folio tandas bersih

24
2012 SK SERI MACHAP, KAMPUNG SERI MACHAP, 86200 SIMPANG RENGGAM JOHOR. PROGRAM TANDAS BERSIH “TANDAS BERSIH WARGA SEJAHTERA” SK SERI MACHAP

Upload: fazliaman

Post on 05-Dec-2014

329 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

contoh laporan pertandingan tandas bersih

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Tandas Bersih

2012

SK SERI MACHAP, KAMPUNG SERI MACHAP,

86200 SIMPANG RENGGAM JOHOR.

PROGRAM TANDAS BERSIH “TANDAS BERSIH WARGA SEJAHTERA”

SK SERI MACHAP

Page 2: Folio Tandas Bersih

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN 1 SEKAPUR SIRIH 2 PENGENALAN 3 RASIONAL, MATLAMAT, OBJEKTIF 4 SENARAI JAWATANKUASA 5 PELAN LOKASI TANDAS SEKOLAH 6 JADUAL PEMBERSIHAN 7 USHA SEKOLAH DALAM MEWUJUDKAN TANDAS 8

BERSIH GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN 9 KESIMPULAN 23

Page 3: Folio Tandas Bersih

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, folio tandas bersih dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan buku ini

saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak.

Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada En Mazlan bin Othman, Guru Besar SK Seri Machap, kerana bimbingan dan teguran yang

sangat berharga semasa membuat kerja kursus ini.

Pn Hajah Rahimah Binti Abdul Aziz juga yang banyak memberikan tunjuk ajar, Tenaga, Masa dan wang ringgit dalam menjayakan program tandas bersih ini

Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu dari segi tenaga dan waktu dalam usaha untuk membersih dan

menceriakan tandas sekolah.

Saya juga terhutang budi kepada kaki tangan sokongan yang banyak terlibat dalam kerja pembersihan dan mengecat tandas tanpa mengira masa dan waktu.

Sekian, terima kasih.

Page 4: Folio Tandas Bersih

Sekapur sirih

Assalamualaikum,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Selawat dan Salam Kepada Junjungan Nabi Muhammad Rasul Pilihan. Alhamdulillah bersyukur saya kepada Allah kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapat kita menjayakan

Program Tandas Bersih sekolah dengan jayanya.

Terima kasih saya ucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa, kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang telah memberi kerjasama dalam merancang untuk menjayakan Program Tandas bersih bagi meningkatkan kecemerlangan SK Seri

Machap.

Sekian, Terima Kasih.

............................................

EN MAZLAN BIN OTHMAN

GURU BESAR SK SERI MACHAP

Page 5: Folio Tandas Bersih

PENGENALAN

Apabila kita menyebut tentang isu tandas, ramai yang mengambil mudah serta menganggapnya sesuatu perkara yang kecil dan remeh. Ada pula yang berpendapat tandas memang adalah tempat yang kotor oleh itu patutlah ianya berada dalam keadaan yang kotor. Jika sekalipun tandas itu berada dalam keadaan yang bersih, golongan ini tidak berfikir dua kali untuk mengotorkannya atau menggunakannya dengan cara yang salah sehingga merosakkannya. Demikianlah kita sering dapat lihat tandas yang tersumbat, pamnya rosak atau paip air dibiarkan tidak ditutup dan sebagainya. 

Sebenarnya isu kebersihan tandas merupakan sesuatu yang serius yang perlu kita semua ambil berat. Bayangkan jika kita tiba-tiba mendapat “call of nature “ di sekolah yang tandasnya rosak dan kotor, pada ketika itu kita akan dapat hayati nilai sebenar tandas yang bersih. Mungkin ketika itu isu ini bukan suatu perkara yang kecil lagi. Atau, jika kita terdengar pelawat atau tetamu kita merungut tentang tandas kita yang menjijikkan, sudah tentu ianya akan memalukan kita serta mencemar imej sekolah. Pada ketika itu, kita akan dapat rasakan betapa perkara ini bukan satu isu yang remeh.

Dengan Program Tandas bersih yang dianjurkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia diharapkan dapat meningkatkan kebersihan dan keceriaan tandas sekolah sekaligus dapat meningkatkan mutu dan imej setiap sekolah yang terlibat.

Page 6: Folio Tandas Bersih

RASIONAL

Program Tandas Bersih ini adalah untuk memastikan semua warga SK Seri Machap dapat menggunakan tandas yang selamat, bersih, cantik dan segar. Dengan itu

warga SK Seri Machap akan terhindar dari segala bahaya, penyakit dan bau yang kurang menyenangkan selepas menggunakan tandas.

MATLAMAT

Menjadikan Tandas SK Seri Machap Bersih, Segar dan Selamat Digunakan oleh Warga SK Seri Machap.

OBJEKTIF

Membolehkan warga SK Seri Machap sentiasa peka dengan kebersihan, keceriaan, kesegaran dan keselamatan tandas.

JADUAL PEMBERSIHAN

Page 7: Folio Tandas Bersih

BIL NAMA AJK BERTUGAS HARI1 AJK QADA’

HAJAT MAWAR EN MAZLAN B

OTHMAN EN JAAFAR B

KASMAN PN NORAZREEN

BAHARI PN ASMAH

(PEKERJA)

ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

2 AJK QADA’ HAJAT MELATI

EN MAZLAN B AHMAD

EN AMINUDDIN SAYUTI

EN FAZLI B AMAN

CIK SITI MASHITAH

EN MAT ZIN (PEKERJA)

ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

3 AJK QADA’ HAJAT

CEMPAKA

PN MAZNAH BT ABDULLAH

PN ZABEDAH ABU BAKAR

EM MOHD FADHLI OTHMAN

PN SAMSIAH

ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

4 AJK QADA’ HAJAT MELUR

PN HJH RAHIMAH ABDUL AZIZ

PN HJH SITI ASIAH KASAN

PN SITI HAIDA BASAR

PN SAADIAH (PEKERJA)

ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

Page 8: Folio Tandas Bersih

USAHA SEKOLAH DALAM MEWUJUDKAN TANDAS BERSIH

a. Membentuk jawatankuasa kerja dalam mesyuarat AJK.b. Memeriksa dan menganalisa segala kerosakan yang perlu dibaikpulih dan

tandas yang perlu diselenggara.c. Merangka pelan penyelenggaraan dan anggaran kos yang diperlukan.d. Menyediakan sebutharga untuk kos pekerja bagi tujuan penyelenggaraan.e. Memantau kerja-kerja penyelenggaraan.f. Menyediakan sistem pemarkahan bagi penilaian setiap minggu oleh guru

bertugas mingguan.g. Menghargai pelajar dan Guru Tingkatan dalam setiap perhimpunan

bulanan bagi kelas Terbersih Bulanan.h. Denda akan dikenakan terhadap murid dan guru tingkatan yang

diumumkan sebagai tandas terkotor pada setiap perhimpunan bulanan.

Page 9: Folio Tandas Bersih

TANDAS MURID TAHAP DUA

Page 10: Folio Tandas Bersih
Page 11: Folio Tandas Bersih
Page 12: Folio Tandas Bersih

TANDAS MURID TAHAP SATU LELAKI

Page 13: Folio Tandas Bersih
Page 14: Folio Tandas Bersih

MURID TAHAP 1 PEREMPUAN

Page 15: Folio Tandas Bersih
Page 16: Folio Tandas Bersih

TANDAS GURU PEREMPUAN

Page 17: Folio Tandas Bersih
Page 18: Folio Tandas Bersih
Page 19: Folio Tandas Bersih

TANDAS GURU LELAKI

Page 20: Folio Tandas Bersih
Page 21: Folio Tandas Bersih

KESIMPULAN

Page 22: Folio Tandas Bersih

Tandas atau lebih lembut jika dikatakan kamar qada’ hajat, adalah destinasi kita yang pertama dalam memulakan hari-hari kita. Setiap kali selepas bagun tidur lagi tandas menjadi destinasi  pertama  dan ia juga menjadi tempat terakhir sebelum kita beradu di bilik tidur. Jelaslah disini bahawa jika tandas kita tidak bersih ia akan mencerminkan individu itu orang yang bersifat pembersih atau tidak.

Demi memupuk setiap warga sekolah ini semangat cintakan kebersihan dan dapat menghargai tandas, maka Unit Penyelenggaraan Tandas merangka program tandas bersih. Diharap dengan melaksanakan program ini akan dapat melahirkan warga sekolah yang cintakan kebersihan.