19 · tambahnya, permain an tradisional seperti tarik tali, sepak raga bulatan, konda-kondi, galah...

3
3/29/2018 USM News Portal - KASUTRA PERJUANG TRADISI PULIHARA WARISAN MELAYU https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4705-kasutra-perjuang-tradisi-pulihara-warisan-melayu 1/3 USM, PULAU PINANG, 18 Februari 2017 – Karnival Sukan Tradisional (KASUTRA) Universiti Sains Malaysia (USM) buat kali ke-9 meneruskan kesinambungan tradisi memulihara warisan Melayu agar ia sentiasa diperjuangkan untuk generasi akan datang. Bertemakan ‘Budaya Warisan Mencorak Keperibadian Bangsa’, Karnival anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Sains Malaysia (PSSCMUSM) ini bukan sahaja mengajak generasi kini menghargai seni warisan Melayu tetapi mendidik agar mampu menzahirkan erti perpaduan dan muhibah yang sepatutnya dipertahankan. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Prof. Dato’ Dr. Adnan Hussein berkata jika dikaji, sukan tradisional Melayu mempunyai keunikan tersendiri yang mampu memberi manfaat untuk semua. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... KASUTRA PERJUANG TRADISI PULIHARA WARISAN MELAYU 19 FEB

Upload: phamtruc

Post on 16-Aug-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 19 · Tambahnya, permain an tradisional seperti tarik tali, sepak raga bulatan, konda-kondi, galah panjang, tarik upih dan sebagainya yang dianjurkan merupakan satu warisan turun

3/29/2018 USM News Portal - KASUTRA PERJUANG TRADISI PULIHARA WARISAN MELAYU

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4705-kasutra-perjuang-tradisi-pulihara-warisan-melayu 1/3

USM, PULAU PINANG, 18 Februari 2017 – Karnival Sukan Tradisional (KASUTRA) Universiti SainsMalaysia (USM) buat kali ke-9 meneruskan kesinambungan tradisi memulihara warisan Melayu agar iasentiasa diperjuangkan untuk generasi akan datang.

Bertemakan ‘Budaya Warisan Mencorak Keperibadian Bangsa’, Karnival anjuran Persatuan Seni SilatCekak Malaysia Universiti Sains Malaysia (PSSCMUSM) ini bukan sahaja mengajak generasi kinimenghargai seni warisan Melayu tetapi mendidik agar mampu menzahirkan erti perpaduan danmuhibah yang sepatutnya dipertahankan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Prof. Dato’ Dr. Adnan Husseinberkata jika dikaji, sukan tradisional Melayu mempunyai keunikan tersendiri yang mampu memberimanfaat untuk semua.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

KASUTRA PERJUANG TRADISI PULIHARA WARISANMELAYU19

FEB

Page 2: 19 · Tambahnya, permain an tradisional seperti tarik tali, sepak raga bulatan, konda-kondi, galah panjang, tarik upih dan sebagainya yang dianjurkan merupakan satu warisan turun

3/29/2018 USM News Portal - KASUTRA PERJUANG TRADISI PULIHARA WARISAN MELAYU

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4705-kasutra-perjuang-tradisi-pulihara-warisan-melayu 2/3

“Aktiviti fizikal dan permainan minda yang terlibat dalam kebanyakan permainan tradisional ini mampuuntuk menzahirkan erti perpaduan, apatah lagi jika dikaitkan dengan kelestarian, sebahagian besardaripadanya adalah berasaskan penggunaan bahan-bahan bersumberkan alam sekitar untuk tujuanrekreasi dan mengisi masa lapang secara kreatif dan inovatif.”

Tambahnya, permainan tradisional seperti tarik tali, sepak raga bulatan, konda-kondi, galah panjang,tarik upih dan sebagainya yang dianjurkan merupakan satu warisan turun temurun yang mampudijadikan wacana dan wadah bagi generasi muda menilai kebijaksanaan mereka dalam memahamibudaya masyarakat Melayu.

Beliau berucap mewakili Naib Canselor ketika merasmikan Karnival Sukan Tradisional Kali Ke-9Peringkat Zon Utara di Stadium Olahraga USM hari ini.

Turut hadir adalah Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi, Muhammad Mohd Hanif; Penasihat 1Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCMUSM) Dr. Abdul Hafiz Abdul Majid; Pengarah ProjekKASUTRA, Daniel Arief Hafiz Shamsul Ariffin; pegawai utama Universiti dan barisan pengurusantertinggi PSSCMUSM.

Jelas Adnan lagi, usaha seperti ini diharap dapat dilakukan secara ilmiah dan pada masa yang samadipopularkan kembali dalam bentuk yang lebih menarik minat generasi muda dan anak-anak yangmembesar dalam zaman teknologi canggih.

“Cabaran besarnya ialah bagaimana untuk menjadikannya sentiasa relevan dan realistik apatah lagiberupaya menarik perhatian dan minat ramai untuk menghargai dan mempopularkannya sebagaisukan massa yang berupaya menyatupadukan masyarakat serta mengajak anak-anak keluar daripada

Page 3: 19 · Tambahnya, permain an tradisional seperti tarik tali, sepak raga bulatan, konda-kondi, galah panjang, tarik upih dan sebagainya yang dianjurkan merupakan satu warisan turun

3/29/2018 USM News Portal - KASUTRA PERJUANG TRADISI PULIHARA WARISAN MELAYU

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4705-kasutra-perjuang-tradisi-pulihara-warisan-melayu 3/3

terperap di hadapan skrin “tablet”, komputer riba atau layar putih yang menjadi sebahagian daripadapunca penyakit dan obesiti.”

KASUTRA ke-9 melibatkan penyertaan 8 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan 400orang pelajar bertanding dalam pelbagai permainan tradisional Melayu.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar / Foto: Ebrahim Abdul Manan

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015