penggal ketiga - parlimen.gov.my · permainan tradisi kanak-kanak seperti ketinting, ketinting bulu...

94
_,,... J: f Jilid III BU. 4 MALAYSIA Bari Khamis 30hb Mac, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL KETIGA Third Session KANDUNGANNYA JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 505] USUL-USUL: Ucapan Terima Kasih kepada D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong-Y .B. Pandikar Amin Haji Mulia [Ruangan 588] Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 674] DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMl'UK DATUK HAJI MUKHTAR SHAMSUDDIN, P.S.D., J.S.D., S.M.S., S.M.T., S.M.P., K.M.N., P.I.S., KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1989

Upload: dinhtruc

Post on 29-Jul-2019

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

_,,...

J:

f

Jilid III BU. 4

MALAYSIA

Bari Khamis 30hb Mac, 1989

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

PENGGAL KETIGA Third Session

KANDUNGANNYA

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 505]

USUL-USUL:

Ucapan Terima Kasih kepada D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong-Y .B. Pandikar Amin Haji Mulia [Ruangan 588]

Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 674]

DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMl'UK

DATUK HAJI MUKHTAR SHAMSUDDIN, P.S.D., J.S.D., S.M.S., S.M.T., S.M.P., K.M.N., P.I.S., KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA

1989

Page 2: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

i

_,_ /

f ~

MALAYSIA

PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KETIGA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, DATUK ABANG HAJI AHMAD URAi BIN DATU HAKIM ABANG HAJI MOHIDEEN, P.N.B.S., D.S.N.B. (BRUNEI), J.B.S., A.M.N., A.B.S. (Sarawak).

"

"

"

"

"

,.,

"

"

"

"

"

"

"

"

"

" "

"

"

"

Timbalan Yang di-Pertua, DATO' TAN PENG KHOON, S.P.M.J., S.S.I.J., J.M.N., P.I.S., B.S.I., J.P. (Dilantik).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DATUK HAJI HUSSEIN BIN AHMAD, D.M.S.M. (Dilantik).

Timbalan Menteri Kewangan, TUAN MOHAMED FARID BIN ARIFFIN (Dilantik).

TUAN ABDUL HAMID BIN IBRAHIM, S.M.S., K.M.N., P.I.S. (Dilantik).

DATO' HAJ1 ABDUL HAMID BIN HAJI LATIF, D.I.M.P., A.M.N., (Dilantik).

TUAN HAJI ABDUL MAJID BIN HAJI ABDULLAH, P.I.S., P.P.M. (Johar).

TUAN HAJI ABDUL MANAP BIN HASHIM, A.M.N., P.J.K. (Kedah).

DATUK HAJI ABU BAKAR BIN LAJIM, D.M.S.M., K.M.N. (Dilantik).

PUAN AINON BINTI ARIFFIN (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

TUAN AZMAN ATAR BIN OTHMAN, P.J.K., P.B.M. (Dilantik).

TUAN AzuMu BIN TAK, P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P. (Perak).

TUAN P. BALARAM (Kedah Darulaman).

TUAN BEE YANG SEK (Kedah Darulaman).

DR CHONG ENG LEONG (Sabah).

TUAN DAHALAN BIN HAJI EMBUN (Perlis).

TUAN DOUGLAS SULLANG ANAK GANDA (Sarawak).

TUAN Foo BooN LIANG (Pahang Darulmakmur).

PUAN HABIDAH BINTI JuSOH aliasYusoF, J',J.K. (Terengganu).

TUAN HAJI HAMID ARABY BIN Mo. SALIH, A.M.N., P.K.T., P.J.K. (Pulau Pinang).

TUAN HASSAN BIN HARUN, A.M.N. (Kelantan).

TUAN HASSAN BIN NAM, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

-----------~-- ------

Page 3: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

499 30 MAC 1989 500

Yang Berhormat TUAN HAJI IBRAHIM BIN JENDOL (Dilantik).

"

" "

"

"

"

" "

" "

"

" "

"

"

"

" "

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

TUAN HAJJ IBRAHIM BIN HAJI UJANG, P.P.N., P.J.K. (Negeri Sembilan).

TUAN HAJI JAAFAR BIN HARON (Dilantik).

TUAN KoH IM PIN, D.S.N., P.M.c., P.J.K. (Negeri Sembilan).

TUAN c. KRISHNAN, A.M.N. (Dilantik).

TUAN KUAN PENG SOON, A.M.N. (Perak).

TUAN LAU KENG SIONG alias JOSEPH LAU KENG SEONG, K.M.N., A.M.N., P.I.S. (Johor).

PUAN LAW JACK YOON (Dilantik).

TUAN LIM HENG TEE, J.P. (Pulau Pinang).

DATO MAK HoN KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

PUAN MAZIDAH BINTI HAJI ZAKARIA (Dilantik).

TUAN HAJJ MOHD. NOOR BIN HAJJ ABDULLAH, A.M.N., A.K. (Kelantan).

TUAN MOHD. NOOR BIN BEDAH, P.J.K., P.J.B. (Perlis).

TUAN MOHD. WAJDI BIN DATO' HAJJ ISHAK, J.P. (Dilantik).

TUAN MUSTAFA BIN AWANG, P.P.N., P.J.K. (Terengganu).

DATUK HAJI NASIR BIN HAJI MANAP, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K. (Melaka).

DR NAWAWI BIN MAT AWIN (Dilantik).

DR NG KHEK KiuNG (Selangor Darul Ehsan).

TUAN NG PENG HAY, P.J.K. (Melaka).

DATO DR K. s. NUHAR, S.P.M.J., J.M.N. (Dilantik).

CIK NoRANI BINTI HAJ1 BELUAH alias HAJI HITAM, A.M.N., P.J.K. (Pahang Darulmakmur).

TUAN PANDIKAR AMIN BIN HAJJ MULIA (Sabah).

TUAN G. RA.Joo (Dilantik).

PUAN HAJJAH ROGAYAH BINTI CHE MAT (Dilantik).

PuAN RoKIAH alias MAIMUN BINTI ZAINUDDIN, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

PUAN HAJJAH ROSNAH BINTI HAJI MOHD. SALLER, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

PUAN HAJJAH SALBIAH BINTI MOHD. AKIM, A.M.N., P.J.K., P.J.M. (Dilantik). "\

TUAN v. K. SELLAPPAN (Dilantik).

TuAN HAJI SHUAIB BIN LAZIM, A.M.N., P.C.K. (Dilantik).

~ 1

,--..._'

1 - ~

Page 4: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

- ..

, J

_,~

, '? /'

501 30 MAC 1989 502

Yang Berhormat TUAN SIVALINGAM AIL ARUMUGAM KARUPPIAH (Dilantik).

" "

"

"

" "

"

TUAN STEPHEN TIMOTHY WAN ULLOK (Dilantik).

TUAN HAJI SYED ABDUL HAMID BIN SAGAFF, P.I.S., B.S.I., P.P.N. (Dilantik).

TUAN TAN CHAI Ho, A.M.N. (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

DR TAN CHONG KENG (Dilantik).

TUAN TIONG Hrnw KING, P.B.S. (Dilantik).

PUAN VALLI MUTHUSAMY, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

DATO' HAJI ZAKARIA BIN HAJI YAHAYA, D.P.M.S., K.M.N., S.M.S., P.J.K., P.P.N. (Selangor Dami Ehsan).

Page 5: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

503 30 MAC 1989 504

DEW AN NEGARA

PEGAWAI-PECGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Abdul Rahim bin Haji Abu Bakar, J.s.o., s.A.P., K.M.N;, P.B.S., P.J.K.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Hamid, A.M.N.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

SAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Haji Yahya Manap.

Penyunting Kanan: P. B. Menon.

Penyunting Kanan: Haji Osman bin Sidik.

Penolong Penyunting: N. Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Amran bin Ahmad.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Hassan.

Shamsiah binti Mohd. Yusof.

Hajjah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Su Soon Chuan.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abdul Samad.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., B.s.o., P.J.K.

t t

t.j

-- ~

Page 6: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

, • l

>

-~ '

~.r··

505 30 MAC 1989

MALAYSIA

506

DEWAN NEGARA

Khamis, JOhb Mac, 1989

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mempe­ngerusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Mohd. Wajdi bin Dato Haji Ishak.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di­Pertua, dengan izin, soalan yang pertama.

PERMAINAN RAKYAT

1. Puan Law Jack Yoon (di bawah S. 0. 23 (2)) minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan sejauh manakah langkah­langkah yang telah diambil bagi memperkenalkan kembali dan mempopularkan Permainan Rakyat sebagai salah satu unsur tarikan dan penonjolan Kebudayaan Melayu di negara ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (Tuan Abdul Raman bin Soliman): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Ke­budayaan dan Pelancongan sentiasa mengambil langkah-langkah positif dalam usaha mengembalikan, mempopularkan ·dan mengenengahkan Permainan Rakyat sehingga ke peringkat antarabangsa. Dalam usaha

menjadikan permainan rakyat sebagai salah satu unsur tarikan pelancong dan penonjolan Kebudayaan Melayu di negara ini, Kementerian telah menjadikan Permainan Rakyat sebagai acara tetap "Malaysia Fest" pada setiap tahun.

Berbagai Permainan Rakyat sama ada berbentuk pameran, demonstrasi atau pertandingan telah dijalankan. Di antaranya t;ermasuklah Pameran dan Pertandingan Wau, Demonstrasi dan Pertandingan Sepak Raga Bulatan, Demonstrasi Silat dan juga Pertandingan dan Demonstrasi Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi.

Usaha untuk mengenengahkan Permainan Rakyat ini telah berjaya dilaksanakan dengan lebih giat dengan kerjasama beberapa badan swasta dan agensi-agensi Kerajaan yang lain sama ada di hotel-hotel, di· peringkat sekolah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Langkah mem-perkenalkan Permainan Rakyat sering dilaksanakan dengan mengenengahkan Permainan Rakyat di dalam pesta-pesta seperti Malaysia Fest, Pesta Kesenian Negeri dan lain­lain.

Bagi promosi di peringkat antarabangsa, Kementerian sering menghantar rombongan kesenian rakyat untuk menyertai Festival Kesenian Rakyat atau Expo di negara­negara Barat dan Timur. Kementerian

Page 7: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

507 30 MAC 1989 508

juga mengambil langkah-langkah promosi permainan rakyat melalui media cetak sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Kementerian ini juga memberi bantuan dari segi khidmat dan kewangan kepada badan-badan budaya dalam usaha memulihkan dan mengembangkan Permainan Rakyat yang merupakan warisan bangsa Malaysia ini. Sehingga ke hari ini Permainan Rakyat telah mula diiktiraf oleh dunia dengan adanya pertandingan atau pesta-pesta seperti Pesta Wau Antarabangsa, Kejohanan Gasing Kebangsaan dan lain-lain.

Puan Hajjah Habidah binti Jusoh: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin mendapat penjelasan dari Yang Berhormat yang berkenaan, di dalam usaha Kerajaan untuk memperkenalkan permainan rakyat ini, adakah juga dikaji kesesuaiannya dengan ajaran Islam?

Tuan Abdul Raman bin Soliman: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana permainan ini adalah merupakan permainan rakyat dan sepanjang yang diketahui sebarang bentuk permainan yang dilaksanakan oleh Kementerian adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

TAMAN NEGARA-PEN­SW ASTAAN KEMUDAHAN

PENGINAPAN

2. Puan Noraini binti Haji Beluah minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: ·

(a) adakah benar pihak Kerajaan bercadang akan menswastakan tempat rekreasi dan penginapan di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, Pahang; dan

(b) jika benar, tidakkah ianya akan menjejaskan keaslian pusat pelancongan itu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Tuan Law Hieng Ding): Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab pertanyaan-

(a) Sebenarnya Kerajaan cuma bercadang menswastakan ke­mudahan penginapan di Kuala Tahan sahaja kepada P:ERNAS OUB Sdn. Berhad untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dan selesa kepada pelancong-pelancong.

( b) Penswastaan ini tidak akan menjejaskan keaslian pusat pelancongan dan rekreasi di Taman Negara oleh kerana tugas-tugas penguatkuasaan, pengawasan dan pengurusan Taman Negara akan tetap dijalankan oleh Jabatan PERHILIT AN. Pihak swasta hanya akan mengurus ke­mudahan penginapan sahaja.

KTM-SETINGGAN DI TEPI LANDASAN

3. Tl\an C. Krishnan minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah projek untuk memelihara kepentingan lebih kurang 200 ribu keluarga di tepi landasan keretapi apabila mereka dikehendaki keluar apabila KTM diswastakan.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, setakat ini tidak ada projek yang khusus untuk memindahkan setinggan yang men­duduki tanah KTM. Walau bagaimanapun, KTM telah me­ngadakan perbincangan untuk mendapatkan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan dan juga pemaju-pemaju perumahan untuk membantu me­mindahkan para setinggan di Lembah Kelang ke rumah-rumah kos rendah dan sederhana. KTM masih belum mengadakan rancangan seperti ini dengan negeri-negeri yang lain.

--,

1 i

/-.,_

<:

~"

Page 8: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

,r

• t

)

J ,,?"-

509 30 MAC 1989 510

PENDATANG HARAM-PROSES MEMULANGKAN

4. Tuan Haji Abu Dakar bin Lajim minta Menteri Luar Negeri me­nyatakan bagaimanakah perkem-bangan proses memulangkan pendatang-pendatang haram ke Malaysia selepas perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin negara tersebut.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin Ariffin): Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bagi pihak Menteri Luar Negeri.

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Mohamed Farid bin Arimn: Soalan _yang hampir-hampir sama seperti soalan ini telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri semasa menjawab soalan Yang Berhormat Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahaya pada 28hb Mac, 1989. Oleh kerana itu tidak ada apa-apa tambahan terhadap jawapan yang telah diberi itu.

AKTIVITI PERJUDIAN

5. Tuan Lim Heng Tee minta Menteri Kewangan menyatakan bilangan mesin slot (one-arm bandit) yang telah diimport ke dalam negeri kita dalam tempoh 10 tahun yang lepas; berapakah jumlah kosnya dan cukai yang tela.h dikutip darinya.

30-3-89

45. Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahaya minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah jumlah sehingga 28hb Februari, 1989 lesen­lesen yang telah dikeluarkan untuk menjalankan kegiatan loteri dalam negara ini dan nama badan-badan atau pertubuhan yang menjalankan kegiatan loteri tersebut. Adakah Kerajaan bercadang untuk mem­batalkan lesen-lesen tersebut. Jika tidak, mengapa.

31-3-89

1. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada beliau sedar bahawa sejak Kerajaan mengeluarkan lesen untuk mesin slot, ramai belia-belia dan penuntut-penuntut sekolah melibatkan diri dengan perjudian tersebut, yang bukan saja boleh melalaikan kaum belia kita, bahkan ada kejadian kecurian dan ponteng sekolah berlaku kerananya; oleh itu adakah Kerajaan bercadang untuk menarik-balik lesen mesin slot ini.

15. Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih minta Menteri Kewangan menyatakan apakah syarat-syarat ketat dikenakan kepada orang-orang Islam untuk menghindar mereka dari terjerumus dalam kegiatan judi-judi besar yang diluluskan operasinya oleh Kerajaan baru-baru ini:

(a) benarkah apa yang dikatakan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra bahawa judi menambahkan pendapatan ·dan keuntungan negara. Jika benar, berapakah peratus keuntungan dijangka boleh tercapai tiap tahun; qan

( b) adakah orang Islam dibenarkan berkongsi niaga dalam perniagaan judi-judi besar itu.

54. Dato' Haji Abdul Hamid bin Haji Latif minta Menteri Kewangan menyatakan tidakkah Kerajaan berasa bimbang dengan pengeluaran lesen perjudian begitu banyak dalam Negara ini seolah-olah mencerminkan Malaysia sebuah negara perjudian. Adakah Kerajaan bercadang mengharamkan semua jenis judi dalam negara ini, jika tidak kenapa. Adakah negara-negara Islam yang lain seperti negara-negara Arab mengeluarkan lesen judi di negara mereka. Jika ada bolehkah Kementerian menyatakan negara mana.

Page 9: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

511

3-4-89

30 MAC 1989 512

29. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kerajaan mengambilkira tentang kedudukan Loteri Kemajuan Masyarakat sebelum mengeluarkan lesen kepada Big Sweep. Siapakah pemegang saham Big Sweep.

5-4-89

6. Tuan Azman Atar bin Othman minta Menteri Kewangan menyatakan di samping adanya loteri Kebajikan Masyarakat di negara kita maka ada satu loteri yang wujud yang dinamakan "BIG SWEEP":

(a) bilakah masanya kelulusan daripada Kementerian Kewa­ngan untuk lesen loteri "BIG SWEEP" ini;

(b) siapakah tuanpunya syarikat "Big Sweep" ini. Adakah daripada negara kita atau dari luar negeri;

(c) dengan adanya loteri "Big Sweep" ini, tidakkah ianya menjejaskan welfare yang sudah memberikan khidmat dan masyarakat kepada negara kita; dan

( d) adakah Ke lab Lumba Kuda dan Lembaga Totalisator memegang saham di dalam syarikat Pan Malaysian Sweeps Sdn. Bhd. Jika ada, tidakkah mereka melanggar apa-apa syarat Akta­akta Kelab.

36. Puan ~ajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Kewangan menyatakan kenapakah jenis-jenis judi (baru) dibenarkan sedangkan negara patut mengurangkan perkara-perkara terse but.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Loke Yuen Yow): Tuan Yang di­Pertua, pertanyaan mengenai aktiviti perjudian seperti mesin slot, loteri, "Big Sweep" dan seumpam.anya

adalah dibangkitkan juga oleh tujuh orang Ahli Yang Berhormat yang lain iaitu:

(i) Y.B. Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahaya (yang dijadualkan. dija~ab pada 30hb Mac, 1989)

(ii) Y.B. Puan Rokiah binti Zainuddin (yang dijadualkan dijawab pada 31hb Mac, 1989)

(iii) Y.B. Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih (pada 31hb Mac, 1989)

(iv) Y.B. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif (pada 3lhb Mac, 1989)

(v) Y.B. Tuan Dahalan bin Haji Embun (pada 3hb April, 1989)

(vi) Y.B. Tuan Azman Atar bin Othman (pada 5hb April, 1989)

(vii) Y.B. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh (pada 5hb April, 1989) .

Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab ketujuh-tujuh pertanyaan ini secara serentak pada hari ini dan jawapannya adalah agak panjang sedikit.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kegiatan judi haram berleluasa di negara kita ini dan kegiatan judi haram ini menimbulkan berbagai masalah dari segi sosial serta keselamatan dan oleh itu perlu dikawal. Tujuan Kerajaan mengeluarkan lesen-lesen perjudian adalah untuk mengawal dan mengurangkan kegiatan judi haram. Di samping itu lesen pengendalian mesin slot diluluskan kepada kelab­kelab syarikat dan pertubuhan adalah bertujuan sebagai menambahkan aktiviti kelab di samping ianya boleh menjadi punca pendapatan kelab bagi membiayai berbagai-bagai aktiviti sukan dan rekreasi kepada ahli­ahlinya. Setakat ini sebanyak 6,523 mesin slot telah diimport dari luar negeri dengan jumlah kosnya sebanyak

_________ ,, ______________ _

' ~

. <

-- c;

Page 10: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

,..-.

~

'

)

'l

513 30 MAC 1989 514

$28.63 juta. Jumlab cukai import dan cukai jualan yang dikutip darinya adalab sebanyak $28.6 juta.

Tuan Yang di-Pertua, sebingga ·ini lesen-lesen perjudian yang telab dikeluarkan oleb Kerajaan Perse­kutuan adalab seperti berikut:

(i) Loteri Perkbidmatan Masya­rakat dan Kebajikan anjuran Lembaga Loteri Perkbid­matan Masyarakat dan Kebajikan;

(ii) Aktiviti Kasino anjuran Genting Berbad;

(iii) Aktiviti Sports TOTO anjuran Sports TOTO Malaysia Berbad;

(iv) Aktiviti Empat Nombor Ekor anjuran Magnum Corp.oration Ber bad;

(v) Aktiviti Pertaruban Lumba Kuda (Off-Course Betting) anjuran Lembaga Totalisator Malaysia;

(vi) Tiga Nombor Ekor anjuran Lembaga Totalisator Malay­sia;

(vii) Aktiviti "Sweepstake" an­juran Kelab-kelab Lumba Kuda Selangor, Pulau Pinang dan Perak;

(viii) Aktiviti Pertaruban Di Luar Gelanggang Lumba Kuda (Off-Course Betting) anjuran Ascot Sports Sdn. Bbd.;

(ix) Aktiviti Mesin Slot anjuran Kelab-kelab Syarikat dan Kelab-kelab Pertububan.

Tuan Yang di-Pertua, jumlab kutipan basil yang dikutip daripada aktiviti perjudian ini dalam tabun 1988 adalab berjumlah $345.4 juta atau 1.6% daripada jumlab anggaran basil negara bagi tabun berkenaan. Semua kutipan basil yang dipungut daripada kegiatan perjudian tersebut di­masukkan ke dalam Kumpulan Hasil Yang Disatukan.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan memang sedar babawa kesan-kesan buruk daripada kegiatan perjudian ini kepada masyarakat terutamanya bagi generasi muda. Dalam bubungan ini, sebagai langkab kawalan Kerajaan telab menetapkan syarat dan peraturan di dalam lesen perjudian seperti melarang sama sekali orang Islam, kanak-kanak di bawab umur 18 tabun dan murid-murid sekolab memasuki pusat-pusat perjudian. Di samping itu Kementerian Kewangan akan terus bekerjasama rapat dengan pibak polis bagi mempastikan syarat-syarat lesen perjudian dipatubi sepenubnya oleb pusat-pusat perjudian.

Pemberian lesen-lesen perjudian tersebut tidak akan membawa negara Malaysia kita ini menjadi sebuab negara perjudian. Walau bagai­manapun, Kerajaan pada masa ini telab merangka garispanduan yang baru bagi mengawal kegiatan perjudian dengan lebib berkesan lagi. Dalam bubungan ini, Kerajaan ingin menegaskan babawa lesen baru bagi segala kegiatan perjudian tidak akan dikeluarkan dan jika perlu kebanyakan lesen-Iesen yang telab dikeluarkan akan ditarik-balik oleb Kerajaan. Kerajaan juga tidak akan meluluskan perlantikan ejen-ejen baru kepada pibak-pihak yang sekarang ini menjadikan segala kegiatan tersebut.

Mengenai loteri "Bigsweep" pula, "Bigsweep" bukanlab merupakan satu bentuk loteri yang baru. Sebenarnya Kelab-kelab Lumba Kuda Selangor, Pulau Pinang dan Perak telab mengadakan loteri "Bigsweep" ini semenjak 1965 lagi. "Bigsweep" adalab dianjurkan di bawab "Racing Club (Public Sweepstake) Act, 1965 di mana Kelab Lumba Kuda boleb menganjurkan "Bigsweep" ber­dasarkan kepada perlumbaan kuda. Adalab difabamkan babawa Kelab­kelab Lumba Kuda Selangor, Perak dan Pulau Pinang telah melantik Pan Malaysian Sweeps Sdn. Bbd., sebagai

Page 11: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

515 30 MAC 1989 516

ejen untuk menganjurkan "Big­sweep". Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan akan me­ngambil tindakan bagi mengawal kegiatan loteri ini dengan cara mengurangkan bilangan cabutan dan mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai soalan berhubung dengan pemegang saham dan tuanpunya syarikat "Bigswe.ep" tersebut; sukacita di­maklumkan bahawa Kerajaan tidak ada kepentingan di dalam syarikat Pan Malaysian Sweeps Sdn. Bhd. dan oleh sebab itu Kementerian Kewangan tidak ada maklumat mengenai syarikat terse but.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil berat terhadap masalah perjudian ini. Kerajaan memang memandang berat terhadap masalah perjudian ini. Seperti yang telah saya umumkan pada 7hb Mac, 1989, Kerajaan akan mengambil beberapa tindakan tegas untuk mengawal kegiatan perjudian. Di antara langkah­langkah yang diambil ialah:

(i) Lesen baru bagi segala kegiatan perjudian tidak akan dikeluarkan;

(ii) Syarat-syarat pengendalian mesin slot sedang diper­ketatkan dan kira-kira 70% daripada lesen-lesen mesin slot yang dikeluarkan akan ditarikbalik;

(iii) Kerajaan tidak akan melu­luskan sebarang premis baru sebagai pusat pertaruhan untuk Syarikat Ascot Sports;

(iv) Tindakan sedang diambil untuk mengawal kegiatan loteri Big Sweep;

(v) Kerajaan tidak akan melu­luskan perlantik~n ejen­ejen baru kepada pihak ~ng

sekarang ini menjalankan segala kegiatan perjudian.

Tuan Haji Hamid Araby bin Md. S~ih: Soalan tambahan-saya belum dapat jawapan dari Menteri yang berkenaan. Saya bertanya adakah penglibatan oleh orang-orang Melayu sama ada perkongsian dengan sebuah syarikat itu ataupun syarikat individu membuat permohonan lesen men­jalankan perniagaan judi ini.

Selain daripada satu soalan, Tuan Yang di-Pertua, mengapa tidak Kementerian berkenaan juga adakan satu tegahan kepada orang-orang Islam supaya tidak masuk kelab-kelab seperti ini di mana "jackpot" ataupun slot machine ini digunakan untuk satu pemainan ataupun perjudian yang mempunyai satu penarikan yang besar. Di kasino, kita melarang tetapi di kelab-kelab kononnya kelab-kelab menjalankan aktiviti sukan kita membenarkan. Ini berbohong. Ini kelab-kelab perjudian. Jafli, maka saya syorkan kepada Menteri berkenaan keluarkanlah arahan sepertimana yang dikeluarkan kepada kasino supaya orang-orang Islam, biarpun dia 18 tahun ke bawah atau atas tidak dibenarkan masuk ke kelab-kelab terse but.

Tuan Loke Yuen Yow: Tuan Yang di­Pertua, bagi bahagian yang pertama, jawapannya ialah ada.

Pada bahagian yang kedua, cadangan ini adalah cadangan yang dianggap baik dan mungkin Kerajaan akan memberi perhatian.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membuat soal tambahan. Saya rasa soalan tambahan saya tidak lari daripada soalan asal oleh kerana Timbalan Menteri juga menjawab soalan saya patut diadakan pada 5hb April sekali gus.

Mengenai masalah Loteri Bigsweep, sedar atau tidak Timbalan Menteri bahawa kita telah pun mempunyai satu

~

t

, >

(

-- g

Page 12: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

,,, . ~

t

~

"O-.

C>

~ p

517 30 MAC 1989 518

loteri yang telah diwujudkan oleh Kerajaan sekian lama iaitu Loteri Kebajikan Masyarakat. Dengan adanya Loteri Bigsweep ini sebanyak sedikit mengurangkan penjualan tiket Loteri Kebajikan Masyarakat dan ini akan menjejaskan Kementerian Kebajikan Masyarakat daripada penjualan loteri yang dipunyai sekian lama. Setahu saya Bigsweep ini walaupun dikelolakan ·oleh Race Course antara Selangor, lpoh dan Pulau Pinang hanya dibenarkan kepada, ahli-ahlinya sahaja. Kenapa perkara ini boleh dilakukan dengan seluas-luasnya sehingga menjadi untuk keseluruhan masyarakat di dalam negara dan, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bilakah masanya Timbalan Menteri Kewangan untuk mengatasi masalah ini, tadi saya dengar Timbalan Menteri berjanji supaya mengurangkan cabutan Bigsweep, dan bilakah tarikhnya supaya Welfare Lottery iaitu Loteri Kebajikan Masyarakat kita terjejas? Kalau tidak, kita swastakan sahaja Loteri Kebajikan Masyarakat itu daripada menghadapi kerugian.

Tuan Loke Yuen Yow: Tuan Yang di­Pertua, dalam jawapan yang saya berikan tadi, saya telah terangkan bahawa ini telah mencerminkan bahawa Kementerian Kewangan sedar tentang kerugian yang dihadapi oleh Loteri Kebajikan Masyarakat yang disebabkan oleh Loteri Bigsweep yang dipasarkan baru-baru ini. Oleh kerana lesen untuk memasarkan Loteri Bigsweep adalah lesen yang dikeluarkan beberapa tahun yang lalu dan apabila lesen itu dikeluarkan ada beberapa syarat-syarat dikenakan dan di antara satu syarat yang ada di dalam lesen itu ialah pihak yang berkenaan bukan sahaja diberi kelulusan berdasarkan Loteri Bigsweep itu kepada ahli-ahli kelab sahaja tetapi juga kepada orang-orang yang bukan ahli kelab. Tetapi sampai hari ini nampaknya pihak yang berkenaan tidak menganjurkan satu kempen yang

besar untuk mempasarkan Loteri Bigsweep. Walau b!lgaimanapun, baru-baru ini apabila pihak yang berkenaan diswastakan atau agensi diberi kepada satu pihak syarikat yang private itu, dengan izin, pihak Loteri Kebajikan Masyarakat menghadapi masalah dan kerugian.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun saya telah terangkan tadi bahawa Kementerian Kewangan akan mengambil tindakan bagi mengawal kegiatan loteri yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi supaya bilangan cabutan Loteri Bigsweep dapat dikurangkan kepada satu tahap yang munasabah. Pada ketika ini saya tidak dapat memberitahu Ahli Yang Berhormat yang berkenaan tentang bilakah bilangan cabutan itu dapat dikurangkan kepada satu tahap yang munasabah, saya cuma memberitahu bahawa negotiation, dengan izin, masih dijalankan supaya kerugian yang dihadapi oleh Loteri Kebajikan Masyarakat tidak akan jadi begitu besar.

Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kalau Kerajaan atau Kementerian Kewangan meng­haramkan semuanya jenis judi dan tidak mendapat walaupun satu sen faedah daripada duit judi, adakah mengikut pandangan Kementerian Kewangan membawa kepada gejala yang amat besar kepada negara yang menyebabkan negara kita ini menjadi bankrap atau tidak dapat menjalankan tugasnya?

Kalaulah perkara ini iaitu negara dapat menjalankan tugas dengan sempurna tanpa wang yang basil daripada perjudian ini, adakah tidak pihak Kementerian Kewangan memikir kerosakan warganegara Malaysia ini yang membawa kepada kehancuran kemudian nanti lebih untung daripada mendapat faedah kewangan yang ada sekarang ataupun lebih rugi? ltu soalan saya.

Page 13: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

519 30 MAC 1989 520

Tuan Loke Yuen Yow: (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berbormat.

Tuan Loke Yuen Yow: Tuan Yang di­Pertua, memanglab kalau Kerajaan mengbaramkan semua aktiviti-aktiviti perjudian di dalam negara kita ini, negara kita tidak akan jadi bankrap walaupun daripada angka-angka yang saya berikan tadi pada tabun 1988 sejumlab $345.4 juta ataupun 1.6% daripada jumlah anggaran basil negara bagi tabun ini adalab basil daripada kutipan cukai perjudian.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun begitu kita barus memabami babawa adalab sifat manusia yang semula jadi bahawa ada sebabagian manusia suka berjudi dan walaupun semua aktiviti­aktiviti perjudian di dalam negara kita ini dibaramkan, masib ada sebabagian besar rakyat berjudi secara baram. Jadi, daripada segi Kerajaan oleb kerana negara kita ini mengamalkan sistem demokrasi, apabila Kerajaan tabu babawa dengan mengbaramkan semua aktiviti perjudian tidak dapat menghapuskan aktiviti perjudian jadi Kerajaan mengambil tindakan untuk memberi lesen kepada sesuatu pibak supaya daripada aktiviti-aktiviti ini Kerajaan pun dapat mengutip cukai seperti apa yang saya katakan tadi kerana semua cukai ini dimasukkan ke dalam Kumpulanwang Disatukan dan daripada sana wang yang Kerajaan dapat kutip itu akan digunakan untuk tujuan yang baik, yang memerlukan wang untuk menjalankan aktiviti­aktiviti lain.

Tuan Yang di-Pertua: Ada lagi soalan tambaban? Tajuk ini sedikit bangat. (Ketawa) Terima kasib.

PENCEMARAN SISA KIMIA

6. Tuan Mohd. Noor bin Bedah minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan langkab-langkab yang telab diambil oleb Kerajaan bagi mengatasi masalab pencemaran alam

sekitar oleb bahan-bahan sisa kimia yang merbabaya, yang dikeluarkan oleb kilang-kilang perindustrian.

4-4-89

10. Puan Valli Muthusamy minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan apakah tindakan­tindakan diambil oleb Kementerian untuk mengelakkan berlakunya peristiwa seperti kebocoran gas amonia di Tangga Batu, Melaka.

Tuan Law Hieng Ding: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon izin supaya menjawab soalan ini bersama dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berbormat Senator Puan Valli Muthusamy untuk 4hb April, 1989 nanti oleh kerana kedua-dua soalan ini menyentuh hal yang sama.

Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan satu kajian mengenai buangan toksik dan berbahaya pada tahun 1985 sehingga 1987. Lebih kurang 1,000 buah kilang di Malaysia telah dikenalpasti dan dilawat-siasat. Kilang-kilang tersebut telah didapati mengeluarkan sebanyak lebih 380,000 meter padu bahan buangan berbahaya setahun. Negeri-negeri Pulau Pinang, Selangor Darul Ehsan dan Johor Darul Takzim didapati mengeluarkan 60% daripada jumlah kuantiti tersebut. Sejauh pengetahuan saya, Universiti Teknologi Malaysia tidak pernah menjalankan kajian sedemikian.

Kilang-kilang besar di negara ini kebanyakannya mempunyai kemu­dahan untuk mengolah buangan masing-masing. Kerajaan berhasrat menubuhkan kemudahan pengolahan pusat bagi mengolah buangan-buangan dari kilang-kilang lain yang tidak mempunyai sebarang kemudahan sendiri untuk mengolah buangannya. Kerajaan juga bercadang supaya pembinaan dan pengurusan kemu­dahan ini dilaksanakan secara pen­swastaan.

~

-......

()

-~

Page 14: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

'

t)

r·.

_.. ....... v

~/

521 30 MAC 1989 522

Pada masa ini Kerajaan sedang berusaha dengan Kerajaan-kerajaan Negeri bagi mendapatkan tapak-tapak sesuai untuk melup~skan buangan­buangan yang telah diolah. Pem­binaan dan pengurusan tapak­tapak pelupusan juga dirancang dilakukan melalui pengswastaan.

Di samping itu, pihak Kemente­rian juga menyediakan peraturan­peraturah di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 bagi mengawal pelupusan buangan toksik dan berbahaya.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin Yang Berhor­mat dapat menjelaskan, apakah Kementerian mengeluarkan pampasan kepada penduduk-penduduk yang terlibat dalam kawasan pembuangan sisa-sisa · kilang ini yang boleh mencemarkan udara, mencemarkan air dan membunuh ikan-ikan yang ditangkap oleh penduduk tempatan di situ? Ini saya rasa banyak terdapat di rancangan-rancangan FELDA yang dahulu membina kilang-kilang di kawasan perkampungan?

Tuan Law Hieng Ding: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian saya memang sedar masalah yang timbul dari pembuangan sisa-sisa dari perin­dustrian.

Mengenai pampasan atau gantirugi akibat dari buangan-buangan ini, di bawah undang-undang yang ada di Kementerian saya, belum ada peruntukan mengenai perkara ini. Walau bagaimanapun, Kementerian hanya mengendalikan satu kejadian pencemaran di pantai laut ini sebagai orang tengah di antara kapal yang terlibat dan nelayan-nelayan akibat dari pencemaran minyak di laut itu. Di dalam hal ini, Kementerian saya akan menimbangkan perkara atau syor dari Ahli Yang Berhormat Senator itu.

TANDA HARGA BARANG JUALAN

7. Tuan Hassan bin Nam min ta Menteri Perdagangan dan Per­industrian menyatakan berapa ramaikah jumlah bilangan peniaga­peniaga yang telah ditangkap a tau kena denda kerana kesalahan tidak meletak tanda harga pada barang-barang jualan kedai mereka sebagaimana dike­hendaki dari tahun 1987 hingga 28hb Februari, 1989.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (Tuan M. G. Pandithan): Tuan Yang di­Pertua, Undang-undang Perintah ~awalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1973 mewajibkan para peniaga runcit meletakkan tanda harga ke atas barang-barang yang dipamerkan untuk jualan. Di bawah undang-undang ini, 111 jenis barangan yang merangkumi 45 jenis barang­barang makanan, 44 jenis barang­barang bukan makanan dan 22 jenis barang-barang alat ganti kenderaan motor diwajibkan diletakkan tanda harga. Bilangan peniaga yang telah diambil tindakan, jumlah nilai barang­barang rampasan dan denda yang telah dikenakan oleh mahkamah kerana kesalahan tidak meletakkan tanda harga ke atas barang-barang yang dipamerkan untuk jualan bagi tempoh 1987 hingga 28hb Februari, 1989 adalah seperti berikut:

Ta/um Bilangan Nilai ~nda /cu rampasan dikenakan

1987 .. .. 106 $124,646.83 $105,980

1988 .. .. 244 $162,480.33 $156,190

1989 (Jan-Feb) 204 $74,623.82 $29,230

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Yang Berhormat, apakah sebab-sebabnya peniaga-peniaga itu tidak meletak tanda harga pada barang-barang jualannya dan yang kedua, adakah peniaga-peniaga itu terns didenda pada kali yang pertama mereka ditangkap melakukan kesalahan itu?

Page 15: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

523 30 MAC 1989 524

Tuan M. G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, mengapa mereka tidak mempamerkan tanda harga, ini terpulang kepada peniaga-peniaga mengapa mereka tidak buat demikian, walaupun ,mereka menyedari itu satu kesalahan dan melanggar perundangan. Soalan yang kedua, bolehkah Yang Berhormat meng­ulangi?

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di­Pertua, soalan yang kedua, adakah peniaga-peniaga itu terus didenda pada kali yang pertama mereka ditangkap melakukan kesalahan itu?

Tuan M. G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, dalam beberapa dialog, Kementerian kita memberitahu pada mereka apakah kesalahannya. Kalau mereka melanggar perundangan seterusnya mereka dihadapkan kepada mahkamah dan terpulanglah kepada mahkamah untuk mendendakan ataupun melepaskan mereka.

CONTENGAN WANG KERTAS MALAYSIA

8. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) apakah kriteria atau penentuan yang digunakan untuk mem­pastikan sama ada sesuatu keping wang kertas Malaysia tidak mempunyai nilai lagi;

(b) setakat Disember 1988, berapa jumlah wang ringgit yang diserah balik kepada Bank Negara sebagai wang kertas yang rosak; dan

(c) sama ada tempoh masa diberi kepada orang ramai untuk mengembalikan wang kertas yang dianggap rosak.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin AritTm): Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan:

(a) Contengan ke atas wang kertas Malaysia dikelaskan kepada dua

kategori. Pertama, contengan yang serius dan kedua contengan yang tidak serius. Hanya wang kertas dengan kesan contengan yang serius dianggap tidak mempunyai nilai mukanya. Ini termasuklah wang kertas yang mempunyai lakaran ataupun lukisan pada potret Yang di­Pertuan Agong, tulisan-tulisan yang berbentuk hasutan atau slogan politik dan wang kertas yang digunakan sebagai kad jemputan. Wang kertas ini hanya boleh dirujukkan kepada Bank Negara untuk dibuat penilaian ke atasnya.

(b) Sejak peraturan wang conteng diumumkan pada lOhb Ogos 1988 hingga 31hb Disember 1988, sebanyak 69,559 keping wang kertas yang bernilai sebanyak $1.9 juta telah dikembalikan kepada Bank Negara Malaysia. Lebih separuh daripada bilangan wang kertas ini adalah terdiri daripada wang kertas satu ringgit.

(c) Tempoh masa yang munasabah telah diberi kepada orang ramai untuk menukar wang conteng yang ada dalam simpanan mereka. Wang kertas yang tidak mempunyai contengan­contengan yang serius masih boleh ditukarkan pada bila-bila masa di mana-mana bank perdagangan ataupun syarikat kewangan atau di cawangan­cawangan Bank Negara Malaysia bagi mendapatkan wang kertas baru yang sama nilainya.

JALANRAYA SEREMBAN·PORT DICKSON

9. Tuan Koh Im Pin minta Menteri Kerjaraya menyatakan adakah Ke­menterian Kerjaraya bercadang untuk membesarkan dan membaiki jalanraya antara Seremban dan Port Dickson, memandangkan tahun 1990

('

IJ

--- ~

Page 16: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

' t

-#. /

CJ

"j.~ ~

525 30 MAC 1989 526

merupakan tahun melawat Malaysia dan Kerajaan Negeri Seremban Darul Khusus bercadang menjadikan kawasan Port Dickson sebagai kawasan pelancongan yang termuka. Keadaan menjadi lebih rumit apabila terdapat banyak trak-trak dan .kereta­kereta kebal dari Angkatan Tentera

· serta kenderaan berat dari kilang penapis minyak yang menggunakan jalanraya ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (Tuan Abdul Raman bin Soliman): Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya men­jawab bagi pihak Menteri Kerja­raya. Kementerian Kerjaraya seme­mangnya bercadang untuk membesar­kan jalanraya dari Seremban ke Port Dickson kepada jalanraya empat lorong dua hala.

Walau bagaimanapun, oleh kerana keadaan kewangan pada masa ini belum lagi mengizinkan, maka Kerajaan belumlah lagi dapat melaksanakan projek tersebut.

Kerja-kerja pembaikan seme-mangnya dilaksanakan di jalan raya tersebut dari semasa ke semasa mengikut keperluannya.

Untuk makl.uman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan juga bercadang untuk menswastakan jalan tersebut dan pihak swasta yang berminat bolehlah mengemukakan cadangan mereka untuk pertimbangan Kerajaan.

UNDANG-UNDANG SAMSU HARAM-PENAL TI

DIKENAKAN

10. Tuan G. Rajoo minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) sama ada Rang Undang-undang Samsu Haram (Pindaan 1988) telah mengawal pembuatan dan pengedaran samsu haram di negara ini, semenjak ianya dilaksanakan baru-baru ini; dan

(b) berapakah bilangan kes yang telah disoal siasat dan dikenakan hukuman setakat ini selepas perlaksanaan Rang Undang­undang Samsu Haram (Pindaan 1988).

Tuan Loke Yuen Yow: Tuan Yang di­Pertua, Akta Pembaharuan l)ndang­undang (Penghapusan Samsu Gelap) (Pindaan) 1988 telah berkuatkuasa mulai 8hb September, 1988. Secara atnnya pindaan ini dibuat ialah untuk menaikkan penalti yang boleh dikenakan ke atas kesalahan­kesalahan yang berkaitan dengan mengilang, memperdagang dan memiliki samsu gelap. Memandangkan Akta ini baru sahaja dikuatkuasakan, adalah susah untuk menyatakan secara tegas tentang kesannya terhadap pembuatan dan pengedaran samsu gelap. Walau bagaimanapun, kenaikan penalti yang diperuntukkan di bawah Akta ini dijangka akan lebih menakutkan mana-mana pihak untuk melibatkan diri dalam kegiatan­kegiatan pembuatan dan pengedaran samsu gelap.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan bilangan kes samsu gelap pula, suka saya memaklumkan bahawa dari bulan Oktober 1988 hingga sekarang sebanyak 3 kes samsu gelap telah disiasat oleh Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja. Dalam siasatan ini pihak Kastam hanya dapat merampas samsu gelap yang dijumpai, tetapi tidak ada orang yang ditangkap.

Tuan G. Rajoo: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Saya baru dapat mendengar daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan mengenai kenaikan hukuman kepada pihak bersalah di bawah Akta baru ini, saya min ta beliau memberitahu dengan lebih terperinci lagi terhadap berbagai hukuman yang lebih berat yang dijatuhkan kepada pihak yang didapati bersalah demi kepentingan kita semua.

Page 17: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

527 30 MAC 1989 528

Tuan Loke YuenYow: Tuan Yang di­Pertua, Akta Membaharui Undang­undang (Penghapusan Samsu Gelap) (Pindaan) 1988 telah dibentang di Parlimen ini oleh Jabatan Perdana Menteri dalam tahun 1988 dan Akta ini telah diwartakan pada 8hb September, 1988.

Tuan Yang di-Pertua, melalui Akta ini kesalahan-kesalahan mengilang, memperdagang dan menggunakan premis untuk aktiviti samsu gelap dan memiliki alat mengilang samsu gelap adalah dinaikkan penaltinya iaitu dari tempoh penjara mandatori antara 2-5 tahun kepada tempoh penjara mandatori 4-10 tahun dan sekiranya kesalahan tersebut melibatkan samsu gelap yang mengandungi bahan b~rbahaya hukuman mandatori penjara dinaikkan dari 4-10 tahun kepada 7-20 tahun dan hukuman sebat pula tidak kurang daripada 6 kali.

MESYUARA T KETUA-KETUA NEGARA KOMANWEL­

PERSIAPAN

11. Tuan Haji Syed Abdul Hamid bin Sagaff minta Menteri Luar Negeri menyatakan setakat mana persiapan Kerajaan untuk menentukan Persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Malaysia pada tahun ini berjalan lancar dan sempurna.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bagi pihak Yang Berhormat Menteri Luar Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) akan berlangsung pada 18hb hingga 24hb Oktober, 1989. Sebagai tuanrumah, Kerajaan Malaysia tentulah membuat segala persiapan yang lengkap bagi menjamin kejayaan Mesyuarat itu.

Persiapan bagi Mesyuarat ini sedang berjalan dengan licin dan lancar. Persiapan-persiapan ini dise-

lenggarakan oleh Jawatankuasa Perancang Kebangsaan yang me­ngandungi 12 Jawatankuasa­jawatankuasa Kecil, diketuai oleh Menteri Luar Negeri dan merangkumi semua aspek Mesyuarat, termasuk tempat perhentian (retreat) yang telah pun ditetapkan di Langkawi di mana Ketua-ketua Kerajaan Komanwel akan berkunjung pada 20hb hingga 22hb Oktober, 1989.

Sebuah urusetia CHOGM telah pun ditubuhkan pada awal tahun 1988 di Wisma Putra untuk menyelaraskan semua kerja-kerja persiapan me­syuarat ini.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu berapakah jumlah wang perbelanjaan yang diperlukan oleh CHOGMitu?

Tuan Mohamed Farid. bin AritTm: Tµan Yang di-Pertua, saya tidak ada angka-angka yang terperinci. Walau bagaimanapun, saya minta notis untuk menjawab soalan ini.

Puan Rokiah binti Zainuddin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat tahu dari Yang Berhormat Timbalan Menteri adakah rancangan khas yang diatur untuk isteri-isteri Ketua-ketua Kerajaan Komanwel yang akan bersidang dalam bulan Oktober nanti, jika ada apakah rancangan tersebut.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, nmngkin ada tetapi terlalu banyak untuk mungkin disenaraikan. Saya minta notis untuk menjawab soalan ini.

PENAGIH DADAH AKIBAT PENGANGGURAN-LANGKAH

MENGATASI

12. Puan Ha,Uah Salbiah binti Mohd. Akim minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan menyedari, ataupun benar kerana

c

_,...

Page 18: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

i,.-..

,

'

~ ,/

" ~ ,.-".'

529 30 MAC 1989 530

ramainya penagih dadah terdiri dari lelaki berpunca dari pengangguran:

(a) kerana pekerja di industri ramai pekerja wanita (industri ringan);

(b) kerana pekerja di ladang-ladang kebanyakannya buruh dari luar negeri; dan

(c) apakah tindakan Kerajaan untuk mengatasi perkara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Dr Siti Zaharah binti Sulaiman): Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak benar bahawa untuk mengatakan bahawa ramai penagih dadah lelaki adalah berpunca daripengangguran.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, data-data awalan Pasu­kan Petugas Anti-Dadah Majlis Keselamatan Negara menunjukkan bahawa purata peratusan penagih dadah yang terdiri dari penganggur

· dari tahun 1970 sehingga November, 1988 hanyalah 28.7% sahaja, manakala selebihnya adalah penagih yang mempunyai pekerjaan. Keadaan yang sama masih berlaku dalam tahun 1988 di mana hanya 20.5% sahaja penagih adalah penganggur.

Waiau bagaimanapun, perlu di­jelaskan di sini bahawa sebenarnya kebanyakan penagih pada awalnya mempunyai pekerjaan tetapi setelah tabiat menagihnya dikenalpasti oleh pihak majikan mereka diberhentikan atau diambil tindakan tatatertib.

KURSUS SIVIK-DASAR KERAJAAN

13. Puan Valli Muthusamy min ta Menteri Penerangan menyatakan setakat manakah kursus sivik memberi manfaat kepada rakyat kerana masih lagi terdapat kebanyakan orang di luar bandar tidak sedar tentang dasar-dasar Kerajaan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan (Dato' Haji · Dusuki bin Haji Ahmad): Tuan Yang di-Pertua, mengikut maklumbalas yang didapati oleh Kementerian ini dari rakyat di luar bandar, kursus-kursus sivik yang diadakan memanglah dapat memberikan manfaat kepada mereka dari segi memahami cara-cara pentadbiran negara, dasar-dasar Kerajaan yang dilaksanakan dan juga memahami masalah-masalah sosio­ekonomi yang dihadapi oleh negara.

Masalah yang timbul bukanlah dari segi bentuk dan kandungan kursus­kursus itu tetapi sebanyak mana kursus-kursus ini dapat diadakan di seluruh pelusuk tanahair, khususnya di luar bandar yang terpencil.

Pada masa ini, Jabatan Penerangan hanya dapat mengadakan sebanyak 5,085 kursus sivik di merata-rata tempat di tanahair dalam satu tahun. Ternyatalah bahawa ini tidak dapat mencukupi seluruh penduduk di kawasan luar bandar dan masih banyak yang belum dapat menghadiri kursus­kursus ini atau hanya dapat meng­hadiri kursus-kursus tersebut sekali dalam beberapa tahun.

Jabatan Penerangan sedang berusaha untuk memperbanyakkan atau meluaskan penyertaan kursus­kursus tersebut supaya semua golongan masyarakat luar bandar berpeluang untuk menghadirinya.

Dalam hal ini, usaha Kerajaan khususnya Jabatan Penerangan adalah dibataskan oleh peruntukan yang terhad. Jabatan Penerangan bersedia untuk mengadakan kursus-kursus yang lebih banyak jika peruntukan yang besar boleh diberikan.

Tuan G. Rajoo: Tuan Yang di­Pertua, bolehkah Kementerian Pene­rangan mengadakan kursus-kursus kepada orang-orang di pedalaman mengenai dengan macam mana cara mahu tanda undi, kerana pada masa yang lalu pengalaman kita dapati

Page 19: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

531 30 MAC 1989 532

banyak undi-undi yang rosak kerana orang-orang di pendalaman tidak faham macam mana cara mengundi. Bolehkah Kementerian Penerangan mengadakan kursus-kursus untuk pelajaran atau mengajar kepada orang­orang di pendalaman?

Dato' Haji Dusuki bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, memang kursus­kursus yang seumpama ini kita adakan dari semasa ke semasa khususnya ketika menghadapi isu-isu ataupun perkara-perkara yang akan di­laksanakan. oleh negara seperti meng­adakan pilihanraya dan sebagai­nya. Kursus-kursus dalam bentuk mengajar ataupun mengajak orang ramai keluar apabila tiba waktu mengundi memang diadakan tetapi kita tidak dapat elakkan kalau se­kiranya ada beberapa orang yang masih tidak dapat mengundi dengan betul, kadang-kadang bukan tidak dapat mengundi, kadang-kadang ·me­mang sengaja untuk merosakkan kertas undi itu. ·

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Tuan Yangdi-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen berapa jeniskah kursus sivik yang disediakan. oleh Kementerian Penerangan? Apa yang saya tahu setakat ini tumpuan hanya kepada luar-luar bandar, kepada orang kampung. Apakah ada satu program sivik untuk golongan cerdik pandai yang rasanya inila:h yang lebih cerewet yang banyak mempersoalkan dasar­dasar Kerajaan?

Dato' Haji Dusuki bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kursus sivik yang kita adakan mempunyai pelbagai jenis di bawah pelbagai nama. Tetapi pada umumnya untuk meningkat kesedaran sivik rakyat. Jenis-jenis itu atau nama tersebut untuk disenaraikan di sini memang banyak sangat, dia mengikut kesesuaian tempat dan kesesuaian golongan yang menjadi tumpuan

kursus yang kita adakan itu dan kursus ini bukan sahaja semata-mata kursus atau tertumpu kepada rakyat di luar bandar tetapi juga kepada golongan­golongan cerdik pandai juga di kalangan atau golongan-golongan ber­ada di dalam bandar yang kita panggil golongan elit.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, pernah tidak Ke­menterian Penerangan ini bekerja­sama dengan Majlis-majlis Agama di peringkat negeri-negeri mengada­kan kursus nikah-kahwin terutama kepada anak-anak muda yang belum berkahwin?

Dato' Haji Dusuki bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kursus-kursus yang kita lakukan ini memang ada bentuk yang kita ada disempurnakan oleh J abatan Pene­rangan sendiri dan banyaknya di­lakukan dengan kerjasama badan­badan atau agensi-agensi yang lain juga termasuk Jabatan-jabatan Agama.

Tentang tajuk kursus seperti yang disebutkan Ahli Yang Berhormat baru sekejap tadi kursus kahwin dan sebagainya itu, kita melihat kepada tuntutan, kehendak tempatan dan masyarakat di tempat itu. Dia bergantunglah kepada tuntutan masyarakat yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Manap bin Hashim.

Puan Ainon binti Arimo: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan yang ke-14.

PERUMAHAN TERBENGKALAI

14. Puan Ainon binti Ariflin (di bawah S.O. 23 (2)) minta Menteri Peruma­han dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) apakah langkah-langkah yang telah dan sedang diambil terhadap pemaju perumahan yang gagal menyiapkan projek mereka; dan

t'

- "'

Page 20: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

,r--·.

,

1

>~ -

" It ..

533 30 MAC 1989 534

(b) berapakah. jumlah rancangan perumahan di seluruh negara yang gagal melaksanakan projek mereka.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang di­Pertua, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Unit Penguatkuasa Perumahan sekarang ini sedang-masih belum selesai - tetapi sedang menyenarai dan mengkaji dengan seadilnya untuk meletakkan mana-mana pemaju perumahan ataupun ahli-ahli lembaga pengarah yang terlibat dengan rumah-rumah yang terbengkalai ini ke dalam satu senarai hitam. Apakala mereka diletakkan dalam satu senarai hitam, terutama mereka tidak akan diizinkan lagi untuk melaksanakan sebarang usaha inemajukan perumahan selagi perumahan yang terbengkalai tidak disiapkan.

Setakat ini kita telah mengenal pasti ada sebanyak 243 projek rumah yang terbengkalai di seluruh tanahair.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka lebih mendetailkan sedikit untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, daripada 243 projek yang terbengkalai ini mempunyai sebanyak 51,711 unit rumah dan melibatkan pembeli sebanyak 33,566 orang dan dianggarkan perbelanjaan $3.3189 billion.

Projek-projek ini sebelum di­pulihkan tetapi baru dikenal pasti untuk dipulihkan: baru dikenal pasti sebanyak 30 projek; kajian awal sebanyak 56 projek; kajian kemungkinan kewangan dan teknikal sebanyak 40 projek; dan sedia untuk dipulihkan sebanyak 26 projek.

Manakala projek-projek yang sudah dipulihkan sebanyak 31 projek, rumah yang telah dipulihkan siap sebelum daripada dapat sijil duduk sebanyak 8 dan siap dan telah dapat sijil duduk sebanyak 38.

Puan Ainon binti Arimn: Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya dari Timbalan Menteri selain daripada menyenarai hitam­kan pemaju-pemaju perumahan ber­kenaan, tidakkah ada tindakan yang lebih berkesan boleh diambil kerana daripada angka disebutkan tadi nyatalah pemaju-pemaju rumah ini telah · menganianya beribu-ribu orang termasuk di antaranya mungkin mereka yang berpendapatan rendah yang tidak ada daya-upaya lain untuk membeli rumah-rumah yang lain apabila projek mereka terbengkalai. Kerana kita faham ada setengahnya sudah berlanjutan sehingga sampai berbelas-belas tahun.

Datuk Haji Hussein bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya sudah jawab berapa panjang tadi, in_gat tidak ada tambah. Waiau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah berulang kali saya maklumkan di dalam Dewan yang mulia ini bagi pihak Kementerian terpaksa melakukan tindakan untuk mempertimbangkan dua matlamat yang dikehendaki, pertama untuk mencapai matlamat supaya semua rakyat mendapat rumah; kedua, untuk memperkembangkan industri perumahan.

Oleh yang demikian, bagi pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sering mengambil tindakan apakala didapati ada rancangan-rancangan seperti ini sering pihak Kementerian menjemput pembeli-pembeli untuk diketemukan dengan pemaju. Adakalanya bagi pihak Kementerian bahkan saya sendiri pernah menjemput pemaju­pemaju berunding, memberi nasihat dan minta pertolongan daripada pihak agensi-agensi Kerajaan, institusi kewangan supaya rancangan itu dapat dipulihkan. Tetapi ada juga apakala menghadapi sesuatu kebuntuan pihak Kementerian meminta dan menasihat kepada pembeli-pembeli supaya menubuhkan Persatuan Pembeli untuk

------------------------------ -- ---~·· --- . -- ------

Page 21: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

535 30 MAC 1989 536

berunding atas nama persatuan dengan pihak pemaju. Jika itu juga tidak dapat satu penyelesaian, kita nasihatkan kepada pembeli melalui fersatuan Pembeli supaya meminta perintah daripada mahkamah. ltulah kesung­guhan bagi pihak Kerajaan untuk mencapai kedua-dua matlamat ini.

LAWATAN TIMBALAN PERBANA MENTERI SINGAPURA KE

MALAYSIA

15. Tuan Haji Jaafar bin Haron minta Menteri Luar Negeri menyatakan iaitu berkaitan dengan lawatan Timbalan Perdana Menteri Singapura ke Malaysia Januari yang lalu, apakah basil lawatan beliau kepada Malaysia:

(a) setakat mana kerjasamanya dengan Malaysia dala·m hubungan ekonomi dan kestabilan di rantau ini; dan

(b) benarkah Malaysia dan Singapura mengadakan Latihan Tentera bersama, apakah tujuannya dan bila latihan itu di j alankan.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bagi pihak Menteri Luar Negeri.

Tuan Yang di-Pertua: Sila, Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Pertama Singapura, Encik Goh Chok Tong ke Malaysia bulan Januari lalu dilakukan di dalam konteks pertukaran lawatan di antara pemimpin-pemimpin kedua buah negara di dalam usaha untuk mengujudkan persefahaman di kalangan pemimpin-pemimpin kedua­dua buah negara dan sekali gus merapatkan hubungan dua hala.

Hubungan dua hala di antara Malaysia dan Singapura adalah rapat dan saling bergantung di antara satu dengan lain. Hubungan dari segi ekonomi dan perdagangan sentiasa berjalan dengan baik. Dari segi

hubungan dagangan, Singapura merupakan negara ketiga terpenting dan sejumlah 16. 7% dagangan Malaysia dengan negara asing adalah dengan negara Singapura.

Singapura juga bekerjasama rnenjarnin kestabilan di rantau ini. Keanggotaannya di dalam peraturan Pertahanan Lima Negara, iaitu Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan Britain, menjaminkan peranan dan tanggungjawab Singapura terhadap kestabilan serantau.

Latihan bersama tentera darat, udara dan laut di antara Malaysia dan Singapura serta negara-negara anggota yang lain di dalam siri LANDEX, ADEX dan STARFISH merupakan latihan yang berterusan di bawah peraturan tersebut.

Selain daripada latihan bersama di bawah Peraturan Pertahanan Lima Negara, Malaysia dan Singapura juga mempunyai kerjasama dua hala di bidang mencari dan menyelamat atau "search and rescue", dengan izin. Semasa lawatan Encik Goh pada bulan Januari lalu, pihak Malaysia dan Singapura telah bersetuju pada dasarnya untuk mengadakan latihan bersama antara kedua-dua Angkatan Tentera Darat di Sabah dan juga di Singapura. Ia bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan dan kerjasama di antara kedua-dua Angkatan Tentera Darat, Malaysia dan Singapura.

PENJENAYAH DITEMBAK MATI

16. Tuan K. Sivalingarn minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) berapa orang telah ditembak mati oleh pihak polis dalam tahun 1987 dan 1988 kerana rnelakukan kesalahan merom­pak, mencuri, menyeludup dadah dan sebagainya;

(b) berapa orang anggota polis telah menjadi mangsa atau cedera dalam hal-hal ini; dan

~

~

' - ..

Page 22: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

._,,,..,. ... ,,

"

>'

:t

,. ,.,.,,,-. .._

537 30 MAC 1989 538

(c) adakah cadangan oleh Kemen­terian untuk memperketatkan lagi undang-undang tentang perkara ini dan jika ada keterangan selanjutnya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Tuan Yang di-Pertua, untuk mak­luman Ahli Yang Berhormat seramai 44 orang penjenayah telah ditembak mati pada tahun 1987. Manakala dalam tahun 1988, seramai 68 orang pula penjenayah dapat dibunuh. Dalam tempoh tersebut hanya seramai 7 orang anggota polis yang mengalami kecederaan. Mengenai dengan penguatkuasaan undang-undang, Ke­menterian Dalam Negeri berpendapat tidak perlu diperketatkan lagi kerana undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi untuk membanteras penjenayah dengan berkesan.

KEBAKARAN DI SEKOLAH MENENGAH SRI INAI

17. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Kesihatan menyatakan bagaimana keadaan kelima-lima orang pesakit yang badannya melecur akibat disambar oleh api dalam kebakaran yang berlaku di Sekolah Menengah Sri Inai, Pulau Pinang baru-baru ini. Sehingga kini, mengapa sebuah wad kebakaran tidak disediakan di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Kesihatan (Dato' K. Pathmanaban): Tuan Yang di­Pertua, 5 daripada pesakit yang terlibat dalam kebakaran yang berlaku di Sekolah Menengah Sri Inai di Pulau Pinang baru-baru ini telah pun dirujukkan ke Kuala Lumpur untuk rawatan selanjutnya. Dua daripada mereka telah dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur dan tiga yang lain dihantar ke Hospital Universiti, Universiti Malaya. Di antara dua kes yang telah dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur, seorang telah meninggal dunia pada 18hb Mac. Keadaan pesakit kedua di Hospital

Besar Kuala Lumpur adalah masih membimbangkan memandangkan kebakaran yang dihadapi adalah serius. Dari tiga pesakit yang telah dihantar ke Hospital Universiti, seorang telah pun dikeluarkan pada 19hb Mac, dan dua pesakit yang lain yang masih dirawat di hospital tersebut dan dikatakan dalam keadaan yang memuaskan.

Pada masa ini semua kes kebakaran atau "burn cases", dengan izin, yang dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur adalah ditempatkan di Wad Otopedik di bawah jagaan Pakar Otopedik. Kementerian Kesihatan memang sudah ada cadangan untuk mengadakan sebuah wad khas untuk "burn cases". Cadangan ini di­jangka akan dapat dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan mulut sudah cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 18 hingga 59 adalah diberi di bawah ini).

AJARAN KUMPULAN SONGSANG

18. Tuan Dahlan bin Haji Embun minta Perdana Menteri menyatakan apakah silap atau kelemahan dalam pengajaran agama Islam kita hinggakan begitu mudah setengah umat Islam kita terpengaruh dengan ajaran kumpulan "Songsang".

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Dr Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor): Tidak ada apa salah dan kelemahan dalam pengajaran Islam. Yang silap dan lemah ialah individu-individu yang terpengaruh dengan ajaran sesat itu. Silap mereka kerana mereka tidak berusaha mempelajari agama Islam dengan

Page 23: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

539 30 MAC 1989 540

guru-guru dan alim ulamak yang muktabar sedangkan peluang-peluang adalah amat luas. Oleh sebab kejahilan mereka tentang agama Islam maka iman mereka lemah dan mereka mudah terpengaruh dengan ajaran­ajaran sesat.

SYARIKAT KEWANGAN BUMIPUTERA

19. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif minta Menteri Kewangan menya­takan berapa bilangan lesen Syarikat Kewangan (Finance Company) yang telah dikeluarkan kepada Syarikat atau orang perseorangan. Dari jumlah tersebut berapakah jumlah Syarikat bumiputera atau orang perseorangan bumiputera.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak 47 buah lesen syarikat kewangan telah dikeluarkan di bawah Akta Syarikat Kewangan, 1969. Dari jumlah itu, sebanyak 15 buah syarikat adalah dikuasai oleh syarikat atau orang perseorangan Bumiputera, di mana 8 daripadanya adalah merupakan pemilikan sepenuhnya.

TENTERA MALAYSIA BERTUGAS DI NAMIBIA

20. Tuan Azman Atar bin Othman minta Menteri Pertahanan menyata­kan berapa ramai dan berapa lama anggota tentera Malaysia yang akan bertugas di bawah Perjanjian Bangsa­Bangsa Bersatu di Namibia; adakah anggota tentera kita ini dibayar elaun khas dan siapakah yang membiayainya.

Menteri Pertahanan (Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-Haj) Bila­ngan anggota tentera yang mewakili Kontinjen Malaysia yang berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Namibia adalah seramai 889 orang anggota. Mereka adalah terdiri daripada 88 orang pegawai dan 801 lain-lain

pangkat. Mereka akan bertugas di sana untuk jangka masa satu tahun. Semasa tentera kita berada di sana mereka dibayar elaun khas yang merupakan wang saku sebanyak US$1.28 sehari.

Di samping itu Kerajaan Malaysia telah meluluskan elaun-elaun berikut yang akan dibayar kepada anggota yang berkhidmat di Namibia:

(a) Elaun Gejala Hidup- $200.00 sebulan

(b) Elaun khas sekiranya anggota tentera tersebut tidak menerima apa-apa elaun lain secara terus daripada Pertubuhan Bangsa­Bangsa Bersatu kecuali elaun runcit ($1.28 sehari)

Pangkat Elaun Khas Sebulan US$

Prebet hingga 504 Koperal Sarjan hingga 537 S/Sarjan Peg. Waren I hingga 577 Peg. Waren II Lt/LtMuda 633 Kapten .. 673 Me jar .. .. 696 Lt.Kolonel 748 Kolonel .. 755

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, elaun-elaun yang akan diperolehi kerana bertugas di Namibia dikecualikan daripada cukai pen­dapatan.

KESELAMATAN PENUMPANG KAPALTERBANG

21. Tuan V. K. Sellapan meminta Menteri Pengangkutan menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk menjaga keselamatan penumpang­penumpang kapalterbang, meman­dangkan bahawa wujud ancaman­ancaman sepe~ti letupan born dan sebagainya di serata dunia. Adakah MAS akan membeli peralatan-peralatan keselamatan yang lebih moden untuk mengesan aktiviti­aktiviti jenayah.

lb

c

~~

Page 24: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

r

"

"

!t ,,.r, ~

541 30 MAC 1989 542

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Bagi menjamin keselamatan penerbangan awam dari sebarang ancaman seperti letupan born di pesawat dan sebagainya, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebagai agensi Kerajaan yang bertanggung­jawab ke atas operasi pener­bahgan awam memang menjalankan pemeriksaan yang rapi ke atas penumpang-penumpang itu sendiri ataupun bagasi-bagasi yang dibawa olehnya.

Dari segi pemeriksaan ke atas bagasi, Yang Berhormat sedia maklum setiap penumpang yang membawa beg yang besar saiznya atau "check-in-baggage" diwajibkan melalui pemeriksaan bagasi. Beg-beg ini akan diperiksa dengan mengguna­kan alat mesin X-ray untuk mengesan bahan letupan yang mungkin dibawa oleh penumpang. Setelah beg itu diperiksa dan didapati tidak me­ngandungi bahan letupan, pelekat keselamatan akan ditampal di beg tersebut bagi menandakan bahawa beg tersebut telah diperiksa. Bagi mem­pastikan bahawa semua bagasi telah pun melalui pemeriksaan keselamatan, Jabatan Penerbangan Awam telah mengarahkan syarikat­syarikat penerbangan yang mengen­dalikan kaunter-kaunter "check-in" supaya tidak menerima se­barang beg yang didapati tiada mempunyai pelekat keselamatan atau pelekat keselamatan telah rosak atau koyak.

Sebagai langkah tambahan, syarikat­syarikat penerbangan juga telah diarahkan supaya mengeluarkan beg-beg yang telah dimuatkan ke dalam pesawat jika didapati ada penumpang tidak menaiki pesawat berkenaan setelah proses "check-in". Ini adalah selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

Selain daripada pemeriksaan yang dijalankan ke atas bagasi berkenaan, penumpang-penumpang juga akan

diperiksa oleh pihak keselamatan, sebelum penumpang dibenarkan menaiki pesawat. Setiap penumpang akan diwajibkan menjalani satu lagi pemeriksaan keselamatan di Dewan Menunggu di mana pesawat ber­kenaan akan berlepas. Pemeriksaan di Dewan Menunggu ini akan dilakukan terhsdap beg tangan penumpang­penumpang dengan menggunakan alat mesin X-ray, manakala tubuh badan penumpang akan diperiksa meng­gunakan alat pengesan logam bagi tujuan mengesan senjatapi atau bahan letupan yang mungkin dibawa oleh penumpang-penumpang. Untuk makluman Yang Berhormat hanya beg-beg tangan dan penumpang­penumpang· yang melalui pemeriksaan keselamatan sahaja yang dibenarkan menaiki pesawat.

Bagi pertanyaan kedua, untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Penerbangan Awam bertanggung­jawab menjalankan pemeriksaan ke atas semua penumpang dan bagasi yang akan menaiki sesuatu pesawat. Untuk tujuan ini Jabatan Penerbangan Awam mempunyai peralatan pemeriksaan keselamatan yang moden dan ianya adalah serupa dengan alat­alat pemeriksaan keselamatan yang digunakan di negara-negara lain seperti di Eropah dan Negara-negara ASEAN. Kesesuaian peralatan ini sentiasa dikaji dan jika didapati ianya tidak berfungsi dengan memuaskan, tindakan segera akan diambil untuk mengesan dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada.

ANAK SYARIKAT MARA

22. Tuan Hassan bin Harun minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan prestasi anak-anak syarikat MARA berakhir 31 Disember, 1988. Apakah Kerajaan berpuashati dengan kejayaan yang telah tercapai setakat ini. Apakah masalah yang dialami oleh Syarikat masing-masing.

Page 25: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

543 30 MAC 1989 544

Timbalan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar (Dato' Ng Cheng Kuai): MARA mempunyai 40 buah anak-anak syarikat di bawah pentadbiran MARA Holding Sdn Bhd (MHSB); sementara yang bakinya ditadbirkan oleh MARA sendiri.

Akaun kira-kira bagi penghuji.mg tahun 1988 (sebelum beraudit) me­nunjukkan secara keseluruhan anak­anak syarikat MARA memperolehi keuntungan berjumlah $10,961,179 (sebelum audit dan sebelum cukai).

Dalam tahun 1988 daripada jumlah 36 anak-anak syarikat MHSB hanya 10 buah anak-anak syarikat sahaja yang masih lagi mengalami kerugian. Bagi syarikat yang dikendalikan oleh MARA sendiri semuanya mengalami kerugian.

Majlis MARA telah pun melantik satu Jawatankuasa Khas yang terdiri daripada wakil Kementerian Pem­bangunan Negara dan Luar Bandar, Permodalan Nasional Berhad dan Per­bendaharaan Malaysia untuk mengkaji kedudukan anak-anak syarikat MARA keseluruhannya. Kementerian saya akan meneliti laporan J awatankuasa Khas ini apabila selesai kajiannya.

BELIA DALAM BIDANG PERNIAGAAN

23. Puan Haijah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan berapa %kah penyertaan belia dalam bidang per­niagaan dalam tahun 1987, 1988. Dalam bidang perniagaan jenis apakah yang berjaya dan jenis yang gagal. Adakah projek pemulihan per­niagaan dilakukan oleh pihak Kementerian.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan (Cik Teng Gaik Kwan): Bagi tahun 1987 tiada penyertaan belia dalam bidang perniagaan yang dapat dinyatakan kerana pada tahun tersebut tidak ada peruntukan di bawah

program Rancangan Belia Bemiaga, Kementerian ini.

Bagi tahun 1988, Kementerian telah diberi peruntukan di bawah Tabung Kumpulanwang Amanah Pem­bangunan Ekonomi Belia dan telah mewujudkan sebanyak 73 projek per­niagaan.

Hasil daripada kajian Kementerian, projek-projek yang berbentuk per­khidmatan dart pembuatan telah mencapai kejayaan dan perniagaan yang berbentuk perdagangan mengalami kegagalan.

Dalam menentukan perniagaan yang dijalankan mencapai kejayaan serta sebagai langkah persediaan pemulihan Kementerian ini me­laksanakan Program Khidmat Bimbingan dan Susulan seperti berikut:

(i) Memberi Khidmat Bimbingan dan Perundingan Pengurusan Akaun dan pelaksanaan projek yang dilakukan secara lawatan oleh Pegawai­pegawai Belia di peringkat Daerah, Negeri dan Kementerian.

(ii) Menganjurkan Kursus-kursus Susulan dan Bengkel Peng­urusan Perniagaan kepada belia yang mendapat kemudahan.

(iii) Menganjurkan seminar-seminar usahawan bagi mem­bincangkan masalah semasa serta memikirkan strategi­strategi baru bagi meningkat­kan prestasi dan kemajuan projek.

PENSWASTAAN LLN

24. Puan Hajjah Habidah binti Jusoh minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan:

(a) bilakah tarikh sebenar untuk menswastakan LLN, dan bagaimanakah kesannya nanti;

.,

c:

~ '·

Page 26: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

,..,..,.

'

'S

ll> -

545 30 MAC 1989 546

(b) apakah Jabatan Pos juga akan diswastakan dan bilakah akan terjadi, serta apakah motif penswastaan ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos (Tuan Ong Tin Kim): Izinkan saya menjawab soalan (a) dan (b) serentak kerana kedudukan ke atas kedua-duanya adalah sama.

Penswastaan LLN dan Pejabat Pos masih di dalam kajian kerajaan dan setiap penswastaan adalah bertujuan mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan, menggalakkan persaingan, meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran, mem­percepatkan pertumbuhan ekonomi menerusi peluang-peluang baru, mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi dan me­wu judkan peluang-peluang ke arah mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru.

SYARIKAT T AKAFUL­MENUBUHKAN CA WANGAN

25. Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang minta Menteri Kewangan menyatakan sehingga bulan Januari 1989 berapa cawangan Syarikat Takaful telah ditubuhkan dan adakah Syarikat Takaful menubuhkan ejen-ejennya di seluruh Malaysia.

Tuan Mohamed Farid bin Ariftin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga bulan Januari, 1989, Syarikat Takaful telah menubuhkan 7 buah pejabat cawangannya iaitu di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Alor Setar, Melaka, Kuantan, Ipoh dan Johor Bharu.

Syarikat Takaful tidak meng­gunakan perkhidmatan ejen di dalam urusan takafulnya kerana penggunaan sistem agensi adalah tidak selaras dengan kehendak syariah.

KEMAS-MEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT

26. Dr Tan Chong Keng minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan sejauh manakah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah membantu pembangunan masyarakat berbilang kaum.

Date Ng Cheng Kuai: Jabatan Ke­majuan Masyarakat berfungsi untuk menggalakkan Pembangunan Sosio­Ekonomi Masyarakat Luar Bandar dan juga untuk menggalakkan masyarakat supaya hidup berdikari. Untuk mencapai hasrat ini, beberapa strategi dijalankan. Strategi yang berkenaan ialah:

1. Memberi pendidikan kepada masyarakat luar bandar dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan peningkatan mu tu kehidupan seharian.

2. Memberi pengetahuan, kepada masyarakat, yang boleh membantu mereka untuk men­dapatkan maklumat-maklumat . yang berkaitan dengan fungsi kegiatan harian mereka.

3. Menyedia~n masyarakat untuk menerima apa-apa jua pem­bangunan yang dibawa oleh agensi-agensi Kerajaan.

4. Mendedahkan masyarakat kepada kemudahan yang ada di­sediakan oleh Kerajaan di kawasan-kawasan luar bandar.

Strategi ini djlaksanakan melalui beberapa kegiatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat di mana pesertanya terdiri daripada ber­bilang kaum. Oleh kerana Program ini merupakan Program Pendidikan Non­Formal yang berunsurkan kepada pendidikan seumur hidup/"Life Long Education", maka peserta menyertai­nya secara sukarela. Sesiapa jua digalakkan untuk menghadiri program-program ini.

Page 27: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

547 30 MAC 1989 548

Sehingga kini seramai 18,832 jumlah peserta Bukan Melayu menyertai program ini. Oleh kerana program ini dilaksanakan di luar bandar maka, lebih ramai kaum Bumiputera yang menyertainya daripada kaum bukan Bumiputera. Pecahan penyertaan Bukan Melayu dalam setiap kegiatan adalah seperti berikut:

(i) Taman Bimbingan 12,000 orang Kanak-kanak (TBK)

(ii) Khutub Khanah Desa 1,3% orang (KKD)

(iii) Kumpulan Latih Kerja 466 orang (KLK)

(iv) Ekonomi Rumahtangga 1,746 orang (ERT)

(v) Rancangan Desa Usaha 148 orang (RDU)

(vi) Rancangan Pedoman 3,076 orang Tugasan (RPT)

JUMLAH . . 18,832 orang

Pembangunan masyarakat berbilang kaum dapat dilaksanakan kerana peserta-peserta kegiatan terdiri dari berbilang kaum terutama di negeri Sabah/Sarawak. Penglibatan mereka dalam setiap kegiatan tidak secara paksaan dan penyertaan mereka terpulang kepada kecenderungan masing-masing; mislflnya, ada yang suka melibatkan diri dalam Projek Ekonomi dan ada pula yang suka me­libatkan diri dalam bidang sosial.

SYARIKAT PENERBANGAN SW ASTA

27. Puan Rokiah binti Zainuddin min ta Menteri Pengangkutan menyatakan berapakah Syarikat­syarikat kapal terbang swasta yang mendapat permit untuk menjalankan pengangkutan di Malaysia Timur dan Malaysia Barat, apakah syarat-syarat yang membolehkan sesebuah syarikat menjalankan operasi pengangkutan udara ini.

Datin Paduka Hajjah Z(l)eha binti Ismail: Selain daripada Penerbangan

Malaysia (MAS) dan Pelangi Air yang diberikan lesen untuk menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan udara berjadual, terdapat sebanyak sepuluh (10) syarikat penerbangan swasta tempatan lain yang diberi permit untuk menjalankan perkhidmatan­perkhidmatan udara tidak berjadual di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Di antara syarat-syarat yang diper­timbangkan bagi membolehkan sesebuah syarikat swasta menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan udara adalah termasuk struktur ekuiti dan kedudukan kewangan syarikat itu; kebolehan mell}iliki pesawat; kemudahan kejuruteraan dan penye-lenggaraan pesawat, kebolehan sesebuah syarikat itu untuk mengendalikan operasi penerbangan dengan selamat serta kedudukan pasaran.

SKIM INSURANS KESIHATAN

28. Tuan Haji Abd. Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah langkah positif yang diambil oleh Kementerian atas syor Perdana Menteri supaya dibentuk skim insurans kesihatan am khusus untuk golongan yang berkemampuan bagi menampung bayaran khidmat perubatan mereka, bagi membantu perkhidmatan perubatan Kerajaan.

Dato' K. Pathmanaban: Langkah­langkah yang positif telah pun diambil dengan menjalankan satu kajian untuk penubuhan satu Tabung Keselamatan Kesihatan Negara. Kajian ini, yang dibiayai oleh Bank Pembangunan Asia, telah dimulakan pada bulan Ogos 1987 dan dijangka siap pada bulan Jun 1989.

PENCARUM PERKESO

29. Tuan C. Krishnan minta Menteri Buruh menyatakan:

(a) jumlah bilangan pencarum­pencarum perkeso setakat ini;

t:

~b

Page 28: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

;""',

,

~

,,, rr

549 30 MAC 1989 550

(b) apakah rancangan-rancangan yang diusahakan untuk me­nambahkan bilangan skim ke­selamatan sosial dan menjadi Akta Keselamatan Sosial sebagai satu bentuk undang­undang yang lebih kompre-hensif untuk memberikan perlindungan yang lebih komprehensif;

(c) jumlah pencarum perkeso yang berhak mendapat faedah di bawah berbagai skim perkeso tetapi masih tidak dapat mem­perolehi wang;

(d) apakah langkah yang diambil untuk menyelesaikan hal ini.

Timbalan Menteri Buruh (Dato' Wan Abu Dakar bin Wan Mohamed):

(a) Sehingga bulan Januari 1989 seramai 3,755,560 pekerja telah didaftarkan sebagai pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

(b) Dengan tujuan memperbaiki lagi faedah-faedah yang sedia ada dan memperluaskan lagi perlindungan kepada lebih ramai pekerja serta memper­kenalkan skim baru, Kementerian Buruh dengan kerjasama Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah menjalankan kajian penilaian aktuari atas aset dan tanggungan kumpulanwang skim keselamatan sosial. Laporan kajian ini sedang dalam pertimbangan Kerajaan dan berasaskan kepada kajian ini perlindungan yang lebih komprehensif mungkin dapat dipertimbangkan dengan lebih lanjut.

(c) Jumlah pencarum PERKESO yang berhak mendapat faedah di bawah berbagai skim

PERKESO tetapi • belum membuat tuntutan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, PERKESO sedar tentang adanya sebilangan tanggungan orang-orang berinsurans yang mati bukan akibat bencana kerja tetapi telah pun memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk pencen penakat, tidak membuat tuntutan bagi faedah itu.

(d) Beberapa langkah telah diambil untuk memberitahu orang­orang berinsurans dan tanggungan-tanggungan mereka mengenai faedah-faedah yang layak diterima oleh mereka. Antaranya, termasuklah memberi ceramah kepada pekerja-pekerja di tempat kerja mereka dalam mana hak-hak pekerja serta faedah-faedah yang diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 dan cara-cara membuat tun tu tan telah diterangkan. Risalah-risalah dan poster-poster mengenai faedah-faedah juga diedarkan kepada majikan dan pekerja.

Berhubung dengan pencen penakat, langkah yang paling berkesan yang telah diambil bagi membayar faedah itu ialah dengan mendapatkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja nama dan alamat penerima caruman seseorang pekerja yang mati. Berdasarkan maklumat itu dan jika didapati layak untuk pencen penakat, tanggungan-tanggungan pe­kerja itu akan dihubungi dan dinasihatkan supaya membuat tun tu tan. Hasil daripada langkah ini, bilangan kes pencen penakat yang telah diproses telah meningkat daripada 355 dalam tahun 1985 kepada 1,192 dalam tahun 1988.

Page 29: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

551 30 MAC 1989 552

JAWATANKUASA KHAS MENGENAI PENGURUSAN

KERAJAAN

30. Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih minta · Perdana Menteri menya­takan garis panduan Jawatankuasa Kabinet mengenai anti penyelewengan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Anwar bin Ibrahim:

(a) tidakkah kesungguhan BPR untuk membongkar penyele­wengan di sektor awam boleh terbantut apabila tindak~n perlu diambil terhadap pegawai­pegawai yang terpengaruh, mungkin makan masa yang lama kerana BPR perlu dirujuk hal itu kepada Jawatankuasa Kabinet tersebut, di mana anggotanya terdiri daripada Menteri-menteri yang selalu sibuk dengan tugas Kementeriannya: . .

(b) adakah bekas Menteri, bekas Timbalan Menteri, bekas pe­ngerusi badan-badan berkanun telah mencontohi tauladan Yang Berhormat Tuan Haji Anwar bin Ibrahim, yang meminta BPR menyiasat perkara pembelian saham bapanya dan pembelian rumah beliau sendiri. Jika jawapannya negatif, tindakan BPR kirimkan borang milik harta kepada mereka yang melaung-melaung kononnya mereka jujur dan bersih; dan

(c) apakah strategi baru disusun oleh BPR agar impian pucuk pimpinan negara dan rakyat yang ingin melihat sektor awam bersih dari amalan-amalan korup dan menyeleweng.

Menteri Pendidikan (Tuan Anwar bin Ibrahim): Jawatankuasa Khas Mengenai Pengurusan Kerajaan yang dibentuk pada 30 November 1988 bertujuan untuk mengesan dan mengkaji penyelewengan serta kekurangan di dalam pengurusan

kewangan Kerajaan yang merupakan satu usaha ke arah mengwujudkan pentadbiran Kerajaan yang bersih, cekap dan amanah. Selain daripada itu, Jawatankuasa ini ditugaskan merangka cara-cara untuk mencegah penyelewengan dan mempastikan tindakah-tindakan sewajarnya diambil secara berkesan.

Pengwujudan Jawatankuasa berkenaan tidaklah bermakna menjejaskan bidang kuasa serta tindakan-tindakan BPR kerana Jawatankuasa ini bukanlah sebuah Jawatankuasa Penyiasat dan ia tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan dan menjatuhkan hukuman. Ianya juga tidak ditugaskan untuk menyiasat kes­kes penyelewengan dan rasuah kerana telah wujud BPR sebagai sebuah agensi penyiasat untuk melaksanakan tugas­tugas berkenaan. Oleh yang demikian, Tuan Yang di-Pertua, pembentukan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pengurusan Kerajaan tidak bercanggah dengan kewujudan BPR, malahan kedua-dua pihak akan berganding bahu untuk mewujudkan satu jentera yang kuat dalam mencegah segala bentuk penyelewengan dan rasuah di dalam negara. Ianya juga tidak sedikit pun membantutkan apa-apa tindakan BPR kerana Badan berkenaan telah pun dibekalkan dengan kuasa undang­undang serta diberi sepenuh kebebasan untuk menyiasat sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat dan status.

Ingin saya tegaskan sekali lagi di dalam Dewan yang mulia ini bahawa penyiasatan BPR tidak pernah dan tidak akan dipengaruhi oleh mana­mana pihak. Sekiranya kes-kes yang disiasat itu mempunyai cukup bukti, orang-orang yang terlibat sudah pasti akan didakwa di Mahkamah selepas BPR mendapat keizinan untuk mendakwa dari Jabatan Peguam Negara dan bukannya Jawatankuasa berkenaan. Dengan demikian, soal kelewatan tidak timbul.

-------------------------------·----------

t

e

- "

Page 30: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

,

".}

"'···

553 30 MAC 1989 554

Merujuk kepada soalan kedua Ahli Yang Berhormat itu, setakat ini belum ada bekas-bekas Menteri dan Timbalan Menteri serta bekas-bekas Pengerusi Badan-badan Berkanun yang meminta BPR menyiasat harta-harta mereka. Tuan Yang di-Pertua, bukanlah menjadi bidang tugas BPR untuk mengirimkan borang pengisytiharan harta atau borang milik harta k~pada mereka yang berkenaan. Sehubungan dengan ini juga, ingin saya maklumkan bahawa BPR akan mula bertindak bila mana menerima maklumat atau aduan dan suka saya memperingatkan bahawa kita tidak boleh dengan sesuka hati menyiasat sesiapa sahaja tanpa asas­asas yang munasabah demi menjaga keadilan dan hak-hak kebebasan individu.

Menjawab soalan terakhir daripada Ahli Yang Berhormat berkenaan, sukacita juga saya nyatakan di dalam Dewan Yang mulia ini bahawa pihak BPR sentiasa dari masa ke semasa mengkaji dan memperbaiki strategi­strategi serta tindakan-tindakan selaras dengan perubahan dan perkembangan masa. Pegawai-pegawai BPR sentiasa di latih dan dilengkapkan dengan teknik-teknik dan strategi-strategi terbaru terutamanya di dalam bidang siasatan agar setiap pegawai mampu bertindak lebih cepat daripada pelaku­pelaku rasuah. Teknik-teknik serta strategi-strategi berkenaan adalah merupakan perkara-perkara yang tidak boleh diumumkan kepada ramai kerana ianya akan menjejaskan usaha-usaha dan tindakan-tindakan BPR untuk memerangkap pelaku-pelaku rasuah. Dengan demikian, saya tidak dapat menjelaskannya di Dewan ini. Walau bagaimanapun, secara umumnya usaha-usaha BPR untuk mem­pertingkatkan pencegahan rasuah dan penyelewengan di dalam perkhidmatan awam dijelaskan seperti berikut:

5.1. melancarkan lawatan-lawatan mengejut di kaunter-kaunter pintu masuk ke negara ini yang

mana ban yak berurusan dengan orang ramai;

5.2. mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan ketua­ketua jabatan serta pegawai-pegawai tinggi Kerajaan mengenai langkah-langkah pencegahan rasuah jika perlu;

5.3. mempergiatkan kempen pencegahan rasuah menerusi aktiviti-aktiviti dan program­program pendidikan serta perhubungan masyarakat secara "interpersonel" atau melalui media massa;

5.4. mengedarkan seluas-luasnya bahan-bahan penerangan seperti poster, risalah dan bahan-bahan penerangan yang lain yang menekankan tentang ancaman serta kesan buruk rasuah;

5.5. menjalankan penyelidikan ke atas sistem pentadbiran jabatan Kerajaan yang boleh membuka peluang rasuah dan membuat perakuan untuk mengatasinya; dan

5.6. menganjurkan seminar dan bengkel perbincangan tentang pencegahan rasuah.

KEMALANGAN JALAN RA YA­PERANGKAAN

31. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Pengangkutan menyatakan jumlah bilangan kenderaan dan pemandu serta penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya serta yang terbunuh dan cedera dari tahun 1987 hingga 28hb Februari 1989 dan mengikut rekod berapa banyak/ ramai pula bilangan kereta Teksi dan penumpangnya yang terlibat kemalangan disebabkan penumpang­nya berasmara dalam Teksi jika ada dalam masa perjalanan.

Datin Paduka Ha.liah Zaleha binti Ismail: Perangkaan kemalangan Jalan Raya yang dapat diproses oleh pihak

---· ·---·· ----

Page 31: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

555 30 MAC 1989 556

Polis Di Raja Malaysia hanyalah setakat 31hb Disember 1988. Pada tahun 1987 sebanyak 76,882 kema­langan jalan raya telah berlaku di mana 131,609 buah kenderaan adalah terlibat dengan 2,290 kematian, 6,096 cedera parah dan 12,931 cedera ringan. Sementara sepanjang tahun 1988 sebanyak 73,250 kemalangan jalan raya telah berlaku dan telah melibatkan sejumlah 104,481 buah kenderaan dengan 2,354 kematian, 6,529 mengalami cedera parah dan 13,655 mendapat cedera ringan.

Pihak Polis Di Raja tidak me­nyimpan rekod mengenai bilangan kereta teksi dan penumpangnya yang terlibat kemalangan disebabkan penumpangnya berasmara dalam teksi dalam masa perjalanan.

SKIM PERUMAHAN PEKERJA LADANG

32. Tuan P. Balaram minta Menteri Buruh menyatakan bahawa berapa banyakkah ladang-ladang getah dipunyai oleh PNB (Perbadanan Nasional Berhad). Di antara ladang­ladang getah itu berapa banyakkah sudah dan sedang melaksanakan skim perumahan untuk pekerja-pekerja­nya.

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Perbadanan Nasional Berhad (PNB) tidak memiliki mana­mana ladang secara langsung tetapi mempunyai kepentingan dari segi penyertaan "equity" dalam tiga Syarikat perladangan seperti berikut:

(i) Kumpulan Guthrie 70% Bhd.

(ii) Harrison Malaysia 41.68% Plantation Bhd. (HMPB)

(iii) Sime Darby Berhad 6.9 %

Kumpulan Guthrie Bhd. baru melancarkan satu Skim Pemilikan perumahan pekerja di Sungai Dingin

Kedah untuk membina 200 unit rumah kos rendah dan kos sederhana di atas 5.8 hektar tanah. Syarikat perla­dangan ini juga kini sedang melak­sanakan satu lagi Skim Memiliki Rumah Pekerja untuk membina 83 unit rumah kos rendah, 109 unit rumah kos separuh rendah dan 8 unit rumah kedai di atas 6.8 hektar tanah di Tanah Jerai, Kulim, Kedah.

Berkenaan dengan "Harrison Malaysia Plantation Bhd." (HMPB), pada dasarnya Syarikat Perladangan ini tidak melaksanakan apa-apa Skim Memiliki Rumah Pekerja tetapi ada menyediakan kawasan perumahan yang secukupnya untuk semua pekerja ladangnya mengikut peruntukan­peruntukan Akta (Piawai Minima Perumahan) Pekerja 1966.

Berhubung dengan Sime Darby Bhd. Perbadanan Nasional Bhd. hanya mempunyai penyertaan "equity" pada kadar 6.9% sahaja dan tidak mempunyai kepentingan yang besar dalam syarikat ini.

Waiau bagaimanapun, bagi mak­luman Ahli Yang Berhormat, Sime Darby Plantation Bhd. menjalankan dua Skim Memiliki Rumah Pekerja, satu di Ladang Sungai Buluh Kuala Selangor dan satu lagi di Ladang Tennamaram Batang Berjuntai Selangor Darul Ehsan. Di bawah Skim Sungai Buluh, 150 unit rumah kembar dan 4 unit rumah telah dibina. Skim Memiliki Rumah Pekerja Tennamaram mengandungi 110 unit rumah teres setingkat . dan 8 buah rumah kedai.

DRAMA RADIO DI RANGKAIAN MERAH

33. Puan Valli Muthusamy minta Menteri Penerangan menyatakan kenapa rancangan drama Radio me­lalui Rangkaian Merah dikurang­kan kepada satu drama dalam seminggu sahaja pada hal drama seperti ini boleh membawa message yang berguna kepada masyarakat di

(

t\

~-..-. '-

Page 32: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

• )

/,,., ... ,

~

~

557 30 MAC 1989 558

samping menggalakkan penulis dan artis tempatan.

Dato' Haji Dusuki bin Haji Ahmad: RTM sedang menyiarkan 5 buah drama setiap minggu pada masa­masa berikut dan bukan sebuah drama Tamil setiap minggu seperti difahamkan oleh Yang Berhormat. Drama tersebut disiarkan pada hari dan masa seperti berikut:

Corak

Isnin Jam 7.15-7.30 Drama Bersiri malam

Selasa Jam 7.15-7.30 Cerpen malam

Ra bu Jam 7.15-7.30 Kisah dan malam- Tauladan

Sabtu Jam 10.30-10.15 Drama Kanak-pagi kanak

Abad Jam 7.00-7.30 Pentas Drama malam

Kementerian ini senantiasa memastikan supaya drama-drama tersebut membawa mesej-mesej yang positif kepada masyarakat secara amnya.

PERKHIDMATAN TELEFON

34. Tuan V. K. Sellapan minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan:

(a) kenapa talian telefon tidak dibekalkan kepada pemohon­pemohon dari Sepang, Sungai Pelek, Taman Teluk Merbau, Selangor Darul Ehsan. Walaupun sebilangan besar penduduk sudah lama memohon kepada pihak yang berkenaan; dan

(b) bilakah cadangan untuk memin­dahkan lbusawat Telefon bagi kawasan Sepang dan Sungai Pelek, Selangor Darul Ehsan dari Negeri Sembilan ke Negeri Selangor Darul Ehsan.

Tuan Ong Tin Kim:

(a) Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STM) pada masa ini sedang mengambil tindakan menyediakan talian untuk mem­bolehkan perkhidmatan telefon dibekalkan kepada beberapa tempat di sekitar Sungai Pelek dan Sepang, Selangor Darul Ehsan. Adalah dijangkakan bahawa perkhidmatan telefon akan dapat dibekalkan kepada pemohon-pemohon di Bukit Bakong, kawasan sekitar hadapan Balai Polis, pejabat pos dan pasar Sungai Pelek pada bulan April 1989. Pemohon di Sepang New Village, Bukit Pelanduk dan kawasan Rumah Murah Sepang dijangka dapat diberikan perkhidmatan pada bulan Julai atau Ogas 1989 manakala pemohon di Taman Teluk Merbau akan diberikan per­khidmatan pada tahuri 1990.

(b) STM tidak ada cadangan un­tuk memindahkan kedudukan hubungan ibusawat-ibusawat Sepang dan Sungai Pelek yang sekarang ini berada dalam rangkaian hubungan Negeri Sembilan, balik ke rangkaian hubungan Negeri Selangor sungguhpun kedua-dua ibu­sawat itu berada dalam Ne­geri Selangor. Ini adalah kerana penentuan dan pene­tapan nombor kod bagi semua tempat di seluruh negara yang dikenali sebagai "Community of interest" atau pertalian hu­bungan masyarakat di antara satu tempat dengan satu tempat yang lain, atau di antara satu daerah dengan satu daerah yang lain.

Dalam hubungan ini sempadan negeri tidak menjadi kriteria penentuan, .malah dari segi rangkaian telekomunikasi, penetapan kod berkenaan tidak

Page 33: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

559 30 MAC 1989 560

ada kena mengena dengan sempadan negeri. Sebagai contoh kod 09 digunakan untuk negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Begitu juga dengan kod 03, yang digunakan bagi negeri Selangor dan Wilayah. Persekutuan.

PETRONA~KILANG PENAPIS MINYAK DI MELAKA

35. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Perdana Menteri menyatakan apakah kedudukan projek kompleks "refinery" yang dicadangkan di Melaka dan PETRONAS. Apakah garispanduan tawaran dari segi penglibatan kontraktor tempatan.

Dato' Dr Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Projek Kilang Penapis Minyak PETRONAS di Melaka sedang dilaksanakan mengikut jadual. Kerja-kerja Rekabentuk Kejuruteraan Asas (Basic Engineering Design) sedang dijalankan· manakala kerja-kerja pembersihan tapak akan dimulakan tidak lama lagi. Kerja­kerja Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan Kilang Penapis Minyak tersebut dijangka memakan masa selama 24 bulan, bermula dari awal tahun 1990 dan loji ini dijangka siap pada tahun 1992.

PETRONAS sentiasa mengi-kut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan di dalam tawaran tender dan kontrak terutamanya dari segi penglibatan kontraktor-kontraktor tempatan. Dengan cara ini kontraktor-kontraktor tempatan akan berpeluang melibatkan diri dalam projek ini.

KAMPUCHEA-PENYELESAIAN POLITIK

36. Tuan G. Rajoo minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) pe~anan yang dimainkan oleh Malaysia dalam penyelesaian isu Kampuchea di forum-forum

antarabangsa seperti ASEAN dan JIM; dan

(b) halangan-halangan yang masih wujud dalam penyelesaian isu Kampuchea di rantau itu dan apakah pendirian Malaysia terhadap halangan-halangan terse but.

4-4-89

31. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Luar Negeri menyatakan sejauh manakah kemajuan telah dicapai dalam pertemuan tidak rasmi kedua (JIM II) di Jakarta baru-baru ini, di antara puak-puak yang bersengketa di Kampuchea itu, dan juga peranan Malaysia sepatutnya untuk mengatasi masalah tersebut dengan lain-lain jiran dalam ASEAN.

Menteri Luar Negeri (Dato' Abu Hassan bin HaJi Omar): Izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan dari Ahli Yang Berhormat Tuan Hassan bin Nam untuk mesyuarat pada 4hb April, 1989.

Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Malaysia beserta negara-negara ASEAN yang lain, telah b_erusaha mencari penyelesaian politik yang komprehensif mengenai masalah Kampuchea sejak bermulanya pencerobohan Vietnam terhadap Kampuchea pada bulan December 1978. Soal pokok di dalam masalah ini ialah pengunduran tentera Vietnam dari Kampuchea. Perkara ini dititik beratkan oleh ASEAN dan masyarakat antarabangsa iaitu dengan mendesak Vietnam mengundur tenteranya keluar dari Kampuchea di bawah pengawasan antarabangsa. Usaha penyelesaian politik ini merangkumi beberapa prinsip termasuk isu "National Recon­ciliation" agar semua pihak­pihak Khmer yang berbalah dapat bersetuju dan bekerjasama di bawah pimpinan Putera Sihanouk demi

••

~

I;

,.

Page 34: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

r"·

' )

·~

~ .--

561 30 MAC 1989 562

menegakkan satu Kerajaan negara Kampuchea yang didokong oleh rakyat Kampuchea melalui pilihanraya yang dikelolai bersama oleh masyarakat antarabangsa. Isu pengawasan antarabangsa untuk mengelakkan tercetusnya kembali dasar "genocide" juga dititikberatkan. Isu "International Guarantee" untuk menjamin kemerdekaan, kedaulatan dan kedudukan Kampuchea sebagai negara berkecuali adalah juga penting. Perkara ini melibati perlunya diadakan persidangan antarabangsa mengenai Kampuchea yang juga akan meneliti soal-soal berkaitan seperti soal bantuan antarabangsa mengenai pembangunan Kampuchea dan Vietnam pada keseluruhannya.

Penyelesaian soal Kampuchea secara komprehensif ini akan mengujudkan keamanan dan kestabilan bukan sahaja di Kampuchea- bahkan di rantau Asia Tenggara sejajar dengan usaha Malaysia dan negara-negara ASEAN menuju ke matlamat menegakkan rantau ini sebagai rantau aman, bebas dan berkecuali.

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa usaha kita dan negara ASEAN yang lain dengan sokongan masyarakat antarabangsa adalah berlandaskan pada penyele­saian secara politik. Dalam konteks ini, saya ingin memaklumkan bahawa proses perundingan di antara pihak­pihak yang berkenaan telah pun dimulakan melalui mesyuarat tidak rasmi Jakarta (JIM I) di Bogor, Indonesia pada 25 - 28 Julai 1988 di mana soal-soal berkaitan dengan keseluruhan masalah tersebut dititik­beratkan. Malaysia menyokong sepenuhnya proses JIM ini dan akan berusaha dengan negara-negara ASEAN yang lain untuk memperluaskan persefahaman di kalangan pihak-pihak berkenaan yang terlibat. Usaha-usaha melalui proses JIM ini telah mendapat sokongan bukan sahaja dari pihak berkenaan

yang terlibat bahkan juga dari kuasa­kuasa luar yang mempunyai peranan tertentu untuk mempengaruhi agar penyelesaian yang muktamad diperolehi. Masyarakat antarabangsa pada keseluruhannya juga rnemberi sokongan yang kuat agar usaha yang dipelopori oleh negara-negara ASEAN diberi galakan dan sokongan­sokongan yang tertentu. Ini terbukti semasa perbahasan soal Kampuchea ini berlangsung di Persidangan Umum Bangsa-bangsa Bersatu sessi Ke 43 (UNGA) pada awal bulan November tahun yang lalu, di mana pendirian negara-negara ASEAN telah mendapat sokongan yang tcrbanyak sejak perkara ini dibincangkan di PBB pada tahun 1979.

Mesyuarat Tidak Rasmi Jakarta yang Kedua atau JIM II Peringkat Menteri yang telah diadakan dari 19-21 Februari telah pun mergeluar­kan satu "framework" untui µenye­lesaian politik yang komp1 nensif. "Framework" ini mengandungi perkara-perkara yang mana telah dipersetujui secara prinsip oleh semua belah pihak dan termasuk perkara seperti pengunduran tentera Vietnam dari Kampuchea melalui penyelesaian politik secara keseluruhan dan dengan · jangkawaktu yang ditetapkan, penamatan bantuan luar kepada puak­puak Khmer yang berbalah, perlunya ada "national reconciliation", "International Control Mechanism", Persidangan Antarabangsa dan penubuhan kawasan Asia Tenggara sebagai kawasan bebas, dan berkecuali. Namun demikian ada beberapa perkara yang masih belum menemui persetujuan puak-puak Khmer. Puak-puak Khmer yang berbalah ini masih tidak bersetuju cara untuk menubuhkan Kerajaan sementara di Kampuchea sebelum pilihanraya diadakan. Pihak Hun Sen mahu sebuah "National Reconciliation Council" ditubuhkan manakala pihak CGDK mahukan Kerajaan sementara ditubuhkan yang menggabungkan keempat puak

Page 35: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

563 30 MAC 1989 564

Khamer itu di bawah pimpinan Putera Sihanouk. Kedua-dua belah pihak juga belum bersetuju mengenai pengawasan yang akan diadakan Kampuchea. Pihak Hun Sen inginkan "International Control Commission" manakala pihak CGDK mahukan "International Peace Keeping Force" yang dikendalikan oleh pihak Bangsa­bangsa Bersatu. Namun demikian, pihak Khmer telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan dalam masa 4 bulan untuk mencari kata sepakat dan keputusannya akan dikemukakan melalui Pengerusi JIM II untuk perhatian selanjutnya.

Harapan Malaysia ialah supaya pihak-pihak Khmer itu dapat men­capai persetujuan supaya perkara seperti "national reconciliation" boleh tercapai melalui penyele­saian politikal yang komprehensif. Malaysia berpendapat bahawa adalah wajar pengendalian "peace keeping force" di bawah Bangsa-bangsa Bersatu diadakan, memandangkan pengalaman PBB dalam perkara ini. Malaysia akan terus berusaha dan memainkan peranan yang aktif supaya penyelesaian politik secara komprehensif melalui proses per­undingan JIM ini tercapai demi kepentingan rakyat Kampuchea dan kawasan serantau ini.

PELABURAN ASING

37. Tuan Hassan bin Harun minta Menteri Perdagangan dan Perin­dustrian menyatakan:

(a) berapa banyakkah jumlah pelaburan asing sepanjang tahun 1988 dan dalam bidang apa;

(b) apakah agihan pelaburan tersebut mengikut tiap-tiap negeri; dan

(c) apakah rancangan Kerajaan untuk membantu negeri-negeri yang k~rang berjaya menarik pelaburan dari luar negeri.

Tuan M. G. Pandithan: Untuk makluman Yang Berhormat meman­dangkan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dan Yang Berhormat Puan Ainon Ariffin pada 3hb. April, 1989, adalah mengenai perkara yang sama, oleh itu saya bercadang untuk memberi jawapannya pada hari ini.

(a) Bagi tempoh tahun 1986 hingga Februari 1989, sejumlah 1,643 projek perkilangan telah di­luluskan oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Daripada jumlah ini, 1,069 adalah projek perkilangan yang diluluskan dengan penyertaan negara asing. Jumlah anggaran modal pelaburan asing dalam 1,069 projek tersebut adalah sebanyak $10.8 billion. Pecahan pelaburan asing mengikut tahun adalah seperti berikut:

Tahun

1986 1987 1988 1989 (Jan-Feb)

Jumlah

Anggaran Pelaburan

Asing ($ Juta)

1,687.9 2,060.0 4,878.0 2,198.9

10,824.8

Anggaran pelaburan asing bagi tahun 1988 lebih tertumpu dalam industri barang-barang elektrik dan elektronik ($1.2 billion). Ini diikuti dengan industri kimia & barang-barang kimia ($0.8 billion), barang­barang getah ($0.7 billion) dan industri barang-barang logam asas ($0.6 billion).

(b) Dari segi agihan mengikut negeri, pelaburan asing bagi tahun 1988 lebih tertuQipu di negeri Johor, ($1.4 billion). Ini diikuti dengan negeri Selangor ($1.3 billion), Sarawak ($0.6 billion) Pulau Pinang ($0.6

--...,,

... "

- "'

Page 36: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

' ' ~

~

r.

t) r"" _.,,

565 30 MAC 1989 566

billion) dan Pahang ($0.4 million)

(c) Untuk makluman Yang Ber­hormat, pihak Kerajaan pusat telah pun mengambil langkah­langkah sesuai untuk mengem­bangkan lagi pelaburan di negeri-negeri yang masih mundur dengan memper-kenalkan Akta Penggalakan Pelaburan, 1986 yang me­rangkumi sektor-sektor _per­

kilangan, pertanian dan juga pelancongan. Di samping itu, insentif-insentif baru seperti Taraf Perintis telah juga diper­kenalkan bagi industri-industri kecil yang boleh dibangunkan. Usaha-usaha ke arah ini telah juga dibuat oleh kerajaan­kerajaan negeri dengan menu­buhkan J awatankuasa-j aw a tan kuasa Penyelarasan Perindus­trian dengan pihak Lembaga Kemajuan Perindustrian Malay­sia dan dengan memperkenal­kan insentif-insentif tertentu di peringkat kerajaan negeri seperti mengurangkan harga tahah perindustrian, me­manjangkan tempoh bayaran tan ah perindustrian dan memberi diskaun harga tanah untuk menarik pelaburan ke kawasan-kawasan kurang maju.

( d) Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan oleh pihak MIDA keatas Kemajuan Peringkat Pelaksanaan projek­projek perkilangan yang diluluskan seperti pada 30hb. Jun, 1988, daripada sejumlah 498 projek yang diluluskan dengan penyertaan negara asing bagi tempoh 1986-1987, 229 projek telah dilaksanakan dengan cadangan gunatenaga sebanyak 36,371. Sementara, 213 projek adalah dalam peringkat awal pelaksanaan dengan cadangan gunatenaga sebanyak 29,706.

Untuk makluman YB, walaupun pecahan gunatenaga mengikut bangsa tidak dapat diberi tetapi pihak Kerajaan telah mengenakan syarat keatas syarikat-syarikat perkilangan yang mana syarikat berkenaan hendaklah seboleh-bolehnya mengambil serta melatih warganegara Malaysia supaya dapat mencerminkan dengan secepat mungkin yang boleh komposisi berbilang kaum penduduk negara bagi semua peringkat jawatan sehinggalah ke peringkat pengurusan.

(e) Ya, pemindahan Teknologi Moden kepada rakyat Malaysia yang berkenaan sedang berjalan lancar seperti yang di ran­cangkan. Pemindahan teknologi yang berkenaan juga terlibat dan diperkenalkan dalam pem­bangunan perindustrian dan dikawal dengan rapi oleh Ke­menterian Perdagangan dan Perindustrian.

KERETA BOMBA-KEGUNAAN

38. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd Salleh min ta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(i) berapa lamakah sesebuah kereta bomba itu digunakan; dan

(ii) berapa bilangan pasukan sukarela bomba tel ah ditubuhkan di seluruh negara hingga kini.

Datuk Haji Hussein bin Ahmad:

(i) Sesebuah kereta bomba jenis bertangki air yang kebanyak­kannya digunakan sebagai kenderaan utama di dalam operasi melawan kebakaran boleh memberi prestasi yang memuaskan selama 10-12

Page 37: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

567 30 MAC 1989 568

tahun. Bagi kenderaan khas, seperti tangga cakera putar (turn table ladder), dan pelantar hidrolik (hydrolic platform), jangkamasanya ialah antara 20-25; dan

(ii) Bilangan Pasukan Bomba Sukarela yang telah di­tubuhkan di seluruh negara adalah sebanyak 87 pasukan. Selain daripada pasukan bomba sukarela, terdapat 87 pasukan kadet bomba yang ditubuhkan di lnstitusi­institusi Pendidikan dan Maktab-maktab berasrama.

DASAR WANITA NEGARA

39. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Perdana Menteri menyatakan apakah perkembangan "Dasar Wanita Negara". Apakah maklumbalas yang didapati daripada wanita-wanita luar bandar.

Dato' Dr Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAW A), J abatan Perdana Menteri sedang dalam proses mengkaji laporan-laporan yang diperolehi dari­pada bcngkel-bengkel yang telah diadakan, untuk menghasilkan satu Dasar Wanita Negara yang mantap.

Hasil daripada bengkel yang diadakan untuk wanita luar bandar/ golongan bawahan, terdapat saranan­saranan <;eperti berikut:

(i) Inginkan tanggungjawab yang sama antara suami dan isteri dalam menguruskan rumah­tangga;

(ii) Mengemaskinikan dan me­ningkatkan keberkesanan penglibatan dan sumbangan wanita dalam kegiatan dan aktiviti masyarakat; dan

(iii) Kerajaan hendaklah memberi tempat minimum 20% kepada kaum wanita di dalam bidang­bidang politik, pendidikan, sosial dan ekonomi.

BAS MINI DI BANDAR-BANDAR

40. Puan Hajah Habldah binti Jusoh minta Menteri Perusahaah Awam menyatakan:

(a) bilakah Kerajaan hendak mengadakan bas-bas mini di bandar-bandar selain daripada KL supaya .kemudahan tersebut dapat dinikmati bersama oleh orang ramai di bandar-bandar/ negeri-negeri lain;

Menteri Perusahaan Awam (Dato Napsiah binti Omar):

(a) Sebelum saya menjawab soalan Ahli Yang Berhormat, izinkan saya menerangkan konsep bas mini yang sebenarnya.

Untuk makluman Yang Berhormat, bas mini adalah satu jenis perkhidmatan pengangkutan yang bersaiz kecil dengan jumlah penumpang tidak lebih daripada 25 orang dewasa. Kadar tambang ditetapkan 50 sen tanpa mengira jauh perjalanan. Perkhidmatan bas mini cuma terhad kepada Bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam sahaja dan bertujuan untuk menampung keperluan peng­angkutan awam yang men­desak. Setakat ini, Kemen­terian saya belum bercadang untuk meluaskan penggunaan­nya di mana-mana bandar atau kawasan lain di Semenanjung Malaysia kerana keperluan pengangkutan awam di tempat­tempat berkenaan telah pun dibekalkan oleh perkhidmatan bas berhenti-henti, kereta sewa ataupun beca roda tiga.

DICARA KES MAHKAMAH

41. Dr Tan Chong Keng minta Menteri Kehakiman menyatakan mengapa tarikh bicara kes mahkamah seringkali dipinda ka:dang-kadang

e

, 1

#

"

Page 38: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

a

. ,.

,....,

~

~,

569 30 MAC 1989 570

sehingga beberapa tahun sehingga membawa derita tunggu-menunggu oleh pihak-pihak berkenaan. Apakah tindakan yang diambil terhadap pegawai-pegawai mahkamah yang menyebabkan kehilangan fail-fail kes bicara sehingga menjejaskan keadilan diberikan kepada pihak yang berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Oo Gin Sun): Pada lazimnya kes mahkamah kadangkala dipinda atau ditangguh kerana pihak-pihak yang terlibat. memohon penangguhan di atas ketiadaan saksi a tau tidak menyediakan kes-kes mereka dengan lengkap untuk pembicaraan.

Setakat ini tiada apa-apa tindakan diambil terhadap pegawai mahkamah di atas kehilangan. fail kerana tiada bukti yang sahib.

BAS SEKOLAH MEMPUNYAI RADIO/KASET

42. Tuan K. Sivalingam minta Menteri Perusahaan Awam men­yatakan kebanyakan bas-bas sekolah mempunyai radio/kaset di mana lagu­lagu yang dimainkan, kebiasaannya berunsur lagu cinta dan lain-lain lagi kurang sesuai dengan keadaan murid­murid masa kini:

(a) apakah langkah atau tindakan awal pihak Kementerian untuk mengatasi perkara ini; dan

(b) adakah pihak Kementerian tidak bercadang untuk menyelaraskannya dengan hal­hal yang berkaitan dengan pelajaran.

Dato Napsiah binti Omar:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemasaran radio dan radio kaset serta corak lagu­lagu yang dimainkan di dalam bas sekolah adalah diluar bidang kuasa Kementerian

saya. Saya juga kurang pasti sama ada wujud sekarang undang-undang ataupun per­aturan bagi membendung per­buatan memainkan lagu-lagu yang kurang sesuai di dengar oleh murid-murid sekolah di dalam bas-bas sekolah. Sebaliknya, seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, radio dan radio kaset di dalam se­barang kenderaan adalah men­jadi fenomena biasa pada masa kini. Oleh itu Kementerian saya tidak bercadang untuk memperkenalkan sebarang undang-undang atau peraturan bagi mengatasi perkara yang dibangkitkan.

(b) Sukacita saya menegaskan bahawa Kementerian saya tidak ada kena mengena dengan lagu­lagu atau siaran yang disiarkan

. melalui radio-radio. Begitu juga halnya dengan kaset-kaset yang dimainkan di dalam bas-bas sekolah yang lebih merupakan cita rasa pemandu bas-bas sekolah terbabit.

BANK NEGARA-KEHILANGAN WANG

43. Puan Law Jack Yoon minta Kewangan menyatakan punca-punca utama yang menyebabkan kehilangan dua puluh dua juta ringgit dari Bank Negara pada masa dewasa ini.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Kes kehilangan wang Bank Negara sebanyak $22.2 juta baru-baru ini adalah berpunca dari perbuatan pecah amanah dan pensubahatan oleh kakitangan Bank Negara dan kakitangan sebuah bank tempatan. Dalam kes itu, kakitangan Bank Negara yang terlibat telah memal• sukan tandatangan-tandatangan pega­wai yang diberikuasa oleh Bank dalam urusan pemindahan wang.

Page 39: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

571 30 MAC 1989 572

Pemindahan wang daripada Bank Negara kepada bank-bank adalah merupakan amalan biasa dalam urusniaga pasaran wang ( dengan iziri Money Market Transactions). Pemindapan seumpama ini dilakukan setelah dokumen-dokumen mengenai urusniaga tersebut disahkan dan ditandatangani oleh pegawai-pegawai yang diberikuasa untuk memindahkan wang tersebut kepada bank-bank berkenaan. Dalam kes ini, wang $22.2 juta telah dipindahkan kepada sebuah cawangan bank tempatan apa­bila dokumen-dokumen mengenai urusniaga berkenaan didapati mempunyai tandatangan pegawai­pegawai yang diberi kuasa ke atasnya. Pegawai-pegawai yang membuat penyemakan ke atas dokumen­dokumen itu tidak mengesyaki sebarang penipuan kerana tandatangan palsu itu menyerupai tandatangan sah pegawai yang diberikuasa ke atas perkara itu.

Kes ini sekarang adalah dalam bidangkuasa pihak Polis.

PEGUAM DIHUKUM DI BAWAH CBT

44. Tuan P. Balaram minta Menteri Kehakiman menyatakan bahawa berapa ramaikah peguam-peguam di negara kita dihukum di bawah CBT dan berapakah jumlah wang yang terlibat dalam kes-kes itu. Apakah tindakan Kerajaan untuk membanteraskan amalan penipuan seperti ini.

Dato' Oo Gin Sun: Sehingga kini seramai 2 (dua) orang Peguam telah dihukum di bawah Kesalahan Pecah Amanah (CBT). Jumlah wang yang terlibat ialah $55,000.00.

Tindakan terhadap Peguam yang melakukan penipuan didakwa di bawah Undang-undang Kanun Kesiksaan (Penal Code). Di samping itu langkah-langkah sedang diambil untuk mengemaskinikan "Akta Profesen Undang-undang 1976"

supaya tindakan-tindakan berkesan terhadap perkara-perkara yang tidak diingini dilakukan oleh . mana-mana Peguam.

(Soalan No. 45. Sila lihat jawapan No. 5)

FERI MALAYSIA

46. Datuk Haji Abu Bakar bin Lajim minta Perdana Menteri menyatakan adakah Feri Malaysia bercadang untuk menambahkan bilangan feri yang ada bagi menjadikan satu tarikan kepa­da pelancong-pelancong luar negeri sempena tahun melancong 1990.

Dato' Dr Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Pada masa ini Kerajaan tidak bercadang untuk menambahkan bilangan kapal feri memandangkan kapal yang sedia adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan penumpang termasuk pelancong­pelancong dari luar negeri yang berulang-alik di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Namun demikian, sempena Tahun Melawat Malaysia 1990, Feri Malaysia akan mengaturkan beberapa aktiviti khusus. Sebagai satu strategi jangka panjang, Feri Malaysia sedang bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Pelancong Malaysia (TDC) untuk menyediakan "package" pelancongan yang akan ditawarkan kepada pelancong-pelancong dari dalam dan luar negeri.

PROMOSI TAHUN MELAWAT MALAYSIA

47. Tuan Tan Chai Ho min ta Menteri Kebudayaan :dan Pelancongan menyatakan berapakah perbelanjaan akan disediakan untuk menyambut Tahun Melawat ke Malaysia dan apa rancangan akan disediakan di Kuala Lumpur.

Tuan Abdul Rahman bin Soliman: Setakat ini sebanyak $2.5 juta telah

I

·~

4J

~ ..

Page 40: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

r-

~

j\

-/

\

~!""·'

573 30 MAC 1989 574

diperuntukkan untuk melaksanakan pr.omosi awal {publisiti) tentang Tahun Melawat Malaysia 1990. Jumlah perbelanjaan sepenuhnya yang disediakan belum lagi diputuskan.

Mengenai acara-acara di Kuala Lumpur, selain daripada program­program tahunan dan perayaan tradisi kaum seperti Hari Kebangsaan, Hari Raya Puasa, Deepavali, Tahun Baru Cina dan lain-lain, ada beberapa lagi (18) acara yang dirancang untuk diadakan sepanjang Tahun Melawat Malaysia 1990. Acara-acara tersebut meliputi pesta-pesta kebudayaan/ kesenian, acara-acara sukan (kebangsaan dan antarabangsa) dan pameran-pameran.

ISi RUMAH MISKIN KA WASAN BANDARILUAR BANDAR

48. Dr Ng .. {.ek Kiung minta Perdana Menteri menyatakan memandangkan kos hidup di kawasan bandar adalah lebih tinggi daripada di kawasan luar bandar:

(a) definisi suatu isirumah miskin kawasan bandar dan isirumah miskin ka\vasan luar bandar sepertimana yang digunakan dalam Rancangan-rancangan Malaysia bagi tujuan pengiraan kadar kemiskinan bagi tahun­tahun 1970 hingga hari ini;

(b) sumber data yang digunakan untuk mengira kadar kemiskinan mengikut kawasan bandar-desa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Drs Suleiman bin Mohamed):

(a) Suatu isirumah miskin kawasan bandar bagi Semenanjung Malaysia bagi tahun-tahun 1970 hingga hari ini didefinisikan sebagai isirumah yang tinggal di kawasan yang mernpunyai penduduk serarnai 10,000 orang dan lebih yang telah digezetkan sebagai kawasan bandar pada

masa Banci Penduduk 1970 dijalankan sementara isirumah kawasan luar bandar pula didefinisikan sebagai isirurnah yang tinggal di kawasan yang lain selain daripada yang disebutkan tadi.

Bagi Sabah dan Sarawak, isirurnah kawasan bandar bagi tahun-tahun 1970 hingga 1979 didefinisikan sebagai isirumah yang tinggal di kawasan yang rnernpunyai penduduk seramai 5,000 orang dan lebih yang telah digezetkan sebagai kawasan bandar pada masa Banci Penduduk, 1970 dijalaltkan. Isirumah bagi kawasan luar bandar ialah isirumah yang

· tinggal di kawasan yang lain selain daripada yang disebut tadi. Bagi tahun-tahun 1980 dan selepasnya, definisi isirumah kawasan bandar bagi Sabah dan Sarawak ialah isirumah yang tinggal di kawasan yang mempunyai penduduk 10,000 orang dan lebih yang telah digezetkan sebagai. kawasan bandar pada masa Banci Penduduk, 1980 dijalankan sementara isirumah kawasan luar bandar pula ialah yang tinggal di kawasan selain daripada yang disebutkan tadi. Sesuatu isirumah didefinisikan sebagai miskin sekiranya mempunyai jurnlah pendapatan yang kurang daripada pendapatan garis kerniskinan yang ditentukan bagi tahun­tahun berkenaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, purata kos hidup antara kawasan bandar dan luar bandar telah diambilkira dalarn pengiraan kadar kemiskinan.

(b) Sumber-sumber data yang 1digunakan untuk mengira kadar kerniskinan sama ada bagi kawasan bandar atau luar

· bandar ialah Penyiasatan

Page 41: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

575 30 MAC 1989 576

Selepas Banci, 1970, Banci Pertanian, 1977, Penyiasatan Pendapatan Isirumab, 1984 dan Penyiasatan Pendapatan Isi­rumab 1987 serta Angka tunjuk Harga Pengguna.

MAJLIS PERUNDINGAN EKONOMI NEGARA­

PENUBUHAN

49. Puan Ainon Ariffin minta Perdana Menteri menyatakan mengenai penububan "MPEN" dan perkem­bangannya sebingga ini.

Dato' Dr Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: J awapan kepada soalan yang berkaitan dengan Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN) telab pun saya jawab semasa menjawab soalan yang dikemukakan oleb Y.B. Tuan Haji

. Jaafar bin Harun pada 27 Mac 1989. Saya tidak ada apa-apa tambahan kepada jawapan tersebut.

MARDI-MUTU HASIL PERTANIAN

50. Tuan Mohd. Noor bin Bedah minta Menteri Pertanian menyatakan basil kejayaan yang dicapai oleh MARDI setakat ini dalam usaba meningkatkan pengeluaran basil-basil pertanian, dan sejaub manakab basil penyelidikan berkenaan memberi manafaat pada negara, terutamanya bagi usaba untuk meningkatkan pendapatan petani-petani.

Timbalan Menteri Pertanian (Dato' Alexander Yu Lung Lee): Sejak MARDI ditububkan banyak kejayaan telab dicapai. Pencapaian ini meliputi peningkatan basil dan mutu basil pertanian, bidang sistem pengendalian dan pengangkutan lepas tuai, pembungkusan, penyimpanan dan penggunaan basil pertanian:

Dalam konteks ini MARDI telab berjaya memberi sokongan yang jitu terbadap pembangunan industri padi dan beras, koko, buab-buahan, sayur­sayuran, ternakan dan makanan.

Di dalam industri padi MARDI bukan sabaja berjaya dalam menghasilkan benih-benib padi yang, mempunyai basil dan mutu yang tinggi tetapi juga telah berjaya untuk mengemukakan sistem teknologi pengeluaran, pengendalian, pengi­langan dan penyimpanan beras ber­sama-sama agensi-agensi yang ter­libat dalam pengeluaran beras di negara ini.

Dalam industri koko pula MARDI telab berjaya mengbasilkan teknologi pengeluaran koko secara klon, sistem pemeraman dan pengeringan yang baik yang mana dapat meningkatkan basil dan mutu pengeluaran koko di negara ini. Teknologi-teknologi ini telah pun diterimapakai oleb beberapa golongan sasaran.

Dalam industri buab-buaban pula MARDI bukan sabaja berjaya mengbasilkan benih-benib baru, tetapi juga telab dapat mewujudkan sistem pengangkutan , " dan pembungkusan buab-buaban seperti betik eksotika, pisang mas, belimbing besi dan jambu batu untuk pasaran luar negeri seperti Hong Kong, Jepun, Eropab dan Timur Tengah. Beberapa produk baru juga telab dihasilkan yang boleh memberi nilai tambaban terhadap beberapa jenis buah-buahan seperti jus, puree dan "cocktail" buah-buahan tropika dan lain-lain lagi.

Industri ternakan juga telah mendapat manfaat dari MARDI di mana basil penyelidikan yang dijalankan telah dapat mengenalpasti baka-baka tertentu untuk pengeluaran tenusu, daging dan it~k di negara ini. Penyelidikan yang ;' dijalankan di MARDI juga / telah berjaya membolehkan industri kelapa sawit untuk mengeksport bahan sampingan seperti isi rong kelapa sawit, "palm oil

It

-"

r

-~ <"-

Page 42: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

,-..

"

It

",.·'"

577 30 MAC 1989 578

effluent" untuk dieksport sebagai makanan ternakan. Kulit koko basil pengeluaran koko juga telah berjaya digunakan oleh pekebun-pekebun kecil untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada makanan ternakan lembu.

flasil daripada penyelidikan di bidang teK:nologi makanan beberapa usahawan-usahawan kecil dan industri-industri tertentu telan dapat diberi sokongan dan dibangunkan. Beberapa usahawan yang me-ngeluarkan produk-produk tra-disional seperti keropok, sos, produk dari kacang soya, telah diberi kursus-kursus dan bimbingan untuk membolehkan usahawan-usahawan ini menghasilkan produk-produk yang bermutu tinggi dan bersaing dengan usahawan-usahawan lain. Hasil dari penyelidikan dan bimbingan MARDI Malaysia telah berjaya mengeksport tepung santan (bersama S & P Coconut), jus buah-buahan (bersama PERDA), kordial belimbing besi, produk dalam retort (Berahim/ Dewana) dan lain-lain lagi.

Beberapa pencapaian lain lagi telah dicapai selain dari yang tersebut di atas. Oleh kerana MARDI ditugaskan untuk menjalankan penyelidikan, MARDI juga telah menjalankan beberapa kursus tertentu, mengadakan seminar, persidangan, mengeluarkan maklumat menerusi penerbitan dan juga menyediakan pakar runding kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan yang terlibat di dalam pembangunan pertanian. Ini adalah untuk mempastikan supaya teknologi-teknologi yang dihasilkan dapat diperolehi oleh para petani menerusi jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan ini.

Secara keseluruhannya, basil penyelidikan yang dijalankan oleh MARDI telah banyak memberi sumbangan terhadap pembangunan sektor pertanian negara dan juga

meningkatkan pendapatan petani, sebagai sebuah agensi yang memberi perkhidmatan sokongan pemba­ngunan pertanian MARDI telah berjaya mewujudkan teknologi untuk mencapai hasrat Pertanian Negara.

SKIM RUKUN TETANGGA

51. Tuan Azumu bin Tak minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Jabatan Perpaduan Negara berpuashati tentang pelaksanaan Skim Rukun Tetangga pada masa ini kerana banyak Jawatankuasa yang merungut yang Jabatan tersebut membazirkan wang kerana selalu menganjurkan Majlis-majlis Jamuan yang tidak kena pada tujuan skim itu ditubuhkan.

Dato' Oo Gin Sun: Jabatan Perpaduan Negara memang ber­puashati dengan pelaksanaan Skim Rukun Tetangga pada masa ini. Ini terbukti dengan penambahan bilangan Rukun Tetangga dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini atas permintaan rakyat sendiri.

Sa ya kurang pas ti J awatankuasa­jawatankuasa mana yang di­maksudkan oleh Ahli Yang Ber­hormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Majlis-majlis Ja­muan seperti ini adalah dianjurkan oleh Rukun Tetangga sendiri dengan Jabatan Perpaduan Negara sebagai penasihatnya. Jadi tidak ada sebab kenapa Jawatankuasa ini merungut.

Skim Rukun Tetangga kini adalah lebih menekankan pada pemupukan semangat kejiranan di kalangan jiran setempat. Pemupukan semangat kejiranan ini di antara lain, digalak­kan melalui aktiviti-aktiviti ke­masyarakatan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Rukun Tetangga di peringkat tempatan. Aktiviti-aktiviti penggalakan yang dianjurkan itu terdiri daripada beberapa bidang seperti sukan, sosial, rekreasi, pendidikan, kebajikan, kebudayaan dan sebagainya.

Page 43: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

579 30 MAC 1989 580

Majlis Jamuan yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat merupakan salah satu aktiviti di bawah bidang sosial yang dianjurkan oleh J awatankuasa-jawatankuasa Rukun Tetangga di peringkat tempatan. Aktiviti ini biasanya dianjurkan bersempena dengan Hari-hari Kebangsaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Krismas dan Hari-hari perayaan seperti Pesta Menuai, Hari Keputeraan D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Sultan, Hari Jadi T.Y.T. Yang Di­Pertua Negeri dan seumpamanya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Perpaduan Negara juga menganjurkan aktiviti­aktiviti lain yang lebih diutamakan seperti Khemah Kerja Kejiranan, Jiran Muda dan sebagainya.

Apa yang perlu ditegaskan di sini ialah apa jua aktiviti penggalakan termasuk Majlis Jamuan adalah merupakan satu aktiviti yang boleh memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk bertemu dan berinteraksi ke arah pencapaian matlamat pemupukan semangat kejiranan di kalangan jiran setempat. Dengan ini fan ya tidaklah membazirkan wang sebagainya didakwa.

RACUN SERANGGA­PENGGUNAAN PETANI

52. Puan Norani binti Haji Beluah minta Menteri Pertanian menyatakan apakah tindakan dan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak Kementerian bagi mempastikan petani-petani dan · pekebun-pekebun kecil tidak menggunakan racun serangga berlebihan yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Pertanyaan ini telah dijawab pada 28hb Mac, 1989. Oleh yang demikian

saya tidak bercadang untuk rnembuat apa-apa tambahan kepada jawapan terse but.

RANCANGAN PEMAKANAN TAMBAHAN

53. Tuan Haji Abd. Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pendidikan menyatakan, memandangkan ran­cangan makan tambahan Ke­menterian Pendidikan kepada seko­lah-sekolah rendah adalah satu rancangan yang sangat baik:

(a) adakah rancangan ini akan diteruskan pada masa akan datang.

(b) berapakah jumlah peruntukan yang disediakan pada tahun ini.

(c) berapa ramai jumlah murid yang terlibat dengan rancangan ini bagi tahun 1986, 1987, 1988.

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr Leo Michael Toyad): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Kementerian Pendidikan akan terus menyelenggarakan Ran­cangan Makanan Tambahan (RMT) selagi kumpulan sasa­ran masih wujud dan per­untukan tahunan yang di­pohon oleh Kementerian ini diluluskan oleh pihak yang berkenaan.

(b) Peruntukan sejumlah $34.5 juta adalah diperlukan bagi tahun ini.

(c) Bilangan kumpulan sasaran mengikut tahun-tahun yang diminta adalah seperti berikut:

1986 : 240,000 orang murid

1987 : 260,000 orang murid

1988 : 260,000 orang murid

TENTERA MALAYSIA BERTUGAS DI IRAN-IRAQ

54. Tuan V. K. Sellapan min ta Menteri Pertahanan menyatakan

~

" "'

Page 44: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

r

'

It

i:I ,..~·

581 30 MAC 1989 582

keberkesanan pasukan pendamai tentera Malaysia yang dihantar ke Iran-Iraq atas . jemputan Bangsa- · Bangsa Bersatu. Adakah missi tersebut akan terus dilaksanakan dan sama ada ia akan dilakukan di negara­negara lain.

Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-haj: Kecemerlangan prestasi Angkatan Tentera Malaysia sebagai pasukan pemerhati, Tentera Iran-Iraq Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIMOG) selama 6 bulan di Iraq adalah sangat membanggakan. Keberkesanan dan kemampuan pasukan pertama ini di dalam menjalankan tugas sebagai pasukan pengaman di Iran-Iraq dalam tempoh tersebut terbukti apabila permintaan penghantaran missi kedua ke sana untuk meneruskan kesinambungan tugas di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu.

Keyakinan pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap keupayaan dan kemampuan angkatan tentera Malaysia telah menyebabkan Kontinjen Malaysia sekali lagi diundang berkhidmat untuk "UNTAG" di Namibia sebagai pasukan pengaman.

Dari penglibatan-penglibatan m1, jelas menunjukkan tentera kita telah mempamerkan prestasi yang membanggakan semasa menjalankan tugas-tugas mereka · di sana. Penyertaan negara dalam pasukan pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengharumkan lagi nama Malaysia di mata dunia. Missi pengaman akan diteruskan selagi pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu masih berkeyakinan terhadap kemampuan tentera kita. Begitu juga dengan keanggotaan tentera Malaysia dalam "UNIMOG" ianya bergantung kepada keputusan dan undangan pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

PERMIT KERJA KEPADA BURUH ASING

55. Tuan G. Rajoo minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah permit kerja yang dikeluarkan kepada orang-orang asing untuk bekerja di ladang-ladang negara ini, mengikut negeri. Nyatakan juga dari manakah orang-orang asing itu datang bekerja dan apakah sebab-sebabnya permit kerja ini dikeluarkan kepada mereka.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Sehingga 1 Mac 1989, seramai 5,886 orang buruh asing telah dikeluarkan dengan pas lawatan (kerja sementara) yang membenarkan mereka bekerja di ladang-ladang di negeri-negeri:

l. Kedah dan - 5,509 orang Perlis

2. Pahang dan - 377 orang Perak

5,886 orang

Mereka ini datang daripada Thailand, Bangladesh dan Indonesia. Mereka dibenarkan bekerja di sektor perladangan untuk memenuhi keperluan mendesak tenaga buruh di sektor tersebut memandangkan buruh-buruh tempatan tidak berminat bekerja di ladang-ladang tersebut.

KEM PENDATANG HARAM VIETNAM DI PULAU BIDONG

56. Puan Hajjah Habidah binti Jusoh minta Perdana Menteri menyatakan apakah perkembangan yang dilakukan setakat ini untuk mengosongkan Pulau Bidong dari pendatang-pendatang haram Vietnam. ~ebagaimana yang pernah dijanjikan pulau tersebut akan dikosongkan pada bulan April 1989 ini.

3-4-89

25. Tuan Azrnan Atar bin Othman minta Perdana Menteri menyatakan sehingga bilakah negara ini harus

Page 45: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

583 30 MAC 1989 584

menerima pelarian Vietnam yang sebenarnya bukan lagi tergolong di bawah takrif pelarian/mangsa perang; apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil untuk menghentikan keadaan yang masih berlaku.

Dato' Oo Gin Sun: Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan sedang berusaha untuk menutup Kem Pendatang Haram Vietnam (PHY) di Pulau Bidong. Kem tersebut akan dituntut sepenuhnya apabila semua PHY yang ada di pulau itu selesai dipindahkan ke negara-negara ketiga, dan tidak ada lagi pendatang­pendatang haram baru yang mendarat di Malaysia.

Bagi meningkatkan kadar pemindahan pendatang-pendatang haram ke negara-negara ketiga, Kerajaan telah mempertingkatkan usaha-usaha diplomatik dengan mengadakan lebih banyak rundingan­rundingan dan lawatan di peringkat dua hala (bilateral) dan "multilateral" dengan negara-negara ketiga. Di samping itu Kerajaan juga mendesak pihak UNHCR serta negara-negara ketiga supaya meningkatkan kadar pengambilan dan mengambil seberapa segera pendatang-pendatang haram yang ada di negara ini. Sekiranya pihak UNHCR dan negara-negara ketiga masih tidak memberi sebarang perjanjian (commitment) maka Kerajaan akan mengambil tindakan­tindakan positif ke atas pendatang­pendatang haram itu mengikut undang-undang negara.

Sehingga kini Kerajaan belum dapat menentukan sampai bilakah negara ini harus menerima pelarian-pelarian itu. Waiau bagaimanapun, dalam usaha mencegah kedatangan pendatang­pendatang haram yang baru, Kerajaan Malaysia beserta dengan negara­negara ASEAN yang lain telah membuat keputusan dan mengisyti­harkan bahawa 14 Mac 1989 sebagai tarikh pemutus (Cut Off Date) kepada pendatang-pendatang haram yang

baru. Dengan pengisytiharan itu pendatang-pendatang haram yang mendarat selepas tarikh tersebut tidak lagi layak untuk dipindahkan secara otomatik ke negara-negara ketiga. Mereka akan menjalani proses tapisan (screening) bagi menentukan sama ada mereka itu penghijrah ekonomi (economic migrants) ataupun pelarian perang yang sebenar (bona-fide refugees). Dalam hal ini hanya pendatang haram sebenar sahaja akan dipindahkan ke negara-negara ketiga.

Langkah ini merupakan amaran yang bertujuan untuk mengelakkan kebanjiran pendatang-pendatang haram Vietnam ke negara ini. Keputusan tersebut telah dicapai dalam Mesyuarat Persediaan kepada Persidangan Antarabangsa mengenai orang-orang pelarian Indochina yang diadakan di Kuala Lumpur pada 7 hingga 9 Mac 1989 yang lalu.

INSURANS NYA WA TERHADAP PENUMPANG

57. Dr Tan Chong Keng minta Menteri Pengangkutan menyatakan langkah­langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memerlukan pengangkutan awam seperti Keretapi Tanah Melayu, Feri Pulau Pinang dan Malaysian Airlines System mengadakan insurans terhadap nyawa dan keselamatan penumpang-penumpang.

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Tanggungjawab KTM ke atas penumpang adalah termaktub dalam seksyen 57, Ordinan Keretapi 1948.

Menurut peruntukan ini KTM tidak akan bertanggungjawab bagi segala kecederaan diri yang menimpa para penumpang melainkan di mana kecederaan diri tersebut disebabkan oleh kesalahan Pentadbiran KTM atau mana-mana kakitangannya.

W alau bagaimanapun, buat masa sekarang KTM, dengan bantuan pihak Bank Negara, sedang mengkaji beberapa cadangan insurans ke atas

------------------------- -·"---

e

~

Page 46: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

,.,.,.,,

..

..

~ /" ..

585 30 MAC 1989 586

penumpang-penumpangnya sebelum satu skim insurans dapat dilaksanakan. Bentuk insurans yang mungkin dilaksanakan kelak akan tertakluk kepada tiga pilihan, iaitu:

(i) KTM menggunakan khidmat syarikat insurans luar;

(ii) KTM mengeluarkan insurans sendiri, atau pun; dan

(iii) KTM tidak mengambil insurans dan kekal seperti sekarang.

Berhubung dengan Feri Pulau Pinang, sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mempunyai polisi insurans Tanggungan Awam yang pada amnya meliputi kecederaan atau kematian kepada seseorang atau kehilangan harta benda pihak ketiga dalam kemalangan yang terjadi dalam kawasan pelabuhan termasuk feri SPPP.

Berkenaan dengan langkah-langkah yang diambil demi keselamatan penumpang-penumpang feri, pihak SPPP akan:

(i) terus menyelenggara feri-feri mengikut peraturan-peraturan keselamatan yang dibuat oleh Pemeriksa-pemeriksa Kapal­kapal Semenanjung Malaysia;

(ii) menukar mana-mana alat yang kurang sempurna apabila feri masuk limbungan untuk penyelenggaraan tahunan; dan

(iii) mempertingkatkan lagi per­aturan pengendalian feri­feri semasa merapat dan keluar dari tambatan.

Mengenai Malaysian Airline System, sukalah saya memaklumkan bahawa Penerbangan Malaysia (MAS) sememangnya mengadakan aturan­aturan insurans terhadap nyawa dan keselamatan penumpang-penum­pangnya.

WANITA DALAM ANGKATAN TENTERA

58. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pertahanan menyatakan:

(a) apakah sudah dibuat kajian mengenai pengambilan anggota tentera wanita dalam angkatan tentera Malaysia memandang­kan quota 4 peratus sudah hampir dipenuhi.

(b) adakah cadangan untuk menaik­kan quota 4 peratus itu; dan

(c) apakah pangkat yang paling tinggi disandang oleh tentera wanita kita bagi angkatan laut, darat, dan udara.

Tengku Dato' Ahmad Rlthauddeen Al·haj:

(a) Kementerian Pertahanan masih belum membuat sebarang kajian mengenai kedudukan quota 4 peratus anggota tentera wanita dalam angkatan tentera Malaysia.

(b) Kementerian Pertahanan telah­pun menetapkan quota 4 peratus bagi anggota-anggota wanita dalam Angkatan Tentera Malaysia dan sehingga kini Angkatan Tentera Malaysia tidak bercadang untuk menaikkan kadar tersebut kepada quota yang lebih tinggi lagi. Kadar yang ada didapati sesuai kerana ianya sejajar dengan peranan anggota wanita yang tugas-tugasnya adalah agak terbatas.

(c) Pangkat Tertinggi yang di­sandang ol~h tentera wanita . adalah seperti berikut:

(i) Pasukan Tentera Darat-Mejor

(ii) Pasukan Tente.ra Laut -Leftenan

(iii) Pasukan Tentera Udara-Kapten

Page 47: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

587 30 MAC 1989 588

ANGGOTA BOMBA­PERLINDUNGAN MENGURANG­

KAN RISIKO

59. Tuan Lim Heng Tee minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah jenis­jenis bahaya dan penyakit yang Ahli-ahli Bomba terpaksa meng­hadapi dalam menjalankan tugas mereka dan apAkah langkah­langkah keselamatan dan per­lindungan yang sedia ada untuk mengurangkan risiko berkenaan.

Datuk Haji Hussein bin Ahmad: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memang sedar adanya bahaya-bahaya yang menimpa anggota-anggota Bomba seperti bahaya-bahaya letupan, lecuran api terperangkap, lecuran kimia, asap beracun, kejutan elektrik kemalangan jalan raya, tersepit, dihempap dinding, jatuh, kemalangan jalan raya semasa menuju ke tempat kebakaran setelah dari kena pancaran radiasi dan haba yang terik.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memang mengambil berat di dalam perkara ini. Sebagai perlindungan untuk mengurangkan risiko-risiko ini, tiap­tiap anggota ada dilengkapkan dengan pakaian yang lengkap untuk menentang kebakaran seperti baju api, topi api dengan wiser atau cermin perlindungan muka, kasut panjang dan kapak. Pakaian-pakaian lain seperti chemical suit, alat pernafasan juga ada dilengkapkan di dalam kereta-kereta bomba. J abatan Bomba juga telah berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi memasukkan ke dalam Undang-undang Jalan Raya supaya pengangkutan bahan-bahan merbahaya mempunyai tanda "HAZCHEM CODING", supaya anggota-anggota Bomba tahu bertindak dengan cara yang betul bila menghadapi kebakaran atau pertumpahan bahan-bahan itu. Stor­stor juga akan dikehendaki mengikut tanda yang sama.

Selain daripada itu, satu Akta Bersama Akta Perkhidmatan Bomba 1988 telah diwujudkan dan Akta itu mengandungi peruritukan-peruntukan mengenai kawalan-kawalan tertentu dengan tujuan untuk mengelakkan kejadian kebakaran dan juga supaya anggota-anggota bomba mengsuai­kenalkan diri dengan risiko yang ada di dalam satu-satu industri, bangunan tinggi bagi kemudahan bertindak. Latihan-latihan juga dipergiat. Rancangan-rancangan untuk membeli alat-alat yang cukup juga dibuat dari semasa ke semasa.

USUL

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA D.Y.M.M. SERI

PADUKABAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas Masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan

Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memo hon ampun memper­sembahkan suatu ucapan yang zalil daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan ber-banyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Kebawah Duli kerana Titah Ucapan Kebawah Duli pada masa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Ketujuh". (30hb Mac, 1989)

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat, Menteri­menteri menjawab, saya mem­persilakan Yang Berhormat Tuan

(

~

b

Page 48: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

,_,

e

~

flt

589 30 MAC 1989 590

Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah untuk menyambung sedikit sahaja ucapan pada petang semalam. Sedikit sahaja, silakan.

3.35 ptg.

Than Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Terima kasih, Tuan Yang di­Pertua. Bagi menyambung ucapan saya semalam berkaitan dengan masalah oto beca roda tiga.

Walaupun kenderaan ini tidak dibenarkan berjalan di Bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka ataupun Johor Bahm, pada pendapat saya ianya boleh beroperasi di bandar­bandar kecil dan rancangan-rancangan FELDA dan juga di kawasan per­kampungan. Mengikut jawapan Yang Berhormat Menteri kepada soalan yang dikemukakan di Dewan Rakyat oleh Yang Berhormat Tuan S. S. Subramaniam, Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa berat kenderaan ini begitu ringan dan tidak mengikut Akta Pengangkutan Jal an 1987, Seksyen 5 (1) (f). Oleh sebab kenderaan ini ringanlah maka saya mencadangkan supaya ia dibolehkan bergerak di kawasan-kawasan bandar­bandar bam dan rancangan FELDA kerana sebagai kita sedia maklum, jalan-jalan kampung yang dibuat oleh. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar hanya membolehkan motosikal dan juga motokar yang ringan melaluinya. Jadi kalau oto beca ini diberi peluang untuk menjalankan khidmat di negara ini maka sesuai benatlah jalan ini dengan berat oto beca tersebut.

Jadi saya sukalah merayu kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Menteri-menteri Kabinet supaya dapat meminda peraturan ini dan meluluskan oto beca roda tiga ini menjadi salah satu kenderaan di negara ini kerana banyak faedah yang kita nampak, bukan sahaja ia mempakan satu kenderaan yang ringan tetapi ia mudah diusahakan oleh orang-orang yang

berpendapatan rendah dan banyak memberi peluang kepada orang-orang yang memerlukan khidmat yang lebih murah. Harl ini kita tahu, dari pasar­pasar ke mmah-mmah mereka menggunakan beca roda tiga yang dikayuh tetapi kalau diluluskan oto beca roda tiga ini secara berjentera, saya rasa Malaysia telah melangkah satu lagi kemajuan ke arah memberi peluang kepada rakyat negara ini menjalankan usaha yang saya rasa dapat diusahakan oleh pengusaha­pengusaha baca yang menggunakan tenaga untuk dikayuh.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh masalah Kementerian Dalam Negeri. Saya ingin menyentuh Pasukan RELA. RELA adalah satu pasukan yang telah ditubuhkan untuk menjadi pelapis kepada pertahanan pertama dan kedua dan jug~ menjadi mata dan. telinga kepada Kerajaan. Hari ini RELA telah memberi sumbangan yang besar kepada negara ini di mana mereka membantu mengawal persisiran pantai kita, mengawal kemasukan ataupun ber­leluasanya pengedaran dadah di rancangan FELDA. Tetapi hari ini RELA terpaksa merelakan segala­galanya bukan sahaja khidmatnya, tenaganya, malah wang ringgitnya di mana pakaian seragam RELA itu juga hams terpaksa dibeli oleh anggota­anggota itu sendiri yang kalau dikira untuk melengkapkan pakaian seragam RELA ini terpaksalah memakan belanja lebih $80. Apakah salahnya pihak Kementerian mengadakan satu pemntukan khas kepada anggota RELA ini supaya mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih sempurna lagi, tidaklah semata-mata semuanya RELA, segala galanya.

Begitu juga dengan pejabat-pejabat RELA Daerah. Setakat ini pejabat­pejabat RELA Daerah tidak begitu sempurna keadaannya. Tidak ada satu buah kenderaan pun untuk pegawai RELA menjalankan tugas dan

\

Page 49: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

591 30 MAC 1989 592

tanggungjawabnya sedangkan daerah­daerah yang mereka jaga bukanlah kecil. Saya ambil contoh di Kota Tinggi, negeri Johor. Kawasan itu meliputi daerah . kecil Pengerang, berapa kawasan rancangan FELDA, pegawainya seorang dengan seorang Penolong Pegawai dan terpaksa menggunakan kenderaan sendiri untuk bergerak menjalantcan aktivitinya. Apalah salahnya Kementerian Dalam Negeri dapat memperuntukkan satu peruntukan untuk melengkapkan lagi pejabat-pejabat RELA ini supaya lebih selesa untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

Bukan itu sahaja yang saya ingin sentuh ialah masalah kelengkapan menjalankan aktiviti, misalkata mereka mengadakan latihan, khemah. kerja terpaksa menagih memohon, rayu pihak-pihak lain untuk mendapatkan membeli khemah, membeli alat-alat untuk mengadakan latihan menembak. Ini semuanya tidak ada disediakan oleh pihak Kerajaan. Jadi saya merayulah kepada pihak Kementerian Dalam Negeri supaya RELA ini dapat perhatian yang sewajarnya kerana ia merupakan satu benteng ataupun pertahanan setelah pertahanan yang pertama dan kedua kita menghadapi jalan depan apabila keadaan negara menghadapi huru­hara.

· Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang saya h~ndaly menyentuh ialah masalah kurn1aan geran tanah individu kepada peneroka-peneroka FELDA. Saya mengucapkan terima' kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan khususnya kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di atas pengumuman beliau baru-baru ini bahawa semua peneroka dikurniakan satu sistem hak milik iaitu hak milik ihdividu .. Tetapi apa yang saya harapkan ialah proses untuk mengeluarkan hak milik itu ialah biarlah secara yang lebih baik lagi dari keadaan sekarang ini. Saya nampak di pejabat-pejabat tanah daerah

mahupun di PTG negeri masih tidak dapat menjalankan proses-proses dengan lancar kerana beberapa masalah teknikal yang harus diselesaikan.

Kita harap Kementerian supaya mengadakan sebuah unit khas lJntuk mengur\,\skan geran hak milik ini dikeluarkan. Begitu juga saya ingin mengesyorkan bahawa FELDA tidak melayan kehendak-kehendak se­tengah-setengah peneroka yang hendakkan sampai dua tiga geran, bagi tanahnya luas 10 ekar itu. Saya rasa lebih baik FELD A menentukan hanya satu geran sahaja bagi seorang peneroka dikeluarkan, tidak dua dan tidak tiga kerana ada setengah peneroka pula kon~nnya untuk tanah tepi jalan dia hendak satu geran dipotong sampai 20 orang. Ini saya rasa tidak lojik sama sekali, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kalau semua orang boleh mendapat dua atau tiga geran bagi 10 ekar tanah, saya rasa ini lagi merumitkan proses untuk mengeluarkan geran-geran tersebut.

Akhirnya saya mengharapkan kepada Kementerian Buruh atau Kementerian Dalam Negeri bersabit dengan masalah buruh-buruh asing di negeri ini. Seharusnya Kerajaan mengkaji membenarkan syarikat­syarikat mengambil pekerja-pekerja asing ini sebagai ejen. Kalaulah sekarang ini hanya dibenarkan kepada pihak majikan atau ladang sendiri menguruskan lial-hal untuk mendapatan buruh"buruh asing ini, maka jaminan kepada buruh-buruh asing itu sendiri untuk · mendapatkan ganjaran yang sebenar-benarnya akan tidak sampai ke matlamatnya. ltulah timbulnya semalam saya ada setengah daripada buruh-buruh ini teraniaya dan tidak dibayar gaji dengan betul. Akhirnya mereka melakukan perubatan jenayah dan merosakkan nama baik ladang itu sendiri dan juga menyusahkan pihak Kerajaan untuk bertindak mengamankan jenayah-

. jenayah yang sentiasa menjadi-jadi

• II

~

..

Page 50: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

r

, ~

• 'I.··

593 30 MAC 1989 594

daripada pendatang tanpa izin atau daripada buruh-buruh asing ini.

Setahu saya setakat ini tidak ada kelulusan yang dibuat oleh pihak Imigresen mahupun pihak Kementerian Buruh bahawa satu syarikat itu boleh menjadi ejen untuk membawa di mana ejen itu bertanggungjawab · kepada buruh itu apabila berlakunya sesuatu penyelewengan a tau sesuatu penganiayaan oleh pihak majikan. Sekarang ini tidak ada tempat rujukan untuk mereka.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kata­kata ini saya sekali lagi menyokong penuh di atas usu! merafakkan sembah kesyukuran dan menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari perasmian Penggal Ketiga, Parlimen Ketujuh.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi giliran pertama dengan sukacita saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memulakan jawapan. Dipersilakan.

3.45 ptg.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Dr Siti Zahar&h binti Haji Sulaiman): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan atas Titah DiRaja dan seterusnya memberi pandangan, teguran dan syor-syor yang membina terhadap perkara-perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri. Ramai Ahli Yang Berhormat telah menyentuh perkara•perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri terutama mengenai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN); Dasar Ekonomi Baru, penswastaan, perpaduan, hal-hal perkhidmatan, hal-ehwal Islam dan

rasuah. Untuk menjawab perkara­perkara yang dibangkitkan oleh Ahli­ahli Yang Berhormat ini saya bercadang menjawab secara keseluruhan kerana perkara yang dibangkitkan itu adalah berkaitan di antara satu sama lain.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Pandikar Amin

, Haji Mulia, Yang Berhormat Senator Dr Tan Chong Keng, Yang Berhormat Senator Ainon Ariffin, Yang Berhormat Senator Tan Chai Ho, Yang Berhormat Senator Law Jack Yoon dan Yang Berhormat Senator Lim Heng Tee telah menyentuh mengenai penubuhan Majlis MAPEN dan meminta Kerajaan mengambil langkah-langkah yang sesuai mengenai cadangan Majlis tersebut.

Manakala Yang Berhortnat Senator Dr Tan Chong Keng, Yang Berhormat Senator Tiong Hiew King dan Yang Berhormat Senator C. Krishnan menyentuh mengenai perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru di mana dalam melaksanakan dasar ini dikatakan berlakunya penyelewengan di dalam usaha-usaha menghapuskan ke­miskinan tidak mengira kaum.

Kerajaan memang bersedia menerima kritik-kritik yang membina dari berbagai pihak mengenai pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan yang bertujuan memperkemas dan melicinkan lagi usaha pembangunan negara. Mengenai Majlis Perundingan Ekonomi Negara, cadangan-cadangan yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis secara sebulat suara akan diterima oleh Kerajaan dan akan dijadikan asas Rancangan Rangka Jangka · Panjang selepas 1990. Rancangan Rangka Jangka Panjang ini akan dikemukakan kepada Parlimen seperti amalan biasa.

Berkenaan dengan kemiskinan ·di estet-estet dalam tempoh 1970 hingga 1987; kadar kemiskinan di kalangan pekerja-pekerja estet · telah berkurangan daripada 40% kepada 15%. Adalah menjadi dasar Kerajaan

Page 51: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

595 30 MAC 1989 596

supaya kepentingan semua kaum adalah dipelihara termasuk kaum India. Kerajaan sentiasa memberi peluang kepada kaum India untuk melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan perindustrian serta bidang-bidang ekonomi yang lain.

Secara keseluruhan perubahan struktur ekonomi yang dijalankan adalah untuk menstabilkan pertumbuhan serta mel!ningkatkan ketahanan ekonomi. Usaha-usaha iui telah berjaya mtmingkatkan pendapatan perkapita yang pada masa ini telah melebihi paras AS$1800. Kita juga telah berjaya mengurangkan pergantungan kepada hanya beberapa komoditi tertentu melalui usaha pelbagaian. Sumbangan sektor pembuatan kepada ekonomi sekarang melebihi 26% dan eksport barangan pembuangan pula hampir mencapai separuh dari jumlah eksport negara. Dengan perkembangan-perkembangan ini prospek ke arah meningkatkan ketahanan ekonomi negara dan kualiti hidup penduduk negara ini adalap cerah.

Yang Berhormat Senator Lau Keng Siong telah membangkitkan mengenai terdapatnya pejabat~pejabat Kerajaan di peringkat daerah yang tidak memberi layanan sewajamya kepada surat-surat yang dikemukakan kepada mereka telahpun diambil perhatian. Suka saya memaklumkan bah&wa Kerajaan sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk memperkemaskan jentera . pen-tadbiran supaya orang ramai dapat menikmati perkhidmatan yang cepat dan cekap.

Satu daripada usaha ke atah ini yang sangat diberikan tekanan ialah urusan surat menyurat Kerajaan. Mengenai perkara ini berbagai usaha dan program telah dijalankan termasuk mengad~kan bengkel, ceramah­ceramah dan juga mengeluarkan panduan-panduan surat menyurat Kerajaan untuk semua peringkat

agensi Kerajaan. Usaha-usaha seperti ini akan terus dijalankan untuk mempastikan surat-surat diberi layanan dengan cepat dan dapat diuruskan dengan lebih licin dan teratur. Di samping itu Jabatan­jabatan akan terus diperingatkan supaya memberikan layanan yang segera kepada surat-surat yang diterima. Saya yakin usaha-usaha yang dijalankan itu akan dapat mempertingkatkan kelicinan urusan surat-menyurat Kerajaan.

Yang Berhormat Senator G. Rajoo telah membangkitkan terdapatnya pegawai Kerajaan yang berpen­dapatan rendah dan telah lama berkhidmat dengan Kerajaan supaya tidak diabaikan selepas bersara memandangkan pada masa ini kos kehidupan telah meningkat. Mengenai cadangan supaya pesara-pesara Kerajaan dalam golongan rendah yang berkhidmat lebih daripada 30 tahun diberi sebidang tanah untuk menampung perbelanjaan mereka disebabkan kos kehidupan yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa perlulah dikaji dengan mendalam dan terperinci sebelum dilaksanakan. Waiau bagaimanapun, perlu ditegaskan bawah Kerajaan memang memandang berat terhadap semua pesara-pesara Kerajaan termasuk mereka dari golongan rendah. Untuk menampung kos penghidupan yang meningkat dari semasa ke semasa adalah menjadi dasar Kerajaan untuk menyemak pencen pesara~pesara apabila gaji bagi pegawai dan kakitangan Kerajaan yang sedang berkhidmat disemak semula.

Tuan Yang di-Pertua, Senator Hajjah Habidah binti Jusoh meminta Kerajaan memberi perhatian yang serius ke atas kelas-kelas pengajian Al-Quran di selu~ negara. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri yang menjadi badan

"

• -- .

Page 52: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

., ~.

" "' .•'.

597 30 MAC 1989 598

penyelaras Rancangan Pengajian Al­Quran dan Fardhu Ain di seluruh negara pada masa sekarang, sedang mengatur pelaksanaan program­program yang berkenaan, di seluruh negara. Perbincangan-perbincangan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri bagi melaksanakan program-program pengajian tersebut hingga ke peringkat daerah dan kampung sedang dijalankan. Perbincangan tersebut juga merangkumi perkara-perkara berhubung dengan perlantikan Guru­guru Al-Quran dan Fardhu Ain, pembayaran elaun kepada guru-guru, keperluan-keperluan peralatan pejabat dan kelas dan pengawasan perjalanan kelas-kelas yang berkenaan. Bahagian Hal Ehwal Islam juga dalam perbincangan­perbincimgan dengan Kerajaan Negeri menjelaskan mengenai konsep dan objektif serta matlamat kelas-kelas pengajian Al-Quran di seluruh negara. Kelas pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain yang berkenaan akan mula dilaksanakan pada awal bulan Jun 1989.

Yang Berhormat Senator Haji Jaafar bin Harun menyarankan supaya diselara~kan khutbah-khutbah di seluruh negara. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa hak untuk menyediakan dan membaca khutbah di negeri-negeri adalah hak mutlak Kerajaan Negeri yang disalurkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri-negeri atau Majlis Agama Islam Negeri­negeri. Sekiranya terdapat perkara­perkara berbentuk umum untuk di sampaikan kepada rakyat di seluruh negara maka Bahagian Hal Ehwal Agama Islam akan menyediakan khutbah-khutbah untuk disampaikan kepada Kerajaan Negeri dan disyorkan khutbah tersebut dibaca di semua masjid di negeri berkenaan dengan persetujuan Kerajaan Negeri. Bahagian Hal Ehwal Islam juga dari masa ke semasa mengumpul khutbah­khutbah dari seluruh negara dan mencetaknya untuk diedarkan ke semua negeri-negeri.

Yang Berhormat Senator Puan Ainon Ariffin membangkitkan mengenai kegiatan Al-Arqam dan pembendungan pengaruh mereka. Kerajaan dari semasa ke semasa telah, sedang dan akan mengikuti dan mengesan perkembangan kegiatan­kegiatan pemimpin-pemimpin Al­Arqam untuk membendung pengaruh mereka.

Bahagian Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Polis dan Kementerian Dalam Negeri dari semasa ke semasa mengikuti kegiatan-kegiatan mereka dan telah membuat penelitian yang sewajamya. Mengenai isu pengaruh Al-Arqam di Sekolah Vokesional Perdagangan di Johor, sebenarnya siasatan lanjut sedang dibuat.

Yang Berhormat Senator Abdul Hamid Araby mencadangkan supaya Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) menjalankan kegiatan dakwah kerana agensi tersebut mempunyai sumber kewangan yang besar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bahawa LUTH ditubuhkan di bawah Aktanya tersendiri dan antara lain tujuan penubuhannya adalah seperti berikut:

(1) membolehkan orang-orang Islam menyimpan wang secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan Fardhu Haji atau lain-lain perbelanjaan yang ber­munafaat;

(2) membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian dengan lebih berkesan di bidang penanaman modal dalam lapangan perusahaan, per­dagangan serta tanah dan bangunan melalui cara yang halal di sisi agama Islam;

(3) memberi perlindungan, pen­gawalan dan kebajikan kepada orang Islam menunaikan Fardhu Haji dengan mengadakan

Page 53: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

599 30 MAC 1989 600

berbagai kemudahan dan perkhidmatan.

Dengan yang demikian, penglibat<in Tabung Haji dalam usaha Dakwah Islam adalah di .Iuar bidang tanggungjawabnya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator G. Rajoo menyentuh mengenai rasuah dan mencadangkan supaya ~ipinda dan diperketatkan undang-undang yang sedia ada sebagai langkah ketegasan Kerajaan menghapuskan rasuah. Beliau menyarankan juga supaya undang-undang terse but boleh merampas dan membekukan harta mereka yang melakukan rasuah. Di samping itu beliau rrieminta supaya disoalsiasat orang-orang yang mempunyai harta yang tidak seimbang dengan pendapatan mereka.

Dalam hal ini ketegasan Kerajaan dalam mengambil tindakan undang­undang ke atas mereka yang melakukan rasuah sememangnya telah diketahui umum. Selain daripada itu, Akta tersebut juga memberi kuasa undang~undang yang membolehkan wang 'rasuah yang disimpan dalam bank dibekukan dan dirampas.

Peruntukan di bawah Seksyen 13 Akta Pencegah Rasuah, 1961 telah menetapkan sebagai hukuman tambahan bahawa Mahkamah boleh memerintahkan seseora:ng yang disabitkan kerana kesalahan menerima rasuah supaya: membayar balik sejumlah waqg atau nilai yang sama banyak dengan suapan yang diterima olehnya kepada pihak Kerajaan.

Setakat ini peruntukan undang­undang yang sedia ada sudah memadai untuk mencegah orang-orang daripada melakukan rasuah dengan berkesan. Namun begitu, Kerajaan sentiasa peka ke atas perubahan masa dan perkembangan keadaan · yang mana sekiranya perlu disemak kembali undang-undang yang ada selaras

dengan kehendak perubahan, maka Kerajaan sudah pasti akan berbuat demikian.

Berhubung dengan cadangari Ahli Yang Berhormat berkenaan supaya menyoal siasat orang-orang yang mempunyai aset dan harta yang tidak seimbang dengan pendapatan, sememangnya Badan Pencengah Rasuah telah melaksanakan tindakan sedemikian ke atas pegawai-pegawai Kerajaan bilamana terdapat maklumat dan aduan yang berkaitan. Malahan Ketua-ketua Jabatan sendiri boleh mengambil tindakan tata-tertib ke atas pegawai-pegawainya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 9, Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab D), 1980 s.ekiranya inendapati seseorang pegawai itu menyenggara taraf hidup melebihi daripada emolumen rasmi · dan pendapatan persendirian yang sah.

Adalah tidak wajar melemparkan dakwaan atau tuduhan melulu menyatakan ramai orang di negara ini hidup dengan "life style", dengan izin, yang mewah walaupun pendapatan mereka - tidak . begitu banyak sepertimana yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, sekiranya tidak mempunyai asas-asas dan fakta yang kukuh.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Ainon Ariffin mencadangkan supaya taraf Datuk Bandar dinaikkan ke taraf Gabenor sepertimana yang telah dilakukan oleh negara-negara lain. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perlantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah dibuat secara lantikan (appointed), dengan izin, oleh Yang di-Pertuan Agong seper­timana diperuntukkan di bawah Seksyen 4, Akta lbu Kota Persekutuan 1960. Pada masa ini taraf Datuk Bandar telah didapati lebih sesuai dengan iklim pentadbiran Bandaraya Kuala Lumpur, sedangkan taraf Gabenor adalah dilantik

" -

Page 54: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

,...,

'

,.

'r··

601 30 MAC 1989 602

secara pemiliban atau elected, dengan izin. Oleb yang demikian, cadangan Ahli Yang Berhormat itu perlu dilibat d'ari aspek negatif dan positifnya terlebib dabulu kerana ia akan melibatkan beberapa perubaban dan pindaan kepada peruntukan undang­undang yang terpakai sekarang dan beberapa peraturan lain bagi pentadbiran Bandaraya Kuala Lumpur.

Yang Berbormat Senator Pendikar Amin Haji Mulia membangkitkan mengenai penswastaan Sabab Gas Industries. Ingin saya nyatakan perkara ini sedang dirundingkan bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Memandangkan kedua-dua Kerajaan mempunyai peranan masing-masing dalam projek ini, Kerajaan Negeri sebagai pemegang ekuiti yang kini telab pun hangus akibat kerugian-kerugian yang amat besar dan Kerajaan Persekutuan sebagai pemberi dan penjamin pinjaman-pinjaman yang berjumlah lebih daripada $1,500 juta, sewajarnyalab apa-apa keputusan yang diambil mendapat persetujuan kedua-dua Keraja~n.

Mengenai ketiadaan iosentif bagi Kerajaan-kerajaan Negeri untuk menswastakan agensi-agensi di bawabnya disebabkan terbadnya basil penswastaan yang akan diperolebi oleh Kerajaan Negeri kepada nilai belian sabaja iaitu tidak termasuk cukai korporat, saya ingin menekankan babawa insentif yang utama bagi Kerajaan-kerajaan Negeri adalab menghadkan pembaziran sumber-sumber kewangan Kerajaan­kerajaan Negeri sendiri. Ini adalab kerana daripada beratus-ratus buab syarikat yang ditububkan oleb Kerajaan-kerajaan Negeri, hanya segelintir sabaja yang memberi basil dari segi dividen kepada Kerajaan­kerajaan Negeri. Sementara itu bagi sebahagian besar yang mengalami kerugian, Kerajaan-kerajaan Negeri seringkali terpaksa memberi bantuan

aliran wang tunai (cash flow), dengan izin. Telah terbukti di merata-rata tempat bahawa Kerajaan adalah tidak cekap dalarn menjalankan perniagaan oleb sebab. suasana yang tidak sesuai yang wujud di dalam birokrasi

·Kerajaan.

Berkaitan dengan keuntungan sebanyak $50 juta yang dijangkakan dalam tabun ini, 1'ang Berhormat jangan terlalu cepat bersenang hati di atasnya. Seperti Yang Berhormat maklum, keluaran industri ini adalah tertakluk kepada "sharp cyclic;al swings", dengan izin. Oleh yang demikian, kita tidak dapat mengunjurkan dengan tepat tentang apa yang akan berlaku di tahun-tah~n yang akan datang· iaitu bagi tempoh hayat projek ini. Adalah lebih wajar bagi Kerajaan mengelakkan dirinya daripada risiko-risiko sedemikian oleh kerana kerugian-kerugian yang akan dipikul oleh Kerajaan tidak dapat diduga. Bagi projek ini, adalah lebih baik bagi Kerajaan untuk meminimakan kerugiannya. 5elain daripada itu, janganlah Yang Berhormat bersenang hati dengan keuntungan pertama ini . oleh kerana harapan Kerajaan Negeri meraihnya menerusi dividen perlu mengambilkira pembayaran hutang-hutang lama projek ini dan juga pentingnya bagi syarikat ini meningkatkan rizabnya bagi menghadapi kesukaran di masa hadapan jika keadaan industri ini menurun.

Inisiatif Kerajaan Sabah dalam menggunakan sepenuhnya gas bersekutu, "associat.ed gas", dengan izin, patutlah dipuji. Kerajaan sentiasa menggalakkan · inisiatif­inisiatif sedemikian.

Yang Berhorrnat perlulah ingat bahawa inisiatif sedemikian boleh juga diambil oleh sektor swasta sekiranya promosi yang cukup diadakan. Selain daripada itu, adalah menjadi dasar perindustrian Kerajaan . bahawa penerokaan di dalam industri-industri berat boleh dimulakan oleh Kerajaan

Page 55: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

603 30 MAC 1989 604

disebabkan kurangnya minat sektor swasta di dalamnya. Tetapi ini tidaklah bermakna bahawa Kerajaan perlu memilikinya buat selama-lamanya. Adalah menjadi dasar Kerajaan untuk memindahkan industri-industri ini kepada sektor swasta pada masa-masa yang sesuai.

Untuk makluman Yang·Berhormat, Kerajaan sentiasa menggalakkan penubuhan industri hiliran yang menggunakan gas. Beberapa projek sedang dirancangkan pada masa ini oleh sektor swasta serta PETRONAS. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan sememangnya mengambilkira peranan gas asli dalam pembangunan ekonomi negara dalam perancangannya. Dalam melaksanakan dasar penswastaannya, Kerajaan sentiasa mempastikan bahawa pengagihan dibuat secara adil dan saksama. ·

Berhubungan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tiong Hiew King mengenai cadangan mengkaji semula Akta 237 mengenai Saraan Ahli-ahli Parlimen dan Anggota-anggota Pentadbiran, Kerajaan akan mengambil perhatian mengenai perkara ini.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan teguran, komen, pandangan serta syor­syor yang menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri. Saya mohon maaf sekiranya saya tidak berkesempatan menjawab satu persatu a tau menyentuh perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, namun demikian perkara ini telah dicatat dan akan diambil perhatian oleh Jabatan Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk memberi jawapan, dipersilakan.

4.02ptg.

Timbalan Menteri DBlam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak Yang Amat Berhormat Menteri Dalam Negeri mengalu-alu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat .kerana telah sudi menyentuh perkara-perkara di bawah Kementerian Dalam Negeri semasa membahas Usul Titah DiRaja. Saya akan cuba memberi ulasan atas cadangan-cadangan dan pandangan­pandangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Majid Abdullah telah membangkitkan masalah RELA, terutama yang bersangkut-paut dengan pakaian dan juga pejabat. Perlu diingatkan bahawa RELA adalah merupakan sambungan daripada homeguard yang telah pun kita tamatkan lebih awal tahun 70an setelah darurat ditamatkan. Homeguard juga telah berjasa banyak kepada negara terutama dalam masa darurat dan mereka tidak pernah diberi apa yang dikatakan "uniform" tetapi telah dapat menjalankan tugas dengan baik sebagai benteng ketiga negara kita.

RELA pada hari ini mempunyai ahli seramai 190,000 orang, bayangkanlah berapa banyak peruntukan yang harus kita sediakan kalau tiap-tiap ahli terpaksa diberi pakaian oleh pihak Kerajaan.

Dalam perjumpaan saya di merata tempat di negara ini saya telah mengesyorkan kepada RELA Paerah dan juga RELA Negeri agar kita menggunakan jasa baik Wakil-wakil Rakyat daripada Barisan Nasional yang mempunyai peruntukan khas agar memberi sedikit peruntukan mereka kepada Pertubuhan Rela di kawasan masing-masing. Juga memohon daripada ahli-ahli perniagaan yang telah pun mendapat keuntungan

'

'

Page 56: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

,........

~

~ .,.,... ...

605 30 MAC 1989 606

banyak di daerah masing-masing ke­rana tugas RELA menjaga keamanan di kawasan itu yang menyebabkan ahli­ahli perniagaan mendapat keuntungan yang banyak. Dengan adanya bantuan­bantuan daripada orang-orang yang telah saya sebutkan tadi tentu sekali pakaian RELA ini dapat dibiayai kalau tidak sepenuhnya, setengah.

Tentang pejabat Rela pula, saya telah mengarahkan bahawa bukan sahaja daerah mempunyai pejabat­pejabat tetapi juga di tiap-tiap mukim haruslah mempunyai pejabat Rela sendiri dengan dibina secara gotong­royong oleh Pasukan RELA dengan bantuan-bantuan dan denna-derma yang dapat diperolehi.

Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Majid Abdullah juga telah bercakap tentang buruh asing, tidak ada agensi­agensi tertentu kononnya yang mana ini menyebabkan buruh-buruh ini dianiaya oleh pihak-pihak estet. Perlu saya katakan bahawa jikalau sekiranya buruh asing itu dalam skim pemutihan kita segala butir-butir peribadi serta tempat kerja ada tersimpan di Pejabat­pejabat linigresen, Pejabat Buruh, juga di Kedutaan di mana buruh-buruh tersebut datang, dengan sebab itu masalah ditipu oleh pihak-pihak tertentu tidaklah timbul. Tentang buruh-buruh asing yang bukan di dalam skim pemutihan, memang ada agensi-agensi tertentu mengendalikan kedatangan buruh-buruh asing tersebut, terutama buruh-buruh yang datang daripada Bangladesh. Jadi saya fikir keadaan ini dapat membendung segala penipuan-penipuan yang sedang dan mungkin wujud di masa-masa yang akan datang.

Yang Berhormat Tuan G. Rajoo mengalu-alukan tindakan polis menempatkan beberapa orang profesional seperti peguam, akauntan dalam perkhidmatan polis bagi membanteras penjenayah komersial. Seterusnya beliau mencadangkan supaya polis memberi hadiah yang

---·----

lumayan kepada orang-orang yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah dan anggota polis hendaklah menggunakan alat-alat sofistikated untuk mengesan jenayah perdagangan ini. Cadangan Ahli Yang Berhormat itu akan diberi perhatian oleh pihak polis demi untuk mempertingkatkan keupayaan polis dalam membasmi jenayah per­dagangan di negara ini.

Yang Berhormat Tuan Tiong Hiew King dan Yang Berhormat Tuan Lau Keng Siong membangkitkan masalah orang bukan warganegara yang telah lama berada di Persekutuan tetapi belum niendapat taraf kewarga-negaraan. Kegagalan mendap~t taraf kewarganegaraan dikata-kan kerana mereka tidak faham dengan undang-undang dan peraturan atau kerana kesilapan teknik. Ahli Yang Berhormat mencadangkan supaya orang-orang yang kini bukan warganegara diberi perakuan kemasukan jika mereka dapat mengemukakan bukti-bukti bahawa mereka telah lama bermastautin di Persekutuan sebelum Hari Malaysia selain dari mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan di Perkara 191 (a) dan (b).

Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah sama dengan jawapan lisan yang telah saya sebutkan dalam Dewan ini semalam, 29hb Mac, 1989 dengan panjang lebar dan pada pendapat saya jawapan itu amat jelas sekali. Dengan itu saya tidak berhajat untuk mengulanginya. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh memeriksa dari Penyata Rasmi Parlimen.

Yang Berhormat Tuan Lau Keng Siong mencadangkan supaya proses pengeluaran Pasport Antarabangsa kepada ahli-ahli perniagaan yang hendak ke luar negeri atas urusan perniagaan dipercepatkan. Mengenai ini dimaklumkan bahawa sesuatu permohonan pasport dapat disiapkan

Page 57: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

607 30 MAC 1989 608

dalam masa dua minggu. Dalam keadaan tertentu pasport boleh dikeluarkan dalam masa yang singkat dari dua minggu. Waiau bagaimanapun, saya menyeru kepada semua pihak supaya merancang perjalanan dan memohon pasport 'seberapa awal untuk mengelakkan dari sebarang kerumitan.

Yang Berhormat Puan Ainon Ariffin membangkitkan mengenai kegiatan Al-Arqam dan mencadangkan su­paya memperhebatkan pemerhatian terhadap kegiatan Al-Arqam. Mengenai ini Kementerian Dalam Negeri sentiasa memberi perhatian kepada semua pergerakan atau J'ertubuhan termasuklah Pertubuhan Al-Arqam demi untuk menjamin ketenteraman awam di negara ini.

Yang Berhormat Tuan C. Krishnan mencadangkan supaya pihak polis berhati-hati sernasa memproses dan meluluskan permit pertunjukan seperti Pertunjukan Malam Kebudayaan Tamil kerana majlis ini digunakan oleh golongan tertentu untuk mencaci pucuk pimpinan MIC sekarang. Mengenai hal ini dimaklumkan sesuatu permit diberi jika pihak polis berpuashati bahawa upacara itu tidak mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sesuai jika sesuatu majlis itu boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Yang Berhorrnat Tuan Haji Jaafar Haron menyentuh mengenai masalah penagihan dadah. Beliau men­cadangkan supaya diadakan kajian bagi menentukan golongan mana yang sebenarnya terlibat dengan penagihan dadah dan kemudian barulah merangka pendekatan pemulihannya. Mengenai ini. dimaklumkan bahawa Pasukan Petugas Anti Dadah menerima data-data penagihan yang dikesan dan dianalisa. Salah satu maklumat yang diperolehi ialah maklumat berhubung dengan golongan

yang terlibat dengan dadah seperti yang dipohon oleh Yang Berhormat. Maklumat ini dikeluarkan dari rnasa ke masa, dengan itu tidaklah perlu satu kajian khas dibuat bagi mengetahui golongan yang terlibat dalam dadah kerana ini sentiasa dikeluarkan oleh pasukan bertugas yang mana saya ti,ap­tiap bulan menerima laporan-laporan terse but.

Mengenai program pemulihan, pelbagai program diadakan bagi menjamin penagih-penagih benar­benar pulih dari najis dadah ..

Mengenai tindaka.n mengurangkan bekalan dadah, operasi menangkap pengedar dadah juga diperhebatkan dan Kerajaan juga telah pun menguatkuasakan Akta Merampas Harta Pengedar Dadah yang diperolehi melalui penjualan dadah. Kementerian belum berpuas hati dengan ;kejayaan sehingga ini dan masih mengharapkan kerjasama dari semua pihak untuk memberi maklumat ·mengenai pengedar dadah dapat dikurangkan lagi.

Tuan Yang di-Pertua, ,sekianlah sahaja jawapan saya bagi kali ini, dan saya memberi jaminan mana-mana teguran dan pandangan-pandangan yang tidak sempat di jawab akan diberi perhatian oleh Kementerian Dalam Negeri.

Tuan Yang di-Pertua: Kementerian Kehakiman. Saya jemput Timbalan Menteri . yang berkenaan untuk memberi jawapan.

4.11 ptg.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Oo Gin Sun): Tuan Yang di-Pertua, saya suka mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator-senator yang telah memberi pandangan-pandangan dan teguran-teguran di atas dasar dan masalah di bawah bidangkuasa Kementerian Kebakiman. Berkenaan

--- - ----------------------

e

Page 58: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

,.-

'

..,

.•

609 30 MAC 1989 610

Seksyen 3, Akta Undang-undang Sivil 1956 dimansuhkan, Akta ini menekankan Mahkamah di Malaysia boleh menggunakan Common Law yang diperturunkan oleh British sekiranya tidak ada sebarang undang­undang tertulis. Untuk maklumat Yang Berhormat, sukacita diberitahu bahawa ini adalah di peringkat awalan ~ntuk 'dikaji semula Common Law yang ada sekarang dengan tujuan memperbaiki serta menggantikan dengah Common Law yang berunsurkan nilai-nilai tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum ianya dilaksanakan segala pandangan serta teguran akan dikaji dengan terperinci dan teliti termasuk 1,1lasan dan pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Tan Chai Ho.·

Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

Timbalan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar (Dato' Ng Cheng Kuai): Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Senator yang telah mengeluarkan pandangan dan buah fikiran yang bernas mengenai aktiviti di bawah bidang kuasa Kementerian ini. Pandangan­pandangan yang berkenaan akan dijadikan pedoman jika didapati sesuai untuk menyesuaikan cara-cara pelaksanaan dasar yang berkenaan.

Kementerian saya berpendapat bahawa Ahli•ahli Senator adalah terdekat sekali dengan rakyat jelata, maka pandangan-pandangan yang disuarakan adalah lebih menepati aspirasi rakyat di peringkat akar umbi dan ini akan diambil kira apabila tiba masanya ·untuk memperbaiki cara pelaksanaan atau menggubal cara-cara baru supaya mutu pengurusan akan meningkat kepada satu tahap yarig

boleh dibanggakan. Misalnya bagi mencari jalan untuk meningkatkan lagi liputan bekalan elektrik ke kawasan luar bandar, Kementerian sedang merancang dan meneliti beberapa kemungkinan atau pendekatan untuk melaksanakan projek bekalan elektrik menggunakan sistem tenaga suri~ dan menggunakan kuasa haidro 'bagi kampung-kampung tepi sungai. Bagi negeri Sarawak, Kementerian telah mengenalpasti Kampung Bugis Sarekei untuk dijalankan projek perintis tenaga suria. Kampung ini dianggarkan penggunanya seramai 66 keluarga. Projek perintis ini dianggarkan akan menelan belanja sebanyak $423,000. Sebuah syarikat tempatan telah diminta untuk menjalankan kajian ke atas projek ini. '

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Jaafar bin Haron dan Senator Puan Habidah binti Jusoh telah meminta Kerajaan memberikan keutamaan kepada penyediaan bekalan elektrik, air dan jalan di luar bandar. Untuk mak-luman Senator-senator tersebut, sememangnya Kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada program penyediaan infrastruktur di luar bandar. Usaha untuk mengadakan kemudahan infrastruktur ini di kesemua kampung-kampung akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Keenam.

Mengenai pertambahan peruntukan sebanyak $400 juta seperti yang disebutkan oleh Yang Berhorma.t itu, sememangnya peruntukan tersebut telah diagihkan bagi memper­tingkatkan penyediaan infras­truktur, di mana $80 ju ta di­peruntukkan untuk program bekalan air luar bandar, $110 juta untuk program bekalan elektrik luar bandar, $120 juta untuk projek jalan kampung dan $90 juta untuk program jalan luar bandar. Adalah diharapkan pada akhir tahun 1990, 85% daripada seluruh penduduk luar bandar akan menikmati

Page 59: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

611 30 MAC 1989 612

bekalan elektrik. Begitu juga dengan bekalan air dan jalan-jalan kampung, pada masa ini di setengah-setengah negeri hampir 1 mencapai 90% kemudahan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Ber­hormat Senator Puan Ainon binti Ariitin pula mencadangkan Kemen­terian turut memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada peng­usaha-pengusaha industri kampung. Untuk makluman Yang Berhormat Kementerian sememangnya sentiasa memberi bimbingan dan khidmat nasihat bagi membantu pengusaha­pengusaha industri kampung ter­sebut melalui agensi di bawah Kementerian seperti MARA, Per­badanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia, dan Jabatan Koperasi. Kemudahan-kemudahan yang di-berikan adalah bengkel peng-eluaran, bimbingan kemahiran dan pemasaran. Selain dari itu terdapat juga agensi-agensi l~in seperti SIRIM, MARDI dan FRIM yang menyediakan dan membimbing pengusaha-pengusaha dalam bidang bimbingan teknikal.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Jaafar bin Haron juga menyentuh tentang Skim Anak Angkat dan pinjaman yang disediakan oleh pihak MARA. Untuk makluman Yang Berhormat, MARA sentiasa membuka peluang kepada orang perseorangan, Persatuan ataupun institusi-institusi bagi menjayakan Skim Anak Angkatnya yang dikendalikan oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM). Dalam menjayakan skim ini, YPM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan akan mencari anak-anak angkat di sekolah-sekolah yang dianggap sesuai mendapat bantuan dari skim ini. Mengenai tabung khas yang dicadangkan oleh Yang Berhormat, sememangnya tabung tersebut telah pun diwujudkan dan setakat ini tabung khas Skim Anak Angkat YPM ini telah berjaya mengumpul sebanyak $79,000

sumbangan dari 200 orang bapa angkat untuk disumbangkan kepada 325 orang anak angkat.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan Yang Berhormat S~nator Tuan Haji Jaafar bin Haron supaya MARA menyediakan pinjaman berupa barang keperluan bagi pengusaha-pengusaha . mini market, sukalah saya memaklumkan di sini bahawa pihak MARA setakat ini tidak bercadang untuk memberi pinjaman seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat, sebaliknya MARA masih meneruskan pemberian pinjaman berbentuk wang tiagi membolehkan pekedai-pekedai ter­sebut menggunakan pinjaman ini sebagai modal pusingan ataupun simpanan tetap mereka di dalam bank bagi membolehkan mereka menguruskan perniagaan mereka dengan menggunakan cjraft bank. Bagi makluman Yang Berhormat, MARA juga sedang melatih pengusaha­pengusaha mini super market dalam bidang pengurusan dan pengendalian perniagaan.

Tuan Yang di-Pertua, berpandukan kepada pandangan-pandangan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah saya jawab itu tadi, adalah ketara bahawa terdapat banyak persamaan dari segi pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat dan aspirasi rakyat jelata dengan perancangan projek yang sedang dilaksanakan. Ini boleh dibagaikan seperti sebuah keretapi yang sedang berjalan men~ikut landasan yang telah ditentukan arahnya. Kita sama-sama akan menu ju ke matlamat yang telah ditentukan dan telah pun diterima oleh semua pihak, cuma ada perbezaan pendapat yang tertumpu kepa<ia jadual pelaksanaan projek atau cara-cara untuk melaksanakannya. Tetapi unsur pertama yang akan mempengaruhi jadual penyediaan projek ataupun cara pelaksanaan projek ialah sumber kewangan Kerajaan. lni boleh juga dibagaikan dengan usaha tukang jahit

f

~

e

Page 60: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

r·-.

&

,

..

.... ,/- ~

613 30 MAC 1989 614

yang terpaksa mereka pakai mengikut ukuran kain yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, di. atas cadangan, pandangan dan teguran yang telah disuarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator-Senator, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya menjemput Timbalan Menteri Pengangkutan untuk memberi jawapan, dipersilakan.

4.20 ptg.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk memberi sedikit penjelasan kepada beberapa perkara mengenai Kementerian Pengangkutan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ketika membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sej"ak beberapa hari yang lalu.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih di atas teguran, pandangan dan juga syor-syor yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan. Mengenai Lapanganterbang Pulau Pinang yang dikatakan tidak digunakan sepenuhnya oleh Yang Berhormat Senator Lim Heng Tee, sukacitalah saya memaklumkan bahawa pada masa ini Lapanganterbang Pulau Pinang adalah di antara Lapanganterbang bertaraf antarabangsa yang paling sibuk di Malaysia. Misalnya, pada tahim 1988 Lapanganterbang Pulau Pinang mengendalikan seramai 1,298,882 orang penumpang dibandingkan dengan 5,044,695 bagi Lapanganterbang Antarabangsa Subang; 1,373,835 bagi Kota Kinabalu dan 1,097 ,910 bagi Lapangan­terbangan Antarabangsa Kuching.

-----

Dari segi pergerakan pesawat pula, prestasi Lapanganterbang Pulau Pinang adalah juga memuaskan di mana pada tahun 1988 terdapat sebanyak 17 ,236 pergerakan pesawat di Lapanganterbang ini dibandingkan dengan 57 ,990 bagi Lapanganterbang Antarabangsa Subang; 28,860 bagi Kota Kinabalu dan 20,514 bagi Lapanganterbang Antarabangsa Kuching.

Dalam mengendalikan kargo, Lapanganterbang Pulau Pinang adalah nombor dua selepas Lapangan­terbang Antarabangsa Subang di mana pada tahun 1988 Lapangan­terbang Antarabangsa Pulau Pinang mengendalikan 19,516 tan kargo dibandingkan dengan 113,921 tan bagi Lapanganterbang Antarabangsa Subang; 14,105 bagi Kota Kinabalu dan 8,205 bagi Kuching.

Daripada angka-angka mengenai pengendalian penumpang, pergerakan pesawat dan muatan kargo yang dikendalikan oleh Lapanganterbang Pulau Pinang jelaslah bahawa penggunaan kemudahan-kemudahan di Lapanganterbang ini telah mencapai metlamatnya ..

Berkaitan dengan penerbangan terus ke Pulau Pinang, Kerajaan sememangnya menggalakkan syarikat-

. syarikat penerbangan asing mengadakan perkhidmatan melalui pintu masuk atau, dengan izin, entry points seperti Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching selain daripada Kuala Lumpur. Dalam rundingan­rundingan perjanjian udara, syarikat-syarikat penerbangan aging sememangnya ditawarkan hak pendaratan untuk mengadakan perkhidmatan ke semua tempat tersebut. Oleh itu, adalah terpulang kepada negara-negara asing dan syarikat-syarikat penerbangannya untuk membuat keputusan sama ada mereka hendak mengadakan penerbangan ke tempat-tempat yang ditawarkan di Malaysia itu. Biasanya

Page 61: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

615 30 MAC 1989 616

syarikat-syarikat penerbangan asing akan membuat keputusan atau

·pemilihan destinasi beroasarkan faktor-faktor commercial, dengan izin, seperti kedudukan aliran trafik dan sebagainya. ·

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan mengamalkan dasar "open­skies", dengan izin, bagi perkhidmatan tidak berjadual dan sewa • khas antarabangsa ke negara ini. Dalam hal ini Kerajaan telah pun memberikan kebenaran kepada sebuah syarikat penerbangan dari UK iaitu Monarch Airlines untuk mengadakan 9 penerbangan terus ke Pulau Pinapg di antara 18hb Disember, 1988 sehingga 9hb April, 1989.

Berhubung dengan ulasan dari Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Majid bin Abdullah, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas perhatian yang telah diberikan. Untuk makluman Yang Berhormat, saya berpendapat sistem pembaharuan lesen memandu yang ada sekarang adalah lebih menyenangkan dan pemerosesannya juga lebih cepat. Di bawah sistem lama kita perlu menyediakan 2 keping gambar dan mengisi borang tertentu untuk pembaharuan lesen memandu. Masa yang lebih lama adalah diperlukan kerana lesen dikeluarkan oleh lbu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan. Di bawah sistem yang baru yang "decentralised", dengan izin, lesen-lesen memandu baru dan pembaharuan akan dibuat di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri-negeri. Masa yang diambil adalah lebih cepat dan pemandu hanya perlu memberi lesen lama dan wang bayaran untuk maksud pembaharuan.

l

Berhubung dengan pejabat JPJ yap.g penuh sesak, memang saya akui di setengah-setengah pejabat JPJ memang sesak, kita sedar dan kita sedang memperbaiki keadaan ini. Berhubung dengan perkara ini ingin saya memaklumkan sebanyak 5 buah

pejabat baru Jabatan Pengangkutan Jalan iaitu JPJ di Johor Bahru, JPJ Pulau Pinang, JPJ Melaka, JPJ Negeri Sembilan dan JPJ Raub akan dibina. Pembinaan pejabat baru ini amat perlu kerana pejabat-pejabat yang sedia· ada dalam keadaan begitu teruk, tidak mempunyai ruang pejabat yang cukup untuk menampung keperluan dan tiada keupayaan untuk mempertingkatkan perkhidmatan kaunter kepada orangramai. Tiga bangunan tambahan pula akan di bin a untuk memperlengkapkan lagi pejabat JPJ di Muar, Kuala Terengganu dan Labuan.

Keperluan juga telah diperolehi untuk memperbaiki pejabat7pejabat JPJ yang lain di seluruh negara. Kita juga patut sedar bahawa Kerajaan tidak mungkin mampu untuk membuka pejabat JPJ di setiap daerah bagi seluruh negeri di Malaysia ini. Jadi, untuk mengatasi masalah kesesakan di pejabat JPJ, Kementerian Pengangkutan telah melancarkiln projek perintis pembaharuan lesen kereta motor melalui Pejabat Pos dalam bulan Januari 1988 untuk 3 Pejabat Pos di negeri Johor iaitu di Kluang, Simpang Renggam dan di Sungai Mati.

Melihat dari kejayaan projek perintis ini, Kementerian Peng­angkutan telah mempersetujui secara prinsip untuk meluaskan perkhidmatan ini di Pejabat-pejabat Pos yang lain, tetapi pelaksanaannya adalah juga tertakluk ke atas keupayaan Pejabat-pejabat Pos itu masing-masing. Pada masa hadapan saya percaya masalah yang dihadapi oleh orangramai yang berurusan dengan pejabat JPJ akan dapat dikurangkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, di Joh or pad.a masa ini telah terdapat 6 pejabat JPJ iaitu pejabat JPJ Negeri yang titrletak di Johor Bahru, pejabat cawangan di Muar dan pejabat-pejabat kecil di

t

.. ,,

Page 62: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

••

.,

4 _,-.-.

617 30 MAC 1989 618

Pontian, Batu Pahat, Segamat dan Mersing.

Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja jawapan dan penjelasan yang dapat saya berikan. Saya ingin sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan teguran dan syor-syor yang membina · mengenai Kementerian Pengangkutan.

Tuan Yang di-Pertua: Kementerian Kerjaraya.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (Tuan Abdul Raman bin Soliman): (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat akan menjawab bagi pihak dua Kementerian?

Tuan Abdul Raman bin Soliman: Ya.

Tuan Yang di-Pertua: Diminta Yang Berhormat menjawab sekali gus.

4.28 ptg.

Tuan Abdul Raman bin• Soliman: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertama saya ingin menjawab bagi pihak Menteri Kerjaraya.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kep,ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan teguran dan pandangan ke atas beberapa perkara yang berkaitan dengan tanggungjawab Kementerian Kerjaraya semasa membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Haji Abdul Majid bin Abdullah dari Johor telah membangkitkan mengenai jalan-jalan FELDA yang rosak dan perlu diturap. Untuk makluman Ahli Yang

BerJiormat, semua jalan-jalan FELD A pada masa ini adalah terletak di bawah tanggungjawab Kementerian Kerja­raya dan semua pembaikan jalan­jalan yang sedia ada itu akan dibuat atau dilaksanakan oleh Jabatan Kerjaraya. Oleh yang demikian, Jabatan Kerjaraya akan meneliti perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu dan tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas perkara yang berkenaan.

Mengenai pembinaan jambatan konkrit bagi menggantikan jambatan­jambatan kayu terutamanya di jalan daripada Keluang ke Jemaluang, ke Mersing, pada masa ini kerja-kerja membina semula 2 jambatan telah pun siap dibuat dan beberapa jambatan lagi akan digantikan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima ini juga.

Sekianlah sahaja yang dapat saya jawab ke atas teguran-teguran yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat yang berkenaan kepada Kementerian Kerjaraya.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya ingin menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan kepada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli·ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan di Dewan ini di atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia baru-baru ini sewaktu membuka Pctnggal Ketiga Parlimen Ketujuh dan telah memberi cadangan, pendapat serta teguran yang membina terhadap isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai teguran Yang Berhormat Senator Tuan G. Rajoo tentang penyediaan buku­buku panduan dalam berbagai bahasa untuk "Tahun Melawat Malaysia" 1990, ingiri saya maklumkan bahawa

Page 63: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

619 30 MAC 1989 620

ianya dikeluarkan dalam beb~rapa bahasa termasuk Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Perancis, bahasa Jepun dan bahasa Arab. Kesemua buku-buku panduan dalam bahasa-bahasa · yang saya sebutkan tadi adalah untuk diedarkan di luar negeri kecuali Bahasa Malaysia yang ditujukan kepada rakyat negara ini. ·Bagi menarik pelancong­pelancong dari negara India adalah dirasa\rnn bahawa buku-buku panduan ini iaitu di dalam baha:sa Inggeris adalah mencukupi memandangkan bahawa bahasa tersebut adalah merupakan salah satu bahasa yang digunakan dengan luas di negara tersebut. Kebanyakan pelancong­pelancong dari India yang melawat negara ini adalah dari bahagian utara India yang tidak menggunakan bahasa Tamil. Bagi tujuan publisiti kepada penduduk-penduduk keturunan Tamil di negara ini buku-buku panduan di dalam Bahasa Malaysia adalah memadai.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajjah Habidah bin ti Jusoh telah mengesyorkan supaya agensi-agensi pelancongan dan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan bekerjasama rapat bagi meningkatkan lagi kemasukan pelancong ke negara ini, sukalah saya nyatakan di sini bahawa kerjasama ini telah pun lama terjalin antara kedua-dua belah pihak. Ini dapat dilihat di mana dalam setiap misi penggalak pelancongan keluar negeri yang diadakan, pihak swasta termasuk agensi-agensi pelancongan telah dijemput turut serta di dalam rombongan berkenaan. Ini adalah bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengadakan hubungan pernia­gaan dengan pengusaha-pengusaha pelancongan di negara-negara yang dilawati bagi memperkenalkan Malay­sia atau "menjual" Malaysia. Pihak pengusaha pelancongan juga telah di­jemput menganggotai jawatankuasa­jawatankuasa yang ditubuhkan sem­pena Tahun Melawat Malaysia, di

mana mereka dapat memberi pendapat atau pandangan bagi menjayakan Tahon Melawat Malaysia 1990. Di samping itu Kementerian dari masa ke semasa telah juga mengadakan majlis­majlis perjumpaan bagi membincangkan hal-hal mengenai industri pelancongan di negara ini.

Menjawab saranan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Jaafar bin Haron supaya Kementerian mengambil peluang dari Persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel atau CHOGM dan Sukan Asia Tenggara untuk meningkatkan penggalakan menjual Malaysia khususnya kepada misi yang menghadiri acara tersebut supaya mereka datang lagi' pada tahun 1990, sebenarnya cadangan Ahli Yang Berhormat tersebut memang telah pun menjadi salah satu strategi Kementeian untuk menjual Malaysia kepada pelancong-pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 1990. Kementerian pada masa ini menganggotai beberapa jawatankuasa kecil CHOGM dan Sukan SEA. Antara langkah-langkah yang akan diambil ialah seperti berikut:

(i) Merancang package tours ke­pada pelawat-pelawat acara­acara berkenaan ke destinasi­destinasi pelancongan yang menarik di negara ini.

(ii) Mengadakan pertunjukan-pertunjukan atau persem­bahan-persembahan kebu­dayaan Malaysia di dalam semua upacara-upacara rasmi yang dianjurkan oleh Kera­jaan.

(iii) Mengadakan majlis perjum­paan serta taklimat mcrnge­nai Tahun Melawat Malay­sia 1990 dan juga pertun­jukan-pertunjukan kebuda­yaan Malaysia kepada pihak wartawan-wartawan dari media massa antarabangsa yang menghadiri CHOGM dan juga Sukan SEA.

,.

~

-, r

Page 64: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

1

r" I

)

-i. ,/--

621 30 MAC 1989 622

(iv) Menggalakkan pihak gedung­gedung pemiagaan menye­naraikan dan memperkenal­kan barang-barang keluaran Malaysia untuk pelawat­pelawat yang berkenaan.

(Timbalan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih telah meminta Kementerian membekalkan baju-baju yang berwarna-warni dan lencana­lencana serta mengecat beca-beca Persatuan Beca Rodatiga Pulau Pinang. Perlu dimaklumkan di sini Kementerian tidak dapat membe­kalkan baju-baju dan mengecat beca-beca seperti yang dicadangkan tersebut. Kementerian mencadangkan supaya pihak Persatuan mendapatkan penaja bagi tujuaµ berkenaan. Waiau bagaimanapun Kementerian boleh membekalkan lencana-lencana Tahun Melawat Malaysia 1990 untuk dipakai oleh ahli-ahli persatuan yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang · Berhormat Senator Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh mengesyorkan supaya Kementerian mewujudkan satu pusat kebudayaan yang lengkap bagi tempoh jangka panjang untuk menonjolkan semua kebudayaan dan kesenian desa sebagai daya tarikan pelancong. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian pada masa ini sedang mengubahsuai dua buah bangunan untuk dijadikan tempat bagi menye­laras dan mengadakan pertunjukan­pertunjukan kebudayaan Malaysia untuk tarikan pelancong sama ada dari dalam mahupun dari luar negeri iaitu Dewan Tuanku Abdul Rahman dan Kompleks Budaya Negara yang mana dijangka siap pada pertengahan tahun ini. Semua aktiviti tarian dan sebagainya akan digiatkan melalui kedua-dua tempat yang terse but.

Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Lim Heng Tee memberi pandangan bahawa tujuan pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia bukan kerana tarikan-tarikan alam semula jadi dan pantai-pantai yang indah, tetapi adalah kerana sifat-sifat kebudayaan rakyat Malaysia yang berlainan dan menarik. Oleh itu bantuan hendaklah diberikan bagi memperkembangkan budaya­budaya rakyat Malaysia. Perlu saya nyatakan di sini bahawa faktor kebudayaan adalah merupakan salah satu tarikan pelancong-pelancong ke negara ini. Ini adalah kerana pelancong yang datang ke Malaysia tiap-tiap tahun mempunyai citarasa yang berlainan. Malaysia mempunyai alam semula jadi yang menarik seperti Taman Negara, Gua Niah di Sarawak dan lain-lain di samping keindahan pantai-pantainya di Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Langkawi dan Pulau Pinang serta tempat-tempat yang lain. Tempat-tempat ini telah menjadi tumpuan pelancong asing tiap-tiap tahun. Di samping itu kedatangan pelancong juga adalah kerana terdapatnya aktiviti-aktiviti tertentu yang dianjurkan selain daripada ~ktiviti kebudayaan. Memanglah menjadi hasrat Kementerian Kebu­dayaan dan Pelancongan untuk menjadikan kebudayaan Malaysia sebagai satu tarikan utama pelancong. Dalam hal ini Kementerian dari sejak dahulu lagi telah memberi bantuan kepada badan-badan kebudayaan dan kesenian bagi mempergiat dan mem­perkembangkan kegiatan tersebut. Bantuan ini adalah berupa khidmat nasihat dan juga kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan, teguran yang membina mengenai peranan yang dimainkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Semua pandangan dan teguran ini akan diambil perhatian dan diberikan pertimbangan yang sewajarnya ·dalam merancangkan

Page 65: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

623 30 MAC 1989 624

strategi dan program-program kebudayaan dan pelancongan Kementerian. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya jemput Yang Berhormat Menteri Pertahanan memberi jawapan.

4.07 ptg.

Menteri Pertahanan (Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-Haj): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan berbanyak­banyak terima kasih kepada beberapa _ .orang Yang Berhormat Senator yang telah menunjukkan minat dengan membangkitkan beberapa perkara yang berkaitan dengan bidang kuasa Kementerian Pertahanan.

Saya tidak bercadang untuk menjawab satu persatu mengenai perkara yang dibangkitkan itu kerana ada di antara persoalan yang ditimbulkan semasa perbahasan itu telah pun dijawab pada masa-masa yang lepas sama ada semasa J awab Mulut dan juga ketika menggulung perbahasan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Jaafar bin Haron, Yang Berhormat Senator Abdul Hamid bin Ibrahim serta Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hamid Araby masing-masing menyentuh soal kebajikan bekas-bekas tentera yang telah banyak berjasa kepada tanahair.

Yang Berhormat Senator Abdul Hamid bin Ibrahim telah sekali lagi membangkitkan beberapa perkara yang sama yang pemah beliau membangkitkan semasa perbahasan Titah DiRaja pada bulan Mac 1988. Di antara perkara yang dibangkitkan semula pada perbahasan tahun ini ialah:

(i) Masalah pengiktirafan tred oleh badan-badan pengikti­rafan terhadap kemahiran tred Angkatan Tentera.

(ii) Tabung pusingan bagi membantu bekas perajurit berniaga.

(iii) Bancian untuk bekas perajurit.

(iv) Bantuan kewangan untuk Persatuan Bekas Perajurit.

(v) Keutamaan mendapatkan kontrak untuk bekas perajurit dengan Kementerian Per­tahanan.

(vi) Peranan serta tanggungjawab Bahagian Hal Ehwal Bekas Perajurit, Kementerian Per­tahanan serta beberapa perkara lain yang berkaitan dengan bekas-bekas perajurit.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun kebanyakan perkara yang disentuh ini telah pun dijawab pada Mesyuarat di sesi yang lepas tetapi biarlah sekali lagi saya menjawab beberapa kemusykilan yang dibangkitkan itu.

Mengenai pengiktirafan kemahiran pertukangan sebagaimana yang telah dijelaskan di masa-masa yang lepas, iaitu bagi mengatasi masalah pengiktirafan oleh Badan Pengik­tirafan Awam, Kementerian ini telah membentuk satu jawatankuasa di peringkat Kementerian ini untuk mengkaji dengan teliti mengenai kemahiran-kemahiran tred yang berkaitan dalam Angkatan Tentera dengan tred yang hampir dengan sektor awam. Jawatankuasa tersebut antara lain terdiri dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pihak Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan (LLPPKK). Oleh kerana masalah pengiktirafan ini telah pun berlarutan begitu lama maka kajian ini akan mengambil masa sebelum apa-apa cadangan untuk pengiktirafan tred­tred yang berkenaan.

Mengenai Tabung Pusingan, saya berpendapat adalah tidak begitu tepat untuk kita mengkaitkan pengendalian kursus-kursus yang bercorak

----------- -------

l:;

(

..

Page 66: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

~

t

' .

625 30 MAC 1989 626

keusahawanan untuk bakal bekas­bekas perajurit yang dijalankan oleh Kementerian Pertahanan dengan cadangan supaya diwujudkan Tabung Pusingan bagi bekas perajurit untuk membantu mereka menjalankan perniagaan. Peranan Kementerian memberi persediaan pada bekas perajurit seharusnya menjadi peransang serta galakan untuk mencebur diri dalam bidang perniagaan. Kerajaan pada masa ini mempunyai institusi kewangan yang cukup untuk menampung usahawan yang . baru termasuk bekas-bekas perajurit bagi mendapatkan khidmat dan bantuan kewangan. Di samping itu, institusi kewangan swasta juga dapat menampung keperluan permintaan bantuan kewangan bagi usahawan-usahawan. Oleh itu, adalah tidak benar bahawa tanpa diwujudkan Tabung Pusingan tersebut, ramai bekas perajurit menganggur sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat.

Mengenai Tabung Pusingan ini, adalah disyorkan pihak Persatuan Bekas Perajurlt sen~iri dapat menubuhkan satu Tabung Pusingannya sendirl bagi membantu ahli mereka untuk berniaga dengan memperolehi bantuan darl punca­punca lain selain dari bantuan Kerajaan. Ini termasuk derma darl orang perseorangan, syarikat perniagaan/perusahaan dan darl derma-derma kutipan Harl Pahlawan yang diadakan pada setiap tahun.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai bancian untuk bekas perajurit, sebagaimana yang pernah dijelaskan di Dewan yang mulia ini, Kerajaan berpendapat untuk menjalankan satu pembancian mengenai kedudukan ekonomi dan sosial bekas perajurit, memang memerlukan belanja yang besar, lebih-lebih lagi bancian ini melibatkan lebih setengah juta bekas anggota tentera dan keluarga. Kementerian Pertahanan masih belum

bercadang untuk membuat bancian tersebut.

Ahli Yang Berhormat juga telah menyentuh tentang sumbangan dari Kerajaan untuk Wisma Pahlawan dan mengharapkan agar Kerajaan terus membantu Persatuan tersebut. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat kerana menghargai sumbangan Kerajaan secara langsung kepada Persatuan Bekas Perajurit Malaysia seperti sumban:gan derma pembinaan Wisma Pahlawan dan lain­lain sumbangan seperti Yang Berhormat sedia maklum. Dengan pemberian derma tersebut, satu Lembaga Pemegang Amanah Wisma Pahlawan telah ditubuhkan dan ianya diharap menjadi punca pendapatan yang berterusan kepada Persatuan Bekas Perajurlt ini.

Di samping itu, saya ingin menegaskan bahawa sokongan tidak langsung Kerajaan terhadap bekas perajurit seperti melalui kutipan derma rayuan Hari Pahlawan yang mana perolehan derma tersebut dikecualikan dari cukai. Kutipan derma rayuan Harl Pahlawan yang disokong oleh Kerajaan telah dapat memper­tingkatkan kutipan di mana pada tahun 1988 kutipan telah bertambah berbanding dengan tahun­tahun sebelumnya.

Mengenai tiada sumbangan darl Kerajaan dan syarikat-syarikat swasta sebagaimana yang didakwa oleh Yang Berhormat Senator adalah tidak benar. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum pada tahun 1981 dengan kelulusan Kerajaan, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah menyumbangkan sebanyak $1 juta untuk kegunaan kebajikan bekas perajurit yang dikendalikan oleh satu Lembaga Amanah yang bernama Tabung Amanah PBPM/MAS. Dengan sumbangan-sumbangan yang nyata dan yang tidak nyata seperti tersebut, Kerajaan berharap PBPM boleh berdikarl darl segi kewangan supaya dengan itu dapat memberi

Page 67: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

627 30 MAC 1989 628

manfaat kepada bekas perajurit tanpa mengharapkan peruntukan khas dari Kerajaan.

Mengenai Kerajaan tidak meng­utamakan syarikat-syarikat yang dipunyai oleh bekas perajurit untuk mengikat kontrak dengan Kerajaan terutama dengan Kementerian Per­tahanan, masalah yang dibang­kitkan ini adalah tidak benar dan amat · mengelirukan, kerana buat masa ini kontrak-kontrak kecil seperti potong rumput sebagaimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat sememangnya diberi keutamaan kepada syarikat-syarikat bekas perajurit yang mampu mengendalikan kerja-kerja berkenaan.

Dalam hubungan ini, Kementerian sentiasa menimbangkan kemudahan­kemudahan untuk bekas perajurit. Mana-mana permohonan dari bekas perajurit akan dipertimbangkan dengan saksama. Keutamaan akan diberi jika tawaran harga bagi satu-satu kontrak itu bersamaan atau setanding dengan lain-lain penender berupaya melaksanakan kontrak yang akan ditawarkan.

Tuan Yang di-Pertua, pada per­bahasan Titah Di Raja tahun ini, nampaknya sekali lagi Yang Berhormat Senator Abdul Hamid Ibrahim mempertikaikan peranan bahagian Hal Ehwal Bekas Perajurit di Kementerian Pertahanan. Yang Berhormat inginkan supaya Bahagian Hal Ehwal Bekas Perajurit di Kementerian Pertahanan dikendalikan oleh bekas perajurit dan mem­persoalkan keputusan Kerajaan terhadap penubuhannya pada tahun 1968. Adalah tidak wajar dibangkitkan keputusan Kerajaan tersebut tentang siapa yang harus mengendalikan bahagian Hal Ehwal Bekas Perajurit kerana urusan satu-satu jabatan itu adalah tanggungjawab Kerajaan. Peranan yang dimainkan oleh bahagian tersebut adalah untuk merancang dan melaksanakan latihan peralihan bagi bakal-bakal bekas perajurit di samping

fungsi-fungsi kebajikan yang lain untuk bekas-bekas perajurit. Adalah tidak wajar sama sekali urusan mereka yang masih dalam perkhidmatan diken­dalikan oleh mereka yang bukan 'dari kakitangan Kerajaan.

Mengenai kemunculan pelbagai persatuan yang bercorak persatuan bekas perajurit, Kementerian me­nyedari akan gejala ini. Kemen­teriah Pertahanan hanya mengik­tirafkan Persatuan Bekas Perajurit Malaysia sebagai persatuan induk atau nasional yang mewakili keseluruhan bekas-bekas perajurit di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Senator Jaafar Haron ingin tahu perkembangan kehilangan pesawat TUDM di Laut China Selatan yang berlaku pada tahun lepas. Untuk makluman Yang Berhormat, penyiasatan terhadap kemalangan kini dalam peringkat akhir di dalam Lembaga Penyiasatan TUDM. Keputusan akan . dapat diketahui apabila penyiasatan telah selesai dijalankan. Pemeriksaan terhadap jet-jet pejuang Skyhawk yang diberhentikan penerbangannya sejak Oktober, 1988 telah menjalani pemeriksaan teknikal yang rapi oleh TUDM sendiri dan Syarikat AIROD Sdn Bhd dan menunjukkan pesawat berkenaan masih boleh beroperasi sepenuhnya. Jet-jet pejuang tersebut dijangka akan beroperasi semula pada bulan April ini.

Mengenai cadangan Yang Ber­hormat supaya Angkatan Tentera kita mempertingkatkan latihan, di sini suka saya jelaskan bahawa Angkatan Tentera kita sentiasa menjalankan latihan bagi mengekal dan mem­pertingkatkan lagi kecekapan dan tahap professionalismenya. Latihan adalah satu perkara yang mesti sebagai persiapan untuk perang konvensional dan menentang insurgensi.

Keupayaan Angkatan Tentera kita telah dirancang supaya kekuatannya memenuhi kehendak memper-tahankan kepentingan negara.

------------ --

!;

'

Page 68: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

:t

\

'I

. -

629 30 MAC 1989 630

Peringkat keupayaan ini sentiasa dijalankan melalui latihan di antara ketiga-tiga perkhidmatan iaitu perkhidmatan Tentera Darat, Laut dan Udara. Dalam usaha kita membantu dasar luar negara untuk mewujudkan keamanan serantau maka Malaysia telah mengadakan hubungan ketenteraan secara dua hala (bilateral) dengan negara-negara ASEAN dalam bentuk kerjasama di bidang operasi dan latihan. Latihan-latihan ini bukan sahaja boleh meningkatkan kecekapan, juga mendedahkan Angkatan Tentera Malaysia dengan penggunaan senjata-senjata moden selaras dengan perkembangan teknologi pertahanan yang pantas.

Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, jawapan saya kepada beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah menyentuh bidang tugas Kementerian Pertahanan. Kepada mana-mana perkara yang tiqak sempat saya jawab pada kali ini, akan dikaji oleh Kementerian dan akan diberi perhatian yang sewajarnya jika didapati sesuai, demi untuk kebaikan Kementerian khasnya dan negara amnya: Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang dipersilakan Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian untuk menggulung.

4.50 ptg.

Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Dato' Kok Wee Kiat): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan teguran, cadangan dan pandangan yang membina dalam perbahasan mengenai Titah Ucapan Di Raja, khususnya mengenai perkara-perkara yang menyentuh bidangkuasa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Izinkan say'1 memberikan jawapan ke atas beberapa perkara tertentu yang telah dibangkitkan.

Ahli-ahli Yang Berhormat Senator Tiong Hew King dan Yang Berhormat Senator Puan Hajjah Habidah Jusoh telah menyentuh · perkara-perkara berkaitan dengan pelaburan.

Yang Berhormat Senator Tiong Hew King telah meminta Kerajaan memberikan peluang, galakan dan kemudahan yang secukupnya kepada usahawan tempatan sepertimana yang diberikan kepada pelabur luar negeri.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator Tiong Hew King, Kerajaan tidak pernah memberikan layanan yang berbeza di antara pelabur asing dan tempatan. Segala peluang, kemudahan dan galakan cukai yang ditawarkan oleh Kerajaan pada masa ini adalah terbuka kepada semua pelabur. Kerajaan tidak pernah mengamalkan sebarang diskriminasi.

Yang Berhormat Senator Puan Hajjah Habidah Jusoh pula telah mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan berusaha ~ntutC menarik lebih ramai pelabur asing melabur di negeri-negeri kurang maju seperti Terengganu. Dalam perkara ini, sukalah saya menjelaskan sekali lagi di Dewan yang mulia ini bahawa insentif­insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan, terutama sekali dalam bentuk pengurangan pendapatan larasan sebanyak 5% bagi lokasi dan Elaun Cukai Pelaburan dengan kadar 5% berasaskan kriteria lokasi adalah bertujuan untuk menggalakkan para pelabur menempatkan projek-projek mereka di kawasan-kawasan perindustrian yang digalakkan.

Untuk menambahkan tarikan, setiap Kerajaan Negeri perlulah mengambil inisiatif memberi galakan-galakan tambahan, jika apa yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan didapati belum cukup menarik kerana Kerajaan Negeri harus sedar bahawa terdapat

Page 69: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

631 30 MAC 1989 632

persaingan daripada negeri-negeri lain untuk menarik pelaburan.

Tuan Yang di-Pert\!a, Yang Berhormat Senator Puan Hajjah Habidah juga telah meminta supaya Kerajaan mengurangkan "red tape" dan interaksi yang terlalu banyak daripada agensi-agensi Kerajaan dengan pihak pengilang.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kerajaan menyedari perkara ini dan ingin menyatakan b~awa memang benar "red tape" yang keterlaluan dalam memproses permohonan-permohonan untuk kelulusan projek boleh mengurangkan minat pelabur-pelabur untuk melabur di sesebuah negara.

Menyedari hakikat ini, maka Kementerian saya ada memplinyai sebuah Jawatankuasa yang telah lama ditubuhkan khusus untuk mengkaji dari masa ke semasa prosedur­prosedur pentadbiran, perundangan­perundangan yang dianggap boleh menyusahkan para pelabur dan pihak swasta amnya di dalam perkara­perkara yang menyentuh bidang tugas Kementerian ini.

Di antara usaha-usaha yang telah diambil oleh Kementerian saya di dalam mengurangkan karenah pentadbiran ialah menyelaraskan prosedur-prosedur untuk men­dapatkan k'elulusan-kelulusan yang diperlukan bagi penubuhan projek­projek perindustrian.

Seterusnya, mulai lhb Oktober, 1988 yang lalu, pihak Kerajaan telah juga memutuskan supaya MIDA berfungsi sebagai sebuah Pusat Pelaburan (COi). Pusat Pelaburan ini adalah bertujuan bagi memudahkan serta mempercepatkan para pelabur mendapat kebanyakan daripada kelulusan yang diperlukan bagi aktiviti pengilangan di peringkat Persekutuan dan dengan c~ra ini akan dapat mengurangkan "red tape" yang terjadi di antara agensi-agensi Kerajaan dengan pihak pengilang.

Sementara itu pihak . Kerajaan Negeri juga telah diminta menubuhkan Pusat Pelabur (COi) yang sama, bagi memudahkan lagi pemberian kelulusan di peringkat Kerajaan Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja penjelasan yang dapat saya berikan kepada perkara beberapa isu

, tertentu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidangkuasa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Timbalan Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah untuk menjawab.

4.58 ptg.

Timbalan Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (Dato Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus): Tuan Yang di-Pertua, saya bangun mohon izin untuk memberikan sedikit penjelasan dan penerangan di atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di sepanjang perbahasan atas Titah Ucapan DiRaja yang berkaitan dengan Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah.

Yang Berhormat Senator C. Krishnan telah menyarankan agar FELDA hendaklah memberikan penyertaan kaum ataupun "ethnic representation" kepada masyarakat India dalam pengambilan para peneroka di rancangan tanah FELDA. Mengenai perkara ini, sukalah saya menjelaskan iaitu peluang untuk menjadi peneroka di rancangan­rancangan tanah FELDA adalah terbuka kepada semua kaum. Bagi proses pemilihan pen~roka ianya dibuat melalui Kerajaan-kerajaan Negeri berdasarkan kriteria-kriteria ataupun asas-asas seperti tidak

~

~

Page 70: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

.-----.

;i

~

,

" -

633 30 MAC 1989 634

mempunyai tanah, sihat tubuh badan, berkeluarga dan sangat berminat di bidang pertanian.

Suka saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini iaitu sehingga 31hb Disember, 1988 penyertaan kaum India di dalam rancangan tanah FELDA adalah seperti berikut:

(i) Jumlah permohonan ataupun jumlah yang memohon ialah 2,753 orang.

(ii) Bilangan yang berjaya dalam temuduga: 2,274 orang.

(iii) Bilangan yang masuk menjadi peneroka setelah berjaya 1,803 orang.

(iv) Bilangan yang masih ada dalam senarai menunggu 471 orang.

(v) Bilangan yang tidak berjaya atau tidak melaporkan diri setelah berjaya dalam temuduga ada seramai 251 orang.

(vi) Bilangan yang keluar secara sukarela ataupun disingkirkan ialah 228 orang.

Yang Berhormat Senator Puan Hajjah Rogayah binti Che Mat telah mencadangkan supaya lebih ramai lagi pesara-pesara diberi peluang atati tern pat di rancangan-rancangan pembangunan tanah terutama di rancangan tanah FELDA.

Mengenai perkara ini suka saya jelaskan iaitu mengikut dasar yang ada sekarang ini, had umur bagi calon­calon peneroka adalah di antara 18 hingga 35 tahun. Waiau bagai­manapun, kelonggaran ada di­berikan kepada bekas-bekas pesara tentera dan polis di mana had umur yang ditetapkan adalah sehingga 40 tahun. Ini adalah disebabkan mereka dianggap masih berkeupayaan untuk bekerja di ladang-ladang dan boleh menjelaskan bayaran pinjaman kembali dalam tempoh 15 tahun seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah telah membangkitkan mengenai tiga perkara. Pertama sekali ialah tentang jalan dari simpang FELDA Taib Andak hingga ke Ulu Tebrau sejauh 7 kilometer didapati telah rosak dan beliau telah mendakwa sejak 10 tahun yang lalu, pihak berkuasa hanya menampal sahaja jalan yang rosak dan tiada usaha untuk memulihkannya.

Tuan Yang di-Pertua, suka saya jelaskan jalan daripada simpang FELDA Taib Andak ke Ulu Tebrau adalah di bawah penjagaan Unit Jabatan Kerjaraya KEJORA. Bagi FELDA kita hanya mengemukakan senarai jalan-jalan untuk dibaiki dan tugas membaiki dilaksanakan oleh pihak JKR berkenaan. Waiau bagaimanapun, jalan tersebut telah pun disenaraikan untuk diperbaiki dalam tahun 1989 ini.

Yang kedua ialah mengenai jalan­jalan di kawasan rancangan tanah FELDA Pasir Raja yang dikatakan tidak diturap dengan tar sejak rancangan tersebut dibuka 20 tahun yang lalu. Suka saya jelaskan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu tidaklah berapa tepat kerana jalan rancangan tanah FELDA Pasir Raja sepapjang 7. 7 kilometer telah pun diturap sepanjang 2.48 kilometer dan bakinya, insya Allah, kita akan cuba ansur dari satu masa ke satu masa.

Perkara ketiga yang dibangkitkan ialah tentang proses pengeluaran hakmilik tanah kepada peneroka­peneroka. Say a mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesedaran Yang Berhormat mengenai perkara ini. Kita memang berhasrat untuk tidak melambat-lambatkan proses pengeluaran hakmilik ini. Pokoknya pertama sekali apabila peneroka-peneroka telah menye­lesaikan bayaran kembali yang dikenakan kepada mereka itu dalam tempoh . 15 tahun. Selepas itu pihak FELDA akan menguruskan dengan pihak berkuasa negeri supaya hakmilik

Page 71: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

635 30 MAC 1989 636

ke atas tanah-tanah yang telah pun diselesaikan bayaran kembali itu dikeluarkan seberapa cepat yang boleh. Proses pengurusan iqi suka saya jelaskan memakan masa di antara 6 bulan hingga ke setahun. Dan kita di FELDA telah cuba mencari jalan untuk membantu pihak berkuasa negeri di dalam memproses pengeluaran hakmilik kepada peneroka-peneroka ini. Dan kita telah pun mula membuat dan membantu pihak berkuasa negeri di negeri Johor untuk mempercepatkan usaha-usaha untuk mengeluarkan hakmilik kepada peneroka-peneroka yang telah pun menjelaskan bayaran kembali mereka. Dan oleh kerana proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan berlanjutan mengikut penyelesaian bayaran kembali oleh peneroka­peneroka dari satu masa ke satu masa, kita fikir kerjasama yang telah pun kita asaskan dan mulakan dengan Kerajaan Negeri Johor itu boleh kita perpanjangkan kepada pihak-pihak berkuasa di negeri-negeri yang lain. Dan oleh kerana itu saya fikir tidak perlulah kita menubuhkan sebuah unit di peringkat Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah untuk membuat kerja-kerja yang sama kerana semua butir-butir dan rekod­rekod tentang proses pengeluaran hakmilik ini ada disimpan oleh lbupejabat FELDA yang kemu- , diannya diselaraskan dengan pihak berkuasa negeri melalui Pejabat Tanah Daerah.

Saya terima kasih kepada Yang Berhormat di atas pandangari supaya kita jangan mengeluarkan hakmilik yang telah dikeluarkan itu lebih daripada satu. Memanglah pihak Kerajaan setakat ini tidak berhasrat untuk berbuat demikian dan sebenarnya kita telah pun membuat suatu pengkajian secara menyeluruh tentang masa depan FELDA kita ini khususnya yang ada hubung kait dengan suratan hakmilik yang dikeluarkan kepada peneroka­peneroka. Dan kita suka melihat

supaya hakmilik yang telah dikeluarkan kepada peneroka­peneroka itu dapat kekal selama­lamanya kepada mereka dan dapat diuruskan dengan lancar, dengan licin supaya memberikan seberapa banyak manfaat yang mungkin kepada peneroka-peneroka kita; dan seboleh­bolehnya kita akan cuba mengatasi apa juga perkara dan persoalan yang dibangkitkan oleh peneroka-peneroka d;iri satu masa ke satu masa berhubung dengan soal hakmilik yang telah dikeluarkan kepada mereka itu dan di atas hasrat atau keinginan mereka untuk memecah-mecahkan hakmilik ataupun suratan hakmilik yang telah diberikan kepada mereka itu.

Akhir sekali, suka saya jelaskan sedikit tentang soal pengeluaran hakmilik ini juga. Kadangkala yang menjadi lewat sedikit pengeluaran suratan hakmilik ini selain daripada proses pengurusan yang dibuat oleh FELDA dan juga oleh pihak-pihak berkuasa negeri; ada di kalangan ataupun ada sebilangan kecil daripada peneroka-peneroka ini yang enggan untuk menandatangani satu perjanjian yang kita namakan sebagai "Perjanjian Selepas Menerima Hakmilik". Kumpulan-kumpulan inilah di dalam FELDA yang kadangkala me­nimbulkan sedikit masalah dalam usaha kita untuk hendak mengeluarkan suratan hakmilik ini. Kita tidak akan mengeluarkan suratan hakmilik itu walaupun mereka telah menyelesaikan bayaran kembali selagi mereka tidak menandatangani "Perjanjian Selepas Hakmilik" sepertimana yang ditetapkan di dalam perjanjian yang telah pun dibuat di antara peneroka-peneroka FELDA dengan pihak berkuasa FELDA itu sendiri. Dan kita akan memberikan penerangan-penerangan dan penje­lasan-penjelasan kepada mereka ini tentang untung-ruginya mereka untu~ faham dan mengikuti sebahagian besar daripada rakan-r~kan mereka yang telah pun mengikuti kandungan­kandungan yang terdapat di dalam

Ji

t

Page 72: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

~

~

'ii

"'

637 30 MAC 1989 638

perjanjian di antara peneroka dengan pihak berkuasa FELDA.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah sedikit penerangan dan penjelasan yang suka saya berikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah. membangkitkan beberapa perkara di sepanjang perbahasan di atas Titah Ucapan DiRaja ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya mempersilakan Timbalan Men­teri Pertanian.

Timbalan Menteri Pertanian (Dato' Alexander Yu Lung Lee): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Ainon binti Ariffin yang telah menyentuh tentang kejayaan MARDI, khususnya di bidang teknologi makanan. Di dalam bidang ini MARDI telah berjaya membangunkan beberapa usahawan kecil yang mengeluarkan produk-produk tradisional seperti keropok, sos, produk dari kacang soya dan lain-lain melalui kursus dan bimbingan bagi menghasilkan keluaran yang bermutu tinggi dan seterusnya menambah ruang pasaran bagi keluaran-keluaran tersebut.

Hasil dari penyelidikan dan teknologi baru yang diperkenalkan oleh MARDI juga membolehkan produk seperti tepung santan, jus buah-buahan, kordial limau kasturi, jus asam jawa dan kordial belimbing di eksport ke luar negeri.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Puan Law Jack Yoon mengenai bantuan untuk membangunkan industri buah-buahan dan cadangan menubuhkan Institut Buah-buahan, terlebih dahulu suka saya memaklumkan bahawa pada masa ini terdapat beberapa syarikat swasta yang terlibat dalam industri buah­buahan secara besar-besaran.

Mengenai cadangan supaya bantuan diberi untuk membangunkan industri buah-buahan, sukacita saya me­maklumkan bahawa pada masa ini Kerajaan menyediakan beberapa insentif dan galakan di bawah Akta Galakan Pelaburan 1986 dan Akta Cukai Pendapatan 1967 termasuk kemudahan-kemudahan seperti taraf perintis, elaun eksport dan elaun pertanian. Di samping itu Kerajaan melaksanakan program penanaman buah-buahan secara berkelompok bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran pekebun kecil.

Berhubung dengan cadangan menubuhkan sebuah Institut Buah­buahan pula, ingin saya menjelaskan bahawa sudah sedia ada badan iaitu Majlis Industri Buah-buahan yang telah ditubuhkan pada tahun 1987, bagi tujuan menjaga kepentingan industri buah-buahan di samping mempergiatkan pembangunannya. Selain dari itu, MARDI adalah terlibat secara langsung dalam aspek penyelidikan buah-buahan dan J abatan Pertanian menyediakan khidmat-khidmat sokongan seperti kemudahan latihan dan pegem­bangannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf sekiranya ada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak sempat dijawab di Dewan yang mulia ini. Kementerian Pertanian akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap cadangan­cadangan yang dikemukakan. Lagi sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang memberi cadangan­cadangan dan komen-komen kepada pegawai-pegawai dalam Kementerian saya. Sekianlah jawapan saya bagi pihak Kementerian Pertanian. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya mempersilakan Timbalan Men­teri Pendidikan.

Page 73: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

639 30 MAC 1989 640

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr Leo Michael Toyad): Tuan Yang di­Pertua, saya ingin memulakan ucapan ini dengan mengucapkan setinggi­tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan teguran dan saranan untuk memperkemaskan lagi perjalanan atau aktiviti Kementerian Pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Dr Tan Chong Keng mengenai kekurangan bilik darjah akibat daripada perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), Kementerian Pendidikan telah dan sedang mengambil tindakan .meluluskan pembinaan bilik-bilik darjah tam­bahan di sekolah-sekolah yang memerlukan bilik darjah ini di seluruh negara. Setakat ini, Kementerian Pendidikan telah membina lebih dari 5,000 buah bilik darjah dengan peruntukan lebih dari $150 juta. Pembinaan bilik-bilik darjah tersebut adalah seperi berikut. Satu, projek segera iaitu secara gotong-royong, projek kerja kecil. Projek yang kedua ialah projek biasa yang dilaksanakan melalui Jabatan Kerjaraya.

Isu yang kedua yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi ialah elaun khas bagi guru-guru bahasa Mandarin. Perlu ditegaskan di sini bahawa kesemua guru-guru bahasa sama ada guru Bahasa Malaysia, bahasa lnggeris, bahasa Mandarin, bahasa Tamil adalah dilatih oleh Kementerian Pendidikan untuk mengajar bahasa-bahasa tersebut di dalam jadual waktu biasa sekolah. Oleh itu, isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut tidak timbul. Isu seterusnya yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ini ialah latihan guru untuk pelaksanaan KBSM. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 1989 peruntukan sebanyak $10 juta telah diluluskan bagi

melaksanakan program-program KBSM termasuk Kursus Orientasi Kakitangan Sumber _dan guru-guru bagi semua matapelajaran yang terlibat. Beliau seterusnya menggesa supaya peruntukan yang seimbang diberikan kepada semua jenis sekolah' rendah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya tidak wujud perbezaan dalam pemberian bantuan kewangan di sekolah rendah. Peruntukan kewangan adalah berdasarkan bilangan murid di sesebuah sekolah itu.

Yang BerhormaJ Senator Dr Tan Chong Keng juga telah menyarankan supaya peruntukan dan kemudahan ditambah bagi sekolah-sekolah di desa.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya peruntukan bagi sekolah-sekolah di luar bandar atau di desa sentiasa diberi perhatian. Bantuan kewangan dan kemudahan di sekolah-sekolah tersebut adalah berdasarkan saiz sekolah yang berkenaan. Jadi Kementerian Pendidikan sentiasalah bersikap adil dalam menyediakan peruntukan kepada semua sekolah termasuk peruntukan bagi sekolah­sekolah kita di desa. Beliau juga menyarankan supaya guru yang tidak mempunyai kelayakan bahasa Mandarin ditarik balik daripada mengajar di SRJK(C) atau Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, guru-guru yang tidak berkelayakan dalam hahasa Mandarin akan tetap dikekalkan di SRJK(C) kerana tenaga mereka masih diperlukan untuk mengajar Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Ini disebabkan mereka adalah guru-guru terlatih dalam bidang tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan G. Rajoo mencadangkan isu supaya buku-buku teks bahasa Inggeris bagi tahun 3 dan ke-5 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil

G

6

-"

Page 74: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

\\

Q

"

641 30 MAC 1989 642

disenaraikan dalam judul-judul teks sekolah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di dalam kurikulum baru sekolah KBSR, matapelajaran bahasa Inggeris tidak diajar di tahun 1 hingga tahun 3. Bagi tahun 4, matapelajaran bahasa Inggeris diajar secara informal dan Kementerian Pendidikan ada menyediakan buku bacaan untuk tujuan tersebut.

Mengenai isu buku bahasa ibunda, Kementerian Pendidikan sedang merancangkan program untuk menilaikan semula buku-buku teks bagi semua matapelajaran KBSR termasuklah buku-buku teks yang digunakan di sekolah SRJK(C) dan SRJK(T).

Yang Berhormat itu tadi juga telah menimbulkan isu berhubung dengan pengwujudan sekolah satu sessi khususnya di sekolah-sekolah menengah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan memang merancang untuk menjadikan tiap-tiap sekolah sebagai sekolah satu sessi sahaja. Kejayaan rancangan ini bergantunglah kepada peruntukan kewangan yang diberikan kepada Kementerian Pendidikan. Namun demikian, kebanyakan sekolah-sekolah ditubuhkan adalah merupakan sekolah-sekolah satu sessi.

Tuan Yang di-~ertua, berhubung dengan pembinaan kelas-kelas dan sekolah-sekolah yang tergendala dalam Rancangan Malaysia Ketiga, Keempat · dan Kelima yang ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat ini, untuk makluman sememangnya benar bahawa faktor seperti kewangan dan proses-proses tender telah menyebabkan tergendala pembinaan kelas-kelas di sekolah­sekolah tersebut. Waiau ba­gaimanapun, di dalam rancangan Malaysia seterusnya, keutamaan akan diberi kepada usaha untuk meneruskan supaya projek-projek pembinaan kelas-kelas dan sekolah­sekolah yang tergendala terutamanya

sekolah-sekolah yang mempunyai dua sidang.

Ahli Yang Berhormat seterusnya juga menggesa agar status Sekolah­sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil bantuan modal ditukar kepada bantuan penuh dengan cara Kerajaan membeli tapak-tapak sekolah berkenaan.

Untuk rnakluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini Kementerian Pendidikan masih berpegang kepada peraturan yang sedia ada ker~na sebarang pertukaran sesuatu sekolah itu akan menimbulkan berbagai rnasalah. Bagi pengetahuan Ahli Yang Berhormat, kewujudan sekolah­sekolah tersebut adalah tertakluk kepada Akta Pendidikan 1961.

Mengenai isu dua skim per­khidmatan guru terutamanya guru­guru Bl dan B2 juga dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat ini. Untuk rnakluman, Kementerian Pendidikan sedang pada masa kini menimbangkan ke~udukan guru-guru berkenaan dan menguruskan keadaan dalam skim tersebut. Ahli Yang Berhormat juga telah rnenyarankan supaya kenaikan pari.gkat bagi guru-guru SRJK(T) atau Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil cuma diberi kepada guru-guru beroption Tamil dan supaya guru-guru yang tidak boleh berbahasa Tamil ditukarkan.

Untuk maklurnan Ahli Yang Berhormat, buat masa ini Kementerian Pendidikan tidak lagi mencalonkan guru-guru yang tidak beroption Tamil untuk kenaikan pangkat di SRJK(T). Waiau bagaimanapun, Kementerian ini tidak boleh menukarkan guru-guru yang tidak boleh berbahasa Tamil dari SRJK(T) kerana guru-guru tersebut juga diperlukan untuk mengajar matapelajaran-matapelajaran lain seperti Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Page 75: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

643 30 MAC 1989 644

Kementerian Pendidikan ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Habidah Jusoh di atas sokongan Yang Berhormat terhadap usaha Kementerian Pen­didikan ini dalam menambahkan kelas-kelas agama Islam dan bahasa Arab di sekolah-sekolah.

Kementerian Pendidikan se-memangnya berhasrat untuk me­ngadakan sistem pendidikan yang bersepadu untuk membentuk rakyat seimbang dari segi rohani dan jasmani sebagaimana yang telah dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat tersebut.

Menyentuh saranan Yang Ber­hormat Tuan C. Krishnan supaya Rukunegara dijadikan sebagai bahan kajian di dalam kurikulum, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan telah menjadikan Rukunegara sebagai asas pembinaan kurikulum kita. Jadi Rukunegara telah dijadikan landasan dan juga digunakan dalam pembentukan falsafah pendidikan negara yang merupakan tunggak dan teras kurikulum kita.

Dari segi matapelajaran pula, kurikulum sejarah telah dibina dengan matlamat untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Nilai-nilai murni merentas kurikulum yang menyepadukan semua matapelajaran, memperkukuhkan lagi prinsip-prinsip Rukunegara dengan mengarahkan seluruh kurikulum kepada melahirkan warganegara yang mempunyai syaksiah yang baik, seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Yang Berhormat Senator Ainon Ariffin telah menimbulkan masalah kekurangan bilik darjah di sekolah­sekolah menengah di Wilayah Persekutuan. Sebenarnya, Kemen­terian Pendidikan sedang ber­usaha untuk mengatasi masalah ini dan sebanyak 22 projek bangunan tambahan yang mengandungi 214 bilik

darjah sedang diusahakan di beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan bagi mengatasi masalah kekurangan bilik darjah ini.

Yang Berhormat ini juga me­niml;mlkan masalah seorang pelajar di Sekolah Menengah Vokasional di' Johor Bahru yang diwajibkan oleh gurunya menghadiri usrah, syarahan, ceramah dan tahlil sehingga mengganggu pelajaran. Sebenarnya perkara ini adalah di dalam siasatan Kementerian Pendidikan untuk membolehkan tindakan yang sewajarnya diambil.

Yang Berhormat Senator Haji Mohd Noor bin Haji Abdullah mahu bakal-bakal doktor wanita diwajibkan mengambil jurusan perbidanan supaya kelahiran bayi disambut oleh kaum wanita. Memang semua pelajar di peringkat Ijazah pertama dalam bi dang perubatan diwajibkan mengambil kursus o'bstetrik dan gynaecology.

Yang Berhormat Senator Habidah Jusoh menimbulkan isu mengenai najis dadah yang telah meresap ke sekolah termasuk juga sekolah­sekolah di pendalaman. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu tersebut memang sudah ada di dalam pengetahuan Kementerian Pendidikan sejak lama dahulu. Langkah-langkah tertentu untuk mencegah pe­nyalahgunaan dadah ini di sekolah­sekolah telah, sedang dan akan diambil dengan berkesan. Yang Berhormat juga membangkitkan isu supaya Kementerian Pendidikan mengadakan pegawai-pegawai pe­nyelidikan untuk membendung mas­alah najis dadah ini di sekolah­sekolah. Kementerian berpendapat bahawa pegawai-pegawai tersebut tidak diperlukan kerana tugas-tugas ini telah dijalankan oleh pegawai­pegawai khas ai;it~-dadah di pe~ngkat Jaba:tan Pend1d1kan Negen dan pegawai Kementerian Pendidikan di

t

~

·:O

<

Page 76: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

l<

~

':,

"

645 30 MAC 1989 646

bahagian sekolah-sekolah dan juga pihak-pihak dari universiti-universiti tempatan.

Ahli Yang Berhormat ini juga telah mencadangkan supaya kurikulum pendidikan dadah diadakan di sekolah-sekolah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan telah pun menggubalkan satu program pendidikan pencegahan dadah yang menyeluruh meliputi bidang cognitive dan psycho-motor. Jadi unsur-unsur pendidikan pen­cegahan dadah telah dimasukkan ke dalam matapelajaran-mata­pelajaran tertentu khususnya mata­pelajaran-matapelajaran seperti pe­lajaran bahasa, pendidikan Islam, pendidikan moral, sains, mateniatik serta jasmani dan kesihatan. Guru­guru akan didedahkan dengan strategi program pendidikan pencegahan dadah ini. Para penerbit dan penulis buku teks juga telah diberi taklimat tentang strategi penyisipan unsur­unsur pendidikan pencegahan dadah dalam teks-teks tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan ingin juga m~ngucapkan terima kasih kepada Yang jBerhormat Sehator Haji Hamid Araby bin Haji Md. Salih kerana sokongan Yang Berhormat terhadap kemampuan KBSM atau Kurikulum Baru Sekolah Menengah, meningkatkan keilmuan dan disiplin pelajaran. Kementerian ini juga menghargai seruan beliau supaya Ahli-ahli Dewan menyokong dan menghargai usaha Kementerian Pendidikan dalam melancarkan KBSM yang bertujuan untuk melahirkan insan yang baik. Sebagaimana yang telah ditimbulkan oleh beliau, Kementerian ini juga turut menyesali sikap setengah­setengah pihak yang pernah mempolitikkan isu KBSM ini yang mungkin boleh menimbulkan ke­tegangan kaum.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhor­mat Senator Hajjah Rosnah binti

Haji Mohd Salleh kerana peng­hargaan yang beliau rakamkan ter­hadap kejayaan yang telah dicapai oleh KBSR dan KBSM dan juga sokongan beliau terhadap usaha Kementerian Pendidikan ini dalam memperkukuhkan lagi dasar pen­didikan kebangsaan serta mem­pertingkatkan lagi mutu pendidikan di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Haji Ibrahim bin Haji Ujang telah menyentuh tentang perpaduan kaum di sekolah-sekolah kita. Berhubung dengan perkara ini dimaklumkan bahawa usaha untuk kita memupukkan perpaduan kaum dan integrasi nasional khususnya adalah dipertingkatkan melalui matapelajaran sejarah dan juga aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di semua peringkat sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat Senator Hajjah Rogayah binti Che Mat tentang peranan pendidikan sebagai agensi yang penting bagi mewujudkan keadilan sosial, memupukkan perpaduan, menyumbangkan kepada pemba­ngunan negara dan pembentukan kebudayaan nasional.

Berhubung dengan perkara ini, saya ingin memaklumkan bahawa usaha­usaha yang sedang dijalankan bagi reformasi pendidikan adalah bertujuan di antara lainnya untuk mencapai hasrat-hasrat yang disebutkan.

Yang Berhormat Senator Puan Law Jack Yoon telah menimbulkan isu disiplin di sekolah-sekolah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha untuk mengekal dan memperbaiki mutu disiplin di semua institusi pendidikan di negara kita ini. Pada keseluruhannya, tindakan pihak Kementerian Pendidikan lebih mirip kepada bentuk nasihat dan amaran jika dibandingkan dengan tindakan

Page 77: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

647 30 MAC 1989 648

atau hukuman yang lebih berat se­perti merotan, menggantung dan membuang sekolah. Buat masa ini cadangan Yang Berhormat supaya Kementerian Pendidikan menubuh­kan sebuah sekolah khas yang menitikberatkan bimbingan dan kaun­seling adalah tidak perlu kerana pada masa ini memang sudah terdapat guru-guru disiplin serta guru bimbingan serta kaunseling kerjaya di semua sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Lim Heng Tee juga ingin mengetahui sama ada satu Majlis Perundingan Pendidikan Negara akan ditubuhkan supaya pandangan berbagai pihak dapat diperolehi dalam kajian Akta Pelajaran 1961. Berhubung dengan perkara ini saya ingin menjelaskan bahawa Kementerian Pendidikan sentiasa sedar bahawa pendidikan adalah merupakan satu perkara yang penting dalam masyarakat kita khususnya di negara ini. Oleh itu, kajian mengenai Akta Pelajaran 1961 memang memberi perhatian kepada pandangan-pandangan yang membina daripada mana-mana pihak khususnya berhubung dengan isu-isu pokok yang sebenarnya dalam kajian tersebut.

Jawatankuasa sentiasa mengesan­kan pandangan-pandangan yang dikemukakan dalam media-massa oleh orang ramai dan mengkaji dengan teliti memorandum-memo­randum dan usul-usul yang telah dikemukakan oleh berbagai pihak dan pertubuhan. Pihak-pihak seperti para sarjana dari universiti-universiti tempatan dan Pertubuhan-pertubuhan Guru, Pertubuhan Sosial dan Pendidikan telah dipelawa untuk memberi pandangan mengenai perka,ra ini. Dalam kenyataan akhbar, Yang Berhormat Menteri Pendidikan pada 23hb Oktober, 1988, Yang Berhormat Menteri telah juga mengajak masyarakat umum turut sama membahaskan perkara ini dan mengemukakan cadangan-cadangan

-- ---

kepada Kementerian Pendidikan. Respond atau reaksi dari berbagai pihak ini adalah menggalakkan. Dengan demikian, penubuhan Majlis Perundingan Pendidikan Negara yang dicadangkan oleh Yang Berhormat itu tidaklah difikirkan perlu.

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja ulasan Kementerian Pen­didikan mengenai perkara atau isu yang dibangkitkan yang menyentuh Kementerian Pendidikan. Sekiranya ada isu-isu yang tidak sempat disentuh dalam ulasan saya tadi, sebenarnya ianya adalah dalam perhatian Kementerian Pendidikan dan saya sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan teguran yang membina.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya mempersilakan Timbalan Menteri Kewangan yang akan memberi jawapan bagi pihak Menteri Luar Negeri dan juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Persilakan.

5.36 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin Ariftin): Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Yang Berhormat Menteri Luar Negeri saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator-senator yang telah membuat teguran mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Luar N egeri semasa perbahasan atas Titah Ucapan Di Raja oleh Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator G. Rajoo telah menarik perhatian Dewan kepada dua peristiwa penting iaitu Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Common­wealth dan Sukan Asia Tenggara Yang Ke-15 yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini di negara kita.

t.

"

...

(

Page 78: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

\

..

649 30 MAC 1989 650

Kerajaan merakamkan penghar­gaan di atas ulasan mengenai pe­milihan Malaysia sebagai tuan rumah kepada CHOGM dan Sukan Asia Tenggara. Sememangnya Kerajaan dan rakyat Malaysia berbangga di atas kepercayaan dan keyakinan negara-negara ahli Komanwel dan Asia terhadap Malaysia untuk mengelolakan mesyuarat dan sukan yang besar dan penting seperti ini dan pihak kita sebagai tuanrumah akan mempastikan bahawa segalanya akan berjalan dengan lancar dan baik untuk mencapai setinggi kejayaan yang mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Senator Habidah dari Terengganu, adafah di-persetujuan bahawa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel ataupun CHOOM pada bulan Oktober tahun ini adalah penting bagi Malaysia dari semua aspek termasuk faedah-faedah yang Malaysia dapat memperolehi dari kunjungan pelawat­pelawat asing ke Malaysia di masa hadapan. Ini adalah selaras dengan projek "Tahun Melawat Malaysia 1990". Selain daripada itu dengan kejayaan mesyuarat tersebut secara tidak langsung ada kemungkinannya pelaburan ke negara kita dapat dipertingkatkan lagi.

Persiapan bagi Mesyuarat Ketua­ketua Kerajaan Komanwel sekarang ini berjalan dengan licin dan memuaskan. Persiapan-persiapan ini dilakukan oleh Jawatankuasa Perancangan Kebangsaan yang mengandungi duabelas jawatankuasa kecil di bawahnya yang diketuai oleh Menteri Luar Negeri sendiri dan merangkumi semua aspek persidangan termasuk juga di Langkawi di mana Ketua-ketua Kerajaan Komanwel akan berkunjung dan bermesyuarat di sana pada 20hb hingga 22hb Oktober, 1989. Kerja tiap-tiap Jawatankuasa di atas sedang dan giat dijalankan dan

telah menunjukkan kemajuan yang menggalakkan.

Selain dari itu sebuah Urusetia CHOGM telali ditubuhkan pada awal tahun 1988 di Kementerian Luar Negeri untuk menyelaraskan semua kerja-kerja persiapan Persidangan itu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia sebagai anggota Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (MKBB) bukan sahaja mengambil peluang ini untuk menyumbangkan tenaga ke arah menjaga kestabilan negara-negara di rantau ini, malahan kita telah berusaha untuk bersama-sama menyumbang tenaga ke arah menjaga kestabilan dan keselamatan dunia secara keseluruhannya selaras dengan peranan utama MKBB iaitu untuk menjaga keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Tuan Haji Jaafar bin Haron telah menyarankan supaya Malaysia memainkan peranan yang berkesan semasa melaksanakan tugas sebagai Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu supaya dapat mengharumkan lagi nama negara. Sukacita dimaklumkan bahawa keupayaan Malaysia untuk melaksanakan tugas yang berat ini telah pun terbukti pada bulan J anuari tahun ini apabila kita telah memulakan keahlian kita sebagai ahli tidak tetap MKBB dan sekali gus menjadi Presiden Badan Dunia tersebut mengikut giliran yang telah pun ditentukan oleh tatacara MKBB. Sepanjang tempoh tersebut, kita telah dapat menjalankan tugas dengan licin, adil dan saksama dengan tidak menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan ahli-ahli yang lain.

Pada bulan Januari, 1989, MKBB telah pun menghadapi beberapa masalah dunia yang rumit seperti isu penembakan jatuh jet pejuang Libya oleh Amerika Syarikat, kemerdekaan Namibia dan pembaharuan mandat Pasukan Keamanan PBB di Lubnan

Page 79: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

651 30 MAC 1989 652

ataupun UNIFIL. Keupayaan kita untuk melaksanakan tanggungjawab yang berat ini sebagai Presiden MKBB telah . diberi penghormatan se­penuhnya oleh Ahli-ahli MKBB yang lain. Setiausaha Agung PBB sendiri telah pun mensifatkan peranan Malaysia sebagai berkesan dan dinamik. Begitu juga dengan beberapa wakil negara-negara berkecuali dan wakil Amerika Syarikat yang telah pun menyatakan bahawa Malaysia telah pun menjalankan tugas Presiden itu, dengan izin, precision, efficiency and a sense of honour.

Pada hemat Kementerian Luar Negeri komen-komen positif seperti ini telah pun meningkatkan imej negara dan mengharumkan lagi nama Malaysia di khalayak antarabangsa. Kementerian sedar akan kebimbangan Ahli Yang Berhormat terhadap keselamatan anggota tentera kita di Namibia. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, tugas dan tanggungjawab mereka di sana adalah untuk membantu proses · ke arah kemerdekaan Namibia melalui pilihanraya yang bebas dan adil. Tambahan pula tentera kita melaksanakan peranan tersebut di bawah panji-panji Bangsa-bangsa Bersatu di mana penyertaan kita telah pun dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat.

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja yang dapat dijawab terhadap perkara-perkara yang dibangkit dan pandangan-pandangan yang telah dibuat berkaitan dengan isu-isu Dasar Luar Negeri Malaysia. Ingin saya bagi pihak Menteri yang berkenaan mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun berucap mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Dasar Luar Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung untuk menjawab bagi pihak Kementerian Kewangan pula.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negara yang telah pun membahas isu­isu yang berkaitan dengan Kementerian Kewangan. Sukacita juga saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Pandikar Amin kerana memberi perhatian berat kepada Projek Sabah Gas Industries. Izinkan saya memberi sedikit ulasan ke atas ucapan Yang Berhormat terse but. Kerajaan Persekutuan sedang meneliti kajian untuk menswastakan projek ini selaras dengan Dasar Penswastaan. Seperti yang telah diberitahu dalam Dewan ini projek ini telah pun mengalami kerugian yang besar. Walaupun pada tahun ini prestasi projek ini akan menunjukkan keuntungan, tetapi bagi tahun-tahun hadapan prestasi projek ini adalah amat hergantung kepada faktor-faktor yang sukar dipastikan dan keadaan-keadaan yang, dengan izin, "volatile" seperti harga Methanol dan HBI di pasaran dunia serta prestasi pengeluaran loji-loji projek ini. Kerajaan akan membuat kajian menyeluruh dan teliti sebelum membuat keputusan untuk menswastakan projek ini. Segala tindakan ke arah ini adalah untuk kepentingan negara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Majid Haji Abdullah dan Yang Berhormat Dr Tan Chong Keng telah membangkitkan isu kehifangan wang sebanyak $22.2 juta di Bank Negara baru-baru ini. Saya telah pun menjawab soalan-soalan berkenaan pada 29-3-89 iaitu soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahaya. Bagaimanapun saya ingin menegaskan di sini sekali lagi bahawa Kementerian Kewangan melalui Bank Negara telah pun mengambil tindakan sewajarnya untuk memperbaiki sistem kawalan di dalam Bank Negara dan juga di

:,

,

c

-

Page 80: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

..

\

653 30.MAC 1989 654

institusi-institusi kewangan lain .bagi mengelakkan berlakunya penipuan­penipuan di masa badapan. Bagi Bank Negara misalnya sebuah firma perunding telah pun dilantik untuk mengkaji kelemahan dan mem­perbaiki sistem kawalart dalam­nya yang sedia ada. Bagi insti­tusi-institusi kewangan yang lain pula ia telah pun diarah supaya menubuhkan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaai:i untuk memperbaiki sistem kawalan dalaman mereka. Ahli Yang Berhormat tentu maklum bahawa apa jua yang kita rangkakan dan laksanakan ia tidak dapat menjaminkan perlindungan dengan sepenuhnya, hanya kejujuran dan amanah jua yang dapat menyelamatkan sesuatu yang kita cuba selamatkan itu.

Yang Berhormat Dr Tan Chong Keng sekali lagi telah pun mencadangkan supaya Kementerian Kewangan mengeluarkan garis­panduan-garispanduan kepada bank­bank. mengenai pinjaman. lngin saya jelaskan bahawa peraturan yang sedia ada telah pun memberi perhatian ke atas perkara ini di mana pinjaman kepada syarikat-syarikat milik asing adalah dikawal oleh Bank Negara. Dalam hubungan ini sesebuah bank tempatan yang ingin memberi pinjaman kepada syarikat yang dikuasai,51 % atau lebih oleh pelabur asing dikehendaki mendapat kelulusan daripada Bank Negara terlebth dahulu. Dehgan demikian pinjaman bank yang diberi kepada pelabur-pelabur asing adalah terkawal dan pengusaha­pengusaha tempatan tidak perlu bimbang mengenai kemudahan sumber pembiayaan untuk mereka.

Yang Berhormat Puan Hajjah Rogayah telah pun mencadangkan supaya dikurangkan cukai pendapatan, · cukai korporat dan cukai pembangunan. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini Kerajaan belum lagi bercadang untuk menurunkan cukai pendapatan perseorangan. Kadar yang

dikenakan bergantung bukan sahaja kepada pendapatan seseorang tetapi f uga jumlah anak setiap pembayar cukai mendapat potongan ke atas seperti betikut:

.Diri sendiri . . . . . . $4,000

Saudara tanggungan . . . . 1,000

Jsteri tidak bekerja . . . . 2,000

Anak-anak (maksima 5)-Anak Pertama . . . . 650 Anak Kedua . . . . 750 Anak Ketiga . . . . 800 Anak Keempat . . . . 800 Anak Kelima . . . . 800 Termasuk anak "inca- 400 pacitated''

Maknanya, jika seseorang itu ber­pendapatan kurang daripada $9,000 setahun-dan mempunyai lebih daripada 3 orang anak, maka ianya tidak akan dikenakan apa-apa .cukai. Sekiranya ia

. berpendapatan lebih daripada $9 ,000 setahun dan ia juga mencarum di KWSP dan membayar zakat dan fitrah serta mengambil polisi insurans, maka ia akan mendapat potongan ke atas caruman dan bayaran zakat tersebut. Mengenai bayaran zakat, ia adalah 100% dikecualikan daripada cukai. Sekiranya pembayar tersebut mem­bayar zakat $200 setahun ia akan mendapat pelepasan $200 daripada cukai pendapatan.

Mengenai cukai korporat pula, dalam Ucapan Belanjawan 1989 Yang Berhormat Menteri Kewangan, Dato Paduka Daim Zainuddin telah pun mengurangkan kadar cukai syarikat daripada 40% kepada 35% ber­kuatkuasa dari tahun taksiran 1989, iaitu tahun ini. Di samping itu, syarikat-syarikat kecil bertaraf printis akan menerima kemudahan potongan cukai yang banyak. Bagi syarikat kecil, elaun pelaburan semula dinaikkan daripada 40% ke 50%. ·

Mengenai cukai pembangunan, cukai pembangunan sebanyak 5 % yang dikenakan ke atas syarikat di­mansuhkan secara beransur-ansur

- ---·· ------------------------------

Page 81: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

655 30 MAC 1989 656

dengan pengurangan sebanyak 1 % mulai tahun taksiran 1990.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Ber­hormat Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang, Yang Berhormat Tuan Lim Heng Tee dan .Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Majid Haji Abdullah telah membangkitkan masalah perjudian. Saya tidaklah bercadang untuk menjawab satu persatu kerana pada tengahari ini Timbalan Menteri Kewangan, iaitu Yang Berhormat Tuan Loke, rakan sejawat saya, telah pun menjawab soalan ini dengan panjang lebar. Waiau bagaimanapun, sebagaimana yang telah pun dijelaskan di Dewan yang mulia ini, Kerajaan memang memandang berat terhadap masalah perjudian ini. Jemaah Menteri telah pun memutuskan qntuk mengkaji masalah ini dan akan membuat keputusan mengenainya tidak lama lagi. Dalam pada itu, Kementerian Kewangan sentiasa mengawasi per­kembangan aktiviti perjudian ini dari masa ke masa.

Seperti yang telah diumumkan pada 7hb Mac, 1989 Kerajaan akan mengambil beberapa tindakan untuk mengawal kegiatan perjudian ini. Di antara langkah-langkah yang diambil telah pun diumumkan oleh Yang Berhorma~ Tuan Loke pada tengah hari tadi. Walau bagaimanapun, saya ingin mengulangi sekali lagi untuk faedah kita bersama:

(i) lesen baru bagi kegiatan per­judian tidak akan dike­luarkan;

(ii) Kerajaan tidak akan me­luluskan perlantikan agen­agen baru kepada piliak-pihak yang sekarang ini menjalankan segala kegiatan perjudian;

(iii) syarat-syarat pengendalian me­sin slot sedang diperketat­kan dan kira-kira 70% daripada lesen-lesen mesin slot yang telah pun dikeluarkan akan ditarik balik-saya ulangi, akan ditarik balik;

(iv) Kerajaan tidak akan me­luluskan sebarang premis baru bagi pusat pertaruhan, dengan izin, "off course betting" untuk syarikat Ascot Sports;

(v) tindakan sedang diambil untuk mengawal kegiatan loteri Big Sweep dengan mengurangkan bilangan ca bu tan dan mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat; dan

(vi) Kementerian Kewangan akan terus bekerjasama rapat dengan pihak polis untuk mempastikan syarat-syarat lesen perjudian dipatuhi sepenubnya.

Tuan Yang di-Pertua, bagi soalan­soalan lain yang dibangkitkan mengenai perjudian yao,g ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga soalan-soalan lain yang tak sempat saya jawab, sukalah saya nyatakan bahawa semua cadangan-cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat telah pun diambil ingatan dan makluman oleh Kementerian Ke­wangan.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya sambung menjawab bagi pihak Ke­menterian Perumahan dan Kera­jaan Tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya bagi pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih di atas perhatian yang telah pun diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa mem­bahaskan usul Menjunjung Kasih di atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Beberapa orang Ahli Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Tuan G. Rajoo dan Yang Berhormat Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang telah membahaskan beberapa perkara berkaitan dengan bidang tugas Kementerian Perumahan dan Ke­rajaan Tempatan.

..

I

Page 82: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

..

657 30 MAC 1989 658

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat .. Tuan G. Rajoo ada membangkitkan mengenai Tabung Pusingan Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan. Untuk mak­luman Ahli Yang Berhormat, per­untukan wang sejumlah $10 juta itu telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada • 17hb Disember, 1975. -Peruntukan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan kepada golongan ber­pendapatan rendah adalah khusus untuk satu program membantu rakyat berpendapatan rendah supaya me­nikmati peluang mendapat pin­jaman bagi memiliki sebuah rumah sendiri. Ini berbeza daripada program rumah kos rendah. Sekurang-ku­rangnya mereka ini boleh mem­punyai ataupun memiliki sebuah . rumah sendiri sebagai rumah asas. Skim Program Pinjaman Perumahan untuk golongan berpendapatan rendah terbahagi kepada 4 kumpulan sasaran seperti berikut:

Skim (a) Pekerja-pekerja yang tinggal dan mempunyai tanah di persekitaran sesuatu estet, perin­dustrian dan penduduk­penduduk luar bandar.

Skim (b) Penduduk-penduduk kam­pung baru yang ada tanah.

Skim (c) Pekerja-pekerja estet dan lombong yang ada tanah berdekatan dengan tem­pat pekerjaan mereka.

Skim ( d) Setinggan-setinggan yang terlibat dalam kawasan­kawasan di mana projek­projek Kerajaan akan dijalankan dan mereka diberi tapak perumahan yang baru ..

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan permulaan sebanyak $10 juta telah pun habis dibelanjakan sepenuhnya pada 4hb Mei, 1982. Peruntukan tambahan $10 juta telah pun dikeluarkan oleh

Perbendaharaan pada 27hb Januari, 1983 dan tambahan kedua sebanyak $10 juta lagi telah diperuntukkan oleh Kerajaan pada bulan Mei, 1988, menjadikan jumlah keseluruhan Tabung Pusingan itu sebanyak $30 juta. Sehingga akhir tahun 1988 sebanyak 3,179 permohonan telah pun diluluskan yang - melibatkan tanggungan peruntukan sejumlah $22,080,155.00. Dari jumlah peminjam tersebut seramai 364 adalah mereka yang diluluskan di bawah Skim ( c) iaitu pekerja-pekerja estet, ladang dan lombong. Skim Pinjaman Perumahan untuk golongan berpendapatan rendah ini mendapat sambutan yang agak meluas di semua negeri dalam Semenanjung berikutan pengumuman serta kerjasama daripada pihak berkuasa di negeri-negeri mengenai skim ini. Walau bagaimanapun, banyak permobon:~m terpaksa ditolak

-kerana tidak memenuhi syarat permohonan, terutama dari . segi pemilikan tanah untuk tapak dan cagaran. Masalah pemilikan tanah untuk tapak dan cagaran juga menyebabkan permohonan secara berkelompok daripada majikan ladang dan estet untuk para pekerja tidak dapat dipertimbangkan.

Bagaimanapun, Tuan Yang di­Pertua, masalah ini tidak menjejaskan peluang majoriti rakyat berpendapatan rendah untuk menikmati kemudahan di bawah skim ini dan seterusnya menyumbang ke arah meninggikan taraf hidup golongan tersebut di samping menghasilkan penambahan rumah-rumah yang lebih tel'$usun melalui punca-punca pinjaman daripada Kerajaan kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang telah pun membangkitkan tentang taman-taman rekreasi yang. dibina dalam penyeliaan Majlis-majlis Daerah dicemari oleh unsur-unsur yang tidak sihat seperti perjudian dan kedai-kedai minuman keras. Untuk makluman Ahli ·Yang

Page 83: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

659 30 MAC 1989 660

Berhormat, Kementerian sentiasa mengingatkan Majlis-majlis ber­kenaan supaya mempastikan bahawa apabila lesen premis dikeluarkan untuk sesuatu tujuan perniagaan di kawasan-kawasan rekreasi, semesti­nya ia tidak disalahgunakan untuk tujuan lain. Jika terdapat mana-mana premis menjalarikan perjudian secara haram atau dijadikan kedai minuman keras tanpa lesen, Majlis berkenaan boleh menarik balik lesen ke atas premis tersebut. Cadangan Yang Ber­ho~at agar taman-taman rekreasi tidak dicemari dengan unsur-unsur perjudian dan lain-lain, Kementerian ini akan sentiasa menghubungi Kerajaan-kerajaan negeri dan Penguasa-penguasa Tempatan untuk menghindarnya.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi ingin saya mengambil kesempatan ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih bagi pihak Kementerian tersebut kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun memberi teguran dan pandangan berkaitan dengan tugas-tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya ingin memberi jaminan bagi pihak Kementerian tersebut bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan khasnya dan Kerajaan amnya akan mengambil perhatian terhadap semua cadangan dan teguran yang telah pun diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya juga percaya teguran Ahli-ahli Yang Berhormat akan dapat membantu mempertingkatkan lagi prestasi Kementerian datam memenuhi hasrat dan cita-cita rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya persilakan Timbalan Menteri Kesihatan.

5.55 ptg.

timbalan Menteri Kesibatan (Dato' K. Pathmanaban): Tuan Yang di­Pertua, saya mengucapkan terima

kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membuat teguran-teguran di dalam perbahasan ke atas Usul Ucapan Menjunjung Kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu,an Agong mengenai dengan hujjah­hujjah berkaitan dengan Kementerian Kesihatan.

Ahli Yang Berhormat Tuan G. Rajoo membuat teguran bahawa Kerajaan masih tidak dapat mengutip caj-caj hospital dari segolongan besar rakyat jelata dan· mencadangkan supaya Kerajaan mengeluarkan satu garis panduan yang lengkap tentang surat-surat pengesahan mengenai pengecualian caj hospital.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sedang berusaha seboleh-bolehnya mengutip batik tunggakan bayaran hospital dari bekas­bekas pesakit melalui beberapa tindakan:

(1) Memperingatkan Ketua-ketua Jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan membuat potongan gaji kakitangan mereka yang terlibat sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perintah Am.

(2) Membuat tuntutan terus kepada bank-bank bagi syarikat-syarikat dan pertubuhan-pertubuhan yang menggunakan kemudahan jaminan bank untuk pekerja-pekerja mereka yang terpaksa dimasukkan ke hospital.

(3) Mengulangi surat-surat per­ingatan kepada pesakit dan sebagai langkah terakhir menghantar notis guaman tuntutan sivil di Mahkamah.

( 4) Menimbang memberikan pengecualian kepada pesakit­pesakit yang membuktikan tiada kemampuan membayar.

..

Page 84: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

.,..

661 30 MAC 1989 662

(5) Memperkemaskan dan memperbaiki lagi sistem bil dan sistem kutipan basil seperti-

(i) .mengarahkan kaki-tangan hospital pergi ke wad-wad untuk mem­buat kutipan betpe­ringkat;

(ii) mengadakan kakitangan supaya kutipan bayaran boleh dibu~t dari jam 8.00 pagi hingga 6._00 petang di mana didapati sesuai dan perlu;

(iii) melaksanakan kemu-dahan bayaran melalui kad kredit; dan

(iv) meningkatkan alat-alat untuk mempercepatkan pengeluaran bil dan resit.

Ketua-ketua Hospital atail wakil mereka sahaja yang boleh memberikan pengecualian_ pembayaran kepada pesakit-pesakit yang tidak mampu membayar setelah menerima permohonan pengecualian daripada pesakit sendiri. Keupayaan membayar seorang pesakit itu ditentukan melalui temubual dalam perkara-perkara seperti berikut: -

(i) jumlah pendapatan; (ii)_ bilangan tanggungan; dan

(iii) surat sokongan dan sebagainya dari pihak yang boleh diterima, jika ada;

Surat pengesahan hanyalah satu daripada alat sokongan yang boleh digunakan oleh Ketua Hospital dalam mempertimbangkan p~ngecualian. Ketua Hospital atau wakilnya yang diberi kuasa untuk memper­timbangkan permohonan itu adalah bertanggungjawab i.mtuk menentukan kesahihan keadaan kemiskinan pesakit itu. Adalah terpulang .kepada budibicara Ketua Hospital. atau wakilnya setakat mana surat sokongan itu dapat membaittu mereka dalam memberi pertimbangan kepada permohonan pengecualian itu.

Seterusnya Ahli Yang Berhormat juga mencadangkan Kerajaan mengkaji kemungkinan memper­kenalkan insurans kesihatan negara seperti yang diamalkan oleh beberapa negara yang maju. Sebenamya kajian kemungkinan terhadap penubuhan satu skim pembiayaan kesihatan yang bemama Tabung Keselamatan Kesihatan Negara (TKKN) adalah sedang dikaji dan diselenggarakan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE) di Jabatan Perdana Menteri. Setakat ini kajian· ini adalah dalam peringkat Fasa_ 11. Kajian ini dijangka akan siap pada bulan Jun, 1989. Selepas itu perakuan akan dibuat kepada Jemaah Menteri sama ada pembiayaan kesihatan yang dicadangkan itu boleh dilaksanakan atau tidak.

Ahli Yang Berhormat Tuan Haji Jaafar bin Haron meminta supaya usaha-usaha diambil untuk mempastikan pegawai-pegawai perubatan bersalin terdiri daripada kaum wanita.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di dalam memilih doktor­doktor untuk dilatih menjadi pakar perbidanan dan sakitpuan, Kementerian Kesihatan menekankan tentang kelayakan dan kebolehan seseorang doktor itu dan tidak me,ngira jantina masing-masing. Waiau bagaimanapun, jika ada keadaan di mana seorang doktor lelaki dan perempuan mempunyai kelayakan dan kebolehan yang sama, maka Kementerian akan memberi pertimbangan yang utama kepada doktor wanita.

Berkenaan dengan teguran daripada Ahli Yang Berhormat Puan Ainon binti Ariffin, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana memberi cadangan yang membina lagi positif untuk memperbaiki perkhidmatan radio­therapi di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Page 85: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

Q63 30 MAC 1989 664

Seperti yang telah saya sendiri sebutkan kepada Jawapan Mul'ut di atas soalan Ahli Yang Berhormat sendiri pada 27hb Mac yang lalu, tindakan telah pun dimulakan ke arah ini .. Misalnya, dari segi peralatan seperti yang telah saya sebutkan bahawa. 2 buah lagi alat radiotherapi Linear Accelerator yang berharga $1.6 juta sebuah iaitu jumlahnya $3.2 juta, telah dibeli dan akan digunakan dalam bulan Jun tahun ini juga, tidak lama lagi. Selain dari itu usaha-usaha sedang dipertingkatkan untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan di Jabatan­jabatan di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Akhir sekali bagi menjawab teguran daripada Ahli Yang Berhormat Tuan Lau Keng Siong mengenai cadangan memberi kemudahan suntikan mencegah penyakit Hepatitis B kepada mereka yang tidak mampu, saya ingin memaklumkan bahawa Program Immunisasi Hepatitis B yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan adalah bertujuan untuk mengusahakan perlindungan kepada seluruh masyarakat Malaysia dalam jangkamasa panjang yang akan mengawal perebakan penyakit ini dan juga mengurangkan kejadian pembawa kronik (cronic carrier). Untuk mencapai objektif ini, Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti dan memberi keutamaan kepada tiga kumpulan yang berisiko tinggi dan sangat mudah dijangkiti oleh virus Hepatitis B. Kumpulan-sasaran ini ialah semua bayi yang baru lahir, kakitangan perubatan yang sentiasa terdedah kepada pesakit atau pembawa dan penagih-penagih dadah yang menggunakan suntikan. Strategi ini .adalah selari dengan syor­syor yang dibuat oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri.

Dalam program yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan pada masa ini, immunisasi diberi secara percuma kepada mereka yang tergolong dalam kumpulan sasaran

dengan tidak mengira taraf ekonomi mereka.

Saya rasa, Tuan Yang di:Pertua, itu sahajalah jawapan kepada hujah-hujah yang dibuat. Yang tidak dapat saya menyebutkan, saya suka memberitahu bahawa Kementerian memang mengambil ingatan dan saya ucap terima kasih kepada semua yang.telah mengambil bahagian. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya mempersilakan Timbalan Menteri Buruh.

6.03 ptg.

Timbalan Menteri Buruh (Dato' Wan Abu Dakar bin Wan Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator G. Rajoo telah mem­bangkitkan masalah kemudahan asas di ladang-ladang seperti pe­rumahan, bekalan air, elektrik dan

· jalan. Beliau juga mencadangkan supaya Kerajaan menggubal undang­undang untuk menyelaraskan perumahan di semua ladang di seluruh negara dengan menentukan spesifikasi yang standard bagi semua perumahan di ladang-ladang. Saya ingin men­jelaskan bahawa usaha untuk menyedia dan meningkatkan kemu­dahan-kemudahan asas di ladang­ladang merupakan tanggu0gjawab bersama tuan empunya ladang dan agensi-agensi Kerajaan Negeri serta Kerajaan Persekutuan. Prosesnya mengambil masa yang panjang di samping melibatkan kos yang tinggi bagi · kedua-dua pihak majikan dan Kerajaan memandangkan sebahagian besar ladang-ladang terletak jauh daripada kawasan yang telah membangun.

Waiau bagaimanapun, Kerajaan akan berusaha sedaya-upaya untuk menyediakan kemudahan asas di ladang-ladang secara berperingkat­pering\<at selaras dengan kemampuan tuan em pun ya ladang dan perkembangan ekonomi negara untuk memajukan sektor perladangan.

Page 86: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

,.

665 30 MAC 1989 666

Sehubungan dengan ini, tuan empunya ladang seharusnya bersikap lebih positif khususnya ke arah membangunkan infrastruktur dan kemudahan asas di ladang-ladang mereka seperti memperbaiki keadaan jalan, bekalan .kuasa elektrik dan air yang bersih dari punca sendiri jika bekalan dari punca Kerajaan belum ada.

Di atas kesedaran bahawa kemudahan asas di ladang-ladang perlu dipertingkatkan, langkah-langkah berikut sedang diambil oleh Kerajaan:

(1) Jabatan Buruh telah men­jalankan satu tinjauan mulai Februari, 1989 mengenai rumah­rumah pekerja dan kemudahan­kemudahan asas yang disediakan oleh majikan ladang­ladang getah. Tinjauan ini melibatkan pengumpulan maklumat dan data mengenai suasana kemudahan-kemu­dahan asas yang disediakan untuk semua jenis rumah pe­kerja di ladang-ladang seperti tandas, bekalan air, bekalan elektrik, dispensari, tempat menjaga kanak-kanak dan TADIKA, kemudahan-kemu­dahan rekreasi, sukan, tempat beribadat dan sebagainya. Tinjauan juga dibuat menge­nai rancangan pemilikan rumah pekerja. Maklumat dan data yang dikumpulkan itu akan di­kaji dan dianalisa untuk men­dapatkan gambaran yang sebenarnya dan menentukan faktor-faktor yang menyebab­kan pekerja-pekerja tempatan enggan bekerja di ladang­ladang atau sebaliknya. Tujuan inf ialah untuk menentukan langkah-langkah yang sepatut­nya diambil bagi memperbaiki kemudahan-kemudahan asas di ladang-ladang.

(2) Akta Piawaian Minima (Perumahan) Pekerja, 1966 dan

peraturan-peraturannya juga sedang dikaji dengan tujuan untuk memperbaiki keadaan perumahan pekerja ladang.

(3) Satu Jawatankuasa Kebangsaan bagi memudahkan pelaksanaan Skim Pemilikan Rumah Pekerja akan ditubuhkan untuk me­nyelaraskan tindakan-tin­dak.an yang perlu dengan pihak­pihak terlibat khususnya Kerajaan-kerajaan Negeri.

( 4) Setahu Kementerian Buruh semua ladang-ladang mem­punyai bekalan elektrik sama ada dari punca LLN atau janakuasa sendiri. Jika pihak ladang memerlukan bekalan dari punca LLN, pihak LLN bersedia menyumbangkan be­kalan tersebut dengan syarat pihak ladang sanggup mem­biayai sebahagian dari kos pembangunannya.

(5) Mengenai bekalan air pula, Kerajaan melalui Kementerian Kerjaraya sedang melaksanakan rancangan khas Bekalan Air Luar Bandar yang juga akan dapat membekalkan air kepada ladang-ladang tertentu. Di bawah rancangan khas tersebut, sebanyak 267 buah estet di seluruh negara telah · dike­nalpasti boleh dibekalkan air oleh pihak JKR jika pihak majikan ladang-ladang tersebut sanggup menyumbang saluran paip daripada ladang-ladangnya kepada saluran paip JKR.

(6) Kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos sedang merancang untuk merumuskan satu tatacara kaedah yang baru dalam perancangan dan pelaksanaan telefon awam luar bandar supaya ianyll dapat betul-betul memenuhi keperluan rakyat dan pembangunan negara.

Page 87: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

667 30 MAC 1989 668

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Lim Heng Tee pula, telah menegur bahawa Undang­undang Buruh diluluskan tanpa dibawa berunding terlebih dahulu dan ini menimbulkan rasa tidak puashati pihak-pihak yang terlibat dengan Undang-undang tersebut.

Sa'ya ingin menegaskan bahawa semua pindaan-pindaan kepada Und'ang-undang Buruh iaitu Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang dibuat pada tahun 1988 serta cadangan pindaan kepada Akta Kesatuan Se}cerja 1959 yang­dibentangkan dalam sesi Parlimen ini tela:h terlebih dahulu dibiilcangkan dafam mesyuarat-mesyuarat Ma:jlis Penasihat Buruh Kebangsaan dan Jawatankuasa Tekniknya sejak tahun 1986. Untuk makluman Yang Berhormat keanggotaan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan adalah terdiri d~ripada tiga pihak iaitu Kerajaan, pekerja dan majikan. Oleh hal yang demikian kenyataan Yang Berhormat bahawa Undang-undang Buruh diluluskan tanpa dibawa berunding terlebih dahulu dengan pihak-pihak terlibat adalah tidak tepat.

Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Saya jemput Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

6.11 ptg.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan (Cik Teng Galk Kwan): Tuan Yang di­Pertua, saya ingin inengucapkan terima kasih atas pandangan/teguran yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan atas Titah Diraja, yang menyentuh tentan~ementerian Belia dan Sukan.

Mengenai pandangan Yang Berhormat Tuan Haji Jaafar bin Haron bahawa Kementerian Belia dan Sukan

lebih menumpukan perhatian kepada 1

kumpulan belia-belia yang tidak bermasalah, ini adalah tidak benat. Untuk makluman Yang Berhormat, program-program yang dilaksanakan oleh Kementerian ini adalah diberi keutamaan kepada belia-belia yang bermasalah seperti belia-belia yang menganggur dan yang menghadapi masalah keruntuhan akhlak.

Tumpuan diberika:n kepada _ belia­belia dalam lingkungan umur 18hingga 30 tahun. Bidang-bidang yang diberi penekanan ialah ke arah pembinaart keperibadian insan, menyediak_an latihan kemahiran vokasional, program rekreasi dan program pembangunan keusahawanan serta pertanian.

Berhu&ung dehgan perkara yang dibangkitkan oleh Yang '8erhormat Puan Ainon binti Ariffin berkaitan dengan masalah belia-belia yang sering berkeliaran di pusat~pusat membeli belah, Kementerian Belia dan Sukan memang mengambil perhatian mengenai masalah ini dan beberapa Iangkah telah diambil bagi mempaitikan agar gejala yang- ,kurang sihat tidak menjangkiti golongan belia. Di antara aktiviti-aktlviti yang dijalankan ialah:

(i) Mewujudkanpusatpenerangan belia bagi tujuan untuk menyampaikan maklumat­maklumat aktiviti-aktiviti kepada para belia.

(ii) Menggerakkan dan mewu­judkan pertubuhan-pertu­buhan belia di kawasan bandar.

(iii) Melaksanakan aktiviti-aktiviti rekreasi, seperti pengem­baraan, kem musim cuti dan bersukan. Di samping itu juga program latihan kemahiran dan per:niagaan disediakan untuk golongan ini bagi menjamin masa hadapan mereka.

,_

Page 88: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

~

669 30 MAC 1989 670

Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas penghargaan yang ..diberikan ·oleh Yang Berhormat Puan Ainon binti Afi~n kepada Kementerian ini berkenaan 6engan Pusat Latihan Kemahiran Tinggi, Sepang. Mengenai kemajuan projek Pusat L~tihan tersebut setakat ini 63% kerja-kerja binaan telah siap dan dijangka pusat ini akan siap .pada bulan Februari, 1990. Pengambilan tenaga pengajar telah diiklankan dalam akhbar dan urusan temuduga dijangka akan dijalankan pada bulan Jun, 1989. Pusat. ini dijangka ~kan mula beroperasi pada bulan Jun, 1990.

Pembinaan Pusat Latihan Belia, Jitra akan bermula pada bulan Mei 1989 dan dijangka akan siap . pada bulan Februari, 1990. Jenis latihan yang akan dijalankan di pusat ini tidak sama dengan Pu,sat Latihan Kemahiran Tinggi, Sepang tetapi ia akan menumpukan kepada kursus mekanik, motorsikal, enjin sangkut; ukiran kayu, anyaman mengkuang dan kraf buluh dan rot.an. Kerajaan Negeri Kedah memang memberi kerjasama terhadap pembinaan pusat ini dengan menyediakan tanah selu&S 35 ekar.

Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Tuan Haji Hamid Araby binHaji Md. Salih. Kementerian Belia dan Sukan memanglah menggalakkan penubuhan persatuan belia. Bagi mempastikan pengurusan persatuan belia ini berkesan, Kementerian ini telah mengambil langkah untuk mengemaskinikan pengurusan dan peranan yang akan dimainkan oleh setiap pertubuhan belia. Atas kesedaran Kementerian terhadap kepentingan pembangunan belia, Kerajaan telah meluluskan Dasar Belia Negara pada tahun 1985. Dalam dasar ini telah jelas bahawa belia diiktiraf sebagai golongan yang berumur di antara 15 hingg 40 tahun. Ini bermakna kepimpinan dan keahlian belia di dalam sesebuah pertubuhan belia hendaklah mengikut

Dasar Belia Negara yang telah dipersetujui oleh semua pertubuhan belia .

Berhubungan dengan saranan­$aranan Yang Berhormat Tuan Haji Hamid Araby mengenai pengurusan persatuan belia" Kementerian Belia dan Sukan akan mengambil perhatian dan mempertingkatkan lagi kekesanan pengurusan persatuan-persatuan belia di semua peringkat. Apa yang kita harapkan persatua_n belia ini akan menjadi satu platform untuk menyatu­padukan masyarakat belia yang lebih progresif untuk 'penglibatan dalam pembangunan negara.

Mengenai perkara yang dibang~itkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Jaafar bin Haron berkenaan tindakan Kementerian Belia dan Sukan untuk mempastikan pasukan negara yang menyertai Sukan SEA ke 15 dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang, sukacita saya menerangkan secara ringkas bahawa pihak Kementerian bersama Majlis Sukan Negara telah mengambil beberapa langkah positif seperti berikut:

(i) Program latihan persediaan ke arah Sukan SEA yang bertujuan 'menyediakan satu pasukan yang berwibawa. Program latihan dua tahun ini meliputi aktiviti-aktiviti latihan pusat, pertandingan luar negeri, pendedahan kepada atlit-atlit, elaun jurulatih serta peralatan dan kemudahan. 24 jenis sukan yang akan dipertandingkan dirangkumi di bawah program latihan ini.

(ii) Mewujudkan Skim Jawatan Kumpulan Ahli Sukan untuk atlit-atlit, jurulatih dan pegawai-pegawai sukan.

(iii) Me~gadakan Kem Latihan Nasional selama satu bulan menjelang Sukan SEA.

Page 89: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

671 30 MAC 1989 672

(iv) Menyediakan seorang pakar dalam bidang psikologi dari Kanada untuk mengadakan beberapa klinik mental kepada atlit-atlit dan jurulatih-jurulatih yang dikenalpasti.

Menyentuh tentang kelemahan publisiti Sukan SEA Ke 15, mungkin kenyataan ini tidak begitu tepat kerana agensi ' Kerajaan yang dipertanggungjawabkan dalam tugas publisiti ini ialah Kei:nenterian Penerangan sendiri di mana hari mulai daripada akhir tahpn 1988, perkara­perkara seranta atas Sukan SEA ini disiarkan oleh pihak R TM khasnya melalui Laporan Sukan dalam Berita Perdana. Bagi pihak media cetak pula, pihak mereka sentiasa menghebahkan perkara-perkara 'controversial' dan 'sensational' di samping memberi makluman umum kepada masyarakat ramai.

Mulai bulan April 1989, publisiti akan diperhebatkan lagi dan banyak bahan-bahan publisiti akan ditonjolkan seperti poster-poster, bill­board, khasnya di tempat-tempat kemasukan pelancong-pelancong dari luar negeri. Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah diper­t~nggungjawabkan untuk menghias Bandaraya Kuala Lumpur bagi menghadapi Sukan SEA ke 15 telah pun memasang bahan-bahan publisiti seperti lampu-lampu perhiasan dengan logo dan mascot JOHAN dijalanraya­jalanraya utama.

Bahan-bahan publisiti juga telah dibekalkan kepada semua negeri di Malaysia supaya mereka juga dapat membantu dalam usaha mem­perkenalkan Sukan SEA di peringkat negeri dan daerah.

Beberapa penaja utama juga telah mengadakan promosi mereka masing­masing dan perkara-perkara ini juga boleh dibaca ataupun dilihat di dalam akhbar-akhbar harian.

Bagi jawapan kepada pertanyaan Yang Berhormat Puan Ainon Ariffin mengenai Gimnasium Rakyat,. adalah menjadi hasrat Kementerian Belia dan Sukan, bagi permulaannya ·untuk mewujudkan satu Giinnasium Rakyat di setiap negeri di Malaysia. Hingga kini empat buah negeri telah pun mempunyai Gimnasium Rakyat mereka iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan Darul Nairn, Negeri Sembilan Darul Khusus dan Negeri Johor Darul Takzim dan Negeri-negeri · yang lain. Penu­buhannya adalah dalam pelaksanaan dan akan siap dalam tahun ini juga.

Gimnasium Rakyat berkonsepkan pusat kegiatan kecergasan fizikal khas kepada masyarakat yang ber­pendapatan rendah termasuk belia­belia yang menganggur dan belia-belia yang berkeliaran di pusat-pusat membeli-belah di ibukota negeri­negeri. Justeru itu adalah didapati sambutan ke atas Gimnasium Rakyat ini amatlah menggalakkan lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur. Keahliannya setakat ini ialah 500 orang dan Kementerian ini difahamkan bahawa keahliannya telah pun ditutup kerana tidak lagi dapat menampung kegiatan di tempat tersebut.

Berhubung dengan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama pemimpin­pemimpin Pertubuhan Belia di semua peringkat memang sentiasa menjalankan kempen untuk me­ramaikan penyertaan belia dalam pertubuhan. Segala aktiviti yang dijalankan oleh Kementerian adalah berasaskan kepada masalah dan keperluan mengikut kumpulan sasaran belia yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun. Di samping itu juga, Kement~rian telah mengaturkan strategi untuk rnemulihkan kernbali pertubuhan-pertubuhan belia yang kurang aktif dan yang telah

t

Page 90: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

"

673 30 MAC 1989 674

dibubarkan pendaftarannya dengan mengadakan , perjumpaan-perjum, paan dengan pemimpin-pemimpin pertubuhan belia berkenaan. Bagi mempastikan kesinambungan ke­pimpinan dalam pertubuhan belia yang salih berganti, Kei:nenterian memang sedar dan masih lagi n'lelaksanakan kursus penerangan dan kepimpinan peringkat asas, pertengahan dan lanjutan bagi tnenjamin kekesanan pentadbiran pertubuhan belia di semua peringkat.

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih atas pandangan yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Pada akhirnya saya jemput Setiausaha Parlimen bagi Kementerian pene­rangan untuk menjawab.

6.25 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan (Dato' Haji Dusuki bin Haji Ahmad): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin supaya dapat menjawab secara am tentang perkara­perkara yang berkaitan dengan Kementerian Penerangan yang disentuh oleh beberapa Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini.

Pada masa ini Kementerian Penerangan sedang menjalankan beberapa langkah pembaharuan khususnya berkaitan dengan penyia­ran. Pembaharuan-pembaharuan yang berlaku iaitu seperti jenis ran­cangan dan jadual siaran TV adalah sebenarnya pendekatan baru ke arah penyiaran yang lebih berkesan dalam membantu pembangunan negara. Sejajar dengan dasar Kerajaan untuk mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti. . . .

Timbalan Yang di-Pertua: Minta maaf, saya ganggu sekejap, satu usul akan dibawa oleh Timbalan Menteri.

USUL

WAKTUMESYUARATDAN URUSAN YANG DIBEBASKAN

DARIPADAPERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menterl Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin Arit11n): Tuan Yang di-Pertua, saya lmohon menca­dangkan:

Bahawa walau apapun peruntu_kan Peraturan · Mesyuarat 11, Per­sidangan Dewan Negara ini tidak akan ditangguhkan sehingga U sul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Ucapan Baginda pada masa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Ketujuh telah diperse- -tujukan dan diluluskan.

Tuan Haji Jaafar bin Baron: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon me­nyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan usul diatas nama Timbalan Menteri Kewangan bagi disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa walau apapun peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Persidangan Dewan Negara ini tidak akan ditangguhkan sehingga Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di•Pertuan Agong atas Titah Ucapan Baginda pada masa membuka Penggal Ketig·a, Parlimen Ketujuh telah diperse­tujukan dan diluluskan.

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA D. Y .M.M. SERI PADUKA BAGINDA

YANG DI-PERTUAN AGONG

Timbalan Yang di-Pertua: Sambung semula.

Page 91: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

675 30 MAC 1989 676

Dato' Haji Dusuki bin Haji Ahmad: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sejajar dengan dasar Kerajaan untuk mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti, RTM melaksanakan langkah-langkah ke arah pencapaian matlamat ini dengan mengurangkan rancangan-rancangan yang diterbit­kannya sendiri.

Kebelakangan ini RTM telahpun menswastakan sebahagian rancangan seperti drama, hiburan dan beberapa jenis rancangan lain yang sedang dirancangkan untuk diterbitkan oleh pihak swasta. Akhimya nanti RTM hanyalah menerbitkan rancangan­rancangan yang penting dan mustahak untuk penibangunan negara iaitu seperti Berita dan Ehwal Semasa, Dokumentari, Drama Khas dan Rancangan Pembangunan dan Agama sahaja. Rancangan-rancangan yang lain akan dibeli dari pihak swasta sama ada dalam negeri ataupun luar negeri.

Cara ini bukan sahaja 'lkan dapat mengurangkan perbelanjaan tetapi juga memberi' peluang kepada para penuntun untuk mengubah selera yang dihidangkan oleh pelbagai penge­luar atau production house yang mutu peperbitannya telah semakin bertambah baik. Di samping itu, langkah ini juga akan membantu perkembangan industri TV di negara ini. Lebih banyak pekerjaan akan dapat diwujudkan dan akhirnya nanti apabila mutu penerbitan telah mencapai tahap yang tinggi rancangan-rancangan terbitan Malaysia sama ada dalam bentuk drama, hiburan atau dokumentari akan dapat diedarkan ke luar negara iaitu sebagaimana yang dapat dilihat sekarang, RTM menyiarkan cerita­cerita dari Jepun dan Filipina dan beberapa negara lain yang bukan berbahasa lnggeris.

Atas dasar dan asas inilah TV Malaysia sekarang ini mengurangkan penerbitannya dan bukan sahaja tidak menerbitkan drama Tamil sebaliknya

drama Bahasa Malaysia ataupun Cima juga akan dikurangkan atas sebab­sebab 'cost effectiveness' yang saya sebutkan tadi. Sebaliknya seberapa boleh RTM akan membeli rancangan­rancangan dalam Bahasa Malaysia, Cina, Tamil dan Inggeris yang diterbitkan oleh Production Houses di dalam dan di luar negeri.

Dengan langkah-langkah penji­matan yang sedang dilaksanakan sekarang RTM juga terus. ber­ikhtiar untuk meningkatkan kualiti teknikalnya dengan menggunakan peralatan yang lebih moden dan sofistikated. Pada masa ini RTM sedang melaksanakan peringkat pertama ke arah siaran terus melalui satelit atau Direct Broadcast Satellite (DBS). Apabila sistem ini dilak­sanakan pemancaran RTM lakan menggunakan satelit sepenuhnya dan tidak . lagi memerlukan pemancar mikro seperti yang ada sekarang ini. Siaran dari dari Angkasapuri dibuat melalui KOMSAR (Kompleks Satelit RTM) yang memancarkan signal ke satelit P ALAP A dan signal itu dipetik oleh stesen satelit bumi yang dikenal sebagai TVRO (TV Receiver Only) dan kemudiannya dipancarkan terus kepada ·penonton di kawasan sekelilingnya. Kesemua sebanyak 41 TYRO akan dipasang dan sistem DBS ini akan dapat meningkatkan kualiti penyiaran 'siaran radio dan televisyen. Di samping itu kos penyelengga­raannya juga akan berkurangan. Sistem ini membolehkan siaran TV dan radio meliputi hampfr 95% berbanding hanya kira-kira 70% pada masa sekarang, di samping kadar gangguan atau kerosakan juga dapat dikurangkan.

Dengan lain-lain kata, pendekatan perancangan dan pelaksanaan RTM pada niasa ini sama ada dari segi keperluan teknikal atau keperluan rancangan adalah ke arah siaran TV dan Radio yang lebih baik dan be'rkesan lagi supaya sumbangannya ke arah perpaduan rakyat dan

..

Page 92: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

__.·

677 30 MAC 1989 678

pembangunan negara dapat dilak­sanakan secara .menyeluruh dan dapat diperingkatkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik hati atas minat dan pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Senator Ainon Ariffin berkaitan dengan rancangan-rancangan RTM. Dalam hubungan ini, saya :ngin menjawab komen dan pandangan beliau mengenai rancangan-rancangan hiburan. Rancangan-rancangan ini bukan bertujuan mengembangkan budaya barat yang tidak sesuai dengan budaya negara ini.

Sebaliknya RTM menyiarkan rancangan seumpama ini dengan muslihat dan tujuan yang baik. RTM adalah bertanggungjawab di antara lain untuk mengembangkan Budaya Nasional. Kita harus sedar ramai bilangan rakyat kita terdiri dari ·golongan muda-mudi yang naluri dan perasaan kemudaannya sering terdedah dan dengan mudah terpengaruh kepada unsur-unsur budaya lain yang memang dengan mudah dapat memukau bukan sahaja muda-mudi di negara kita tetapi juga di negara-negara lain juga. Oleh itu secara halus dan secara tidak langsung RTM cuba menyalurkan maluri muda­mudi ini melaIUi rancangan kesukaan mereka tetapi dengan penuh bimbingan dan hikmat.

Perlu juga diingatkan melalui berbagai rancangan di r-adie daft telivisyen, RTM juga menyiarkan bahan-bahan yang berfaedah baik dalam bentuk rancangan agama mahu pun dokumentari. Tetapi secara umumnya muda-mudi lebih tertarik kepada rancangan berbentuk hiburan. Itulah sebabnya bagi rancangan­rancangan muzik pop diberi panduan­panduan dan bimbingan tertentu baik dari segi pakaian, rambut, gerak laku dan gaya _ yang dapat menimbulkan rasa disiplin sambil menikmati lagu­lagu kesukaan mereka. Kita juga tidak

benarkah misalnya pakaian yang menjolok mata, lelaki-lelaki yang berambut panjang atau µiemakai 'subang ataupun gerak laku dan kata­kata yang menjolok.

Sejauh ini, semua kumpulan yang mengambil bahagian dalam ran~~mgan pop · ini telah pun mengikuti segala peraturan yang disediakan dan adalah diharapkan cara pakaian yang kemas serta tingkah laku yang baik walaupun dalaJll penyampaian muzik pop akan dapat membendung pengaruh yang liar dari Barat.

Pada akhir tahun ini RTM akan mengadakan pertandingan kumpulan~ kumpulan muzik yang membawakan unsur-unsur baru dalam ciri muzik negara bukan sahaja dari segi gubahan daQ lagu tetapi juga mengambil kira dari segi pakaian, turut kata dan ge~ak laku yang lebih sesuai supaya pertandingan seumpama ini akan dapat menimbulkan identiti muzik Malaysia khususnya bagi kesukaan muda-mudi. Secara tidak langsung dan secara beransur-ansur akan lahirlah nilai-nilai yang dapat diterima oleh golongan muda-mudi dengan bimbingan yang sewajarnya. · Dengan demikian, di samping rancangan­rancangan lain yang secara asasnya disiarkan bagi membentuk keperi­badian bangsa dan pembangunan negara, melalui rancangan-rancan­gan seumpama ini anak-anak muda kita tidaklah diketepikan langsung dalam mencari cita-eita- -nasional.

Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, RTM juga menyiarkan lagu-lagu patriotik berbentuk moden dan pop dalam usaha memupuk semangat cintakan bangsa dan tanahair. Di samping itu rancangan-rancangan tradisional terus disiarkan bagi meni~bulkan imbangan yang dapat saling bantu membantu ke arah rancangan-rancangan budaya yang mencerminkan · arus dan pembinaan budaya negara.

Page 93: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

679 30 MAC 1989 680

Tuan Yang di-Pertua, Undang­undang-undang Penyiaran telah pun dikuatkuasakan pada tahun lalu tetapi masih ada beberapa masalah pelaksanaan yang belum selesai. Kementerian Penerangan akan melaksanakan sepenuhnya undang­undang ini pada bulan Jun tahun ini. Adalah diharapkan semua kehendak dan keperluan Akta Penyiaran terutamanya mengenai kandungan rancangan yang disiarkan oleh badan­badan penyiaran sama ada penyiaran Kerajaan ataupun swasta akan dapat dikuatkuasakan sepenuhnya. Sebuah Jawatankuasa Etika Penyiaran telah pun dibentuk dan panduan­panduan yang berkaitan dengan siaran rancangan-rancangan tempatan atau­pun yang diimport termasuklah siaran iklan akan ditentukan untuk pelaksanaan sepenuhnya bagi menentukan semua bahan yang disiarkan tidak bertentangan dengan nilai-nilai kita bersama.

Sebuah Panel Iklan telah juga ditubuhkan bagi memberi penduan­panduan yang mesti diikuti bagi menei1tukan supaya iklan-iklan mencerminkan masyarakat negara dan menghormati nilai bersama. Dengan adanya panduan-panduan melalui J awatankuasa Etika Penyiaran dan Panel Iklan ini semua rancangan yang disiarkan melalui televisyen kenalah mematuhi peraturan-peraturan yang disediakan selaras dengan semangat undang-undang penyiaran yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan industri perfileman, FINAS sentiasa mengambil langkah-langkah ke arah memajukan industri perfileman supaya ianya menjadi sumber kewangan kepada negara. FINAS memang memainkan peranan yang amat penting\dalam menjaya dan memajukan kepen,ingan pengusaha­pengusaha filem \ tempatan. Ia bertanggungjawab bagi memastikan bahawa pengusaha-pengusaha filem tempatan diberikan galakan-galakan

dan bantuan-bantuan yang perlu untuk memajukan industri perfileman, mengambil tindakan terhadap segala percubaan-percubaan untuk mengelak dari pembayaran cukai, memungut hasil-hasil cukai yang sewajamya dan lain-lain. Masalah besar yang dihadapi ialah bahawa mutu filem-filem tempatan masih belum mencapai tahap yang boleh membuatnya setanding dengan filem-filem dari luar negeri. Kerana itulah penghasilan dari filem-filem tempatan belum lagi tinggi. Kementerian Penerangan dan FINAS sedang berusaha untuk menghadapi masalah ini.

Mengenai rancangan-rancangan majalah yang disentuh oleh Yang Berhormat Senator A.K. Sivalingam, RTM tidak lama lagi akan menyiarkan satu program majalah yang bertajuk "Dimensi" sebagai pengganti bagi program-program · majalah seperti Tumpuan Minggu, Skop, Lembaran Minggu Ini dan Fokus. Mengenai perkara-perkara lain yang disentuh, Kementerian akan memberi perhatian dan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya siaran rancangan­rancangan tersebut bersesuaian dengan minat para penonton.

Mengenai lesen radio yang disentuh oleh Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Majid Abdullah, Kementerian ini memang sedang mengambil tindakan untuk menghapuskan keperluan lesen radio satna sekali.

Kementerian ini mengucapkan terima kasih atas komen dan pandangan dari Ahli-ahli Yang Berhormat dan atas perkara-perkara yang tidak dapat dijawab di Dewan yang mulia ini, Kementerian akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di·Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, segala perbahasan mengenai masalah ini telah selesai dan sekarang saya kemukakan masalah ini

~

'

Page 94: PENGGAL KETIGA - parlimen.gov.my · Permainan Tradisi Kanak-kanak seperti Ketinting, Ketinting Bulu Ayam, Congkak, Konda-kondi, Batu Seremban dan lain-lain lagi. Usaha untuk mengenengahkan

p

~ ~

681 30 MAC 1989 682

bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa suatu Usul atas nama Yang Berhormat Pandikar Amin Haji Mulia iaitu:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan Ke­bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli­ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembah­kan suatu ucapan yang zahil daripada. Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Kebawah Duli kerana Titah Ucapan Kebawah Duli pada masa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Ketujuh".

disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan,

L-A05094.

Diputuskan,

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan Ke­bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli­ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembah­kan satu ucapan yang zahil daripada Majlis Dewan Negara mengucapkari berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Kebawah Duli kerana Titah Ucapan Kebawah Duli pada masa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Ketujuh".

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang· Berhormat, Dewan ini ditangguhkan sehingga pukul 3.00 petang hari esok.

Dewan di{angguhkan pada pukul 6.42 petang.