network bab1
Click here to load reader
Post on 01-Nov-2014
26 views
Embed Size (px)
DESCRIPTION
asas rangkaian komputer bab: 1TRANSCRIPT
- 1. BAB 1 :PENGENALAN KEPADA ASAS RANGKAIAN Suria HazniKolej Komuniti Jelebu [email protected] komuniti jelebu
2. 1.1 TAKRIFAN RANGKAIAN
- Merupakan satu titik penyambungan diantara satu komputer dengan komputer yang lain yang dipisahkan secara fizikal kedudukannya tetapi disambung atau dirangkaikan dari segi operasinya.
- Satu koleksi komputer yang dihubungkan oleh laluan komunikasi.
- Boleh dihubungkan kepada rangkaian lain dan mengandungi satu rangkaian lain ( sub-rangkaian).
- Satu titik perkongsian alat (pencetak dan CD-ROM), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.
- Melibatkan fizikal pewayaran dan pemasangan peranti seperti hub dan switch, penggunaan protokol komunikasi dan perisian untuk menguruskan rangkaian dan sebarang operasi berkaitan rangkaian.
[email protected] komuniti jelebu 3. 1.2 KELEBIHAN RANGKAIAN
- Berkongsi Fail- Berkongsi fail yang disimpan pada pelayan (server) atau komputer pusat.
- Memindahkan Fail- Memindahkan fail dari satu komputer ke komputer yang lain.
- Berkongsi Perisian (Aplikasi) dan mengurangkan kos - Berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll.
- - Mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
- Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data - Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi
- - Pengguna yang lain juga dapat menggunakan data -data tersebut.
- Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom Dan Perkakasan lain
- Menggunakan Mel Elektronik ( E-Mail) Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.
[email protected] komuniti jelebu 4. 1.3 CIRI-CIRI KELAS RANGKAIAN
- Terdapat 3 Jenis Kelas Rangkaian didalam Sistem Rangkaian :
- 1) Rangkaian Kawasan Setempat
- ( Local Area Network- LAN)
- 2) Rangkaian Kawasan Meluas
- ( Wide Area Network- WAN)
- 3) Rangkaian Kawasan Metropolitan
- (Metropolitan Area Network- MAN)
[email protected] komuniti jelebu 5. RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)
- Rangkaian yang terhad kepada batasan geografi yang kecil.
- Rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan , sekolah, pejabat atau kampus.
- Merupakansatu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer di dalam kawasan yang terhad seperti dalam kampus universiti, di dalam sebuah bangunan dan di dalam bilik seperti dalamRajah 1.1 .
- Rajah 1.1 : Contoh Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)
[email protected] komuniti jelebu 6. RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)
- Komputer-komputer ini dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah seperti kabelpasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik, talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.
- Situasi yang paling biasa ditemui oleh rangkaian LAN ini ialah mesej dihantar dari satu komputer ke satu komputer yang lain atau arahan untuk menjalankan aturcara yang tersimpan di dalam rangkaian.
- Data aturcara yang diminta oleh mesej mungkin disimpan pada komputer dalam rangkaian atau pada komputer pelayan fail (FileServer ).
- Pelayan fail biasanya merupakan komputer berkuasa tinggi yang mempunyai storan ekslusif (cakera keras dan pemacu CD-ROM) bagi mengawal pengurusan rangkaian.
- Pelayan fail wujud hanya untuk melayan semua komputer yang lain yang berada dalam sistem rangkaian ( workstation ).
- Setiap satu komputer yang menggunakan khidmat pelayan fail seperti proses mencetakdikenali sebagai pelanggan ( client ).
[email protected] komuniti jelebu 7. RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)
- Rajah 1.2 :Contoh Rangkaian Kawasan Setempat dengan File Server
- Terdapat 3 jenis rangkaian topologi yang biasa digunakan di dalam tatarajah LAN bagi rangkaian pelayan.Rangkaian-rangkaian itu ialah :
- - Topologi Bas atau Bas Linar( Bus/Linear Topology)
- - Topologi Bintang atau Labah-labah ( Star Topology)
- - Topologi Gelang Token(Token Ring Topology)
[email protected] komuniti jelebu 8. RANGKAIAN KAWASAN MELUAS (WAN)
- WAN ( Wide Area Network ) menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografi contohnya menghubungkan Malaysia dan Amerika Syarikat.
- Rangkaian WAN ini agak rumit dan kompleks.
- Memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian bagi membolehkan rangkaian setempat (LAN) dan metropolitan berhubung secara global seperti internet seperti dalam rajah.
- Rajah 1.3 : Gabungan Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) membentuk Rangkaian Kawasan Meluas (WAN)
[email protected] komuniti jelebu 9. RANGKAIAN KAWASAN MELUAS (WAN)
- Secara lahirnya, rangkaian WAN kelihatan hampir sama dan tidak banyak bezanya dengan LAN atau MAN.
- Dapat kita simpulkan bahawa WAN mewakili rangkaian komputer yang terpisah oleh jarak dan lokasi geografi yang jauh seperti dalamRajah 1.4 .
- Rajah 1.4 : Contoh Rangkaian Kawasan Meluas (WAN)
[email protected] komuniti jelebu 10. RANGKAIAN KAWASAN METROPOLITAN (MAN)
- MAN ( Metropolitan Area Network ) lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengan LAN dan meliputi suatu rangkaian yang sederhana besar bagi membolehkan informasi dan maklumat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.
- Rangkaian MAN biasanya beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun daerah seperti dalamRajah 1.5 .
- Rajah 1.5 : Contoh Rangkaian Kawasan Metropolitan (MAN)
[email protected] komuniti jelebu 11. KATA KUNCI
- Rangkaian Kawasan Setempat ( Local Area Network)LAN
- LAN merupakan satu rangkaian data berkelajuan tinggi yang merangkumi kawasan geografik yang kecil. Ia menghubungkan komputer pelanggan ( workstation ), komputer peribadi, pencetak dan perkakasan lain dalam skala kecil.
- Rangkaian Kawasan Meluas ( Wide Area Network)WAN
- WAN merupakan satu rangkaian data yang berkelajuan tinggi yang merangkumi kawasan geografik yang besar. Ia menghubungkan komputer pelanggan ( workstation ), komputer peribadi, pencetak dan perkakasan lain dalam skala besar seperti internet.
- Rangkaian Kawasan Metropolitan ( Metropolitan Area Network)MAN
- MAN merupakan satu rangkaian data yang berkelajuan tinggi yang merangkumi kawasan geografik yang sederhana besar. Ia menghubungkan komputer pelanggan ( workstation ), komputer peribadi, pencetak dan perkakasan lain dalam skala sederhana.
- Pelayan Fail ( File Server )
- Pelayan fail biasanya merupakan komputer berkuasa tinggi yang mempunyai storan ekslusif (cakera keras dan pemacu CD-ROM) bagi mengawal pengurusan rangkaian (perkongsian data dan perkakasan)
- Pengguna ( Client )
- Komputer yang menggunakan perkhidmatan pelayan fail
- Stesen Kerja ( Workstation )
- Komputer yang dirangkaian ke pelayan fail
[email protected] komuniti jelebu