nota 2

20
1.0.PENGENALAN Program khas yang pertama di Malaysia.Dilancarkan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansur, pada 2 March 2009 di UKM.untuk kumpulan pelajar yang menunjukkan potensi intelek yang tinggi (atau) dikategorikan sebagai pelajar pintar cerdas akademik. Kajian yang dijalankan oleh Tidwell (1980) menunjukkan terdapat seorang pelajar pintar dan berbakat bagi setiap 10,000 orang kanak- kanak. Hari ini di Malaysia terdapat seramai 3.5 juta kanak-kanak yang berumur antara 9 hingga 15 tahun, dan jika dapatan kajian Tidwell boleh digunakan di Malaysia, maka secara amnya kita boleh buat kesimpulan bahawa terdapat kira-kira 350,000 orang pelajar pintar dan berbakat di Malaysia. Pusat PERMATApintar Negara (PPpN) UKM beroperasi sejak bulan Januari 2011.Laman ini (http://www.ukm.my/permatapintar/index.php/sekapur- sireh) memberi makluman umum tentang pusat ini. Serba sedikit maklumat mengenai pusat ini, program-program yang dijalankan dan kegiatan pelajar boleh didapati di sini. Pusat PERMATApintar TM Negara UKM merupakan satu-satunya pusat kecemerlangan di Malaysia yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar-pelajar pintar dan berbakat dari seluruh tanah air dan memberikan mereka peluang untuk mengembangkan potensi, dan bakat mereka.Usaha ini perlu dijalankan kerana pelajar-pelajar ini adalah aset negara yang sangat berharga.Kegagalan mengenalpasti pelajar- pelajar ini boleh menyebabkan negara kehilangan tenaga kerja yang sangat berharga, samada kerana mereka tercicir dari arus pendidikan,

Upload: navaneethavaneetha

Post on 03-Oct-2015

234 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

1.0.PENGENALANProgram khas yang pertama di Malaysia.Dilancarkan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansur, pada 2 March 2009 di UKM.untuk kumpulan pelajar yang menunjukkan potensi intelek yang tinggi (atau) dikategorikan sebagai pelajar pintar cerdas akademik.Kajian yang dijalankan oleh Tidwell (1980) menunjukkan terdapat seorang pelajar pintar dan berbakat bagi setiap 10,000 orang kanak-kanak. Hari ini di Malaysia terdapat seramai 3.5 juta kanak-kanak yang berumur antara 9 hingga 15 tahun, dan jika dapatan kajian Tidwell boleh digunakan di Malaysia, maka secara amnya kita boleh buat kesimpulan bahawa terdapat kira-kira 350,000 orang pelajar pintar dan berbakat di Malaysia.Pusat PERMATApintar Negara (PPpN) UKM beroperasi sejak bulan Januari 2011.Laman ini (http://www.ukm.my/permatapintar/index.php/sekapur-sireh) memberi makluman umum tentang pusat ini.Serba sedikit maklumat mengenai pusat ini, program-program yang dijalankan dan kegiatan pelajar boleh didapati di sini.Pusat PERMATApintarTMNegara UKMmerupakan satu-satunya pusat kecemerlangan di Malaysia yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar-pelajar pintar dan berbakat dari seluruh tanah air dan memberikan mereka peluang untuk mengembangkan potensi, dan bakat mereka.Usaha ini perlu dijalankan kerana pelajar-pelajar ini adalah aset negara yang sangat berharga.Kegagalan mengenalpasti pelajar-pelajar ini boleh menyebabkan negara kehilangan tenaga kerja yang sangat berharga, samada kerana mereka tercicir dari arus pendidikan, atau mereka berhijrah ke negara luar yang menawarkan ganjaran serta peluang pendidikan yang lebih baik.

25 individu profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang dicari untuk sama-sama mengumpul, mencari idea selain membantu merealisasikan hasrat murni berkenaan. Kumpulan profesional ini bukan calang-calang orang dan mereka juga senada bahawa pembentukan insan akan menjadi lebih berkesan sekiranya dimulakan lebih awal lagi

Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang mempunyai kepelbagaian kepakaran, latar belakang, pendidikan dan pengalaman antaranya pakar kanak- kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan aktivis masyarakat memulakan usaha ini dengan mengadakan kajian dan penyelidikan secara sukarela dan dapatannya lantas dijadikan input bagi pembangunan konsep pendidikan sedemikian.

Bagi menjayakan konsep pendidikan sedemikian, ia memerlukan satu pendekatan bersepadu yang melibatkan pelbagai pihak seperti ibu bapa, masyarakat setempat, pihak berkuasa tempatan dan ahli-ahli politik dapat dimanfaatkan bagi menjadikan kanak-kanak setempat yang agak mundur kepada yang lebih berjaya dan membanggakan.

Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pula diberi tanggungjawab untuk menyediakan modul pembelajaran dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA Negara.

1.2.VisiMenjadi institusi terulung yang mempelopori dan keperluan pendidikan pelajar pintar cerdas dalam membentuk generasi bitara bangsa yang menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.1.3.Misi

Menjadi pemimpin pendidikan yang holistik untuk pelajar pintar cerdas berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Falsafah.Paduan antara Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial yang mendasari pendidikan berterusan untuk mengoptimumkan potensi pelajar.1.4. Objektif1. Mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menjana penyelesaian kepada masalah, dan boleh mencetuskan atau mencipta pemikiran-pemikiran baru berhubung ilmu yang dipelajari hasil penelitian yang analitikal dan kritis.2. Berkemampuan, berkemahiran serta berdaya saing untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.3. Menguasai kemahiran bahasa dan komunikasi yang mantap, serta mempunyai sikap yang sesuai untuk terlibat aktif dengan berkesan dalam aktiviti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa4. Mempunyai daya kepimpinan yang cemerlang dan terpuji, bertanggungjawab dan boleh membuat keputusan yang berkesan dengan mengambilkira prinsip-prinsip nilai baik dan beretika.5. Sihat fizikal, sihat minda, berfikiran positif dan mempamerkan kesedaran kendiri yang matang dan bijaksana.1.5. Tujuan1. Menyediakan program pembelajaran holistik dan suasana pembelajaran yang kondusif 2. Kurikulum pembelajaran yang sesuai3. Menyediakan pengalaman awal dan bimbingan mentor dari kalangan ahli akademik4. Mengumpul pelajar Malaysia yang berpotensi dan memberi pengalaman awal untuk mengembangkan minda kreatif mereka.5. Menjadi model pendidikan pintar cerdas.6. Mewujudkan satu wadah perkongsian antara industri, pusat pengajian tinggi dan sekolah.1.6 Perlaksanaan Ujian Saringan

Dalam usaha mencari dan mengenal pasti keupayaan kognitif pelajar pintar cerdas untuk menyertai program PERMATApintar Negara, ujian-ujian psikologikal intelek atau intelligence quotient (IQ) digunakan. Ujian-ujian yang digunakan ialah ujian-ujian PERMATApintar UKM1 dan UKM2. Ujian PERMATApintar UKM1 merupakan ujian saringan peringkat pertama .Manakala, ujian UKM2 merupakan ujian saringan peringkat kedua.

1.6.1.Tujuan

Kedua-dua ujian ini digunakan untuk mencari pelajar pintar cerdas bagi menyertai program-program seperti berikut:

1. Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (untuk pelajar berusia 9 -15 tahun);

2. PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8 tahun yang beragama Islam)

3. Program Pendidikan PERMATApintar iaitu akademi khas pintar cerdas (untuk pelajar lepasan tingkatan 3).

1.6.2.Pelaksanaan

Kedua-dua ujian ini hanya dijalankan secara dalam talian melalui laman web agar proses pencarian pelajar pintar cerdas dapat dilakukan secara menyeluruh di Malaysia dalam masa yang terhad dan tidak melibatkan kos yang tinggi jika dibandingkan dengan ujian secara bertulis .Ia juga dilaksanakan bertujuan untuk membudayakan ICT di kalangan pelajar sekolah. Dari segi kemahiran komputer, pelajar hanya perlu mahir menggunakan tetikus dan papan kekunci. Dengan itu, semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa dan ahli keluarga yang lain serta masyarakat Malaysia perlulah menggalakkan pelajar-pelajar mengambil ujian dalam talian ini. Pihak-pihak yang prihatin boleh membawa pelajar ke pusat-pusat komuniti di desa atau kafe siber dalam daerah masing-masing.

Bagi pelajar yang telah mengambil ujian ini pada tahun 2010, mereka perlu mengambil ujian ini untuk mengikuti program-program pada tahun 2011. Pelajar akan dipilih berdasarkan skor kelayakan mengikut peringkat umur dan tiada sistem kuota dari segi jantina, bangsa, daerah, negeri dan jenis sekolah digunakan dalam pemilihan pelajar. Ujian-ujian ini dibuka pada tarikh-tarikh tertentu.Pada tahun 2011, ujian UKM1 boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 April 2011 melalui http://www.permatapintar.edu.my.Semua pelajar Malaysia berusia 8 15 tahun layak menduduki ujian percuma ini. Tiada sekatan atau birokrasi untuk pelajar mengambil ujian sama ada di rumah, di sekolah atau di mana sahaja asalkan boleh mencapai laman sesawang ini. Pelajar boleh menyemak sama ada layak atau tidak menduduki ujian saringan kedua UKM2 yang akan dimaklumkan melalui laman sesawang pada bulan Jun 2011. Pelajar juga akan dimaklumkan tentang pusat-pusat ujian UKM2 yang dilakukan dengan pengawasan. Ujian UKM2 akan bermula pada 1 Julai hingga 30 Ogos 2011. Pelajar yang berjaya melepasi tahap skor kelayakan ujian UKM2 akan diumumkan melalui laman web PERMATApintar mulai 1 Sept 2011 untuk Program Perkhemahan PERMATApintar Negara. Bagi pelajar berusia 15 tahun, mereka akan dipanggil untuk menghadiri Perkhemahan Khas Matematik dan Sains untuk tujuan saringan secara bersemuka (temu bual dan pemerhatian) bagi pemilihan ke Program Pendidkan PERMATApintar.

1.7.Kurikulum PermataKurikulum PERMATA berbeza kerana ianya member penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum PERMATA:-

1.7.1 PROGRAM PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar

Pusat PERMATApintar Negara, UKM telah merangka satu program pengayaan yang dapat mencabar minda pelajar pintar cerdas. Program pengayaan ini dikenali sebagai Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara kerana dijalankan pada masa cuti persekolahan akhir tahun iaitu dalam bulan November dan Disember.Pembinaan Program Perkhemahan Cuti Sekolah ini ialah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara yang menekan kepada perkembangan holistik pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial pelajar.Program yang dijalankan dalam tempoh 3 minggu ini dikendalikan oleh pengajar, pembantu pengajar dan pembantu pelajar yang dilatih khusus oleh pengajar UKM yang telah mendapat latihan di Johns Hopkins University Center for Talented Youth.

Sepanjang perkhemahan, pelajar didedahkan dengan aktiviti akademik, aktiviti kokurikulum berbentuk kesenian dan sukan, program-program kerohanian mengikut agama masing-masing dan lawatan sambil belajar.Pelajar yang terpilih berumur antara 9 hingga 15 tahun dari pelbagai bangsa dan latar sosio-budaya dan telah melalui Ujian Saringan UKM1 dan UKM2. Ini menjadikan program ini satu program yang benar-benar melambangkan konsep satu Malaysia yang diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak. Pelajar akan mengikuti salah satu daripada 15 kursus yang ditawarkan.

Perkhemahan ini mengambil pendekatan yang melibatkan program pengayaan dan pecutan bagi menyediakan pelajar pintar cerdas peluang untuk mengembangkan kebolehan mereka untuk melakukan pembelajaran sepanjang hayat. Objektif perkhemahan ini adalah untuk:

1. Mengembangkan bakat dan kebolehan sedia ada pelajar.

2. Mengasah potensi pelajar secara holistik.3. Mengembangkan kemahiran pelajar

4. Memupuk pembelajaran sepanjang hayatPerkhemahan ini menyediakan kursus-kursus yang mencabar minat dan minda pelajar pintar cerdas yang tidak menjalani pembelajaran biasa di sekolah. Kursus-kursus ini adalah seperti: a. Menjadi Saintis (Be a Scientist) 9 Tahun b. Rekacipta (Invention) 9-12 Tahun c. Penaakulan Mantik (Mathematical Reasoning) 10 Tahun d. Penulisan dan Imaginasi (Writing and Imagination) 11 Tahun e. Pengenalan kepada Robotik (Introduction to Robotic) 12 Tahun f. Robotik Lanjutan (Advance Robotic) 13 Tahun g. Mengarang Penulisan (Crafting the Essay) 13 Tahun h. Rekacipta Lanjutan (Advance Invention) 13-15 Tahun i. Kriptologi (Cryptology) 14 Tahun j. Kristal dan Polimer (Crystal and Polimer) 14-15 Tahun k. Sains Penerbangan (Flight Science) 14-15 Tahun l. Kebarangkalian dan Teori Permainan (Probability and Game Theory) 14-15 Tahun m. Teknologi Hijau (Green Technology) 15 Tahun n. Bioteknologi (Biotechnology) 15 Tahun o. Biologi Pecutan (Fast-Paced Biology) 15 Tahun

Pihak pengurusan Pusat PERMATApintar Negara akan memastikan setiap pelajar akan bertingkah laku secara bersesuaian setanding dengan keperluan pusat mengikut perkara-perkara berikut:

i. Kod Kehormatan Pusat PERMATApintar Negara (Code of Honor) Setiap pelajar pintar cerdas perlu mempunyai rasa hormat, bertanggungjawab dan saling mempercayai. Untuk membina komuniti sedemikian, setiap individu yang wujud dalam komuniti tersebut perlulah: ii. Melakukan yang terbaik dalam semua aktiviti akademik iii. Bertoleransi dan menghormati perbezaan kaum, budaya, agama, gender, usia, keupayaan dan negeri kelahiran. iv. Bertingkahlaku secara mesra, bekerjasama, selamat dan bertanggungjawab terhadap semua yang ada dalam komuniti v. Menghadiri semua sesi pembelajaran, makan bersama, aktiviti-aktiviti lain dan perjumpaan yang telah ditetapkan vi. Bertanggungjawab di atas kerja dan tingkahlaku sendiri Sentiasa bekerjasama dengan pihak pengurusan vii. Mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan ii. Perbezaan Sifar (Zero Indiferrerence) Setiap individu yang berada dalam komuniti ini perlu bekerja tanpa memberi layanan yang berbeza antara satu sama lain. Setiap mereka harus di layan dengan saksama, penuh rasa hotmat dan mesra. Apabila membincangkan konsep Bekerja Tanpa Beza ini, Pusat PERMATApintar Negara mempunyai tiga matlamat: viii. Meningkatkan kesedaran kakitangan tentang tingkahlaku pelajar yang boleh mengangu proses pembelajaran ix. Membenarkan kakitangan (termasuk guru, dan pihak pengurusan) mengambil tindakan terus (mengikut peraturan yang telah ditetapkan) untuk menghentikan sebarang tingkahlaku membuli yang boleh menghalang proses pembelajaran yang berkesan. x. Meningkatkan kesedaran untuk semua kakitangan dan pelajar supaya sentiasa berkomunikasi secara berhemah tanpa membuat orang lain berasa terasing atau disingkir baik secara fizikal atau psikologikal.

xi. Persekitaran Pembelajaran yang Selamat. Pelajar-pelajar perlu diberikan satu persekitaran pembelajaran yang boleh membuatkan mereka rasa selamat dan dihargai. Kajian-kajian lepas menunjukkan wujud hubungan yang positif antara rasa selamat dengan pencapaian akademik yang diperolehi oleh pelajar-pelajar disekolah.(Sumber Buku Panduan Perlaksanaan Permata Pintar 2009)Universiti Kebangsaan Malaysia telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan program pendidikan ini yang akan bermula pada bulan Januari 2011, dengan ambilan pertama seramai 200 orang pelajar tingkatan 4 (16 tahun). Pada tahun 2012 sekolah ini dijangka mempunyai pendaftaran penuh seramai 400 orang pelajar yang terdiri daripada 200 orang pelajar tingkatan 4 dan 200 orang pelajar tingkatan 5.Sekolah Pintar Cerdas di Luar Negara

Terdapat beberapa buah institusi pengajian tinggi di luar negara yang telah mempunyai sekolah pintar cerdas tersendiri.Antaranya di National University of Singapore, di Mahidol University, Thailand, dan di Korea Advance Institute of Science and Technology (KAIST). Justeru, Malaysia juga perlu mempunyai sekolah yang sedemikian supaya pelajar pintar cerdas Malaysia dapat belajar di tanah air sendiri. Pada ketika ini, ramai pelajar pintar cerdas Malaysia telah dihantar oleh ibu bapa masing-masing yang berkemampuan untuk belajar di sekolah pintar cerdas di luar negara dan ada diantara mereka yang mendapat tajaan biasiswa dan kewarganegaraan negara berkenaan.

Pemilihan Pelajar ke Program Pendidikan PERMATApintar

Pelajar-pelajar yang akan mengikuti program ini adalah mereka yang telah menduduki ujian-ujian PERMATApintar UKM1 dan UKM2 ketika berusia 15 tahun (tingkatan 3). Mereka yang melepasi tahap-tahap yang ditetapkan bagi pencapaian ujian PERMATApintar UKM1 dan UKM2 akan seterusnya dinilai sekali lagi menerusi sesi temubual dan pemerhatian pada Perkhemahan Khas Matematik dan Sains. Selain daripada kemampuan kognitif dan kemampuan menyelesaikan masalah, daya kreativiti dan daya saing pelajar juga akan dinilai dalam pemilihan tersebut.

Program Pendidikan

Para pelajar di akademi ini akan mengikuti program pendidikan yang menyepadukan pembelajaran akademik, ko-kurikulum, pembinaan sahsiah dan nilai murni melalui pengalaman pembelajaran aktif dan bermakna. Suasana serta persekitaran sekolah turut dibangunkan agar menyumbang kepada perkembangan pelajar yang holistik dan menyeluruh. Pelajar di sini akan mengikuti kurikulum kebangsaan dan pada waktu yang sama diberi peluang untuk mempelajari mata pelajaran lain yang lebih mencabar. Sehubungan itu, setiap pelajar disediakan perancangan pembelajaran khusus sesuai dengan keperluan pembelajarannya.Mereka juga berpeluang mempelajari mata pelajaran yang ditawarkan diperingkat universiti sekiranya dinilai berkemampuan mengikuti pembelajaran tersebut.Pendekatan ini membolehkan para pelajar di sini mengikuti pembelajaran yang lebih mencabar, dan boleh melengkapkan pengajiannya dalam jangka masa yang lebih pendek sekiranya dia seterusnya mendaftar sebagai pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Latar Belakang

Sekolah Sukan Malaysia (SSM)

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah sekolah elit khas untuk atlit-atlit di kalangan pelajar sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih cemerlang. Di samping pembelajaran berasaskan akademik, pelajar-pelajar dilatih mengikut bidang kemahiran sukannya.SSM ini di bawah kawalan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Setakat ini terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu:

1. Sekolah Sukan Bukit Jalil

2. Sekolah Sukan Bandar Penawar

1.3.1 Sistem PembelajaranPelajar-pelajar yang ditawarkan ke SSM ini diwajibkan tinggal di asrama.Sistem persekolahannya berbeza sedikit kerana untuk meningkat ketahanan mental dan disiplin pelajar.

1.4. Sekolah Seni Malaysia Sekolah Seni adalah merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran meningkatkan potensi dan bakat pelajar dalam bidang kesenian di Malaysia.Ini membuka kepada kelahiran dua sekolah perintis iaitu Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching.

Visi Sekolah Seni Malaysia ini ialah untuk "menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia".

Mengikut sejarah awal, cadangan penubuhan kedua buah sekolah tersebut telah diputuskan dalam Persidangan Perancangan Strategik Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2004. Y.B Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan penubuhan dua buah Sekolah Seni Malaysia di bawah Rancangan Ke-9 iaitu di negeri Sarawak dan Johor.

Konsep Sekolah Seni ialah sekolah yang membangunkan potensi dan bakat kesenian murid.Kurikulum kesenian di peringkat menengah rendah ini merangkumi empat bidang iaitu Seni Muzik, Seni Teater, Seni Tari dan Seni Visual.Selain empat komponen ini, kurikulum juga termasuk mata pelajaran kreativiti, kokurikulum, persembahan, sesi apresiasi dan rangkaian rakan seni.Kaedah penilaian yang dilaksanakan pula berasaskan kepada pemerhatian semasa pelajar menjalankan setiap aktiviti praktikal, teori dan nilai. Mata pelajaran yang ditawarkan ialah seperti berikut:

1. Bahasa Malaysia

2. Bahasa Inggeris

3. Sejarah

4. Pendidikan Islam

5. Sains

6. Matematik

7. Geografi

8. Seni Visual

9. Seni Tari

10. Seni Muzik

11. Seni Teater

12. Kreativiti

Setakat ini, kedua-dua sekolah seni ini beroperasi di premis sementara, iaitu:1. Sekolah Seni Johor Bahru2. Sekolah Seni Kuching, Sarawak

1.5.Pembestarian SekolahSistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya modal insan yang dilahirkan mampu berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa.Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini.Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran kendiri.

(Selitkan dimana perlu)

Camillia P. Benbow (1991) menulis,

The pacing of educational programs must be responsive to the capacities and knowledge of individual children. ( ms 157)

Pendidikan untuk semua seperti yang termaktub dalam falsafah pendidikan akan menjadi kenyataan dengan program Permata Pintar ini. Seseorang itu dianggap pintar cerdas sekiranya dia bukan sahaja memiliki kemampuan kognitif yang tinggi bahkan boleh menggunakan kemampuan tersebut dengan baik dalam semua situasi.(Gagne,1995; Piirto,1999). Maka program Pintar menjadi tulang belakang bagi melahirkan personaliti-personaliti yang mampu menerajui Negara kelak.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata potensi mereka tidak dapat dioptimumkan untuk kepentingan negara sekiranya kelompok ini tidak dilengkapi dengan sistem pendidikan yang sesuai dengan kemampuan pemikiran mereka yang luar biasa itu.

Beliau berkata sekiranya sistem pendidikan yang sesuai buat mereka tidak disediakan, kesannya banyak, antaranya mungkin kanak-kanak ini akan cepat bosan dengan pelajaran, atau mungkin mereka akan dihantar oleh ibu bapa masing-masing untuk menuntut dan bekerja di luar negara.

Ini akan jadikan kita kehilangan bakat yang boleh memberi kesan kepada negara, berlaku apa yang dikatakan sebagai brain drain (penghijrahan cendekiawan), katanya ketika berucap merasmikan Kompleks Pusat PERMATApintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini.

Berdasarkan keputusan PTS pada tahun 1996, seramai 0.8% daripada 407,150 orang murid Tahun 3 telah dibenarkan melangkau Tahun 4 dan terus ke Tahun 5 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001). Namun pada tahun 20011, selepas PTS diimplimentasikan selama 5 tahun, ia telah ditamatkan. Hal ini kerana lebih daripada 50% kanak-kanak yang melangkau kelas telah mencapai keputusan yang lebih buruk dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) berbanding rakan sebaya lain yang tidak melangkau kelas. Dalam PTS dasar melangkau kelas dari tahap satu ke tahap dua adalah menjadi satu rintangan dimana murid-murid tahun tiga (tahap satu) melangkau ke tahun 5 tanpa persediaan yang mantap di tahun empat. Sebaliknya Program Permata Pintar pula dilaksanakan dengan begitu teratur menggunakan ujian saringan.Kelebihan ini sudah tentu membuahkan hasil.(Sumber: http://www.ukm.my/permatapintar/index.php/ukm1-2013-statistik-negeri)

RUJUKAN

1. Camillia P. B. (1991) Underachievement of highly able student and the peer society. Gifted and Talented International, 10(2) ,67-68.2. Gagnes,F(1993). Constructs and models pertaining to exceptional human abilities. In K.A Heller, FJ Monks. International Handbook of Research and development of Gifted and Talent 9pp.63(85). Oxford :pergamon Press.