nur khuzaimah binti mat yunus

125
PERBANDINGAN PRAKTIS SEMASA KONTRAKTOR DENGAN KAEDAH PENGUKURAN SMM2 UNTUK ANGGARAN KERJA MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 30-Oct-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

PERBANDINGAN PRAKTIS SEMASA KONTRAKTOR DENGAN

KAEDAH PENGUKURAN SMM2 UNTUK ANGGARAN KERJA

MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN

HAKMILIK

Nama penuh penulis : NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

Tarikh lahir : 28HB MAC 1985

Judul :

PERBANDINGAN PRAKTIS SEMASA KONTRAKTOR

DENGAN KAEDAH PENGUKURAN ANGGARAN KERJA

MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

Sesi Akademik : 2017/2018

Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai;

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)*

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)*

TIDAK

TERHAD

Saya bersetuju bahawa tesis saya akan diterbitkan sebagai akses

terbuka atas talian (teks penuh)

Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia berhak seperti berikut;

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

Disahkan oleh,

________________________________________ ________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

(850328-06-5440) (PM. Sr Dr Sarajul Fikri Mohamed)

Tarikh: Tarikh:

CATATAN: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis

ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

Page 3: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Pembinaan).”

Tandatangan :

Nama Penyelia I : PM. Sr Dr Sarajul Fikri Mohamed

Tarikh :

Tandatangan :

Nama Penyelia II : PM. Dr Yahya Mohamad Yatim

Tarikh :

*Potong yang tidak berkenaan

Page 4: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS
Page 5: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

PERBANDINGAN PRAKTIS SEMASA KONTRAKTOR DENGAN

KAEDAH PENGUKURAN SMM2 UNTUK ANGGARAN KERJA

MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

Projek Sarjana Muda ini dikemukan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)

Fakulti Alam Bina

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2018

Page 6: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

ii

PERAKUAN

“Saya akui semua yang tertulis dalam laporan projek ini bertajuk

“Perbandingan Praktis Semasa Kontraktor Dengan Kaedah Pengukuran

Smm2 Untuk Anggaran Kerja Mekanikal Dan Elektrikal

adalah daripada usaha karya saya kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : .....................................................

Nama : Nur Khuzaimah Binti Mat Yunus

Tarikh : .....................................................

Page 7: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

iii

DEDIKASI

Kepada ayahanda tercinta, bonda dan sahabat

Setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan

Penyelia dan Panel

Terima kasih untuk bimbingan dan tunjuk ajar

Terima Kasih Kepada Semua

Page 8: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya

menyiapkan kajian ini dalam jangkamasa yang ditetapkan. Pertama sekali ingin saya

mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat PM Sr. Dr Sarajul Fikri

Mohamad selaku penyelia dalam kajian saya ini, di atas segala tunjuk ajar, nasihat,

dorongan dan kritikan yang membina yang diberikan oleh beliau sepanjang tempoh

kajian ini dijalankan.

Rasa terima kasih saya juga kepada ayahanda saya Encik Mat Yunus b.

Hj.Ngadenan dengan sokongan moral dan sokongan kewangan yang tidak terhingga

dari dahulu sehingga ke hari ini .Ucapan terima kasih juga saya ucapkan buat sahabat

saya Norasina bt.Mohamad Nasir, Rahimah Faziana, Nirwana Libasa , Arnizawati

Wahid dan Abdul Hamid kerana turut membantu dan mendorong saya dalam

menyiapkan kajian ini.

Page 9: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

v

ABSTRAK

Sistem Perkhidmatan Bangunan adalah untuk melengkapkan sesebuah

bangunan bagi memenuhi keperluan dan kehendak penghuni samada bekerja

mahupun yang mendiaminya. Pemasangan sistem ini memerlukan kemahiran serta

kepakaran teknikal dan kaedah kerja yang cekap dan teliti daripada pihak yang

terlibat. Kos yang melibatkan kerja-kerja M&E adalah tinggi maka sedikit sebanyak

mendorong kajian ini dijalankan. Kajian ini dibahagikan kepada dua objektif yang

utama iaitu membandingkan praktis semasa kontraktor dengan kaedah pengukuran

SMM2 bagi kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal (M&E) dan objektif kedua ialah

mengenalpasti proses anggaran kos oleh kontraktor selari dengan pengukuran SMM2

untuk anggaran oleh kontraktor mengikut Jadual Kadar Harga JKR. Kaedah kajian

mengfokuskan kepada kerja-kerja Penyamanan Udara dan Elektrik. Maka hasil

kajian mendapati bahawa kontraktor M&E tidak mengaplikasikan standart piawai

SMM2 dalam kerja pengukuran dan anggaran kos kerana antara faktornya ialah

kontraktor telah mengamalkan praktis tradisional sejak awal lagi untuk memasuki

tender. Situasi ini berkait apabila perbandingan anggaran kos yang dianalisa daripada

lima buah projek mendapati purata anggaran kos berbeza sebanyak 7% daripada

keseluruhan anggaran kos dan in berlaku apabila kontraktor tidak merujuk kepada

SMM2. Manakala perbezaan sebanyak 28% daripada jumlah kos anggaran antara

Jadual Kadar Harga JKR dengan praktis semasa kontraktor. Perbezaan kos ini

berlaku oleh beberapa faktor. Maka langkah yang bersesuaian perlu dirangka agar

praktis pengukuran dan anggaran kos menjadi lebih efektif dan efisen.

Page 10: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

vi

ABSTRACT

The Building Service System is to facilitate a building to meet the needs

and satisfaction of the occupants whether for working space or residential purposes.

Installation of this system requires the technical expertise and efficiency of work

methods from the parties involved. According to previous studies, the cost estimates

for M & E shown very high cost which encouraging for this study. This study is

divided into two main objectives, comparing the current practice of contractors with

the SMM2 measurement method for Mechanical and Electrical (M & E) works and

the second objective is to identify the cost estimation process by contractors in line

with the measurement of SMM2 for estimates by contractors according to JKR’s

Schedule of Rate. The methodology used in this study is focusing on Air

Conditioning System and Electrical Works. Finding have found that M&E

contractors did not apply the standard of SMM2 in measurement work and cost

estimates due to several factors such as contractor have been worked their own

traditional practices since the begining to enter the contract. This situation relates to

the comparison of cost estimates analyzed from the five projects found that the

average cost estimate varies by 7% from total cost when the contractor does not refer

to SMM2. Thus 28% of total cost difference in cost estimated when contractor

applied using JKR’s schedule of rate compared to own current practices. The

differences occured due to several factors. Therefore, appropriate method shall

formulated to improve the practise of measurement and estimation to be more

effective and efficient.

Page 11: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

TAJUK i

PERAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI GRAF xiv

SENARAI CARTA PAI xv

1.0 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 4

1.3 Penyata Masalah 13

1.4 Persoalan Kajian 15

1.5 Objektif Kajian 15

1.6 Skop Penyelidikan 15

1.7 Kepentingan Penyelidikan 16

Page 12: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

viii

1.8 Kaedah Penyelidikan 17

1.9 Cadangan Organisasi Bab 19

2.0 KAEDAH PENGUKURAN SMM2 UNTUK ANGGARAN

MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL 21

2.1 Pengenalan 21

2.2 Definisi dan Istilah. 22

2.2.1 Mekanikal dan Elektrikal. 22

2.2.2 Kaedah Pengukuran Standart SMM 23

2.3 Praktis Semasa Kos Anggaran Mekanikal Dan Elektrikal. 24

2.3.1 Klasifikasi Item dalam Senarai Kuantiti. 26

2.3.2 Pengukuran Kos dan Format dalam Senarai 28

Kuantiti.

2.3.3 Isu-Isu Praktis Semasa 30

2.4 Perkhidmatan Bangunan 31

2.5 Peranan SMM terhadap Senarai Kuantiti. 31

2.5.1 Struktur Kaedah Pengukuran Elemen Dalam 32

SMM2.

2.5.2 Faedah aplikasi SMM2 dalam Senarai Kuantiti. 36

2.6 Rumusan 37

3.0 METADOLOGI KAJIAN 38

3.1 Pengenalan. 38

3.2 Metadologi Kajian 39

3.2.1 Pengumpulan Data 40

3.2.2 Data Primer Dan Sekunder. 40

3.2.3 Kajian Literatur 40

3.3 Kaedah Kajian 41

3.3.1 Kajian Soal Selidik (Qualitative) 41

3.3.2 Latar Belakang Kajian Kes 43

3.3.3 Menguji soalan kaji selidik (Pilot Test) 46

Page 13: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

ix

3.4 Analisis data 46

3.4.1 Analisis Kekerapan 47

3.5 Kesimpulan 48

4.0 ANALISIS KAJIAN KES 49

4.1 Pengenalan. 49

4.2 Keputusan dan Analisis. 49

4.2.1 Latar Belakang Responden. 50

4.2.2 Firma dan Bidang Tugas Responden. 51

4.2.3 Praktis Semasa Kontraktor 53

4.2.4 Proses Anggaran Kos Pihak JKR. 54

4.3 Analisis Soal Selidik Temubual. 55

4.3.1 Jenis Dokumen Bagi Anggaran Kerja M&E 55

4.3.2 Praktis Semasa Bagi Kerja Anggaran M&E 56

4.3.3 Perbandingan Praktis Kontraktor, 59

Kaedah SMM2 dan JKR.

4.3.4 Pandangan Tentang Lukisan Pelan M&E 65

dari Perunding.

4.3.5 Seksyen SMM yang Diaplikasi. 67

4.3.6 Masalah Menganggar Kos Jika Berpandukan 69

SMM

4.3.7 Kaedah Anggaran Kos M&E Bagi Projek 71

Lump Sump

4.3.8 Pengaruh Unit Dalam Senarai Kuantiti Kerja 73

M&E.

4.3.9 Kewajaran Aplikasi Kos Anggaran Projek 75

Terdahulu.

4.4 Proses Anggaran Kos Selari Dengan Amalan Pihak JKR 76

4.4.1 Jenis Amalan Kerja M&E Yang Lebih Diberi 77

Penelitian.

4.4.2 Perbezaan Kos Anggaran Kontraktor Dan JKR. 79

4.4.3 Strategi Meningkatkan Ketepatan Anggaran Kos. 82

4.4.4 Halangan Anggaran Standart Bagi Kerja M&E. 84

Page 14: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

x

4.4.5 Rumusan 86

5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN 87

5.1 Pengenalan 87

5.2 Kesimpulan 87

5.2.1 Membandingkan Praktis Semasa Kontraktor 88

dengan SMM2

5.2.2 Proses Anggaran Kos Selari dengan Amalan JKR 90

5.2.3 Kesimpulan 92

5.3 Cadangan. 93

5.3.1 Kelayakan Seorang Jurukur Bahan. 93

5.3.2 Menambahbaik Senarai Kuantiti, Lukisan Pelan, 93

Spesifikasi dan SMM.

5.3.3 Menambahbaik Kaedah Pengumpulan Data. 95

5.4 Masalah Kajian 96

5.4.1 Masalah Pengunaan SMM2 Bagi Kerja-Kerja 96

M&E

5.4.2 Kos Terhad dan Kekurangan Maklumat. 97

5.4.3 Kelemahan Pengetahuan dan Kemahiran. 98

5.4.4 Masalah Perincian Anggaran. 98

RUJUKAN 100

LAMPIRAN-A SURAT KEBENARAN

LAMPIRAN-B BORANG SOAL SELIDIK

Page 15: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Klasifikasi Kerja M&E 4

1.2 Kaedah Pengukuran 6

2.2 Bentuk Tender Senarai Kuantiti Bagi Kerja M&E. 25

2.3 Klasifikasi Item Dalam Senarai Kuantiti Dan 27

Kehendak SMM2

3.2 Objektif Dan Kaedah Kajian 42

4.1 Pengalaman Kerja Respoden Dalam Firma 50

4.2 Firma Responden Berkhidmat. 52

4.3 Bidang Tugas Responden. 53

4.4 Jenis-Jenis Dokumen Yang Digunakan. 56

4.5 Praktis Semasa Kontraktor 57

4.6 Perbandingan Pengukuran Kerja Mekanikal 60

(Penyaman Udara)

4.7 Perbandingan Praktis Kaedah Pengukuran Sistem Elektrikal. 63

4.8 Seksyen SMM Yang Diaplikasi Ketika Anggaran 68

Kos Kerja M&E

4.9 Masalah Menganggar Kos Jika Berpandukan SMM 69

4.10 Kaedah Anggaran Kos M&E Bagi Projek 72

Lump Sump.

4.11 Pengaruh Unit Elemen Bagi Kerja-Kerja M&E 73

Page 16: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

xii

4.12 Kewajaran Kos Anggaran Projek Terdahulu 75

Kepada Projek Terkini.

4.13 Anggaran Kos Kontraktor Selari Dengan Amalan 77

Pihak JKR

4.14 Jenis Amalan Kerja M&E 78

4.15 Perbezaan Praktis Semasa Kontraktor Dengan SMM 80

4.16 Perbezaan Anggaran Kos Kontraktor Dengan JKR 81

4.17 Strategi Ketepatan Kos 82

4.18 Halangan Mewujudkan Anggaran Standart 84

Page 17: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Peranan SMM Dalam Industri 8

1.2 Seksyen Q 9

1.3 Seksyen R 10

1.4 Elemen-Elemen Untuk Kaedah Pengukuran 13

1.5 Carta Alir Kaedah Penyelidikan. 18

2.1 Pembangunan Semasa SMM 24

3.1 Metadologi Kajian 39

3.2 Latar Belakang Projek Kajian Kes.(I) 44

3.3 Latar Belakang Projek Kajian Kes (Ii) 45

Page 18: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

xiv

SENARAI GRAF

NO. GRAF TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kos Perkhidmatan Bangunan dalam Jumlah Keseluruhan 3

Kos Bangunan

4.1 Graf Palang Perbezaan Anggaran Kos dengan SMM 80

4.2 Perbezaan Anggaran Kos Kontraktor dengan JKR 81

4.3 Strategi Meningkatkan Ketepatan Anggaran Kos 82

4.4 Halangan Mewujudkan Anggaran Standart 84

Page 19: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

xv

SENARAI CARTA PAI

NO. CARTA TAJUK MUKA SURAT

4.1 Peratusan Responden Berdasarkan Firma 51

4.2 Firma Responden Berkhidmat 52

4.3 Bidang Tugas Responden 53

4.4 Jenis Dokumen Yang Digunakan 56

4.5 Pengaplikasian Seksyen M&E 68

Page 20: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

BAB 1

PENGENALAN

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Pembangunan infrastruktur negara melibatkan projek-projek pembinaan yang

sedang rancak membangun seperti kerja-kerja infrastuktur, pembinaan bangunan

mahupun kerja-kerja pembaikan. Ini mengambarkan bahawa negara mempunyai

sektor pembinaan yang sedang pesat dan giat berkembang walaupun keadaan ekonomi

negara berada dalam suasana yang sukar diramal. Projek-projek pembinaan bukan

sahaja meliputi struktur bangunan seperti substruktur, superstruktur tetapi juga kerja-

kerja sistem operasi perkhidmatan dalam bangunan ataupun lebih mudah dikenali

sebagai Sistem Mekanikal dan Elektrikal.

Sistem M&E ini adalah elemen sistem yang sangat penting seperti nadi kepada

sebuah projek pembinaan. Ini kerana, pengoperasian suatu bangunan bermula dengan

bantuan sistem bekalan elektrik yang mana akan membekalkan sumber bekalan

elektrik kepada sistem mekanikal seperti sistem penyejukan dalam bangunan,

mengoperasikan sistem pencahayaan, mengerakkan pam-pam air yang membekalkan

sumber bekalan air dan pelbagai lagi. Walaupun betapa modennya pembinaan sesuatu

projek, namun tanpa adanya sistem perkhidmatan dalam bangunan ia umpama

Page 21: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

2

bangunan yang tidak berfungsi. Bagi memastikan pemilihan jenis sistem perkhidmatan

bangunan ini bersesuaian dengan keperluan pengguna, proses anggaran kos oleh

Jurukur Bahan adalah sangat penting (Idris, 2017)

Ketepatan dalam membuat kos anggaran adalah penting kerana maklumat dan

data yang ada akan diguna. Ketepatan kos anggaran akan meningkatkan potensi untuk

digunakan pada peringkat rekabentuk pembinaan (Hore, 1997). Menurut (Yusuf &

Mohamed, 2012) Jurukur Bahan dan Jurutera Perunding Perkhidmatan Bangunan akan

menganggarkan kos bagi setiap elemen-elemen dalam ditentukan dengan mengunakan

harga yang terdapat di dalam Senarai Kadar Harga daripada projek yang terdahulu

untuk dianggarkan di dalam tender.

Proses anggaran kos ini dilakukan bagi mendapatkan jangkaan kos awalan

untuk menentukan keseluruhan kos sistem Perkhidmatan Bangunan untuk sesebuah

projek pembangunan sebagaimana yang dinyatakan oleh (Yusuf, Mohamed & Misnan,

2014). Tetapi kaedah anggaran seperti ini tidak berapa tepat kerana setiap projek

adalah berbeza antara satu sama lain maka kaedah yang lebih baik harus

dipertimbangkan.

Situasi sebeginilah yang dapat di lihat dalam sektor pembinaan di Malaysia

kerana penggunaan SMM tidak diaplikasi ketika menyediakan kos anggaran dalam

kontrak (Yusuf, Mohamed & Yusof, 2014) seperti yang dinyatakan oleh (CIDB,

2009b) (Sabaria, 2009) (Yusuf, 2013). Bagi menentukan harga tender yang ekonomi

untuk mendapat kos yang relevan bagi sesuatu projek pihak kontraktor perlulah

mengemukakan harga tender yang kompetatif tetapi mempunyai keuntungan yang

munasabah juga harus di persetujui oleh pengurusan syarikat kontraktor yang terbabit.

Maklumat boleh dicapai dengan membuat lawatan ke tapak bina, pembekal

bahan dan sebagainya untuk menghasilkan sebut harga tender yang mempunyai daya

saing dan menguntungkan. Manakala, menurut (Mohamed & Yusuf, 2012) (Sabaria,

Page 22: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

3

2009) walaupun SMM telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2001 oleh Institut

Jurukur Bahan Malaysia, kaedah anggaran bagi kerja-kerja M&E telah dinyatakan

dalam seksyen Q dan R tetapi tidak dikuatkuasakan fungsinya hingga kelemahan

wujud sewaktu penyediaan Senarai Kuantiti bagi kerja M&E.

Graf 1.1 : Kos Perkhidmatan Bangunan dalam Jumlah Keseluruhan Kos Bangunan

(McCaffrey, 2010)

Dalam pembinaan bangunan yang lebih berkonsepkan cara hidup yag lebih

moden, nilai tambah kepada perkhidmatan bangunan kian canggih dan rumit. Ini dapat

dilihat dalam graf 1.1 menunjukkan peratusan kos M&E dalam projek pembinaan.

Peratusan ini berubah mengikut jenis projek di sebabkan oleh sebahagian kos M&E

telah berubah daripada 15% hingga 30% untuk pembinaan bangunan biasa (FRICS,

2009) manakala peningkatan dari 15% hingga 70% pula berlaku kepada bangunan

berunsurkan konsep moden tetapi bergantung kepada jenis sistem yang diguna pakai

dalam bangunan itu (McCaffrey, 2010).

Sistem M&E berkait rapat dengan sistem kejuruteraan bangunan jika

dibandingkan dengan kejuruteraan sivil dan struktur. Jadual 1.1 dibawah

membahagikan sistem M&E mengikut kelas masing-masing.

15%

20%

25%

30%

40%

45%

55%

70%

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80%

Warehouse

Apartment

School

Shopping Centre

Hotel Development

Office Fit-out

Hospital

Data Centre

Page 23: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

4

Jadual 1.1: Klasifikasi Kerja M&E (Dagostino, 2008)

Sistem Mekanikal Sistem Elektrik Sistem Automasi

Bangunan

Sistem Longkang

dan Saliran

Sistem Bekalan Air

Sejuk dan Panas

Sistem Penyejukan

dan Pemanasan.

Sistem Pencegahan

Kebakaran

Pencahayaan luaran dan dalaman

bangunan serta pencahayaan

kecemasan.

Bekalan Janakuasa Elektrik

Sistem Komunikasi

Sistem Siar Raya

Sistem Pengangkutan

Lift dan Eskalator .

Sistem Jaringan

Elektronik Bersepadu

1.2 Latar Belakang Kajian

Anggaran kos untuk kerja-kerja M&E tidak boleh dilakukan pada peringkat

pra-kontrak kerana sistem dan elemen-elemen kuantiti yang terlibat adalah berbeza

mengikut keperluan sesebuah bangunan dan projek (Mohamed & Yusuf, 2012). Sistem

Perkhidmatan Bangunan seperti kerja M&E yang memerlukan kemahiran tertentu dan

penglibatan tenaga pakar daripada kontraktor kecil dan pembekal yang dilantik

kebiasaanya tidak terlibat ketika peringkat reka bentuk dan perancangan sistem

perkhidmatan dalam bangunan kerana:

Page 24: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

5

i. Jurang komunikasi antara pereka dan kepelbagaian input reka bentuk.

ii. Kelemahan dalam pengurusan tentang peranan serta tanggujawab dalam

projek.

iii. Perolehan kerja oleh kontraktor pakar tidak diterima baik didalam

kumpulan.

Kerja-kerja M&E juga melibatkan sistem yang perlu dinaiktaraf serta

kelengkapan yang perlu ditukar beberapa kali apabila mencapai tempoh yang tertentu

selari dengan kitaran hayat bangunan dan wajar sekiranya Jurutera Perunding M&E

mempertimbangkan implikasi kos penyelengaraan dan aliran kos ketika proses

merekabentuk sistem (Harbour & Partners, 2017). Kajian ini di lakukan untuk

mengenalpasti kaedah pengiraan kos oleh kontraktor untuk menganggar bagi kerja-

kerja M&E serta perbandingan dengan kaedah pengukuran SMM2 dan Jadual Kadar

Harga JKR. Untuk melaksanakan kajian, lima jenis projek telah dipilih dan kontraktor

penyamanan udara dan elektrik ditemubual bagi mencapai dua objektif dalam kajian

ini.

A. Proses Anggaran Kerja M&E

Seperti yang diterangkan dalam klasifikasi kerja M&E seperti di atas,

pengukuran kuantiti dan anggaran kos adalah satu perancangan kewangan bagi sesuatu

projek yang melibatkan Jurukur Bahan dengan mengambil pengukuran yang berbeza-

beza mengikut jenis skop kerja yang tertera di dalam lukisan tender yang dihasilkan

oleh Jurutera Perunding ataupun Arkitek. Proses penyediaan Senarai Kuantiti

mengikut cara tradisonal oleh kontraktor M&E boleh dibahagikan kepada empat

peringkat:

Page 25: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

6

Jadual 1.2: Kaedah Pengukuran (Rashid, 2012)

No Kaedah Huraian

1 Pengukuran. • Mengambil ukuran dari lukisan dan memasukkannya

bersama penerangan ke dalam kertas ukuran oleh

jurukur bahan.

• Contoh seperti Sistem Bekalan Elektrik, Sistem

Bekalan Air, Sistem Penyejukan dan lain-lain.

2 Pendaraban

pengukuran.

• Mengira sama ada jumlah bilangan, panjang, keluasan

atau isipadu bagi setiap set ukuran dan mendapatkan

jumlah kuantiti untuk setiap item yang diukur diatas

kertas ukuran.

3 Penyarian. • Memindahkan setiap item beserta kuantiti yang telah

dikira ke dalam komputer dan susun mengikut urutan.

Bagi item yang sama, kuantiti akan disatukan dan harga

upah serta keuntungan dikirakan di dalam sistem.

4 Penulisan

bil.

• Menulis harga ke dalam Senarai Kuantiti yang

disediakan.

Dalam jadual 1.2 di atas, menunjukkan peringkat pertama ialah mengambil ukuran

atau “taking off”daripada lukisan dan dicatitkan dalam mana-mana bentuk yang

berikut:

i. Pengukuran isipadu.

ii. Pengukuran keluasan.

iii. Pengukuran linear atau panjang.

iv. Pengiraan bilangan.

Item-item yang dikumpulkan adalah mengikut jenis kerja dan seperti yang

terkandung di dalam Standart Method of Measurement of Building Works Second

Page 26: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

7

Edition (SMM2). Sebagai contoh ialah kerja elektrik, kerja pemasangan bekalan air,

kerja-kerja penyejukan dan penyaman udara dan sebagainya dalam skop M&E.

Manakala, bagi kerja-kerja yang sama tetapi untuk bangunan atau ruangan yang

berbeza akan dibilkan berasingan dan kerja-kerja diasingkan juga dengan kerja-kerja

luar. Ini untuk membezakan harga buruh dan harga barang binaan yang digunakan

mengikut jenis kerja dan tempat (Rashid, 2012).

B. Peranan Kaedah Pengukuran SMM2 bagi kerja-kerja M&E

SMM2 adalah dokumen standard yang diselarikan untuk kegunaan dan amalan

pembinaan tempatan bagi membolehkan ukuran yang seragam disediakan sebagai asas

untuk tujuan perolehan atau kontrak dokumen yang baik. Dalam kata lain SMM2

diperlukan dalam menghasilkan Senarai Kuantiti yang menepati jenis kerja yang

dijalankan. Kaedah Pengukuran Standard Edisi 2 (SMM2) dan Kaedah Pengukuran

Standard Kejuruteraan Awam Malaysia (MyCESMM) adalah antara garis panduan

yang dibangunkan sebagai bahan rujukan yang digunakan di Malaysia bagi

pengukuran kerja-kerja pembinaan yang akhirnya bertukar menjadi Senarai Kuantiti

yang menjadi sebahagian daripada perolehan atau kontrak dokumen (The Malaysian

Surveyor, 2014).

Rajah 1.1 menunjukan peranan SMM yang sangat penting dalam aktiviti

perolehan kontrak secara tradisional dan perolehan bukan tradisional. Ia sangat jelas

menunjukan bahawa SMM digunapakai oleh Jurukur Bahan bagi penyediaan Senarai

Kuantiti untuk kerja-kerja bangunan mahupun kerja struktur.

Page 27: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

8

Rajah 1.1 : Peranan SMM dalam Industri (The Malaysian Surveyor, 2014)

Page 28: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

9

Walau bagaimanapun, di Malaysia SMM2 yang digunakan sebagai

pengukuran kepada kerja-kerja M&E yang melibatkan seksyen “Q” dan “P”. Seksyen

“Q” dalam rajah 1.2 meliputi pengukuran untuk kerja-kerja perpaipan dan mekanikal.

Seksyen “R” pada rajah 1.3 pula adalah untuk kerja-kerja servis elektrik.

Rajah 1.2 ; Seksyen Q (The Institution of Surveyors Malaysia, 2001)

SMM2

Pipework & Fittisngs (m)

Special connection(nr)

Sundries (nr)

Pipework support (nr)

Building works

Excavation(measured under section 'D" in

(m)

Equipment (nr)

Cutting diases etc.(m)

Ductwork and Fittings(m)

Special connection(nr)

Duckwork support(nr)

Equipment and Ancillries(nr)

Anti vibration & sound support (nr)

Equipment support(nr)

Insulation to pipework(m)

Insulation to ductwork(m)

Insulation to equipment(nr)

(Section Q ) Plumbing & Mechanical Services.

Page 29: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

10

Rajah 1.3 : Seksyen R (The Institution of Surveyors Malaysia, 2001)

C. Klasifikasi Mekanikal dan Elektrik.

Perkhidmatan Bangunan merangkumi keseluruhan Sistem Mekanikal dan

Elektrikal yang dipasang di dalam bangunan bagi memberi keselesaan kepada

pengguna dalam bangunan atau premis. Bagi mencapai tahap keselesaan yang

diperlukan sewaktu peringkat reka bentuk dan pemasangan sistem haruslah memenuhi

kehendak persekitaran dengan mengambil berat tentang keseimbangan suhu,

pencahayaan, tahap kelembapan, keberkesanan talian komunikasi, bekalan tenaga,

sumber bekalan air dan sanitasi serta persekitaran yang selamat kepada penghuni dan

bangunan itu sendiri.

SMM2

Equipment & Control Gear (nr)

Equipment Support(nr)

Light Fittings(nr)

Accessories(nr)

Conduit&Fittings(m)

Trunking&fittings(m)

Busbar,trunking & fittings (m)

Tray fittings(m)

Cables(m)

Cable Support(nr)

Connection to main(provisional

sum)

Final Sub-circuit(nr)

(Section R) Electrical Services.

Page 30: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

11

I. Sistem Penyamanan Udara

Menurut (Ching & Francis, 1994) sistem penyamanan udara direkabentuk

untuk memberi keselesaan bagi penghuni bangunan dengan mengawal faktor

keselesaan haba sebelah dalam sebagai tindak balas pada keadaan sebelah luar,

kehilangan dan pertambahan haba bangunan dan pengunaan ruang bangunan oleh

penghuni. Setakat mana kecekapan sistem penyaman udara itu berfungsi bergantung

kepada ketepatan analisis kejuruteraan dan kejayaan persepaduan sistem dengan

struktur bangunan.

Semua kelengkapan dan jentera bangunan memenuhi ruang yang penting di

sekitar bangunan. Setengahnya memerlukan ruang atau domain sekelilingnya bagi

laluan, khidmat dan penyelenggaraan. Kadangkala jika kelengkapan dan jentera

menduduki 10% atau 15% kawasan bangunan , maka perlulah dipertimbangkan kesan

letakan ia disekitar bangunan. Faktor yang dipertimbangkan dalam meletakkan

lekapan penyaman udara dan sistem agihan ialah:

a) Kedudukan dan kaedah bekalan tenaga, bahan api, udara bersih dan air

(sistem memerlukan laluan terus ke sebelah luar).

b) Keperluan ruang, kepungan dan binaan untuk loji kelengkapan pemanasan

dan penyejukan.

c) Keperluan kebolehcapaian bagi khidmat dan penyelenggaraan.

d) Jenis dan corak susunatur sistem agihan yang digunakan bagi bahanantara

pemanasan dan penyejukan.

e) Jenis pemasangan: Tertutup dalam binaan bangunan atau terdedah kepada

pandangan.

Page 31: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

12

II. Sistem Bekalan Air.

Agihan bekalan ke atas daripada sambungan khidmat biasanya sesuai bagi

bangunan rendah (4 tingkat – 6 tingkat) jika air dibekalkan pada 35,154kg/m2. Bagi

bangunan yang lebih tinggi atau apabila tekanan air khidmat tidak memadai untuk

mengekalkan perkhidmatan pasangan yang mencukupi, air dipam ke atas ke tangki

simpanan ternaik atau atas bumbung bagi bekalan ke bawah mengikut graviti.

Sebahagian daripada air ini biasanya digunakan untuk sistem percegahan kebakaran.

Tekanan yang mencukupi diperlukan pada setiap lekapan untuk memastikan

pengendalian yang memuaskan (Ching & Francis, 1994).

III. Sistem Bekalan Elektrik.

Menurut (Ching & Francis, 1994) syarikat pembekal elektrik seperti Tenaga

Nasional Berhad perlu diberitahu mengenai jumlah anggaran bagi keperluan muatan

elektrik bagi bangunan semasa fasa perancangan untuk mengesahkan adanya

perkhidmatan dan selaras dengan kedudukan sambungan perkhidmatan, suis khidmat

dan papan suis. Bagi pemasangan yang besar, pengubah boleh digunakan untuk

bertukar daripada voltan bekalan kepada voltan khidmat. Untuk mengurangkan kos

penyelenggaraan, masalah bunyi bising dan haba, pengubah biasanya diletakkan

disebelah luar. Sambungan perkhidmatan boleh diletakkan diatas atau dibawah tanah.

Apabila sambungan khidmat, suis khidmat dan papan suis utama diberi

anggaran dan ditempatkan, keperluan kuasa elektrik bagi pelbagai kawasan bangunan

ditentukan, litar pendawai mesti dipasang untuk mengagihkan kuasa elektrik ke titik

penggunaan. Papan panel yang dibekalkan oleh papan suis utama mengagihkan

bekalan kuasanya ke litar cabang. Panel cabang ini memberi khidmat kepada litar yang

Page 32: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

13

serupa iaitu panel lampu, panel penyambut dan lain-lain atau kawasan khusus

bangunan seperti dapur atau makmal.

1.3 Penyata Masalah

Perolehan dan pengurusan kos anggaran kerja M&E dalam sektor pembinaan

sering dikritik kerana tidak efisen melalui praktis semasa di Malaysia (Yusuf &

Mohamed, 2012). Dengan itu, kajian ini akan memfokuskan kepada pemasalahan

kontraktor ketika membuat kos anggaran apabila Senarai Kuantiti yang diberikan

melibatkan unit lump sum dan lot sedangkan bahan atau sistem tersebut perlu dibuat

pengukuran dalam unit meter per run atau nr seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.4

untuk kaedah pengukuran.

Rajah 1.4 : Elemen-elemen untuk kaedah pengukuran (Potts, 2008)

Selari dengan masalah berkenaan, lukisan yang dibekalkan adakala

menunjukkan pengunaan sistem M&E yang moden dan baharu lantas pengukuran

yang ingin dibuat ketika taking off agak menyukarkan . Daripada perbezaan unit bahan,

anggaran kos yang dibuat boleh gagal dan tidak menepati kriteria klien. Ini kerana,

rata-rata kontrak bagi kerja M&E adalah lum sum dan harus meliputi segala jenis kerja,

Page 33: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

14

peralatan dan aksesori yang tidak disebut didalam lukisan atau Senarai Kuantiti tetapi

dinyatakan di dalam spesifikasi yang perlu dilaksanakan oleh pihak kontraktor (Yusuf

& Mohamed, 2012).

Ini meletakkan risiko tanggungan kepada pihak kontraktor menanggung kos

tambahan. Secara khususnya, pihak yang memasuki tender itu akan menanggung

semua risiko yang berkaitan dengan spesifikasi yang dinyatakan didalam Senarai

Kuantiti dan penerangan yang tidak mencukupi ini boleh meningkatkan kos tender

kepada kontraktor seterusnya berpindah kepada klien. Lantas, penilaian terhadap

tender menjadi sukar, penilaian perintah perubahan serta penyediaan penilaian untuk

sijil interim di peringkat pos-kontrak.

Pada masa yang sama, perunding M&E mengunakan senarai harga serta kos

lump sum untuk dihargakan ke dalam senarai kuantiti bagi tujuan menghargakan

tender dan pos-kontrak untuk mengawal belanjawan kos Perkhidmatan Bangunan

(Yusuf, 2012) (Stephen, 2009) (CIDB, 2009) & (Seah, 2004). Setiap senarai kuantiti

dan kaedah kerja juga adalah berbeza-beza mengikut organisasi perunding yang mana

mereka tidak menggunakan panduan yang tercatat di dalam SMM2 .

Pendekatan yang digunapakai oleh perunding melibatkan pengukuran, kuantiti

dan kos pengurusan pada peringkat perolehan perkhidmatan bangunan tidak standard

dan tidak ada keseragaman dalam amalan menurut (Kumar, 2009) oleh (Yusuf,

Mohamed & Yusof , 2014)

Page 34: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

15

1.4 Persoalan Kajian

i. Adakah kaedah pengukuran semasa dalam menghargakan tender bagi kerja-

kerja M&E oleh kontraktor sama dengan kaedah yang dinyatakan dalam

Standart Method Of Measument 2.

ii. Adakah elemen-elemen kerja pengukuran M&E didalam SMM2 boleh

dipraktikkan oleh kontraktor bagi membuat kerja anggaran kos serta selari

dengan praktis JKR.

1.5 Objektif Kajian

i. Membandingkan praktis semasa kontraktor dengan kaedah Standart Method

Of Measument 2 untuk kerja-kerja pengukuran M&E.

ii. Mengenalpasti proses anggaran kos oleh kontraktor selari dengan pengukuran

SMM2 untuk anggaran oleh kontraktor mengikut Jadual Kadar Harga JKR.

1.6 Skop Penyelidikan

Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah temubual dan kajian kes sebanyak lima

buah projek dengan Jurukur Bahan atau Penganggar Kos Mekanikal dan Elektrikal di

firma kontraktor. Kajian kes dan temubual dijalankan ke atas responden yang telah

bekerja mininum lima tahun serta tidak terhad kepada pengalaman. Skop utama

temubual dengan responden melibatkan kerja pengukuran serta anggaran kos .

Page 35: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

16

1.7 Kepentingan Penyelidikan

Dari hasil kajian ini, ia akan memberi panduan kepada pihak kontraktor untuk

melakukan kaedah pengukuran dengan memastikan bahawa elemen-elemen yang

tidak terkandung di dalam lukisan dan senarai kuantiti serta unit yang mengelirukan

akan dihargakan di dalam tender. Perbandingan yang dibuat di antara Standart Method

Of Measument 2 dengan kaedah semasa pihak kontraktor boleh dijadikan rujukan dan

digunapakai sekiranya ia bersesuaian dengan kaedah kerja dan elemen yang

terkandung didalam tender. Perbandingan perbezaan kos juga dilakukan antara jadual

kadar harga JKR bagi mengenalpasti jurang kos di antara pihak kontraktor dengan JKR

meliputi kerja-kerja M&E untuk dijadikan rujukan ketika menganggarkan tender.

Lantas dari itu juga, ia boleh membantu jurukur bahan dalam penyediaan

Senarai Kuantiti bagi kerja M&E yang betul dan tepat dengan mengikut Standart

Method Of Measument 2. Dalam konteks yang terkandung di dalam SMM yang telah

diterbitkan di Malaysia pada tahun 2001, ia kurang memfokuskan kerja-kerja

kejuruteraan perkhidmatan bangunan (Yusuf & Mohamed, 2012) tetapi edisi ke-2

yang dikeluarkan lebih menfokuskan pada kaedah pengukuran anggaran kos

pembinaan yang rata-rata jurutera perunding kurang memahaminya.

Dengan mengambil langkah yang lebih baik seperti kaedah membuat kos

anggaran diserahkan kepada jurutera perkhidmatan bangunan atau jurutera perunding

M&E bagi membangunkan kos anggaran yang lebih terperinci mengenai kerja

perpaipan air serta kerja-kerja perkhidmatan bangunan yang memerlukan penganggar

kos yang lebih berpengalaman dalam bidang tersebut menurut (Levitt, 1994).

Walaubagaimanapun, kontraktor M&E juga haruslah mempunyai pengetahuan yang

meluas tentang kaedah kerja pembinaan bangunan yang mana ia berkait rapat dengan

elemen serta cara kerja untuk kerja-kerja pemasangan M&E. Ini bertujuan

mengelakkan pertambahan kos dan risiko kerana perubahan kerja akan menjurus ke

arah peningkatan kos yang lebih tinggi.

Page 36: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

17

1.8 Kaedah Penyelidikan

Metodologi dalam kajian ini meliputi beberapa peringkat yang utama iaitu

perancangan, pengumpulan data dan peringkat analisis data dan kesimpulan untuk

keseluruhan kajian yang dijalankan. Menerusi peringkat perancangan, tajuk kajian ini

telah dipilih daripada isu-isu semasa lantas diusulkan kepada panel penilai untuk

diluluskan. Apabila tajuk kajian sudah ditetapkan objektif dan skop kajian

dikenalpasti. Aktiviti pada peringkat permulaan iaitu peringkat pengumpulan data

untuk bahan literature dikumpul untuk di jadikan topik di dalam kajian soal selidik

nanti.

Kajian literatur dijalankan melalui pencarian menerusi jurnal, buku-buku

rujukan, tesis yang lepas serta laman web, dan kajian soal selidik adalah melalui

penghasilan soalan kaji selidik untuk mendapatkan maklumbalas daripada responden

Data yang diperoleh daripada soal-selidik, dianalisis menggunakan teknik Analisis

Kekerapan, Peratusan dan Descriptive Statistic Setelah itu, diskusi dan penerangan

secara terperinci pada peringkat analisis data dibuat berdasarkan semua maklumat dan

data yang diperoleh. Rajah 1.5 di bawah menunjukkan ringkasan bagi metodologi

kajian yang ingin dilaksanakan.

Page 37: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

18

Rajah 1.5 : Carta Alir Kaedah Penyelidikan.

Kesimpulan dan keputusan kajian mencapai objektif .

Menganalisis data yang diperolehi dan menstruktur keputusan analisis.

Kaji selidik dijalankan terhadap Jurukur Bahan kontraktor mengenai kaedah pengukuran anggaran kos bagi kerja M&E.

Pengumpulan penulisan literature berkaitan elemen-elemen dalam M&E serta kenalpasti kaedah anggaran pengukuran kos yang digunapakai.

Kenalpasti objektif kajian dan permasalahan.

Mengenalpasti isu-isu berbangkit berkaitan kerja-kerja M&E.

Page 38: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

19

1.9 Cadangan Organisasi Bab

Bab-1: Pendahuluan

Dalam bab pendahuluan ini membincangkan tentang latar belakang kajian,

penyata masalah, persoalan kajian, objektif kajian serta skop kajian. Serta dalam bab

ini juga memberikan maklumat tentang skop kajian, kepentingan kajian dan kaedah

kajian.

Bab-2: Praktis Semasa Pengukuran Kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal

Bab ini menerangkan lebih terperinci berkenaan definisi yang digunapakai dan

juga ia menerangkan tentang pengenalan kepada klasifikasi skop kerja Perkhidmatan

Bangunan serta mengetahui kaedah kerja dan permasalahan yang dihadapi. Kajian ini

mengandungi dua objektif yang ingin dicapai iaitu membandingkan kaedah semasa

anggaran kos oleh kontraktor dengan pengunaan SMM2 dan objektif kedua ialah

mengenalpasti proses anggaran kos oleh kontraktor selari dengan pengukuran SMM2

untuk anggaran oleh kontraktor mengikut Jadual Kadar Harga JKR.

Objektif kajian dibincangkan dengan lebih terperinci dengan disokong

penulisan literature yang diperolehi. Bab ini turut menerangkan tentang fungsi

dokumen Senarai Kuantiti yang digunakan bagi menyediakan harga tender untuk

kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal serta kepentingan mengenalpasti elemen-elemen

kerja daripada SMM2 untuk digunapakai ketika pengukuran dan menganggar kos.

Page 39: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

20

Bab-3: Metodologi Kajian

Bab ini menjelaskan tentang kaedah yang digunapakai untuk pengumpulan

data dan kaedah analisis kajian. Kaedah kajian yang dilakukan ialah kaji selidik secara

temuramah kepada responden sasaran. Daripada data yang diperolehi, ia akan

dianalisis untuk mencapai objektif kajian.

Bab-4: Analisis Kajian.

Peringkat analisis kajian adalah cerapan yang dibuat daripada data-data yang

diperoleh sewaktu kaji selidik dijalankan. Keputusan analisis akan ditunjukkan dalam

bentuk jadual, graf atau sebagainya tetapi data tersebut perlulah mencukupi untuk

dianalisa.

Bab-5: Kesimpulan dan Rumusan.

Di akhir kajian ini ialah kesimpulan dan rumusan. Ia mengandungi maklumat

mengenai objektif dari awal kajian sehingga peringkat untuk mencapai objektif. Hasil

kajian ini boleh diaplikasikan dalam industri sebagai garis panduan ataupun rujukan

untuk perlaksanaan dalam pengukuran kerja-kerja M&E yang lebih standart.

Page 40: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

BAB 2

KAEDAH PENGUKURAN SMM2 UNTUK ANGGARAN KERJA

MEKANIKAL & ELEKTRIKAL.

2 KAEDAH PENGUKURAN SMM2 UNTUK ANGGARAL DAN ELEKT

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini membincangkan lebih menyeluruh tentang Teknologi

Perkhidmatan Bangunan dan mengenalpasti kaedah pengukuran SMM2 yang

signifikan dengan komponen-komponen sistem perkhidmatan bangunan terutamanya

kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal. Pendekatan diambil dengan mengenal pasti

kaedah pengukuran yang sesuai untuk dihargakan di dalam Senarai Kuantiti selaras

dengan kaedah semasa yang dipraktikkan oleh kontraktor dan kehendak didalam

SMM2.

Faktor-faktor yang menghalang sesetengah daripada elemen-elemen dibuat

pengukuran berdasarkan SMM2 tetapi mengunakan kaedah praktis semasa daripada

kontraktor kerana perubahan dan peningkatan teknologi yang lebih selari dengan

pemahaman dan kepakaran penganggar kos dari pihak kontraktor turut dijelaskan

dalam bab ini. Ini adalah perlu untuk menentukan pengukuran kuantiti dan kos yang

tepat dan jelas bagi menerangkan elemen yang terlibat.

Page 41: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

22

2.2 Definisi dan Istilah.

Dalam bab ini juga menerangkan tentang istilah seperti PB iaitu Perkhidmatan

Bangunan; sistem-sistem yang dipasang didalam bangunan seperti Penyamanan

Udara, Sistem Bekalan Air dan Perpaipan, Sistem Tenaga Elektrik dan lain-lain lagi;

SMM2 iaitu Kaedah Pengukuran Anggaran Kerja-Kerja Bangunan Edisi 2 (Standart

Method Of Measurement) bagi membantu jurukur bahan membuat kerja mengukur dan

menganggar dalam format standard untuk memudahkan penyediaan Senarai Kuantiti.

Ianya diperlukan bagi mengetahui prinsip pengiraan suatu elemen dalam bangunan,

pengkuantitian dan penghargaan bagi kerja bangunan untuk kegunaan jurukur bahan.

Menurut (Rashid, 2012) Senarai Kuantiti adalah satu dokumen yang disediakan

oleh jurukur bahan, lukisan dan spesifikasi yang disediakan oleh pereka bentuk sesuatu

projek. Senarai Kuantiti ini menyenaraikan kuantiti untuk setiap kerja di dalam urutan

tertentu dan disusun dalam format yang diiktiraf untuk memudahkan kontraktor

menghargakan kerja yang terlibat. Manakala kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal pula

ialah sistem operasi sesuatu bangunan. Komponen-komponen mekanikal dan

elektrikal akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bab yang berikutnya.

2.2.1 Mekanikal dan Elektrikal.

Sistem M&E dipasang pada bangunan bagi menyediakan keselesaan yang

diperlukan oleh penghuninya. Ia berfungsi sebagai satu sistem pengoperasian sebuah

bangunan untuk membantu menjana operasi sistem-sistem lain dalam bangunan serta

untuk memastikan bangunan itu berfungsi menepati tujuan ia dibina. Sistem M&E

boleh dikoordinasi secara automatik melalui sistem pengkomputeran mahupun

manual. Sistem Mekanikal merangkumi sistem-sistem seperti; saliran longkang,

sistem bekalan air domestik dan perpaipan, penyejukan dan pemanasan udara serta

Page 42: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

23

Sistem Pelupusan Sisa. Manakala Sistem Bekalan dan Perkhidmatan Elektrik pula

adalah membekal dan angihan sistem bekalan, sistem pencahayaan, pemanasan

elektrik, sistem siar raya, sistem penyelengaraan keselamatan dan sistem

telekomunikasi (Dagostino, 2008).

2.2.2 Kaedah Pengukuran Standart SMM

Sejak bertahun-tahun dahulu, sektor industri binaan terutamanya telah

membangunkan kaedah pengukuran yang standart untuk diadaptasi ke dalam

pengukuran kerja-kerja binaan. Kod pengukuran yang pertama telah wujud di United

Kingdom dan diterbitkan pada 1922 untuk memberi garis panduan kepada kaedah

pengurukan kerja-kerja bangunan dan sehingga hari ini industri binaan telah banyak

menghasilkan garis panduan kepada penganggar kos untuk menghasilkan kerja-kerja

pengukuran yang lebih baik, tepat,terperinci dan standart (Hore, 1997).

Menurut RICS, Standart Method of Measurement (SMM) merupakan sebuah

dokumen yang mengandungi panduan bagi kaedah pengukuran kerja-kerja bangunan

yang bertujuan untuk menghasilkan Senarai Kuantiti yang mengandungi dan meliputi

aspek kuantiti dan kualiti sesuatu kerja yang bakal dijalankan. (Molloy, 2007)

menerangkan bahawa SMM ialah suatu dokumen pengukuran yang digunakan sebagai

garis panduan menyatakan kaedah-kaedah terperinci untuk mengukur setiap butiran

kerja oleh kontraktor yang ingin memasuki tender .

Page 43: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

24

Rajah 2.1 : Pembangunan semasa SMM (The Malaysian Surveyor, 2014)

Kajian peringkat awal mendapati, masih ada yang mengunakan SMM1 untuk

dijadikan panduan menghasilkan Senarai Kuantiti dan SMM yang lain juga masih lagi

dipraktiskan oleh penganggar kos (Molloy, 2007). Rajah 2.1 menunjukkan

pembangunan SMM sejak tiga dekad dalam industri binaan di Malaysia.

2.3 Praktis Semasa Kos Anggaran Mekanikal Dan Elektrikal.

Pada kebiasaanya, pengkuantitian dan garis panduan yang tercatat didalam

SMM2 tidak diaplikasikan oleh jurukur bahan ketika melakukan kerja-kerja anggaran

kos dalam Senarai Kuantiti. Hal ini wujud kerana, jurukur bahan menggunakan

pengalaman pengukuran kos kerja anggaran yang terdahulu dan penambahan

beberapa peratus kepada unit harga kemudian digunakan untuk kerja-kerja

menghargakan tender.

Kaedah ini tidak sesuai, kerana kos seunit bagi kerja-kerja mekanikal dan

elektrikal tidak konsisten antara satu sama lain dan berlainan mengikut jenis projek

seperti yang dinyatakan (Yusuf, Mohamed & Yusof , 2014) oleh (Buys, 2005) .

Page 44: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

25

Walau bagaimanapun, untuk kerja-kerja M&E di Malaysia, klien biasanya

melantik firma perunding bagi mereka bentuk sistem M&E. Kadangkala, klien akan

melantik pembekal sistem itu sendiri seperti kontraktor Lift bagi mereka bentuk

sistem pengangkutan dalam bangunannya. Jadual 2.2 menunjukkan, jurukur bahan

akan membuat pengukuran kuantiti taking off dari lukisan dan menghargakan ke

dalam Senarai Kuantiti seperti contoh berikut:

Jadual 2.1 Bentuk Tender Senarai Kuantiti bagi kerja M&E. (Chin Ling, 2014)

Item Huraian Unit Kuantiti Harga(RM) Jumlah(RM)

A) Electrical works:-

1 Membekal dan memasang kabel 4c

16mm pvc/swa cable bagi lampu jalan

dari tiang lampu beserta kerja-kerja

korekan, menimbus dan memadatkan

mengunakan pasir/konkrit lapis ,

sambungan dan pelindung kabel dengan

mematuhi kehendak MPN/JKR.

m 250

2 Membekal dan memasang 2cx6mm

cu.cable daripada Pondok Jaga ke

Gazebo untuk sambungan peti pembekal

1fasa bersama akseksori termasuklah

sesalur dan sambungan yang dinyatakan

didalam lukisan pelan.

l/s 1

3 Membekal dan memasang Peti Pembekal

80A TPN lampu jalan dan akseksori yang

terlibat termasuklah lapis konkrit.

no 1

Jumlah kerja elektrik. RM;

B) Kerja-kerja Mekanikal-Pencegah

Kebakaran.

4 Membekal dan memasang CO2 Tetap

Sistem pemadam termasuk Jadual 40/80

Pipeworks, simpanan Gas silinder

dengan silinder utama, injap solenoid,

sokongan sudut besi pendakap dan

kelengkapan berkaitan dan semua

aksesori. Muncung, panel kawalan, twin

berkelip lampu automatik (jenis LED),

semua pengesan asap dan haba,

kebakaran langsir untuk semua bukaan

dinding dan pintu, manual utama stesen

ls 1

Page 45: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

26

Daripada rajah yang di atas item-A adalah kerja untuk elektrikal manakala item-

B pula ialah kerja mekanikal sistem pencegahan kebakaran. Penganggar kos akan

melakukan taking off dengan cermat serta teliti kerana Senarai Kuantiti dan lukisan

tender kadangkala tidak sama.

2.3.1 Klasifikasi Item dalam Senarai Kuantiti.

Item di dalam Senarai Kuantiti dianggarkan mengikut jenis elemen yang

dihargakan sekali dengan kos upah untuk kaedah pemasangan dan elemen-elemen

yang lain yang terlibat. Sebagai contoh, item no-1, dalam jadual 2.2 di bawah

menunjukan kable diukur bersama kerja tanah seperti korek, timbus dan pelindung

kable. Huraian yang terdapat pada item Senarai Kuantiti no-1 merangkumi tiga

elemen yang perlu dikuantitikan dalam linear meter berpandukan SMM2 (kable,

korekkan dan pelindung kable).

Dalam situasi ini, kerja anggaran agak sukar kerana kontraktor perlu

memasukkan kos bagi elemen-elemen lain yang tidak dinyatakan didalam Senarai

Kuantiti tetapi elemen itu perlu dihargakan bagi menyempurnakan kerja terbabit

sebagai contoh pelindung kabel ‘cable cover’ seksyen R.24.2 dalam SMM2 perlu

suis / tarik, loceng penggera, langsir api

beserta peranti penggerak, kabel didalam

paip GI saluran dan aksesori.

5 Membekal dan memasang semua paip

tanam , pemercik kepala tergantung dan

penitis serta sambungan tee ,kerja paip,

lukisan, sokongan, sambungan dan

semua aksesori .

ls 1

Jumlah Sistem Pencegah Kebakaran. RM;

Page 46: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

27

menyatakan jenis dan saiz yang digunakan serta seksyen R.24.1 SMM2 menyatakan

bahawa kedalaman korekan, jenis pasir dan nisbah gred konkrit yang perlu digunakan

harus dinyatakan tetapi kontraktor hanya mengandaikan sahaja kerana ia tidak

tercatit dalam senarai kuantiti.

Jadual 2.2 : Klasifikasi item dalam Senarai Kuantiti dan kehendak SMM2

(Chin Ling, 2014)

Praktis Semasa Kehendak SMM2

Item no.1

Membekal dan memasang kabel 4c 16mm

pvc/swa cable bagi lampu jalan dari tiang lampu

beserta kerja-kerja korekan, menimbus dan

memadatkan mengunakan pasir/konkrit lapis ,

sambungan dan pelindung kabel dengan

mematuhi kehendak MPN/JKR.

Kable

R.15.2f:4c 16mm pvc/swa kable; direntang

didalam parit (peparit dan sesalur diukur

berasingan (lin.m)

Kerja-kerja bangunan

R.24.1:Menggali parit untuk kabel bermula dari

paras tanah yang sedia ada, lebar tidak melebihi

250mm, purata kedalaman 250-500mm dan

menimbus dengan pasir sungai dan membuang

lebihan daripada tapak (lin.m)

R.24.2:450mm panjang x 150mm lebar x 50mm

tebal Precast Concrete Mix nisbah (1:2:4)

lapisan pelindung cable diatas untuk kabel

armoured (lin.m)

Item no.2

Membekal dan memasang 2cx6mm cu.cable

daripada Pondok Jaga ke Gazebo untuk

sambungan peti pembekal 1fasa bersama

akseksori termasuklah sesalur dan sambungan

yang dinyatakan didalam lukisan pelan.

Kable

R.15.2b: Kable 2cx6mm direntang didalam

sesalur (lin.m)

Sesalur dan kelengkapan pemasangan.

R.10: 50mm lebar x 50mm tebal sesalur jenis

biasa expoxy powder coated disambung

mengunakan rod besi melekat diskru didinding

setiap 1 kaki (lin.m)

R.10.2:Lebihan dan penutup dihujung :

Bengkokan dan lain-lain lagi (lin.m)

Page 47: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

28

Seperti juga pada item Senarai Kuantiti no-2, kabel dihargakan dengan sesalur

trunking yang terdapat dalam pelbagai saiz dan jenis yang digunakan dikuantitikan

dalam linear meter menurut SMM2 seksyen R.10.1 tetapi lump sump pada Senarai

Kuantiti. Oleh kerana jenis serta saiz sesalur tidak dinyatakan didalam Senarai

Kuantiti maka kontraktor akan mengunakan saiz yang bersesuaian dengan bilangan

kabel yang digunakan serta jenis seperti epoxy powder coated dan ketebalan yang

sederhana. Harga yang dianggarkan mungkin tidak sama dengan kontraktor lain yang

mengunakan sesalur jenis hot dip galvanized yang lebih keras dan tebal.

Dalam SMM2, pengukuran bagi elemen sesalur dinyatakan dalam seksyen

R.9-R.19 mengatakan bahawa, elemen-elemen perlu dianggarkan berasingan dari

kabel tetapi didalam Senarai Kuantiti kesemua elemen dihargakan sekaligus lump

sum. Menurut (Mohamed & Yusuf, 2012) yang dipetik dari (Odeyinka, 2009) dan

(Potts, 2008) kelewatan dan pertikaian boleh berlaku terhadap kontraktor-kontraktor

yang memasuki tender kerana proses penilaian harga tender oleh klien yang akan

menjadi berat sebelah dan tidak adil akibat huraian description yang tidak jelas

didalam Senarai Kuantiti.

2.3.2 Pengukuran Kos dan Format dalam Senarai Kuantiti.

Lokasi kerja dalam seksyen Q.3 dan R.3 juga disebut di dalam SMM2 tentang

kerja yang dijalankan samaada diluar bangunan (external), dalam bangunan

(internal) dan didalam bilik jentera (plant rooms). Ini melibatkan anggaran kos yang

berbeza bagi setiap kerja aktiviti menyewa mesin dan jentera bagi seperti melakukan

kerja-kerja mengangkat serta menanam lurang-lurang pemeriksaan (manholes),

memasang lampu jalan, kerja memotong jalan untuk penanaman paip bawah tanah

Page 48: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

29

dan pelbagai lagi. Ini memberi maklumat awal kepada klien dan kontraktor utama

tentang jenis aktiviti yang akandilakukan oleh kontraktor adalah dibenarkan.

Walaupun sesetengah anggaran kos kerja M&E meliputi kos kerja-kerja

korekan seperti parit kable ‘cable trench’ , concrete slab atau plinth, SMM2 seksyen

R.24.10 menyatakan bahawa kerja bangunan haruslah dinyatakan dengan jelas

tentang saiz dan spesifikasinya sebagaimana kerja-kerja korekan dalam seksyen D

dan F. Ini bermaksud kontraktor harus mengemukakan butiran kos dengan lebih

terperinci tentang kaedah kerja, pengunaan alatan, mesin dan jentera serta jenis bahan

yang digunakan (Yusuf, 2014).

Oleh kerana kaedah perincian kos ini telah dikeluarkan dari dokumen tender

M&E, maka kontraktor akan tidak akan berhadapan dengan pertikaian kelewatan

kerja dan kos lebihan. Walaupun begitu, kontraktor tetap perlu menyatakan jenis

bahan yang digunapakai dan sumber pembekal ia diperolehi. Kaedah seperti ini

kadangkala menyukarkan perunding kerana tidak semua kontraktor mengemukakan

kualiti dan jenama yang sama, ada juga yang mengunakan jenama dan sumber bahan

yang sederhana tetapi menghasilkan kualiti yang sama dengan jenama yang mahal.

Sebagai contoh, jika kontraktor X membida tender dengan mengunakan

jenama dan bahan yang berkualiti mengikut spesifikasi didalam tender dan

menghasilkan harga yang tinggi manakala kontraktor Y pula mengunakan jenama

yang setaraf dengan spesifikasi dan kualiti yang baik sekaligus tender jauh lebih

ekonomi pasti akan meletakkan klien dan pengurusan projek sukar membuat

penilaian untuk memberi perolehan kerja kepada kontraktor yang layak samaada

merendahkan kualiti ataupun meningkat kos dengan memilih kualiti bahan yang

baik. Format spesifikasi bahan dalam dokumen tender juga membenarkan pemilihan

jenama yang lain dari kontraktor asalkan ia hampir dengan kualiti yang dikehendaki

oleh klien.

Page 49: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

30

2.3.3 Isu-Isu Praktis Semasa

Tiada keseragaman dalam kaedah yang digunapakai untuk penyediaan senarai

kuantiti dalam perkhidmatan bangunan dan ini dinyatakan oleh pengamal-pengamal

dalam konteks industri pembinaan Malaysia kerana dinyatakan bahawa jurukur bahan

sering mengunakan pendekatan tradisional ketika menghargakan tender bagi kerja

M&E dan ini amat membimbangkan kerana ia melibatkan pengurusan kos menurut

(Yusuf & Mohamed, 2014) yang dipetik dari (CIDB, 2009).

Pendekatan yang sebegini telah diperhatikan tidak memuaskan dan boleh

membawa kepada kontrak yang tidak seimbang kerana kesan Senarai Kuantiti yang

tidak cukup komprehensif sebagai contoh masalah akan wujud apabila pengukuran

akhir kerja final measument work apabila wujud kerja-kerja tambahan variation order,

ia melibatkan penambahan kos sama ada dipersetujui untuk pembayaran kepada pihak

kontraktor oleh klien atau pun risiko ditanggung sendiri oleh pihak kontraktor.

Proses penilaian bukan sahaja melibatkan kos penambahan yang baru malah ia

perlu dibandingkan dengan kerja-kerja yang asal actual work kerana implikasinya

terhadap kos awalan initial cost dan pembayaran akhir final contract sum kerana

kontraktor perlu menyemak semula item-item dan elemen kerja lantas ia yang

memerlukan lebih banyak masa dan sumber untuk menjalankan pengukuran yang

terperinci menurut (Yusuf & Mohamed, 2014) (Molloy, 2007).

i. Kurang maklumat yang lengkap oleh kontraktor tentang item dan

elemen yang boleh mempengaruhi peningkatan kos yang sangat tinggi.

ii. Praktis kaedah penyediaan Senarai Kuantiti oleh perunding M&E

adalah mengikut cara organisasi itu sendiri.

iii. Kandungan dalam Senarai Kuantiti tentang kaedah kerja tidak

konsisten dengan kaedah kerja Mekanikal dan Elektrikal.

iv. Kaedah pengukuran anggaran kos yang sedia ada tidak seragam dengan

Senarai Kuantiti.

Page 50: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

31

2.4 Perkhidmatan Bangunan

Perkhidmatan Bangunan memainkan peranan penting dalam menyumbang

kepada reka bentuk bangunan, bukan sahaja dari segi strategi dan standard keseluruhan

untuk dicapai, tetapi juga dalam bidang kejuruteraan façade, berat, saiz dan lokasi loji

utama dan peralatan, kedudukan laluan untuk pengagihan perkhidmatan secara

mendatar, saliran, sumber tenaga, kelestarian, dan sebagainya. Ini bermakna reka

bentuk perkhidmatan bangunan perlu diterapkan ke dalam reka bentuk bangunan

keseluruhan daripada peringkat awal, terutamanya projek-projek bangunan kompleks

seperti hospital.

Bagi bangunan yang mempunyai reka bentuk biasa, kebiasaanya akan diketuai

oleh seorang arkitek namun pada bangunan yang sangat kompleks dengan keperluan

perkhidmatan bangunan, jurutera perkhidmatan bangunan mungkin perlu dilantik

sebagai pereka utama. (Rogers Stirk Harbour & Partners, 2017). Perkhidmatan

bangunan adalah sistem yang dipasang di bangunan untuk membuat penghuni merasa

selesa dengan sistem yang berfungsi cekap dan selamat.

Biasanya sistem ini adalah sistem pengudaraan dan penghawa dingin (HVAC),

air dan saliran, lampu, kuasa, ICT, lif dan eskalator, sistem kawalan dan sebagainya.

Selain itu, sistem yang kompleks seperti pengedaran gas, pengawalan kelembapan dan

bakteria dan sebagainya mungkin diperlukan untuk bangunan kompleks seperti

lapangan terbang, hospital, kilang dan makmal (CIBSE).

2.5 Peranan SMM terhadap Senarai Kuantiti.

Seperti yang sedia diketahui, SMM merupakan suatu garis panduan bagi

melakukan kerja-kerja anggaran kos seperti kerja bangunan dan kerja struktur. Bagi

penyedian sesuatu Senarai Kuantiti ataupun BoQ, SMM digunapakai sebagai asas

Page 51: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

32

sesuatu elemen kerja yang akan dihargakan oleh kontraktor. (Molloy, 2007)

menjelaskan bahawa tujuan utama Senarai Kuantiti ialah sebagai dokumen tender yang

juga berfungsi untuk membantu dalam pengiraan penilaian bagi sijil interim. Peranan

SMM terhadap Senarai Kuantiti adalah seperti berikut menurut (Nani, 2008):

i. Memudahkan struktur Senarai Kuantiti mudah untuk difahami oleh

kontraktor yang memasuki tender. Apabila Senarai Kuantiti tidak

dibekalkan kepada kontraktor, kontraktor akan mengunakan format dan

pengiraan mereka yang tersendiri.

ii. Menyeragamkan kualiti, kuantiti dan elemen kerja yang dikehendaki

oleh klien. Tanpa Senarai Kuantiti , kualiti elemen, kuantiti adalah tidak

seragam dan tidak menepati spesifikasi kontrak lantas penilaian harga

kontrak saksama bagi perolehan kerja boleh dilakukan.

iii. Keperluan untuk persamaan kaedah pengukuran yang standard dengan

perkembangan baru teknikal dalam industry binaan.

iv. Memastikan pengunaan unit SI yang standard untuk disesuaikan dengan

jenis item dan elemen kerja.

Menurut (Nani, 2008) pembangunan SMM didalam penyediaan Senarai

Kuantiti adalah didorong oleh faktor-faktor seperti:

i. Perubahan perkembangan teknologi dalam pembinaan.

ii. Kekuatan pengaruh dan Institusi professional.

iii. Amalan budaya menganggar kos yang dipraktik oleh golongan professional

tempatan mahupun luar Negara.

2.5.1 Struktur Kaedah Pengukuran Elemen Dalam SMM2.

Dokumen SMM biasanya bermula dengan pengenalan, peraturan-peraturan am

dan cadangan. Dalam seksyen ini akan dijelaskan tentang prinsip pengukuran SMM2

untuk dijadikan asas kerja-kerja anggaran kos M&E yang dipetik dari (Mohamed &

Yusuf, 2012)

Page 52: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

33

a) Klasifikasi kerja

Kerja-kerja M&E tidak dinyatakan secara terang tentang pengunaan seksyen

Q.2 dan R2 didalam SMM2. Ini menyukarkan kontraktor untu mengenalpasti

penerangan yang utama tentang elemen dan item kerja untuk dijalankan. Untuk

mengurangkan kerja yang berulang pada peringkat post kontrak, maklumat serta

informasi yang dinyatakan dari Senarai Kuantiti harus jelas menurut (Mohamed &

Yusuf, 2012) yang dipetik dari (Potts, 2008).

b) Lokasi kerja

Dalam seksyen Q.3 dan R3, lokasi melakukan kerja adalah didalam bangunan

dan kawasan luar atau lapangan mahupun diatas bumbung. Ini penting kerana,

kontraktor akan menghargakan segala bentuk perlindungan keselamatan yang

digunakan ketika kerja juga meliputi aspek risiko yang dihadapi oleh mereka.

c) Kerja-Kerja Paip Dan Kelengkapan Pemasangan.

Kerja-kerja paip, kelengkapan pemasangan, kerja sokongan paip, sambungan

perpaipan serta sundries perlu dimasukkan sekali dalam pengukuran walaupun tidak

dinyatakan secara terperinci didalam Senarai Kuantiti Seksyen Q.7 hingga Q.12

mengharuskan paip diunitkan dalam meter, kerja paip sokongan, sambungan paip dan

sundries dianggar sekali.

Page 53: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

34

d) Kerja-Kerja Sesalur, Kelengkapan Serta Penebatan.

Seksyen Q.14-Q.16 menyatakan sesalur diukur dalam meter dan penyokong

sesalur dihargakan bersama. Seksyen Q.25-Q.28 yang terdapat dalam SMM2

berkehendakkan penebat kepada kerja-kerja paip sesalur, sesalur ke alatan diukur

dalam meter. Pada praktis semasa, terdapat didalam Senarai Kuantiti ia dianggar

sebagai unit lump sum dengan kerja-kerja sesalur tanpa mengasingkan bentuk kerja

terbabit. Kesukaran akan timbul apabila penilaian sijil interim akan dikeluarkan kerana

kuantiti yang telah disiapkan oleh kontraktor sukar untuk dikenalpasti.

e) Alatan, Barangan Sampingan Dan Gear Kawalan (Control Gear).

Dengan jelas disebut dalam seksyen Q.19-Q.23 dan R.4-R.5 yang

mengharuskan kualiti, kapasiti, saiz alatan perlu dinyatakan dengan jelas didalam

Senarai Kuantiti. Ini akan menghasilkan keseragaman item dan elemen dikalangan

kontraktor yang mengunakan jenama dan menghasilkan kualiti yang sama.

f) Paip Conduit, Trunking, Kable Dank Kable Tray.

Item dan elemen ini disebut didalam seksyen R.9-R.16 yang meletakkan

pengukuran secara berasingan untuk elemen diatas. SMM2 juga menyebut tentang saiz

dan jenis yang digunakan. Ini kerana, harga adalah berbeza mengikut jenis serta saiz

kerana kable tray mahupun trunking tidak sama disetiap sambungan.

Page 54: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

35

g) Kelengkapan Lampu Dan Akseksori.

SMM2 menyatakan bahawa untuk kelengkapan lampu dan akseksori harus

dikira per point dalam seksyen R.7-R.8 tetapi kelangkapan lampu perlu dihargakan

mengikut saiz dan serta jenisnya dalam seksyen R.7.1.di dalam senarai kuantiti 2 jenis

huraian boleh dibuat samaada dalam bentuk pendawaian dan kelengkapan lampu yang

gunakan.

h) Sundries

Bagi elemen-elemen seperti As-built drawing, pengujian dan pemasangan

kerja-kerja M&E, seksyen Q.30 dan R.22 ada disebut didalam SMM2 dan dihargakan

didalam tender. Kepingan lukisan yang dilampirkan, jenis alatan pengujian dihargakan

sekali.

Menurut (Yusuf, Ganiyu Amuda, 2014) yang memetik (Murray, 1997) bagi

peraturan-peraturan am yang terdapat dalam seksyen A.4.2, kontraktor harus

memasukan dan menghargakannya didalam tender. Antara perkara berikut ialah:

i. Kos upah dan segala kos-kos penyambungan.

ii. Semua kos yang berkaitan bahan-bahan seperti , barangan dan dengan

pindahan penyerahan, memunggah, menyimpan, pembungkusan,

pengendalian, mengangkat, menurunkan dan lain-lain

iii. Memasang lekapan, membaiki dan meletakkan semula lekapan pada

kedudukan.

iv. Kos yang melibatkan jentera dan mesin yang digunakan.

v. Membuang dan membersihkan sisa-sisa yang dihasilkan ketika bekerja.

vi. Pemotongan dan sambungan services ataupun bahan.

vii. Keuntungan dan kadar overhead .

Page 55: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

36

2.5.2 Faedah Aplikasi SMM2 Dalam Senarai Kuantiti.

Pengurusan kos pembinaan adalah penting untuk merancang sesebuah projek

pembangunan yang boleh memberi nilai balik kepada kos yang telah dikeluarkan.

Justeru dengan itu , kaedah pengukuran yang efektif serta kualiti bergantung kepada

kuantiti dan kualiti yang dianggarkan. Faedah yang boleh didapati apabila

mengadaptasi kaedah pengukuran SMM2 kepada klien dan kontraktor ialah:

i. Projek boleh disiapkan dalam tempoh yang telah dirancang kerana

kelewatan kerja oleh kontraktor dapat dielakkan pada peringkat awal.

ii. Kehendak klien adalah rumit dan pelbagai,maka dengan penerapan

SMM2 didalam BoQ,kaedah dan elemen kerja menjadi asas dan

panduan kepada klien pada peringkat pra tender.

iii. Praktis semasa dengan idea reka bentuk yang baru, teknik, bahan-bahan

dan komponen boleh dianggarkan.

iv. Membahagikan risiko sama rata dengan klien, consultant dan

kontraktor yang terlibat.

v. Membolehkan klien dan konsultant memahami keperluan minimum

apabila menyediakan BoQ.

vi. Kadar harga boleh digunakan secara kompetetatif dengan projek-projek

yang lain.

(Hore, 1997) menyatakan antara beberapa sebab utama kenapa pengukuran yang

konsisten sangat penting ialah:

i. Menyediakan satu industri yang standard.

ii. Menyediakan pengukuran yang mudah difahami.

iii. Mewakili semua sektor dalam industri.

iv. Menyediakan tender document yang standard.

Page 56: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

37

2.6 Rumusan

Dalam bab ini menerangkan tentang istilah-istilah penting tentang kaedah

pengukuran kos serta standart pengukuran kos yang diaplikasi bukan sahaja di

Malaysia tetapi juga di negara luar. Ini diikuti dengan praktis semasa yang oleh

kontraktor yang melakukan kerja-kerja anggaran kos bagi kerja-kerja yang melibatkan

perkhidmatan bangunan seperti mekanikal dan elektrikal. Oleh kerana kerja-kerja ini

melibatkan tenaga-tenaga pakar yang mahir tentang perkhidmatan ini, dokumen tender

juga perlulah mempunyai elemen-elemen yang setaraf dengan kerja yang telah direka

bentuk pada peringkat awal ia diaplikasikan dengan kerja-kerja bangunan.

Tambahan pula, sistem perkhidmatan bangunan adalah kompleks jika binaan

bangunan itu adalah moden ataupun bangunan yang menyediakan perkhidmatan

kepada orang awam seperti hospital; senarai kuantiti atau BoQ yang menghuraikan

senarai item-item , elemen-elemen kerja, kuantiti dan kualiti perlulah disediakan

mengikut format yang standart agar kontraktor yang membida tender mengikut

spesifikasi yang standart , memberikan harga yang standing dengan elemen-elemen

yang dihargakan oleh kontraktor yang lain.

Dengan berpandukan dokumen standart SMM2 yang mengandungi seksyen Q &

seksyen R berkaitan dengan kerja-kerja M&E, penyediaan BoQ mungkin boleh akan

menjadi lebih teratur kaedah pengukuran elemen-elemen M&E walaupun menurut

kajian rata-rata pengunaan SMM2 tidak diaplikasikan sepenuhnya oleh firma

perunding M&E serta klien tetapi secara asasnya ia boleh menjadi garis panduan

kepada kaedah pengukuran untuk membuat anggaran kos M&E. Walhal, spesifikasi

teknikal yang digariskan didalam SMM2 yang dinyatakan oleh kontraktor itu dapat

membantu pada peringkat penilaian tender kerana proses penilaian tender oleh pihak

klien akan mendapati kontraktor yang betul-betul layak sahaja akan berjaya.

Page 57: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3 METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan.

Bab ini membincangkan metodologi penyelidikan dan kaedah yang diguna

pakai untuk penyelidikan. Kajian ini dimulai dengan kajian literatur yang berkaitan

dengan objektif kajian dan maklumat dikumpul daripada bahan-bahan dari buku teks,

jurnal, majalah, prosiding persidangan dan laman sesawang. Objektif kajian literatur

ini adalah untuk membuat perbandingan praktis semasa kerja anggaran kontraktor

dengan SMM2 dan mengenalpasti proses anggaran kos oleh kontraktor selari dengan

pengukuran SMM2 untuk anggaran oleh kontraktor mengikut Jadual Harga JKR lantas

bagi mengenalpasti rangka kerja yang sesuai untuk dipraktiskan sebagai kajian

penyelidikan dan sebagai persediaan untuk kajian soal selidik.

Ini diikuti dengan kajian data sekunder dan temubual penganggar kos M&E

firma kontraktor dalam industri binaan. Langkah yang sesuai akan diaplikasi serta

dipertimbangkan untuk kerja-kerja penyelidikan ini.

Page 58: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

39

3.2 Metadologi Kajian

Tujuan utama pengumpulan data ialah untuk mendapatkan pengesahan

maklumat daripada reponden berkaitan kajian literatur yang telah dibaca dan

dikumpul. Seterusnya akan membantu untuk mencari penyelesaian tentang isu kajian

ini. Berikut adalah metadologi kajian yang dilakukan:

Rajah 3.1: Metadologi Kajian

Cadangan & Kesimpulan.

Analisis data.

Penyusunan data

Data Sekunder:-

i) Buku teks, jurnal, majalah

ii) Prosiding persidangan & laman sesawang.

Data Primer:-

Kajian Soal Selidik & Kajian Kes (Qualitative)

Pengumpulan data.

Menyenaraikan objektif kajian dan menfokuskan skop kajian

Mengenalpasti masalah

Pemilihan tajuk.

Page 59: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

40

3.2.1 Pengumpulan Data

Pengumpulan data dapat dilakukan apabila objektif telah dikenalpasti dan skop

kajian haruslah menjadi fokus ketika pencarian data. Data terbahagi kepada tiga bentuk

iaitu data primer, data sekunder dan persampelan.

3.2.2 Data Primer Dan Sekunder.

Data primer ialah data utama yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat

serta data mengenai isu kajian ini. Tambahan pula, data sekunder pula adalah input

kepada data primer yang mana soalan dirangka berdasarkan literature yang dibaca dan

isu persoalan dari literature tersebut. Selari dengan objektif dan skop kajian, isi-isi

penting kajian literature yang diperolehi akan dikaji untuk menghasilkan serta soalan

kajian selidik boleh dirangka. Manakala data yang diperolehi melalui kajian soal

selidik akan diproses untuk penganalisisan data.

3.2.3 Kajian Literatur

Pembacaan menerusi jurnal, buku-buku rujukan, majalah-majalah, laman web

internet, prosiding perbincangan merupakan kajian literature yang utama untuk

mengetahui isu-isu semasa yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Berdasarkan

kajian literatur, isu-isu dan permasalahan dalam skop kajian akan dapat dirungkai

dengan lebih terperinci. Di samping itu juga, kajian literatur ini juga turut membantu

dalam memperkatakan keseluruhan aspek dalam anggaran kos dari segala aspek

Page 60: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

41

termasuklah definisinya tersendiri, aplikasi, tujuan, proses, prosedur dan lain-lain lagi

yang terlibat dalam kerja-kerja penganggaran kos secara teorinya.

3.3 Kaedah Kajian

3.3.1 Kajian Soal Selidik (Qualitative)

Tujuan utama kajian soal selidik dijalankan adalah untuk menjustifikasikan

fakta-fakta dalam soalan-soalan kaji selidik yang diperolehi melalui kajian literatur

serta melalui kajian awalan yang telah dijalankan sebelumnya. Melalui rujukan-

rujukan berdasarkan kedua-dua kajian literatur dan kajian awalan, soalan kaji selidik

telah dihasilkan. Untuk mendapatkan maklum balas terhadap soalan kaji selidik yang

telah dihasilkan, responden iaitu jurukur bahan dikehendaki memberikan pendapat

mereka terhadap soalan-soalan yang diutarakan dalam kaji selidik tersebut.

Soalan-soalan dalam kaji selidik membantu mengenalpasti keberkesanan,

masalah-masalah dan juga cadangan penambahbaikan dalam sistem anggaran kos

seperti yang telah ditentukan dalam objektif-objektif kajian dalam bab

terdahulu.Kajian ini akan dijalankan dalam dua peringkat. Peringkat pertama telah

dijalankan melalui analisis data sekunder. Daripada data sekunder itu, maklumat

diolah untuk dijadikan soalan kaji selidik. Peringkat kedua kajian ini dijalankan

dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui soal selidik.

Kaedah kualitatif dijalankan bertujuan mendapatkan maklumat yang pelbagai

daripada jurukur bahan M&E seperti mengenalpasti praktis anggaran semasa yang

diaplikasikan, obligasi yang dihadapi ketika pengukuran dan mengetahui pandangan

Page 61: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

42

mereka mengenai huraian item,elemen dan unit yang tidak standart didalam dokumen

tender M&E. Sebagai tambahan, kaedah kualititatif juga pernah digunakan dalam

kajian-kajian yang lepas yang dibaca untuk mengambarkan penjelasan terhadap kaji

selidik dan hubungkait antara objektif dan skop kajian. Sila rujuk jadual 3.1 dibawah

adalah kaedah yang akan dipraktiskan.

Soalan-soalan kaji selidik dihasilkan dalam tiga bahagian utama iaitu bahagian

A, B dan C. Bahagian A adalah soalan-soalan berkenaan dengan maklumat umum

mengenai latar belakang responden. Manakala soalan-soalan yang diutarakan dalam

Bahagian B pula ialah berkenaan dengan membandingkan praktis semasa kontraktor

dalam melaksanakan anggaran kos bagi kerja-kerja M&E dengan SMM2. Bahagian C

pula adalah soalan-soalan berkait dengan objektif kedua iaitu mengenalpasti proses

anggaran kos oleh kontraktor selari dengan pengukuran SMM2 untuk anggaran oleh

kontraktor mengikut Jadual Kadar Harga JKR.

Setiap soalan yang dibentuk daripada sumber literatur dan pilihan-pilihan

jawapan disediakan serta cadangan dan pandangan responden juga diambil kira.

Contoh soalan kaji selidik yang telah digunakan dalam menghasilkan kajian ini boleh

dirujuk melalui Lampiran A.

Jadual 3.1: Objektif dan Kaedah Kajian

No Objektif Kaedah Kajian

1 Membandingkan praktis semasa dengan SMM2

bagi kerja-kerja M&E

Kajian literature, analisis

dokumen.

2 Mengenalpasti proses anggaran kos oleh

kontraktor selari dengan pengukuran SMM2

untuk anggaran oleh kontraktor mengikut Jadual

Kadar Harga JKR.

Kajian literature, analisis

dokumen dan borang soal

kaji selidik.

Page 62: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

43

3.3.2 Latar Belakang Kajian Kes

Bagi mencapai objektif kajian, kaedah berikutnya adalah dengan mengkaji

kos anggaran yang terlibat dalam kerja-kerja M&E seperti kerja penyamanan udara

dan kerja elektrik. Sebanyak lima buah projek yang telah siap dibina akan digunakan

untuk mengkaji jumlah kos yang terlibat dalam kerja-kerja M&E ini. Kos pengukuran

dan anggaran yang dilaksanakan daripada kajian kes ini hanya melibatkan elemen-

elemen utama sahaja.

Kaedah ini dituruti dengan menemubual jurukur bahan dan penganggar kos

yang terlibat ketika perlaksanaan projek. Kos pengukuran dan anggaran kos dibina

daripada senarai kuantiti yang diperolehi daripada firma kontraktor yang terlibat dalam

projek berkenaan. Latar belakang setiap projek adalah seperti yang berikut:

Page 63: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

44

No Jenis Projek Jenis Pembangunan Skop Kerja Elemen Kerja Pemaju

P1(A)

Komersial Kerja-kerja utama

elektrik.

Infra works,Submain

cable,Db-Board,Cabling &

Sub-circuit.

Dewan

Bandaraya

Kuala Lumpur

Projek Pembinaan 3 Tingkat Dewan Serbaguna di

Taman Changkat Desa,Kuala Lumpur

P2(B)

Komersial Kerja-kerja utama

elektrik sebuah

Kilang & Pejabat

Submain cable, Infra works,

Db-Board, Cabling & Sub-

circuit.

Trucknet

Machinery Sdn

Bhd

Projek Pembinaan Kilang Mesin dan Penyimpanan

Jentera dengan Pejabat 3 Tingkat dan Rumah Pekerja

1 Tingkat,Bandar Rawang Selangor

Rajah 3.2 : Latar belakang projek kajian kes.(i)

Page 64: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

45

P3(C)

Komersial Kerja-kerja utama Penyaman Udara di

Restaurant Imperial Graden Tingkat 7.

Split unit, Ducting works, Exhaust

Fan, Drain Piping & Electrical sub-

circuit.

Dijaya Corporation

Berhad

Projek Pembinaan Bangunan Komersial 8Tingkat

Bangunan Perdagangan,Lorong Utara C.Petaling

Jaya.

P4(D) Komersial Kerja-kerja utama Penyaman Udara di

Restaurant Imperial Graden Tingkat

Bawah.

Split unit, Ducting works, Exhaust

Fan, Drain Piping & Electrical sub-

circuit.

Dijaya Corporation

Berhad

Projek Pembinaan Bangunan Perdagangan 10

Tingkat Casa Klang Bandar Meru Klang.

P5(E)

Komersial Kerja-kerja utama Penyaman Udara di

Restaurant SMR The Grand Kelana

Jaya Tingakat Bawah.

Ducting works, FCU unit, Wall Type

unit, Exhaust Fan, Drain Piping &

Electrical sub-circuit.

Suasana Tetap(M) Sdn

Bhd

Projek Pembinaan 12Tingkat Apartment Servis

dengan 5 Tingkat Parkir Kereta, Kedai serta

Restaurant.

Rajah 3.3 : Latar belakang projek kajian kes (ii)

Page 65: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

46

3.3.3 Menguji soalan kaji selidik (Pilot Test)

Rangka soalan bagi borang kaji selidik dirangka terlebih dahulu dan pemilihan

yang dirasakan sesuai akan digunakan. Apabila borang kaji selidik telah siap dirangka,

pengujian soalan akan dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan persoalan yang

ingin diajukan dapat menjawab objektif dan skop kajian. Susunan soalan juga perlu

teratur agar responden tidak keliru mahupun tersalah jawab.

3.4 Analisis data

Borang soal selidik melalui temuramah dianalisis dengan mengunakan kaedah

statistik iaitu ‘descriptive statistic’ yang mana pengunaan median, mean dan mode

digunakan. Selain daripada bentuk ‘table’, graf juga akan digunakan bagi memberi

gambaran yang lebih jelas. Data yang dianalisis akan digubah kepada bentuk Likert

Scale dan Indeks Relatif

Responden diperlukan untuk menjawab soal selidik dalam kaedah Likert scale

iaitu bermula dari 1=sangat tidak bersetuju, 2 =tidak bersetuju , 3=sederhana setuju

,4= setuju dan 5=sangat setuju. Seterusnya, semua data yang diperlukan daripada

maklum balas yang diterima daripada responden dianalisis menggunakan kaedah

Analisis Kekerapan dan teknik Indeks Relatif (RI) dalam peringkat analisis data dan

seterusnya kesimpulan terhadap kajian yang telah dijalankan dibuat.

Langkah seterusnya selepas mengumpul data-data yang diperlukan melalui

kajian literatur dan soal selidik. Kaedah Analisis Kekerapan dan Indeks Relatif (RI).

digunakan bagi mengira kekuatan indeks persetujuan bagi setiap pernyataan dalam

Page 66: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

47

setiap soalan yang dikemukakan. Pengiraan RI diberikan dalam formula seperti di

bawah;

Di mana;

RI = Indeks Relatif

n5, n

4, n

3, n

2, n

1 = Bilangan responden yang setuju dengan pilihan jawapan

Pengiraan bagi RI menggunakan formula tersebut menghasilkan nilai RI yang

mempunyai had nilai daripada 0.2 hingga 1. nilai 0.2 mewakili nilai kekuatan yang

paling rendah, manakala nilai 1 mewakili nilai paling maksimum.

3.4.1 Analisis Kekerapan

Kaedah ini digunakan kerana ia amat mudah dan amat sesuai untuk difahami.

Analisis kekerapan sering digunakan pada soalan yang menyediakan jawapan “ya” dan

“tidak”. Dalam kaedah ini, data-data yang diperolehi akan dikira dalam bentuk

peratusan. Peratusan akan diperolehi dengan menggunakan formula berikut:

Peratusan (%) = Jumlah responden yang bersetuju x 100

Jumlah responden keseluruhan

Page 67: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

48

3.5 Kesimpulan

Daripada keseluruhan bab 3 yang menerangkan kaedah kajian yang bakal

dilaksanakan, ialah konsep asas dalam mendapatkan maklumat mestilah mengunakan

saluran dan kaedah yang betul sebagai contoh untuk menstrukturkan soalah di dalam

borang soal kaji selidik serta respoden yang menjawabnya perlulah dikalangan

pengganggar kos yang terlibat dalam kerja-kerja M&E. Dengan latar belakang

responden yang melakukan kerja-kerja anggaran kos dan praktis yang diaplikasikan

seharian sama ada berpandukan SMM2 ataupun hanya mengunakan standart yang

telah tersedia. Tidak terhad juga sekirannya jika responden pernah terlibat dalam

pengunaan SMM2 dalam merangka senarai kuantiti untuk kerja-kerja pengukuran.

Beberapa kaedah dan aktiviti juga akan dijalankan dalam bab ini.

Page 68: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

49

BAB 4

ANALISIS KAJIAN KES

4 ANALISIS KAJIAN KES

4.1 Pengenalan.

Bab 4 ini mengandungi analisis daripada semua data yang telah dikumpulkan,

kemudianya data-data tersebut dianalisis dan dibincangkan. Data-data yang telah

dikumpulkan melalui soalan-soalan kaji selidik secara temubual dengan responden-

responden berkaitan dengan kajian kes bagi projek yang telah siap dan menerangkan

analisis serta keputusan kajian secara terperinci berdasarkan data-data yang telah

diperolehi merangkumi keseluruhan aspek-aspek dalam soalan-soalan kaji selidik.

Berdasarkan metodologi kajian seperti yang dinyatakan dalam bab sebelumnya, data

dan keputusan dianalisis bertujuan mencapai matlamat dan objektif kajian.

4.2 Keputusan dan Analisis.

Soalan kaji selidik secara temubual berstruktur telah dijalankan bersama

responden-responden yang bekerja di firma-firma Mekanikal dan Elektrikal yang

berada di sekitar Kuala Lumpur. Terdapat tiga bahagian didalam soalan kaji selidik

temubual iaitu Bahagian A adalah tentang latar belakang reponden, Bahagian B ialah

Page 69: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

50

praktis semasa kontraktor dan Bahagian C ialah proses anggaran kos selari dengan

amalan pihak JKR.

Manakala bagi mendapatkan data untuk kaedah anggaran kos semasa

kontraktor, kaedah kajian kes bagi lima jenis projek juga telah dibuat dan dianalisis.

Pertemuan antara responden telah ditetapkan serta masa seperti yang dikehendaki

pihak responden. Temubual dirakam setelah mendapat keizinan responden yang

bertujuan untuk rujukan dan kegunaan menganalisis data.

4.2.1 Latar Belakang Responden.

Pada bahagian A dalam soalan kaji selidik secara temubual (rujuk Lampiran

A), latar belakang responden adalah merangkumi maklumat firma termasuklah

pengalaman kerja, peranan penglibatan dalam projek pembinaan dan pengalaman

bekerja didalam industri. Keputusan yang diperolehi berdasarkan analisis yang dibuat,

digambarkan dan dijelaskan melalui jadual dan carta pai seperti di bawah.

Jadual 4.1: Pengalaman kerja respoden dalam firma

Daripada kajian yang telah dijalankan, majoriti daripada responden

mempunyai pengalaman kerja di antara 5 hingga 10 tahun pengalaman sebagai jurukur

Tahun

<5 Tahun 5-10 Tahun 11-16 Tahun 17-20 Tahun

Kekerapan

0 3 1 1

Peratus

0 % 60% 20% 20%

Page 70: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

51

bahan dan penganggar kos dalam industri pembinaan di mana peratusannya adalah

menunjukkan 60% daripada keseluruhan jumlah 5 responden iaitu 3 responden sahaja.

Ini diikuti oleh jumlah peratusan yang lain sebanyak 20% bagi lebih daripada 11

hingga 16 tahun pengalaman iaitu 1 responden, 20% bagi 6 hingga 10 tahun bagi 1

responden. Keputusan adalah seperti yang dijadualkan dalam jadual 4.1 dan turut

digambarkan dalam carta pai 4.1.

Carta Pai 4.1: Peratusan Responden Berdasarkan Firma

4.2.2 Firma dan Bidang Tugas Responden.

Bagi memastikan soal selidik dapat dijawab, responden yang benar-benar layak

sahaja akan ditemubual agar data yang diperoleh adalah wajar. Jadual 4.2 dibawah

menunjukan ialah kontraktor M&E iaitu sebanyak 80% yang paling tinggi manakala

20% pula ialah responden daripada firma perunding M&E seperti yang ditunjukkan

dalam jadual 4.2 dan carta pai 4.2 mewakili kekerapan dan peratusan firma responden

bagi penglibatan dalam industri pembinaan.

<5tahun

0%

5-10 Tahun

60%

11-16 Tahun

20%

17-20 Tahun

20%

PENGALAMAN KERJA OLEH RESPONDEN

Page 71: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

52

Jadual 4.2: Firma Responden berkhidmat.

Carta Pai 4.2 : Firma Responden berkhidmat

Manakala carta pai 4.3 menunjukan bidang tugas setiap responden yang telah

ditemubual dan di dapati pengurus projek yang tertinggi iaitu sebanyak 40%.

Sepanjang temubual, penulis dapati pengurus projek juga terlibat secara langsung

dalam penyediaan kos sesuatu projek dan beliau memantau setiap aspek perjalanan

projek sehingga ia siap. Tetapi masing-masing mencatatkan 20% bagi responden yang

memegang jawatan sebagai jurutera M&E, jurukur bahan dan penggangar kos

sebagaimana yang mewakili kekerapan ditunjukkan dalam jadual 4.3.

Firma Responden

Pemaju Jurutera Perunding M&E Kontraktor M&E

Kekerapan

0 1 4

Peratus (%)

0% 20% 80%

Pemaju

0% Jurutera

Perunding M&E

20%

Kontraktor

M&E

80%

FIRMA RESPONDEN BERKHIDMAT.

Page 72: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

53

Jadual 4.3: Bidang tugas responden.

Bidang tugas

responden.

Jurukur

Bahan

Penganggar

Kos

Pengurus

Projek

Jurutera M&E

Kekerapan.

1 1 2 1

Peratus (%)

20% 20% 40% 20%

Carta Pai 4.3: Bidang tugas responden

4.2.3 Praktis Semasa Kontraktor

Fokus utama sebelum sesi temubual dijalankan adalah dengan menerangkan

tentang objektif kajian kepada responden agar memahami setiap soalan yang bakal

diajukan. Responden juga diberi satu salinan soalan temubual sebelum perjumpaan

dengan penulis agar objektif kajian kes penulis dapat dicapai. Selain itu juga,

maklumat latar belakang, pengalaman bekerja dan tugas responden difirma juga

diambil kira supaya persoalan kaji selidik terjawab. Pada bahagian B yang merupakan

Jurukur Bahan

20%

Penganggar Kos

20%Pengurus Projek

40%

Jurutera M&E

20%

BIDANG TUGAS RESPONDEN

Page 73: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

54

objektif pertama kajian terkandung persoalan berstruktur yang memerlukan maklum

balas daripada responden iaitu:

i. Jenis-jenis dokumen yang digunakan untuk melaksanakan kerja anggaran kos

M&E.

ii. Praktis semasa kontraktor untuk menanggar harga bagi kerja-kerja M&E.

iii. Pendapat berkaitan lukisan pelan M&E daripada perunding samaada

membantu atau tidak dalam melaksanakan kerja anggaran kos M&E.

iv. Seksyen dalam SMM yang digunakan ketika melaksanakan anggaran kos.

v. Masalah yang dihadapi oleh jurukur bahan sekiranya berpandukan SMM untuk

melaksanakan anggaran kos bagi kerja M&E.

vi. Kaedah yang bagaimana digunapakai apabila kontrak berasaskan kos lump

sum.

vii. Jenis unit elemen dalam senarai kuantiti yang menjadi pilihan kontraktor

sewaktu menganggar kos.

viii. Kewajaran mengunakan kaedah pengukuran dan kos anggaran daripada projek

terdahulu terhadap projek yang terkini.

4.2.4 Proses Anggaran Kos Pihak JKR.

Temubual dilanjutkan kepada bahagian C yang merupakan objektif ke dua

kajian penulis tentang praktis semasa respoden dalam melaksanakan proses anggaran

kos adakah sama seperti yang dilaksanakan oleh pihak JKR dan penulis telah

merangka lima soalan temubual seperti dibawah:-

i. Keselarian anggaran kos kontraktor dengan anggaran kos oleh pihak JKR.

ii. Jenis amalan kerja yang memerlukan lebih perhatian ketika menganggar kos

bagi memenuhi keperluan kontrak.

iii. Perbezaan kos tentang peratusan mengenai elemen kerja dengan pihak JKR.

iv. Strategi dalam meningkatkan ketepatan untuk kaedah menganggarkan kos.

Page 74: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

55

v. Isu atau halangan untuk mewujukan anggaran kos yang standart bagi kerja

M&E.

Selain daripada soalan temubual yang diatas, senarai kuantiti bagi kerja-kerja

M&E daripada lima jenis projek iaitu kerja penyamanan udara dan kerja servis elektrik

disediakan untuk dianggarkan oleh responden. Ini bertujuan bagi mendapatkan data

tentang kaedah praktis semasa yang digunapakai oleh responden untuk menghargakan

tender. Lantas, jumlah kos keseluruhan yang telah dianggarkan oleh responden akan

dibandingkan dengan kehendak anggaran kos dan pengukuran berdasarkan SMM serta

kehendak pihak JKR.

4.3 Analisis Soal Selidik Temubual.

4.3.1 Jenis Dokumen Bagi Anggaran Kerja M&E

Bagi melaksanakan kerja-kerja pengukuran, dokumen-dokumen yang

digunapakai adalah seperti dalam jadual 4.4 di bawah. Senarai kuantiti diserahkan

bersama-sama dokumen seperti lukisan M&E kepada kontraktor untuk pengiraan

kuantiti dan dihargakan ke dalam senarai kuantiti (Hore, V Kehoe, J Macmullan, R

Penton, 1997).

Setiap item yang terdapat didalam senarai kuantiti mempunyai unit pengukuran

seperti m2, per lot yang setara dengan kehendak SMM. Pengunaan dokumen seperti

senarai kuantiti dan spesifikasi yang dibekalkan menunjukkan kesemua kerja

disatukan dalam satu item. Menurut (S Rawlinson, Nugent B & Dedman, 2007) item-

item provision yang terdapat dalam senarai kuantiti memberi manfaat kepada klien

Page 75: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

56

kerana kos perlu ditanggung oleh pihak kontraktor sekiranya kandungan senarai

kuantiti disediakan tidak selari dengan keperluan kerja.

Jadual 4.4: Jenis-jenis dokumen yang digunakan.

Perkara Ya Tidak Jumlah

Jadual senarai kuantiti 5 - 33%

Lukisan M&E 5 - 34%

Spesifikasi 5 - 33%

Jumlah 100%

4.3.2 Praktis Semasa Bagi Kerja Anggaran M&E

Carta Pai 4.4: Jenis dokumen yang digunakan

Bagi jenis kerja mekanikal seperti dalam jadual 4.5 di bawah responden

menyatakan anggaran bagi kerja-kerja awalan ialah dengan mengambil 10% hingga

15% daripada jumlah kos kontrak. Di samping menambah peratus daripada jumlah kos

Jadual senarai

kuantiti

34%

Lukisan M&E

33%

Spesifikasi

33%

JENIS DOKUMEN YANG DIGUNA PAKAI

Page 76: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

57

kontrak, nilai anggaran bagi item-item kerja-kerja awalan juga boleh berpandukan

kepada projek yang terdahulu juga kerana item bagi kerja awalan adalah perkara yang

berulang

Jadual 4.5: Elemen kerja Praktis Semasa Kontraktor

Secara amnya, kerja-kerja awalan adalah seperti lokasi tapak, insuran, bond

jaminan bank, bayaran Shop drawing, As-built drawing, supervision dan lain-lain. (Lee

& Lim, 2009). Manakala, bagi kerja perpaipan pula semua responden berpendapat

bahawa kuantiti, jenis, ketebalan daripada spesifikasi yang diberikan dalam kontrak

perlu dikenalpasti agar harga bagi item tersebut dihargakan dengan betul. Harga

semasa bagi paip samaada paip tembaga, paip pvc, paip upv perlu dipohon daripada

Page 77: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

58

pembekal untuk memastikan harga yang dianggar ke dalam dokumen tender mengikut

harga semasa.

Kaedah pemasangan perpaipan samada di bawah tanah, yang memerlukan

korekan dan pelindungan juga perlu diambil kira. (Fussell, 1971) (Ambrose, 1992).

Dari sudut pengukuran pula kaedah per meter digunapakai untuk mengetahui jumlah

kos yang perlu mereka belanjakan untuk membeli bahan tersebut. Manakala kaedah

lebih mudah adalah mengunakan kaedah pengukuran secara lump sum kerana setiap

kerja-kerja kecil yang terbabit ketika kerja perpaipan akan di hargakan sekali. Untuk

anggaran kos melibatkan peralatan pula, terdapat pelbagai jenis peralatan dan

kelengkapan yang digunapakai meliputi kualiti dan pengeluar yang berlainan.

Maklumat yang utama bagi mengetahui kos yang melibatkan peralatan ialah

fungsinya terhadap penggunaan dalam suatu projek dan komponen servis yang telah

direkabentuk sekali (Mathew & Howell, 2005) . Disebabkan komponen-komponen

akseksori adalah diukur dan diharga bersekali dengan peralatan maka pengukuran

adalah per nr (Murray, 1997) (Alufohai, 1998) .

Bagi kerja-kerja elektrik pula, item pendawaian adalah sangat penting kerana

saiz, kuantiti dan spesifikasi yang membezakan kos setiap jenis kabel. Maka semua

responden bersetuju apabila menganggarkan pendawaian, aspek-aspek seperti

dinyatakan diatas perlu diambil perhatian. Pengukuran per meter bagi item kabel dan

berbentuk lump sump merupakan pilihan responden seperti mana kerja-kerja

kelengkapan lampu dan akseksori kerana kerja-kerja ini melibatkan pemasangan dan

selenggara sistem agihan elektrik yang akan mengawal keseluruhan sistem (Ambrose,

1992) .

Sebagaimana kerja-kerja yang berkaitan dengan sesalur dan kelengkapan ini

mestilah dianggar dengan pengukuran yang melihat kepada saiz, kuantiti dan

spesifikasi sebagaimana yang dinyatakan oleh semua responden. Bagi anggaran harga,

Page 78: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

59

responden menggunakan kaedah per nr dan lump sump sama seperti yang dinyatakan

oleh (Stephen, 2009) ia memudahkan untuk pengiraan kuantiti dan mengenal pasti

harga setiap nr. Tambahan daripada itu, lekapan sambungan antara sesalur juga perlu

diambil kira (Churcher, 2009).

4.3.3 Perbandingan Praktis Kontraktor, Kaedah SMM2 dan JKR.

Daripada senarai kuantiti yang diperolehi daripada firma kontraktor yang

melaksanakan kerja membekal dan memasang sistem Penyamanan Udara dan Elektrik

daripada kajian kes ini, perbandingan praktis kaedah pengukuran dan anggaran telah

dibuat di antara praktis kontraktor dengan kaedah SMM dan JKR. Perbandingan bagi

sistem Penyamanan Udara adalah seperti jadual yang berikut.

Page 79: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

60

Jadual 4.6: Perbandingan Pengukuran Sistem Penyaman Udara

PROJEK 3 (C) -KERJA-KERJA PENYAMANAN UDARA

Praktis Semasa Kontraktor Kehendak SMM2 Praktis JKR

No Description No Description No Description

A AIR-CONDITIONING&MECHANICAL

VENTILATION SERVICES.

A AIR-CONDITIONING&MECHANICAL

VENTILATION SERVICES.

A AIR-

CONDITIONING&MECHANICAL

VENTILATION SERVICES.

1 Exhaust fan c/w shut lovers, mounting ,

control panel & wiring , thermostart as

shown in drawing.

1 Equipment&Ancillaries

Q.19.1:Exhaust fan c/w shut lovers, mounting &

thermostart. (nr)

Equipment&Control Gear

R.4.1:control panel (nr)

1 Exhaust fan c/w shut lovers,

mounting , control panel & wiring ,

thermostart as shown in drawing.

Cables :

R.15:Wiring works (lin.mtr)

a. EF-1 to 6 a. EF-1 to 6 a. EF-1 to 6 PAGE-18

b. EF-7 to 10 b. EF-7 to 9 b. EF-7 to 9 PAGE-19

Method :- Method :-

Exhaust Fan CFM 200 Exhaust Fan CFM 200

Labour Labour

Wiring Wiring @ /M cable 1.5mm

Control Panel Control Panel

Total Total

Profit Profit

Total Rate Total Rate

2 Air-cond split units c/w blower, power &

control wirings , support & hanggers and all

accessories.

2 Equipment & Ancillaries.

Q.19.1: Air-cond split unit c/w blower. (nr)

2 Air-cond split units c/w blower,

power & control wirings , support &

hanggers and all accessories.

a. G/floor Q.21.1 : Equipment support shall be

described.(nr)

i Type wall mounted 13,000 Btuh Pipework

Q.8.1 : Type and size of pipe shall be given.

(lin.mtr)

b. 1st floor Fittings&Accessories

i Type wall mounted 13,000 Btuh R.6.1 : Power socket shall be described. (nr)

Cables :

R.15:Wiring works (lin.mtr) a. G/floor

a. G/floor

i Type wall mounted 13,000 Btuh i Type wall mounted 13,000 Btuh PAGE-3

b. 1st floor b. 1st floor

i Type wall mounted 13,000 Btuh i Type wall mounted 13,000 Btuh PAGE-3

Method :- Method :-

A/cond 13,000btuh @ 1.5hp A/cond 13,000btuh @ 1.5hp

Wiring Wiring @ /M cable 2.5mm

Accessories & copper pipe Accessories

Labour Labour

Copper Pipe @ 1FT/m

Total Total

Profit Profit

Total Rate Total Rate

REFER

MECH.JKR

RATE PAGE

PROJEK :CADANGAN MEMBINA 8TINGKAT BANGUNAN PERDAGANGAN ,LORONG UTARA C UNTUK TETUAN D&I INTERPRISE SDN

Page 80: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

61

3 Air-curtains c/w switches and incoming

cabling works.

3 Equipment & Ancillaries.

Q.19.1: Air-curtains unit. (nr)

3 Air-curtains c/w switches and

incoming cabling works.

PAGE-19

Fittings&Accessories

R.6.1 : Power socket shall be described. (nr)

Cables :

R.15:Wiring works (lin.mtr)

Method :- Method :-

Aircurtain @ 3ft x 8 ft (L x throw) Aircurtain @ 3ft x 8 ft (L x throw)

Wiring Wiring @ /M cable 2.5mm

Labour Labour

Total Total

Profit Profit

Total Rate Total Rate

4 Air-cond GI ductworks c/w closed cell

insulation with HDPE lining, hangers &

supports.

4 Ductwork 4 Air-cond GI ductworks c/w closed

cell insulation with HDPE lining,

hangers & supports.

Q.14.1 : Ducting shall be described the type and

size (m). Method of jointing shall be described.

Ductwork supports

Q.16.1 : Components support ductwork shall

stating the size and type. (nr)

Insulation of ductworks

Q.27.1 : Insulation to ductwork shall be given.

(m)

Method :- Method :- Method :-

Ducting 1m2 size 400x250 Ducting 1m2 @ size 400x250=0.1m2xrm135 Ducting 1m2 @ size

400x250+insulation

PAGE-28

Accessories Bracket + Support PAGE-29

Labour Bracket + Support =/M

Total Labour Total Rate

Profit Total

Total Rate Profit

Total Rate

5 Return air-grilles c/w damper, mountings. 5 Equipment & Ancillaries.

Q.19.1:Air grill and dampers unit. (nr)

5 Return air-grilles c/w damper,

mountings.

PAGE-29

Q.19.3 : Shall given size of air grills and

dampersMethod :- Method :-

Air-grill Air-grill @0.5thick 1m2 (350x150)

Labour Labour

Total Total

Profit Profit

Total Rate Total Rate

TOTAL RM

Page 81: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

62

Bagi kaedah kerja pengukuran untuk sistem penyamanan udara, elemen utama

seperti ducting, exhaust fan, grills dan pelbagai lagi dipecahkan mengikut urutan

praktis kontraktor. Elemen kerja yang dilakukan terlebih dahulu ialah dengan

melakukan taking off. Bahan atau equipment dikirakan bersekali dengan lekapan

accessories. Kos upah dan peratus keuntungan dianggarkan mengikut kehendak

kontraktor.

Berlainan dengan kaedah berpandukan SMM2, iaitu kaedah kerja dibahagi-

bahagikan mengikut jenis dan kos diasingkan untuk setiap elemen kerja. Untuk elemen

ancillaries perkakasan yang digunapakai perlu dinyatakan jenis, saiz sebelum kos

disekalikan dengan equipment. Pengukuran yang melibatkan pengunaan kabel harus

dinyatakan panjang serta saiz dan harga perlu dinyatakan mengikut unit per/meter.

Bagi praktis kontraktor, elemen kerja kabel dihargakan per/nr berbeza dengan panduan

di dalam SMM2.

Kadar harga JKR pula dirujuk untuk anggaran kos bagi elemen yang telah

dinyatakan di dalam senarai kuantiti. Kos upah telah terkandung dalam jadual kadar

harga yang telah dirujuk.

Page 82: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

63

Jadual 4.7: Perbandingan Praktis Kaedah Pengukuran Sistem Elektrikal.

PROJEK 1 (A) -KERJA-KERJA ELEKTRIK

Praktis Semasa Kontraktor Kehendak SMM2 Praktis JKR

No Description No Description No Description

A ELECTRICAL SERVICES. A ELECTRICAL SERVICES. A ELECTRICAL SERVICES.

Infraworks Infraworks Infraworks

1 Telekom works to connect from

building to new external Telekom Pit

using 2nos 50mm Gi pipe

1 Builder's works

R.24.1:Excavate trenches for cables/duct

shall given meter in average width

250mm & depth 250mm-500mm of sand.

(m) Conduits,Trunking and cable

trays.

R.9.1:Conduit/duct shall starting the

type& classified embedded in sand or

concrete. (m)

1 Telekom works to connect from building to

new external Telekom Pit using 2nos 50mm

Gi pipe

PAGE-44

Method :- Method :-

Material Pipe /m@6mx2way Excavate trench 1m3

Labour @ x 8hours= Material Pipe /m@6mx2way

Total Labour @ x 8hours=

Profit Total

Total Rate Profit

Total Rate

2 TNB Works : 1no.100mm Gi pipe

from metering panel to internal elec.pit

c/w excavation,backfill and marking.

2 Builder's works

R.24.1:Excavate trenches for cables/duct

shall given meter in average width

250mm & depth 250mm-500mm of sand.

(m) Conduits,Trunking and cable

trays.

R.9.1:Conduit/duct shall starting the

type& classified embedded in sand or

2 TNB Works : 1no.100mm Gi pipe from

metering panel to internal elec.pit c/w

excavation,backfill and marking.

PAGE-44

Method :- Method :-

Material Pipe / lgth Excavate trench 1m3

Labour Material Pipe /m

Total Labour

Profit Total

Total Rate Profit

Total Rate

3 Distribution Board

Main DB Board Dewan c/w lightning

surge protection ,digital power meter

of Marsa/Duval brand c/w HDG

trunking.

3 Equipment & Control Gear R.4.1: Main

Db-Board c/w components. (nr)

3 Distribution Board

Main DB Board Dewan c/w lightning surge

protection ,digital power meter of

Marsa/Duval brand c/w HDG trunking.

Conduits,Trunking and cable trays. Method :-

R.10.1 : Trunking size,type and method of

jointing shall be included.(m)

Db Board PAGE-25

Method :- Method :- Trunking 50x50 @ /M PAGE-42

Db Board Db Board

Labour Trunking 50x50 @ /M

Total Labour

Profit Total

Total Rate Profit

Total Rate

4 Cabling works 4 Cables 4 Cabling works

Submain cable in Gi pipe from TNB

metering panel to Main DB Board

Dewan.

R.15.2 : Submain shall give in meter, type

and size.Also classification as per

R.15.2(a) laid in conduits or duct (lin.mtr)

Submain cable in Gi pipe from TNB

metering panel to Main DB Board Dewan.

4c 50mm xlpe/pvc/cable Earthings 4c 50mm xlpe/pvc/cable PAGE-66

R.19.1 : Cable earthings shall included such

as type & size.(m) Method:-

Cable 4c50mm xlpe/pvc/cable @ /m

Method :- Method :- Erthing cable rm20/m

Cable 4c50mm xlpe/pvc/cable @ /m Cable 4c50mm xlpe/pvc/cable @ /M

Labour Earthing cable @ size 1x10mm

Total Labour

Profit Total

Total Rate Profit

Total Rate

PROJEK :CADANGAN MEMBINA SEBUAH DEWAN 3TINGKAT DIATAS LOT 43154 ,JLN 1/7 TMN CHANGKAT DESA,MUKIM BATU,51200

KUALA LUMPUR UNTUK TETUAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR.

REFER TO JKR

ELEC.RATE-PAGE

Page 83: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

64

5 Final Sub-circuit from DB-Board. 5 Final sub-circuits 5 Final Sub-circuit from DB-Board.

i Lighting point concealed in upvc

conduit c/w 10a switches.

i R.18.2(a) Lighting point shall starting

whether 1way or 2way described.(nr)

i Lighting point concealed in upvc conduit

c/w 10a switches.

PAGE-14

R.18.3 : Cable ,fixings,screws shall be

deemed included.(lin.mtr)

Method :- Method :-

Cable / point @ 1.5mm cable Cable 2x1.5mm cable @ /M

Labour Labour

Accessories Accessories

Total Total

Profit Profit

Total Rate Total Rate

ii 13A power point c/w switches. ii Final sub-circuits.

R.18.2(b) Socket point &

R.18.2 (c) heater point must separately

described.(nr)

R.18.3 : Cable ,fixings,screws shall be

deemed included. (lin.mtr)

ii 13A power point c/w switches. PAGE-15

Method :- Method :-

Cable / point @ 2.5mm cable Cable 2x2.5mm cable @ /M

Labour Labour

Accessories Accessories

Total Total

Profit Profit

Total Rate Total Rate

iii Fan point c/w hook iii Final sub-circuits.

R.18.2(a) Lighting outlet .

iii Fan point c/w hook PAGE-14

R.18.3 : Cable ,fixings,screws shall be

deemed included such as Fan Hook size

6".(lin.mtr)

using 2x1.5mm pvc cables laid in conduits

Method :- Method :-

Cable / point @ 1.5mm cable Cable 2x1.5mm cable @ /M

Labour Labour

Accessories Accessories

Total Total

Profit Profit

Total Rate Total Rate

TOTAL

Page 84: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

65

Merujuk kepada jadual perbandingan bagi kerja elektrik, kontraktor

melaksanakan kaedah pengukuran untuk item-1 kerja luaran mengunakan per/meter

bagi ukuran paip sama seperti yang digariskan di dalam SMM2. Tetapi kerja-kerja

korekkan lurang dianggarkan bersekali dengan per/meter paip. Kerja-kerja luaran

mengunakan mesin jentera yang disewa khas maka kos upah adalah tinggi berbanding

kerja-kerja elektrik di dalam bangunan.

Untuk elemen kerja equipment praktis kontraktor dengan menganggar kos bagi

ducting dan accessories bersama-sama dengan kos equipment yang mana SMM2

menyatakan perlu diasingkan kaedah pengukuranye mengikut elemen kerja yang

berbeza. Panduan SMM2 menyatakan bahawa, elemen yang perlu dibuat anggaran

harus diasingkan pengukuranya mengikut jenis, saiz dan kaedah sambungannya. Ia

bertujuan agar tiada elemen yang tertinggal sewaktu proses pengukuran dan semua

dinyatakan kosnya. Untuk kaedah kerja pengukuran kabel, kontraktor mempraktiskan

anggaran per/nr untuk setiap point bersekali dengan accessories yang terlibat.

Panduan SMM2 menyatakan, pengukuran kabel harus dihargakan mengikut

per/meter dan accsories di asingkan daripada anggaran kos kabel. Bagi kos pengukuran

dan anggaran kos JKR, nilai kadar harga kos yang telah terbentuk daripada jadual

kadar harga JKR telah meliputi kos upah seperti yang tetulis pada jadual kadar harga

JKR .

4.3.4 Pandangan Tentang Lukisan Pelan M&E dari Perunding.

Terdapat beberapa pandangan tentang pelan lukisan M&E yang dibekalkan

oleh perunding kepada kontraktor kerana lukisan pelan mengandungi semua maklumat

yang diperlukan untuk kerja-kerja anggaran. Sekiranya lukisan pelan berbeza daripada

Page 85: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

66

senarai kuantiti, kontraktor boleh memasukkan pengukuran tambahan di dalam senarai

kuantiti dan ia akan diperiksa oleh perunding. Menurut (Murray, 1997) lukisan pelan

ialah sumber utama kepada jurukur bahan untuk melaksanakan kerja pengukuran.

Sekiranya pelan lukisan M&E mempunyai kekurangan, kontraktor

kebiasaanya akan memaklumkan kepada pihak perunding dan pihak perunding akan

menambah baik pelan M&E yang terlibat sebagaimana menurut (Michie, 1981).

Lukisan pelan mempunyai maklumat yang konsisten dengan kerja yang terlibat lantas

kemahiran kaedah pengukuran yang dilaksanakan oleh kontraktor juga penting

(Olatuji et.al, 2010).

Ini kerana pengukuran adalah penting kepada pengurusan kewangan projek-

projek pembinaan dan ia melibatkan juruukur bahan dalam mengukur pelbagai jenis

kerja seperti yang ditunjukkan pada lukisan yang dihasilkan oleh arkitek atau jurutera

(Oforeh, 2008). Pada pandangan responden ketiga pula, beliau menyifatkan pelan

lukisan daripada perunding M&E sangat membantu kerana pelan tersebut

mengandungi rekabentuk sistem, jadual peralatan, spesifikasi yang perlu digunakan

dan sebagainya. Ujar beliau lagi, dengan pelan M&E ini pengukuran dapat dilakukan

dengan lebih baik kerana panduan dan maklumat telah diberikan oleh perunding

bersama dengan senarai kuantiti.

Sudah menjadi tanggungjawab perunding untuk membekalkan pelan M&E

yang lengkap kepada kontraktor M&E yang terlibat kerana kerja-kerja pengukuran dan

anggaran serta bantuan jurutera perunding M&E yang lebih memahami tentang reka

bentuk suatu sistem bagi projek yang terlibat. Pelan lukisan daripada perunding M&E

sangat membantu dalam kerja-kerja pengukuran bagi menganggarkan tender tetapi

kadangkala ia tidak lengkap dan pengukuran menjadi terganggu kerana sistem yang

direka oleh perunding mengelirukan dan melebih-lebih dari yang sepatutnya

dipraktikkan ditapak. Akibat daripada itu, anggaran kos oleh kontraktor boleh menjadi

tinggi.

Page 86: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

67

4.3.5 Seksyen SMM yang Diaplikasi.

SMM digunapakai sebagai asas sesuatu elemen kerja yang akan dihargakan

oleh kontraktor. (Molloy, 2007) menjelaskan bahawa tujuan utama senarai kuantiti

adalah sebagai dokumen tender yang juga berfungsi untuk membantu dalam pengiraan

penilaian bagi sijil interim.

Ketika temu bual bersama responden-responden, didapati 80% daripada

responden tidak berpandukan SMM ketika melakukan kerja pengukuran seperti yang

ditunjukkan dalam carta pai 4.5 dan kekerapan dalam jadual 4.8. Menurut responden

pertama, beliau melakukan kerja-kerja reka bentuk berpandukan Peraturan IEE iaitu

Institution of Electrical Engineer bagi kerja elektrik dan Undang-Undang Kecil

Bangunan Seragam untuk kerja-kerja mekanikal seperti sistem pencegahan kebakaran.

Untuk kerja-kerja pengukuran, pengunaan pengalaman ketika menganggar kos

serta praktis semasa firma adalah situasi yang sinonim dalam kaedah pengukuran dan

anggaran sebagaimana yang dijelaskan oleh (Nani, 2008) bahawa, kontraktor akan

mengunakan format dan pengiraan mereka yang tersendiri sekiranya Senarai Kuantiti

tidak dibekalkan. Menurut (Kumar, 2009) pengukuran untuk kerja-kerja anggaran

tidak menggunakan SMM kerana penerimaan dan penggunaannya secara menyeluruh

masih lagi belum dicapai.

Dalam SMM2 Seksyen Q (1) menjelaskan tentang kualiti bahan yang

digunapakai dengan memastikan setiap peralatan, bahan-bahan binaan yang dipakai

adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak klien dan harus menjalani

proses pemeriksaan dan pengujian jika diperlu ujar keseluruhan responden. Seksyen

Q (2), (5) dan (8) pula adalah kelas-kelas perpaipan untuk air sejuk, paip air sisa yang

mana responden memastikan anggaran kos bagi kerja paip mengikut kelas dan

ketebalannya.

Page 87: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

68

Setiap pengukuran paip, responden melihat kepada unit setiap item samaada

pengukuran dalam bentuk per meter mahupun per nr. Menurut responden lagi, bagi

kerja-kerja elektrik akan merujuk Seksyen R(6) sebagai panduan untuk mengukur

kelengkapan dengan mengunakan unit per nr diikuti seksyen R(15) mengukur kerja

pendawaian dengan kaedah per meter. Tambahan responden unit setiap elemen perlu

diberi perhatian kerana anggaran kos yang dibuat akan sentiasa dirujuk untuk

memastikan setiap kuantiti direkodkan seperti yang dinyatakan oleh (Mohamed &

Yusuf, 2012), dokumen SMM biasanya bermula dengan pengenalan, peraturan-

peraturan am dan cadangan.

Carta Pai 4.5 : Pengaplikasian Seksyen M&E

Jadual 4.8: Seksyen SMM yang diaplikasi ketika anggaran kos kerja M&E

Seksyen Ya Tidak

Seksyen Q: Perpaipan dan Kerja Mekanikal R5 R1,R2,R3,R4

Seksyen R: Kerja Elektrik R5 R1,R2,R3,R4

Kekerapan 1 4

Peratus (%) 20% 80%

*R=Responden

.

Ya20%

Tidak80%

SEKSYEN SMM YANG DIAPLIKASIKAN KETIKA

MENGANGGAR KOS M&E

Page 88: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

69

4.3.6 Masalah Menganggar Kos Jika Berpandukan SMM

Bagi mengetahui permasalahan kontraktor untuk menganggar kos dengan

berpandukan kepada SMM, penulis telah mendapat pelbagai pandangan daripada

responden seperti di bawah.

Jadual 4.9: Masalah Menganggar Kos Jika Berpandukan SMM Item Kategori No Faktor Bil.responden/Projek Setuju

(%)

Tidak

Setuju (%) A B C D E

a) Maklumat

yang tersedia

i) Lukisan sistem servis dalam bangunan

tidak disediakan ketika peringkat tender.

60% 40%

ii) Kurang penerimaan terhadap standart

perkhidmatan bangunan.

80% 20%

b) Kebolehan

menganggar

kos

i) Jurukur Bahan kurang mahir tentang sistem

servis M&E dalam bangunan

100% 0%

ii) Perunding M&E tidak begitu memahami

tentang kaedah pengukuran dilakukan.

100% 0%

c) Budaya dan

kaedah

praktis yang

tradisional.

i) Penggunaan SMM tidak dikuatkuasakan

oleh badan yang berkenaan.

100% 0%

ii) Jurukur Bahan tidak terlibat dalam

penyediaan dokumen Senarai Kuantiti.

80% 20%

d) Kehendak

Teknologi

M&E yang

kompleks

i) Nilai yang semakin meningkat bagi kerja-

kerja M&E.

80% 20%

Daripada jadual di atas, maklumat yang tersedia seperti lukisan sistem servis

dalam bangunan tidak disediakan pada pringkat tender mencatat 60% responden

bersetuju dan kurang pemerimaan terhadap standart pengukuran perkhidmatan

bangunan ialah 80% responden bersetuju. Ini kerana responden berpendapat kualiti

dan kuantiti maklumat yang tersedia pada peringkat tender tidak sesuai diaplikasi

berpandukan SMM. Hal ini disebabkan oleh kelewatan penglibatan konsultan ketika

peringkat rekabentuk sistem dan kelemahan kekurangan maklumat wujud. Ada juga

sebahagian rekabentuk sistem harus dilakukan oleh pihak ketiga yang lebih arif dan

Page 89: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

70

selalunya lambat dilantik walaupun kontrak M&E telah dianugerahkan kepada

kontraktor. Menurut (Murray, 1997) komunikasi di antara klien, arkitek dan jurutera

servis tidak selaras pada peringkat awal rekabentuk untuk memenuhi kehendak klien.

Lantas ia menjurus kepada kontrak lum sump dan harga dibida adalah tinggi dan

rendah boleh menyukarkan proses variation order serta mengurangkan nilai

keuntungan klien (S Rawlinson, Nugent B & Dedman, 2007).

Majoriti responden bersetuju kebolehan menganggar kos oleh jurukur bahan

dan penganggar kos sangat penting untuk mendapatkan nilai anggaran dan pengukuran

yang tepat bagi kerja M&E. Dengan itu, kelemahan untuk mempraktiskan SMM dalam

pengukuran akan berlaku kerana ada antara jurutera perunding juga mempunyai

pengetahuan yang minimum berkenaan kerja M&E. Oleh sebab itulah, kemahiran

seorang jurukur bahan atau penganggar kos sangat penting dalam menjelaskan lebih

terperinci skop pengukuran dan anggaran kos yang dibuat (Gura, 1984).

Merujuk kepada budaya dan kaedah praktis pengukuran yang tradisional ia

juga menyumbang kepada permasaalahan menganggar apabila tidak berpandukan

SMM serta jurukur bahan tidak terlibat dalam menghasilkan senarai kuantiti. Isu

utamanya ialah tiada penguatkuasaan pengunaan SMM di Malaysia sebagai contoh

klausa 12 PAM (2006), klausa 26 (a) PWD 203A (Rev.10/83) mengkehendaki senarai

kuantiti disediakan oleh seorang jurukur bahan berpandukan SMM. Keadaan yang

berlaku tidak seperti yang tercatat didalam klausa-klausa berkenaan dan hanyalah

budaya praktis semasa dipraktiskan mengikut firma masing-masing (Ofori, 1994).

Melihat kepada perkembangan ekonomi Malaysia yang sukar dijangka ketika

ini, kos yang melibatkan kerja M&E kini semakin tinggi dan kemajuan teknologi yang

kian maju lebih menjurus kepada konsep penjimatan tenaga dengan terciptanya

instrument-instrument yang boleh menyebabkan kos pemasangan menjadi tinggi. Hal

ini disebabkan, ia memerlukan tenaga yang mahir bagi pengendalian instrument yang

sebegini. Tetapi faktor peningkatan teknologi yang canggih bukanlah penyebab SMM

tidak boleh diaplikasikan dan digunakan kerana kajian-kajian sebelum ini telah

Page 90: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

71

mendapati bahawa pembangunan teknologi yang kompleks ialah salah satu faktor

penghalang kepada jurukur bahan dan konsultan rekebentuk untuk menyediakan kos

yang bersesuaian untuk sistem M&E (Yusuf & Amuda, 2014).

4.3.7 Kaedah Anggaran Kos M&E Bagi Projek Lump Sump

Pengunaan kaedah anggaran kontrak secara lump sum adalah kaedah yang

biasa dipraktiskan dalam industri binaan (Stephen, 2009). Salah satu faktor ialah

senarai kuantiti yang tidak dinyatakan secara terperinci maklumat yang dikehendaki

pihak klien. Dengan itu, penganggar kos atau jurukur bahan hanya menganggar kos

dengan meramal kos dan elemen yang terlibat.

Sebanyak 60% responden berpendapat bahawa kaedah lump sum menjadi

pilihan kerana sesetengah elemen didalam senarai kuantiti tidak dipecahkan mengikut

kaedah kerja yang sepatutnya, maka anggaran kos dikira sekali gus tanpa dipecahkan

mengikut klasifikasi elemem kerja. Tetapi kelemahan yang akan wujud apabila

pengiraan akaun akhir yang memerlukan kontraktor memecahkan kos untuk elemen-

elemen kerja yang dijalankan dan membuang kos untuk elemen kerja yang tidak

dilaksanakan. Akhirnya, ia akan mengundang kepada kualiti kerja, kelewatan kerja

dan peningkatan kos menurut (Potts, 2008), (Yusuf & Amuda, 2014).

Page 91: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

72

Jadual 4.10: Kaedah Anggaran Kos M&E bagi Projek Lump Sump.

No Faktor Bil.responden/

Projek

Peratus

(%)

Setuju

Peratus

(%)

Tidak

Setuju

A B C D E

i) Rujuk kos anggaran projek yang terdahulu 60% 40%

ii) Mohon sebut harga daripada pembekal mahupun

sub-kontraktor

100% 0%

iii) Memenuhi keperluan spesifikasi kontrak bagi

mengurangkan risiko kontrak

60% 40%

Majoriti responden bersetuju dengan memohon sebut harga daripada pembekal

untuk setiap peralatan, kabel, paip sesalur serta komponen bagi kerja-kerja M&E bagi

memastikan kos anggaran yang dimasukkan dalam dokumen tender adalah mengikut

harga semasa. Ia juga telah mencadangkan bahawa, untuk mengurangkan additional

works pada peringkat pasca kontrak, kaedah anggaran kos yang dinyatakan didalam

senarai kuantiti perlulah diatur dalam format yang lebih bermakna dan boleh

digunakan (Seeley, 1997) (Potts, 2008).

Sebanyak 60% responden menyatakan persetujuan bahawa keperluan untuk

memenuhi kehendak spesifikasi kontraktor ingin memenuhi kehendak klien dan

keperluan kontrak malah hasil dapatan kos anggaran akan menepati senarai kuantiti

sebagaimana yang dinyatakan oleh (RICS, 2012). Dalam industri pembinaan,

spesifikasi melibatkan kualiti, keselamatan dan isu-isu teknikal sesuatu bahan. Bagi

bahan yang ingin dicadangkan untuk digunakan, ia akan disertakan dengan katalog

yang mengandungi maklumat-maklumat teknikal, sijil pengesahan seperti JKR dan

SIRIM untuk disahkan oleh perunding M&E ketika proses memasuki tender dokumen.

Akan tetapi setiap cadangan pengunaan bahan-bahan mengikut spesifikasi

dari kontraktor akan diperiksa sebelum sah untuk digunapakai. Seperti yang

dinyatakan oleh (Ekholm, 1996) dalam sektor pembinaan, klasifikasi memainkan

Page 92: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

73

peranan penting dalam penstrukturan dokumen, pengiraan kos dan pengaturan

maklumat dalam spesifikasi.

4.3.8 Pengaruh Unit Dalam Senarai Kuantiti Kerja M&E.

Dalam dokumen senarai kuantiti yang dibekalkan, unit elemen bagi item-item

kerja M&E juga mempengaruhi kaedah anggaran kos dan pengukuran kepada

kontraktor. Penulis telah menemubual responden bagi mendapatkan penjelasan

berkenaan isu ini dan ringkasan unit-unit elemen kerja-kerja M&E adalah seperti

jadual dibawah.

Jadual 4.11: Pengaruh unit elemen bagi kerja-kerja M&E Kategori No Skop Kerja Huraian responden Bil.responden/

Projek

Kekerapan Peratus

(%)

A B C D E

Kerja

Mekanikal

i) Peralatan Per Lot , lump sump 4 80%

Per nr 1 20%

ii)

Kerja-kerja

perpaipan

Per Lot , lump sump 5 100%

Kerja

Elektrikal

i) Pendawaian Per meter 2 40%

Per nr 1 20%

Per Lot , lump sump 2 40%

ii) Sesalur

&

Kelengkapan

Per Lot , lump sump 4 80%

Per nr 1 20%

iii) Kelengkapan

lampu serta

aksesori

Per Lot , lump sump 4 80%

Per nr 1 20%

Page 93: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

74

Untuk kerja Mekanikal, untuk skop kerja peralatan 80% responden memilih lump-

sump atau per lot kerana peralatan akan dihargakan sekali dengan kerja-kerja

perpaipan sebagai contoh bagi kerja penyamanan udara iaitu anggaran bagi kos sesalur

seperti ducting , rod sokongan , lapisan salutan ducting disekalikan. 20% responden

memilih per nr iaitu bagi responden kelima, kerana beliau mengatakan ia adalah

mudah untuk mengetahui kos setiap peralatan yang dibeli dan harga yang dimasukan

di dalam dokumen tender.

Begitu juga bagi kerja-kerja perpaipan, majority responden yang ditemubual

menyatakan bahawa mereka lebih memilih mengunakan unit lump sump kerana

kebanyakan kerja-kerja perpaipan melibatkan kerja-kerja tambahan lain seperti

korekan, menebuk dinding, sokongan paip dan sebagainya. Kerja tambahan yang

sedemikian agak sukar untuk anggarkan lantas ia dihargakan sekali untuk

memudahkan pengukuran serta anggaran.

Bagi kerja-kerja elektrik yang melibatkan kerja pendawaian, 40% menunjukan

responden kedua dan keempat memilih kaedah per meter kerana ujar beliau setiap jenis

kabel yang digunakan berbeza mengikut jenis ketebalan dan jenis yang perlu

disesuaikan dengan penyambungan ke peralatan. Ini kerana, ia memudahkan beliau

mengetahui kos yang akan beliau gunakan bagi pembelian kabel tersebut. Manakala

20% pula ialah responden ketiga menggunakan per nr atau pun per point bagi setiap

elemen pendawaian. Beliau mengatakan kaedah demikian akan memudahkan

pengiraan beliau.

Responden pertama dan kelima memilih kaedah lump-sump kerana setiap harga

kabel yang dihargakan tinggi daripada harga pembekal kerana ujar mereka ia termasuk

peratus tambahan jika harga kabel melambung naik. Malah dalam pengiraan lump

sump tersebut, kontraktor boleh menambah panjang kabel, sesalur dan menyelitkan

lain –lain harga dalam satu item. Bagi kerja sesalur dan kelengkapan,kaedah per lot

atau lump sump, per nr masih menjadi pilihan responden untuk kerja-kerja pengukuran

dan menganggarkan kos.

Page 94: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

75

4.3.9 Kewajaran Aplikasi Kos Anggaran Projek Terdahulu.

Seperti kerja-kerja bangunan juga, item-item di dalam senarai kuantiti tetap

sama dan sedikit berbeza mengikut jenis projek yang dibangunkan. Senario yang sama

juga berlaku dalam kerja-kerja M&E yang mana item yang terkandung dalam projek

lepas adalah lebih kurang dengan projek yang sedang berjalan tetapi perbezaan

pengukuran dan anggaran kos perlu diteliti. Pandangan dan pendapat daripada

responden dapat diringkaskan seperti jadual 4.12 di bawah:

Jadual 4.12: Kewajaran Kos Anggaran Projek Terdahulu kepada Projek Terkini.

No Ulasan responden Bil.responden/ Projek Peratus(%)

A B C D E

i) Ya 40%

ii) Tidak 60%

Jumlah 100%

Daripada temubual, hanya 40% responden bersetuju menggunakan anggaran

kos dan kaedah pengukuran daripada projek terdahulu. Ini kerana sekiranya

mengunakan kadar harga daripada projek terdahulu seorang jurukur perlu menambah

peratusan 20% hingga 30% bagi selari dengan kadar harga semasa dan pada masa yang

sama dapat mengelakkan jurukur tersilap anggaran.

Manakala 60% daripada keseluruhan responden pula berpendapat tidak bersetuju

suatu item dari projek lepas hanya boleh digunakan sebagai batu pengukur kepada

jurukur bahan untuk mengetahui nilai yang setara dengan item terlibat. Tambahan

responden keempat pula, kadar kos daripada projek lepas hanya sebagai panduan

kepada anggaran kos terkini sahaja tetapi tidak boleh diaplikasikan ke dalam senarai

kuantiti bagi projek terkini. (Petri, 1979) menjelaskan bahawa jurukur bahan yang

berpengalaman akan melaksanakan kerja-kerja pengukuran dan anggaran berdasarkan

Page 95: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

76

kaedah yang pernah diaplikasi sebelum ini untuk mengelakkan kesalahan kos dan

meningkatkan ketepatan ukuran dan anggaran.

4.4 Proses Anggaran Kos Selari Dengan Amalan Pihak JKR

Bahagian ini membincangkan tentang kaedah serta proses anggaran kos

kontraktor selari dengan pihak JKR. Ini adalah temubual oleh penulis dengan

responden untuk mencapai objektif kedua kajian ini. JKR dipilih kerana, ia merupakan

jabatan kerajaan yang menjadi garis panduan kepada kontraktor dalam industri binaan

bagi kerja-kerja M&E untuk memenuhi spesifikasi dalam kontrak yang ditetapkan oleh

pihak JKR.

Selari dengan kos anggaran yang menjadi praktis semasa kontraktor, penulis

juga menemubual responden tentang kaedah yang digunapakai oleh kontraktor untuk

di bandingkan dengan kadar kos yang digunakan oleh pihak JKR. Jadual 4.13 dibawah

merujuk kepada pandangan responden tentang kaedah kerja untuk kos anggaran

adakah selari dengan kaedah anggaran kos yang digunakan oleh pihak JKR. Daripada

keseluruhan anggaran, 60% responden mempunyai kaedah anggaran kos yang selari

dengan amalan JKR. Ini kerana, menurut pandangan responden spesifikasi yang

terkandung didalam dokumen tender mewajibkan pihak kontraktor yang memasuki

tender untuk mematuhi syarat-syarat teknikal serta klasifikasi yang digariskan pihak

JKR.

Justeru itu, setiap kaedah anggaran kos yang diamalkan oleh pihak kontraktor

selari dengan kehendak JKR. Tetapi 40% daripada responden tidak berpandukan

kepada JKR kerana ujar mereka jika berbuat demikian, harga setiap item akan menjadi

Page 96: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

77

tinggi dan meletakkan risiko tidak terpilih untuk memenangi tender. Ia akan berbeza

sekiranya memasuki tender yang dikeluarkan bagi kerja-kerja kerajaan.

Jadual 4.13 : Anggaran Kos Kontraktor Selari Dengan Amalan Pihak JKR

No Ulasan responden Bil.responden/ Projek Peratus(%)

A B C D E

i) Ya 60%

ii) Tidak 40%

Jumlah 100%

4.4.1 Jenis Amalan Kerja M&E Yang Lebih Diberi Penelitian.

Ketika melaksanakan anggaran kos bagi skop kerja samaada mekanikal

mahupun elektrikal, seorang jurukur bahan perlu mengetahui perubahan kerja yang

boleh menyebabkan kos jadi meningkat. Selain daripada faktor luaran seperti kadar

inflasi, kontraktor harus memberi lebih perhatian kepada kos untuk item-item yang

menjadi penyebab utama perubahan kos seperti jadual 4.14 di bawah :

Page 97: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

78

Jadual 4.14 : Jenis Amalan Kerja M&E

No Kategori No Kategori Bil.responden/Projek Keker

apan

Peratus

(%) 1 2 3 4 5

a) Kerja Mekanikal b) Kerja Elektrikal

Kos Kontrak Kos Kontrak

i) Peralatan

utama:A/c

unit,ducting

Perubahan

kerja

ditapak,

perubahan

reka bentuk

i) Pendawaian Perubahan

kerja

ditapak,

perubahan

reka bentuk

5 100%

ii)

Kos Upah

ii) Peralatan

utama:Db

Board, suis,

lekapan

lampu

5 100%

iii)

Kos Upah

5 100%

Majoriti responden yang ditemubual oleh responden menyatakan bahawa

untuk kerja mekanikal, kos yang paling diberi perhatian ialah peralatan dan kos upah.

Ini disebabkan oleh, apabila berlaku perubahan ditapak samada datang daripada pihak

pemaju mahupun perubahan kerja daripada pihak kontraktor lain ditapak, ia boleh

memberi impak kepada perubahan saiz peralatan sebagai contoh peningkatan kapasiti

penyaman udara untuk memenuhi keluasan ruang yang telah berubah bentuk, saiz

sesalur iaitu ducting penyaman yang berubah kepada yang lagi besar dan kos upah

juga telah berubah kerana bentuk kerja yang telah menjadi sedikit sukar.

Seperti juga kerja elektrik, kos bagi pendawaian, peralatan dan kos upah ialah

item yang sangat ditekankan ketika membuat kos anggaran. Sebagaimana faktor

kontrak yang melibatkan kerja mekanikal, kerja elektrik juga terkesan sekiranya

perubahan kerja berlaku ditapak. (Idris, 2017) menyatakan peningkatan kos boleh

dituntut oleh kontraktor dan akan dibayar oleh pemaju tetapi bagi sesetengah kerja,

kontraktor perlu menanggung kos tambahan tersebut dan ini adalah risiko yang biasa

di hadapi oleh kontraktor.

Page 98: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

79

4.4.2 Perbezaan Kos Anggaran Kontraktor Dan JKR.

Anggaran kos yang dibuat adalah daripada kajian kes yang melibatkan lima

jenis projek pihak responden. Kos anggaran mengfokuskan kepada elemen-elemen

yang penting seperti yang terkandung didalam senarai kuantiti juga diselaraskan

dengan kehendak SMM dan amalan yang dipraktiskan oleh pihak JKR dalam membuat

anggaran kos. Antara item-item yang menjadi perhatian untuk kerja mekanikal ialah:-

i. Peralatan ‘equipment’

ii. Sesalur ‘ducting’

iii. Perpaipan ‘piping services’

Manakala untuk kerja-kerja elektrik pula, item yang diteliti ialah :-

i. Peralatan ‘equipment’

ii. Pendawaian luaran dan dalaman ‘cabling/wiring external and internal works’

iii. Perpaipan dalaman dan luaran ‘piping services for internal and external works’

Bagi membuat perbandingan kos anggaran yang melibatkan kerja JKR, penulis

mengunakan data daripada jadual kadar harga kerja M&E daripada Jabatan Mekanikal

dan Elektrik JKR. Rujuk jadual 4.15 dan 4.16 dibawah bagi perbandingan kos

anggaran praktis semasa kontraktor, SMM dan amalan pihak JKR.

Page 99: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

80

Jadual 4.15 : Perbezaan Praktis Semasa Kontraktor dengan SMM

No Kajian Kes

Praktis

Kontraktor SMM

Perbezaan

(RM)

%

Perbezaan

1 P1

31,130.40

28,247.40

2,883.00 10%

2 P2

40,683.99

39,440.92

1,243.07 6%

3 P3

31,682.50

30,967.20

715.30 2%

4 P4

30,828.70

29,055.33

1,773.38 7%

5 P5

13,780.45

12,434.95

1,345.50 11%

*P1-Projek No Purata:-

1,592.05 7%

Graf 4.1: Graf Palang Perbezaan Anggaran Kos dengan SMM

P1 P2 P3 P4 P5

Praktis Kontraktor 31,130.40 40,683.99 31,682.50 30,828.70 13,780.45

SMM 28,247.40 39,440.92 30,967.20 29,055.33 12,434.95

Perbezaan(RM) 2,883.00 1,243.07 715.30 1,773.38 1,345.50

% Perbezaan 10% 6% 2% 7% 11%

0%

2%

4%

6%

8%

10%

12%

-

5,000.00

10,000.00

15,000.00

20,000.00

25,000.00

30,000.00

35,000.00

40,000.00

45,000.00

RM

10%

6%

2%

7%

11%

Page 100: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

81

Jadual 4.16: Perbezaan Anggaran Kos Kontraktor dengan JKR

N

o Kajian Kes

Praktis Kontraktor Amalan JKR Perbezaan(RM) %

Perbezaan

1

P1

31,130.40

35,681.50

(4,551.10) 15%

2

P2

40,683.99

57,434.25

(16,750.27) 47%

3

P3

31,682.50

33,173.60

(1,491.10) 5%

4

P4

30,828.70

34,960.00

(4,131.30) 34%

5

P5

13,780.45

19,151.60

(5,371.15) 39%

*P1-Projek

No Purata:-

(6,458.98) 28%

Graf 4.2: Perbezaan Anggaran Kos Kontraktor dengan JKR

P1 P2 P3 P4 P5

Praktis Kontraktor 31,130.40 40,683.99 31,682.50 30,828.70 13,780.45

Amalan JKR 35,681.50 57,434.25 33,173.60 34,960.00 19,151.60

Perbezaan(RM) (4,551.10) (16,750.27) (1,491.10) (4,131.30) (5,371.15)

% Perbezaan 15% 47% 5% 34% 39%

0%

5%

10%

15%

20%

25%

30%

35%

40%

45%

50%

(30,000.00)

(20,000.00)

(10,000.00)

-

10,000.00

20,000.00

30,000.00

40,000.00

50,000.00

60,000.00

70,000.00

RM

15%

47%

5%

34%

39%

Page 101: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

82

4.4.3 Strategi Meningkatkan Ketepatan Anggaran Kos.

Kaji selidik berkenaan strategi untuk meningkatkan ketepatan kos anggaran

dapat diringkaskan dalam jadual 4.17 dan graf palang di bawah.

Jadual 4.17 Strategi Ketepatan Kos

N

o

Strategi Bil.responden/Projek Kekerapa

n

Peratu

s (%)

Tak

Setuju

Peratu

s (%)

Setuju

A B C D E

a) Laksana anggaran kos dengan perisian

dokumen elektronik.

4 20% 80%

b) Meningkatkan kompetant seorang

Jurukur bahan yang dengan kaedah

anggaran kos M&E

5 0% 100%

c) Perolehan sebut harga yang tepat dan

cepat

3 40% 60%

d) Penglibatan semua pihak ketika

peringkat awal rekabentuk servis

M&E.

5 0% 100%

Graf 4.3: Strategi Meningkatkan Ketepatan Anggaran Kos

0% 20% 40% 60% 80% 100%

Laksana anggaran kos dengan perisiandokumen elektronik.

Meningkatkan kompetant seorang Jurukurbahan yang dengan kaedah anggaran kos

M&E

Perolehan sebut harga yang tepat dancepat

Penglibatan semua pihak ketika peringkatawal rekabentuk servis M&E.

Strategi Meningkatkan Ketepatan Anggaran Kos

Peratus Setuju(%) Peratus Tak Setuju(%)

Page 102: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

83

Hasil kaji selidik mendapati bahawa hanya 80% responden bersetuju dengan

perlaksanaan anggaran kos mengunakan kaedah elektronik seperti perisian excel yang

biasa diaplikasi oleh kontraktor adalah memudahkan bagi kerja-kerja pengiraan dan

anggaran kerana ia adalah lebih mudah dan cepat. Pengiraan secara manual juga wajib

di buat untuk memastikan pengiraan secara elektronik tiada kesilapan.

Seorang jurukur bahan perlulah mempertingkatkan pengetahuan beliau dalam

kerja-kerja anggaran kos serta perlu mengetahui aspek-aspek teknikal untuk kerja

M&E kerana penambahan kemahiran tersebut akan meningkatkan kompetant beliau

sebagai penganggar kos. Majoriti responden bersetuju dengan kaedah ini pasti diberi

kepercayaan dalam melaksanakan kerja pengukuran dan potensi untuk memenangi

tender adalah cerah.

Manakala 40% responden tidak bersetuju mengenai sebut harga yang tepat dan

cepat boleh meningkatkan ketepatan anggaran kos kerana sekiranya sebut harga

diperoleh dengan kadar segera, khuatir pembekal cenderung memberi sebut harga

yang salah. Tetapi 60% responden bersetuju bahawa juka sebut harga diperoleh dengan

kadar yang segera dan tepat yang mana ia boleh membantu kontraktor memasuki harga

tender tanpa kelewatan.

Dari graf yang ditunjukkan di atas, jelas menunjukkan bahawa gabungan

semua pihak terlibat dalam proses merekabentuk sistem M&E. Ini kerana kontraktor,

pembekal, jurutera dan arkitek pasti akan menghasilkan sistem yang benar-benar

praktikal dengan kehendak bangunan. Daripada kerjasama ini, pihak klien akan dapat

menjimatkan kos serta koordinasi semua pihak akan menjadi lebih mudah.

Page 103: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

84

4.4.4 Halangan Anggaran Standart Bagi Kerja M&E.

Bahagian C dalam soalan kaji selidik ini mengenalpasti halangan yang dihadapi

oleh kontraktor dalam proses mewujudkan anggaran kos yang standart. Maklum balas

atau jawapan daripada responden terhadap kaji selidik yang telah dilakukan bagi

bahagian ini ditunjukkan dalam jadual serta graf di bawah.

Jadual 4.18 : Halangan Mewujudkan Anggaran Standart

No Isu/ Halangan Bil.responden/ Projek Keke

rapan

Peratus

Tak

Setuju

(%)

Peratu

s

Setuju

(%)

A B C D E

a) Lukisan rekabentuk servis yang tidak

lengkap.

5 0% 100%

b) Komunikasi yang lemah dengan pihak

yang terlibat jejaskan pengumpulan

maklumat .

5 0% 100%

c) Kurang pemahaman oleh kontraktor

utama.

4 10% 90%

d) Jurukur Bahan yang kurang

berpengalaman.

5 0% 100%

Graf 4.4: Halangan Mewujudkan Anggaran Standart

100%

100%

90%

100%

0% 20% 40% 60% 80% 100%

Lukisan rekabentuk servis yang tidaklengkap.

Komunikasi yang lemah denganpihak yang terlibat jejaskan…

Kurang pemahaman oleh kontraktorutama.

Jurukur Bahan yang kurangberpengalaman.

Halangan Mewujudkan Anggaran Standart Kerja M&E

Peratus Setuju(%)

Peratus Tak Setuju(%)

Page 104: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

85

Daripada Graf Palang 4.4 di atas menunjukkan jika seorang jurukur bahan

mempunyai kurang pengalaman kerja-kerja anggaran akan menjadi sulit kerana

jurukur bahan disebuah firma merupakan orang yang bertanggujawab dalam

mengendalikan dan menguruskan kos. Sekirannya jurukur bahan itu merupakan

seorang graduan yang baru sahaja lepasan universiti, mereka seharunya dipantau oleh

jurukur yang lebih berpengalaman.

Dengan kaedah sebegini, kesilapan pengukuran dan menganggar kos akan

menjadi minimum. Lantas komunikasi yang lemah diantara pihak yang terlibat dalam

suatu projek juga penghalang kepada usaha untuk mewujudkan anggaran standart kerja

M&E. Jurang ini perlulah dirapatkan dengan hasil kerjasama, saling berhubung dan

berinteraksi dengan semua pihak.

Isu kurangnya pemahaman oleh kontraktor utama terhadap kaedah pengukuran

dan anggaran oleh kontraktor M&E adalah perkara yang bukan lagi asing di kalangan

dua belah pihak ini. Kekurangkan informasi yang dari pihak perunding dan arkitek

juga boleh menjadi faktor kepada keadaan ini. Akan tetapi, kontraktor utama

merupakan pihak yang paling hampir dengan kontraktor M&E bagi kerja-kerja

koordinasi ditapak sehinggalah melibatkan kerja pengukuran ditapak dan anggaran kos

dalam dokumen kontrak.

Isu berkaitan lukisan servis tidak dibekalkan boleh menganggu kerja-kerja

anggaran kos. Lukisan sistem servis dalam bangunan bagi sistem perkhidmatan yang

lain jarang dibekalkan oleh pihak perunding kepada kontraktor M&E kerana

menganggap lukisan sistem servis dalaman bangunan tiada kaitan dengan kontraktor

terbabit. Tujuan lukisan servis ialah untuk mengelakkan clash ketika proses

pemasangan kerja M&E.

Page 105: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

86

Akibatnya, kos yang dimasuki oleh kontraktor adakala tidak merangkumi kerja-

kerja tambahan sebagai contoh pertembungan sistem sesalur dengan sistem

perkhidmatan yang lain mengakibatkan paip-paip pembahagi perlu mengikut laluan

lain dan kuantiti paip menjadi bertambah.

4.4.5 Rumusan

Daripada data yang telah dianalisis, dapat dirumuskan bahawa setiap praktis

yang diamalkan berbeza mengikut firma yang terlibat dalam anggaran kos bagi kerja-

kerja M&E. Walaupun dokumen tender yang dibekalkan kepada kontraktor terdapat

kekurangan maklumat yang boleh menganggu proses anggaran, namun kontraktor

masih mampu melaksanakan pengukuran dengan kemahiran dan pengetahuan yang

luas sebagai penganggar kos justeru kaedah anggaran pasti lebih proaktif dan efisen

apabila SMM menjadi garis panduan untuk setiap kerja pengukuran yang dilaksanakan

bagi mencapai kos tender yang berkualiti dan ketepatan kos yang tidak boleh diragui

mana-mana pihak dan memenuhi keperluan kontrak.

Manakala, perbandingan anggaran kos antara praktis semasa kontraktor dengan

kaedah SMM dan jadual kadar harga JKR menunjukkan bahawa, sekiranya kontraktor

mengamalkan pengukuran berlandaskan SMM, sudah pasti kos telah merangkumi

segala aspek elemen kerja M&E dan kesilapan pengukuran mampu dielakkan. Kos

yang dibangunkan dengan merujuk kepada kadar harga JKR mempunyai signifikanya

yang tersendiri kerana ia memenuhi spesifikasi kehendak klien pada kualiti yang

sangat tinggi untuk bahan yang digunakan. Ia boleh menjadi sumber rujukan kepada

kontraktor M&E sekiranya dokumen tender melibatkan kerja-kerja kerajaan.

Page 106: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan keputusan-keputusan dalam kajian ini yang telah

diperolehi melalui bab yang sebelumnya iaitu analisis data. Keputusan-keputusan

dibincangkan berdasarkan kepada objektif-objektif kajian yang telah digariskan dan

keseluruhan kajian

5.2 Kesimpulan

Bahagian ini membincangkan keputusan analisis data berdasarkan kaji selidik

temubual bagi bahagian B soalan (sila rujuk Lampiran A), di mana ianya bagi

mencapai objektif pertama kajian iaitu membandingkan praktis semasa kontraktor

dengan kaedah SMM (Standart Method Of Measument 2 ) untuk kerja-kerja

pengukuran M&E dan objektif kedua ialah perbandingan kos kontrator dengan JKR.

Page 107: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

88

5.2.1 Membandingkan Praktis Semasa Kontraktor dengan SMM2

Objektif pertama kajian ini dilakukan untuk membandingkan praktis semasa

kontraktor dengan kaedah pengukuran yang terdapat didalam SMM2. Berkenaan

dengan penggunaan Standard Method of Measurement 2 (SMM2) sebagai panduan

dan rujukan yang piawai kepada jurukur bahan dalam menganggarkan sesuatu kos

kerja M&E, kebanyakan responden dalam pendapat mereka tidak mengaplikasikan

SMM2 ini kerana kaedah yang digunapakai untuk adalah berdasarkan kaedah

pengukuran mereka tersendiri.

Walaupun SMM2 yang digunapakai sekarang secara umumnya meliputi

panduan pengukuran anggaran kos kerja-kerja M&E seperti yang ditunjukan dalam

Sekyen P & Q mengikut deskripsi yang ditetapkan dan bila mana senarai kuantiti (BQ)

bagi anggaran kos disediakan mengikut panduan dan deskripsi tersebut, ia akan

mengingatkan jurukur bahan sebagai penganggar kos akan sentiasa berjaga-jaga dalam

menganggar kos tanpa meninggalkan sebarang elemen penting untuk anggaran kos.

Tambahan responden pula, mereka memerlukan masa yang lama untuk

memahami panduan pengukuran di dalam SMM2 ketika ingin melaksanakan

anggaran. Pembaziran masa berlaku dan seharusnya pengukuran dan anggaran kos

telah dibuat tetapi dengan meluangkan masa untuk mempelajari dan memahami

SMM2 bukanlah pilihan mereka. Ini kerana SMM2 lebih spesifik merangkumi

keseluruhan elemen-elemen yang terperinci terhadap jenis-jenis elemen yang

berlainan yang dikhususkan setiap satu jenisnya untuk dianggarkan kosnya.

Dengan itu, kajian semula terhadap penggunaan SMM2 bagi meningkatkan

keberkesanan penggunaannya sebagai panduan utama adalah perlu bagi menyumbang

ke arah sistem anggaran kos untuk ke arah yang lebih baik dan efektif. Berikut adalah

faktor yang menghalang pengunaan SMM dikalangan kontraktor:

Page 108: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

89

a) Kaedah Praktis Yang Tradisional.

Apabila ditanyakan tentang praktis kontraktor samaada mempraktiskan SMM

ke dalam kerja-kerja menganggar kos, rata-rata responden tidak berpandukan SMM.

Ini disebabkan oleh firma kontraktor mempunyai kaedah pengukuran serta anggaran

yang tersendiri dan sudah biasa dengan cara pengukuran dan anggaran kos itu. Maka

penggunaan SMM dikalangan responden yang telah ditemubual tidak digunakan.

Maka, kajian semula terhadap penggunaan SMM bagi meningkatkan keberkesanan

penggunaannya sebagai panduan utama adalah perlu bagi menyumbang ke arah sistem

anggaran kos untuk ke arah yang lebih baik dan efektif.

b) Kebolehan Menganggar Kos.

Untuk memastikan kerja-kerja anggaran kos dilakukan secara menyeluruh

merangkumi kos bagi setiap elemen ia yang perlu dikira dengan lengkap dan tepat.

Ianya perlulah dipastikan bahawa penganggar kos iaitu jurukur bahan yang

menganggar kos untuk mempunyai pengetahuan yang cukup meluas serta

berpengalaman dalam bidang ukur bahan terutamanya dalam penganggaran kos,

disertai dengan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam membuat andaian serta

jangkaan dalam pengiraan sesuatu anggaran kos. Tanpa kemahiran, pengetahuan serta

pengalaman tertentu dalam bidang penganggaran kos dan keputusan yang diperolehi

sudah pasti akan menjadi tidak lengkap serta banyak kekurangan dan kesalahan dalam

anggaran sesuatu kos itu.

Ketidakpastian untuk berpandukan SMM2 dalam membuat pengukuran dan

sesuatu anggaran kos dalam sebuah projek oleh jurukur bahan memberi kesan atau

reflek terhadap sesuatu nilai anggaran yang dihasilkan memandangkan andaian atau

jangkaan kos yang dibuat adalah amat penting kerana sekiranya ia salah dan tidak

tepat, maka ianya akan mempengaruhi nilai keseluruhan kos dalam sesuatu projek.

Page 109: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

90

c) Maklumat Yang Tersedia.

Permasalahan yang dihadapi melibatkan maklumat yang tersedia berlaku

apabila kerja-kerja pengukuran M&E tidak dibekalkan dengan lukisan yang lengkap

dan boleh membantutkan kerja-kerja pengukuran. Sekiranya lukisan pelan yang

diterima oleh jurukur bahan adalah tidak lengkap, kabur dan tidak jelas, tidak

disertakan dengan skala yang betul dan sebagainya, maka penganggaran kos yang

dilakukan akan mengalami banyak kesukaran.

5.2.2 Proses Anggaran Kos Selari dengan Amalan JKR

Objektif kedua dalam kajian ini ialah mengenalpasti proses anggaran kos oleh

kontraktor dengan kadar harga JKR dan didapati bahawa kadar kos anggaran JKR

adalah tinggi berbanding dengan praktis semasa kontraktor dan juga kaedah

menggunakan SMM. Kontraktor berpendapat bahawa spesifikasi yang digariskan JKR

untuk melaksanakan kerja M&E adalah daripada bahan-bahan yang berkualiti dan

spesifikasi teknikal yang tinggi.

Walaupun kadar kos upah adalah setara dan tidak jauh beza dengan praktis

kontraktor namun masih meletakkan anggaran kos berpandukan amalan JKR adalah

tinggi. Berikut adalah faktor yang menyumbang kepada anggaran kos yang tinggi:

Page 110: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

91

a) Standart Bahan dan Spesifikasi.

Sebagaimana yang sedia maklum, JKR meletakkan spesifikasi yang tinggi

kepada pengunaan bahan yang digunakan bagi kerja-kerja M&E. Sebagai contohnya

ialah jenis kabel serta saiz yang digunakan. Kabel haruslah mempunyai ciri-ciri kualiti

yang bagus dan mutu yang baik kerana ia adalah jaminan kepada ciri-ciri keselamatan

yang perlu ada untuk sesuatu bahan.

Kabel yang mempunyai kualiti yang sederhana kebarangkalian berhadapan

dengan risiko cepat terbakar dan tidak tahan dengan kapasiti watt yang ditanggung

lantas mengundang kemalangan seperti kebakaran premis. Bukan itu sahaja,

kelengkapan elektrik juga menjadi perhatian kerana mutu sesuatu lekapan akan

menjamin ketahanan fungsinya dalam jangka masa yang panjang.

b) Kadar Harga Jkr.

Ketika melakukan kerja-kerja anggaran kos, kadar harga JKR digunapakai

sebagai panduan. Tambahan sebanyak 20% dikenakan kepada kos kadar harga terbabit

kerana jadual kadar harga JKR yang digunakan ialah menggunakan ke semua

dokumen yang disenaraikan dalam melaksanakan kerja anggaran kos serta

pengukuran. Dokumen-dokumen ini adalah dokumen yang standart diaplikasi oleh

mana-mana firma industry binaan. Jika salah satu dokumen tidak lengkap, kontraktor

M&E perlu berkomunikasi dengan perunding mahupun kontraktor utama untuk

mendapatkan maklumat agar kerja-kerja anggaran dan pengukuran dapat dibuat

dengan baik.

Page 111: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

92

Selain daripada itu, elemen-elemen yang dihargakan dan dibandingkan dengan

amalan JKR ialah :

iv. Peralatan ‘equipment’

v. Sesalur ‘ducting’

vi. Perpaipan ‘piping services’

Manakala untuk kerja-kerja elektrik pula, item yang diteliti ialah:

iv. Peralatan ‘equipment’

v. Pendawaian luaran dan dalaman ‘cabling/wiring external and internal works’

vi. Perpaipan dalaman dan luaran ‘piping services for internal and external works’

5.2.3 Kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa kontraktor yang melaksanakan pengukuran dan

anggaran kos tanpa berpandukan SMM2 kerana pendedahan terhadap pengunaannya

belum lagi menyeluruh dalam firma-firma kontraktor M&E. Ia mungkin digunapakai

bagi kontraktor M&E yang yang besar tetapi responden yang ditemui penulis tidak

mengaplikasi SMM dalam kerja anggaran mereka. Kerja-kerja anggaran yang sedia

ada lebih kepada kaedah firma masing-masing dan formula anggaran mereka sendiri.

Selain itu juga, kaedah anggaran kos oleh pihak JKR boleh dijadikan panduan kepada

kontraktor untuk melakukan kerja anggaran kos dengan berpandukan kepada

spesifikasi yang digunakan dengan kadar harga yang sesuai untuk digunapakai.

Page 112: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

93

5.3 Cadangan.

Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti objektif-

objektif dan yang pertama, ialah membandingkan praktis semasa kontraktor dengan

kaedah SMM2 bagi kerja-kerja pengukuran M&E kemudianya yang kedua ialah

mengenalpasti proses anggaran kos oleh kontraktor selari dengan pengukuran SMM2

untuk anggaran oleh kontraktor mengikut Jadual Kadar Harga JKR. Ternyata daripada

keseluruhan temubual dengan responden M&E dalam kajian ini, sistem anggaran kos

yang sedia ada sekarang boleh dikatakan efektif dan berkesan, tetapi masih terdapat

beberapa kekurangan seperti perlunya beberapa cadangan serta pengubahsuaian.

5.3.1 Kelayakan Seorang Jurukur Bahan.

Kelayakan jurukur bahan sebagai penganggar kos juga dicadangkan oleh

responden untuk diperbaiki ke arah yang lebih baik. Kelayakan seseorang jurukur

bahan sebagai penganggar kos adalah berkait rapat dengan pengetahuan, kemahiran

serta pengalaman merangkumi semua aspek penting yang terlibat dalam kerja-kerja

penganggaran sesuatu kos. Jika seorang jurukur bahan merupakan graduan yang baru

tamat pengajian, beliau haruslah bekerja dibawah seorang jurukur bahan yang lebih

berpengalaman untuk dipantau hasil kerjanya agar kesilapan bagi kerja menganggar

tidak berlaku serta anggaran yang lebih relevan.

Ianya juga adalah perlu untuk mengadakan komukasi dan rundingan secara

langsung dengan kontraktor utama dan perunding projek, arkitek, jurutera projek dan

berterusan perlulah dijaga kerana persekitaraan industri binaan memerlukan setiap

pihak saling bekerjasama untuk mencapai matlamat dan tujuan masing-masing juga

penyiapan projek pada masa yang ditetapkan.

Page 113: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

94

5.3.2 Menambahbaik Senarai Kuantiti, Lukisan Pelan, Spesifikasi dan SMM.

Jurukur bahan tidak terlibat dalam penyediaan senarai kuantiti namun

pengukuran serta pengunaan unit yang lengkap dan tepat juga dan yang memberikan

ukuran yang tepat bagi setiap aktiviti terlibat dalam pembinaan sesuatu projek. Adalah

dicadangkan senarai kuantiti amat perlu untuk diberi penambahbaikan begitu juga

dengan spesifikasi yang memberikan piawai dan keseragaman. Walaupun sedia

maklum setiap firma mempunyai kaedah yang tersendiri namun kepatuhan pada

piawai dan standart yang ditetapkan oleh JKR ataupun badan yang berkenaan haruslah

diselaraskan.

Kepentingan lukisan pelan juga tidak dapat dinafikan penggunaannya dalam

menganggarkan sesuatu kos projek untuk diperbaiki dari semasa ke semasa ke arah

yang lebih baik. Lukisan yang jelas dan lengkap sangat membantu kontraktor dalam

penyediaan kos. Begitu juga dengan penggunaan Standard Method of Measurement 2

(SMM2) sebagai kaedah rujukan piawai dalam pengukuran dan penganggaran kos juga

perlulah digunakan sepenuhnya sebagai titik panduan secara keseluruhannya untuk

memastikan kesemua elemen-elemen penting dalam pembinaan sesuatu projek

diambilkira untuk dianggarkan tanpa ada meninggalkan elemen yang penting untuk

dikira dan dianggar.

Daripada temubual bersama responden walaupun terdapat perbezaan dalam

praktis semasa kerja menganggar dan tidak berpandukan SMM, namun kontraktor

masih lagi mampu untuk memasuki tender dan menepati kehendak klien. Jika setiap

spesifikasi dipatuhi oleh pihak kontraktor M&E, mereka masih lagi berada dalam

keadaan selamat iaitu kos yang dimasuki adalah dalam ruang lingkup yang memenuhi

keperluan kontrak. Kesemuanya perlulah diperhalusi penggunaannya bagi menjamin

penambahbaikan dalam sistem anggaran kos yang sedia ada.

Page 114: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

95

5.3.3 Menambahbaik Kaedah Pengumpulan Data.

Penggunaan memproses data seperti perisian berkomputer bagi tujuan

pengukuran dan melakukan anggaran kos perlulah digunapakai secara berkesan

walaupun firma itu sendiri mempunyai kaedah aplikasi yang tersendiri. Namun

penggunaannya untuk memastikan penambahbaikan dalam sistem anggaran kos sedia

ada selain menggunakan kaedah pengiraan dan penganggaran kos secara konvensional

tidak harus diketepikan kerana ia masih perlu untuk meningkatkan ketepatan dan

kejituan ukuran. Bagi pengumpulan data seperti pemfailan data dan maklumat yang

diperolehi, sangat perlu untuk dilakukan secara bersesuaian dan mudah untuk

dijadikan sebagai rujukan pada masa hadapan.

Penggunaan jadual, gambarajah, carta dan sebagainya dalam menggambarkan

sesuatu data atau maklumat untuk dianalisis perlulah dipraktis untuk memastikan

kerja-kerja anggaran kos diperincikan dengan cara yang sempurna dan lengkap. Ianya

juga menjadi satu kemestian untuk mengelak daripada memperuntukkan dan

membazirkan masa bagi mengira atau menganggar sebarang perincian yang tidak

diperlukan dan tidak mendatangkan kepentingan dalam sesuatu projek.

Sebaliknya penyemakan terhadap anggaran kos yang sudah lengkap sama ada

oleh jurukur bahan sebagai penganggar kos ataupun individu lain untuk memastikan

ketepatan yang jitu diperolehi dalam anggaran kos. Selain itu juga, penentuan terhadap

mana-mana penyelarasan atau penyesuaian yang perlu dilakukan dalam anggaran kos

yang telah dibuat perlulah diberi keputusan yang betul dan sesuai.

Page 115: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

96

5.4 Masalah Kajian

5.4.1 Masalah Pengunaan SMM2 Bagi Kerja-Kerja M&E

Berkenaan dengan penggunaan Standard Method of Measurement 2 (SMM2)

sebagai panduan dan rujukan yang piawai kepada jurukur bahan dalam

menganggarkan sesuatu kos kerja M&E, kebanyakan responden pendapat mereka

tidak mengaplikasikan SMM2 ini kerana mengunakan kaedah pengukuran mereka

tersendiri.Walaupun SMM2 yang digunapakai sekarang secara umumnya meliputi

panduan pengukuran anggaran kos kerja-kerja M&E seperti yang ditunjukan dalam

Sekyen P & Q mengikut deskripsi yang ditetapkan dan bila mana senarai kuantiti (BQ)

bagi anggaran kos disediakan mengikut panduan dan deskripsi tersebut, ia akan

mengingatkan jurukur bahan sebagai penganggar kos akan sentiasa berjaga-jaga dalam

menganggar kos tanpa meninggalkan sebarang elemen penting untuk dianggarkan kos.

Tambahan responden pula , mereka memerlukan masa yang lama untuk

memahami panduan pengukuran didalam SMM2 ketika ingin melaksanakan anggaran.

Pembaziran masa berlaku dan seharusnya pengukuran dan anggaran kos telah dibuat

tetapi dengan meluangkan masa untuk mempelajari dan memahami SMM2 bukanlah

pilihan mereka. Ini kerana SMM2 yang lebih spesifik tersebut merangkumi

keseluruhan elemen-elemen yang terperinci terhadap jenis-jenis elemen yang

berlainan yang dikhususkan setiap satu jenisnya untuk dianggarkan kosnya.

Dengan itu, kajian semula terhadap penggunaan SMM2 bagi meningkatkan

keberkesanan penggunaannya sebagai panduan utama adalah perlu bagi menyumbang

ke arah sistem anggaran kos untuk ke arah yang lebih baik dan efektif.

Page 116: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

97

5.4.2 Kos Terhad dan Kekurangan Maklumat.

Banyak kekurangan dan kelemahan yang berlaku dalam keperluan dan

peruntukan melaksanakan kerja-kerja penganggaran kos oleh kontraktor dari segi

masalah kekurangan kos, masa dan maklumat. Contohnya seperti kos yang terhad dan

masa yang sudah tentunya akan memberi kesan terhadap cara dan kaedah kerja-kerja

anggaran kos dijalankan. Ini kerana masa yang terhad memerlukan kontraktor untuk

mempercepatkan proses penganggaran kos mengikut masa yang singkat di mana

berkemungkinan besar akan menyebabkan kesalahan-kesalahan dalam pengiraan kos

yang memberi kesan terhadap ketepatan sesuatu anggaran kos itu. Had terhadap kos

untuk membuat anggaran memaksa kontraktor berusaha keras dalam memastikan

anggaran adalah serendah yang mungkin menyebabkan kerja-kerja anggaran kos

menjadi kurang berkualiti sedangkan spesifikasi perlu dipatuhi mengikut kontrak.

Begitu juga dengan ketidaksediaan dan maklumat yang tidak cukup mengenai

reka bentuk yang akan menyebabkan proses anggaran kos menjadi tidak jelas dan tidak

tepat, menjadikan lebih banyak perubahan kerja (variation works) dalam anggaran kos

terpaksa dilakukan pada masa hadapan disebabkan ketidakjelasan dan kekaburan

maklumat dalam pelan lukisan. Ketidakcukupan pengumpulan data dan maklumat

untuk membuat anggaran kos selainnya seperti simpanan projek yang terdahulu

terhadap projek yang sama sebagai rujukan, keadaan pasaran industri binaan, data

tentang tapak dan keadaan sekeliling projek dan lain-lain lagi juga akan menyumbang

ke arah masalah-masalah dalam anggaran kos.

Page 117: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

98

5.4.3 Kelemahan Pengetahuan dan Kemahiran.

Untuk memastikan kerja-kerja anggaran kos dilakukan secara menyeluruh

merangkumi kos bagi setiap elemen ia yang perlu dikira dengan lengkap dan tepat.

Ianya perlulah dipastikan bahawa penganggar kos iaitu jurukur bahan yang

menganggar kos sendiri untuk mempunyai pengetahuan yang luas dan berpengalaman

dalam kerja-kerja anggaran M&E. Ini kerana tanpa kemahiran, pengetahuan serta

pengalaman kebarangkalian kerja pengukuran menjadi tidak tepat dan akan

dipersoalkan kebolehan menganggar jurukur bahan tersebut. Seiringan dengan itu

juga, kelemahan dalam membuat andaian semasa suatu anggaran kos dalam sesuatu

projek oleh jurukur bahan memberi implikasi kepada nilai anggaran yang dihasilkan

lantas kos keseluruhan projek serta tidak langsung boleh mencalar imej firma itu

sendri.

5.4.4 Masalah Perincian Anggaran.

Begitu juga dengan perincian kadar anggaran seperti penggunaan unit

pengukuran yang tidak tepat dalam menganggarkan kos akan menyebabkan masalah

berlaku terhadap kos akhir anggaran kerana penentuan terhadap penggunaan kadar

yang relevan, skala lukisan yang tepat dan unit pengukuran yang betul memastikan

kos anggaran yang sesuai dihasilkan. Cara pengukuran dan anggaran yang tidak

konsisten dalam perincian anggaran kos boleh menyebabkan berlakunya sistem

anggaran yang tidak lengkap dengan maklumat yang bercelaru dan tidak teratur.

Seharusnya, perincian yang lebih teliti mesti dirangka dengan menyenaraikan kesemua

elemen-elemen yang lengkap yang diperlukan dalam pengiraan sesuatu anggaran kos.

Isu yang sering kali menjadi amalan ialah mengambil jalan pintas sewaktu

mengeluarkan kuantiti elemen dari lukisan pelan (‘take-off’ quantity) dengan alasan

untuk menjimatkan masa dan tenaga juga turut memberi kesan yang sama, di mana ini

Page 118: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

99

akan menyebabkan anggaran kos menjadi tidak lengkap seterusnya nilai kos yang

dihasilkan tidak menunjukan perinciaan setiap elemen kos M&E yang sepatutnya

diambil kira kemudianya mendatangkan masalah rujukan di masa hadapan.

Tambahan pula apabila aplikasi perisian atau sistem berkomputer lain

digunakan untuk menganggar kos, maka masalah dari segi risiko yang berlaku semasa

menganggar kos seperti kerosakan sistem komputer boleh menyebabkan kerja-kerja

anggaran kos hilang dari pangkalan data. Ini sudah tentu akan turut menjejaskan proses

dalam membuat anggaran seperti kerja penganggaran terpaksa ditangguhkan yang

seterusnya membawa kepada pembaziran masa dalam membuat anggaran kos berlaku.

Page 119: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

100

6 RUJUKAN

Alufohai, O. &. (1998). Managment of Estimating and Budjeting for Electrical

Installation (First Edition). Lagos: Cosines (Nig) Ltd.

Ambrose, J. (1992). Building Construction Service System. New York: Van Nostrand

Reinhold.

Buys, J. (2005). Building and Enviroment Volume 40. In Investigation into Capital

Cost of HVAC Systems (pp. 1153-1163).

Chin Ling, N. (2014). Projek Pembinaan Dewan 3 tingkat Taman Changkat Desa.

Petaling Jaya: DBKL.

Ching & Francis. (1994). Lakaran Binaan Bangunan. In F. D.K.Ching, Lakaran

Binaan Bangunan (p. Chapter 1.6). Ulu Klang Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Churcher, D. (2009). A design framework for Building Services:Design Activities and

Drawings Definations. BSRIA.

CIBSE. (n.d.). http://www.cibse.org.

CIDB. (2009). Strategic Thrust 2 - Strethen the Construction Industry Image. Kuala

Lumpur: CIDB.

Page 120: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

101

E.Oforeh. (2008). Installation and Electrical Works in Buildings. Lagos: Cosines.

Ekholm, A. (1996). A Conceptual of Framework for Clasification of Construction

Works. (ITcon, Ed.) 1-25.

Frank R.Dagostino, L. F. (2008). Estimating In Building Construction. Canada:

Pearson Prentice Hall.

FRICS, D. C. (2009). Quantity Surveyor's Pocket Book. In D. C. FRICS, Quantity

Surveyor's Pocket Book (p. 33). Great Britain: Butterworth Heinemann.

Fussell.W. (1971). Measurement of Engineering Services. London: E&F.N Spon Ltd.

G, M. O. (2005). Lean Construction Journal. Intgrated Project Delivery : An Example

of Relation Contracting, 46-61.

Gura, J. (1984). Role of the Building Services Engineering Consultants. IEEE

Proceedings., 131.

H.Odeyinka, S. a. (2009). An evaluation of the budgetary reliability of bills of

quantiities in building procument. RICS COBRA Research Confrences, (pp.

435-446). University of Cape Town.

Hore. (1997). Construction 1 Management, Finance and Measurement. Hampshire

London: Macmillan Press LTD.

Hore, V Kehoe, J Macmullan, R Penton. (1997). Construction 1

Managment,Finance,Measurement for Construction and Built Enviroment

Programmes.

Idris, R. F. (2017, November 4th November 2017). (N. k. Yunus, Interviewer)

Page 121: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

102

Kumar, P. (2009). Construction Industry. Consulting Engineers Perspective on SMM

in Water Supply.

Levitt, R. (1994). Building Construction Estimating. New York: McGraw-Hill.

McCaffrey, J. (2010, April 15). What is an M&E QS. Retrieved from

http://www.isurv.com/.

Michie, A. (1981). Building Services Engineering Research and Technology.

Integration and Co-ordination of Building Servicesand its Relationship with

Project Management, 15-26.

Mohamed & Yusuf. (2012). Examination of Pre-Tender Budgeting Techniques for

Mechanical and Electrical Services in Malaysia. InternationalJournal of

Mechanical,Aerospace,Industrial,Mechatronic and Manufacturing

Engineering, 6, 3.

Molloy, J. (2007). Civil Engineering Measurement Claims in Hong Kong. In M. J.

MOLLOY (Ed.), Management of Partnerships and Conflict (pp. 4-20). Hong

Kong: Strategic Integration of Surveying Services.

Murray. (1997). Measurement of Building Services. London: Macmillan.

Nani, P. J.-K. (2008). Customisation and desirable characteristics of a standard. The

Australasian Journal of Construction Economics and Building [Vol 8, No 2],

30-31.

Ofori, G. (1994). Practice of Construction Industry Development at the Cross Road.

Habitat International.

Olatuji, O Sher, W Gu, N&Ogunsemi. (2010). Building Information Modeling

Processes Benefits for Construction Industry. Salford: CIB.

Page 122: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

103

Petri, R. (1979). Construction Estimation. London: Reston.

Potts, K. (2008). Construction Cost Management:Learning from Case Studies.

London: Taylor & Francis .

Q.Y Lee & Y.M.Lim. (2009). Preparation of Tender for Building Conservation in

Malaysia, 533.

Rashid, A. A. (2012). Pengukuran Kuantiti Bangunan. In A. A. Rashid, Pengukuran

Kuantiti Bangunan (pp. 2-4). Petaling Jaya: Prentice Hall.

RICS. (2012). RICS New Rules of Measurement. (RICS, Ed.) Detailed Measurement

for Building Works.

Rogers Stirk Harbour & Partners. (2017, March 27). Designing Building Wiki.

Retrieved from Designing Building Ltd.2017.

S Rawlinson, Nugent B & Dedman. (2007). http://www.davislangdon.com. Retrieved

from Procument of Building Services.

Sabaria. (2009). Roles of Standart Method of Measurement (SMM) in Contruction.

Seminar on Standart Method of Measurement (SMM) in Construction

Procument. Kuala Lumpur.

Seeley, I. (1997). Quantity Surveying Practise. London: Macmillan Education

Limited.

Stephen, K. (2009). Contractor’s Perspective on SMM in M&E Projects, Seminar

Standart Method of Measurement. Kuala Lumpur,Malaysia: Construction

Industry Develoment Board.

Tate, F. &. (1997). Cost Control in Building Design. Oxford: Blackwell Science.

Page 123: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

104

The Institution of Surveyors Malaysia. (2001). Standart Method Of Measurement of

Building Works Second Edition SMM2. In T. I. Malaysia, Standart Method Of

Measurement of Building Works Second Edition SMM2 (pp. 94-113). Petaling

Jaya: The Institution of Surveyors Malaysia.

The Malaysian Surveyor. (2014). End Users Perception On The Issue Pertaining To

The Current Malaysian Standart Method of Measurements(SMMs). Petaling

Jaya: The Malaysian Surveyor.

Yusuf & Mohamed. (2012). Factors Inhibiting the Adoption of a Uniform Pricing

Mechanism for Building Services. International Journal of Engineering

Business Management, 1-2.

Yusuf & Mohamed. (2012). Perceived Benefit of Adopting Standart Based Pricing

Mechanism for Building Services. Lesson from Building Fabrics and

Finishes.Archieve De Sceince, Volume 6(9).

Yusuf & Mohamed. (2014). Perceived Benefits of Adopting Standard – Based Pricing

Mechanism for Mechanical and Electrical Services Installations. Australasian

Journal of Construction Economics and Building, 104-105.

Yusuf, Ganiyu Amuda. (2014). A framework for Establishment of Building Services

Standart Method of Measurement in Malaysia. Johor: UTM.

Yusuf, Mohamed & Yusof . (2014). Towards developing Building Services Standart

Method of Measurement in Malaysia. In L. G. et.al(Eds), Recent Trends in

Social and Behavior Sciences (p. 77). London: Taylor & Francis Group.

Page 124: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

LAMPIRAN A

Page 125: NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

LAMPIRAN B

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKULTI ALAM BINA

Semua maklumat yang diberikan akan diperlakukan secara sulit dan hanya akan

bertujuan penggunaan akademik sahaja.

All information given will be strictly treated as private and confidential and will appear

for the sole purpose of academic use only.

“ IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PEMBINAAN ”

BACHELOR OF SCIENCE CONSTRUCTION

NAME : NUR KHUZAIMAH BINTI MAT YUNUS

PENYELIA : DR.SARAJUL FIKRI MOHAMAD