tugasan dadah en yunus

21
Pengenalan Masalah dadah masih lagi merupakan masalah keselamatan negara khususnya yang berkaitan dengan penagihan dan pengedaran dadah. Pengesanan penagihan serta tangkapan pengedar masih lagi belum reda malah makin bertambah. Beberapa jenis dadah yang dulunya masyhur di negara barat mula mengancam beberapa negeri dan telah ditagih. Dadah ini telah lama dikenal pasti tetapi dikurangkan publisitinya untuk memberi kesan kepada program pencegahan. Ini termasuk pil ecstasy dan syabul. Rampasan kokain pula mula dilaporkan pada tahun 1996 walaupun penagihannya belum dikenal pasti. Pada keseluruhannya masalah dadah di Malaysia masih lagi terkawal walaupun jumlah dadah yang dirampas masih lagi berkurangan daripada jumlah penagih yang dikesan menggunakannya. Penagih aktif yang dikesan pula masih tidak ramai kerana ia hanya sekitar 0.6 peratus daripada jumlah penduduk. Jumlah ini amat kurang jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Thailand,Laos dan Pakistan. Usaha awal kerajaan bagi menghadapi masalah dadah adalah melalui tindakan undang-undang dengan menggunakan Akta Dadah Berbahaya 1952. Walau bagaimanapun, pelaksanaan undang-undang ini dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan berkenaan secara berasingan. Usaha-usaha untuk menyelaraskan penguatkuasaan undang-undang ini hanya mula dibuat pada tahun 1972, apabila Pusat Biro Nakotik bertanggungjawab mengawal dan mengawas masalah dadah dalam bidang penguatkuasaan,pencegahan,penyelarasan dan 1

Upload: azlan-hafiz

Post on 07-Nov-2015

43 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bahaya Najis Dadah

TRANSCRIPT

PengenalanMasalah dadah masih lagi merupakan masalah keselamatan negara khususnya yang berkaitan dengan penagihan dan pengedaran dadah. Pengesanan penagihan serta tangkapan pengedar masih lagi belum reda malah makin bertambah. Beberapa jenis dadah yang dulunya masyhur di negara barat mula mengancam beberapa negeri dan telah ditagih. Dadah ini telah lama dikenal pasti tetapi dikurangkan publisitinya untuk memberi kesan kepada program pencegahan. Ini termasuk pil ecstasy dan syabul. Rampasan kokain pula mula dilaporkan pada tahun 1996 walaupun penagihannya belum dikenal pasti. Pada keseluruhannya masalah dadah di Malaysia masih lagi terkawal walaupun jumlah dadah yang dirampas masih lagi berkurangan daripada jumlah penagih yang dikesan menggunakannya. Penagih aktif yang dikesan pula masih tidak ramai kerana ia hanya sekitar 0.6 peratus daripada jumlah penduduk. Jumlah ini amat kurang jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Thailand,Laos dan Pakistan.Usaha awal kerajaan bagi menghadapi masalah dadah adalah melalui tindakan undang-undang dengan menggunakan Akta Dadah Berbahaya 1952. Walau bagaimanapun, pelaksanaan undang-undang ini dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan berkenaan secara berasingan. Usaha-usaha untuk menyelaraskan penguatkuasaan undang-undang ini hanya mula dibuat pada tahun 1972, apabila Pusat Biro Nakotik bertanggungjawab mengawal dan mengawas masalah dadah dalam bidang penguatkuasaan,pencegahan,penyelarasan dan penyelidikan. Biro ini dibubarkan dan diganti dengan Urusetia Dadah pada Ogos 1979 dan pada 1983 diganti oleh Pasukan Petugas Anti Dadah.Tugas penguatkuasaan Biro diambil alih oleh Cawangan Anti Dadah,Polis DiRaja Malaysia. Pasukan Petugas Anti Dadah akhirnya dimasukkan ke Kementerian Dalam Negeri 1995. Agensi Dadah Kebangsaan diwujudkan pada 1996 setelah kerajaan bersetuju terhadap hasil percantuman Pasukan Petugas Anti Dadah dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah, Kementerian Dalam Negeri.Setelah organisasi di atas,negara juga mempunyai jawatankuasa khusus seperti penubuhan jawatankuasa Kabinet Mengenai Dadah pada tahun 1975. Jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mnyemak dan menetapkan satu dasar mengenai penggunaan,pencegahan dan pembasmian dadah. Di samping itu,Unit Bertindak Eksekutif yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri juga telah ditubuhkan dalam tahun 1978. Unit ini bertanggungjawab kepada jawatankuasa Kabinet Mengenai Dadah,untuk menyelaras pelaksanaan segala keputusan/perakuan mengenai masalh dadah sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara pada 22 Jun 1983. Kerajaan telah mewujudkan Jawatankuasa Anti Dadah Kebangsaan dan diletak di bawah Majlis Keselamatan Negara. Pada 7 Februari 1996,kerajaan telah bersetuju menubuhkan Majlis Dadah Kebangsaan menggantikan Jawatankuasa Anti Dadah untuk mencegah dan mengawal masalah dadah di negara.

Kesan Dadah Kepada SosialMalaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Kemantapan sosio politiknya di antara lain bergantung kepada keupayaan masyarakatnya hidup dengan penuh harmoni dan saling bersefahaman di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Kemantapan ini akan tergugat jika ramai daripada rakyatnya yang hilang pertimbangan dan perhitungan akibat dadah. Di antara akibat lain adalah akan menambahkan kes -kes jenayah seperti mencuri, menyamun, merompak dan membunuh. Selain itu, ia juga akaan menakibatkan perselisihan dan persengketaan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Hal ini jelas menunjukkan bahawa perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat akan tercalar. Bagi pihak ibu bapa pula, mereka sentiasa curiga jika anak-anak mereka akan terjebak dengan gejala dadah. Oleh yang demikian ibu bapa akan membataskan pergaulan anak-anak mereka sama ada dengan rakan-rakan di sekolah mahupun dengan masyarakat setempat. Hal ini akan menyebabkan hubungan sosial tersekat serta menimbulkan perselisihan faham sama ada antara ahli keluarga, sesame jiran tetangga, masyarakat setempat mahupun sesame kaum. Kesan lain pula akan mengakibatkan seseorang individu sama ada terjebak dengan dadah mahupun mengedar dadah menjadi seorang insan yang semakin lemah keimanannya. Serta kecenderungannya dalam agama yang dianuti dek kerana terbuai dengan keasyikan dadah. Kesopanan dan ketatasusilaan juga akan menjadi semakin lemah dan sekaligus menghilangkan adat resam dan keindahan dalam kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia. Dadah juga boleh mengakibatkan kesan kepada fizikal. Pengaruh dadah sangat memberi kesan kepada sistem badan seperti sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolism dan otot-otot. Oleh yang demikian amat jelas sekali bahawa kesan dadah akan memberi kesan buruk kepada manusia sekaligus mengehadkan hubungan sosial sesama masyarakat. Kadar pernafasan juga akan menjadi lebih pendek dan perlahan dengan kadar jantung juga berkurangan. Selain itu, tubuh juga menjadi menggigil akibat penurunan kadar metabolisme disamping mata menjadi merah dan berat badan yang menurun. Perhubungan sesama ahli keluarga dan masyarakat akan terbatas. Masyarakat juga akan menjauhkan diri daripada penagih dadah kerana disebabkan oleh perubahan sikap yang mendadak. Selain itu, keruntuhan rumah tangga juga boleh berlaku seperti pergaduhan adik beradik dan keluarga yang bercerai-beri. Harapan untuk membantu keluarga juga menjadi musnah dek kerana kerakusan nafsu. Selain itu, ia juga mengakibatkan penurunan tahap disiplin terutamanya ketika bekerja seperti tidak menumpukan perhatian terhadap pekerjaan dan tidak hadir bekerja kerana tahap fizikal yang tidak tenang dan sentiasa berkhayal. Minat dan tanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling juga hilang begitu sahaja dan boleh mengecewakan orang di sekeliling mereka.

Berdasarkan suatu kajian kes yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah, pelajar sekolah seusia 16 tahun sudah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Hal ini dapat dibuktikan dengan Seramai 80 murid dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Mereka terdiri daripada 31 orang murid lelaki dan 49 orang murid perempuan. Kajian ini dijalankan berbentuk tinjauan (survey) dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi empat bahagian sebagai instrumen kajian. Data-data ditafsirkan secara peratusan dan kekerapan sahaja. Keputusan kajian menunjukkan Keberkesanan Pengajaran Terhadap Penyalahgunaan Dadah terhadap pengetahuan murid tingkatan empat di salah sebuah sekolah di Shah Alam, Selangor. Keseluruhan murid bersetuju dengan setiap kenyataan berhubung persepsi mereka terhadap pengajaran penyalahgunaan dadah di sekolah. Selain itu, kajian ini juga mendapati ibu bapa adalah merupakan sumber sangat utama dalam memberikan maklumat penyalahgunaan dadah kepada murid berbanding sumber-sumber lain. Hasil dapatan kajian juga mendapati sesi pengajaran penyalahgunaan dadah di sekolah boleh dipertingkatkan dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang menarik dan juga tenaga pengajar yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi berkaitan masalah dadah. Hal ini menunjukkan bahawa kesan penyalahgunaan dadah telah menular kepada masyarakat dengan sangat mudah walaupun dalam kalangan pelajar sekolah. Kehidupan sosial masyarakat hari ini yang mengejar material telah menjadi punca utama remaja terjebak dengan dadah. Selain itu, hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan juga tercalar disebabkan ini. Masyarakat hari ini harus sedar tentang perkara ini dan perlu menjaga keluarga masing-masing supaya ikatan kekeluargaan dapat disemai dengan sewajarnya agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang sejahtera. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Suatu kajian telah dijalankan di sebuah sekolah di Kuala Lumpur terhadap pelajar-pelajar sekolah untuk mengenalpasti sama ada ibu bapa atau guru menjadi penyebab dalam pelajar-pelajar sekolah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Dapatan kajian menunjukkan lebih dari separuh subjek kajian (91.3%) tidak pernah merokok, tetapi terdapat 1 subjek kajian (1.3%) pernah mengambil dadah. Namun demikian didapati bahawa tiada perhubungan yang signifikan di antara subjek yang merokok dengan tahap pendidikan ibu bapa mereka pada korelasi sifar. Ini bermakna tidak terdapat hubungan sebenar di antara subjek yang merokok dan tahap pendidikan ibu bapa subjek. Hampir keseluruhan subjek kajian (98.8%) tidak mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan penagihan dadah. Hampir separuh daripada subjek (42.5%) mendapat pengetahuan mengenai dadah buat pertama kalinya melalui sekolah. Seterusnya kajian mendapati, 30 subjek kajian (37.5%) tidak pasti sama ada guru mempunyai cukup pengetahuan untuk mengajar topik penyalahgunaan dadah manakala, 33 subjek kajian (41.3%) bersetuju dengan pengetahuan yang ada pada guru, berbanding dengan 5 subjek (6.3%) yang tidak bersetuju.

Kesan Dadah Kepada EkonomiMeskipun Akta Kawalan Dadah wujud sejak 1950-an, namun gejala penagihan masih sukar untuk dibendung. Gejala penagihan dadah masih sukar dibendung apabila golongan muda mula terbabit dengan penagihan heroin yang dibawa masuk ke negara ini. Meningkatnya pembabitan muda-mudi dalam penagihan dadah jenis heroin pada akhir 1960-an dan 1970-an menyebabkan kerajaan terpaksa menyediakan program rawatan dan pemulihan secara drastik. Pada Mei 1983, Kementerian Dalam Negeri dipertanggungjawabkan untuk merawat masalah ketagihan dadah. dan dalam masa yang sama Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 digubal dan dikuatkuasakan (Agensi Antidadah Kebangsaan, 2006). Utusan Malaysia pada 20 Mac 2006 melaporkan sebanyak sejuta golongan belia di negara ini terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Keadaan ini amat membimbangkan disebabkan remaja-remaja hari ini merupakan generasi yang bakal mencorakkan pembangunan negara pada masa akan datang. Golongan remaja ini akan menjadi pemimpin dan akan memainkan peranan penting demi memastikan negara terus maju seterusnya mencapai matlamat Wawasan 2020 dengan jayanya.Hal ini dapat kita lihat dengan jelas bahawa kesannya mendatangkan keburukan kepada ekonomi negara kita dengan penambahan Pusat-pusat Serenti dan pusat-pusat pemulihan yang lain bertujuan untuk merawat penagih-penagih dadah di seluruh Malaysia. Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan berbilion ringgit bagi kos rawatan, makanan, tempat tinggal dan pakaian mereka. Perkara ini akan menjejaskan ekonomi negara bagi kepentingan-kepentingan lain seperti pendidikan, kos hospital dan juga perkara-perkara lain yang lebih penting. Malang sekali sekiranya penagih yang telah dirawat di Pusat- pusat Serenti dengan kos puluhan ribu ringgit tetapi masih kembali terjebak dengan gejala ini. Oleh itu, jelas menunjukkan berlakunya kerugian terhadap ekonomi negara. Penyalahgunaan dadah juga menjadi penyebab pelbagai masalah kesihatan yang serius, dan ini secara tidak langsung meningkatkan kos perbelanjaan Kerajaan Persekutuan untuk sektor kesihatan. Jika dikaji Laporan Ekonomi 2002/2003 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia jelas sekali peruntukkan untuk sektor kesihatan telah meningkat dari RM 1.316 bilion pada tahun 2002 ke RM 1.790 bilion pada tahun 2003. Justeru untuk memperbaiki fenomena tersebut ke arah yang lebih baik dan positif, perubahan perlu dibuat bermula dari akar umbinya. Individu yang masih berada di alam persekolahan perlu didorong untuk mengubah gaya hidup mereka demi kesejahteraan hidup. Feigelman dan Feigelman (1993) dalam Mohanaraj (2003) menyatakan bahawa zaman kanak-kanak ke alam remaja merupakan zaman yang penuh dengan pelbagai pergolakan masalah dan diiringi pelbagai bentuk cabaran. Dalam mengatasi masalah ini remaja akan mencari jalan penyelesaian yang lebih mudah iaitu dengan melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah.Kerajaan Malaysia khususnya memperuntukkan sebanyak RM 9.725 bilion pada tahun 2002 untuk perbelanjaan pembangunan pendidikan dan ianya merupakan 63.8 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan untuk perkhidmatan sosial. Bagi tahun 2003 pula kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM 9.795 bilion untuk pembangunan pendidikan dan ianya merupakan 60.7 peratus daripada peruntukan untuk perkhidmatan sosial (Laporan Ekonomi 2002/2003). Di Malaysia jumlah penduduk dianggarkan sebanyak 23.27 juta orang pada tahun 2000. Jumlah ini meningkat ke 26.66 juta orang pada tahun 2005. Bilangan pelajar yang belajar di sekolah menengah telah meningkat daripada 1.63 juta orang pelajar pada tahun 1995 ke 1.94 juta orang pelajar pada tahun 2000. Jelas di sini, bilangan pelajar semakin meningkat dari setahun ke setahun. Hal ini menyebabkan kerajaan Malaysia terpaksa menyediakan peruntukan yang agak tinggi dan memberi keutamaan kepada pendidikan terutamanya untuk golongan remaja yang bakal memimpin negara Malaysia.

Kesan Dadah Kepada Keselamatan NegaraNegara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalahdadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible) dan kos tidak nyata(intangible). Kos nyata termasuklah kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi, kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah kos bagi menyelenggara program-program pencegahan, kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangananggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya .Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukarditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yangdialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan olehpenagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat denganmasalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negaradan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagihyang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumurdiantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapirisiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa .Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatandan ketahanan negara. Pengganas komunis dan anasir subvertif bolehmenggunakan dadah sama ada untuk menghancurkan nilai-nilai, ahklak dan maruah negara secara langsung dan menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai perjuangan mereka serta secara tidak langsung mendatangkan kesan buruk kepada keselamatan negara.

Isu pengedaran dan penyalahgunaan dadah di peringkat antarabangsa merupakan masalah yang sering dikaitankan dengan jenayah berkumpulan yang mempunyai jaringan kerjasama antarabangsa. Malaysia tidak terkecuali dari ancaman sindiket dadah, yang semakin berleluasa sejak wujudnya kemudahan internet di merata dunia. Justeru itu, kertas kerja ini mengkaji kenapakah golongan juvenil terdedah dan rencam sebagai mangsa dadah sehingga mereka terjebak sebagai pesalah jenayah juvana dalam usia yang muda. Dengan menggunakan pendekatan teori neoliberalisme bagi panduan untuk menjelaskan dan menganalisis isu penglibatan juvenil dalam pengedaran dadah di Malaysia. Data primer dikumpul melalui analisis dokumen, temu bual, observasi dan perbincangan kumpulan terfokus. Manakala kajian kes pula, satu sesi temu bual telah dilakukan ke atas responden yang merupakan pesalah Juvana terpilih. Dapatan kajian menunjukkan Peranan yang dimainkan oleh sindiket adalah dalam merekrut golongan juvenil sebagai pengedar dan juga untuk mengikat golongan Juvana ini daripada menjauhkan diri dari pihak sindiket setelah mereka bebas dari tahanan kelak. Dengan mewujudkan satu dasar yang lebih manjur dan sistematik seperti konsep keselamatan sosial diwujudkan bagi menangani ancaman terhadap juvenil diharap golongan ini dapat menyumbang terhadap pembangunan dan keselamatan negara pada masa hadapan.

Golongan remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara kita pada masa akan datang. Pelbagai harapan diletakkan agar mereka berupaya menjadi individu yang berguna serta mampu menyumbang ke arah kesejahteraan negara secara keseluruhannya. Makalah ini akan menjelaskan ancaman sindiket kepada golongan juvana di Malaysia. Juvana merupakan golongan atau kumpulan yang amat rentan kepada pengaruh dadah, yang berumur antara 18 tahun ke bawah (Kamus Dewan, 2006). Di Malaysia golongan juvenil seawal 10 tahun telah direkrut oleh sindiket sebagai pengedar kecil-kecilan di sekolah (Utusan Malaysia, 29 Mac 2014). Oleh itu, remaja harus dilihat dari segi satu tempoh peralihan yang panjang, yang mana perjalanannya tidak semestinya bebas dari tekanan dan pelbagai halangan konflik kehidupan (Hasnah Ghani, 1995; Karl, 1975). Pada peringkat remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Makalah ini memaparkan satu kejian kes yang melibatkan seorang dari juvenil yang melakukan kesalahan jenayah Juvana, membincangkan latar belakang dari segi pendidikan, pendapatan, cara hidup juvenil iaitu mangsa kepada dadah. Selain dari itu juga hasil temu bual dari responden juga akan dibincangkan disamping membincangkan keadaan sosio-ekonomi mangsa juvenil dari kekejaman dadah di Malaysia.Penyalahgunaan dadah dalam negara amat membimbangkan kerana angka tangkapan meningkat dan semakin serius. Pada tahun 2010, tangkapan yang melibatkan dadah heroin adalah sebanyak 42% daripada tangkapan keseluruhan dadah di Malaysia. Laporan Tahunan Polis Diraja Malaysia (2011) mendakwa sekiranya penguatkuasaan undang-undang tidak dijalankan dengan serius dan berkesan, negara berpotensi untuk menjadi negara hub dadah sejajar dengan penglobalisasian penyeludupan dadah dan kewujudan makmal haram memproses dadah berskala besar (Metro, 18 November 2011). Di samping itu sindiket dadah warga asing makin banyak dikesan yang membawa pakar-pakar dadah ke Malaysia untuk memproses dadah di negara ini, dengan kerjasama sindiket dadah tempatan. Penglibatan sindiket ini, telah beberapa kali dibongkarkan oleh pihak berkuasa Malaysia di mana beberapa makmal memproses dadah Syabu haram dikesan di Semenyih (Selangor), Senai (Johor) dan Bukit Jambul (Pulau Pinang) (Laporan Tahunan PDRM, 2005; 2009; 2010; 2011). Selain daripada itu, pihak sindiket telah banyak ditumpaskan seperti kes-kes yang menarik perhatian antarabangsa seperti tangkapan terbesar syabu di Pahang RM 254 juta (Utusan Malaysia, 9 Mei 2009), tiga kumpulan pengedar dadah tumpas (Utusan Malaysia, 31 Mac 2010), Polis rampas RM 7.5 juta Eramin 5 (Utusan Malaysia, 5 Mei 2011) , nilai dadah terbakar dalam kilang RM 18 juta (METRO, 14 Jun 2012). Ini menunjukkan masalah pengedaran di Malaysia semakin parah dan pelaku bukan negara semakin menular dalam aktiviti mereka. Penagihan dadah juga dalam keadaan kritikal di mana dianggarkan seorang dari 4 orang rakyat Malaysia adalah penagih dadah (UNODP, 2007). Dari segi penyalahgunaan dan penagihan dadah di Malaysia, tren penagihan lebih memihak di negeri dan wilayah yang maju dari segi ekonomi. Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Perak adalah antara negeri yang banyak menyumbang terhadap jumlah penagih dadah di Malaysia. Kerajaan telah memainkan peranan mereka dalam membanteras kegiatan ini tetapi selagi rakyat Malaysia masih tiada kesedaran dalam bersama-sama membendung masalah ini, hal ini tidak akan berubah tetapi akan menjadi semakin parah. Menurut Agensi Dadah Kebangsaan (AADK), daripada tahun 1988 hingga 2002 adalah seramai 235,495 orang, termasuk kira-kira 50,000 orang penagih tegar. Badan-badan bukan kerajaan (N/G/O), seperti Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM, 2011) pula menganggarkan terdapat kira-kira 350,000 orang yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di dalam negara. Angka ini dikatakan bertambah sebanyak 1,300 penagih dadah setiap bulan. Jumlah terkumpul penagih dadah sejak tahun 1988 hingga 2012 adalah seperti yang dipaparkan di Rajah 1. Keadaan makin dibimbangkan kerana sindiket yang beroperasi mula melibatkan bukan sahaja kepada golongan dewasa sebelum ini tetapi juga kepada golongan juvana. Sindiket dadah ini merupa sebuah organisasi yang secara realitinya wujud tetapi sukar dikenalpasti kerana mereka beroperasi dalam sistem yang sukar untuk dikesan. Sehubungan dengan peranan pelaku bukan negara (sindiket) memainkan peranan mereka dalam aktiviti pengedaran dadah, maka mereka juga cuba mendekati dan mengancam golongan juvenil. Juvenil (remaja) seperti ditakrifkan dalam pelbagai kamus, remaja membawa maksud seseorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh atau muda. Dari segi usia pula, remaja dianggap berumur antara 10 hingga 19 tahun. Dari sudut psikologi, zaman remaja adalah satu jangka masa peralihan yang berlanjutan dari alam kanak-kanak ke peringkat dewasa yang penuh dengan konflik-konflik kehidupan (Mahmood Nazar, 1990). Pada zaman inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga banyak belajar perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Khulen, 1982; Noraini Ahmad, 2000). Apabila mereka melakukan sesuatu jenayah ringan, berat dan sebagainya atau terlibat dengan jenayah berkumpulan, maka golongan ini akan dikategorikan sebagai pesalah jenayah Juvana. Jenayah Juvana merujuk kepada perlakuan jenayah atau anti-sosial golongan juvenil (remaja). Jenayah jenis ini merupakan sesuatu yang makin membimbangkan semua pihak di seluruh dunia. Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan ini mampu melakukan jenayah berat, namun mereka masih belum boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya.Perdebatan tentang konsep kelangsungan hidup sesebuah negara atau masyarakat adalah bergantung dengan keadaan sosio-ekonominya. Ini berkaitan dengan dadah dan keselamatan sosio-ekonomi di bawah payung keselamatan insan. Manakala keselamatan sosio-ekonomi disebabkan dadah adalah sesuatu yang amat penting dikaji demi kelangsungan hidup individu. Keselamatan sosio-ekonomi boleh dilihat dari perspektif yang lebih fokus kepada mangsa yang terlibat dengan pengedaran dan penagihan dadah. Oleh yang demikian makalah ini hanya membincangkan keselamatan sosio-ekonomi dari segi keselamatan pendidikan golongan juvenil. Menurut Bahr et al. (2005), pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yang berisiko tinggi dalam menyebabkan penyalahgunaan bahan dalam kalangan remaja. Remaja yang mempunyai kawan-kawan rapat yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan lebih berkemungkinan untuk terlibat sama dalam gejala tersebut (Idarki Kamarul, 2013) Impak yang paling menyerlah dari ancaman sindiket dadah adalah dari segi berkaitan dengan faktor kelangsungan pendidikan juvenil. Elemen penting dalam bahagian ini akan diwacanakan ialah elemen kelangsungan pendidikan bagi mangsa dadah. Dari segi pendidikan pula kesan terhadap keselamatan insan ialah, terabai nya pendidikan yang menyebabkan masa depan mangsa dadah terancam. Pendidikan amat penting bagi pembangunan insan dan juga bagi pembangunan komuniti dan negara (Mohamad Faizal Ibrahim, 2012). Elemen ini mempengaruhi dan memberi kesan kelangsungan dari segi keselamatan pekerjaan, iaitu pekerjaan yang diterima oleh masyarakat yang bermaksud tidak melanggar norma-norma komuniti seperti halal di sisi agama Islam. Mengulas tentang elemen yang kedua ini, dari segi pekerjaan haram iaitu ancaman yang datang dari aktiviti dadah, akan menyebabkan komuniti di persekitaran menyedari termasuk persepsi ketidakselamatnya pun timbul. Penglibatan juvenil dengan pihak sindiket seperti, aktiviti penagihan, mengedar dadah, mencuri, merompak dan melakukan jenayah lain atau jenayah pembunuhan akan menyebabkan kegelapan dari segi kelangsungan hidup mereka (Zuki As Sujak, 2013).KesimpulanMasalah penyalahgunaan dadah bukan lagi sesuatu yang baharu dalam kehidupan kita tetapi telah berakar umbi terlalu lama dan tidak terbahagi kepada mana-mana agama mahupun bangsa. Keseluruhan masyarakat kini sangat mudah terjebak dengan dadah tanpa mengira status kehidupan. Oleh yang demikian, wajarlah jika seluruh rakyat Malaysia bersatu-padu dalam membanteras gejala ini dari akar umbi supaya sosial, ekonomi dan keselamatan Negara terus dijaga dan disemai dengan keindahan dengan kepelbagaian budaya. Tiada jalan mudah untuk melupakan sesuatu masalah kecuali dengan mendekatkan diri dengan Pencipta. Setiap warga Malaysia seharusnya tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing supaya dapat membentuk sebuah Negara bebas dadah dan hal ini akan menyelamatkan anak bangsa daripaeda terus hanyut dan rosak dengan keruntuhan akhlak yang diibaratkan ceperti lalat dengan mengotorkan status Malaysia, sebuah Negara yang aman dan sentosa. Pendidikan dadah juga harus dipupuk bermula daripada peringkat tadika supaya masyarakat terus peka dengan masalah ini sekaligus memelihara generasi muda supaya terus kekal dengan kesopanan, kesusilaan dan berbudi bahasa. Semoga Malaysia akan menjadi sebuah Negara yang berterusan selamat dan akan bebas daripada najis yang membelenggu kita.

Rujukan Agensi Antidadah Kebangsaan (ADK). www.mohr.gov.my. (15 Jun 2006). Berita Harian, 9 Ogos 2006. Syabu punca utama jenayah meningkat. Borg, W.R. & Gall, M.D. (1983). Education research : An Introduction. New York : Longman Inc. Bloom, B. S. (1976). Human Characteristic and School Learning. New York: McGraw-Hill Higher . Caroll, J. (1963). A Model of School Learning. Teacher College Record, 64, pg. 723-733. Chasen, L., Presson, C.C., Sherman, S.J., & Edwards, D.J. (1990). The natural history of cigratte smoking : Predicting young adult smoking outcomes from adolescent smoking pattern. Health Psychology, 9, 701-716. Chen, K. & Kandel, D.B. (1998). Predictors of cessation of marijuana use-an event history analysis. Drug Alcohol Depend. 50 (2), 109-121. Cole, L.C. & Hall, I.N., (1970). Psychology of Adolescent, (edisi ke-7), Holt, Rienehart & Winston, New York. Darothy, R. (1972). The Psychology of Adolescent (edisi ke- 2), Appleton. Century Crofts, New York.Kementerian Belia dan Sukan. (1997). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Karisma Publication Sdn Bhd. (2001). 167-174. Kementerian Keawangan Malaysia. (2002). Laporan ekonomi 2002/2003. Kuala Lumpur. Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Perangkaan Pendidikan di Malaysia. Kerlinger, F. (1973). Foundation of behavior research. New York : Holt Rinehart and Winston. Kumar, S. (2000). Penyalahgunaan bahan (substance abuse) di kalangan pelajar di sebuah kolej swasta. M.A. thesis. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.1