folio batik

Upload: diahrodiah

Post on 14-Apr-2018

595 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Folio Batik

    1/15

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembagkan

    potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insa yang seimbang dan

    harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, berdasarkan kepercayaan dan

    kapatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia

    yang berilmu pengetahuan, berketerampialn, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

    berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap

    keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

    Fungsi Seni Dalam Pendidikan Di Malaysia

    Terdapat bebebrapa fungsi dalam pendidikan seni menerusi kehidupan masa kini yang

    semakin mencabar. Diantara fungsi seni dalam pendidikan adalah melahirkan insan yang

    mempunyai fikiran isensial iaitu ia memeri manfaat seni visual dalam mengumpul

    pengalaman dan pengertian visual yang hanya dapat dicapai oleh pendidikan seni visual untuk

    tujuan perkembagan seni. Maka peranan seni untuk melahirkan insan yang kompetence dapat

    dicapai menerusi tiiga pendekatan iaitu:

    Seni yang multilingual bererti seni yang bertujuan untuk mengembangkankemampuan pelajar untuk mengekspresikan diri dengan berbagai cara seperti

    bahasa visual, bunyi, gerak atau gabungannya.

    Seni yang multidimensional bererti seni yang bertujuan untuk mengembangkanpotensi pelajar dari segi persepsi, pengetahuan, pemahaman, analisis, evaluasi,

    apresiasi dan produktiviti dalam menyeimbangkan unsur logika dan estetika.

    Seni yang multicultural bererti seni yang bertujuan untuk mengembangkankesedaran dan kemampuan berapresiasi terhadap kepelbagaian budaya

    tempatan dan global.

  • 7/27/2019 Folio Batik

    2/15

    Sejarah Batik

    Seni kraf batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia sejak abad ke 15

    Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Zaman dahulu

    masyarkat Melayu menggunakan ubu kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik

    telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara

    Malaysia khususnya di negari Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia

    dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik

    pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang

    dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia

    kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu

    Motif

    Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik.

    Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif

    Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-

    tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

  • 7/27/2019 Folio Batik

    3/15

    Rupabentuk Kain Batik Sarung

    Contoh Motif Organik.

    Motif Ayam

    Motif Bunga Buluh

    Motif Bunga Kerak Nasi

    Motif Bunga Kotak Bercampur

    Motif Bunga Orkid

    Motif Bunga Raya

    Motif Daun Sireh

    Motif Geometrik

    Motif Pucuk Rebung

    Motif Rama-rama

    Motif Siput

    Motif Ayam

    Contoh Motif Geoetrik.

    Motif Pucuk Rebung

    Motif Bunga Kotak BercampurMotif Bunga Buluh

    Motif Bunga Raya Motif Siput Motif Pucuk Rebung

    Corak

    Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik

    tersebut.

  • 7/27/2019 Folio Batik

    4/15

    Antara corak-corak yang sering digunakan.

    Corak Berdiri

    Corak Jalur

    Corak Melintang

    Corak Menyeluruh

    Corak Menyerong

    Corak Tompok-tompok

    Corak Ulangan Batu-bata

    Corak Ulangan/Selang seli

    Blok penerap batik

    Proses Membuat

    Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.

    Blok penerap

    Campuran lilin

    KainPencelup

    Sebuah Meja

    Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas

    diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia

    akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses

    ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda.

    Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya

    akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan

    dibungkus untuk dipasarkan.

    Penjenisan Kain Batik

    Batik terbahagi kepada tiga jenis.

    Batik Blok

  • 7/27/2019 Folio Batik

    5/15

    Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak

    diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut

    susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu

    ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

    Proses menerap kain menggunakan blok corak

    Batik Conteng

    Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah

    kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan

    menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan

    meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan

    tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

    Proses mencanting kain

    Batik Skrin

    Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng.

    Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik

    dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin

    dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi

    dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang

  • 7/27/2019 Folio Batik

    6/15

    berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu

    warna sahaja.

    Jenis-Jenis Batik

    Batik Blok

    Merupakan antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara. Blok yang diperbuat

    daripada sebongkah kayu atau logam diukir dengan motif-motif bersesuaian untuk mengecap

    kain yang dikenali scbagai batik blok atau cop. Selain daripada kain kapas, penggunaan kain

    sutera dan organza dalam pengeluaran batik blok telah menghasilkan tekstil batik yang sesuai

    untuk rekaan fesyen, perhiasan serta kelengkapan rumah yang eksklusif.

    Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul merupakan salah satu daripada

    seni kraf buatan tangan tradisional yang terkenal di Malaysia.Ia dihasilkan melalui proses

    penerapan lilin dan penerapan warna. Sejarah

    perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke-15 Masihi dan ianya terus

    berkembang terutama selepas tamat Perang Dunia Kedua.

    Pengusaha batik di Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan batik

    di negara ini. Hasil hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya dan ianya

    melambangkan kerja tangan masyarakat tempatan.

    Di Malaysia, teknik terawal yang diperkenalkan ialah Batik Blok. Proses awal dalam

    perkembangan membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran sarang acuan kayu dengan

    menerap sejenis pewarna hitam dan teknik awal ini dikenali sebagai 'terap hitam'.Pada tahun

    1930 an, penggunaan lilin dalam proses penerapan mula diperkenalkan oleh pembuat batik di

    pantai Timur. Sejajar dengan itu, acuan yang diperbuat daripada kepingan keluli mula

    digantikan dengan acuan kayu sebelumnya.

    Corak-corak acuan ini lebih kemas dan halus buatannya.Acuan khas disediakan untuk

    menerap lilin pada sarung di bahagian kepala kain, kapit kain, badan kain dan kaki kain.

    Batik Blok adalah adaptasi daripada unsur alam semulajadi. Kebanyakannya berdasarkan

    kepada flora dan fauna. Corak flora dipilih daripada bahagian-bahagian tumbuhan yang ditiru

    berasaskan bentuk bunga. Gubahan motif dan corak direka secara realistik, abstrak dan

    stilisasi dalam bentuk geometrik atau organik.

    Antara motif flora yang digunakan untuk mencorak batik ialah pucuk rebung, pohon ara,

    bunga tampuk manggis, bunga mangga, bunga cempaka, bunga buluh, bunga maman, bunga

    kerak nasi, bunga berbaling, bunga raya, daun keladi, bunga kenaga dan beberapa lain lagi.

    Manakala bagi motif fauna yang popular ialah seperti jaring ikan dan ayam.

  • 7/27/2019 Folio Batik

    7/15

    Batik Canting

    Dikenali juga sebagai batik lukis. Proses batik

    bermula dangan lilin cair dilakar menggunakan

    canting dan diwarna mengikut kesesuaian reka

    corak. Selain dari kain kapas, kain rayon,

    voile, organza dan sutera turut digunakan.

    Reka corak yang menarik dengan pilihan

    warna yang ceria menampilkan batik bukan

    sahaja sesuai untuk fesyen pakaian malah

    boleh juga dijadikan sebagai kelengkapan dan

    hiasan rumah serta hadiah dan cenderamata

    yang eksklusif.

    Terdapat lima jenis canting iaitu canting

    burung, canting kasut, canting periuk, canting

    bola dan canting pelbagai mata.

    Pengenalan teknologi dalam pengeluaran Batik

    Tulis ialah I.C.A.T.S. Ia merupakan nama singkatan dari Sistem Tjanting Bersepadu

    Berbantukan Komputer - Integrated Computer Aided Tjanting System. Ia satu sistem

    peralatan yang menjalankan proses tjanting secara automatik. I.C.A.T.S terbahagi kepada dua

    sistem komputer iaitu Sistem Komputer Rekaan dan Sistem Komputer Kawalan I.C.A.T.S.

    Batik Skrin

    Dikenali juga sebagai batik stensil atau batik sutera saring. Batik jenis ini merujuk kepada

    teknik lakaran corak dan terapan warna dilakukan di atas skrin yang diperbuat daripada

    poliester diregang di atas pemidang. Motif-motif dilukis atas skrin yang telah ditetapkan

    ukurannya. Kebiasaannya beberapa keping pemidang dengan reka corak yang berbeza

    disediakan. Ini adalah kerana satu pemidang hanya untuk satu warna sahaja. Skrin kemudian

  • 7/27/2019 Folio Batik

    8/15

    dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses pewarnaan. Proses pewarnaan ini

    dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik.

    Batik Blok

    Batik Skrin

    Bating canting

    Canting

    Canting adalah alat yang dipakai untuk memindahkan atau mengambil cairan yang khas

    digunakan untuk membuat batik tulis, kerajinan khas Indonesia. Canting tradisional untuk

    membatik adalah alat kecil yang terbuat dari tembaga dan bambu sebagai pegangannya.

    Canting digunakan untuk menuliskan pola batikdengan cairan lilin.

    Diantara bahagian-bahagian canting adalah:

    1. Canting ; tempat tampungan cairan lilin yang diperbuat dari tembaga.2. Cucuk ; tempat gabungan canting, adalah tempat keluarnya cairan malam panas saat

    menulis batik.

    http://kraf.insanmultimedia.net/craft_category/main/12/?menuid=95http://kraf.insanmultimedia.net/craft_category/main/12/?menuid=95http://kraf.insanmultimedia.net/craft_category/main/13/?menuid=95http://kraf.insanmultimedia.net/craft_category/main/13/?menuid=95http://kraf.insanmultimedia.net/craft_category/main/11/?menuid=95http://kraf.insanmultimedia.net/craft_category/main/11/?menuid=95http://id.wikipedia.org/wiki/Alathttp://id.wikipedia.org/wiki/Cairanhttp://id.wikipedia.org/wiki/Batikhttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Batik_tulis&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Indonesiahttp://id.wikipedia.org/wiki/Tembagahttp://id.wikipedia.org/wiki/Bambuhttp://id.wikipedia.org/wiki/Batikhttp://kraf.insanmultimedia.net/craft_category/main/11/?menuid=95http://kraf.insanmultimedia.net/craft_category/main/12/?menuid=95http://kraf.insanmultimedia.net/craft_category/main/11/?menuid=95http://kraf.insanmultimedia.net/craft_category/main/12/?menuid=95http://id.wikipedia.org/wiki/Batikhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bambuhttp://id.wikipedia.org/wiki/Tembagahttp://id.wikipedia.org/wiki/Indonesiahttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Batik_tulis&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Batikhttp://id.wikipedia.org/wiki/Cairanhttp://id.wikipedia.org/wiki/Alathttp://kraf.insanmultimedia.net/craft_category/main/11/?menuid=95http://kraf.insanmultimedia.net/craft_category/main/13/?menuid=95http://kraf.insanmultimedia.net/craft_category/main/12/?menuid=95
  • 7/27/2019 Folio Batik

    9/15

    3. pemegang ; pemegang canting, umumnya terbuat dari kayu.Terdapat lima jenis canting iaitu canting burung, canting kasut, canting periuk, canting

    bola dan canting pelbagai mata.

    Pengenalan teknologi dalam pengeluaran Batik Tulis ialah I.C.A.T.S. Ia merupakan namasingkatan dari Sistem Tjanting Bersepadu Berbantukan Komputer - Integrated Computer

    Aided Tjanting System. Ia satu sistem peralatan yang menjalankan proses tjanting secara

    automatik. I.C.A.T.S terbahagi kepada dua sistem komputer iaitu Sistem Komputer Rekaan

    dan Sistem Komputer Kawalan I.C.A.T.S.

    Ia membolehkan lukisan bebas digunakan, yakni sesuai untuk mereka corak-corak seperti

    bunga, daun dan sebagainya. Lukisan dan simbol boleh dilukis dan disimpan di dalam

    komputer untuk tujuan membangunkan satu khazanah corak-corak.

    Antara ciri-ciri yang terdapat pada perisian ini adalah kemudahan potong dan tampal sesuatu

    corak yang sedang dibuat.

    Ukuran canting dapat bermacam-macam sesuai besar kecilnya lukisan batik yang akan dibuat.

    ketika digunakan, pencanting memegang canting seperti menggunakan pena, mengisi cantingdengan malam cair dari wajan tempat memanaskan malam tersebut. Pencanting kemudian

    meniup cairan lilin untuk menurunkan suhunya sedikit, kemudian melukiskan cairan lilin

    yang keluar dari cucuk tersebut di atas gambar motif batik yang sebelumnya telah dilukis

    dengan pensil.

    http://id.wikipedia.org/wiki/Penahttp://id.wikipedia.org/wiki/Wajanhttp://id.wikipedia.org/wiki/Suhuhttp://id.wikipedia.org/wiki/Pensilhttp://2.bp.blogspot.com/_DbyFo1YJT_U/Ssw7lOETjcI/AAAAAAAAAO0/9xmZTMHUABE/s1600-h/canting.jpghttp://id.wikipedia.org/wiki/Pensilhttp://id.wikipedia.org/wiki/Suhuhttp://id.wikipedia.org/wiki/Wajanhttp://id.wikipedia.org/wiki/Pena
  • 7/27/2019 Folio Batik

    10/15

    Bahagian Canting

    Lilin

    Lilin batik adalah bahan yang dipakai untuk menutup permukaan kain menurut gambar motif

    batik, sehingga permukaan yang tertutup tersebut menolak atau resist terhadap warna yangdiberikan pada kain tersebut. Lilin batik ini bukan merupakan terdiri dari satu macam bahan,

    tetapi campuran dari berbagai bahan pokok lilin.

    Sebagai bahan pokok lilin misalnya adalah;

    1. Gondoruem,2. Damar,3. Matakucing,4. Parafin (putih dan kuning), Microwax,5. lemak binatang (kendal, gajih),6. minyak kelapa,7. lilin tawon,8. Lilin Lanceng.

    Jumlah bahan pokok yang dipakai dan perbandingannya adalah bermacam-macam, menurut

    pemakaiannya dan pengalamannya masing-masing. Jadi lilin batik itu sudah merupakan

    kombinasi dari bahan-bahan pokok lilin. zaman dahulu dalam pembuatan batik, sebagai

    penutup kain menggunakan bubur dari ketan dan kain yang dibuat dengan cara ini disebut

    sebagai kain simbut. Nmaun setelah ditemukannya lilin cara seperti sudah tidak dipergunakan

    kembali.

    Awal mula pemakainan lilin dalam proses penutup dakian ketika membuat motif

    menggunanakan lilin dari tawon atau lanceng. Lililn dari binatang ini menurut orang jawa

    http://id.wikipedia.org/wiki/Berkas:Canting.jpg
  • 7/27/2019 Folio Batik

    11/15

    disebut dengan malam, maka lilin batik masih sering disebut pula malam batik. Karena

    pengalamannya, orang kemudian mencampur malam yang murni dai binatang sebangsatawon

    itu dengan bahan dari tumbuhan seperti Gondorukem dan Damar matakucing.

    Kemudian untuk melemaskan dan menurunkan titik lelehnya ditambah lemak atau minyak,

    gajih binatang atau minyak kelapa. Pada proses pembuatan batik yang terkahir, seluruh lilin

    batik dihilangkan dengan kain tersebut dimasukkan ke dalam air panas, sehingga lilin batik

    tersebut lepas dan setelah air lorodan dingin liln batik menjadi beku kembali dan dapat

    diambil. Lilin yang diperoleh dari lorodan ini disebut lilin bekas atau lilin hitam karena

    warnanya kehitaman. Lilin bekas ini dicampurkan kembali pada pembuatan campuran lilin

    baru.

    Pewarna Batik

    Batik tidak pernah akan terlepas dari motif dan warna yang menjadi daya tarik utama dari

    batik itu sendiri.

    Ada beberapa jenis zat warna yang digunakan dalam proses pembuatan batik, antara lain

    1. naptol,2. zat warna asam,3. direk dan banyak lagi jenis-jenis zat warna lainnya.

    Kini pewarna alam kembali diminati dan berkembang dikalangan pembuat batik walaupun

    lebih rumit pembuatannya. Alasan utamanya adalah pewarna alam lebih ramah lingkungan

    dan otomatis hasil warnanya lebih natural..lebih sejuk dipandang mata.

    Bahan utama yang digunakan untuk membuat pewarna alam ini dapat ditemukan di sekitar

    kita seperti

  • 7/27/2019 Folio Batik

    12/15

    a. Bungab. Kulit buah bahkan kulit kayu juga dapat dimanfaatkanc. Akar kayu

    Cara pembuatannya pun cukup sederhana, kita hanya perlu mencuci material yang akan

    dipergunakan, lalu dipotong kecil-kecil dan direbus minimal 12 jam. Semakin lama kita

    merebusnya semakin bagus hasil pewarnaannya.

    Untuk mendapatkan warna ungu kita dapat memakai kulit buah manggis, warna coklat, abu-

    abu, dan hitam dapat digunakan kulit rambutan, untuk warna kuning dan oranye kita dapat

    mencoba menggunakan kunyit. Dan pastinya masih banyak bahan-bahan lain yang dapat

    dipergunakan untuk dijadikan zat warna alam terutama bahan yang sudah tidak dapat kitapergunakan,lagi pula dapat kita gunakan menjadi alternatif daur ulang yang cukup menarik

    PENJAGAAN BATIK

    Batik memerlukan penjagaan yang mudah. Kaedahnya, bagi cucian pertama batik,adalah

    digalakkan supaya digunakan cara cucian kering (dryclean) dengan kos kurang RM10 bagi

    sepasang baju. Tujuannya ialah untuk menjaga kilatan

    pada batik. Pilihan lain, batik boleh dicuci terus tetapi cucilah berasingan dengan cucian yang

    lain dan hendaklah dijemur di tempat redup dan tidak terdedah kepada matahari bagi menjaga

    ketahanan batik.

    Manakala untuk memudahkan batik digosok, penggunaan semburan pelembut pada batik

    adalah baik untuk diamalkan.

    Alat

    1. Canting

    2. Pemidang

    3. Berus

    4. Periuk

    5. Kuali atau bekas

    6. Dapur

    Bahan

    1. Kain putih (jenis kain kapas)

  • 7/27/2019 Folio Batik

    13/15

    2. Campuran lilin

    3. Bahan pewarna

    4. Bahan pemati warna (fixer)

    5. Debu soda

    Teknik dan Proses

    1. Kain dibersih dan dikeringkan

    2. Kain ditegangkan pada pemidang kayu

    3. Motif dan corak dilakarkan dengan pensel di atas permukaan kain

    4. Bahan campuran lilin dipanaskan sehingga cair

    http://1.bp.blogspot.com/_1LEbUHiU91k/S4ffZrg1deI/AAAAAAAAAT4/gPDm09_Awd4/s1600-h/DSC00064.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_1LEbUHiU91k/S4fcgpXXC2I/AAAAAAAAATI/28AfqrXMIWs/s1600-h/step1.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_1LEbUHiU91k/S4ffZrg1deI/AAAAAAAAAT4/gPDm09_Awd4/s1600-h/DSC00064.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_1LEbUHiU91k/S4fcgpXXC2I/AAAAAAAAATI/28AfqrXMIWs/s1600-h/step1.jpg
  • 7/27/2019 Folio Batik

    14/15

    5. Canting digunakan untuk mengisi lilin cair dan melakarkan corak pada kain

    6. Berus digunakan untuk untuk menyapu warna mengikut gubahan warna yang telah

    ditetapkan

    7. Kain yang telah siap diwarnakan dibiarkan kering

    8. Kain direndam atau disapu dengan sodium silikat selama 812 jam untuk mematikan

    warna

    http://3.bp.blogspot.com/_1LEbUHiU91k/S4fcmk2D6XI/AAAAAAAAATg/aTvy59hZVXg/s1600-h/step4.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_1LEbUHiU91k/S4fck0Y_RfI/AAAAAAAAATY/d4U9TC5l5UU/s1600-h/step3.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_1LEbUHiU91k/S4fciiQTr-I/AAAAAAAAATQ/lGR-55wy0PQ/s1600-h/step2.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_1LEbUHiU91k/S4fcmk2D6XI/AAAAAAAAATg/aTvy59hZVXg/s1600-h/step4.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_1LEbUHiU91k/S4fck0Y_RfI/AAAAAAAAATY/d4U9TC5l5UU/s1600-h/step3.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_1LEbUHiU91k/S4fciiQTr-I/AAAAAAAAATQ/lGR-55wy0PQ/s1600-h/step2.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_1LEbUHiU91k/S4fcmk2D6XI/AAAAAAAAATg/aTvy59hZVXg/s1600-h/step4.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_1LEbUHiU91k/S4fck0Y_RfI/AAAAAAAAATY/d4U9TC5l5UU/s1600-h/step3.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_1LEbUHiU91k/S4fciiQTr-I/AAAAAAAAATQ/lGR-55wy0PQ/s1600-h/step2.jpg
  • 7/27/2019 Folio Batik

    15/15

    9. Kain direbus dalam campuran air dan debu soda

    10. Kain dicuci, dibilas kemudian dijemur ditempat redup atau digosok sehingga kering

    Kekemasan dan Persembahan

    1. Garisan lilin kemas dan tidak putus-putus

    2. Sambungan garisan tidak ketara

    3. Tiada kesan lilin

    4. Warna tidak bertelau-telau

    5. Warna motif dan latar bersesuaian

    6. Aliran corak harmoni dan seimbang7. Mempunyai nilai dan identiti sendiri

    Read more:http://senivisual1.blogspot.com/2010/02/batik-lukis.html#ixzz0tlfJVqk0

    http://senivisual1.blogspot.com/2010/02/batik-lukis.html#ixzz0tlfJVqk0http://senivisual1.blogspot.com/2010/02/batik-lukis.html#ixzz0tlfJVqk0http://senivisual1.blogspot.com/2010/02/batik-lukis.html#ixzz0tlfJVqk0http://4.bp.blogspot.com/_1LEbUHiU91k/S4fcq1ervFI/AAAAAAAAATw/gieI5_z70Fw/s1600-h/step6.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_1LEbUHiU91k/S4fcoZMByNI/AAAAAAAAATo/IBdvj-8m6QY/s1600-h/step5.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_1LEbUHiU91k/S4fcq1ervFI/AAAAAAAAATw/gieI5_z70Fw/s1600-h/step6.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_1LEbUHiU91k/S4fcoZMByNI/AAAAAAAAATo/IBdvj-8m6QY/s1600-h/step5.jpghttp://senivisual1.blogspot.com/2010/02/batik-lukis.html#ixzz0tlfJVqk0