nota pp penggal 1 bab 1

40
KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy PANDUAN GURU RANCANGAN PENGGAL 1 PENGAJIAN PERNIAGAAN [946/1] PENGAJIAN PRA-U Tajuk Hasil Pembelajaran A: PERNIAGAAN 1 Perniagaan dan Persekitarannya 1.1 Pengenalan kepada perniagaan Calon seharusnya dapat: 1.1.1Perniagaan dan bukan perniagaan (a) mentakrifkan maksud perniagaan; “Perniagaan boleh didefinisikan sebagai sebuah organisasi yang melakukan aktiviti penyediaan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan.” “Bukan perniagaan ialah organisasi yang dibentuk bagi menjaga kepentingan dan mencapai tujuan masyarakat atau ahli mereka.” ELEMEN ASAS PERNIAGAAN 1. Barangan dan perkhidmatan Barangan adalah produk fizikal seperti kenderaan, makanan, pakaian dan sebagainya. Perkhidmatan merupakan aktiviti yang membantu dan memberi faedah kepada perniagaan seperti perkhidmatan pengangkutan, insurans, pelancongan dan sebagainya. Barangan dan perkhimatan ini disediakan dan ditawarkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan manusia. 2. Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan Keperluan merujuk kepada barangan asas yang

Upload: akmal-affandi

Post on 28-Nov-2015

3.300 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

Elemen Perniagaan

Barang dan Perkhidmat

anMemuask

an Keperluan

& Kehendak

Pertukaran Nilai

Keuntungan

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

PANDUAN GURURANCANGAN PENGGAL 1

PENGAJIAN PERNIAGAAN [946/1]PENGAJIAN PRA-U

Tajuk Hasil Pembelajaran

A: PERNIAGAAN 1 Perniagaan dan Persekitarannya

1.1 Pengenalan kepada perniagaan

Calon seharusnya dapat:

1.1.1Perniagaan dan bukan perniagaan(a) mentakrifkan maksud

perniagaan;

“Perniagaan boleh didefinisikan sebagai sebuah organisasi yang melakukan aktiviti penyediaan

barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan.”

“Bukan perniagaan ialah organisasi yang dibentuk bagi menjaga kepentingan dan mencapai tujuan

masyarakat atau ahli mereka.”

ELEMEN ASAS PERNIAGAAN

1. Barangan dan perkhidmatan Barangan adalah produk fizikal seperti kenderaan,

makanan, pakaian dan sebagainya. Perkhidmatan merupakan aktiviti yang

membantu dan memberi faedah kepada perniagaan seperti perkhidmatan pengangkutan, insurans, pelancongan dan sebagainya.

Barangan dan perkhimatan ini disediakan dan ditawarkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan manusia.

2. Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan Keperluan merujuk kepada barangan asas yang

diperlukan untuk kehidupan manusia seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan sebagainya.

Kehendak merujuk kepada penggunaan barangan yang tidak terhad untuk keselesaan hidup seperti hiburan, peralatan rumah dan sebagainya.

Page 2: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

Untuk mencapai keuntungan, perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan.

3. Pertukaran nilai Pertukaran nilai merujuk kepada perpindahan

barangan dan perkhidmatan daripada perniagaan kepada pelanggan.

Barangan dan perkhidmatan akan dinilaikan dengan sejumlah nilai tertentu oleh peniaga biasanya dalam nilai wang.

Proses ini melibatkan persetujuan antara penjual dengan pembeli.

4. Keuntungan perniagaan Keuntungan adalah matlamat utama semua

perniagaan. Keuntungan adalah hasil bersih daripada jualan

barangan atau perkhidmatan setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos operasi, cukai dan kos-kos lain yang terlibat.

Keuntungan adalah kayu pengukur kejayaan dan ganjaran bagi perniagaan yang mampu bersaing di pasaran.

(b) membandingkan organisasi yang bermotifkan untung (perniagaan) dengan organisasi yang tidak bermotifkan untung;

Perbezaan antara Perniagaan dan Bukan Perniagaan

Page 3: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

UNTUNG JUMLAH HASIL

JUMLAH KOS

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

1.1.2Perniagaan dan untung

(c) menjelaskan kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan;

KONSEP UNTUNG

Kepentingan Keuntungan kepada Perniagaan

Aspek Organisasi Perniagaan

Organisasi Bukan Perniagaan

Tujuan danMatlamat Kewangan

Matlamat utama ialah keuntungan maksimum untuk kepentingan organisasi

Matlamat utama ialah meningkatkan kebajikan ahli/sosial/kepentingan bersama

Sumber Kewangan

Sumber kewangan dari modal sendiri dan keuntungan perniagaan

Sumber kewangan dari yuran ahli dan sumbangan masyarakat/tajaan/ derma/ swasta

Aktiviti Aktiviti utama ialah pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan

Aktiviti utama bercorak kemasyarakatan seperti kempen, kursus/ceramah dan lain lain

Akta Penubuhan tertakluk kepada undang-undang perniagaan (Akta syarikat 1965, perkongsian 1974, Akta Koperasi 1948)

Penubuhan tertakluk kepada Akta Pertubuhan 1966

Pendaftaran

Pendaftar Syarikat, Pendaftar Perniagaan, Jabatan Pembangunan Koperasi.

Pendaftar Pertubuhan

Bentuk Syarikat, Perkongsian, Milikan Tunggal, Koperasi.

Badan Bukan kerajaan, parti politik, kelab dan persatuan.

Page 4: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

Ganjaran

Motivasi Pekerja

Sumber Modal

Kayu Pengukur

Kepentingan Keuntungan

Lambang Imej

Keyakinan Pelabur

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

Keuntungan sebagai ganjaran kepada pengusaha dan pemilik perniagaan kerana sebab sanggup menghadapi risiko dalam perniagaan.

Keuntungan sebagai sumber modal kepada perniagaan untuk pembesaran perniaagan, penerusan perniagaan atau survival dalam perniagaan.

Keuntungan juga adalah sebagai lambangkan imej dan kecemerlangan sesebuah syarikat.

Keuntungan sebagai kayu ukur kejayaan dan petunjuk prestasi kejayaan sesebuah syarikat di mana keuntungan menunjukkan pencapaian matlamat dan hala tuju syarikat.

Keuntungan sebagai dorongan dan keyakinan kepada pelabur untuk mula dan terus melabur ke dalam syarikat.

Keuntungan akan meningkatkan motivasi pekerja dalam syarikat segala pemberian bonus daripada keuntungan akan dapat meningkatkan semangat pekerja.

1.1.3Peranan perniagaan

(d) membincangkan peranan perniagaan terhadap pengguna, masyarakat, ekonomi, dan negara;

PERANAN PERNIAGAAN

PerananPerniaga

an

Page 5: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

Barang & Perkhidmata

nProduk

pelbagai Tepat masa

Produk cukup

Peranan Kepada Pengguna

Produk berkualit

i

Harga berpatut

an

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

DEFINISI PENGGUNA

PERANAN PERNIAGAAN KEPADA PENGGUNA

Antara peranan perniagaan kepada pengguna ialah:1. Perniagaan perlu menghasilkan barangan dan

perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

2. Perniagaan perlu mengagihkan dan mengedarkan barangan dan perkhidmatan untuk sampai ke tangan pengguna pada harga dan kos berpatutan, kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna dan tepat pada masa yang diperlukan.

3. Perniagaan perlu menyediakan barangan yang berkualiti, bernilai tinggi dan selamat digunakan oleh pengguna.

4. Perniagaan perlu memastikan barangan dan perkhidmatan yang disediakan adalah sentiasa cukup untuk menampung keperluan pengguna.

5. Perniagaan perlu memastikan harga yang dikenakan atau dicaj atas barangan dan perkhidmatan kepada pengguna adalah berpatutan dan mampu dibayar oleh pengguna.

6. Perniagaan perlu menyediakan barangan dan perkhidmatan yang pelbagai agar pengguna boleh membuat pilihan yang bijak.

Masyarakat

Ekonomi

Negara

“Individu atau sesiapa yang menggunakan barang, perkhidmatan atau sumber alam semula jadi untuk memenuhi keperluan dan kehendak

Pengguna

Page 6: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

Peluang pekerjaan

Tingkatkan taraf hidup

Penuhi cita rasa

Tanggungjawab sosial

Peranan Kepada Masyarakat

Biayai pembangu

nan

Produk berkualiti

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

DEFINISI MASYARAKAT

PERANAN PERNIAGAAN KEPADA MASYARAKAT

Antara tanggungjawab dan peranan organisasi perniagaan kepada masyarakat ialah:

1. Kewujudan perniagaan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat.

2. Perniagaan berperanan untuk memenuhi cita rasa serta kehendak dan keperluan masyarakat melalui menyediaan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dan selamat digunakan.

3. Perniagaan berperanan membiayai projek pembangunan masyarakat seperti penyediaan kemudahan awam dan lain-lain infrastruktur.

4. Perniagaan berperanan menjalankan tanggungjawab sosial seperti pemuliharaan alam, jamin persekitaran bersih, derma, tajaan untuk aktiviti kemasyarakatan

5. Perniagaan berperanan menawarkan produk berkualiti dengan harga berpatutan

6. Perniagaan berperanan meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan memberi pendapatan yang stabil agar masyarakat dapat menikmati kehidupan yang selesa.

“Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan

Page 7: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

Pendapatan negara

Stabilkan ekonomi

Peluang pekerjaa

n

Penempatan baru

Peranan Kepada Ekonomi

Kurangkan inflasi

Industri Huluan &

Hiliran

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

DEFINISI EKONOMI

PERANAN PERNIAGAAN KEPADA EKONOMI

Antara peranan dan sumbangan sesebuah perniagaan kepada ekonomi sesebuah negara ialah:

1. Perniagaan berperanan untuk meningkatkan pendapatan negara melalui pembayaran cukai perniagaan.

2. Kewujudan perniagaan mengurangkan kadar pengangguran dengan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk.

3. Perniagaan berperanan mengurangkan inflasi dengan menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang cukup.

4. Perniagaan berperanan membangunkan industri huluan dan hiliran serta industri sampingan

5. Perniagaan mewujudkan penempatan baru serta bandar-bandar baru di mana aktiviti perniagaan akan menarik ramai penduduk menetap di sesuatu tempat.

6. Perniagaan menstabilkan ekonomi negara melalui melalui penghasilan barangan yang mencukupi dan

“Ekonomi adalah satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang individu

dan masyarakat dalam membuat pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber

ekonomi yang terhad seperti bahan mentah, modal insan, modal dan keusahawanan dengan kehendak

Page 8: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

Kegiatan pelaburanPenyediaa

n infrastrukt

ur

Peluang pekerjaan

Pendapatan negara

Peranan Kepada Negara

Aktiviti pengeluaran & eksport

Perniagaan

sokongan

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

dapat memenuhi permintaan terhadap barangan dalam negara.

KONSEP NEGARA

PERANAN PERNIAGAAN KEPADA NEGARA

Antara peranan perniagaan kepada negara ialah:

1. Aktiviti perniagaan mampu meningkatkan kegiatan pelaburan dalam negara.

2. Kewujudan perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan.

3. Perniagaan meningkatkan aktiviti pengeluaran dan eksport.

4. Perniagaan menyumbang kepada pendapatan negara melalui pembayaran cukai.

5. Perniagaan mewujudkan perniagaan sokongan dalam negara.

6. Perniagaan membantu negara menyediakan infrastuktur seperti jalan raya dan sebagainya.

7. Perniagaan menyediakan perkhidmatan sokongan dan pembangunan modal insan.

Istilah "negara" atau state selalunya dihubungkan dengan bangsa, masyarakat, dan kerajaan.”

Page 9: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

FAKTOR PENGELUARAN

Bahan Mentah

Modal Insan

TeknologiKeusahawan

an

Modal

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

1.1.4Faktor pengeluaran

(e) menjelaskan faktor pengeluaran meliputi bahan mentah, modal, modal insan, teknologi, dan keusahawanan;

KONSEP FAKTOR PENGELUARAN

ELEMEN FAKTOR PENGELUARAN

Bahan mentah adalah faktor pengeluaran yang paling penting kerana bahan mentah merupakan input utama dalam proses pengeluaran, dan tanpa bahan mentah sesuatu proses pengeluaran akan tergendala.

Faktor bahan mentah berkait rapat dengan faktor tanah. Ini adalah kerana dari tanahlah semua bahan mentah ini diperolehi. Di atas tanah inilah bangunan kilang dapat didirikan. Selain itu tanah juga dapat digunakan untuk pertanian, pembinaan jalan raya dan sebagainya.

2. Modal

Modal adalah jumlah kewangan dan aset fizikal seperti peralatan, kelengkapan, jentera dan bangunan yang digunakan untuk pengeluaran barang dan perkhidmatan.

Modal bukan merujuk kepada wang sahaja kerana

“Faktor pengeluaran merupakan faktor-faktor yang terlibat atau yang mempengaruhi sesuatu pengeluaran.

Faktor-faktor pengeluaran merupakan input bagi sesuatu

Page 10: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

wang tidak proaktif namun wang digunakan untuk membeli kelengkapan organisasi tersebut dan barulah wang tersebut dikenali sebagai wang yang proaktif.

Antara kepentingan faktor modal sebagai faktor pengeluaran dalam sesebuah perniagaan ialah:

Modal kewangan dapat membantu menampung kos pengendalian operasi perniagaan.

Modal berbentuk aset fizikal seperti jentera dan kelengkapan dapat membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam proses pengeluaran barangan dan perkhidmatan.

3. Modal Insan

KONSEP MODAL INSAN

Modal insan merupakan semua sumber manusia yang terdiri daripada sumber tenaga fizikal dan sumber tenaga mental.

Sumber modal insan bentuk tenaga fizikal diperlukan untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepada barangan dan perkhidmatan manakala sumber tenaga berbentuk mental pula termasuk semua bentuk kemahiran pengurusan dalam organisasi dari atas hingga ke tahap bawahan.

Setiap modal insan mampunyai kemahiran yang berbeza dan kemahiran pengurusan merupakan aspek penting bagi modal insan dalam sesebuah organisasi.

4. Teknologi

Teknologi ialah sebarang perubahan penggunaan sains yang membolehkan sesuatu yang baru dihasilkan dan prosedur kerja yang lebih baik dibentuk.

Teknologi berkait rapat dengan aplikasi ilmu pengetahuan, atau sebagai modal insan dan modal sosial.

Kemajuan teknologi mengakibatkan faktor-faktor pengeluaran sedia ada menjadi usang dan sebahagian keluaran mengalami kejatuhan pasaran secara besar-besaran.

Antara kepentingan faktor teknologi terhadap sesebuah perniagaan ialah:

1. Teknologi akan meningkatkan produk pengeluaran dengan menggunakan teknologi

“Manusia dilihat sebagai 'modal'yang dinamakan 'modal

insan'dan merupakan aset tenaga yang sungguh penting dan bermakna

kepada kegiatan

Page 11: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

INPUT OUTPUT

PROSES PEMASARAN

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

moden.2. Teknologi akan mengurangkan penggunaan

tenaga buruh seterusnya mengurangkan kos buruh.

3. Teknologi akan meningkatkan kualiti hasil keluaran melalui penyelidikan dan pembangunan.

5. Keusahawanan

Keusahawanan merupakan kemahiran mengambil risiko dan kebolehan menggabungkan semua faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran. usahawan adalah merupakan kumpulan orang yang bertanggungjawab dalam menjalankan proses pengeluaran.

1.1.5 Proses perniagaan

(f) menjelaskan langkah-langkah yang terlibat dalam proses perniagaan yang meliputi input, proses tambah nilai, output, pemasaran, dan untung/rugi;

RAJAH PROSES PERNIAGAAN

1. Input

Input merujuk kepada semua faktor pengeluaran yang digunakan untuk menjalankan proses pengeluaran sesuatu produk atau perkhidmatan.

Tahap pertama dalam aktiviti dalam proses perniagaan ialah proses mendapatkan semua faktor pengeluaran iaitu bahan mentah, modal insan, modal, teknologi termasuk mesin dan peralatan dan faktor keusahawanan seorang usahawan untuk memastikan proses perniagaan berjalan dengan lancar.

2. Proses Tambah Nilai

Setelah semua faktor pengeluaran terutama faktor bahan mentah, modal insan dan teknologi yang terdiri daripada mesin dan peralatan telah sedia untuk digemblengkan oleh usahawan, proses tambah nilai dan transformasi akan dimulakan terhadap bahan mentah tersebut.

PROSES TAMBAH NILAI

UNTUNG/RUGI

Page 12: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

3. Output

Setelah semua bahan mentah telah ditambah nilai, output yang terdiri daripada barang siap dan barang separuh siap akan terhasil. Output yang dihasilkan akan disimpan dalam gudang dan dijual jika terdapat permintan.

4. Proses Pemasaran

Pihak pengeluar akan menjalankan proses pemasaran terhadap output bagi memastikan ianya sampai kepada pengguna sasaran. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan oleh pihak pemasar semasa proses pemasaran produk tersebut iaitu:

1. Mengenal pasti dan menilai peluang-peluang pemsaran yang

2. Memilih sasaran pasaran,3. Membina campuran pemasaran, dan4. Mengurus usaha pemasaran.

5. Keuntungan atau Kerugian

Setiap proses perniagaan akan berakhir dengan hasil jualan output yang memberikan keuntungan atau kerugian.

Proses perniagaan ini tidak terhenti setelah keuntungan atau kerugian diperolehi, sebaliknya sebarang keuntungan akan digunakan semula untuk menambahkan lagi keluaran, membesarkan perniagaan, membeli aset-aset perniagaan dan sebagainya.

1.1.6 Cabaran perniagaan

(g) menerangkan perkembangan perniagaan masa kini dan cabaran-cabarannya termasuk perubahan faktor persekitaran.

Aktiviti Perniagaan Kini

1. Aktiviti perniagaan pada masa kini telah dipengaruhi oleh perubahan persekitaran perniagaan seperti penggunaan teknologi moden, penggunaan internet dan sebagainya.

2. Perkembangan teknologi maklumat telah mengubah corak komunikasi dan hubungan antara perniagaan seperti komunikasi melalui komputer dengan menggunakan internet lebih cepat dan mudah.

3. Pencapaian, penghantaran dan penyimpanan maklumat perniagaan lebih cepat, tersusun serta memudahkan usahawan membuat keputusan dengan pantas.

4. Menguruskan sumber kewangan dengan lebih

Page 13: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

Globalisasi Kekurangan

Sumber

Kemajuan

Teknologi

Perniagaan Islam

Tanggung Jawab Sosial

Blok Perniaga

an

CABARAN PERNIAGAAN

Perubahan Demografi

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

berkesan seperti proses merekod, laporan kewangan, analisis prestasi kewangan dengan cekap, pantas dan tepat.

5. Proses transaksi kewangan lebih licin dan cepat seperti pembayaran terhadap pembelian sumber-sumber dan pembayaran gaji dapat dibuat melalui bank dengan cepat.

6. Aktiviti pasaran lebih meluas dalam memasarkan barangan dan perkhidmatan.

Cabaran Perniagaan Masa Depan

1. Globalisasi Globalisasi merujuk kepada konsep dunia tanpa

sempadan di mana semua peniaga bebas menjalankan aktiviti perniagaan di dalam dan luar negara iaitu tahap antarabangsa tanpa sebarang sekatan.

Keadaan ini akan mewujudkan situasi persaingan yang sengit dari segi kualiti produk dan perkhidmatan, persaingan harga, cara penyampaian produk. Pemasar yang gagal untuk mengharungi persaingan ini akan menyebabkan mereka terus ketinggalan.

2. Peningkatan Kemajuan Teknologi Pada masa akan datang, cabaran peningkatan

kemajuan teknologi yang pesat akan menyebabkan sebarang perubahan terhadap produk dapat dilakukan dengan cepat, dan bagi pengeluar produk yang gagal mengambil peluang ini akan terus ketinggalan di belakang.

3. Peningkatan Tanggungjawab Sosial Peningkatan terhadap tuntutan tanggungjawab

sosial juga memberi cabaran kepada pengusaha perniagaan pada hadapan di mana mungkin mereka perlu memberi sokongan kewangan dan bukan kewangan kepada pihak Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang sentiasa memerlukan

Page 14: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

bantuan dari pihak organisasi perniagaan untuk melaksanakan aktiviti mereka.

4. Peningkatan Sistem Perniagaan Islam Bagi memastikan setiap aktiviti perniagaan

diterima umum khususnya bagi masyarakat Islam, pihak yang terlibat dengan perniagaan perlu memastikan setiap aktiviti dan semua operasi perniagaan adalah berlandaskan pematuhan kepada syariah Islam seperti industri halal, sistem perbankan Islam, tiada riba, dan sebagainya.

5. Kewujudan Blok-Blok Perdagangan Cabaran kepada pengusaha yang baru ingin

menceburi bidang perniagaan pada masa hadapan, berkemungkinan kesukaran kepada mereka untuk memasuki pasaran kerana pasaran ketika itu sudah tepu, dan persaingan terlalu sengit menyebabkan perniagaan yang baru wujud akan tersungkur awal.

6. Sumber Semakin Berkurangan Pada masa hadapan, kemungkinan sumber input

terutama bahan mentah akan semakin berkurangan dan setiap pengeluar perlu mencari alternatif bahan mentah agar aktiviti perngeluaran tidak akan terbatas.

7. Perubahan Struktur Demografi Berkemungkinan faktor modal insan pada masa

hadapan dibanjiri oleh tenaga wanita dalam dunia perniagaan. Lebih ramai kaum wanita yang akan menjadi pengurus dan pengusaha serta pekerja dalam sesebuah organisasi. Keadaan ini memaksa pengurus memastikan persekitaran dan suasana kerja yang lebih sesuai memandangkan akan wujud konflik apabila kaum wanita wujud dalam persekitaran kerja yang biasa dimonopoli oleh kaum lelaki.

1.2 Persekitaran perniagaan Calon seharusnya dapat:1.2.1Persekitaran umum

Page 15: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

PERSEKITARAN UMUM

Persaingan & Jaringan

Prasarana

Politik & Perundanga

n

EkonomiAntarabang

sa

TeknologiSosiobuda

ya

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

(a) menjelaskan jenis-jenis persekitaran perniagaan yang merangkumi persekitaran umum dan persekitaran tugas (pihak berkepentingan atau pemilik taruh) dan hubung kait antara kedua-duanya;

KONSEP PERSEKITARAN PERNIAGAAN

MAKSUD PERSEKITARAN UMUM

MAKSUD PERSEKITARAN TUGAS

(b) menjelaskan faktor-faktor persekitaran umum yang merangkumi ekonomi, persaingan dan jaringan, sosiobudaya, politik dan perundangan, teknologi, prasarana, dan antarabangsa;

ELEMEN PERSEKITARAN UMUM

1. Persekitaran Ekonomi

Persekitaran ekonomi merujuk kepada elemen keadaan ekonomi, sistem ekonomi yang diamalkan, dinamik pasaran, keadaan risiko dan ketidakpastian dalam ekonomi dan pasaran, pendapatan pengguna, penawaran wang, kuasa beli dan lain lain.

“Persekitaran Tugas ialah persekitaran yang mempengaruhi secara langsung cara sesebuah

perniagaan akan dikendalikan. Ia juga dikenali sebagai pihak-pihak yang

berkepentingan bagi sesebuah

“Persekitaran umum merujuk kepada persekitaran yang luas dan

memberi kesan tidak langsung kepada sesebuah perniagaan.”

“Persekitaran perniagaan merujuk kepada keadaan sekeliling di mana sesebuah perniagaan berfungsi dan

merangkumi faktor-faktor atau pihak-pihak yang mempengaruhi

Page 16: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

2. Persekitaran Sosiobudaya

Persekitaran sosiobudaya merujuk kepada nilai, adat, adat resam, amalan, perubahan populasi dan sikap yang serupa dalam sesuatu masyarakat yang memberi kesan kepada gaya hidup, pemikiran dan pembelian pengguna.

3. Persekitaran Politik dan Perundangan

Persekitaran politik dan perundangan merujuk kepada keadaan politik semasa, sistem politik yang diamalkan, penguatkuasaan undang-undang dalam negara, kawalan dan galakan oleh kerajaan dan sebagainya.

4. Persekitaran Persaingan dan Jaringan

Persekitaran persaingan merujuk kepada struktur pasaran persaingan seperti persaingan tulin [sempurna], monopoli, monopolistik dan oligopoli yang mempengaruhi strategi perniagaan dan pemasaran termasuklah jenis produk, peletakan harga, kaedah pengedaran dan juga promosi oleh sesebuah perniagaan.

Jaringan perniagaan pula merujuk kepada pakatan strategik atau hubungan perjanjian formal yang dibentuk oleh perniagaan dengan pembekal, pengilang atau pengedar untuk menghasilkan produk dan memasarkannya di pasaran.

5. Persekitaran Teknologi

Persekitaran teknologi merujuk kepada segala perubahan dalam kaedah yang digunakan dalam aktiviti perniagaan seperti aktiviti pengeluaran dan pemasaran, perubahan dalam aspek pengetahuan, cara melakukan tugas, perubahan penggunaan peralatan dan lain lain yang boleh meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos, menggalakkan ciptaan baru dan lain lain.

6. Persekitaran Prasarana (Fizikal)

Persekitaran prasarana merujuk kepada keadaan kemudahan infrastruktur, bekalan sumber tenaga, sumber bahan mentah semulajadi, ekologi, alam sekitar dan lain lain yang mempengaruhi pertumbuhan perniagaan.

Contohnya kemudahan jalanraya dan pengangkutan serta bekalan tenaga boleh menggalakkan penubuhan sesebuah organisasi perniagaan.

Page 17: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

PERSEKITARAN TUGAS

Pembekal

Pemodal

Masyarakat

PesaingKerajaan

Pekerja Pembiaya

Pelanggan

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

7. Persekitaran Antarabangsa

Persekitaran antarabangsa merujuk kepada dunia tanpa sempadan, sistem AFTA, kawalan undang-undang perniagaan antarabangsa, sekatan-sekatan, cukai import eksport, perubahan dasar kerajaan terhadap perniagaan antarabangsa, perbezaan sosio-budaya antarabangsa yang mempengaruhi aktiviti sesebuah perniagaan.

1.2.2Persekitaran tugasELEMEN PERSEKITARAN TUGAS

1. Pelanggan Pelanggan ialah pembeli produk atau perkhidmatan

syarikat atau firma. Pelanggan boleh terdiri daripada individu, pihak

kerajaan atau syarikat lain Setiap pelanggan mempunyai ciri-ciri kehendak

yang berbeza.

2. Pembekal Pembekal adalah pihak yang bertanggungjawab

membekalkan bahan mentah, peralatan, barang siap, dan separuh siap sebagi input kepada sesebuah syarikat perniagaan.

Contoh pembekal ialah pemborong, peruncit dan agen serta broker.

Fungsi penting yang dilakukan oleh pembekal ialah memastikan

i. Tiada kekurangan barang berlaku,ii. Tiada kelewatan dalam penghantaran

barang, daniii. Barang yang dihantar mestilah mengikut

spesifikasi, kualiti, dan keperluan pihak pelanggan.

3. Pesaing Pesaing ialah firma perniagaan yang lain dalam

Page 18: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

industri sama dan keluarkan produk hampir sama.4. Pembiaya

Pembiaya merupakan kreditor yang umumnya merujuk kepada bank, syarikat kewangan, syarikat insurans dan syarikat kad kredit yang memberi bantuan kewangan bentuk pinjaman wang kepada syarikat untuk menjalankan aktviti perniagaan.

5. Pemodal dan Pelabur Pemodal pula merupakan individu atau syarikat lain

yang menjadi pemilik/pelabur/pemegang saham yang melabur modal berbentuk kewangan dan aset dalam syarikat.

6. Pekerja Pekerja ialah ialah individu yang memberikan

sumbangan tenaga fizikal dan mental kepada organisasi untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

Pekerja terdiri dari golongan mahir, separuh mahir dan tidak mahir.

7. Kerajaan Kerajaan ialah pihak yang menjadi penggubal dan

dan penguatkuasa undang-undang juga memberi sokongan kepada perniagaan.

8. Masyarakat Masyarakat ialah pihak yang menggunakan produk

dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma atau organisasi perniagaan.

(c) membincangkan pengaruh persekitaran umum dan persekitaran tugas terhadap perniagaan;

Kestabilan keadaan politik dalam sesebuah negara boleh mempengaruhi perkembangan sesebuah perniagaan yang mana pergolakan politik akan memberi kesan secara tidak langsung kepada kelancaran operasi sesebuah organisasi perniagaan.

Sistem politik yang diamalkan oleh sesebuah negara seperti sistem kapitalis dan sistem komunis juga akan mempengaruhi perjalanan operasi sesebuah perniagaan.

Sistem perundangan boleh mempengaruhi dasar dan aktiviti perniagaan melalui kewujudan undang-undang hak cipta yang memberi perlindungan kepada produk dan perkhidmatan yang dihasilkan daripada ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

4. Persekitaran Persaingan dan Jaringan

Persekitaran persaingan merujuk kepada struktur pasaran persaingan seperti persaingan tulin [sempurna], monopoli, monopolistik dan oligopoli yang mempengaruhi strategi perniagaan

Page 19: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

dan pemasaran termasuklah jenis produk, peletakan harga, kaedah pengedaran dan juga promosi oleh sesebuah perniagaan.

Jaringan perniagaan pula merujuk kepada pakatan strategik atau hubungan perjanjian formal yang dibentuk oleh perniagaan dengan pembekal, pengilang atau pengedar untuk menghasilkan produk dan memasarkannya di pasaran.

5. Persekitaran Teknologi

Perkembangan teknologi memberi kesan dalam perniagaan yang menggunakan mesin bermutu lebih produktif daripada syarikat yang menggunakan mesin biasa.

Penciptaan peralatan baru seperti robot mempercepatkan proses pengeluaran dan meningkatkan produktiviti.

Pengeluaran dapat ditingkatkan dan operasi berjalan dengan lancar.

Penggunaan internet meningkatkan daya saing perniagaan kerana penyampaian maklumat menjadi lebih cepat.

6. Persekitaran Prasarana (Fizikal)

Kemudahan jalanraya dan pengangkutan serta bekalan tenaga boleh menggalakkan penubuhan sesebuah organisasi perniagaan.

7. Persekitaran Antarabangsa

Dasar buka pintu yang diamalkan oleh sesebuah negara memboleh peniaga menjalankan perniagaan di tahap yang lebih jauh.

Melalui perniagaan antarabangsa membolehkan peniaga sentiasa mementingkan kualiti dan menjaga imej syarikat serta negara.

Melalui perniagaan ini juga pihak peniaga terdedah kepada selok belok perniagaan dari luar dan aspek-aspek yang positif boleh digunakan oleh peniaga dalam syarikat mereka supaya sistem pengurusan syarikat menjadi lebih cekap dan berpotensi pada masa depan.

(d) menjelaskan tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepentingan, termasuklah pelanggan, pembekal, pembiaya, pemodal/pelabur, pesaing, kerajaan, pekerja, dan

Tanggungjawab perniagaan terhadap Persekitaran Tugas

1. Pelanggan Perniagaan perlu memenuhi segala citarasa dan

kehendak pelanggan. Perniagaan juga perlu sentiasa menjaga kualiti dna

mutu produk dan perkhidmatan yang ditawarkan

Page 20: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

masyarakat. kepada pelanggan bagi memastikan pelanggan terus menggunakan produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh perniagaan tersebut.

Perniagaan juga perlu sentiasa memberi maklumat yang benar tentang produk yang dijual kepada pelanggan.

2. Pembekal Perniagaan perlu bertanggungjawab untuk

membayar semua hutang kepada pembekal mengikut tempoh yang telah ditetapkan bagi memastikan pembekal terus membekalkan bahan kepada perniagaan tersebut.

Perniagaan juga perlu sentiasa mengikut segala perjanjian jual beli yang telah dipersetujui bersama pembekal.

3. Pesaing Perniagaan perlu sentiasa mengamalkan

persaingan yang sihat dengan pesaing. Perniagaan juga bertanggungjawab untuk tidak

mencemarkan nama baik pesaing mereka bagi memastikan tiada pergolakan berlaku antara perniagaan yang bersaing dalam sesuatu pasaran.

4. Pembiaya Perniagaan perlu bertanggungjawab untuk

membayar segala hutang kepada pembiaya mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Perniagaan juga perlu bertanggunbgjawab untuk membekalkan kepada pembiaya segala maklumat yang benar dan tepat seperti yang diperlukan oleh pihak pembiaya.

5. Pemodal dan Pelabur Perniagaan juga perlu bertanggungjawab untuk

memberi pulangan keuntungan yang terbaik kepada semua pemodal dan pelabur bagi memastikan mereka terus kekal menjadi pelabur kepada pernniagaan tersebut.

6. Pekerja Perniagaan perlu menyediakan suasana tempat

kerja yang baik kepada para pekerja mereka. Perniagaan juga perlu sentiasa menjaga kebajikan

pekerja, sentiasa adil dan menghormati segala idea pekerja.

Perniagaan juga perlu membayar gaji setiap pekerja dengan secukupnya.

Perniagaan perlu sentiasa memberi sokongan dan motivasi kepada semua pekerja agar mereka sentiasa memberi yang terbaik kepada perniagaan.

Page 21: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

7. Kerajaan Perniagaan perlu sentiasa mematuhi segala

peraturan kerajaan dalam menjalankan segala aktiviti perniagaan.

Perniagaan perlu memastikan perniagaan yang dijalankan adalah didaftarkan dan mempunyai lesen untuk berniaga.

Perniagaan perlu bertanggungjawab untuk membayar cukai keuntungan perniagaan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

8. Masyarakat Pernagaan perlu sentiasa peka kepada segala

perubahan dalam keperluan dan kehendak masyarakat.

Perniagaan juga perlu bertanggungjawab dalam membantu masyarakat mengurangkan beban masyarakat melalui derma dan bantuan kewangan termasuk biasiswa kepada pelajar dan sebagainya.

1.3 Entiti dan aktiviti perniagaan

Calon seharusnya dapat:

1.3.1Jenis pemilikan entiti perniagaan(a) menjelaskan organisasi perniagaan berdasarkan pemilikan, aktiviti, sektor, dan tahap perniagaan;

A. Jenis pemilikan entiti perniagaan

1. Milikan Tunggal

PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL

Di Semenanjung Malaysia penubuhan perniagaan milikan tunggal tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, pindaan 1978 (Akta 197) manakala Sabah dan Sarawak tertakluk kepada enakmen negeri masing-masing.

Ciri-ciri kelebihan Perniagaan Milikan Tunggal

2. Mudah ditubuhkan kerana modal yang kecil dan urusan perundangan yang ringkas. Hanya mendaftar perniagaan di Pendaftar Perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

3. Kebebasan bertindak kerana ia dimiliki oleh seorang

(b) membincangkan pemilikan organisasi perniagaan yang merangkumi pemilikan tunggal, perkongsian, syarikat, koperasi, dan mengaitkannya dengan undang-undang yang berkaitan;

“Perniagaan milikan tunggal adalah satu perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dan dibiayai dari segi kewangannya dan

pengurusannya dikendalikan oleh seorang individu yang mempunyai tanggungjawab peribadi terhadap

Page 22: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

pemilik sahaja dan bebas bertindak mengikut kemahuan sendiri. Contohnya berapa modal yang hendak dilaburkan, berapa pekerja harus diambil dan berapa gaji pekerja.

4. Mempunyai persatuan sendiri terutamanya dalam menuntut hak mereka seperti Persatuan Penjaja Kecil dan Persatuan Peniaga Pasar Malam.

5. Keuntungan dan kerugian ditanggung sendiri oleh pemilik perniagaan tanpa dikongsi dengan orang lain kerana pemilik hanya seorang dan berliabiliti tidak terhad di dalam perniagaannya.

6. Cukai yang dikenakan kepada pemilik perniagaan biasanya rendah iaitu cukai pendapatan persendirian bukan cukai pendapatan perniagaan.

7. Menggunakan sepenuh kredibiliti, idea dan kebolehan pemilik dalam menguruskan perniagaan tanpa campurtangan orang lain kerana mereka berkuasa penuh ke atas perniagaan.

8. Tahap kerahsiaan tinggi kerana hanya pemilik sahaja yang mempunyai maklumat perkembangan perniagaan dan mereka tidak diwajibkan menghantar kepada mana-mana pihak laporan kewangan perniagaan.

9. Perniagaan tunggal mudah dibubarkan tanpa melibatkan pelbagai prosedur kerana status perundangannya tidak jelas. Jika pemilik tidak memperbaharui lesennya, perniagaan dianggap telah bubar.

Ciri-ciri kelemahan Perniagaan Milikan Tunggal

1. Liabiliti tidak terhad iaitu pemilik menanggung sepenuhnya sebarang risiko yang berlaku dalam perniagaan mereka termasuklah kemungkinan kerugian dan muflis.

2. Mudah ditutup kerana modal yang kecil mengakibatkan perniagaan terdedah kepada pelbagai risiko luar jangka seperti kegawatan ekonomi yang menyebabkan peniaga tidak mampu beroperasi disebabkan modal yang terhad. Risiko perniagaan menjadi muflis adalah besar jika pemilik kurang pengalaman dan pengetahuan mengenai perniagaan.

3. Masa luang yang terhad kerana selalunya mereka terpaksa menguruskan serta mengendalikan perniagaan sendiri menyebabkan masalah tidak cukup masa dan kepakaran.

4. Sukar mendapat pekerja mahir untuk mengendalikan perniagaan kerana mungkin tidak mampu membayar gaji yang tinggi disebabkan modal terhad.

5. Sukar berkembang. Ia disebabkan kekurangan modal dan tidak dapat berubah milik.

Page 23: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

6. Sukar mendapat sumber kewangan kerana pinjaman bank sukar diperolehi.

7. Pembubaran berlaku apabila pengusaha berhenti berniaga, meninggal dunia, muflis atau bankrup.

2. Perkongsian

PERNIAGAAN PERKONGSIAN

Perkongsian dalam bidang profesional seperti perubatan, pekongsinya tidak terhad.

Didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Rakan-rakan kongsi berkongsi tanggungan terhadap hutang syarikat.

Ciri-ciri perniagaan perkongsian

1. Terikat dengan surat ikatan perjanjian di antara rakan kongsi. Surat perjanjian perkongsian tentukan kuasa dan tanggungjawab rakan kongsi dan syarat-syarat lain.

2. Rakan-rakan kongsi dikehendaki menyumbangkan modal mengikut nisbah yang dipersetujui dalam Artikel Perkongsian.

3. Keuntungan diagihkan kepada rakan kongsi mengikut syarat-syarat dan nisbah modal yang disumbangkan seperti dalam Artikel Perkongsian.

Butiran dalam perjanjian perkongsian

1. Nama firma2. Nama rakan kongsi3. Jenis perniagaan4. Lokasi/tempat/alamat5. Jumlah modal yang dilaburkan oleh setiap rakan

kongsi6. Nisbah pembahagian untung dan rugi setiap

rakan kongsi7. Kuasa setiap rakan kongsi8. Tanggungjawab setiap rakan kongsi9. Tempoh perkongsian10.Jumlah ambilan rakan kongsi

“Perhubungan yang wujud di antara orang-orangyang menjalankan perniagaan bersama bagi maksud mendapat

keuntungan.(S3(1), Akta Perkongsian 1961)

Page 24: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

11.Faedah yang dikenakan atas ambilan12.Jumlah gaji yang dibayar kepada rakan kongsi

aktif13.Kadar faedah atas modal yang diberi kepada

rakan kongsi14.Kadar faedah atas pinjaman yang diberi oleh

rakan kongsi15.Syarat menamatkan perkongsian

Kelebihan perniagaan perkongsian

1. Mudah ditubuhkan berbanding perniagaan perbadanan kerana tidak banyak prosedur yang perlu dipatuhi.

2. Modal perkongsian lebih banyak berbanding perniagaan tunggal, maka lebih mudah berkembang.

3. Kemahiran pengurusan lebih banyak kerana ramai yang terlibat sebagai rakan kongsi boleh menyumbangkan idea dan pandangan untuk pengurusan perniagaan.

4. Cukai dikenakan terhadap pemilik perniagaan sebagai pendapatan individu bukan pendapatan perniagaan. Setiap rakan kongsi perlu mengistiharkan pendapatannya hasil keuntungan perniagaan perkongsian dan akan dicukai berasingan berpandukan pendapatan individu. Tiada cukai atas perniagaan perkongsian.

5. Status perundangan tentang perkongsian jelas kerana ia mempunyai perjanjian berbanding pemilikan tunggal. Perniagaan perkongsian perlu mendaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Perkongsian 1961.

6. Mudah mendapat sumber kewangan daripada institusi kewangan. Mendapat kepercayaan pihak bank.

Kelemahan perniagaan perkongsian1. Tanggungan yang tiada had. Kebanyakan

ahlinya mempunyai liabiliti tidak terhad.2. Mudah berlaku salah faham. Perselisihan

faham mudah berlaku kerana ia mempunyai ramai pemilik di mana sukar untuk mendapatkan persetujuan seragam antara semua pemilik tentang sesuatu perkara.

3. Modal perkongsian terhad jika dibandingkan dengan perniagaan syarikat di mana modal yang kecil menyebabkan perniagaan sukar berkembang.

4. Perniagaan perkongsian amat tidak stabil kerana ia mudah dibubarkan.

5. Pemilikan sukar untuk dipindahkan. Sukar

Page 25: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

untuk mendapatkan semua pelaburan jika ada rakankongsi yang ingin tarik diri kerana perniagaan perlu dibubarkan dulu.

3. Syarikat

PERNIAGAAN SYARIKAT

Syarikat mempunyai hak di bawah undang-undang untuk beroperasi dalam bidang perniagaan yang dibenarkan, memiliki harta dan liabiliti, meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan terhadap entiti lain.

Perniagaan syarikat adalah satu entiti berasingan daripada pemiliknya.

Ciri-ciri Syarikat

1. Syarikat ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 (semakan 1973) melalui setiausaha syarikat.

2. Pemilik perniagaan terdiri daripada semua pemegang saham. Jangka hayat panjang selagi tidak dibubarkan.

3. Kepentingan pemegang saham dijaga oleh lembaga pengarah yang merupakan pemegang saham majoriti.

4. Pengurusan profesional mesti digunakan di dalam pengurusan perniagaan. Laporan prestasi perniagaan akan diberikan kepada lembaga pengarah sebagai wakil semua pemegang saham.

5. Modal syarikat besar kerana ia diperolehi daripada terbitan saham, pinjaman bank dan terbitan bon.

6. Keuntungan diagihkan dalam bentuk dividen bagi setiap unit saham.

7. Penyata kewangan diaudit dan disahkan oleh juruaudit bebas yang dilantik oleh lembaga pengarah.

8. Penyata kewangan diaudit perlu diserahkan kepada kerajaan (pendaftar syarikat) setiap tahun.

9. Pemilik syarikat mempunyai liabiliti terhad dan segala hutang syarikat terhad kepada syarikat sahaja. Ini kerana syarikat satu entiti yang terpisah daripada pemiliknya.

Ciri-ciri syarikat sendirian berhad

1. Syarikat sendirian berhad boleh dikenali dengan

“Syarikat adalah suatu badan korporat yang diperbadankan mengikut Akta Syarikat

1965 atau mana-mana enakmen sebelumnya, syarikat wujud sebagai satu entiti yang berasingan dengan individu-individu yang menjadi ahlisyarikat pada

Page 26: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

mudah, ada perkataan Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. pada akhir nama syarikat.

2. Pemilik atau pemegang saham syarikat terdiri daripada 2 – 50 orang

3. Saham Syarikat Sendirian Berhad boleh dijual beli tetapi tidak dilakukan dalam pasaran terbuka.

4. Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham Syarikat Sendirian Berhad berhak untuk mengawal syarikat tersebut.

Ciri-ciri syarikat berhad

1. Dikenali melalui perkataan “BERHAD/BHD.” pada penghujung nama syarikat. Contoh EON Bank Berhad, Olympia Berhad.

2. Syarikat Berhad adalah syarikat awam yang dimiliki oleh orang awam sebagai pemegang saham.

3. Sahamnya dijual kepada orang awam melalui bursa saha

4. Ia tertakluk dibawah Akta Syarikat 1965.5. Bilangan pemegang saham lebih 2 orang hingga

tiada had maksimum bergantung kepada jumlah saham yang dipegang oleh ahli syarikat dan jenis saham yang dikeluarkan.

6. Pemegang saham syarikat awam berhad bebas menjual dan membeli saham di pasaran saham iaitu Bursa Saham Malaysia.

7. Pemilik perniagaan mempunyai liabiliti terhad atas jumlah modal atau saham yang dilaburkan dalam syarikat.

8. Pengurusan dan kawalan syarikat adalah tanggungjawab lembaga pengarah yang dipilih oleh pemegang saham dalam mesyuarat agong tahunan.

9. Pembahagian untung dan dividen bergantung kepada keuntungan syarikat.

10.Mesti menerbitkan prospektus (laporan kewangan syarikat) dan mengumumkan untung rugi dalam akhbar

Kelebihan syarikat

1. Syarikat mudah untuk mendapatkan modal sama ada melalui pinjaman bank atau orang awam dengan cara menerbitkan saham.

2. Jangka hayat yang panjang walaupun terdapat penukaran hak milik saham atau kematian pemegang saham.

3. Liabiliti perniagaan terhad kepada sumbangan modal.

4. Syarikat mudah berkembang kerana modalnya besar.

5. Syarikat adalah satu entiti yang berbeza iaitu syarikat boleh didakwa dan mendakwa atas

Page 27: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

namanya.6. Pemegang saham dilindungi oleh undang-undang.7. Saham syarikat mudah dijual.8. Pengurusan syarikat lebih efisyen.

Kelemahan syarikat1. Pembentukan syarikat adalah rumit iaitu di bawah

Akta Syarikat 1965.2. Saiznya besar dan banyak cawangan ia

merumitkan pengurusan iaitu banyak masalah yang timbul di kalangan pihak pengurusan dan pekerja.

3. Kos penubuhan syarikat adalah tinggi.4. Pengurusan syarikat dikawal oleh lembaga

pengarah dan bukannya pemegang saham. Ini boleh menyebabkan salah guna kuasa.

5. Operasi syarikat dikawal oleh undang –undang dan peraturan yang ketat yang mana undang-undang bertujuan untuk melindungi kepentingan pemegang saham.

6. Pengurus dan pemilik syarikat terutama syarikat awam adalah dipisahkan.

7. Cukai dikenakan dua kali iaitu cukai pendapatan dan cukai syarikat.

4. Koperasi

KOPERASI

Ciri-ciri koperasi

a. Koperasi dimiliki dan dikawal oleh ahli-ahlinya.b. 2 bentuk koperasi iaitu koperasi keahlian terhad

kepada jenis pekerjaan, kawasan dan latar belakang seperti Koperasi Guru-guru Semenanjung Malaysia dan koperasi yang keahlian bebas seperti koperasi perumahan dan koperasi pengguna.

c. Mengikut Akta Koperasi 1948, koperasi mempunyai prinsip-prinsip seperti keanggotaan sukarela dan terbuka, perjalanan pengurusan secara demokrasi, bayaran untung atas saham yang terhad, pembahagian untung secara saksama, menggalakkan pendidikan koperasi dan bekerjasama secara aktif di semua tahap koperasi.

d. Koperasi ditubuhkan di bawah Ordinan Akta

“Koperasi ialah perniagaan yang dijalankan oleh sekumpulan individu

secara sukarela untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya.”

Page 28: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

Koperasi Malaysia.e. Liabiliti koperasi adalah terhad.f. Modal koperasi diperolehi melalui yuran sama

ada yuran bulanan, tahunan atau saham yang dibeli oleh ahli.

g. Didaftarkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia [SKM]

h. Agihan risiko, keuntungan dan kerugian koperasi adalah berdasarkan pegangan saham dan penglibatan ahli-ahli.

i. Koperasi diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli koperasi semasa mesyuarat agong tahunan.

j. Keuntungan koperasi diagihkan kepada ahli sama ada satu kali atau dua kali setahun dalam bentuk dividen atau bonus atau kedua-duanya.

Kelebihan koperasi

1. Koperasi menjaga kepentingan ahli dan bukannya mencari keuntungan.

2. Koperasi mewujudkan kerjasama dan tolong-menolong antara ahli-ahli dalam menyelesaikan masalah mereka.

3. Cukai dikenakan ke atas keuntungan koperasi iaitu lebih rendah daripada cukai syarikat berhad.

4. Koperasi ditadbirkan secara demokrasi melalui pengundian.

5. Liabiliti bagi koperasi adalah terhad.6. Koperasi akan wujud secara berterusan iaitu

entiti yang berasingan.

Kelemahan koperasi

1. Aktiviti koperasi dikuasai oleh segolongan individu tertentu kerana ahli-ahli koperasi kurang aktif.

2. Kedudukan kewangan bagi koperasi agak lemah kerana koperasi ditubuhkan oleh mereka yang berpendapatan rendah seperti petani dan nelayan.

3. Modal yang kecil menyebabkan koperasi tidak mampu bersaing setara syarikat.

4. Operasi bagi koperasi dikawal rapi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

5. Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah.

6. Mesyuarat Agong Tahunan yang dihadiri oleh ramai ahli boleh menggugat sistem pengurusan

Page 29: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

koperasi.7. Syer tidak boleh dipindah milik dan tidak

disenaraikan oleh Bursa Saham Malaysia.

(c) menjelaskan langkah-langkah penubuhan organisasi tersebut;

B. Proses Penubuhan bagi setiap entiti perniagaan

1. Milikan tunggal dan Perkongsian Undang-undang kerajaan Malaysia, memerlukan

usahawan mendaftar perniagaan mereka mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978) bagi perniagaan perseorangan dan perniagaan berkongsi, kecuali:

i. Penjaja kecil-kecilan seperti pasar malam, atau perniagaan bersabit dengan pelancongan atau perniagaan perkhidmatan yang diberi kuasa pada setengah-setengah agensi kerajaan.

ii. Syarikat yang telah berdaftar dengan pendaftaran syarikat.

iii. Perniagaan yang berbentuk perkhidmatan profesional seperti Jurutera, Arkitek, Peguam dan Akauntan.

Usahawan perlu memohon untuk pendaftaran perniagaan perseorangan dengan mengisi borang dan menghantarkannya pada Pejabat Pendaftaran Perniagaan yang berdekatan dengan tempat atau alamat melakukan perniagaan. Borang-borang yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran.

Ringkasan Pendaftaran:

1. Daftar dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan.2. Mengisi Borang A3. Bayar Yuran Pendaftaran4. Kawalan Akta Perkongsian 1961 (bagi perniagaan

Perkongsian)

2. Syarikat

Sebelum Penubuhan:

Syarikat hendaklah mempunyai:

1. Sekurang-kurangnya dua pengarah (pengarah dan pengasas boleh terdiri daripada orang yang sama); dan

2. Seorang setiausaha syarikat yang terdiri daripada ahli badan profesional yang telah ditetapkan oleh menteri atau yang telah dilesenkan oleh pendaftar

Page 30: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

syarikat.3. Pengarah-pengarah dan setiausaha syarikat

mestilah mempunyai tempat bermastautin utama atau tempat tinggal hanya di malaysia.

Tatacara Pendaftaran:

Berikut adalah tatacara untuk pendaftaran perniagaan:

1. Terlebih dahulu dapatkan kelulusan nama perniagaan yang dicadangkan daripada Suruhanjaya.

2. Lengkapkan Borang A (Pendaftaran Perniagaan) dan kembalikan dalam tempoh 21 hari dari tarikh kelulusan nama perniagaan. Isi maklumat berikut dalam Borang A:

a) Maklumat mengenai pemohonb) Tarikh perniagaan bermulac) Cawangan perniagaand) Jenis perniagaan

3. Setiap pemilik mesti menandatangani Borang A yang lengkap di hadapan pegawai pengesahan yang disebut dalam borang.

Panduan dan Syarat Am:

Berikut adalah panduan am untuk pendaftaran perniagaan:

1. Warganegara dan penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar perniagaan.

2. Daftarkan perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh perniagaan dimulakan.

3. Perniagaan yang didaftar tidak menyalahi undang-undang.

4. Kemukakan kelulusan khusus seperti permit, lesen, surat kebenaran atau sokongan apabila mendaftar perniagaan yang memerlukan persetujuan khas atau kebenaran.

Ringkasan Pendaftaran:

1. Daftar dengan pendaftar Syarikat.2. Dokumen tertentu,borang

13A,14,7,44,48A,49,6,24.3. Tataurus dan memorendum.4. Bayaran berasaskan modal dibayar.5. Kawalan Akta Syarikat 1965

Page 31: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

3. KoperasiLangkah-langkah yang perlu diambil sebelum memohon pendaftaran koperasi:

1. Menghubungi pejabat SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) Permohonan untuk menubuhkan koperasi

hendaklah dikemukakan kepada Pengarah SKM Negeri melalui pejabat SKM Wilayah/Daerah. Borang permohonan boleh diperoleh daripada pejabat SKM/Wilayah atau dimuat turun dari laman web SKM.

2. Mengemukakan permohonan untuk menubuhkan koperasi Borang permohonan yang telah

dilengkapkan perlu dikemukakan kepada pejabat SKM Negeri untuk mendapatkan kebenaran penubuhan.

3. Membentuk sebuah Jawatankuasa Penaja Selepas mendapat kelulusan Pengarah SKM

Negeri, sebuah Jawatankuasa Penaja seramai sekurang-sekurangnya sepuluh orang hendaklah dibentuk.

Di antara fungsi Jawatankuasa Penaja adalah:1. Mengenalpasti aktiviti utama keperluan

bersama anggota.2. Menyediakan Undang-undang Kecil

koperasi dengan mengikut contoh undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh SKM dengan ubahsuai yang diperlukan.

3. Menyediakan aturan-aturan kegiatan yang termasuk dalam objektif penubuhan koperasi.

4. Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat masing-masing. Jawatankuasa Penaja hendaklah memastikan sekurang-kurangnya lima puluh orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi anggota sebelum mesyuarat agung permulaan ditetapkan

5. Mengatur sesi penerangan kepada bakal anggota koperasi oleh pejabat SKM.

4. Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan Selepas sesi penerangan, Jawatankuasa

penaja hendaklah menetapkan satu tarikh bagi mengadakan mesyuarat agung

Page 32: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

permulaan koperasi. Tujuan Mesyuarat Agong:

i. Untuk mendapatkan ketetapan daripada ahli untuk menubuhkan koperasi,

ii. Meluluskan undang-undang kecil koperasi dan

iii. Pemilihan ahli lembaga pengarah koperasi.

iv. Mesyuarat ini perlu dihadiri oleh pegawai dari skm yang akan menerangkan hak dan tanggungjawab ahli

5. Penyerahan dokumen pendaftaran Menyerahkan dokumen pendaftaran kepada

Ketua Pendaftar SKM tidak lewat dari tujuh hari selepas mesyuarat agung permulaan di adakan

Dokumen yang perlu disediakan ialah:1. Borang permohonan pendaftaran yang

ditandatangani 10 orang ahli jawatankuasa penaja

2. Naskah undang-undang kecil koperasi3. Minit mesyuarat agung permulaan yang

ditandatangani oleh sekurang-kurangnya 50 orang ahli yang hadir

**Koperasi hanya boleh beroperasi selepas menerima sijil perakuan yang dikeluarkan oleh SKM.

1.3.2 Aktiviti perniagaan

Page 33: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

(d) membandingkan aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran dan perkhidmatan;

A. Aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran

AKTIVITI PERNIAGAAN PENGELUARAN

B. Jenis aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran

1. Ekstraktif

Aktiviti perniagaan ekstraktif meliputi penghasilan dan pemprosesan untuk mendapatkan sesuatu bahan mentah

Aktiviti yang terlibat ialah mengeluarkan hasil bahan mentah dari alam semulajadi untuk dijadikan input kepada pengeluaran lain.

Aktiviti menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh siap.

Contoh aktiviti perniagaan ektraktif ialah perlombongan, perikanan dan pertanian

2. Barangan konsumer

Melibatkan proses mengeluarkan barang-barang terus boleh digunakan oleh pelanggan

Proses mengeluarkan barang-barang siap dan melibatkan beberapa tahap

Barangan yang dibeli oleh pelanggan kahir untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk tujuan perniagaan Motorsikal, kereta

Contoh pengeluaran barangan konsumer ialah seperti makanan (gula, minyak masak), barang eletrik dan sebagainya.

3. Barangan industri

Melibatkan pengeluaran barang-barang yang digunakan untuk proses pengeluaran seterusnya

Barangan yang dibeli dengan tujuan dijual atau diproses semula untuk mengahsilkan produk baru.

Contohnya pengeluaran cip komputer, tayar kereta, barangan elektronik.

4. Pembuatan

Aktiviti menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh siap.

(e) menjelaskan aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran seperti ekstraktif, barangan pengguna (konsumer), barangan industri, pembuatan, pemasangan, dan seumpamanya;(f) menjelaskan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan seperti peruncitan, pemborongan, kewangan, profesional, perhotelan, pendidikan, dan seumpamanya;

Perniagaan berasaskan pengeluaran ialah aktiviti yang melibatkan

pengeluaran iaitu menggunakan tenaga buruh untuk mengeluarkan bahan

mentah dan memprosesnya kepada

Page 34: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

menghasilkan barang siap. Aktiviti mencantum bahan-bahan yang dihasilkan

supaya membentuk sesuatu barang Contohnya aktiviti pemasangan kereta dan

elektronik iaitu komponen elektronik dipasang untuk menghasilkan televisyen, radio dan perakam video.

C. Aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan

AKTIVITI PERNIAGAAN PERKHIDMATAN

Definisi perniagaan berasaskan perkhidmatan

Dalam ekonomi, perkhidmatan adalah kerja yang dilakukan oleh seseorang individu atau sekumpulan individu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Ini termasuk memberikan tenaga, kemahiran, kepakaran dan pengalaman yang memberi manfaat kepada orang lain atau pelanggan.

Pembekal perkhidmatan boleh terlibat dalam aktiviti ekonomi tanpa mengalami batasan seperti perlu menyediakan stok atau inventori atau bahan mentah.

Pada masa yang sama, pelaburan mereka dalam kepakaran memerlukan pemasaran perkhidmatan dan penambahbaikan yang berterusan untuk menghadapi persaingan.

Kebanyakan perniagaan berasaskan perkhidmatan bagaimanapun memerlukan struktur fizikal dan peralatan yang besar, dan menggunakan sumber yang banyak seperti perkhidmatan pengangkutan dan ketenteraan.

Antara perniagaan berasaskan perkhiamatan ialah:

1. Runcit

Aktiviti perniagaan runcit ialah perniagaan yang melibatkan penjualan barang secara langsung kepada pelanggan akhir untuk kegunaan peribadi.

Contoh perniagaan runcit ialah Kedai Runcit Gmart, Seven Eleven dan sebagainya.

2. Borong

Aktiviti perniagaan borong melibatkan penjualan barang dan perkhidmatan kepada penjual untuk kegunaan perniagaan.

Contoh perniagaan pemborongan ialah Pasaraya

“Perniagaan berasaskan perkhidmatan merujuk kepada aktiviti penawaran

produk tidak ketara kepada pengguna.”

Page 35: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

Mydin, Syarikat Pemborong Din Brothers.

3. Kewangan

Aktiviti perniagaan kewangan menyediakan pinjaman jangka pendek, jangka panjang dan kemudahan pinjaman bayaran kepada pelanggan.

Contoh pernaigaan berasaskan perkhidmatan kewangan ialah Institusi bank dan syarikat kewangan.

4. Profesional

Perniagaan berasaskan perkhidmatan profesional menawarkan perkhidmatan yang khusus dan individu yang terlibat biasanya memiliki kemahiran dan kepakran berkaitan bidang yang diceburi

Contoh perniagaan perkhidmatan ialah seperti perkhidmatan peguam, doktor, dan audit.

5. Perhotelan

Perkhidmatan perhotaln menawarkan perkhidmatan penginapan, makanan dan minuman serta perkhidamatan reakrasi atau istirehat kepada pelancong.

Contoh perniagaan berasaskan perhotelan ialah Hotel Sri Malaysia, Hotel Vistana, dan sebagainya.

6. Pendidikan

Perniagaan perkhidmatan pendidikan menawarkan perkhidmatan pendidikan untuk penuntut sepenuh masa atau sambilan.

Contoh bagi perniagaan perkhidmatan pendidikan ialah Pusat tuisyen, sekolah swasta, IPTS, dan Kolej Swasta.

1.3.3 Sektor perniagaan

(g) membincangkan peranan sektor industri seperti swasta, awam, dan badan berkanun dalam perkembangan perniagaan;

Sektor perniagaan

Peranan sektor swasta, sektor awam dan badan berkanun

1. Sektor swasta

SEKTOR SWASTA

“Sektor swasta merujuk kepada organisasi perniagaan yang dimiliki oleh

individu individu atau organisasi organisasi tertentu secara persendirian.”

Page 36: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

Bentuk pernigaan yang termasuk dalam sektor swasta ialah perniagaan milikan tunggal , perkongsian,perniagaan syarikat.

Peranan sektor swasta1. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat

dengan membuka kilang dan perniagaan2. Meiningkatkan hasil negara melalui cukai

keuntungan yang dibayar.3. Memberi kemahiran dan pengalaman untuk

meningkatkan produktiviti dan pembangunan sumber manusia kepada masyarakat.

4. Sumbangan kepada negara seperti derma dan lain lain.

5. Menyediakan infrastruktur dan prasarana seperti jalanraya dan lain lain.

6. Memindah teknologi luar ke dalam negara.

2. Sektor awam

SEKTOR AWAM

Organisasi ini boleh dibahagikan kepda jabatan-jabatan kerajaan dalam kemeterian tertentu.

Ianya dibahagikan kepada tahap kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Peranan sektor awam

1. Menggubal dasar dan peraturan agar dapat menggalakkan pembangunan sektor swasta.

2. Memastikan agar peraturan dan undang-undang dipatuhi oleh pihak perniagaan.

3. Mengeluarkan lesen dan permit kepada perniagaan supaya boleh beroperasi.

4. Menyediakan kemudahan awam untuk perniagaan dan masyarakat tempatan.

5. Menyediakan tenaga kerja yang mahir dalam pelbagai bidang bagi membangun aktiviti pereniagaan.

6. Menggalakkan pertumbuhan sektor-sektor penting dalam negara melalui pemberian insentif tertentu.

7. Menjadi penyokong dan pendorong kepada sektor swasta.

“Sektor awam merujuk kepada organisasi-organisasi milik kerajaan yang

menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan kepada rakyat seperti

pendidikan, rawatan perubatan,

Page 37: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

8. Memberi kemudahan dan panduan, insentif dan lain lain dalam pengeluaran,pertanian dan lain lain

9. Menjalankan monopoli semulajadi seperti petronas dalam cari gali petroleum

10.Menjalankan projek berisiko seperti pembinaan lapangan terbang dan janakuasa hidroelektrik

11.Melaksanakan dasar-dasar fiskal dan kewangan.12.Penguatkuasa undang-undang dan kawalan.13.Menawarkan barangan dan perkhidmatan awam

kepada orang ramai seperti polis, bomba, tentera dan bekalan air.

14.Agihan ekonomi untuk faedah orang miskin.3. Badan berkanun

BADAN BERKANUN

Merupakan perbadanan yang ditubuhkan di bawah undang-undang tertentu.

Organisasi badan berkanun ini mewujudkan perkhidmatan-perkhidmatan yang penting kepada sektor industri, perdagangan dan juga sektor sosial dalam negeri.

Badan berkanun merupakan entiti berasingan daripada perkhidmatan awam yang diuruskan oleh pengurus-pengurus yang berkemahiran dan kerpengalaman sebagai pentadbir dalam kerajaan.

Peranan badan berkanun

1. Melibatkan dlm bidang sosioekonomi yang tidak diceburi pihak swasta.

2. Menyediakan rancangan pembangunan ekonomi mengikut fungsi masing-masing dan melaksanakan rancangan tersebut.

3. Mengawasi agar peraturan atau undang-undang dipatuhi oleh pihak perniagaan.

4. Mengeluarkan lesen kepada perniagaan supaya dapat beroperasi.

5. Memberi latihan dan membantu menyediakan tenaga kerja mahir.

6. Meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi melalui bantuan kewangan.

7. Mengawal selia aktiviti perniagaan sektor swasta supaya tidak melanggar peraturan dan perundangan yang telah ditetapkan.

“Badan berkanun” ertinya suatu badan, walau dengan nama apa pun disebut, yang

diperbadankan oleh undang-undang persekutuan bagi maksud Kerajaan

Persekutuan, tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan.”

Page 38: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

8. Dapat menjaga kewibawaan sektor swasta dan kepentingan pihak pelanggan supaya tidak ditindas pihak tidak bertanggungjawab

9. Menyediakan sumber manusia seperti universiti.

1.3.4 Tahap perniagaan

(h) menjelaskan tahap-tahap perniagaan dari perspektif berikut.

(i) Primer, sekunder, dan tertiar

Tahap perniagaan

A. Tahap pengeluaran

1. Primer

Merangkumi aktiviti bagi mendapatkan atau mengeluarkan sumber-sumber kepada 2. Sekunder

Pada tahap sekunder, sumber-sumber semulajadi (tahap primer) atau bahan mentah diproses dan dikilangkan kepada barang siap.

Bijih besi ditukarkan kepada kepingan besi, kayu balak diproses menjadi papan lapis dan kulit binatang dijadikan kasut serta barangan kulit. Kilang-kilang mengeluarkan tekstil daripada kapas, sutera, bulu binatang atau bahan-bahan sintetik.

Contohnya, kilang pemasangan kereta, tayar, enjin dan pelbagai kelengkapan lain yang dikeluarkan oleh pengeluar alat-alat tersebut.

Bagi negara yang tidak mempunyai sumber-sumber semula jadi, mereka masih mampu mengeluarkan produk sekunder dengan mengimport bahan mentah tersebut.

3. Tertier

Perniagaan tahap tertier melibatkan

(ii) Huluan dan hiliran

(iii) Domestik dan antarabangsa

Page 39: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

perniagaan yang menghasilkan produk yang tidak ketara seperti perkhidmatan.

Contohnya syarikat pengangkutan yang menghantar produk melalui udara, air dan laut, pos, telekom, hotel, bank, insurans dan kewangan.

Perkhidmtan yang ditawarkan oleh badan badan profesioanal seperti doktor, akauntan, jurutera dan sebagainya.

B. Tahap Industri

Perniagaan barangan industri adalah perniagaan yang melibatkan pembuat menjual barangan atau keluarannya kepada pembuat atau syarikat lain dan barangan tersebut diproses seterusnya, ditransformasi dan ditambah nilai bagi dijual semula ataupun untuk menghasilkan produk lain.

Perniagaan Tahap industri meliputi tahap industri huluan dan industri hiliran.

1. Huluan

Perniagaan pada tahap huluan merujuk kepada perniagaan utama teras yang diwujudkan oleh sesebuah organisasi yang melibatkan aktiviti yang berasaskan sumber semula jadi seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan lain-lain.

Tahap industri yang membekalkan bahan mentah, barang separuh siap atau

Barang siap yang akan digunakan dalam aktiviti pengeluaran lain

Contoh industri tahap huluan ialah industri yang mengeluarkan susu getah, perusahaan kayu balak, kilang padi, dan lain-lain.

2. Hiliran

Tahap perniagaan yang berlaku selepas indsutri tahap huluan.

Perniagaan tahap ini meliputi aktiviti perniagaan yang diwujudkan daripada sesebuah perniagaan lain.

Contohnya perniagaan yang menghasilkan tayar getad daripada susu getah, perusahaan kilang kayu lapis, kilang arang kayu dan perabot yang diwujudkan daripada

Page 40: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

perusahaan kayu balak.

C. Tahap Pasaran

1. Domestik

Perniagaan domestik ialah perniagaan yang beroperasi di dalam sesebuah negara dan mengeluarkan hasil keluaran untuk pasaran tempatan atau domestikdi negara tersebut sahaja.

Perniagaan domestik di malaysia merangkumi perniagaan yang berteaskan pertanian, perladangan, pekilangan dan perkhidmatan.

Segala aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah di antara peniaga-peniaga tempatan dalam sempadan sesebuah negara.

Peranan perniagaan domestik

1. Menjimatkan kadar pertukaran mata wang asing melalui penggunaan sumber tempatandan mengurangkan pengaliran keluar mata wang negara

2. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat mengurangkan kadar pengganguran.

3. Membangunkan industri sokongan mewujudkan perusahaan lain yang menyokong perusahaan asas.

4. Membangunkan modal insan memberi kemahiran asas kepada tenaga kerja dalam negara

5. Memberi sumber pendapatan kepada negara cukai perniagaan yang dibayar oleh syarikat.

2. Antarabangsa

Perniagaan antarabangsa sama ada kecil atau besar merujuk kepada perniagaan yang memasarkan produknya dalam dua atau lebih negara.

Penglibatan perniagaan di perngkat antarabangsa selalunya bermula dengan aktiviti eksport samada diperingkat seratau atau di peringkat global dan operasi perniagaan selaunya berpusat di negara sendiri.

Tambahan kepada cukai import akan

Page 41: Nota Pp Penggal 1 Bab 1

KUNCI PP PENGGAL 1 Cg aZLy

dikenakan kepada barang dari luar negara dan juga cukai eksport yang dikenakan kepada barangan daripada luar negara

Contoh perniagaan antarabangsa ialah pengeluar tayar getah di malaysia mengeksport tayar getah ke negara lain.

Peranan perniagaan antarabangsa

1. Negara dapat kemasukan teknologi dan kepakaran yang baru dari luar.

2. Negara dapat menambahkan pendapatan negara melalui cukai eksport dan import.

3. Negara mendapat mengeratkan hubungan dua hala antara negara yang terlibat.

4. Negara dapat meningkatkan pelaburan asing/modal asing

5. Meningkatkan peluang pekerjaan dan negara dapat mengurangkan kadar pengangguran.

6. Perniagaan dapat meluaskan pasaran yang sudah tepu.