nota asas multimedia

21
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) ASAS MULTIMEDIA _______________________________________ 1.0 Pengenalan kepada Multimedia o Perkataan multimedia adalah berdasarkan dua perkataan iaitu Multi dan Media/medium. o Multi membawa maksud banyak/pelbagai dimana ia menandakan terdapat lebih daripada satu media yang wujud di dalam sesuatu aplikasi. o Media pula merujuk kepda alat atau pengantara untuk menyampaikan atau mempersembahkan sesuatu maklumat seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. 1.1 Definisi Multimedia o Satu teknik yang digunakan untuk mengintegrasikan pelbagai media seperti teks, grafik, audio, video dan animasi dalam satu persekitaran digital yang mempunyai ciri-ciri interaktiviti (Norazlin etc, 2007). o Terdapat lima elemen atau media utama didalam Multimedia iaitu Teks, Grafik, Audio, Video, dan Animasi. 1

Upload: afzan-mustafa

Post on 28-May-2017

826 views

Category:

Documents


46 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Asas Multimedia

TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)

ASAS MULTIMEDIA

_______________________________________

1.0 Pengenalan kepada Multimedia

o Perkataan multimedia adalah berdasarkan dua perkataan

iaitu Multi dan Media/medium.

o Multi membawa maksud banyak/pelbagai dimana ia

menandakan terdapat lebih daripada satu media yang wujud di

dalam sesuatu aplikasi.

o Media pula merujuk kepda alat atau pengantara untuk

menyampaikan atau mempersembahkan sesuatu maklumat seperti

teks, grafik, audio, video dan animasi.

1.1 Definisi Multimedia

o Satu teknik yang digunakan untuk mengintegrasikan pelbagai

media seperti teks, grafik, audio, video dan animasi dalam satu

persekitaran digital yang mempunyai ciri-ciri interaktiviti (Norazlin

etc, 2007).

o Terdapat lima elemen atau media utama didalam Multimedia

iaitu Teks, Grafik, Audio, Video, dan Animasi.

o Setiap elemen tersebut mempunyai peranan yang tersendiri

dalam mewujudkan informasi yang menarik dan berkesan

(Jamalludin dan Zaidatun, 2003)

1

Page 2: Nota Asas Multimedia

TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)

Rajah 1.1 : Elemen Multimedia

2

Multimedia

AUDIO VIDE

O

ANIMASI

TEKS

GRAFIK INTERAK

TIF

Page 3: Nota Asas Multimedia

TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)

Elemen Peranan/ciri-ciri

Teks - Merupakan asas utama bagi penyaluran sesuatu informasi.

- Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang

berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian sesuatu

informasi.

- Boleh juga digunakan untuk memberikan penekanan bagi

sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan.

Grafik - Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual

terhadap sesuatu persembahan informasi.

- Grafik membantu dalam menerangkan sesuatu informasi

secara lebih berkesan.

- Grafik wujud dalam pelbagai bentuk seperti ilustrasi,

lukisan, carta, gambar, diagram dan sebagainya.

Audio - Digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu

maklumat dengan lebih berkesan.

- Menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan

menghasilkan tumpuan terhadap isi yang dipersembahkan.

- Contoh : Suara latar, muzik, lagu dan kesan bunyi.

Video - Merujuk kepada siri gambar foto atau grafik yang

dipersembahkan dalam satu kadar masa yang pantas.

- Video menawarkan satu persembahan atau paparan yang

lebih hidup dan realistik.

Animasi - Proses penerangan atau penyampaian sesuatu maklumat

yang kompleks dapat digambarkan dengan lebih mudah dan

pantas.

- Animasi membolehkan sesuatu persembahan yang

disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik.

3

Page 4: Nota Asas Multimedia

TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)

Interaktiviti - Interaktiviti membenarkan pengguna berinteraksi secara

dua hala.

- Memberi peluang kepada pengguna untuk menentukan apa,

bagaimana dan bila sesuatu maklumat itu dipersembahkan.

- Pengguna dapat meneroka sesuatu maklumat mengikut

keperluan dan kepantasan mereka.

- Persembahan maklumat lebih dinamik dan interaktif.

(Jamalludin dan Zaidatun, 2003)

Jadual 1 : Elemen-elemen multimedia

1.1.1 Rekabentuk Asas Multimedia

o Terdapat dua strategi rekabentuk asas multimedia iaitu linear

dan bukan linear.

o Berikut merupakan secara ringkas rekabentuk asas

multimedia.

Rekabentuk Asas Multimedia

Linear Bukan Linear

- Pengguna

tidak mempunyai kawalan

terhadap aplikasi.

- Pengguna

boleh mengawal persembahan

aplikasi.

- Aplikasi linear

biasanya akan bermula dari awal

hingga akhir atau ia akan

mengulang semula maklumat.

- Pengguna

bebas untuk pergi ke mana-mana

bahagian maklumat yang

dikehendaki melalui butang

navigasi.

- Aplikasi ini

boleh digunakan untuk

menyampaikan suatu maklumat

kepada sekumpulan orang ramai ke

atas skrin besar atau monitor

televisyen.

- Aplikasi ini

disusun dalam bentuk menu dan

pengguna boleh pergi kebahagian

tersebut secara terus.

4

Page 5: Nota Asas Multimedia

TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)

- Contoh:

Animasi dan Video

- Contoh :

Courseware, laman Web, Portal.

Jadual 2 : Rekabentuk Asas Multimedia

START --------------------------------CONTINUOUS----------------------------------- END

Rajah 1.2 : Persembahan Linear

Rajah 1.3 : Persembahan bukan Linear

5

SCENE 1 SCENE 2 SCENE 3 SCENE 4

Menu Kereta Persona

Myvi

Viva

Persona___________________________

Myvi___________________________

Viva___________________________

Page 6: Nota Asas Multimedia

TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)

1.1.2 Hipermedia dan Hiperteks

o Interaktiviti melalui satu sistem navigasi adalah menggunakan

pautan.

o Pautan adalah rujukan atau elemen navigasi dalam satu

dokumen ke dokumen yang sama atau ke dokumen yang lain.

o Pautan ini secara automatik membawa maklumat rujukan

tersebut kepada pengguna apabila elemen navigasi tersebut

dipilih oleh pengguna.

o Terdapat dua perkataan yang penting dalam pautan iaitu

hiperteks dan hipermedia.

o Hipermedia dan hiperteks merupakan antara kemudahan yang

membolehkan sesebuah sistem multimedia interaktif yang

lebih berkesan dapat dihasilkan.

Hiperteks Hipermedia

o Hiperteks adalah teks yang

mengandungi pautan kepada

teks yang lain dengan menekan

satu atau lebih perkataan yang

bergaris.

o Pengguna boleh membaca teks

yang disediakan dan teks yang

sama juga boleh membawa

pengguna ke laman-laman lain

yang mengandungi maklumat

yang berkaitan.

o Pengguna juga boleh

menentukan haluan pembacaan

atau pemerolehan maklumat.

o Hypermedia hampir

menyerupai hiperteks, cuma ia

bukan sekadar berasaskan teks

sahaja tetapi termasuklah

media lain seperti graik, imej,

audio dan video.

o Membenarkan pengguna

mencapai maklumat mengikut

minat, keupayaan ataupun

kehendak hati.

o Ia juga mengalakkan pengguna

untuk terus mendalami isi

kandungan.

o Contoh: Halaman internet atau

6

Page 7: Nota Asas Multimedia

TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)

o Ia sering diwakili oleh teks yang

berwarna biru serta digariskan

seperti ini : Hiperteks.

laman Web

Jadual 3 : Hiperteks dan Hipermedia

Gambarajah 1.1 : Contoh Hiperteks

7

Page 8: Nota Asas Multimedia

TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)

Gambarajah 1.2 : Contoh Hipermedia

1.2 Perisian-Perisian Multimedia

o Bagi komponen yang melibatkan penggunaan perisian multimedia,

terdapat beberapa jenis perisian multimedia yang diperlukan untuk

membangunkan perisian multimedia.

o Perisian-perisian tersebut dikategorikan sebagai Perisian Grafik,

Perisian Audio, Perisian Video, Perisian Animasi dan Perisian

Pengarangan/Pengaturcaraan.

1.2.1 Perisian Grafik

o Digunakan untuk menghasilkan imej, ikon, butang,

antaramuka, gambar dan sebagainya.

o Boleh juga digunakan untuk mengubah suai imej sedia

ada untuk menghasilkan imej yang lebih bermakna untuk

digunakan di dalam aplikasi yang akan dibangunkan.

o Contoh perisian grafik ialah Adobe Photoshop, Adobe

Illustrator, Adobe In Design, Corel Draw.

o Contoh format fail grafik ialah jpg, gif, tiff, bmp, png dan

sebagainya.

o Perisian grafik terbahagia kepada 2 jenis iaitu grafik

jenis vektor dan bitmap.

Vektor Bitmap

- Penghasilan imej yang

berkualiti tinggi

- Saiz imej yang lebih besar

- Mewakili imej sebuah

bentuk gemoetri

- Pixel pecah apabila

dibesarkan dari saiz asal

- Adobe Illustrators, Adobe

Flash CS3

- Adobe Photoshop

Jadual 4: Imej Vektor dan Bitmap

8

Page 9: Nota Asas Multimedia

TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)

1.2.2 Perisian Audio

o Perisian audio digunakan untuk menghasilkan sebuah fail

audio yang akan digabungkan bersama dengan fail grafik, video

atau animasi semasa proses pembangunan aplikasi multimedia.

o Perisian audio yang biasa digunakan ialah Sound Forge, Adobe

Audition, Sony ACID Pro dan sebagainya.

o Contoh format fail audio ialah wav, aiff, mp3 dan mid.

1.2.3 Perisian Video

o Perisian video digunakan adalah untuk menghasilkan video

dengan kualiti yang baik serta mengubahsuai video.

o Perisian video yang sering digunakan ialah Adobe Premier,

Ulead Video Studio, Movie Maker, Flash Video Encoder dan

sebagainya.

o Contoh format fail video ialah avi, mov, mpeg dan flv.

o Flv- sering digunakan kerana saiz yang lebih kecil dan kualiti

video yang dihasilkan cukup baik.

1.2.4 Perisian Animasi

o Perisian animasi digunakan untuk menghasilkan paparan

pergerakan berbentuk cerita atau sebahagian paparan

antaramuka perisian.

o Animasi digunakan bagi melambangkan atau mewakilkan

pergerakan bagi sesuatu maksud yang tidak dapat diterangkan

dengan jelas melalui teks atau grafik.

o Animasi boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu animasi 2

Dimensi (2D) dan animasi 3 Dimensi (3D).

9

Page 10: Nota Asas Multimedia

TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)

o Perisian bagi menghasilkan animasi jenis 2D adalah seperti

Macromedia Director, Adobe Flash CS3, Toon boom, Soho,

Moho dan sebagainya.

o Manakala perisian 3D yang biasa digunakan ialah 3D Studio

Max, Lightwave, Maya dan sebagainya.

1.2.5 Perisian pengarangan/Pengaturcaraan

o Perisian pengarangan adalah merupakan medium atau

pengantara bagi pengintegrasian kesemua elemen-elemen

multimedia yang telah dihasilkan dengan menggunakan

perisian-perisian multimedia.

o Proses pembangunan aplikasi multimedia melibatkan

beberapa metafora. Antara metafora yang biasa digunakan

ialah metaforan berasaskan ikon, metafora berasaskan garis

masa dan metafora berasaskan susunankad atau buku.

o Fail exe adalah fail yang bersifat standalone dimana ianya tidak

memerlukan perisian pengarangan untuk dimainkan semula

(playback).

o Antara perisian pengarangan berasaskan CD-ROM ialah Adobe

Flash CS3, Macromedia Director, Macromedia Authorware.

o Perisian pengarangan berasaskan web adalah seperti Microsoft

Fronpage dan Adobe Dreamwiver CS3.

10

Page 11: Nota Asas Multimedia

TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)

1.3 BIDANG PENGGUNAAN MULTIMEDIA

Multimedia boleh digunakan dalam pelbagai bidang termasuk perubatan,

pengajaran, pembelajaran, pemasaran, perniagaan dan sebagainya. Penggunaan

teknologi multimedia mampu memberi kesan yang besar dalam bidang-bidang

tersebut.

Rajah 1.4 : Penggunaan Multimedia dalam pelbagai bidang

11

MULTIMEDIA

PERUBATAN RUMAH

HIBURAN

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN

PENDIDIKAN DAN

LATIHAN

LAIN-LAIN

PERNIAGAAN DAN

INDUSTRI

Page 12: Nota Asas Multimedia

TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)

Bidang Keterangan Contoh

Penyebaran

Maklumat

- Kios merupakan

satu sistem penyaluran maklumat

yang sering digunakan di lokasi-

lokasi umum seperti lapangan

terbang, muzium, pusat membeli

belah, hospital, ruang tamu

sesebuah syarikat.

- Biasanya kios ini

diletakkan di suatu tempat khas

dan mempunyai peranti, masukan

tertentu seperti skrin sentuh atau

papan kekunci bagi membolehkan

pengguna berinteraksi dengan

sistem.

- Ianya digunakan

untuk menyalurkan atau

menyebarkan maklumat tertentu

kepada orang ramai dan boleh

melaksanakan proses pencarian

maklumat yang diperlukan,

- Dikenali sebagai

System Point Of Information (POI).

- Selain dari

sekadar memaparkan maklumat,

-

12

Page 13: Nota Asas Multimedia

TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)

ianya juga mampu mengumpulkan

maklumat mengenai pengguna

agar boleh dihubungi dikemudian

hari.

Pemasaran

dan

Pengiklanan

- Multimedia

menyediakan peluang pemasaran

yang lebih menarik dan merangsang

pembeli kerana ia menggunakan

audio visual gabungan pelbagai

media.

- Dengan bantuan

teknologi internet, konsep

pemasaran tanpa sempadan juga

semakin luas digunakan dan dengan

sokongan teknologi multimedia,

seseorang pembeli boleh membeli

belah dengan lebih selesa dan

menyeronokkan.

- Kebaikan

kepada peniaga ialah mampu

menjimatkan ruang, memudahkan

urusan inventori, proses penyebaran

maklumat dan sebagainya.

- Penggunaan

multimedia di dalam perniagaan

membolehkan sesuatu produk baru

yang ingin diperkenalkan,

dipamerkan dalam bentuk yang

-

-

perniagaan

-

-

-

-

-

Elektronik

13

Page 14: Nota Asas Multimedia

TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)

lebih hidup dan dinamik dengan

bantuan elemen-elemen multimedia.

Pengajaran

dan

Pembelajaran

- Pendekatan

pembelajaran berasaskan

multimedia mampu memindahkan

sesuatu maklumat daripada buku

teks yang statik kepada suatu corak

pembelajaran baru yang lebih

menarik, dinamik dan interaktif.

- Pelajar boleh

belajar mengikut kesesuaian, masa

dan cita rasa diri mereka sendiri.

- Multimedia

memudahkan proses penyaluran

ilmu.

-

-

-

-

Jadual 5 : Bidang Penggunaan Multimedia

14

Page 15: Nota Asas Multimedia

TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)

1.3.1 Kelebihan dan Kekurangan Multimedia

Kelebihan Kekurangan

- Maklumat

dapat disampaikan dan diedarkan

dengan lebih berkesan.

- Tidak dapat

menggunakan sepenuhnya elemen

multimedia menerusi rangkaian

disebabkan kadar transmisi yang

rendah.

- Dapat

menyokong pembangunan teknologi

Internet dan rangkaian.

- Memerlukan

ruang storan yang besar disebabkan

saiz aplikasi yang besar.

- Menjadikan

aplikasi ramah pengguna dan

menarik.

- Penyalahguna

an teknologi multimedia berleluasa

seperti cetak rompak dan

pornography.

- Persembahan

dan penerimaan maklumat lebih

mudah, berkesan dan interaktif.

- Pengguna

akan sepenuhnya bergantung

kepada komputer untuk melakukan

apa sahaja

- Meningkatkan

pemahaman tajuk atau topik

pembelajaran disebabkan banyak

media yang digunakan.

- Memerlukan

kos yang tinggi untuk perkakasan,

perisian dan pembangunan aplikasi

15

Page 16: Nota Asas Multimedia

TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)

- Boleh dicapai

dan digunakan pada bila-bila masa,

dimana-mana dan dengan kelajuan

yang diingini.

- Memerlukan

pendidikan, latihan dan

pembelajaran yang khas untuk

menggunakan multimedia.

- Memudahkan

cara untuk berkomunikasi dengan

pelbagai cara yang disediakan.

- Memerlukan

masa yang lama untuk menghasilkan

aplikasi multimedia.

Jadual 6 : Kelebihan dan Kekurangan Multimedia

16