nota bm topik9 oumh1103

8
PENGENALAN Tidak semua maklumat di dalam buku-buku, artikel jurnal, kertas persidangan atau laman web berkaitan atau sesuai untuk tugasan atau kerja kursus anda. Anda akan mempunyai pengetahuan untuk menilai maklumat yang diperoleh daripada pencarian maklumat. Anda boleh memilih apa yang anda fikirkan penting untuk tugasan dan bacaan lanjutan. Seperti yang dinyatakan dalam Topik 7, penilaian dan pemilihan maklumat yang berkenaan berlaku pada langkah keempat Aliran Maklumat. Peringkat yang ideal untuk menilai bahan-bahan yang diakses ialah pada waktu anda membacanya, diikuti kriteria yang telah anda tetapkan sambil mengambil kira akan sesuatu topik. Skop, kepelbagaian dan kedalaman persembahan anda bergantung kepada kriteria penilaian dan pemilihan yang telah anda tetapkan. Anda boleh menggunakan kriteria ini untuk menilai dan memilih maklumat yang telah anda kumpulkan: kewibawaan, ketepatan dan kebolehpercayaan, objektiviti, kesemasaan dan skop. Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan lima kriteria penilaian maklumat iaitu kewibawaan, objektiviti, ketepatan dan kebolehpercayaan, kesemasaan dan skop; dan 2. Menilai dan memilih maklumat dengan menggunakan kriteria yang dikenal pasti. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 9 9 Penilaian Maklumat

Upload: azmanawan9

Post on 13-Jul-2015

56 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota bm topik9 oumh1103

� PENGENALAN

Tidak semua maklumat di dalam buku-buku, artikel jurnal, kertas persidangan atau laman web berkaitan atau sesuai untuk tugasan atau kerja kursus anda. Anda akan mempunyai pengetahuan untuk menilai maklumat yang diperoleh daripada pencarian maklumat. Anda boleh memilih apa yang anda fikirkan penting untuk tugasan dan bacaan lanjutan. Seperti yang dinyatakan dalam Topik 7, penilaian dan pemilihan maklumat yang berkenaan berlaku pada langkah keempat Aliran Maklumat. Peringkat yang ideal untuk menilai bahan-bahan yang diakses ialah pada waktu anda membacanya, diikuti kriteria yang telah anda tetapkan sambil mengambil kira akan sesuatu topik. Skop, kepelbagaian dan kedalaman persembahan anda bergantung kepada kriteria penilaian dan pemilihan yang telah anda tetapkan. Anda boleh menggunakan kriteria ini untuk menilai dan memilih maklumat yang telah anda kumpulkan: kewibawaan, ketepatan dan kebolehpercayaan, objektiviti, kesemasaan dan skop.

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan lima kriteria penilaian maklumat iaitu kewibawaan, objektiviti, ketepatan dan kebolehpercayaan, kesemasaan dan skop; dan

2. Menilai dan memilih maklumat dengan menggunakan kriteria yang dikenal pasti.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

99 � Penilaian

Maklumat

Page 2: Nota bm topik9 oumh1103

� TOPIK 9 PENILAIAN MAKLUMAT

224

KEWIBAWAAN

Untuk mengenal pasti kewibawaan sesuatu maklumat, anda boleh menilai kewibawaan pengarang (peribadi atau korporat) tersebut terlebih dahulu sama ada beliau merupakan seorang yang berwibawa tentang maklumat yang ditulis. Langkah terbaik adalah dengan melihat kelayakannya di muka surat belakang atau pada jaket buku. Dalam kes Internet, kewibawaan pengarang harus dijadikan kriteria utama. Cuba lihat siapakah yang meletakkan sesuatu maklumat itu di Internet. Cari nama pengarangnya. Adakah terdapat maklumat mengenai latar belakang profesionalnya? Semak pautan daripada dokumen lain untuk kelayakan dan kewibawaan pengarang mengenai sesuatu topik itu. Periksa URL tersebut untuk mengetahui kebolehpercayaannya, sama ada ia adalah sebuah direktori web peribadi atau organisasi. Dalam kes pengarang korporat pula, tanya diri anda jika organisasi tersebut bertanggungjawab secara langsung dalam penerbitan kandungan. Kita harus belajar membezakan antara maklumat berwibawa dengan maklumat komersial. Dalam bahagian berikut, kami menyediakan contoh pengarang buku yang berwibawa bagi buku mengenai Net Markets. Maklumat ini telah diimbas daripada jaket buku. Untuk menentukan kewibawan penulis, kami menyediakan panduan untuk anda dalam bentuk soalan. Sambil membaca soalan-soalan tersebut, sila rujuk juga pada Rajah 9.1 untuk mendapatkan jawapan.

Rajah 9.1: Maklumat mengenai penulis buku „Net Markets‰

9.1

Page 3: Nota bm topik9 oumh1103

TOPIK 9 PENILAIAN MAKLUMAT �

225

Soalan-soalan berkaitan yang harus anda tanya ketika menilai buku tersebut adalah seperti berikut: (a) Adakah Tom Dagenais salah seorang pengarang yang menerajui Net

Marketing?

(b) Apakah latar belakang profesional beliau? Adakah ia mencukupi untuk menjadikan beliau dikenali sebagai seorang yang berwibawa?

(c) Adakah beliau telah menulis beberapa buah buku atau artikel-artikel dalam jurnal?

KETEPATAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

Tanya diri anda jika maklumat adalah tepat dan dari sumber yang boleh dipercayai. Adakah terdapat maklumat sokongan dalam bentuk statistik, laporan, nota kaki dan sebagainya? Adakah hujah yang disampaikan dengan fakta boleh disahkan oleh sumber-sumber lain yang disebut dalam teks? Setiap fakta mesti tepat dan ada kebolehpercayaan.

9.2

1. Masukkan yang berikut ke dalam enjin carian di Internet: Tentang Malaysia.

2. Imbas laman web yang diberikan enjin carian.

3. Pilih tiga hingga lima laman web dan akses.

4. Kenal pasti satu laman web yang terpilih.

5. Nilaikan kewibawaannya.

6. Apakah kriteria yang anda gunakan? Senaraikannya di bawah:

(a)

(b)

(c)

AKTIVITI 9.1

Page 4: Nota bm topik9 oumh1103

� TOPIK 9 PENILAIAN MAKLUMAT

226

Apabila berhubung kait dengan penggunaan Internet, tanya diri anda soalan-soalan berikut: (a) Bolehkah maklumat disahkan menggunakan cetakan atau sumber lain?

(b) Adakah pengumpulan data dan penerangan kaedah penyelidikan disertakan?

(c) Adakah kaedah yang digunakan sesuai?

(d) Siapakah penerbit?

(e) Apakah jenis domain yang digunakan?

(f) Adakah maklumat diperoleh daripada badan pendidikan, komersial, kerajaan atau bukan kerajaan?

Marilah kita membuat bandingan antara laman web A dengan laman web B dan lihat apakah yang membuatkan laman web A lebih tepat dan boleh dipercayai (sila rujuk Jadual 9.1).

Jadual 9.1: Perbandingan di antara Laman Web A dan Laman Web B

Laman Web A http://www.statistics.gov.my/

English/pressdemo.html

Laman Web B http://goldsea.com/

Asiagate/malaysia. html

Tepat Pada tahun 2000, jumlah penduduk Malaysia ialah 23.27 juta seperti yang diperoleh daripada Jabatan Statistik, Laman Web Kerajaan Malaysia.

Tidak Tepat

Menurut laman web Goldsea Intelligence Asiagate, penduduk Malaysia adalah kurang daripada 20 juta.

Boleh Dipercayai

Maklumat ini adalah berdasarkan kenyataan akhbar mengenai "Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi: Banci Penduduk dan Perumahan 2000" yang bertarikh 11 Jun 2001. Laporan ini dibuat oleh kerajaan Malaysia. Liputan banci penilaian tentang kaji selidik telah dijalankan antara 7 hingga 26 Ogos 2000.

Tidak Boleh Dipercayai

Maklumat ini adalah berdasarkan nota editor tanpa apa-apa bukti tentang fakta yang diberikan.

Page 5: Nota bm topik9 oumh1103

TOPIK 9 PENILAIAN MAKLUMAT �

227

OBJEKTIVITI

Dalam penulisan akademik, objektiviti bermaksud penyampaian maklumat berdasarkan fakta. Ia tidak seharusnya menjadi bahan propaganda atau berat sebelah dalam politik, agama, jantina, bangsa, negara atau falsafah peribadi. Persoalannya, adakah penulisan ini berat sebelah? Cuba anda tanya diri anda soalan ini. Anda perlu ingat bahawa dalam tugasan, andalah yang membentangkan fakta-fakta, bukan pengarang buku yang anda rujuk. Tugasan anda wajar berfokus kepada fakta, idea dan hujah-hujah yang dibentangkan. Justeru, pastikan bahawa ia disokong oleh maklumat yang objektif dan boleh dipercayai dan bukan pengulangan propaganda orang lain. Seterusnya, bolehkah anda mengesan tulisan yang ada propaganda komersial? Adakah artikel yang ditulis mempromosi atau menjual beberapa produk?

9.3

1. Adakah maklumat di atas berat sebelah ke arah sesuatu ideologi?

2. Adakah ia bahan yang berbentuk propaganda?

3. Adakah maklumat di atas bertujuan untuk mempromosikan sessuatu produk?

AKTIVITI 9.2

Page 6: Nota bm topik9 oumh1103

� TOPIK 9 PENILAIAN MAKLUMAT

228

MAKLUMAT TERKINI

Maklumat semasa adalah penting dalam kriteria penilaian ini. Sila ingat bahawa bukan semua maklumat adalah semasa atau terkini. Oleh itu, proses membuat keputusan adalah di tangan anda. Apabila anda mencari sesuatu maklumat, soalan yang timbul ialah: Mengapakah kita membaca maklumat yang ketinggalan zaman melainkan ia adalah untuk tujuan sejarah? Mengapakah kita membaca edisi kedua sedangkan terdapat edisi kelima di pasaran? Edisi yang terkini bermaksud maklumat yang dibaca adalah semasa. Kita harus berusaha mencari edisi yang terkini. Pemerolehan maklumat terkini adalah tanggungjawab akademik yang perlu diberi perhatian serius atas nama pembangunan korpus ilmu. Tahun penerbitan dalam halaman hak cipta buku adalah penting untuk menentukan sekiranya kandungan maklumat adalah semasa (rujuk Rajah 9.2). Jika maklumat semasa tidak penting, berikan tumpuan kepada kewibawaan.

Rajah 9.2: Copyright muka surat buku oleh Tom Dagenais & Gautschi Daud dalam Net

Markets: Driving success in the B2B networked economy Untuk memahami konsep kesemasaan dengan lebih jelas, sila lihat soalan-soalan di bawah (sila rujuk kepada Rajah 9.2). (a) Bilakah buku itu diterbitkan?

(b) Adakah ia edisi terkini?

(c) Adakah maklumat berdasarkan dapatan terkini?

(d) Adakah senarai rujukan menunjukkan bahan-bahan yang terkini?

9.4

Page 7: Nota bm topik9 oumh1103

TOPIK 9 PENILAIAN MAKLUMAT �

229

Apabila berhadapan dengan Internet, maklumat semasa adalah penting bagi sesetengah jenis maklumat seperti maklumat statistik. Laman web perlu mempunyai tarikh untuk menunjukkan bila maklumat tersebut telah diwujudkan dan tarikh ia telah diposkan. Jika tiada tarikh, jangan menganggap ia bersifat semasa. Anda perlu ingat bahawa organisasi atau orang yang mencipta laman web harus mampu menyelenggarakan lamannya.

SKOP

Skop merujuk kepada tahap liputan pembaca. Untuk menentukan skop kandungan yang sedang anda baca, tanya diri anda soalan-soalan berikut: (a) Untuk kumpulan sasaran manakah maklumat tersebut ditulis?

(b) Adakah ia bacaan umum ataupun bacaan akademik?

(c) Berapa menyeluruhkah skop untuk kumpulan sasaran tersebut?

(d) Adakah pembaca perlu membaca beberapa buah buku hanya untuk mengumpulkan maklumat mengenai sesuatu aspek sahaja?

Skop maklumat sesuatu penulisan adalah penting kerana jika ianya tidak menyeluruh, anda membaca beberapa buah buku untuk mengumpul maklumat yang sama.

9.5

Kumpulkan maklumat mengenai serangan jantung/pencegahan strok dan jawab soalan-soalan berikut: (a) Adakah skopnya menyeluruh?

(b) Adakah terdapat topik-topik utama dan subtopik-subtopik? Jika ya, adakah terdapat liputan yang mencukupi?

AKTIVITI 9.3

Page 8: Nota bm topik9 oumh1103

� TOPIK 9 PENILAIAN MAKLUMAT

230

� Keluasan maklumat yang boleh diakses oleh pelajar OUM sama ada dalam

bentuk bercetak mahupun elektronik menjadikan penilaian maklumat dan penggunaan maklumat yang relevan sahaja lebih kritikal.

� Terdapat lima kriteria yang digunakan dalam penilaian maklumat iaitu: kewibawaan, ketepatan dan kebolehpercayaan, objektiviti, semasa dan skop.

� Dengan memikirkan mengenai tugasan yang diberi serta bahan-bahan

bacaan, anda seharusnya boleh menggunakan kriteria yang relevan dalam penilaian sebelum anda memilih maklumat.

Kebolehpercayaan

Kewibawaan

Maklumat semasa

Objektiviti

Skop