nota edu 3

8
PROFESION PERGURUAN PERLUKAN TRANSFORMASI MENYELURUH Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed PELBAGAI isu berkaitan profesion perguruan mula menarik perhatian khalayak dengan ramai pihak cuba mengutarakan idea juga pandangan untuk penambahbaikan profesion perguruan di negara kita. Profesion ini dilihat sebagai antara satu kerjaya cukup penting dalam mengembleng aspirasi pembangunan negara kerana guru bertanggungjawab membentuk, mendidik dan melahirkan modal insan keperluan negara. Dengan kata lain, guru komponen utama dalam sistem pendidikan negara yang meliputi komponen lain seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sekolah, pelajar dan ibu bapa. Hakikatnya, jika komponen guru ini gagal berfungsi dengan baik, keseluruhan sistem pendidikan kita tidak dapat bergerak untuk mencapai matlamat ditetapkan. Untuk mengelakkan masalah itu, segala usaha dilakukan kerajaan secara berterusan demi menambah baik kerjaya mulia ini, antaranya mengumumkan peluang kenaikan pangkat serta gaji yang lebih menarik.

Upload: racik

Post on 22-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bgnnb

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA EDU 3

PROFESION PERGURUAN PERLUKAN

TRANSFORMASI MENYELURUH

Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed

PELBAGAI isu berkaitan profesion perguruan mula menarik perhatian khalayak dengan

ramai pihak cuba mengutarakan idea juga pandangan untuk penambahbaikan profesion

perguruan di negara kita.

Profesion ini dilihat sebagai antara satu kerjaya cukup penting dalam mengembleng

aspirasi pembangunan negara kerana guru bertanggungjawab membentuk, mendidik

dan melahirkan modal insan keperluan negara. Dengan kata lain, guru komponen

utama dalam sistem pendidikan negara yang meliputi komponen lain seperti

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sekolah, pelajar dan ibu bapa. 

Hakikatnya, jika komponen guru ini gagal berfungsi dengan baik, keseluruhan sistem

pendidikan kita tidak dapat bergerak untuk mencapai matlamat ditetapkan. 

Untuk mengelakkan masalah itu, segala usaha dilakukan kerajaan secara berterusan

demi menambah baik kerjaya mulia ini, antaranya mengumumkan peluang kenaikan

pangkat serta gaji yang lebih menarik.

Sebelum ini, kerajaan cuba mewujudkan sistem kerja sembilan jam selepas

melaksanakan kaji selidik di 19 buah sekolah di Melaka Tengah. Kajian ini dilaksanakan

melalui jawatankuasa dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) dengan

kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), serta wakil Kesatuan Perkhidmatan

Perguruan Kebangsaan (NUTP) sebagai usaha memantapkan perkhidmatan perguruan

di negara kita. Hasil daripada kajian itu kerajaan bersetuju untuk melaksanakan projek

perintis bekerja sembilan jam di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan

Sarawak.

Page 2: NOTA EDU 3

Lantaran cadangan ini, pelbagai pihak meliputi individu guru serta kesatuan perguruan

dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bukan saja dari empat buah negeri terbabit

tapi dari seluruh negara melontarkan rasa tidak puas hati serta keberatan untuk

bersetuju dengan pelbagai alasan dan justifikasi logik dan wajar. 

Dan akhirnya polemik projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam di

empat buah negeri menemui titik noktah apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri

Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan projek berkenaan tidak

akan diteruskan. 

Pengumuman itu sekali gus dilihat cukup melegakan golongan ini di seluruh negara

biarpun projek perintis ini dikatakan bertujuan memantapkan lagi perkhidmatan

perguruan. 

Keputusan ini juga membuktikan betapa kerajaan prihatin dan bersedia untuk

mendengar denyut nadi pelbagai lapisan rakyat walaupun sesuatu keputusan itu sudah

dibuat dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan. 

Ternyata kerajaan sekali lagi bijak menangani isu berkepentingan awam dengan

berhemah dengan melihat profesion perguruan ada keistimewaannya tersendiri. Ia

berbeza dengan perkhidmatan awam lain justeru guru tidak boleh dibebankan lagi

dengan perkara lain. 

Walaupun ramai yang masih bertanggapan bahawa kerja guru mudah, boleh balik awal,

kerja separuh hari dan mempunyai cuti yang panjang namun tidak ramai sedar, tahu

dan menyelami hakikat sebenar tugas seorang pendidik. 

Tidak ramai sedar guru perlu bekerja hingga lewat petang walaupun mengajar sesi

pagi, terpaksa bekerja di hujung minggu serta melayan pelbagai kerenah pelajar dan

ibu bapa sepanjang masa. 

Page 3: NOTA EDU 3

Itu belum lagi soal tugas perkeranian yang semakin bertambah dan hakikatnya waktu

kerja guru bukanlah mengikut jadual kerja seperti penjawat awam tapi berterusan 24

jam sehari. 

Kita juga seharusnya mengalu-alukan usaha KPM yang begitu berusaha keras untuk

melaksanakan pelbagai perubahan demi memantap dan memartabatkan profesion

perguruan di negara kita. Untuk menjayakannya, diharap KPM akan dan sentiasa tampil

dengan satu pelan transformasi profesion perguruan lebih komprehensif, menyeluruh

dan berpandangan jauh. 

Pelan ini penting agar kita dapat terus memantau dan menambahbaik kerjaya guru dari

semasa ke semasa mengikut peredaran zaman dan keperluan hakiki. Sewajarnya

elemen seperti kelayakan asas u, perjalanan kerjaya perguruan merangkumi sistem

pembelajaran sepanjang hayat dan kenaikan pangkat serta kaedah pengajaran dan

jadual waktu kerja dijadikan komponen utama dalam pelan transformasi terbabit. 

Dan bagi menjayakannya pihak kesatuan perguruan, NGO dan guru wajar dibabitkan

bersama selain diharap akan menyokong segala cadangan dan usaha pembaharuan

ingin dilaksanakan sekali gus memantapkan lagi profesion perguruan dan sistem

pendidikan negara. 

Penulis Ketua Bahagian Perancangan Korporat, Universiti Putra Malaysia, Serdang,

Selangor. 

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/23

http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Profesionperguruan

Page 4: NOTA EDU 3

HUJAH2

Profesion perguruan  sering menjadi perbualan masyarakat dalam pelbagai isu

seperti gaji, masa berkerja, peranan dalam masyarakat dan juga status profesional

profesion guru . Martabat profesion keguruaan sehingga kini masih dipertikaikan oleh

sesetengah pihak dan dalam keadaan tertentu masih kurang diyakini oleh para pendidik

itu sendiri. Ini amat jelas apabila dalam perbualan seharian, masih terdapat guru yang

meragui kategori jawatan yang di sandang oleh mereka sebagai satu profesion.

Jacques(2003) menyatakan sesuatu kerjaya dikatakan bertaraf profesional  jika

mempunyai autonomi profesional; bertanggung jawab; berorganisasi; adil;

berpendidikan ; berkemahiran; berperaturan diri; bebas; terbuka; natural; akauntabel

dan terpelajar.

 Manakala Lieberman pula menyatakan profesion bertaraf profesional ialah,

memberi perkhidmatan penting dan mempunyai matlamat yang jelas; menggunakan

keupayaan serta kebolehan intelek semasa menjalankan tugas-tugas profesionalnya;

mendapat latihan kursus dalam bidang kemahiran ikhtisas dalam tempoh masa

tertentu; mementingkan mutu serta dedikasi yang tinggi dengan tidak mementingkan

wang dan saran semata-mata; pakar dalam bidang masing-masing serta mempunyai

autonomi dalam bidang tugas; mempunyai organisasi untuk mengawal kemasukan ahli

dan mengawal mutu perkhidmatan serta mempunyai etika kerja yang perlu

dipatuhi.       

( Amir Hassan Dawi,2002 dan Sufean Husin, 1996).Musgev(1972), pula

menganggap bahawa suatu kerjaya adalah bertaraf profesional jika pengamal kerjaya

tersebut menggunakan ilmunya hanya untuk kebaikan pelanggan. Menurut

Kizlik(2000),  satu kerjaya yang bertaraf profesional perlu boleh memberi perkhidmatan

kepada masyarakat; boleh membuat keputusan keatas pelanggan; mempunyai bidang

pengkhususan tertentu; mempunyai taraf pengetahuan yang tinggi; mempunyai

pengetahuan dan tingkah laku yang tidak dipunyai oleh       non-profesional; mempunyai

organisasi profesional sendiri; mempunyai standard kreteria yang perlu dipatuhi oleh

Page 5: NOTA EDU 3

ahli baru; mempunyai program penyediaan ahli baru; dipercayai dan diyakini oleh pihak

awam; dan mempunyai authoriti dalam bidangnya.

Saya sependapat dengan mereka (Jacques, 2003; menteri pendidikan 2000;

Wan Mohd Zahid, 1997; Sufean Hussin, 1996; Amir Hassan Dawi, 2002), bahawa

profesion perguruan adalah profesional.

Kenyataan ini disokong oleh beberapa hujah. Hujah dari Kementerian pendidikan

berpendapat bahawa “ berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan profesion

yang lain kerana khidmat golongan pendidik adalah melewati ruang, tempat, masa dan

ketika (Menteri Pendidikan, 2000)

Sufean Hussin (1996) berpendapat bahawa, terdapat banyak kreteria yang

menunjuk perguruan adalah bertaraf profesional dan kreteria-kreteria yang dinyatakan

adalah selaras dengan apa yang digariskan oleh Lieberman.

Kamarudin Kachar, 2000; Sufean Hussin, 1996 sependapat bahawa, guru-guru

terlatih dalam tempoh latihan yang mencukupi, mampu menjalankan tugasnya sebagai

pendidik profesional yang cekap; menggunakan sumber sedia ada sebaik yang

mungkin.

Hujah lain pula menyatakan, latihan perguruan adalah setara dan bermutu

sepertimana yang ditentukan oleh badan penilai yang berautoriti dan mempunyai

pengalaman dalam profesion perguruan (Elliot, 2002).

Profesion guru juga mempunyai badan persatuan yang mengawal tindak-tanduk

ahli. Contohnya ialah, Kesatuan Guru-Guru Melayu Bersatu(KGGMB) dan Kesatuan

Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK). Terdapat empat puluh lapan kesatuan

guru yang boleh disertai oleh guru-guru (Menteri Pendidikan,2000). Selain dari itu,

Suruhanjaya Perkidmatan Pendidikan(SPP) ialah suruhanjaya bebas yang mengawal

kemasukan kedalam profesion perguruan.

Berdasarkan hujah-hujah ini jelaslah bahawa profesion perguruan adalah

profesion bertaraf profesional sebaris dengan kerjaya profesional lain seperti Peguam,

Perubatan dan kejuruteraan.

Page 6: NOTA EDU 3