nota peperiksaan edu

9
Bab 2 Peranan Guru dalam Pengurusan Bilik Darjah 2.1 Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif Ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Murid menyedari kelebihan sikap berdikari, mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarnnya. 2.1.1 Persekitaran Fizikal Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek yang berikut: o Susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah. o Sumber bahan pembelajaran o Ruang / sudut pembelajaran o Ruang pada dinding o Pencahayaan, pengudaraan dan perabot o Kebersihan. Susun atur fizikal di dalam bilik darjah boleh menampakkan autoriti, stail pengajaran seseorang guru, menimbulkan rasa kesepunyaan dan membolehkan interaksi di dalam kelas. Suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan murid dengan muridlain. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Garis panduan tentang penggunaan ruang di dalam bilik darjah: o Susunan bilik darjah yang membenarkan guru memantau dengan mudah dan cepat Memberi peluang kepada kontak mata antara guru dengan murid. Elakkan susunan yang menghalang pergerakan guru ke tempat duduk murid. o Kedudukan guru berhampiran dengan murid Dapat memberi peluang kepada guru berinteraksi dengan murid. o Pemandangan murid mesti jelas dan tidak terhalang o Ruang trafik yang selesa Susun atur di dalam bilik darjah mesti memberikan peluang kepada guru dan murid untuk bergerak di dalam kelas dengan mudah dan tanpa halangan.

Upload: xunny-ng

Post on 04-Oct-2015

232 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Bab 2 Peranan Guru dalam Pengurusan Bilik Darjah2.1 Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif Ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Murid menyedari kelebihan sikap berdikari, mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarnnya.2.1.1 Persekitaran Fizikal Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek yang berikut: Susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah. Sumber bahan pembelajaran Ruang / sudut pembelajaran Ruang pada dinding Pencahayaan, pengudaraan dan perabot Kebersihan. Susun atur fizikal di dalam bilik darjah boleh menampakkan autoriti, stail pengajaran seseorang guru, menimbulkan rasa kesepunyaan dan membolehkan interaksi di dalam kelas. Suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan murid dengan muridlain. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Garis panduan tentang penggunaan ruang di dalam bilik darjah: Susunan bilik darjah yang membenarkan guru memantau dengan mudah dan cepat Memberi peluang kepada kontak mata antara guru dengan murid. Elakkan susunan yang menghalang pergerakan guru ke tempat duduk murid. Kedudukan guru berhampiran dengan murid Dapat memberi peluang kepada guru berinteraksi dengan murid. Pemandangan murid mesti jelas dan tidak terhalang Ruang trafik yang selesa Susun atur di dalam bilik darjah mesti memberikan peluang kepada guru dan murid untuk bergerak di dalam kelas dengan mudah dan tanpa halangan. Sifat ingin tahu kanak pada peringkat umur ini akan mendorong mereka bergerak untuk melihat hasil kerja rakan. Akses mudah kepada sumber bahan pembelajaran Memudahkan murid mengambil bahan pembelajaran dan menggunakannya. Juga memberi peluang kepada guru mengajar murid cara menyimpan bahan dengan tersusun yakni mereka boleh bertanggungjawab ke atas bahan pembelajaran di dalam kelas. Ruang pada dinding Untuk meletakkan papan kenyataan dan menampal hasil kerja murid, maklumat tentang aktiviti kelas dan lain-lain. Kenal pasti ruang di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti tertentu Guru hendaklah menyediakan sudut-sudut khas di dalam bilik darjah khusus untuk aktiviti tertentu. Ruang ini boleh diggunakan oleh murid-murid pada ketika tertentu, misalnya untuk aktiviti pemulihan atau pengayaan. beri perhatian kepada pencahayaan, pengudaraan dan perabot kebersihan susunan kerusi meja murid mesti fleksibel terdapat tiga jenis susunan: bilik darjah tradisional kumpulan kecil seminar2.1.2 Persekitaran Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang beliau wujudkan di dalam bilik darjah. Pendekatan pengajaran guru perlu mengambil kira keperluan murid, perkembangan kognitif dan juga gaya pembelajaran murid yang berbeza. Antara keperluan murid termasuklah keperluan untuk memahami matlamat dan objrktif pengajaran, melibatkan diri secara aktif dalam prose pembelajaran, mengetahui hubungan antara perkara yang dipelajari di dalam bilik darjah dengan kehidupan mereka, menikmati kejayaan, memperoleh maklum balas dan berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya. Kajian yang dibuat oleh Dunn dan Dunn mencadangakan beberapa elemen yang mempengaruhi pembelajaran individu, iaitu, persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologikal. Kepimpinan guru terbahagi kepada tiga iaitu : Autokratik ialah guru yang memberi arahan, membuat keputusan sendiri dan yang menentukan hala tuju kelas. Demokrasi ialah guru yang akan berbincang dengnan murid, memberi murid peluang membuat keputusan. Laize-faire ialah guru memberikan pilihan kepada murid untuk membuat keputusan sendiri. Kajian oleh Wubbels dan rakannya, telah mengenal pasti aspek dominan sebagai ciri penting dalam hubungan guru dan murid. Dominan bukan bermaksud autokratik tetapi keupayaan guru menyediakan matlamat yang jelas dan bimbingan berkaitan dengan akademik dan tingkah laku murid. Komunikasi yang berkesan merupakan asas kepada pengurusan bilik darjah yang baik. Hal ini kerana ia memberikan peluang kepada guru bersikap mesra dan menikmati interaksi dengan murid-muridnya. Ciri-ciri komunikasi berkesan yang boleh ditunjukkan oleh guru adalah : Penggunaan bahasa yang mudah difahami dan sopan. Memberikan perhatian dan menghormati pandangan murid. Menjadi pendengar yang aktif. Menggunakan pergerakan fizikal seperti tangan dan mimik muka. Bersemangat semasa mengajar dan suara yang jelas. Memanggil murid dengan menggunakan namanya. Memandang kea rah murid apabila bercakap dengannya, iaitu pastikan ada kontak mata. Kemahiran dalam komunikasi boleh terbahagi kepada dua, iaitu : Kemahiran menghantar maklumat termasuk pertuturan yng jelas dengan penggunaan bahasa yang sesuai. Kemahiran menerima maklumat atau kemahiran mendengar penting dalam menjalinkan hubungan dengan murid.2.1.3 Peraturan dan Rutin Bilik Darjah Ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah. Juga merupakan satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid. Semasa membentuk peraturan bilik darjah, guru perlu memberikan perhatian kepada beberapa perkara: Ayat peraturan mesti ringkas dan jelas. Murid akan menghadapi kesukaran dalam memahami dan mengingatt peraturan yang panjang dan berbelit. Peraturan yang dibentuk seeloknya bermakna dan dipersetujui oleh murid di dalam bilik darjah dan akan lebih berkesan jika guru membentuk peraturan bersama muridnya. Amalan demokrasi ini akan memberikan peluang kepada murid merasakan bahawa mereka sebahagian daripada warga bilik darjah dan bukan hanya pemerhati. Guru juga boleh mengambil kesempatan ini untuk berbincang bersama muridnya tentang kepentingan peraturan bilik darjah mereka. Hadkan bilangan peraturan. Peraturan yang terlalu banyak di dalam bilik darjah boleh mengelirukan murid. Perturan yang dibentuk seharusnya adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran. Ayat-ayat yang digunakan seharusnya bersifat positif. Cuba elakkan daripada menggunakan perkataanh JANGAN Peraturan bilik darjah mesti selaras dengan peraturan sekolah dan tidak bercanggah dengannya. Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti speksifik mereka di dalam bilik darjah. Rutin bertujuan untuk melicinkan proses p n p. Rutin boleh dibentuk melalui perbincangan dengan murid. Ia perlu sentiasa dipantau dan murid mesti diberikan peneguhan sehingga prosedur itu menjadi amalan di dalam bilik darjah dan menjadi suatu budaya di sekolah tersebut.2.2 Pengurusan Pentaksiran di dalam Bilik Darjah. Pentaksiran ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan pelaksanaan prosedur ini dengan baik boleh membantu pengurusan bilik darjah. Terdapat dua proses yang terlibat dalam pentaksiran, iaitu Pengukuran ialah penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai kuantitaf atau maklumat tentang pencapaian pembelajaran individu. Maklumat ini boleh diperolehi secara informal melalui pemerhatian ketika murid berbincang atau menyelesaikan masalah di dalam kelas. Pengukuran boleh dikumpul secara formal melalui kuiz, latihan, amali, projek, ujian lisan atau ujian bertulis. Penilaian proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada pengukuran. Juga boleh digunakan untuk mengalirkan murid ke kelas mengikut tahap pencapaian. Pentaksiran yang berkesan harus mempunyai dua ciri, iaitu: Kesahan merujuk kepada sejauh mana alat yang digunakan untuk mengukur menepati tujuannya atau mengukur perkara yang sepatutnya diukur. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian atau sejauh mana ujian yang sama dapat memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa kali pada masa yang berbeza. Guru akan menghadapi kesukaran dalam menterjemahkan keputusan sekiranya ujian tersebut tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Hal ini akan menjejaskan matlamat pengurusan bilik darjah, iaitu membimbing pembelajaran murid. Terdapat dua bentuk pentaksiran, iaitu: Formatif Dilaksanakan sebelum dan semasa pengajaran. Bertujuan untuk mengesan kemajuan murid dan sejauh mana objektif pengajaran tercapai. Sematif Dilaksanakan di hujung semester atau penggal untuk memperoleh pencapaian murid. Bertujuan untuk pemberian gred dan sijil. Menurut Kovalik 2002, pentaksiran di dalam bilik darjah memberikan maklumat yang membolehkan guru mengubahsuai prosedur pengajarannya agar memenuhi keperluan muridnya. Juga membantu meningkatkan motivasi serta pembelajaran murid. Amalan pentaksiran yang tidak efesien boleh melemahkan semangat murid untuk belajar, menimbulkan rasa tidak puas hati, kurang bermotivasi dan mungkin masalah tingkah laku.2.2.1 Proses Penyediaan Ujian dan Peperiksaan Jadual Penentu Ujian ( JPU ) ialah suatu panduan yang digunakan dalam membentuk item soalan. Jadual ini mengandungi topic, objektif pengajaran dan aras kefahaman yang hendak diuji.

2.3 Pengurusan Sumber Maklumat Murid Maklumat pada boring ini bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalam pengurusan berkaitan hal ehwal murid. Sumber maklumat ini penting dalam membantu guru membuat keputusan tentang pengurusan bilik darjahnya. Maklumat ini memberitahu guru keperluan murid-muridnya berdasarkan latar belakang, pencapaian akademik serta kehadiran mereka di sekolah., Dengan itu, maklumat hendaklah sentiasa dikemaskini, tepat dan mudah diperoleh.

Bab 3 : Hubungan Guru Murid3.1 Membina Hubungan Guru-Murid Guru harus sentiasa mengawasi murid-murid dan peka terhadap kesukaran yang dihadapi oleh mereka. Komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid akan meningkatkan iklim pembelajaran kepada yang lebih baik. Guru yang menghormati dan mesra dengan murid tetapi menunjukkan ketegasan dan menetapkan batas-batas yang bersesuaian dalam p&p akan dihormati oleh murid-murid. Suasana demokratik di dalam bilik darjah wujud, iaitu semasa murid bersama guru membuat keputusan p n p atau suasana pembelajaran akan membuat murid berasa dihargai dan lebih bertanggungjawab. Guru dan murid berkongsi tanggungjawab di dalam bilik darjah.

3.1.1 Kepentingan membina hubungan Guru-murid Dapat mengatur rutin dan peraturan di dalam bilik darjah dengan lebih telus dan berkesan. Dapat bekerjasama dengan murid dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah. Murid dapat meluahkan masalah dan berkongsi pendapat tentang pelajaran dengan guru. Guru perlu mengetahui latar belakang social dan akademik murid untuk menentukan corak hubungan yang sesuai dengan muridnya. Kebaikan kepada guru : Menaikkan motivasi dan semangat untuk mengajar. Murid lebih senang dikawal. Meningkatkan kerjasama dengan murid Menaikan imej guru Kebaikan kepada murid : Minat murid untuk belajar meningkat Murid lebih senang bekerjasama dengan guru Pencapaian akademik murid meningkat Murid lebih bermotivasi untuk belajar. Masalah disiplin dapat dikurangkan Membentuk peribadi yang mulia dan menjadi model yang boleh diikuti oleh murid dan guru.

3.1.2 Faktor 2 mempengaruhi hubungan guru-murid Penampilan dan bahasa badan guru Menunjukkan ciri-ciri profesionalisme guru dan mengikut etika berpakaian Sentiasa menjadi tumpuan pemerhatian murid dan masyarakat. Memberi persepsi yang baik kepada murid. Murid akan menghormati guru dan jadikan guru sebagai rol model untuk dituruti. Badan bahasa guru juga menyampaikan mesej kepada murid tentang perwatakan sebagai guru. Guru perlu mempunyai kontak mata dengan murid supaya mereka berasa dihargai. Gerak geri guru perlu bertenaga semangat untuk mengajar. Tingkah laku Melambangkan keperibadian. Bersopan, berhemah tetapi tegas, berempati dan menggunakan bahasa yang sesuai akan menghubungkan murid dengan gurunya. Menunjukkan contoh teladan yang baik Menunjukkan minat Kelihatan ceria dan tenang Komunikasi berkesanikhlas Mengambil berat Bersemangat kekitaan Berempati Amalan yang baik: Tegur/sapa murid Ingat nama murid Guna bahasa yang sopan Modelkan ucapan yang baik Minta pertolongan dan bukan mengarah Bercakap dengan berhemah tetapi tegas Persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah Menanamkan sifat dan semangat kekitaan di dalam bilik darjah. Libatkan murid dalam perancangan dan membuat keputusan berkaitan dengan peraturan yang telah dibincangkan dan ditetapkan. Ciri bilik darjah yang kondusif: Ceria, bersih dan teratur Menarik perhatian murid untuk belajar Memotivasikan murid Lengkap dengan bahan bantu mengajar Mempunyai ruang untuk meningkatkan potensi murid.

3.1.3 strategi membina hubungan positif guru-murid Ingat nama murid Guru yang mengingati nama murid dan sebut nama mereka dengan betul akan lebih cepat membina hubungan dengan murid. Tanam semangat cintakan kelas Tanamkan sifat kesepunyaan murid terhadap kelas dan jadikan kelas tempat yang seronok untuk belajar. Guru perlu mempunyai inisiatif dan membimbing bukan hanya mengarah dan mengatur. Agihkan tanggungjawab bersama Beri peluang kepada murid untuk memikul tanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan kelas dan galakkan murid untuk bekerjasama memenuhi peraturan yang ditetapkan. Tetapkan jangkaan yang realistik Kenal pasti kebolehan murid sebelum menetapkan jangkaan. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan ujian diagnostic atau ujian pra untuk mengesan kemahiran yang belum dikuasai. Tunjukkan keperihatian Elakkan daripada berat sebelah. Beri perhatian yang sama rata kepada semua murid. Ketahui personality dan latar belakang murid untuk membantu memahami murid. Selain daripada komunikasi lisan, guru boleh menggunakan media seperti surat, jurnal atau email untuk murid berhubung dengan guru. Masukkan unsur kecindan Kebolehan guru untuk menerangkan unsur-unsur humor dalam komunikasi boleh membentuk hubungan yang erat antara guru dengan murid. Boleh mengurangkan tekanan dan menenangkan keadaan.

3.1.4 Amalan Budaya Penyayang