nota sosiologi dah siap

16
TAKRIF SOSIOLINGUISTIK Latihan Soalan: Dalam kumpulan 3-5 orang bincangkan tentang pentingnya mempelajari bidang sosiolinguistik. Supaya dapat menguasai beberapa variasi bahasa yang berbeza-beza serta dapat menggunakannya dalam keadaan tertentu. Tidak berasa terpinggir dalam sesuatu komuniti masyarakat Menjadikan suatu komunikasi itu lebih berkesan. Dapat memahami beberapa gejala yang wujud dalam masyarakat kita, gejala-gejala seperti buta huruf, penggunaan bahasa yang berbeza-beza seperti dialek- dialek dan bahasa baku dan seterusnya membantu seseorang guru itu mengendalikan pengajaran dengan lebih berkesan. Sebagai persediaan kepada masyarakat untuk menerima sebarang perubahan dalam sistem bahasa. Mudah menyampaikan maksud dan tujuan masing-masing. Dapat menggunakan variasi atau laras bahasa mengikut situasi atau keadaan. Dapat memahami perbezaan bahasa yang wujud. Sebagai alat perhubungan pertuturan di dalam ahli masyarakat.

Upload: ubaidulllah

Post on 08-Jun-2015

3.914 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

nota ini mungkin dapat membantu anda.....selamat membaca...

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Sosiologi Dah Siap

TAKRIF SOSIOLINGUISTIK

Latihan

Soalan: Dalam kumpulan 3-5 orang bincangkan tentang pentingnya mempelajari bidang sosiolinguistik.

Supaya dapat menguasai beberapa variasi bahasa yang berbeza-beza serta dapat menggunakannya dalam keadaan tertentu.

Tidak berasa terpinggir dalam sesuatu komuniti masyarakat

Menjadikan suatu komunikasi itu lebih berkesan.

Dapat memahami beberapa gejala yang wujud dalam masyarakat kita, gejala-gejala seperti buta huruf, penggunaan bahasa yang berbeza-beza seperti dialek-dialek dan bahasa baku dan seterusnya membantu seseorang guru itu mengendalikan pengajaran dengan lebih berkesan.

Sebagai persediaan kepada masyarakat untuk menerima sebarang perubahan dalam sistem bahasa.

Mudah menyampaikan maksud dan tujuan masing-masing.

Dapat menggunakan variasi atau laras bahasa mengikut situasi atau keadaan.

Dapat memahami perbezaan bahasa yang wujud.

Sebagai alat perhubungan pertuturan di dalam ahli masyarakat.

Page 2: Nota Sosiologi Dah Siap

Soalan: Secara individu buat rujukan tentang konsep sosiolinguistik untuk dibincangkan dalam kelas. Buat cacatan mengenainya.

Definisi:

Bidang yang memperkatakan aspek-aspek perhubungan antara bahasa dengan masyarakat.(Hudson,1980)

Boleh diungkap sebagai “bahasa dalam masyarakat” yang meliputi semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat.

Pembahasan dari bahasa sehubungan dengan penutur bahasa itu sebagai anggota masyarakat.(Nababan,1986)

Mempelajari atau membahaskan aspek-aspek kemasyarakatan bahasa,khususnya perbezaan-perbezaan(variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan fakta-fakta kemasyarakatan.

Page 3: Nota Sosiologi Dah Siap

Apa itu bahasa?

Bahasa didefinisikan sebagai’cara yang digunakan oleh manusia untuk menyampaikan buah fikiran, perasaan dan hasrat melalui lambang-lambang yang dihasilkan secara sukarela. (Sapir,1921)

Boleh didefinisikan sebagai‘satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan untuk berhubung.’(Bloch dan Trager,1942)

Bahasa ialah sistem yang abstrak,yang disampaikan melalui penghasilan bunyi-bunyi bahasa iaitu pertuturan.

Fungsi bahasa

Berfungsi sebagai alat yang menyatakan wujud perhubungan antara kedua pihak dan penggunaannya telah memperbaharui serta menguatkan lagi perhubungan yang sedia ada ini.

Bertindak sebagai unsur yang dapat digunakan sebagai asas menentukan kedudukan seseorang dalam masyarakat.

Sebagai alat yang menjaminkan pengekalan hubungan yang sedia terjalin di antara ahli-ahli masyarakat.

Berfungsi sebagai alat perhubungan, contohnya ahli-ahli dalam sesuatu masyarakat dapat menyampaikan maksud dan tujuan masing-masing memberi arahan dan nasihat dan sebagainya.

Boleh disusun untuk menyampaikan fikiran dan perasaan yang lebih halus dan lebih seni.

Maksud dialek

Variasi dari satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam sesebuah masyarakat atau komuniti bahasa.

Dialek ditentukan oleh faktor geografi dan sosial.Faktor geografi: Tiada perhubungan yang baik untuk menghubungkan masyarakat yang sebelum ini menuturkan bahasa yang sama.Faktor sosial: Dilihat dari segi pergaulan dengan masyarakat lain, pekerjaan, pendidikan, pendapatan dan sebagainya.

Page 4: Nota Sosiologi Dah Siap

Dialek bagi sesuatu bahasa boleh dibahagikan kepada dua iaitu dialek daerah dan dialek sosial.

Dialek berbeza dari segi:

Sebutan.Contohnya perkataan “air” disebut sebagai aio, ayo dan ayak.

Gaya lagu bahasa. Contohnya orang Kedah biasanya bertutur lebih cepat berbanding orang Negeri Sembilan.

Tatabahasa. Contohnya penggunaan imbuhan per- dan –kan.perbesar (dialek Kedah)besarkan (dialek Johor)

Kosa kata. Contohnya bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)

Kata ganti diri. Contohnya ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)hang (dialek utara bermaksud kamu)

Maksud idiolek

Jenis bahasa yang digunakan oleh seseorang.

Bahasa baku/standard

Bahasa baku ialah ‘bentuk bahasa yang sudah diberi pengekodan , diterima, dan bertugas sebagai model kepada komuniti bahasa yang lebih besar’. (Garvin dan Mathiot,1968)

Bahasa yang ada peraturan-peraturannya dan menjalankan tugas sebagai mewakili diale-dialek lain dalam bahasa yang sama.

Variasi pertuturan (dialek) yang memperlihatkan kesamaan atau keseragaman dari segi bentuk dan fungsi. (Haugan,1972)

Bahasa yang bentuknya telah diseragamkan, diterima oleh seluruh penutur sesuatu bahasa itu sebagai model, rujukan atau ukuran.

Merupakan bahasa yang telah mengalami proses kecendekiaan kerana tanpa pencapaian taraf ini bahasa baku tidak dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan.

Page 5: Nota Sosiologi Dah Siap

Fungsi:

digunakan sebagai bahasa pentadbiran, bahasa situasi-situasi formal, bahasa ilmu danbahasa kesusteraan.

digunakan dalam hubungan-hubungan rasmi dan juga tidak rasmi.

digunakan oleh alat perhubungan seperti radio dan televisyen.

dijadikan bahasa pengantar pelajaran.

menjadi lambang penyatuan bagi penduduk-penduduk di dalam sesebuah negara.

berfungsi sebagai lambang penyatuan maka secara automatik ia berfungsi sebagai lambang pemisahan atau pengasingan.

Bahasa Pijin/bahasa pasar

bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu.

Pelat penyebutan perkataan banyak dipengaruhi pelat bahasa ibunda penutur.

Tidak mempunyai penutur yang menggunakannya sebagai bahasa ibunda.

Menggunakan ‘gua’ sebagai ganti nama diri orang pertama dan ‘lu’ sebagai kata ganti nama diri orang kedua.

Menggunakan perkataan ‘banyak’ sebagai kata penguat. Contoh: banyak cantik.

Kerap menggunakan perkataan ‘punya’.Contoh: dia punya abang, bodoh punya budak.

Ditutur dalam situasi berikut:

Orang bukan Melayu yang tidak fasih berbahasa Melayu menuturkan bahasa Melayu.

Orang Melayu bertutur dengan orang bukan Melayu. Orang bukan Melayu yang berlainan bangsa dan bahasa

menuturkan bahasa Melayu.

Page 6: Nota Sosiologi Dah Siap

Bahasa Kolokial/bahasa basahan

Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.

Juga disebut sebagai bahasa cakap mulut oleh Za’ba.

Tidak mementingkan unsur-unsur tatabahasa kerana kebanyakan penutur mementingkan kefahaman pendengar.

Dipengaruhi oleh bahasa-bahasa daerah atau loghat.

Imbuhan jarang digunakan dan setengah-setengah perbendaharaan katanya tidak sesuai digunakan dalam hubungan yang formal. Contohnya:

“kasi” (untuk “beri”) “duit” (untuk”wang”) “budak-budak” (untuk “kanak-kanak”)

Bahasa Slanga

Juga disebut sebagai bahasa kutu dan bahasa rocker.

Tergolong dalam bahasa tidak rasmi, tidak baku, dan bersifat musiman.

Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.

Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, makwe, cun, mengancam, cinabenglu, boring dan main

Contoh bahasa slanga: Tangkap relaks brader. Gua tak main cintan sama lu punya awek.

Bahasa Kreol

Bahasa yang bukan berasal daripada bahasa tempatan sesebuah Negara tetapi datang dari luar.

Ia telah lama digunakan dan menerima unsur-unsur bahasa tempatan.

Menjadi bahasa natif atau bahasa ibunda bagi kelompok penutur dalam masyarakat berkenaan.

Contoh bahasa kreol di Malaysia ialah bahasa Portugis di Melaka.

Page 7: Nota Sosiologi Dah Siap

Laras bahasa

Definisi:

Gaya atau penggunaan sesuatu bahasa.

Sejenis ‘language patterning regularly used in a certain kind of situation. (pola-pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam keadaan-keadaan tertentu)-(Ure dan Ellis,1977)

Variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsi.’Laras bahasa berubah mengikut situasi.’ (Halliday,1968)

Melibatkan kata, frasa, dan susunan ayat (unsur bahasa, bukan makna).

Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peseta dan tujuan.

Laras dibezakan dari segi tatabahasa.Contoh: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat biasa dan ayat songsang dan

panjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza.

Ciri-ciri laras bahasa

Laras bahasa biasa (formal dan tidak formal)

Tidak melibatkan bidang tertentu (media massa am)

Kosa kata dan tatabahasa yang mudah difahami.

Struktur ayat mudah. Contohnya: Dilarang berludah.

Gaya ayat sederhana , ringkas dan padat.

Laras bahasa terbahagi kepada formal dan tidak formal.

a) formal/rasmi: digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.

b) tak formal : berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, prediket, atau objek. Contoh: Sayur sini tanam, sini jual, apasal mahal?

Page 8: Nota Sosiologi Dah Siap

Laras bahasa perniagaan/iklan

Merupakan bahasa pengaruhan dan bertujuan untuk membentuk tanggapan pengguna supaya mengubah sikap dan melakukan tindakan.

Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya (terdapat frafik,ilustrasi, gambar, kreatif)

Dihasilkan dalam beberapa cara iaitu:

a) Slogan: Mutu, Gaya dan Keunggulan.b) Kaedah penyataan: Kereta untuk dijual.c) Perkaitan konsep: Erra Fazira dan Lux.d) Perisytiharan: Memperkenalkan Perodua Kelisa.e) Kaedah umpan: Tawaran percuma.f) Mesra: Bank Hong Kong, bank anda.g) Bandingan: FAB lebih bersih dan harum.h) Gesaan: Cepat jangan ketinggalani) Pertanyaan: Sakit kepala? Makanlah Panadol

Laras bahasa akademik (saintifik dan teknikal)

Penggunaan bahasa dalam bidang akademik (ilmiah) seperti sains, matematik dan teknologi maklumat.

Ciri-ciri laras bahasa akademik:

a) kematangan dan keintelektualan (contoh ayat tiada perlambangan dan bunga-bunga bahasa)

b) susah difahami oleh orang biasa.(gambar rajah, jadual, graf, formula, simbol)

c) banyak kata nama dan kata sifat daripada kata sifat.d) Bersifat formal dan objektif.e) Menggunakan istilah-istilah: pengoksidaan,

pendebungaan,keaktifan.

Laras bahasa undang-undang

Tiada gambar atau graf; terdapat prinsip undang-undang dan frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam bidang teknikal lain. Mementingkan keringkasan, ketepatan, kepersisan, keobjektifan dan kejelasan.

Page 9: Nota Sosiologi Dah Siap

Istilah: defenden, obiter dictum dan sebagainya.

Laras bahasa media massa

Digunakan dalam penulisan berita, rencana atau esei tentang isu semasa.

Ciri-ciri:

a) ringkas, isi berita maksimum.b) Gaya dan nahu tidak penting.c) Ketepatan, kejituan dan keringkasan.d) Mudah difahami.e) Tiada bahasa berlapis-lapis, berbelit-belit dan berbunga-

bunga.f) Piramid terbalik iaitu yang penting didahulukan.

Laras bahasa sastera (kreatif)

Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.

Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, dramatik dan puitis.

Ciri-ciri bahasa sastera:

a) kreatif dan imaginatif: mesej agak kabur.b) Mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata.c) Puitis dan hidup: monolog, dialog, bunga-bunga bahasa

dan sebagainya.d) Menggunakan bahasa tersirat: perlambangan, kiasan,

perbandingan, peribahasa, metafora dan sebagainya.e) Terdapat pengimbangan tatabahasa atau manipulasi

bahasa.

Page 10: Nota Sosiologi Dah Siap

Sosiolinguistik dan sosiologi bahasa

PERBEZAAN Dari segi penekanan

Sosiolinguistik lebih menekankan kepada bidang kajian tentang bahasa yang berkaitan dengan masyarakat

sosiologi bahasa lebih menekankan kepada bidang kajian tentang masyarakat yang berkaitan tentang bahasa

sosiologi bahasa didefinisikan sebagai kajian tentang masyarakat dalam kaitannya dengan bahasa

RUMUSAN

Sosiolinguistik dan sosiologi bahasa adalah 2 bidang ilmu yang berlainan tetapi mempunyai bidang kajian yang hampir sama dan banyak yang bertindan .Perbezaannya hanyalah dari segi penekanan. Walaubagaimanapun bidang-bidang yang dikaji dalam sosiolinguistik dan sosiologi bahasa adalah sama seperti varieti-varieti bahasa, bahasa, kebudayaan dan pemikiran, bahasa sebagai interaksi sosial ,kajian kuantitaf terhadap bahasa ketidaksamaan bahasa dan masyarakat ,perubahan bahasa dan masyarakat,bilinguisme dan multilinguisme dasar bahasa dan sebagainya,

Page 11: Nota Sosiologi Dah Siap

Bahasa lisan dan bahasa tulisan.

Bebas dan terkawalBahasa lisan adalah sesuatu yang agak bebas tetapi bahasa tulisan pula

terkawal dan dapat disunting.

Mesra dan rasmiBahasa lisan mudah memperlihatkan tanda-tanda mesra manakala bahasa

tulisan selalunya bersifat rasmi. Di dalam bahasa lisan, unsur-unsur rasmi akan timbul di dalam konteks yang betul-betul rasmi dan tidak membenarkan sebarang kemesraan berlaku. Di dalam bahasa tulisan, kerasmian mudah berlaku dan penulis lebih mudah menggunakan bahasa rasmi dalam kebanyakan tulisan walaupun tidak dalam semua konteks.

Tatabahasa sempurnaBahasa tulisan biasanya menuntut taraf pemakaian bahasa yang betul atau

tatabahasa sempurna manakala bahasa lisan tidak mementingkan aspek tatabahasa.

Bahasa tulisan.

Tulisan umumDigunakan dalam akhbar, majalah, surat-surat perniagaan dsb. Tulisan

seperti ini hanya mengandungi maklumat penting untuk perhubungan.

Tulisan rapiBiasanya terancang, tersusun dan disunting dengan cermat. Digunakan

dalam penulisan bahan ilmiah dan merupakan penulisan yang dimantapkan atau dicetak untuk disimpan lama.

Bahasa lisan.

Bahasa subbakuTurutan umum yang tidak terkawal dan mengandungi unsur-unsur tempatan

atau individu. Merupakan bahasa kaum tidak terpelajar dan bahasa bagi kelas bawahan.

Pertuturan umumPertuturan atau perbualan untuk kaum terpelajar. Biasanya bahasa ini

banyak mengandungi bahasa basahan.

Pertuturan rapi

Page 12: Nota Sosiologi Dah Siap

Ujaran bentuk lisan yang diungkap di dalam konteks yang rasmi dengan menggunakan bahasa terkawal dan terpilihiaitu amat perlu menyesuaikan bentuk-bentuk pertuturan yang digunakan dengan keadaan yang rasmi sahaja. Ragam bahasa yang digunakan adalah rasmi dan serius.

Bahasa bukan lisan (Bahasa Isyarat)

Bahasa isyarat ialah bahasa yang digunakan oleh orang Pekak untuk berkomunikasi secara visual antara satu sama lain.

Dalam sistem bahasa isyarat, orang Pekak menggunakan pergerakan tangan, badan dan muka untuk menyampaikan sesuatu maksud, pandangan, idea dan sebagainya manakala orang Pekak pun menggunakan deria penglihatan untuk menerima dan memahami maksud isyarat tersebut

Bahasa isyarat mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dari segi bahasa, budaya, agama dan geografi. Seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, komuniti orang Pekak di setiap negara di seluruh dunia mempunyai bahasa isyarat yang berbeza. Misalnya Bahasa Isyarat Amerika (American Sign Language) dan Bahasa Isyarat Jepun banyak mempunyai perbezaan.

Di Malaysia, komuniti orang Pekak menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) sebagai bahasa ibunda. BIM merupakan bahasa isyarat 'natural' yang dibentuk oleh orang Pekak sendiri atas faktor-faktor seperti komunikasi orang Pekak harian dan budaya orang Pekak.

Sejak pengasasan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan Pulau Pinang, BIM digunakan sebagai bahasa komunikasi secara meluasnya oleh komuniti orang Pekak di negara ini. BIM melambangkan identiti dan budaya yang sebenar bagi orang Pekak Malaysia.