nota latihan psv tg3

7
NOTA DAN LATIHAN PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL Kompilasi Oleh Mustafa Kamal Md Yusof | Penolong Kanan SMK Sri Tebrau 1 ASAS SENI REKA A. UNSUR SENI 1. Garisan - Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung- sambung yang mempunyai jarak tertentu - Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk ruang, dan pergerakan. Contoh-contoh Garisan Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual. Pengenalan Garisan 1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.

Upload: mustafa-kamal-md-yusof

Post on 03-Jul-2015

208 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota latihan psv tg3

NOTA DAN LATIHAN PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL

Kompilasi Oleh Mustafa Kamal Md Yusof | Penolong Kanan SMK Sri Tebrau

1

ASAS SENI REKA A. UNSUR SENI 1. Garisan - Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung- sambung yang mempunyai jarak tertentu - Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk ruang, dan pergerakan. Contoh-contoh Garisan

Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual. Pengenalan Garisan 1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.

Page 2: Nota latihan psv tg3

NOTA DAN LATIHAN PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL

Kompilasi Oleh Mustafa Kamal Md Yusof | Penolong Kanan SMK Sri Tebrau

2

2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.

garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam

menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam

Latihan 1 : Hasilkan bentuk seekor ayam menggunakan garisan seperti contoh di

sebelah.

Page 3: Nota latihan psv tg3

NOTA DAN LATIHAN PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL

Kompilasi Oleh Mustafa Kamal Md Yusof | Penolong Kanan SMK Sri Tebrau

3

3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.

i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:

Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak

fabrik, jala, penapis dan sebagainya.

ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi:

Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat

daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu

marmar, kulit kayu dan sebagainya.

Jenis-jenis Garisan 1. Garisan halus 2. Garisan tebal 3. Garisan beralun 4. Garisan berpancar 5. Garisan berlingkar 6. Garisan berserabut 7. Garisan bersudut-sudut 8. Garisan bergerigi 9. Garisan berbiji 10. Garisan berbulu 11. Garisan putus-putus 12. Garisan berduri

Fungsi Garisan

1. Garisan menimbulkan rupa. 2. Garisan menimbulkan bentuk. 3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang. 4. Garisan mewujudkan ruang. 5. Garisan menghasilkan jalinan. 6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak. 7. Garisan mewujudkan ton. 8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.

Latihan 2: Lakarkan Jenis-Jenis Garisan di dalam ruangan yang disediakan.

Page 4: Nota latihan psv tg3

NOTA DAN LATIHAN PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL

Kompilasi Oleh Mustafa Kamal Md Yusof | Penolong Kanan SMK Sri Tebrau

4

garisan menghasilkan rupa

garisan menghasilkan bentuk

garisan menimbulkan illusi ruang, cahaya dan bayang

Buat Lakaran Berdasarkan gambar di sebelah

Page 5: Nota latihan psv tg3

NOTA DAN LATIHAN PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL

Kompilasi Oleh Mustafa Kamal Md Yusof | Penolong Kanan SMK Sri Tebrau

5

garisan menghasilkan jalinan

garisan yang mencipta corak garisan yang mencipta corak

Buat Lakaran Berdasarkan gambar di sebelah

Page 6: Nota latihan psv tg3

NOTA DAN LATIHAN PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL

Kompilasi Oleh Mustafa Kamal Md Yusof | Penolong Kanan SMK Sri Tebrau

6

Garisan, Ton dan Ruang 1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap. 2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap. 3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.

penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan dekat.hadapan

perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap

semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan

Page 7: Nota latihan psv tg3

NOTA DAN LATIHAN PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL

Kompilasi Oleh Mustafa Kamal Md Yusof | Penolong Kanan SMK Sri Tebrau

7