edu3073 pk1 t3

15
TEORI BIMBINGAN & KAUNSELING: TEORI TINGKAH LAKU (BEHAVIORIS) Disediakan oleh : Norsyakirah Binti Md. Noor Nur Izwani Salfinas Binti Azizan Siti Norhidayah Binti Rosly PISMP Pendidikan Khas 1 Amb. Jan 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN JITRA, 06000, KEDAH DARUL AMAN

Upload: hidayah-rosly

Post on 15-Dec-2015

239 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: Edu3073 Pk1 t3

TEORI BIMBINGAN & KAUNSELING:

TEORI TINGKAH LAKU(BEHAVIORIS)

Disediakan oleh :Norsyakirah Binti Md. Noor

Nur Izwani Salfinas Binti AzizanSiti Norhidayah Binti Rosly

PISMP Pendidikan Khas 1 Amb. Jan 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS DARULAMAN

JITRA, 06000, KEDAH DARUL AMAN

Page 2: Edu3073 Pk1 t3

PENGENALANDEFINISI TEORI, BIMBINGAN

DAN KAUNSELING

Page 3: Edu3073 Pk1 t3

TEORI

Menurut Lee Keok Cheong (2012), menyatakan teori merupakan asas-

asas kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu pengetahuan.

Ramlan Hamzah et.al (2006), Frank (1971) menyatakan teori sangat penting kepada orang

yang mengamalkannya kerana ia dapat memberi panduan, keyakinan dan hala tuju bagi

mereka yang mengamalkannya.

DEFINISI TEORI

Page 4: Edu3073 Pk1 t3

DEFINSI BIMBINGAN & KAUNSELING

BIMBINGAN

•Bimbingan ialah bantuan yang

diberi kepada seseorang individu

bagi menentukan matlamat

jangka pendek dan panjang,

merancang cara-cara bertindak

serta membaiki sikap dan

tingkah laku dalam aspek-aspek

yang tertentu.

KAUNSELING

•Menurut Akta Kaunselor 1998 (Akta 508) : “Kaunseling bererti suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan, dan penyesuaian yang holistik, baik, dan sukarela pada diri klien supaya perubahan ,kemajuan, dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien”.

Page 5: Edu3073 Pk1 t3

KESIMPULAN

Teori-teori dalam bimbingan dan kaunseling merupakan dasar-dasar yang menjadi

panduan dan rujukan oleh guru bimbingan dan kaunselor di Malaysia untuk membantu

mengurus dan mentadbir proses atau program bimbingan dan kaunseling

terhadap klien dalam sesebuah organisasi seperti sekolah, institusi pengajian tinggi dan

jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta untuk menjadikan kehidupan mereka lebih

baik, sistematik dan bermakna.

Page 6: Edu3073 Pk1 t3

TEORI TINGKAH LAKU

(BEHAVIORIS)

Page 7: Edu3073 Pk1 t3

PENGENALAN

PELOPOR

KONSEP UTAMA

MATLAMAT

PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

PERANAN KAUNSELIN

G

TEKNIK/ STRATEGI

Page 8: Edu3073 Pk1 t3

PENGENALAN

• Teori behavioris berasaskan pendekatan tindakan yang

mekanikal.

• Antara pengasas teori ini ialah Pavlov dan Wolpe yang

mengemukakan teori tingkah laku pelaziman klasik.

• Teori pelaziman operan pula dipelopori oleh Skinner dan

Watson

• Dalam teori ini, interaksi antara kaunselor dengan klien lebih

mirip sebagai perantara yang dapat mengubah persekitaran

bagi menggerakkan perubahan gerak balas tingkah laku

klien.

• Perspektif behavioris menumpukan perhatian kepada faktor-

faktor alam sekeliling dalam mengubahsuai, membentuk

serta mempengaruhi tingkah laku manusia.

Page 9: Edu3073 Pk1 t3

PELOPOR

(Sumber: Choong Lean Keow. (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.)

Ivan Pavlov

B.F Skinner

Albert Bandura

J.B. Watson Joseph

WolpeM.B.

Shapiro

Hans Eyesenk

Ahli teoris lain termasuk:

Page 10: Edu3073 Pk1 t3

KONSEP UTAMA

• Teori ini berorientasikan tingkah laku.

• Bertujuan mengubah tingkah laku ‘maladaptif’ kepada

‘maladjustif’ dengan membantu klien menguasai kemahiran-

kemahiran atau tingkah laku baharu berdasarkan rangsangan-

gerak balas, modeling, peniruan dan peneguhan/ motivasi dll.

• Menggunakan prinsip pelaziman operan dan klasikal sebagai

teknik untuk mengubah tingkah laku.

• Teknik ini juga dikenali sebagai teknik modifikasi tingkah laku.

• Mementingkan perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan

seperti gerak balas kognitif, psikomotor dan emosi.

Page 11: Edu3073 Pk1 t3

KONSEP

Peneguhan

Pembentukan

Generalisasi

Diskriminasi

Pengekalan

Penghapusan

Hukuman

Perubahan tingkah laku manusia dirangsang oleh gerak balas terhadap rangsangan (rangsangan-gerak balas) melalui proses:

Page 12: Edu3073 Pk1 t3

MATLAMAT• Matlamat untuk menyediakan keadaan-keadaan dan

persekitaran agar tingkah laku yang kurang sesuai itu boleh dihapuskan

• Seterusnya, klien akan diajar untuk menguasai tingkah laku yang baru dan yang lebih sesuai bagi menggantikan tingkah laku yang kurang sesuai itu

• Matlamat yang hendak ditujui sebenarnya adalah ditentukan oleh klien itu sendiri

• Peranan kaunselor adalah membantu klien memilih matlamat yang hendak ditujui agar ia bersesuaian bagi dirinya dan dapat diterima oleh masyarakat

• Matlamat behavioris ini juga menekankan kepada kejayaan yang khusus yang boleh dilihat, dinilai dan diukur. Matlamat ini dinyatakan secara tingkah laku dan realistik

Page 13: Edu3073 Pk1 t3

PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

• Manusia itu dilihat sebagai manusia biasa tidak ada yang sepenuhnya jahat dan sepenuhnya baik, tetapi adalah sebagai organisma yang berpengalaman yang mempunyai potensi ke arah semua tingkahlaku.

• Manusia berkeupayaan memahami konsep serta mengawal tingkah lakunya sendiri.

• Manusia berupaya memperoleh tingkah laku yang baru.

• Manusia mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi tingkah laku yang lain-lain sebagaimana ia dipengaruhi oleh orang lain terhadap tingkah lakunya sendiri.

Page 14: Edu3073 Pk1 t3

KEKURANGAN• Hanya memfokuskan kepada perubahan tingkah laku

dan bukannya perasaan atau pemikiran kognitif klien

• Kurang mementingkan isu hubungan mesra atau yang lebih kondusif dan terapeutik antara kaunselor dan klien semasa sesi dijalankan

• Kurang mendorong klien kepada pencapaian celik akal secara peribadi

• Lebih fokus kepada rawatan tanda-tanda luaran pada klien dan bukan punca penyebab masalah tersebut

• Ia mengenepikan faktor-faktor sejarah (dulu) yang mungkin merupakan penyebab kepada masalah tingkah laku klien sekarang

Page 15: Edu3073 Pk1 t3

RUJUKAN

• Choong Lean Keow. (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak- kanak, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

• Lee Keok Cheong et.al (2012), Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd.

• Ramlan Hamzah et. Al (2006), Panduan Ulangkaji Bimbingan dan Kaunseling Untuk Prasarjana Muda dan KPLI. Kuala Lumpur : IPG Kampus Teknik.