nom 5

12
1.0 PENGENALAN Sarawak terletak di barat laut Borneo dan berada dibawah kekuasaan Kesultanan Brunei sejak abad ke-15. 1 Penduduk menentang dan menekankan sikap anti- Brunei atas sebab pemerintahan Sultan Brunei yang bersikap kejam. Datu Patinggi Ali merupakan ketua gerakan anti-Brunei menentang Pengiran Mahkota pada tahun 1835. 2 James Brooke telah menjadi pengantara dalam pertelingkahan tersebut atas permintaan Pangiran Muda Hashim dan telah berjaya menyelesaikan masalah yang berlaku dengan cara yang aman. Oleh kerana itu, Pangiran Muda Hashim telah memberi ganjaran kepada James Brooke pada 24 September 1841 dengan pemberian wilayah seluas 18,000 kilometer persegi dari Tanjung Datu ke Sungai Samarahan dan kawasan pedalaman sehingga ke Bau, Sarawak. Pada 1 Ogos 1842, James Brooke ditabalkan sebagai Rajah Putih pertama Sarawak di Brunei dan seterusnya ditabalkan di Kuching pada 18 September 1842. Pada 11 Jun 1868, James Brooke telah meninggal dunia dan Charles Brooke telah ditabalkan sebagai Rajah Putih kedua Sarawak. Selepas pemerintahan Charles Brooke, Charles Vyner Brooke telah ditabalkan sebagai pemerintah Sarawak dan merupakan Rajah Putih yang ketiga. Sepanjang pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak, terdapat banyak perubahan yang berlaku yang melibatkan aspek politik, ekonomi dan juga sosial. Namun, pada tahun 1941, Jepun telah datang ke Sarawak dan telah menyerang ibu negeri Sarawak. Pada 24 Disember 1941, Jepun telah berjaya menduduki Kuching. Charles Vyner Brooke pada ketika itu berada di Britain kerana dan hanya menyerahkan tugasan mengurus pentadbiran kepada setiausahanya. Kependudukan Jepun di Sarawak telah menyebabkan penduduk hidup dalam kemiskinan, tekanan hidup dan penyeksaan. Walau bagaimanapun, Jepun telah menyerah diri tanpa syarat pada 14 Ogos 1945 dan angkatan tentra Australia dibebaskan di Kuching pada 11 September 1945. 3 Selepas kependudukan Jepun, Charles Vyner Brook kembali semula ke Sarawak. Kesan daripada kerosakan yang teruk berlaku di Sarawak, Charles Vyner Brooke tidak mampu membangunkan semula Sarawak. Hal ini kerana, pemulihan semula Sarawak memerlukan kos yang tinggi. Ditambah lagi dengan usianya yang semakin meningkat serta tidak mempunyai pewaris bagi keluarga Brooke 1 Graham Saunders. A History of Brunei. Kuala Lumpur: Oxford University Press . 1994. hlm. 1-32 & 67-98. 2 Donald E. Brown. Socio-Political History of Brunei, a Borneo Malay Sultanate. Unpublished Ph.D. Thesis, Cornell University, Ithaco, N.Y . 1969. 3 Bob Reece. Masa Jepun: Sarawak Under The Japanese 1941-1945. Kuching: Sarawak Literacy Society. 1998. 1

Upload: justin-martinez

Post on 19-Nov-2015

32 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

njhi

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANSarawak terletak di barat laut Borneo dan berada dibawah kekuasaan Kesultanan Brunei sejak abad ke-15.[footnoteRef:1] Penduduk menentang dan menekankan sikap anti-Brunei atas sebab pemerintahan Sultan Brunei yang bersikap kejam. Datu Patinggi Ali merupakan ketua gerakan anti-Brunei menentang Pengiran Mahkota pada tahun 1835.[footnoteRef:2] James Brooke telah menjadi pengantara dalam pertelingkahan tersebut atas permintaan Pangiran Muda Hashim dan telah berjaya menyelesaikan masalah yang berlaku dengan cara yang aman. Oleh kerana itu, Pangiran Muda Hashim telah memberi ganjaran kepada James Brooke pada 24 September 1841 dengan pemberian wilayah seluas 18,000 kilometer persegi dari Tanjung Datu ke Sungai Samarahan dan kawasan pedalaman sehingga ke Bau, Sarawak. [1: Graham Saunders. A History of Brunei. Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1994. hlm. 1-32 & 67-98.] [2: Donald E. Brown. Socio-Political History of Brunei, a Borneo Malay Sultanate. Unpublished Ph.D. Thesis,Cornell University, Ithaco, N.Y . 1969.]

Pada 1 Ogos 1842, James Brooke ditabalkan sebagai Rajah Putih pertama Sarawak di Brunei dan seterusnya ditabalkan di Kuching pada 18 September 1842. Pada 11 Jun 1868, James Brooke telah meninggal dunia dan Charles Brooke telah ditabalkan sebagai Rajah Putih kedua Sarawak. Selepas pemerintahan Charles Brooke, Charles Vyner Brooke telah ditabalkan sebagai pemerintah Sarawak dan merupakan Rajah Putih yang ketiga. Sepanjang pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak, terdapat banyak perubahan yang berlaku yang melibatkan aspek politik, ekonomi dan juga sosial.

Namun, pada tahun 1941, Jepun telah datang ke Sarawak dan telah menyerang ibu negeri Sarawak. Pada 24 Disember 1941, Jepun telah berjaya menduduki Kuching. Charles Vyner Brooke pada ketika itu berada di Britain kerana dan hanya menyerahkan tugasan mengurus pentadbiran kepada setiausahanya. Kependudukan Jepun di Sarawak telah menyebabkan penduduk hidup dalam kemiskinan, tekanan hidup dan penyeksaan. Walau bagaimanapun, Jepun telah menyerah diri tanpa syarat pada 14 Ogos 1945 dan angkatan tentra Australia dibebaskan di Kuching pada 11 September 1945.[footnoteRef:3] Selepas kependudukan Jepun, Charles Vyner Brook kembali semula ke Sarawak. [3: Bob Reece. Masa Jepun: Sarawak Under The Japanese 1941-1945. Kuching: SarawakLiteracy Society. 1998.]

Kesan daripada kerosakan yang teruk berlaku di Sarawak, Charles Vyner Brooke tidak mampu membangunkan semula Sarawak. Hal ini kerana, pemulihan semula Sarawak memerlukan kos yang tinggi. Ditambah lagi dengan usianya yang semakin meningkat serta tidak mempunyai pewaris bagi keluarga Brooke telah memaksa beliau untuk mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada pihak British walaupun mendapat tentangan oleh penduduk tempatan. Pihak British mengambil keputusan untuk mengambil alih pentadbiran Sarawak daripada Brooke dengan alasan Sarawak memerlukan bimbingan untuk memulihkan keadaan selepas pendudukan Jepun di Sarawak. British secara rasmi telah menjadikan Sarawak dibawah jajahannya pada 1 Julai 1946. Pemerintahan kolonial British di Sarawak adalah lebih kepada membaikpulih dan membangunkan semula Sarawak dalam aspek politik, ekonomi dan juga sosial.

Dalam aspek politik misalnya, kolonial British telah menyusun semua pentadbiran Sarawak, membentuk Majlis Tempatan, menubuhkan Majlis Penasihat Bahagian, membuat perubahan dalam Majlis Tertinggi dan Dewan Negeri, menubuhkan Majlis Bandaran Kuching, memperkenalkan sistem kehakiman dan menubuhkan Majlis Islam Sarawak 1955. Manakala dalam aspek ekonomi pula, British telah membangunkan bidang penanaman getah, mewujudkan Skim Penanaman Getah (SPG) 1956, menggalakkan tanaman lain, membangunkan sektor pertanian, memperkenalkan Skim Penanaman Kelapa 1956 dan membangunkan syarikat-syarikat. Seterusnya dalam aspek sosial pula, British telah membuat perubahan dalam sistem pendidikan, membaiki sekolah Mission Kristian, Melayu dan Cina, memperkenalkan kaedah self-help, menaiktaraf kesihatan, membangunkan sistem prhubungan udara, melaksanakan perkhidmatan bot laju Sunderland dan membangunkan sistem komunikasi.

2.0 PEMBANGUNAN POLITIK

Selepas Jepun meninggalkan Sarawak, keadaan politik Sarawak berada dalam keadaan tidak stabil. Charles Vyner Brooke tidak mampu untuk memulihkan semula keadaan politik Sarawak pada ketika itu. Oleh itu, beliau telah mengambil keputusan menyerahkan Sarawak kepada British dan secara rasminya British telah menjadi kolonial di Sarawak pada Julai 1946.[footnoteRef:4] Kolonial British dikatakan lebih berkelayakan dan lebih berkemampuan untuk membangunkan semula politik Sarawak. [4: Khoridatul Anissa. MALAYSIA MACAN ASIA: Ekonomi, Politik, Sosio-Budaya, dan Dinamika HubungannyaDengan Indonesia. Perpustakaan Nasional: Katalog Dalam Terbitan (KDT). 2009. hlm 125.]

Antara usaha yang dijalankan oleh pihak kolonial British semasa memerintah Sarawak adalah menyusun semula pentadbiran Sarawak.[footnoteRef:5] Keadaan pentadbiran di Sarawak pada ketika itu berada dalam keadaan tidak teratur. Kuasa pentadbiran tertinggi Sarawak adalah Gabenor yang merupakan pegawai British yang terlatih dan berpengetahuan. British telah mengambil langkah membahagikan Sarawak kepada lima bahagian utama dan setiap bahagian ini diketuai oleh seorang residen yang dilantik sendiri oleh pihak British dan dalam kalangan pegawai British. Bahagian-bahagian ini akan dibahagikan lagi kepada peringkat daerah. British telah melantik seorang pegawai daerah untuk mentadbir kawasan di peringkat daerah. Daerah-daerah ini kemudiannya dibahagikan kepada peringkat kampung. Pada peringkat kampung, ketua kampung atau ketua anak akan menjadi pentadbir dimana mereka menjalankan tanggungjawab untuk memungut cukai dan menjaga keselamatan penduduknya. Tujuan perlaksanaan pentadbiran ini adalah untuk memudahkan pengurusan sistem pentadbiran Sarawak. [5: Mazlan Abdullah. SEJARAH MALAYSIA TIMUR. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors. 1978.hlm 71.]

Pada tahun 1947, Kolonial British telah membentuk Majlis Tempatan di Sarawak. Tujuan majlis ini dibentuk adalah untuk memberi ruang atau peluang kepada penduduk tempatan untuk mengambil ahli dalam pentadbiran tempatan. Pihak British telah melantik penduduk tempatan dalam memegang jawatan-jawatan tertentu dalam Majlis ini. Pelantikan dari dalam kalangan penduduk tempatan adalah bertujuan untuk mengimbangi dan memberi hak bersuara kepada penduduk tempatan bagi mengutarakan sebarang masalah yang dihadapi oleh penduduk tempatan. Majlis ini berfungsi sebagai tempat untuk membincangkan hal berkaitan pelajaran rendah, kesihatan, mengutip cukai, jalan raya, bekalan air dan mengawal perbelanjaan. Selain itu, British juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Bahagian pada tahun 1956. Anggota bagi majlis ini adalah terdiri daripada penduduk tempatan yang dilantik oleh pihak British itu sendiri. Sarawak telah dibahagikan kepada lima bahagian dan setiap bahagian ini mempunyai Majlis Penasihat tersendiri. Tujuan penubuhan majlis ini adalah untuk menasihati penduduk tempatan yang memegang jawatan dalam pentadbiran di peringkat daerah dan juga kampung hal berkaitan pemungutan cukai dan perlaksanaan tanggungjawab masing-masing. Dalam masa yang sama, pihak British juga telah menubuhkan Majlis Daerah di seluruh Sarawak. Majlis Daerah ini bertujuan untuk mentadbir sesuatu kawasan daerah di mana ketua kampung atau ketua anak akan berhubung terus menerusi majlis ini sekiranya terdapat sebarang masalah yang harus dibincangkan diperingkat kampung. Manakala, Majlis Tertinggi dan Dewan Negeri pula masih diteruskan oleh pihak British dengan melakukan sedikit perubahan sahaja. Majlis ini sebenarnya sudah lama wujud iaitu semasa pemerintahan Brooke lagi. Apa yang dilakukan oleh British adalah membaikpulih atau membangunkan semula Majlis Tertinggi dan Dewan Negeri Sarawak. Gabenor merupakan kuasa pentadbiran tertinggi dalam kedua-dua badan tersebut dan merupakan pegawai British yang dilantik sendiri oleh British. Jumlah ahli dalam kedua-dua badan itu telah ditambah untuk memenuhi keperluan pentadbiran. Pada mulanya, jumlah ahli bagi Majlis Tertinggi adalah seramai 10 orang anggota dan Dewan Negeri pula adalah seramai 45 orang anggota dimana 24 orang daripadanya adalah dilantik sendiri oleh oleh Majlis Penasihat Bahagian yang terdiri daripada lima bahagian utama di Sarawak. Manakala, 5 daripada 10 orang anggota dalam Majlis Tertinggi adalah dilantik sendiri oleh Dewan Negeri. Pihak British juga telah menubuhkan Majlis Bandaran Kuching di Sarawak pada tahun 1954. Rasionalnya adalah British ingin memperkemaskan sistem pentadbiran Sarawak dan pentadbiran dapat dijalankan dengan lebih mudah dan lancar. Pilihan raya juga turut diperkenalkan di Sarawak dimana ia dijalankan di peringkat bahagian dan juga di peringkat daerah. Tujuan penubuhan pilihan raya adalah untuk membolehkan penduduk tempatan memilih sendiri ahli-ahli yang akan menduduki jawatan dalam pentadbiran. namun begitu, kuasa pentadbiran masih terletak kepada kekuasaan Gabenor British. Penduduk hanya boleh memilih penduduk tempatan yang berkelayakan untuk memegang jawatan di peringkat bahagian dan daerah sahaja. British juga telah memperkenalkan sistem kehakiman di Sarawak. Tujuan perlaksanaan sistem kehakiman ini adalah untuk mengawal dan menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku di Sarawak. Di Sarawak, sistem kehakiman dilaksanakan secara berperingkat bagi memudahkan pengurusan. Di peringkat negeri, sistem kehakiman akan dilaksanakan oleh Gabenor iaitu ketua pentadbir tertinggi Sarawak. Manakala, di peringkat daerah pula akan dilaksanakan oleh Ketua Anak Negeri yang telah dilantik. Seterusnya, di peringkat kampung dimana sistem kehakiman ini dilaksanakan oleh Ketua Kampung atau Tuan Rumah itu sendiri. Sekiranya masalah di peringkat kampung tidak dapat di selesaikan oleh Ketua Kampung atau Tuan Rumah, maka kes tersebut akan dibawah ke peringkat daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Majlis Islam Sarawak juga telah ditubuhkan pada 1 Mei 1955. Majlis ini bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan hal ehwal agama Islam di Sarawak. Sebelum wujudnya majlis ini, Sarawak tidak mempunyai badan yang berkuasa atau bertanggungjawab langsung dalam pentadbiran dan hal ehwal agama Islam. Majlis ini terdiri daripada seorang Presiden dan 7 orang ahli dimana salah seorang daripadanya adalah bukan orang melayu tetapi memeluk agama Islam. Kesemua ahli dalam majlis ini adalah dilantik oleh Gabenor Sarawak.

3.0 PEMBANGUNAN EKONOMIKeadaan ekonomi Sarawak selepas kependudukan Jepun adalah sangat teruk pada ketika itu akibat daripada tindakan Jepun mengugurkan bom-bom khususnya ke atas pusat-pusat pentadbiran dan juga perekonomian. Antara kawasan yang terlibat adalah bandar Miri dan Kuching.[footnoteRef:6] Keadaan ini telah mengakibatkan ekonomi Sarawak pada ketika itu terbantut dan terhenti seketika dan Charles Vyner Brooke tidak mampu berbuat apa-apa kerana beliau tidak mempunyai sejumlah wang yang banyak untuk memulihkan semula ekonomi sarawak yang telah musnah. Oleh itu, pihak British telah bersetuju untuk mentadbir Sarawak dan melaksanakan usaha lebih kepada membaikpulih dan membangunkan semula ekonomi Sarawak yang telah musnah semasa Perang Dunia Ke-2 iaitu semasa kedatangan Jepun di Borneo. Dalam Utusan Sarawak menyatakan , Sarawak sudah tentu menjadi medan ekonomi yang boleh membantu kepentingan ekonomi British.[footnoteRef:7] Maksudnya, ekonomi merupakan faktor utama mengapa British menerima Sarawak sebagai Tanah jajahannya. [6: Mazlan Abdullah, op.cit., hlm 65.] [7: Utusan Sarawak, 10 April 1950, hlm.3.]

Antara usaha pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh pihak British adalah membangunkan semula bidang penanaman getah. British telah memperkenalkan suatu kaedah baharu dalam penanaman getah iaitu dengan cara kahwin. Cara ini mampu menghasilkan susu getah yang lebih banyak untuk keperluan industri. Oleh kerana getah mendapat permintaan yang tinggi dari negara Barat, maka British mengambil langkah untuk meluaskan lagi penanaman getah di Sarawak bagi mandapatkan hasil ekonomi yang banyak dan wang yang diperolehi akan digunakan sebagai pusingan balik bagi membangunkan ekonomi Sarawak dari masa ke semasa. Pada tahun 1960an, estet-estet getah semakin bertambah dan kebanyakannya dimiliki oleh syarikat-syarikat British yang melabur di Sarawak seperti syarikat Harrison & Crossfield, Guthrie, Sime Darby, Borneo Company, North Trading Company dan lain-lain. Oleh kerana getah merupakan sektor ekonomi yang terpenting, maka British telah mewujudkan Skim Penanaman Getah (SPG) pada tahun 1956. Matlamat utama skim ini adalah ingin memperluaskan penanaman getah iaitu sekitar 10,000 ekar hingga tahun 1960. Pada ketika itu, tanaman getah merupakan tanaman yang paling luas di tanam di Sarawak dan hasil eksportnya juga adalah tinggi. Pihak British telah memberi galakan kepada penduduk tempatan untuk mengusahakan penanaman getah bagi meningkatkan lagi hasil getah di Sarawak. Bukan hanya getah, tanaman-tanaman lain juga turut dibangunkan oleh pihak British. British menggalakkan pengusahaan penanaman lada hitam[footnoteRef:8], sagu, kelapa kering, kayu balak, minyak tanah dan lain-lain. Tanaman ini merupakan sebahagian daripada hasil pendapatan Sarawak dimana ia telah dieksport ke luar negara bagi memenuhi permintaan pasaran. Kawasan-kawasan baharu telah dibuka untuk tujuan penanaman secara ladang. British telah mengambil langkah menggalakkan penduduk tempatan untuk menjalankan perusahaan ini bagi membangunkan ekonomi Sarawak. Selain itu, penanaman tembakau juga turut dilaksanakan sama seperti di Sabah. Tembakau merupakan salah satu hasil dagangan yang mendapat permintaan pasaran yang tinggi di Eropah dan juga kawasan-kawasan lain. [8: http://eprints.utm.my/14760/1/HamidahAbdulRahman2009_PembangunanEkonomidalamHubunganEtnik.pdf Di akses pada 24.04. 2014.]

Sektor pertanian juga turut dibangunkan oleh pihak British semasa pemerintahnanya di Sarawak.[footnoteRef:9] Sektor pertanian iaitu padi merupakan salah satu sektor ekonomi terpenting di Sarawak. Pihak British telah menjalankan usaha mempergiatkan pengeluaran bidang penanaman dengan cara mewujudkan Skim bantuan kepada penanam padi (SBPP) yang pertama kalinya bermula pada tahun 1959. Pihak British lebih menggalakkan pengusahaan padi paya berbanding padi bukit. Skim ini bertujuan untuk menggalakkan penduduk tempatan untuk membuka kawasan baharu yang lebih luas untuk menanam padi paya dengan menggunakan kaedah pertanian moden yang diperkenalkan oleh British itu sendiri. Oleh kerana kekurangan beras pada ketika itu, British telah menjalankan catuan dan beras terpaksa diimport dari Tahiland dan Burma.[footnoteRef:10] [9: Mazlan Abdullah, op.cit., hlm 72.] [10: Ibid.]

Pada tahun 1956, British juga telah memperuntukan Skim Penanaman Kelapa. Pengeluaran kelapa juga merupakan salah satu hasi ekonomi yang mendapat pasaran di negara luar. Oleh itu, British telah menjalankan usaha untuk menggalakkan penduduk tempatan untuk menjalankan penanaman kelapa secara besar-besaran bagi menampung keperluan pasaran. Kawasan penanaman kelapa pada ketika itu adalah seluas 45,000 ekar. Dari jumlah ini, kira-kira 40,000 ekar telah ditanam di bawah skim ini. Seterusnya, British juga telah membangunkan tujuh buah syarikat baharu di Sarawak pada tahun 1962. Namun, syarikat-syarikat ini hanyalah bertaraf printis dimana ia dibina melalui pelaburan yang dilaburkan oleh pelabur dari Barat. Maksudnya, British mengambil langkah menggalakkan pelabur Barat untuk melabur di Sarawak bagi membangunkan ekonomi Sarawak semasa pemerintahannya. Syarikat-syarikat ini ditubuhkan bagi tujuan pemprosesan kain-kain batik, plywood dan biskut. Hasil keluaran syarikat ini akan di pasarkan ke negara jiran dan juga negara Eropah. Memandangkan Sarawak kaya dengan pokok-pokok yang berbatang besar[footnoteRef:11], maka British telah mengunakan hasil semula jadi ini untuk dijadikan barangan yang terlebih dahulu diproses di syarikat kilang tersendiri kemudian dijadikan plywood yang mendapat pasaran di peringkat negara. [11: Khoridatul Anissa, op.cit., hlm 130.]

4.0 PEMBANGUNAN SOSIALSemasa Brooke memerintah Sarawak, keadaan sosial Sarawak adalah terkawal dan banyak pembangunan yang telah dilaksanakan walaupun terdapat sedikit pemberontakan dalam kalangan penduduk tempatan ekoran daripada perlaksanaan undang-undang baharu Brooke. Namun begitu, semasa kedatangan pihak Jepun, keadaan sosial di Sarawak berada di tahap yang teruk termasuk keadaan persekitaran dan juga kehidupan masyarakat. British mengambil langkah membaiki kerosakaan dan menambah kemudahan infrastruktur sedia ada khususnya dalam aspek pendidikan, kesihatan, perhubungan dan komunikasi. Antara pembangunan sosial yang dilaksanakan oleh British semasa pemerintahannya di Sarawak adalah membuat perubahan dalam sistem pendidikan.[footnoteRef:12] Pendidikan sebenarnya sudah wujud sejak pemerintahan Kesultanan Brunei tetapi dengan cara tidak formal dan lebih kepada tradisional iaitu berkaitan dengan ajaran agama Islam.[footnoteRef:13] Semasa pemerintahan kolonial British, usaha mengabung dan menyatupadukan pelbagai etnik di Sarawak lebih di tekankan dengan cara perlaksanaan pendidikan. Setelah tentera Jepun meninggalkan Sarawak, satu perkembangan yang menarik telah berlaku dalam kalangan kaum Melayu Sarawak ketika itu apabila mereka telah mengambil inisiatif untuk membuka sekolah-sekolah rakyat. Pembukaan sekolah ini adalah dari dalam kalangan mereka yang menentang penyerahan Sarawak kepada British.[footnoteRef:14] [12: http://e-journal.um.edu.my/filebank/published_article/2494/837.pdf .Diakses pada 24.04.2014.] [13: Sabihah Osman. Perkembangan Pelajaran Bumiputra Sarawak 1841-1941. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka. 1990.] [14: Nordin Achie. Perkembangan pendidikan Sejak Zaman Regim Brooke dan Sedasawara Perjanjian Britishdi Sarawak. Kuala Lumpur : Utusan Malaya. 2005. hlm 7.]

Ketiga-tiga jenis sekolah yang mengalami kerosakan akibat daripada serangan tentra Jepun iaitu sekolah Mission Kristian, Melayu dan Cina telah diperbaiki bagi membolehkan anak-anak penduduk tempatan mendapatkan pendidikan seperti sedia kala iaitu semasa pemerintahan Brooke. Hal ehwal pendidikan diletakkan dibawah Lembaga Tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1948. Pada tahun 1961, British telah menubuhkan lima buah sekolah baharu dan akan ditambah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah pagi menggalakkan anak-anak tempatan mendapatkan pendidikan. Di setiap sekolah, Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantara dan bahasa utama yang wajib dipelajari oleh semua pelajar.[footnoteRef:15] Bahasa Inggeris lebih ditekankan berbanding bahasa lain tidak kira di Sekolah Kristian, Melayu mahupun Cina. Oleh kerana kekurangan guru, British telah menubuhkan maktab perguruan di Sarawak. [15: Mazlan Abdullah, op.cit., hlm 73.]

Sekitar tahun 1948, British telah menjalankan strategi memperkenalkan kaedah self-help akibat kekurangan kewangan pada ketika itu. Pembinaan sekolah tidak dapat dipikul oleh British itu sendiri. Oleh itu, British telah menyerahkan tanggungjawab pembinaan sekolah kepada Lembaga Tempatan. Sekolah rendah telah ditukar nama kepada Sekolah Daerah. Antara tahun 1948 hingga 1954, sebanyak 34 buah sekolah rendah telah dibina oleh Lembaga Tempatan di Sarawak.[footnoteRef:16] Keadaan ini telah mengakibatkan sukatan pelajaran yang dijalankan adalah tidak seragam antara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Oleh itu pada tahun 1956, British mula memberi bantuan grant-in-adi kepada sekolah-sekolah swasta dan sekolah-sekolah Cina yang bukan kerajaan dengan syarat sekolah itu menggunakan sukatan pelajaran kerajaan. [16: Ooi Keat Gin. Dunia di Seberang Sungai: Pendidikan di Sarawak dari Zaman Pemerintahan Brookehingga ke Pentadbiran Pejabat Penjajahan 1841-1963. Pulau Pinang: Universiti SainsMalaysia(USM). 2001. hlm 120.]

Seterusnya, British telah mengambil kira aspek berkaitan kesihatan. Selepas kependudukan Jepun di Sarawak, tahap kesihatan penduduk adalah sangat rendah. Ramai penduduk yang menghidapi penyakit kesan daripada letupan bom yang dijatuhkan di Sarawak ketika Jepun menyerang. Hal ini kerana, kesan letupan bom mengakibatkan perebakan asap beracun dan udara yang tercemar yang mampu menyerang kesihatan penduduk yang berhampiran dengan kawasan tersebut. Pihak British memberi tumpuan dan mengambil langkah penyelesaian kesihatan di Sarawak. Antara usaha yang dilaksanakan oleh British pada ketika itu adalah membaiki Jabatan Kesihatan yang telah musnah akibat serangan Jepun yang terdiri daripada Jabatan Kesihatan Kuching, Miri, Limbang dan Bintulu. British juga telah memperuntukkan wang sejumlah $670,000 untuk membina dan memperbaiki 18 buah hospital dan dispensari-dispensari di Sarawak.[footnoteRef:17] Hospital-hospital ini bertujuan untuk memberi rawatan kepada penduduk yang mengalami masalah kesihatan seperti batuk kering, malaria dan kusta. Pada tahun 1963, British telah menubuhkan Klinik Kesihatan untuk penduduk yang menghidapi penyakit TB sahaja. Tujuannya adalah untuk mengawal penyakit TB dari terus menular dari satu tempat ke tempat yang lain. Selain itu, British juga telah melatih penduduk tempatan untuk menjadi kakitangan dalam megendalikan urusan bahagian X-ray di hospital-hospital kerajaan.[footnoteRef:18] [17: Mazlan Abdullah, op.cit., hlm 72.] [18: Ibid, hlm 74.]

Namun begitu, sistem kesihatan dan perubatan di Sarawak hanya terdapat di beberapa kawasan sahaja. British lebih menumpuhkan pembinaan hospital di kawasan-kawasan utama sahaja dan juga pekan. Perkhidmatan kesihatan di kawasan luar Bandar adalah tidak mencukupi dan kebanyakan kawasan ini tidak mempunyai kemudahan-kemudahan perubatan. Semasa pemerintahan British di Sarawak, British telah membangunkan sistem pengangkutan dan perhubungan yang telah musnah kesan dari letupan bom tentra Jepun semasa Perang Dunia Ke-2. Pada tahun 1949, British telah membangunkan perhubungan udara melalui Malayan Airways Limited di Sarawak. Tujuan penubuhan perhubungan udara ini adalah untuk memudahkan perhubungan dengan Singapura, Jesselton dan Sandakan dengan Kuching. Selain itu, perhubungan air juga turut dipulihkan seperti pelabuhan di Kuching, Sibu dan juga Miri bagi memudahkan urusan perdagangan dengan pedagang-pedagang yang datang ke Sarawak. Perkhidmatan bot laju Sunderland juga turut diwujudkan dengan tujuan mengawal perairan Sarawak daripada diceroboh. Perkhidmatan ini telah diberi oleh Tentera Udara Diraja (RAF) kepada Sarawak. British juga telah membangunkan Syarikat perkhidmatan bot express untuk tujuan perhubungan laluan sungai seperti di Simanggang, Sarikei, Sibu dan Limbang. Perhubungan darat iaitu jalan raya juga turut dibaikpulih oleh pihak British khususnya jalan yang menghubungkan Kuching dengan Sibu. Usaha untuk membaikpulih jalanraya dikatakan amat sukar kerana dipengaruhi oleh faktor bentuk muka bumi yang beralun dan dengan jarak 200 batu panjangnya. Dalam usaha membaikpulih dan membangunkan sistem perhubungan ini, British telah melantik jurutera-jurutera dan juruukur-juruukur yang berkebolehan dan berpengetahuan baik tentang pembinaan sistem perhubungan yang baik. British juga telah membangunkan sistem komunikasi di Sarawak. Sistem komunikasi ini bertujuan untuk memudahkan penyampaian sebarang maklumat dari satu tempat ke satu tempat yang lain di Sarawak. Berbanding dengan zaman sebelumnya dimana masyarakat agak sukar untuk berhubung antara satu dengan yang lain. Namun, semasa pemerintahan British, perkhidmatan telegraf dan juga telefon telah wujud. Perkhidmatan ini membantu memudahkan lagi urusan pentadbiran di Sarawak. Bidang komunikasi terus berkembang dengan wujudnya perkhidmatan penyiaran radio yang disiarkan dalam bahasa Iban, Melayu dan Inggeris. Pembukaan penyiaran radio di Sarawak telah dirasmikan pada bulan Jun 1954. Pada tahun 1950an, akhbar dan majalah mulai diterbitkan di Sarawak dimana pada tahun tersebut sebanyak 16 buah akhbar yang dikeluarkan untuk bacaan penduduk tempatan. daripada bilangan itu, terdapat 6 buah akhbar yang diterbitkan dalam bahasa bumiputera iaitu 3 dalam bahasa Iban dan 3 lagi dalam bahasa Melayu.[footnoteRef:19] Tujuan British adalah untuk membolehkan penduduk tempatan mendapat sebarang maklumat semasa dan juga meningkatkan pengetahuan. Contoh akhbar yang wujud masa pemerintahan kolonial British pada ketika itu adalah Utusan Sarawak. Akhbar ini menjadi ruang lidah pengarang untuk menekankan nilai dan kepentingan serta keperluan mendapatkan pendidikan sebagai satu jalan penyelesaian bagi mengurangkan kemunduran dalam kalangan masyarakat Melayu yang mempunyai perbezaan yang amat ketara berbanding masyarakat Cina di Sarawak. [19: Ibid., hlm 75.]

5.0 KESIMPULANBritish telah memerintah Sarawak selama 17 tahun iaitu dari tahun 1946 sehingga 1963. Pelbagai pembangunan dan kemajuan yang telah dilaksanakan oleh pihak Kolonial British sepanjang pemerintahannya di Sarawak dalam segala aspek iaitu politik, ekonomi dan juga sosial. Usaha British adalah lebih kepada membaikpulih negeri Sarawak yang musnah kesan daripada kependudukan Jepun. Namun, rakyat di Sarawak masih terus-menerus menuntut kemerdekaan dari pihak British kerana munculnya semangat Nasionalisme kesan daripada kependudukan Jepun di Sarawak pada ketika itu. Untuk menyelesaikan masalah ini daripada terus berlanjutan, akhirnya pihak British telah bersetuju untuk membiarkan Sarawak menyertai Penubuhan Malaysia. Secara rasminya, Sarawak mencapai kemerdekaan pada 22 Julai 1963 menerusi Malaysia selepas diperintah oleh British[footnoteRef:20] dan menjadi Sebahagian daripada Federasi Malaysia pada 16 September 1963.[footnoteRef:21] Kerajaan Persekutuan pada ketika itu telah menjalankan pelbagai pembangunan di Sarawak bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat dan memperbaiki segala kekurangan yang dihadapi semasa pemerintahan Kolonial British di Sarawak. [20: Ho An Chon. Sarawak Historical Events 1960- 1970 . Kuching: See Hua Daily News Bhd. 1995. hlm. 148.] [21: Khoridatul Anissa, op.cit., hlm 126.]

6.0 RUJUKANBob Reece. 1998. Masa Jepun: Sarawak Under The Japanese 1941-1945. Kuching: SarawakLiteracy Society.Donald E. Brown .1969. Socio-Political History of Brunei, a Borneo Malay Sultanate.Unpublished Ph.D. Thesis, Cornell University, Ithaco, N.Y.Graham Saunders. 1994. A History of Brunei. Kuala Lumpur: Oxford University Press,hlm. 1-32 & 67-98Ho An Chon. 1995. Sarawak Historical Events 1960- 1970 . Kuching: See Hua Daily NewsBhd.Mazlan Abdullah. 1978. SEJARAH MALAYSIA TIMUR. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors.Nordin Achie. 2005. Perkembangan pendidikan Sejak Zaman Regim Brooke dan SedasawaraPerjanjian British di Sarawak. Kuala Lumpur : Utusan Malaya.Ooi Keat Gin. 2001. Dunia di Seberang Sungai: Pendidikan di Sarawak dari ZamanPemerintahan Brooke hingga ke Pentadbiran Pejabat Penjajahan 1841-1963. PulauPinang : Universiti Sains Malaysia (USM).Sabihah Osman. 1990. Perkembangan Pelajaran Bumiputra Sarawak 1841-1941. KualaLumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

http://e-journal.um.edu.my/filebank/published_article/2494/837.pdf .Diakses pada 24.04.2014.

http://eprints.utm.my/14760/1/HamidahAbdulRahman2009_PembangunanEkonomidalamHubunganEtnik.pdf Di akses pada 24.04. 2014.

12