya kira kita juga telah sampai ke kawasan pedalaman, kita telah round ke seluruh negara dan kita ada lagi tiga negeri yang belum kita kunjungi untuk program “Belia Benci Dadah” ini saya nampak banyak perubahan yang telah didapati oleh belia-belia ini. Selain daripada jawapan itu, sebab saya bukan menteri lagi, so, kena tunggu Datuk Azalina menjawabnya.

Tuan Yang di-Pertua: Bagus jadi Tuan Yang di-Pertua ini boleh jadi batu api.... [Dewan ketawa]

Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang Sistem Penerbangan Malaysia seperti mana yang ditegur oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Azizah sebentar tadi, walaupun telah disentuh, tetapi sedikit sahaja disentuh mengenai di mana Tuanku Seri Paduka Baginda di dalam titahnya ada menyentuh tentang keprihatinan baginda kepada kedudukan golongan kanak-kanak, ibu tunggal serta golongan yang terdedah kepada penganiayaan.

Saya hendak sentuh ini kerana kita dengar juga bahawa sebagaimana yang telah dikatakan rakan saya Yang Berhormat Datuk Hajah Azizah tadi semasa kita di Johor, kita dengar rungutan dari pekerja-pekerja MAS yang akan diberhentikan tidak lama lagi dan mereka ini terdiri bukan sahaja daripada kaum wanita malah daripada semua kaum dan juga termasuk lelaki dan yang merupakan ibu tunggal, barangkali mereka yang berkeluarga besar dan yang ada komitmen yang lain seperti berhutang dengan bank dan sebagainya, dan saya harap MAS akan mengambil kira mereka yang terbabit dalam penstrukturan semula MAS. Pihak pengurusan wajib mengutamakan kebajikan para pekerjanya dalam penstrukturan mereka dan Tuanku Seri Paduka Baginda juga dan ditanya ada menekankan pendekatan Islam Hadhari dalam Kerajaan Barisan Nasional agar nasib golongan ini biarlah terjamin dan memandangkan impak penstrukturan semula ini melibatkan semua kaum, maka saya harap pihak MAS harus menangani isu-isu ini dengan lebih bijaksana.

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

72 DN.15.5.2006

Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin menyentuh tentang 30% ekuiti bumiputera dalam Bursa Saham Kuala Lumpur. Adalah amat ketara sekali bahawa suatu badan bertindak diperlukan dalam RMK-9 ini bagi memastikan pencapaian ekuiti ini sustainable dengan izin, dalam masa pelaksanaan ini. Salah satu contoh terbaik dapat kita lihat dalam penstrukturan semula MAS secara umum, kita amat prihatin kerana industri penerbangan ini mempunyai profit margin yang amat competitive untuk bersaing dengan syarikat penerbangan yang lain.

Dalam konteks ini, saya ingin memohon pihak MAS akan menilai semula subkontrak atau tender MAS yang dikeluarkan agar usahawan-usahawan bumiputera dapat dipertingkatkan penglibatan mereka dengan MAS. Dengan itu, secara tidak langsung akan dapat meningkatkan kemahiran bumiputera di dalam bidang penerbangan di samping exposure dengan penerbangan asing.

Sekali lagi di Dewan yang mulia ini saya juga ingin mengatakan keprihatinan saya terhadap krisis yang melanda MAS. Pihak kerajaan dalam menangani krisis MAS telah pun memberikan beberapa route yang lucrative kepada AirAsia. Soalan saya mengapakah pihak media memberikan liputan yang berleluasa mengenai kerugian MAS dan pada masa yang sama tidak menonjolkan kerugian MAS apabila route tempatan telah diberikan kepada AirAsia iaitu 96 route berbanding dengan MAS 19 route sahaja.

Apakah rasional yang digunakan ........

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat tidak mahu beri lima minit kepada Yang Berhormat Tuan Ismail bin Kasim?

Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Siapa?

Tuan Yang di-Pertua: Tuan Ismail bin Kasim.

Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Hendakkah?

Tuan Ismail bin Kasim: Tuan Yang di-Pertua, sila teruskan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat boleh teruskan sampai selesai.

Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apakah rasional yang digunakan untuk pengagihan ini? Begitu juga dengan pembinaan low cost carrier yang dibina beratusan ringgit, adakah kos pembinaan ini akan diambil alih oleh AirAsia? Dari pengamatan saya, tidak ada masalah jika pihak kerajaan ingin membantu AirAsia, tetapi pada masa yang sama, kita wajib memberi keutamaan kepada MAS kerana ia adalah suatu ikon dan lambang negara kita. Inilah suatu contoh pelaksanaan yang kita tidak mahu kerana ia pasti tidak memenuhi konsep Islam Hadhari iaitu telus dan adil.

Tuan Yang di-Pertua, dari beberapa contoh tadi.., minta maaf. Saya juga ingin meminta penjelasan daripada MAS tentang jumlah juruterbang MAS yang telah berhenti untuk berhijrah ke syarikat-syarikat lain dan juga jumlah juruterbang asing yang diambil menggantikan mereka yang berhenti dan berapakah bayaran melebihi juruterbang tempatan. Begitu juga dengan soal pramugari yang kononnya diberi maklum bahawa pramugari lokal mendapat gaji yang lebih rendah daripada pramugari yang diambil daripada luar negara. Daripada contoh-contoh tadi sudah jelas bahawa isu pelarasan RMK-9 serta penubuhan badan bertindak bagi memantau perjalanan RMK9 ini adalah tepat pada waktunya ditubuhkan bagi memastikan isu seperti MAS tidak akan berulang lagi. Badan bertindak pelaksanaan ini juga diharap akan dapat memastikan pembabitan usahawan bumiputera seharusnya serius bagi memastikan pencapaian ekuiti bumiputera 30% tercapai.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang kesihatan iaitu di perenggan 24 di mana disebut mengenai kesihatan rakyat dan saya cukup prihatin dengan peningkatan kesihatan rakyat yang disentuh oleh Tuanku Baginda dan juga mahukan hasil rawatan terbaik dengan kos terendah. Saya ingin mencadangkan supaya suatu klinik bergerak seperti mana yang dilakukan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil semalam semasa sambutan “Hari Ibu” di Perak. Kepada Kementerian

Page 78: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filePENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman

DN.15.5.2006 73

Kesihatan, bagi mereka yang berada di luar bandar kerana ini untuk meningkatkan lagi kesihatan kepada mereka yang tinggal di luar bandar dan berada jauh daripada bandar bagi kemudahan mereka memeriksa kesihatan mereka kerana bagi saya, saya percaya bahawa rakyat yang sihat akan mendapat negara yang maju. Saya berharap Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan yang awal bagi memperluaskan lagi klinik bergerak ini ke kawasan-kawasan luar bandar.

Satu lagi yang saya hendak sebutkan ialah mengenai Enakmen Undang-undang Keluarga Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Kita faham bahawa setiap negeri ada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam masing-masing tetapi yang saya tahu kerana saya berada di Selangor, saya ingin membangkitkan mengenai Akta Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor yang berkuat kuasa pada 1984 di mana seorang wanita tidak boleh menebus taklik atau bercerai, tidak boleh diambil tindakan taklik oleh wanita menikah sebelum tahun 1984 kerana akta ini dikuatkuasakan pada tahun 1984 di mana wanita yang diganasi dan juga tidak diberi nafkah boleh mengambil taklik tetapi bagi mereka yang berkahwin sebelum 1984 tidak dibenarkan bertaklik tetapi kena ambil fasakh.

Akan tetapi fasakh ini biasanya merugikan wanita kerana kita tidak boleh menuntut apa yang kita patut dapat apatah lagi kalau wanita itu berkeluarga besar. Saya mengharapkan...., saya pernah juga pergi ke Majlis Agama Islam bertanya mengenai hal ini katanya kalau hendak diubah supaya taklik ini dapat oleh wanita yang berkahwin sebelum tahun 1983, dia hendaklah memanggil suaminya sign balik taklik baru......

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa cukup. Saya akan beri keutamaan kepada Dato’ Dr. Norraesah dalam perbahasan yang dibawa. Masa cukup. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan. Dewan bersidang semula pada pukul 10.00 pagi esok.

Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.45 petang.