negeri bersih rakyat sihat

4
Negeri Bersih Rakyat Sihat Para cendekiawan sering mengatakan bahawa rakyat yang sihat pasti berada di negeri yang bersih. Negeri bermaksud daerah yang berada dibawah pemerintahan seorang sultan atau gabenor. Manakala bersih membawa makna bebas daripada segala bentuk pencemaran sama ada air, udara ataupun bunyi. Rakyat pula bererti seluruh penduduk sesebuah negeri.akhir sekali sihat yang bererti tidak menghidap sebarang penyakit. Pernyataan berikut bukan sebarangan omong kosong kerana hal ini dapat dibuktikan di negara-negara matahari terbenam seperti New Zealand di mana negara tersebut merupakan salah satu negara yang paling bersih daripada pelbagai pencemaran dan tahap kesihatan rakyatnya sangat tinggi sekali berbanding di negara Malaysia. Hal ini telah membuktikan bahawa negeri bersih dapat melahirkan rakyat yang sihat dripada pelbagai aspek sama ada jasmani, rohani mahupun mental. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur kerana masih terdapat punca air yang bersih, pelbagai pokok hijau masih berdiri tegak dan udara yang nyaman dan segar masih dapat dihirup sehingga sekarang. Namun, kita perlu menjaga nikmat yang diberikan oleh Tuhan supaya dapat berterusan hingga ke generasi yang akan datang. Perbentukkan negeri bersih perlu dilakukan dengan kadar yang segera untuk membentuk rakyat sihat.

Upload: muharini-rozab

Post on 04-Jan-2016

1.889 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Negeri Bersih Rakyat Sihat

Negeri Bersih Rakyat Sihat

Para cendekiawan sering mengatakan bahawa rakyat yang sihat pasti

berada di negeri yang bersih. Negeri bermaksud daerah yang berada dibawah

pemerintahan seorang sultan atau gabenor. Manakala bersih membawa makna

bebas daripada segala bentuk pencemaran sama ada air, udara ataupun bunyi.

Rakyat pula bererti seluruh penduduk sesebuah negeri.akhir sekali sihat

yang bererti tidak menghidap sebarang penyakit. Pernyataan berikut bukan

sebarangan omong kosong kerana hal ini dapat dibuktikan di negara-negara

matahari terbenam seperti New Zealand di mana negara tersebut merupakan salah

satu negara yang paling bersih daripada pelbagai pencemaran dan tahap

kesihatan rakyatnya sangat tinggi sekali berbanding di negara Malaysia. Hal ini telah

membuktikan bahawa negeri bersih dapat melahirkan rakyat yang sihat dripada

pelbagai aspek sama ada jasmani, rohani mahupun mental. Sebagai rakyat

Malaysia kita perlu bersyukur kerana masih terdapat punca air yang bersih, pelbagai

pokok hijau masih berdiri tegak dan udara yang nyaman dan segar masih dapat

dihirup sehingga sekarang. Namun, kita perlu menjaga nikmat yang diberikan oleh

Tuhan supaya dapat berterusan hingga ke generasi yang akan datang.

Perbentukkan negeri bersih perlu dilakukan dengan kadar yang segera untuk

membentuk rakyat sihat.

Sebelum saya mengutarakan usaha-usaha untuk membentuk negara bersih

saya ingin memberikan sedikit gambaran sekiranya kita tidak mengambil berat

tentang kebersihan negeri kita. Antara kesannya ialah bekalan makanan akan

berkurangan. Hal ini demikian kerana kilang- kilang di sekitar sungai mengambil

jalan mudah untuk membuang sisa toksik ke dalam sungai

bagi menjimatkan kos. Tetapi perkara ini bukan sahaja mengurangkan kos malah

memburukkan lagi keadaan seperti kematian hidupan makanan laut serta

kekurangan air sungai yang bersih. Selain itu, kilang-kilang memproses besi dan

minyak telah mengeluarkan beribu-ribu kepul asap sehari. Hal ini telah

menyebebkan indeks pencemaran udara semakin meningkat. Malahan, asap

berkepul-kepul ini akan membentuk awan yang berisi air untuk membasahi bumi.

Namun air-air tersebut mengandungi pelbagai asid yang akan menyebabkan

Page 2: Negeri Bersih Rakyat Sihat

hakisan bangunan serta tumbuh- tumbuhan. Pada masa yang sama, hujan asid itu

akan diserap ke dalam tanah. Hal ini akan menyebabkan pokok-pokok yang tubuh

tidak begitu segar dan berkhasiat Malah air bawah tanah juga akan tercemar.

Perkara ini juga dapat mengurangkan sumber minuman yang bersih daripada

pencemaran. Kesemua pencemaran yang terjadi akan menyebabkan sumber makan dan

minuman semakin berkurangan dan berkemungkinan akan berlakunya inflasi makanan dan

minuman sekiranya negara kita tidak bebas dari kekotoran dan pencemaran. Hal ini

sama sekali bertentangan dengan propaganda kita iaitu negeri bersih rakyat sihat.

Pencemaran-pencemaran yang berlaku di negeri kita akan menyebabkan

tahap kesihatan rakyat semakin teruk. Antara penyakit yang berkemungkinan akan

dihidapi oleh rakyat setempat ialah penyakit Taun yang disebabkan oleh jangkitan

virus ‘vibrio cholera’. Penyakit ini berpunca daripada pengambilan makanan dari

persekitaran yang kotor dan tidak terurus seperti pengambilan makanan yang

dicemari kuman taun atau tidak dimasak. Virus ini akan menyerang

saluran penghadaman kita. Antara simptonnya ialah diarea, perut tegang, mual,

muntah dan kekeringan. Jika perkara ini tidak dirawat dengan kadar segera,

kematian boleh berlaku. Disamping itu, bagi pesakit asma sudah pasti akan menjadi

lebih parah apabila berada di kawasan indeks pencemaran yang tinggi seperti di

antara Teluk Kalong dan Bukit Kuang yang merupakan tempat perindustri yang

banyak mengeluarkan asap-asap toksik disamping habuk dan debu. Hal

ini akan menyebabkan keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara

yang mengakibatkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Perkara ini boleh

menyebabkan seseorang itu kekurangan oksigen di dalam badan. Penyakit-penyakit

ini akan menjadi lebih parah sekiranya tidak dirawat pantas. Hal ini sudah pasti akan

mengurangkan rakyat sihat di dalam sesebuah negeri.

Negatif impak yang dinyatakan tadi boleh dibanteras sekiranya kegiatan

gotong-royong dijalankan di seluruh daerah di setiap negeri. Kegiatan ini boleh

dilakukan di sungai, pantai dan kawasan perumahan yang tercemar dan kotor. Hal

ini akan menjadi lebih efektif sekiranya golongan atasan turut serta dalam

menjayakan program gotong-royong yang dijalankan. Bak kata

pepatah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya malah boleh dijadikan ‘role

model’ kepadarakyat tempatan supaya menjadi lebih prihatin dan menyingkirkan

sikap bagai enau dalam belukar.