nota penulisan

1
Kemahiran Menulis Kemahiran berbahasa yang keempat ialah kemahiran menulis. Kemahiran ini sangat berkaitan dengan kemahiran membaca. Hal ini demikian kerana kadang- kadang sambil membaca kita selitkan dengan menulis misalnya semasa membuat nota ringkas. Oleh itu kemahiran menulis ini sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Menurut Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), kemahiran membaca ialah proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan-perkataan dan seterusnya menjadi ayat. Selain itu, menurut Yahya Othman, kemahiran menulis adalah penyaluran ilmu, idea alau maklumat secara bersistem dan kemahiran ini mengambil kira aspek tujuan penulis, penggunaan bahasa, audience (penonton) dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat dramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara.hal dengan menggunakan perantaraan bahasa Kemahiran menulis mempunyai objektif yang tersendiri. Objektif yang dimaksud tcrbahagi kepada dua iaitu objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang. Antara objektif jangka pendek kemahiran menulis ialah membolehkan kanalc-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami. Selain itu, dengan menulis kanak-kanak dapat mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan. Objektif jangka pendek yang seterusnya ialah membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempuma dalam bentuk tulisan. Hal ini kerana kanak-kanak yang berada di peringkat permulaan untuk belajar menulis gemar menconteng. Seterusnya menanamkan sikap minat menulis, menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan serta dapat mendirikan asas menulis yang kukuh.Objektif jangka panjang kemahiran membaca pula salah satunya ialah memenuhi kehendak semasa misalnya menulis surat dan menggunakannya dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, kemahiran menulis juga mampu memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan. Di samping itu, melalui penulisan juga individu dapat meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan misalnya melalui penulisan surat dan matlamat menerusi penulisan. ( BUKU MULTIMEDIA)

Upload: siti-saidah

Post on 05-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

nota penulisan

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Penulisan

Kemahiran Menulis

Kemahiran berbahasa yang keempat ialah kemahiran menulis. Kemahiran ini sangat berkaitan dengan kemahiran membaca. Hal ini demikian kerana kadang- kadang sambil membaca kita selitkan dengan menulis misalnya semasa membuat nota ringkas. Oleh itu kemahiran menulis ini sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Menurut Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), kemahiran membaca ialah proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan-perkataan dan seterusnya menjadi ayat. Selain itu, menurut Yahya Othman, kemahiran menulis adalah penyaluran ilmu, idea alau maklumat secara bersistem dan kemahiran ini mengambil kira aspek tujuan penulis, penggunaan bahasa, audience (penonton) dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat dramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu perkara.hal dengan menggunakan perantaraan bahasa

Kemahiran menulis mempunyai objektif yang tersendiri. Objektif yang dimaksud tcrbahagi kepada dua iaitu objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang. Antara objektif jangka pendek kemahiran menulis ialah membolehkan kanalc-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami. Selain itu, dengan menulis kanak-kanak dapat mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan. Objektif jangka pendek yang seterusnya ialah membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempuma dalam bentuk tulisan. Hal ini kerana kanak-kanak yang berada di peringkat permulaan untuk belajar menulis gemar menconteng. Seterusnya menanamkan sikap minat menulis, menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan serta dapat mendirikan asas menulis yang kukuh.Objektif jangka panjang kemahiran membaca pula salah satunya ialah memenuhi kehendak semasa misalnya menulis surat dan menggunakannya dalam aktiviti pembelajaran di dalam

kelas. Selain itu, kemahiran menulis juga mampu memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan. Di

samping itu, melalui penulisan juga individu dapat meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan misalnya melalui

penulisan surat dan matlamat menerusi penulisan.

( BUKU MULTIMEDIA)