nota edu 3053

12
Bab 1 Konsep Teknologi dlm P&P 1.0 Pengenalan & Konsep Teknologi Teknologi ialah keupayaan dlm menggunakan pengetahuan sama ada pengetahua saintifik atau pengetahuan lain yg tersusun (other organized knowledge) yg dig scr sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yg praktikal dlm melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan. (Galbraith 1!"#) Pengetahuan saintifik ialah himpunan ilmu dan pengetahuan yg telah diuji & din dlm bentuk satu set prinsip am. $anakala pengetahuan lain yg tersusun (other organized knowledge) %alaupun bel diuji dan dibuktikan scr sainti ik ttp diterima amalannya sbg suatu pengetahu berdsrkan pengalaman & pengamatan manusia terhdp sesuatu tindakan. Kecukupan & kesempurnaan pengetahuan tersebut belum pasti mendorong pd sesuatu amalan yg berteknologi memandangkan teknologi sgt berkaitrapat dgn aspek penggunaannya scr sistematik & praktikal. Pemahaman terhdp ilmu & pengetahuan yg sainti ik ttg proses otosintes seseorg petani melakukan kerja' pertaniannya dgn mengambil tindakan yg praktik memastikan tanamannya menerima sumber air & sinaran matahari yg cukup. al ini krn kekurangan sumber tersebut menyebabkan tanamannya menjadi tidak su kemungkinan besar akan mati. lm hal ini petani akan menyediakan air yg cukup utk tanamannya spt pesa%ah membina terusan atau tali air sbg tempat bekalan air utk disalirkan memastikan anak' padi menerima bekalan air yg cukup utk membesar. $anakala pd musim padi masak & musim menuai pokok padi * memerlukan air yg ba Pd %aktu ini tali air & terusan akan ditutup bg menghalang air memenuhi sa%ah. Amalan yg praktikal & sistematik ini dpt dikategorikan sbg teknologi. Penjelasan di atas menegaskan bh% teknolgi bukan semata+mata suatu ilmu penget & bukan jg alat (air utk tanaman dan daun inai utk rambut) bahkan yg dititikb proses kaedah dan idea bg memastikan penggunaan sesuatu ilmu & alat atau baha mencapai kejayaan. lm hal ini maksud atau makna teknologi yg bergantung semata+mata pd alat ad kurang tepat. ,ebilangan besar kita beranggapan bh% sekiranya kita memiliki sebuah sudah berteknologi. Bayangkan pemilikan sebuah komputer tanpa keupyaan menggunakannnya dgn berkesan * memba%a sebarang makna kpd alat tersebut. Pd suatu ketika org kampung membeli peti sejuk & menggunakan peti sejuk terse menyimpan pakaian. lm hal ini peti sejuk * berperanan sbg suatu perkakasan yg berteknologi apabila peranan peti sejuk gagal digunakan sbg alat utk mendin makanan. $aka alat semata+mata * dpt memba%a makna teknologi sebaliknya

Upload: pst-tyng

Post on 05-Nov-2015

29 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

for reference

TRANSCRIPT

Bab 1 Konsep Teknologi dlm P&P1.0 Pengenalan & Konsep Teknologi Teknologi ialah keupayaan dlm menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yg tersusun (other organized knowledge) yg digunakan scr sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yg praktikal dlm melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan. (Galbraith, 1967) Pengetahuan saintifik ialah himpunan ilmu dan pengetahuan yg telah diuji & dinyatakan dlm bentuk satu set prinsip am. Manakala pengetahuan lain yg tersusun (other organized knowledge) walaupun belum diuji dan dibuktikan scr saintifik, ttp diterima amalannya sbg suatu pengetahuan yg benar berdsrkan pengalaman & pengamatan manusia terhdp sesuatu tindakan.

Kecukupan & kesempurnaan pengetahuan tersebut belum pasti mendorong pd sesuatu amalan yg berteknologi memandangkan teknologi sgt berkait rapat dgn aspek penggunaannya scr sistematik & praktikal. Pemahaman terhdp ilmu & pengetahuan yg saintifik ttg proses fotosintesis mendorong seseorg petani melakukan kerja2 pertaniannya dgn mengambil tindakan yg praktikal dgn memastikan tanamannya menerima sumber air & sinaran matahari yg cukup. Hal ini krn kekurangan sumber tersebut menyebabkan tanamannya menjadi tidak subur & kemungkinan besar akan mati. Dlm hal ini, petani akan menyediakan air yg cukup utk tanamannya spt pesawah padi yg membina terusan atau tali air sbg tempat bekalan air utk disalirkan ke sawah bagi memastikan anak2 padi menerima bekalan air yg cukup utk membesar. Manakala pd musim padi masak & musim menuai, pokok padi x memerlukan air yg banyak. Pd waktu ini tali air & terusan akan ditutup bg menghalang air memenuhi sawah. Amalan yg praktikal & sistematik ini dpt dikategorikan sbg teknologi.

Penjelasan di atas menegaskan bhw teknolgi bukan semata-mata suatu ilmu pengetahuan & bukan jg alat (air utk tanaman dan daun inai utk rambut), bahkan yg dititikberatkan ialah proses, kaedah dan idea bg memastikan penggunaan sesuatu ilmu & alat atau bahan itu mencapai kejayaan. Dlm hal ini, maksud atau makna teknologi yg bergantung semata-mata pd alat adalah kurang tepat. Sebilangan besar kita beranggapan bhw sekiranya kita memiliki sebuah komputer kita sudah berteknologi. Bayangkan pemilikan sebuah komputer tanpa keupyaan menggunakannnya dgn berkesan x membawa sebarang makna kpd alat tersebut. Pd suatu ketika, org kampung membeli peti sejuk & menggunakan peti sejuk tersebut utk menyimpan pakaian. Dlm hal ini, peti sejuk x berperanan sbg suatu perkakasan atau alat yg berteknologi apabila peranan peti sejuk gagal digunakan sbg alat utk mendinginbekukan makanan. Maka, alat semata-mata x dpt membawa makna teknologi, sebaliknya keupayaan & kemahiran menggunakan alat tersebut yg sesuai dgn peranan atau fungsinya itulah sebenarnya yg dikatakan teknologi.

Penjelasan di atas sesuai dgn definisi perkataan teknologi spt yg dikemukakan oleh Evans & Nation (2000) yg menolak pemahaman masyarakat terhdp teknologi ialah alat. Menurut mereka, teknologi bukan alat semata-mata, sebaliknya teknologi ialah suatu seni atau sains bagaimana alat itu digunakan utk tujuan-tujuannya. Maka, teknologi itu sebenarnya ialah penggunaan alat dlm menyempurnakan peranan & fungsinya bg mencapai sesuatu tujuan.

1.1 Perkaitan Teknologi dlm P&P Teknologi dlm p&p ialah suatu usaha meningkatkan keberkesanan & kualiti terhadap ilmu pengetahuan.

Pengajaran dr sudut bhs ialah proses ajar, maka pastinya proses ajar itu drpd guru kpd pelajarnya. Sewaktu mengajar guru akan menyampaikan maklumat kpd pelajar atau dlm kata lain pengetahuan guru dipindahkan kpd pelajar. Dlm proses ini, guru memberikan dorongan agar pelajar terlibat dlm proses menerima maklumat & pengetahuan yg disampaikan oleh guru. Keberkesanan penyampaian maklumat oleh guru akan terbukti melalui perubahan tingkah laku pelajar. Cthnya, pelajar yg kurang lancar bacaannya akan menunjukkan peningkatan kelancaran bacaannya setelah guru mengajarnya.

Pembelajaran pula ialah proses belajar. Dlm konteks b.d, pelajar yg datang ke sekolah belajar drpd guru yg mengajar. Seandainya pelajar x mengikutnya pengajaran guru, maka x wujud proses pembelajaran dlm kalangan pelajar. Begitu jg proses pembelajaran x berlangsung apabila x ada guru yg mengajar. Maka P&P harus berlaku serentak apabila guru & pelajar sama2 terlibat dlm proses memberi & menerima.

Namun begitu, proses p&p kerap terhalang & maklumat yg disampaikan oleh guru x mampu diterima dgn berkesan oleh pelajar. Sekiranya maklumat guru gagal diterima, pelajar x akan menunjukkan perkembangan dlm perubahan tingkah lakunya. Kegagalan penyampaian maklumat drpd guru kpd pelajar menyebabkan pelajar x mampu mentafsir diri & kehidupan sekelilingnya dgn tepat, malahan pelajar x mampu menyelesaikan mslh sendiri, apalagi utk membantu pihak lain. Keberkesanan pengajaran guru pula bukan shj mampu mendorong pelajar memperoleh maklumat, malah pelajar mampu memproses maklumat & mengaplikasikannya sehingga mendorong pembinaan T.L yg baharu. Antara perubahan T.L apabila pelajar mampu menjalani penerokaan yg membuktikan kewujudan perubahan minda & pengamatan. Semua ini berlaku setelah pelajar mengalami pembelajaran yg bermakna sehingga pelajar mampu memperoleh pengertian yg membawa kebaikan kpd kehidupan di dunia. Sehubungan itu, proses pengajaran perlu mampu mendorong pembelajaran yg memanfaatkan pelajar ke peringkat yg maksimum. Bg mencapai matlamat tersebut, p&p perlu berada dlm proses yg sistematik & praktikal sehingga mendorong pd perubahan T.L yg membawa kebaikan kpd diri & pihak lain. Teknologi dlm p&p adalah suatu usaha meningkatkan keberkesanan & kualiti terhdp ilmu pengetahuan yg disampaikan oleh guru & diterima dgn pemahaman yg mendlm oleh pelajar.

Dr semasa ke semasa pelbagai usaha dijalankan utk memperbaik masalah & kelemahan dlm proses p&p. Cthnya pd tahun 1930-an alat2 visual spt filem, gambar, & slaid dicipta utk meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. Penciptaan alat2 ini telah melahirkan definisi yg pertama ttg teknologi pengajaran yg dikenali sbg komunikasi audiovisual pd tahun 1963. Definisi tersebut telah diperkenalkan oleh Department of Audio Visual Instruction (DAVI) yg memberikan tumpuan kpd teori komunikasi yg mempunyai pengaruh kuat dlm proses p&p. Penggunaan perkakasan sbg alat bantu mengajar dikatakan mampu membantu proses p&p. Hal itu diteguhkan lagi dgn definisi yg dikemukakan oleh Association for Educational Communication and Technology (AECT) pd tahun 1994 yg menyatakan bhw komunikasi audiovisual ialah cabang teori & amalan yg bermula dgn reka bentuk & kegunaan mesej yg mengawal proses pembelajaran. Matlamat yg paling bermakna & bermanfaat ialah apabila setiap kaedah & medium komunikasi dpt digunakan dgn berkesan yg mampu menyumbang ke arah perkembangan potensi pelajar.

Lonjakan drpd teori kognitif & konstruktif telah melahirkan definisi teknologi dlm pengajaran yg seterusnya, iaitu definisi yg dikaitkan dgn mereka bentuk, membina, mengguna pakai, mengurus, menilai, menganalisis serta mengguna pakai teori & amalan drpd bidang2 lain.

Tumpuan terhdp teknologi dlm pengajaran x tertumpu pd perkakasan semata2, sebaliknya lebih menekankan cara pemikiran yg memblhkan pelajar mencapai matlamat pendidikan sesuai dgn persekitaran mereka. Oleh itu, penekanan yg perlu diutamakan adalah terhdp pemilihan strategi pengajaran & penggunaan medianya. Teknologi dlm p&p ialah proses perancangan & penciptaan yg mampu mengintegrasikan nilai kebudayaan dgn amalan pengajaran berserta sumber demi mencapai matlamat pendidikan yg seimbang & bersepadu. Di msia, kita merujuk definisi yg dikeluarkan oleh Persatuan Teknologi Pendidikan Msia (1988) yg menyatakan bhw teknologi dlm pengajaran merupakan proses yg kompleks dlm menganalisis keperluan pendidikan scr sistematik, saintifik, & rasional utk menyepadukan idea, tenaga, sumber bahan serta kaedah dlm meningkatkan keberkesanan proses p&p. Satu lg definisi telah dikeluarkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM yg lebih tertumpu pd aspek aplikasi media, sistem, pendekatan, & teknik dlm mencapai keberkesanan proses p&p. Dlm usaha membina modal insan yg seimbang dr sudut intelek, emosi & spiritualnya, maka keberkesanan dlm proses p&p x blh mengabaikan peranan teknologi dlm membangunkan sahsiah & personaliti unggul manusia. Teknologi dlm p&p wajar memberikan ruang yg cukup bg mengungkapkan definisi yg turut memberikan tumpuan dlm pembinaan modal insan dlm usaha melahiran masyarakat yg berdaya saing bukan shj dlm aspek intelek, malah dlm aspek emosi & spiritual (ESQ). Sehubungan itu, teknologi dlm p&p x sepatutnya terbatas dlm proses di b.d semata2, sebaliknya aspek persekitaran dlm kehidupan manusia jg perlu diberikan perhatian. Hal ini akan mendorong & mengembangkan potensi masyarakat apabila berdepa dgn pelbagai mslh & halangan dlm kehidupan sehingga mampu menyelesaikan masalah. Sekiranya kita menghalusi definisi yg dikemukakan oleh AECT bhw teknologi dlm pengajaran ialah proses yg kompleks & bersepadu, melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan & organisasi utk menganalisis mslh serta mereka bentuk, menilai & menyelesaikan mslh di mana proses pembelajaran itu bermatlamat & terkawal, maka kita sama sekali x dpt menyangkal aspek ESQ bg melengkapkan & menyempurnakan definisi tersebut.

1.2 Domain Teknologi dlm P&PDomain teknologi dlm P&P melalui 2 fasa, iaitu fasa pertama pd tahun 1977 yg dikeluarkan oleh AECT. Manakala fasa kedua telah muncul pd tahun 1994 setelah Seels & Richey mengkaji semula definisi teknologi dlm P&P.1.3 Domain Teknologi dlm P&P Fasa PertamaDomain berdsrkan 3 fungsinya:1. Pengurusan Pengajaran2. Pengembangan pengajaran3. Sumber pembelajaran Setiap domain memainkan peranan masing2 yg bertujuan utk mewujudkan keberkesanan prose pengajaran bg menghasilkan pelajar yg cemerlang. Domain2 ini akan bergerak scr sistematik & bersepadu ke arah pelajar & kandungan setiap domain dpt ditunjukkan menerusi rajah yg berikut:Pelajar

1.4 Fungsi Pengurusan Pengajaran Fungsi ini bertujuan utk mengarah, menyelaras & mengawal fungsi2 yg seterusnya, iaitu fungsi pengembangan pengajaran & fungsi sumber pembelajaran. Fungsi pengurusan bertanggungjawab dlm memastikan teknologi dlm pengajaran berjalan lancar & berkesan.Pengurusan organisasi melaksanakan urusan mentadbir projek yg mencakupi perkara2 yg berikut:1. Mengenal pasti keperluan organisasi1. Menentukan matlamat & objektif1. Anggaran perbelanjaan1. Urusan pembeliaan1. Prosedur pentadbiran bg hubungan dlm & luar organisasiPengurusan kakitangan pula meliputi tugas yg berhubung dgn pengambilan, penyeliaan, & penilaian pekerja. Tanggungjawab - utk memastikan hubungan baik antara pekerja dgn cara mewujudkan kerberkesanan komunikasi.

1.5 Fungsi Pengembangan Pengajaran Fungsi domain ini mencakupi aspek menganalisis masalah2 pembelajaran & seterusnya mereka bentuk, melaksana, dan melakukan penilaian dlm menyelesaikan mslh yg dihadapi.Fungsi tersebut dpt dilaksanakan melalui beberapa peringkat spt berikut:1. Peringkat penyelidikan yg bertanggungjawab memperoleh maklumat saintifik berhubung dgn pelajar, pengajaran & pembelajaran serta sumber pembelajaran. Dlm peringkat ini, teori & model dihasilkan & diuji.

1. Peringkat mereka bentuk pengajaran dijlnkan setelah teori & model yg sesuai dikenal pasti. Teori yg dikenal pasti pd peringkat awal akan ditukar menjadi spesifikasi yg menjadi asas kpd pembinaan bahan & modul p&p.

1. Peringkat penerbitan merupakan peringkat yg menerbitkan media atau bahan2 pengajaran dlm pelbagai bentuk spt skrip, grafik, gambar dan pelbagai bentuk media yg lain yg mampu membantu proses pengajaran. Pd peringkat ini pelbagai peralatan & perkakasan dpt digunakan bg membantu penerbitan bahan & media tersebut (multimedia) spt penggunaan komputer & kamera.

1. Peringkat penilaian & pemilihan merupakan peringkat yg menentukan keberkesanan proses2 terdahulu. Pd peringkat ini, bahan & media yg direka bentuk & diterbitkan akan melalui proses penilaian bg memastikan keberkesanan proses pengajaran. Antara perkara penting yg akan dinilai adalah dari sudut kemampuannya dlm mencapai matlamat & objektif. Pd peringkat ini, bahan yg diterbitkan itu akan diberikan keputusan sama ada dpt diterima pakai, ditolak atau memerlukan penambahbaikan.

1. Peringkat penggunaan hanya dpt dilaksanakan setelah melalui peringkat penilaian. Pd peringkat penggunaan, pelajar akan dibantu utk memilih bahan pembelajaran yg sesuai dgn mereka & mereka jg dibantu ttg cara menggunakan bahan tersebut. Pd peringkat ini, pelajar jg akan dipantau sepanjang menjalani aktiviti pembelajaran yg berbantukan bahan & media tersebut.

1. Peringkat logistik penting dlm memastikan bahan & media yg dihasilkan sentiasa tersedia setiap kali hendak diguna pakai. Peringkat logistik merupakan tempat pengumpulan bahan, mengkatalogkan, menyelenggarakan, & mengedarkan bahan.

1.6 Fungsi Sumber Pembelajaran Sumber pembelajaran ialah pihak atau bahan2 & media yg berupaya utk menyelesaikan mslh. Sumber pembelajaran blh terdiri drpd mesej, manusia, peralatan, teknik atau seting. Sumber2 ini dpt digunakan scr terpisah ataupun scr pakej asalkan penggunaannya mampu meningkatkan mutu pembelajaran pelajar. Domain sumber pembelajaran ialah hasil yg telah melalui proses2 dlm domain pengurusan & domain pengembangan pengajaran. Sumber pembelajaran ialah apa2 saja yg blh menyimpan & menghantar maklumat kpd pelajar, cthnya isi pelajaran. Manusia yg terdiri drpd guru, ibu bapa & pelajar merupakan antara penyimpan, penyampai & pengedar maklumat. Selain manusia, bahan yg terdiri drpd buku, nota, pita rakaman, modul pembelajaran, & cakera padat jg ialah penyimpan maklumat. Antara peralatan yg berfungsi utk menghantar maklumat yg disimpan dlm bahan ialah projector, perakam audio video, pemain cakera padat, televisyen, & radio. Teknik jg tergolong dlm sumber pembelajaran memandangkan teknik tertumpu pd fungsinya yg menentukan cara bahan, peralatan & manusia digunakan utk menghantar maklumat. Antara jenis teknik ialah perbincangan, sumbang saran, lawatan, projek, mel elektronik & lain2 lagi. Sumber pembelajaran jg termasuklah seting yg terdiri drpd persekitaran di mana maklumat dihantar & disebarkan spt b.d, pusat sumber, makmal (makmal sains, komputer atau bhs), bilik muzik & bilik seni lukis.

1.7 Domain Teknologi dlm P&P Fasa Kedua Heinich (1991), berpendpt bhw teknologi dlm p&p perlu menjadi satu entity & berdiri sendiri di atas label teknologi spy ia bebas menjalankan kajian dlm reka bentuk & sistem pengajaran, strategi, teknik, & sistem penyampaian yg mampu membantu sector pendidikan & latihan. Pd thn 1994, AECT mengemukakan definisi teknologi dlm p&p yg lebih terkini dgn menegaskan dgn menegaskan bhw teori & amalan ialah asas dlm setiap tindakan. Definisi yg dikemukakan oleh AECT pd tahun 1994 menegaskan bhw teknologi dlm p&p ialah teori & amalan berhubung dgn reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan & penilaian proses serta sumber utk pembelajaran. Sehubungan itu, dominan teknologi terbahagi kpd 5 domain yg lebih sesuai dgn penggunaannya bukan shj dlm skop p&p bahkan penggunaannya turut meliputi bidang latihan. Walaupun terdpt penambahan dominan tersebutdrpd 3 kpd 5, ttp penambahan tersebut x memberikan perubahan yg banyak dgn pembahagian dominan dlm fasa pertama.Dominan teknologi p&p yg terkini adalah spt berikut:

Domain reka bentuk Domain ini mengandungi reka bentuk sistem pengajaran, reka bentuk mesej, strategi pengajaran & ciri-ciri pelajar.Domain pembangunan Domain ini mengandungi teknologi cetak, teknologi pandang dengar, teknologi berasaskan komputer & teknologi bersepadu. Teknologi cetak: penghasilan bahan spt buku, bahan visual statik melalui bahan cetak mekanikal atau fotografi. Teknologi pandang dengar: teknologi ini adalah teknologi yg menghasilkan bahan melalui mesin mekanikal dan elektronik. Teknologi berasaskan komputer: teknologi ini adalah penghasilkan bahan melalui sumber berasaskan mikroprosesor.Domain penggunaan Domain penggunaan tindakan menggunakan proses, sumber & persekitaran. Penggunaan menglibatkan penggunaan media & kaedah, penyerapan inovasi. Pelaksanaan & proses pengekalan inovasi atau institusionalisasi.Domain pengurusan Domain ini mengandungi pengurusan projek, pengurusan sumber, pengurusan sistem penyampaian & pengurusan maklumat.Domain penilaian Domain ini mengandungi analisis masalah, pengukuran rujukan kriteria, penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Dlm bidang latihan, teknologi berperanan sbg usaha dlm meningkatkan prestasi pekerja demi meningkatkan produktiviti sektor industri. Teknologi dlm skop p&p yg lebih luas yg melepasi persekitaran b.d mempunyai beberapa tujuan:1. Melahirkan pekerja yg mahir & produktif1. Mewujudkan masyarakat yg bermaklumat serta bijak menggunakan maklumat1. Mewujudkan sistem penyampaian dlm pengajaran bg memantau dlm mengurangkan mslh pembelajaran & latihan dlm kalangan pelajar.1. Membuka peluang pendidikan yg adil kpd seluruh masyarakat melalui penggunaan teknologi maklumat & komunikasi.

1.8 Peranan & Kepentingan Teknologi dlm P&P1. Pembelajaran Kendiri Dlm sesuatu proses pembelajaran, kehadiran guru sekurang-kurangnya adalah utk memberikan arahan kpd pelajar utk melaksanakan pembelajaran mereka. Namun, penggunaan teknologi dlm p&p menjadikan pembelajaran kendiri dpt dilaksanakan walaupun tanpa kehadiran guru. Penggunaan pelbagai jenis teknologi dlm pembelajaran melatih pelajar agar bertanggungjawab terhdp perkembangan & prestasi akademik mereka tanpa bergantung pd guru. Cthnya, melalui tugasan yg disediakan kpd pelajar berserta arahan yg lengkap, pelajar blh mencari & mengumpulkan maklumat yg dikehendaki & seterusnya menyediakan peta minda & bahan grafik yg lain utk memindahkan bahan yg diperoleh kpd satu bentuk yg mudah difahami.

1. Meningkatkan keberkesanan pembelajaran Teknologi dlm p&p dpt membantu guru dlm menyampaikan isi kandungan pelajaran. Penerangan & penjelasan guru ttg sesuatu perkara akan lebih mudah difahami apabila guru dibantu oleh pelbagai bahan & peralatan yg mampu menterjemahkan maksud yg jelas berhubungan dgn penerangan guru. Cthnya, dlm tajuk Pencemaran Alam Sekitar Berpunca drpd Sikap Manusia, guru blh menggunakan slaid atau video utk menunjukkan bagaimana perlakuan manusia telah mencemarkan alam sekitar. Bahan visual yg menarik & konkrit itu bukan shj meningkatkan pemahaman pelajar terhdp tajuk tersebut, bahkan mampu meninggalkan kesan yg mendalam dlm jiwa pelajar.

1. Peluang belajar kpd semua Teknologi dl p&p membuka peluang belajar kpd sesiapa shj walaupun tanpa sekolah atau guru. Teknologi dlm p&p telah mengubah sistem & proses pembelajaran yg konvensional kpd suati sistem yg lebih terbuka & bebas. Melalui teknologi dlm p&p, pelajar blh belajar dgn cara jarak jauh & ini menjadikan proses pembelajaran lebih terbuka & bebas. Selain itu, teknologi dlm pengajaran jg telah mengubah sistem p&p apabila pelajar mampu belajar menguasai sebarang ilmu & kemahiran melalui komputer. Penyusunan jadual waktu kpd pelajar mudah disusun & disesuaikan dgn kehendak pelajar & pelajar dpt belajar scr separuh masa, teknologi dlm pengajaran membuka peluang kpd mereka utk meneruskan pengajian.

Kepentingan teknologi pendidikan dlm p&p Melicinkan proses pengajaran & pembelajaran kerana berfokuskan kpd isi2 penting kpd topik yg akan disampaikan. Menjimatkan masa, tenaga & wang. Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia jg blh menghiburkan pelajar. Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yg menyeluruh & jelas sesuatu konsep & kaitannya dgn kehidupan seharian. Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yg diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat & dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan. Memberi kelainan & kepelbagaian kpd kaedah mengajar. Membantu pelajar mendpt kesan pembelajaran yg maksimum dgn penggunaan masa yg minimum. Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak blh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yg tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri & ini menjadikan mereka seolah-olah mereka mengalaminya.