ess222 fadzilah binti mohd yunus e30209130649

29
TUGASAN MEI 2014 SEMESTER KOD MATA PELAJARAN : ESS 222 NAMA MATA PELAJARAN : AKTIVITI KOKURIKULUM PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN NAMA PELAJAR : FADZILAH BINTI MOHD YUNUS NO. MATRIK : E30209130649 FASILITATOR AKADEMIK : CIK NANCY UJAN PUSAT PEMBELAJARAN : KOLEJ MCS BANTING 1

Upload: hafadz32

Post on 16-Jan-2016

254 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tugasan Kursus

TRANSCRIPT

Page 1: Ess222 Fadzilah Binti Mohd Yunus e30209130649

TUGASAN

MEI 2014 SEMESTER

KOD MATA PELAJARAN : ESS 222

NAMA MATA PELAJARAN

: AKTIVITI KOKURIKULUM

PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

NAMA PELAJAR : FADZILAH BINTI MOHD YUNUS

NO. MATRIK : E30209130649

FASILITATOR AKADEMIK

: CIK NANCY UJAN

PUSAT PEMBELAJARAN

: KOLEJ MCS BANTING

1

Page 2: Ess222 Fadzilah Binti Mohd Yunus e30209130649

PENGHARGAANBismillahirrahmanirahim.

Alhamdulillah, terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpahan rahmat

serta nikmat masa, nyawa, tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan

tugasan kerja kursus Aktiviti Kokurikulum yang diberikan. Seterusnya saya ingin mengucapkan

jutaan terima kasih kepada Cik Nancy Ujan selaku pensyarah saya kerana dengan tunjuk ajar dan

bimbingannya kepada saya dalam membantu menyelesaikan tugasan yang telah diberi dengan

jayanya.

Dalam usaha mencari sumber rujukan, saya telah merujuk beberapa rujukan yang

berlainan seperti buku dan melayari laman web. Semua maklumat yang saya gunakan adalah

berdasarkan kepada jenis sumber rujukan yang betul dan diambil daripada internet dan buku

rujukan. Melalui sumber-sumber tersebut saya telah mengolah maklumat yang diperolehi

menjadi esei dan laporan. Esei dan laporan yang saya sediakan adalah mengikut format dan

kehendak soalan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada suami, ibu bapa serta

anak-anak yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah

memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga

terhasillah tugasan ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar dan

semua guru yang terlibat di Sekolah Kebangsaan Methodist, Telok Datok, Banting kerana telah

memberi kerjasama yang cukup baik kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus yang diberi ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan

serta membimbing saya untuk menghasilkan tugasan ini sebaik mungkin. Bimbingan kalian

tidak akan saya lupakan.

Sekian.

2

Page 3: Ess222 Fadzilah Binti Mohd Yunus e30209130649

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGHARGAAN 2

SENARAI KANDUNGAN 3

PENDAHULUAN 4

1.0 BAHAGIAN A 61.1 Perbincangan sejauh manakah anda bersetuju dengan dapatan Kajian oleh Bahagian Naziran Kementerian Pendidikan Malaysia (2010) tentang pelaksanaan kegiatan kokurikulum Di sekolah-sekolah.

1.2 Peranan guru besar dan pihak sekolah dalam penyelesaian isu 9 Melindungi masa instruksional kokurikulum dengan merujuk Kepada keadaan di sekolah.

2.0 BAHAGIAN B 9

3.0 KESIMPULAN 18

RUJUKAN

3

Page 4: Ess222 Fadzilah Binti Mohd Yunus e30209130649

PENDAHULUAN

Kokurikulum ialah wajib bagi semua pelajar di sekolah dan merupakan usaha untuk

melahirkan individu yang holistik dan seimbang. Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada

elemen-elemen penting dalam pengendalian kokurikulum di sekalah dengan tumpuan kepada

dasar pelaksanaan kokurikulum, konsep & prinsip kokurikulum, perancangan & pengelolaan

kokurikulum sekolah, keselamatan & kebajikan dan penilaian. Juga ditinjau ialah beberapa surat

pekeliling ikhtisas yang menerangkan cara & panduan pengengendalian pelbagai jenis kegiatan

kokurikulum.

Tugasan Aktiviti Kokurikulum adalah satu daripada tugasan yang perlu dilaksanakan

oleh semua pelajar yang mengambil kursus ini. Tugasan ini merupakan salah satu komponen

penaksiran yang telah ditetapkan bagi kursus ini.

Tugasan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian

A, menghendaki agar pelajar membaca artikel yang diberikan, iaitu artikel yang bertajuk

“Melindungi Masa Instruksional dalam Kegiatan Kokurikulum di Sekolah : Isu dan Cadangan

Penyelesaian” oleh Mahamad Amran Kamsi. Kami diminta menjawab dua soalan tentang artikel

tersebut, iaitu membincangkan sejauh mankah kami bersetuju dengan dapatan kajian oleh

Bahagian Naziran Kementerian Pendidikan Malaysia (2010) tentang pelaksanaan kegiatan

kokurikulum di sekolah-sekolah dengan merujuk sekolah kami. Manakala soalan kedua

menghendaki kami membincangkan dengan kritis cadangan penulis tentang peranan guru besar

dan pihak sekolah dalam penyelesaian isu melindungi masa insruksional kokurikulum dan

memberi pendapat dengan merujuk kepada keadaan di sekolah.

Manakala tugasan Bahagian B pula menghendaki kami membuat satu kajian ringkas di

sekolah tentang factor-faktor yang menghalang penglibatan murid dalam aktiviti ko kurikulum

khususnya sukan. Bagi melengkapkan tugasan ini, kami dikehendaki memilih 30 hingga 40

orang murid, tahun 5 atau tahun 6 serta perlu memastikan hampir sama bilangan lelaki dan

perempuan, membuat salinan soalselidik seperti yang telah diberikan, mengedarkan boring

soalselidik tersebut kepada murid dan murid tidak perlu menuliskan nama. Akhir sekali, kami

perlu membuat ananlisis data yang diperolehi seperti menyatakan peratusan yang ‘setuju’ dan

peratusan yang ‘tidak setuju’ serra menyampaikan data dalam bentuk jadual.

4

Page 5: Ess222 Fadzilah Binti Mohd Yunus e30209130649

Tugasan ini bertujuan untuk menilai peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi, iaitu

kebolehan mengaplikasikan prinsip dan konsep yang telah dipelajari dalam penyelesaian sesuatu

masalah, menilai dengan kritis hasil yang diperolehi dan menghasil sesuatu yang baru atau

mengubahsuai sesuatu yang sedia ada.

Setelah selesai kursus ini, pelajar akan dapat:

Menjelaskan dasar-dasar yang menentukan pelaksanaan kokurikulum.

Membincang konsep, matlamat dan strategi pelaksanaan kokurikulum di sekolah.

Merancang dan mengelolakan kokurikulum sekolah.

Menilai dan melaporkan prestasi murid dalam aktiviti sekolah.

Semoga semua peserta kursus ini dapat mengaplikasikan segala ilmu Penulisan

Akademik dalam kerjaya mereka agar menjadi insan yang tahan dengan cabaran dan

mendokong segala hasrat kerajaan untuk menghasilkan murid yang berjaya dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelektual.

BAHAGIAN A :

5

Page 6: Ess222 Fadzilah Binti Mohd Yunus e30209130649

Artikel “Melindungi Masa Instruksional dalam Kegiatan Kokurikulum di Sekolah : Isu

dan Cadangan Penyelesaian” oleh Mahamad Amran Kamsi

1) Sejauh manakah anda bersetuju dengan dapatan kajian oleh Bahagian Naziran

Kementerian Pendidikan (2010) tentang pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah-

sekolah.

Bahagian Naziran Kementerian Pendidikan (2010) telah mengkaji pelaksanaan kegiatan

kokurikulum di sekolah-sekolah. Mereka telah menerima dapatan bahawa kegiatan kokurikulum

yang berunsurkan kelab dan persatuan kurang digemari oleh murid. Saya tidak bersetuju

sepenuhnya dengan dapatan tersebut. Namun begitu, sebahagian dapatan itu adalah benar.

Antara dapatan kajian yang dipersetujui ialah:

i- Kegiatan kokurikulum kurang digemari oleh murid.

Antara faktor penyebabnya ialah ketiadaan kurikulum yang lengkap, guru kurang

berinisiatif dan aktiviti yang tidak menarik dan mencabar. Dapatan ini disokong oleh hasil

tinjauan yang dibuaat oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM (2011) ke sekolah-

sekolah di seluruh negara yang melihat kegiatan kelab dan persatuan tidak popular sebagaimana

kegiatan badan beruniform dan sukan/permainan. Isu ini memerlukan penelitian yang

menyeluruh terhadap perlaksanaan kegiatan kelab dan persatuan di seklah agar suatu arah tuju

yang baru selaras dengan keperluan negara di masa akan datang dapat dihasilkan.

ii- Pentadbir sekolah (termasuk Guru Besar/Pengetua/Guru Penolong Kanan

Kurikulum) bertanggungjawab memastikan kelangsungan kegiatan kokurikulum

selaras dengan dasar dan prinsip yang telah ditetapkan.

Penguatkuasaan peraturan dan sistem pemantauan yang tidak mantap oleh barisan

pentadbir sekolah dianggap sebagai penyebab utama bagi kebanyakan sekolah melaksanakan

kegiatan kokurikulum pada tahap seadanya sahaja. Mereka kurang menghayati kepentingan

kokurikulum dan berkeinginan untuk mengetahui peraturan, garis panduan atau arahan KPM,

JPN dan PPD sebagai satu perkara yang perlu ditangani dengan segera. Pihak pentadbir juga

gagal mewujudkan budaya berkokurikulum di sekolah. Terutama sekali jika seseorang guru

besar itu semata-mata lebih mengutamakan baiah kecemerlangan akademik di sekolah. Guru-

6

Page 7: Ess222 Fadzilah Binti Mohd Yunus e30209130649

guru juga secara tidak langsung akan diseret untuk berusaha dan bersikap hanya mementingkan

kecemerlangan akademik untuk murid-muridnya dan mengenepikan aktiviti kokurikulum di

sekolah serta melaksanakannya sekadar melepaskan batuk di tangga.

iii- Ramai guru gagal menjalankan tanggungjawab sebagai guru kokurikulum kerana

tidak cukup kompeten.

Tidak dinafikan semua guru menerima pendedahan kegiatan kokurikulum semasa belajar

di institusi perguruan atau universiti tetapi apa yang diperolehi hanyalah setakat tahap asas yang

tidak membolehkan mereka menguasai sesuatu bidang ilmu kokurikulum yang diperlukan oleh

murid. Kadangkala seseorang guru itu tidak diletakkan sebagai guru penasihat badan beruniform,

kelab/persatuan atau sukan/permainan yang sama seperti kegiatan kokurikulum guru tersebut

semasa di institusi perguruan atau universiti.

Contohnya, seorang guru yang telah mempunyai asas unit beruniform Puteri Islam, tetapi

apabila berada di sekolah guru tersebut diletakkan sebagai guru penasihat Unit Beruniform

Pengakap. Ini menyebabkan guru tersebut tidak begitu mahir dengan kemahiran-kemahiran yang

terdapat di dalam unit beruniform Pengakap. Hasilnya, guru tersebut akan setakat menghadirkan

diri dalam kegiatan kokurikulum tanpa suatu perancangan yang rapid an hanya mampu mencatat

kehadiran murid.

iv- Kegagalan guru melindungi masa instruksional kegiatan kokurikulum sering

dikaitkan dengan kurikulum/kandungan pembelajaran yang tidak lengkap.

Terdapat dua faktor kelemahan ini. Pertama ialah, bidang kokurikulum terlalu luas, apa

sahaja yang berkaitan kegiatan di luar bilik darjah adalah kegiatan kokurikulum. Manakala yang

kedua ialah, terdapat sesetengah kegiatan yang diluluskan oleh KPM dipayungi oleh agensi luar

sebagai badan induk yang telah melaksanakan kegiatan tanpa kurikulum standard.

v- Penyediaan infrastruktur dan kemudahan kokurikulum di sekolah yang masih banyak

kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki.

7

Page 8: Ess222 Fadzilah Binti Mohd Yunus e30209130649

Penyediaan infrastruktur dan kemudahan kokurikulum amat penting bagi memastikan

kejayaan pelaksanaannya. Namun begitu, kebanyakan sekolah tidak diberi infrastuktur dan

kemudahan yang selengkapnya. Sekolah saya sendiri, iaitu Sekolah Kebangsaan Methodist

Telok Datok tidak memiliki padang sekolah sendiri. Maka, aktiviti kokurikulum yang terlibat

dengan padang, tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

2) Perbincangan secara kritis cadangan penulis tentang peranan guru besar dan pihak

sekolah dalam penyelesaian isu melindungi masa instruksional kokurikulum. Beri

pendapat anda dengan merujuk kepada keadaan di sekolah anda.

8

Page 9: Ess222 Fadzilah Binti Mohd Yunus e30209130649

Jatuh-bangun kokurikulum di sekolah ditentukan oleh wibawa Guru Besar. Kefahaman

Di dalam artikel ini, ada dikongsikan cadangan penulis tentang peranan guru besar dan pihak

sekolah dalam penyelesaian isu melindungi masa instruksional kokurikulum. Antaranya ialah,

i) Mengubah persepsi negatif warga sekolah terhadap bidang kokurikulum – persepsi

dan minda warga sekolah mengenai bidang kokurikulum ini perlu diubah kepada

persepsi bahawa kegiatan ini adalah suatu kegiatan yang penting, terancang dan

bersistematik yang mampu membawa pembangunan kemanusiaan secara menyeluruh

termasuk pembangunan ‘kepelbagaian intelek’ dan ‘intelek emosi. Dalam masa yang

sama kegiatan ini menjadi landasan kepada kerjaya murid semasa dewasa dan yang

lebih penting menjadi aset negara dalam menjana sumber manusia yang berkualiti.

ii) Mempelbagaikan kelab/persatuan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum – kepelbagaian

kelab/persatuan amat perlu demi memenuhi tuntutan kepelbagaian kebolehan dan

minat murid. Kadangkala terdapat aktiviti kokurikulum yang tidak begitu rasional

untuk ditubuhkan terutama bagi sekolah yang mempunyai jumlah murid yang sedikit.

Kadangkala ia menuntut pentadbir untuk menggabungkan dua kelab/persatuan

menjadi satu bagi menarik minat murid. Contohnya, kelab/persatuan di sekolah saya

telah menggabungkan Kelab Rukunegara dengan kelab Kebudayaan agar murid tidak

bosan dengan satu aktiviti sahaja.

iii) Mewujudkan suasana aktiviti kokurikulum yang meriah – Suasana meriah ini

biasanya akan wujud apabila pihak sekolah mengadakan aktiviti/program

kokurikulum seperti Hari Kokurikulum dan Sukan Tahunan yang mendapat sokongan

dan sambutan penuh daripada ibu bapa dan masyarakat setempat. Murid-murid dan

guru-guru pula sentaisa bersungguh-sungguh menjalankan tugas masing-masing bagi

menjayakan aktiviti yang dijalankan. Guru-guru akan sentiasa bersemangat untuk

menjadikan rumah sukan mereka adalah rumah sukan yang terbaik dan menjadi

johan. Begitu juga ibu bapa, ada yang sanggup menyumbangkan wang ringgit untuk

rumah sukan anak mereka bagi perhiasan khemah dan sebagainya.

iv) Menjalankan aktiviti atau kegiatan kokurikulum sepanjang tahun – Pembinaan

takwim pada awal tahun oleh penolong kanan kokurikulum telah membantu guru dan

9

Page 10: Ess222 Fadzilah Binti Mohd Yunus e30209130649

murid untuk melaksanakan aktiviti sepanjang tahun secara ansur maju. Sekolah kami

telah menetapkan bahawa setiap minggu akan unit beruniform akan dijalankan selama

60 minit, manakala aktiviti kelab/persatuan dan sukan/permainan akan bergilir dua

kali seminggu selama 60 minit setiap kali perjumpaan. Aktiviti yang berterusan ini

akan memaksimumkan penggunaan kemudahan dan peralatan kokurikulum.

v) Mewujudkan sistem dokumentasi yang kemaskini, informatif dan lengkap – Sebagai

sebuah organisasi yang berdaftar, perjalanan sesebuah kelab/persatuan sekolah

didokumentasikan dengan sempurna. Setiap kelab/persatuan, unit beruniform dan

sukan/permainan telah disediakan fail untuk diisi maklumat yang berinformatif dan

lengkap seperti senarai ahli dan jawatankuasa, laporan perjumpaan, aktiviti tahunan

dan pencapaian, laporan perbelanjaan boleh menggambarkan prestasi sesebuah

kelab/persatuan. Penyediaan fail ini boleh dijadikan sebagai pangkalan data

kokurikulum yang beleh diedarkan di kalangan warga sekolah atau ke peringkat

pengurusan yang lebih tinggi apabila diperlukan.

vi) Mewujudkan sistem penilaian dan pengiktirafan yang diperakukan, adil dan

memberangsangkan. – pihak sekolah perlu sentiasa memotivasikan murid dengan

memastikan segala rekod dan bukti pencapaian murid dikemaskini sepanjang masa.

Sekolah saya telah memasukkan sistem penilaian dan pengiktirafan yang diperakukan

melalui dashboard kokurikulum di dalam program Virtual Learning Environment (vle

frog) yang dijana oleh 1Bestarinet. Ibubapa dapat mengakses hasil penilaian

kokurikulum anak mereka di dashboard kokurikulum sekolah. Cara ini boleh

membantu murid yang kurang berprestasi untuk memperbaiki prestasinya.

vii) Manjalankan pemantauan yang berkesan dan berterusan – Sekolah saya belum lagi

menjalankan pemantauan aktiviti kokurikulum di sekolah. Pihak pentadbir masih lagi

memberi sepenuh kepercayaan kepada guru untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum

menepati dasar dan peraturan yang ditetapkan. Namun begitu, amalan ini amat baik

untuk dilaksanakan oleh pentadbir agar segala aktiviti kokurikulum dijalankan

menepati dasar dan peraturan yang telah ditetapkan.

10

Page 11: Ess222 Fadzilah Binti Mohd Yunus e30209130649

viii) Mewujudkan sumber manusia yang berkemahiran dan komited – Sekolah saya belum

membina lagi pasukan penggerak kokurikulum di sekolah. Rekod dan data guru yang

berkemahiran dan tidak berkemahiran dalam sesuatu bidang kokurikulum sentiasa

dikemaskini, namun guru

ix) Membangukan infrastruktur dan prasarana, perkakasan/peralatan yang mencukupi

dan berkualiti – Sekolah saya merupakan sekolah yang kurang kemudahan dan

kawasan. Kami sememangnya menggunakna sumber yang ada di luar sekolah atas

dasar konsep ‘guna sama’. Sekolah kami berdekatan dengan stadium daerah, iaitu

Stadium Jugra. Konsep ‘guna sama’ memang kami gunakan untuk melengkapkan

aktiviti kokurikulum sekolah kami.

x) Menyediakan sumber maklumat, data dan informasi yang komprehensif dan kemas

kini – Segala maklumat mengenai kegiatan kokurikulum biasanya akan dikongsi

dengan warga sekolah. Perkongsian ini dibuat dengan cara menampal maklumat di

papan-papan kenyataan. Selain itu perkongsian maklumat ini dilaksanakan dengan

memasukkan maklumat di dashboard sekolah vle frog sekolah kami yang boleh

diakses oleh sesiapa sahaja yang memiliki id vle frog sekolah kami.

BAHAGAIAN B

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PENGLIBATAN MURID DALAM

AKTIVITI SUKAN

11

Page 12: Ess222 Fadzilah Binti Mohd Yunus e30209130649

2.1 Pengenalan

Bagi melengkapkan tugasan ini, kami diminta untuk membuat satu kajian ringkas di

sekolah tentang faktor-faktor yang menghalang penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum

khususnya sukan. Kami juga diminta memilih 30 hingga 40 murid sama ada tahun 5 atau 6 dan

bilangan murid lelaki mesti hampir sama dengan bilangan murid perempuan.

Kami juga diminta membuat salinan soalselidik yang telah disediakan. Borang

soalselidik yang disediakan ini mempunyai 15 item / pernyataan. Setelah salinan dibuat, kami

perlu mengedarkannya kepada murid. Borang yang disediakan juga tidak perlu diberi ruangan

nama kerana murid tidak perlu tulis nama pada borang tersebut.

Setelah selesai borang tersebut diisi oleh murid, kami perlu membuat analisis data yang

diperolehi seperti peratausan yang ‘setuju’ dan peratusan yang ‘tidak setuju’. Data juga

hendaklah disampaikan dalam bentuk jadual.

Tujaun kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang

menghalang penglibatan dalam aktiviti sukan. Selain itu juga tujuan soalselidik ini dijalankan

untuk mengenalpasti juga mengenai faktor-faktor yang menghalang penglibatan dalam aktiviti

sukan berlainan bagi murid lelaki dan perempuan.

Bilangan murid yang dipilih untuk memberi respon terhadap soalselidik ini ialah seramai

40 orang iaitu 20 orang murid perempuan dan 20 orang murid lelaki. Kesemua murid

perempuan yang memberi respon terhadap soalselidik ini ialah terdiri dari kelas tahun 5 Berjaya,

iaitu kelas pandai dan murid lelaki pula adalah terdiri daripada murid 2 kelas iaitu kelas tahun 5

Berjaya dan 5 Cemerlang kerana murid kelas 5 Berjaya hanya mempunyai murid lelaki yang

berjumlah 10 sahaja.

Soalselidik ini telah dilaksanakan pada waktu selepas sekolah di kelas 5 Berjaya. Arahan

telah diberi kepada murid untuk memberi respon terhadap soalselidik ini. Murid hanya perlu

menandakan ruangan yang dirasakan sesuai untuk ditanda. Masa yang diberi kepada murid untuk

menjawab soalan ini ialah selama 30 minit.

Setelah selesai soalselidik ini ditadbirkan analisis dan penyampaian data perlu dilakukan

ini bagi melihat satu persatu soalan yang diberi sama ada ia mempengaruhi atau tidak faktor-

faktor yang menghalang penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan juga faktor-faktor yang

menghalang penglibatan dalam aktiviti sukan berlainan bagi murid lelaki dan murid perempuan.

12

Page 13: Ess222 Fadzilah Binti Mohd Yunus e30209130649

2.2. Analisis data yang diperolehi – bilangan dan peratusan setuju dan tidak setuju.

a) item 1.

Kemudahan peralatan sukan di sekolah tidak mencukupi Tidak setuju Setuju

Perempuan 40% 60%

Lelaki 60% 40%

Jumlah 50% 50%

Secara keseluruhannya, peratusan murid yang ‘setuju’ dan ‘tidak setuju’ bahawa

kemudahan peralatan sukan di sekolah tidak mencukupi adalah sama. Bagaimanapun jika

dianalisis menurut jantina, lebih ramai murid perempuan (60%) mengatakan kemudahan

peralatan tidak mencukupi berbanding dengan murid lelaki (40%).

b) item 2

Takut gagal dalam peperiksaan apabila melibatkan diri

dalam sukan

Tidak setuju Setuju

Perempuan 30% 70%

Lelaki 60% 40%

Jumlah 40% 60%

Bagi item kedua, peratusan murid yang ‘setuju’ dan ‘tidak setuju’ bahawa takut gagal

dalam peperiksaan apabila melibatkan diri dalam sukan adalah tidak sama. Lebih ramai murid

perempuan(70%) yang takut gagal dalam peperiksaan berbanding murid lelaki(40%).

c) Item 3

Kemudahan sukan di sekolah tidak selamat Tidak setuju Setuju

Perempuan 100% 0%

Lelaki 100% 0%

Jumlah 100% 0%

13

Page 14: Ess222 Fadzilah Binti Mohd Yunus e30209130649

Pada keseluruhannya, semua murid ‘tidak bersetuju’ dengan item ketiga yang

mengatakan bahawa kemudahan sukan di sekolah adalah tidak selamat. Kesemua murid lelaki

dan perempuan juga mempunyai pendapat yang sama bahawa semua kemudahan sukan yang ada

di sekolah adalah selamat.

d) Item 4

Pihak sekolah memberi perhatian kepada murid yang

berbakat dalam bidang sukan

Tidak setuju Setuju

Perempuan 20% 80%

Lelaki 20% 80%

Jumlah 20% 80%

Murid-murid lelaki dan perempuan keseluruhannya ‘bersetuju’ dengan pernyataan

bahawa pihak sekolah hanya memberi perhatian kepada murid yang berbakat dalam bidang

sukan sahaja. Keseluruhannya,, iaitu sebanyak 80% mengatakan mereka bersetuju dan 20% lagi

tidak bersetuju.

e) Item 5

Masalah kewangan dalam mengikuti aktiviti sukan Tidak setuju Setuju

Perempuan 100% 0%

Lelaki 100% 0%

Jumlah 100% 0%

Peratusan murid yang ‘tidak setuju’ bahawa masalah kewangan dalam mengikuti aktiviti

sukan adalah sama. Kesemua murid lelaki dan perempuan (100%) ‘tidak bersetuju’ dengan

penyataan tersebut.

f) Item 6

14

Page 15: Ess222 Fadzilah Binti Mohd Yunus e30209130649

Tidak mempunyai bakat untuk melibatkan diri dalam

sukan.

Tidak setuju Setuju

Perempuan 50% 50%

Lelaki 80% 20%

Jumlah 65% 35%

Kebanyakan murid ‘tidak bersetuju’(65%) bahawa tidak mempunyai bakat untuk

melibatkan diri dalam sukan adalah faktor yang menghalang penglibatan dalam aktiviti sukan.

Analisa menurut jantina menyatakan bahawa lebih ramai murid lelaki (80%) mengatakan

bahawa tidak mempunyai bakat untuk melibatkan diri dalam sukan merupakan faktor

penghalang penglibatan seseorang murid itu dalam aktiviti sukan.

g) Item 7

Aktiviti sukan membosankan Tidak setuju Setuju

Perempuan 90% 10%

Lelaki 90% 10%

Jumlah 90% 10%

Hampir tiada murid yang ‘bersetuju’ mengatakan bahawa aktiviti sukan membosankan.

Mungkin murid yang ‘bersetuju’ dengan penyataan tersebut ialah murid yang tidak minat dengan

aktiviti sukan. Secara keseluruhannya, semua murid lelaki dan perempuan ‘tidak

bersetuju’(90%) dengan pernyataan bahawa aktiviti sukan membosankan. Hanya 10% sahaja

murid yang mengatakan bahawa aktiviti sukan adalah membosankan.

h) Item 8

Peralatan yang terdapat di sekolah rosak dan usang Tidak setuju Setuju

Perempuan 50% 50%

Lelaki 50% 50%

15

Page 16: Ess222 Fadzilah Binti Mohd Yunus e30209130649

Jumlah 50% 50%

i) Item 9

Tidak selesa untuk melibatkan diri dalam sukan Tidak setuju Setuju

Perempuan 80% 20%

Lelaki 80% 20%

Jumlah 80% 20%

j) Item 10

Alatan sukan boleh digunakan pada waktu tertentu

sahaja

Tidak setuju Setuju

Perempuan 30% 70%

Lelaki 80% 20%

Jumlah 55% 45%

k) Item 11

Tidak mempunyai kawan untuk sama-sama bersukan Tidak setuju Setuju

Perempuan 60% 40%

Lelaki 90% 10%

Jumlah 75% 25%

l) Item 12

Sekolah tidak memberi pengiktirafan jika berjaya dalam

sukan.

Tidak setuju Setuju

Perempuan 90% 10%

16

Page 17: Ess222 Fadzilah Binti Mohd Yunus e30209130649

Lelaki 100% 0%

Jumlah 95% 5%

m) Item 13

Sekolah tidak menggalakkan untuk terlibat dengan sukan. Tidak setuju Setuju

Perempuan 60% 40%

Lelaki 80% 20%

Jumlah 70% 30%

n) Item 14

Jurulatih yang berminat dalam sukan tidak mencukupi Tidak setuju Setuju

Perempuan 80% 20%

Lelaki 80% 20%

Jumlah 80% 20%

m) Item 15

Ibu bapa tidak menggalakkan melibatkan diri dalam

sukan.

Tidak setuju Setuju

Perempuan 20% 80%

Lelaki 20% 80%

Jumlah 20% 80%

3.0 KESIMPULAN.

Secara keseluruhan kajian telah menghasilkan maklumat-maklumat penting mengenai

faktor menghalang penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum. Bagi mengatasi halangan ini

17

Page 18: Ess222 Fadzilah Binti Mohd Yunus e30209130649

dicadangkan pihak sekolah menyediakan satu jadual yang lebih sistematik untuk digunakan oleh

murid pada waktu lapang. Pihak sekolah hendaklah menyusun penggunaan alatan mengikut

waktu kesenggangan pelajar agar mereka dapat menggunakan kemudahan alatan bagi mereka

bersukan. Kebiasaannya, pihak sekolah hanya menyediakan alatan pada waktu kokurikulum

sahaja. Selain daripada menggalakkan murid bersukan ia juga dapat menghindar daripada

murid-murid melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti bebual kosong, melepak dan

mengacau murid lain.

Kebanyakan murid sering ditakutkan dengan kegagalan dalam bidang akademik jika

melibatkan secara serius di dalam bidang sukan. Lebih-lebih lagi jika mereka berada di dalam

tahun enam. Mereka sering dimarahi oleh guru-guru mereka sekiranay mereka terlibat dengan

mewakili sekolah dalam bidang sukan. Mereka kerap keluar kelas dan guru matapelajaran sering

bimbang dengan prestasi akademik mereka. Seharusnya Guru Kanan Kokurikulum memeberi

jaminan kepada guru-guru bahawa murid yang terlibat dengan sukan akan lebih cerdas dan lebih

cemerlang di dalam pelajaran setelah selesai mereka aktif di dalam sukan.

Pihak sekolah juga selalunya hanya mempberi perhatian kepada murid yang berbakat

dalam sukan. Sepatutnya pihak sekolah perlu mengadakan sesi pemilihan agar tiada murid yang

tercicir dan berbakat dalam bidang sukan. Selain itu, murid yang tidak berbakat juga boleh

diasah bakatnya dengan latihan yang lebih sistematik dan berjadual agar tidak timbul masalah

hanya murid tertentu sahaja yang sering dipilih untuk mengikuti aktiviti sukan sekolah.

Kebanyakan sekolah tidak mempunyai peralatan yang cukup berbanding jumlah murid

yang ramai serta rosak dan usang. Ini menyebabkan murid-murid terpaksa berkongsi alatan

dengan rakan mereka semasa menjalankan aktiviti sukan. Bagi murid yang berkemampuan,

mereka mungkin tidak menghadapi masalah untuk membeli peralatan sukan. Pihak Kementerian

Pendidikan seharusnya menambah peruntukan bagi membeli peralatan sukan mengikut jumlah

murid sesebuah sekolah. Juga jangan wujud diskriminasi antara sekolah cluster, sekolah bantuan

penuh kerajaan dengan sekolah bantuan modal. Ini boleh membantutkan usaha untuk

mencungkil bakat murid dalam bidang sukan.

18

Page 19: Ess222 Fadzilah Binti Mohd Yunus e30209130649

Ibu bapa yang sering tidak menggalakkan penglibatan anak-anak mereka dalam sukan

haruslah diberi pendedahan betapa pentingnya sukan dalam kehidupan dan aktiviti anak-anak

mereka. Ibu bapa juga sepatutnya didedahkan bahawa pencapaian akademik tidak menjanjkan

anak mereka akan terus berjaya. Seharusnya mereka diberi pendedahan bahawa bidang sukanlah

yang membantu anak-anak mereka untuk lebih berjaya di universiti kelak.

RUJUKAN

Daripada Halaman Web atau Halaman Sesawang

19

Page 20: Ess222 Fadzilah Binti Mohd Yunus e30209130649

1. Kelab dan Persatuan, Maktab Rendah Sains Mara Tun Mohammad Fuad Stephens,

Sandakan, Sabah. Diperolehi Ogos 6, 2014, daripada

http://www.mrsmsandakan.edu.my/index.php/hal-ehwal-kokurikulum/kelab-dan-

persatuan.

2. Melindungi Masa Instruksional Kembali Kepada Yang Asas Pemimpin Istruksional,

Guru Mengajar dan Murid Belajar, Kementerian Pendidikan Malaysia. Diperolehi Ogos

7, 2014 daripada

http://jpnterengganu.moe.gov.my/ppdkemaman/v1/Muaturun/BukuMMI1PelaksanaanFin

al.pdf.

3. Faktor yang menghalang penglibatann pelajar dlaam kegiatan kokurikulum.pdf. diperolehi Ogos

17, 2014 daripada http://www.scribd.com/doc/169042722/Faktor-yg-menghalang-penglibatan-

pelajar-dlm-kegiatan-kokurikulum-pdf.

Daripada Buku

1. Melindungi Masa Instruksional Kembali Kepada Yang Asas Pemimpin Instruksional, Guru

Mengajar dan Murid Belajar, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013.

20