nota tatabahasa tahap murid

17
KATA GANTI DIRI PERTAMA KGD 1 Penggunaan Contoh Aku Digunakan apabila bercakap dengan kawan rapat atau Tuhan. 1. Aku pergi dahulu. 2. Ya Allah, aku sudah insaf. Saya Digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali atau dalam majlis rasmi. 1. Saya baru berpindah ke sini. Beta Digunakan oleh sultan atau raja apabila bercakap dengan rakyat. 1. Beta berasa gembira dengan berita ini. Patik Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan. 1. Patik menjunjung perintah Tuanku. Hamba Digunakan oleh rakyat pada zaman dahulu untuk merujuk pada diri sendiri ketika bercakap. 1. “Hamba bukan anaknya,” kata Si Tanggang. Kami Digunakan untuk diri sendiri dan rakan apabila bercakap dengan orang kedua. 1. “Kami diarahkan oleh guru untuk membersihkan kelas ini,” kata Ali dan Ahmad kepada Abu. Kita Merujuk pada diri sendiri dan orang kedua. 1. “Kita akan berkelah di Port Dickson,” kata Ali kepada Abu. Diguna untuk memanggil diri sendiri ketika bercakap. KATA GANTI DIRI KEDUA Merujuk kepada orang yang dilawan bercakap. KGD 2 Penggunaan Contoh Awak Digunakan apabila bercakap dengan orang kedua yang rapat. 1. “Awak dari mana?” Tanya Jusri kepada Jun Soh. Engkau Digunakan apabila bercakap dengan orang yang sangat rapat atau Tuhan. 1. “Engkau mesti tolong aku,” kata Kamil kepada Lie. Kamu Digunakan apabila bercakap dengan orang yang rapat atau lebih muda. 1. “ Kamu mesti bercakap benar,” kata Cikgu Rosli kepada Amran. Anda Digunakan untuk ganti diri orang kedua apabila tidak berhadapan 1. “ Anda diminta berkumpul di dalam

Upload: nor-zinu

Post on 21-Nov-2015

279 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Nota Tatabahasa Tahap Murid.doc

TRANSCRIPT

KATA GANTI DIRI PERTAMAKGD 1PenggunaanContoh

AkuDigunakan apabila bercakap dengan kawan rapat atau Tuhan.1. Aku pergi dahulu.

2. Ya Allah, aku sudah insaf.

SayaDigunakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali atau dalam majlis rasmi. 1. Saya baru berpindah ke sini.

BetaDigunakan oleh sultan atau raja apabila bercakap dengan rakyat.1. Beta berasa gembira dengan berita ini.

PatikDigunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.1. Patik menjunjung perintah Tuanku.

HambaDigunakan oleh rakyat pada zaman dahulu untuk merujuk pada diri sendiri ketika bercakap.1. Hamba bukan anaknya, kata Si Tanggang.

KamiDigunakan untuk diri sendiri dan rakan apabila bercakap dengan orang kedua.1. Kami diarahkan oleh guru untuk membersihkan kelas ini, kata Ali dan Ahmad kepada Abu.

KitaMerujuk pada diri sendiri dan orang kedua.1. Kita akan berkelah di Port Dickson, kata Ali kepada Abu.

Diguna untuk memanggil diri sendiri ketika bercakap.KATA GANTI DIRI KEDUA Merujuk kepada orang yang dilawan bercakap.KGD 2PenggunaanContoh

AwakDigunakan apabila bercakap dengan orang kedua yang rapat.1. Awak dari mana? Tanya Jusri kepada Jun Soh.

EngkauDigunakan apabila bercakap dengan orang yang sangat rapat atau Tuhan. 1. Engkau mesti tolong aku,

kata Kamil kepada Lie.

KamuDigunakan apabila bercakap dengan orang yang rapat atau lebih muda.1. Kamu mesti bercakap benar, kata Cikgu Rosli kepada Amran.

AndaDigunakan untuk ganti diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita. 1. Anda diminta berkumpul di dalam dewan sekarang, kata juruacara itu.

TuankuDigunakan oleh orang biasa apabila bercakap dengan raja atau sultan.1. Tuanku, santapan telah siap dihidang, kata dayang istana itu.

KalianDitujukan kepada orang ramai. 1. Kalian tunggu di sini, kata Tuk Penghulu kepada anak buahnya.

KGD 2PenggunaanContoh

AwakDigunakan apabila bercakap dengan orang kedua yang rapat.2. Awak dari mana? Tanya Jusri kepada Jun Soh.

EngkauDigunakan apabila bercakap dengan orang yang sangat rapat atau Tuhan. 1. Engkau mesti tolong aku,

kata Kamil kepada Lie.

KamuDigunakan apabila bercakap dengan orang yang rapat atau lebih muda.2. Kamu mesti bercakap benar, kata Cikgu Rosli kepada Amran.

AndaDigunakan untuk ganti diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita. 2. Anda diminta berkumpul di dalam dewan sekarang, kata juruacara itu.

TuankuDigunakan oleh orang biasa apabila bercakap dengan raja atau sultan.2. Tuanku, santapan telah siap dihidang, kata dayang istana itu.

KalianDitujukan kepada orang ramai. 2. Kalian tunggu di sini, kata Tuk Penghulu kepada anak buahnya.

KATA GANTI DIRI KETIGA Digunakan untuk menggantikan nama orang yang diperkatakan.KGD 3PenggunaanContoh

DiaDigunakan untuk manusia, iaitu orang ketiga yang umum.1. Dia ialah anak Cikgu Siti, kata Aminah kepada Razak.2. Dia ialah seorang yang rajin belajar.

IaDigunakan dalam tulisan untuk orang ketiga.Digunakan untuk binatang atau benda.1. Saya mempunyai seekor kucing. Ia mempunyai bulu yang sangat halus.

BeliauDigunakan untuk orang yang dihormati. 1. Beliau ialah pemimpin yang

sangat disegani. 2. Beliau ialah guru saya.

BagindaDigunakan untuk sultan atau raja.1. Baginda dijangka berangkat pada petang ini, kata Rosli.2. Baginda sudah mangkat.

MerekaDitujukan kepada orang ramai.1. Mereka masih belum sampai, kata ketua kelas.

KATA SENDI NAMA

KATA PENEGAS

KATA PENEGAS digunakan untuk menguatkan atau menegaskan ayat. Contoh kata penegas ialah hanya, pun, juga, memang, saja, -kah, -lah dan tah. Contoh:a. Hanya Yuna yang menyertai pertandingan nyanyian itu.b. Kasut kulit ini memang mahal harganya.c. Sesiapa pun berhak menyuarakan pendapat masing-masing.d. Apalah dayaku untuk membantah arahannya.e. Siapakah yang memecahkan pasu bunga ini?KATA HUBUNG Digunakan untuk menghubungkan :

3 Jenis kata hubung: Menyambung ayat yang sama penting hubungannya.

KATA ARAH

PENJODOH BILANGANDigunakan sebelum sesuatu kata nama atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.

Penjodoh BilanganpenggunaannyaContohnya

angkatanuntuk sekumpulan manusia atau bendakapal, tentera, pelukis, penulis

barisuntuk kedudukan benda/manusia yang berbarisorang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi

batanguntuk menunjukkan benda-benda yang panjangsungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum

bentukuntuk benda-benda kecil yang berkelukmata kail, subang, cincin

berkasuntuk benda-benda yang diikat bersama-samakunci, lidi, kayu

bidanguntuk benda-benda yang terbentang luastanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar

bijiuntuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecillabu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas

Bilahuntuk benda-benda yang tajamparang, pisau, golok, gunting, sabit, keris

buahuntuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentukereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera

bukuuntuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkahsabun, roti, benang

butiruntuk benda-benda yang bulat atau keciltelur, batu, manik, beras, peluru

carik/cebisuntuk benda-benda yang dikoyakkankertas, kain

cubituntuk benda yang diambil sedikit dengan jarigaram, gula, kunyit

cucukuntuk benda-benda yang dicucuk dengan lidisate

dasuntuk bunyi letupan atau tembakanmeriam, pistol, senapang

deretuntuk benda-benda yang tersusunbangunan, rumah, kedai, kereta

ekoruntuk semua jenis binatangnyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama

genggamuntuk benda-benda yang digenggampasir, beras, padi

gugusuntuk buah-buah ataupun bendaanggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci

gulunguntuk benda-benda yang bergulungfilem, permaidani, tikar, dawai, kertas

helaiuntuk benda-benda yang nipis dan lebardaun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput

ikatuntuk benda-benda yang diikatkayu, lidi, tebu, sayur, papan

irisuntuk benda-benda yang dipotong kecil-kecilbawang, timun, daging, buahbuahan

jambakuntuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkaibunga, kunci

kakiuntuk benda-benda yang bertangkaipayung, cendawan, bungs

kawanuntuk kumpulan haiwanlembu, kambing, lebah, gajah, merpati

kelompokuntuk sekumpulan manusia, haiwan, dan bendaburung, awan, pulau, bintang

kepaluntuk benda-benda yang dikepal dengan tangannasi, pulut, tanah

kepinguntuk benda-benda yang nipis atau pipihroti, papan, kad, gambar, biskut, tanah

keratuntuk bahagian benda-benda yang dipotongroti, tiang

Ketuluntuk benda-benda yang berketul dan paduais, daging, tulang, sabun, roti

Kotakuntuk benda-benda yang diisikan di dalam kotakmancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk

kuntumuntuk bungsmawar, melati, anggerik

Larasuntuk senjata apipistol, senapang, meriam

lembarbenda-benda yang lurus dan panjangkertas, dawai, benang

longgokuntuk benda-benda yang berada dalam longgokandurian, pakaian, tanah, cili

naskhahuntuk bahan bacaan yang berjilidsurat khabar, risalah, majalah, makalah, buku

Oranguntuk manusiaguru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen

Papanuntuk benda-benda yang berbentuk kepingancoklat, petai, mercun

pasanguntuk benda dan manusia yang berpasanganpakaian, kasut, subang, suami isteri, anak

pangsauntuk bahagian dalam buahdurian

pasukanuntuk sekumpulan orang yang berpakaian seragampemain kompang, polis, tentera pengakap

patahuntuk kataperkataan, kata-kata

potonguntuk benda-benda yang sudah dipotongkuih, daging, roti

pucukuntuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata apijarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung

puntunguntuk sebahagian benda yang masih menyalarokok, bara, kayu api

rangkapuntuk puisipantun, sajak, syair

rawanuntuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersiratjala, jaring, pukat

ruasuntuk benda yang beruas-ruastebu, buluh

rumpununtuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapatbuluh, tebu, serai, pandan, padi

sikat/sisiruntuk buah pisangpisang

tandanuntuk buah-buahan yang bertandanpisang, kelapa, pinang, kelapa sawit

tangkaiuntuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkairambutan, duku, kenanga, padi, daun

titikuntuk cecair yang menitisair, darah, dakwat, embun

tongkoluntuk buah yang bertongkoljagung

ulasuntuk isi buah-buahan yang berpangsadurian, limau, nangka, cempedak

uratuntuk benda-benda yang halus dan panjangrambut, benang, dawai,

utasuntuk benda-benda yang panjangtali, dawai, rantai

KATA PERINTAHDigunakan untuk menimbulkan tindakan yang berupa MELARANG, MENJEMPUT atau MEMINTA.

PENANDA WACANA

CONTOH PENANDA WACANAMAKSUD

Tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, selain itu, di samping ituTAMBAHAN

Pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, akhirnyaURUTAN

Rumusan, kesimpulannya, sebagai penyimpul kataRUMUSAN

Oleh sebab itu, lantaran itu, oleh yang demikian, dengan demikianSEBAB DAN KESAN

Sebaliknya, sungguhpun begitu, walau bagaimanapun, namun begituPERTENTANGAN

Sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, sememangnyaPENGESAHAN

Kata Adjektif

PENGUAT DEPAN TIDAK BOLEH DILETAKKAN DI BELAKANG KATA ADJEKTIFa. Agak baik ( bukan * baik agak )

b. Begitu yakin ( bukan * yakin begitu )

c. Demikian susah ( bukan * susah demikian )

d. Kurang elok ( bukan * elok kurang )

e. Lebih bagus ( bukan * bagus lebih )

f. Paling rendah ( bukan * rendah paling )

g. Terlalu kuat ( bukan * kuat terlalu )

PENGUAT BELAKANG TIDAK BOLEH DILETAKKAN DI DEPAN KATA ADJEKTIFa. Cerdik benar ( bukan * benar cerdik )b. Murah betul ( bukan * betul murah )

c. Gagah nian ( bukan * nian gagah )

d. Hebat sekali ( bukan * sekali hebat )

KATA BILANGANKata bilangan terdiri daripada perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah.

Ayat

dengan

Ayat

Frasa

dengan

Frasa

Perkataan dengan Perkataan