bab 5 kemerdekaan tanah melayu

60
BAB 5 KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Upload: trung

Post on 12-Jan-2016

146 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

BAB 5 KEMERDEKAAN TANAH MELAYU. PENGENALAN Kemerdekaan bebas daripada kongkongan dan cengkaman kuasa asing yang menekan - penjajah. Kebebasan - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

BAB 5

KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Page 2: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

PENGENALAN • Kemerdekaan • bebas daripada kongkongan dan cengkaman kuasa

asing yang menekan - penjajah.

• Kebebasan • rakyat berhak mengatur dan memilih corak

kehidupan mereka - sistem pemerintahan dan perlembagaan sendiri tanpa terikat dengan kuasa asing yang menjajah.

Page 3: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Penentangan bermula pertengahan abad ke-16• negeri Melaka kepada Portugis (1511), Belanda

(1641), • Inggeris menguasai negeri Pulau Pinang (1786), Perak

(1874), • negeri-negeri Melayu yang lain.

• Tanah Melayu pernah dijajah Jepun. • Negeri-negeri Melayu di Utara pernah diperintah

oleh kerajaan Siam. • Kerajaan Brooke di Sarawak • Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah

Page 4: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

PERKEMBANGAN POLITIK TAHUN 1945-1955 • British mula menunjukkan sikap bertolak

ansur – ke arah pemerintahan sendiri. • 1946 British perkenalkan Malayan Union – ditentang habis-habisan oleh semua lapisan

masyarakat dan pertubuhan Melayu. – akhirnya British menggantikan Malayan Union

dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Page 5: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• 1948, langkah-langkah ke arah pemerintahan sendiri dibuat.

• Peristiwa darurat (1948-1960) - banyak nyawa terkorban, beribu juta ringgit dibelanjakan.

• 1955, British membimbing rakyat ke arah sistem dan pemerintahan berbentuk demokrasi seperti memperkenalkan sistem pengundian dan mengadakan pilihanraya.

Page 6: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Perpaduan Kaum • British menetapkan syarat bahawa semua kaum di

Tanah Melayu mesti bersatu terlebih dahulu dalam politik sebelum kemerdekaan dapat diberikan.

Usaha ke Arah Perpaduan

• Hasil perbincangan Dato’ Onn Jaafar dengan Tan Cheng Lock, E.E.C. Thuraisinggam, Malcom Mac Donald dan Roland Braddell• Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (Communities

Liaison Committee) telah dibentuk.

Page 7: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

– Berasaskan tolak ansur antara politik Melayu dan bukan Melayu telah dilaksanakan pada tahun 1949.

– 15 orang anggota terdiri daripada tokoh-tokoh penting daripada kaum Melayu, Cina dan India.

– Memupuk persefahaman di antara pemimpin-pemimpin kaum di Tanah Melayu

• Inisiatif parti politik ke arah perpaduan kaum. • bekerjasama UMNO, MCA dan MIC dalam

pilihanraya di dalam Perikatan.

Page 8: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

PERTUMBUHAN PARTI-PARTI POLITIK • Perang Dunia Pertama – sudah ada usaha memperjuangkan kemerdekaan

Tanah Melayu melalui penubuhan beberapa parti politik.

• Parti politik Melayu pertama – Kesatuan Melayu Muda (1937) diketuai oleh

Ibrahim Haji Yaakob. – bubar dengan kedatangan Jepun.

Page 9: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Cadangan Malayan Union (1946) – cetus penubuhan parti-parti politik– Malayan Union merupakan pemangkin utama

penyatuan orang Melayu.

• Hizbul Muslimin (1948) – diketuai oleh Uztaz Abdul Bakar – sekutu PKMM dibubarkan oleh British di tahun

yang sama.

Page 10: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

United Malays National Organization (UMNO)

• Dato’ Onn Jaafar - pengerusi Pergerakan Melayu Johor mencadangkan diadakan Kongres Melayu bagi menyatukan seluruh masyarakat Melayu untuk menentang Malayan Union.

– Kongres Melayu Se-Malaya diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

– Dihadiri oleh 41 buah persatuan Melayu.– Perlembagaan baru dibuat dan UMNO dengan rasminya

ditubuhkan pada 11 Mei 1946

Page 11: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• 1951 pemimpin pertama UMNO Dato’ Onn Jaafar meletak jawatan – cadangan buka keahlian parti kepada semua bangsa tidak

direstui oleh ahli-ahli UMNO.

• Diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman – menukar konsep perjuangan UMNO dari ‘Hidup Melayu’

kepada ‘Merdeka’. – 1954, UMNO, MCA dan MIC bergabung dalam Parti

PERIKATAN.

Page 12: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Malayan Indian Congress (MIC) • Ditubuhkan pada bulan Ogos tahun 1946

– penggabungan persatuan-persatuan India di Tanah Melayu.

• Yang Dipertua Kongres pertama - John A. Thivy.– Pernah terlibat di dalam Persatuan Pusat India di Tanah Melayu

dan juga gerakan kemerdekaan India.

• Peringkat awal perjuangannya – bertujuan menyokong perjuangan kemerdekaan di India. – kurang mendapat sambutan di kalangan orang India di Tanah

Melayu.

Page 13: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Selepas India mencapai kemerdekaan - 1947, – tumpuan kepada kegiatan politik di Tanah Melayu.– Perjuangkan isu kerakyatan yang merupakan satu

daripada isu utama di Tanah Melayu.

– menjaga kepentingan politik, ekonomi, dan sosial kaum India di Tanah Melayu.

• Menyertai IMP pimpinan Dato’ Onn - tidak berapa berjaya dalam pilihanraya 1952.

• Bergabung dalam Parti Perikatan (1955) - dapat sambutan orang India di seluruh Tanah Melayu

Page 14: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Malayan Chinese Association (MCA) • Ditubuhkan pada Februari 1949 atas idea British – bagi membolehkan sebahagian orang Cina menyokong

British dalam menghadapi darurat.– Parti Komunis Malaya (PKM) merupakan satu-satunya

parti yang disertai oleh kebanyakan orang Cina.

• Presiden MCA yang pertama ialah Tan Cheng Lock.

• Melindungi hak dan kepentingan ekonomi, politik, dan sosial kaum Cina di Tanah Melayu.

Page 15: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Berjanji akan bekerjasama dengan kerajaan untuk mematahkan kegiatan komunis.

• Membuktikan kepada kerajaan Inggeris akan kesetiaan kaum Cina terhadap Tanah Melayu.

Page 16: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) • Ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di Ipoh, Perak, – ditubuhkan selepas perang oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr.

Burhanuddin al-Helmi, Ahmad Boestamam dan Ishak Hj Mohamad.

– Melahirkan kesedaran politik dan menyatukan bangsa Melayu di Tanah Melayu dan di Indonesia

– PKMM turut serta sebagai anggota UMNO buat seketika. – Percanggahan ideologi, kepimpinan, dan soal bendera,

PKMM kemudian keluar dari UMNO. – Ahli ditangkap dan PKMM dibubarkan.

Page 17: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Parti Islam Se-Malaya (PAS) • Ditubuhkan pada tahun 1955 – hasil persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya di Kuala

Lumpur pada 23 Ogos 1951.

• Parti ini ditaja oleh Jabatan Agama UMNO.• Dianggotai oleh bekas aktivis agama, dan bekas ahli

HAMIM yang diharamkan oleh British. • Menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, dan

bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, serta mengetatkan peraturan kerakyatan.

Page 18: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)

• Parti pelbagai kaum pertama dan dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar.

• Bekerjasama dengan MIC dari tahun 1951 sehingga tahun 1953.

• MCA di bawah pimpinan Tan Cheng Lock juga pernah menyertai Dato’ Onn.

• 1952 - MCA telah bekerjasama dengan UMNO dalam Parti PERIKATAN.

Page 19: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Kegagalan IMP menyebabkan Dato’ Onn berpatah balik memperjuangkan kepentingan Melayu melalui Parti Negara.

– Parti Negara ditubuhkan pada tahun 1955 – Kebanyakan ahlinya terdiri daripada orang Melayu. – Untuk menyatupadukan orang Melayu. – Untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya negeri

dan persekutuan yang sedang dirancangkan ketika itu.

Page 20: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Parti Buruh • Ditubuhkan di Pulau Pinang oleh pemimpin Kesatuan

Sekerja atas nama Parti Buruh Pulau Pinang pada 15 Mei 1951.

• Parti yang sama ditubuhkan di Selangor, Negeri Sembilan, Perak, dan Melaka - bergabung membentuk Parti Buruh SeMalaya di bawah pimpinan Mohd. Sopiee Ibrahim. – Parti ini merancang untuk mencapai kemerdekaan pada 1964. – Kurang mendapat sokongan dari orang ramai.– Terdapat unsur sosiolisme dan komunisme dalam perjuangan

parti.

Page 21: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

– Berfahaman sosiolis yang tidak mahu mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu.

– Pengalaman kezaliman komunis semasa darurat membimbangkan rakyat untuk menerima Parti Buruh.

Parti Progresif Perak PPP – ditubuhkan pada 1953 dipimpin oleh DR Senivasagam. – menyertai Perikatan dan berjaya menguasai Majlis

Perbandaran Ipoh atas nama Perikatan UMNO-MCA-PPP.

– Pilihanraya tahun 1955, PPP keluar dari Perikatan dan menukar nama Parti Progresif Rakyat.

Page 22: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Parti lain

• Parti Radikal pimpinan Dr. Lim Chong Eu, • National Association of Perak (NAP) dipimpin

oleh Dato Bukit Gantang Abdul Wahab • Kesatuan Melayu Semenanjung pimpinan Haji

Hashim Ghani.

Page 23: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

PERUBAHAN DASAR BRITISH KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI

• Politik di Tanah Melayu semakin rancak ekoran perkembangan penubuhan parti-parti politik ke arah berkerajaan sendiri.

• Hasrat Kerajaan Inggeris untuk memberikan kemerdekaan dapat di lihat daripada beberapa peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1950-an.– Sistem Ahli, – Pilihanraya Majlis Tempatan – Pilihanraya Umum 1955.

Page 24: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Sistem Ahli • 1951 - British memperkenalkan Sistem Ahli dalam Mesyuarat

Kerja Persekutuan (Majlis Perundangan Persekutuan).

– Langkah penting ke arah mewujudkan perpaduan kaum. – Mereka yang dilantik terdiri daripada beberapa warganegara

Persekutuan Tanah Melayu untuk menjadi ahli Majlis serta diberi portfolio bertaraf menteri.

– Senarai menteri dan jawatan yang disediakan dalam Sistem Ahli. • 1. Dato’ Onn bin Jaafar Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri • 2. EEC Thuraisingham Ahli Pelajaran • 3. Tunku Yaakob Ahli Pertanian dan Perhutanan • 4. Lee Tian Keng Ahli Kesihatan

Page 25: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• 5. Dato’ Mahmud Mat Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan

• 6. J.D. Mead Ahli Kerja Raya dan Perumahan

• 7. J.D. Hodgkinson Ahli Perindustrian dan Perhubungan Sosial

• 8. O.A. Spencer Hal Ehwal Ekonomi

• Seorang ahli lagi bertanggungjawab mengetuai portfolio Keretapi dan Pos—menjadikan jumlah kesemuanya ialah sembilan orang ahli.

Page 26: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Tokoh-tokoh yang dipilih adalah terdiri daripada semua kaum.

• Bertanggungjawab untuk mengetuai beberapa jabatan kerajaan.

• Mereka merupakan pemimpin-pemimpin tempatan. • Satu pilihanraya bagi memilih anggota perwakilan di

peringkat Penguasa Tempatan sebagai latihan kepada demokrasi berparlimen.

Page 27: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Pilihanraya Tahun 1951

• Pilihanraya pertama pada 1 Disember 1951 – memilih perwakilan di majlis tempatan - Majlis

Perbandaran Georgetown, Pulau Pinang.

• 1953 – seorang speaker sebagai pengerusi Majlis Mesyuarat

Perundangan Persekutuan - menggantikan tempat Pesuruhjaya Tinggi British yang tidak lagi menganggotai majlis itu.

Page 28: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Pilihanraya Tahun 1952

• Februari 1952 - Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur dengan 12 kerusi dipertandingkan.

• Disertai oleh Perikatan UMNO-MCA, IMP dan calon Bebas.– UMNO-MCA memenangi sembilan kerusi– IMP berjaya memenangi dua kerusi – Satu kerusi dimenangi oleh calon bebas.

Page 29: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Pilihanraya Majlis Bandaran di Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan Seremban turut diadakan.

• bincang perkara melibatkan kepentingan awam di peringkat tempatan – memberi pengalaman mentadbir kerajaan dan

pendedahan awal tentang proses pilihanraya.

Page 30: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Pilihanraya Umum Tahun 1955

• 1953, Perikatan UMNO-MCA cadang kepada British supaya diadakan pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan. – tuntut 60 peratus ahli dipilih melalui pilihanraya, 40

peratus dilantik British - ditolak oleh British.

• Perikatan memulaukan semua Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat tempatan, negeri, dan persekutuan

Page 31: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• British setuju pada prinsipnya keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan – Ahli dipilih oleh rakyat lebih daripada ahli yang dilantik. – Perikatan meneruskan pemulauan kerana tidak bersetuju

dengan keputusan British

• British akhirnya keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan seramai 98 orang. – (i) 52 orang dipilih menerusi pilihanraya dengan seorang

dilantik menjadi speaker. – (ii) 3 orang dilantik kerana jawatan - Ketua

Setiausaha, Peguam Negara dan Setiausaha Kewangan.

Page 32: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

– (iii) 11 orang dipilih mewakili negeri. – (iv) 22 orang dipilih mewakili berbagai golongan dan

pertubuhan. – (v) 3 orang dipilih mewakili kaum minoriti seperti Orang

Asli, Serani dan Ceylon. – (vi) 7 orang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi, setelah

berunding dengan parti yang mempunyai majoriti.

• 27 Julai 1955 Pilihanraya Persekutuan diadakan– MIC menyertai Perikatan pada tahun yang sama.– Tiga parti politik mewakili tiga kaum terbesar di Tanah

Melayu bersetuju bergabung dan bertanding dalam pilihanraya membentuk di dalam Perikatan.

Page 33: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Parti yang bertanding• Parti Perikatan bertanding disemua 52 kerusi.

– UMNO 35 kerusi (69 %)– MCA 15 kerusi (28 %– MIC dua kerusi (3 %).

• Parti Negara 33 buah kerusi, • PAS 11 kerusi • Calon Bebas 18 orang

• Pecahan pengundi – 84.2 % pengundi Melayu – 11.2 % pengundi Cina – 3.9 % pengundi India

Page 34: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Pilihanraya Tahun 1955: Barisan Calon Mengikut Parti

Parti Melayu Cina India Jumlah • Perikatan 35 15 2 52 • Parti Negara 29 1 - 30 • Parti Islam SeMalaya 11 - - 11 • Persatuan Kebangsaan Perak 8 1 - 9 • Parti Buruh - 2 2 4 • Ikatan Melayu Perak 3 - - 3 • Parti Progresif Perak 1 - 1 2 • Bebas 16 1 1 18

Page 35: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Latar belakang pilihanraya– 50 daripada 52 adalah kawasan majoriti pengundi

Melayu.– UMNO boleh menang tanpa sokongan MCA dan

MIC. – 80% jumlah undi dimenangi oleh UMNO, 20%

oleh parti-parti lain– orang Melayu telah berkorban demi perpaduan

masa depan negara. • Beri kerusi (31%) pada kaum Cina dan India

walaupun peratus pengundi hanya 15.8%.

Page 36: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Kedudukan Calon Perikatan dalam Pilihanraya1955

Parti Peruntukan Kerusi Peratus Kerusi (%) Peratus Pengundi (%)

UMNO 34 69 84.2 MCA 15 28 11.2 MIC 2 3 3.9

• Moto Perikatan ialah ‘Menuju Ke arah Kemerdekaan’. • Janji Perikatan kepada rakyat;

(i) Pemerintahan berdasarkan demokrasi berparlimen. (ii) Bahasa Melayu dan sebagai bahasa kebangsaan. (iii) Agama Islam sebagai agama rasmi.

Page 37: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

(iv) Melindungi dan mengekalkan institusi beraja Melayu. (v) Mengubahsuai undang-undang kerakyatan. (vi) Peningkatan taraf ekonomi Melayu. (vii) Menjalinkan hubungan antarabangsa. (viii) Hak asasi manusia. (ix) Sistem pendidikan kebangsaan. (x) Kemerdekaan diperoleh dalam tempoh empat tahun.

• Perikatan berjanji menamatkan darurat secepat mungkin, – menawar pengampunan kepada komunis yang majoritinya

terdiri daripada kaum Cina. Rundingan Baling sejurus selepas Pilihanraya 1955.

Page 38: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu

Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri Tunku Abdul Rahman Menteri Pelajaran Dato’ Abdul Razak Hussein Menteri Hasil Bumi Dr. Ismail A. Rahman Menteri Pengangkutan Kolonel H.S. Lee Menteri Tanam-Tanaman Abdul Aziz Ishak Menteri Kesihatan Leong Yew Koh Mengeri Buruh V.T. Sambanthan Menteri Kerja Raya Sardon Jubir Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Sulaiman Abdul Rahman Menteri Perhubungan, Pos dan Telekom Ong Yoke Ling

Page 39: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Portfolio Kewangan, Hal Ehwal Luar, dan Pertahanan masih dipegang oleh pegawai British.

Page 40: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

LANGKAH-LANGKAH MENUJU KEMERDEKAAN

• Kejayaan besar dalam pilihanraya 1955– Perikatan desak dipercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

• Hasil perbincangan di kalangan Raja-raja Melayu, MCA dan MIC – Membuktikan majoriti penduduk di Tanah Melayu sanggup

bertolak ansur dan berkongsi kuasa dalam usaha mewujudkan sebuah pemerintahan sendiri.

Page 41: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Rundingan ke Arah Kemerdekaan • Tunku Abdul Rahman berucap di Majlis Perundangan

Persekutuan – Untuk mencapai kemerdekaan dalam tempoh dua tahun

• Menimbulkan reaksi kontra daripada istana Johor. – “Memanglah baik untuk melaung-laungkan tentang merdeka, tetapi

dimanakah kapal-kapal perang kamu, kapal terbang kamu dan tentera kamu untuk menghadapi dan menangkis pencerobohan daripada luar? Kalau orang putih keluar, negeri ini akan susah 99 kali ganda daripada hari ini.”

• Keanggotaan perwakilan ke majlis perundingan kemerdekaan menjadi isu kontroversi.

Page 42: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Berlaku pertentangan dari segi kekuasaan dan kedaulatan – Pihak raja yang mewakili kepentingan pihak istana sahaja? – Satu pihak lagi dipilih oleh rakyat dan menjadi wakil kepada

rakyat. – bersetuju dengan empat wakil raja-raja Melayu dan empat wakil

dari Perikatan.

Page 43: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• WAKIL RAJA-RAJA MELAYU • Dato Panglima Bukit Gantang• Abdul Aziz Othman• Dato Mohd Seth • Dato Nik Ahmed Kamil

• WAKIL PARTI PERIKATAN• Tunku Abdul Rahman• Tun Dr Ismail• Tun H.S Lee• Tun Abdul Razak Hussein

Page 44: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Misi Kemerdekaan ke London • Januari 1956, – lapan orang berangkat ke London, diketuai oleh Tunku

Abdul Rahman.– British diketuai oleh Lord Lennox Boyd, Setiausaha Tanah

Jajahan British.

• Rundingan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956 – Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari

1956.

Page 45: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Persetujuan yang dicapai(i) British memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957(ii) Tanah Melayu berada dalam Komanwel dan pemerintahan secara demokrasi(iii) British mendapat hak menempatkan tenteranya di negara ini(iv) Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan Tanah Melayu(iiv) Raja berpelembagaan dikekalkan(iiiv) Pembahagian kuasa antara pusat dan negeri diteruskan

Page 46: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan digantikan dengan jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan dan disandang oleh anak tempatan.

• British membayar ganti rugi kepada pegawai-pegawai dagangnya yang akan diberhentikan berikutan dengan kemerdekaan tersebut.

Page 47: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Suruhanjaya Reid• Suruhanjaya Reid (1955) – Pengerusi Lord Reid (Britain) – Ahli Ivor Jennings (Britain)

William McKell (Australia) Hakim B. Malik (India) Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

• mengesyorkan satu perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen.

Page 48: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Jun 1956, Suruhanjaya telah meminta sesiapa yang berminat menghantar memorandum mengenai perkara-perkara berikut(i) Pembentukan sebuah kerajaan demokrasi berparlimen(ii) Menjamin kedudukan Raja-raja(iii) Memilih seorang Ketua Negara dari kalangan Raja-raja

Melayu, (iv) Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu

tanpa banyak menjejaskan kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain.

(v) Membentuk satu rupa bangsa bagi seluruh negara iaitu satu kerakyatan yang sama.

Page 49: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Hanya dua memo (drpd 131) dianggap penting iaitu dari Raja-raja Melayu dan Parti Perikatan.

• Memo Perikatan atas sifat mewakili kaum-kaum terbesar. – satu ‘pakatan murni’ iaitu persetujuan secara bertolak

ansur (5 perkara) demi kepentingan semua kaum di Tanah Melayu. • kewarganegaraan, • kedudukan istimewa orang Melayu, • bahasa Melayu, • agama Islam • kedudukan Raja-raja Melayu.

Page 50: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Berikut adalah antara kandungannya: (i) Kewujudan Kerajaan Pusat dan Negeri (Federalisme) (ii) Nama negara: UMNO (Malaysia) dan MCA (Malaya) (iii) Mengujudkan institusi Yang Dipertuan Agung dan Timbalan

Yang Dipertuan Agung bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi. (iv) Penerusan Majlis Raja-raja. (v) Parlimen mengandungi dua Dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. (vi) Kewujudan tiga badan pemerintah dan pengasingan kuasa. (vii) Kedudukan Islam sebagai agama negara. (viii) Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. (ix) Takrif Melayu

Page 51: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Dua perkara penting dalam ‘pakatan murni’ – Pengekalan empat unsur tradisi dalam perlembagaan iaitu

Bahasa, Agama, kedudukan Raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.

– Orang bukan Melayu mendapat keistimewaan apabila diberi kerakyatan secara jus soli.

• Persetujuan tidak dicapai – mengenai pemberian taraf kerakyatan kepada individu

yang lahir pada atau selepas hari merdeka, yang ibu bapanya adalah warganegara asing

– dan soal penggunaan bahasa Kuo Yu dan bahasa Tamil dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka.

Page 52: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Kesatuan Perdagangan Cina Persekutuan Tanah Melayu – tidak bersetuju dengan peruntukan kedudukan istimewa

orang Melayu dan kegagalan menjadikan bahasa Kuo Yu sebagai salah satu bahasa rasmi di negara ini.

• Persatuan Dewan Perniagaan Cina SeMalaya – prinsip jus soli tidak berfaedah kepada mereka – rayu

kurangkan tempoh kelayakan bermastautin 10 ke 5 tahun.– mansuh ujian bahasa - melalui proses permohonan. – kesamarataan antara bahasa Melayu, Inggeris, Cina, dan

Tamil.

Page 53: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Dewan Perniagaan Melayu – undang-undang kewarganegaraan Persekutuan

tidak harus dilonggarkan sehinggalah golongan bukan Melayu dapat membuktikan ketaatsetiaan mereka kepada Tanah Melayu.

• Persatuan Tamil Seluruh Malaya – seluruh keturunan Tamil yang dilahirkan di Tanah

Melayu wajar diberikan kewarganegaraan secara automatik.

Page 54: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Pejuang-pejuang UMNO yang menentang– berpendapat UMNO terlalu banyak mengalah

terutama dalam hal-hal kerakyatan.– kedudukan istimewa orang Melayu dalam

pekerjaan, pelajaran, dan peluang peniagaan tidak memberi hasil yang serta merta seperti hak kerakyatan

– dasar jus soli akan mengurangkan kuasa politik secara beransur-ansur dan cengkaman politik bangsa Melayu dicabar oleh bangsa asing.

Page 55: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Perikatan dan beberapa pihak lain telah menentang pemberian dua kerakyatan kepada rakyat Komanwel.

• Persatuan British Cina Negeri-Negeri Selat mahukan supaya Melaka dan Pulau Pinang dikekalkan di bawah jajahan British.

• Suruhanjaya ini mencadangkan ia dikaji semula selepas 15 tahun dengan tujuan ia ditarik balik secara beransur-ansur. Cadangan ini ditentang hebat oleh UMNO.

Page 56: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• 5 Ogos 1957, – Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah

ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British

– bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu mulai 31 Ogos 1957.

– Majlis Perundangan Persekutuan meluluskan Ordinan Perlembagaan Persekutuan 1957.

Page 57: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Pengisytiharan Kemerdekaan • 12.00 tengah malam 31 Ogos 1957 di Padang Kelab

Selangor.

• Dimulakan dengan menurunkan bendera Union Jack dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu.

• Pagi 31 Ogos 1957, Tuanku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Stadium Merdeka melalui pengisytiharan kemerdekaan yang diserahkan oleh wakil Ratu Elizabeth.

Page 58: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri pertama dan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Abdul Rahman ibni Al Marhum Yamtuan Muhamad ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong yang pertama.

• Jemaah Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama turut diumumkan.

• Tanah Melayu menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-82 pada 17 September 1957.

Page 59: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

KESIMPULAN • Tanah Melayu kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah

dijajah selama 446 tahun.

• Rakyat boleh memerintah mengikut corak kehidupan mereka sendiri.

• Kemerdekaan diperolehi melalui proses perundingan dengan pihak Inggeris.

• Orang Melayu menunjukkan tolak ansurnya yang paling maksimum sehingga mengorbankan hak ketuanan mereka di bumi sendiri.

Page 60: BAB 5  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

• Orang Melayu telah tidak dapat menahankan konsep jus soli yang ditentang mereka sejak penubuhan Malayan Union lagi.

• Dari tempoh 31 Ogos 1957 sehingga 31 Ogos 1958 – kaum-kaum bukan Melayu telah diberikan pengecualian

perlunya mengetahui bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. – MCA menjalankan kempen berhabis-habisan hingga lebih

daripada 800,000 orang bukan Melayu telah menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu secara automatik.