nasi minyak

3
NASI MINYAK Bahan-bahan 4 cawan Beras basmathi taj mahal Bawang besar 1 biji * bawang putih 5 biji * halia 1/2 inci * Fresh milk dutch lady 200ml (ini saya tambah sendiri) kiub ayam 2 ketul Pati ayam 3 sudu besar Daun pandan 3 helai Air suam Minyak sapi Garam secukup rasa Yang bertanda * sila tumbuk untuk lebih enak.. Kalau malas blend aje saya tumbuk sampai halus Rempah tumis Bunga lawang 2 Bunga cengkih 4 Buah pelaga 3 Kulit kayu manis 1 Hiasan Bawang goreng Daun sup Daun bawang Pewarna kuning telur Pewarna oren Cara-caranya Sebelum masak sila on kan dulu rice cooker Bersihkan beras dan Rendamkan beras basmathi Taj Mahal selama 20 minit tumiskan bahan yang bertanda * sehingga sehingga naik baunya bersama daun pandan Didalam kuali dengan minyak sapi Masukkan beras tadi dan gaul goreng dalam dalam seminit dua Tutup api dapur Kemudian masukkan kesemua kedalam rice cooker yang telah di on kan tadi Masukkan susu dutch lady kedalam ramuan beras tadi berserta air secukupnya Kemudian masukkan kiub ayam maggie tadi berserta pati ayam Kacau nasi tadi dan pastikan sukatan airnya seperti kita masak nasi biasa

Upload: zaythe-saiman

Post on 15-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

resipi

TRANSCRIPT

Page 1: Nasi Minyak

NASI MINYAK

Bahan-bahan

4 cawan Beras basmathi taj mahalBawang besar 1 biji *bawang putih 5 biji *halia 1/2 inci *Fresh milk dutch lady 200ml (ini saya tambah sendiri)kiub ayam 2 ketulPati ayam 3 sudu besarDaun pandan 3 helaiAir suamMinyak sapiGaram secukup rasaYang bertanda * sila tumbuk untuk lebih enak.. Kalau malas blend aje saya tumbuk sampai halus

Rempah tumisBunga lawang 2 Bunga cengkih 4Buah pelaga 3Kulit kayu manis 1

HiasanBawang gorengDaun supDaun bawangPewarna kuning telurPewarna oren

Cara-caranya

Sebelum masak sila on kan dulu rice cookerBersihkan beras dan Rendamkan beras basmathi Taj Mahal selama 20 minittumiskan bahan yang bertanda * sehingga sehingga naik baunya bersama daun pandanDidalam kuali dengan minyak sapiMasukkan beras tadi dan gaul goreng dalam dalam seminit duaTutup api dapurKemudian masukkan kesemua kedalam rice cooker yang telah di on kan tadiMasukkan susu dutch lady kedalam ramuan beras tadi berserta air secukupnyaKemudian masukkan kiub ayam maggie tadi berserta pati ayam Kacau nasi tadi dan pastikan sukatan airnya seperti kita masak nasi biasaTutup periuk elak buka ketika proses nasi berjalan..

Tip elak membuka tudung periuk semasa proses nasi sedang masak..nanti nasi tak gebu tak masak

Setelah masak masukkan bawang yang telah digoreng dan daun sup serta daun bawangJangan lupa titiskan sedikit pewarna yang disebut untuk kelihatan lebih berseri nasinya

Ok nasi minyak stail kita ni Sedia dihidang bersama ayam masak merah dan acar sayur!!

Page 2: Nasi Minyak

AYAM MASAK MERAHBahan bahan

Ayam seekor potong kecilBawang besar 2 biji *Bawang merah 10 biji *bawang putih 8 biji *Halia 1/2 besar ibu kaki *Lengkuas 1/2 inci *Serai 2 batang diketuk Cili kering diblender 3 suduCili sos 2 suduTomato sos 2 suduPuri tomato 3 suduPati ayam maggie 2 suduSusu segar dutch lady 100ml/ susu cairMinyak untuk menggoreng dan menumisKunyit untuk menggoreng ayamGaram GulaAjinamoto

Rempah tumis

Bunga lawang 2 Bunga cengkih 3Buah pelaga 3Kulit kayu manis 1

Cara caranya

Bersihkan ayam dan potong saiz kecil gaulkan dengan kunyit dan garam..Sedia untuk digorengSelesai goreng letak sebelah..

Kita buat kuah ayam masak merah pulak..jom!

Biarkan minyak panas dan tumis bahan yang diblender serta serai sehingga naik bau Masukkan cili blender ,cili sos,dan tomato sos dan tomato puri tumis sehingga garing dan pecah minyakKemudian masukkan susu tadi.kemudian kalau nak kuah lebih tambahkan sedikit airMasukkan garam..gula..dan ajinamoto secukup rasaBiarkan seketika mendidih Setelah selesai masukkan ayam yang telah digoreng tadi gaul sebentar..