nota k5

Upload: luqman

Post on 03-Mar-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fdfdfdfdfdfdffdfdfd

TRANSCRIPT

  • KULIAH MINGGU 5

    SEKTOR PERINDUSTRIAN

    Pembangunan ekonomi di kebanyakan negara maju adalah berasaskan sektor perindustrian. Malaysia juga bersandar kpd sektor ini terutamanya dari segi produktiviti dan penyerapan tenaga buruh.

    PERINGKAT PERINDUSTRIAN

    Zaman Penjajahan BritishPenekanan kpd pengeluaran bahan mentah. Cuma 6.7% penduduk terlibat dlm bidang perindustrian.

    Dekad 1950an dan 1960an

    Tertumpu kpd industri penggantian import (IPI). Antara industri ialah pengeluaran barangan pengguna yang tidak memerlukan kemahiran yg tinggi, seperti membuat sabun, minuman, kasut, pakaian dan barangan getah.

    1959 1963: IPI menyumbangkan lebih kurang 41% daripada keseluruhan pertumbuhan industri.

    1963 1968: Sumbangan meningkat ke 49%.*

  • Industri Eksport (1970an)

    Dlm tempoh yg sama, industri eksport telah meningkat kepentingannya dgn pesat.

    Pada akhir 1960an dan awal 1970an, industri orientasi eksport telah dijalankan dgn menggalakan industri yg berintensif buruh.

    Contoh: industri brg kimia, logam, jentera dan alat-alat pengangkutan.

    Dlm tempoh ini sektor perindustrian tumbuh dgn pesat dari segi KDNK dan g/tenaga.

    Industri berat (1980an)

    Dari dekad 1980-an - melibatkan pelaburan besar dan teknologi tinggi untuk mengurangkan kebergantungan kepada negara-negara maju.

    Penubuhan HICOM (Perbadanan Industri Berat Malaysia).

    Contoh projek: kilang simen, loji keluli, enjin dan projek kereta nasional. - Malaysia mempunyai faedah berbanding dlm penawaran buruh dan bahan mentah bagi industri seperti ini.*

  • SUMBANGAN SEKTOR INDUSTRISumbangan kepada:i. Gunatenagaiii. Pendapatan Negaraii. Keluaraniv. Eksport

    Jadual 4.1 Sumbangan Sektor Perindustrian

    Sumber: Malaysia, Laporan Ekonomi (pelbagai keluaran)Malaysia, Laporan Separuh penggal (pelbagai keluaran)

    Nota: * data pada harga 1970 ** data pada harga 1978 *** data pada harga 1987

    Rumusan: Drpd Jadual 4.1, didapati sumbangan dari segi guna tenaga dan KDNK semakin meningkat*

    Tahun Gunatenaga KDNK Pada harga pasar000%(RM juta)%19703189.51354*13.2198075515.75054*18.31990133319.921340**26.92000255827.669867***33.42003282927.970225***30.6

  • Jadual 4.2: Kadar purata pertumbuhan tahunan pengeluaran dan eksport perkilangan 1963 - 2003

    Sumber: Malaysia, Rancangan Malaysia (1986, 1991, 1996, 2001)Malaysia, Kajian Separuh Penggal (1984, 1993, 2003)

    Rumusan: Drpd Jadual 4.2, juga didapati peratusan keluaran dan eksport yang meningkat kecuali pada tahun-tahun berlakunya krisis/kemelesetan ekonomi, dll.*

    Tahun Keluaran (%)Eksport (%)1963 19689.76.71967 197313.412.01974 197811.024.71979 19834.417.11984 19854.914.31986 199013.931.01991 - 199513.325.81996 20009.116.62001 2003 1.51.2

  • DASAR DAN STRATEGI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN

    Dasar dan strategi menggariskan struktur:

    i. pengeluaran pasaran,ii. jenis keluaran berasaskan sumber tersedia,iii. peningkatan teknologi,iv. pengurangan masalah pengangguran,v. penghijrahan penswastaan industri danvi. perbezaan pertumbuhan wilayah.

    Tujuan utama dasar dan strategi:

    untuk mencapai intergrasi nasional - dari segi peningkatan penyertaan bumiputra, ekuiti, pekerjaan, pemasaran dan perkhidmatan ikhtisas.

    ii. menyebarkan industri dari bandar ke kawasan kurang maju melalui penyediaan pelbagai kemudahan

    iii. mempelbagai dan memperluas asas sektor perindustrian

    iv. mengalakkan pertumbuhan industri berteknologi tinggi

    v. mempercepatkan pertumbuhan industri kecil: bantuan kewangan, teknikal serta latihan.

    vi. Menubuhkan industri berat*

  • Terdapat 3 kategori strategi:

    i. perlindungan tarifii. akta galakan pelaburaniii. jaminan dan panduan lain

    Perlindungan Tarif

    Prinsip tarif telah diguna pakai sejak 1957. Diguna secara meluas selepas 1965.

    1970 - diperluas kepada barang pengguna, barang perantaraan dan barang pelaburan.

    Kuota import melindungi perusahaan tempatan.

    Pengecualian cukai kastam dan eksais terhadap bahan mentah, mesin-mesin dan jentera.

    Galakan Pelaburan

    Akta Galakan Pelaburan (AGP) 1968AGP Pindaan (1980, 1982)AGP 1986.*

  • *Insentif Termaktub dlm AGP 1986

    Taraf Perintis (TP) /pioneer status

    a) keluaran atau aktiviti yg digalakkan : 70% pendapatan berkanun dikecuali cukai selama 5 tahun : 30% pendapatan Berkanun dikenakan cukai pendapatan syarikat mengikut kadar semasa

    b) keluaran atau aktiviti yg digalakkan dan di kawasan yg digalakkan. : Malaysia Timur: Sabah, Sarawak : Pantai Timur Semenanjung: Terengganu, Kelantan, Pahang dan Mersing.

    : 85% drpd pendapatan berkanun dikecualikan cukai selama 5 thn

    c) Keluaran atau aktiviti yg digalakkan utk syarikat berteknologi tinggi : 100% pendapatan berkanun dikecualikan cukai selama 5 thn

  • *Insentif Termaktub dlm AGP 1986

    Taraf Perintis (TP) /pinoeer status, samb

    d)keluaran yg digalakkan dlm skim rantaian industri. : Sykt IKS yg mengeluarkan brgn perantaraan diberi pengecualian cukai 100% - 5 tahun

    e)keluaran atau aktiviti strategik yg digalakkan untuk kepentingan nasional : cth sykt MSC - brgn/aktiviti yg diluluskan dan bertaraf dunia.

    f) Syarikat penyelidikan Syarikat R & D: pengecualian 100% , 5 tahun.1. Elaun Cukai Pelaburan (ECP)2. Elaun penyelarasan Perindustrian (EPP)3. Elaun Infrastruktur.4. Potongan dua kali bagi Penggalakkan Eksport

  • *KESAN PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN

    Empat faedah utama:

    Gunatenaga

    b) Meningkatkan hasil negara

    c) Pemindahan teknologi

    d) Meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan melalui tingkat upah yg lebih teratur

    Kesan negatif:

    Saingan kepada pelabur tempatan.

    b) Gunatenaga lebih kepada peringkat bawahan dan penggunaan pekerja asing.

    c) Pemindahan teknologi kadang-kala tidak bersesuaian dengan negara dan kadang-kala meningkatkan pencemaran alam sekitar.

    d) Kebebasan keluar masuk modal dan keuntungan asing yang tidak dilaburkan semula.

  • *PELAN INDUK PERINDUSTRIAN I (1986-1995)

    Diumumkan pada tahun 1986, dalam usaha untuk:

    Menekankan sektor industri sebagai enjin pertumbuhan

    ii) Menyediakan arah dan perspektif bagi pengembangan perindustrian jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.

    iii) Berasaskan kepada kesedaran kelemahan sektor pertanian yg menekankan kpd eksport barangan utama.

    iv) Menekankan kpd pengembangan barangan (product development)

    Di samping bertujuan mengatasi masalah-masalah perindustrian masa lampau, antaranya:

    i) Lewat dari segi pengembangan produk dan perkhidmatan terlalu berorientasikan eksport barangan utama.

    ii) Pengembangan industri tahun 1970-1981 adalah:- bias dari segi struktur industri- bias kepada industri intensif buruh- bias kepada industri barangn elektronik dan tekstil yang mempunyai pertalian yang lemah

  • *PELAN INDUK PERINDUSTRIAN I (1986-1995)

    Di samping bertujuan mengatasi masalah-masalah perindustrian masa lampau, antaranya: samb

    iii) Beberapa industri penting yang terlalu bergantung kepada pelaburan asing dari segi modal, teknologi, pemasaran, pengurusan, bekalan dan peralatan melembabkan pembangunan asas industri tempatan.

    iv. Kelemahan dari segi struktur eksport. Eksport industri menyumbangkan cuma 20% drpd pertumbuhan output sektor pembuatan.

    v. Paras teknologi yg rendah dlm sektor industri firma tempatan

    vi. Kekurangan jurutera dan kakitangan teknikal.

    vii. Sistem insentif tidak mencukupi: lebih banyak industri penggantian import drpd industri untuk eksport.

    viii. kekurangannya kerjasama dari pihak swasta untuk memberi pandangan dlm merangka dasar

    ix. Pelbagai objektif ekonomi , sosial dan politik kadang kala saling menjadi penghalang.

  • *OBJEKTIF PIP I

    Memastikan perkembangan ekonomi yg pesat melalui pertumbuhan sektor perkilangan untuk memenuhi objektif DEB.

    ii. Penggunaan sumber asli negara secara optimum perindustrian yg meningkatkan nilai tambah.

    iii. Menyediakan asas bagi teknologi tempatan

  • *STRATEGI PIP I

    Menyusun semula struktur galakan perindustrian yg ada.

    Mempelbagaikan eksport dan menggalakan penggantian import.

    Memajukan semula industri gantian import peringkat pertama (barang pengguna tahan lama) dan industri gantian import tahap kedua (alat perhubungan).

    Kempen guna barang Malaysia.

    Mempelbagai pasaran eksport dan mencari pasaran baru di negara-negara sedang membangun.

    Memperluas kegiatan industri ke kawasan kurang maju.

    Mengalakkan R&D oleh pihak awam dan swasta.

    viii. Mengalakkan industri berat sebagai nadi perkembangan industri.

    ix. Mengalakkan pertumbuhan industri kecil.

  • *Industri Keutamaan PIP I

    i. Industri Keluaran Getahii. Industri Keluaran Kelapa Sawitiii. Industri Memproses Makananiv. Industri Asas Kayuv. Industri Kimiavi. Industri Logam (Bukan Besi)vii. Industri Hasil Galian (Bukan Logam)viii. Industri Elektronik Dan Elektrik.ix. Industri Kejuruteraanx. Industri Besi Kelulixi. Industri Peralatan Pengangkutan Jalanxii. Industri Tekstil

  • *ISU-ISU PIP

    Strategi PIP menghadapai masalah terutamanya semasa kemelesetan, persaingan dari negara lain dll.

    ii. Bajet untuk melaksanakan program PIP.

    iii. Bajet untuk PIP memberi kesan trade-off kepada program lain: cth. Pertanian.

    iv. Kesan limpahan terhad tidak kepada golongan bawahan.

  • *PELAN INDUK PERINDUSTRIAN KEDUA - PIP II (1996 - 2005)

    OBJEKTIF PIP II

    Perkembangan industri bagi meningkatkan teknologi dlm meningkatkan produktiviti.

    2. Menggalakan sektor pembuatan dengan teknologi tinggi.

    3. Menekankan pembangunan perindustrian yang akan mengukuhkan, mengembangkan, serta meningkatkan jaringan rangkaian perindustrian berasaskan jaringan aktiviti yang menyeluruh dan bersepadu.

    4. Pendekatan berasaskan kelompok juga memberi perkembangan kepada sektor-sektor lain.

  • *STRATEGI PIP II

    Orientasi global iaitu dgn meningkatkan tumpuan ke arah perubahan pasaran global dengan menjadi pengilang skala dan bertaraf dunia.

    2. Meningkatkan kebersaingan iaitu dgn memberi tumpuan kepada pembangunan kelompok melalui pembesaran dan peluasan rangkaian perindustrian serta peningkatan produktiviti.

    3. Memperbaiki asas ekonomi yg diperlukan iaitu dgn memberikan tumpuan kpd pembangunan dan pengurusan sumber manusia, memperoleh teknologi serta meningkatkan kapasiti penyerapan, infrastruktur fizikal, peraturan pentadbiran sokongan, insentif fiskal dan bukan fiskal, dan perkhidmatan sokongan perniagaan.

    4. Memupuk perkilangan milik Malaysia melalui penyertaan yg lebih banyak oleh syarikat Malaysia dalam aktiviti perkilangan yg lebih luas terutama dlm kelompok yg dikenal pasti sebagai strategik dan penting.

    5. Proses intensif maklumat dan berteraskan ilmu iaitu dalam perkilangan serta aktiviti berkaitan seperti R&D, reka bentuk produk, pemasaran, pengagihan dan perolehan.

  • *KELOMPOK INDUSTRI PIP II

    Kelompok peringkat antarabangsa

    i. elektronik dan elektrikii. kimiaiii. tekstil dan pakaian

    2. Kelompok berteraskan dasar

    pengangkutan, seperti kereta, aero-angkasa lepas dan pembinaan kapal

    bahan seperti seramik dan logam

    iii. mesin

    3. Kelompok berasaskan sumber

    asas sumber seperti kayu, getah dan sawit.

    ii. produk berasaskan pertanian dan produk makanan, seperti koko, buah-buahan dan sayur-sayuran.

  • *PROSPEK SEKTOR PERINDUSTRIAN

    Dalam RMK-8, sasaran perkembangan: 8.9% setahun dan sumbangan kepada KDNK: 35.8%.

    Cabaran Globalisasi Sektor Perindustrian: Cabaran perindustrian masa kini

    Dulu pembangunan perindustrian: melibatkan pertumbuhan modal fizikal dan sumber manusia, iaitu merujuk kepada Ekonomi berasaskan pengeluaran (P-ekonomi).

    Kini Ekonomi berasaskan pengetahuan (K-ekonomi), merujuk kepada pembangunan berasaskan human capital (modal insan/knowledge).

    Kemajuan industri di masa kini bergantung kepada kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

    Meningkatkan kecekapan dalam arus pertandingan perdagangan di peringkat negara serantau melalui:

    peningkatan dlm aktiviti yg mempunyai nilai tambah yang tinggi,

    penumpuan pada tahap teknologi yang tinggi dalam aktiviti pengilangan, dan;

    penumpuan kepada pembangunan sumber manusia yang terlatih.

  • * Soalan Mingguan:

    Tercapai atau sebaliknya sasaran pertumbuhan dan sumbangan sektor perindustrian sebagaimana di gariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-8, dan apakah arah dan tujuan sektor perindustrian dalam RMK-9?

    Bincangkan konsep ekonomi berasaskan pengeluaran (P-ekonomi) dan ekonomi berasaskan pengetahuan (K-ekonomi)?

    ****