nota edu3073 bimbingan dan kaunseling kanak-kanak

125
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak Bab 1 Bimbingan Dan Kaunseling DEFINISI BIMBINGAN 1. Perbuatan membimbing, memberi petunjuk, mengajar sehingga selesai sesuatu kerja atau tugas.(DBP) 2. Suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. (Suradi Salim, 1996) 3. Suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.(Suradi Salim, 1996) 4. Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. 5. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur dan mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan matlamat seseorang tercapai. 6. Lazimnya bimbingan melibatkan perkara-perkara yang menentukan perkembangan seseorang itu. 7. Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal. 8. Perjalar atau individu yang ingin mengikuti bimbingan perlu hadir secara sukarela. 9. Proses bimbingan perlu dilaksanakan secara kolaboratif di antara fasilitator/guru pembimbing dan para pelajar.

Upload: mandyooi1

Post on 26-Dec-2015

1.174 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

d

TRANSCRIPT

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Bab 1 Bimbingan Dan Kaunseling

DEFINISI BIMBINGAN

1. Perbuatan membimbing, memberi petunjuk, mengajar sehingga selesai

sesuatu kerja atau tugas.(DBP) 

2. Suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia

mereka. (Suradi Salim, 1996) 

3. Suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di

sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan

bakat yang ada dengan sepenuhnya.(Suradi Salim, 1996) 

4. Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. 

5. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur dan mengandungi

maklumat sesuai bagi menentukan matlamat seseorang tercapai. 

6. Lazimnya bimbingan melibatkan perkara-perkara yang menentukan

perkembangan seseorang itu. 

7. Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih

boleh dikawal. 

8. Perjalar atau individu yang ingin mengikuti bimbingan perlu hadir secara

sukarela. 

9. Proses bimbingan perlu dilaksanakan secara kolaboratif di antara

fasilitator/guru pembimbing dan para pelajar.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

DEFINISI KAUNSELING 

PERGERTIAN KAUNSELING

 

Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris “counselling” yang

boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam

pergertian yang berbeza.  Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang

terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung,

terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga

semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.

  Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti

rundingcara sesama mereka.  Kaunseling merupakan kebolehan seseorang

menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup

di dunia.  Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan

profesional.  Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan

di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan,

perkahwinan dan keluarga. 

Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif

daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah.  Ia tumbuh

dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan

sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran.  Di samping itu, ia juga kembang

daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif.  Ini

berdasarkan kepada kepercayaan:

Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna

kepada kehidupan masing-masing. 

Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia

bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing.  Kaunseling

merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang

meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk.  Tujuan pertemuan

itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan

menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan

yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu. 

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan

situasinya.  Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat

dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk

masa depannya.  Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka

antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan

pada klien.

Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan

masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa

kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang

boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya

langsung. 

Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk

meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah

baginya.  Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya

serta pilihan-pilihan yang ada padanya.  Proses ini diharap akan dapat menolong

klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau

kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.

Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan.  Melalui proses ini, klien

dibimbing membuat keputusan sendiri.  Asas bagi proses ini ialah perhubungan

antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan

menyebabkan klien berubah.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

TUJUAN KAUNSELING

Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang

berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi.  Kaunseling mempunyai dua jenis

tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir. 

Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang

singkat.  Tujuan proses terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga

kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan

lanjut.  Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana

sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya,

maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling

tersebut.

Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam

jangka masa yang panjang.  Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan

yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara

konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang

berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri.  Tujuan terakhir merupakan

persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang

mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin

hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Lima tujuan kaunseling iaitu:   

1.  Menolong mengubah tingkah laku klien.

2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama

mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-

ragu tentang dirinya.  

3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien

diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana,

tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah

kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat

keputusan tersebut. 

4.Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya.  Ramai orang

menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain.  Masalah ini

mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri

yang rendah atau sebaliknya.  Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien

meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan

dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat.

Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu. 

5. Membantu perkembangan bakat klien.  Kaunselor membantu klien mengenal pasti

kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. 

Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan

pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera.  Objektif

kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai,

membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang

dibuatnya.  Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat

keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa

mengharapkan bantuan orang lain.  Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka

yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini.  Satu

hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang.  Di dalam

perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin

diubahsuai dari semasa ke semasa.  Usaha membina tujuan mestilah dianggap

sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian

bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien. 

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang

klien: 

Memahami diri dan situasinya; 

Mengenal pasti keperluannya; 

Menerima realiti hidupnya; 

Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya; 

Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya; 

Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya. 

Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya

sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai

dalam masa yang singkat.  Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan

kesejahteraan hidup di dunia.  Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan

bahawa setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang

lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. 

Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan

situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana,

mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina

tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna.  Jika dilihat dari segi ini,

tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di

dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian.  Masalah individu yang

berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan,

kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami

diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap

hidup.

Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah

tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan

seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada

pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling.  Dalam proses kaunseling,

klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar.  Fungsi kaunselor adalah sebagai

‘pemandu’ yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien

dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti

keperluannya.  Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor

tercapai dengan sempurnanya.  Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak

lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri

tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.

PRINSIP KAUNSELING 

Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan

kaunseling.  Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut: 

1. Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara

sukarela dengan kehendak hati klien sendiri.

Klien ingin mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk

mengubah tingkah lakunya. 

2. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien.  Ini

termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi. 

3. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam

kaunseling.  Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh

nilai dan falsafah kaunselor. 

4. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui

temu bual.Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling

selalunya melibatkan temu bual. 

5. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti

mendengar merupakan kaunseling. 

6. Kaunselor memahamikliennya. 

7. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara

kaunselor dan klien.  Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti

dirahsiakan. 

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

8. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien

yang mempunyai masalah psikologi. 

KAUNSELING HARUS BERASASKAN PRINSIP-PRINSIP BERIKUT:  

1. Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri. 

2. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih

tinggi 

3. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya

kebenaran tentang dirinya sendiri. 

4. Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan

keperluan kaunselor 

Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut: 

1. Kaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedang menghadapi

masalah atau kerunsingan. 

2. Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien

berdasarkan kemesraan dan kepercayaan.Kepercayaan adalah faktor penting

kerahsiaan dalam kaunseling. 

3. Dalam sesi kaunseling,kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan

mempercepatkan proses membuat keputusan itu.  Kaunselor tidak membuat pilihan

atau keputusan untuk klien.  Hal ini akan menimbulkan perkembangan kebolehan

klien untuk membuat pilihan atau keputusan tanpa bergantung pada

kaunselor.Kaunselor menolong klien supaya klien dapat melihat segala faktor dalam

sesuatu situasi, mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan

fikiran yang kabur dan tidak rasional. 

4. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan.

Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di antara individu yang

terlibat.Orang yang dipaksa untuk menerima khidmat kaunseling akan memberontak

dan kurang percaya pada orang lain. 

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

5. Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai

kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri. 

6. Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan dan harga

diri seseorang. 

7. Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai peluang

yang maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing dan cara untuk

mencapai matlamat itu. 

8. Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.

DEFINISI PSIKOTERAPI

Secara tradisinya, psikoterapi (atau terapi) berfokus kepada masalah serius yang

dikaitkan dengan intrapsikik, isu yang bersifat dalaman dan peribadi. Ia banyak

menangani “recovery of adequancy” (Casey, 1996). Oleh itu, psikoterapi terutama

sekali terapi yang bersifat analitikal menekankan bahawa peristiwa lepas lebih

daripada peristiwa sekarang, celik akal lebih daripada perubahan c,peranan ahli

terapi sebagai pakar. Tambahan pula, psikoterapi dilihat sebagai melibatkan satu

perhubungan yang lebih lama iaitu sebanyak (20-40 sesi) atau selama enam bulan

hingga dua tahun. Psikoterapi juga berfokus kepada perubahan yang rekonstruktif

jika dibandingkan dengan perhubungan yang lebih bersifat jangka masa pendek (8

hingga 12 sesi) dan jangka masa kurang daripada 6 bulan.

Psikoterapi juga dilihat sebagai perkhidmatan yang lebih bersifat inpatient.

Bagaimanapun, dewasa ini, perbezaan di antara psikoterapi dan kaunseling agak

sukar ditentukan. Terdapat teori kaunseling yang dirujuk sebagai ahli terapi dan

boleh digunakan dalam seting kaunseling dan terapi.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

PERBEZAAN ANTARA BIMBINGAN, KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI. 

Brown dan Pate (1983) menjelaskan agak sukar untuk membezakan antara

psikoterapi dengan kaunseling. Terdapat banyak persamaan di antara kedua-

duanya. Kedua-dua kaunseling dan psikoterapi adalah proses memberi bantuan

yang bertujuan untuk kebajikan. Kedua-duanya banyak menggunakan teknik dan

kaedah yang sama dan pendekatan utama. Psikoterapi telah diubahsuai ke dalam

tugas-tugas kaunselor. 

Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara di antara psikoterapi dan

kaunseling. Brown dan Pate (1983) menjelaskan antara perkara yang membezakan

antara kaunseling dan psikoterapi ialah matlamat dan kaedah. Dari segi objektif,

kaunseling bertujuan untuk mempertingkatkan kebajikan individu dan juga

perkembangan psikologikal. Individu dilihat sebagai menjelaskan proses

perkembangan dan perubahan dan berhadapan dengan peringkat dan dugaan

dalam kehidupan. 

Kaunseling membantu individu untuk melalui proses perkembangan dengan berjaya

dan menemui kebahagian. Kaunseling adalah satu proses yang bersifat fasilitatif dan

promotional bertujuan menyuburkan kebolehan individu dan menggalakkan individu

untuk bersifat tidak bergantung dan mermpunyai arah dalam kehidupan. Kaunseling

adalah lebih bersifat orientasi pertumbuhan lebih dari orientasi masalah. 

Sementara itu, tujuan psikoterapi lebih bersifat khusus daripada objektif umum.

Psikoterapi wujud kerana amelioration psikopatologi. Ianya berorientasikan masalah

dan klien menghadapi kesukaran masalah dan klien menghadapi kesukaran yang

lari dari perkembangan psikologikal yang biasa. Masalah yang dihadapi adalah

bersifat debilitaing dan menghalang kejayaan kehidupan. Psikoterapi memerlukan

lebih daripada sumber-sumber individu untuk menyelesaikan kecelaruan neurotik. 

Tyler (1961) menjelaskan psikoterapi sebagai memberi fokus kepada perubahan

personaliti sementara kaunseling memberi fokus membantu individu untuk

menggunakan kekuatan yang ada untuk berdaya tindak menjadikan kehidupan lebih

baik. 

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Corsini (1995) berpendapat bahawa perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi

ialah terdapat persamaan secara kualitatif tetapi berbeza secara kuantitatif. Ahli

terapi lebih banyak mendengar, kurang memberi nasihat dan penerangan.

Seterusnya ahli terapi berhadapan dengan klien yang menghadapi masalah yang

lebih berat dari klien dalam kaunseling. 

BPS Division of Clinical Psychology (1979) menjelaskan kedua-dua kaunseling dan

psikoterapi menggunakan kerangka teoritikal yang sama dan menekankan

keperluan memberi penekanan kepada klien sebagai individu. Kedua-duanya

mendengar secara sistematik dan mendengar apa yang dikomunikasikan. Ia juga

membentuk keupayaan membantu diri dan bertanggungjawab. 

Ramai ahli psikologi seperti Truax dan Carkhuff (1967) dan Corey (1991)

menggunakan istilah kaunseling dan psikoterapi secara silih berganti.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Bab 2 Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

DEFINISI KAUNSELING INDIVIDU 

Gibson dan Mitchell (2003) mendefinisikan kaunseling individu sebagai satu

perhubungan satu dengan satu iaitu antara kaunselor terlatih dan berfokus kepada

beberapa aspek penyesuaian klien, perkembangan dan keperluan membuat

keputusan. Prosess ini melibatkan satu perhubungan dan ciri komunikasi di mana

klien boleh membentuk pemahaman menerokai kemungkinan-kemungkinan dan

memulakan perubahan. 

Kecekapan kaunselor memungkinan perubahan positif berlaku. Kemahiran

kaunselor dan pengetahuan menyediakan satu rangka kerja dan arah yang

memaksimakan potensi klien ke arah hasil yang positif. 

Rogers (dlm Capuzzi dan Gross, 1991) pula mendapati terdapat beberapa asas

kepada pembentukan hubungan antara seorang klien dengan kaunselor dalam

kaunseling individu iaitu terdapat dua orang yang mengalami hubungan psikologikal.

Pihak pertama ialah klien yang berada dalam keadaan tidak tenteram, risau yang

menghadapi sesuatu gangguan atau kesukaran psikologikal. 

Pihak kedua ialah kaunselor yang tenang dalam hubungan itu. Kaunselor mengalami

pengalaman empati dan faham-memahami terhadap situasi klien dan berbincang

mengenai pengalaman dengan klien. Komunikasi yang dilakukan oleh kaunselor

dengan klien melalui sifat empati, faham-memahami dan penerimaan positif tanpa

syarat sekurang-kurangnya telah mencapai sesuatu keberkesanan kaunseling. 

Zuraidah Abdul Rahman (dlm Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman, 2002)

mentakrifkan kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di

mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor.

Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen,

saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan serta

perasaan klien. Manakala itu, Shertzer dan Stone (1986) menegaskan kaunseling

individu sebagai proses interaksi yang memudahkan pemahaman bermakna

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

mengenai diri dan alam sekitarnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat

dan nilai-nilai tingkah laku masa hadapan klien. 

Kamaruzaman Jamal (dlm Abdul Halim Othman, 1999) mendefinisikan kaunseling

individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong

yang lain itu menyelesaikan satu konflik, atau pertentangan yang belum

diselesaikan. Sementara itu, Muhd Mansur Abdullah (1993) mendapati kaunseling

individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, hubungan bersemuka antara dua

manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya

menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali

dirinya, membuat perubahan, menukar sikap, membuat keputusan dan pemilihan

bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri. 

Secara rumusannya, kaunseling individu merupakan satu pertemuan seorang

kaunselor dengan seorang klien untuk mengadakan satu proses perhubungan atau

interaksi profesional dan memusatkan tumpuan kepada aspek-aspek penyesuaian

dan perkembangan diri klien dan diikuti dengan pembuat keputusan terbaik dari

alternatif-alternatif yang diperlukan. Kaunseling individu mewujudkan interaksi dan

komunikasi di mana klien akan berpeluang membina kesedaran dan pemahaman

melalui penerokaan kendiri serta penjelasan ke atas beberapa matlamat dan

alternatif penyelesaian. Tujuan akhir kaunseling individu diberikan ialah

mengharapkan klien dapat memenuhi keperluan diri dan persekitarannya dan pada

masa yang sama melalui perubahan yang dilakukan.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

CIRI-CIRI KAUNSELING INDIVIDU

Bagi memahami bidang kaunseling secara keseluruhan, pengetahuan tentang ciri-

ciri kaunseling individu itu sendiri haruslah difahami.

(a) Kaunselor sebaiknya menghormati kejujuran klien yang datang meminta

pertolongan.Klien berjumpa dengan kaunselor untuk menceritakan persoalan

bukanlah perkara yang mudah dan dianggap remeh. Kemungkinan sebelum itu,

klien berkonflik dengan dirinya untuk membuat keputusan untuk meminta bantuan

atau sebaliknya.

(b) Menjadi tugas kaunselor untuk memberi kefahaman kepada klien tentang

matlamat serta limitasi kaunseling supaya tidak timbul salah tanggapan atau

persepsi yang meleset.

(c)Kaunselor harus menyedari keupayaan dan tanggungjawabnya dengan

mengundurkan diri jika tidak berupaya menangani keperluan klien dengan

mencadangkan perkhidmatan profesional lain yang lebih dominan dan signifikan

dengan konflik yang dialami oleh klien.

(d) Kaunselor harus sentiasa menyedari limitasi dan menghormati etika untuk

menyakinkan klien bahawa segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan di

samping klien bebas memberi maklumat serta memilih alternatif yang difikirkan

dapat membantu kaunselor untuk membantunya.

(e) Jika didapati keadaan klien mengancam kebajikan atau keselamatan diri dan

orang lain, maka adalah menjadi tanggungjawab kaunselor melaporkan kepada

pihak tertentu atau dirujuk kepada pihak pihak yang berkaitan dengan

mencadangkan perkhidmatan lain dan profesional lain yang lebih berpengalaman.

(f) Kaunselor perlu menyakinkan klien bahawa segala maklumat yang diberikan

adalah rahsia. Bagaimanapun, jika didapati keadaan klien mengancam kebajikan

atau kesihatan diri sendiri atau orang lain, maka adalah menjadi tanggungjawab

kaunselor melaporkan hal itu kepada pihak-pihak yang tertentu atau dirujuk kepada

perkhidmatan yang sesuai.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

(g) Sebagai seorang yang profesional, kaunselor berhak meminta pandangan dan

nasihat daripada professional lain dengan tujuan menjelajah beberapa kemungkinan

memberi pertolongan yang berkesan kepada kliennya.

Stewart et al (1978) mengatakan terdapat beberapa elemen yang perlu diberi

perhatian dalam kaunseling individu. Elemen-elemen tersebut adalah seperti berikut;

(a) Kerahsiaan

Dialog perbincangan dalam kaunseling tidak boleh melampaui batas. Bilik

kaunseling hendaklah jauh daripada gangguan kebisingan dan gangguan orang lain

seperti bunyi telefon dan gangguan suara bising. Ini bertujuan untuk melindungi

rahsia klien kerana perbincangan antara kaunselor dengan klien adalah sulit.

(b) Wujud status yang sama antara kaunselor dengan klien.

Kaunselor hendaklah peka kepada perkara yang mungkin mencetus persepsi

perbezaan status antara kaunselor dengan klien. Contohnya, duduk di kerusi yang

lebih tinggi daripada klien atau duduk di belakang meja yang besar.

(c) Kaunseling yang dilakukan tidak terburu-buru

Seringkali dalam kaunseling, dalam masa setengah jam yang pertama, kaunselor

tidak akan dapat menangkap apa persoalan sebenar yang diceritakan oleh klien.

Oleh itu, kaunselor hendaklah sabar untuk memberi masa kepada klien

menyesuaikan diri dan masuk kepada perbincangan sebenar tanpa tergesa-gesa.

(d) Bilik kaunseling yang bersesuaian

Kaunseing dilakukan dalam bilik yang bersesuaian. Bilik kaunseling seboleh-

bolehnya tidak digunakan untuk tujuan lain. Ini penting untuk menyakinkan klien

tentang kaunseling yang diberikan dan imej profesion kaunseling itu.

(e) Suasana perbincangan adalah menenangkan

Perbincangan antara kaunselor dengan klien sentiasa berlaku dalam keadaan yang

menenangkan. Perbincangan yang boleh menimbulkan perasaan segan klien

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

perlulah dielakkan berlaku. Kaunselor juga hendaklah merancang dan mengawal

masa kaunseling.

American Counseling Association (dlm Smith, 2001) menjelaskan ciri-ciri kaunseling

individu sebagai;

· Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, perkembangan peribadi, kerjaya dan

persoalan patologikal

· Kaunseling dilaksanakan oleh individu yang boleh berfungsi dengan baik dan juga

mereka yang mempunyai masalah yang lebih serius

· Kaunseling adalah berdasarkan teori

· Kaunseling adalah satu proses yang bersifat perkembangan atau intervensi.

JENIS-JENIS KAUNSELING INDIVIDU

i) Kaunseling akademik 

 - Menyediakan kaunseling dalam usaha membantu klien memilih mata pelajaran

yang sejajar dengan minat, keupayaan dan pencapaian mereka. Selain daripada itu,

kaunseling akademik juga menyampaikan makluamat mengenai peluang-peluang

melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tingggi dalam negara ataupun

luar negara.

ii) Kaunseling kerjaya 

 - Kaunseling kerjaya membantu klien mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar

dengan minat, bakat, keupayaan dan pencapaian akademik. Menurut Holland dalam

Gibson & Mitchell (1981), individu akan memberi persekitaran kerja yang berkaitan

dengan minat mereka, kesesuaian pekerjaan dengan minat pekerja yang akan

memberi kepuasan yang lebih. 

Oleh itu, asas kaunseling kerjaya adalah bagi kaunselor kerjaya ialah

mengidentifikasikan kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya. Kaunseling kerjaya

juga menolong klien menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya serta mendedahkan

kepada klien secara meluas jenis-jenis kerjaya di sektor awam dan sektor swasta. 

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Kaunseling kerjaya juga boleh memberi ingatan dan kesedaran kepada klien

bahawa perancangan kerjaya adalah perlu.

iii) Kaunseling pemulihan- (Stone, 2002) menyenaraikan 3 sebab mengapa perlunya

kaunseling pemulihan iaitu ;

 -Kaunselor pemulihan mengandaikan kes-kes klien mempunyai masalah fizikal

seperti kecelaruan tingkah laku atau kecacatan. 

 -Kaunselor pemulihan bertanggungjawab menyediakan klien dengan maklumat

pendidikan dan rawatan pemulihan. Kejayaan kaunselor pemulihan selalu diukur

dengan kejayaan mereka untuk membantu klien mendapatkan pekerjaan. 

 -Klien telah mengharapkan kaunselor pemulihan menyediakan perkhidmatan yang

luas terutamanya berkaitan dengan kecacatan dan ketidakupayaan memperoleh

pekerjaan. Klien mempunyai harapan dan jangkaan yang tinggi terhadap kaunselor.

iv) Kaunseling peribadi 

 - Kaunseling peribadi merupakan kaunseling yang meneroka pertumbuhan kendiri

klien, membantu klien memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan.

Tujuan kaunseling individu adalah untuk membantu klien memperolehi kefahaman

sendiri, iaitu membantu klien memperolehi maklumat dan mebentuk sikap celik akal

an nilai yang sejajar dengan kehendak masyarakat. 

 - Kaunseling individu juga menolong klien berkomunikasi dengan lebih berkesan

dan membina perhubungan yang baik dengan anggota-anggota lain. Dalam proses

kaunseling individu juga akan membantu klian untuk membuat keputusan yang

waras dan bijaksana.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

PERBEZAAN DI ANTARA KAUNSELING INDIVIDU DENGAN KAUNSELING

KELOMPOK. 

Kedua-dua jenis kaunseling individu dan kelompok mempunyai matlamat yang sama

tetapi cara penggendalian yang berbeza. Di antaranya ialah seperti berikut; 

(a).Dalam kaunseling individu , proses terapuitik terhad antara kaunselor dan klien sahaja manakala dalam kaunseling kelompok ia melibatkan lebih daripada seorang individu atau kelompok tertentu. 

(b).Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok berpeluang memberi dan menerima pertolongan di antara satu sama lain sementara dalam kaunseling individu pertolongan diberikan oleh kaunselor sahaja. 

(c).Dalam kaunseling kelompok kaunselor boleh bertindak sebagai pemimpin dan boleh diambil alih oleh ahli-ahli kelompok manakala dalam kaunseling individu fungsi kaunselor tidak berubah. 

(d).Suasana selesa dan mempercayai mudah dibentuk dalam kaunseling individu, namun dalam kaunseling kelompok agak sukar kerana ahlinya terlalu ramai dan berbagai ragam. 

(e).Dalam kaunseling individu klien mendapat respons daripada kaunselor, tetapi bagi kaunseling kelompok peserta mendapat perhatian daripada ahli-ahli dan juga daripada kaunselor. 

(f).Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok mudah berasa terancam dan kurang selamat manakala dalam kaunseling individu kaunselor hanya memberi tumpuan kepada seorang individu sahaja ini akan memberikan perasaan selamat kepadanya. 

(g).Dalam kaunseling kelompok perkongsian pengalaman berlaku di antara ahli-ahli dan kaunselor manakala dalam kaunseling individu pengalaman dikongsi di antara kaunselor dengan seorang klien sahaja. 

Secara keseluruhannya, terdapat perbezaan yang jelas antara kaunseling individu

dengan kaunseling kelompok. Hubungan terapuitik dalam kaunseling individu terhad

kepada kaunselor dengan seorang klien sahaja manakala hubungan terapuitik

berlaku antara kaunselor dengan beberapa orang individu dalam kaunseling

kelompok. 

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Dalam kaunseling individu, proses pertolongan hanya diterima daripada kaunselor

sahaja. Dalam kaunseling kelompok, proses pertolongan boleh datang daripada

kaunselor serta ahli-ahli lain. Ahli-ahli kelompok akan memberi dan menerima

pertolongan antara satu sama lain. Dalam kaunseling individu, fungsi kaunselor

adalah tetap, iaitu membantu klien memahami diri dan menyelesai masalah. Dalam

kaunseling kelompok, fungsi kaunselor boleh berubah dari ketua kelompok kepada

ahli. 

Suasana yang tenang, mesra dan rasa kepercayaan lebih mudah terbentuk dalam

kaunseling individu kerana hanya terdapat seorang klien dengan seorang kaunselor.

Sebaliknya, dalam kaunseling kelompok, suasana tenang, mesra dan kepercayaan

sukar dibentuk kerana ramai ahli yang terlibat. Dalam kaunseling individu, respons

hanya terdapat daripada kaunselor dan tumpuan perhatian kaunselor diberi

sepenuhnya kepada seorang klien sahaja. Oleh itu, perasaan selamat juga lebih

mudah terbina. Sementara itu, dalam kaunseling kelompok, terdapat respons

daripada kaunselor dan ahli-ahli lain dan ini menyebabkan perhatian dan layanan

kaunselor juga terbahagi kepada ahli-ahli yang ramai tersebut. Keadaan ini

membuatkan peserta lebih mudah merasa terancam dan kurang selamat kerana

mereka terpaksa berkongsi dengan ramai orang. Tumpuan kaunselor tidak dapat

diberikan sepenuhnya kepada setiap ahli. 

Dalam kaunseling individu, klien kurang berpeluang untuk mempelajari kemahiran

perhubungan jika dibandingkan dengan ahli-ahli dalam kaunseling kelompok. Klien

dalam kaunseling individu kurang berpeluang mempelajari cara memerhati dan

memahami tingkahlaku orang lain memandangkan terdapat hanya dua orang sahaja

dalam perhubungan kaunseling individu. 

Dalam kaunseling kelompok, ahli-ahlinya lebih berpeluang mempelajari kemahiran-

kemahiran asas seperti bagaimana memberi perhatian, berempati, meneroka,

mendengar secara aktif dan meminta penjelasan. Ahli-ahli dalam kaunseling

kelompok juga dapat mempelajari perhubungan antara individu dan membantu

mereka bersosialisasi. Ahli-ahli juga dapat mempelajari cara memerhati dan

memahami tingkah laku individu-individu lain.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Bab 3 Peranan Guru Biasa Sebagai Guru

Pembimbing

PERANAN GURU KAUNSELING DI SEKOLAH

 Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) telah menggariskan prinsip-prinsip bimbingan dan kaunseling yang sesuai digunakan di Malaysia seperti berikut:- 

Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses yang dirancang dan berterusan. 

Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan. 

Penuntut mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila perlu.  Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan

penuntut bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami

dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan. 

Bimbingan dan kaunseling adalah berorientasikan masa depan dan sekarang. 

Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan-kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya, 

Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman.  Bimbingan dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal

penuntut. Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan rohani. 

Bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling yang baik. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan supaya ia tidak dianiaya oleh yang menolongnya. 

Namun menurut tugasan yang terbaru tugas Kaunselor dihadkan kepada lapan bidang seperti yang tertera di bawah iaitu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling,Pengurusan dan Pentadbiran,Akademik,Kerjaya,Psikososial dan kesejahteraan mental,Kaunseling keibubapaan,Pembangunan diri, serta Pendidikan pencegahan dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS 

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Bidang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menghendaki kaunselor mengadakan sesi dengan pelajar .Antara corak perkhidmatan yang diberikan ialah Sesi Kaunseling Individu iaitu sesi yang melibatkan hanya kaunselor dan klien sahaja.Tujuannya adalah untuk membincangkan permasalahan individu serta membantu klien mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunseling individu lebih kepada perkara yang bersifat peribadi dan kerahsiaan.Oleh itu sebagai kaunselor adalah menjadi tanggungjawab baginya utnuk menjaga rahsia berkaitan cerita atau permasalahan klien yang diperbincangkan.

 Bagi Sesi Kaunseling Kelompok pula ia melibatkan kaunseling yang melibatkan sejumlah pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama.Semasa sesi berlangsung kaunselor boleh memilih sama ada bertindak sebagai fasilitator iaitu membimbing kumpulan terbabit untuk mencapai matlamat yang hendak dicapai di penghujung sesi tersebut atau sebagai ahli dalam kumpulan tersebut.Semasa permulaan sesi kaunselor perlu menerangkan tentang kerahsiaan yang perlu dijaga oleh setiap ahli kelompok.

 Seterusnya ialah Sesi Bimbingan Individu .Dalam hal ini kadang-kadang terdapat pelajar yang datang bertemu kaunselor hanyalah untuk mendapatkan bimbingan terutama ingin mengetahui cara belajar yang bereksan.Dalam hal ini ,kaunselor perlu menjalankan sesi bimbingan iaitu memberi tunjuk ajar secara terus kepada pelajar. 

 Demikian pula halnya dengan Sesi Bimbingan Kelompok iaitu beberapa orang pelajar yang datang bertemu kaunselor hanya untuk mendapatkan sedikit bimbingan dan pandangan bagaimana cara untuk mereka mengulangkaji sebagai contohnya sekumpulan peajar yang ingin meminta pandangan dan berbincang tentang bagaimana mereka hendak memulakan belajar dalam kumpulan. 

 Konsultasi pula melibatkan kaunselor dengan pihak luar.Ini berlaku apabila kaunselor mendapati ia kurang berkemahiran dalam sesuatu bidang yang diutarakan oleh klien.Maka,ia perlu mendapatkan nasihat pakar atau kaunselor lain atau pun merujuk kes berkenaan terus kepada pihak lain yang dipercayai mempunyai kepakaran dan dipercayai boleh membantu klien tersebut.Merujuk klien yang mempunyai kemurungan yang serius merupakan suatu bentuk konsultansi yang boleh dilakukan oleh kaunselor. 

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Pengurusan dan Pentadbiran    Seseorang kaunselor pada asasnya terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran.Uusan pentadbiran yang dimaksudkan adalah urusan dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidang Bimbingan dan Kaunseling serta hubungannya dengan pihak pentadbir sekolah ataupun agensi luar.

 Perkara yang termasuk dalam pengurusan antaranya ialah mengurus dan menyelia sistem fail.Dalam urusan ini kaunselor bertanggungjawab terhadap pengurusan segala jenis fail yang telah diwujudkan.Segala jenis fail hendaklah mempunyai nama dan siri nombor.Fail mestilah dalam keadaan yang terurus dan teratur bertujuan agar senang dicari bila fail itu dikehendaki. 

 Membuat sebaran berkenaan perkara yang berkaitan dengan bidang kaunseling.Ini bermaksud kaunselor perlu membuat sebaran seperti mengedarkan buletin,paparan ,poster,buku skrap berkenaan maklumat kerjaya,maklumat pendidikan dan latihan,maklumat dadah,bahaya rokok dan kesihatan dan jadual waktu perkhidmatan kepada para pelajar.Ini semua bertujuan untuk memaklumatkan pelajar agar mereka tahu akan kepentingan dan tugas Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 

 Kaunselor juga dikehendaki menyediakan dan menyelenggara kertas kerja p dan menyediakan laporan program.Penyediaan kertas kerja program dan laporan program adalah menjadi suatu tanggungjawab kaunselor.Sebagai kaunselor yang juga merangkap Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah,maka adalah menjadi kewajipan baginya untuk menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti pada tiap kali aktiviti di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling dijalankan. 

 Keceriaan bilik kaunseling begitu penting kerana bilik kaunseling perlulah selesa dan kondusif bagi menjamin suasana sesi kaunseling yang berlangsung adalah teraputik.Suasana yang teraputik hasil dari keindahan dan keceriaan bilik kaunseling sebenarnya mempengaruhi klien yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan.Suasana yang kondusif dipercayai akan mempercepatkan lagi proses ‘rawatan’ yang diberikan oleh kaunselor kepada kliennya. 

 Laporan dan rekod sesi perlu disediakan sebaik dan secepat mungkin agar kaunselor tidak tertinggal fakta-fakta penting semasa sesi berjalan.Penyediaan laporan sesi amat penting sebagai rujukan kepada kaunselor untuk sesi yang berikutnya.Namun begitu adalah perlu diingat bahawa segala laporan sesi adalah ‘SULIT ‘dan adalah menjadi suatu kesalahan jika ia terdedah atau diketahui oleh orang lain.Namun begitu bagi kes-kes yang melibatkan jenayah atau kes-kes yang terlalu berat ia boleh didedahkan dengan tujuan menyelamatkan klien atau orang yang ingin dicederakan oleh klien. 

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

 Penyediaan borang-borang perkhidmatan murid bagi kemudahan kaunselor menjalankan urusan pentadbiran.Kaunselor perlu menyediakan borang-borang tertentu bagi mengurus dan melancarkan lagi pengurusan Bimbingan dan kaunseling(Rujuk lampiran untuk borang yang disediakan).Borang yang disediakan mempunyai fungsi dan peranan tertentu. 

Akademik    Seterusnya kaunselor bertanggungjawab untk membantu pelajar untuk mengetahui dan memahami kemahiran belajar yang meliputi kemahiran membaca dan mengambil nota,pengurusan masa,pengurusan diri,kemahiran mendengar, kemahiran mengingat,mengulangkaji,menjawab soalan peperiksaan dan menghadapi peperiksaan. 

 Mengumpul maklumat berkenaan peluang melanjutkan diri seleps Penilaian Menengah Rendah,Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.Pengumpulan maklumat ini adalah perlu agar para pelajar mendapat maklumat tentang ke mana hala tuju mereka selepas melepasi tahap-tahap tertentu.Syarat-syarat untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam atau swasta,tempat pengajian lain bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat ke institusi pengajian tinggi sebagai alternatif bagi mereka yang tidak layak dan lain-lain peluang untuk pelajar melanjutkan pelajaran.Ini semuanya menjadi tanggungjawab kaunselor. 

 Tugas kaunselor seterusnya dalam bidang akademik tertumpu kepada Pemilihan mata pelajaran elektif.Sebagaimana yang semua maklumi bahawa apabila pelajar tamat PMR ,SPM atau STPM ,para pelajar terlibat dengan pemilihan mata pelajaran elektif.Untuk memilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat dan tahap pencapaian para pelajar maka kaunselor menjadi tempat rujukan untuk mendapatkan maklumat tentang pemilihan mata pelajaran tersebut.Pada kebiasannnya pelajar akan bertemu kaunselor untuk mendapatkan gambaran tentang minat mereka dan mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat dan pencapaian mereka sebelum mereka bertindak untuk mengambil keputusan.

 Kaunselor juga berperanan dalam meningkatkan motivasi pelajar untuk terus belajar dan berjaya dalam pelajaran.Tugas ini memang amat mencabar.Oleh itu kaunselor amat memerlukan kerjasama dari rakan guru yang lain. Kursus-kursus kesedaran diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran rasa kebertanggungjawapan pelajar terhadap kejayaan mereka sendiri.Sebagai usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran pelajar maka mereka akan didedahkan dengan beberapa ujian personaliti yang bertujuan untuk mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Kemahiran lain yang diajar kepada pelajar adalah mengurus diri,membina matlamat diri,mengenal pasti sumber belajar dan kemahiran belajar sokongan.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

 Kemahiran belajar seperti kemahiran membaca,membuat rujukan ,pengurusan masa,mencatat nota,memberikan konsentrasi,mendengar,mengingat,mengulang kaji,kumpulan belajar,dan teknik menjawab soalan peperiksaan serta peluang untuk menyambung pelajaran ataupun latihan.

 Pengumpulan maklumat pelajaran dan latihan iaitu peluang pelajar bagi melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi/institusi, latihan kemahiran Institusi pengajian tinggi awam dan swasta,Institusi latihan kemahiran awam dan swasta.Pengumpulan bahan ini amat perlu utnuk kegunaan kaunselor bagi menerangkan peluang yang bakal diperolehi oleh pelajar selepas tamat persekolahan menengah.Selain daripada itu kaunselor juga bertanggungjawab untuk menerangkan pembiayaan pendidikan iaitu sama ada biasiswa atau pinjaman serta penajaan oleh syarikat atau badan berkanun tertentu yang boleh diperolehi pelajar sekiranya mereka berjaya dengan keputusan yang cemerlang. Kerjaya

 Bidang kerjaya pula memerlukan kaunselor untuk membantu murid dalam membuat pemilihan cita-cita terhadap kerjaya pilihan secara pendedahan melalui pengumpulan maklumat kerjaya yang dilakukan oleh murid .Beberapa pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan berkaitan kerjaya turut diadakan bagi membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya pilihan.Antara pertandingan yang melibatkan kerjaya adalah Eksplorsai Alam Kerjaya,kain rentang kerjaya, dan poster kerjaya.Dengan dibimbing oleh kaunselor maka para pelajar akan berusaha untuk mendapatkan bahan bagi kegunaan mereka.

Psikososial dan kesejahteraan mental    Kaunselor bertanggung jawab untuk membantu pelajar bagi meningkatkan self esteem ,kerohanian,pengurusan tekanan, kemahiran komunikasi,kemahiran asertif yang boleh dilakukan melalui bimbingan kerjaya,penyertaan pelajar dalam kem bina insan, kem motivasi,perkhemahan ibadah dan kaunseling keluarga.Semua aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk meningkatkan psikososial pelajar serta meningkatkan tahap kesejahteraan mental pelajar agar para pelajar dapat menyeimbangkan antara tuntutan kehidupan dan tuntutan untuk meneruskan pembelajaran di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi kelak. 

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Kaunseling keibubapaan    Tugasan ini memerlukan kaunselor untuk membantu ibu bapa dan keluarga dalam menyelesaikan masalah ponteng,kenakalan anak melalui lawatan ke rumah serta bimbingan individu.Melalui kaunseling keibubapaan ini kaunselor akan dapat mengetahui latar belakang keluarga kliennya serta dapat menyelidiki masalah klien dengan lebih dekat dan menyeluruh.Ini akan membantu kaunselor mendapatkan pandangan dan membantu ibu bapa untuk menyelesaikan masalah yang bersangkutan dengan anak mereka yang bermasalah. 

 Tugas membantu pelajar yang bermasalah bukanlah suatu tugas yang mudah kerana kebanyakan pelajar yang bermasalah datang dari keluarga yang bermasalah.Oleh itu,kaunselor perlu berhati-hati ketika menjalankan kaunseling keibubapaan agar ia tidak menyentuh isu-isu yang terlalu sensitif hingga boleh menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan ibu bapa.Justeru itu,tugas sebagai kaunseling keibubapaan merupakan suatu tugas yang sangat mencabar kerana kaunselor bukan sahaja berhadapan dengan pelajar tetapi ibu bapa dan seluruh ahli keluarga yang bermasalah. 

Pembangunan diri    Membantu dan membimbing murid dalam menyelesaikan masalah diri sendiri dengan cara dan kaedah sendiri mengikut panduan yang telah diperbincangkan.Dalam hal ini ,para pelajar dibantu serta dibimbing bagaimana untuk menyelasaikan masalah diri sama ada yang berpunca dari diri sendiri atau pun persekitaran.Dalam hal memberi bantuan dan bimbingan ini, kaedah tertentu yang difikirkan perlu akan diberikan kepada pelajar agar ia dapat membebaskan dirinya daripada belenggu maslah yang dihadapinya.Kaedah yang diberikan tersebut pada dasarnya adalah mengikut kehendak dan keperluan pelajar yang memerlukannya kerana segala tindakan yang bakal dilakukan adalah tanggungjawab pelajar sendiri. 

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

  Pendidikan pencegahan dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS    Membantu murid agar berupaya berkata tidak serta mengenal dan menjauhi kepada rokok dan dadah.Dalam hal ini,pelajar akan diberikan info berkaitan dengan dadah,rokok,inhalan dan HIV AIDS.Maklumat yang diberikan akan menggambarkan perkara yang buruk jika pelajar mendekatinya.Kaunselor juga akan memberikan maklumat kepada pelajar mengenai kegiatan dadah di Malaysia serta akibat buruk daripada mengedar ataupun menghisap dadah.

 Kaunselor akan menjadi orang perantara dengan agensi luar yang berkaitan dengan aktiviti pencegahan dadah,rokok,inhalan dan HIV AIDS.Melalui kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) pelajar akan didedahkan dengan bahaya pengambilan dadah dan pengujian air kencing boleh dilakukan oleh AADK. 

 Perkongsian maklumat dengan badan pencegahan dadah yang lain seperti PEMADAM ,Kementerian Kesihatan dan lain-lain agensi yang berkaitan adalah di bawah tanggungjawab kaunselor. 

 Kaunselor juga boleh melibatkan pelajar dengan program-program anjuran Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri serta Kementerian dengan mengambil bahagiann dalam acara-acara yang dipertandingkan di setiap peringkat seperti pertandingan melukis poster,melukis kain rentang dan lain-lain

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENANGANI

MASALAH DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH. 

Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan

ilmu pengetahuan berkenaan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu

menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan  fungsi sebenar

bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American School Counselor

Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor

sekolah seperti berikut.

1. Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia

sosial dan psikologi di tempat dia berada.Ia juga membawa maksud seseorang

kaunselor berperanan membantu pelajar agar pelajar mampu mengenali siapa

dirinya yang sebenar serta dapat membuat hubungan yang bermakna dengan

dunia sekelilngnya dari sudut sosialisasi dan psikologi di mana ia berada.Tugas

kaunselor yang terpenting ialah membantu klien mencari dan memahami

sikap,minat ,bakat serta kebolehan yang ada pada diri klien untuk berkembang

dengan baik,memahami serta peluang-peluang yang dimiliki oleh klien hasil

daripada perbincangannya dengan kaunselor untuk proses ke arah mencapai

kesempurnaan kendiri serta hubungan antara kesemua unsur yang telah

dinyatakan semata-mata untuk mencari keseimbangan kendiri sebagaimana

yang diingini selaras dengan tuntutan agama dan masyarakat. 

2. Menolong pelajar untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat,minat, sikap,

kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri. Kaunselor juga

berperanan untuk membantu pelajar agar dapat membuat persediaan yang

bersesuaian dengan minat dan bakat serta kebolehan yang dipunyai.Ini penting

agar segala tidakan yang bakal dilakukan oleh murid adalah selaras dengan apa

yang diingininya agar ia berpeluang untuk mencapai matlamat hidupnya miaitu

ke arah penyempurnaan kendiri.Contoh jika kita ambil dari sudut minat dan cita-

cita seseorang pelajar yang inginkan dan mempunyai kecenderungan ke arah

menjadi seorang saintis,maka kaunselor berperanan untuk memberikan

panduan dan beberapa cadangan yang bersesuaian dengan minat dan

memberikan panduan tentang mata pelajaran yang pentng yang wajib dikuasai

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

oleh seseorang pelajar jika pelajar tersebut ingin mencapai cita-

citanya.Maka,kaunselor harus berperanan untuk membantu dan membimbing

murid ke arah penyempurnaan kendiri berdasarkan apa yang diingini oleh

pelajar.

3. Menolong pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan

membuat keputusan sendiri. Dalam perkara ini,seseorang kaunselor perlu

membimbing pelajar untuk mencapai ke arah berani berdikari dengan

mengambil risiko dan sanggup bertanggungjawab terhadapa apa yang

difikirkannya dan apa sahaja keputusan yang bakal diambilnya.Perkara ii akan

menjadikan seseorang pelajar itu tidak akan teragak-agak dalam membuat

keputusan yang peting dalam hidupnya sendiri.

4.  Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang

perseorangan dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan

bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang pelajar.

Seseorang kaunselor berperanan membantu bukan sahaj pelajar tetapi

melibatkan keseluruhan organisasi sekolah untuk mereka memahami akan

keperluan terhadap keperluan persendirian dan hak-hak yang dipunyai oleh

seseorang pelajar untuk dihormati.Ini merupakan suatu perkara penting agar

pihak sekolah terutamanya pentadbir dan guru-guru serta kakitangan sekolah

yang lain mengetahui bahawa para pelajar mempunyai hak untuk mendapat

khidmat bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor sekiranya mereka ingin

berbuat demikian dan juga kaunselor juga mempunyai hak untuk memanggil

pelajar yang bermasalah untuk mendapatkan khidmat kepakaran kaunsleling.

5. Menentukan atau memastikan pengaruh program sekolah ke atas  pelajaran

perkembangan psikososial pelajar dan menyampaikan maklumat untuk

kakitangan lain.Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan

bahawa setiap program sekolah yang dilaksanakan mendatangkan faedah yang

besar kepada pelajar dari sudut perkembangan psikososial.Ini menunjukkan

bahawa setiap program yang dijalankan perlukan penelitian yang bersungguh-

sungguh daripada kaunselor bermula dari tahap perancangan hinggalah ke

tahap perlaksanaan program.Dan penelitian ini tidak terhenti di sini sahaja

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

malahan pemantauan terhadap perkembangan pelajar perlu diajalnakn dari

semasa ke semasa bagi memastika para pelajar menadapat faedah daripada

program yang telah dilaksanakan sama ada di peringkat sekolah,daerah,negeri

atau kebangsaan.

6. Memberitahu pihak pentadbiran tentang perubahan-¬perubahan yang signifikan

di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan.

Selain memastikan dan menentukan perubahan pelajar berjaya kaunselor juga

perlu melaporkan kepada pihak sekolah akan perkembangan yang diperolehi

hasil daripada program yang telah dijalankan.Laporan ini perlu dimaklumkan

terutamanya kepada pihak pentadbiran agar mereka maklum akan situasi

pelajar di sekolah berkenaan. 

7. Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya,

keperluan¬-keperluannya dan peluang¬-peluang lain di persekitarannya dengan

tujuan untuk menambahkan kebolehan,memberikan sumbangan kepada

perkembangan anak mereka sendiri. Kaunselor berperanan besar utnuk

membantu ibu bapa untuk mereka mengetahui kemajuan perkembangan

anaknya terutama dari segi sikap dan akademik,keperluan-keperluan yang

diperlukan oleh anak-anak mereka untuk mencapai kejayaan yang bermakna

serta membantu ibu bapa mendapatkan gambaran akan peluanyang -pelunag

yang bakal diperolehi sekiranya anak mereka berjaya kelak.Memahami

kemajuan perkembangan anak,keperluan dan peluang perlu diperjelaskan

kepada ibu bapa agar mereka tahu akan perihal anak mereka secara lebih dekat

dan dengan ini mereka akan lebih berminat untuk membantu anak mereka untuk

mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada dari segi kejayaan dalam

peperiksaan atau perubahan sikap . 

8. Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa  untuk

individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah.

Kaunselor perlu membuat interpretasi terutama kepada komuniti perihal

pentingnya sikap bertimbang rasa untuk inividu agar ia dapat memberikan

sumbangan kepada program kaunseling yang dijalankan di sekolah.Dalam hal

ini, komuniti perlu dimaklumkan bahawa sikap bertimbang rasa yang wujud

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

dalam diri individu merupakan perkara terpenting untuk merealisasikan dan

memrikan sumbangan kepada kaunsleing di sekolah.

9. Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu

untuk perkembangan pelajar.Seseorang kaunsleor perlu memperjelaskan

kepada masyarakat berkenaan peluang-peluang yang perlu diperolehi oleh

seseorang pelajar.Ia juga berperanan untuk melancarkan peluang-peluang yang

perlu dimilik oleh pelajar untuk mereka mencapai kejayaan yang

cemerlang.Karnival kerjaya,karnival sains dan pelbagai lagi karnival anjuran

pihak luar seharusnya dijadikan tempat untuk pelajar mendapatkan maklumat

berkenaan minat dan kecenderungan masing-masing.Melalui karnival ini,para

pelajar sebenarnya didedahkan secara tidak langsung berkenaan apa yang

bakal mereka perolehi sekiranya mereka berjaya dalam pelajaran nanti.Selain

daripada itu,program ajuran pihak luar ini pada kebiasaannya melibatkan

umum,jadi kaunselor berperanan untuk mengumumkan bahan tersebut kepada

para ibu bapa dan masyarakat agar merek afaham dan seterusnya dapat

membantu anak mereka untuk mencapai kejayaan. 

10.  Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber¬-sumber

masyarakat bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang

tidak lazim serta luar tanggungjawab sekolah. 

11.Mengadakan hubungan yang baik dengan semua pihak seperti Polis, Jabatan-

¬jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat LPPKN, Pejabat

Agama Islam, Yayasan Pembangunan Keluarga dan lain¬-lain.Hubungan yang

baik dengan agensi luar sebenarnya memudahkan lagi kaunselor utnuk

mendapatkan maklumat berkenaan bukan sahaja peluang-peluang yang bakal

diperolehi pelajar tetapi juga dapat menjaminkan para pelajar mendapatkan

maklumat terkini berkenaan sesuatu agensi.Mendedahkan pelajar tentang

peranan yang boleh dimainkan oleh sesuatu agensi membolehkan pelajar

merebut peluang yang ditawarkan oleh sesuatu agensi tersebut.Perlu

diingat,dengan mengadakan hubungan yang baik dengan pelbagai agensi akan

memudahkan lagi tugas kaunselor kerana kauselor dan pihak sekolahtidak akan

mampu untuk menangani segala permasalahan secara bersendirian.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

 Kehadiran kaunselor di sekolah-sekolah dijangkakan dapat menangani

masalah pelajar kerana mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada

pelajar. Sebelum ini guru ‘biasa’ ditugaskan sebagai kaunselor secara tidak

langsung. Beban tugas mengajar tidak dapat memberi peluang kepada guru untuk

memberi perhatian yang sewajarnya kepada pelajar yang bermasalah. Kehadiran

kaunselor di sekolah amat penting kerana selain daripada menyelesaikan setiap

permasalahan pelajar malah beritndak membentuk generasi yang berketrampilan

dalam apa jua bidang yang diceburi di samping mengenali hakikat diri mereka.

 Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini, pihak kementerian pendidikan

tidak berdiam diri malah telah mengambil berbagai-bagai langkah untuk

mengatasinya. Antaranya program penting telah diambil ialah mewajibkan tiap-tiap

buah sekolah mengadakan unit kaunseling untuk membantu pelajar yang

bermasalah. Menurut menteri Pendidikan , Dato’ Seri Najib Tun Razak (1996), pada

awal tahun 1996 kementerian pendidikan telah mengarahkan tiap-tiap buah sekolah

di Malaysia menempatkan sekurang-kurangnya dua orang kaunselor sepenuh masa

bagi menangani masalah pelajar tidak hanya dari sudut akademik malah termasuk

masalah peribadi pelajar. Kaunselor perlu prihatin dan peka terhadap setiap

masalah pelajar. 

 Dasar kerajaan meletakkan Guru Bimbingan Dan Kaunseling sebagai Guru

Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa membuktikan bahawa kerajaan menaruh

harapan yang tinggi kepada institusi persekolahan amnya dan Unit Bimbingan Dan

Kaunsleing di sekolah khususnya agar memainkan peranan yang besar terutama

dalam menangani kegawatan sosial yang begitu ketara dewasa ini. 

 Justeru itulah, guru Bimbingan dan Kaunseling berkewajipan untuk melaksanakan

hasrat ini dengan penuh rasa bertanggungjawab.Dengan ini juga membuktikan

bahawa peranan guru kaunseling sebagai struktur sokongan sekolah tidak boleh

diabaikan.Antara peranan yang boleh dimainkan ialah Guru Bimbingan Dan

Kaunseling atau Kaunselor ialah seseorang kaunselor perlu mengadakan sesi

kaunseling dengan sebaik mungkin semata-mata untuk membantu pelajar

menangani masalah yang dihadapi.Ini penting kerana dengan membantu pelajar

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

mengurangkan masalahnya maka pelajar tersebut akan menjadi lebih stabil

terutama dari segi emosinya.Apabila kestabilan emosi wujud maka tingkahlaku yang

sepatutnya akan dapat dilihat. 

 Sebagai seorang kaunselor sepenuh masa ,maka ia berperanan penting dalam

mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling dengan para pelajar yang

menghadapai masalah.Di dalam sesi tersebut seseorang kaunselor itu akan

membincangkan keperluan murid dari pelbagai segi seperti kemahiran

sosial,kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran membuat keputusan dan

pelbagai kemahiran yang diperlukan oleh pelajar.(Nazmi Hj Mohd Noor,1998). 

 Sesi bimbingan dan Kaunseling tidak seharusnya dihadkan kepada pelajar sahaja

kerana ia meliputi keseluruhan sistem persekolahan.Ini juga bermakna klien yang

diterima bukan sekadar pelajar tetapi ia juga merangkumi keseluruhan warga

sekolah termasuk juga guru-guru dan staf sokongan sekolah selain daripada ibu

bapa.Untuk itu,seseorang kaunselor perlu peka akan sebarang permasalahan yang

timbul adakah ia berpunca daripada pelajar sendiri atau pun dari punca yang

lain.Sekiranya ada guru atau kakitangan sekolah yang memerlukan khidmat

kaunsleing maka kaunselor perlau menerima dan berusaha membantu

menyelesaikan masalah klien tersebut.Ini amat penting kerana permasalahan yang

wujud di kalangan guru-guru atau kakitangan sekolah sedikit sebayak akan

mempengaruhi iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah

sekolah.Permasalahan ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan pelajar menjadi

mangsa guru.Apabila pelajar menjadi mangsa ,maka akan wujud perasaan tidak

puas hati di kalangan pelajar terhadap guru yang seterusnya akan mewujudkan

kekecohan dalam sistem persekolahan tersebut.Maka atas dasar inilah ,maka

kaunselor harus berperanan membantu guru-guru dan kakitangan sekolah untuk

memnyelesaikan permasalahan diri mereka terlebih dahulu. 

 Kaunselor perlu mengadakan pelbagai program untuk memenuhi masa ruang para

pelajar terutama pada waktu cuti penggal dan setelah tamat peperiksaan awam

seperti Ujian Penilaian Ssekolah Rendah,Penilaian Menengah Rendah ,Sijil

Peperiksaan Malaysia dan Sijil Tinggi Perekolahan Malaysia . Perkara ini amat

penting kerana pada kebiasannya para pelajar yang agak lemah tidak mempunyai

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

apa-apa program.Mereka lebih suka merayau dan melepak bersama rakan-

rakan.Dan sudah tentulah akan timbul gejala-gejala negatif di kalangan

mereka.Justeru itu,kaunselor harus memainkan peranan dalam mengisi ruang masa

yang wujud di kalangan pelajar dengan mengadakan pelbagai program seperti

perkhemahan ,kem motivasi ,bengkel-bengkel dan lain-lain yang difikirkan perlu.Ini

penting agar masa yang terluang di kalangan pelajar tersebut dapat dimanfaatkan

sepenuhnya mengikut nilai-nilai yang diterima oleh agama dan masyarakatnya.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Bab 4 Teori-Teori Kaunseling

RASIONAL Emotif Bahavioural Terapi (REBT)

RASIONAL Emotif Bahavioural Terapi (REBT) juga dikenali sebagai Kaunseling

Rasional Emotif. Behavioural Teori (REBT) ini diperkenalkan oleh Dr. Albert Ellis,

seorang ahli Klinik Psikologi setelah menimba pengalaman dari praktik yang

dilakukannya dalam bidang Kaunseling Keluarga, Perkahwinan dan Seks.

Pada mulanya dia menggunakan prosedur psikoanalisis dalam praktiknya, tetapi dia

menemukan ketidakpuasan dengan prosedur tersebut. Akhirnya dia

mengembangkan teori ini yang lebih popular Rasional Emotif BehaviouralTerapi

dengan singkatan REBT. REBT melihat masalah yang dihadapi klien berpunca dari

ketidaklogikan klien dalam berfikir. Ketidaklogikan berfikir ini menjadi pengganggu

dalam melihat dan menafsir objek atau fakta yang dihadapinya sehingga menjadi

satu masalah yang menghantui dirinya. Sehubungan dengan itu, REBT bertujuan

untuk mengatasi fikiran yang tidak logic tentang diri sendiri dan lingkungan

seseorang itu. Kaunselor berusaha menunjukkan dan menyedarkan klien bahawa

cara berfikir yang tidak logik itulah merupakan penyebab gangguan emosinya. Atau

dengan kata lain REBT bertujuan membantu klien membebaskan dirinya dari cara

berfikir atau idea-idea yang tidak logik yang menyelubungi fikiran mereka dan

menggantinya dengan cara yang logik. Kemudian klien dilatih untuk berfikir dan

berbuat yang lebih rasional berdasarkan kepada tuntutan realiti.

TEKNIK-TEKNIK TEORI REBT:

Teknik-Teknik Kaunseling Rational Behaviuoral Emotif

Klien (manusia) berfikir, berperasaan dan bertindak secara serentak. Kaitan yang

begitu erat menyebabkan jika salah satu sahaja menerima gangguan maka yang lain

akan terlibat sama. Jika salah satu diubati sehingga sembuh, dengan sendirinya

yang dua lagi akan turut terubat. (Amir Awang, 1997 : 78) Atas pandangan itu,

walaupun REBT lebih menitikberatkan aspek kognitif dalam perawatan, tetapi aspek

tingkah laku dan emosi turut diberi perhatian. Oleh sebab itulah dalam REBT,

terdapat tiga teknik yang besar: Teknik-teknik Kognitif; Teknik-teknik Emotif dan

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Teknik-teknik Behavioristik. (H. Mohamad Surya, 1988 :182).

Teknik-Teknik Kognitif

Teknik-teknik kognitif adalah teknik yang digunakan untuk mengubah cara berfikir

klien. Dewa Ketut (1985 : 91 - 92) menerangkan ada empat teknik besar dalam

teknik-teknik kognitif.

Teknik Pengajaran -Dalam RET,

kaunselor mengambil peranan lebih aktif dari klien Teknik ini memberikan keluasan

kepada kaunselor untuk berbicara serta menunjukkan sesuatu kepada klien

terutama menunjukkan bagaimana ketidaklogikan berfikir itu secara langsung

menimbulkan gangguan emosi kepada klien tersebut. Kaunseloar juga mengajak

klien untuk menyedari sikap berdiam diri dan menyepinya tidak mendatangkan apa

kebaikan kepada dirinya dan keluarga. Seterusnya segala masalah harus diuraikan

dengan bijaksana.

Teknik Persuasif -

Meyakinkan klien untuk mengubah pandangannya kerana pandangan yang ia

kemukakan itu tidak benar. Kaunselor langsung mencuba

meyakinkan,mengemukakan pelbagai argumentasi untuk menunjukkan apa yang

dianggap oleh klien itu adalah tidak benar.

Teknik Konfrontasi -

Kaunselor menyerang ketidaklogikan berfikir kliendan membawa klien ke arah

berfikir yang lebih logik.

Teknik Pemberian Tugas -

Kaunselor memberi tugas kepada klien untuk mencuba melakukan tindakan tertentu

dalam situasi nyata. Misalnya, menugaskan klien agar berbincang dengan suami

klien mengengai ketidakpuasan hatinya. Setelah itu klien juga di cadangkan agar

mencari ruang untuk bersama suaminya contoh ketika di dalam kereta untuk balik

kampong dan menghadiri percutian bersama. Di samping itu klien di galakkan

bergaul dengan anggota masyarakat kalau mereka merasa dipencilkan dari

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

pergaulan atau membaca buku untuk memperbaiki kekeliruan caranya berfikir.

KEBAIKAN  DAN KELEMAHAN TEORI REBT

KEBAIKAN

* Pendekatan ini cepat sampai kepada masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan itu

perawatan juga dapat dilakukan dengan cepat.

* Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat digunakan dalam

menghadapi gejala yang lain.

* Klien merasakan diri mereka mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan

dari cara berfikir.

KELEMAHAN

* Ada klien yang boleh ditolong melalui analisa logik dan falsafah, tetapi ada pula

yang tidak begitu geliga otaknya untuk dibantu dengan cara yang sedemikian yang

berasaskan kepada logik.

* Ada sesetengah klien yang begitu terpisah dari realiti sehingga usaha untuk

membawanya ke alam nyata sukar sekali dicapai.

* Ada juga klien yang terlalu berprasangka terhadap logik, sehingga sukar untuk

mereka menerima analisa logik.

* Ada juga sesetengah klien yang memang suka mengalami gangguan emosi dan

bergantung kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak mahu membuat apa-apa

perubahan lagi dalam hidup mereka.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

TEORI ROGERIAN (PEMUSATAN INSAN) 

Pengenalan

 Teori Pemusatan Insan disebut juga sebagai teori konsep kendiri atau teori

fenomenologi yang digolongkan ke dalam psikologi kemanusiaan (humanistic),

gestalt dan kewujudan. Ia diasaskan oleh Carl Ransom Rogers di dalam tahun 40an

yang menamakannya kaunseling bukan-arahan atau kaunseling pusatan-klien. Ia

mencabar pendekatan-pendekatan pusatan-kaunselor dan kaunseling arahan yang

mengandaikan bahawa kaunselor itu dalam semua hal dan berkeupayaan

membantu kliennya di dalam semua bidang. 

 Ia mencabar teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang berbentuk nasihat, saranan,

arahan kaunselor, pujukan, pengajaran, diagnosis dan pentafsiran oleh kaunselor.

Cabaran ini dilakukan oleh Rogers semata-mata kerana kepercayaan dan

keyakinannya bahawa manusia itu memang baik, memang boleh dipercayai, dan

memang mempunyai keupayaan yang banyak untuk memahami diri mereka sendiri

serta menyelesaikan masalah-masalah yang mereka alami sendiri, tanpa campur

tangan secara langsung oleh kaunselor. Ia berpendirian bahawa manusia itu boleh

menuju ke arah penentuan kendiri, jika mereka dibawa terlibat di dalam

perhubungan kaunseling atau terapi. Baginya sifat-sifat peribadi dan sikap kaunselor

serta hubungan antara klien dengan kaunselor itu adalah merupakan dua faktor

utama bagi kejayaan sesuatu proses kaunseling tanpa memerlukan arahan-arahan

yang langsung dari kaunselor seperti yang dianjurkan sebelum dan selepasnya.

Kerana itulah tatacara dan teknik tidak penting baginya. 

 Melalui penglibatannya yang meluas di dalam kaunseling dan psikoterapi individu,

Rogers telah mengemukakan teori dan pendekatannya yang dinamakan terapi

pusatan-klien di dalam tahun 1951. Teori ini terus diperbaikinya dan hasilnya

diterbitkan di dalam tahun 1962.

 Teori dan pendekatan yang dikemukakan oleh Rogers ini mencetuskan minat yang

mendalam di kalangan para pendidik yang menekankan pengajaran pemusatan

pelajar. Di samping itu, Rogers juga telah mencuba teorinya untuk digunakan

dengan kelompok-kelompok, dan juga dalam kaunseling keluarga pada tahun 1970

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

dan 1972. Sejak kebelakangan ini seolah-olah sudah muncul minat untuk

menerapkan teorinya di dalam bidang perhubungan antarabangsa dan politik.

2.0 Latar Belakang Tokoh

 Carl Ransom Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois Chicago.

Rogers merupakan anak ke-empat dari enam orang adik beradik. Ayahnya

merupakan seorang kontraktor dan jurutera. Kedua-dua ibubapanya sangat kuat

berpegang kepada agama. Rogers mempunyai adik beradik seramai enam orang

dan lima daripada mereka adalah lelaki. Hubungan mereka adik beradik sangatlah

rapat. Rogers amat rapat dengan ibunya berbanding ayahnya.

 Semasa kecil Rogers adalah seorang murid yang cerdik dan pintar. Walaupun

dilahirkan dalam keluarga yang ramai, Rogers merupakan seorang pelajar yang

suka mengasingkan diri dan pendiam di sekolah. Beliau sangat sensitif orangnya.

 Rogers telah memasuki Universiti Wisconsin dan memperolehi pencapaian di dalam

bidang akademik yang sangat baik. Di universiti itu beliau mengambil bahagian

dalam pelbagai aktiviti, termasuk rombongan ke negeri China sebagai perwakilan

dalam World Student Christian Federation Conference. Beliau mendapat Ijazah

pertamanya dalam bidang Sejarah pada tahun 1924. Beliau menerima Ijazah

kedoktorannya pada tahun 1931. 

 Pada tahun 1928, sebelum menerima ijazah kedoktorannya, beliau mula bekerja di

Rochester New York, terutamanya dengan kanak-kanak dan remaja yang

bermasalah yang dirujuk oleh mahkamah dan agensi-agensi kepada Child Study

Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children. Kemudian beliau

dilantik menjadi pengarah kepada Rochester Guidance Center. Pada tahun 1940 dia

menjadi professor di Ohio State University. Di antara tahun 1945 sehingga 1957

beliau terlibat secara langsung dengan Counseling Center di University Of Chicago.

Rogers kemudian berpindah ke University Of Wisconsin. Pada tahun 1964 beliau

menyertai Western Behavioral Science Institute sebagai ‘resident fellow’. Dari tahun

1968 sehingga beliau meninggal dunia, Rogers menjadi resident fellow di Center for

studies di La Jolla, California. Rogers telah menulis beberapa buah buku antara lain

buku-buku yang ditulisnya ialah Counseling and Psychotherapy (1942), Client-

centered Therapy (1951), On Becoming a Person (1961), Carls Rogers On

Encounter Groups (1970).

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

 Rogers banyak menerima penghormatan di sepanjang hidupnya. Beliau merupakan

orang pertama menjadi pengerusi kepada American Association for Applied

Psychology . Beliau bertugas sebagai pengerusi American Psychocogical

Association (APA) dari tahun 1946 – 1947 . Rogers meninggal dunia di La Jolla,

California pada 4 Februari 1987 ketika berusia 85 tahun selepas menjalani

pembedahan tulang punggung yang patah akibat satu kemalangan.

3.0 Pandangan Terapi Terhadap Kejadian Manusia

 Menurut Amir Awang (1987), Carls Rogers mempunyai pandangan yang cukup

teguh mengenai sifat tabii manusia. Baginya manusia boleh berkembang secara

positif dan membina jika wujud perasaan percaya mempercayai, hormat

menghormati yang boleh dirasai dan dialami. Rogers menolak sekuat-kuatnya

anggapan bahawa manusia itu tidak boleh dipercayai dan pasif, dan menjadi

mangsa sifat biologi atau persekitarannya. Ia menolak anggapan kepercayaan

bahawa manusia itu perlu diarah, didorong, diajar, didera, diberi ganjaran, dikawal

dan diuruskan hidupnya oleh orang lain. Ia yakin bahawa manusia memang dari

mula lagi sudah mempunyai kecenderungan dan keupayaan semulajadi untuk

berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri, andainya

wujud keadaan-keadaan yang sesuai. 

 Menurut Ee Ah Meng (1997), Carls Rogers dalam teori Pemusatan Insan membuat

andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Manusia

boleh membuat keputusan sendiri yang membawa keoada kebebasan dan berdikari.

Sifat-sifat yang ada pada manusia adalah seperti membina, bekerjasama, boleh

dipercayai, bersifat realistik dan sanggup bersosial. Perasaan-perasaan negatif yang

terdapat pada manusia seperti marah dan benci memang wujud akibat penafian

keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan penerimaan.  Andaian-andaian

teori ini terhadap manusia adalah seperti :

·         Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri individu berdasarkan interaksi kita

dengan orang-orang lain.

·         Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep

kendirinya.

·         Masalah-masalah yang berlaku kerana timbul atau wujudnya antara konsep

kendiri dengan pengalaman-pengalaman yang lalu.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

·         Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan

bersedia untuk berkongsi masalahnya.

 Menurut Suradi Salim (1996), manusia dianggap mempunyai sifat-sifat positif dan

mempunyai keinginan untuk berfungsi penuh, iaitu hidup dengan seberapa berkesan

yang boleh. Jika seseorang itu dibenarkan untuk berkembang dengan bebas, beliau

akan berkembang dengan sempurna dan akan menjadi individu yang positif dan

berjaya. Pandangan seseorang tentang dirinya dalam konteks persekitarannya

menentukan tingkah lakunya dan kepuasan peribadinya. Jika diberikan atau

disediakan dengan persekitaran yang menggalakkan, manusia akan berkembang

dengan yakin ke arah nirwana kendiri – menjadi apa sahaja yang dia inginkan. Jika

manusia tidak menerima kasih sayang dan sokongan orang yang penting baginya,

kemungkinan besar manusia menganggap dirinya tidak berharga dan menganggap

orang lain tidak boleh dipercayai, serta mereka akan bersikap mempertahankan diri

dan perkembangan ke arah nirwana diri akan terhalang. Persepsi seseorang tentang

diri dan persekitaranya merupakan realiti baginya.

 Bagi Rogers, untuk membolehkan seseorang itu berkembang secara positif dan

membina, mestilah wujud tiga suasana atau keadaan, iaitu;

·         Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran 

·         Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil

·         Kefahaman yang mendalam 

Jika ketiga-tiga keadaan ini dapat dirasai dan dialami oleh klien di dalam

hubungannya dengan kaunselor, ia juga akan mula menghayati sifat-sifat dan ciri-ciri

ini dan seterusnya lebih bersedia untuk menerima pengalaman-pengalaman yang

dilaluinya.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

4.0 Matlamat Terapi

Matlamat yang ingin dicapai di dalam kaunseling / Terapi Pemusatan Insan ini

bukanlah sekadar menyelesaikan masalah yang dihadapi atau dialami pada masa

itu, tetapi apa yang lebih diutamakan ialah untuk mencapai perasaan bebas dan

besepadu bagi diri seseorang individu itu. 

 Tujuan kaunseling adalah untuk membantu klien di dalam proses

perkembangannya, agar ia dapat menghadapi dan mengatasi masalah masa kini

dan masalah-masalah di masa hadapan.

 Dengan berasaskan kepada matlamat yang ingin dicapai, maka klien haruslah

bersedia untuk memisahkan dirinya daripada apa yang selama ini telah sebati

dengan dirinya bagi membolehkan dirinya berhadapan dengan realiti. Menurut Amir

Awang (1987), terdapat beberapa perkara yang dapat diperhatikan dan dirasai oleh

klien itu sendiri untuk mencapai maksud yang ingin dituju di dalam kaunseling

 :

 i) Klien bersedia menerima, merasai dan mengalami realiti yang sebenar, tanpa

mengherot-berotkannya untuk disesuaikan dengan struktur kendiri seseorang itu.

Klien tidak lagi bimbang atau takut untuk berhadapan dengan realiti. Ia sedia

menerima dirinya sendiri – baik atau buruk, ia dapat mengalami hidup dengan cara

yang baru dan dapat terus berkembang.

 ii) Klien akan merasa yakin pada diri sendiri. Biasanya klien tidak yakin yang ia

boleh mengemudikan hidupnya, kerana itu ia sering meminta dirinya dibimbing dan

diarah. Tetapi apabila ia sudah sedia menerima dirinya dan berhadapan dengan

kenyataan, ia pun akan mula mempunyai keyakinan dan keupayaan sendiri untuk

mengawal dan mengarah hidupnya.

 iii) Klien akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikirannya sendiri.

Walaupun penting bagi seseorang untuk memberi perhatian kepada nilai-nilai dan

norma-norma masyarakat, individu perlu juga mempunyai nilai-nilai sendiri untuk

memandu dirinya. Ia harus bersifat inner directed dan tidak dikongkong oleh outer

directedness. Melalui inner directedness ini ia akan memperolehi kepuasan kerana

ia dapat membuat sesuatu keputusan berdasarkan pertimbangan sendiri.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

 iv) Klien dalam keadaan untuk terus berkembang. Apabila wujud di dalam diri klien

kesediaan untuk terus hidup, untuk terus mengalami peristiwa-peristiwa baru, untuk

terus menghadapi cabaran-cabaran dan masalah-masalah baru, maka individu telah

mencapai suatu tahap positif di dalam proses hidupnya. Dari sini ia akan bersedia

membuat ketetapan-ketetapan baru untuk dirinya, untuk mencari matlamat-matlamat

baru untuk hidupnya. Ia tidak lagi perlu bergantung kepada orang lain untuk

mengarah atau mengawal hidupnya. Ia sudah berupaya menuju ke arah matlamat

baru.

 5.0 Teknik Pemusatan Insan

Menurut Hansen, Stevic & Warner (1986), Kaunseling Pemusatan Insan

mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai keinginan untuk berkembang,

matang dan mencapai atau menuju ke arah kesempurnaan kendiri. Ini adalah

merupakan satu-satunya pendekatan teraputik yang utama yang bergantung

terhadap gerakan dalaman klien untuk menuju ke arah pertumbuhan. Individu dilihat

sebagai boleh memulihkan diri, memerlukan kemesraan, dan persekitaran yang

menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi.

 Menurut Gelso & Carter (1985), hubungan kaunselor dengan klien dilihat sebagai

ramuan yang penting di dalam psikoterapi. Dalam perhubungan kaunseling,

komunikasi difokuskan kepada individu yang mengalami masalah. Rogers (1986)

menyarankan tiga suasana yang fasilatatif iaitu :

 i. Ketulenan sebenar atau kongruen

ii. Penerimaan, mengambil berat dan bersangka baik

iii. Mempunyai kefahaman empati

 Kajian yang telah dibuat menunjukkan kaunseling pemusatan insan yang

dicadangkan oleh Rogers adalah sesuai untuk menggalakkan peningkatan

penyesuaian psikologikal pada diri klien. Melalui kaunseling pemusatan insan, klien

telah meningkatkan penghargaan kendiri. Menurut Carkhuff dan Berenson (1967),

kajian-kajian telah mengesahkan kepentingan sumbangan empati, penghormatan

dan ketulenan dalam proses kaunseling. Brammer dan Shostrom (1982), satu ciri

utama yang membezakan kaunseling pemusatan insan dengan pendekatan lain

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

ialah meningkatnya tahap tanggungjawab pada diri klien berbanding dengan yang

dijangkakan oleh kaunselor.

 Amir Awang (1987), menjelaskan bahawa Rogers telah mengemukakan beberapa

sifat yang terdapat di dalam teori ini. Antaranya ialah teori ini dianggap sebagai

fleksibel dan sedia menerima perubahan dari semasa ke semasa. Ia memberi fokus

kepada keupayaan klien serta tanggungjawabnya untuk mencari jalan bagi

menghadapi kenyataan, dan seterusnya menghasilkan tingkahlaku yang sesuai

dengan realiti. Pendekatan teori ini memberi tumpuan utama kepada dunia

fenomenologi klien sendiri. Ini bermaksud setiap klien melihat kenyataan atau realiti

menurut kaca mata dan teropongnya sendiri. Manakala kaunselor harus bersedia

untuk menerima persepsi subjektif ini dan harus bersedia merasai dan mengalami

apa yang dirasai dan dialami oleh klien melalui proses empati. Kaunselor juga harus

mengelak dari mencemuh, menyangkal, mengkritik atau sebagainya. 

 Pendekatan teori ini boleh digunakan dengan semua jenis klien iaitu normal,

neurotik dan psikotik. Melalui hubungan yang dibina oleh kaunselor bersama klien

yang kongruen, menerima kliennya tanpa syarat dan mempunyai keupayaan untuk

berempati, klien dengan sendirinya akan menemui dirinya sendiri melalui proses

kaunseling. Dengan menggunakan teori ini kaunselor hendaklah ikhlas, jujur, mesra

dan bersedia menerima kliennya, serta mempunyai kebolehan untuk berempati

secara tepat. Dengan sifat dan kebolehan ini, klien bolehlah diajak untuk memberi

fokus kepada apa yang dirasai dan dialaminya masa kini dan pada ketika itu.

 Sebagai suatu teori yang menekankan usaha bersama di antara kaunselor dan klien

untuk membolehkan klien berkembang, kaunselor dan klien terlibat secara langsung

di dalam proses berkembang untuk menuju ke arah matlamat, manakala kuasa dan

kawalan tidak dipegang oleh kaunselor. Malah klienlah yang memilikinya, dan klien

juga yang menentukan bagaimana ia hendak menggunakan kuasa dan kawalan ini

bagi mengembangkan dirinya.(Rogers, 1977).

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

 Antara teknik-teknik teori Pemusatan Insan ialah :

5.1 Penerimaan Tanpa Syarat

 Teknik ini menekankan supaya kaunselor mempunyai sikap menerima klien tanpa

syarat iaitu tanpa menilai tingkahlaku, peristiwa atau perasaan klien sama ada baik

atau jahat. Dalam ertikata lain, kaunselor haruslah bersedia menerima kliennya

tanpa mengenakan apa-apa syarat ke atasnya. Ia harus bersedia menerima kliennya

tanpa prasangka atau sebarang penilaian. Kaunselor juga haruslah juga sering

berwaspada agar ia tidak memberi gambaran kepada kliennya yang ia sedia

menerima kliennya, agar kliennya rasa senang terhadapnya lantas memuji,

menyanjung atau menghargai kesediaanya menerima klien. Sikap ikatan dua hala ini

(double binding) hendaklah dielak bagi menghindarkan perasaan ada udang

disebalik batu. Tanpa mengenakan syarat seperti ini, klien akan dapat merasa

ketulenan kaunselor tadi untuk menolongnya dan dengan wujudnya persepsi dan

perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah proses perubahan personaliti berlaku,

kerana tidak akan terasa sebarang ancaman.

5.2 Empati

 Sifat empati adalah kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti perasaan orang

lain dan kemampuan memberitahu kepada klien daripada sudut pandangannya, iaitu

cuba masuk ke dalam ruang rujuk klien. 

 Di dalam teknik ini memerlukan kaunselor mempunyai kefahaman empati yang

tepat. Klien yang datang bersamanya membawa dunia subjektifnya, yang tentu

berbeza daripada dunia subjektif kaunselor itu sendiri. Dari huraian klien, baik

melalui bahasa mahupun melalui gerak-geri tubuh badannya, kaunselor haruslah

berusaha menyelami dunia subjektif kliennya, sehingga ia dapat merasai,

mempersepsi dan mengalami segala apa yang dirasai, dipersepsi dari alam

objektifnya dari realiti yang sebenar.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

5.3 Ketulenan

ini. Ketulenan adalah kebolehan untuk menjadi sejati dan benar dengan orang lain.

Kaunselor tidak sepatutnya menyelewengkan komunikasi, menyembunyikan motif

atau bertindak dengan agenda yang tersembunyi, berpura-pura dan mengelak.

 Kaunselor haruslah bersikap terbuka dengan klienya. Ia tidak tersekat-sekat atau

teragak-agak untuk menyampaikan apa jua yang dirasainya, baik yang positif

mahupun negatif. Dengan yang demikian ia dapat menjadi sebagai contoh atau

model kepada kliennya untuk juga bersifat terbuka, jujur dan ikhlas di dalam

menyatakan perasaan dan pengalamannya. 

5.4 Aktif Mendengar dan berfikir

 Mendengar merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam sesi kaunseling.

Tumpuan yang penuh ataupun konsentrasi hendaklah diberikan kepada apa yang

klien cakap samada secara lisan atau bukan lisan. Tumpuan atau perhatian

merupakan prasyarat terhadap membantu. Pendengar yang aktif akan memberi

maklum balas tentang apa yang dicakapkan menggunakan perkataannya sendiri

untuk tiga sebab iaitu ;

 a. ia akan memastikan ia betul-betul faham apa yang dicakapkan oleh kliennya

 b. ia akan memastikan ia betul-betul telah mendengar

c. ia akan membantu klien membuat pendedahan kendiri

 Mengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa kaunselor

sedang mendengar dan menggalakkan klien untuk bercakap lebih bebas. Ini boleh

membantu untuk merangka suatu ketetapan yang lebih memuaskan. Menurut Mc

Kay, Davis dan Fanning (1983) menyatakan bahawa mendengar dengan aktif

memerlukan kaunselor bekerjasama di dalam proses berkomunikasi. Ini termasuklah

parafrasa, menjelaskan dan maklum balas.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

5.4.1 Parafrasa

 Parafrasa bermaksud mengatakan dengan perkataan sendiri apa yang telah 

 dikatakan oleh klien seperti;

 “apa yang saya faham”Ø

 “dengan kata lain…”Ø

 Kaunselor harus memparafrasakan apabila klien menyebut sesuatu yang penting

kepadanya.

 5.4.2 Penjelasan

 Penjelasan bermaksud bertanyakan soalan untuk mendapatkan penjelasan agar

kaunselor boleh memahami kenyataan-kenyataan yang kabur. Tujuannya ialah

memahami dari konteks bagaimana cara berfikir klien dan perasaannya terhadap

sesuatu masalah.

 5.4.3 Maklum Balas

 Sewaktu temubual kaunseling maklum balas menyediakan peluang untuk kaunselor

berkongsi apa yang difikirkan, dirasakan dan untuk menyemak persepsi. Untuk

menyemak persepsi kaunselor merangka apa yang dia dengar dan dipersepsikan ke

dalam tentatif.

 5.5 Kongruen

 Kongruen memerlukan kaunselor bersifat telus terhadap klien, iaitu jika kaunselor

merasa marah terhadap cara klien berkomunikasi tetapi dia menyembunyikannya.

Ini menyebabkan berlakunya tidak kongruen. Adalah menjadi satu dilema untuk

menjadi kongruen kerana ia kadangkala bercanggah dengan sikap tidak

menghukum.

 5.6 Mendengar untuk merasa

 Interaksi yang berkesan melibatkan pemahaman yang mendalam terhadap dunia

seseorang dan menyatakan kefahaman itu kepada klien. Melalui pendengaran dan

tindakan yang tepat, halangan yang merintangi persefahaman dua hala boleh

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

dihindari. Dinkmeyer & Losoney, 1980, mengenalpasti dan menyatakan perasaan

dalam sesuatu mesej boleh dirangka dalam bentuk;

 “perasaan kamu sekarang”Ø

 jika apa yang saya dengar ini betul”Ø

 5.7 Mendengar dengan empati

 Mendengar dengan empati bermaksud kaunselor menyedari bahawa walaupun

sesuatu perkara amat berat tetapi kaunselor perlu juga membantunya. Kaunselor

perlu bertanya diri sendiri bagaimana kepercayaan dan keputusan walau pun ia

mungkin gagal tetapi boleh mengurangkan kerisauan klien.

 5.8 Menghormati

 Menghormati adalah kemahiran interpersonal yang menunjukkan penghargaan

tentang keunikan orang lain, toleransi terhadap perbezaan atau kelainan, kemahuan

dan keinginan untuk berinteraksi dengan orang lain secara sama rata.

 5.9 Penerimaan yang mesra

 Teknik ini merupakan keupayaan untuk bersifat terbuka, peramah dan menerima

menggunakan komunikasi bukan lisan yang boleh menyampaikan isyarat-isyarat

kongruen, keterbukaan dan kesudian untuk mendengar.

 5.10 Konfrontasi

 Konfrontasi merupakan keupayaan untuk memberitahu seseorang individu itu

tentang perselisihan tingkah laku dan kesannya terhadap dirinya sendiri, dengan

cara yang tidak agresif, tidak menghakimi, tidak kritikal atau tidak defensif

(mempertahankan diri). Ia bertujuan untuk menyedarkan individu tersebut sama ada

tingkah lakunya menggalakkan atau menghalang perhubungan interpersonalnya.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

 5.0 Peranan Kaunselor

 Dengan adanya sikap dan kebolehan berempati, kaunselor haruslah berperanan

seperti yang dijelaskan oleh Corey (1996);

 a. Kaunselor berfungsi sebagai fasilitator bagi perkembangan seseorang klien.

Kaunselor haruslah mewujudkan suasana teraputik iaitu mewujudkan suasana yang

tenang, selesa dan sesuai agar dapat menggalakkan klien mengalami suatu rasa

bebas untuk meneroka dan mengalami cabang-cabang hidup yang disangkalnya.

Oleh itu klien dapat dibantu supaya tidak bersifat defensif. Kaunselor harus

menganggap klien sama taraf dengan kaunselor dan berusaha mengenali

masalahnya.

 b. Kaunselor perlu mewujudkan suasana iaitu kaunselor harus berada dalam

keadaan kongruen dan klien berada dalam keadaan tidak kongruen. Kaunselor

bersedia menerima tanpa syarat, prasangka dan tidak beranggapan buruk terhadap

klien. Kaunselor harus berempati bagi merasai dan mengalami apa yang dirasai dan

dialami oleh klien.

 c. Kaunselor haruslah memperlihatkan kepada kliennya yang ia dianggap sebagai

sama taraf dengan dirinya dan secara bersama mereka akan berusaha untuk

mengenali masalah klien dan mengatasinya.

 d. Kaunselor tidak akan mendiagnos masalah klien. Ia hanya menjadi sebagai

cermin yang akan membantu klien melihat dirinya dan masalahnya dengan jelas.

 Untuk mempastikan tercapainya perkara-perkara yang disebutkan di atas, haruslah

wujud:

 a. pertemuan, baik secara langsung atau tidak langsung, di antara kaunselor

dengan klien

 b. kaunselor haruslah di dalam kongruen, dan klien pula berada di dalam keadaan

tidak kongruen

 c. Kaunselor bersedia menerima kliennya tanpa syarat, tanpa sebarang prasangka

dan anggapan

 d. Kaunselor boleh berempati bagi merasai dan mengalami apa yang dirasai dan

dialami oleh klien

 e. Kaunselor haruslah bersifat jujur, ikhlas dan terbuka

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

 f. Klien pula haruslah dapat melihat dan merasai, tak banyak sedikit, sifat-sifat dan

kebolehan-kebolehan di atas yang ada pada kaunselor

 6.0 Peranan Klien

 Untuk sesuatu sesi kaunseling itu mencapai kejayaan, klien juga tidak terlepas

memainkan peranannya; antara peranan-peranan klien adalah seperti:

 a. Klien haruslah memutuskan bahawa dia memerlukan khidmat kaunseling dan

datang secara sukarela dan bukan atas dasar paksaan atau disuruh oleh orang lain

 b. Pada awalnya, klien menghadapi kebimbangan, percanggahan perasaan dan

fikiran

 c. Klien harus merasa bersedia untuk berbincang apabila merasa diterima dan

dapat menghayati perhubungan kaunselor dengan klien

 d. Klien merasa lebih terbuka dan bebas meluahkan perasaan dan menjelajah diri

 e. Klien akan cuba untuk mencari penyelesaian dengan bantuan klien sendiri

 f. Klien akan menentukan pilihan dan tindakannya sendiri. Kaunselor hanya

bertindak membantu klien dalam membuat pilihan

 g. Klien berupaya dan bersedia untuk berubah

 h. Klien bersedia untuk terus berkembang dalam usaha mencari matlamat baru

 7.0 Aplikasi teori dalam bidang kaunseling

 Teori ini sangat sesuai digunakan di dalam seting sekolah kerana ia menekankan

kaedah pengajaran pemusatan pelajar. Ini bersesuaian kerana teknik-teknik dan

tatacara-tatacara yang digunakan adalah berbentuk nasihat, saranan, pujukan dan

pengajaran adalah sesuai untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah dan

menengah. Teori ini juga sangat berkesan dalam mengubah tingkah laku pelajar.

 8.0 Kekuatan Terapi

 Menurut Shertzer & Stone (1992), antara matlamat yang ingin dicapai ialah

membina individu agar dapat berkembang dengan sihat. Oleh itu antara kekuatan

teori ini menurut mereka ialah :

 a. menekankan kepentingan hubungan yang akrab antara kaunselor dengan klien

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

 b. Menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta kejujuran

kaunselor merupakan syarat-syarat yang amat penting bagi mewujudkan

perhubungan

 c. Memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan kongsi penuh dalam hubungan dan

bukan hanya sebagai rakan yang merendah diri

 9.0 Limitasi Teori

 Seperti teori-teori yang lain, terapi pemusatan insan ini juga mempunyai kekurangan

dan kelemahannya. Antara lain ialah ;

 a. Terapi ini tidak mempunyai satu set teknik atau tatacara yang tertentu yang

terdapat di dalam setengah-setengah psikoterapi.

 b. Terapi ini kurang menyediakan panduan tentang cara mewujudkan hubungan

kaunselor dengan klien

 c. Kebanyakkan konsep di dalam terapi ini tidak dapat dibuktikan dan diukur dengan

mudah. Ianya terlalu abstrak.

 10.0 Kesimpulan

 Secara positif, suatu sumbangan yang paling besar telah diberikan oleh Rogers

melalui teorinya ialah keyakinannya yang kuat tentang keupayaan dan

kecenderungan manusia untuk berkembang ke arah nirwana kendiri. Pendirian yang

positif seperti ini telah memberikan maruah dan darjat kepada manusia, yang akan

berusaha mencerminkan kepercayaan sedemikian.

 Rogers juga secara tidak langsung mengutarakan nilai-nilai dan sikap-sikap positif

di dalam berinteraksi dengan orang lain dengan menegaskan betapa pentingnya kita

menerima orang lain tanpa syarat, bersedia mendengar dan memahami orang lain

dari kaca mata dan dunianya yang subjektif, serta menekankan pentingnya

kejujuran, keikhlasan dan ketulenan di dalam segala tindak tanduk kita, kerana

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

melalui penghayatan sikap dan nilai-nilai sebegini kita boleh menjadi contoh atau

model yang berguna bagi orang lain.

 Tanpa mempunyai pendirian yang menghakim atau judgemental, klien akan lebih

bersedia untuk meluahkan isi hatinya kepada kita, kerana dia yakin bahawa apa juga

yang dikemukakan itu tidak akan diberi nilai, dan hal sebegini tidak dirasakan

sebagai mengancam dirinya.

 Secara negatifnya, bolehlah dikatakan bahawa kebanyakkan konsep-konsep

yang dikemukakan itu tidak dapat diperhatikan dan tidak pula dapat diukur dengan

mudah, kerana ianya bersifat konsep yang abstrak.

 Pergantungannya kepada laporan kendiri boleh membawa hasil yang tidak begitu

memuaskan kerana klien yang beremosi dan berfikiran kusut mungkin tidak

berupaya untuk melahirkan isi hatinya dengan tenang dan teratur. Ini sudah tentu

boleh menghasilkan kesimpulan-kesimpulan yang juga tidak tepat.

 

Tanpa sedikit sebanyak panduan, arahan, manipulasi proses kaunseling akan

memakan masa yang amat panjang. Biar apa sekalipun kelemahan-kelemahan yang

terdapat di dalam teori ini, satu hal yang tidak dapat dinafikan ialah teori ini amat

memudahkan klien untuk meluahkan isi hatinya, kerana melalui perhubungan yang

mesra di antara kaunselor dan klien, klien begitu yakin yang kaunselor merupakan

orang yang boleh diharap dan memang bertanggungjawab serta bersunguh-

sungguh akan berusaha menolongnya.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

TEORI RASIONAL EMOTIF TERAPI 

Tokoh Teori Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis.

Beliau dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Teori ini terbina

apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud

tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal

tahun 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan

tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau

terkenal sebagai bapa kepada teori RET dan datuk kepada teori tingkah laku

kognitif.

 Meninjau kepada zaman kanak-kanak Ellis, beliau sering mengalami

gangguan kesihatan. Beliau pernah dimasukkan ke hospital untuk menerima

rawatan nefritis sebanyak 9 kali. Tetapi Ellis seorang yang bercita-cita tinggi iaitu

ingin menjadi seorang pakar psikologi. Beliau mempunyai kebolehan dalam

memberikan perkhidmatan kaunseling. Oleh itu beliau mula mempraktikkan terapi

perkahwinan, keluarga dan seksual. Pada tahun 1947 hingga 1953 Ellis telah

menjalankan kajian secara klasikal berasaskan psikoterapi. Hasil kajian mendapati

bahawa terapi psikoanalisis tidak begitu menyeluruh dan tidak saintifik. 

 Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh Freud kurang lengkap kerana

ada individu yang bertambah teruk selepas menjalani pendekatan psikoanalisis.

Hipotesis RET berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan,

penilaian, interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan. Di dalam proses

teraputik emosi-rasional, klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk

mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam diri

seseorang. Ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat ‘pendidikan’ daripada

perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya aktif terarah dengan

tepat dan mengajar. Ellis terkenal dengan bukunya yang bertajuk ‘Reason and

Emotion In Psychotherapy’ dan bersama-sama dengan Robert A Harper beliau

mengeluarkan buku berjudul ‘A Guide to Rational Living’.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

 Pendekatan Teori  

 RET juga dikenali sebagai Terapi A-B-C yang mana merupakan suatu teori yang

mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain terutamanya Teori Psikoanalisis,

Teori Pemusatan Insan, Gestalt dan lain-lain lagi. Ini disebabkan oleh teori ini

mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku. Teori

ini memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan

membuat keputusan. Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar,

mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak

rasional. 

 Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak

rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat

mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini ia

merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat

semula sistem kepercayaan yang membuatkan dirinya menderita dengan

menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan

dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang

signifikan dengannya. 

 Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain

dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan

datang. Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya

mengikut perasaan. Terapi ini dianggap sebagai satu proses pembelajaran kerana

fungsi kaunselor yang berbagai-bagai. Kadang kala kaunselor bertindak sebagai

seorang guru, yang memberi tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam konteks terapi

ini. 

 Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu mempunyai keupayaan

bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional. Tingkah laku

rasional ialah dilihat sebagai keberkesanan dan kemungkinan produktif, manakala

tingkah laku yang tidak rasional pula hasilnya dalam keadaan tidak gembira dan

menghasilkan ‘output’. 

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

 Menurut J Blackham dalam Muhd Mansur Abdullah (1997), dua tujuan utama RET

iaitu; pertama mendemonstrasikan pada klien bahawa berkata-kata kepada diri

sendiri itu adalah akibat daripada gangguan; dan kedua, menilai kembali berkata

dalam diri demi menghapuskannya dan menolak semua idea yang tidak logik. Dalam

buku-buku Ellis seperti The Art And Science Of Love, The Intelligent Woman’s Guide

To Man-Hunting, Humanistic Psychotherapy dan The Rational-Emotive Approach

banyak menggambarkan sifat manusia. Misalnya, kemampuan manusia berfikir

sesuatu melalui proses-prosesnya. Ellis menggalakkan manusia supaya

menganggap diri mereka adalah berkebolehan. Dia yakin jika manusia boleh

menggunakan rasional mereka dalam mentadbir diri, maka tidak ada lapangan

dalam kehidupan mereka yang tidak boleh diperbaiki. 

 Menurut Muhd Mansur Abdullah (1997), dalam melahirkan teorinya Ellis banyak

menggunakan sistem-sistem psikologi dan falsafah iaitu menggabungkan intipati

Falsafah Stoic, Psikoanalisis Freud, Psikologi Individu Alfred Adler dan Orientasi

tingkah laku Pavlov dan Wolpe. Semua sistem itu membantunya meneguhkan lagi

teori dan pendekatannya. Sebab itulah Ellis menekankan: “When people emote they

also think and act. When they act, they also think and emote. When they think, they

also emote and act. To understand self-defeating behavior , one must understand

how a person feels, thinks, perceives and acts”. 

 Pandangan Teori Terhadap Manusia  

 Hubungan emosi dan pemikiran adalah berhubung rapat dan tidak boleh untuk

dipisahkan. Oleh sebab itu segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional itu

berpunca daripada proses dan pengaruh budaya dan pembelajaran . Menurut

George dan Cristiani (1995) telah mengandaikan bahawa manusia bertindak

sebagai penilai, perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah laku

akan bermula apabila manusia menganggap beberapa keutamaan seperti keinginan

untuk disayangi, diperakui kejayaan dan menganggap keutamaan tersebut sebagai

keperluan yang utama. RET juga memandang bahawa manusia dilahirkan dengan

beberapa kecenderungan ke arah perkembangan dan pengiktirafan diri tetapi

mereka akan mengkhianatinya disebabkan oleh kecenderungan untuk berfikir tidak

rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang telah mereka pelajari. 

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

 Menurut Gerald Corey (1996) pula mendapati bahawa terapi RET berlandaskan

kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran

secara rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya,

bergembira, berfikir, menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi

dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga

berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguh

untuk membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, tidak sabar, mementingkan

kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan

pengikhtirafan dan pertumbuhan potensi. Fenomena ini meyakinkan terapi ini dapat

membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan

kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis. 

 Hackey dan Cormier (1995) berpendapat bahawa RET, membuat andaian tentang

gangguan emosi manusia adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional.

Hubungan antara emosi dan pemikiran terlalu rapat sehingga tidak boleh dipisahkan

kedua-duanya. Manusia juga dilahirkan dengan suatu potensi untuk berfikiran

secara lurus dan rasional dan juga secara tidak rasional. Manusia sendirilah yang

menyebabkan dirinya merasa terganggu dan gangguan itu bukanlah disebabkan

oleh sumber-sumber luaran tetapi berpunca dari diri individu itu sendiri. 

 Manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah proses-proses kognitif, emotif

dan tingkah lakunya. Mereka boleh memilih untuk bertindak dengan cara yang

berlainan daripada pola tingkah laku yang normal. Mereka juga boleh memilih untuk

tidak membenarkan dirinya terganggu dan boleh melatih diri untuk mengalami

gangguan yang minimun selagi hayat masih ada. 

 Ee Ah Meng (1991) berpendapat bahawa terapi RET yang dikembangkan oleh Ellis

dalam tahun 1950 an adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa manusia

perlu mengubah cara berfikir supaya boleh memperbetulkan pemikiran yang tidak

rasional. Baginya manusia dilahirkan dalam dunia yang tidak rasional dan manusia

menjadi semakin tidak rasional apabila berada dalam sistem kepercayaan mereka. 

 Suradi Salim (1996) mengandaikan bahawa manusia berupaya untuk berfikiran

rasional dan tidak rasional. Dalam pemikiran seseorang individu terdapat sistem

kepercayaan yang berkecenderungan untuk berfikir ke arah tidak rasional. Apabila

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

sesuatu peristiwa terjadi maka individu itu selalu mengandaikan suatu kepercayaan

terhadap peristiwa tersebut sama ada ianya baik atau sebaliknya. Manusia juga

sering mempercayai tahyul yang menyebabkan mereka membuat sesuatu

keputusan yang tidak mengembirakan. Oleh itu kaunselor perlu bertanggungjawab

untuk mewujudkan sistem kepercayaan individu tersebut supaya menjadi rasional

bagi membantunya memperolehi kehidupan yang lebih harmonis.

 

 Menurut teori RET, seseorang yang bermasalah akan mempunyai suatu sistem

kepercayaan atau suatu ‘belief system’ yang penuh dengan kepercayaan yang tidak

rasional mengenai perkara yang dilihat atau dialaminya. Albert Ellis telah

memberikan beberapa idea tentang pemikiran yang tidak rasional, antaranya adalah

seseorang individu mempercayai bahawa ia mesti disayangi oleh orang-orang

penting atau signifikan kepada dirinya seperti ibubapa, adik-beradik dan rakan-

rakan. Individu juga percaya bahawa ia mesti membuktikan bahawa ia seorang yang

berkebolehan dan berkemampuan. Seseorang individu juga mempercayai bahawa

jika terdapat individu yang lain melakukan kesalahan atau tidak berlaku adil, maka

seharusnya ia dikutuk dan menyalahkan dirinya dan dilihat sebagai orang yang tidak

baik. Masa lampau juga dianggap sangat penting kerana ia mempengaruhi hidup

seseorang individu. Ellis mempercayai bahawa masa lampau itulah yang akan

menentukan perasaan seseorang individu pada masa kini. 

 Seseorang individu itu juga mempercayai bahawa ia perlu melihat kehidupannya

yang sangat teruk jika ia tidak dapat menyelesaikan masalah kepada kehidupannya.

Individu juga mempercayai bahawa ia perlu berpandangan tidak baik sekiranya ia

dikecewakan, disisih atau tidak dilayan secara adil. Jika berhadapan dengan

perkara-perkara yang merbahaya, seseorang individu mempercayai bahawa ia perlu

memikirkannya dan akan risau tentangnya. 

 Bagi menerangkan dengan jelas bagaimana gangguan emosi dan fikiran berlaku

maka kita akan menggunakan konsep ABCDE yang telah dinyatakan oleh Ellis iaitu

A ialah penggerak pengalaman activating experience atau peristiwa, faktor sikap

atau tingkah laku yang dialami oleh seseorang. Misalnya gagal dalam peperiksaan.

B pula adalah sistem kepercayaan yang dianuti oleh seseorang person’s belief

system. Misalnya, “saya tidak kelihatan cantik atau hodoh”. Manakala C ialah akibat

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

consequence iaitu hasil daripada penilaian oleh B ke atas A dan ditafsirkannya.

Misalnya, sentiasa keadaan muram dan tidak bersemangat. D pula adalah kaedah-

kaedah untuk berhujah, mengajar, mencabar dan memperbetulkan sistem

kepercayaan yang tidak rasional yang menyebabkan individu itu mengalami suatu

reaksi emosi yang tidak rasional. Misalnya, “Saya tidak mahu kamu yang

menyebabkan saya mengalami kerugian besar dalam hidup saya”. Dan akhir sekali

E ialah menjadi normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan penilaian yang

rasional dan positif. Misalnya Saya rasa gembira. 

 Corey (1996) menjelaskan bahawa konsep ABC dalam teori RET adalah seperti

berikut; Menurut beliau, prinsip asas kepada gangguan emosi adalah sebahagian

besarnya akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan pemikiran kalah diri.

Hasil daripada pemkiran ini menyebabkan seseorang individu itu suka menyatakan

sesuatu dengan perkataan ‘sepatutnya’, ‘seharusnya’ dan ‘semestinya’. Dari

perspektif RET, ramai terapis telah membuat kesilapan kerana memfokuskan

kepada sejarah hidup yang lampau dan cara tindakan ialah semua peristiwa masa

kanak-kanak boleh diubah. Terdapat juga terapis melakukan kesilapan dengan

terlalu menekankan dalam usaha klien mengenal diri, meluahkan perasaan dan

perubahan pemikiran. Keadaan ini mendorong klien melupakan peristiwa awal

kanak-kanak dan menumpukan pemikiran sekarang. Bagi Ellis cara ini tidak

produktif kerana sesuatu yang menyebabkan emosional tidak akan hilang malah ia

akan menambahkan lagi kehebatan perasaan tersebut. 

 Oleh itu bagi Ellis , terapis dan klien perlu bekerjasama untuk mencabar

kepercayaan tidak rasional yang mengakibatkan gangguan emosional. Mereka perlu

menuju ke arah mengubah perkara yang tidak realiti, tidak matang, terlalu menuntut

dan tidak lojik kepada pemikiran yang logik, matang dan realistik. Persoalannya,

bagaimanakah emosional yang terganggu itu boleh wujud di dalam diri seseorang

individu? Dalam hal ini , Ellis telah menjelaskan bahawa individu yang mengalami

gangguan kerana sentiasa berterusan mengulangi ayat-ayat yang tidak

logikal.Misalnya , individu itu berkata : “Saya sangat kecewa dengan kegagalan

peperiksaan ini. Kegagalan saya semuanya berpunca dari kesilapan saya sendiri.

Saya adalah merupakan manusia yang paling bodoh” 

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

 Gangguan emosi ini menyebabkan wujudnya depresi dan anxieti dalam diri

seseorang. Keadaan ini akan mengakibatkan individu itu akan kekal berpegang

dengan kepercayaan yang tidak rasional itu. Kepercayaan inilah yang perlu dibantu

oleh kaunselor agar klien tersebut dapat merasionalkan dirinya dalam

menghapuskan fahaman-fahaman dan kepercayaan yang tidak rasional yang ada

pada dirinya.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Bab 5 Kemahiran Asas Kaunseling

FASA-FASA KAUNSELING (temubual kali pertama) 

Temubual Kaunseling Kali Pertama

3.1         FASA 1- Memulakan Sesi  

Keadaan tempat merupakan satu perkara penting dalam hubungan kaunseling.

Kaunselor sebaiknya mewujudkan tempat yang mempunyai unsur-unsur teraputik

yang wujud elemen-elemen penyembuhan seperti bilik yang berhawa dingin, dengan

warna yang lembut dan hiasan-hiasan bilik yang menarik serta jauh dari gangguan

yang boleh menyebabkan proses kaunseling terencat seperti bunyi bising dan

sebagainya.

Selain dari itu, jarak duduk antara kaunselor dan klien merupakan sesuatu yang

dapat membantu komunikasi antara mereka. Menurut Brammer, (1973) jarak

kedudukan kerusi semasa temu bual lazimnya berbeza-beza yang bergantung

bagaimana mesra, selesa dan ikut serta klien sendiri. Sesetengah orang lebih suka

bersemuka dalam jarak terlalu dekat kerana mereka rasa selamat dan dikawal. Jelas

di sini, keyakinan klien terhadap kaunselor dapat dibentuk melalui kedudukan

interaksi antara kaunselor dan klien mengikut kesesuaian dan mengambil kira faktor

silang budaya.

Dalam fasa ini juga seharusnya kaunselor menunjukkan minat yang besar untuk

mendengar pengaduan kliennya melalui beberapa cara sebagai menandakan ia

bersedia, seperti merenung tepat ke muka klien dengan bersungguh-sungguh,

mencondongkan badannya ke hadapan, lebih dekat ke arah klien, mengangguk-

anggukkan kepala ataupun berpeluk tubuh menandakan ia sanggup menyimpan

rahsia.

Amalan kaunseling Islam bermula dengan taaruf.  Taaruf ertinya pengenalan. Pada

pertemuan yang pertama kali, seorang klien datang berjumpa dengan kaunselor

tentulah banyak perkara yang tidak diketahui antara satu sama lain. Oleh itu masing-

masing akan cuba mengenali antara satu sama lain seperti bertanyakan nama,

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

alamat tempat tinggal dan lain-lain perkara yang asas dalam perkenalan. Konsep

taaruf dilihat sama dengan membina hubungan yang mana proses ini menggalakkan

interaksi awal antara kaunselor dan klien.  Persamaan ini juga ada pada amalan

memulakan sesi kaunselor pelajar  sekolah-sekolah di bawah Kementerian

Pelajaran Malaysia yang menggunakan borang latar belakang Ala Konseptualisasi

Kes Lewis – Fessel dan borang catatan pertemuan. 

Peringkat awal dalam proses kaunseling merupakan proses membuka rahsia serta

mengeratkan hubungan antara kaunselor dan klien. Menurut Buchheimer dan

Balogh (1961) menjelaskan:

“The counselor as a collaborator as he work with the client in the process of self-

exploration, probleam-solving and gaining new perceptions into a person’s life

situation. The counseling process is both intimate and objective”.

 Intimate yang dimaksudkan adalah hubungan dua insan yang begitu rapat dan

mereka dapat meluahkan perasaan secara jujur dan ikhlas manakala objektif pula

merupakan usaha kaunselor yang cuba membantu meyelidik dan mengenalpasti

perasaan dan sikap klien yang akan membantu membuka jalan penerokaan diri

yang lebih luas.

Kaunselor perlu berinteraksi  dengan baik, menunjukkan empati, ketulenan,

kemesraan dan anggapan positif kepada klien. Keadaan mesra ini diperlukan

supaya klien lebih bersedia untuk  berkongsi masalahnya serta bercerita lebih lanjut.

Antaranya dengan mengaplikasi kemahiran interpersonal. Kemahiran komunikasi

interpersenol merujuk kepada kemahiran dalam perhubungan seseorang secara

bersemuka dengan seseorang yang lain dalam menyampaikan mesej dan

diharapkan mesej itu difahami. Apabila kaunselor menggunakan kepakaran

interpersonel ini, klien akan merasakan kehadirannya diterima, dihargai dan di

sinilah tempatnya yang paling selamat untuk berkongsi masalah.

Proses temubual juga melibatkan kemahiran mendengar.  Kaunselor hendaklah

memberi tumpuan pendengaran kepada semua aspek terhadap klien. Ini

mencerminkan betapa hormat, bersemangat dan bertenaganya kaunselor terhadap

permasalah klien.  Patterson (1969) mengatakan, kaunselor hendaklah dapat

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

memahami perasaan yang sedang dialami oleh klien, serta mendengar apa sahaja

yang diperkatakan oleh klien dan memberi peluang supaya klien dapat menceritakan

masalah  kepadanya. Ini juga melahirkan rasa kemesraan yang antara kaunselor

dan klien. Proses interaksi dalam tembual kaunselor – klien ini penting dalam

menentukan kelangsungan sesi kaunseling.

Pada peringkat ini klien memerlukan banyak bantuan daripada kaunselornya kerana

pada masa ia akan menggantungkan harapan sepenuhnya untuk mengadu. Justeru

itu kaunselor perlu menyediakan suasana menolong yang membolehkan klien

berterus terang, terbuka dan bebas berkata apa sahaja. Suasana ini dapat dibentuk

melalui proses perkenalan antara kaunselor dan kliennya seperti memperkenalkan

nama, usia, hobi dan sebagainya. Kaunselor mungkin memulakan sesi dengan

bertanya khabar dengan bahasa yang penuh penerimaan. Contohnya:

·                     Apa khabar ? Terima kasih banyak  kerana sudi datang ke sini. 

·                     Apa khabar? Saya hargai kehadiran awak. Terima kasih banyak.

Kaunselor boleh mengambil masa beberapa minit untuk berbual ringan dengan

klien. Masa yang terlalu panjang tidak digalakkan diambil pada fasa ini kerana

dikhuatiri topik yang diperkenalkan mungkin akan mengalih perhatian klien kepada

topik tersebut sebaliknya bukan isu yang akan dibawa. Contohnya,

·                     Saya sudi bantu saudara melalui perbincangan kita selama 30 minit.

·                     Kita ada masa 40  minit, ceritakan pada saya apa yang merunsingkan

saudara .

Matlamat awal dalam proses kaunseling perlu ditentukan dan dijelaskan kepada

klien. Terdapat klien yang menyedari dengan jelas akan masalahnya dan tujuan ia

berjumpa dengan kaunselor. Ada juga klien yang mengemukakan masalah awal

kepada kaunselor yang bukan masalah utama yang akan menjadi topik

perbincangan dengan kecenderungan menyelesaikan masalah yang mungkin

lemah, pertengahan atau tinggi. Apa pun, kaunselor mesti memastikan bersama

klien apakah matlamat yang ingin dicapai diakhir sesi. Engelkes dan Vandergeot

(1982) mengatakan ‘baharulah kita sebagai kaunselor yang menggunakan

kemahiran membantu klien itu mencapai objektifnya. Tanpa identifikasi yang cermat,

pemilihan yang tepat, dan diskripsi perhatian untuk membantunya ke arah lebih

selamat dan sempurna dalam objektifnya, akan merosakkan seluruh matlamat

hubungan kaunseling dan bimbingan itu sendiri. 

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Dalam fasa ini juga kaunselor perlu mula mengasaskan struktur pertemuan dan

menekankan batasan masa yang perlu dilalui disamping menggambarkan

tanggungjawab menggerakkan temu bual ini terletak pada klien untuk menggunakan

masa yang diberi sebaiknya.

3.2       FASA 2: Menstruktur Sesi Temu Bual

Kaunselor mesti mengambil berat mengenai aspek menstruktur sesi temu bual awal

dan pada hubungan kaunseling jangka panjang kerana ia penting kepada klien

terhadap gambaran apa yang akan berlaku dalam proses kaunseling. Menurut Egan

(1990), penstrukturan adalah penerangan yang berkaitan dengan proses kaunseling

yang dialami dalam usaha membentuk klien memahami diri dan menyelesaikan

masalah yang dihadapi.Kaunselor yang serius dalam kerjanya memerlukan

penglibatan dan struktur yang tegas. Pada pertemuan kali pertama ini kaunselor

perlu menjelaskan kepada  klien mengenai peranan kaunselor, peranan klien,

matlamat dan risiko klien bertemu kaunselor, kerahsiaan dalam kaunseling dan isu

atau masalah yang akan ditumpukan. 

Sesetengah ahli psikologi mengatakan proses menstruktur ini sebagai proses

‘kontrak’ apabila kedua belah pihak berjanji dan bersetuju  melakukan sesi

kaunseling tersebut. Menurut Brammer (1973):

“…proses ini merupakan persetiaan antara pembantu dengan orang yang ingin

ditolong bahawa mereka akan bekerjasama ke arah mencapai matlamat yang

ditetapkan. Setiap orang daripada mereka akan memikul tanggungjawab tertentu

dalam mencapai matlamat itu. Hasilnya nanti akan menjadi bukti bahawa

pertolongan itu telah berjaya di mana pembantu juga bersetuju mencarikan

beberapa jenis maklumat, membuat perancangan dan berikhtiar supaya proses

menolong itu berjaya. Setelah ia mendapati ketiga-tiga pilihan yang dipilih itu, dia

pun mengesah dan menghadkan data yang akan dipilih…” 

Kontrak ini diikat antara klien dan kaunselor atas persetujuan kedua-dua belah

pihak. Kesediaan klien menceritakan masalahnya tanpa segan silu sementara

kesediaan kaunselor mendengar dengan cermat dan teliti, sambil memikirkan

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

alternatif yang sesuai untuk diambil oleh kliennya merupakan satu jalinan ikatan

kontrak.

            Menurut Zainal Abidin (2005), menstrukutur temubual adalah penting kepada

klien. Anggapan-anggapan klien yang tidak realistik seperti masalah boleh

diselesaikan dengan cepat, kaunselor adalah orang yang memberi nasihat perlu

diperjelaskan awal-awal lagi. Antara perkara yang perlu ditekankan pada awal

pertemuan ialah berkenaan dengan peranan kaunselor, peranan klien, matlamat dan

kerahsiaan. Bagi memberi kefahaman kepada klien tentang proses kaunseling,

kaunselor harus memberi tahu bagaimana kaunseling boleh membantu dengan

menjelaskan cara-cara berinteraksi dalam setiap sesi termasuk peranan masing-

masing. 

Peranan kaunselor menurut Rogers (1962)  sebagai fasilitator yang membantu klien

agar dia tidak bersifat defensif dan membantu klien melihat diri dan masalahnya

dengan jelas.  Selain daripada itu, kaunselor juga sedia mendengar segala masalah

yang dikemukakan. Contoh penstrukturan lisan yang dibuat berkenaan peranan

kaunselor:

·           Kita akan sama-sama  berbincang berkenaan masalah puan dan saya cuba

membantu. 

·          Sebagai kaunselor anda, saya akan bersedia mendengar, memahami dan

berinteraksi dengan anda.

Peranan klien juga dinyatakan lebih awal semasa penstrukturan.  Klien mestiliah

komited untuk mencari penyelesaian masalahnya. Contohnya:

”Untuk menjadikan proses kaunseling kita bermakna dan berjaya, tanggungjawab

proaktif terletak di tangan anda. Saya menghargai sekiranya anda dapat berkongsi

apa sahaja demi memanfaatkan hubungan teraputik kita ini. Anda digalakkan

membebaskan diri dari segala bentuk halangan dan meluahkan apa sahaja kepada

saya.”

Begitu juga dengan kerahsiaan dan batas kerahsiaan kerana menjaga kerahsiaan

dan maruah klien merupakan etika seorang kaunselor. Mengikut Kod Etika

Kaunselor 1998, kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai

keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling. Kaunselor hendaklah

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

mencapai persetujuan dengan kliennya diperingkat awal sesi kaunseling mengenai

batasan umur kerahsiaan. Apa-apa persetujuan di antara kaunselor dan klien

mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan

bersama. Dalam kes di mana jelas terbukti bahawa klien, mengikut pertimbangan

kaunselor menunjukkan dengan jelas, diri klien atau orang Iain berada dalarn

keadaan bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya mengambil

tindakan wajar untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat. 

Kod Etika Kerahsiaan dan limitasinya  juga diamalkan oleh Persatuan Kaunselor

Amerika seperti berikut:

 ” Counselling relationships and information resulting therefrom are kept confidential.

However, there are the following exceptions to confidentiality; when disclosure is

required to prevent clear and imminent danger to the client or others; when legal

requirements demand that confidential material be revealed; when a child is in need

of protection.”

                                                                       (CCA BORD,

1999)

Pada peringkat ini menurut kaunseling Islam merupakan peringkat  tafahum.

Tafahum ertinya kefahaman. Pada peringkat ini klien dan kaunselor telah mengenali

antara satu sama lain. Klien sudah boleh menceritakan segala konflik yang timbul

pada dirinya yang mungkin melibatkan rahsia hidupnya kerana klien sudah boleh

mempercayai kaunselor. Oleh itu kaunselor perlu cuba memahami konflik yang

dialami oleh kliennya.  

Peranan kaunselor yang lain adalah membimbing klien terhadap pembentukan sikap

bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya disamping perlu berkhidmat dengan

dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran dan kecekapan

profesionalismanya. Kaunselor perlu menunjukkan kefahamannya semasa klien

bercerita sama ada mencelah perbualan atau merumuskannya. Persediaan untuk

mendengar klien dengan hati yang terbuka akan menambahkan keakraban

hubungan klien dan kounselor seperti dalam tingkah laku tanpa lisan umpama

gerak-geri, mimik muka, perubahan kedudukan postur badan dan sebagainya, bagi

menambahkan perasaan hubungan antara kaunselor dan klien yang sebenarnya.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

3.3       FASA 3: Matlamat Sesi Pertama

            Pertemuan antara kaunselor dan klien untuk yang pertama kali adalah

penting kerana pada titik inilah klien mula membina perasaan percayakan

kaunselornya. Proses ini secara tidak langsung membina hubungan baik melalui

keyakinan dan rasa selamat yang diperolehi oleh klien semasa berada dalam sesi

temu bual itu. Menurut  kaunseling Islam fasa ini merupakan fasa taawun. Taawun

ertinya seimbang. Maksudnya ialah kedua-dua pihak sudah seimbang dan dapat

menghormati pendapat masing-masing yang berlainan. Dengan ini dapat diwujudkan

kemampuan, potensi dan tanggapan yang berbeza tentang sesuatu perkara.

Menurut Zainal (2005), membuat keputusan tentang matlamat yang hendak dicapai

tidaklah begitu mudah. Ada klien yang mengemukakan pelbagai isu yang

membuatkan dia tidak berfungsi dengan efektif. Dalam keadaan begini, kaunselor

dicadangakan menumpukan  kepada masalah yang menyebabkan klien tidak

selesa.         Fasa membina matlamat ini juga disebut ”personalizing”. Personalizing

bermakna menumpukan kepada masalah klien yang sebenar. Kaunselor meminta

klien memilih cara terbaik untuk mengatasi masalah yang telah dikenalpsati dan

mendorongnya juga kepada keupayaan untuk melaksanakan cara yang dipilh.

Kaunselor yang ramah, mengambil berat, mesra kasih dan berminat menjadikan

klien senang hati. Ia dapat diperkukuhkan lagi apabila kaunselor dapat

menenangkan keraguan dan kegelisahan klien dalam sesi temu bual tersebut yang

kadang kala mengalami situasi kesenyapan apabila klien tiba-tiba sahaja terdiam

sejenak.

            Dalam teknik membuat keputusan Steward, Winborn, Johnson, Burks dan

Engelkers (1978) berpendapat bahawa diam sejenak itu sebagai 

‘…memberi masa atau kesempatan pada klien berhenti dan memikirkan kemahiran

yang bakal digunakan bagi menyelesaikan masalahnya. Pendekatan begini akan

memberikan kebebasan kepada klien…’. 

            Dari situasi ini diharapkan mereka dapat menyatukan perasaan sebelum

masing-masing menghuraikannya pula. Dengan tidak menganggu kesenyapan ini,

klien berasa seolah-olah kaunselornya benar-benar memahami perasaannya ketika

itu. Keadaan ini juga memberi peluang kepada klien untuk menilai dirinya kembali

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

disamping kaunselor cuba dalam proses memahami perhubungan antara mereka.

Dengan memahami keadaan ini akan mudahnya timbul rasa percaya-mempercayai

dan keyakinan  yang memudahkan klien untuk meluahkan rasa hatinya.

            Roger (1961), Traux & Carkhuff (1967) bersetuju bahawa membina

keyakinan yang mendalam adalah perlu seperti kata mereka:

 ‘…hampir semua pendekatan menolong secara peribadi ini mengarah kepada

andaian bahawa sekiranya kaunseling itu mahu berkesan, maka kliennya mestilah

mengalami sama perasaan, percaya mempercayai terhadap kaunselornya. Dia

hendaklah mempunyai keyakinan bahawa dia sanggup bercerita tentang kendirinya,

peribadinya, perihatinnya, kebimbangannya, kekeliruannya serta perasaan

dalamannya terhadap orang lain…’.

Arbuckle,(1965) mengatakan: 

‘It is likely that the goals and objectives expressed by individuals for other people are

reflective rather of needs of the person who expresses the goal that of the people for

whom we supposed have the goal. 

Jelas di sini matlamat kaunseling perlulah mengikut kemahuan klien dan bukan

kehendak kaunselor semata-mata. Walaupun demikian kehendak ini perlulah

dipersetujui bersama. Menurut Hansen,  Stevic dan  Warner, (1972), 

‘…once the client has developed this new understanding of his behavior, his

behavior will change. The counselor can enhance this process by providing

encouragement to the client, so that, this encouragement takes the form of helping

the client  understand that he was the one who was causing his own difficulty and,

further, he is the one in whom the responsibility lies for improving his situation…’

Semasa proses menggunakan segala maklumat untuk membuat keputusan

kaunseling biasanya menggunakan dua cara seperti yang disarankan oleh

Brammer,dan Shostrom (1968), 

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

“First, he begins to develop predictions about the client’s probabilities of success in

the various alternatives of decision. The second use is to aid the client toward a

batter understanding of himself and the probabilities that exist”. 

            Setelah berteka-teki dan mendapat kata sepakat, barulah kaunselor dan

klien mengkaji sedalamnya berbagai kemungkinan atau potensi keputusan

seterusnya bertindak berdasarkan kemungkinan yang terbit untuk mencari jalan

penyelesaian dimana kaunselor akan memberi kebebasan kepada klien untuk

memilih keputusan yang sesuai untuknya setelah mempertimbangkan berbagai

alternatif yang dipilih dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan

tersebut.

            Justeru itu daripada penjelasan di atas bolehlah disimpulkan bahawa

matlamat kaunseling itu menjurus kepada enam perkara iaitu menyediakan

perubahan tingkah laku, membantu membuat keputusan, membentuk kemahiran

daya tindak, mempercepat seseorang menjadi rasional, memperbaiki hubungan, dan

memahami serta mengelolakan kecemasan. Oleh yang demikian matlamatnya

perlulah ringkas, jelas, realistik, boleh diukur dan dicapai.

            

            3.4       FASA 4: Menamatkan Sesi Pertama

Pada penghujung perbincangan sesi pertama, kaunselor dan klien harus membuat

satu keputusan sama ada mahu diteruskan sesi kaunseling ini pada masa akan

datang. Menurut Brammer dan Shostrom (1968), penamatan sesi temuduga itu

merupakan satu rumusan dan kesimpulan kepada proses kaunseling itu sendiri,

sama ada ia berupa resolusi atau kesimpulan perbincangan dalam sesi tersebut

mahupun kesimpulan bagi proses kaunseling keseluruhannya. Menurut Gibsen &

Mitchell (1986) pula menjelaskan bahawa penamatan sesi temuduga bolehlah

dianggap sebagai satu tahap penyelesaian.Dalam peringkat ini klien yang dibantu

bertanggungjawab menunjukkan kemampuannya untuk membuat keputusan

sementara kaunselor pula berusaha untuk menamatkannya seperti menurut Gibson

& Mitcheel, (1981); 

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

‘…adalah menjadi tanggungjawab kaunselor menggalakkan tindakan kliennya

sebagaimana yang ditetapkan untuk menyelesaikan masalah itu. Semasa klien sibuk

membuat penyelesaian, kaunselor hendaklah selalu mengawal hubungannya

sebagai perujuk yang berterusan iaitu sebagai penyokong dan sekaligus penggalak

kepada kliennya..’.

 Menurut George & Cristiani, (1981) seorang kaunselor harus belajar menamatkan

sesi kaunseling dengan berkesan. Dia harus biasa dengan isu-isu dan kemahiran

yang terlibat secara langsung dalam proses penamatan temuduganya bagi

menamatkan hubungan dalam kaunselingnya itu. Dalam situasi ini kaunselor

seharusnya telah memberitahu kliennya bila sesi itu akan berakhir di awal lagi.

Penamatan sesi yang mengejut dan mendadak boleh memberi reaksi dan emosi

negatif kepada klien.

Menurut Maznah Baba & Zainal Madon (2003) terdapat beberapa panduan untuk

menamatkan sesi iaitunsebelum menamatkan sesi , kaunselor perlu membuat

rumusan perkara yang dibincangkan sepanjang sesi yang lepas dan memberi

tugasan yang sesuai atau menyatakan apakah rancangan dan perkara fokus pada

sesi akan datang dengan memberi ingatan dan dorongan kepada klien

melaksanakan tugasan yang diberi seterusnya memberi ruang kepada klien

menerus atau menamatkan sesi dan merancang temu janji akan datang. Kaunselor

yang professional tidak mengalami kesukaran untuk menamatkan sesi kaunseling

dan bertindak dengan mudah seperti mengubah sedikit kedudukannya atau

meletakkan tangannya di atas birai kerusi atau menyandarkan belakangnya jauh

daripada klien. Semua ini memberi gambaran kepada klien bahawa kaunselor tidak

berminat untuk meneruskan sesi tersebut.

Dalam proses menamatkan sesi ini kaunselor dapat melihat satu perubahan  berlaku

kepada kliennya di mana klien yang mengambil keputusan serta membuat

penyelesaian masalahnya akan berasa lega dan merasakan dirinya dihargai dan

diambil perhatian. Ini bermakna proses kaunseling itu tamat dalam pertemuan sesi

pertama ini. Walaubagaimanapun jika sebaliknya pula yang berlaku, klien mungkin

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

akan melalui sesi kaunseling yang lain atau perlu dirujukkan kepada kaunselor atau

mereka yang lebih pakar lagi sebagai usaha lanjutan.

Jelas di sini bahawa proses menamatkan sesi pertemuan pertama ini merupakan

satu penilaian  terhadap kaunselor yang cuba melihat sejauh manakah peranan

kliennya selepas dia menetapkan strategi yang bakal diambilnya. Dari sini dapatlah

dinilai sama ada perkhidmatan yang telah diberikan dan proses pertemuan itu

berjaya dan bermanfaat atau sebaliknya. Justeru itu, mereka boleh mengukur

adakah mereka sama-sama telah memenuhi kehendak masing-masing atau jika

sebaliknya  adakah mereka telah menetapkan langkah seterusnya bagi sesi yang

akan datang.

Bagi pengamal perhubungan kaunseling Islam, fasa ini dinamakan  fasa berdoa dan

bertawakal. Apabila sudah selesai segala usaha yang dijalankan oleh kaunselor dan

klien maka sebagai langkah yang terakhir, diserahkanlah segala kejayaan usaha tadi

kepada Allah yang Maha Berkuasa dan Penentu segalanya. Sentiasalah berdoa

dengan sepenuh hati agar Allah menolong diri yang berada dalam keadaan konflik

dan diselesaikan segala masalah dengan secepat yang mungkin. Bertawakkal pula

ialah menyerahkan diri kepada Allah terhadap konflik yang dihadapi dengan penuh

keyakinan bahawa Allah pasti menolong hambanya.

            

3.5       FASA 5: Membuat Rujukan

Dalam keadaan tertentu ada masanya kaunselor tidak dapat meneruskan kaunseling

kerana keupayaannya menangani masalah yang dihadapi di luar kebolehannya.

Justeru itu, kaunselor perlu merujuk klien ini kepada kaunselor yang sesuai atau

agensi lain. Menurut Maznah Baba & Zainal Madon (2003). ‘merujuk’ merupakan

proses di mana kaunselor merujuk klien kepada pakar lain untuk mendapatkan

perkhidmatan yang khusus atau ketidakmampuan kaunselor mengendalikan

kaunseling. Rujukan boleh berlaku pada peringkat awal atau selepas melalui sesi

kaunseling.

Proses merujuk perlu dilakukan apabila kaunselor tidak dapat melaksanakan proses

kaunseling secara professional ke atas klien. Ini biasanya berlaku apabila klien yang

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

dihadapi merupakan sahabat atau saudara, atau ahli keluarga kepada kaunselor.

Menurut Zainal Abidin (2004) adalah sukar, malah tidak digalakkan kaunselor

meneruskan hubungan kaunseling dalam jangka masa panjang dengan sahabat

atau ahli saudara. Keadaan tidak profesioanl ini juga boleh berlaku apabila klien pula

merasakan perasaan yang lain pula kepada kaunselor atau kaunselor merasakan

personaliti klien bertembung dengan personalitinya dan menganggu proses

kaunseling kerana sukar mencapai penyelesaian.  

Kaunselor juga boleh melakukan proses merujuk ini apabila masalah yang dihadapi

klien terlalu rumit serta kompleks dan di luar keupayaannya kerana proses membuat

keputusan merupakan satu keadaan yang mencabar seperti menurut Hansen,

Stevis, & Warner:

 “dicision making offers counselor and client an important milieu for counseling. The

counseling process involves a situation in wich the client can examine himself and

the possibilities open to him. There is need to understand such personal variables as

risk taking propensity. There is also a need to have much accurate information as

possible about the alternatives which exist so that the best decision possible is

made. The counselor should be a potent contributor to the client’s decision making”. 

            

            Kaunselor perlu mengenalpasti tahap pengetahuan dan keupayaan diri

sendiri dan perlu dinyatakan kepada klien mengapa ada limitasi dan kepada siapa ia

akan dirujuk untuk mengelakkan buruk sangka atau klien rasa tidak sangka. Faktor

lain yang boleh menyebabkan proses kaunseling dirujuk kepada pihak lain apabila

klien enggan menerangkan masalahnya kepada kaunselor atas beberapa sebab

yang tidak diketahui. Terdapat juga keadaan di mana selepas beberapa sesi

kaunseling dengan klien, kaunselor mendapati hubungannya dengan klien tidak

dirasakan berkesan atau ia gagal memahami klien. Menurut Parker (1966) kaunselor

mestilah peka terhadap orang lain, memiliki kemampuan menganalisa kekuatan dan

kelemahan seorang lain secara objektif, mempunyai kesedaran mengenai

perbezaan diri manusia dan kemampuan mengenalpasti kesukaran-kesukaran

pembelajaran. Mowrer (1951) pula menganggap kematangan seorang kaunselor

akan menjayakan proses kaunselingnya dengan berkesan sekali.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Jelaslah di sini bahawa kaunselor tidak perlu menganggap dirinya kurang cekap

atau gagal kerana terpaksa menghantar klien kepada orang lain. Sebenarnya,

kaunselor mesti ada kemahiran untuk mengenal keadaan, bila masanya dia boleh

menawarkan diri untuk menjalankan kaunseling atau bila masanya untuk dirujuk

kepada kaunselor lain. Adalah tidak realistik, sekiranya kaunselor memikirkan

bahawa dia mampu untuk mengendalikan sesi kaunseling untuk semua klien yang

mempunyai pelbagai masalah kerana kita tidak boleh menjadi ‘pakar’ dalam semua

perkara.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

PERINGKAT-PERINGKAT PROSES KAUNSELING

 Secara umum aktiviti-aktiviti berikut berlaku dalam proses kaunseling ;

 * PENYEDIAAN DAN KEMASUKAN

 * PENJELASAN

 * PENSTRUKTURAN

 * PERHUBUNGAN

 * PENEROKAAN

 * PENGUKUHAN

 * PENGUKUHAN

 * PENAMATAN

 Terdapat tiga peringkat asas yang utama dalam proses kaunseling individu ataupun

kelompok. Setiap peringkat ini merupakan suatu proses yang progresif di mana ia

melibatkan perhubungan yang unik di antara kaunselor dan klien.

Peringkat Permulaan

 1. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai

seorang yang boleh dipercayai.

 2. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan

dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian.

 3. Di peringkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu

diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Peringkat Pertengahan

 1. Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian.

 2. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi

oleh klien.

 3. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu

diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya.

Peringkat Penamatan

 1. Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui

dengan jayanya. Di peringkat ini kaunselor berkenaan akan:

· Membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian

terhadap tindakan yang diambil itu.

· Mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak

kaunselor.

· Mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan

proses.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Bab 6 Intervensi Kaunseling Kanak-Kanak

Kaunseling / terapi biblio

1. Merujuk kepada perkhidmatan rujukan (guidance) yang memberikan tunjuk ajar

kepada pengguna dari segi pemilihan buku /bahan bacaan yang sesuai untuk tujuan

terapi.

2. Expressive therapy that uses an individual’s relationship to the content of books

and poetry and other written materials as therapy.

3. The use of books to address the problems / issues of children.

4. Sejarah perkembangan terapi/kaunseling biblio bermula seawall 1930 selepas

Perang Dunia ke Dua. Tentera yang cedera mendapati membaca adalah satu

proses pemulihan (healing process) ke arah kadar penyembuhan yang lebih pantas

dan tenang.

5. Terapi biblio banyak digunakan oleh ibu bapa/penjaga / guru-guru untuk

meningkatkan motivasi dalaman (intrinsic) anak-anak.

6. Membaca suatu buku/kisah yang mempunyai situasi atau isu yang hampir sama

dengan individu akan memberikan semangat/peraan yang lebih tenang, menerima.

7. Contohnya, bahan-bahan seperti Chicken’s Soup dapat membantu seseorang

yang murung akibat satu pengalaman trauma untuk pulih (dari segi emosi).

8. Membaca adalah satu proses terapi yang boleh bantu hilangkan kebosanan

(misalnya ketika beratur menunggu sesuatu) atau menghilangkan ketegangan

(panas baran, marah, tidak sabar) . Proses bacaan – bila mula membaca sesuatu

yang menarik minat, kita jadi asyik dan meneruskan pembacaan dan keasyikan ini

akan melupakan kita sebentar kepada keadaan sekeliling.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Terapi Main 

Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang

aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa

menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.

Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-

kanak untuk meluahkan pendapat masinf-masing.

Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak

untuk berurusan dengan realiti sebenar.

Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya

terhadap aktiviti yang dijalankan.

Konsep terapi bermain

melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia

ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain

kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing

Tujuan terapi bermain 

mengurangkan masalah tingkah laku

meningkatkan komunikasi

mempu menilai diri sendiri

meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang 

Kelebihan terapi bermain 

Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri 

Membolehkan melahirkan masalah 

Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan

Proses terapi bermain  

Tahap satu : rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina

Tahap dua : luahan perasaan secara yang terpendam secara catharsis

Tahap tiga : penerokaan peristiwa

Tahap empat : bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih

Pelaksanaan melaksanakan terapi main

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

1) bilik terapi 

Kelengkapan bilik terapibersesuaian bergantung kepada kesesuaian kanak-kanak 

Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku, cermin, almari

dan lain-lain

2) media mainan (kritirea) 

Mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak

Peluang untuk menguji realiti kanak-kanak

Membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan

perasaan yang tidak diingini

Mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak 

 3) Kategori mainan 

Mainan mencirikan kehidupan sebenar - set permainan pekejaan seperti polis,

doktor dan tukang masak

 - set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon 

Mainan bercirikan luahan perasaan agresif - gari

 - penukul

 - peralatan militari

 - topeng 

Mainan bercirikan luahan perasaan an kreatif - crayon

 - playdoh

 - kad

 - boneka bekas air

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

DEFINISI TERAPI SENI

•Terapi seni ialah profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media

seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas klien/pesakit untuk menghasilkan

produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti,

minat, kerisauan dan pertelingkahan.

KONSEP TERAPI SENI  

•Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam

menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. 

•Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan

dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi

proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian. 

•Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. 

•Juga merupakan proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi

pesakit. 

 (Ini berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik individu

membantu mereka menyelesaikan konflik dan masalah, membangunkan kemahiran

dalaman, menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan, meningkatkan jati

diri) 

•Luahan seni pesakit sama ada melalui lakaran, lukisan atau binaan (sculptures)

membantu minda mereka memberi tumpuan pada hasil seni. 

•Proses teraputik ini perlahan-lahan membantu mereka mengawal kecelaruan dalam

minda. 

•Melalui luahan artistik dan prosedur diagnostik lain pula, doktor berupaya membuat

penilaian rawatan yang lebih tepat pada pesakit.

MATLAMAT TERAPI SENI  

•Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan

dalaman dan konflik jiwa 

•Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas

baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk “seni luar”. ( Judith

Peck )

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

OBJEKTIF TERAPI SENI  

•Melalui pengajaran dan pembelajaran, persembahan media yang terpilih, bacaan

dan kajian individu, pelajar dapat mengenali dan membiasakan diri dengan isi

kandungan, gaya dan simbol imej yang kerap kali dilihat dalam karya. 

•Dengan ini, pelajar dapat membuka jalan di alam bawah sedar dan pintu kepada

perubahan positif terhadap orang yang memerlukan pertolongan. 

•Menurut Eve C. Jarboe, Terapi Seni di sekolah secara amnya adalah untuk pelajar

khas yang mempunyai permasalahan dalam pembelajaran, tingkahlaku, gangguan

emosi atau kecacatan fizikal termasuk pada mata kasar atau halus. 

FUNGSI TERAPI SENI DALAM PEMANTAPAN EMOSI  

•Terapi seni yang sistematik dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja pelajar

yang mempunyai masalah psikologi emosi melalui hasil kerja. Hasil kerja seorang

pelajar akan dinilai secara tersurat dan tersirat. 

•Seseorang insan belum tentu mampu melahirkan permasalahannya secara lisan,

tetapi ia mudah untuk melakarkannya pada sekeping kertas kerana fitrah manusia

sememangnya pandai menyimpan rahsia, lebih lebih lagi yang mengganggu dan

menakutkannya. 

•Kaum kulit hitam di Amerika Syarikat contohnya mempunyai kecenderungan

melukis dan menulis di dinding dinding yang dipanggil ‘grafitti’. 

•Ini adalah kerana emosi insan yang tertindas ini tidak stabil. Hanya dengan cara ini

sahaja mereka dapat meluahkan perasaan sambil menyampaikan mesej. Yang pada

mereka, dapat menenangkan pemberontakan dalam diri. 

•Secara positifnya, terapi seni akan dapat membentuk insan seperti di atas

mengawal karya dan diri sendiri secara sedar dan bertanggung jawab. Atas

kepentingan inilah terapi seni perlu menjadi satu cabang disiplin dalam kurikulum

Pendidikan seni Visual. 

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

KEBERKESANAN TERAPI SEBAGAI PEMANGKIN EMOSI DAN SAHSIAH

PELAJAR  

•Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti

mengapa mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat

mengawal keadaan sekeliling.Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak

keupayaan untuk menguasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang

mewakili mereka di dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 ) 

•Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk

meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai

kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan diri mereka dan untuk

mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan ( Dyer – Friedman & Sanders ,

1997; Rubin 1978). ( Eve C .Jarboe, 2002 ) 

Contoh aktiviti 

•Membuat conteng pada kertas 

•Menulis di awan / pasir 

•Mencatan 

•Melukis 

•Mewarna 

•Membuat kolaj •Menganyam tikar

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Terapi Bercerita 

Teknik bercerita merupakan satu teknik untuk menyalurkan sesuatu maklumat

melalui perkataan, gambar dan bunyi yang sering kali dilakukan melalui teknik

improvisasi. Cerita atau naratif telah lama dikongsi dalam setiap budaya sebagai

hiburan, pelajaran, penyampaian budaya dan menyampaikan nilai-nilai kepada

masyarakat. Elemen yang penting dalam teknik ini ialah plot, watak dan persoalan

sesuatu cerita.

 Bentuk penceritaan yang paling awal mempunyai kombinasi lisan berserta mimik

muka dan gaya badan. Masyarakat peribumi Australia melukis simbol daripada

cerita yang didengar pada dinding gua untuk membantu pencerita mengingati cerita.

Seiring dengan peredaran zaman dan peradaban, cerita-cerita yang didengar

kemudiannya ditulis di atas kayu, buluh, tulang,batu, kulit kayu,kulit binatang,

kertas,sutera, kanvas, dirakam pada filem dan disimpan dalam bentuk digital.

 Terapi bercerita merupakan satu medium untuk berkomunikasi antara ahli terapi

dan klien. Komunikasi ini digunakan sebagai terapi psikologi untuk meyakinkan klien

untuk membangunkan atau meningkatkan diri mereka melalui satu kaedah yang

telah dipersetujui antara ahli terapi dan klien.

 Terapi bercerita merupakan salah satu terapi yang mengetengahkan konsep

bercerita sebagai idea utama dalam terapi bercerita. Pada masa yang sama, ahli

teoris menganggap bercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo.

Di samping itu, terapi ini dapat mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra lagi.

Semasa mereka menyampaikan cerita masing-masing, kanak-kanak berkongsi

maklumat penting mengenai diri serta keluarga mereka, di samping melahirkan

perasaan yang terpendam. Akibatnya, guru bimbingan dan kaunseling lebih

memahami konflik kanak-kanak serta dinamika keluarga mereka.

 Selain daripada itu, melalui terapi ini murid dapat menyerap nilai-nilai pembelajaran

melalui watak di dalam sesebuah cerita tanpa memikirkan tentang masalah mereka

sendiri. Murid yang telah melalui pengalaman yang menakutkan akan memproses

pengalaman tersebut dan secara tidak langsung akan belajar untuk mempercayai

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

dan rasa selamat apabila mengingati pengalaman yang lalu dengan pandangan

yang positif.

 Terapi bercerita sesuai dijalankan secara berkelompok ataupun individu. Kaunseling

kelompok melibatkan perhubungan individu yang menekankan aspek kekuatan,

fikiran, perasaan dalam aktiviti pembelajaran, peribadi dan sosial. Corey (1981).

Oleh sebab itu pelaksanaan terapi bercerita dalam kelompok memudahkan

perkongsian pengalaman antara ahli kelompok. Namun demikian penggunaan teknik

ini dalam kaunseling kelompok memerlukan syarat proses kaunseling berpusatkan

klien iaitu empati, penerimaan tanpa syarat, dan kongruen/ keikhlasan.

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Bab 7 Kaunseling Kelompok

KEMAHIRAN KAUNSELING KELOMPOK

Pelbagai jenis kelompok telah dikemukakan sebagai satu pendekatan spesifik bagi

menangani masalah yang boleh dirawat melalui kaunseling kelompok. Antaranya

ialah Terapi Kelompok Alderian yang telah digunakan oleh Rudolf Dreikus bagi

menangani masalah kanak-kanak. Carl Rogers pula telah mengenengahkan

Kaunseling Kelompok yang mengguna pendekatan terapi Pemusatan Perorangan.

Albert Ellis dengan kelompok terapinya telah menerapkan Terapi Rasional Emotif

Perlakuan. Robert Carkhuff pula giaenjalankan Latihan Perkembangan Sumber

Insan dan Arnold Lazarus menerapkan Teknik Terapi Pelbagai Modal dalam

Kelompok Terapi Perlakuan.

Asas Pengendalian Kelompok

Seorang kaunselor mesti sedar tentang elemen yang mempengaruhi personaliti

dalam pengendalian kelompok. Kaunselor mestilah menunjukkan sikap yang

bersungguh-sungguh semasa menjalankan tugasnya. Sikap penyayang juga

dikehendaki agar boleh dicontohi oleh ahli. Kaunselor juga perlu tabah dengan

cabaran yang dihadapi semasa mengendalikan kelompok. Ianya berkait dengan

pengendalian yang bersifat terbuka dan telus tanpa emosi, pemikiran dan perlakuan

yang terselindung.

Pembentukan kelompok perlu disediakan secara rasional dan rapi serta perlu selari

dengan jenis kelompok yang akan diselenggarakan. Perkara ini mesti difikirkan

secara mendalam oleh kaunselor yang mengetuai perjalanan kelompok yang

dibentuk itu. Sehubungan itu kejayaan penyelenggaraan kelompok juga akan

bergantung kepada keperluan yang dikehendaki oleh bakal ahli yang akan

menganggotai kelompok tersebut.

Sebagai seorang yang mengetuai kelompok kaunselor mesti dapat menjalinkan

kepercayaan dengan semua ahli dalam kelompok tersebut. Cara pengendalian

setiap kaunselor atau fasilitator adalah berbeza tetapi perkara yang penting ialah

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

mesti mendapat kerjasama yang erat dan keyakinan daripada semua ahli kelompok

ke arah pencapaian matlamat.

Kemungkinan juga wujud ahli yang akan menguji kecekapan kaunselor sebagai

fasilitator dan mengajukan pelbagai kerenah yang rumit. Dalam keadaan demikian

ketabahan kaunselor akan tercabar dan dia wajar menerapkan segala kemahirannya

dengan mengguna pelbagai teknik kaunseling dan perhubungan antara insan.

Kemahiran Dalam Mengendalikan Kaunseling Kelompok

Untuk memimpin sesuatu kumpulan Kaunseling Kelompok memerlukan beberapa

kemahiran tertentu supaya matlamat dan tujuan kumpulan itu tercapai. Kaunselor

atau fasilitator menjadi penggerak utama dalam perkembangan tiap-tiap ahli dalam

kumpulan. Memimpin Kaunseling Kelompok adalah lebih sukar daripada menjadi

kaunselor dalam Kaunseling Individu. Kaunselor memerlukan persediaan yang lebih

rapi kerana interaksi dalam kumpulan lebih luas dengan bilangan ahli yang ramai

dan personaliti yang berbeza-beza. Dengan lain perkataan kaunselor perlu

menguasai beberapa kemahiran tertentu.

Kemahiran Mengenalpasti, Melabel dan Menjelas

Mengenalpasti, melabel, menjelas dan menerangkan kembali maklumat yang telah

diberi oleh ahli. Kaunselor perlu memahami maksud yang dinyatakan secara terus

atau tidak langsung oleh ahli. Ada tiga jenis maksud yang akan dikeluarkan oleh ahli

kelompok iaitu berkenaan dengan perasaan dan emosi, perlakuan dan kognitif.

Kaunselor perlu sedar tentang maklumat-maklumat yang kurang jelas pada dirinya

dan ahli-ahlinya atau reaksi ahli untuk mengelak dari berbincang tentang hal-hal

sensitif berkenaan emosi. Kaunselor akan menggalakkan proses mengenalpasti,

menjelas dan menggambarkan kembali perasaan supaya ahli faham dan sedar apa

yang sedang berlaku di antara mereka. Jika ahli-ahli dapat melihat dengan jelas

peranan kaunselor dalam aspek ini, mereka akan lebih yakin dan percaya kepada

proses terapi kumpulannya.

Namun kaunselor juga perlu prihatin untuk mempertimbangkan perkara yang perlu

dihormati dan tidak wajar diluahkan oleh ahli sebagai klien dalam kelompok bagi

menjaga martabat dan kehormatannya, melainkan ahli yang terlibat benar-benar

bersetuju dan berani mengambil risiko kesan pada dirinya

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Corey dan Corey (1977) mengatakan, seseorang ketua harus dapat bertindak balas

secara sensitif dan simpati terhadap setiap individu dalam kelompoknya serta

berkomunikasi dengan reaksi ahli-ahlinya. Mereka juga seharusnya menyaksikan

kelompok dinamik melalui kemahiran-kemahirannya memproses interaksi yang

kompleks dalam kelompoknya. Seorang ketua kelompok yng berkesan adalah

benar-benar diasuh dan dilenturkan mengikut mesej kliennya dan bertindak balas

cepat daripada cuma berkata-kata tentang dunia luas sahaja atau tidak fokus.

Dalam menguasai kemahiran ini kaunselor harus mempunyai daya memerhati yang

kuat serta nampak apa yang sedang berlaku dalam kumpulannya. Pemerhatian

yang dibuat haruslah diterangkan kepada ahli-ahli supaya mereka sedar tentang

perlakuan dan reaksi mereka dalam kumpulan. Kaunselor tidak dapat menolong ahli

mengubah perlakuan jika kaunselor sendiri tidak sedar apa yang berlaku dalam

kumpulannya. Kaunselor juga mesti faham tentang budaya berinteraksi antara

berlainan jantina dan umur.

Kemahiran mendengar

Kaunselor memerlukan kemahiran mendengar yang tinggi kerana ini adalah

kemahiran yang paling asas dan penting. Mendengar bukan satu kemahiran mudah

tetapi perlu mendengar dengan berkesan terutama untuk mendengar maklumat

yang dikeluarkan oleh beberapa orang. Dari proses mendengar kaunselor

menunjukkan kepada ahli kualiti kaunselor yang berkesan iaitu dengan mendengar

dengan teliti apa yang disebutkan oleh ahli dan tidak membuat �prejudgemental�.

Kaunselor seterusnya memberi peluang kepada ahli menceritakan pandangan

mereka tanpa mengecil atau mempermainkan mereka.

Kaunselor menyatakan semula perasaan ahli dan menunjukkan tanda empati serta

menunjukkan minat terhadap pendapat dan pandangan ahli. Menurut Mahler (1969)

dan Dinkmeyer (1971) ketua kelompok berinteraksi sesama ahlinya dengan

berkongsi pengalaman, perasaan dan pengetahuan. Ia juga membantu penyertaan

menjadi lebih rancak, bermoral dan perasaan yang positif, di mana penyertaan ahli-

ahli akan mewujudkan penerimaan perasaan ahli oleh ketua itu. 

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

Mewujudkan Suasana Teraputik

Kemahiran ini penting terutama dalam masa perbincangan berlaku percanggahan

pendapat yang dikeluarkan secara agresif. Akhirnya perselisehan faham atau

pergaduhan akan berlaku di antara ahli. Kaunselor harus berhati-hati supaya

keadaan yang tidak menyenangkan tidak berlaku. Namun kaunselor tidak

seharusnya menyekat dan mengenepikan keinginan ahli untuk mengeluarkan

pendapat. Suasana tegang tidak dibiarkan dan kaunselor harus masuk campur

terutama apabila ahli mula berbelah pihak dan menjadi agresif semasa berinteraksi.

Perhatikan sekiranya ada ahli yang menjadi sasaran kumpulan atau tedapat ahli

yang menjadi tertekan atau tegang dan kaunselor perlu mewujudkan suasana

teraputik dengan mengawal situasi atau mengunakan strategi masuk campur.

Strategi ini harus diibuat dengan diplomasi supaya ahli-ahli tidak menjadi ragu-ragu

terhadap keberkesanan kaunselor dalam sesi itu. 

Walau bagaimanapun kaunselor jangan keterlaluan sehingga terlihat terlalu memuji

atau mengkritik ahli atau menasihat ahli. Walaupun usaha ini mungkin untuk

mententeramkan suasana tetapi ahli-ahli akan menjadi tidak puas hati. Kaunselor

harus menjadi penghubung kepada perbincangan supaya setiap ahli dapat

mengeluarkan pendapat dan interaksi mereka bertambah meluas.

Kemahiran Menghadapi Kesenyapan

Kesenyapan mungkin berlaku semasa sesi Kaunseling Kelompok dijalankan dan

kaunselor perlu memahami dan bersedia menghadapi keadaan tersebut.

Kesenyapan lebih baik daripada ahli berbual kosong dalam kumpulan. Memahami

mengapa kesenyapan berlaku dalam kumpulan adalah penting. Ahli-ahli dalam

kumpulan tidak biasa bercakap tentang diri mereka. Mereka memerlukan masa

untuk berfikir samada mereka telah sedia untuk menghadapi pendedahan diri.

Kaunselor harus membebaskan diri dari rasa terdesak dan panik apabila kumpulan

menjadi senyap.

Strategi yang boleh digunakan ialah mengelakkan diri dari menjadi orang yang mula-

mula memecahkan suasana kesenyapan setiap kali dengan bertanya, mengeluarkan

komen dan pendapat. Gunakan masa kesenyapan untuk memerhati gerak laku ahli-

ahli seperti rasa bosan, gelisah , cemas, ingin bercakap tetapi takut dan reaksi-

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

reaksi lain lagi. Masa itu digunakan untuk memerhati dan dan mengumpul data

tanpa bahasa dari ahli. Sekiranya kaunselor tidak yakin menghadapi kesenyapan

mungkin menyebabkan kaunselor mengeluarkan komen yang menjejaskan

penerimaan ahli.

Kemahiran Berkomunikasi Dengan Jelas

Kemahiran berkomunikasi dalam kumpulan sangat penting. Kaunselor perlu

memahami tahap pemikiran atau kematangan ahli-ahlinya dan menggunakan

bahasa-bahasa yang difahami oleh orang biasa. Menunjukkan diri sebagai seorang

yang terlalu intelektual akan menakutkan ahli. Tanda-tanda ahli tidak memahami

atau kaunselor mempunyai kemahiran komuikasi yang kurang baik ialah apabila

terdapat ahli yang bertanya maksud kata-kata kaunselor berulang-ulang. Jika ini

berlaku ahli mungkin enggan bertanya lagi kerana malu, takut atau mungkin bosan

dan akhirnya ahli menjadi pengikut tanpa soal jawab.

Satu cara yang baik untuk mengatasi keadaan ini ialah dengan mengetahui sedikit

bahasa sehari-hari ahli supaya perbincangan tidak menjadi terlalu formal. Elakkan

dari bercakap terlalu panjang dan berbelit-belit. Tentangan mata juga adalah

sebahagian daripada komunikasi yang menunjukkan anda memberi perhatian dan

berminat

Kemahiran Konfrantasi

Kemahiran yang memerlukan ahli-ahli menghadapi persoalan diri sendiri yang

mereka secara sedar mengelakkan diri dari menerimanya. Menggunakan teknik ini

harus berhati-hati kerana ahli boleh merasa terancam apabila belum bersdia untuk

menerima hakikat diri mereka. Kemahiran ini berguna untuk memperbetulkan dalih

atau ketidakseimbangan kenyataan atau maklumat yang diberi oleh ahli. Dengan

cara ini ahli akan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap peranan dan tindakan

mereka.

Teknik ini berkesan digunakan dalam kumpulan yang telah mencapai kepercayaan

dan keyakinan di antara ahli. Masalah timbul kepada kaunselor untuk menggunakan

teknik ini kerana budaya dan cara hidup masyarakat khususnya Melayu mengajar

bahawa bersemuka dan berterang-terangan adalah tidak sopan dan tidak

Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

bertimbang rasa. Kaunselor dalam masa yang sama harus mengekalkan rasa

penerimaan dan rasa hormat daripada ahli. Untuk itu kaunselor perlu mengenal pasti

perlakuan-perlakuan yang bercanggah samada dari segi tingkah laku, perasaan dan

pemikiran. Percanggahan ini hendaklah dibentangkan supaya ahli nampak dan

sedar tetapi tidak sampai menunjukkan rasa menghukum, menyalah atau menuduh.

Kemahiran Intervensi

Kemahiran menggunakan teknik menghalang adalah penting kepada kaunselor

untuk mengendalikan sesi kelompok. Kaunselor mesti sentiasa sedar untuk

perkembangan proses Kaunseling Kelompok menuju matlamat kumpulan

seluruhnya. Oleh itu jika dalam proses perkembangan kelompok ahli-ahli memberi

maklumat yang tidak berfaedah bagi kumpulan untuk mencapai matlamat, kaunselor

perlu menghalang dan mengalihkan kembali perbincangan kepada tajuk yang

berkaitan. Teknik ini jika digunakan dari awal pada masa-masa yang sesuai dapat

memberi contoh kepada ahli bagaimana berbincang untuk faedah bersama

Kaunselor perlu mempunyai keyakinan untuk menghalang atau intervensi apabila

berlaku keadaan-keadaan tersebut. Apabila ini berlaku perkembangan kelompok

akan terbantut dan menjadi lembab. Kaunselor harus sentiasa sedar hala tuju

kelompoknya dan sentiasa menjalankan peranannya.

Kemahiran Meneroka

Kemahiran menggunakan teknik ini adalah untuk mengenalpasti dengan lebih

mendalam tentang masalah, peranan dan tindak tanduk mereka. Ahli sebenarnya

ragu-ragu untuk meneliti sendiri perlakuan mereka tanpa bimbingan aktif dari

kaunselor. Namun kaunselor jangan memaksa ahli memberi respon sebaliknya

memberi kebenaran kepada ahli mendiamkan diri jika dilihat ahli merasa terancam.

Teknik ini perlu digunakan dengan diplomasi supaya ahli tidak menganggap

kaunselor �busy body�. Kaunselor boleh mengemukakan soalan-soalan terbuka

dan tertutup. Sebutkan nama mereka ketika memberi respon