nabi yunus
TRANSCRIPT
Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang
menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana
orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang
dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun
Yunus bin Matta adalah seorang nabi yang di utuskan oleh Allah SWT utnuk berdakwah di
sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus seorang pendatang ke Niwana semata-mata
atas perintah Allah SWT untuk berdakwah kepada penduduknya.
Nabi Yunus mendapati penduduk Niwana merupakan manusia yang menyekutukan Allah
dengan menyembah berhala. Nabi Yunus mengajar mereka tentang ilmu tauhid dan
keimanan. Nabi Yunus juga memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan mereka
menyembah berhala sedangkan berhala itu adalah hasil buatan manusia. Nabi Yunus
menasihatkan mereka bahawa berhala tersebut tidak dapat memberi apa-apa manfaat
kerana berhala itu tidak boleh bergerak dan berkata-kata. Nabi Yunus mengingatkan
mereka supaya menyembah Allah SWT yang telah menciptakan manusia dan Allah sajalah
yang wajib ditaati.
Oleh kerana ajaran yang di bawa oleh Nabi Yunus itu ajaran baru, maka tidak ramai
manusia yang mahu menerimanya. Mereka lebih suka menyembah berhala-berhala yang
di sembah oleh datuk nenek mereka secara turun temurun. Walaupun Nabi Yunus memberi
nasihat, tetapi mereka tetap berkeras dengan berkata "Ini adalah Tuhan kami (yakni
berhala-berhala), datuk nenek kami telah lama menyembah tuhan-tuhan kami dan kami
tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami".
Nabi Yunus berkata "Aku hanya menyampai apa yang Allah menyuruh aku sampaikan
kepada kamu semua, oleh itu kamu beriman dan bertauhidlah menurut agama yang aku
bawa sebagai amanat Allah SWT". Berkata Nabi Yunus lagi "Aku ini hanyalah pesuruh yang
mana Allah SWT telah perintahkan kepadaku supaya menyelamatkan kamu semua
daripada lembah kesesatan dan lembah kegelapan serta menyiarkan kepada kamu
tentang agama yang suci bersih lagi murni dan membersihkan hati-hati kamu dari kufur dan
syirik, demi untuk kebaikan kamu di dunia dan di akhirat."
Walaupaun Nabi Yunus telah memberi nasihat serta pengajaran supaya kembali ke pangkal
jalan, mereka tetap dengan pendiriannya dan berkata "walau apa sekalipun kamu katakan
kepada kami, kami tetap tidak akan berganjak dari agama kami dan kami juga tidak takut
walau apa pun ancaman yang kamu katakan dan kalau mahu cubalah datangkan
ancaman itu kepada kami, kalau kamu memang orang yang benar."
Setelah Nabi Yunus melihat keadaan mereka yang tidak menerima peringatannya itu, maka
Nabi Yunus pun meninggalkan Niwana dengan rasa amat marah. Nabi Yunus berdoa
kepada Allah supaya mereka yang keras kepala menerima hukuman yang sewajarnya.
Sejak Nabi Yunus meninggalkan Niwana mereka gelisah melihatkan perubahan yang
berlaku di tempat tinggal masing-masing.
Penduduk melihat Niwawa mengalami kegelapan, binatang peliharaan mereka juga
seperti tidak tenteram dan di tambah pula dengan angin yang sangat kuat serta guruh
yang mengegarkan. Dengan berlakunya perkara-perkara ini maka tahulah mereka
bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus itu adalah ajaran yang benar dan bukan
satu ajaran yang direka. Akhirnya mereka menyesal dan keluar beramai-ramai dari kota
pergi ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat Allah SWT agar dijauhkan daripada
sebarang malapetaka.
Allah SWT Maha Mengetahui akan hambaNya yang menyesal dan mohon ampun dariNya,
maka Allah SWT pun menerima permintaan mereka, lalu Niwana yang gelap bertukar
menjadi cerah, binatang ternakan tidak lagi dalam ketakutan dan mereka kembali tenang.
Akhirnya mereka semua kembali dengan bersyukur kepada Allah SWT yang telah
menyelamatkan mereka dari bahaya malapetaka. Nabi Yunus telah meninggalkan Niwana
membawa diri tanpa tujuan.
Baginda naik bukit turun bulit, naik gunung turun gunung dan akhirnya ia sampai di pantai.
Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal hendak belayar, maka dia pun
menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta belayar bersamanya. Setelah diberi keizinan
maka Nabi Yunus menumpang kapal tersebut. Dalam pelayaran itu, kapal yang ditumpangi
Nabi Yunus telah dilanda ribut taufan yang kuat.
Oleh itu kapten kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah
dikurangkan. Ini termasuk penghuni kapal kapal tersebut. Satu pengundian telah dibuat dan
dalam undian tersebut Nabi Yunus dipilih sebagai orang yang harus dibuang ke laut. Oleh
sebab Nabi Yunus adalah orang yang sangat dihormati dan disanjung, maka mereka
mengadakan pemilihan sekali lagi dan kali kedua Nabi Yunus tetap terpilih.
Maka mereka mengundi sekali lagi dan akhirnya Nabi Yunus tahu bahawa ia adalah
kehendak Allah. Nabi Yunus memikirkan kesalahannya kerana meninggalkan Niwana tanpa
mendapat persetujuan Allah. Ia berfikir keputusan undi itu adalah disebabkan untuk
menebus dosa yang telah dilakukannya. Nabi Yunus beristikharah, tanpa ragu-ragu Nabi
Yunus terjun ke dalam laut yang sedang bergelombang ganas.
Ketika Nabi Yunus sedang berlawan dengan gelombang, maka Allah SWT mengarahkan
seekor ikan nun (yu) supaya menelan Nabi Yunus hidup-hidup, maka ikan nun yang muncul
itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut tanpa ada cacat-celanya.
Ketika Nani Yunus berada dalam perut ikan nun dia berdoa kepada Allah supaya
mengampuni dosa yang telah dilakukan. Lalu Nabi Yunus membaca doa: "Tidak ada Tuhan
yang benar di sembah hanya Engkau ya Alalh, mahasuci Engkau aku adalah orang yang
membuat zalim atas diriku."
Maka Allah perkenankan permintaannya dan Allah lepaskan dia daripada kedukaan.
Demikianlah Allah selamatkan orang yang beriman. Rasulullah bersabda maksudnya:
"Nama tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan diperkenankan
doanya. Siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang diucapkan oleh
Nabi Yunus dalam perut ikan nun." Firman Allah bermaksud "Jika tidak kerana dia (Nabi
Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar
dari perut ikan sampai hari kiamat."
Setelah beberapa lama Nabi Yunus berada dalam perut ikan nun, maka Allah pun
melemparkan Nabi Yunus ke darat. Di tempat Nabi Yunus dilemparkan Allah menghidupkan
pokok labu yang dapat Nabi Yunus bernaung di bawahnya dan dapat pula ia makan buat
tersebut dan kembali segar. Ketika Nabi Yunus dilemparkan ke darat keadaannya amat
letih.
Setelah Nabi Yunus berasa segar kembali maka Allah telah memerintahkannya supaya
kembali ke Niwana. Nabi Yunus terkejut kerana penduduk sedang menanti kepulangannya.
Penduduk tersebut meminta Nabi Yunus mengajar untuk menyempurnakan akidah dan
imam mereka. Nabi Yunus berasa hairan kerana penduduk Niwana dahulunya terdiri
daripada orang yang ingkar dengan perintah Allah tetapi kini hidup dan mati mereka
semata-mata kerana Allah.