tandas bersih

25
PROGRAM ‘TANDAS BERSIH’ SMK Canossian Convent (M) Kluang BATU 2, JALAN BATU PAHAT, 86000, KLUANG, JOHOR

Upload: syaiful-azuan

Post on 23-Oct-2015

430 views

Category:

Documents


31 download

DESCRIPTION

repot tandas bersih

TRANSCRIPT

Page 1: tandas bersih

PROGRAM

‘TANDAS BERSIH’

SMK Canossian Convent (M) Kluang

BATU 2, JALAN BATU PAHAT,

86000, KLUANG, JOHOR

Page 2: tandas bersih

KANDUNGAN

Penghargaan 1

Pengenalan 2

Rasional 3

Matlamat 3

Objektif 4

Jawatankuasa Kecil Pengurusan 5

Kebersihan Tandas

Senarai Jumlah ‘Tandas Bersih’ 6

Pelan Lokasi Sekolah 8

Jadual Pembersihan 9

Usaha Sekolah 11

Lampiran/Gambar 15

Kesimpulan 23

Page 3: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 1

PENGHARGAAN

Sebut sahaja tandas maka terbayanglah di mata kita sebuah tempat yang kotor,

busuk dan meloyakan.Tanggapan ini sudah sebati dengan tandas sehingga nampak

begitu sukar untuk diubah dan dikikis. Tetapi warga SMK Canossian Convent (M)

Kluang telah membuktikan tanggapan ini sebenarnya tidak benar sama sekali malah

berbangga memiliki tandas yang bersih, ceria dan segar ini.

Oleh itu, pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia kerana telah menganjurkan pertandingan ‘Tandas

Bersih’. Objektif pertandingan ini adalah untuk menyedarkan warga sekolah tentang

kepentingan amalan kebersihan menyumbang kepada kesihatan tubuh badan dan untuk

memberi keselesaan kepada semua pengguna tandas.

Kejayaan memiliki tandas yang bersih, ceria dan segar ini sebenarnya tidak hadir

dengan sendirinya tetapi kerjasama jitu dan padu dari pelajar, guru dan pekerja swasta

khususnya kepada jawatan kuasa kecil pengurusan kebersihan tandas SMK Canossian

Convent (M) Kluang yang dipengerusikan oleh Puan Ong Pin Lay di atas usaha dan

komitmen yang diberi dan amanah yang dilaksanakan.

Seiring dengan itu, pihak sekolah sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap

kebersihan dan persekitaran tandas sekolah. Hal ini bagi meningkatkan keselesaan

kepada warga sekolah terutamanya pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari

segi emosi, rohani dan intelek. Tumpuan diberikan kepada tatacara penggunaan dan

penjagaan kebersihan tandas secara menyeluruh oleh warga sekolah.

Pihak sekolah optimis akan memiliki tandas 5 bintang pada suatu hari nanti

dengan syarat kerjasama ini berterusan dan berkekalan.

Syabas dan terima kasih.

PUAN LEW MUI LIAN

Pengetua

SMK Canossian Convent (M) Kluang

Page 4: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 2

Isu kebersihan tandas sekolah merupakan perkara yang serius yang perlu

kita semua ambil berat. Kebersihan merupakan lambang keperibadian seseorang

serta imej sesuatu masyarakat khususnya pada pihak sekolah. Ramai yang

mengambil mudah serta menganggapnya sesuatu perkara yang kecil dan remeh.

Ada pula yang berpendapat tandas memang adalah tempat yang kotor. Oleh itu

patutlah ianya berada dalam keadaan yang kotor. Jika sekalipun tandas itu berada

dalam keadaan yang bersih, golongan ini tidak berfikir dua kali untuk

mengotorkannya atau menggunakannya dengan cara yang salah sehingga

merosakkannya.

Bayangkan jika kita tiba-tiba mahu menggunakan tandas di sekolah tetapi

mendapati tandasnya rosak dan kotor, pada ketika itu kita akan dapat hayati nilai

sebenar tandas yang bersih. Mungkin ketika itu, isu ini bukan suatu perkara yang

kecil lagi. Atau, jika kita terdengar pelawat atau tetamu kita merungut tentang tandas

kita yang menjijikkan, sudah tentu ianya akan memalukan kita serta mencemar imej

sekolah. Pada ketika itu, kita akan dapat rasakan betapa perkara ini bukan satu isu

yang remeh.

Oleh yang demikian, pihak Sekolah Canossian Convent (M) Kluang telah dan

sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap kebersihan dan persekitaran

termasuklah kebersihan tandas sekolah. Tumpuan diberikan kepada tatacara

penggunaan dan penjagaan kebersihan tandas secara menyeluruh oleh warga

sekolah. Ianya sejajar dengan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah

penjagaan kebersihan tandas secara menyeluruh oleh pengguna.Tandas yang

bersih untuk kegunaan samaada guru, pelajar, pelawat dan lain-lain lagi akan

membuatkan mereka lebih selesa dan sudah pastinya mereka akan memberi

tanggapan yang baik terhadap perkhidmatan yang disediakan sekolah.

PENGENALAN

Page 5: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 3

Kebersihan merupakan lambang keperibadian seseorang serta imej sesuatu

masyarakat khususnya pada pihak sekolah. Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk

meningkatkan tahap kebersihan dan persekitaran termasuklah kebersihan tandas

sekolah. Hal ini bagi meningkatkan keselesaan kepada warga sekolah terutamanya

pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek.

Tumpuan diberikan kepada tatacara penggunaan dan penjagaan kebersihan tandas

secara menyeluruh oleh warga sekolah.

Membentuk amalan pembudayaan kebersihan tandas dalam kalangan

masyarakat Malaysia amnya dan warga SMK Canossian Convent (M) khususnya.

RASIONAL

MATLAMAT

Page 6: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 4

1. Menerapkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan warga SMK Canossian

Convent (M) Kluang tentang peri pentingnya menjaga kebersihan tandas.

2. Menukar persepsi pelajar dan warga sekolah terhadap kebersihan tandas

sekolah.

3. Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai ‘Kebersihan,Kesihatan’

dengan menerapkannya kepada para pelajar

4. Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar

dan warga sekolah walau di mana mereka berada.

5. Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan bersih, sihat dan

selamat ketika disekolah

6. Untuk memberi keselesaan kepada pengguna

OBJEKTIF

Page 7: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 5

Jawatan Nama

Pengerusi Puan Ong Pin Lay

Penyelaras Puan Murni Azilin Bte Othman

Setiausaha Encik Syaiful Azuan Bin Mohd Naim

Ajk Keceriaan Puan Suzi Bte Adam Puan Junaidah Bte Mohd Ali

Ajk Dokumentasi Cik Low Mui Nar

Ajk Penambah Baik Kemudahan Tandas

Puan Saadah Bte Sadli

Ajk Kebersihan Tandas Puan Kanniammah

Tugas dan Tanggungjawab :

1. Menyelaraskan jadual pembersihan tandas sepanjang tahun.

2. Menyediakan pelan landskap tandas sekolah

3. Memastikan tandas di sekolah berada dalam keadaan bersih, kondusif

dan ceria pada setiap masa.

4. Membuat laporan secara berkala kepada pihak pengurusan sekolah

mengenai keadaan fizikal tandas seperti tahap kerosakan, kebersihan,

serta lain-lain perkara yang berkaitan.

5. Menaik taraf kemudahan yang terdapat di dalam tandas.

6. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai

kebersihan tandas.

JAWATAN KUASA KECIL PENGURUSAN

KEBERSIHAN TANDAS

Page 8: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 6

Bangunan sekolah ini terbahagi kepada 5 blok bangunan iaitu blok A, blok B,

blok C, block D dan blok E. Terdapat tandas di setiap hujung aras bangunan blok B

dan block A. Bangunan blok A hanya mempunyai 2 tingkat. Tandas di aras bawah di

khususkan untuk kegunaan pelajar sekolah menengah, manakala tandas di aras

atas khusus untuk kegunaan pelajar sekolah rendah. Bangunan blok B terdapat 2

tingkat. Tandas di aras bawah adalah untuk kegunaan pelajar dan guru perempuan,

manakala tandas di aras atas adalah untuk kegunaan pelajar perempuan dan guru

lelaki. Disebabkan sekolah ini mempunyai 2 sesi pembelajaran (sesi pagi dan

petang), jumlah tandas di SMK Canossian Convent (M) Kluang mampu menampung

penggunaan warga sekolah khususnya pelajar.

Sesi pagi 518

Sesi petang 324

Jumlah 842

JUMLAH TANDAS BERSIH

Jumlah pelajar SMK Canossian Convent (M) Kluang

Page 9: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 7

Setiap bilik air pelajar, terbahagi kepada dua kawasan iaitu untuk membasuh

tangan dan tandas. Terdapat lima tandas jenis cangkung disetiap bilik air. Jumlah

keseluruhan tandas di SMK Canossian Convent (M) Kluang adalah 12 buah. Tandas

ini juga dilengkapi dengan kemudahan ‘shower’.

Bagi tandas guru pula, terdapat 5 buah tandas. 4 buah tandas untuk

kegunaan guru perempuan, manakala 1 buah tandas untuk kegunaan guru lelaki.

Bilangan tandas guru ini dapat menampung kegunaan guru.

Guru Perempuan Guru Lelaki

Block A Aras bawah

3

Block B Aras bawah

Aras atas

1

1

Jumlah 4 1

Tandas Block A 5 buah

Tandas Block B Aras bawah Aras atas

5 buah 5 buah

JUMLAH 15 buah

Guru lelaki 5

Guru perempuan 49

JUMLAH 54

Jumlah Guru SMK Canossian Convent (M) Kluang

Bilangan Tandas Pelajar Perempuan

Bilangan Tandas Guru

Page 10: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 8

3(1) 4P1

2(2)

3(2) 4P2

2(3)

3(3)

3(4)

2(5)

3(5)

2(4)

5S1

2(1)

5S2

1(3)

4RC

1(2)

1(1)

BILIK

KOMPUTER

5RC 5PD1

1(5)

5PD2

1(4)

BILIK

SEMBAHYANG

PEJABAT

STOR

BENGKEL

KAYU & LOGAM

BENGKEL

ELEKTRONIK

BILIK

KETUA BIDANG

BILIK

PPSMI

MAKMAL

1

TANDAS

TANDAS

SKCC

SKCC MAKMAL 2 MAKMAL 3

BILIK MASAKAN BILIK JAHITAN 4S1 4S2

TANDAS TANDAS

BOSS ABM

BILIK SUMBER

BILIK KAUNSELING

MAKMAL KOMPUTER

DEWAN TERBUKA

PEJABAT GURU

PERPUSTAKAAN

SKCC

SMKCC

ATAS BAWAH

ATAS

BAWAH

BAWAH

ATAS

BLOCK A

BLOCK B

BLOCK E

BLOCK D

BLOCK C

LALUAN MASUK UTAMA

PELAN LOKASI SEKOLAH

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

Page 11: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 9

TUJUAN PEMBERSIHAN

Pembersihan adalah penting di dalam tandas kerana;

Mewujudkan suatu situasi persekitaran yang bersih selamat dan

mengelakkan risiko kemalangan, penyakit dan sebarang masalah

kepada warga sekolah terutama pelajar.

Membersihkan bahan bahan yang menjadi punca pembiakan

mikroorganisma dan mengurangkan risiko penyakit

Menggelakkan atau mengurangkan kerosakan dan meningkatkan

mutu perkhidmatan dan menjimatkkan kos.

JADUAL PEMBERSIHAN

Setiap tandas hendaklah menyediakan jadual pembersihan.

Mempunyai jadual pembersihan yang lengkap dengan nama

pekerja yang bertanggungjawab dan masa serta hari bertugas

Satu sistem pengawasan dan rekod hendaklah diwujudkan bagi

mempastikan jadual pembersihan di patuhi.

Bil Masa Nama Pekerja Bertugas

1 7.30 a.m - 8.00 a.m Kanniammah dan Mary

2 10.30 a.m – 11.30 a.m Kanniammah dan Mary

3 1.30 p.m – 2.00 p.m Kanniammah dan Mary

4 5.00 p.m – 5.30 p.m Aminah dan Hapsiah

JADUAL PEMBERSIHAN

Jadual Tugas Pekerja Swasta

Page 12: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 10

JADUAL PEMBERSIHAN BULAN JUN

Page 13: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 11

Dalam usaha memelihara kebersihan tandas, aspek budaya penggunaan

tandas perlu diubah dan ditangani. Oleh demikian, pihak sekolah telah melancarkan

beberapa program mendidik warga sekolah khususnya dalam kalangan pelajar-

pelajar agar menitikberatkan aspek penggunaan tandas dengan betul. Untuk itu,

pihak sekolah telah merujuk konsep amalan 5S. Amalan 5S merupakan satu kaedah

pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan

persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Pelaksanaan amalan 5S

dapat meningkatkan aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di sekolah

khususnya tandas.

Berikut adalah contoh-contoh usaha yang dilakukan pihak sekolah dalam

usaha memelihara kebersihan tandas dan aspek budaya penggunaan tandas.

1. Hiasan seperti pokok bunga ditanam dan disusun dengan kemas berhampiran

dengan kawasan tandas. Hal ini bagi mewujudkan suasana persekitaran yang

aman, bersih dan kondusif. Pokok hiasan ini juga disusun secara teratur

supaya tidak menghalang laluan.

USAHA-USAHA DI LAKUKAN

OLEH PIHAK SEKOLAH

Page 14: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 12

2. Setiap tandas, sinki dan paip air ditanda dengan nombor bilangannya. Hal ini

bagi memudahkan pemantauan kerosakan. Apabila mempunyai nombor,

proses membuat aduan dan penyelenggaraan dapat dilakukan dengan cepat

dan berkesan.

3. Menyediakan peralatan, kelengkapan yang perlu ada dalam tandas.

Kemudian disenaraikan. Antara peralatan yang perlu ialah bekas sampah,

sanitasy bin bagi tandas perempuan, soap dispenser, mesin penyembur

pewangi dan kertas tisu. Bagi peralatan yang sudah rosak, perlulah dibuat

aduan dan diganti.

i. Bekas sabun (soap dispenser) berfungsi dengan sempurna dan

sentiasa ada sabun

ii. Bekas untuk meletak tisu diletakkan diluar tandas bagi mengelakkan

pembaziran penggunaan tisu.

iii. Tisu sentiasa ada di tandas

4. Pintu-pintu tandas berfungsi dengan sempurna lengkap dengan penyelak,

penyangkut barang dan kelihatan bersih.

5. Sistem pencahayaan mestilah dalam keadaan yang baik. Semua lampu

dipastikan berfungsi dengan baik.

Page 15: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 13

6. Terdapat sticker arahan prosedur penggunaan peralatan di dalam bilik air dan

kaedah penjagaan kesihatan.

7. Untuk keceriaan tandas, mural dilukis di dinding luar tandas dengan tema

kebersihan atau slogan berkaitan kebersihan.

8. Setiap pintu tandas diletakkan simbol jantina bagi memudahkan pelawat luar

menggunakan tandas. Hal ini bagi mengelakkan mereka tersilap masuk ke

tandas.

9. Mewujudkan jadual pembersihan tandas. Hal ini bagi memastikan :

i. Permukaan lantai sentiasa bersih dan kering

ii. Permukaan dinding keseluruhannya bersih termasuk dinding tiles dan

pintu utama

iii. Meja sinki dan cermin muka berkeadaan bersih dan kering

Page 16: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 14

10. Senarai semak kerja-kerja penyelenggaraan pembersihan dilekatkan di dalam

bilik air. Memastikan sinki berkeadaan bersih, tidak tersumbat dan paip air

berfungsi dengan sempurna. Pekerja swasta ditugaskan untuk pembersihan

tandas.

11. Guru bertanggungjawab dilantik bagi menguruskan kebersihan bilik air dan

kemudahan.

Selain itu, pihak sekolah juga ingin melahirkan pelajar berperibadian unggul

menerusi pemupukan pengetahuan sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek

pembudayaan penggunaan tandas.

Oleh itu, pihak sekolah dalam perancangan untuk melibatkan pelajar dalam

pelan taktikal program. Hal ini kerana majoriti pelajar selalu menggunakan tandas.

Oleh itu, pelajar seharusnya dididik dan diajar tentang penggunaan tandas dengan

betul. Untuk itu para guru diminta terus menerapkan amalan penjagaan kebersihan

tandas di kalangan pelajar yang bukan hanya bertujuan untuk pertandingan sahaja

sebaliknya bagi meningkatkan kesihatan warga sekolah.

PROGRAM OBJEKTIF

GOTONG-ROYONG

PERDANA

Membersihkan persekitaran sekolah dan kawasan sekolah

yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk dan

vektor pembawa penyakit khususnya tandas

TANDAS ANGKAT Meningkatkan imej, kebersihan dan keceriaan tandas.

Page 17: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 15

Tandas Pelajar Perempuan

GAMBAR DAN LAMPIRAN

Page 18: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 16

Page 19: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 17

Page 20: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 18

Page 21: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 19

Page 22: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 20

Tandas Guru

Page 23: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 21

Page 24: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 22

Page 25: tandas bersih

SMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG

TANDAS BERSIH, HIDUP BERKUALITI 23

Kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, dan ahli masyarakat dalam

menyokong program ‘Tandas Bersih’ yang diadakan adalah sangat penting. Program

terbabit bertujuan mempertingkatkan kebersihan tandas dalam kawasan sekolah dan

sebagai satu usaha berterusan dalam aspek kebersihan persekitaran. Usaha-usaha

yang telah dilakukan oleh pihak sekolah seharusnya dapat dijadikan budaya setiap

warga sekolah khususnya kepada pelajar. Hal ini kerana, pelajar masih kurang

pendedahan sivik tentang tatacara penggunaan dan penjagaan kebersihan.

Dengan adanya pertandingan ini, diharap pihak sekolah masih ada lagi masa

merancang dan mencari pendekatan terbaik bagi menjaga kebersihan serta

penyelenggaraan tandas yang lebih baik juga sistematik. Pihak sekolah optimis akan

memiliki tandas 5 bintang pada suatu hari nanti dengan syarat kerjasama ini

berterusan dan berkekalan.

KESIMPULAN