nota reka bentuk & penghasilan projek

24
1 1. REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1.3 REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK b. Faktor Utama Reka Bentuk Fungsi Reka bentuk yang dihasilkan mestilah dapat menyelesaikan masalah serta memenuhi tujuan sesuatu produk itu dibuat. Rupa bentuk Kebiasaannya sesuatu rupa bentuk yang dihasilkan akan dapat menarik perhatian pengguna, mesra pengguna dan mempunyai nilai estetika yang tinggi Kesesuaian bahan Pemilihan bahan mestilah bergantung kepada faktor seperti berikut : Sesuai dengan kegunaannya Mudah didapati Kos tidak terlalu mahal Keselamatan penggunaannya Kaedah pembinaan Sesuatu reka bentuk yang baik hendaklah mudah dibuat serta tidak melibatkan proses pembinaan yang rumit. Ketahanan Ketahanan sesuatu reka bentuk seharusnya menepati tujuan dan fungsi reka bentuk itu dibuatKos

Upload: cikgu-khairie

Post on 20-Jun-2015

4.011 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

1

1. REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1.3 REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK b. Faktor Utama Reka Bentuk Fungsi Reka bentuk yang dihasilkan mestilah dapat menyelesaikan masalah serta

memenuhi tujuan sesuatu produk itu dibuat.

Rupa bentuk Kebiasaannya sesuatu rupa bentuk yang dihasilkan akan dapat menarik

perhatian pengguna, mesra pengguna dan mempunyai nilai estetika yang

tinggi

Kesesuaian bahan Pemilihan bahan mestilah bergantung kepada faktor seperti berikut :

Sesuai dengan kegunaannya

Mudah didapati

Kos tidak terlalu mahal

Keselamatan penggunaannya

Kaedah pembinaan Sesuatu reka bentuk yang baik hendaklah mudah dibuat serta tidak

melibatkan proses pembinaan yang rumit.

Ketahanan Ketahanan sesuatu reka bentuk seharusnya menepati tujuan dan fungsi reka

bentuk itu dibuatKos

Page 2: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

2

Kos sesuatu produk yang hendak dihasilkan biasanya dikawal oleh faktor kos

bahan dan masa membinanya

Kemasan Kemasan yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan bahan dan tujuan

penggunaan sesuatu reka bentuk

Keselamatan

Produk yang direka bentuk tidak mendatangkan kemudaratan atau kesan

bahaya kepada pengguna

Nilai komersial

Reka bentuk produk yang dihasilkan seharusnya mempunyai nilai komersial

supaya dapat bersaing dengan produk yang sedia ada

c. Jenis Bahan dan Pengikat Hasil Pembelajaran

Mengenal pasti saiz, sifat dan penggunaan bahan serta kesesuaiannya

Mengenal pasti jenis-jenis pengikat

Menyatakan cara penggunaan pengikat

Bahan Bahan yang perlu dipelajari ialah PVC, perspek, aluminium dan keluli lembut. PVC( polyvinyl chloride )

Page 3: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

3

Biasa didapati dalam bentuk serbuk, pasta, cecair dan kepingan.

Digunakan untuk membuat paip dan penyambung paip. Ia kuat dan tahan

lama serta tahan kepada cuaca yang berbeza.

Perspek Perspek adalah merupakan sejenis plastik dalam kumpulan thermoplastics.

Ia juga dinamakan acrylic. Perspek biasanya digunakan untuk membuat

papan tanda, kotak lutsinar dan gogal. Boleh didapati dalam bentuk

kepingan, rod dan tiub. Bahan ini ringan, tahan lama dan kuat tetapi mudah

retak dan tergores. Klorofom atau simen pelarut digunakan untuk

mencantumkan antara dua keping perspek. Perspek juga boleh dibentuk

dengan menggunakan haba.

Aluminium Logam bukan ferus ialah sejenis logam yang tidak mengandungi besi. Satu

contoh logam bukan ferus ialah Aluminium. Logam ini selalu digunakan dalam

pembuatan produk dan industri pembinaan seperti pembuatan bahagian

enjin, tin minuman dan kabel elektrik. Logam ini ringan dan merupakan

pengalir elektrik dan haba yang baik. Ia lembut, mudah dipotong dan mudah

dibentuk.

Keluli lembut ( mild steel )

Ferus adalah sejenis logam yang mengandungi besi dan mudah berkarat.

Satu contoh logam ferus ialah keluli lembut. Logam ini juga dikenali sebagai

keluli berkarbon rendah ( low carbon steel ). Boleh diperolehi dalam bentuk

Page 4: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

4

bar, tiub dan kepingan. Logam ini biasa digunakan untuk membuat bol dan

nat, badan kereta dan dalam industri pembinaan.

Pengikat

Pengikat yang perlu dipelajari ialah ribet, glu panas ( hot melting glue ) dan skru benam sendiri ( self-tapping screws). Ribet ( rivet )

Ribet digunakan untuk menyambung bahan secara kekal. Kaedah meribet

terdiri daripada :

a. Menggunakan set ribet

b. Menggunakan pop ribet

Glu panas ( hot melt glue )

Glu ini digunakan untuk menghasilkan penyambungan yang cepat antara dua

bahan yang sama atau berlainan jenis. Penyambungan menggunakan glu ini

kurang kukuh. Glu ini boleh didapati dalam bentuk rod.

Set Ribet & Ribet

Page 5: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

5

Skru benam sendiri ( self-tapping screws)

Skru ini mudah digunakan untuk kerja-kerja pemasangan dan

penyambungan. Kelebihan skru ini berbanding dengan skru biasa ialah skru

ini boleh mengulir sendiri ketika dipasang kepada bahan yang hendak

dicantumkan. Boleh diperolehi dalam pelbagai saiz.

d. Alatan Tangan dan Mesin

Hasil Pembelajaran

Mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan

Mengenal pasti nama dan fungsi mesin mudah alih

Mengguna dan menyenggara mesin

Self tapping screw crome & black

Page 6: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

6

Alatan tangan Alatan tangan yang perlu dipelajari ialah pisau pemotong perspek, gandin

getah, penebuk pusat, riveter, hot glue gun dan stapler gun.

Pisau Pemotong Perspek Digunakan untuk memotong kepingan perspek dalam bentuk garisan lurus.

Penebuk Pusat Digunakan untuk menanda pada permukaan logam sebelum menggerudi.Ini

bertujuan supaya mata gerudi tidak tergelincir ketika kerja menggerudi

dijalankan.

Gandin Getah

Digunakan untuk mengetuk atau membentuk kepingan logam lembut tanpa

meninggalkan kesan.

Pemotong Perspek

Penebuk Pusat

Page 7: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

7

‘Hot Glue Gun’ Digunakan untuk memanaskan dan mencairkan glu panas ( hot melt glue)

untuk tujuan penyambungan antara bahan. Alat ini mesti digunakan dengan

Proses membentuk

Gandin Getah

Page 8: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

8

pengawasan guru kerana glu yang telah cair sangat panas dan boleh

mengakibatkan kecederaan.

Pengikis Digunakan untuk mengikis lebihan tepung penyumbat ( putty ) pada benda

kerja. Kerja menyumbat lubang kecil atau ira kayu boleh juga menggunakan

alat ini. Selepas digunakan, alat ini hendaklah dibersihkan sebelum disimpan.

‘Rivetter’ ( Hand riveter )

Hot Glu Gun

Pengikis

Page 9: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

9

Digunakan bersama pop rivet dengan tujuan untuk membuat pemasangan

antara dua bahan yang sama atau berlainan jenis secara kekal.

Rivetter dan cara penggunaan

Page 10: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

10

Mesin Mudah Alih Mesin mudah alih yang perlu dipelajari ialah mesin gergaji jig, cordless screw driver dan mesin pelelas ( sander ). Mesin Gergaji Jig Mudah Alih

Mesin ini biasanya digunakan untuk memotong lengkung atau garisan lurus

pada kayu dan papan lapis. Semasa menggunakannya, pakai gogal untuk

keselamatan. Mesin ini boleh diubah kelajuannya mengikut kerja yang akan

dilakukan.

Mesin Gergaji Jig Mudah Alih

Page 11: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

11

‘Cordless screw driver’ Digunakan untuk melonggar atau mengetatkan skru dengan lebih cepat. Ini

disebabkan putaran bindunya boleh dilaraskan. Untuk kerja mengetatkan skru

laraskan putaran bindu mengikut pusingan jam(forward) manakala untuk

melonggarkan atau menanggalkan skru, laraskan putaran bindu mengikut

lawan jam(reverse). Kuasa menggerakkan motor mesin ini dikendalikan oleh

bateri yang boleh dicas semula.

Mesin Pelelas Mudah Alih ( sander ) Mesin ini terdiri daripada dua jenis iaitu belt sander dan disc sander. Kedua-

dua mesin ini digunakan untuk kerja melelas kayu atau plastik. Kertas pelelas

mesin ini hendaklah digantikan dengan yang baru apabila kertas pelelas lama

telah haus. Ini bertujuan mengelakkan motor mesin pelelas rosak.

Cordless screwdriver

Mesin Pelelas Mudah Alih

Page 12: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

12

e Pembinaan Hasil Pembelajaran

Mengukur , menanda dan memotong

Mengenal pasti cara membentuk dan mencantum

Bahan Pemasangan Engsel Engsel biasanya digunakan untuk memasang pintu, tingkap dan almari .

Diperbuat daripada keluli lembut, aluminium atau loyang.

Bracket Bracket digunakan untuk memasang tetingkat dalam almari atau pada

dinding. Biasanya bracket diperbuat daripada keluli lembut yang catkan.

Engsel

Braket

Page 13: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

13

Penyangkut Biasanya penyangkut dipasang pada belakang bingkai gambar atau kotak

kecil dengan tujuan untuk digantungkan pada dinding.

Stapler Gun Alat ini digunakan untuk menyambung dua jenis bahan yang nipis dan lembut dengan menggunakan dawai kokot.

Penyangkut

Page 14: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

14

f Reka Bentuk Projek I Pernyataan Masalah atau Keperluan

Hasil Pembelajaran

Mengenal pasti masalah atau keperluan yang hendak diselesaikan

Menentukan aspek masalah yang hendak diselesaikan

Mengumpul maklumat dan data

Menyenaraikan pelbagai alternatif penyelesaian masalah dalam bentuk

lakaran bebas

1 Contoh Penyataan Masalah – Tema Peragaan

Anda mempunyai hobi menanam pokok kaktus. Oleh kerana pasu

tanaman ini berada di merata-rata tempat, ini akan menimbulkan masalah

kepada penjagaan dan keselamatan tanaman itu. Di samping itu sekitar

rumah anda juga kelihatan tidak kemas dan tersusun.

Reka bentuk satu bekas / tempat supaya dapat menempatkan pasu-pasu

tanaman ini dengan kemas dan tersusun . Di samping itu juga dapat

mempamerkan tanaman ini untuk tujuan menarik perhatian dan minat

orang ramai.

2. Bahan-bahan berikut dibekalkan: Kayu 600mm x 100mm x 10mm – 2 unit

Perspek 300mm x 100mm x 3 mm – 1 unit

Keluli lembut - secukupnya

Kepingan aluminium - secukupnya

Page 15: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

15

3. Mengumpul maklumat dan data Maklumat dan data berkaitan dengan masalah yang dinyatakan boleh

diperolehi daripada pembacaan buku-buku rujukan, katalog atau majalah

serta lawatan ke tempat semaian tumbuhan hiasan.

Maklumat yang telah diperolehi direkodkan untuk rujukan. Segala maklumat

ini hendaklah disimpan untuk tujuan pendokumentasian.

4. Sebelum memulakan lakaran idea-idea reka bentuk, anda patut

fikirkan tentang pertimbangan ( kriteria reka bentuk) seperti berikut:

Berapakah pasu kaktus yang hendak ditempatkan ?

Apakah saiz yang sesuai untuk reka bentuk ini ?

Adakah lebih baik menggantungkan rak pasu ini atau diletakkan

atas lantai atau meja ?

Adakah reka bentuk ini selamat digunakan ?

Bagaimana dengan struktur reka bentuk ini, adakah stabil dan

kukuh ?

Apakah kemasan yang paling sesuai untuk reka bentuk ini ?

Adakah reka bentuk ini mempunyai nilai komersial ?

Page 16: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

16

5. Menyenaraikan pelbagai alternatif penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran bebas.

Setelah mempertimbangkan kriteria reka bentuk, anda perlu menyenaraikan

pelbagai idea dalam bentuk lakaran bebas. Lakaran bebas ini boleh dibuat

menggunakan lukisan oblik, isometrik atau perspektif. (Dicadangkan melakar

4 atau 5 lakaran sekurang-kurangnya )

Contoh pelbagai alternatif sketsa

Page 17: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

17

Contoh pelbagai alternatif sketsa

6. Menilai Dan Memilih Lakaran Yang Paling Sesuai

Page 18: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

18

Pilih lakaran reka bentuk yang paling sesuai dan perbaikinya seberapa yang

boleh. Kemudian tunjukkan kepada guru serta buat perbincangan . Pastikan

saiz dan maklumat penting dalam lakaran lengkap apabila

mempersembahkan reka bentuk anda kepada guru.

Selepas perbincangan anda dikehendaki membuat lukisan kerja yang lengkap

berserta dengan dimensi dan maklumat lain yang penting.

Lukisan kerja ini hendaklah dibuat sama ada dalam bentuk lukisan isometrik

atau unjuran ortografik atau kedua-duanya sekali.

Perhatian : Dicadangkan anda membuat model menggunakan bahan seperti kadbod,

manila kad, atau mounting board berpandukan lukisan kerja yang telah

disediakan. Ini adalah bertujuan untuk melihat saiz dan kesesuaian reka

bentuk yang telah anda hasilkan. Oleh itu, sebarang pembaikkan kepada reka

bentuk boleh dilakukan pada peringkat ini.

Lukisan Kerja

Lakaran yang telah dipilih

Page 19: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

19

Menyediakan lukisan kerja berdasarkan lakaran yang dipilih.

ii Perancangan, pembinaan dan pengubahsuaian projek

Page 20: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

20

Hasil Pembelajaran

Menentukan dan merancang pembinaan projek

Menyediakan jadual kerja

Menyenaraikan bahan, alatan tangan dan mesin yang diperlukan

Membina projek berdasarkan lukisan kerja yang dipilih

Menguji dan menilai sendiri projek

Mengubahsuai projek untuk mendapat hasil yang lebih berkualiti

Perancangan Perancangan yang teliti perlu dibuat sebelum mula membina reka bentuk atau

projek anda. Antara perancangan yang penting ialah:

a. Menyenaraikan jenis dan kuantiti bahan yang hendak digunakan. Senarai ini diperlukan untuk :

i. mengumpul , menyemak dan menyediakan bahan sebelum

memulakan kerja

ii. mengurangkan pembaziran bahan / kos

iii. bekerja dengan lebih sistematik dan terancang

Bil. Bahan Saiz Kuantiti

Contoh borang senarai bahan

Page 21: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

21

b. Mengenal pasti dan menyenaraikan alatan tangan dan mesin yang hendak digunakan.

Tujuan menyediakan senarai ini adalah untuk :

membuat persediaan awal

menjimatkan masa

Bil. Nama Alatan Tangan / Mesin

Contoh borang senarai alatan tangan / mesin

c. Mengenal pasti teknik atau kaedah pembinaan bersesuaian dengan bahan yang digunakan

d. Mengenal pasti kemasan yang sesuai dengan bahan dan projek

Page 22: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

22

e. Menyediakan jadual kerja supaya pembinaan dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Tujuan menyediakan jadual ini adalah untuk :

bekerja dengan lebih terancang

memastikan kerja dapat diselesaikan mengikut masa yang

diperuntukkan.

Bil. Aktiviti Tarikh/Masa Catatan

1. Mengenal pasti masalah 40 minit

2. Mengumpul data 40 minit

Contoh borang Jadual Kerja

f. Membuat anggaran kos bahan

Bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan membuat

belanjawan dalam penghasilan sesuatu projek supaya kos

pengeluaran dapat dikawal.

Bil. Perkara Kuantiti Kos/unit Jumlah

JUMLAH BESAR

Contoh borang pengiraan kos

Page 23: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

23

Pembinaan dan pengubahsuaian Setelah siap menyediakan semua perancangan seperti yang dinyatakan di

atas, anda bolehlah memulakan kerja-kerja pembinaan.

Apabila projek telah siap, buat pengujian dan penilaian berpandukan kriteria

reka bentuk yang dikehendaki. Berikut adalah contoh bagaimana membuat

penilaian reka bentuk.

Adakah projek reka bentuk yang dihasilkan dapat berfungsi seperti

yang dikehendaki ?

Adakah saiz projek reka bentuk itu sesuai ?

Adakah kemasan yang dipilih sesuai dengan bahan yang digunakan ?

Akhirnya anda boleh membuat pengubahsuaian, jika perlu.

iii Pendokumentasian Hasil Pembelajaran

Mengumpul dan merekod maklumat projek

Mengira kos pengeluaran

Membuat persembahan projek

Untuk tujuan pendokumentasian yang lengkap anda perlu menyediakan kos

pengeluaran projek / produk. Cara mengira kos pengeluaran ini hendaklah

dibimbing oleh guru.

Segala lakaran, maklumat dan perancangan projek yang telah dibuat

dikumpulkan dan disimpan dalam fail individu. Kemudian maklumat ini

disusun bermula dari pernyataan masalah hingga membuat pengubahsuaian

projek seterusnya dibukukan/folio. Di samping maklumat yang lengkap

Kos Pengeluaran = Kos bahan + kos upah + kos overhed

Page 24: Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

24

berkaitan dengan penghasilan projek ,folio ini hendaklah juga mengandungi

butiran berikut:

Nama murid

Tingkatan / Kelas

Nama Projek / Produk

Lampiran jika ada

Perhatian : Murid juga digalakkan membuat persembahan projek kepada

rakan-rakan dalam kelas dengan tujuan untuk sesi kritik dan menanam

semangat yakin diri .