nota sivik t1

10
TEMA 1 : PENCAPAIAN KENDIRI OBJEKTIF PEMBELAJARAN Mengenalpasti potensi diri yang ada pada diri. Menyatakan cara-cara untuk memanfatkan potensi diri. Menyatakan nilai yang perlu ada untuk menjamin kejayaan dalam sesuatu kerjaya yang diceburi PILIHAN KERJAYA Kerjaya yang dipilih oleh seseorang individu perlulah bersesuaian dengan: Kelayakan akademik- Kebolehan atau kecekapan dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan yang diperoleh secara formal di mana-mana institusi pendidikan. Contoh: PMR,SPM,STPM,diploma,ijazah dan lain-lain. Kelayakan ikhtisas- Kebolehan, kepandaian, kemahiran atau kecekapan khusus dalam sesuatu bidang. Contohnya seorang guru perlu memiliki Diploma Perguruan bagi memenuhi kerjayanya. Kemahiran- Bergantung kepada jenis tugas dan kerjaya yang dilakukan. Cara-cara untuk Mengetahui Peluang Kerjaya Internet. Iklan di surat khabar. Internet. Bimbingan dan nasihat daripada kaunselor. Program karnival atau Minggu Kerjaya. Faktor yang Mempengaruhi Pilihan Kerjaya Seseorang Kelayakan akademik. Minat dan potensi Pengalaman/kemahiran. Pengaruh persekitaran. Faedah sampingan. Taraf hidup. Perkara yang Perlu Diambil Perhatian Sebelum Membuat Pilihan Kerjaya Mendapat pendedahan awal di peringkat sekolah mengenai alam pekerjaan. Memperoleh maklumat secukupnya agar dapat membuat keputusan berkaitan kursus yang hendak diambil. Mendapatkan bimbingan daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Menyertai program-program kerjaya yang dianjurkan. Memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik dan bergiat dalam aktiviti kokurikulum. Mempunyai potensi diri atau keupayaan dalaman terhadap bidang yang diceburi. 1

Upload: jesmani

Post on 19-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

NOTA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA SIVIK T1

TEMA 1 : PENCAPAIAN KENDIRI

OBJEKTIF PEMBELAJARAN Mengenalpasti potensi diri yang ada pada diri. Menyatakan cara-cara untuk memanfatkan potensi diri. Menyatakan nilai yang perlu ada untuk menjamin kejayaan dalam sesuatu kerjaya

yang diceburi

PILIHAN KERJAYAKerjaya yang dipilih oleh seseorang individu perlulah bersesuaian dengan:

Kelayakan akademik- Kebolehan atau kecekapan dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan yang diperoleh secara formal di mana-mana institusi pendidikan.

Contoh: PMR,SPM,STPM,diploma,ijazah dan lain-lain. Kelayakan ikhtisas- Kebolehan, kepandaian, kemahiran atau kecekapan khusus dalam

sesuatu bidang.  Contohnya seorang guru perlu memiliki Diploma Perguruan bagi memenuhi kerjayanya.

Kemahiran- Bergantung kepada jenis tugas dan kerjaya yang dilakukan.

Cara-cara untuk Mengetahui Peluang Kerjaya Internet. Iklan di surat khabar. Internet. Bimbingan dan nasihat daripada kaunselor. Program karnival atau Minggu Kerjaya.

Faktor yang Mempengaruhi Pilihan Kerjaya Seseorang Kelayakan akademik. Minat dan potensi Pengalaman/kemahiran. Pengaruh persekitaran. Faedah sampingan. Taraf hidup.

Perkara yang Perlu Diambil Perhatian Sebelum Membuat Pilihan Kerjaya Mendapat pendedahan awal di peringkat sekolah mengenai alam pekerjaan. Memperoleh maklumat secukupnya agar dapat membuat keputusan berkaitan kursus

yang hendak diambil. Mendapatkan bimbingan daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Menyertai program-program kerjaya yang dianjurkan. Memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik dan bergiat dalam aktiviti

kokurikulum. Mempunyai potensi diri atau keupayaan dalaman terhadap bidang yang diceburi.

  KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN ADIL Setiap pelajar  pasti berhadapan dengan situasi yang memerlukan dia membuat

keputusan yang bijak, terutamanya semasa memilih jurusan.

1

Page 2: NOTA SIVIK T1

Perbincangan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga perlu dilakukan bagi membantu pelajar memilih jurusan yang sesuai dengan minat kerjaya.

Keputusan yang dibuat perlu berasaskan sumber pengetahuan yang boleh dipercayai. Sikap tegas, yakin, berani dan tidak beremosi perlu diamalkan semasa membuat

keputusan.

PILIHAN JURUSANSAINS

Enam mata pelajaran teras. Mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, dan English for Science and

Technology (EST).

TEKNIKAL Enam mata pelajaran teras. Mata pelajaran Fizik, Kimia, Kejuruteraan Awam, Matematik Tambahan, EST.

SASTERA Enam mata pelajaran teras. Mata pelajaran Ekonomi Asas atau Perdagangan atau Kesusasteraan Melayu, Sains dan

Pendidikan Seni Visual.

AGAMA Enam mata pelajaran teras. Mata pelajaran Bahasa Arab, Usuludin, dan Syariah.

KESAN KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN ADIL Memperoleh pelbagai alternatif untuk menyelesaikan masalah. Mengelakkan timbul konflik dalam diri dan orang lain. Menyelesaikan masalah dengan cepat dan mudah. Meringankan beban masalah.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN. Mendapatkan khidmat nasihat daripada guru kaunseling. Mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Mengenal pasti alternatif yang boleh digunakan. Mengenal pasti kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain.

2

Page 3: NOTA SIVIK T1

TEMA 2 : HUBUNGAN KEKELUARGAANOBJEKTIF PEMBELAJARAN

Menyatakan tanggungjawab terhadap keluarga. Mencadangkan cara-cara untuk menjalinkan hubungan kekeluargaan yang erat. Mengamalkan sikap bertaggungjawab sebagai anggota keluarga.

TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP KELUARGA Patuh dan taat terhadap ibu bapa. Hormat kepada ibu bapa dan mendoakan kesejahteraan mereka. Meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik. Menjaga maruah diri dan keluarga. Saling membantu dalam keluarga.

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP KELUARGA Mencari nafkah untuk keluarga. Memberi perlindungan dan menjaga keselamatan ahli keluarga. Memberikan pendidikan dan didikan agama secukupnya. Memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak.

AMALAN KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA Memberikan tunjuk ajar dan nasihat yang berguna. Menjadikan diri contoh yang baik kepada anggota keluarga. Saling menyayangi antara anggota keluarga. Peka terhadap perasaan setiap anggota keluarga. Menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab.

CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN DAN MELINDUNGI KELUARGA Memaklumkan kepada setiap ahli keluarga setiap kali keluar dari rumah. Tidak berjalan di kawasan yang sunyi seorang diri. Tidak mudah mempercayai orang yang tidak dikenali. Tidak membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah.

KEPERLUAN AHLI KELUARGAKEPERLUAN FIZIKAL

· Tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman, wang perbelanjaan, hiburan dan perubatan.

KEPERLUAN MENTAL · Ilmu pengetahuan, pendidikan moral, nasihat, dan panduan berhubung sesuatu

perkara.KEPERLUAN EMOSI

· Penghargaan berbentuk kata-kata pujian, penghormatan dan kata-kata perangsang.KEPERLUAN ROHANI

· Didikan agama dan nilai-nilai murni.

3

Page 4: NOTA SIVIK T1

TEMA 3 : HIDUP BERMASYARAKATOBJEKTIF PEMBELAJARAN :

Menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Menyenaraikan peranan  dan tanggungjawab agensi yang berkaitan dengan

penjagaan alam sekitar. Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR · Pemeliharaan alam sekitar: Mengekalkan alam sekitar dalam keadaan asalnya. · Pemuliharaan alam sekitar: Usaha atau proses mengembalikan keadaan asal alam

sekitar yang mengalami perubahan akibat tindakan manusia.

LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR Mengitar semula, Menguatkuasakan undang-undang, menggunakan kaedah biologi

dalam pertanian, menanam tanaman tutup bumi, penghutanan semula, mengurus sampah sarap secara sistematik, mewartakan hutan simpan dan taman negara.

ANTARA AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia. (FRIM) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) Alam Flora Sdn. Bhd.

 JABATAN ALAM SEKITAR PERANAN

Menerima aduan dan mengambil tindakan terhadap isu-isu alam sekitar. Membincangkan dan menentukan resolusi yang berkaitan dengan alam sekitar di dalam

dan luar negara. TANGGUNGJAWAB

Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran. Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif

1984. AKTIVITI MANUSIA YANG MENJEJASKAN ALAM SEKITARPENEROKAAN HUTAN

Tujuan pembalakan, pembinaan jalan raya, pertempatan , aktiviti pertanian pindah. AKTIVITI PERINDUSTRIAN

Penebangan pokok, asap daripada kilang dan kenderaan, perataan lereng bukit.

KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH ALAM SEKITAR

PENCEMARAN UDARAPUNCA: Asap kenderaan, pembakaran terbuka, proses industri kilang.KESAN: Kesihatan terjejas, menyebabkan kemalangan, pertanian tidak produktif.

PENCEMARAN AIRPUNCA: Bahan kumuhan kilang, tumpahan minyak, aktiviti pertanianKESAN: Hidupan akuatik mati, kesihatan terjejas, kekurangan bekalan air bersih.

PENCEMARAN DARATPUNCA: Pembuangan sisa toksik, Penggunaan racun serangga, Pembuangan sampah sarap.KESAN: Ketidaksuburan tanah, mengeluarkan bau busuk, membahayakan nyawa.

4

Page 5: NOTA SIVIK T1

PENCEMARAN BUNYIPUNCA: Kenderaan dan jentera berat, kegiatan perlombongan/kauri, kawasan perindustrian.KESAN: Menjejaskan produktiviti, menyebabkan pekak, gangguan psikologi.

CONTOH-CONTOH BENCANA ALAM Banjir, Tanah runtuh, Gempa bumi, Ribut, Tsunami, Kemarau.

KESAN-KESAN BENCANA ALAM Ancaman penyakit berbahaya, kehilangan nyawa dan haiwan ternakan, tanaman

musnah, mengubah landskap dan bentuk muka bumi, kemusnahan harta benda.

5

Page 6: NOTA SIVIK T1

TEMA 4 : WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIAOBJEKTIF PEMBELAJARAN

Menyatakan cara-cara amalan adat resam dalam kehidupan harian. Menyenaraikan adat resam pelbagai kaum. Melahirkan perasaan bangga akan keunikan dan kekayaan warisan budaya

Malaysia.

ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM1. KAUM CINA: Kenduri menyambut bayi, upacara minum teh, menyolek mayat, pemberian

angpau.2. KAUM Melayu: Cukur jambul bayi berumur tujuh hari, bersanding, kenduri arwah,

memakai inai untuk pengantin.3. KAUM INDIA: Lidah bayi disapu madu.,Memakai thali., Pemberian dawri oleh pengantin

perempuan kepada pengantin lelaki., Membakar mayat.4. KAUM IBAN: Ulat panggilan untuk bayi, upacara minum teh, cucu si mati melangkah

mayat, melukis tatu.5. KAUM KADAZAN: Mengikat daun wongkong di pintu, membayar sugit, adat bertangis

untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pengantin, adat moginupus.

PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM Pantang larang merupakan suatu bentuk peraturan yang diwarisi sejak turun-temurun. Masyarakat zaman dahulu mengamalkan pantang larang untuk mengelakkan malapetaka

berlaku. Pantang larang sebenarnya merupakan suatu kaedah untuk menyampaikan nasihat dan

pengajaran.

KAUM MELAYU Jangan duduk di atas bantal, nanti ditumbuhi bisul. Orang perempuan tidak boleh menyanyi di dapur.

KAUM CINA Jangan menyapu sampah pada Tahun Baru Cina, takut hilang tuah. Pisau tidak boleh diberikan sebagai hadiah.

KAUM INDIA Jangan makan sambil berjalan, nanti terkena penyakit di dalam perut. Ibu hendaklah memeluk bayinya semasa hujan lebat.

KAUM IBAN Jangan mengetuk telur dengan pisau, nanti bayi cacat penglihatan. Wanita mengandung tidak boleh menanam pokok pisang.

KADAZAN Jangan berpayung di dalam rumah, nanti disambar petir. Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah.

6

Page 7: NOTA SIVIK T1

TEMA 5 : MALAYSIA NEGARA BERDAULATOBJEKTIF PEMBELAJARAN

Menyatakan peranan dan tugas badan eksekutif dan kehakiman. Membina struktur atau carta organisasi jentera pentadbiran negara. Membantu pihak kerajaan dengan menyokong program yang dijalankan.

JENTERA PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

YANG DIPERTUAN AGONG – MAJLIS RAJA-RAJAKETUA AUDIT NEGARA/ SURUHANJAYA

BADAN PERUNDANGAN– Parlimen ( Dewan Negara dan Dewan Rakyat)BADAN EKSEKUTIF– Kabinet- Kementerian ( Jabatan/ Perbadanan Awam), Badan Berkanun, Badan Bukan Berkanun.BADAN KEHAKIMAN– Mahkamah Persekutuan/ Mahkamah Rayuan (Mahkamah Tinggi Malaya ( Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen), Mahkamah Tinggi Borneo

PERUNDANGAN (Legislatif) Menggubal undang-undang, meluluskan rang undang-undang, membahaskan rang

undang-undang. PELAKSANA (Eksekutif)

Melaksanakan dasar-dasar kerajaan, mentadbir dan memberi arahan, menerima dan melaksanakan arahan.

KEHAKIMAN (Judisiari) Melaksanakan undang-undang, mentafsir undang-undang, menyelesaikan perbicaraan

awam.

SURUHANJAYA DIRAJA Ditubuhkan untuk mengkaji, menyiasat atau menerima cadangan daripada suruhanjaya

tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kepentingan awam. Antara isu yang diberi perhatian ialah persepsi awan terhadap agensi atau jabatan

kerajaan yang disiasat untuk meningkatkan ketelusan dan membuat penambahbaikan. Suruhan jaya Diraja cuba menghapuskan tanggapan negatif dengan membuat cadangan

untuk menjadikan jabatan dan agensi menjadi lebih cekap dan bertanggungjawab. Ahli-ahli suruhanjaya Diraja dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan terdiri daripada

pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu seperti kehakiman, politik, sosial dan akademik.

Keputusan atau syor-syor yang dicadangkan diperoleh melalui penyiasatan secara terbuka.

KENALI KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA Terdapat 28 buah kementerian di Malaysia. Setiap kementerian dikawal oleh seorang menteri dan dibantu oleh seorang timbalan

menteri. Agensi atau jabatan yang ditubuhkan dalam sesebuah kementerian menjalankan fungsi-

fungsi tertentu.

ANTARA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIAKementerian Keselamatan Dalam Negeri

Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia.

Kementerian Kewangan Perbendaharaan Malaysia, Jabatan Akautan Negara, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja,

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Negara.

7

Page 8: NOTA SIVIK T1

Kementerian Pertahanan Angkatan Tentera Diraja Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Veteran, Jabatan Latihan Khidmat

Negara, Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara diRaja Malaysia.

 Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Jabatan Bekalan Air, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.

Kementerian Kerja Raya Jabatan Kerja Raya

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia, Jabatan Pertanian

Malaysia.Kementerian Luar Negeri

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri.Kementerian Belia dan Sukan

Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Majlis Sukan Negara, Perbadanan Stadium Merdeka.

Kementerian Pengajian Tinggi Jabatan Pengurusan IPT, Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Lembaga

Akreditasi Negara, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Yayasan Tuanku Abdul Rahman.

Kementerian Kesenian, Kebudayaan  dan Warisan Istana Budaya, Jabatan Arkib Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Warisan Negara,

Perpustakaan Negara Malaysia.Kementerian Kesihatan

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Hospital Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara, Institut Kesihatan Umum, Institut Penyelidikan Perubatan, Jabatan Kesihatan Awam, Pusat Penyelidikan Klinikal.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Jemaah Pemasaran Lada Hitam Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Koko

Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.Kementerian Pelancongan

Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia.Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Institut Sosial Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Agensi Angkasa Negara, Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia, Jabatan Kimia, Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia, Jabatan Standard Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.

8

Page 9: NOTA SIVIK T1

TEMA 6 : CABARAN MASA DEPANOBJEKTIF PEMBELAJARAN

Menyatakan maksud dan ciri-ciri keamanan dalam sesebuah negara. Menyenaraikan kepentingan keamanan negara dan sejagat. Menyatakan cara-cara memupuk keamanan dalam kalangan masyarakat pelbagai

kaum.

MENGEKALKAN KEAMANAN NEGARA DAN SEJAGATANCAMAN DALAMAN

Penyeludupan dan penyalahgunaan dadah. Kumpulan militant atau puak ekstremis. Kegiatan jenayah. Kebanjiran pendatang asing. Kegiatan rasuah. Pemalsuan dokumen. Penyalahgunaan teknologi.

ANCAMAN LUARAN Kegiatan lanun di perairan negara. Kekacauan politik. Pengaruh budaya barat. Masalah alam sekitar. Serangan mata wang. Serangan penyakit-penyakit kritikal. Jenayah siber atau bahan-bahan porno.

KESAN-KESAN ANCAMAN DALAMAN Penyebaran pelbagai penyakit berbahaya. Merosakkan masa depan generasi muda. Meningkatkan kadar jenayah. Menggugat keselamatan negara. Menjejaskan ekonomi negara.

KESAN-KESAN ANCAMAN LUARAN Kejatuhan nilai ringgit dan menyebabkan ekonomi terjejas. Merosakkan akhlak dan moral remaja. Menyebabkan peningkatan suhu bumi. Mengancam nyawa manusia. Mendedahkan remaja dengan jenayah siber dan bahan-bahan porno.

SUMBANGAN MALAYSIA KEPADA KEAMANAN DUNIAPERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

Mengecam keganasan. Menyokong usaha-usaha mengekalkan keamanan. Mengambil pendekatan berkecuali ketika berlaku konflik.

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC) Menyeru ke arah keamanan. Menerajui negara-negara Islam seluruh dunia. Memberi sumbangan dalam pembangunan negara-negara anggota.

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU ( PBB) Bantuan kemanusiaan kepada mangsa perang. Mengecam keganasan yang berlaku di seluruh dunia. Menghantar pasukan pengaman ke negara-negara yang bergolak.

9

Page 10: NOTA SIVIK T1

MEMASTIKAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (IHL) DIPRAKTIKKAN Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa diperkenalkan dalam Konvensyen Geneva

1949. Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dilaksanakan bertujuan untuk melindungi

orang awam seperti wanita, kanak-kanak, orang tua, pelarian, tawanan perang, hal-hal berkaitan agama.

Penjenayah perang akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.PERATURAN-PERATURAN ASAS DALAM IHL

Melindungi orang yang cedera dan tidak terlibat dalam peperangan dengan penuh rasa kemanusiaan.

Tidak boleh membunuh atau mencederakan orang yang menyerah diri dan tidak berupaya.

Melindungi kakitangan perubatan, pertubuhan, pengangkutan, dan peralatan perubatan. Melindungi dan menghormati tentera dan orang awam yang ditawan. Tidak boleh melakukan penderaan fizikal dan mental terhadap tawanan. Dilarang menggunakan senjata nuklear, kimia dan biologi. Tidak boleh menyerang orang awam; harus bezakan antara orang awam dengan tentera.

PERTUBUHAN YANG MEMBERIKAN BANTUAN KEMANUSIAAN Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) MERCY Malaysia. Yayasan Salam Malaysia (SALAM) Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)

PENCABULAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA Membunuh orang awam semasa peperangan. Mendera dan memalukan tawanan perang yang menyerah diri. Menghalang mangsa yang cedera mendapatkan tawanan. Memusnahkan harta benda orang awam semasa peperangan. Tawanan disabitkan kesalahan tanpa mendapat hak perundangan. Membunuh musuh yang telah menyerah diri.

10