nota pp bab 4

8
BAB 13 : ETIKA PERNIAGAAN DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL 1. Maksud Etika Perniagaan : Etika Perniagaan merupakan prinsip-prinsip moral berkaitan kelakuan perniagaan yang diterima oleh peniaga-peniaga dan dunia perniagaan. 2. Punca amalan tidak beretika dalam perniagaan : i) Tekanan untuk mendapat keuntungan ii) Persaingan tidak sihat iii) Kejahilan pihak pengguna iv) Mementingkan keuntungan peribadi v) Pertentangan rentas budaya 3. Maksud Etika Kerja : Etika Kerja ialah tanggungjawab dan tingkah laku yang sewajarnya ada pada seorang yang menjawat sesuatu bidang pekerjaan. 4. Kepentingan dan kesan amalan beretika :

Upload: ejai-rizal

Post on 11-Jan-2016

66 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

note

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA PP BAB 4

BAB 13 : ETIKA PERNIAGAAN DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

1. Maksud Etika Perniagaan :

Etika Perniagaan merupakan prinsip-prinsip moral berkaitan kelakuan perniagaan yang diterima oleh peniaga-peniaga dan dunia perniagaan.

2. Punca amalan tidak beretika dalam perniagaan :

i) Tekanan untuk mendapat keuntungan

ii) Persaingan tidak sihat

iii) Kejahilan pihak pengguna

iv) Mementingkan keuntungan peribadi

v) Pertentangan rentas budaya

3. Maksud Etika Kerja :

Etika Kerja ialah tanggungjawab dan tingkah laku yang sewajarnya ada pada seorang yang menjawat sesuatu bidang pekerjaan.

4. Kepentingan dan kesan amalan beretika :

i) Mendapat kebaikan dari aspek fizikal, rohani dan emosi.ii) Dipandang tinggi oleh masyarakatiii) Melahirkan keluarga beretika dan bahagiaiv) Meningkatkan nilai murni ahli organisasiv) Meningkatkan produktiviti, kredibiliti, dan imej perniagaanvi) Keamanan dalam kalangan masyarakat dan persekitaran yang sihat

Page 2: NOTA PP BAB 4

5. Maksud Dilema Etika :

Dilema Etika ialah masalah yang timbul sekiranya dua atau lebih pilihan tindakan yang boleh diaplikasikan tetapi bertentangan antara satu sama lain.

6. Pendekatan Tindakan Beretika :

i) Pendekatan Utilitarian

Aliran Utilitarian lakuan ialah keputusan etika dilakukan berdasarkan akibat daripada keputusan yang dibuat. Sesuatu tindakan itu dianggap beretika jika dapat memberi kebaikan kepada orang ramai.

Aliran Utilitarian Aturan ialah jika seseorang itu bertindak mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, tindakan tersebut akan menghasilkan kebaikan kepada orang ramai.

Sebagai cnth : individu mengelakkan diri daripada melakukan rasuah kerana terdapat peraturan yang menyatakan rasuah adalah satu kesalahan.

ii) Pendekatan Individualisme

Individualisme merujuk pada sikap individu atau pun kumpulan yang berorientasiakn kepentingan diri sendiri atau kumpulan mereka daripada aspek pemikiran dan tindakan. Etika ini yang dikenali sebagai egoisme.

iii) Pendekatan Hak Moral

Pendekatan hak moral ialah hak moral yang dimiliki oleh seseorang individu.

iv) Pendekatan Keadilan

Pendekatan Keadilan ialah kesamaan dan keadilan yang diperoleh setiap individu dalam pelbagai aspek seperti ekonomi dan perundangan.

Keadilan legal adalah tindakan atau hukuman yang sama terhadap semua orang

Keadilan komutatif merujuk pada pertukaran yang adil antara pihak yang terlibat

Page 3: NOTA PP BAB 4

Keadilan distributive dikenali sebagai keadilan ekonomi, iaitu pembahagian ekonomi yang sama atau yang dianggap adil bagi semua pihak.

7. Faktor dalam pemilihan pendekatan :

i) Pihak yang menentukan etika

ii) Matlamat beretika

iii) Ukuran yang digunakan

8. Maksud Jenayah Kolar Putih :

Jenayah kolar putih ialah penipuan dan perbuatan salah laku merugikan yang melibatkan individu-individu tertentu dalam sesebuah organisasi perniagaan , badan kerajaan atau badan bukan kerajaan.

9. Punca-punca seseorang terlibat dalam jenayah kolar putih :

i) Kelemahan kawalan pengurusan dalaman

ii) Faktor individu

iii) Faktor persekitaran

Page 4: NOTA PP BAB 4

iv) Amalan nepotisme atau sikap pilih kasih

10. Jenis-jenis jenayah kolar putih :

i) Rasuah Rasuah merupakan suatu jenayah yang dilakukan oleh seseorang untuk

mendapatkan kebebasan, kontrak atau keistimewaan daripada pihak tertentu melalui pemberian wang, hadiah, dan keraian.

Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1961 menyatakan seseorang yang didapati bersalah melakukan jenayah rasuah boleh dikenakan hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang 14 hari dan tidak lebih daripada 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai suapan atau RM 10 000, dan/atau mana-mana yang lebih tinggi.

ii) Penyelewengan Penyelewengan merujuk pada tindakan seseorang atau sesuatu pihak

menyalahgunakan harta dengan curang atau menggunakan harta orang atau pihak lain yang telah diamanahkan hak penjagaan kepadanya demi kepentingan diri sendiri.

Contoh penyelewengan :

Menggelapkan harta atau wang syarikat Memberi harta yang bukan hak miliknya kepada orang lain Melakukan penipuan yang boleh mendatangkan kerugian kepada

pihak yang bertanggungjawab

Hukuman yang dikenakan terhadap seseorang yang didapati bersalah melakukan penyelewengan ialah hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada enam tahun, sebatan rotan dan denda

iii) Pecah Amanah

Page 5: NOTA PP BAB 4

Pecah amanah merujuk pada tanggungjawab yang diberi kepada seseorang yang mempunyai kuasa dan hak untuk mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan curang.

Contoh jenayah pecah amanah : Menyalahgunakan harta yang telah diamanahkan hak

penjagaannya kepada individu terbabit untuk kegunaan sendiri, misalnya menggunakan harta pejabat.

Mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan, seseorang yang didapati

bersalah melakukan pecah amanah boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun serta sebatan rotan. Untuk kesalahan pecah amanah yang dilakukan saudagar, penjawat awam, jurubank dan ejen, hukuman penjara yang dijatuhkan tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun, sebatan rotan, dan denda.

iv) Konflik Kepentingan Konflik kepentingan merupakan bentuk jenayah kolar putih yang

dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kuasa dan autoriti tertentu dalam organisasi dan tindakannya menunjukkan tanda-tanda pencanggahan antara kepentingan peribadi dengan kepentingan tugasnya terhadap organisasi perniagaan tersebut.

Hukuman yang lazimnya dikenakan terhadap seseorang individu yang didapati bersalah melakukan konflik kepentingan ialah pembatalan kontrak sekiranya wujud sesuatu kontrak yang mengikat kedua-dua belah pihak berkenaan

v) Penyalahgunaan Kuasa Penyalahgunaan kuasa berlaku apabila seseorang yang diberi kuasa untuk

menjalankan tanggungjawab tertentu berdasarkan bidang tugas yang diamanahkan kepadanya, mengambil tindakan atau membuat keputusan yang melanggar peraturan, prosedur, dan undang-undang yang ditetapkan.

Contoh penyalahgunaan kuasa : Meluluskan tender untuk kepentingan syarikat sendiri Kelulusan kemasukan barngan luar Negara untuk

perniagaan diusahakan sendiri dalam Negara.

Page 6: NOTA PP BAB 4

Individu yang didapati bersalah melakukan penyalahgunaan kuasa boleh dihukum di bawah Akta Syarikat 1965. Sebagai contoh, seorang pengarah syarikat yang gagal mendedahkan segala kepentingannya kepada pihak pengurusan syarikat boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun dan didenda tidak lebih daripada RM 15 000.