nota pentaksiran

10
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111) 1 PENTAKSIRAN PSV KONSEP TUJUAN JENIS-JENIS ANALITI K HOLISTI K PERBANDINGA N PEMILIHAN KRITERIA PROSES PENGELOLAA N KANDUNGA N

Upload: acu-gaucho

Post on 08-Dec-2014

566 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

o

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Pentaksiran

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111)

1.0 Pentaksiran

1

PENTAKSIRAN PSV

KONSEPTUJUAN

JENIS-JENIS

ANALITIK HOLISTIK

PERBANDINGAN

PEMILIHAN KRITERIA

PROSES

PENGELOLAANKANDUNGAN

Page 2: Nota Pentaksiran

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111)

1.1 Konsep pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang

merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan

menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu

tujuan.

Menurut Kamus Dewan, pentaksiran adalah berasal daripada kata dasar

“taksir”. “Taksir” membawa maksud kira ataupun menghitung. Pentaksiran

adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan

murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian

daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara

berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan

Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Pentaksiran merupakan proses

yang melibatkan pemerolehan bukti melalui hasil soalan khusus seperti ujian dan

tinjauan, dan digunakan untuk menentukan kesimpulan berdasarkan segala

penemuan daripada kaedah tersebut,(Tabatha Rayment, 2006).

Menurut beliau lagi, pentaksiran dalam konteks pendidikan merangkumi,

- Kaedah siasatan bagi menentukan tahap pembelajaran

- Kaedah untuk memperoleh dan mengumpul maklum balas penting

- Proses menilai pelajar dalam konteks pendidikan

- Proses mendokumenkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan

- Pendekatan dan teknik pengajaran yang penting

- Proses yang sentiasa berkitar dan berterusan bagi menilai pengajaran dan

pembelajaran

- Kaedah untuk menentukan hala tuju pengajaran dan pembelajaran

- Alat diagnostik dan penilaian

1.2 Tujuan pentaksiran

2

Page 3: Nota Pentaksiran

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111)

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam

pembelajaran

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan

pembelajaran

Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

1.3 Jenis-jenis pentaksiran

Terdapat dua jenis pentaksiran yang digunakan dalam Pendidikan Seni Visual

(PSV). Pentaksiran tersebut adalah secara analitik dan holistik.

1.3.1 Kaedah Analitik

Kaedah analitik dikenali juga sebagai kaedah markah “point” kerana

kaedah ini memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap

unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan.

Pemarkahan analitik memberikan perhatian bukan sahaja kepada idea

utama tetapi juga kepada kebersepaduan beberapa idea yang

berkaitan.

Kaedah analitik sering digunakan dalam peperiksaan awam, khasnya

bagi soalan yang memerlukan jawapan yang terperinci, seragam, dan

berstruktur.

Skala pemarkahan yang digunakan ialah skala interval, di mana

skema pemarkahan akan dihuraikan secara terperinci.

Ia akan memudahkan pemeriksa untuk memberikan markah dengan

tepat.

Kelebihan kaedah analitik

Skema pemarkahan yang terperinci memudahkan pemberian markah

dengan tepat terutama apabila terdapat lebih daripada seorang

pemeriksa.

Memberikan gambaran yang jelas tentang asas taburan markah, oleh

sebab itu cara ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian calon tinggi

atau rendah.

Pemarkahan lebih objektif – Ketekalan dapat dikekalkan sekiranya

pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti.

Kelemahan kaedah analitik

3

Page 4: Nota Pentaksiran

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111)

Masa yang agak lama diperlukan untuk memeriksa setiap skrip

jawapan.

Pemeriksaan dilakukan secara fakta dan tiada penekanan pada

kemahiran penulisan.

Pemeriksaan boleh bersifat negatif, iaitu markah yang diperuntukkan

bagi sesuatu aspek ditolak apabila pelajar membuat kesilapan dalam

aspek tersebut.

1.3.2 Kaedah Holistik

Pemarkahan jawapan dengan kaedah holistik untuk menentukan

pencapaian calon dalam ujian subjektif didasarkan pada andaian

bahawa pelajar mempunyai pandangan keseluruhan tentang

keseluruhan soalan.

Kaedah ini menekankan aspek yang baik, bukan yang buruk, dalam

sesuatu jawapan.

Oleh itu, kaedah ini sesuai digunakan untuk memeriksa soalan yang

menekankan pengkonsepsian yang menyeluruh.

Dengan demikian penekanan holistik diberi berasaskan pandangan

pemeriksa terhadap jawapan pelajar secara keseluruhan.

Dalam pemarkahan kaedah holistik ini, ada dua jenis skala yang lazim

digunakan, iaitu skala ordinal dan skala nominal.

Proses pemarkahan secara holistik amat subjektif sifatnya. Oleh sebab

itu pemarkahan cara ini memerlukan pemeriksa yang berpengalaman

serta menguasai bidang berkenaan.

Ciri keobjektifan pemarkahan secara holistik ini dapat ditingkatkan

dengan mengadakan mesyuarat penyelarasan antara ketua pemeriksa

dengan pemeriksa-pemeriksa.

Pada mesyuarat itu pemeriksa akan diberi taklimat dan panduan

tentang cara memeriksa skrip jawapan dan kemudian berlatih

memeriksa beberapa contoh skrip jawapan.

Dengan cara ini, perselisihan dalarn pemberian markah dan penentuan

gred antara pemeriksa dapat dikurangkan.

Skala pemarkahan bagi kaedah holistik terbahagi kepada dua iaitu skala

ordinal dan skala nominal.

4

Page 5: Nota Pentaksiran

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111)

Sekiranya pemarkahan secara holistik dibuat dengan menggunakan skala

ordinal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut :

Memeriksa setiap skrip jawapan calon secara keseluruhan.

Menyusun skrip-skrip jawapan calon mengikut prestasinya, iaitu

prestasi terbaik diletakkan di atas dan prestasi terburuk diletakkan

dibawah.

Menentukan berapa peratus calon yang patut diberi gred A,B, C, D dan

sebagainya.

Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan

berdasarkan peratusan calon yang telah dipertimbangkan untuk setiap

gred.

Bagi skala pemarkahan nominal pula adalah seperti berikut :

Dalam pemarkahan yang menggunakan skala nominal, pemeriksa

dikehendaki membaca skrip jawapan calon sekali lalu berdasarkan

kriteria kandungan, pengolahan, dan proses untuk memperoleh

gambaran setinggi mana tahap jawapan calon.

Pemeriksa kemudian dikehendaki menetapkan gred yang difikirkan

sesuai diberikan kepada skrip tersebut berdasarkan kriteria

pemarkahan yang disediakan.

5

KAEDAH HOLISTIK

Skala ordin

alSkala nominal

Page 6: Nota Pentaksiran

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111)

Kelebihan kaedah holistik

Memeriksa skrip jawapan tidak mengambil masa yang panjang.

Dapat menilai jawapan secara keseluruhan dalam aspek

penguasaan pengetahuan serta dapat menilai kemahiran yang lain

terutamanya kemahiran aras tinggi seperti kebolehan mengolah

idea dan membuat rumusan tentang sesuatu perkara atau keadaan.

Penilaian jawapan dibuat oleh lebih daripada seorang pemeriksa

atau pemarkahan dibandingkan antara pemeriksa dalam kumpulan.

Mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada pelajar yang memberi

jawapan secara kreatif dan inovatif.

Kelemahan kaedah holistik

Terdapat kemungkinan perselisihan memberikan markah antara

pemeriksa dan sukar diselaraskan.

Pemarkahan kurang objektif. Pemeriksa mudah dipengaruhi oleh

faktor lain yang tidak relevan seperti bentuk tulisan dan kekemasan

skrip jawapan.

Pemeriksaan hanya sesuai dijalankan oleh orang yang menguasai

bidang berkenaan dan yang berpengalaman sahaja.

Kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila pemeriksa

dipengaruhi oleh pengetahuannya tentang latar belakang pelajar.

Kesan halo merujuk kepada situasi pemeriksa memberikan markah

tinggi untuk satu jawapan yang sederhana atau kurang baik kerana

calon dikenalinya sebagai pelajar yang cergas. Sebaliknya kesan

horn merujuk kepada keadaan satu jawapan baik diberi markah

yang rendah kerana jawapan itu datangnya daripada calon yang

dianggap kurang berkebolehan.

1.3.3 Perbandingan antara kaedah analitik dan kaedah holistik.

Perkara Pemarkahan Analitik Pemarkahan Holistik

Skema Pemarkahan Sangat terperinci berdasarkan Sangat subjektif (Berdasarkan

6

Page 7: Nota Pentaksiran

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111)

unsur-unsur yang terkandung di dalam jawapan

andaian bahawa pelajar mempunyai pandangan menyeluruh ke atas keseluruhan soalan)

Kriteria pemeriksa Semua guru boleh menggunakan teknik ini termasuk yang kurang pengalaman

Hanya guru yang berpengalaman dan menguasai bidang berkenaanmampu menggunakan teknik ini

Unsur-unsur penting dalam jawapan

Kandungan, pengolahan dan proses

Apa sahaja aspek baik yang terdapat di dalam jawapan

Kegunaan Peperiksaan Awam (peperiksaan biasa)

Soalan berbentuk pengkonsepsian

Skala Pemarkahan Skala Interval Skala Nominal dan skala Ordinal

Penyelarasan pemarkahan

Skema pemarkahan dihuraikan secara terperinci (meningkatkan keobjektifan dan kebolehpercayaan) boleh disediakan secara bertulis

Mesyuarat penyelelarasan oleh ketua pemeriksa dan pemeriksa berkenaan diperlukan

Bentuk soalan Berstruktur iaitu setiap soalan diperuntukkan markah tertentu secara terperinci

Sesuai untuk soalan karangan atau esei.

Bentuk jawapan Perlu dijawab secara terperinci, seragam dan berstruktur

Jawapan tidak semestinya seragam seperti skema yang disediakan dimana sesuatu esei memberikan pelbagai bentuk luahan pemahaman pelajar

Bentuk markah Secara pecahan eg. 7/10 A,B,C,D,E atau pangkat 1-5 (Cemerlang – gagal)

Masa Panjang Bergantung kepada tahap kemahiran pemeriksa

1.4 Pemilihan kriteria

Terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat dalam pemilihan kriteria untuk

seseorang guru melakukan pentaksiran terhadap murid. Antara perkara tersebut

adalah dari segi kandungan, pengelolaan dan proses.

7

Page 8: Nota Pentaksiran

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111)

Kriteria kandungan

Mencakupi maklumat dan pengetahuan untuk mencapai objektif. Perkembangan dan olahan idea. Aspek dan kriteria yang diberi markah perlu dinyatakan.

Kriteria pengelolaan

Pemilihan alat dah bahan yang digunakan hendaklah sesuai dengan tajuk dan tema yang diberi.

Pemilihan teknik juga perlu sesuai dengan bahan dan alatan yang dipilih.

Penggunaan/pengaplikasian alat dan bahan serta teknik yang telah dipilih.

Kriteria proses

Tatacara, langkah dan proses menghasilkan sesuatu karya. Aspek-aspek yang dinilai dalam kriteria ini ialah:

◦ Kreativiti

8

Pemilihan Kriteria

Proses

Pengelolaan

Kandungan

Page 9: Nota Pentaksiran

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111)

◦ Ketepatan ◦ Kekemasan ◦ Keaslian

Berikan contoh dalam proses dalam menghasilkan sesuatu karya.

1.4.1 Kebaikan pemilihan kriteria

Guru boleh mengesan kelemahan pelajar. Memudahkan guru memberi penilaian. Kesalahan pelajar dapat dilihat dengan jelas. Guru hanya perlu memeriksa sekali sahaja.

9