kuliah 5: kanak-kanak bermasalah sosial dan …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/kuliah 5...

14
1 KULIAH 5: KANAK-KANAK BERMASALAH SOSIAL DAN TINGKAH LAKU Hasil Pembelajaran Di akhir pengajaran pembelajaran, pelajar dapat: 1. menerangkan definisi, konsep, ciri, dan perkembangan kanak-kanak autistik; 2. menjelaskan definisi, konsep, dan ciri Attention Deficit Hyperactive Disorder/ADHD; dan 3. mengenal pasti jenis intervensi dan pemulihan yang bersesuaian dengan autisme dan ADHD. Latihan 5.1 1. Jelaskan konsep dan ciri kecelaruan emosi dan tingkah laku. 2. Jelaslan definisi autisme, jenis, ciri-cir, dan perkembangan kanak-kanak autisme. 3. Terangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak autistik daripada segi sosial dan pendidikan. 4. Cadangkan bantuan yang sesuai diberi kepada kanak-kanak autistik. 5. Bincangkan jenis aktiviti/latihan yang terkandung dalam kurikulum bagi kanak-kanak autistik. KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU Kecelarauan emosi dan tingkah laku merujuk pada keadaan emosi dan tingkah laku tidak stabil yang berterusan untuk satu jangka masa sehingga mengganggu pembelajaran. Penunjuk/Indikator Berpencapaian rendah tidak tahu puncanya Gagal dalam perhubungan dengan guru dan rakan sebaya Perlakuan tidak sesuai dengan keadaancontoh: senyum apabila sakit Muram, tidak gembira dan sentiasa bersedih Dalam keadaan tertekan-menunjukkan kelakuan ekstrim---contoh: menggigil bila nama dipanggil (Bower, 1982). Menunjukkan tingkah laku devian AUTISM SPECTRUM DISORDER Autisme tergolong dalam gangguan tingkah laku atau emosi. Individu yang autistik menunjukkan kekurangan tindak balas (responsiveness) kepada orang lain. Autisme merangkumi masalah utama dalam komunikasi, corak pertuturan, dan menunjukkan respons yang ganjil terhadap objek-objek tertentu.

Upload: dinhthuy

Post on 29-May-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KULIAH 5: KANAK-KANAK BERMASALAH SOSIAL DAN …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH 5 Kanak-Kanak... · (pengasingan/deraan seksual); susunan kedudukan adik-beradik iaitu anak sulung

1

KULIAH 5:

KANAK-KANAK BERMASALAH SOSIAL DAN TINGKAH LAKU

Hasil Pembelajaran

Di akhir pengajaran pembelajaran, pelajar dapat:

1. menerangkan definisi, konsep, ciri, dan perkembangan kanak-kanak autistik;

2. menjelaskan definisi, konsep, dan ciri Attention Deficit Hyperactive Disorder/ADHD;

dan

3. mengenal pasti jenis intervensi dan pemulihan yang bersesuaian dengan autisme

dan ADHD.

Latihan 5.1

1. Jelaskan konsep dan ciri kecelaruan emosi dan tingkah laku.

2. Jelaslan definisi autisme, jenis, ciri-cir, dan perkembangan kanak-kanak autisme.

3. Terangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak autistik daripada segi sosial dan

pendidikan.

4. Cadangkan bantuan yang sesuai diberi kepada kanak-kanak autistik.

5. Bincangkan jenis aktiviti/latihan yang terkandung dalam kurikulum bagi kanak-kanak

autistik.

KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU

• Kecelarauan emosi dan tingkah laku merujuk pada keadaan emosi dan tingkah laku

tidak stabil yang berterusan untuk satu jangka masa sehingga mengganggu

pembelajaran.

Penunjuk/Indikator

• Berpencapaian rendah –tidak tahu puncanya

• Gagal dalam perhubungan dengan guru dan rakan sebaya

• Perlakuan tidak sesuai dengan keadaan—contoh: senyum apabila sakit

• Muram, tidak gembira dan sentiasa bersedih

• Dalam keadaan tertekan-menunjukkan kelakuan ekstrim---contoh: menggigil bila

nama dipanggil (Bower, 1982).

• Menunjukkan tingkah laku devian

AUTISM SPECTRUM DISORDER

• Autisme tergolong dalam gangguan tingkah laku atau emosi. Individu yang autistik

menunjukkan kekurangan tindak balas (responsiveness) kepada orang lain.

• Autisme merangkumi masalah utama dalam komunikasi, corak pertuturan, dan

menunjukkan respons yang ganjil terhadap objek-objek tertentu.

Page 2: KULIAH 5: KANAK-KANAK BERMASALAH SOSIAL DAN …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH 5 Kanak-Kanak... · (pengasingan/deraan seksual); susunan kedudukan adik-beradik iaitu anak sulung

2

• Autisme berbeza dengan sckizophrenia kerana kanak-kanak autistik dapat

dikenalpasti sebelum usia mencapai 30 bulan sedangkan schezophrenia merupakan

gangguan yang mula lepas satu tempoh perkembangan yang normal.

DEFINISI AUTISME

• Istilah autisme berasal dari perkataan autos (bermakna diri sendiri) dan isme

(aliran) yang bermakna “berada dalam dunia sendiri”.

• Pada 1943, Leo Kanner telah mengenal pasti tanda-tanda yang menunjukkan ciri

autisme, dan menggunakan istilah autistic yang bermakna: “lari dari realiti”.

• Kanner membezakan autisme dengan schizophrenia dlm tiga aspek iaitu:

mengasingkan diri secara melampau sejak dari kecil, terlalu sayang pada sesuatu

objek, dan keinginan yg sangat kuat untuk bersendirian.

• Definisi autisme (Persatuan Autisme Amerika Syarikat):

“Austisme adalah ketidakupayaan yang rencam yang pada kebiasaannya kelihatan

pada masa kanak-kanak itu belum meningkat umur tiga tahun. Keadaan ini adalah

kesan daripada kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. Autisme dan

tingkah laku yang berkaitan dengannya dianggarkan terdapat dalam 1 daripada 500

individu. Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autisme adalah empat kali ganda

daripada kanak-kanak perempuan.”

Konsep autism

• Kauffman (1993), menyifatkan autisme sbg “Pervasive developmental disorder”

kerana ia menjejas kesemua jenis fungsi dan dikenalpasti sebelum kanak-kanak

mencapai usia 3 tahun.”.

• Definisi dan konsep autisme oleh Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia

(NASOM):

“Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya pada

masa 30 bulan pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah

terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga

mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan yang

luas. Kerap sekali, mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau

kemahiran teknikal, ataupun dalam seni muzik, “rote memory” dan lain-lain.”

• Terdapat kontroversi tentang konsep autisme (sama ada kecelaruan tingkah laku

atau masalah kesihatan), dan keputusan ialah meletakkan autisme sebagai satu

ketidakupayaan yang tersendiri di bawah Disabilities Education Act (1990).

• Hans Asperger – orang yg. pertama menemui autisme di sekitar 40-50an

Page 3: KULIAH 5: KANAK-KANAK BERMASALAH SOSIAL DAN …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH 5 Kanak-Kanak... · (pengasingan/deraan seksual); susunan kedudukan adik-beradik iaitu anak sulung

3

Kadar kejadian:

• 5 dlm 10,000 org. (autisme tulen)

• 15 dlm 10,000 org. (ada ciri-ciri autisme)

• lebih kerap terjadi pd kanak-kanak lelaki

• tanpa mengira bangsa dan SES

Tahap: Low functioning autism to High functioning autism

• Keperluan kanak-kanak autisme meliputi semua aspek spt perlakuan, sosial,

akademik dan fizikal.

• Ciri-ciri utama autisme ialah:

▫ * Extreme isolation/aloneness- kurang hubungan verbal dan fizikal

* Keinginan yang kuat untuk mengekalkan semua benda dalam keadaan

yang sama

Sub Kumpulan Autistik

1. Sindrom Asperger

▫ Mempunyai ciri seperti pemikiran yang konkrit, terlalu memikirkan

mengenai sesuatu topik, ingatan yang baik dan mempunyai sikap yang ganjil

serta luar biasa.

▫ Individu ini boleh dianggap sebagai mempunyai tahap kefungsian yang tinggi

dan layak untuk mempunyai pekerjaan dan boleh hidup berdikari (Reed,

1999)

2. Sindrom Fragile X (menunjukkan ciri autism)

• Merupakan satu bentuk kurang upaya kognitif (mental retardation), “long arm” di

mana pada kromosom X adalah terjerut.

• Lebih 15% daripada individu yang mempunyai Sindrom Fragile X menunjukkan

tingkah laku dan ciri-ciri Autisme.

• Tingkahlaku ini termasuklah pertuturan atau perkembangan bahasa yang lewat,

hiperaktif, “eye-contact” yang lemah dan menggoyangkan tangan.

• Kebanyakan individu ini berfungsi pada tahap masalah ringan kepada sederhana.

• Semakin mereka membesar, perkembangan fizikal mereka menampakkan keunikan

yang jelas seperti muka dan telinga yang panjang serta mungkin menghadapi

masalah jantung (Edelson, 1999)

3. Sindrom Landau-Kleffner (menunjukkan ciri autism)

▫ Menunjukkan banyak tingkah laku Autisme seperti mengelakkan diri

daripada bersosial, mahu kepada rutin yang sama dan bermasalah dalam

bahasa.

▫ Individu ini sering dianggap sebagai menghadapi ‘regresssive” Autisme

kerana mereka menunjukkan ciri seperti normal sehingga berumur 3 hingga

7 tahun.

Page 4: KULIAH 5: KANAK-KANAK BERMASALAH SOSIAL DAN …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH 5 Kanak-Kanak... · (pengasingan/deraan seksual); susunan kedudukan adik-beradik iaitu anak sulung

4

▫ Mereka biasanya mempunyai kemahiran bahasa yang baik tetapi kemudian

hilang keupayaan untuk bercakap.

▫ Mereka juga mempunyai corak gelombang otak yang tidak normal jika

dianalisa corak EEG semasa tidur (Edelson, 1999)

4. Sindrom Rett (menunjukkan ciri autism)

▫ Merupakan kecelaruan neurologi yang terjadi secara berperingkat yang

memberi lebih kesan kepada anak-anak perempuan dan berkembang antara

umur ½ atau 1 ½ tahun.

▫ Sebahagian daripada ciri tingkah laku termasuklah kehilangan pertuturan,

mengulang memulas tangan, menggoyangkan badan dan mengelak daripada

bersosial.

▫ Individu ini biasanya mempunyai tahap ketidakupayaan mental yang teruk

dan sangat teruk (Reed, 1994).

5. Sindrom Williams (menunjukkan ciri autism)

▫ Mempunyai ciri-ciri Autisme termasuklah perkembangan yang lambat dalam

bidang bahasa, sensitive kepada bunyi, tiada tumpuan dan mempunyai

masalah sosial.

▫ Bagi menunjukkan perbezaan tentang sub kumpulan Autisme, mereka yang

mempunyai sindrom ini lebih bersosial dan menghadapi masalah jantung

(Edelson,1999)

CIRI KANAK-KANAK AUTISME

CIRI-CIRI

Page 5: KULIAH 5: KANAK-KANAK BERMASALAH SOSIAL DAN …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH 5 Kanak-Kanak... · (pengasingan/deraan seksual); susunan kedudukan adik-beradik iaitu anak sulung

5

- Gangguan Deria

• sensitif pada sentuhan

• Tidak suka dipegang atau dipeluk

• Sensitif pada bunyi yang kuat dan menutup telinga

• Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain

• Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun perasaan taku.

Page 6: KULIAH 5: KANAK-KANAK BERMASALAH SOSIAL DAN …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH 5 Kanak-Kanak... · (pengasingan/deraan seksual); susunan kedudukan adik-beradik iaitu anak sulung

6

MASALAH KANAK-KANAK AUTISTIK

1. Kekurangan dari segi sensori

2. Pengasingan afektif yang teruk

3. Stimulasi kendiri

4. Kemarahan yang tiba-tiba / Tantrums & perlakuan ‘self-mutilatory’

5. Pertuturan ‘echolalic’

6. Masalah tingkah laku

7. Masalah Komunikasi

PUNCA AUTISME

• Punca sebenar autisme adalah kompleks dan dalam banyak kes, punca yang

menyebabkan autisme tidak diketahui.

• Kajian-kajian kini lebih tertumpu pada masalah genetik, masalah semasa dan

selepas kelahiran, kefungsian otak, dan faktor-faktor neurochemical dan

imunilogikal.

1. Gangguan Biologi terhadap operasi mental

▫ - Dipengaruhi oleh genetik, neurobiological/faktor biokimia atau gabungan

kedua-dua faktor

2. Ketidakfungsian otak

▫ - Terdapat bukti yang kukuh babawa ketidakfungsian serebelum, sistem

limbik, temporal lobe, dan cortex merupakan punca autisme. Walaupun

faktor neurologi diterima sebagai punca autisme, tetapi punca kecacatan

neurologi tidak dapat dikenal pasti.

3. Faktor genetik

▫ - Genetik (adik-beradik kpd individu autistik lebih berisiko mengalami autisme

berbanding dengan orang lain (terutama kembar seiras), juga berkaitan dgn

kecelaruan genetik spt Fragile X syndrome dan phenylketonuria (PKU)

4. Faktor Persekitaran:

a. Faktor keluarga - hubungan kanak-kanak dengan ibu bapa/penjaga

(pengasingan/deraan seksual); susunan kedudukan adik-beradik iaitu anak

sulung dlm keluarga yang mempunyai dua orang anak, anak ke-4 atau yang

berikutnya bagi keluarga yang ada emapat orang anak atau lebih (Gargiulo,

2003)

b. Komplikasi semasa dan selepas kelahiran – jangkitan rubella semasa dalam

kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir.

c. keracunan makanan, dan penyakit begok (mumps)

d. Masalah pencernaan (susu) yang kurang baik (protein daripada makanan tidak

bertukar menjadi asid amino ataupun pepton utk dikeluarkan, jadi ia diserap

kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah dan dibawa ke otak menyebabkan

kerosakan sel-sel otak dan menyebabkan sel otak terganggu).

Page 7: KULIAH 5: KANAK-KANAK BERMASALAH SOSIAL DAN …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH 5 Kanak-Kanak... · (pengasingan/deraan seksual); susunan kedudukan adik-beradik iaitu anak sulung

7

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISTIK

• Kognitif:

- mempunyai daya kognitif yang lemah atau tinggi, atau bakat yang mengkagumkan

(con: melukis)

- mempunyai tumpuan yang singkat, tetapi memberi tumpuan yang berlebihan kpd

perkara yang disukai (disebut sbg stimulus overselectivity). Mereka mungkin tertarik

dan menumpu perhatian terhadap sesuatu aspek (contoh: warna merah pd alat

mainan)

- Boleh menerima imput daripada deira tetapi tidak berupaya memilih maklumat

yang penting.

- Tidak boleh mengekalkan maklumat dlm jangka masa yang lama dan tidak berupaya

membuat penyesuaian terhadap maklumat untuk proses pembelajaran

• Bahasa:

- Bahasa adalah terhad dan tidak fleksibel.

- Ketika bertutur, bergantung pd ingatan secara hafalan daripada menggunakan

peraturan asas bahasa secara kreatif.

- Tajuk perbualan adalah terhad dan mempunyai masalah dalam bahasa badan

(gesture) yang bersesuaian.

- Pertuturan: guna irama yang stereotaip atau berlagu dengan bunyi yang

dipanjangkan secara berlebihan, guna nada yang monotonus, dan tidak

menunjukkan intonasi yang berbeza dalam percakapan.

- Mempunyai bahasa mereka yang tersendiri iaitu perkataan dan frasa yang

dikeluarkan adalah unik; bentuk bahasa menunjukkan semantik yang ganjil dan

kekurangan dalam kefahaman

- Menggunakan ganti nama yang mengelirukan, con: ‘you’ utk diri dan ‘I’ utk orang

lain.

• Emosi :

- Sukar membuat hubungan emosi dengan orang lain kerana tidak sedar bahawa

perasaan tertertentu ditunjukkan dalam cara yang tidak disalah faham (con: ketawa

geli hati tetapi wujud dlm keadaan sosial yang tidak sesuai)

- Tidak menyembunyikan perasaan suka atau tidak suka kepada orang lain (con:

menunjukkan kemesraan yang melampau)

- Menunjukkan ekspresi muka yang berbeza-beza, kedudukan (posture) badan yang

kaku, dan suara yang mendatar atau monotonous.

CARA MEMBANTU KANAK-KANAK AUTISME

1. Pengesanan awal

2. Rancangan pra-sekolah – pengurusan tingkah laku & pengembangan kemahiran

3. Pengajaran kemahiran vokasional & kemahiran yg. seimbang

Page 8: KULIAH 5: KANAK-KANAK BERMASALAH SOSIAL DAN …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH 5 Kanak-Kanak... · (pengasingan/deraan seksual); susunan kedudukan adik-beradik iaitu anak sulung

8

4. Perlanjutan program utk menggalakkan kemampuan diri & sediakan rekreasi yg.

bersesuaian.

5. Perlu ada guru khas dgn nisbah guru-murid yg. tinggi dan juga khidmat ahli psikologi

6. Kaedah pengajaran: terapi modifikasi tingkah laku utk mengajar tingkah laku yg.

tertib dan kebolehan hidup asas

7. Aktiviti kebajikan & program masyarakat

8. Rawatan: makanan tambahan utk mengurangkan tingkah laku hyperactivities dan

ubat spt afalex

PERKHIDMATAN INTERVENSI

• Proses intervensi bermula sebaik sahaja masalah ini dikesan. Menurut Ericson (87),

tiada satu cara yang betul-betul berkesan untuk memulihkan autisme):

• Peringkat permulaan:

- Rawatan perubatan:

* ritalin (utk rawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif)

* Vitamin B6 bersama magnesium (tingkatkan tumpuan)

* tranquilizers & antipsychotic drugs

* makanan tambahan: Efalex & Bio Life (untuk mengurangkan gejala hiperaktif)

AUTISME: PENGESANAN DAN RAWATAN

• Pengesanan: pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak

• Rawatan: Ericson (87): tiada satu cara yang betul-betul berkesan untuk memulihkan

autisme

* beri tranquilizers & antipsychotic drugs untuk pengurusan pesakit

* makanan tambahan: Efalex & Bio Life (untuk mengurangkan gejala hiperaktif)

* terapi tingkah laku:

Applied Behaviour Analysis (ABA) Oleh Dr. Lovaas

Parent Response for Autism (PR4A), Pakar: Dr. Sazmani

(HUKM)

• Pengurusan tingkah laku (strategi dan teknik untuk menambah atau mengekalkan

tingkah laku sasaran dan mengurang atau menghapuskan tingkah laku kurang

sesuak) :

* terapi tingkah laku:

Applied Behaviour Analysis (ABA) Oleh Dr. Lovaas

Parent Response for Autism (PR4A), Pakar: Dr. Sazmani

(HUKM)

Time-out

Pengasingan

Shaping (guna ganjaran, dendaan…)

• Program intervensi lain (di USA):

- Perkhidmatan dan bantuan teknologi

- Perkhidmatan jururawat sekolah

- Latihan dan kaunseling ibu bapa

Page 9: KULIAH 5: KANAK-KANAK BERMASALAH SOSIAL DAN …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH 5 Kanak-Kanak... · (pengasingan/deraan seksual); susunan kedudukan adik-beradik iaitu anak sulung

9

- Perkhidmatan pemakanan/nutrisi

- Program kebudayaan dan kesenian (seni, muzik, dan tarian)

- Terapi cara kerja

- Terapi bahasa dan pertuturan

KURIKULUM AUTISME

1. Kemahiran beri tumpuan/ Attending Skills

• Duduk di kerusi sendiri

• Pandang (eye contact) ketika nama dipanggil

• Pandang bila disuruh: “Padang Saya”

• Respons kpd arahan: “Turunkan Tangan”

2. Kemahiran Peniruan

• Tiru pergerakan motor kasar

• Tiru tingkah laku dengan objek

• Tiru pergerakan motor halus

3. Kemahiran bahasa ‘Receptive’

• Kenal pasti bahagian badan

• Kenal pasti objek

• Kenal pasti gambar/orang

4. Kemahiran bahasa ‘Expressive’

• Tunjuk ke arah item bila ditanya “Anda nak apa?”

• Tiru bunyi/perkataan

• Label objek/manusia

• Buat pilihan

• Jawab soalan sosial

5. Kemahiran Praakademik

• Matematik- kenalpasti bentuk/angka

• Kira objek

6. Kemahiran bantu diri

• Minum dari cawan

• Guna garpu dan sudu utk makan

• Buka kasut/sarung kaki/pakaian

• Tiolet- training

Page 10: KULIAH 5: KANAK-KANAK BERMASALAH SOSIAL DAN …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH 5 Kanak-Kanak... · (pengasingan/deraan seksual); susunan kedudukan adik-beradik iaitu anak sulung

10

Latihan 5.2

1. Jelaskan konsep ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder).

2. Terangkan ciri kanak-kanak dengan ADHD.

3. Jelaskan punca ADHD

4. Apakah kaedah yang sesuai digunakan untuk mengajar kanak-kanak ADHD?

ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder)

• Hiperaktif adalah istilah yang digunakan kpd kanak-kanak yang mempunyai tingkah

laku yang terlampau aktif (overactive) dan mengganggu (disruptive)

• Persatuan Psikologi Amerika (APA) mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan

psikoligi dengan petanda-petanda yang dapat dikesan sebelum umur tujuh tahun.

• Merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulsif, dan/atau hiperaktiviti-

impulsif yang lebih kerap dan teruk berbanding kebiasaan yang dilihat pada individu

pada tahap-tahap perkembangannya.

• Masalah utama: kurang tumpuan atau tumpuan yang singkat

• Ada dua masalah: terlampau aktif dan kurang tumpuan

• Istilah:

- Attention Deficit Disorder (ADD)

- Attention Deficit-Hyperactivity Disorder (ADHD)

• Kini, hanya ADHD digunakan (tegaskan dalam Diagnostic and Statistical Manual of

Mental Disorders-IV atau DSM-IV)

Definisi ADHD diberi oleh Persatuan Psikologi Amerika/APA (Marilyn Friend, 2005):

• ADHD- kurang tumpuan

▫ Petunjuk utama: kurang tumpuan; kanak-kanak ADHD mungkin

meninggalkan bahagian mustahak tugasan yang diberikan, kerap

mengelamun dalam kelas, tidak teratur, dam kerap kali pelupa.

• ADHD- hiperaktif-impulsif

▫ Petunjuk utama: kurang tumpuan + hiperaktif iaitu jumlah pergerakan yang

sangat tinggi, dan impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir (con: ketuk

meja, berlari-lari, banyak bercakap).

• ADHD- gabungan

▫ Kanak-kanak mempunyai petunjuk kedua-dua ciri di atas, iaitu tidak ada

tumpuan dan hiperaktif-impulsif.

Ciri Perkembangan Kanak-Kanak ADHD

1. Kognitif

- Masalah ingatan jangka pendek (con: tidak dpt ingat arahan yg. diberi kepadanya)

- Ada keupayaan kognitif yang normal

Page 11: KULIAH 5: KANAK-KANAK BERMASALAH SOSIAL DAN …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH 5 Kanak-Kanak... · (pengasingan/deraan seksual); susunan kedudukan adik-beradik iaitu anak sulung

11

2. Akademik

- Berpencapaian rendah atau tinggi, boleh mengikuti pelajaran sekiranya menerima

intervensi, ada yang tergolong dlm kategori pintar cerdas dan berbakat.

3. Sosial dan Emosi

- Tidak berupaya mengawal emosi, menjadi temper-tantrum

- Lebih cenderung mengalami kemurungan.

- Kerap menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dengan tuntutan sosial di

sekolah dan juga di tempat lain

- Kanak-kanak ADHD hiperaktif-impulsif bersifat agresif

CIRI TINGKAH LAKU KANAK-KANAK DENGAN ADHD

• Tidak memberi perhatian (Inattention)

▫ Sukar mendengar dan mengikut arahan, mudah distracted

▫ Gagal memberi tumpuan yang teliti atau cuai serta membuat kesilapan

semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti yang lain

▫ Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja tugasan yang

diberi

▫ Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti –aktiviti

▫ Tumpuan mudah bertukar daripada satu aktiviti ke satu aktivti yang lain

▫ Kerap mengelak , tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu

tugas yang memerlukan tumpuan yang lama

▫ Selalu kehilangan barang seperti alat tulis mainan dll

▫ Mudah pelupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan

Hyperactivity

▫ Tidak boleh duduk diam dan seolah-olah mempunyai tenaga berlebihan

▫ Kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang- geliut di tempat

duduk

▫ Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas

▫ Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakkan

masa kelihatan kekok

▫ Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah

dengan senyap

▫ Selalu bercakap banyak

▫ Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah “digerakkan oleh

motor”

Impulsivity

▫ Tidak dapat mengawal diri daripada membuat sesuatu tingkah laku secara

spontan dan rawak walaupun tidak sesuai dengan keadaan.

▫ Selalu memberikan jawapan sebelum soalan lengkap diajukan.

▫ Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran.

Page 12: KULIAH 5: KANAK-KANAK BERMASALAH SOSIAL DAN …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH 5 Kanak-Kanak... · (pengasingan/deraan seksual); susunan kedudukan adik-beradik iaitu anak sulung

12

▫ Sering menggangu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain.

▫ Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami

kemalangan.

▫ Bersifat agresif dan kerap memulakan pergaduhan dan pertengkaran.

• Murid ADHD tidak semestinya menunjukkan ketiga-tiga ciri tersebut. Namun satu

ciri yang ketara ialah mereka tidak mempunyai kebolehan untuk mengawal dan

menahan diri daripada melakukan pemikiran dan/atau tingkah laku yang tidak

sepatutnya.

PUNCA ADHD

1. Faktor Fisiologikal

• Faktor keturunan

▫ Kanak-kanak yang ibu atau bapanya mengalami ADHD berkemungkinan tiga

kali ganda mempunyai ADHD.

• Perbezaan fungsi otak

▫ 3 bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia, dan serebelum kerap

berfungsi secara berbeza-beza pada individu dengan ADHD berbanding

individu lain. Terdapat kurang aktiviti elektrikal dan kurang tindak balas

terhadap rangsangan bagi bahagian-bahagian tersebut.

• Faktor Biokimia

▫ Bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai nuerotransmitter yang

memancarkan maklumat daripada salah satu daripada tiga bahagian di atas

kepada bahagian yang lain, tidak dipecahkan dan di serap semula dengan

sempurna dalam otak individu dengan ADHD.

2. Faktor Persekitaran

• Persekitaran

▫ Faktor persekitaran dilihat sebagai penyumbang kepada tahap keterukan

ADHD yang dialami oleh kanak-kanak.

• Kecederaan otak

▫ Terjadi semasa tempoh prenatal akibat daripada penggunaan dadah,

merokok, atau pengambilan alkohol oleh ibu. Semasa proses kelahiran,

kecederaan otak berlaku akibat kekurangan oksigen. Selain itu, kecederaan

otak boleh juga disebabkan demam panas yang teruk, atau kemalangan yang

melibatkan kecederaan kepala.

ADHD: PENGESANAN DAN RAWATAN

• Rujukan Awal (rujuk doktor atau ahli psikologi utk mengesan tanda-tanda ADHD)

• Penilaian

- Penilaian perubatan, ujian saringan oleh doktor termasuk mendapatkan maklumat

tentang sejarah perkembangan

Page 13: KULIAH 5: KANAK-KANAK BERMASALAH SOSIAL DAN …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH 5 Kanak-Kanak... · (pengasingan/deraan seksual); susunan kedudukan adik-beradik iaitu anak sulung

13

- Ujian Pencapaian berterusan (Continuous performance tests). Ujian pencapaian

yang direka untuk melihat daya tumpuan murid (con: Integrated Visual and Auditory

Contonuous Test atau IVA, dan Test of Variables of Attention Continuous

Performance Test atau TOVA) .

- Penilaian ibu bapa: Ibu bapa memberi maklumat kepada doktor atau guru,

menjawan soal selidik dan ditemu bual, menjawab senarai semak spt Conner’s

Parent Rating Scale-Revised and Child Behaviour Checklist for Ages 4-8, Parent

Form…

- Penilaian guru dan sekolah: melihat fungsi kanak-kanak dalam persekitaran sekolah,

juga menggunakan senarai semak spt Conner’s Teacher Rating Scale-Revised

- Mengenal pasti ADHD atau pintar cerdas : terdapat kanak-kanak pintar cerdas yang

didiagnos sebagai mengalami ADHD kerana menunjukkan ciri yang serupa dengan

ADHD tetapi dengan cara yang berbeza (con: impulsif, resah, dan sukar mengikuti

peraturan). Oleh itu perlu kenal pasti ADHD atau pintar cerdas

Intervensi tingkah laku

- Guna pengukuhan seperti ganjaran dan token bagi mengukuhkan tingkah laku yang

diingini.

Intervensi pengajaran

- Beri arahan yang jelas, ringkas, dan lengkap.

- Apabila beri arahan, minta murid mengulangi arahan tersebut.

- Pecahkan tugasan yang kompleks/besar kpd bahagian-bahagian yang lebih kecil.

- Libatkan pelajar dlm aktiviti pembelajaran

Rawatan Perubatan:

- Terapi yang lebih memberi kesan unyuk mengurangkan tanda ADHD ialah

merangsang sistem saraf pusat (CNS) dengan perubatan dan proses pengubahsuaian

tingkah laku.

1. Methylphenidate (Ritalin, Cancerta, Metadate)

2. Dextroamphetamine (Dexedrine)

3. Mixed Amphetamine (Adderall)

TETAPI..

Terdapat kesan sampingan:

Positif: - menambah perhatian

- mengurangkan tingkah laku mendesak

- produktiviti akademik akan bertambah

Negatif: - selera makan berkurang

- kesukaran untuk tidur

- pening kepala

sakit perut

Page 14: KULIAH 5: KANAK-KANAK BERMASALAH SOSIAL DAN …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH 5 Kanak-Kanak... · (pengasingan/deraan seksual); susunan kedudukan adik-beradik iaitu anak sulung

14

KAEDAH PENGAJARAN KANAK-KANAK ADHD

1. Susun Atur Kedudukan Di Dalam Kelas

▫ Berhampiran dengan guru – elak bahagian belakang

▫ Cuba elak tempat yang mempunyai gangguan seperti pintu dan tingkap

▫ Mata bertentang mata

▫ Berdiri dekat/bersebelah pelajar ADHD apabila memberi arahan

2. Interaksi Sosial

▫ Kenal pasti tingkah laku dan beri pengukuhan- positif atau negatif.

▫ Duduk bersama-sama dengan mereka

▫ Jelaskan maklamat yang perlu dicapai

▫ Sentiasa membuat pujian bertulis kerana ia akan membantu meningkatkan

keyakinan diri

▫ Guru sebagai rakan sebaya dan memberi banyak sokongan

▫ Melantik mereka menjadi ketua- memperkukuhkan hubungan interpersonal

3. Pengubahsuaian Kurikulum Dan Proses Pengajaran

▫ Kurangkan syarahandan mengambil nota tetapi lebih kepada aktiviti dan

penglibatan kanak-kanak ADHD.

▫ Beri motivasi dan arahan yang tepat kepada mereka.

▫ Tahap yang rendah supaya mereka mencapai tahap.

▫ Aktiviti yang pelbagai dan kreatif

4. Rancangan Pengajaran Dan Bembelajaran Yang Sistematik

• SEBELUM – melakukan aktiviti untuk mengesan tingkah laku yang ingin diubah

• SELEPAS – melakuan tindakan susulan untuk terus memastikan tingkah laku yang

tidak sesuai berkurangan

• Memberitahu peraturan dan arahan sebelum P+P serta mengesan tingkah laku yang

ingin diubah.

• Membuat sistem ganjaran, menulis rekod dan peneguhan positif selepas P+ P.

• Lihat ‘Intervensi Pengajaran’ sebelum slide ini.