nota sains tingkaran 3 bab 1
DESCRIPTION
Nota Sains Tingkatan 3TRANSCRIPT
BAB 1.3 Kepentingan sistem respirasi yang sihat
Obejektif Pembelajaran• Menyenaraikan bahan-bahan merbahaya kepada sistem
respirasi• Menerangkan kesan bahan cemar kepada sistem respirasi.• Menyenaraikan penyakit-penyakit yang memberi kesan
terhadap sistem respirasi.• Mengamalkan tabiat baik untuk meningkatkan kualiti
udara
.
Bahan berbahaya kepada sistem respirasi
• Sistem repirasi untuk kehidupan kita.• Untuk pastikan sistem respirasi yang
sihat kita perlu pastikan udara yang kita sedut bebas dari bahan-bahan berbahaya.
• Contoh bahan-bahan berbahaya kepada sistem respirasi ialah nikotin, tar, sulfur dioksida, ckarbon monoksida dan jerubu
.
Kesan bahan cemar terhadap sistem respirasi
Karbon monoksida.• Terdapat dalam asap kenderaan• Apabila karbon monoksida memasuki badan
kita, ia akan bergabung dengan haemoglobin (kadarnya lebih 200 kali lebih cepat berbanding oksigen).
• Keadaan ini menyebabkan kurang darah merah dapat membawa oksigen dari peparu ke bahagian badan. Dan mengurangkan bekalan oksigen ke badan kita.
.
Kesan bahan cemar terhadap sistem respirasi Nikotin dan Tar• Terdapat dalam asap rokok.• Merupakan dadah yang beracun yang boleh
menyebabkan ketagihan rokok.• Tar akan melekat pada bahagian dalam peparu
meyebabkan dinding alveolus menjadi tebal.• Keupayaan gas oksigen untuk meresap merentasi
dinding alveolus ke kapilari darah disekelilingnya akan berkurangan
• Tar juga adalah bahan karsinogen yang boleh menyebabkan kanser.
• Keadaan ini menyebabkan perokok mengalami kegagagalan sistem respirasi yang boleh membawa maut.
Lihat foto 1.1 dan 1.2, perbandingan peparu perokok dan bukan perokok
.
Kesan bahan cemar terhadap sistem respirasi
Sulfur dioksida.• Terhasil semasa pembakaran bahan api fossil.• Boleh meyebabkan kerengsaan/keceredaan
pada laluan udara pada sistem respirasi.
Jerubu.• Terbentuk dari zarah-zarah asap yang
mencemari udara.• Jerubu merengsa laluan udara dalam sistem
respirasi dan merosakkan peparu
.
Penyakit yang memberi kesan terhadap sistem respirasi
Bronchitis.• Keradangan pada bronkus, disebabkan oleh
virus atau bakteria yang memasuki sistem pernafasan
• Pesakkit akan mengalami batuk, penghasilan kahak juga meyebabkan peyempitan bronchus.
Lelah (asma).• Peyempitan bronkus dan mengakibatkan
pesakit sukar bernafas
.
Penyakit yang memberi kesan terhadap sistem respirasi
Emphysema.• Alveolus pada peparu mengembang dan rosak.• Mengurangkan luas permukaan tempat
pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida• Pesakit sukar bernafas dan perlu bergabtung
kepada bekalan oksigen.Pneumonia.• Keradangan pada peparu yang disebabkan oleh
bakteria.• Alveolus dipenuhi radang dan manjadi keras.
.
Penyakit yang memberi kesan terhadap sistem respirasi
Influenza.• Jangkitan virus pada sistem respirasi.• Virus dipindahkan semasa batuk dan bersin.Tuberculosis• Jangkitan penyakit yang disebabkan oleh
bakteria bacillusKanser peparu• Kanser pada peparu yang disebabkan oleh
bahan-bahan karsinogen dari rokok dan udara yang dicemari bahan cemar industri
Kesan merokok terhadap kesihatan
(A) Apakah perubahan yang berlaku terhadap perkara berikut di akhir aktiviti?
Suhu :………. ………………………………………………………….
Kapas putih : …….……………………………………………………………..Penunjuk hidrogen karbonat : .………………………………………..…………………………
(b) Nyatakan satu inferen berdasarkan pemerhatian di (a)(iii). ………………………………………………………………………………………………………
(c) Namakan satu bahan berbahaya yang terdapat didalam asap rokok.
◦ ………………………………………………………………………………………………………
(d) Cadangkan satu tabiat yang baik uang dapat membantu meningkatkan kualiti
udara di sekeliling kita.
◦ ………………………………………………………………………………………………………
Meningkat
Menjadi perang
Bertukar dari merah menjadi kuning
Kapas menjadi perang kerana asap rokok mengandungi tar, Penunjuk bikarbonat mertukar kepada kuning kerana asap rokok bersifat asid
Asap rokok mengandungi, nikotin, tar, karbon monoksida, dan pelbagai bahan kimia berbahaya
Jangan merokok, elakkan pembakaran terbuka, gunakan kenderaan awam, berkongsi kenderaan
Amalan baik untuk meningkatkan kualiti udara
Untuk tingkatkan kualiti udara
Jangan Merokok
Elakkan pembakaran
terbuka
Gunakan kenderaan
awam
Berkongsi kederaan