nota ilmiah konda-kondi

7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU SESI JUN – NOV 2012 SUBJEK : PENDIDIKAN JASMANI AKADEMIK 1 TAJUK KERJA KURSUS: PERMAINAN TRADISIONAL (KONDA-KONDI) OLEH : AMINAH BINTI ANUAR S86S – 1112 – 0988 NOORMAZIAH BINTI TUAH S86S-1112-0989 PPISMP GSTT SEJARAH SEM 2 PENSYARAH : ENCIK MOHD YAZID BIN DERAMAN

Upload: aminah-anuar

Post on 12-Jan-2016

125 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Permainan Kecil

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Ilmiah Konda-kondi

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KOTA BHARU

SESI JUN – NOV 2012

SUBJEK :

PENDIDIKAN JASMANI AKADEMIK 1

TAJUK KERJA KURSUS:

PERMAINAN TRADISIONAL

(KONDA-KONDI)

OLEH :

AMINAH BINTI ANUAR

S86S – 1112 – 0988

NOORMAZIAH BINTI TUAH

S86S-1112-0989

PPISMP GSTT SEJARAH SEM 2

PENSYARAH :

ENCIK MOHD YAZID BIN DERAMAN

TARIKH SERAHAN TUGASAN :

20 SEPTEMBER 2012

Page 2: Nota Ilmiah Konda-kondi

PENGENALAN

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai

keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap

keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka

bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan

dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian

maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang

dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan

tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian,

bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan

mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka

membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan

musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-

kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah

digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.

Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung

berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat.

Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-

kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali

sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi

tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih

dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli,

congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Page 3: Nota Ilmiah Konda-kondi

KONDA-KONDI

Konda-kondi adalah salah satu permainan tradisional ciptaan masyarakat zaman dahulu

sebagai salah satu cara untuk berhibur dan bergembira setelah penat bekerja. juga dikenali

sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir

arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak

lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang.

Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm

dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat.

Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga

dikorek bagi meletakkan kayu panjang.

Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan

mana yang harus memainkan terlebih dahulu. Permainan konda-kondi ini merupakan salah-

satu permainan yang ringkas dan menyeronokkan.

TUJUAN PERMAINAN

Permainan adalah bertujuan untuk menguji koordinasi mata dan tangan pemain serta pihak

lawan. Hal ini adalah kerana semasa permainan, mata dan tangan pemain serta pihak lawan

perlulah difokuskan kepada kayu yang hendak dipukul oleh pemain dan kayu yang hendak

disambut oleh pihak lawan. Selain itu juga, pemain juga dapat meningkatkan kemahiran

matematik dalam permainan konda kondi ini. Hal ini berikutan markah yang dikira hendaklah

tepat dan teliti bagi mengetahui sipakah pemenang bagi pusingan tersebut. Apabila terdapatnya

pemenang dan pasukan yang kalah, maka mereka akan belajar mengira dengan tepat dan teliti.

Kesimpulan, kemahiran matematik serta kemahiran koordinasi dapat diperkukuhkan melalui

permainan ini.  Permainan ini bukan sahaja dapat menimbulkan rasa seronok kepada kanak-

kanak tetapi juga dapat mengembangkan kemahiran motor kasar kanak-kanak seperti berlari

danmelompat.

Page 4: Nota Ilmiah Konda-kondi

PERALATAN PERMAINAN

• Dua batang kayu kecil berukuran 15 cm dan 30 cm panjang. Kedua-dua kayu ini berbentuk

bulat dan berukuran 2 cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil ‘anak’ dan yang panjang

dipanggil ‘ibu’.

•   Lubang sedalam 15 cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.

CARA PERMAINAN

Permainan Pertama

Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang

lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara,

setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan

hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah.

Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang

bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika

pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek

masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang.

Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan

melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling

oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh

mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang

dikira satu mata.

Permainan Kedua

Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian

memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan

pertama atau keduanya tidak kuat. Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak

berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh

dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi.

Page 5: Nota Ilmiah Konda-kondi

Permainan Ketiga

Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain

menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan

kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain

itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan

menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya

dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan

yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN

• Sepanjang permainan ini, jika kayu pendek itu dapat ditangkap oleh sesiapa dalam

kumpulan lawan, jadi pemain yang menguis kayu pendek dikira ‘mati’.

•  Jika pemain dalam kumpulan B berjaya menangkap kayu pendek menangkap kayu

pendek dengan menggunakan satu tangan sahaja, semua pemain dalam kupulan A

dikira ‘mati’ dan kumpulan B akan memulakan permainan pula.

•  Jika kumpulan lawan berjaya mencampakkan kayu pendek ke dalam lubang, pemain

yang menguis kayu pendek dikira ‘mati’ dan kumpulan B akan memulakan permainan

pula.