nota kuliah - kanak-kanak adhd

6
1 PENGERTIAN ADHD (ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER) Pada asasnya, ADHD merupakan kaedah diagnostik diaplikasikan kepada kanak-kanak dan dewasa bertujuan mengesan ketidaknormalan tingkahlaku atau perilaku yang berterusan. ADHD merupkan singkatan istillah “Attention Deficit Hyperactivity Disorder”. Dari sudut penterjemahan bahasa biasa; “attention” bermaksud perhatian atau tumpuan, “deficit” bermaksud kurang daya, “disorder” membawa maksud ketidakaturan atau gangguan manakala “hyperactive” bermaksud terlampau aktif (hiperaktif) berbanding keaktifan normal. Dalam konteks pendidikan ADHD membawa pengertian “tingkahlaku kurang daya tumpuan” dan “hiperaktif”. Dari sudut sains, sindrom ADHD disebabkan ketidakseimbangan atau kerosakan kecil pada bahagian sistem saraf otak yang mengawal tindakan dan tindakbalas. Kerosakan kecil pada bahagian otak mengganggu kemampuan individu untuk mengatur perilaku supaya bersesuaian dengan perilaku normal. Sindrom ADHD dapat dikesan pada peringkat awal umur kanak-kanak sekitar 3 hingga 5 tahun. Sindrom ADHD ini boleh berterusan hingga ke peringkat remaja dan kadang-kadang kekal pada peringkat dewasa. Berdasarkan corak tingkahlaku kanak-kanak yang menghidap ADHD, terdapat tiga jenis kumpulan sindrom utama ADHD iaitu; (i) “Inattention(ADD)” – kurang daya tumpuan atau tiada konsentrasi (ii) “Hiperaktif” – pergerakan terlalu aktif atau hiperaktif (ii) “Impulsivity” – kurang kawalan perlakuan. CIRI-CIRI KANAK-KANAK INATTENTION “Inattention” merujuk kepada kurang daya tumpuan kanak-kanak terhadap pembelajaran. Antara cirri-ciri tingkahlaku kanak-kanak yang menghidap sindrom “Inattention” ialah; (i) Kanak-kanak selalunya gagal memberi perhatian secara terperinci terhadap arahan dan aktiviti pembelajaran. (ii) Kanak-kanak kerapkali tidak mengikuti perintah dan arahan. (iii) Kanak-kanak seringkali lupa rutin dan gagal menyiapkan kerja rumah. (iv) Kanak-kanak tidak mendengar ketika dibawa berbincang secara bersekemuka. (v) Mengelakkan kerja atau tugasan yang memerlukan usaha dan daya berfikir yang lebih. Murid selalunya mahu melakukan kerja yang mudah. (vi) Seringkali kehilangan benda-benda keperluan sendiri alat tulis.

Upload: puworkutara-onslideshare

Post on 03-Jul-2015

252 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

1. Nota Kuliah dan Draft Kerja Kursus. Kerja kursus yg murni sudah dihantar dahulu. 2. Rujukan( ), Footnotes, Biliografi tidak disertakan/dibuka. 3. Anda (pelajar) boleh merujuk tetapi jangan disalin bulat-bulat nanti kelak hasilkerja anda akan dikesan sebagai tiruan.

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD

1

PENGERTIAN ADHD (ATTENTION DEFICIT

HYPERACTIVITY DISORDER)

Pada asasnya, ADHD merupakan kaedah diagnostik diaplikasikan kepada kanak-kanak

dan dewasa bertujuan mengesan ketidaknormalan tingkahlaku atau perilaku yang berterusan.

ADHD merupkan singkatan istillah “Attention Deficit Hyperactivity Disorder”. Dari sudut

penterjemahan bahasa biasa; “attention” bermaksud perhatian atau tumpuan, “deficit”

bermaksud kurang daya, “disorder” membawa maksud ketidakaturan atau gangguan manakala

“hyperactive” bermaksud terlampau aktif (hiperaktif) berbanding keaktifan normal. Dalam

konteks pendidikan ADHD membawa pengertian “tingkahlaku kurang daya tumpuan” dan

“hiperaktif”. Dari sudut sains, sindrom ADHD disebabkan ketidakseimbangan atau kerosakan

kecil pada bahagian sistem saraf otak yang mengawal tindakan dan tindakbalas. Kerosakan

kecil pada bahagian otak mengganggu kemampuan individu untuk mengatur perilaku supaya

bersesuaian dengan perilaku normal.

Sindrom ADHD dapat dikesan pada peringkat awal umur kanak-kanak sekitar 3 hingga

5 tahun. Sindrom ADHD ini boleh berterusan hingga ke peringkat remaja dan kadang-kadang

kekal pada peringkat dewasa.

Berdasarkan corak tingkahlaku kanak-kanak yang menghidap ADHD, terdapat tiga

jenis kumpulan sindrom utama ADHD iaitu;

(i) “Inattention(ADD)” – kurang daya tumpuan atau tiada konsentrasi

(ii) “Hiperaktif” – pergerakan terlalu aktif atau hiperaktif

(ii) “Impulsivity” – kurang kawalan perlakuan.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK INATTENTION

“Inattention” merujuk kepada kurang daya tumpuan kanak-kanak terhadap

pembelajaran. Antara cirri-ciri tingkahlaku kanak-kanak yang menghidap sindrom

“Inattention” ialah;

(i) Kanak-kanak selalunya gagal memberi perhatian secara terperinci terhadap

arahan dan aktiviti pembelajaran.

(ii) Kanak-kanak kerapkali tidak mengikuti perintah dan arahan.

(iii) Kanak-kanak seringkali lupa rutin dan gagal menyiapkan kerja rumah.

(iv) Kanak-kanak tidak mendengar ketika dibawa berbincang secara bersekemuka.

(v) Mengelakkan kerja atau tugasan yang memerlukan usaha dan daya berfikir yang

lebih. Murid selalunya mahu melakukan kerja yang mudah.

(vi) Seringkali kehilangan benda-benda keperluan sendiri alat tulis.

Page 2: Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD

2

(vii) Kebiasaannya, kanak-kanak adalah pasif, sering mengalamun, tidur dalam kelas,

cepat bosan dan sering bingung. Ini banyak berlaku di kalangan murid perempuan.

(viii) Prestasi akademik biasanya, konsisten rendah dan tidak meningkat secara

drastic. Tidak ada daya saing untuk belajar.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK HIPERAKTIF.

Hiperaktif merujuk kepada ‘terlalu aktif’ dan tidak duduk diam. Antara cirri-ciri kanak-

kanak yang mengalami hiperaktif ialah;

(i) Sering meninggalkan tempat duduk tanpa tujuan yang berfokus.

(ii) Kerapkali gelisah, sering menggerak-gerakan tangan dan kaki sewaktu duduk.

(iii) Kerap berlari-lari dan memanjat secara berlebihan dalam situasi yang yang tidak

sepatutnya.

(iv) Tidak dapat mengikuti permainan atau aktiviti yang memerlukan ketenangan

untuk melaksanakan aktiviti.

(v) Banyak bercakap atau bercerita sewaktu melaksanakan tugasan.

(vi) Seringkali mengganggu rakan sekelas.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK IMPULSIVITY.

Impulsivity merujuk kepada tindakbals keinginan dan perilaku yang melulu atau

tingkahlaku luar sedar. Kanak-kanak yang mengalami sindrom ini biasanya;

(i) Cepat memberi jawapan dan respon melulu sebelum soalan selesai diutarakan.

(ii) Selalu mencelah atau mengganggu perbualan atau perbincangan yang sedang

dijalankan.

(iii) Tidak sabar menunggu giliran bermain dan tidak sabar berbaris.

(iv) Sering berbicara berlebihan yang tidak sesuai dengan adab sopan santun.

PUNCA-PUNCA WUJUD ADHD.

Punca sebenar terjadinya gejala ADHD tidak dipastikan secara seratus-peratus. Namun

beberapa faktor dalaman atau gaya hidup di kalangan ibu bapa yang dianggap sebagai

pendorong wujudnya gejala ADHD di kalangan kanak-kanak. Apa yang pasti ialah, ADHD

ialah bukan disebabkan oleh status sosioekonomi keluarga, status pendidikan, alahan kepada

makanan, mendengar dan menonoton media secara berlebihan.

Faktor genetik membawa pengertian sebagai baka yang diperturunkan kepada anak.

Salah satu ibu bapa atau kedua-dua ibu bapa normal mungkin membawa gen yang tertentu

dikenalpasti sebagai “dopamine gene”. Gen ini terbahagi kepada dua jenis iaitu “dopamine

Page 3: Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD

3

transporter gene” dan “dopamine repeater gene”. Dikatakan bahawa “dopamine repeater

gene” inilah dihubungkaitkan dengan ADHD. Jika ““dopamine repeater gene”ini lebih

dominan maka salah seorang adik-beradik akan mendapat sindrom ADHD. Mengikut kajian,

25% hingga 35% ADHD adalah diwarisi oleh genetik kedua ibu bapa.

Tabiat merokok dan meminum minuman keras di kalangan ibu juga dikatakan menjadi

faktor atau risiko wujudnya sindrom ADHD di kalangan anak-anak yang bekal dilahirkan.

Setiap benda yang dimakan mahupun disedut oleh ibu mengandung sebenarnya dikongsi

bersama baby yang dikandung walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Hal ini dapat

menerangkan bahawa nekotin dan alkohol diserap oleh bayi dalam kandungan. Alkohol dan

nekotin boleh memudaratkan sistem saraf otak dan menyebabkan risiko mendapat anak yang

mempunyai gejala ADHD. Demikian juga perilaku ibu yang suka mengambil dadah atau ubat-

ubatan berlebihan. Dadah seperti kokain dan ubat yang melebihi dos terbukti menganggu

aktiviti neuron dalam otak dan ini boleh menyebabkan kerosakan kecil pada otak bayi.

Faktor persekitaran ini merujuk kepada keadaan sekitar di mana wanita hamil tersebut

tinggal. Wanita hamil yang terdedah kepada pencemaran sekitar akan menyedut udara kotor

dan berkimia. Dalam industry pestisida, kimia yang dinamakan polychlorinated biphenyls

boleh menyebabkan lahirnya kanak-kanak yang mempunyai sindrom ADHD. Kesan plumbum

yang tersedut oleh ibu hamil juga boleh menyebabkan keracunan plumbam dalam serum darah

bayi. Selain itu, bahan tambahan dalam makanan seperti pewarna dan bahan pengawet boleh

mendatangkan risiko ADHD.

Ada segelintir bayi dilahirkan dengan berat badan yang kurang daripada purata berat

normal. Ada beberapa faktor menyebabkan berat bayi kurang ketika dilahirkan. Antaranya

ialah cara pemakanan yang tidak teratur, ibu tidak mengambil berat kesihatan sendiri ketika

hamil, mengambil dadah, merokok dan mengambil alkohol. Bayi dilahirkan ringan

menggambarkan bayi yang bermasalah dan mungkin membawa sindrom ADHD.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN/MENGURANGKAN RISIKO.

Pencegahan lebih baik berbanding mengubati sangat sesuai dalam situasi untuk

mengelakkan anak-anak yang bekal dilahirkan mendapat sindrom ADHD. Pencegahan dapat

dilakukan oleh ibu yang mengandung anak mengambil dadah, tidak merokok dan menghindar

alkohol. Ibu hamil juga mesti menjaga kebersihan dan kesihatan diri dan menyertai aktiviti atau

kerja yang tidak memudaratkan bayi kandungan. Selain itu, persekitaran tempat juga patut

bersih dan bebas daripada sebarang bahan kimia supaya ibu tidak terdedah kepada risiko. Ibu

yang tidak mempunyai pengetahuan yang cukup perlu mendapatkan bantuan khidmat nasihat

daripada doktor atau agensi perubatan atau agensi sekolah khas. Ibu mesti peka demi

Page 4: Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD

4

keselamatan diri dan anak yang dikandung kelak anak yang dilahirkan nanti sihat dan bebas

daripada sindrom ADHD.

Pemerhatian awal sesuai dilaksanakan sewaktu kanak-kanak berumur 5-6 tahun

sewaktu di prasekolah lagi. Pada peringkat umuri ini, sindrom ADHD sudah dapat dikenalpasti.

Namun, diagnostik lengkap memerlukan mendapat penilaian daripada seorang pakar yang

berpengalaman. Diagnostik dilakukan dengan mengenalpasti dan menganalisa corak

tingkahlaku kanak-kanak dan reaksi kanak-kanak terhadap perubahan persekitaran. Laporan

tingkahlaku mereka difailkan untuk tindakan selanjutnya.

Kanak-kanak ADHD sering diberi rawatan yang melibatkan pendekatan multidisiplin

yang merangkumi bidang pendidikan, psikologi, perubatan, dan sosial. Dalam bidang

perubatan, ubat perangsang digunakan tetapi ini tidaklah bererti gangguan ADHD ini pulih

sepenuhnya. Ubat perangsang hanya membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenang dapat

menumpukan perhatian selama 4 jam. Penggunaan ubat dapat memperbaiki koordinasi dan

pergerakan psikomotor.namun demikian, pemberian ubat penenang ini tidak boleh dilakukan

secara suka hati, mesti mendapat nasihat dan arahan daripada doktor.

STRATEGI PENDIDIKAN MEMBANTU KANAK-KANAK ADHD.

Kita bertuah sebab mempunyai kementerian pendidikan yang peka terhadap keperluan

kanak-kanak bermasaalah pembelajaran. Program Integrasi Pendidikan Khas yang diwujudkan

pada Tahun1988 merupakan usaha untuk memberi hak saksama dalam pendidikan kepada

kanak-kanak bermasaalah pembelajaran termasuklah kanak-kanak ADHD. Usaha terbaru KPM

ialah merapatkan jurang pendidikan antara pelajar kumpulan ini dengan pelajar normal

Program membangunkan dan membuka sekolah Intergrasi Pendidikan Sekolah ini

dilaksanakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Kanak-kanak ADHD mempunyai perilaku dan tindakan yang berbeza dengan kanak-

kanak lain yang normal. Dengan demikian, kanak-kanak ADHD ini perlu diberi perhatian khas

yang berbeza. Mendidik kanak-kanak yang mengalami simptom ADHD merupakan cabaran

para pendidik dan agensi pendidikan. Kebanyakan ibu bapa bergantung sepenuhnya kepada

golongan pendidik untuk mendidik dan memperkembangkan potensi kanak-kanak ADHD.

Namun, usaha membantu kanak-kanak ADHD menghadapi pelajaran dan mengharungi

kehidupan bukanlah tanggungjawab guru sehaja malah usaha ini melibatkan penglibatan semua

pihak. Ini termasuklah jabatan, pihak pentadbir sekolah, warga sekolah yang lain serta ibu

bapa. Semua pihak mesti berganding bahu menjalankan peranan masing-masing.

Kita sebagai pendidik semestinya berusaha untuk merealisasikan usaha-usaha dan

hasrat kementerian. Kita sememangnya dituntut untuk merancang PDP yang bersesuaian

dengan keperluan murid ADHD. Kesungguhan guru dalam P&P dalam bilik darjah

Page 5: Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD

5

mempengaruhi keberkesanan penerimaan murid terhadap pelajaran. Kita sebagai guru di

sekolah harian biasa pula harus mempunyai kesabaran, fleksibeliti dan rasional. Sikap sabar,

fleksibel dan rasional membolehkan guru membantu murid mengalami masalah ADHD. Dalam

usahamembantu murid ADHD kita mesti mengambilkira ciri-ciri dan berfokus kepada tiga sub-

ADHD.

Secara khususnya, kanak-kanak ADHD yang mengalami “inattention” adalah kanak-

kanak yang mempunyai daya penumpuan yang lemah. Kanak-kanak “inattention” tidak dapat

mengurus diri sendiri dan selalu kehilangan peralatan sendiri. Keadaan ini boleh mengganggu

proses pembelajaran mereka. Guru perlu melatih murid demikian membezakan buku mata

pelajaran dengan melabelkan warna di atas buku. Murid perlu dilatih menjaga alat tulis yang

lain menggunakan sebuah bekas pencil sebagai tempat menyimpan alat tulis berkenaan.

Latihan ini perlu diamalkan pada setiap hari.

Kanak-kanak “inattention” ini perlu diberi semangat dan motivasi berterusan. Pujian

perlu diberikan kepada murid yang berjaya menyiapkan kerja rumah. Ini berupaya menaikkan

semangat, menaikkan rasa harga diri dan membantu membina keyakinan diri kepada murid

yang berkenaan. Murid “inattention”perlu merasai bahawa dia sentiasa diberi perhatian dan

dihargai, murid mesti merasai bahawa dia sentiasa diberi sokongan dan dorongan. Ini dapat

dilakukan dengan menyediakan satu buku khas untuk merekodkan kerja rumah mereka dan

buku tersebut boleh dibawa pulang untuk ditunjukkan dan ditandatangani oleh ibu bapa. Selain

itu, hasil kerjamereka juga mesti dipamirkan bersama dengan hasil kerja murid lain.

Mempamirkan hasil kerja mereka secara berasingan dengan hasil kerja murid normal akan

menyebabkan murid berkenaan merasa terpencil dan didiskriminasikan. Murid ADHD

(inattention) ini perlu ditempatkan di bahagian hadapan kelas untuk memudahkan guru

berinteraksi.

Murid hiperaktif adalah murid yang tidak dapat duduk diam lebih lama dan suka

bergerak ke sana kemari. Dengandemikian aktiviti PDP untuk murid “hiperaktif” perlu

fleksible. Ada ketikanya, guru boleh membenarkan murid tersebut menyempurnakan kerja

sambil duduk, sambil berdiri atau sambil bergerak. Kerja yang berorientasikan kerja di luar

kelas merupakan kerja yang paling disukai oleh murid ini. Namun, kemahiran guru penting

untuk membimbing murid ADHD mengawal diri.

Guru juga boleh mengaplikasikan kaedah ICT dengan penggunaan alat pandang-

dengar. Penggunaan media dan teknologi dalam PDP adalah menyeronokkan dapat menarik

tumpuan murid berkenaan. Penggunaan media juga dapat meningkatkan daya ingatan murid

ADHD. Antara lain yang boleh digunakan ialah poster,lukisan, gambar dan komputer.

Mudah lupa merupakan salah satu daripada bebarapa ciri-ciri kanak-kanak “impulsivity”. Guru

boleh melatih murid membina dan mengamalkan jadual rutin harian yang ringkas. Murid juga

Page 6: Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD

6

patut dibimbing dan dilatih mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai

semak. Konsepnya ialah kita membuat pengekalan tingkahlaku terhadap rutin dan kebiasaan

aktiviti harian. Selain itu, murid “impulsivity” perlu dibantu memahami dan mengamal papan

tanda sosial seperti “SENYAP”, “SILA IKUT BARISAN”, dan seumpamanya. Ini semua

dapatmembantu murid supaya dapat mengawal kata hati dan berfikir sebelum melakukan

sesuatu.Sistem hadiah juga boleh disediakan untuk menggalakkan murid supaya kelakuan yang

baik dan mengikit peraturan..

Dalam PDP, guru perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami. Murid ADHD

memerlukan arahan yang jelas dan satu persatu. Penerangan atau arahan yang cepat

membuatkan mereka hilang arah, bingung dan bosan serta ingin bergerak. Kalau pun tdak

bergerak, murid-murid ini akan menggoyang-goyangkan tangan dan kaki mereka. Kaedah ini

dapat mengurangkan kesilapan murid dalam menyelesaikan kerja atau aktiviti PDP.