nota kecil bmc · kelebihan menggunakan business model canvas (bmc) 1. ada idea terus lakarkan...

37
NOTA KECIL BMC EDISI KE-2 MOHD YUSRY MOHAMAD YUSOPP ZUSUFF KAN ZAINAL KAN “Start-lah! Menggunakan BMC dalam Bisnes”

Upload: others

Post on 26-Aug-2020

27 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

NOTA KECIL

BMCEDISI KE-2

MOHD YUSRY MOHAMAD YUSOPP

ZUSUFF KAN ZAINAL KAN

“Start-lah! Menggunakan BMC dalam Bisnes”

Page 2: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

LAUT YANG SEMAKIN MERAH

“BMC dapat membantu kita mencari jalankeluar dan memastikan kita menghidu

peluang baru dan membuka lautan biru.

Kata kuncinya adalah inovasi dan

menongkah arus.”

Page 3: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

LAUT YANG SEMAKIN MERAH

Bagi sesetengah usahawan, mereka sungguh beruntung

kerana memulakan bisnes dalam keadaan tiada atau

kurang pesaing di dalam bisnes mereka.

Ini kita gelarkan sebagai lautan biru.

Namun, lama kelamaan. Apabila orang lain mula

menghidu peluang dan mula bertindak. Mula muncul

lebih banyak pemain.

Pada asalnya ia tidak menjadi masalah. Tapi kemudian

kek pasaran mula menjadi kecil.

Lebih menakutkan apabila pemain baru datang dengan

tawaran nilai yang lebih baik dan mengiurkan.

Kita perlu bersedia menghadapi situasi lautan merah ini.

BMC dapat membantu kita mencari jalan keluar dan

memastikan kita menghidu peluang baru dan membuka

lautan biru.

Kata kuncinya adalah inovasi dan menongkah arus.

Page 4: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

KELEBIHAN MENGGUNAKANBUSINESS MODEL CANVAS (BMC)

“Jika ada kelompangan pada idea iadapat dikesan.”

Page 5: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

KELEBIHAN MENGGUNAKANBUSINESS MODEL CANVAS (BMC)

1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada

betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat

dan difahami.

2. Jika ada kelompangan pada idea ia dapat dikesan.

Setiap petak mempunyai kaitan.

Sebagai contoh, dalam petak Aktiviti Utama adalah

memotong buah-buahan. Jadi sudah tentu Sumber

Utama perlu ada staf yang memotong buah. Atau kita

ambil sahaja syarikat lain sebagai Rakan Utama yang

membekalkan buah-buahan yang siap dipotong.

Page 6: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

KELEBIHAN MENGGUNAKANBUSINESS MODEL CANVAS (BMC)

3. Oleh kerana pada fasa idea, kita hanya membuat

andaian. Jadi tidak perlu kita mengambil terlalu

banyak masa mengarang ayat pada perkara yang

belum pasti. Kita akan melakukan perubahan demi

perubahan. BMC hanya menggunakan kata kunci

yang dapat difahami dengan sekali imbas sahaja. Ia

membantu dalam proses komunikasi tim pengasas

startup.

4. Apabila kita merasa tersekat dalam bisnes model

sekarang. Kita boleh melakukan inovasi mengikut

petak. Setiap petak pada BMC di bahagian kanan

mempunyai ruang inovasi.

Page 7: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

JATUH CINTA PANDANG PERTAMA

“Beri masa kepada satu idea dan cubafikirkan lebih banyak idea lagi dan lagi.”

Page 8: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

JATUH CINTA PANDANG PERTAMA

Fenomena jatuh cinta dengan idea pertama merupakan

salah satu perkara biasa.

Ia banyak berlaku dikalangan mereka yang mahu

memulakan bisnes pertama.

Ramai yang datang ke ABS bagi mempersembahkan

idea mereka yang pada mereka adalah yang terbaik di

Malaysia.

Tetapi apabila diajukan pelbagai soalan idea itu belum

cukup dalam dan masih banyak perkara yang tidak

difikirkan.

Beri masa kepada satu idea dan cuba fikirkan lebih

banyak idea lagi dan lagi.

Penggunaan BMC amat membantu dalam memandu kita

melihat idea kita lebih berstruktur.

Ini kerana biasanya idea lahir dalam bentuk satu visi atau

cerita dalam minda kita.

Page 9: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

JATUH CINTA PANDANG PERTAMA

BMC memandu kita untuk melakarkan idea tersebut

dengan menjelaskan lagi:

Siapakah pelanggan kita?

Apakah nilai yang pelanggan kita mahukan?

Bagaimana kita mahu memasarkan kepada pelanggan

kita?

Bagaimana kita mahu membina hubungan agar

mereka membeli dan terus membeli dari kita?

Bagaimana cara duit masuk ke dalam syarikat?

Page 10: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

UNFAIR ADVANTAGE

“'Unfair Advantage' adalah

kelebihan dalam bisnes kita yang

amat sukar ditiru oleh pesaing.”

Page 11: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

UNFAIR ADVANTAGE

Dalam sesi Mentoring BMC.

Kami membuat satu aktiviti mengenalpasti model bisnespesaing.

Kami berbincang apakah ruang-ruang yang masihlompong yang boleh ditambah baik bagi mewujudkan'unfair advantage' dalam bisnes.

'Unfair Advantage' adalah kelebihan dalam bisnes kitayang amat sukar ditiru oleh pesaing.

Jangan terkejut, dalam beberapa sesi yang saya buat.

Kita lebih fasih dengan 'model bisnes' pesaing berbandingmodel bisnes kita sendiri yang kita terkebil-kebil apabilamahu mengisinya ke dalam kanvas model bisnes.

Kita boleh juga menggunakan ruang ini bagi belajar danmenambah baik bisnes kita.

Saya teringat kisah pengasas Wallmart, apabila ada sahajasupermarket yang baru dibuka di mana-mana bahagianwalaupun jauh.

Beliau akan pergi untuk memerhati dan merasaipengalaman sebagai pelanggan untuk belajar menjadilebih baik.

Page 12: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

HIPOTESIS

“Apabila kita melakukan sesi validasi.

Kita perlu bersedia untuk salah dari awal.

Apabila kita keluar dari bangunan, atau

melancarkan prototaip produk kita.”

Page 13: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

HIPOTESIS

Pada fasa idea, semuanya ada hipotesis.

Hipotesis bermaksud jangkaan, atau kita rasa.

Kita rasa inilah pelanggan kita.

Kita rasa inilah nilai yang pelanggan kita mahukan.

Apabila kita melakukan sesi validasi.

Kita perlu bersedia untuk salah dari awal. Apabila kita

keluar dari bangunan, atau melancarkan prototaip

produk kita.

Maklumbalas dari golongan manusia yang dipanggil early

adopter amat diperlukan.

Page 14: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

SIAPAKAH EARLY ADOPTER?

“Early Adopter adalah sekumpulan orang

yang sanggup membayar walaupun

pada peringkat idea atau prototaip.”

Page 15: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

SIAPAKAH EARLY ADOPTER?

Early Adopter adalah sekumpulan orang yang sanggup

membayar walaupun pada peringkat idea atau

prototaip. Ini kerana mereka memang benar-benar

memerlukan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Dari sini barulah kita tahu, siapakah pelanggan yang

sebenar.

Kemudian apakah nilai sebenar yang paling ketara atau

nilai baru yang kita tidak sangka-sangka yang dimahukan

oleh pelanggan.

Jangan terkejut jika nilai itu bukan bersifat logik, tetapi

lebih kepada emosi.

Page 16: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

BMC SEBAGAI DASHBOARD

“Salah satu fungsi BMC yang penting tapi agak

jarang digunakan ialah sebagai dashboard.

Bagi memantau apakah insight atau

maklumbalas baru yang kita pelajari apabila

model bisnes itu mula dijalankan.”

Page 17: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

BMC SEBAGAI DASHBOARD

Apabila mempelajari Business Model Canvas (BMC).

Kebanyakan usahawan menggunakan BMC sebagai

checklist bagi melihat kelompangan bisnes. Atau, sebagai

templat idea baru.

Salah satu fungsi BMC yang penting tapi agak jarang

digunakan ialah sebagai dashboard.

Bagi memantau apakah insight atau maklumbalas baru

yang kita pelajari apabila model bisnes itu mula dijalankan.

Adakah hipotesis pelanggan awal kita betul?

Jika salah, siapakah pelanggan kita yang sebenarnya?

Adakah nilai yang kita tawarkan itu memang diperlukan

oleh pelanggan? Atau kita hanya 'syok sendiri'?

Berdasarkan lima kaedah pemasaran yang kita gunakan.

Yang mana satu menggunakan kos yang rendah tetapi

memberi kesan yang paling optimum?

Page 18: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

BMC SEBAGAI DASHBOARD

Business Model Canvas (BMC) kita akan mengalami

perubahan dari semasa ke semasa.

Wujudkan satu ruang bagi memantau evolusi BMC kita

sehingga kita berjumpa model bisnes yang:

Menguntungkan

Berulang-ulang untung (bukan berulang-ulang rugi)

Boleh dibesarkan atau diskalakan di tempat-tempat yang

berkongsi Avatar pelanggan yang sama.

Page 19: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

IDEA BISNES & BMC

“Apabila mereka mempunyai idea,

idea itu lebih tersusun dan boleh

diorganisasi secara sistematik.”

Page 20: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

IDEA BISNES & BMC

Apabila staf atau rakan kongsi anda mempunyai idea

bisnes yang mahu dikongsikan bersama anda dan ahli

pasukan yang lain.

Kami menggalakkan mereka melakar idea bisnes mereka

di atas Kanvas Model Bisnes atau Business Model Canvas

(BMC).

Salah satu fungsi BMC adalah sebagai alat cheklist.

Apabila mereka mempunyai idea, idea itu lebih tersusun

dan boleh diorganisasi secara sistematik.

Dari sini kita dapat melihat adakah idea itu sudah

difikirkan cukup mendalam.

Page 21: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

APAKAH ITU MODEL BISNES?

Dr Alexander Osterwalder berkata,

"Ini bukan zaman produk, tetapi zaman

model bisnes.“

Page 22: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

APAKAH ITU MODEL BISNES?

Apabila kita bertanya kepada seorang pemilik bisnes.

Apakah model bisnes mereka?

Ada yang keliru.

Ada yang menyatakan model bisnes mereka adalah

menjual produk.

Sebagai contoh, cendol

Dr Alexander Osterwalder berkata,

"Ini bukan zaman produk, tetapi zaman model bisnes.“

Dalam bisnes yang produknya cendol. Ia boleh terdiri dari

pelbagai jenis model bisnes.

Produknya sama, model bisnesnya berbeza.

Model bisnes menerangkan bagaimana satu bisnes

beroperasi dan mencipta nilai bagi mendapatkan

pendapatan dan membuat keuntungan.

Page 23: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

APAKAH ITU MODEL BISNES?

Model bisnes pembekal bahan mentah cendolberbeza dengan

Model bisnes cendol secara drive thru berbeza dengan

Model bisnes cendol delivery berbeza dengan

Model bisnes cendol frozen

Page 24: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

MENCARI ATAU MENCIPTA MASALAH?

“Produk yang jelas menyelesaikanmasalah pelanggan yang spesifik

mempunyai potensi besar.

Ia bermula dengan 'mencari masalah'.”

Page 25: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

MENCARI ATAU MENCIPTA MASALAH?

Produk yang jelas menyelesaikan masalah pelanggan

yang spesifik mempunyai potensi besar.

Ia bermula dengan 'mencari masalah'.

Produk yang dibuat sekadar ingin menggembirakan hati

sendiri kerana mahu mempunyai produk.

Tanpa tahu siapa pelanggannya dan ia menyelesaikan

masalah apa.

Ini namanya 'mencipta masalah'.

Page 26: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

BMC MENTERJEMAH STRATEGI BISNES KEPADA PASUKAN

“Perlaksanaan strategi memerlukan kesabaran.

Ini kerana strategi itu sendiri terdiri dari siritindakan-tindakan taktikal yang saling berkait.”

Page 27: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

BMC MENTERJEMAH STRATEGI BISNES KEPADA PASUKAN

Business Model Canvas (BMC) sangat membantumenterjemahkan strategi-strategi bisnes agar mudahdifahami oleh pasukan.

Kita mahu mengaplikasikan pelbagai strategi seperti:

1. Sharp and Razor2. Long Tail3. Switchboard4. Free5. Freemium6. Uber (shared resources)Dan lain-lain.

Walaupun bisnesnya nampak sama.

Strategi akan membezakan model bisnes mereka.

Kadang-kadang lokasi dan jenis pelanggan akanmempengaruhi petak-petak dalam kanvas model bisnes kitawalaupun menggunakan strategi yang sama.

Perlaksanaan strategi memerlukan kesabaran.

Ini kerana strategi itu sendiri terdiri dari siri tindakan-tindakantaktikal yang saling berkait. Satu taktik tidak berjalan atautersekat. Ia akan melumpuhkan strategi.

Page 28: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

JANGAN TAKUT PERSAINGANADA 10 JENIS INOVASI BISNES

“Banyak usahawan menggunakan inovasi

dalam produk bagi mencipta kelainan.

Tapi sebenarnya ada 9 lagi cara kita boleh

berinovasi dan mencipta pasaran baru

dalam bisnes.”

Page 29: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

JANGAN TAKUT PERSAINGANADA 10 JENIS INOVASI BISNES

Jangan takut dengan persaingan.

Dengan hanya sedikit perubahan kecil pada model bisnes.

Kita boleh mencipta lautan biru.

Banyak usahawan menggunakan inovasi dalam produkbagi mencipta kelainan.

Tapi sebenarnya ada 9 lagi cara kita boleh berinovasi danmencipta pasaran baru dalam bisnes.

Kita boleh menggunakan 10 Jenis Inovasi dalam Bisnes

Page 30: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

JANGAN TAKUT PERSAINGANADA 10 JENIS INOVASI BISNES

Page 31: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

JANGAN TAKUT PERSAINGANADA 10 JENIS INOVASI BISNES

Page 32: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

IKLANRuangan selepas ini adalah iklan.

Terima Kasih atas kesudian membaca nota kecil ini.

Semoga ia memberi manfaat danmembawakan kebaikan.

Yusry Yusopp

Zusuff Kan

Page 33: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

KELAS BMC 101

SASARAN PESERTA:

Pengasas startup/ Baru Memulakan Bisnes < 3 Tahun

Usahawan yang sudah berbisnes melebihi3 tahun

Ahli pasukan bisnes yang terlibat dalamPembangunan Bisnes atau Unit Tindakan‘Menambah Pendapatan’

Mencari idea dan

model bisnes yang

mahu dijalankan:

1. Mudah

2. Praktikal

3. Menguntungkan

Mengesan

kelompangan bisnes

dan melihat peluang-

peluang baru.

Melihat kedudukan

bisnes dalam pasaran

(segmen pelanggan)

dan mewujudkan

‘unfair advantage’

Menambah peluang-

peluang aliran

pendapatan baru

dalam bisnes atau

syarikat

MENGAPA SAYA PERLU MENYERTAI KELAS BMC 101?

Page 34: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

KELAS BMC 101Sesi Tajuk

10 pg – 12 tgh Asas Business Model Canvas

12 tgh – 1 ptg Kepelbagaian Model Bisnes Produk Servis Hybrid (Produk + Servis) Model-Model Bisnes Baru

1 ptg – 2 ptg Rehat, Solat & Makan Tengahari

2 ptg – 3 ptg Kepelbagaian Model Bisnes(Sambungan)

3 ptg – 5 ptg Melakar BMC Bisnes Peserta

Inovasi BMC Peribadi Menggunakan ‘Blue Ocean Strategy’

Page 35: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

KELAS BMCSTRATEGI & INOVASI

SASARAN PESERTA:

Usahawan/CEO yang mahu/terpaksamenambah lagi peluang-peluang barudalam bisnes.

Usahawan/CEO yang mahu/terpaksamelakukan inovasi dalam model bisnesmereka yang sedia ada.

Pra-syarat:Pernah menyertai mana-mana Kelas Business Model

Canvas (Boleh Mengisi Petak-Petak BMC)

Mendapatkan

pelbagai perspektif

baru dan berbeza

dalam melihat satu-

satu cara bisnes

dijalankan.

Menyusun strategi agar

sentiasa beberapa

Langkah ke hadapan

berbanding pesaing.

Menambah baik

model bisnes sedia

dari semasa ke

semasa agar sentiasa

relevan.

Menjadi ‘gamechanger’

dengan mencipta

inovasi-inovasi baru

yang menambah

pendapatan dan

pasaran.

MENGAPA SAYA PERLU MENYERTAI KELAS BMC STRATEGI & INOVASI?

Page 36: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

KELAS BMCSTRATEGI & INOVASI

Sesi Tajuk

9 pg – 11 tgh 4 Jenis Inovasi Model Keuntungan Jaringan Kerjasama Struktur Proses

11 tgh – 1 ptg 4 Jenis Inovasi Persembahan Produk Sistem Produk Servis Channel

1 ptg – 2 ptg Rehat, Solat & Makan Tengahari

2 ptg – 3 ptg 2 Jenis Inovasi Jenama Hubungan Pelanggan

3 ptg – 5 ptg Aplikasi 10 Inovasi dalamBusiness Model Canvas Bisnes Peserta

Page 37: NOTA KECIL BMC · KELEBIHAN MENGGUNAKAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami

BERMINAT UNTUK BELAJAR BUSINESS MODEL CANVAS

(BMC) DENGAN HARGA ISTIMEWA?

Tawaran sah sebelum: 25 April 2017

Hubungi:

Yusry Yusopp016 359 5290 (whatsapp/sms/telefon)

E-Mel: [email protected]

FB: www.facebook.com/yusryyusopp2