nota sjh1103 - kolonialisasi di tanah melayu

Upload: hazman-azhar

Post on 20-Jul-2015

813 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

KOLONIALISASI DI TANAH MELAYU TAKRIF KOLONIALISASI Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, perkataan kolonialisme membawa maksud dasar atau amalan sesebuah negara ke atas sesebuah negara yang lain dan kolonialisasi adalah merujuk kepada proses ke arah menjayakan kolonialisme. Perkataan ini sebenarnya berasal daripada perkataan colonia dalam bahasa Latin yang ertinya tanah jajahan atau permukiman. Kolonialisasi adalah suatu proses yang membawa kepada sebuah negara menguasai rakyat dan sumber kekayaan negara lain tetapi tetap berhubungan dengan negara asal. Dalam konteks Tanah Melayu misalnya, proses kolonialisasi British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kerajaan-kerajaan tempatan di Tanah Melayu menerima sistem pemerintahan dan birokrasi British dan hasil bumi negara telah dikaut dan diangkut keluar ke Eropah.

PERJANJIAN INGGERIS - BELANDA 1824 Faktor-faktor Perjanjian 1. Persaingan perdagangan di Timur Sejak kedatangan pihak Belanda dan British di Timur terutamanya di Asia Tenggara pada awal abad ke-17, kedua-dua ini sudah tidak mempunyai perhubungan baik. VOC yang bertapak di Betawi (1619) telah menjalinkan hubungan baik dengan rajaraja tempatan. Kemudian, Belanda berjaya meluaskan empayarnya ke Melaka (1641). Pada ketika itu, SHTI sedang mencari pangkalan perdagangan dan pangkalan tentera di rantau Asia Tenggara. Perselisihan sentiasa timbul atas dasar perdagangan yang diamalkan iaitu sikap Belanda yang menjalankan dasar ingin memonopoli perdagangan di Asia Tenggara; manakala orang Inggeris berpendapat semua bangsa mempunyai hak dan kebebasan untuk berdagang di rantau ini.

1

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Hubungan yang buruk ini semakin meruncing kerana terdapat pegawai-pegawai Belanda yang bersifat anti-Inggeris. Contoh yang baik bagi pegawai Belanda yang bersifat anti-Inggeris ialah Jan Peterzoon Coen dan Van der Capellan, kedua-duanya ialah Gabenor Jeneral Betawi. Bagi pihak Inggeris pula yang bersifat anti-Belanda ialah John Jourdain.

Oleh sebab sifatnya yang anti-Inggeris menyebabkan Jan Peterzoon Coen menyerang orang Inggeris di Jakarta dengan tujuan menghalau mereka keluar dari Pulau Jawa (1619). Kota Jakarta telah dibakar hangus, lalu didirikan kota yang baru dan diberi nama Betawi. Keadaan menjadi semakin serius apabila berlaku peristiwa Pembunuhan Beramai-ramai di Pulau Ambon pada tahun 1623. dalam kejadian ini, beberapa orang Inggeris dan Portugis telah dihukum bunuh kerana dituduh mengadakan komplot untuk menggulingkan pemerintah Belanda di Ambon.

Akibat dari kejadian ini, hubungan di antara mereka menjadi tegang dan pihak British hampir menutup hampir semua lojinya kecuali di Bangkahulu di selatan pantai barat Sumatera dan berundur dari Kepulauan Hindia Timur. Kegiatan perdagangan mereka kemudian bertumpu di India.

2. Keperluan Diplomatik dan Politik Bagi British persahabatannya dengan Belanda adalah penting dari segi pertahanan/keselamatan. Ini disebabkan kedudukan antara wilayah Belanda dan British di Eropah adalah berdekatan. Negeri Belanda ialah tempat yang paling sesuai untuk digunakan oleh pihak musuh sebagai tapak untuk menyerang British. Peristiwa ini telah pun terjadi pada tahun 1795, apabila Napoleon Bonaparte menggunakan negeri Belanda sebagai pusat gerakan tenteranya untuk menyerang British. Pada ketika itu, Belanda telah ditawan Napoleon dan kerajaannya terpaksa berlindung di Istana Kew, England dan kesemua tanah jajahannya diserahkan secara sementara kepada British melalui Perjanjian Surat-surat Kew. Dalam peristiwa ini, British sedar bahawa Belanda dapat menentukan masa depan British. Oleh itu, pihak British benar-benar mengharapkan bantuan dan persahabatan dari Belanda untuk menentang musuh. Oleh itu, mempunyai2

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

hubungan baik dengan Belanda adalah perlu dan sebarang pertikaian yang membawa kepada persengketaan kedua belah pihak haruslah dihentikan. Sebelum itu, British juga terpaksa membantu Belanda menguatkan pasukan tenteranya supaya negeri itu dapat mempertahankan diri dari serangan musuh. Ini membuktikan bahawa British berharap agar Belanda menjadi barisan hadapan jika terjadi sebarang peperangan. British juga sedar bahawa kedudukannya di Eropah mula terancam. Ini disebabkan perhubungannya dengan negara-negara Barat yang lain telah pudar. Selepas Perang Napoleon (1795-1815), British terpencil dari rakan-rakan sekutunya yang pada satu ketika dahulu sama-sama menentang Napoleon. Prusia, Austria dan Rusia mulai mengasingkan diri dari England kerana perbezaan ideologi dan juga disebabkan perbezaan mazhab agama. Oleh itu, British mengharapkan Belanda dapat menjadi penyokongnnya di Eropah. Keinginan British untuk berbaik-baik dengan Belanda jelas kelihatan dalam Konvensyen 1815 yang berlangsung selepas tamatnya Perang Napoleon. Inggeris telah bersetuju untuk menyerahkan semula Jawa pada tahun 1816 dan Melaka pada tahun 1818 kepada Belanda yang diperolehi melalui Surat-surat Kew 1795. Kerajaan British berbuat demikian sungguhpun mendapat tentangan hebat daripada SHTI memandangkan Pulau Jawa merupakan sebuah pelabuhan perdagangan yang berpotensi.

3. Pertikaian Wilayah Pengaruh Stamford Raffles menentang keputusan pihak British yang hendak memulangkan Pulau Jawa kepada Belanda. Raffles berpendapat bahawa Pulau Jawa amat penting bagi strategi British sama ada dari segi perdagangan mahupun ketenteraan. Tambahan pula, Pulau Pinang yang dibuka pada tahun 1786 tidak lagi dapat berfungsi sebagai pusat perdagangan SHTI di rantau ini kerana kedudukannya yang jauh di utara dan di luar laluan perdagangan. Selain itu, Bengkahulu juga kurang strategik memandangkan kedudukannya di pantai barat Sumatera terpisah daripada laluan perdagangan di Selat Melaka.3

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Oleh itu, Raffles berhasrat membuka sebuah pelabuhan yang berkedudukan strategik untuk bersaing dengan pelabuhan Betawi dan menyekat pengaruh Belanda di Hindia Timur. Akhirnya, beliau telah berjaya membuka Singapura pada tahun 1819.

Tindakan Raffles menduduki Singapura dan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di Singapura telah dibantah oleh Belanda. Pihak Belanda mendakwa bahawa Singapura adalah wilayah di bawah naungannya. Belanda mengatakan Raffles mencerobohi wilayah mereka dan mengugut akan menggunakan kekerasan sekiranya British enggan berundur dari Singapura. Dengan itu, masalah ini telah menimbulkan perang dingin antara British dan Belanda.

Bantahan juga dibuat oleh Gabenor Jeneral Betawi iaitu Baron Van der Capellan kepada Gabenor Jeneral India, iaitu Lord Hastings. Ini telah mencetuskan sati peperangan kertas di antara mereka antara tahun 1819 hingga 1824.

4. Persaingan Singapura - Betawi Gabenor Jeneral Lord Hastings menolak dakwaan Belanda memandangkan Singapura merupakan sebuah pelabuhan bertaraf bebas yang membawa keuntungan kepada pihak Inggeris. Dalam jangka masa setahun sahaja, nilai perdagangan melebihi $4 juta. Pada tahun 1823, nilai perdagangan Singapura bertambah kepada $13.2 juta. Selain itu, penduduk di Singapura juga meningkat kepada 10000 orang. Dalam keadaan ini, saudagar-saudagar SHTI di Calcutta mendesak petempatan Singapura dikekalkan. Kemajuan pesat Singapura telah menjejaskan perdagangan Belanda di Hindia Timur. Perdagangan pelabuhan-pelabuhan Belanda di Hindia Timur seperti Betawi mulai mengalami kemerosotan. Untuk mengelakkan pertempuran yang terbuka, pihak British mengambil langkah untuk berunding dengan Belanda.

4

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

5. Masalah kewangan Belanda Negara Belanda menghadapi krisis kewangan yang amat teruk akibat daripada Perang Napoleon. Belanda telah kehilangan perusahaan perkapalan dan perdagangannya yang diambil alih oleh Britain. Kini VOC hampir dengan garis kebankrapan. Untuk mengelakkannya daripada berlaku, VOC telah berhutang kepada pihak British. Bantuan dan pinjaman telah diberikan oleh British. Menurut J.S. Furnival, hutang Belanda pada tahun 1815 ialah 600 juta Florin dimana hutang terhadap British adalah sebanyak 144 juta. Apabila VOC dibubarkan pada tahun 1799, Kerajaan Belanda bertanggungjawab memikul beban hutang yang ditinggalkannya. Untuk menyelesaikan masalah hutang piutang ini, Belanda telah mengambil langkah untuk berunding dengan British bagi mencapai suatu persefahaman melalui perjanjian selain mengelakkan pertempuran daripada berlaku.

Syarat-syarat Perjanjian Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani pada 17 Mac 1824 di London. Pihak British diwakili oleh George Canning dan pihak Belanda pula diwakili oleh Charles W. Wymn. Kandungan perjanjiannya ialah: 1. Syarat-syarat kewilayahan i. Belanda menarik balik bantahannya terhadap pendudukan British di Singapura. British bersetuju tidak membuat sebarang pelabuhan di Pulaupulau Karimun, Bantam, Bintan, Lingga atau di pulau-pulau yang terletak di selatan Selat Singapura. British juga bersetuju tidak akan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di pulau-pulau tersebut. ii. British menarik semula bantahannya terhadap pendudukan Belanda di Pulau Belitong dan lain-lain kawasan.

5

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

iii.

Bandar dan pelabuhan Melaka serta tanah jajahannya diserahkan kepada British. Belanda bersetuju tidak akan membuat sebarang perjanjian atau pelabuhan di kawasan tersebut.

iv.

Bangkahulu di Sumatera diserahkan kepada Belanda. British bersetuju tidak akan membuat tempat persinggahan atau perjanjian dengan ketua-ketua di Sumatera.

v.

Belanda menyerahkan semua lojinya di India serta hak istimewanya yang ada kepada British. Belanda juga akan membayar sebanyak 100 000 kepada Britsh sebagai penyelesaian hutang-piutangnya.

vi.

Wilayah-wilayah tersebut tidak boleh diberikan kepada kuasa-kuasa lain. Jika salah satu kuasa itu meninggalkannya, wilayah itu mestilah diserahkan kepada kuasa yang satu lagi.

vii.

Semua penduduk di wilayah jajahan yang telah ditukarkan diberi tempoh selama 6 bulan untuk menguruskan harta mereka sekiranya mereka hendak berpindah ke negeri-negeri yang mereka pilih.

viii.

Perpindahan hak-hak kedua-dua pihak hendaklah mula dijalankan pada 1 Mac 1825.

2. Syarat-syarat perdagangan i. Kedua-dua pihak bersetuju membenarkan saudagar mereka menjalankan perniagaan di Kepulauan Timur, India dan Ceylon dengan hak masing-masing. Kedua-dua pihak hendaklah mengikuti peraturan-peraturan perdagangan di tiap-tiap kawasan. ii. Rakyat dari satu negeri mestilah membayar cukai tidak lebih daripada bayaran yang dikenakan kepada rakyat dari negeri yang mempunyai pelabuhan. iii. Kedua-dua pihak mestilah mengarahkan rakyat, pihak yang berkuasa tentera dan awam supaya menghormati kebebasan perdagangan.

6

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

iv.

Kedua-dua pihak mestilah menghapuskan lanun-lanun di laut sebelah timur dan jangan membenarkan lanun-lanun menjual barang-barang dagangan mereka di kawasan atau daerah kepunyaan mereka.

v.

Pelabuhan-pelabuhan yang baru tidak dibenarkan ditubuhkan di Kepulauan Timur tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu dari kerajaan mereka di Eropah.

vi.

British mengakui monopoli Belanda terhadap perdagangan rempah di Kepulauan Maluku

Kesan Perjanjian 1. Pembahagian Kepulauan Melayu kepada Dua Lingkungan Pengaruh Kesan yang nyata hasil daripada perjanjian ini ialah terbentuknya dua kawasan pengaruh. Hal ini kerana Belanda menguasai kawasan-kawasan meliputi Pulau Jawa, Sulawesi atau dengan kata-kata lain semua gugusan Kepulauan Melayu ke selatan Selat Singapura; manakala British menguasai kawasan-kawasan yang meliputi Singapura, Melaka dan daerah-daerah lain di Tanah Melayu. Perjanjian ini merupakan satu titik peralihan dalam perkembangan politik di Kepulauan Melayu. British dan Belanda kini dapat meluaskan pengaruh perdagangan dan politik mereka di kawasan masing-masing tanpa gangguan daripada pihak lain. Malah garis pemisah ini menjadi faktor geografi penting dalam pembentukan negara Melayu pasca-penjajahan di mana bekas tanah jajahan Belanda kemudiannya dikenali sebagai Indonesia dan bekas tanah jajahan British dikenali sebagai Malaysia.

2. Perpecahan Empayar Johor-Riau Empayar Johor-Riau yang merangkumi sebahagian Tanah Melayu, Singapura, Kepulauan Riau-Lingga dan sebahagian kecil wilayah Sumatera. Dengan

pembahagian dua kawasan pengaruh itu, secara tidak langsung telah membawa kepada runtuhnya Empayar Johor.7

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Hal ini kerana, Singapura dan Tanah Besar Johor telah dimasukkan ke dalam lingkungan pengaruh British dan Riau-Lingga jatuh ke bawah pengaruh Belanda.

Perjanjian ini juga menyelesaikan masalah perebutan takhta Johor kerana Sultan Hussein menjadi sultan yang sah di Tanah Besar Johor dan Sultan Abdul Rahman menjadi sultan di Kepulauan Riau-Lingga.

Bendahara Ali di Pahang juga mengambil kesempatan untuk cuba membebaskan diri dari kekuasaan Johor. Pada tahun 1853, Bendahara Ali telah mengisytiharkan kemerdekaan Pahang dan Empayar Johor dikatakan runtuh sejak saat ini.

3. Perhubungan Inggeris-Belanda di Timur Perhubungan mereka masih tegang. Rasa benci orang Inggeris terhadap Belanda disuarakan dalam laporan-laporan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat dan dalam akhbar-akhbar Singapura. Persaingan perdagangan terus menjadi sengit. British menuduh Belanda melanggar syarat-syarat perjanjian, tetapi, British terpaksa menelan hakikat ini dan terus memberi bantuan kepada Belanda dan memastikan bahawa Belanda benar-benar menjadi sekutu yang dapat mengimbangkan kekuatan British terutama di Eropah.

4. Pertelingkahan mengenai Borneo Perbalahan antara pihak British dan Belanda di Kepulauan Melayu tersetus akibat salah faham terhadap syarat-syarat kewilayahan. Perbalahan mengenai syarat sebarang pulau lain ke selatan Singapura tercetus apabila Sultan Brunei menyerahkan Labuan kepada pihak British pada tahun 1846. Belanda menganggap bahawa Labuan terletak di selatan Selat Singapura dan berada di lingkungan pengaruhnya. Walaubagaimanapun, masalah ini dapat diselesaikan apabila pihak British dapat membuktikan kedudukan geografi Labuan yang sebenarnya.

8

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

5. Pelanunan Belanda tidak mematuhi sepenuhnya syarat yang berkenaan dengan penghapusan lanun di perairan Kepulauan Melayu. Pihak Belanda hanya mengambil tindakan terhadap kegiatan pelanunan di kawasan perairan di bawah pengaruhnya iaitu Kepulauan Hindia Timur. Akibatnya, British terpaksa mengambil langkah-langkah sendiri untuk menghapuskan pelanunan dan ini memakan masa serta menelan banyak perbelanjaan.

PENUBUHAN NEGERI-NEGERI SELAT 1826 Tujuan Penubuhan Setelah British memiliki tiga buah wilayah di Tanah Melayu hasil Perjanjian InggerisBelanda 1824, wilayah-wilayah tersebut diletakkan di bawah tanggungjawab kerajaan British di India dan dijadikan Fourth Presidency selepas Madras,Bombay dan Bengal (Benggala). Kemudiannya, terdapat cadangan daripada para pegawai British di India untuk menyatukan ketiga-tiga wilayah tersebut di bawah satu unit pentadbiran. Hasilnya, perkara ini telah dibawa ke Parlimen British dan penubuhannya telah diluluskan dalam Parlimen British pada 5 Julai 1825 yang membenarkan Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk menubuhkan sebuah pusat pentadbiran bagi ketiga-tiga wilayah British di seberang laut itu yang beribu pejabat di Pulau Pinang.

Walaubagaimanapun, atas faktor politik dan ekonomi, pusat pentadbiran NNS dipindahkan ke Singapura atas kedudukannya yang terpenting di antara ketiga-tiga wilayah British. Menurut Andaya (1982), tujuan utama penubuhan Negeri-negeri Selat (Straits Settlements) adalah bertujuan untuk menggabungkan ketiga-tiga wilayah kekuasaan British di Tanah Melayu pada 1826 iaitu Pulau Pinang (termasuk Province Wellesley), Singapura dan Melaka di bawah satu unit politik tunggal.

9

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Pentadbiran yang seragam ketiga-tiga wilayah ini mampu untuk menyeragam dan melicinkan pentadbiran British di wilayah tersebut, sekaligus mampu untuk menjimatkan kos pentadbiran.

Melicinkan dan Menyeragamkan Pentadbiran: Sebelum penubuhan NNS, Pulau Pinang telah ditadbir oleh seorang Gabenor sesuai dengan tarafnya sebagai 4th Presidency ketika SHTI berjaya menduduki pulau tersebut sejak 1786. Di Singapura pula, pulau yang berjaya diduduki pada 1819 itu telah diletakkan di bawah tanggungjawab Raffles, dan semua arahan ke atas Singapura dikeluarkan dari Bangkahulu oleh Raffles. Kemudiannya, apabila Raffles pulang ke England pada 1824, Singapura telah diletakkan di bawah jagaan British di India dan menerima seorang Residen. Pentadbiran berasingan di ketiga-tiga buah wilayah ini mengakibatkan berlaku ketidakseragaman dan kadangkala hal ini berkait dengan soal kos mentadbir. Bagi mengatasi masalah tersebut, NNS diwujudkan dan diletakkan di bawah kuasa kerajaan British di India dan diserap ke dalam Fourth Presidency. Pentadbir tertinggi NNS adalah Gabenor yang berpusat di Pulau Pinang dan dua orang Residen di Melaka dan Singapura. Walaubagaimanapun, taraf NNS kemudiannya diturunkan kepada Residensi dan diketuai seorang Residen dan dua orang Timbalan Residen di Melaka dan Singapura. Pun begitu, apabila pusat pentadbiran NNS dipindahkan ke Singapura, taraf Presidency dikembalikan dan seorang Gabenor dilantik untuk mentadbir NNS yang berpusat di Singapura. Pengenalan sistem pentadbiran berpusat di NNS memudahkan pentadbiran kerana segala arahan diberikan oleh British di India yang diarah terus kepada Pejabat Gabenor NNS.

10

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Penyeragaman pentadbiran membolehkan British menubuhkan pelbagai jabatan termasuklah Jabatan Polis yang menyatukan kesemua jabatan polis di negeri-negeri Selat.

Mengurangkan Kos Pentadbiran: Salah satu faktor pembentukan NNS adalah keperluan SHTI untuk memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan kos pengurusan di kesemua wilayah yang diduduki mereka. Pembentukan NNS membolehkan British mengurangkan jumlah pegawainya di Negeri-negeri Selat dan keperluan untuk mendapatkan lebih ramai pegawai dapat dikurangkan. Selain itu, kekayaan dan jumlah hasil yang diperoleh di Singapura mampu menampung kos pengurusan NNS, terutamanya Pulau Pinang dan Melaka yang tidak memberi hasil yang banyak kepada SHTI.

Kesan Penubuhan Dasar Kerajaan British di India yang Tidak Menguntungkan Walaupun tujuan penubuhan NNS dilihat baik untuk pentadbiran British, hakikatnya amalan pentadbiran yang diamalkan ke atas NNS terutamanya dasar dan peraturan yang dibuat oleh kerajaan British di India adalah bersikap lepas tangan dan tidak menguntungkan NNS. Misalnya, kerajaan British di India telah bertindak menjadikan NNS sebagai tempat pembuangan banduan dari India, terutamanya di Pulau Jerejak di Pulau Pinang. Pada 1857, terdapat hampir 4000 orang banduan telah dipenjara di NNS yang bukan sahaja menimbulkan imej negatif ke atas pelabuhan NNS, tetapi juga mengancam keselamatan NNS dan menimbulkan beban kewangan kepada NNS kerana kos pengurusan penjara perlu ditanggung oleh perbendaharaan NNS. Dasar pengurangan pegawai-pegawai untuk menjimatkan perbelanjaan pentadbiran Negeri-negeri Selat menyebabkan kecekapan pentadbirannya merosot. Ini adalah

11

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

kerana Negeri-negeri Selat semakin maju tetapi bilangan pegawai tidak mencukupi untuk menguruskan kerja tambahan. Selain itu, pegawai yang dihantar ke Negeri-negeri Selat juga tidak terlatih dalam pentadbiran tempatan. Kebanyakan mereka adalah muda dan tidak faham tentang bahasa dan adat resam orang tempatan. Oleh itu, mereka menghadapi masalah untuk menjalankan tugas dengan cekap. Pegawai-pegawai ini juga diberi gaji yang rendah dan kenaikan pangkat tidak terjamin. Jadi, mereka tidak berminat dalam tugas mereka. Justeru itu, mereka mengamalkan rasuah. Kerajaan India juga tidak mengambil tindakan tegas untuk mengekalkan keamanan di Negeri-negeri Selat. Bilangan anggota polis tidak mencukupi untuk menjaga ketenteraman, misalnya pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis untuk menjaga penduduk seramai 16000 di Singapura. Sistem keadilan di Negeri-negeri Selat juga tidak cekap kerana tidak ada hakimhakim dan peguam-peguam yang terlatih dan kekurangan mahkamah untuk membicarakan serta mengadili kes-kes jenayah dan awam. Hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat pada tahun 1856. Ini menyebabkan banyak kes tertangguh. Kelemahan kerajaan British di India dalam mengatasi masalah telah membawa kepada ancaman lanun dan kongsi gelap yang semakin serius di NNS.

Ketidakpuashatian Saudagar di Negeri-negeri Selat Pelbagai masalah yang timbul selepas penubuhan NNS telah menyebabkan ketidakpuashatian dalam kalangan pedagang Inggeris dan Eropah ke atas pentadbiran British di India. Kemuncak ketidakpuashatian mereka adalah apabila India bertindak meluluskan peraturan yang mengenakan cukai ke atas pelabuhan di NNS bagi mengaut keuntungan pada 1856. Tindakan tersebut dianggap telah mengancam taraf pelabuhan bebas di NNS dan bakal membebankan para pedagang dan seterusnya akan membawa kepada peralihan pedagang ke pelabuhan lain.12

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Hal ini kerana NNS sangat bergantung kepada taraf pelabuhan bebas untuk memajukan perdagangan mereka.

Sebelum itu, pelbagai hal berbangkit telah menimbulkan ketidakpuashatian para pedagang terutamanya dalam isu keselamatan dan matawang.

Kegiatan lanun di Selat Melaka tidak mampu untuk diatasi dan akibatnya kapal-kapal dagang sering dirompak, kapal-kapal dibakar dan segala anak kapal dibunuh dan sebahagiannya dijadikan hamba.

Pengenalan Matawang Baru Sepanjang NNS ditubuhkan, sistem matawang yang diamalkan di negeri-negeri terbabit telah beberapa kali berubah. Pada mulanya penggunaan Dolar Sepanyol telah digunakan dalam segala urusniaga di pelabuhan NNS. Kemudiannya, British di India telah meluluskan Akta Matawang 1855 yang mengarahkan penggunaan wang Paisa dan Rupee sebagai matawang di NNS berbanding Dolar Sepanyol sebelumnya. Hal ini telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan pedagang kerana nilai Rupee yang rendah berbanding matawang lain di dunia, sekaligus akan merugikan mereka dalam transaksi matawang apabila berada di Eropah. Kemudiannya, apabila NNS diletakkan di bawah tanah jajahan British, matawang NNS telah dikeluarkan pada 1899 yang dikenali sebagai Straits Dollar dan nilainya adalah setara dengan Dolar Sepanyol. Wang ini kemudiannya telah diperluaskan penggunaannya apabila British menguasai seluruh Tanah Melayu.

NNS Sebagai Tanah Jajahan British Pelbagai dasar dan peraturan pentadbiran pusat NNS di India telah menyebabkan desakan dari para pedagang Inggeris supaya pentadbiran NNS diasingkan daripada pentadbiran pusat di India.

13

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Hasil desakan tersebut, pentadbiran NNS secara rasminya telah dipindahkan terus ke Pejabat Tanah Jajahan Inggeris. Hasilnya, NNS telah menjadi Tanah Jajahan Mahkota Inggeris (Crown Colony).

Pentadbiran NNS diletakkan di bawah seorang Gabenor yang dilantik oleh Pejabat Tanah Jajahan dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Undangan.

Usaha ini akhirnya berjaya menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi di NNS sebelum ini.

PERJANJIAN PANGKOR 1874 Faktor Perjanjian Perak menjadi negeri bersultan yang pertama di Tanah Melayu yang terpaksa menerima sistem pemerintahan British akibat dasar campurtangan yang telah mula diperkenalkan oleh British. Dua faktor utama yang membawa kepada berlakunya Perjanjian Pangkor pada 1874, sekaligus membawa kepada campurtangan British di Tanah Melayu adalah disebabkan masalah perebutan takhta dan Perang Larut.

1. Perebutan Takhta Walaupun Kesultanan Perak merupakan sebuah kerajaan Kesultanan warisan Kesultanan Melayu Melaka pada suatu masa dahulu, keunikan sistem kesultanannya yang berbeza dengan negeri-negeri lain di Tanah Melayu adalah sistem giliran yang diamalkan ke atas takhta kerajaan Perak. Sekiranya Sultan di negeri-negeri lain di Tanah Melayu dilantik secara automatik melalui sistem warisan, seseorang Sultan yang ingin dilantik di Perak perlulah menyandang tiga jawatan sebelum menjadi Sultan mengikut turutan iaitu baginda perlulah menjadi Raja di-Hilir terlebih dahulu, kemudiannya Raja Bendahara dan Raja Muda.14

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Menurut adat perajaan Perak, sekiranya Sultan mangkat atau hilang kelayakan sebagai seorang Sultan, maka Raja Muda akan diangkat sebagai Sultan Perak yang baharu.

Krisis perebutan takhta dalam istana Perak bermula setelah kemangkatan Almarhum Sultan Muhammad pada 1857.

Baginda kemudiannya telah digantikan oleh Raja Muda Perak iaitu Raja Jaafar yang memakai gelaran Sultan Jaafar Muazzam Syah.

Sepatutnya, apabila baginda diangkat sebagai Sultan, maka jawatan Raja Muda yang disandang baginda sebelumnya akan diganti oleh Raja Bendahara yang berada di giliran bawahnya, dan Raja di-Hilir pula akan menjadi Raja Bendahara.

Walaubagaimanapun, para pembesar Perak telah bertindak menyingkirkan Raja Yusoff, putera Almarhum Sultan Muhammad daripada menyandang jawatan Raja Bendahara kerana permusuhan sesetengah pembesar ke atas Sultan Muhammad suatu masa dahulu.

Jawatan Raja Bendahara yang sepatutnya disandang Raja Yusoff telah diserahkan kepada Raja Ismail, yang berketurunan Raja Siak dan jawatan Raja di-Hilir diserah kepada anakanda Sultan Jaafar iaitu Raja Abdullah. Hal ini bermakna Raja Yusoff sudah disingkir daripada kedudukannya sebagai Raja di-Hilir dan dinafikan haknya untuk diangkat sebagai Raja Bendahara.

Kemudiannya, apabila Sultan Jaafar mangkat pada 1865, Raja Muda Ali diangkat sebagai Sultan Perak dengan memakai gelar Sultan Ali Mukamal Inayat Syah.

Persengketaan semakin berpanjangan apabila Raja Ismail tidak diangkat sebagai Raja Muda, sebaliknya Raja Abdullah yang menyandang jawatan Raja di-Hilir melangkau gilirannya menjadi Raja Muda.

Raja Ismail sangat marah dengan keadaan tersebut dan persengketaan Raja Ismail - Raja Abdullah berpanjangan selepasnya.

Kemuncak konflik di istana Perak bermula apabila Sultan Ali mangkat pada 1871. Sepatutnya Raja Abdullah yang menyandang jawatan Raja Muda diangkat menjadi Sultan Perak yang baharu, namun pakatan para pembesar dari Hulu Perak telah melantik Raja Ismail, Raja Bendahara sebagai Sultan Perak yang lalu dengan alasan Raja Abdullah tidak menghadiri pemakaman Sultan Ali di Sayong.

15

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Perlantikan Sultan Ismail sebagai Sultan Perak yang baharu tidak dipersetujui oleh Raja Abdullah. Beliau kemudiannya membuat pakatan dengan Raja Yusoff yang pernah disingkirkan dari menjawat jawatan Raja Bendahara pada masa pemerintahan Sultan Jaaffar Muazzam Syah.

Melalui pakatan tersebut, Raja Abdullah mengangkat dirinya sebagai Sultan Perak yang baharu manakala Raja Yusoff menjadi Raja Muda Perak.

Tindakan tersebut menyebabkan pentadbiran Perak terpecah dua dan mempunyai dua orang Sultan iaitu Sultan Ismail yang bersemayam di Hulu Perak dan Sultan Abdullah yang bersemayam di Hilir Perak.

Sebagai mengukuhkan kedudukan dan kekuatannya di Hilir Perak, Sultan Abdullah telah bertindak menjalinkan hubungannya dengan kongsi gelap Cina iaitu Ghee Hin.

Keabsahan Sultan Abdullah yang menjadi Sultan di Hilir Perak dipertikaikan banyak pihak kerana pertabalan Sultan Ismail adalah mengikut adat perajaan Melayu, di mana seseorang Sultan yang perlulah ditabalkan sebelum pengkebumian Sultan yang telah mangkat.

Pertabalan Sultan Ismail juga adalah sah kerana baginda memegang segala alat regalia negeri Perak dan mendapat sokongan para pembesar.

Walaubagaimanapun, Sultan Abdullah tetap enggan mengiktiraf Sultan Ismail dan baginda menyekat hasil-hasil di Hilir Perak daripada dipersembahkan kepada Sultan Ismail yang bersemayam di Belanja.

Sebagai usaha menyingkirkan Sultan Ismail daripada takhta kerajaan Perak, baginda Sultan Abdullah telah memohon bantuan Gabenor NNS iaitu Sir Andrew Clarke untuk membantu dan mengiktiraf baginda sebagai Sultan Perak yang sah dan menyingkirkan Sultan Ismail.

2. Perang Larut Perak yang merupakan sebuah negeri yang kaya dengan bijih timah telah memperdagangkan hasil galian tersebut ke NNS dengan menggunakan kapal ke Pelabuhan Pulau Pinang.

16

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Antara pembesar Perak yang menguasai perlombongan bijih timah di Perak adalah pembesar daerah Larut iaitu Orang Kaya Long Jaafar yang kemudiannya diperturunkan kepada anaknya iaitu Orang Kaya Ngah Ibrahim.

Disebabkan jumlah bijih timah yang besar di daerah Larut terutamanya di Kelian Pauh dan Kelian Bharu, Orang Kaya Ngah Ibrahim membawa masuk para pelombong dari NNS untuk mengerjakan lombong tersebut disebabkan kepakaran mereka mengeluarkan hasil dengan cepat dan banyak menggunakan kaedah lombong dedah.

Semenjak itu, hasil perlombongan bijih timah menjadi bahan dagangan terpenting kepada pelabuhan NNS di Pulau Pinang.

Pertambahan pesat para pelombong Cina di Perak telah menyebabkan berkembangnya kegiatan kongsi gelap Cina yang turut menjadi ancaman di NNS. Walaupun mengancam keselamatan British di NNS, kegiatan kongsi gelap Cina hanya boleh dibanteras dalam wilayah NNS sahaja, dan British tidak mempunyai hak untuk menyekat kegiatan kongsi gelap tersebut di negeri-negeri Melayu seperti Perak yang mempunyai pentadbiran tersendiri.

Di Perak, terdapat dua buah kongsi gelap Cina yang berpengaruh iaitu puak Ghee Hin dan Hai San. Puak Ghee Hin berpengaruh di sekitar Klian Bahru (Kemunting) manakala Hai San berpengaruh di sekitar Klian Pauh (Taiping).

Persengketaan kedua-dua buah kongsi gelap ini sering terjadi terutamanya dalam usaha menguasai lebih banyak kawasan lombong bijih timah bagi mengutip lebih banyak wang perlindungan.

Persengketaan ini kemudiannya merebak dan membawa kepada tiga siri Perang Larut iaitu Perang Larut I (1861), Perang Larut II (1865) dan Perang Larut III (1872).

Bagi mengatasi masalah perang tersebut, Orang Kaya Ngah Ibrahim sebagai penguasa larut telah bertindak menyebelahi kongsi gelap Hai San dan beliau telah mula mewujudkan pasukan polis dalam kalangan pemuda-pemuda Melayu, namun masih gagal memulihkan keamanan di Larut.

Kemudiannya, beliau melantik Kapten Speedy sebagai pembantu penguasa daerah Larut baginda mengembalikan keamanan di Larut.

17

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Beliau mendapati kekuatan polis Larut yang hanya mempunyai 40 orang polis Melayu masih belum mampu untuk mengembalikan keamanan, ditambah pula dengan kelemahan polis Melayu yang tidak terlatih.

Hasilnya, dengan kuasa yang diberikan oleh Orang Kaya Ngah Ibrahim, beliau telah ke India dan merekrut hampir 110 orang polis Punjabi untuk mengawal keamanan di Larut, dan melengkapkan pasukan polis Larut dengan persenjataan moden termasuk senapang laras dan empat laras meriam.

Walaupun berjaya memodenkan polis Larut, tindakan Orang Kaya Ngah Ibrahim menukarkan beliau ke Durian Sebatang menyebabkan beliau meletakkan jawatan, sekaligus tidak berjaya mengamankan keadaan di Larut.

Keadaan di Perak yang bergolak dengan perebutan kuasa dan perang kongsi gelap sangat menjejaskan pelabuhan British di Pulau Pinang terutamanya pengeluaran bijih timah yang merosot selain perperangan Larut yang merebak sehingga ke Pulau Pinang apabila puak Ghee Hin melarikan diri ke sana.

Hal ini telah menyebabkan perdagangan British di Pulau Pinang terjejas dan membawa kepada desakan dalam kalangan pedagang supaya British campurtangan di Perak.

Syarat Perjanjian Huru-hara di Perak telah mengakibatkan Sultan Abdullah yang ingin mendapatkan keuntungan politik dan muncul sebagai pemerintah tunggal yang berkuasa di Perak mendapatkan bantuan Gabenor NNS iaitu Sir Andrew Clarke. Andrew Clarke kemudiannya menghantar para pegawainya berjumpa dengan para pembesar Melayu dan ketua-ketua kongsi gelap dan menawarkan campurtangan British sebagai orang tengah untuk menyelasaikan segala permasalahan yang berbangkit di negeri Perak. Hasil daripada perjumpaan tersebut, para pembesar Melayu dan pemimpin Cina telah bersetuju dengan cadangan British. Oleh itu, satu perjanjian telah ditandatangani pada 20 Januari 1874 yang lebih dikenali sebagai Perjanjian Pangkor 1874.

18

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Antara syarat-syarat Perjanjian Pangkor termasuklah: 1. Raja Muda Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak yang sah. 2. Sultan Ismail diturunkan dari takhta, dan diberi kebenaran mengekalkan gelaran Raja Muda Ismail dan diberi pencen sebanyak $1000 sebulan. 3. Ngah Ibrahim diakui sebagai pemerintah Larut, tetapi beliau mesti menerima seorang penolong Residen British. 4. Seorang Residen British akan dilantik di negeri Perak dan akan menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. 5. Menteri Larut Ngah Ibrahim dikehendaki membiayai belanja penyiasatan dan pemulihan keamanan di Larut. 6. Sistem pungutan dan kawalan semua hasil negeri adalah dilaksanakan atas nasihat Residen. 7. Pemimpin Ghee Hin dan Hai San bersetuju menghentikan pergaduhan dan memelihara keamanan di Larut serta membayar genti rugi berjumlah $50 000 kerana mencetuskan kekacauan.

Kesan Perjanjian 1. Bermulanya Campurtangan Langsung British di Tanah Melayu Sebelum tahun 1874, British tidak mengamalkan dasar campurtangan secara langsung terhadap krisis politik di Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, sekiranya pertelingkahan tersebut memberi kesan buruk kepada perdagangan British, dasar campurtangan secara tidak langsung telah dibuat terutamanya dalam beberapa kes seperti di Terengganu dan Pahang pada 1862 dan Perjanjian Burney pada 1825. Di Terengganu dan Pahang, perang saudara di antara pembesar Melayu Wan Ahmad dan Wan Mutahir membawa kepada usaha Siam untuk campurtangan dan meluaskan pengaruhnya sehingga ke Pahang.

19

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Siam telah bertindak berkubu di Terengganu dan British melihat keadaan ini mengganggu urusannya di Tanah Melayu. Lalu, sebuah kapal perang dihantar ke Terengganu bagi membedil kedudukan kubu Siam. Tindakan British memaksa Siam berundur dan berjaya menyekat kemaraan Siam lebih jauh di Negeri Melayu Utara.

Begitu juga campurtangan British dalam Perjanjian Burney dan Persetiaan Low dalam menyekat kekuasaan Raja Ligor ke atas negeri seperti Kedah,Perak dan Selangor telah berjaya menjamin kedudukan perdagangan British di Tanah Melayu.

Walaubagaimanapun, peristiwa Perjanjian Pangkor 1874 ini telah menandakan satu perubahan dasar British untuk campurtangan secara langsung dalam pentadbiran tempatan di Tanah Melayu.

Melalui perjanjian ini, British di bawah Residennya di Perak telah berkuasa penuh ke atas pentadbiran negeri dan Sultan hanya berhak ke atas agama Islam dan adat Melayu sahaja. Malah, dalam keadaan kuasa Sultan sudah dihadkan, Residen British di Perak iaitu J.W.W Birch masih sempat mencampuri urusan adat-istiadat orang Melayu yang membenarkan amalan perhambaan.

Campurtangan di Perak ini adalah titik permulaan kepada campurtangan di negerinegeri lain di Tanah Melayu seluruhnya selepas itu.

2.Kehilangan kuasa Sultan dan pembesar Melayu Antara yang terkesan dengan peristiwa Perjanjian Pangkor adalah Sultan Abdullah, Raja Muda Ismail dan Orang Kaya Menteri Larut Ngah Ibrahim. Walaupun berjaya diangkat menjadi Sultan, baginda Sultan Abdullah telah kehilangan sebahagian besar kuasa yang sepatutnya ada pada seorang Sultan, akan tetapi kekuasaannya seperti hak memberi kuasa memungut cukai dan hak membuat keputusan dalam pemerintahan terbatas apabila baginda terpaksa menerima segala nasihat Residen British. Selain itu, di pihak Raja Ismail yang diturunkan daripada takhta kerajaan negeri walaupun beliau menentang perjanjian tersebut, akan tetapi beliau tidak boleh berbuat apa-apa dan hanya layak menerima pencen bulanan. Seterusnya, Menteri Larut iaitu Orang Kaya Ngah Ibrahim juga telah mula hilang kekuasaannya ke atas perlombongan bijih timah di daerah Larut.20

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Sekiranya sebelum daripada kemasukan British di Perak beliau bebas untuk mentadbir dan memodenkan daerah Larut dengan kekayaan yang dimiliki beliau (dipercayai orang Melayu terkaya pada zaman tersebut), hasil perjanjian tersebut menyebabkan beliau dipaksa menerima seorang Penolong Residen dan dipaksa menerima nasihat Penolong Residen tersebut.

Malah, beliau sendiri terpaksa menanggung segala kos memulihkan keamanan di daerah Larut.

Dengan berlakunya campurtangan British di Perak, Sultan kehilangan kuasanya dan terhad kepada hal ehwal agama dan adat-istiadat sahaja, manakala para pembesar kehilangan hak mengutip cukai yang dirampas oleh Residen.

Walaupun struktur pembesar tempatan dikekalkan, struktur tersebut diserap masuk dengan sistem Residen, dan fungsi pembesar tempatan juga mulai berubah kerana berkuasanya Residen ke atas pentadbiran negeri.

3. Pengenalan Sistem Residen Di antara syarat dalam Perjanjian Pangkor adalah Sultan dikehendaki menerima seorang Residen yang dilantik oleh British yang akan menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali dalam hal agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Pengenalan sistem Residen juga adalah permulaan kepada penerimaan sistem birokrasi Inggeris ke dalam pentadbiran Tanah Melayu. Berbeza dengan pentadbiran di Negeri-negeri Selat, pengenalan birokrasi Barat tidak menjejaskan kuasa Melayu kerana ketiadaan kerajaan Melayu di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. Sedangkan di negeri-negeri Melayu, sistem pemerintahan tempatan telah sedia ada dan pengenalan sistem birokrasi Barat telah mengambilalih sistem tradisional yang diamalkan selama ini. Hasilnya, Residen pertama di Perak iaitu J.W.W Birch telah dilantik oleh British untuk menasihatkan Sultan dalam semua hal kecuali agama dan adat.

21

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

4. Ekploitasi Ekonomi di Perak Sebelum daripada Perjanjian Pangkor, British mendapatkan bijih timah dengan cara membelinya daripada para pedagang bijih timah dari negeri-negeri Melayu seperti Perak, Selangor dan Sungai Ujong. Pengeluaran dan kebenaran melombong pula dipegang oleh para pembesar Melayu seperti Ngah Ibrahim di daerah Larut. Dengan menguasai Perak, kekuasaan Menteri Larut Ngah Ibrahim dapat dikurangkan dan perkara ini telah memudahkan British untuk mengeksploitasi perusahaan bijih timah di Perak. Kemudiannya, apabila getah dibawa masuk ke Tanah Melayu, getah juga telah pertama kali ditanam di negeri Perak dan kemudiannya sebahagian besar tanah di negeri Perak diusahakan dengan penanaman getah. Hal ini menunjukkan bahawa eksploitasi ekonomi Perak telah dilakukan oleh para pedagang British yang dilindungi oleh Residen Perak. Hasil daripada eksploitasi ekonomi juga, jumlah kebanjiran buruh asing dari China dan India telah mengatasi penduduk tempatan di Perak itu sendiri.

5. Pemulihan Keamanan di Perak Setelah Perjanjian Pangkor di Perak, kedua-dua buah kongsi gelap Cina iaitu Ghee Hin dan Hai San telah dapat dikawal oleh British. Pengenalan sistem birokrasi Inggeris di Perak telah membawa kepada penubuhan pasukan polis di Perak yang mengawal keamanan di lombong-lombong. Usaha pemulihan keamanan di Larut tersebut telah ditanggung oleh Menteri Larut Ngah Ibrahim berdasarkan perjanjian yang telah dibuat.

22

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

FAKTOR-FAKTOR PENAKLUKAN DI TANAH MELAYU 1. Revolusi Perindustrian Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim dan Margaret Kuowler menegaskan tujuan ekonomi adalah faktor yang penting menyebabkan British campur tangan di Negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874. Akibat perkembangan Revolusi Perusahaan, British memerlukan tanah jajahan untuk mendapatkan bahan serta pasaran barang-barang industri mereka. Perkembangan industri mengetin terutamanya selepas terciptanya teknologi mengetin oleh Peter Durar & Nicholas Appot pada tahun 1810 telah menyebabkan permintaan bijih timah meningkat. Akibat permintaan yang tinggi, harga bijih timah meningkat kepada 7 paun 12 sherling 9 penn bagi 1 tan pada tahun 1872. Negeri-negeri Melayu terutamanya Perak, Selangor dan Sungai Ujong memang diketahui oleh British kaya dengan bijih timah. British menganggap penguasaan ke atas negeri-negeri tersebut akan

menguntungkan British kerana mereka akan mendapat bijih timah negeri-negeri berkenaan. Campur tangan British kerana faktor ekonomi terbukti kerana British memulakan campur tangannya di negeri-negeri yang kaya dengan bijih timah seperti Perak, Selangor dan Sungai Ujong.

2. Pembukaan Terusan Suez Pembinaan Terusan Suez oleh syarikat Perancis dengan kerjasama kerajaan Mesir telah berjaya memendekan masa perjalanan dari Eropah ke Timur termasuk Tanah Melayu. Masa perjalanan telah dapat disingkatkan lebih tiga kali ganda berbanding dengan mengunakan laluan lama iaitu melalui Tanjung Harapan di Afrika. Oleh itu, usaha British dan kuasa Eropah lain untuk menguasai perdagangan di Timur semakin mudah kerana bahan dagangan dapat diangkut dengan lebih cepat ke Eropah sekaligus menggalakkan lagi sektor perdagangan di antara Eropah dan dunia luar.23

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Kemajuan jalan pengangkutan air ke Timur ini turut dibantu dengan penciptaan enjin berkuasa wap yang membawa kepada pengenalan kapal wap.

Perjalanan melalui laluan laut dengan menggunakan kapal wap dapat dipercepatkan kerana tidak kekuatan manusia atau tiupan angin untuk mengemudi kapal. Selain itu, penciptaan kapal wap daripada besi telah membolehkan kapal menampung muatan yang berat termasuk bijih dan kayu-kayan.

3. Misi Agama Kemasukan para penjajah Barat ke negara-negara Timur termasuk di Tanah Melayu juga adalah disebabkan misi menyebarkan agama terutamanya agama Kristian. Berbeza dengan Sepanyol dan Perancis yang berjaya menyebarkan Kristian secara menyeluruh di Filipina dan Indochina, misi keagamaan di Tanah Melayu dibuat secara tidak langsung. Hal ini kerana perjanjian British dengan para Sultan di Tanah Melayu menyatakan bahawa hal ehwal agama Islam dan adat istiadat adalah merupakan di bawah kuasa Sultan. Walaubagaimanapun, misi kristianisasi tetap diteruskan di Tanah Melayu dengan pembinaan sekolah-sekolah oleh para mubaligh Kristian. Proses kristianisasi di Tanah Melayu kebanyakannya dilakukan ke atas buruh-buruh asing yang masuk ke Tanah Melayu terutamanya orang Cina dan India.

4. Kepentingan Pelaburan British Walaupun sebelum tahun 1874, British mengamalkan polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu, tetapi sudah terdapat ramai pedagang British yang terlibat dalam kegiatan ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Kebanyakan dari mereka melabur secara langsung dalam lombong bijih timah di Larut, Kelang, Kuala Lumpur, Sungai Ujong, Kuantan dan sebagainya. Malah, terdapat beberapa syarikat British yang telah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk mendapatkan konsesi (pajakan) perlombongan di negeri-negeri Melayu.24

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Sebagai contoh, Syarikat Patterson & Simons pada tahun 1861 mengeluarkan 33 ribu ringgit untuk mendapatkan konsesi perdagangan di Kuantan dan Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong telah membayar kepada Dato Kelana sebanyak $30 ribu untuk mendapatkan konsesi perlombongan di Sungai Ujong manakala W. Mansfield & Rakan-rakan mempunyai kepentingan perkapalan di Singapura, khususnya untuk mengangkut bijih timah ke Eropah.

Pada tahun 1870-an, dianggarkan perdagangan bernilai $2.5 juta setahun yang dijalankan oleh pedagang-pedagang British dan orang-orang Cina di negeri-negeri Melayu dibiayai oleh modal Eropah.

Walau bagaimanapun, perdagangan dan pelaburan mereka di negeri-negeri Melayu terganggu akibat kekacauan yang berlaku seperti perebutan takhta, pergaduhan antara kongsi gelap Cina, pembesar-pembesar dan sebagainya.

Pedagang-pedagang Eropah dan Cina telah mendesak Kerajaan British supaya campur tangan di negeri-negeri Melayu bagi melindungi pelaburan dan perdagangan mereka.

Sebagai contoh, pada Mac 1873, seramai 248 orang pedagang Cina telah menandatangani surat rayuan mendesak British campur tangan di Negeri-negeri Melayu.

Bagi menamatkan kekacauan-kekacauan supaya kegiatan perdagangan mereka dapat dijalankan tanpa gangguan, surat tersebut telah diterima oleh Lord Kimberley, Setiausaha Jabatan Pejabat Tanah Jajahan pada 31 Ogos 1873. Pada September 1873, Lord Kimberley telah mengarahkan Andrew Clarke supaya mengkaji dan melaporkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi pelaburan dan perdagangan di Negeri-negeri Melayu.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa campur tangan British di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 dipengaruhi oleh faktor-faktor ekonomi kerana dasar tersebut dijalankan selepas Lord Kimberley menerima laporan dari Andrew Clarke pada tahun 1873.

Walau bagaimanapun, ahli-ahli sejarah seperti C.D. Cowan, J.E. Cady dan K.G. Tregonning menganggap tujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi British di

25

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

negeri-negeri Melayu kurang penting jika dibandingkan dengan perlindungan ke atas jalan perdagangan ke negeri China.

5. Perubahan Kepimpinan di Britain 6. Masalah Anarki di Tanah Melayu Pada 1860-an dan 1870-an, berlakunya kekacauan di negeri-negeri Melayu akibat daripada perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan pelombongpelombong, pelanunan dan sebagainya. Antara kekacauan-kekacauan tersebut ialah Perang Kelang (1867-1873), Perang Larut (1861-1863), Perang Saudara Pahang (1857-1863). Kekacauan-kekacauan yang berlaku di negeri-negeri Melayu, terutamanya antara pelombong Cina telah menjejaskan Negeri-negeri Selat kerana kekacauan-kekacauan tersebut berlarutan ke Negeri-negeri Selat. Kennedy pada bukunya History of Malaya menegaskan faktor keselamatan Negerinegeri Selat yang terjejas akibat kekacauan-kekacauan di negeri-negeri Melayu menjadi faktor paling penting menyebabkan British campur tangan di negeri-negeri Melayu. Pendapat ini disokong oleh C.D. Cowan dalam bukunya Nineteen Century Malaya. Faktor ini dapat dibuktikan dalam kenyataan Lord Kimberley pada 7 Julai 1873 yang mendesak supaya dicari jalan penyelesaian British dapat menamatkan Perang Larut supaya keselamatan Negeri-negeri Selat tidak terjejas.

7. Kebimbangan Terhadap Pengaruh Asing Lain Ahli-ahli sejarah seperti C.D. Cowan dan K.G. Tregonning, Hanny Miller, Emily, Kennedy dan Gullick menegaskan kebimbangan terhadap bertapaknya kuasa-kuasa asing di negeri-negeri Melayu menjadi faktor yang mempercepat campur tangan British.

26

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Pada pertengahan abad ke-19, terutamanya pada tahun 1870-an merupakan zaman imperialisme di mana kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan bagi kepentingan bahan mentah dan pasaran.

Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan perjalanan laut dari Eropah ke Asia. Keadaan ini telah menarik minat kuasa-kuasa Barat untuk mengembangkan pengaruh mereka ke Asia.

Pada tahun 1870-an, kebanyakan negeri di Asia Tenggara telah dijajah oleh kuasakuasa Barat, contohnya British di Burma, Perancis di Indo-China, Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia.

Hanya Siam dan negeri-negeri Melayu yang masih belum dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. British tidak dapat menjajah Siam kerana tindakan tersebut akan mendapat tentangan kuasa-kuasa lain yang juga mempunyai kepentingan di Siam.

British sedar bahawa jika mereka tidak menjajah negeri-negeri Melayu, kuasa-kuasa asing akan menjajahnya. Kuasa-kuasa lain mungkin akan menjadikan kekacauankekacauan sebagai alasan untuk campur tangan.

Kuasa asing yang paling dibimbangi oleh British ialah Jerman yang telah muncul sebagai kuasa yang kuat selepas penyatuan Jerman oleh Bismarck pada tahun 1871. Kejayaan Jerman mengalahkan Perancis pada tahun 1871 telah menyebabkan Jerman muncul sebagai kuasa yang kuat di Eropah.

Pada tahun 1870-an, Jerman berusaha untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia dan Afrika supaya dianggap setanding dengan kuasa-kuasa lain. Minat Jerman terhadap negeri-negeri Melayu terbukti apabila terdapat pedagang-pedagang Jerman di Singapura pada tahun 1870-an.

Kebimbangan British terhadap tapaknya kuasa asing di negeri-negeri Melayu bertambah selepas Lord Kimberley menerima sepucuk surat dari Saymore Clark, iaitu pengarah Syarikat Bijih Timah Selangor pada 18 Julai 1873.

Dalam surat tersebut, Saymore Clark menegaskan Tengku Kudin sebagai wizurai Selangor telah memohon bantuan British bagi menamatkan Perang Kelang. Tengku Kudin telah mengugut sekiranya British enggan membantunya, beliau akan dapat bantuan daripada kuasa-kuasa lain, terutamanya Jerman.

27

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Kebimbangan British terhadap kuasa lain terbukti dari laporan Lord Kimberley pada 22 Julai 1873 yang menegaskan British tidak sanggup melihat kuasa-kuasa lain bertapak di mana-mana negeri Melayu kerana ia akan menjejaskan kepentingan British.

Kebimbangan terhadap campur tangan asing telah mempercepat campur tangan British di negeri-negeri Melayu. Sekiranya kuasa-kuasa asing bertapak di negeri Melayu, bukan sahaja jalan perdagangan ke China terancam tetapi kedudukan British di Negeri-negeri Selat dan kepentingan ekonomi dan politik British di negeri-negeri Melayu akan terancam.

PENUBUHAN NEGERI-NEGERI BERSEKUTU Tujuan Penubuhan Idea penubuhan Persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan

menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat.

28

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Antara faktor-faktor penubuhan NNMB termasuklah:

1. Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak pada November 1874, di Selangor pada Disember 1874, Pahang pada tahun 1888 dan Negeri Sembilan pada tahun 1895. Residen dihantar sebagai penasihat untuk menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Walaubagaimanapun, Residen tidak diberi garis panduan di dalam melaksanakan tugas di Negeri-negeri Melayu. Perlaksanaan sistem Residen bergantung kepada sepenuhnya di atas kebijaksanaan Residen yang dilantik. Kejayaan dan kegagalan menjadi tanggungjawab Residen. Akibatnya, berlaku ketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang kerana kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza. Terdapat juga perbezaan-perbezaan dalam pentadbiran Undang-undang Tanah, keadilan dan sistem cukai di antara negeri-negeri tersebut. Kemajuan juga tidak seimbang di mana negeri yang kaya iaitu Perak dan Selangor lebih maju dari negeri yang miskin seperti Pahang. Kerjasama antara negeri sukar dijalankan sebab negeri ini mempunyai unit politik yang berasingan. Frank Swettenham berpendapat penubuhan persekutuan akan mewujudkan keamanan dan kecekapan pentadbiran kerana pentadbiran akan dijalankan mengikut arahan pusat. Perkara yang berkaitan seperti sistem pentadbiran, cukai, undang-undang tanah dan keadilan akan disatukan dan diselaraskan. Hal ini akan menjimatkan kos pentadbiran. Usaha memajukan sistem perhubungan juga dapat dilaksanakan dengan menghubungkan jalan raya dan keretapi di negeri tersebut. Pada dasarnya,

29

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

penubuhan persekutuan akan mewujudkan kerjasama ekonomi, politik dan sosial.

2. Menghadkan kuasa Residen Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan perlantikan Residen di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat, mereka muncul sebagai kuasa paling berkesan kerana segala urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Residen. Sultan dan Majlis Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen. Malah Sultan dan pembesar Melayu terpaksa merujuk kepada Residen dalam menjalankan pentadbiran negeri. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana Residen mempunyai kuasa mutlak. Semua undang-undang yang diluluskan seperti Undang-undang Tanah mesti ditandantangani oleh Residen sebelum berkuatkuasa. Gabenor Negeri-negeri Selat juga tidak dapat mengawal kuasa Residen kerana beliau berada di Singapura dan sibuk dengan urusan-urusan Negerinegeri Selat. Penubuhan persekutuan akan mengurangkan kuasa Residen kerana mereka terpaksa tertakluk kepada arahan kerajaan pusat dan pentadbiran negeri.

3. Masalah kewangan Pahang Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim dan K.G. Tregonning berpendapat bahawa masalah kewangan Pahang menyebabkan British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British menduduki Pahang pada tahun 1886 di mana J.P. Rodgers menjadi Residen pertama. British mengambil Pahang dengan harapan Pahang mempunyai prospek ekonomi cemerlang.

30

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Apa yang sebenarnya berlaku ialah Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang.

Pada tahun 1890-an, Pahang menghadapi masalah kewangan. Dalam menjalankan pentadbiran, British mendapat bantuan kewangan dari Negerinegeri Selat.

Pada akhir tahun 1891, hutang Pahang pada Negeri-negeri Selat ialah $600 ribu. Pada akhir tahun 1892, hutang meningkat kepada $800 ribu. Masalah kewangan Pahang semakin runcing apabila berlaku kebangkitan Pahang 1891-1895. Jadi beberapa cadangan dikemukakan oleh British untuk mengatasi masalah ini. Cadangan pertama ialah British berundur dari Pahang dan menyerahkan pentadbiran kepada Sultan. Langkah ini tidak dapat dilaksanakan kerana ia menjatuhkan maruah British. Tindakan ini juga membuka peluang kepada kuasa lain untuk bertapak di Pahang yang sudah tentu akan menjejaskan kepentingan British. Cadangan kedua ialah British mendapatkan pinjaman dari Negerinegeri Selat. Ia tidak dapat dilaksanakan kerana pada tahun 1890an, Negeri-negeri Selat juga menghadapi masalah kewangan. Hutang yang berjumlah $800 ribu pada tahun 1892 masih belum diselesaikan. Cadangan ketiga ialah British mendapat bantuan kewangan dari negeri yang kaya seperti Perak dan Selangor. Cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana Perak dan Selangor enggan membantu sebab ianya satu unit politik berasingan.

Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti Perak dan Selangor dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin seperti Pahang jika negeri-negeri ini digabungkan sebagai satu unit politik.

Frank Swettenham dan C.D. Cowan (Pegawai Tanah Jajahan) menegaskan British tidak sepatutnya berundur dari Pahang sebaliknya memajukan Pahang daripada hasil Perak dan Selangor apabila ia bergabung.

31

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

4. Keselamatan A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang kekacauan seperti Perang Perak pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku lagi. Penubuhan persekutuan akan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai

kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga keamanan persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar. C.P. Lucan dalam laporannya menegaskan penubuhan persekutuan perlu dilihat dari segi aspek keselamatan negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.

5. Dasar British Memang menjadi dasar British pada akhir abad ke-19 untuk menggabungkan negeri kecil di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai persekutuan. Penubuhan persekutuan akan memberi kebaikan politik, ekonomi dan sosial kepada British dan Negeri Melayu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan selepas kejayaan British dalam penubuhan persekutuan di Amerika Utara, India, Afrika, Australia dan New Zealand. Pendapat ini disokong oleh ahli sejarah seperti A.C. Miller dalam bukunya Federation Decision of 1895 dan Jagjit Singh dalam bukunya

Administration of the Federation Malay States 1896-1920.

Syarat-syarat Perjanjian Persekutuan 1. Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan digabungkan sebagai persekutuan yang dikenali sebagai Ngeri-negeri Melayu Bersekutu. Persekutuan menjadi negeri lindungan British di mana hal ehwalnya dikuasai oleh British.

32

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

2. Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang ditandatangani di antara keempat-empat negeri itu. 3. Kuasa Sultan hanya terhad ke atas negeri tersebut. Sultan tidak boleh mengadakan hubungan dengan kuasa lain tanpa kebenaran British. 4. Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral. 5. Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan. 6. Residen akan menjalankan pentadbiran mengikut arahan kerajaan pusat. 7. Beberapa jabatan persekutuan akan ditubuhkan. 8. Kuala Lumpur menjadi ibu negeri. 9. Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menubuhkan pasukan tentera untuk menjaga keamanan persekutuan dan Negeri-negeri Selat jika diperlukan. 10. Kerjasama antara negeri akan dijalankan dalam politik, ekonomi dan sosial. 11. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi digubal oleh pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undangundang. 12. Majlis Mesyuarat Raja-raja akan ditubuhkan. 13. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menjadi badan pentadbiran Negerinegeri Melayu Bersekutu akan ditubuhkan. 14. Tiada syarat dalam perjanjian ini yang bertujuan mengurangkan kekuasaan dan kewibawaan Sultan.

Kesan Penubuhan 1. Politik Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang stabil dan menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat disatu dan diselaraskan kerana semua urusan

33

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat, khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal orang Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral pertama pada 1 Julai 1896. Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan merupakan sebuah persekutuan dalam erti kata sebenarnya lebih merupakan kesatuan politik. Semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat khususnya Residen Jeneral yang berkuasa penuh dalam semua hal-ehwal termasuk kewangan. Punca utama hasil (duti eksport) juga dibawah kawalan kerajaan pusat. Tiada pembahagian antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya mengikut arahan pusat dalam menjalankan pentadbiran. Penubuhan Jabatan Persekutuan menyebabkan tumpuan besar ke atas kerajaan pusat. Jabatan negeri mengikut arahan jabatan pusat. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri. Gabenor Negeri-negeri Selat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan juga tidak dapat mengawal kuasa Residen Jeneral kerana beliau berada di Singapura untuk mentadbir Negeri-negeri Selat. Selain itu, sudah menjadi kecenderungan Residen Jeneral menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diharap mengawal kuasa Residen Jeneral tidak ditubuhkan sehingga tahun 1909. Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu. Residen tidak lagi bebas menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran.

34

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi undangundang digubal oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undangundang.

Majlis Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan terpaksa meluluskan undangundang yang dipersetujui. Penubuhan Jabatan Persekutuan telah menyebabkan lebih ramai Pegawai British yang diambil tugas. Keadaan ini menunjukkan seolaholah Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditadbir secara langsung oleh British.

Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan, contohnya, dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja Kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903, Sultan Idris (Perak) telah mengecam hebat pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah melaksanakan desentralisasi (pengagihan kuasa) bagi mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri.

Sultan Idris juga mendesak lebih ramai orang Melayu dilantik dalam jabatan persekutuan. Penubuhan persekutuan membolehkan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertemu dan berbincang bersama-sama kepentingan bersama dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja sejak tahun 1897 dan Majlis Mesyuarat Persekutuan sejak 1909.

2. Ekonomi Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kestabilan politik telah membawa kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya. Keadaan politik dan peluang-peluang ekonomi telah menggalakkan pelabur-pelabur dari Negeri-negeri Melayu atau Seberang Laut untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih timah dan getah.

35

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Kedatangan mereka telah menyebabkan berlakunya pertambahan hasil di Negerinegeri Melayu Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896 berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada $24 juta pada tahun 1909.

Pembinaan sistem jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang menghubungkan negeri telah memajukan lagi kegiatan ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1904, sudah terdapat jalan raya sepanjang 2400 km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu. Pada tahun 1903, terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909.

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih timah dan getah. Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan. Pada tahun 1904, eksport bijih timah persekutuan ialah 70000 tan.

Selepas penubuhan persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil alih penguasaan ke atas perlombongan-perlombongan bijih timah yang dikuasai oleh orang-orang Cina. Begitu juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905 50 ribu ekar dan 1909 meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.

3. Sosial Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan keamanan dan peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang telah menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi terdapat peluang dalam perkhidmatan persekutuan dan perkembangan bijih timah. Kedatangan imigran telah menyebabkan pertambahan penduduk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Selain itu, kedatangan imigran juga mewujudkan masyarakat majmuk. Orang-orang Cina dan India adalah masyarakat yang berasingan dan tidak dapat mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu. Penubuhan pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti Taiping, Kuala Lumpur, Kelang dan lainlain lagi.36

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan, kesihatan, pelajaran dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kemudahan sosial itu mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia disediakan di kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909, terdapat 52 buah klinik di persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya dan 340 batu jalan keretapi).

Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah didirikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah sekolah Cina.

Selain itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan dan mubaligh. Pada tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas untuk anak-anak golongan bangsawan. Pada tahun itu, kerajaan membina maktab teknik di Kuala Lumpur untuk menyediakan tenaga mahir bagi Jabatan Kerja Raya dan keretapi.

PENUBUHAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU Tujuan Penubuhan Kebimbangan British terhadap kuasa-kuasa Eropah lain yang semakin giat mencari tanah jajahan di Asia Tenggara mengundang kebimbangan British terhadap kepentingannya di Tanah Melayu. Pada awal 1900, hampir kesemua negara di Asia Tenggara diduduki oleh penjajah Eropah kecuali Siam dan Negeri-negeri Melayu Utara. Hal ini kerana, kuasa imperialisme baru seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia bersaing dapatkan bahan mentah dan tanah jajahan. British bimbang apabila Perancis meluaskan kuasa ke Lembah Menam Chao Phraya dan merancang membina terusan di Segenting Kra. Pembinaan terusan di Segenting Kra mengancam perdagangan dan pelabuhan Singapura. Selain itu, terdapat beberapa buah kuasa imperialis yang cuba untuk bertapak di Negeri Melayu utara seperti Jerman yang berusaha untuk mendapatkan Pulau Langkawi daripada Siam dan Amerika Syarikat yang ingin bertapak di Pulau Redang Terengganu, manakala Rusia pula berhasrat buka petempatan di Ujung Salang, Thailand.37

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Kebimbangan terhadap kemaraan kuasa asing lain di Tanah Melayu mendorong British meluaskan pengaruh ke Negeri-Negeri Utara Tanah Melayu. Untuk itu beberapa perjanjian dengan Siam telah ditandatangani British termasuklah: Perjanjian Sulit 1897 1. Ditandatangani pada tahun 1897. 2. Antara British dengan Siam 3. Bertujuan menghalang Siam menyerahkan atau membenarkan kuasa lain bertapak di selatan Siam.

Syarat Perjanjian Sulit 1897; a. Siam tidak akan menyerahkan Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Perlis kepada kuasa lain tanpa izin British. b. British akui hak Siam ke atas negeri-negeri tersebut. c. British akan membantu Siam jika diserang musuh.

Walaubagaimanapun, perjanjian Sulit gagal menghalang sultan negeri-negeri tersebut menjalin hubungan dengan kuasa lain, misalnya Sultan Kelantan memberikan konsesi tanah kepada Duff Development Company untuk melombong emas di Kelantan manakala Sultan Terengganu telah menerima permohonan Amerika Syarikat untuk membuka petempatan di Pulau Redang.

Keadaan ini membimbangkan British kerana kuasa lain akan bertapak di Tanah Melayu dan seterusnya, satu lagi perjanjian dibuat antara British dan Siam pada 1902 yang dikenali sebagai Perjanjian Perisytiharan British-Siam.

38

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Antara syarat perjanjian termasuklah: 1. British iktiraf Negeri-Negeri Melayu di bawah naungan Siam. 2. Wakil British akan dilantik oleh kerajaan Siam sebagai penasihat sultan di Negeri Melayu Utara iaitu W.A. Graham di Kelantan, Meadowe Frost di Kedah dan H.E. Duke di Perlis. 3. Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan memberi konsesi kepada kuasa asing.

Walaupun perjanjian tersebut telah mengukuhkan pengaruh British di Negeri-Negeri Melayu Utara Tanah Melayu, British belum berpuashati selagi tidak menguasai pentadbiran NNMTB secara langsung. Oleh itu, satu lagi perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Bangkok telah ditandatangani pada 1909.

Antara syarat Perjanjian Bangkok termasuklah: 1. Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British. 2. Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British. 3. British memberikan Hak Wilayah Asingan kepada Siam. Melalui hak wilayah asingan, rakyat British akan diadili mengikut sistem perundangan British. Rakyat British tidak akan diadili mengikut perundangan Siam.

Seterusnya, negeri Melayu yang terkahir menerima penasihat British adalah Johor. Walaupun Johor telah berjaya memodenkan pentadbirannya di bawah Sultan Abu Bakar, hasil desakan British akhirnya seorang penasihat British telah diletakkan di Johor.

Kesan Penubuhan 1. Pengenalan Sistem Penasihat Kesemua Sultan di NNMTB telah menerima penasihat British iaitu George Maxwell (Kedah), Meadow Frost (Perlis), J.S Mason (Kelantan), J.L Humpreys (Terengganu) dan Douglas Campbell (Johor).39

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Fungsi penasihat British di NNMTB sebenarnya adalah hampir sama dengan sistem Residen di NNMB kerana penasihat British berperanan menasihat Sultan dalam semua perkara kecuali hal-hal yang berkait dengan agama Islam dan adat-istiadat Melayu sahaja.

Pengenalan sistem penasihat juga telah membawa sistem birokrasi Inggeris ke NNMTB seperti pengenalan jabatan-jabatan baru yang menguruskan negeri termasuk jabatan hasil dan cukai, jabatan kehakiman, jabatan polis dll.

2. British sebagai Kuasa Eropah Tunggal di Tanah Melayu Dengan penerimaan sistem penasihat British di NNMTB, hal ini bermakna usaha British untuk mengekang kemasukan kuasa Eropah lain ke Tanah Melayu seperti Jerman dan Amerika Syarikat telah berjaya. Hal ini menyebabkan British menjadi kuasa tunggal yang berjaya mengaut kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu. Sebenarnya, kejayaan British ini adalah baik untuk mengelakkan perperangan sekiranya berlaku perebutan wilayah di Tanah Melayu sekiranya kuasa asing lain mampu bertapak di Tanah Melayu.

3. Kehilangan Kuasa Sultan dan Pembesar Tempatan Dengan penerimaan sistem penasihat, Sultan telah kehilangan kuasa memerintah kerana baginda dikehendaki mengikut segala arahan dan nasihat yang diberikan oleh British. Selain itu, sistem penasihat dan pengenalan birokrasi Inggeris telah mengurangkan pengaruh para pembesar Melayu. Di Kedah misalnya, ahli Majlis Mesyuarat Negeri pimpinan Tunku Mahmud telah menentang proses pembaratan ke atas pentadbiran Kedah dan usaha untuk mengekalkan identiti Kedah dilakukan dengan mengekalkan cuti rasmi pada hari Jumaat, penggunaan kalendar Hijrah dan mengutamakan orang Melayu dalam pentadbiran negeri.

40

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

Tindakan itu kemudiannya telah ditukar oleh George Maxwell di mana beliau telah mengarahkan cuti umum pada hari Ahad, penggunaan kalendar Masihi, perlantikan pegawai Inggeris dan perlantikan pegawai Inggeris dalam pentadbiran Kedah.

Hal ini telah menyebabkan Tunku Mahmud berang dan membawa perkara ini ke mahkamah dan memenangi perbicaraan tersebut.

Di Johor pula, penasihat British telah menyingkirkan para pembesar Johor yang berwibawa dan membawa kepada kemajuan Johor seperti Datuk Abdul Rahman Andak dengan menasihatkan Sultan Johor supaya pembesar tersebut pencen dan diberi wang pencen.

Di Terengganu, peranan ulama sebagai penasihat Sultan zaman-berzaman seperti telah mula terhakis seperti Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus (Tokku Paloh) yang menjadi penasihat Sultan Zainal Abidin III dan merupakan individu penting dalam menggubal undang-undang tubuh bagi diri kerajaan Terengganu.

4. Persempadanan Siam-Kelantan Berdasarkan Perjanjian Bangkok 1909, persempadanan antarabangsa di antara Siam dan Kelantan diperkenalkan di mana Sungai Golok menjadi pemisah di antara wilayah Siam dan negeri Melayu. Hasilnya, wilayah Tabal (Tak Bai) yang merupakan sebahagian daripada negeri Kelantan diserahkan kepada Siam. Sebagai balasan, wilayah Reman yang dimiliki oleh Siam diserahkan kepada Kelantan dan Kedah. Hal ini mengundang bantahan Sultan Muhammad IV dan penduduk Tabal kerana mereka tidak rela berada di bawah pemerintahan Siam. Akibatnya, majoriti penduduk Tabal telah bertindak berpindah ke Kelantan.

41

Nota SJH1103

Hazmanipda2012

5. Kehilangan Pengaruh Siam ke atas Negeri Melayu Utara Penguasaan Siam ke atas Negeri-negeri Melayu Utara iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis telah terhakis dalam siri-siri perjanjian Inggeris-Siam sejak 1897. Kemudiannya, dalam Perjanjian Bangkok pada 1909, kesemua wilayah naungan Siam di NNM Utara telah hilang kerana melalui syarat perjanjian tersebut, Siam akan menyerahkan keempat-empat negeri kepada British. Walaupun syarat perjanjian dilihat tidak menguntungkan Siam, akan tetapi perjanjian tersebut penting dalam mengekalkan kedaulatan Siam.

42